bercakapdenganjin | Неотсортированное

Telegram-канал bercakapdenganjin - Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

3650

KISAH SERAM / CERPEN BERCAKAP DENGAN JIN Karya TAMAR JALIS 🤲al fatihah kpd penulis Allahyarham dlm memori (13.9.1940 - 26.8.2018) Menerusi siri buku Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis menulis watak datuknya, Long Piah berusia 50-an & beliau sbg cucu

Подписаться на канал

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Mengeluh perlahan Naesah setelah mendengar rungutan suaminya dalam keadaan mengerang-erang. Baru dia menyedari suaminya benar-benar dirasuk, hingga suaranya terketar-ketar bagaikan orang tua. Perlahan-lahan Naesah bangun meninggalkan suaminya yang tercangkung mengerang-erang. Bimbang juga dia kalau-kalau Abu Sunoh menerkam tidak menentu apabila terdesak.

"Abu Sunoh bencikan aku, Naesah pun bencikan aku!" tutur Abu Sunoh tergeleng-geleng kepala tetapi saya melihat harimau yang menjelma di depan saya itu terngaga-nganga mulut menyeringai nampakkan taring.

"Kalau orang dah benci, buat apa tunggu?" ujar saya mengejeknya lantas membacakan:

Rabbuka ilal-malaikati inni ma’akum pathabbitul lazina amanu sa-ulqi fi qulubillazina ru'ba fadribu fauqol a’naqi wadribu minhum kulla bananin.

Habis saya bacakan doa itu dia menggeletar sampai terkapai-kapai tangan meminta belas kasihan. Luka di kulit tengah belakangnya kembali berdarah seperti kena sebatan cemati yang keras. Kesan birat di tengah belakangnya timbul melintang hingga memercik darah.

"Aku nak jaga anak cucu aku, apa salahnya!" harimau itu ternganga-nganga mulut bagaikan merayu. Memang dia tidak mahu menggerakkan tubuh untuk menerkam ke arah saya. Dia sekadar menunduk dengan mulutnya berbuih-buih dengan lendir.

"Buat apa kamu jaga Abu Sunoh, bukankah Allah lebih sempurna menjaganya," lantas Haji Kawa membentak keras.

Harimau itu mendengus-dengus tidak menentu. Matanya melingas-lingas mencari Naesah. Tetapi Naesah sudah berlindung di belakang Wahati setelah menyedari suaminya dirasuk. Tatkala Haji Kawa azan tujuh kali di telinga Abu Sunoh dan diikuti dengan membaca surah at-Tariq sebelas kali, harimau itu menekup dada terus tersungkur menggelepar. Saat ini Naesah melihat suaminya tertiarap dalam keadaan termengah-mengah.

Apabila Abu Sunoh terkejang di lantai tidak bergerak-gerak laksana tengah nyenyak tidur, tiba-tiba Naesah menangis tersengguk-sengguk. Dia menggeliat-geliat seolah-olah kesakitan di tengah belakang.

"Janganlah halau aku Naesah," sayu suara Naesah menangis seperti mahu berpisah.

"Kamu tak berhak pada Naesah," ejek Haji Kawa terus membacakan:

Wamai yabtaghi ghairal Islami dinan falan yuqbala minhu wahuwa fil akhirati minal khosirin.

Hampir setengah jam barulah Abu Sunoh sedar semula. Dia bingkas bangun terpisat-pisat seperti bangun dari tidur. Keadaannya moyok akibat keletihan semasa tubuhnya bertukar sedikit demi sedikit menjadi harimau. Sebelum balik sempat juga Abu Sunoh memberitahu mengenai datuk saudaranya yang menjadi bomoh pernah memberikan dia keris usang tidak berhulu. Mata keris itu berkarat seolah-olah besi reput tidak berguna. Memang datuk saudaranya yang dipanggil Tok Ulung itu ingatkan dia supaya asapkan keris usangnya berkenaan dengan kemenyan setiap petang Jumaat.

Tetapi Abu Sunoh tidak peduli sangat pesanan Tok Ulungnya. Malah keris usang itu pun diletakkan merata-rata sahaja tidak dijaga baik-baik. Dia sendiri tidak tahu mengenai hubungan keris usang berkenaan dengan bayangan harimau yang sering menjelma dalam mimpi nya.

Lama baru Abu Sunoh menuturkan mengenai Tok Ulungnya, yang beberapa ditemui orang kampung menjelma menjadi harimau. Tetapi dia semacam tidak percaya, kerana tidak pernah melihat Tok Ulungnya itu menjelma menjadi harimau.

Tamat bab 136.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Hah, saya yang sakit, bukannya awak!" gerutu perempuan itu mencuit bahu suaminya suruh duduk. "Awak tak suka tak apa, biar saya berubat dengan tuan haji ni," keras suara perempuan itu membentak menyebabkan suaminya terkebil-kebil mata.

"Kalau awak tak izinkan, kenapa awak hantar isteri awak ke sini," sengaja saya mencelah disebabkan Haji Kawa tidak bercakap apa-apa.

Lelaki itu juga tidak menyahut. Tetapi dia semakin resah duduk di kerusi sambil tangannya menggenggam erat tepi kerusi. Belum sempat Haji Kawa mempelawanya minum kopi yang dihidangkan, tiba-tiba sahaja lelaki itu terbatuk-batuk kuat.

Matanya berubah menjadi merah dengan mulut berbuih-buih. Ketika ini saya nampak dia menelungkup dengan punggung diangkat ke atas. Terkejut juga perempuan itu apabila melihat keadaan suaminya tidak semena-mena jadi demikian.

Segera dia menepuk-nepuk bahu suaminya menyuruh duduk, tetapi lelaki itu terus juga menelungkup di lantai. Haji Kawa juga bingkas bangun mahu membantu setelah lelaki itu tertonggeng dengan mulutnya berbuih-buih.

"Hah, dengan ustaz bukankah dah kena!" Haji Kawa mengejeknya terus mengusap kepala lelaki itu. Tetapi Haji Kawa tersentak selepas mengusap kepala lelaki berkenaan lantas dia berdiri tegak menggamit saya.

Saya sekadar mengangguk sahaja. Memadai saya memberi isyarat kepada Haji Kawa supaya tidak perlu tergesa-gesa. Biarlah saya perhatikan dulu keadaan yang menimpa lelaki berkenaan ketika itu. Perempuan itu juga hanya melihat suaminya sekadar menelungkup dengan punggung terangkat.

Dia tidak menyedari saat ini lelaki itu sedang meneran ekor menjulur panjang sampai terjongket melibas-libas angin. Ketika menggoyang-goyang badan memang saya melihat kuku tangan lelaki itu memanjang. Kulitnya juga berubah sedikit demi sedikit berbelang menjadi harimau tua terkial-kial mengangkat kepala.

"Kenapa ustaz?" bisik Haji Kawa menepuk bahu saya. "Apa yang ustaz nampak sekarang ni?" tersengih-sengih Haji Kawa apabila disedarinya saya merenung lelaki berkenaan tidak berkedip mata.

"Kakak macam mana rasanya?" Wahati isteri muda Haji Kawa merapati perempuan berkenaan. Biasanya memang Wahati yang membantu apabila Haji Kawa mengubati perempuan itu.

"Entah seram sejuk aje rasa badan," beritahu perempuan itu sampai nampak badannya berpeluh menahan debaran yang menggoncang di dada.

"Kalau ustaz ni ada, ringanlah sikit kerja saya," ujar Haji Kawa tesengih-sengih mengerling saya.

Tetapi saya tidak menyahut apa-apa. Mata saya tidak berkedip melihat tubuh lelaki itu bertukar menjadi harimau belang hingga tercangkung di sisi isterinya. Tubuh harimau itu tidak mampu bergerak kuat, dengan sebahagian kulit belakangnya terpokah macam pisang diselak.

"Aku dah cakap jangan datang, kamu degil juga!" gerutu harimau yang tercangkung itu mendongak memerhati perempuan di sisinya.

"Bukankah aku yang sakit, terpulanglah pada aku di mana nak berubat," tegas perempuan itu mencebek bibir.

"Awak mana tahu, Naesah," terangguk-angguk harimau yang tercangkung di depan saya itu. Tetapi Naesah sekadar melihat suaminya sahaja keluh kesah tidak menentu.

"Apa pula aku tak tahu, awak tak suka akan ke sini," merungut panjang Naesah membantah sikap suaminya.

"Cukuplah Naesah," lantas saya ingatkan perempuan itu supaya tidak melayani lelaki itu. Kalaulah Naesah dapat melihat suaminya sudah bertukar menjadi harimau ketika itu, tentu di melompat menjauhkan diri.

Harimau itu tercangkung sisi Naesah tidak dapat bergerak. Kulit belakangnya yang tersiat memang bahana didoakan oleh Haji Kawa tatkala mengubat Naesah. Saya dapat mengagak setiap kali Naesah datang ke situ nescaya kulit harimau itu sentiasa tersiat hingga terpokah daging.

Dia menderita kesakitan kalau Naesah berubat di situ. Tetapi Naesah tidak boleh bertahan akibat sakit-sakit seluruh badan, kalau suaminya Abu Sunoh demam sampai sesak nafas. Sebaik sahaja Abu Sunoh sembuh nescaya Naesah pula yang menderita disebabkan tulang belakangnya bagaikan reput kesakitan.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Dia juga tahu mengenai angin ahmar yang dikatakan stroke kalau dibawa ke hospital. Guru agamanya sendiri seringkali ingatkan mengenai angin ahmar yang memang dihembuskan oleh syaitan yang dikenali dengan nama ahmar juga. Syaitan ahmar itulah yang menjadi punca kepada penyakit ahmar.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sebab itu sampai tiga minggu dia tidak dapat menjengah arwah suaminya di hospital, apabila dia juga terlantas diserang sesak nafas yang berterusan. Kelam kabut juga anak-anaknya kerana tidak tahu yang mana perlu dijengah apabila kedua-duanya serentak sakit teruk.

"Arwah suami saya dulu memang banyak menuntut ilmu dukun," beritahu Mizah masih tidak berganjak di kerusi, sekalipun Haji Kawa akan merawatnya selepas isya.

"Arwah suami awak dulu dukun ke?" tersenyum Haji Kawa apabila diberitahu demikian.

Mizah mengangguk. Terbayang kesugulan di wajahnya bila kenangkan suaminya sanggup berguru sampai lupakan rumah tangga. Semenjak ditukarkan ke Sabah, Derih Bauk sudah mula tumpukan masa belajar ilmu dukun. Sampaikan kawan-kawan yang sama bertugas di kem pun usik dia dengan memanggilnya dukun.

Derih Bauk tidak peduli apa pun kalau kawan-kawan mengusiknya apabila balik ke kern. Biarlah mereka mahu panggil apa pun, asal sahaja dia tidak mengalah. Bukan mudah mahu mencari guru turunkan ilmu kalau tidak tahu memujuk. Memang sukar guru yang tinggi ilmu kebatinan mahu turunkan ilmu sekiranya tidak bersungguh-sungguh.

Tetapi Mizah yang terkilan dengan sikap suaminya. Sampaikan di rumah tidak cukup barang-barang keperluan Derih Bauk tidak peduli sangat. Dia mesti pastikan gurunya cukup barang-barang keperluan terlebih dahulu.Hanya selepas berhenti dari tentera baru suaminya amalkan berdukun. Dia sedia mengubati sesiapa sahaja apabila mereka meminta pertolongan. Apalah salahnya dia gunakan ilmu yang dituntut untuk membantu orang lain yang harapkan pertolongan.

Tidak lama selepas berhenti kerja itulah, Derih Bauk tiba-tiba jatuh di bilik air tatkala mahu mengambil wuduk. Terkial-kial dia berpaut untuk berdiri semula, tetapi kakinya semakin goyah. Dia tidak dapat jejakkan kaki lagi menyebabkan terpaksa memanggil isterinya. Cepat-cepat pula Mizah memapah ke bilik setelah Derih Bauk semakin tidak bermaya.

Lama terlantar di hospital, Mizah terpaksa desak anak-anak-nya menemui bomoh di Bidor. Jirannya yang beritahu mengenai bomoh muda yang sanggup mengubati penyakit diganggu syaitan itu. Belum pun ada umurnya 30 tahun, Mat Tauhid yang dikatakan bomoh di Bidor seperti diberitahu oleh jirannya.
Perkara umur tidak penting pada Mizah. Masakan Mat Tauhid yang masih muda itu mengaku menjadi bomoh kalau dia tidak mampu mengubati orang. Macam mana pun dia perlu mencuba terlebih dahulu, biar Mat Tauhid menguji kemampuannya.

Sewaktu Mizah bawa suaminya menemui Mat Tauhid, memang Derih Bauk sudah gelisah tidak menentu. Matanya garang merenung Mat Tauhid seolah-olah tidak menyenangi bomoh muda itu. Kalaulah tidak disebabkan tubuhnya lemah, memang dia gagahi juga bangun meninggalkan tempat itu.

Tersinggung juga dia dengan sikap isterinya bawakan dia menemui bomoh terlalu muda macam Mat Tauhid, sedangkan dia sendiri bomoh juga. Tentu Mat Tauhid akan tercengang kalau mengalami kejadian di Sabah apabila mangsa gangguan syaitan hilang kemaluan. Kadang kala kemaluannya dialihkan ke dahi hingga bagaikan belalai gajah tergantung di situ.

"Kita cubalah berikhtiar dulu,” Mizah memujuk suaminya supaya menurut sahaja kemahuan keluarga.

Tetapi Mat Tauhid tahu yang tidak senang terhadap dirinya bukan Derih Bauk yang terkejang lemah. Tentu syaitan yang mengganggunya sengaja mengaruk biar setiap orang bencikan Derih Bauk. Kalau dia tersinggung, tentulah Derih Bauk akan terbiar tidak diubati langsung.

Apabila Mat Tauhid menepuk dahi Derih Bauk memang terasa padanya kesat seolah-olah mengusap kepala harimau. Semakin lama dia usapkan tangannya ke dahi Derih Bauk, tiba-tiba sahaja lelaki itu mengerang-ngerang. Memang Mat Tauhid dapat mendengarkan erangan itu seperti ngauman harimau yang menggerunkan.

Tentu Mizah tidak mendengar apa-apa selain daripada erangan Derih Bauk sahaja. Dia juga melihat suaminya cuba menggerakkan badan, tetapi suaminya lemah tidak bermaya.

"Dia berdamping dengan harimau ni, makcik," Mat Tauhid menjelaskan setelah mencuba mengubati lelaki itu.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab136

HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

(Bab 136 bahagian 1)

SEMASA sampai di depan rumah Haji Kawa langkah Mizah jadi perlahan apabila terasa dadanya mulai sebak. Kebetulan pula saya berjalan-jalan di depan rumah memerhati pokok mangga berbuah lebat, disebabkan Haji Kawa di bilik air mandi untuk tunaikan solat asar. Isteri saya di dapur temankan isteri muda Haji Kawa menggoreng cucur pisang.

Ketika saya sampai di rumahnya Haji Kawa masih lagi tidur akibat keletihan. Kebetulan pula giliran dia bermalam di rumah isteri mudanya pada hari Rabu. Sebab itulah saya berkunjung ke rumahnya petang Rabu kerana bimbang tidak dapat bertemu dia.

Sebaik sahaja Mizah memberi salam terus sahaja dia masuk ke pintu pagar kerana disangkanya saya Haji Kawa. Tatkala bersalam dia membongkok sedikit seolah-olah mahu mencium tangan, tetapi segera saya tarik ke belakang.

"Ini Tuan Haji Kawa ke?" Mizah tercegat di depan saya disebabkan tidak dipelawa masuk.

Kebetulan dia datang seorang diri sahaja dengan berjalan kaki. Tentu rumahnya berhampiran dengan tempat tinggal Haji Kawa. Masakan dia tidak pernah bersua muka dengan Haji Kawa.

“Bukan, saya pun datang nak jumpa dia," beritahu saya masih juga tidak mempelawanya masuk ke rumah.

"Saya datang dari Taiping," ujar Mizah perlahan setelah menyedari saya bukan orang yang dicarinya. "Datang ke rumah anak saya di bawah tu, ada orang yang kata Tuan Haji Kawa ni boleh mengubat," katanya ikut sama memerhatikan buah mangga yang lebat di dahan.

"Emmm, bolehlah cuba," sahut saya tidak berganjak berdiri di bawah pokok mangga di depan rumah itu.

"Abang ni sakit juga ke?” Mizah menatap muka saya sambil menekan-nekan dada menahan sebak.

"Saya datang nak ziarah kawan," jelas saya mengajaknya masuk ke rumah sebaik sahaja Haji Kawa berdiri di muka pintu. Dia juga mempelawa tetamunya masuk ke rumah disebabkan isterinya sudah pun bersiap hidangkan minuman di dapur.

Sudah menjadi kelaziman Haji Kawa pula kalau saya datang berkunjung ke rumahnya mesti jamah juga masakan isterinya. Tetapi isteri mudanya baru pertama kali saya bersua. Lainlah kalau istri tuanya, sampai santak jam 11.00 malam pun dia tidak akan membantah untuk memasak kalau saya datang berkunjung.

Kadangkala terasa juga segan mahu menyusahkan dia apabila berkunjung ke rumahnya selepas habis isya. Memang semasa sama-sama belajar pondok pun Haji Kawa terlalu rapat dengan saya. Sampaikan kain baju saya direndam untuk dibasuh pun, dia sanggup cuci dan sidai ke ampai. Kalau memasak pun Haji Kawa rajin ke dapur.

"Ustaz ni pun boleh ubatkan," sengaja Haji Kawa bergurau sebaik sahaja tetamunya masuk ke rumah.

Tetapi Mizah tidak peduli apa pun penjelasan Haji Kawa. Biarlah Haji Kawa sengaja berdalih memberitahu mengenai saya boleh mengubati penyakitnya, namun dia tetap harapkan Haji Kawa. Lagipun tatkala keluar rumah dia sudah nekad mahu menemui Haji Kawa, sekalipun dia belum pernah bersua.

Sudah beberapa orang dukun ditemuinya semasa di kampung, mereka menuduh Mizah terlangkah barang yang ditanam orang. Sebab itu dia merasa kebas paha apabila senja menjelang. Kadangkala kebas di bahagian paha itu meyebabkan dia pitam kepala sampai terasa rumahnya berpusing ligat.

Memang anaknya Lamiah sudah membawanya menemui doktor, tetapi tidak ada tanda-tanda dia diganggu darah tinggi. Lamiah rela emaknya dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya diganggu darah tinggi sampai pitam tidak bertahan.

Apabila balik ke Taiping anaknya Mat Ripin berusaha juga menemui dukun sampai ke Sungkai, tetapi keadaan emaknya masih belum berubah. Mat Ripin bawa juga menemui bidan berurut seluruh badan kalau emaknya diganggu angin. Dua pagi bidan itu mengurutnya, dia pula termengah-mengah sakit menanggung lelah hingga terasa sesak nafas.

"Dah puas saya ni berubat tuan haji," tutur Mizah bergetar seolah-olah suaranya menahan debar yang kencang.

"Hah, kalau sakit wajiblah berubat," sahut Haji Kawa tersengih-sengih mengerling saya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Tidak lama selepas kejadian dia berburu ke hutan itulah Ucu Tunal tiba-tiba mengidap demam sejuk. Terpaksa pula Misah Sepet lingkupkan selimut berlapis-lapis ke seluruh tubuh suaminya. Dia percaya Ucu Tunal tentu diserang demam kura sampai terkokol-kokol menahan kesejukan yang menusuk.

"Aku ingatkan dia kena demam kura," beritahu Misah Sepet tersengih-sengih mengerling suaminya yang terkejang tidak bergerak tubuh.

Tentulah dia sangkakan Ucu Tunal diserang demam kura setelah terketar-ketar sejuk sampai lebih satu jam. Kemudian dia mengerang-erang kepanasan lantas membuangkan selimut. Setelah berpeluh-peluh hingga meracau tidak menentu barulah dia tidur nyenyak keletihan.

Sejuk menggigil-gigil itu berulang lagi keesokannya, kemudian panas membahang dan berpeluh-peluh seluruh badan. Sebab itulah Misah Sepet menuduh suaminya dihinggapi demam kura. Tahu sangat Misah Sepet kalau sebut fasal demam kura, memang begitulah penyakit tersebut merasuk mangsanya.

Tetapi seminggu selepas berulang-ulang seperti keadaan diserang demam kura itu, tubuh Ucu Tunal berubah menjadi kurus. Kulitnya menjadi hitam dan kendur laksana daun sirih lecur dilayur. Dia bertambah lemah tidak bermaya lagi.

"Kalau demam kura, minum air jadam pun boleh sembuh," ujar Kadir Misai menggeleng lemah.

"Manalah aku tahu penyakitnya macam ni," sahut Misah Sepet memicit-micit kepala lutut suaminya. Tetapi dia berhati-hati bagaikan bimbang kulit suaminya akan luruh sama apabila dipicit demikian.

"Habis, macam mana fikir ucu sekarang?" soal Kadir Misai tidak tahu bagaimana mahu membuat keputusan.

"Entahlah," lantas sahaja Ucu Tunal menjelaskan sambil cuba mengangkat kepala. "Baca Yassin dah tiga petang, badan aku tak rasa apa-apa lagi, macam kebas!" beritahu seolah-olah terbayang kekecewaan di hatinya.

"Macam mana ustaz fikir baik?" Misah Sepet berpaling menatap muka saya bagaikan mem inta keputusan.

"Terpulanglah pada ucu sendiri," sahut saya perlahan mengusap-usap dahi Ucu Tunal.

Ucu Tunal semakin sebak menahan keharuan hatinya disebabkan dia merasa tubuhnya sudah kebas. Dipicit pun tidak memberi bekas langsung kepadanya. Memang dia tahu dahinya diusap tetapi Ucu Tunal tidak dapat lagi merasa usapan tangan saya itu.

Lama dia tersengguk-sengguk barulah Ucu Tunal memberitahu mengenai mimpinya pada malam dia terketar- ketar menahan kesejukan bagaikan diserang demam kura. Sengaja dia rahsiakan daripada pengetahuan isterinya mimpi tersebut kerana bimbang Misah Sepet akan menuduhnya sengaja mereka-reka cerita.

Mimpi itulah yang membawa padah kepadanya, apabila terasa berdiri ditubir jeram memerhati seorang lelaki tua bertunggang di belakang rusa. Dia melihat bahagian kepala rusa itu berlumuran darah bekas ditembusi peluru senapang. Tersengih-sengih lelaki tua itu mengejeknya dengan memegang gada berceranggah di tangan. Kulit lelaki tua itu kendur meluyut macam daun sirih lecur dilayur.

"Hutang mesti bayar Tunal !" jerkah lelaki tua itu bertenggong di belakang rusa berkenaan.

"Bukankah aku dah pulangkan hak kamu?" sahut Ucu Tunal tidak berganjak berdiri di tubir jeram.

"Tapi kau pulang hak aku dah cacat," jelas lelaki tua itu bagaikan berdendam.

"Hah, nampaknya kau sengaja nak cari geruh, kalau begitu aku terpaksa beli!" marah benar Ucu Tunal apabila dicabar lelaki tua berkenaan.

Semasa lelaki tua itu melontarkan gada berceranggah, cepat-cepat Ucu Tunal mengelak. Dia melompat menyebabkan kakinya tergeIincir jatuh ke bawah jeram. Terkekeh-kekeh lelaki tua berkulit kendur macam daun sirih dilayur itu mentertawakan Ucu Tonal jatuh ke air. Lama Ucu Tunal dipusar oleh arus di tengah jeram hingga dia hampir lemas barulah tangannya dapat mencapai batu di tebing. Cepat-cepat dia berpaut naik sampai terasa sejuk menusuk ke tulang sum-sum akibat terlalu lama terendam.

Sejuk yang dialaminya melalui mimpi itulah berterusan hingga menjadi dia demam tergigil-gigil. Selera makannya juga menjadi mual tidak mahu menelan nasi. Sedikit demi sedikit tubuh Ucu Tunal semakin !emah tidak bermaya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab135

DITIMPA BADI RUSA JANTAN

(Bab 135 bahagian 2)

Biarlah Sahak yang beritahu rakan-rakan datuknya. Lagipun tidak disangka pula dukun macam Ucu Tunal boleh alah penyakit. Kalau mahu dikatakan penyakit biasa sudah dibawa ke hospital pun. Lebih sebulan juga UcuTunal terlantar di hospital, sampai dia sendiri mendesak supaya dibawa balik sahaja ke rumah.

"Macam mana mulanya ucu sakit?" lantas Kadir Misai menatap muka Ucu Tunal selepas jiran-jiran selesai bacakan Yassin setelah mereka berkumpul sebaik habis isya di situ.

Tergenang air di pelupuk mata Ucu Tunal apabila ditanyakan demikian oleh Kadir Lama dia terkebil-kebil mata barulah Ucu Tunal dapat bersuara lemah:

"Ucu balik dari hutan berburu rusa," jelasnya sebaik sahaja kenangkan dia masuk ke hutan bersama Dolah Tenjot. Dia sendiri yang galas senapang dengan Dolah Tenjot mengekori dari belakang.
Memang Dolah Tenjot sendiri tidak tahu apa yang berlaku sewaktu masuk ke hutan bersama Ucu Tunal. Sebaik sahaja dipelawa berburu ke hutan tidak bertangguh dia ikut sahaja. Sudah kerapkali dia ikut Ucu Tunal ke hutan kalau diajak berburu.

Tidak pernah mereka balik tangan kosong sekiranya sudah meranduk ke tengah hutan. Bila-bila sahaja Ucu Tunal tidak lepaskan peluang kalau terserempak pelanduk bertandak tatkala meragut pucuk ludai di tepi denai. Sebaik sahaja dentum senapang menggerutup nescaya pelanduk akan terhumban ke perdu pokok.

Siapa lagi akan sembelih leher pelanduk kalau bukan Dolah Tenjot? Pantas sahaja dia menghunus parang asal sahaja pelanduk tergolek ke tanah dengan kaki terkinjal-kinjal menendang angin. Dolah Tenjot akan sendalkan mata parang ke leher pelanduk biar matinya dapat disembelih.

Sebab itulah dia tidak menolak apabila diajak Ucu Tunal berburu ke hutan. Dolah Tenjot sudah berbayang daging pelanduk masak rendang tatkala kaki melangkah masuk ke hutan. Puas juga bersama Ucu Tunal meranduk ke tubir becah, tiba-tiba sahaja mereka menemui jejak rusa masih keruh air.

Tidak bertangguh Ucu Tunal menyusur denai mengikut jejak keruh air itu sampai ke seberang padang lalang. Memang sah mereka berdua nampak rusa jantan tanduk bercabang menjilat-jilat tubuh di tepi belukar. Terhangak-hangak rusa berkenaan sebaik sahaja terdengar bunyi daun kering berdesir di pijak.

"Hari ni rezeki kita baik ucu," bisik Dolah Tenjot sebaik sahaja Ucu Tunal membedek senapang. Ucu Tunal tidak menyahut. Dia tidak mahu tembakannya jauh dari sasaran dalam saat demikian. Sebab itu dia mesti membedek tepat biar peluru yang berdentam menerjah ke kepala rusa. Tentu rusa itu akan tersungkur menyembam bumi apabila peluru senapang menyinggahi tengkorak kepalanya.

Dalam keadaan berhati-hati itulah Ucu Tunal melepaskan tembakan. Memang jarang tembakannya tidak menepati sasaran. Sekaligus rusa jantan itu tersungkur dengan rengekan memanjang. Tidak bertangguh pula Ucu Tunal mencuit bahu Dolah Tenjot supaya mara ke hadapan menghunus parang menyembelih leher rusa sebelum terlambat.

Tetapi Dolah Tenjot tidak mara ke hadapan. Tatkala Ucu Tunal menoleh ke belakang, terkejut benar dia kerana Dolah Tenjot tidak ada di situ. Puas dia memerhati keliling memang Dolah Tenjot tidak bersembunyi di mana-mana. Lagipun tidak ada sebab Dolah Tenjot mesti bersembunyi tatkala dia melepaskan tembakan.

Di hadapan mereka bukan harimau panjang tujuh yang terseragam menunggu mangsa. Masakan Dolah Tenjot takut tidak menentu apabila terserempak rusa jantan tengah naik badan. Tentu Dolah Tenjot juga gecur liur kalau daging rusa itu masak rendang.

"Hah, ke mana pula kau Dolah?" gerutu Ucu Tunal segera menerpa ke hadapan. Bimbang juga dia kalau lambat disembelih rasa yang telah terguling ke tanah. Kalau sudah mati kejang memang tidak berguna lagi daging rusa itu dibawa balik.

Sebaik sahaja dia menghunus parang mahu meyembelih rusa, berdebar benar hatinya apakala melihat Dolah Tenjot tergolek di sisi tubuh rusa berkenaan. Darah membuak-buak di kepala Dolah Tenjot dengan kakinya menggelepar sama seperti tubuh rusa yang merengek-rengek dengan kakinya menendang angin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Ketika Saenah terjerit kesakitan sempat dia memberitahu emaknya Utih Sumi mengenai lipan bara yang mengerkah pangkal pahanya, kemudian menyusup ke bawah tikar selepas terhumban ke lantai. Apabila dilingkupkan tikar itu, Utih Sumi tidak melihat pun lipan bara di situ.

Sampai pitam Saenah akibat bisa gigitan lipan bara yang menusuk di pangkal pahanya. Sebab itu cepat-cepat Lebai Jimin memanggil Ucu Tunal untuk memulihkan. Siapa lagi boleh diharapkan untuk memulihkan Saenah kalau bukan Ucu Tunal dukun di kampungnya.

Sebaik sahaja Ucu Tunal naik ke rumah, dia tersengih-sengih memberitahu Saenah tidak digigit lipan bara. Lantas sahaja dia menuduh Saenah sekadar dipermainkan orang. Hampir tidak percaya Utih Sumi kerana dia melihat sendiri bekas gigitan lipan bara itu di pangkal paha anaknya.

Tetapi Ucu Tunal tidak salah meramalkan gangguan yang menimpa Saenah itu. Setelah dia doakan pada daun sirih, terus disuruh lekapkan pada bahagian yang digigit lipan bara itu. Sebaik sahaja Utih Sumi lekapkan daun sirih itu tiba-tiba sahaja upih pinang yang diukir macam lipan bara tercampak ke lantai dari bumbung rumah.

"Hah, itulah lipan baranya," ujar Ucu Tunal menguis-nguis upih pinang yang diukir macam lipan bara itu.

Serta merta pula Saenah pulih daripada pitamnya. Dia mengaku tidak mengalami apa-apa kesakitan, sekalipun sebelumnya dia terjerit-jerit menangis.

" Balaskan pada orang yang menganiaya ni, ucu!" lantas sahaja Utih Sumi mahu berdendam.

"His, jangan biarkan syaitan menggoda," segera Lebai Jimin ingatkan isterinya. "Biar orang aniaya, patutnya awak syukur Saenah dah sembuh" katanya tidak bersetuju dengan keputusan Utih Sumi mahu membalas dendam.

Upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu diserahkan pada Ucu Tunal. Biarlah dia tentukan sama ada mahu dibakar atau dibuang sahaja ke mana-mana. Belum pun Ucu berkisar duduk mahu meninggalkan rumah Lebai Limin, tiba-tiba sahaja Ngah Miyah memanggil Lebai Jimin dari Iengah halaman.

Sebaik sahaja pintu dibuka, cemas sangat Ngah Miyah membertahu anak bujangnya Wahid termengah-mengah sakit perut. Berguling-guling Wahid menahan sakit perut seolah-olah disengkang kayu melintang.

"Tak payahlah pergi," beritahu Ucu Tunal tersengih-sengih. Dia tunjukkan upih pinang diukir seperti lipan bara itu kepada Ngah Miyah supaya berikan kepada Wahid. Hairan juga Ngah Miyah dengan ubat sakit perut yang diberikan oleh Ucu Tunal itu,

Disebabkan dia dalam keadaan terdesak terpaksa juga Ngah Miyah mengambilnya. Dia berharap biarlah Wahid sembuh dengan jampi Ucu Tunal melalui upih pinang yang diukir seperti lipan bara itu. Memang bertambah hairan Ngah Miyah kerana Wahid pulih serta merta sahaja sebaik sahaja dia unjukkan upih pinang tersebut.

Tetapi selepas kejadian itu, Wahid terus sahaja meninggalkan kampungnya. Dia mengikut kawannya ke Singapura disebabkan malu sangat setelah dia mengaku di depan emaknya cuba memperdayakan Saenah. Memang Wahid berharap Lebai Jimin akan meminta bantuannya untuk mengubati Saenah. Dia sudah bayangkan akan memegang pangkal paha gadis itu sekiranya Utih Sumi meminta bantuannya.

Setiap kali Ucu Tunal ceritakan kepada saya mengenai Saenah digigit lipan bara itu, dia akan mencebek bibir mengejek perbuatan orang yang gunakan kepandaian mahu menganiaya jiran sendiri. Alangkah baik sekiranya kepandaian demikian digunakan untuk membantu jiran sama sekampung.

Lama juga tidak mendengar khabar Ucu Tunal, tiba-tiba sahaja Kadir Misai memberitahu orang tua itu sudah lebih tiga bulan terkejang tidak dapat bangun. Makan pun terlentang sahaja dengan bersandar ke bantal sambil isterinya Misah Sepet sudukan ke mulut.

Sebaik sahaja mendengar Ucu Tunal sakit, tidak bertangguh saya mengajak Kadir Misai ke Kesang. Ketika saya bersama Kadir Misai sampai beberapa orang jiran sedang membacakan Yassin. Ucu Tunal masih mahu dilayan berbual sekalipun tubuhnya terlalu lemah.

"Lama kita tak jumpa, ustaz,°' tuturnya perlahan apabila saya duduk di sisinya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Isteri kawan saya sakit, angah," Ali Ranggi menjelaskan dalam nada tersengih-sengih.

"Emmm, kalau sakit kenapa tak berubat?" sengaja saya mengusiknya.

"Dah berubat, dah bawa pun ke hospital," jelas Ali Ranggi sepupu saya masih juga tersengih-sengih.

"Jadi, apa lagi masalahnya?" tegas saya mendesaknya.

Memang Ali Ranggi tidak bertangguh menelefon saya sekiranya kawan-kawannya di pejabat menghadapi masalah keluarga mengadu hal kepadanya. Disebabkan dia ,sepupu yang rapat hubungan dengan saya, seringkali dia akan menelefon asal sahaja kawan-kawannya menghadapi masalah demikian.

Kadangkala rimas juga saya dengan hal yang tidak sudah-sudah menimpa kawan di pejabatnya. Sampaikan barang kemas hilang pun dia akan meminta Ali Ranggi hubungi saya bertanyakan di mana tersoroknya. Kadang kalanya mereka macam mendesak pula seolah-olah saya tahu sangat meneka sama ada barang yang hilang itu tersorok atau pun tidak. Puas saya memberitahu tidak tahu, mereka tidak percaya pun. Apalagi Ali Ranggi yang kerap kali beritahu mereka mengenai saya dapat membantu. Sudah beberapa kali saya ingatkan Ali Ranggi supaya tidak bersikap demikian, tetapi dia akan mendesak isteri saya pula.

"Isteri kawan saya tu, tak tahu apa sakitnya," ujar Ali Ranggi semacam memujuk. "Kulitnya kecut macam daun pisang di-layur," suaranya merendah seolah-olah menahan rasa terharu.

"Nantilah dulu, kalau lapang angah akan telefon kamu balik," sahut saya sengaja berdalih.

Memang saya tidak mahu memberi jaminan untuk melihat Kimah di hospital, sekalipun Ali Ranggi mengaku perempuan itu mempunyai hubungan keluarga di sebelah ayahnya. Perkara ada hubungan keluarga itu tidaklah menyebabkan saya terdesak sangat mahu segera menjengah.

Apalah yang boleh saya lakukan apabila melihat perempuan itu terkejang di katil hospital. Saya sekadar boleh doakan sahaja memohon pertolongan Allah semata-mata. Manalah ada upaya saya mahu membantunya tatkala Kimah terkejang menanggung kesakitan demikian.

Selepas sahaja solat sunat dhuha, saya menunduk perlahan merenung jauh ke dalam diri sambil berdoa dalam rasa gementar:

Fattahazat min dunihim hijaban fa arsalna ilaiha rohana fatamath thala laha basyaran sawiya.

Saya ulangi sehingga dua puluh satu kali, hingga terasa seolah-olah diri saya tercampak ke wad hospital berdepan dengan Kimah yang terkejang di situ.
Memang terkejut saya dengan keadaan kulitnya yang kendur laksana daun pisang dilayur ke api. Puas yang mengagak puncanya masih juga tidak dapat dituduh. Tetapi Kimah kelihatan gelisah bagaikan kepanasan apabila saya tercegat di situ.

Setelah merenung seluruh tubuh Kimah lantas saya membacakan perlahan:

Walatad'u ma'allahhi ilahan akhara la-ilaha illa huwa kullu syai-in halikun illa wajhahu lahulhukmu wailaihi turja'un.

Sekaligus Kimah berpaling ke arah saya dengan wajah sayu.

Sekonyong-konyong ketika ini bayangan lembaga seperti asap nipis menjelma di penjuru katil dengan memukanya bertopeng seolah-olah sangkar besi. Puas saya merenung bayangan yang menjelma itu, tetapi masih tidak dapat melihat wajahnya yang tersembunyi di sebalik topeng besi itu.

"Buat apa awak nak tunjuk pandai?" jerkah bayang seperti asap nipis itu cuba merapati saya.

Apabila saya bacakan surah al-Ikhlas tiga kali dengan menekan ibu jari ke tapak tangan, lembaga yang berbayang itu tercampak ke penjuru. Dia menjadi marah disebabkan dirinya tercabar.

"Nampaknya awak ni nak tunjuk tinggi ilmu!" gerutunya menggertap bibir mengancam saya yang duduk tidak berganjak di sisi Kimah.

Saya menggeleng kepala. Biarlah dia cuba berdalih saya tetap tidak mahu menyahut untuk melayaninya. Kalau saya bercakap sudah tentu dia dapat melambat-lambatkan saya untuk terus membacakan kalimat-kalimat Allah di depannya.

Memang itulah yang sengaja dilakukan oleh bayangan lembaga itu, supaya kalimat-kalimat Allah tidak dibacakan di hadapannya. Setelah saya bacakan al-Fatihah tiga kali, lantas saya mengisar tapak tangan dengan membaca:

Allahumma inna nas aluka fi nururihim wa na’uzubika min syuru rihim.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Untuk pengetahuan rakan² yang baru join group ni, kisah² SBDJ Tamar Jalis min dah post habiskan. Kerana itu sekarang min hanya post kisah² seram dari koleksi cerita lain seperti karangan Tok Awang Ngah.
Jika ada rakan² yang baru join dalam group ni yang nak cari kisah² SBDJ Tamar Jalis, boleh klik pada pin post & cari kisah SBDJ dari mula.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Dia mampu mengubati mereka yang terlantar sakit dengan membacakan doa-doa sahaja. Sutan Malim tahu benar mengenai isterinya sebelum dikebumikan memang tidak pernah menatap al-Quran. Tetapi Sabisah boleh hafal doa-doa daripada ayat al-Quran setelah digali semula dari kuburnya.

"Tentu aneh, ustaz," ujar Mamak Bandaro apabila menceritakan kisah Sabisah itu. Saya tersengih-sengih sahaja dengan mengangguk perlahan.

"Mungkin ustaz tak percaya, tapi nantilah kita akan bertemu juga Sabisah," Sobri keponakannya yang menetap di Lubuk Sakaping itu menjelaskan.

Memang Mamak Bandaro juga sekadar mendengar dari Sobri mengenai kejadian yang menimpa Sabisah itu. Sobri tahu sangat peristiwa yang berlaku kepada Sabisah, kerana dia mengenali rapat keluarga berkenaan. Ketika ayahnya Tamiki lama mengidap penyakit batu karang, puas juga Sobri mencuba berubat ke hospital.

Kalau ayahnya tidak berkeras enggan benarkan hospital membedah batu karangnya, memang sudah lama Tamiki dibedah. Tetapi Tamiki lebih rela terjerit-jerit sakit tatkala mahu buang air semata-mata tidak mahu dibedah. Kadangkala dia berpaut-paut ke mana sahaja menahan kesakitan akibat tidak tus semasa buang air.

Pak Marhalah yang desak Sobri supaya menemui Sabisah sekiranya mahu mengubati ayahnya Tamiki. Disebabkan ayahnya enggan dibedah, terpaksa juga Sobri mengikuti kemahuan ayahnya bertemu Sabisah. Memang Sobri juga mengetahui ramai orang-orang kampung lebih percayakan bomoh daripada doktor di hospital. Sebab itulah ayahnya enggan apakala didesak supaya dibedah penyakit batu karangnya.

Apabila Tamiki di bawa menemui Sabisah, perempuan itu minta dia sediakan buah tembikai merah. Sabisah sendiri memotong buah tembikai itu lantas berdoa:

Rabbanallahul lazi fis-sama-i tacioddo man ismaka amwata fis-sama-i wal-arsi kamarahma-tuka fis-sama-i far ala rahmataka fil-ardi waghfirlana haubana wakhothayana anta rabbit thaiyi-b inafa-unazil syafa-an min syifa ika-birahmatan min rahmatika 'alaiya hazalwaji'

Setelah memakan tembikai yang sudah didoakan oleh Sabisah itu, esok pagi-paginya Tamiki buang air hampir sesudu dia menampung pasir halus memutih yang keluar bersama kencingnya. Tiga pagi berturut-turut pasir halus itu keluar, memang terasa pada Tamiki sakit batu karang yang dideritainya sejak bertahun-tahun itu pulih sepulih-pulihnya. Dia tidak lagi terjerit-jerit menahan kesakitan apakala buang air ditandas.

Sobri mengakui ayahnya Tamiki tidak akan sembuh sekiranya tidak menemui Sabisah. Tetapi segera saya ingatkan dia Sabisah juga tidak mampu mengubati apa pun penyakit sekiranya tidak dengan izin Allah. Bukan sahaja Sabisah, malah doktor juga tidak mampu mengubati sakit sesiapa pun. Mereka sekadar berikhtiar, kerana yang menentukan sembuh atau tidak hanya ketentuan Allah semata-mata.

Ketika Mamak Bandaro mengajak ke Lubuk Sakaping menemui saudara maranya, memang saya tidak berniat pun mahu menemui Sabisah. Perkara Sabisah yang sudah dikebumikan selama tiga hari bangkit semula dari kuburnya tidak sama dengan Salim Sudin Mamai yang terbujur di tengah rumah. Salim Sudin Mamai tidak sempat dikebumikan disebabkan terbersin selepas direnjis air oleh ayahnya.

Tok Ya yang saya temui di Tanah Rata beberapa kali sebelum dia bersara juga pernah mengalami peristiwa diletakkan di rumah mayat hampir lima jam. Tetapi Tok Ya sendiri tidak dapat memberitahu apa sebenarnya telah berlaku, sekalipun dia telah disahkan mati sebelum disorong masuk ke rumah mayat.

"Kejadian macam ini jangan diungkit-ungkit," Tok Aji pernah ingatkan saya selepas kejadian menimpa Salim Sudin Mamai itu. Memang Tok Aji sendiri tahu sangat apa yang berlaku ke atas Lajis tatkala Pak Tua Mahat berburu ayam hutan.

Apabila diberitahu mengenai kejadian yang menimpa Sabisah itu saya tidaklah terkejut sangat. Apa sangat dengan Sabisah bangkit semula dari kubur kalau bandingkan dengan langit yang tidak bertiang? Benih-benih padi yang ditabur ke bumi boleh cambah hingga tumbuh mengeluarkan daun. Malah macam-macam lagi yang berlaku di luar kemampuan akal manusia untuk memikirkannya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Kita kena tanya juga Pak Marhalah," semakin terdesak Angko Zawar apabila kenang ketua adat juga wajib diberitahu. Imam kampung sepertinya memang ketua ibadat, tetapi dia tidak boleh membuat keputusan sendiri sekiranya tidak diberitahu kepada ketua adat terlebih dahulu.

Siapa lagi ketua adat kalau bukan Pak Marhalah? Seisi kampung mesti hormatkan Pak Marhalah sama seperti Angko Zawar juga. Keputusan mereka berdua samalah macam perintah raja alam yang mengambil tahu mengenai kehidupan mereka seisi kampung.

Disebabkan Pak Marhalah dan Angko Zawar yang perintahkan mereka berkumpul di musalat, seisi kampung tidak membantah apa-apa. Mereka sama-sama berkumpul untuk membuat keputusan sama ada kubur Sabisah perlu digali semula atau tidak.

Sebaik sahaja selesai solat zohor, Angko Zawar sudah lantas tanyakan tiap-tiap seorang supaya membuat keputusan. Siapa yang berani membuat keputusan selagi Angko Zawar dan Pak Marhalah tidak bersuara apa-apa? Mereka datang berkumpul di mursalat sekadar mahu mendengar keputusan Angko Zawar dan Pak Marhalah sahaja.

Disebabkan masing-masing tidak mahu membuat keputusan, Angko Zawar sendiri memberikan kata putus. Kubur Sabisah mesti digali sekalipun mereka sekadar berpandu pada mimpi. Menitik air mata Angko Zawar tatkala dia berdoa:

Qola rabbihkum bilhaqqi, warabunar rahmanul musta'anu 'ala matosi-fun.

Setelah Angko Zawar membuat keputusan yang dipersetujui oleh Pak Marhalah, beberapa orang kampung terus ke kubur selepas asar. Mereka gali semula kubur Sabisah. Siapa pun tidak berani mahu mulakan menggali tatkala masing-masing sampai di atas kubur.
Cuma Toha satu-satunya yang berani mencapai cangkul. Dia terus gali kubur sehingga mata cangkul terkena papan lahad. Sebaik sahaja papan lahad berdegam diketuk mata cangkul terus Toha memanggil Angko Zawar. Memang Toha juga bimbang kalau dia berseorangan di dalam lubang kubur. Biarlah papan lahad diangkat bersama-sama.

Ketika kubur habis digali mereka tidak tercium bau busuk yang meloyakan seperti mayat yang sudah reput setelah tiga hari terbiar. Angko Zawar yakin mimpinya bukanlah permainan tidur lagi. Setelah berdoa khusuk Angko Zawar sudah boleh membuat keputusan yang nekad.

"Jangan bimbang," Angko Zawar memberi semangat kepada Toha yang masih teragak-agak di dalam lubang kubur. "Kita tak tercium bau busuk, itu tandanya mimpi kita benar," dia semakin yakin setelah bau busuk tidak tercium dari liang lahad.

Toha menggamit Masal dan Sobah ikut turun ke dalam lubang kubur supaya papan lahad ditarik keluar. Terpaksa juga Masai dan Sobah terjun membantu. Mereka bukakan papan lahad ditarik naik ke atas tebing. Sebaik sahaja papan lahad dinaikkan, tidak bertangguh Sobah melompat naik ke atas apakala terdengar nafas mendengus dari liang lahad.

Disebabkan Sobah sudah melompat naik ke atas, Toha bersama Masai juga berlumba-lumba naik ke atas. Mereka sendiri tidak tahu kenapa bergegas naik, tetapi sengaja melompat ke tebing disebabkan Sobah sudah naik terlebih dahulu. Sobah yang berdiri di kepala, tentu sudah mendengar keganjilan menyebabkan dia tidak sabar lagi mahu bertahan lama.

"Kenapa kamu semua?" Pak Marhalah terkejut dengan keadaan mereka bertiga cemas tidak menentu.

Siapa pun tidak menyahut. Toha memandang Sobah yang tercegat di tebing lubang kubur tidak bercakap apa-apa. Tentu Sobah yang tahu kenapa tergesa-gesa melompat naik ke atas sebaik sahaja papan lahad ditarik hingga terbuka luas.

"Tak apa, biar saya yang turun," ujar Sutan Malim terus terjun ke dalam lubang kubur.

Ketika dia mahu menarik kapan putih keluar dari Jiang lahad, dia melihat bahagian tangan Sabisah bergerak. Terus sahaja dia menggamit Toha segera turun membantu. Gembira benar Sutan Malim dengan kejadian tersebut setelah dia mengaku bermimpi Sabisah mendesak supaya kuburnya digali.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab134

MAYAT BANGKIT DARI KUBUR

(Bab 134 bahagian 1)

LIKU jalan di lereng bukit yang sempit dan berkelok tajam dari Bukit Tinggi ke Lubuk Sekaping sama juga dengan liku jalan ke Tanah Rata dari Tapah sampai ke Renglet. Tetapi jurang dan ngarai jalan ke Lubuk Sakaping itu lebih curam kalau dibandingkan ke Tanah Rata.

Memang sudah lama saya tidak jejak kaki ke Tanah Rata, semenjak sepupu isteri saya berpindah ke Lembah Bertam di Ringlet. Ketika dia masih lagi di Tanah Rata, beberapa kali juga saya ke sana. Apalagi Tok Ya yang bertugas di tempat berkenaan sudah lama bersara. Lainlah semasa Tok Ya masih lagi bertugas di Tanah Rata, saya akan singgah juga di rumah sepupu isteri saya itu. Memang Tok Ya juga sama macam Salim Sudin Mamai yang heboh dikatakan sudah meninggal dunia, tetapi hidup semula.

Tetapi ketika saya menemui Tok Ya beberapa tahun dulu, dia tersengih-sengih sahaja kalau ditanyakan mengenai kejadian tersebut. Dia sendiri bagaikan tidak percaya apabila dimasukkan ke dalam rumah mayat setelah disahkan meninggal dunia. Hampir lima jam dia dibujurkan di situ sebelum keluarganya datang menuntut. Ketika dikeluarkan dari rumah mayat itulah pihak hospital mendapati denyut nadi Tok Ya masih berdetak.
Cepat-cepat dia disorong semula ke wad dengan diberikan bantuan pernafasan.

Kejadian semasa negeri masih diperintah orang putih tentulah tidak siapa pun yang ambil tahu, disebabkan pihak hospital sengaja menutupnya. Hanya keluarga Tok Ya sahaja yang tahu mengenai dirinya dimasukkan ke rumah mayat hampir lima jam terbujur di situ.
Sebab itulah saya tidak hairan sangat kalau diungkit juga mengenai kejadian yang menimpa sepupu saya Salim Sudin Mamai itu. Cucunya Kasim Togel sendiri tidak percaya kalau dikatakan datuknya Salim Sudin Mamai sudah meninggal dunia kemudian hidup semula itu.

Ketika melalui jalan berliku ke Lubuk Sakaping itulah Mamak Bandaro beritahu saya mengenai Sabisah isteri Sutan Malim yang sudah dikebumikan selama tiga hari hidup semula. Terkejut juga saya apabila diberitahu demikian, kerana Mamak Bandaro tidak pernah beritahu apa-apa semasa mengajak saya ke rumah Sutan Malim di Lubuk Sakaping itu.

Empat hari Sabisah mengidap demam panas, dia menghembuskan nafasnya. Seisi kampung tahu mengenai kematian Sabisah. Siapa tidak kenal dengan Sabisah isteri Sutan Malim di kampung berkenaan? Dia akan jerkah siapa sahaja sekiranya berani menegur tatkala sempadan sawah dipokah habis. Seisi kampung tahu Sabisah tidak oleh dihalang kemahuannya. Sutan Malim sendiri tidak berdaya menghalang isterinya tengadah siapa sahaja jiran yang berani menentangnya. Bila-bila dia sanggup bercekak apabila jiran-jiran berkeras mahu menghalang kemahuan dia.

Kambing menyerbu masuk ke tapak semaian pun Sabisah akan tusuk dengan lembing. Biarlah kambing berkenaan menggelepar akibat lembing tertusuk di rusuk. Sutan Malim juga akan dikibas dengan mata parang sekiranya memujuk minta dia bertenang. Sabisah tidak mahu Sutan Malim tunduk dengan kemahuan orang-orang kampung hingga biarkan sahaja harta benda mereka dibinasakan.

Kalau tidak berkeras sudah tentu sempadan sawah akan ditentukan oleh siapa sahaja yang sanggup menyinsing lengan baju. Sebab itu Sabisah tidak mahu mengalah kalau takat orang-orang kampung mencabar dirinya.

"Sabisah tu keras kepala," Matusa yang pernah luka di dahi akibat ditetak dengan parang oleh Sabisah mencebek bibir setelah diberitahu mengenai kematian perempuan itu.

Sampai bila pun Matusa tidak lupakan kejadian dia leraikan Sabisah menyerbu ke rumah jirannya Jabal dengan parang terhunus. Marah benar Sabisah apabila Jabal melunggah sempadan sawah hingga air menyerbu masuk. Anak padinya tergenang air disebabkan sempadan sawah dipokah habis. Belum sempat Jabal mahu menjelaskan Sabisah sudah menerkam naik ke rumah. Terpaksa Jabal terjun ikut tingkap akibat parang dikibas hampir menyinggahi dadanya. Sabisah juga terjun ke tanah menghambat Jabal yang terjerit-jerit meminta pertolongan.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Allahhumma inni as-alaka bismikal ahadal 'aza wada'waka, Allahhumma bismikal ahadal samada wadaiwaka Allahhumma bismikal 'azimil witri wada'waka, Allahhumma bismikal kabiral muta'alallzi mala-ai arkana kullaha an-tak'afa 'inni ma-asbahata wama amsita fihi.

Pak Tua Mahat menggenggam tubuh Cina tua itu di dalam tapak tangannya setelah seluruh tubuhnya mengecil. Dia tahu memang Lajis terperangkap di dalam tapak tangan jelmaan lembaga besar yang mahu menguji kesabaran hatinya. Selagi Pak Tua Mahal tidak meledak marah, sekalipun di maki hamun emak mentuanya, dia tidak akan dapat dikalahkan oleh pesona syaitan.

Selagi syaitan mahu memperdayakan keluarganya, memang Pak Tua Mahat juga tidak lepaskan jelmaan Cina tua di dalam genggamannya. Sebab itu Sudin Mamai juga mesti menahan sabar tatkala semua ikan di dalam keruntung bertukar menjadi tulang-tulang ikan yang tidak berguna.

Bau busuk tulang-tulang ikan itu juga menusuk ke hidung, hinggakan kepala ikan juga sudah berulat dengan ulat berenga memutih. Sudin Mamai tahu sangat gangguan demikian akan memusnahkan dirinya. Sekiranya dia buangkan tulang-tulang ikan yang sudah berulat di dalam keruntung, nescaya padah akan menimpa dirinya.

Dia wajib bertahan sekalipun akibatnya boleh mengancam keluarga sendiri. Biarlah siapa pun keluarganya menghadapi ancaman syaitan, asal sahaja dia mampu bersabar tatkala dugaan demikian sedang memuncak. Sudin Mamai sudah bersedia dimaki hamun oleh isterinya Melah Dukung yang tidak memahami kejadian sebenarnya.

Tentu Sudin Mamai juga tidak dapat menghalang sesiapa pun memaki hamunnya selagi keadaan Salim tidak dapat dipulihkan. Disebabkan dia terlalu berkeras menuba ikan, petaka demikian mengganggunya. Apabila petaka gangguan syaitan sudah tidak boleh dielakkan dia mesti bertahan juga.

Kalau Pak Tua Mahat mampu melalui saat getir berdepan dengan gangguan syaitan, kenapa pula dia mesti mengalah? Sudin Mamai tidak akan biarkan dirinya diperangkap syaitan yang sentiasa mahu mengelirukan manusia. Siapa sahaja terperangkap memang tidak akan dapat menahan sabar.
Setelah keruntungnya dipenuhi tulang-tulang ikan tidak berguna, Sudin Mamai terus menutup mulut keruntung. Biarlah tangannya menggenggam apa sahaja jelmaan syaitan, asalkan bukan jelmaan syaitan yang menggenggam dirinya.

Apabila dia merentap akar tuba di dalam hutan, Sudin Mamai sudah merasakan dia merentap tali perut syaitan hingga terburai laksana tali terlepas ikatan. Ketika tangannya menggenggam mulut keruntung, Sudin Mamai juga merasakan kepala syaitan yang dicengkam di dalam genggamannya.

Sudin Mamai menguatkan semangatnya lantas membacakan tujuh kali:

Wa-immayanzag-hannakka minasy syaitoni nazghunfasta'iz billahhi innahu sami'un 'alim.

Serentak dengan itu Sudin Mamai merasakan keruntungnya bergoncang kuat, tetapi tangannya tetap tidak lepas daripada menggenggam mulut keruntung berkenaan.

Lama dia menggenggam mulut keruntung itu tiba-tiba berdepa bunyi benda besar jatuh di depannya. Dia melihat jelmaan lelaki perut buncit jatuh terlentang di depannya dengan kepala seperti ikan haruan. Tersengih-sengih jelmaan lelaki perut buncit itu bingkas bangun dengan terkial-kial.

"Aku boleh balikkan semula ikan dalam keruntung kau," ujar jelmaan lelaki perut buncit menyapu mulutnya dengan tangan. "Tapi aku mahu gantinya, anak kau sendiri!" tegasnya lantas mengejek-ejek Sudin Mamai.

"Kalau kau boleh campur urusan Allah, cubalah!" sahut Sudin Mamai tersenyum menyindirnya. "Ketentuan Allah memang aku tak dapat menghalangnya," dia merenung tajam ke muka lelaki perut buncit dengan membacakan surah al-Ikhlas 17 kali.

Sebaik sahaja perut lelaki itu meletup laksana gelembung meletus, segera diterpa oleh Sudin Mamai. Dia merentap tali perut lelaki itu yang terburai tidak bertahan. Ketika inilah Milah Dukung melihat suaminya terkial-kial memasak di dapur. Siapa pun tidak tahu mengenai Sudin Mamai masih bergelut di tebing sungai.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Saya melihat Wak Sarimin balik dari kubur menggalas cangkul dengan merungut-rungut tidak menentu. Penat juga dia menggali kubur, tetapi terpaksa dikambus semula dengan menanam batang pisang sebagai ganti mayat. Sudah menjadi pantang larang pula di kampung itu, apakala kubur digali mesti ditanam juga apa-apa pun apabila tidak ada mayat mahu dikebumikan.

Memang nenek saya sendiri menyuruh Wak Sarimin bersama beberapa orang jiran galikan kubur sebaik sahaja Salim terkejang tidak bernyawa. Tidak sempat ayah saya sampai bersama nenek semasa Salim terkejang tidak bergerak lagi. Beberapa orang jiran juga sudah terconggok di tengah rumah disebabkan Wak Sarimin sudah sahkan memang Salim meninggal dunia.

Ayah saya juga sahkan Salim sudah meninggal dunia semasa dia naik ke rumah bersama nenek saya. Cepat-cepat ayah saya suruh bujurkan mayat itu di tengah rumah bersetentang dengan bumbung. Dalam masa jiran-jiran dan keluarga bersiap-siap untuk kebumikan Salim inilah, Sudin Mamai balik membawa ikan sekeruntung.

"Memang awak ni bawa puaka balik ke rumah!" jerit Milah Dukung di kepala tangga melepaskan geram.

Tetapi Sudin Mamai tidak menyahut apa-apa. Dia tidak terkejut dengan keadaan orang ramai berkumpul di rumahnya. Biarlah isterinya terjerit-jerit melepaskan geram terhadap dirinya, Sudin Mamai tetap tersengih-sengih hambar.

"Awak makanlah ikan tu sampai termuntah, aku tak ingin!" semakin galak Milah Dukung menjerit dengan suara meninggi.

"Milah, bawah bersabar, selesaikan anak ni dulu," nenek saya memujuknya supaya tidak ikutkan sangat perasaan.

Beberapa orang jiran terpaksa pula memegang Milah Dukung yang meronta-ronta mahu menerkam suaminya. Marah benar dia disebabkan Sudin Mamai tidak pedulikan nasihat orang-orang kampung. Kerapkali orang nasihatkan dia supaya tidak menuba ikan di sungai, setelah Dukun Lamat beritahu mengenai puaka di batu dagu mahukan nyawa setelah sungai melalui bukit di situ dituba orang.

Dukun Lamat beritahu mengenai mimpinya apabila puaka di batu dagu di kaki bukit sungai kampung berkenaan tidak sabar dengan perbuatan menuba ikan. Tetapi Sudin Mamai tidak pedulikan mimpi Dukun Lamat yang beritahu mengenai dendam puaka di batu dagu itu. Sebab itu Milah Dukung marah benar dengan suaminya yang berkeras tidak mempercayai mimpi Dukun Lamat.

Dalam keadaan Milah Dukung menjerit-jerit marah ini, Sudin Mamai terus menyiang ikan di dapur. Kemudian memetik belimbing besi di belakang rumah. Dia gulai ikan sebarau dan ikan terbul masak lemak kuning campur belimbing buluh itu.

Setelah nasinya masak, Sudin Mamai siapkan hidangan dalam dulang. Dia angkat hidangan itu dibawa ke sisi anaknya yang sudah dibujurkan di tengah rumah. Sewaktu membasuh tangan Sudin Mamai renjiskan tiga kali ke muka anak-nya yang terbujur itu. Sekaligus pula Salim terbersin kuat lantas bangun membuang kain yang diselubungkan ke tubuhnya.

"Mari makan," Sudin Mamai menyuruh anaknya basuh tangan, terus makan bersama.

Sewaktu Milah Dukung mahu menerpa dapatkan anak-nya, cepat-cepat dihalang oleh ayah saya. Biarlah Sudin Mamai bersama Salim habis makan nasi dengan gulai ikan itu, sebelum masing-masing mendekati mereka.

Bersambung part dua dibawah...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Lama dia menanggung sakit sampai berminggu-minggu terasa seluruh badan macam di tusuk duri. Kalau sembuh pun buat sementara sahaja. Dia akan sakit-sakit lagi sekiranya Abu Sunoh demam beberapa hari. Kadangkala sampai berak darah Naesah menahan kesakitan tidak terhingga.

"Sebenarnya yang sakit, Abu Sunoh," tutur saya berpaling pada Naesah. Ketika ini harimau di sisinya hanya menggeleng-geleng kepala dengan lelehan air mata.

Tercengang Naesah apakala saya menuduh demikian. Terasa juga saya terlanjur menuturkannya kerana tidak diminta oleh Naesah mengubati dirinya. Tetapi saya kenangkan Haji Kawa yang sengaja menyembunyikan keadaan sebenar daripada Naesah kerana tidak mahu menyinggung perasaan suami isteri berkenaan.

"Ustaz ni tahu keadaan suami awak tu," lantas Haji Kawa menjelaskan perlahan.

Kalau tidak disebabkan Haji Kawa memang saya juga tidak akan campur tangan. Lagi pun terharu juga saya melihat keadaan Abu Sunoh yang berubah menjadi harimau tercangkung di tengah rumah. Ketika ini memang Naesah tidak tahu apa yang berlaku ke atas suaminya yang terangguk-angguk mendongak di sisinya.

"Teruk sangat Abu Sunoh selama ni," bisik saya mengerling Haji Kawa yang tersengih-sengih.

"Susah nak pisahkan dia dengan Naesah," beritahu Haji Kawa menyebabkan Naesah semakin tidak faham. Tentu dia merasakan Haji Kawa sengaja mahu memisahkan dia dengan Abu Sunoh.

Tentulah sukar mahu menerangkan kepada Naesah bagaimana gangguan yang merasuk Abu Sunoh itu tidak mahu berenggang daripada Naesah. Ke mana sahaja Abu Sunoh pergi, gangguan tersebut akan tetap mendampinginya. Sebab itulah Naesah menjadi mangsa apabila Abu Sunoh cuba menjauhkan diri daripada syaitan yang menyerupai harimau itu.

Apalagi Naesah sekadar melihat suaminya tercangkung dengan mengerang-erang di sisinya. Manalah dia tahu saat ini Abu Sunoh sudah tercangkung menjadi harimau yang luka parah. Dia cuba menggerakkan tubuhnya, tetapi keadaannya bertambah lemah.


Memang harimau yang terconggok di depan saya itu tidak melawan apa-apa. Dia hanya terkebil-kebil mata sahaja mendongak saya. Tahu sangat saya dia semacam meminta belas kesihan supaya tidak diserang bertalu-talu.
Setiap kali Haji Kawa membacakan:

Wa-in yamsaskallahhu bidhurin fala kasyifa lahu illha huwa wa-in yurridka bikhairin falaradda lifadlihi Yusibu bihi maiyasya-u min 'ibadihi wahuwal ghafurrur rahim,

dan dihembuskan ke ubun-ubun Naesah, terpaksa Abu Sunoh melarikan diri. Dia terpaksa jauhkan harimau yang sentiasa mendampingi dirinya daripada terjahan api yang bertalu-talu.

Puas juga Abu Sunoh mahu memisahkan dirinya dari harimau berkenaan, tetapi asal sahaja dia menghalaunya nescaya harimau berkenaan akan mendampingi Naesah pula. Manalah Naesah tahu mengenai harimau tersebut kerana tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Abu Sunoh sendiri tidak tahu mengenai harimau berkenaan. Hanya sekali sekala menjelma dalam mimpinya apabila harimau tersebut menyuruh bertunggang di atas belakangnya. Kadangkala kalau Abu Sunoh bermimpi diperangkap musuh, sekonyong-konyong harimau itu menjelma menyelamatkannya. Memang dia tidak berupaya menghindarkan harimau berkenaan dari mimpinya. Apalagi setiap kali diganggu demam atau sesak nafas, Abu Sunoh merasa seolah-olah harimau itu menjelma laksana bayang-bayang menjilat seluruh tubuhnya.

Setelah dijilat oleh bayang-bayang harimau itu Abu Sunoh kembali segar. Tetapi dia hairan isterinya Naesah pula mengidap sakit-sakit seluruh badan. Apabila Naesah berubat menemui Haji Kawa, entah kenapa Abu Sunoh pula merasa panas miang. Dia tidak dapat lama bertahan di rumah Haji Kawa menyebabkan tergesa-gesa balik ke rumah.

Sebab itu Wahati isteri muda Haji Kawa menuduhnya tidak suka Naesah berubat ke situ. Asal sahaja dia terserempak Haji Kawa memang terasa bulu tengkuknya mengembang. Sekaligus pula hatinya tiba-tiba marah tidak menentu apakala menatap muka Haji Kawa.

"Kalau tak kita jaga anak ucu, siapa lagi nak jaga?" mulut harimau mendongak saya sambil tercangkung tidak bergerak langsung.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab136

HARIMAU JADI PENJAGA DIRI

(Bab 136 bahagian 2)

Sebab itu guru agamanya akan doakan mereka yang mengidap ahmar dengan doa bagi menghalau syaitan ahmar itu. Ramai juga orang yang mengidap angin ahmar itu sembuh setelah didoakan oleh guru agamanya. Tetapi guru agamanya di Taiping itu sudah meninggal dunia tatkala Derih Bauk terkejang tidak bermaya.

"Kita bacakan Yassin sahaja ayah kamu ni," tegas Mizah setelah seminggu Derih Bauk dibawa balik ke rumah.

Lamiah dan adik-adiknya terpaksa mematuhi keputusan emaknya. Dia tidak mahu emaknya terkilan sekiranya didesak juga untuk membawa ayahnya ke hospital. Hati emaknya perlu juga dijaga dalam saat keadaan ayahnya semakin membimbangkan.

Sewaktu malamnya bersiap-siap untuk bacakan Yassin itulah Derih Bauk merungut dadanya panas bagaikan terganggang ke api. Dalam keadaan kelam kabut itu Mizah tetap dengan keputusannya untuk menjemput orang-orang surau bacakan Yassin.

Biarlah suaminya mengerang-erang sakit tidak mahu dibacakan Yassin, dia tidak mengalah lagi dengan keputusannya. Belum pun sempat orang-orang surau datang membacakan Yassin beramai-ramai, Derih Bauk sudah meninggal dunia. Dalam keadaan mengerang sakit dada akibat panas bagaikan di ganggang ke api itulah dia menghembuskan nafas.

"Macam itulah tuan haji kisah suami saya tu," beritah Mizah apabila kenangkan penderitaan arwah suaminya Derih Bauk. Memang hairan juga dia ketika itu, asal sahaja suaminya bertambah teruk, penyakit dia juga ikut pasang sama.

Kadangkala terasa juga pada Mizah seolah-olah ajalnya hampir tiba bagaikan berlawan-lawan dengan suaminya. Kalau tidak suaminya akan menemui ajal tentu dia pula yang menerima padah.

Selepas Derih Bauk meninggal dunia, penyakitnya mula beransur sembuh. Berulang kali juga dia menemui Mat Tauhid di Bidor. Tetapi setelah Mat Tauhid belajar ke luar negeri, tidak tahu lagi Mizah mahu menghubunginya.

"Tak apalah lepas isya nanti, kita tengok macam mana nak buat,’ jelas Haji Kawa.
Ketika Mizah meninggalkan rumah, merungut juga Haji Kawa kerana masih ada tetamu datang. Sebuah motosikal berhenti dengan seorang lelaki bersama isterinya turun di tengah halaman. Tetapi isteri Haji Kawa tidak berapa senang dengan kedatangan lelaki itu, kerana sudah beberapa kali mereka datang ke situ lelaki berkenaan semacam tidak gembira.

Kalau tidak disebabkan isterinya berkeras mahu berubat memang lelaki berkenaan tidak akan jejak kaki ke situ. Isterinya yang mendesak asal sahaja dia tahu Haji Kawa balik ke rumah isteri mudanya itu.

Tetapi dia tidak dapat mengelak apabila perempuan itu datang juga. Tersinggung juga Haji Kawa dengan sikap lelaki tersebut, namun dia terpaksa pendamkan di hati. Biarlah lelaki itu merungut marahkan isterinya mahu datang ke situ, Haji Kawa tidak peduli apa. Dia pun tidak akan mengambil sesen pun duit pengeras kalau dihulur oleh perempuan berkenaan.

"Petang ni saya tak berapa sihat," ujar Haji Kawa sebaik sahaja perempuan itu masuk, sementara suaminya masih tercegat di tengah halaman. "Lepas isya baru saya nak mulakan," sengaja Haji Kawa berdalih kerana tidak mahu mendoakan perempuan itu kalau suaminya sendiri tidak izinkan.

"Saya datang jauh ni, tuan haji," perempuan itu dapat menangkap perasaan Haji Kawa disebabkan tingkah laku suaminya.

Haji Kawa tersengih-sengih sahaja. Dia tidak menyahut apa-apa kerana tidak mahu menyinggung perasaan tetamunya. Tentu tetamunya menuduh dia sengaja menghalau, kalau menyuruh balik ketika itu juga. Kenapa pula ditetapkan masa untuk berubat, sedangkan Haji Kawa sering ingatkan syaitan datang tidak tentu waktunya.

"Kenapa suami awak tak masuk sama?" lantas saya bertanya apabila lelaki itu tidak berganjak di tengah halaman.

"Dia tak mahu saya berubat di sini," beritahu perempuan itu mendengus perlahan.

"Kalau suami awak tak izinkan, tak bolehlah," sahut saya memujuknya supaya mengajak suaminya masuk sama ke dalam rumah.

Terpaksa juga perempuan itu mara ke pintu menggamit suaminya masuk. Dalam keadaan serba salah lelaki berkenaan masuk juga, tetapi matanya melingas-lingas macam tidak puas hati.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Buatlah macam mana pun, tok dukun," ujar Mizah memberikan kebenaran apa sahaja yang diperlukan oleh Mat Tauhid untuk melakukannya.

"Kena buat berturut-turut malam, makcik," lantas Mat Tauhid memberi pengakuan akan mencubanya.

Mizah tidak peduli. Biarlah berturut-turut malam mereka anak beranak datang ke Bidor, asal sahaja penyakit suaminya boleh diubati. Tidak tergamak lagi dia membiarkan Derih Bauk menderita menahan kesakitan sejak berbulan-bulan.

Sampai lebih seminggu Mizah datang ke Bidor membawa suaminya menemui Mat Tauhid. Setiap kali Mat Tauhid melakukan cara pengubatannya, memang Derih Bauk mengerang-erang tidak menentu. Kalaulah badannya boleh digerakkan mungkin Derih Bauk akan bangun melompat.

Tetapi Mat Tauhid tetap bersabar apabila memerangkap gangguan syaitan yang merasuk dalam diri Derih Bauk masuk ke dalam botol yang disediakannya. Puas juga Mat Tauhid menunggu dengan meletakkan botol di hujung ibu jari kaki Derih Bauk sambil amalkan petuanya hingga Mizah nampak seolah-olah asap kuning masuk ke dalam botol.

Selama empat belas hari Mat Tauhid mencuba, dia mengeluh pendek kerana dapat mengeluarkan penyakit mengikut petuanya hanya lima botol sahaja. Dia bagaikan kecewa kerana tidak dapat membantu Mizah memulihkan suaminya.

"Banyak harimau yang dibelanya, makcik," keluh Mat Tauhid mendedahkan rahsia sebenar amalan Derih Bauk selama ini. "Saya hanya dapat tangkap lima sahaja," jelasnya menetap muka Mizah dalam kehampaan.

"His, banyaknya," Mizah juga hairan bagaimana suaminya sanggup amalkan ilmu yang tidak memberi manfaat demikian. "Jadi, kita nak buat macam mana sekarang?" katanya memang tidak tahu apa yang perlu dilakukan kalau Mat Tauhid sudah mengalah.

"Beginilah, makcik...' beritahu Mat Tauhid macam menasihatkan perempuan itu. "Kita serahkan kepada ketentuan Allah, kalau nak diubati pun keadaannya dah teruk sangat, tuturnya lembut untuk menyabarkan Mizah.

Tetapi Mizah tidak bimbang apa. Kalau ajal suaminya sudah tiba waktu, siapa pun tidak boleh menghalang ketentuan Allah. Lagi pun biarlah suaminya menemui ajal kalau dibiarkan menanggung beban derita yang berpanjangan. Dia sendiri tidak menduga terlalu jauh suaminya beramal hingga terpengaruh dengan gangguan syaitan yang mahu memusnahkan manusia.

Setelah dia membawa suaminya balik, memang anak-anaknya mendesak juga supaya dimasukkan semula ke hospital. Setidak-tidaknya masih boleh diberi bantuan kalau keadaan ayahnya dalam keadaan terdesak. Tetapi Mizah berkeras tidak mahu lagi berubat, setelah mendengar nasihat Mat Tauhid.

"Mak tak boleh putus asa," Lamiah ingatkan dia supaya tidak percaya sangat dengan pendapat Mat Tauhid. Lagi pun Mat Tauhid sekadar memberi pendapat bukannya keputusan yang mesti dipatuhi.

"Penyakit ayah kamu bukannya boleh diubat di hospital," Tegas Mizah kerana memahami keadaan sebenar yang menyelubungi diri suaminya.

Manalah anak-anaknya tahu mengenai ayah mereka yang sanggup bertapa sampai ke gua semata-mata mahu amalkan ilmu kebatinan. Sewaktu Derih Bauk berkhidmat di Sabah, anak-anak mereka masih kecil lagi. Memang anak-anaknya tidak tahu mengenai amalan mereka selama ini.

Sebab itu kalau anak-anaknya sakit, Derih Bauk tidak perlu minta dukun ubatkan. Dia sendiri akan jampikan sampai anaknya sembuh betul. Biarlah kawan-kawannya dalam kern tuduh dia kolot kerana percayakan amalan demikian.

"Kalau di hospital, ayah dapat dirawat," Lamiah terus mendesak, "Di rumah ni mak nak jaga macam mana, mak pun sakit," ujarnya kerana kasihan dengan keadaan emaknya yang semput termengah-mengah.

Anak-anak yang lain juga bersetuju supaya Derih Bauk dimasukkan sahaja ke hospital. Tetapi Mizah tidak berganjak dengan keputusannya. Derih Bauk tidak perlu lagi dibawa ke hospital, setelah dugaannya memang mempunyai alasan.
Kalaulah Mat Tauhid tidak memberitahu mengenai tujuh belas ekor harimau menjadi pendamping Derih Bauk, memang Mizah tidak syak apa-apa mengenai penyakit suaminya. Tetapi dia dapat mengagak kalau sekadar diserang angin ahmar, tentu suaminya masih boleh dipulihkan.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Sebab tu saya datang jumpa tuan haji," ujar Mizah apabila kenangkan jiran anaknya Uda Lijah yang menyuruhnya ke situ. Sepanjang malam dia diganggu pitam, memang Uda Lijah dipanggil oleh Lamiah mengurut tengkuk emaknya. Cemas juga Lamiah disebabkan seluruh tubuh emaknya sudah berpeluh sejuk bagaikan air mandi mayat.

Uda Lijah sudah mendesak supaya dihantar sahaja ke hospital, tetapi Lamiah bertahan. Memang emaknya berpesan sangat supaya tidak tergesa-gesa dihantar ke hospital sekiranya sakit sampai jatuh pitam. Tahu sangat Lamiah mengenai penyakit emaknya sudah beberapa kali mengganggu.

Kalau tidak disebabkan hujan turun sebelum asar, Uda Lijah berjanji mahu bawakan Mizah menemui Haji Kawa. Tahu sangat dia mengenai Haji Kawa datang ke situ hari Rabu Jumaat atau Ahad. Tiga hari itu sahaja dia bermalam di rumah isteri mudanya. Sebab itulah dia berjanji mahu hantar Mizah ke rumah Haji Kawa.

Disebabkan Uda Lijah tidak datang jengah muka selepas hujan mulai teduh, tidak sabar lagi Mizah mahu menemui Haji Kawa. Dia sendiri camkan alamat rumah yang diberikan oleh Uda Lijah itu sampai termengah-mengah berjalan kaki.

"Awak ni patut kurangkan badan," ujar saya setelah melihat keadaan Mizah yang gemuk.

Dia tidak menyahut, tetapi tengangguk lemah. Memang dia menyedari tubuh badannya semakin gemuk, sekalipun sudah cuba mengawal makannya. Tetapi perkara badan naik gemuk bukan disebabkan makanan dikawal, kadangkala tubuhnya menjadi lemah tidak bertenaga sekiranya dikurangkan sangat menjamah makanan.

"Berapa umur awak sekarang?" Haji Kawa cuba mengagak.

"Dah lima puluh umur saya ni, tuan haji," jelasnya sambil mengusap-usap dada.

"Biarlah saya cuba dulu," tegas Haji Kawa lantas memegang ibu jari kaki Mizah dengan membacakan:

Innama ilahuku-mullahhul lazi la-ilaha illa huwa, wasi'a kulla syai-in 'ilman.

Tiga kali Haji Kawa mengulanginya, tiba-tiba sahaja Mizah menyentak menahan kesakitan. Tidak jadi Haji Kawa mahu meneruskan disebabkan Mizah semakin termengah-mengah.

"Macam mana rasanya, tuan haji?" tersengih-sengih Mizah merenung Haji Kawa yang tidak mahu meneruskan membaca doa-doanya.

"Tak apakah, lepas isya nanti awak datang kalau rumahnya dekat," ujar Haji Kawa seolah-olah mahu mengelak disebabkan saya baru sahaja jejak kaki ke rumahnya.Belum pun sempat berbual-bual dengan saya kerana sudah lama tidak bersua, tiba-tiba sahaja ada tetamu datang minta doakan.

"Apa kelengkapan yang saya perlu bawa?" soal Mizah mahu pastikan barang-barang yang perlu dibawa sama.

Memang dia tinggal dalam kawasan kampung itu juga, bila-bila sahaja boleh datang ke situ. Disebabkan Haji Kawa memintanya datang selepas isya, tentulah memerlukan kelengkapan untuk dibawa sama. Tetapi Haji Kawa tidak meminta apa-apa.

Disebabkan dia baru sahaja sampai di rumah isteri mudanya, biarlah dia berehat dahulu sampai selepas isya. Apa salahnya tetamu-tetamu datang selepas isya. Tidak perlu mereka mengganggu petang-petang demikian.

Tetapi Mizah tidak sabar menunggu selepas isya. Sebab itulah dia cari juga rumah Haji Kawa sebaik sahaja hujan lebat mulai reda. Setelah diubati oleh Haji Kawa, dia tidak terkilan apa-apa apabila disuruh datang selepas isya.

"Tak payah bawa apa-apa, kita tengok dulu," tutur Haji Kawa kerana dia belum dapat menentukan apakah kelengkapan yang perlu disediakan. Manalah dia tahu penyakit yang mengganggu Mizah, kalau tidak diuji terlebih dahulu.

Tetapi dia sudah dapat mengangak Mizah memang diganggu syaitan, setelah dibacakannya doa tiba-tiba sahaja perempuan itu terjerit kesakitan. Biarlah tunggu selepas isya sahaja baru dia bersungguh-sungguh ubatkan dengan berdoa.

"Agaknya, apa penyakit saya ni, tuan haji?" Mizah mendesa disebabkan tidak sabar mahukan kepastian.

Lama sangat dia menanggung gangguan semenjak arwah suaminya masih hidup lagi. Ketika arwah suaminya menderita sakit lumpuh, dia juga ikut sama termengah-mengah sesak nafas.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Kenapa awak tak beritahu saya mimpi tu?" gerutu Misah Sepet kesal dengan sikap suaminya mahu merahsiakan segala-nya daripada dia.

"Ah, mimpi, macam mana nak beritahu," jelas Ucu Tunal meluahkan rasa terharu yang sekian lama terpendam.

"Memang tak masuk akal," keluh Kadir Misai apabila kenangkan kaitan mimpi itu dengan penyakit yang dialami oleh Ucu Tunal.

"Tapi, kalau cepat dapat tahu mungkin juga ada ikhtiar," katanya lantas mengerling ke arah saya.

Disebabkan penyakit yang dideritai oleh Ucu Tunal itu sudah Iebih tiga bulan, tentulah tenaga jasmaninya tidak mampu lagi melawan penyakit. Kalau diubati pun sekadar harapkan tenaga luar, sedangkan tenaga jasmani itu diperlukan juga untuk melawan gangguan penyakit. Setelah merasakan Ucu Tunal dapat tenteramkan hatinya, lantas saya letakkan tapak tangan di kepalanya dengan membacakan:

"Lailaha illallahhu wallahhu akbaru saddaqahurabbahufaqul lailaha illa ana waana akbaru, waiza qola la-ilaha illallahhu wandahu lasyarika lahu qola yaqulu la-ilaha illa ana wandi lasyarikali, waiza qola la-ilaha illallahhu lahulmulku wala-hulhamdu qola la-ilaha illa ana liyalhamdu waliyalmulku wa-iza qola la-ilaha illallahhu wala haulawala qauwata illa billahhi qola la-ilaha illa ana wala haula wala qauwata illabi."

Ketika ini saya terdengar Ucu Tunal beristighfar beberapa kali dan mengaku seluruh tubuhnya bagaikan bergegar. Apabila saya beralih kelunjur kakinya memegang ibu jari, dia tiba-tiba mengeliat.

"Hah, baru terasa sakit, ustaz," tuturnya lemah tetapi terkial-kial memberi isyarat kepada isterinya dia semakin sukar mahu bernafas.

Segera Misah Sepet mengusap dada suaminya. Kemudian Ucu Tunal berbisik meminta saya teruskan membaca apa sahaja. Dadanya terasa lapang mendengar saya membacakan doa, tetapi tangannya bergerak-gerak memberi isyarat supaya Misah Sepet terus mengusap dadanya.

Jiran-jiran juga melihat Ucu Tunal sudah mula mahu menggerakkan tangan seolah-olah tenaganya pulih semula. Wajahnya juga segar sekalipun kepala masih belum boleh diangkat. Tetapi segera saya memberi isyarat kepada Kadir Misai supaya mengajak jiran-jiran yang sama terconggok di situ bacakan Yassin.

Dalam masa jiran-jiran bacakan Yassin itulah perlahan-lahan Ucu Tunal menutup mata-nya. Perkara menentukan segalanya adalah hak Allah, kerana saya sekadar mampu berdoa sahaja. Ucu Tunal menghembuskan nafasnya semasa saya bersama jiran-jiran di situ berdoa memohon pertolongan Allah meringankan beban penyakitnya.

Sewaktu Ali Ranggi memberhentikan kereta di depan rumah, saya masih terconggok di kerusi. Isteri saya keluar membukakan pintu pagar mempelawanya masuk.

"Eh, angah tak siap lagi?" ujar Ali Ranggi lantas duduk sambil memerhatikan saya masih tidak menukar pakaian.

"Minumlah dulu, lepas tu baru siap-siap untuk pergi," sengaja saya berdalih kerana malas sangat mahu memenuhi permintaan kawan Ali Ranggi itu. Saat ini saya merasa debaran dada saya pula kencang berombak bagaikan menghadapi darah gemuruh.

"Mail Togok tu harap sangat angah datang," desak Ali Ranggi meminta saya segera menukar pakaian.

Tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa. Sebaik sahaja isteri saya hidangkan sarapan pagi, segera saya mengajak Ali Ranggi minum dahulu. Ketika menjamah sarapan itulah isteri Ali Ranggi pula menelefon. Cepat-cepat isteri saya menggamit Ali Ranggi disebabkan isterinya itu cemas tidak menentu.

Apabila Ali Ranggi mengangkat telefon, dia bagaikan kecewa tidak bertahan. Perlahan-lahan dia meletakkan gagang telefon dan memandang isteri saya tercegat di tepi meja makan. "Kimah tu, baru kejap ni tadi meninggal," jelas Ali Ranggi berjalan lemah lantas duduk semula. Cepat-cepat dia menghirup minuman kerana mahu segera balik ke rumah.

Tamat bab 135.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Hah, setan! Kau nak cari geruh aku nampaknya!" bentak Ucu Tunal menggertap bibir.

Segera dia memangku kepala Dolah Tenjot dengan meletakkan pada arah matahari memancar kuat. Kemudian dia memancang anak kayu yang dikerat sedepa di keliling tubuh Dolah Tenjot seolah-olah mengurung di dalam serkap.
Setelah duduk bersila di antara Dolah Tenjot dan tubuh rusa yang merengek-rengek, lantas Ucu Tunal cancangkan mata parang ke tanah. Dia mengukuhkan duduk lantas membacakan:

Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya samad, Allahhumma inni as-aslaka bismikal ahadal a'aza wada'wake, Allahumma bismikal ahadal samada wada'waka, Allahhum-ma bismikal 'azimil witri wadaiwaka. Allahhumma bismikal kabiral mutaralallazi mala-al arkana kullaha an tak'afa 'inni ma asbahata wama amsitafihi.

Kemudian serentak dia mencabutkan mata parang yang tercancang ke tanah hingga keluar darah memancut di tempat mata parang itu tercancang. Sekaligus pula Dolah Tenjot terbersin lantas duduk terpinga-pinga macam terkejut daripada tidur.

Sewaktu Dolah Tenjot berpaut pada anak kayu yang dicancang di kelilingnya mahu bangun, dia melihat rusa yang tergolek bingkas bangun. Cepat-cepat pula rusa tersebut melompat ke dalam belukar menyusup entah ke mana.

"Rusa melintas depan kita, ucu!" jerit Dolah Tenjot bagaikan tidak sabar disebabkan rusa itu terlepas.

Tetapi Ucu Tunal tidak menyahut. Dia memberi isyarat mengajak Dolah Tenjot balik sahaja. Biarlah dia balik dengan tangan kosong sekalipun kehampaan terbayang di wajahnya. Puas didesak oleh Dolah Tenjot supaya teruskan juga berburu, tetapi Ucu Tunal sudah mengambil keputusan tidak akan berburu.

Manalah Dolah Tenjot tahu apa yang dialaminya tatkala tubuhnya terkejang di sisi tubuh rusa. Kalau dia berkeras menyembelih rusa berkenaan, tentu Dolah Tenjot juga terpenggal leher. Siapa akan percaya kejadian itu kalau diberitahu kepada orang-orang kampung. Tentu mereka menuduh Ucu Tunal yang memenggal leher Dolah Tenjot.

"Biarlah aku lepaskan rusa tu..." bisik Ucu Tunal sayu apabila menggamit Dolah Tenjot mengajak berundur.

Terpaksa juga Dolah Tenjot mematuhi keputusan Ucu Tunal. Dia sekadar mengikut sahaja ke mana pun dibawa Ucu Tunal di tengah hutan demikian. Lagi pun senapang terpanggul di bahu orang tua itu, masakan dia boleh berkeras mengajak berburu meranduk hutan.

Dia terasa terkurung di dalam lubang gelap sewaktu Ucu Tunal melepaskan tembakan. Tiba-tiba sahaja kaki nya terjerlus ke bawah dengan tidak bertahan. Puas dia memekik-mekik memanggil Ucu Tunal, tetapi suaranya tidak kedengaran di mana-mana. Lama dia terkial-kial di dasar lubang gelap itu, barulah Dolah Tenjot nampak cahaya matahari memancar jauh di udara. Dia cuba juga melonjak ke atas, tetapi lubang berkenaan jauh ke bawah.

Bimbang juga Dolah Tenjot terkurung di dalam lubang gelap itu sekalipun sudah nampak cahaya matahari memancar. Manalah tahu ada ular berlingkar di situ menunggu mangsa untuk mencerutnya sampai tidak dapat bergerak langsung.
Puas terkial-kial dalam lubang gelap itu barulah DolahTenjot mendengar suara Ucu Tunal memanggilnya.

Perlahan-lahan dia merangkak naik sambil berpaut pada akar yang terjuntai. Ketika sampai di permukaan lubang dia terbersin kuat hingga terhumban hingga tercampak ke celah kayu dicancang macam serkap mengurung dirinya. Ketika itu juga dia melihat seekor rusa jantan bingkas bangun melompat ke tengah belukar.

Manalah Dolah Tonjet tahu mengenai dia terbaring di sisi tubuh rusa dengan kepalanya berlumuran darah. Masakan dia percaya kalau Ucu Tunal beritahu kejadian sebenarnya berlaku ke atas mereka berdua. Cuma Ucu Tunal satu-satunya yang dapat memahami geruh tersebut, sehingga dia terpaksa menggunakan apa sahaja ikhtiar untuk selamatkan kawannya Dolah Tonjet.

"Kalau begitu, ucu ni kena badi," lantas sahaja Kadir Misai menuduh sebaik sahaja Ucu Tunal kenangkan fasal dia berburu ke hutan bersama Dolah Tenjot.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Saya sekadar mengangguk sahaja. Ketika meletakkan tapak tangan ke dahinya terasa kulit Ucu Tunal kendur macam daun sirih kecut dilayur. Memang Misah Sepat juga mengakui dalam tempoh seminggu sahaja Ucu Tunal demam, kulitnya berubah menjadi kendur sampai kecut tidak bertahan.

"Dukun macam Ucu Tunal pun sakit juga,"keluh Misah Sepet terharu dengan keadaan suaminya yang terkejang lebih tiga bulan.

Kalaulah tidak disebabkan cucunya berkahwin dengan anak saudara Kadir Misai, memang saya tidak tahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit. Sahak cucu Ucu Tunal yang sampaikan berita mengenai datuknya sakit itu kepada Kadir Misai.

"Kenapa tak beritahu kami?" Kadir Misai bagaikan menyesali Misah Sepet kerana tidak mahu memberitahu mengenai Ucu Tunal terkejang sakit itu.

"Entahlah, tak ingat langsung," sahut Misah Sepet tidak keruan. Dia sendiri kelam kabut menghadapi keadaan demikian, tentulah tidak ada masa mahu memberitahu sesiapa.

Bersambung...

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Serentak dengan itu rantai besi merah laksana bara terhunjam dari udara menerjah ke Iubuhnya. Lembaga itu terperangkap di penjuru bilik, tetapi topeng besi di mukanya seolah-olah terkunci di bahagian tengkuk hingga tidak boleh tertanggal lagi.

"Ah, awak buat macam mana pun, takkan dapat kalahkan aku!" bayangan lembaga itu mengejek sekaIipun dia menggeliat-geliat akibat diterjah rantai besi merah seperti bara menyala itu.

Saya tetap tidak menyahut apabila diejek demikian. Saya ulangi membaca al-Fatihah sampai 41 kali. Memang dia cuba juga menerkam ke arah saya sambil berpura-pura mampu menggerakkan tenaganya, sekali pun saya dapat melihat keadaannya yang lemah terkial-kial.

"Awak dah lemah, jangan cuba nak berpura-pura!" sengaja saya mengejeknya disebabkan bayangan lembaga itu berdegil mahu berlawan.

"Hah, awak fikir ilmu awak tinggi sangat?" dia mencebek bibir dengan dendam yang membara di hati.

"Ilmu Allah meliputi segala-galanya!" sahut saya biar perasaannya kian meluap-luap marah. "Bukalah topeng awak tu, buat apa nak sembunyikan muka?" lantas saya hembus ke mukanya dengan membacakan 17 kali surat al-Ikhlas dan Ayatul Kursi.

Dia tercengang-cengang tidak menentu apabila suara saya bergema laksana guruh di udara. Kemudian sedikit demi sedikit bayangan lembaga itu hilang bersama asap menipis.

Ketika ini saya masih lagi duduk di atas sejadah sebaik sahaja selesai solat sunat dhuha. Memang saya terdengar bunyi telefon berdering di luar, tetapi saya tidak pedulikan sangat. Biarlah isteri saya yang menyambutnya. Selalunya memang isteri saya yang menyambut telefon apabila ada panggilan.

Saya mendengar isteri saya bercakap dengan Ali Ranggi memberitahu kawannya Mail Togok baru menelefon. Cemas sangat Mail Togok menelefon Ali Ranggi disebabkan Kimah ketakutan tidak menentu. Kimah menuding jari ke penjuru bilik semasa Mail Togok masuk, tetapi tidak bercakap apa-apa.

Apabila dipanggil jururawat merawatnya, dia sekadar tenangkan Kimah dengan memujuknya. Jururawat itu menuduh Kimah meracau disebabkan suhu badannya panas setelah lama sakit menderita sakit.

"Ali nak cakap dengan awak, ustaz," beritahu isteri saya “sekejap lagi nak ajak awak ke hospital," jelasnya menyampaikan pesan Ali Ranggi yang ikut sama gelabah selepas menerima telefon dari Mail Togok.

Saya mengangguk perlahan, tetapi terus duduk di kerusi dengan tidak bersiap-siap menukar pakaian. Biarlah Ali Ranggi datang menjemput ke rumah, saya tidak peduli apa. Kalau sekadar mahu doakan Kimah apa perlunya saya datang menjengah ke wad hospital. Lagipun saya bukannya dukun kalau diminta untuk merawatnya.

Di mana-mana pun boleh doakan. Kalau diizinkan Allah doa itu dimakbulkan sekalipun tidak datang menjengah. Sekiranya datang menjengah pun belum tentu lagi Allah akan makbulkan doa itu.
Kadangkala mereka yang mendesak itu tidak memahami bahawa doa seseorang itu hendaklah dengan rasa takut kalau-kalau tidak dimakbulkan oleh Allah, dan dengan sepenuh harap supaya Allah makbulkan. Memang bimbang juga saya sekiranya doa-doa itu tidak dimakbulkan maka orang akan memfitnah saya pula.

Tetapi sukar sangat mahu menerangkan kepada mereka seperti Ali Ranggi ini apabila saya enggan mahu datang menjengah. Kalau tidak kenangkan dia sepupu, memang berat juga saya mahu memenuhi kemahuannya yang seolah-olah mendesak itu.

Sama juga dengan Ucu Tunal yang diharapkan sangat oleh orang-orang kampungnya di Kesang apabila diganggu syaitan. Kadangkala apabila keluarga mereka dirasuk sampai meracau-racau, tidak bertangguh mereka memanggil Ucu Tunal.

Siapa lagi diharapkan di kampungnya kalau bukan Ucu Tunal yang mampu menghalau gangguan pelesit atau hantu raya yang merasuk. Anak Lebai Jimin dianiaya orang sampai terasa digigit lipan di pangkal paha pun, Ucu Tunal yang dijemput datang mengubatkan.

Memang Saenah gadis berumur 16 tahun itu nampak lipan bara merah melekap di pangkal pahanya. Mengerekot lipan bara itu mencengkam dengan ekornya terbalik. Beberapa kali ditepis oleh Saenah barulah lipan bara itu tercampak ke lantai terus menyusup ke bawah tikar.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab135

DITIMPA BADI RUSA JANTAN

(Bab 135 bahagian 1)

TERGERAK juga dihati Mail Togok mahu membawa isterinya Kimah balik sahaja ke rumah, tetapi bimbang kalau keluarga isterinya akan salahkan pula dia. Memanglah dia berhak pada diri Kimah sebagai isterinya, namun dalam keadaan Kimah terbaring di katil hospital dia perlukan juga pandangan sanak saudara. Manalah tahu perkara buruk berlaku, tentu siapa pun tidak boleh disalahkan.

Sudah lama sangat Kimah terlantar di katil hospital sejak hampir sebulan dimasukkan ke wad. Terpaksa juga Mail Togok bawa isterinya ke hospital dengan tidak memberitahu sanak saudara terlebih dulu. Manalah dia dapat menahan sabar tatkala Kimah mengerang-erang tengah malam menanggung sakit kepala.

Sampai menghempas-hempas badan Kimah mengerang disebabkan kepalanya berdenyut-denyut sakit bagaikan ditusuk mata kapak. Memang Kimah sudah beberapa kali mengadu pada suaminya fasal kepala sakit tidak menentu. Apabila ditelan sahaja pil panadol sakit kepala itu hilang serta merta.

"Ambilkan aku pil," keluh Kimah terkapai-kapai tangan disebabkan Mail Togok terkial-kial meyelak laci almari, tetapi tidak menemui apa-apa.

"Awak letakkan di mana?" rungut Mail Togok setelah puas mencari pil yang diberitahu oleh isterinya.

"Takkan dah habis," gerutu Kimah menahan kesakitan yang kian menyesak. "Aku sendiri simpan dalam laci almari tu," tegas Kimah terketar-ketar tidak dapat mengangkat kepalanya.

Terpaksa pula Mail Togok menyuruh anaknya cari di dapur. Boleh jadi Kimah terlupa disebabkan menahan kesakitan. Memang pil yang diberitahu oleh Kimah itu diletakkan dalam almari lauk di dapur. Cepat-cepat Senah bawakan pil berkenaan kepada emaknya.

Sebaik sahaja Kimah telan pil yang ditunjukkan kepadanya, dia semakin menggelepar menahan sakit. Sebab itulah Mail Togok tidak sabar lagi dengan keadaan Kimah. Lantas. dia memapah isterinya masuk ke kereta terus sahaja dihantar ke hospital.

Dalam masa seminggu sahaja Kimah terlantar di hospital, kulitnya yang putih kuning sudah berubah menjadi hitam bagaikan daun pisang dilayur. Tetapi doktor tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai penyakit yang dihidapi oleh Kimah.

Sebab itulah saudara mara Kimah mula mendesak supaya Mail Togok bawa sahaja balik ke rumah. Tetapi Mail Togok bimbang sekiranya Kimah dibawa keluar sebelum pihak hospital putuskan supaya balik. Siapa yang akan rawat Kimah kalau dia berkeras meminta dikeluarkan sahaja dari hospital?

"Macam mana aku nak buat ni?" keluh Mail Togok meluah-kan rasa resah kepada kawan sepejabatnya Ali Ranggi.

"Ah, cubalah ikhtiar cara lain," sengaja Ali Ranggi memberi peransang kepada kawannya biar Mail Togok tidak mudah putus asa. Dalam saat demikian memang siapa pun mudah gelabah tidak menentu. Macam mana mahu tenteram hati apabila kenangkan isteri terlantar di hospital.

"Ikhtiar apa lagi aku nak buat?" Mail Togok menggeleng lemah kerana tidak dapat memikirkan apa-apa lagi.

"Berubat cara kampung pula," beritahu Ali Ranggi mengingatkan kawannya.

"Ah, mana aku nak cari dukun?" Mail Togok bagaikan orang bodoh mengharapkan pertolongan daripada sesiapa sahaja. "Aku bukan kenal sangat dukun ni," ujarnya perlahan seolah-olah mengharapkan belas ihsan kawannya itu.

Tersengih-sengih Ali Ranggi dengan sikap kawannya yang semakin kebingungan. Hampir sebulan Kimah terlantar di hospital, badannya semakin lemah. Setiap kali Ali Ranggi suami isteri datang menjengah, dia riang berbual bagaikan tidak menanggung sakit apa-apa.

Hanya kulit badannya sahaja sudah bertukar menjadi kendur dan hitam laksana daun pisang dilayur ke api. Memang Kimah tidak mengadu sakit kecuali sendi-sendinya sahaja lenguh hingga terasa ngilu sampai ke tulang.
Selepas beberapa kali menjengah Kimah di hospital itulah Ali Ranggi menelefon saya. Terkejut juga saya apabila pagi benar Ali Ranggi menelefon sebelum saya habiskan wirid solat subuh. Selepas solat subuh dan selesaikan wirid, segera saya menelefon dia semula. Manalah tahu ada perkara mustahak hendak diberi-tahunya.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Sobri yang sekian lama menetap di Jakarta juga sudah bertahun-tahun tidak balik jejak kaki di kampungnya di Lubuk Sakaping. Hanya sekali sekala sahaja bertemu dengan Mamak Bandaro kalau dia singgah di Bukit Tinggi. Tetapi Sobri tidak teringat langsung mahu balik ke Lubuk Sakaping setelah jejakkan kaki di Bukit Tinggi apakala menemui Mamak Bandaro.

Setelah didesak oleh Mamak Bandaro tatkala saya berkunjung ke Bukit Tinggi itulah, tergerak sahaja hati Sobri mahu balik jejak kaki ke Lubuk Sakaping. Setiap kali mata meleret melihat jurang dan ngarai di bawah jalan lantas sahaja Sobri teringatkan kejadian Sabisah itu.

"Memang mamak pun nak cuba berubat," ujar Mamak Bandaro memicit-micit kepala lututnya.

"Tentu boleh, asal saja mamak yakin," sahut Sobri perlahan.

"Mamak juga pernah dengar mengenai kisah Sabisah tu," jelasnya mengakui kejadian itu. Kalaulah Lubuk Sakaping itu berhampiran, memang Mamak Bandaro akan jengah juga.

Tetapi dia tidak perlu sangat mahu menemui perempuan tersebut. Mereka yang datang menemui Sabisah tentu tidak percaya kepada kebolehan sendiri. Mereka tidak mahu berubat di hospital disebabkan jauh dari kampung halaman. Lainlah menemui Sabisah, mereka tidak perlu menaiki kereta melalui jalan kecil berliku-liku.

Ketika sampai di Lubuk Sakaping, Sobri sendiri tertanya-tanya kepada beberapa orang penduduk disebabkan sudah terlupa jalan menuju ke rumah Sutan Malim. Ayahnya Tamiki juga sudah lama meninggal dunia semenjak mereka berpindah ke Jakarta. Sebab itu Sobri lama tidak jejak kaki ke Lubuk Sakaping lagi.

"Sutan Malim sudah lama meninggal dunia," ujar seorang peniaga ubi sengkuang di depan gerainya apabila Sobri tanyakan mengenai Sutan Malim.

"Macam mana dengan isterinya Sabisah?" Sobri terus mendesak.

"Isteri Sutan Malim bukankan sudah lama meninggal dunia sebelum dia meninggal," beritahu peniaga ubi sengkuang itu menggeleng lemah kerana dia tidak pernah mendengar kejadian Sabisah yang sudah dikebumikan itu bangkit semula dari kuburnya.

"Angko Zawar bagaimana?" coal Sobri seterusnya. "Angko Zawar juga sudah lebih dua puluh tahun meninggal," jelas lelaki peniaga ubi sengkuang.

Sewaktu singgah minum di sebuah gerai melalui jalan kampung di situ Sahab peniaga warung itu menjelaskan peniaga ubi sengkuang itu sebenarnya tidak siuman. Sahab sendiri beritahu mengenai lelaki itu sudah meninggal dunia, tetapi tubuhnya bergerak-gerak semasa mahu dimasukkan ke liang lahad. Cepat-cepat dia dibawa balik ke rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri. Seminggu dia terkejang barulah lelaki itu dapat membuka mata. Setelah sembuh dari terkejang sakit itulah dia menjadi tidak siuman.

Tamat bab 134.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab134

MAYAT BANGKIT DARI KUBUR

(Bab 134 bahagian 2)

Tidak bertangguh Toha turun membantu. Masai juga turun membantu setelah melihat Toha dan Sutan Malim terkial-kial menarik keluar tubuh Sabisah. Ketika mereka naikkan Sabisah ke atas tebing kubur, perlahan-lahan Sabisah membuka kain kapannya.

"Kalian tak perlu takut pada aku," terketar-ketar Sabisah bersuara dalam keadaan masih lemah.

Setelah Sabisah dikeluarkan dari kubur, segera Pak Marhalah menyuruh tanamkan batang pisang sebagai ganti. Mereka semua kebumikan batang pisang sama seperti kebumikan mayat juga. Sebaik sahaja kubur dikambus semula, mereka semua mengusung Sabisah balik ke rumahnya.

Semenjak Sabisah dibawa balik, perangainya berubah sama sekali. Suaranya lembut tidak membentak mengikut perasaan. Dia meminta maaf kepada sesiapa sahaja dalam linangan air mata apabila kenangkan perbuatannya sebelum itu.

Seisi kampung melihat perubahan luar biasa itu, kerana Sabisah yang mereka lihat ketika itu bukan lagi perempuan yang garang sebelum itu. Sabisah habiskan masanya di musalat, hingga makan minum juga tidak penting sangat kepadanya.

Berkali-kali dia meminta ampun pada Matusa disebabkan menetak dahinya dengan parang terhunus. Dia tahu Matusa bukan sahaja menderita cedera di dahi, malah penglihatannya juga kabur. Hampir sebulan Sabisah balik semula ke rumah dia meminta Matusa datang menemuinya sebelah pagi sebelum mandi dan berkumur-kumur di telaga.

Apabila Matusa datang menemuinya, Sabisah menyuruh bapa saudaranya letakkan ibu jari kanan kepada langit-langit. Kemudian dia suruh Matusa ikut sama membacakan doanya sebanyak tiga kali:

Allahhuma mato 'inni bibosri waj'alhul warisa minni wa-oriniya fil 'uduwisay'ri wa-ansurni 'ala man tolaminni.

Kemudian ibu jari yang basah dengan air liur di langit-langit itu disapukan tiga kali kepada pelupuk mata. Setelah tiga hari Matusa berulang ke rumah Sabisah dia melonjak gembira apabila matanya dapat melihat semula.

Semenjak Matusa sembuh mata diubati Sabisah, seisi kampung mula menemui dia. Kejadian yang menimpa mereka sebelum Sabisah dikebumikan tidak perlu diungkit-ungkit lagi. Perubahan Sabisah itu amat menakjubkan mereka.
Setiap kali jiran-jiran datang menemuinya Sabisah akan nasihatkan mereka supaya mematuhi perintah Allah. Kadang-kala dia akan mengesat pelupuk mata setiap kali menyebut ayat-ayat al-Quran. Memang seisi kampung kagum dengan kemampuan Sabisah hafalkan ayat-ayat al-Quran hinggakan Angko Zawar juga mengakui akan kelebihan perempuan itu.

Sewaktu Toha mengidap demam panas hingga meracau-racau tidak menentu, tidak bertangguh isterinya Sapinah mengadu pada Sabisah. Memang Sabisah tidak membantah setelah diberitahu mengenai Toha terlantar sakit. Sebaik sahaja sampai di rumah Toha, dia menyuruh ambilkan pucuk pisang alaskan tempat tidur Toha.
Biarlah Toha dibaringkan di atas daun pucuk pisang yang berwap sejuk, supaya suhu panas badan lelaki itu berkurangan. Kemudian Sabisah meminta air sejuk segelas dibubuhkan dua tiga butir beras ke dalamnya. Perlahan-lahan Sabisah doakan air sejuk digelas dengan membacakan:

Bismillahhil kabirhu na'uzubillahhil 'azim minni syarri kulli' rannahari mM syarri hassarannar, labaksa labaksa rabbinnasi isyfi wa-antasy syafi la-syifa-a illa syifa-uka Bola inni wahanal 'azmu minni wasyta'alar ra'su syaiban walam akun bidu'a-ika rabbi syaqiyan.

Sebelah petang selepas asar Sabisah datang doakan air sejuk itu supaya diminum oleh Toha, selepas maghrib sahaja Toha merasakan demam tersebut sembuh sepenuhnya. Dia bangun menjamah nasi dengan berselera bagaikan kemaruk sangat.

Semenjak itu siapa sahaja mengidap sakit tidak bertangguh menemui Sabisah. Seisi kampung sebarkan cerita mengenai Sabisah yang sudah dikebumikan tiga hari di dalam kubur hidup semula. Dia membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya, disebabkan Sabisah selepas keluar dari kubur menjadi perempuan yang soleh.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Seisi kampung menjadi gempar dengan perbuatan Sabisah yang dikatakan sudah dirasuk. Tentu puaka jembalang sudah merasuk perempuan itu menyebabkan dia tidak pedulikan siapa lagi. Sutan Malim sudah tidak berdaya mahu menghalang. Kalau Sutan Malim suaminya sendiri sudah tidak dapat menghalang, siapa lagi yang boleh memaksa Sabisah mengalah?

Ketika inilah Matusa tercegat di hadapan memaksa Sabisah. Selalunya Sabisah tidak akan teruskan mengamuk kalau Matusa bapa saudaranya sudah tercegat menyergah. Tetapi Sabisah sudah tidak hiraukan Matusa lagi sekalipun bapa saudaranya itu puas memujuk supaya dia mengalah. Tiba-tiba sahaja Sabisah menghayun mata parang hingga tidak sempat dielakkan langsung oleh Matusa.

Tetakan Sabisah lantas menyinggahi dahinya menyebabkan darah banyak mengalir. Terpaksa pula Sutan Malim membayar seekor kambing, seguni padi dengan emas sebahara kepada Matusa disebabkan perbuatan Sabisah mencederakan.

"Orang keras kepala memang banyak musuh," keluh Sutan Malim disebabkan tidak ramai jiran jiran yang menziarah.

Beberapa orang jiran yang datang menjengah disebabkan kenang budi baik Sutan Malim sahaja kepada orang-orang kampung. Sutan Malim menyedari sikap isterinya menjadi kebencian orang-orang kampung, tetapi dia tidak boleh melakukan apa-apa.

Sabisah akan jerkah dia kalau nasihatkan supaya mengubah sikap. Memang Sabisah tidak pedulikan siapa lagi di dalam kampung. Asal sahaja berani menyinsing lengan baju, bila-bila Sabisah akan menyerbu tidak bertangguh. Baik lelaki, baik perempuan Sabisah tetap akan menyerbu sekiranya mencabar dia.

Empat hari Sabisah terkejang mengidap demam panas, memang tidak seorang pun jiran datang menjengah. Matusa yang tinggal berhampiran juga tidak sudi menjengah anak saudaranya itu. Hanya selepas Sutan Malim beritahu mengenai kematian isterinya barulah Matusa jejakkan kaki. Dia tidak tergamak mahu pulaukan sepanjang hayat apabila kenangkan budi baik Sutan Malim kepada keluarganya.

Selama dia terlantar akibat dahi ditetak mata parang Sabisah, memang Sutan Malim yang menanggung keluarganya. Setiap hari Sutan Malim akan beri apa sahaja keperluan dapur selagi Matusa tidak dapat turun bekerja. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membantu keluarga Matusa setelah lelaki itu cedera parah tidak dapat turun bekerja di sawah.

"Tak apalah, perkara mati fardu kifayah,’ jelas Matusa yang terpaksa ikut sama uruskan pengkebumian Sabisah.

Tiga hari selepas Sabisah dikebumikan, Sutan Malim bermimpi isterinya mendesak supaya kuburnya digali semula. Serba salah juga Sutan Malim mahu turutkan perasaan setelah bermimpi demikian. Perkara mimpi bukannya boleh diikuti sangat, apatah lagi mendesak digali semula kubur setelah mayatnya tiga hari dikebumikan

"Aku juga bermimpi Sabisah minta gali kuburnya," ujar Matusa setelah Sutan Malim beritahu mengenai mimpinya itu.
"Kalau mamak suruh gali, saya akan gali kubur Sabisah," Sutan Malim serba salah juga mahu membuat keputusan.

"Biar kita tanya imam dulu," tutur Matusa perlahan kerana tidak berani membuat keputusan.

Bukan mudah mahu membuat keputusan dengan masalah yang membabitkan banyak pihak. Mereka tidak bimbang pemerintah Belanda yang tidak pernah ambil tahu kehidupan orang-orang kampung pedalaman, tetapi perkara menggali semula kubur mesti diberitahu juga kepada imam. Malah ketua adat juga tidak boleh ditinggalkan.

Setelah diberitahu oleh Sutan Malim kepada imam, memang Angko Zawar terkejut besar. Dia juga bermimpi menemui Sabisah yang mendesaknya supaya kuburnya digali semula. Sabisah mengakui dia masih hidup di dalam kuburnya kalau digali semula.

Angko Zawar yang menjadi imam kampung serba salah apakala didesak oleh Sutan Malim mengenai mimpi tersebut. Mereka bertiga sama-sama bermimpi didesak oleh Sabisah supaya gali semula kuburnya setelah tiga hari dikebumikan.

"Kalau tak digali, macam mana Sabisah betul-betul masih hidup?" Angko Zawar mengeluh panjang.

"Kami ikut keputusan Pak Angko," sahut Sutan Malim sudah mula merasakan kubur Sabisah perlu digali semula.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

Hanya setelah ikan di dalam keruntungnya pulih semula, baru mereka yang berkumpul di rumahnya nampak Sudin Mamai sedang buat hidangan nasi ke dalam dulang. Sudin Mamai sendiri yang bawa hidangan nasi itu ke sisi anaknya yang terbujur di tengah rumah.
Sebaik melihat saya naik ke rumah bersama emak dan kakak, lama Sudin Mamai terdiam. Setelah saya bacakan al-Fatihah tiga kali dan dihembus perlahan ke arah ubun-ubunnya, dia seolah-olah terbangun dari tidur nyenyak. Lantas dia menggamit saya mengajak makan bersama dengan Salim yang kelihatan segar.

"Kenapa orang ramai di rumah kita?" Salim mencuit kepala lutut ayahnya.
Sudin Mamai tidak menyahut. Dia tersengih-sengih lantas membasuh tangan. Setelah selesai makan, tidak bertangguh dia kemaskan semula. Semua lebihan nasi dan gulai terus sahaja ditanamnya macam kebumikan mayat dikubur.

Terpinga-pinga juga emak saya dengan kejadian yang menimpa Sudin Mamai hingga saya juga terbabit sama. Kenapa pula Sudin Mamai hanya mempelawa saya seorang sahaja makan bersama, sedangkan ayah saya atau Pak Tua Mahat tidak dipedulikannya langsung.
Siapa pun tidak berani sangat mahu bertanya mengenai kejadian itu, kerana Pak Tua Mahat sudah ingatkan supaya tidak diungkit-ungkit. Perkara kejadian yang menimpa Sudin Mamai memang sama dengan kejadian yang dialaminya bersama Lajis. Pak Tua Mahat dapat mengagak segala pengalaman yang dilalui oleh Sudin Mamai itu.

Tetapi kejadian yang berlaku ke atas diri Pak Tua Mahat sekadar saya dengar dari emak sahaja, kerana ketika Lajis masih kecil saya masih belum lahir. Lajis sendiri tidak tahu apa-apa tatkala saya tanyakan kejadian tersebut kepadanya.
Tentu Salim juga tidak tahu apa-apa mengenai kejadian yang menimpa dirinya ketika masih berusia lapan tahun. Dia sekadar ingat seolah-olah terjun ke tengah arus hingga hampir tenggelam bersama ayahnya Sudin Mamai. Masa inilah dia seolah-olah melihat tangan saya mencapai tengkuknya dibawa naik ke tebing.

"Lain saya tak ingat," beritahu Salim apabila ditanyakan kejadian yang dialaminya semasa berusia lapan tahun itu. "Agaknya saya mimpi macam tu," dia menjelaskan kerana tidak percaya mengenai dirinya yang dikatakan sudah meninggal dunia itu boleh hidup semula.

Memang seisi kampung percaya Salim sudah meninggal dunia, tetapi hidup semula setelah dipulihkan oleh ayahnya Sudin Mamai. Masakan orang yang sudah meninggal dunia boleh hidup semula. Hanya Tok Aji sahaja menerangkan Salim sekadar pengsan tidak sedarkan diri akibat gangguan syaitan. Mereka melihat Salim seolah-olah sudah tidak bernyawa disebabkan pesona syaitan yang mahu mengelirukan keluarga Sudin Mamai.

Lama juga tersebar cerita mengenai Salim yang sudah meninggal dunia itu hidup semula. Terpaksa ayah saya ingatkan orang-orang kampung supaya tidak terpengaruh dengan cerita tahyol demikian. Tetapi masakan mereka boleh lupakan kejadian itu kerana Wak Sarimin sendiri yang gali kubur setelah didesak oleh nenek saya Bidan Ibah.

Bukan Wak Sarimin sahaja terpaksa gali kubur, malah Dolah Cekang juga sudah bersiap menebang buluh untuk buat usungan. Kejadian yang berlaku hampir empat puluh tahun itu bukan mudah mahu dilupakan oleh orang-orang kampung yang melihat sendiri peristiwa tersebut.

Tamat bab 133.

Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram @BercakapDenganJin.

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

#KoleksiTokAwangNgahBab133

MATI TERBUJUR HIDUP SEMULA

(Bab 133 bahagian 2)

Dukun Lamat juga nasihatkan Milah Dukung supaya tidak tergesa-gesa dapatkan anaknya Salim. Manalah tahu yang bingkas bangun itu sekadar puaka lembaga yang merasuk anak kecil itu. Kalau Sudin Mamai yang mulakan puncanya biarlah dia sendiri yang selesaikan urusan dengan puaka batu dagu di kaki bukit.

Sebaik sahaja saya sampai bersama emak dan kakak, Sudin Mamai masih lagi menyuap nasi dengan Salim. Dia melambai saya mara mendekatinya mengajak makan bersama. Serba salah juga saya mahu mengelak disebabkan baru sahaja makan nasi di rumah sebelum datang ke situ.

Beberapa kali diajak oleh Sudin Mamai terpaksa juga saya duduk di sisinya. Saya terus menjamah nasi dengan gulai ikan sebarau masak lemak kuning bercampur belimbing buluh. Memang saya tidak makan banyak, sekalipun terasa gulai ikan itu sungguh menyelerakan. Kalau tidak kenangkan perut tengah kenyang memang mahu juga saya bertambah lagi.

Selesai sahaja makan, Sudin Mamal meminta saya bacakan doa selamat. Setelah saya bacakan doa selamat inilah Pak Tua Mahat jejak kaki di kepala tangga setelah mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa Sudin Mamai. Cemas juga Pak Tua Mahat apabila diberitahu kejadian yang berlaku ke atas Sudin Mamai

Tetapi dia juga sudah mengalaminya sewaktu anaknya Lajis masih kecil lagi. Memang Pak Tua Mahat hampir kecewa setelah menembak ayam hutan bertenggek di akar. Balik sahaja dari berburu emak mertuanya sudah menyergah disebabkan Lajis terbujur tidak bernyawa.

Hampir juga nenek saya bercekak rambut dengan emak mentua Pak Tua Mahat disebabkan perempuan itu menyalahkan Pak Tua Mahat sahaja. Tersinggung juga nenek saya apabila anaknya Pak Tua Mahat diperlakukan macam anak yang tidak mempunyai emak dan ayah.

Tetapi Pak Tua Mahat tetap bersabar. Kesabaran Pak Tua Mahat menghadapi dugaan itulah dituruti oleh Sudin Mamai dalam masa dia benar-benar terdesak. Sebaik sahaja balik dari menuba ikan Sudin Mamai sudah dapat mengagak kejadian itu akan menimpa keluarganya.

Sebaik sahaja dia naik ke tebing sungai selepas mengutip ikan mabuk tuba, Sudin mamai tercium bau busuk. Tatkala dia melihat keruntung berisi ikan terkejut benar Sudin Mamai kerana ikan di dalam keruntung semuanya tulang-tulang tidak berguna. Berdebar hati Sudin Mamai dengan keadaan ikan-ikan di dalam keruntung sudah bertukar mnejadi tulang-tulang ikan sahaja.

Lantas sahaja Sudin Mamai ingatkan kejadian yang menimpa Pak Tua Mahat bertahun-tahun sebelum itu. Ketika Pak Tua Mahat berburu ayam hutan bertenggek pada akar pohon ara. Sebaik sahaja ditembak, Pak Tua Mahat terkejut kerana ayam hutan bertukar menjadi daun terap kering. Tetapi Pak Tua Mahat dapat pulihkan semula ayam hutan yang ditembaknya.

Semasa balik membawa ayam hutan siap disembelih itulah Pak Tua Mahat diberitahu mengenai anaknya Lajis meninggal dunia. Orang-orang kampung juga sudah bersiap-siap mahu kebumikan Lajis hingga kubur pun sudah digali. Tetapi Pak Tua Mahat tidak berputus asa, dia tidak terus naik ke rumah menatap anaknya yang sudah dibujurkan.

Pak Tua Mahat masuk ke dapur meletakkan ayam hutan siap disembelih di pelantar dapur. Mereka yang datang berkumpul ke situ melihat Pak Tua Mahat menyiang ayam lantas menggulainya sampai nasi dihidangkan ke sisi Lajis. Memang Sudin Mamai tahu bukan Pak Tua Mahat yang memasak di dapur. Ketika ini Pak Tua Mahat duduk di perdu pohon ara merendang dengan tangannya tidak lepas mencekak lelaki tua berpakaian seperti Cina tua.

Tangan Pak Tua Mahat tidak lepas mencengkam kuat batang leher lelaki Cina tua itu. Kemudian dia membacakan seratus kali:

Ya qadim, ya daim, ya ahad, ya wahid, ya samad,
terus memuntal rambut lelaki Cina tua yang mengerbang panjang.
Terkial-kial lelaki Cina tua itu dengan merengek-rengek lemah. Pak Tua Mahat terus membacakan:

Читать полностью…

Kisah Seram t.me/BercakapDenganJin

"Ikan di sungai dalam kampung ni, gunakan jeramak pun boleh," ujar ayah saya kesal kerana ikan mabuk tuba itu banyak mati tidak dapat dikutip.

Memang ayah saya lebih gemarkan menjeramak ikan di sungai kalau teringin mahu masak gulai ikan dengan bacang muda. Sebaik sahaja emak saya jerangkan nasi di tungku, lantas sahaja ayah saya turun ke sungai membawa jeramak. Tidak sampai satu jam dia akan balik ke rumah dengan ikan bertengah keruntung.

Kalau bandingkan dengan kakaknya Ngah Siah, memang ayah saya tidak mampu melakukan sepertinya. Ngah Siah masuk ke lombong dengan tidak memerlukan jeramak atau tangguk. Dia sekadar hulurkan tangan ke bawah rumput-rumput menyerungkup ke tebing. Dalam masa beberapa minit sahaja Ngah Siah sudah menangkap ikan dengan tangannya sahaja.

Bukan takat ikan haruan, ikan bujuk atau ikan yang tidak berduri sahaja boleh dicekup Ngah Siah dengan tangannya di dalam air, malah akan semilang, ikan baung atau ikan limbat pun mudah sahaja dicekaknya. Memang Ngah Siah tidak bimbang apa pun kalau mencekup ikan di dalam air.

Tetapi ayah saya memang terkilan dengan sikap Sudin Mamai gemar gunakan tuba kalau mahu menangkap ikan. Sudin Mamai sanggup meranduk ke tengah hutan mencari akar tuba tumbuh meliar dalam beluka. Sudah beberapa kali juga ayah saya menegurnya, tetapi Sudin Mamai sekadar tersengih-sengih sahaja.
Sewaktu ayah saya balik dari telaga, saya sudah menunggu di kaki tangga disebabkan baru balik dari madrasah Tok Aji. Kakak saya juga sudah siap di dapur hidangkan nasi dengan gulai pisang muda.

"Tok Aji apa khabar?" tanya emak saya sebaik sahaja bersalam tangan di kaki tangga.

"Sihat," beritahu saya lantas sampaikan salam Tok Aji dan Nenek Aji.

Memang sekali sekala sahaja saya balik ke kampung emak saya, semenjak diajak oleh Tok Aji tinggal bersama di madrasahnya. Jauh juga jaraknya madrasah Tok Aji dari kampung emak saya, terpaksa menaiki bas juga. Kemudian berjalan kaki masuk ke kampung melalui jalan estet sampai tiga batu.

Ketika itu pengangkutan juga bukanlah mudah. Sebab itulah jarang saya mahu balik ke kampung emak saya. Tetapi sekali sekala balik, memang nenek saya di sebelah emak Bidan Ibah akan merungut panjang sekiranya tidak singgah menjamah nasi di rumahnya.
Sewaktu emak saya hulurkan pinggan ketika menghadap hidangan, nenek saya Bidan Ibah memanggil ayah saya. Cepat-cepat ayah saya bangun menerpa ke pintu. Dia bukakan pintu, tetapi nenek saya tidak mahu naik ke rumah.

"Cepatlah bilal, tengokkan anak Sudin," beritahu nenek saya bagaikan cemas sangat.

Memang nenek saya tengah menyapu sampah di tengah halaman semasa Milah Dukung memberitahu mengenai Salim sesak nafas. Lantas nenek saya ke rumah Milah Dukung urutkan dada Salim dengan minyak kelapa di tenyeh bawang merah.

Nenek saya sudah tangkalkan dengan jampi terkena angin pasang biar lelah anak kecil itu berkurangan. Tidak pernah pula Salim mengidap penyakit lelah sampai dia tercangut-cangut macam ikan mabuk tuba. Lantas sahaja Milah Dukung menuduh suaminya Sudin Mamai yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku ke atas anaknya.
Tidak jadi ayah saya menyuap nasi sekalipun sudah terhidang. Dia sekadar jamah sahaja secubit nasi sebelum turun mengikut nenek saya ke rumah Milah Dukung. Tetapi emak saya tidak tergesa-gesa. Biarlah ayah saya ikhtiarkan untuk memulihkan Salim tercangut-cengut akibat lelah yang menyerang tiba-tiba.

Selepas siap makan tengah hari barulah saya ke rumah Milah Dukung bersama emak dan kakak saya. Tatkala saya sampai di rumahnya Salim udah pun duduk menghadap hidangan nasi bersama ayahnya Sudin Mamai. Mereka berdua makan sehidangan dengan tidak pedulikan orang ramai berkumpul di rumahnya.

"Tak ada beban batu digalas!" rungut nenek saya apabila kenangkan anak saudaranya Sudin Mamai tersengih-sengih menyuap nasi dengan gulai ikan campur belimbing buluh.

Читать полностью…
Подписаться на канал