Ahmad Zahid Iring Sambut Lawatan Rasmi Presiden Poland, Andrzej Duda
https://umno-online.my/2025/06/10/ahmad-zahid-iring-sambut-lawatan-rasmi-presiden-poland-andrzej-duda/
PUTRAJAYA, 10 Jun – Malaysia hari ini menyambut ketibaan Presiden Republik Poland, Tuan Yang Terutama (TYT) Andrzej Duda dalam satu Istiadat Sambutan Rasmi yang berlangsung di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. Beliau disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pukul 10 pagi sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut mengiringi [...]
Persidangan UMNO Bahagian Dalam Mod Perang Depani PRN Sabah – Sharif Musa
https://umno-online.my/2025/06/10/persidangan-umno-bahagian-dalam-mod-perang-depani-prn-sabah-sharif-musa/
LAHAD DATU, 10 Jun – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menegaskan bahawa UMNO kini memasuki ‘mod perang’ sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan lebih awal daripada tempoh akhir penggal pada Oktober 2025. Dalam hantaran menerusi laman Facebooknya sempena bermulanya Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian, beliau menyifatkan persidangan kali ini sebagai yang terakhir [...]
Ahmad Zahid Ucap Selamat Bersidang UMNO Bahagian… Tekankan Politik Solusi, Legasi Dan Moderasi
https://umno-online.my/2025/06/09/ahmad-zahid-ucap-selamat-bersidang-umno-bahagian-tekankan-politik-solusi-legasi-dan-moderasi/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO sempena persidangan tahunan parti yang bermula hari ini, 9 Jun hingga 27 Julai 2025. Dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya, beliau menyeru semua perwakilan dari Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO agar hadir ke persidangan dengan kesungguhan dan iltizam yang [...]
Tengku Adnan Seru Ahli Manfaat Persidangan UMNO Bahagian, Perkukuh Perjuangan Parti
https://umno-online.my/2025/06/09/tengku-adnan-seru-ahli-manfaat-persidangan-umno-bahagian-perkukuh-perjuangan-parti/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Persidangan Bahagian UMNO di seluruh negara yang bermula hari ini hingga 27 Julai 2025 diseru dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli parti sebagai medan memperkukuh perjuangan yang telah lama diwarisi. Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan bahawa mesyuarat ini bukan sekadar rutin tahunan, sebaliknya merupakan wadah penting untuk menyemai iltizam yang jitu dalam meneruskan [...]
Wan Rosdy Seru Ahli UMNO Bersatu, Perkukuh Parti Sempena Persidangan Bahagian
https://umno-online.my/2025/06/09/wan-rosdy-seru-ahli-umno-bersatu-perkukuh-parti-sempena-persidangan-bahagian/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru seluruh ahli dan perwakilan UMNO supaya menjadikan persidangan UMNO Bahagian yang bermula hari ini sebagai medan terbaik untuk memperkukuhkan semangat perjuangan serta membina semula kekuatan parti. Dalam perutusan sempena persidangan menerusi laman Facebooknya, beliau mengajak semua perwakilan agar bermuafakat dan berbincang secara berhemah demi memperkukuh [...]
Pemuda UMNO Rakam Takziah Atas Insiden Bas Melibatkan Pelajar
https://umno-online.my/2025/06/09/pemuda-umno-rakam-takziah-atas-insiden-bas-melibatkan-pelajar/
KUALA LUMPUR, 9 Jun — Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan rasa dukacita mendalam susulan insiden kemalangan bas yang melibatkan pelajar-pelajar di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi. Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hairi Mad Shah dalam satu kenyataan menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada semua keluarga, waris serta mangsa yang terlibat dalam tragedi menyayat hati [...]
Dr Asyraf Ziarah Mangsa Kemalangan Bas Libatkan Pelajar UPSI, Salur Bantuan Segera
https://umno-online.my/2025/06/09/dr-asyraf-ziarah-mangsa-kemalangan-bas-libatkan-pelajar-upsi-salur-bantuan-segera/
GERIK, 9 Jun — Pengerusi Majlis Amanah Rakyat merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mewakili Timbalan Perdana Menteri dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menziarahi mangsa-mangsa kemalangan bas yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi. Menurut beliau, insiden tersebut amat menyayat hati, apatah lagi [...]
KPT Gerak Penuh Bantuan Kepada Mangsa Nahas Bas UPSI – Dr Zambry
https://umno-online.my/2025/06/09/kpt-gerak-penuh-bantuan-kepada-mangsa-nahas-bas-upsi-dr-zambry/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggerakkan sepenuhnya pelbagai bentuk bantuan susulan nahas kemalangan bas yang meragut 15 nyawa dan mencederakan beberapa lagi warga UPSI. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memaklumkan bahawa pihak kementerian dan UPSI telah bertindak pantas dengan menubuhkan bilik gerakan serta hotline bagi [...]
Nahas Bas Pelajar UPSI: Wan Rosdy Rakam Ucapan Takziah
https://umno-online.my/2025/06/09/nahas-bas-pelajar-upsi-wan-rosdy-rakam-ucapan-takziah/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas bas yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, awal pagi tadi. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata tragedi tersebut amat menyentuh perasaan kerana ia melibatkan anak muda yang dalam perjalanan menimba ilmu dan [...]
Sokong Usaha Bersama Presiden UMNO Bela Nasib Rakyat – Kamal Arifin
https://umno-online.my/2025/06/08/sokong-usaha-bersama-presiden-umno-bela-nasib-rakyat-kamal-arifin/
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohd Kamal Arifin Mat Arsyad menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan kebajikan rakyat terbela di sebalik cabaran ekonomi yang semakin mencabar. Menurutnya, pendekatan inklusif yang diambil oleh Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri menunjukkan komitmen tinggi parti itu dalam mempertahankan [...]
Tolak Politik Berkepentingan, Rakyat Muak ‘Drama’ Tak Berkesudahan – Dayang Nurazlin
https://umno-online.my/2025/06/08/tolak-politik-berkepentingan-rakyat-muak-drama-tak-berkesudahan-dayang-nurazlin/
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dayang Nurazlin Nordin menyifatkan rakyat semakin muak dengan drama politik yang tidak berkesudahan. Menurut beliau bahkan rakyat pada masa kini semakin bijak menilai pemimpin yang ikhlas bekerja, membawa solusi bagi mencipta masa depan yang lebih baik. “Saya menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk gerakan yang mahu meruntuhkan struktur ini demi kepentingan sempit [...]
Bung Moktar Gesa Pelaksanaan IPR Yang Lebih Inklusif di Pedalaman Sabah
https://umno-online.my/2025/06/08/bung-moktar-gesa-pelaksanaan-ipr-yang-lebih-inklusif-di-pedalaman-sabah/
KINABATANGAN, 8 Jun – Ketua UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyuarakan kebimbangan terhadap pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di kawasan pedalaman Sabah yang disifatkan masih belum menyeluruh dan tidak menyentuh golongan yang paling memerlukan. Menurut Bung Moktar, walaupun IPR merupakan salah satu dasar utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), pelaksanaannya masih tidak [...]
“Tun M Cukup-Cukuplah Dengan Retorik Purba” – Puteri UMNO
https://umno-online.my/2025/06/06/tun-m-cukup-cukuplah-dengan-retorik-purba-puteri-umno/
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi hari ini menyelar tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kembali muncul di persada politik dengan membawa konsep ‘payung besar’. Beliau menyifatkan percubaan Tun Mahathir untuk menyatukan parti-parti Melayu sebagai satu retorik lapuk yang sudah berulang kali gagal. “Perpecahan orang Melayu bukan berlaku [...]
Ahmad Zahid Seru Umat Islam Manfaat Keberkatan Hari Arafah
https://umno-online.my/2025/06/06/ahmad-zahid-seru-umat-islam-manfaat-keberkatan-hari-arafah/
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Sempena Hari Arafah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak umat Islam untuk bersama-sama bermuhasabah membersihkan hati, menundukkan ego serta memperbaiki hubungan sesama manusia dan Allah SWT. Ahmad Zahid berkata tanggal 9 Zulhijah setiap tahun adalah hari yang sangat istimewa dalam kalendar Islam kerana mengandungi keberkatan, keampunan dan rahmat daripada Allah SWT. “Peliharalah [...]
Mantai Perdana Parlimen Jempol Bawa Manfaat Kepada Rakyat – Shamsulkahar
https://umno-online.my/2025/06/05/mantai-perdana-parlimen-jempol-bawa-manfaat-kepada-rakyat-shamsulkahar/
JEMPOL, 5 Jun – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli meluahkan kesyukuran dapat melaksanakan program Mantai Perdana bersama Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Masjid Tuanku Muhriz dan masyarakat dalam Parlimen ini. Menurutnya, program sebegini dapat meringankan serta memberi peluang kepada penduduk mendapatkan daging pada harga yang berpatutan iaitu RM25 sekilogram selepas subsidi sebanyak RM10. “Syukur Alhamdulillah berjaya dijalankan program Mantai [...]
UMNO Rakam Takziah, Ketua Wanita UMNO Sungai Besar Meninggal Dunia
https://umno-online.my/2025/06/10/umno-rakam-takziah-ketua-wanita-umno-sungai-besar-meninggal-dunia/
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Wanita UMNO Sungai Besar, Datuk Zubidah Maskor yang telah kembali ke rahmatullah hari ini. Ujar Ahmad Zahid menerusi hanataran di laman Facebooknya, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat seluruh keluarga besar UMNO yang amat mengenali beliau [...]
Nahas Bas Di Gerik, BN Rakam Ucapan Takziah
https://umno-online.my/2025/06/10/nahas-bas-di-gerik-bn-rakaman-ucapan-takziah/
KUALA LUMPUR, 10 Jun – Barisan Nasional (BN) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas yang berlaku awal pagi Isnin di Gerik, Perak, melibatkan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa BN menzahirkan rasa simpati kepada keluarga 15 mangsa yang terkorban dalam tragedi menyayat [...]
Buku Panduan Naratif: Pendekatan Komunikasi Politik Hingga Ke Akar Umbi – Azalina
https://umno-online.my/2025/06/09/buku-panduan-naratif-pendekatan-komunikasi-politik-hingga-ke-akar-umbi-azalina/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Buku Panduan Naratif Penerangan UMNO Malaysia yang dilancarkan pada hari ini merupakan sebuah pendekatan komunikasi politik sehingga ke akar umbi, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, ia turut menjadi panduan kepada para pemimpin di peringkat bahagian untuk menyeragamkan [...]
Kerja Berpasukan Lawan Perspektif Negatif Dibawa Pembangkang – Sumali
https://umno-online.my/2025/06/09/kerja-berpasukan-lawan-perspektif-negatif-dibawa-pembangkang-sumali/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berpandangan Buku Panduan Naratif UMNO Malaysia sebagai platform terbaik dalam memberi pemahaman kepada pendukung parti dan rakyat membabitkan serangan dibawa pembangkang. Katanya, bagi mencapai objektif tersebut ia juga perlu dilaksanakan kerja berpasukan bagi mencapai hasil optimum. “Saya kira ini bukan hanya tanggungjawab ketua penerangan UMNO Malaysia, ketua penerangan [...]
Penerangan UMNO Lancar Buku Panduan Naratif, Rangkumi Isu Semasa
https://umno-online.my/2025/06/09/penerangan-umno-lancar-buku-panduan-naratif-rangkumi-isu-semasa/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Penerangan UMNO Malaysia berbesar hati melancarkan Buku Panduan Naratif UMNO Malaysia hari ini sebagai memberi pencerahan kepada ahli parti dan rakyat berkenaan isu-isu semasa berkaitan parti. Dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said, buku ini membawa manifestasi tersendiri kepada pengukuhan gerak kerja parti mendepani pilihan raya akan datang. Dihadiri oleh kepimpinan [...]
Nahas Bas: Naib Ketua Wanita UMNO Ucap Takziah, PTPTN Sedia Bantu Keluarga Mangsa
https://umno-online.my/2025/06/09/nahas-bas-naib-ketua-wanita-umno-ucap-takziah-ptptn-sedia-bantu-keluarga-mangsa/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO merangkap Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi nahas bas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi. Dalam kenyataan menerusi media sosialnya, Norliza menyifatkan insiden itu sebagai satu tragedi [...]
Teruskan Kebangkitan UMNO, Sasar Pemulihan Dan Pendekatan Politik Baharu – Ahmad Tarmizi
https://umno-online.my/2025/06/09/teruskan-kebangkitan-umno-sasar-pemulihan-dan-pendekatan-politik-baharu-ahmad-tarmizi/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Pasca pelaksanaan mesyuarat cawangan dan pra-mesyuarat bahagian UMNO di seluruh negara, jelas kelihatan satu gelombang kebangkitan dalam kalangan ahli akar umbi, kata Exco Pemuda UMNO Damansara, Ahmad Tarmizi Che Age. Ujarnya, dengan semangat dan kesedaran baharu, UMNO kini dalam landasan untuk memperkukuh dan memperkasakan parti, seiring dengan cabaran politik semasa serta keperluan untuk meraih semula [...]
Ahmad Zahid Rakam Takziah, Terkesan Tragedi Kemalangan Pelajar UPSI
https://umno-online.my/2025/06/09/ahmad-zahid-rakam-takziah-terkesan-tragedi-kemalangan-pelajar-upsi/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan rasa dukacita dan kesedihan atas insiden kemalangan tragis yang melibatkan para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Jeli–Gerik, berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi. Kemalangan tersebut mengorbankan 15 nyawa muda dalam satu perjalanan menuntut ilmu, yang disifatkan oleh beliau sebagai satu dugaan amat [...]
Anak Muda Banyak Idea Segar, UMNO/BN Dengar Suara Mereka – Dr Anil Sandhu
https://umno-online.my/2025/06/09/anak-muda-banyak-idea-segar-umno-bn-dengar-suara-mereka-dr-anil-sandhu/
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu menyarankan agar barisan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dari peringkat cawangan, bahagian hingga ke negeri agar lebih proaktif dalam mendekati golongan muda, terutamanya pengundi baharu berusia 18 tahun ke atas. Menurutnya, anak muda masa kini mempunyai pelbagai idea segar dan sedang dalam proses pembelajaran [...]
UMNO Sabah Tampil Pendekatan Sederhana dan Realistik, Bukan Janji Kosong
https://umno-online.my/2025/06/08/umno-sabah-tampil-pendekatan-sederhana-dan-realistik-bukan-janji-kosong/
KOTA KINABALU, 8 Jun – UMNO Sabah kini menampilkan pendekatan yang lebih sederhana dan realistik dalam usaha mendekati rakyat, sejajar dengan keperluan politik semasa yang menuntut keikhlasan, kejujuran dan kebertanggungjawaban, kata Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak. Ujarnya, menerusi program jelajah “Radu Tatap Radu – Radu Sampai Manang”, parti itu menekankan bahawa perjuangan politik bukan soal retorik atau [...]
“Payung Besar Melayu” Jarum Halus Untuk Bunuh UMNO – Puad
https://umno-online.my/2025/06/08/payung-besar-melayu-jarum-halus-untuk-bunuh-umno-puad/
KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa penubuhan inisiatif “Payung Besar Melayu” yang ditaja oleh Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan satu strategi halus untuk melemahkan dan akhirnya mematikan UMNO. Menurut beliau, langkah Tun Mahathir menjemput ahli UMNO tanpa melibatkan parti itu sendiri menunjukkan niat tersembunyi bekas perdana menteri itu untuk [...]
Sumbangan Korban Semarak Aidiladha Di Jeram Padang
https://umno-online.my/2025/06/06/sumbangan-korban-semarak-aidiladha-di-jeram-padang/
JEMPOL, 6 Jun – Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menerusi Pejabat ADUN Jeram Padang telah menyerahkan lembu korban kepada beberapa kariah masjid terpilih di seluruh kawasan DUN tersebut. Penyerahan lembu-lembu korban tersebut telah diwakilkan kepada Pegawai Khas ADUN Jeram Padang, yang menyerahkannya kepada Ketua UMNO [...]
Tun Mahathir Perlu Henti Jadi ‘Hantu Penghasut’, Pecah Belah UMNO – Veteran UMNO
https://umno-online.my/2025/06/06/tun-mahathir-perlu-henti-jadi-hantu-penghasut-pecah-belah-umno-veteran-umno/
KUALA LUMPUR, 6 Jun – Veteran UMNO Malaysia hari ini menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti menjadi “hantu penghasut” yang cuba memecah belahkan UMNO dengan menyeru ahli-ahlinya meninggalkan parti keramat itu dan menyertai gabungan baharu yang didakwa bertujuan untuk penyatuan Melayu. Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub, berkata tindakan bekas Perdana Menteri itu yang suatu ketika dahulu meninggalkan UMNO [...]
Ketua Wanita UMNO Sabah Gesa Kerajaan Negeri Selesaikan Isu Secara Menyeluruh
https://umno-online.my/2025/06/05/ketua-wanita-umno-sabah-gesa-kerajaan-negeri-selesaikan-isu-secara-menyeluruh/
KOTA KINABALU, 5 Jun – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru Kerajaan Negeri Sabah agar segera tampil menyelesaikan isu kekurangan tempat letak kereta di hospital-hospital utama negeri ini secara menyeluruh, khususnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas. Menurut beliau, masalah ketiadaan parkir yang mencukupi bukan lagi isu baharu dan telah berlarutan terlalu lama sehingga menjejaskan kesejahteraan [...]
Malaysia–Thailand Perkukuh Kerjasama Tangani Isu Banjir Di Sempadan Sungai Golok
https://umno-online.my/2025/06/05/malaysia-thailand-perkukuh-kerjasama-tangani-isu-banjir-di-sempadan-sungai-golok/
GENEVA, 5 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand, Tuan Yang Terutama Anutin Charnvirakul, sempena Eight Session of the Global Platform for Disaster Risk Reduction yang berlangsung di Geneva. Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Zahid membangkitkan isu limpahan air luar biasa di [...]