umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Isu Produk Mengandungi DNA Babi: Awang Aslee Gesa Kerajaan Perinci Segera Produk Terlibat
https://umno-online.my/2025/04/24/isu-produk-mengandungi-dna-babi-awang-aslee-gesa-kerajaan-perinci-segera-produk-terlibat/

KOTA KINABALU, 24 April – Kerajaan digesa untuk segera memperincikan senarai produk makanan yang didakwa Indonesia didapati mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, sekiranya masih berada dalam pasaran tempatan, khususnya di Sabah. Gesaan itu disuarakan oleh Pengerusi Majlis Perhubungan Awam dan Kepenggunaan Komuniti UMNO Sabah, Datuk Awang Aslee Lakat yang menyatakan kebimbangan terhadap isu yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pertemuan Zahid-Prabowo Perkukuh Solidariti Serantau
https://umno-online.my/2025/04/24/pertemuan-zahid-prabowo-perkukuh-solidariti-serantau/

JAKARTA, 24 April – Pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto semalam bukan sekadar urusan diplomatik biasa, tetapi dilihat memperkukuh lagi solidariti serantau dan hubungan persahabatan sedia terjalin antara dua negara. Disambut penuh mesra di Istana Merdeka, Jakarta, Prabowo menerima kehadiran Ahmad Zahid sebagai kawan lama dari masa muda, mencerminkan keakraban [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Penentu Masa Hadapan Pembangunan Warga Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/04/23/prk-penentu-masa-hadapan-pembangunan-warga-ayer-kuning/

TAPAH, 23 April – Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 April ini. Beliau berkata ini kerana ia sebagai penentu kepada pembangunan kawasan untuk manfaat masa hadapan yang lebih baik. “Menyeru semua masyarakat yang di kawasan DUN Ayer Kuning ini untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 26 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Sokong Penyelarasan Kemasukan SBP Dan MRSM Mulai 2026
https://umno-online.my/2025/04/23/wanita-umno-sokong-penyelarasan-kemasukan-sbp-dan-mrsm-mulai-2026/

KUALA LUMPUR, 23 April – Wanita UMNO Malaysia menyambut baik keputusan Kerajaan untuk menyelaraskan sistem kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang akan berkuat kuasa mulai Januari 2026. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad, dalam satu kenyataan berkata langkah yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, merupakan tindakan proaktif dalam memastikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sokong Tindakan Tegas MARA, Mohd Zaidy Seru Semua Pihak Perangi Buli
https://umno-online.my/2025/04/08/sokong-tindakan-tegas-mara-mohd-zaidy-seru-semua-pihak-perangi-buli/

JEMPOL, 8 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir memandang serius terhadap insiden buli yang berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), seperti yang dilaporkan media baru-baru ini dan diumumkan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) yang menamatkan pengajian tujuh pelajar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mengangkat TVET Sebagai Pemacu Kesejahteraan Negara – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/04/08/mengangkat-tvet-sebagai-pemacu-kesejahteraan-negara-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 8 April – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi dianggap sebagai laluan kedua, sebaliknya kini diangkat sebagai pemacu utama dalam menjana kesejahteraan negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Presiden UMNO yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara (MTVET) berkata, TVET berperanan penting [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SWP Komited Membantu Mangsa Tragedi di Putra Heights – Dr Masliha Harun
https://umno-online.my/2025/04/08/swp-komited-membantu-mangsa-tragedi-di-putra-heights-dr-masliha-harun/

KUALA LUMPUR, 8 April – Dalam kesibukan umat Islam membuat persiapan Aidilfitri, Sekretariat Wanita Profesional (SWP) membuktikan komitmen luar biasa dengan segera tampil membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang berlaku pada 1 April lalu. Pengerusinya, Dr. Masliha Harun berkata, pihaknya terpanggil untuk menghulurkan bantuan segera kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ayer Kuning Tetap Kubu Kuat BN Walau Dilanda Tsunami Politik – Saarani
https://umno-online.my/2025/04/08/ayer-kuning-tetap-kubu-kuat-bn-walau-dilanda-tsunami-politik-saarani/

TAPAH, 8 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai benteng kukuh BN yang tidak pernah goyah meskipun negara beberapa kali dilanda gelombang perubahan politik. Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata pengundi Ayer Kuning sentiasa konsisten dalam membuat pilihan dan memilih wakil rakyat daripada parti yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohd Zaidy Sifatkan Dr Ustaz Yusri Figura Berwibawa Untuk Rakyat DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/04/08/mohd-zaidy-sifatkan-dr-ustaz-yusri-figura-berwibawa-untuk-rakyat-dun-ayer-kuning/

KUALA LUMPUR, 8 April – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) dan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah berlangsung semalam di Dewan Orang Ramai Temoh, Tapah disertai kehadiran pimpinan utama serta jentera parti dari seluruh negara. Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Ustaz Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK yang akan berlangsung pada 26 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Ayer Kuning: Tugas Kita Adalah Bekerja Sebaik Mungkin – Tok Mat Hasan
https://umno-online.my/2025/04/08/prk-ayer-kuning-tugas-kita-adalah-bekerja-sebaik-mungkin-tok-mat-hasan/

TAPAH, 8 April – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan para pemimpin dan jentera untuk bekerja sebaik mungkin bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, terdapat 31,000 orang pengundi di kawasan tersebut yang perlu disantuni sebaiknya. “Alhamdulilah, Menteri Besar merangkap [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Calon BN Ucap Terima Kasih, Yakin Kekal Di DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/04/07/calon-bn-ucap-terima-kasih-yakin-bn-kekal-di-dun-ayer-kuning/

TAPAH, 7 April – Calon Barisan National (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Yusri Bakir mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan pusat dan bahagian yang memberi peluang kepada beliau untuk mewakili parti pada PRK kali ini. Ujarnya, beliau yakin dengan kerjasama daripada semua pihak mampu memberikan kejayaan kepada BN untuk menawan DUN [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Yusri Bakir Calon BN PRK DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/04/07/dr-yusri-bakir-calon-bn-prk-dun-ayer-kuning/

TAPAH, 7 April – Dr Yusri Bakir, 54, diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN yang berlangsung di sini, hari ini. Turut hadir bersama ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan UMNO: Medium Perkukuh Muafakat Perjuangan Bangsa – Jalaluddin
https://umno-online.my/2025/04/07/persidangan-umno-medium-perkukuh-muafakat-perjuangan-bangsa-jalaluddin/

KUALA LUMPUR, 7 April – Hari ini bermula musim persidangan UMNO dan ia bukan sekadar sebuah ketetapan atau prosedur parti. Demikian tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menganggap persidangan ini sebagai medium penting dalam memperkasakan perjuangan agama, bangsa, dan tanah air. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Jelebu mengingatkan kepimpinan dan ahli parti di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat UMNO Cawangan, SUA Ucap Selamat Bersidang
https://umno-online.my/2025/04/07/mesyuarat-umno-cawangan-sua-ucap-selamat-bersidang/

KUALA LUMPUR, 7 April 2025 — Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang akan mula bersidang bermula hari ini sehingga 25 Mei 2025. Dalam satu kenyataan, beliau menekankan bahawa tempoh persidangan ini bukan sekadar memenuhi rutin organisasi tahunan, tetapi merupakan satu medan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Apa Pilihan Seorang Zahid Hamidi?
https://umno-online.my/2025/04/06/apa-pilihan-seorang-zahid-hamidi/

Kadang-kadang sejarah bukan ditulis oleh mereka yang paling lantang, tapi oleh mereka yang paling berani buat keputusan yang tak popular. Ramai bertanya—kenapa Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi  sanggup bawa UMNO masuk kerajaan bersama Pakatan Harapan? Bukankah itu menyimpang jauh dari naratif lama UMNO? Bukankah itu ‘tidur sebantal dengan musuh’? Tapi sebelum kita cepat melabel, mari kita letak satu soalan yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ramli Ngah Talib Dilantik Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Baharu
https://umno-online.my/2025/04/24/ramli-ngah-talib-dilantik-yang-dipertua-negeri-pulau-pinang-baharu/

KUALA LUMPUR. 24 April – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei 2025. Beliau menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini hari ini. Pada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Faktor Akademik, Agama Dr Yusri Bawa Kelebihan Kepada BN
https://umno-online.my/2025/04/23/faktor-akademik-agama-dr-yusri-bawa-kelebihan-kepada-bn/

TAPAH, 23 April – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik sokongan daripada pengundi. Beliau yang juga ADUN Tenang berkata ini kerana faktor akademik serta latar belakang agama sedikit sebanyak memberi impak positif kepada BN dalam mengekalkan penguasaan di kerusi ini. “Kalau kita melihat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Kedah Fokus Dekati Wanita Muda, Sampaikan Aspirasi Ustaz Dr Yusri
https://umno-online.my/2025/04/23/puteri-umno-kedah-fokus-dekati-wanita-muda-sampai-aspirasi-ustaz-dr-yusri/

TAPAH, 23 April – Puteri UMNO Kedah fokus menyantuni pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada kempen saat akhir sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) ini khususnya kelompok wanita muda dalam memperkenal dan menyampaikan aspirasi calon Barisan Nasional (BN) Dr Ustaz Mohamad Yusri Bakir. Ketuanya, Nuraini Yusof berkata pelbagai pendekatan dilakukan mereka namun fokus kepada pertemuan bersemuka. “UMNO Kedah ditugaskan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Onn Hafiz Yakin Dr Ustaz Yusri Mampu Bawa Suara Rakyat DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/04/08/onn-hafiz-yakin-dr-ustaz-yusri-mampu-bawa-suara-rakyat-dun-ayer-kuning/

KUALA LUMPUR, 8 April – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan keyakinannya terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr. Ustaz Yusri Bakir, yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah. Menurut beliau, Dr. Ustaz Yusri merupakan calon berwibawa, berpengalaman dan diyakini mampu membawa suara rakyat di Ayer Kuning ke peringkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hentikan Naratif Sempit ‘Parti Malaya’ Atau ‘Parti Lokal’
https://umno-online.my/2025/04/08/hentikan-naratif-sempit-parti-malaya-atau-parti-lokal/

KOTA BELUD, 8 April – Naratif sempit seperti ‘parti Malaya’ atau ‘parti lokal’ perlu dihentikan, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Belud Samri Moksan. Menurutnya, Negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia adalah tonggak Persekutuan Malaysia yang harus bersatu di bawah semangat perpaduan. “Segelintir pihak terus memanipulasi pemikiran rakyat demi kepentingan politik jangka pendek. “Rakyat Sabah tidak harus dijadikan mangsa permainan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tarif Baharu Amerika Syarikat: Apa Maknanya Untuk Rakyat Malaysia?
https://umno-online.my/2025/04/08/tarif-baharu-amerika-syarikat-apa-maknanya-untuk-rakyat-malaysia/

Pengumuman Mengejut dari Washington Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Kompromi, Tiada Tempat Untuk Pembuli… Dr Asyraf Tegas Tiada Peluang Kedua
https://umno-online.my/2025/04/08/tiada-kompromi-tiada-tempat-untuk-pembuli-dr-asyraf-tegas-tiada-peluang-kedua/

KUALA LUMPUR, 8 April – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di mana-mana Institut Pendidikan MARA (IPMA). Dr Asyraf juga tidak bersetuju jika mereka yang terlibat dalam aktiviti buli diberikan peluang kedua kerana dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, beliau berulang kali mengingatkan dan tegas dengan prinsip #YouTouchYouGo. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Ucap Selamat Bersidang Kepada Seluruh Keluarga Besar UMNO
https://umno-online.my/2025/04/08/noraini-ucap-selamat-bersidang-kepada-seluruh-keluarga-besar-umno/

KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merakamkan ucapan Selamat Bersidang kepada seluruh ahli UMNO termasuk Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri sempena Persidangan UMNO Cawangan 2025 yang sedang berlangsung di seluruh negara. Dalam kenyataannya, beliau menyeru agar persidangan kali ini dijadikan sebagai medan terbaik untuk memperkukuhkan perjuangan parti, mempereratkan ukhuwah dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Manfaatkan Persidangan Untuk Selami Cabaran Semasa Parti – MKT UMNO
https://umno-online.my/2025/04/08/manfaatkan-persidangan-untuk-selami-cabaran-semasa-parti-mkt-umno/

KUALA LUMPUR, 8 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengucapkan selamat bersidang kepada perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara. Menurut beliau persidangan yang bermula 7 April sehingga 25 Mei depan adalah platform sebaiknya dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan berasaskan realiti politik semasa. “Persidangan tahunan tentunya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gabungan Ilmu Dan Latar Belakang, Dr Yusri Calon BN Pertahan DUN Ayer Kuning – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/04/07/gabungan-ilmu-dan-latar-belakang-dr-yusri-calon-bn-pertahan-dun-ayer-kuning-ahmad-zahid/

TAPAH, 7 April – Barisan Nasional (BN) menampilkan tokoh berprofil agama, Dr Ustaz Yusri Bakir sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan pemilihan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu. “Kita meneliti lapan calon sebelum ini namun Dr [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Ayer Kuning: Ahmad Zahid Harap Semua Pihak Ganding Bahu Demi Kemenangan Calon BN
https://umno-online.my/2025/04/07/prk-ayer-kuning-ahmad-zahid-harap-semua-pihak-ganding-bahu-demi-kemenangan-calon-bn/

TAPAH, 7 April – Pengerusi Barisan National (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar semua pihak berganding bahu untuk menjayakan kemenangan calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan ini amat penting untuk menentukan kejayaan Kerajaan Perpaduan mentadbir. “PRK di DUN [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tengku Adnan Seru Perwakilan UMNO Manfaatkan Persidangan Cawangan Perkukuh Parti
https://umno-online.my/2025/04/07/tengku-adnan-seru-perwakilan-umno-manfaatkan-persidangan-cawangan-perkukuh-parti/

KUALA LUMPUR, 7 April – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru agar seluruh perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara memanfaatkan sebaik mungkin Persidangan Cawangan yang bermula hari ini hingga 25 Mei. Ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, jadikan persidangan ini sebagai wadah untuk memperkukuhkan parti dan memperteguh semangat perjuangan di peringkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Moktar Tinjau Mangsa Banjir Di Pangkalan Bukit Garam
https://umno-online.my/2025/04/07/bung-moktar-tinjau-mangsa-banjir-di-pangkalan-bukit-garam/

KINABATANGAN, 7 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meluangkan masa meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Pangkalan Bukit Garam, susulan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Dalam lawatan tersebut, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sempat meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tragedi Putra Heights Bukti Rakyat Malaysia Bersatu Tanpa Mengira Kaum – Mohd Sharkar
https://umno-online.my/2025/04/07/tragedi-putra-heights-bukti-rakyat-malaysia-bersatu-tanpa-mengira-kaum-mohd-sharkar/

KUANTAN, 7 April – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin menegaskan bahawa tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights baru-baru ini jelas membuktikan semangat perpaduan rakyat Malaysia yang kukuh tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang. Menurut beliau, dalam suasana getir ketika insiden itu berlaku, rakyat tempatan tampil berganding bahu menghulurkan bantuan dan sokongan kepada mangsa yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Razlan Gesa Fadhli Berhenti Main Politik Murahan
https://umno-online.my/2025/04/06/razlan-gesa-fadhli-berhenti-main-politik-murahan/

KUALA LUMPUR, 6 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii melihat Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari lebih gemar bermain politik murahan selain menabur sindiran dan fitnah. Menurut beliau ketika rakyat sedang memerlukan empati dan bantuan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat sebaliknya malah dianggap tindakan tidak bertanggungjawab. “Ketika [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал