umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Langkah Proaktif Pemuda UMNO Depani Cabaran – Zuhir Ghazali
https://umno-online.my/2024/09/03/pasca-pau-2024-langkah-proaktif-pemuda-umno-depani-cabaran-zuhir-ghazali/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berpandangan penubuhan Jawatankuasa Suara Pemuda UMNO Felda adalah atas rasa tanggungjawab terhadap golongan muda terutama yang berada di dalam parti mahupun di luar parti. Menurutnya, jawatankuasa ini amat signifikan bagi meluaskan lagi potensi dan mendepani cabaran alaf baharu warga belia Felda. “Penubuhan jawatankuasa ini di seluruh kawasan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Komitmen UMNO Bersama Rakyat, Santuni Bukan Sandiwara Politik – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/09/03/komitmen-umno-bersama-rakyat-santuni-bukan-sandiwara-politik-awang-aslee/

KUALA PENYU, 3 Sept – Usaha UMNO melaksanakan khidmat bakti terhadap masyarakat dilaksana berterusan tanpa mengira waktu dan bukannya sandiwara politik apabila menjelangnya pilihan raya. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, komitmen kepimpinan UMNO adalah usaha dan gerak kerja yang dilaksanakan secara berterusan demi memastikan masyarakat sedar bahawa parti ini sentiasa ada bersama mereka. “Walaupun ada kekangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bebaskan Negara Dari Penjajah, Peranan Tidak Boleh Dinafi – Saifullah Ali
https://umno-online.my/2024/09/03/umno-bebaskan-negara-dari-penjajah-peranan-tidak-boleh-dinafi-saifullah-ali/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berpandangan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu pencapaian besar yang tidak dapat dinafikan daripada peranan penting UMNO. Katanya, UMNO ditubuhkan pada 1946 sebagai respon kepada Malayan Union yang mengancam kedudukan orang Melayu dan parti ini kemudiannya menjadi teraju utama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK DUN Mahkota: Calon BN Pasti Diterima Pengundi – Zambry
https://umno-online.my/2024/09/03/prk-dun-mahkota-calon-bn-pasti-diterima-pengundi-zambry/

KEPALA BATAS, 3 Sept – Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengesahkan telah menerima beberapa cadangan nama untuk dipertimbangkan termasuk tiga nama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Fahami Erti Kemerdekaan, Hayati Perjuangan UMNO – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2024/09/02/fahami-erti-kemerdekaan-hayati-perjuangan-umno-jeffery-nor/

PUTATAN, 2 Sept – Rakyat Malaysia khususnya anak muda perlu memahami erti kemerdekaan yang sebenar dengan menjadi rakyat bertanggungjawab, hormat menghormati dan memperkukuh perpaduan nasional. Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata, sebahagian daripada masyarakat salah faham terhadap makna di sebalik terma kemerdekaan yang dilaungkan dan membuat tafsiran yang berbeza. Tambahnya, mereka sengaja menyempitkan makna kemerdekaan dengan memberikan tafsiran [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Berbesar Hati bertemu PM New Zealand, Diskusi Agenda Penting
https://umno-online.my/2024/09/02/ahmad-zahid-berbesar-hati-bertemu-pm-new-zealand-diskusi-agenda-penting/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbesar hati bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang mengadakan lawatan rasmi ke sini selama tiga hari hingga Selasa (3 Sept). Pertemuan tersebut menyaksikan pelbagai perbincangan disentuh membabitkan hubungan di samping memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara. “Selesai sesi perjumpaan Perdana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Tunai Janji Di Nenggiri, Kemudahan Rakyat Dilaksanakan – Azmawi Fikri
https://umno-online.my/2024/09/02/bn-tunai-janji-di-nenggiri-kemudahan-rakyat-dilaksanakan-azmawi-fikri/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu menarik nafas lega apabila mesin juruwang automatik (ATM) yang telah dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu telah direalisasikan untuk kemudahan mereka. Azmawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata hasrat Barisan Nasional [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Moktar Minta Rakyat Ingati, Insafi Perjuangan UMNO Raih Kemerdekaan, Tolak Sentimen Negatif
https://umno-online.my/2024/09/02/bung-moktar-minta-rakyat-ingati-insafi-perjuangan-umno-raih-kemerdekaan-tolak-sentimen-negatif/

KOTA KINABALU, 2 Sept – Setiap tahun tarikh 31 Ogos akan ada sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan secara besar-besaran di seluruh negara maka ia sewajarnya menjadi ruang untuk rakyat dan ahli-ahli UMNO mengingati malah juga menginsafi sejarah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sejarah kemerdekaan Malaysia adalah sebuah kisah kejayaan hasil daripada perjuangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Pertimbang Rayuan MyPPP Untuk Kembali Sebagai Komponen Teras – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/01/bn-pertimbang-rayuan-myppp-untuk-kembali-sebagai-komponen-teras-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 1 Sept –Barisan Nasional (BN) dijangka akan membincangkan permohonan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) untuk kembali sebagai salah satu komponen teras gabungan itu dalam politik tersebut. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah ini dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan BN yang akan datang maka nasib dan masa depan MyPPP dalam gabungan politik tersebut akan ditentukan. Beliau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

31 Ogos… Hargai Sejarah UMNO Perjuangkan Kemerdekaan – Nuraini
https://umno-online.my/2024/08/31/31-ogos-hargai-sejarah-umno-perjuangkan-kemerdekaan-nuraini/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ogos merupakan bulan yang tepat untuk seluruh ahli dan akar umbi menginsafi kembali sejarah perjuangan UMNO bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berkata, ucapan dasar Presiden ketika Perhimpunan Agung (PAU) 2024 lalu ada menyentuh mengenai sejarah perjuangan parti yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan ini. “Dalam ucapan dasar Presiden turut menyentuh mengenai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Sabah Diminta Perkukuh Kedudukan, Tunjang Utama Hadapi PRN Ke-17 – Noraini Idris
https://umno-online.my/2024/08/31/wanita-umno-sabah-diminta-perkukuh-kedudukan-tunjang-utama-hadapi-prn-ke-17-noraini-idris/

KOTA KINABALU, 31 Ogos – Wanita UMNO khususnya di Sabah perlu memperkukuhkan kedudukan sebagai tunjang parti dalam menghadapi cabaran dunia politik terutama menjelang Pilihan Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketua Wanita UMNO Sabah, Senator Datuk Noraini Idris berkata, sebagaimana amanat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini dan selepas kejayaan UMNO/Barisan Nasional (BN) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hari Kemerdekaan: Ahmad Zahid Seru Rakyat Kukuhkan Perpaduan, Jati Diri Negara Berdaulat
https://umno-online.my/2024/08/31/hari-kemerdekaan-ahmad-zahid-seru-rakyat-kukuhkan-perpaduan-jati-diri-negara-berdaulat/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan jati diri sebagai sebuah negara berdaulat. Menerusi hantaran video di laman Facebooknya, hari kebangsaan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ ini amat bermakna untuk seluruh rakyat hayati. “Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Semai ‘Jiwa Merdeka’, Terapkan Semangat Patriotik Dari Peringkat Awal – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/08/30/semai-jiwa-merdeka-terapkan-semangat-patriotik-dari-peringkat-awal-awang-aslee/

BEAUFORT, 30 Ogos – Sekolah termasuk tadika turut memainkan peranan penting dalam menerapkan penghayatan terhadap sambutan hari kemerdekaan negara khususnya bagi menghargai perbezaan dan keunikan tersendiri setiap negeri di negara ini. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, usaha untuk mendedahkan kepada kanak-kanak tentang erti sebuah kemerdekaan perlu ditekankan pada peringkat awal lagi agar mereka lebih memahami mengenai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Ke Timor-Leste Buahkan Hasil, Kerjasama Teroka Bidang Baharu – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/08/30/lawatan-ke-timor-leste-buahkan-hasil-kerjasama-teroka-bidang-baharu-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa lawatan rasmi ke Republik Demokratik Timor-Leste telah membuahkan hasil sepertimana yang diharapkan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pertemuan dengan Presiden José Ramos-Horta, Perdana Menteri Kay Rala Xanana Gusmão dan beberapa lagi pemimpin lain telah memberikan peluang kepada Malaysia dan Timor-Leste untuk mengembangkan potensi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Allahyarham Arman San Wira Kebanggaan Lahad Datu – Sharif Musa
https://umno-online.my/2024/08/30/allahyarham-arman-san-wira-kebanggaan-lahad-datu-sharif-musa/

LAHAD DATU, 30 Ogos – UMNO Bahagian Lahad Datu turut sama berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Laskar Kelas (LK) I PLM Arman San Hermansa yang meninggal dunia dalam operasi salvaj KD Pendekar di perairan Tanjung Penyusop, Johor. Ketuanya, Sharif Musa Sharif Mabul memaklumkan bahawa beliau bersama anggota jawatankuasa UMNO bahagian terbabit telah menziarahi keluarga allahyarham di kediamannya, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kesedaran Bantu B40, YTSPAI Beri Pendedahan Bantuan Guaman Kepada Pelajar Undang-undang
https://umno-online.my/2024/09/03/kesedaran-bantu-b40-ytspai-beri-pendedahan-bantuan-guaman-kepada-pelajar-undang-undang/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kesedaran dalam membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah mendorong Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim (YTSPAI) dengan menganjurkan Malaysian Law Students Legal Aid Convention 2024, hari ini. Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganjuran ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar undang-undang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bantuan guaman untuk diaplikasi sejurus berada dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Pahang Sambut Baik Usul Had Umur 40 Tahun
https://umno-online.my/2024/09/03/puteri-umno-pahang-sambut-baik-usul-had-umur-40-tahun/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Pahang menyambut baik usul agar had umur sayap tersebut dinaikkan ke 40 tahun. Ketuanya, Nurul Aslina Saman berkata, usul tersebut dibawa kerana Pergerakan Pemuda dan Puteri kini berkongsi kumpulan sasar yang sama terutamanya pada musim pilihan raya. “Dalam UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri berkongsi kumpulan sasar yang sama iaitu anak muda serta [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kesepakatan Berpasukan Teras Kejayaan, Puteri UMNO Sabah Seru Perkukuh Kekeluargaan
https://umno-online.my/2024/09/03/kesepakatan-berpasukan-teras-kejayaan-puteri-umno-sabah-seru-perkukuh-kekeluargaan/

PAPAR, 3 Sept – Kestabilan institusi kekeluargaan adalah satu keperluan bukan sahaja mengukuhkan masyarakat untuk membina bangsa tetapi membentuk individu yang akan memimpin kebangkitan sebuah peradaban. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal berkata ciri-ciri penting dalam institusi keluarga adalah kesepakatan yang turut diaplikasi dalam parti politik khususnya UMNO. Katanya, institusi kekeluargaan yang stabil adalah ramuan utama bagi kebangkitan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gesa Ahmad Zahid Bercuti: Pas Masih Tak ‘Move On’ Pembentukan Kerajaan Perpaduan – Shaiful Hazizy
https://umno-online.my/2024/09/02/gesa-ahmad-zahid-bercuti-pas-masih-tak-move-on-pembentukan-kerajaan-perpaduan-shaiful-hazizy/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin beranggapan bahawa Pas masih tidak ‘move on’ mengenai isu pembentukan kerajaan pasca-Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu. Tegasnya, tindakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti untuk memberi ruang siasatan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO serah tiga nama untuk PRK DUN Mahkota
https://umno-online.my/2024/09/02/wanita-umno-serah-tiga-nama-untuk-prk-dun-mahkota/

IPOH, 2 Sept – Wanita UMNO telah menyerahkan tiga nama daripada sayap parti itu kepada pucuk pimpinan untuk dipertimbangkan menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor. Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sayap parti itu kini menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon bagi kerusi itu nanti. “Kita mengharapkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Umur Had 40 Tahun: Puteri UMNO Kedah Sambut Baik Keputusan Presiden – Nuraini
https://umno-online.my/2024/09/02/umur-had-40-tahun-puteri-umno-kedah-sambut-baik-keputusan-presiden-nuraini/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff menyambut baik keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membawa usul had umur sayap tersebut dinaikkan ke 40 tahun ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ujarnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 24 Ogos lalu banyak membincangkan mengenai usul-usul untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Pembelaan Melayu-Islam Terus Jadi Inti Misi UMNO – Mu’izz
https://umno-online.my/2024/09/02/pasca-pau-2024-pembelaan-melayu-islam-terus-jadi-inti-misi-umno-muizz/

KUALA LUMPUR, 2 Sept – UMNO sentiasa komited terhadap prinsip pembelaan Melayu-Islam yang terus menjadi inti daripada misi parti, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin. Jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 menjadi titik tolak kepada para pemimpin dan ahli parti untuk memperbaharui strategi dalam usaha merelevankan UMNO. “PAU 2024 bukan sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi ia adalah titik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembelaan Najib: UMNO Akan Terus Mara Bersandarkan Solidariti, Setiakawan
https://umno-online.my/2024/09/01/pembelaan-najib-umno-akan-terus-mara-bersandarkan-solidariti-setiakawan/

KUALA LUMPUR, 1 Sept – UMNO akan terus mara dan berusaha untuk memastikan agar mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan pembelaan sewajarnya bersandarkan solidariti dan setiakawan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihak lawan bimbang sekiranya rakyat dan ahli kembali memberi kepercayaan kepada UMNO dan para pemimpin parti. “Satu perkara yang dibimbangi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sambutan Kemerdekaan: UMNO Jadi Tunggak Pastikan Perpaduan Nasional Kekal Utuh – Nurul Aslina
https://umno-online.my/2024/09/01/sambutan-kemerdekaan-umno-jadi-tunggak-pastikan-perpaduan-nasional-kekal-utuh-nurul-aslina/

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Dalam meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-67, UMNO terus menjadi tunggak memastikan perpaduan nasional kekal utuh, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman. Ujarnya, para pemimpin dan ahli perlu terlibat aktif dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan melibatkan generasi muda dalam aktiviti bagi menarik minat mereka terhadap semangat patriotik serta parti. “Pemimpin dan ahli [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Misi ‘Merdekakan’ UMNO Dari Kekalahan – Tengku Haphiz
https://umno-online.my/2024/08/31/pasca-pau-2024-misi-merdekakan-umno-dari-kekalahan-tengku-haphiz/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera beranggapan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu membawa misi untuk ‘memerdekakan’ UMNO dari belenggu kekalahan. Ini kerana katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi semangat untuk ahli dan akar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Lupa Sejarah, UMNO Pelopor Perjuangan Kemerdekaan – Haryaty Hamdzah
https://umno-online.my/2024/08/31/jangan-lupa-sejarah-umno-pelopor-perjuangan-kemerdekaan-haryaty-hamdzah/

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – 67 tahun Malaysia merdeka dan ini adalah satu perjalanan yang panjang dalam proses kemerdekaan yang telah dituntut oleh pejuang-pejuang terdahulu. Exco Wanita UMNO, Datuk Haryaty Hamdzah menasihati pada generasi muda agar jangan lupa pada sejarah bahawa negara ini mendapat kemerdekaan hasil dari pejuang-pejuang UMNO terdahulu. “Perjuangan kemerdekaan yang dilaksanakan oleh UMNO ini haruslah sentiasa diingati [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hayati Perjuangan Kemerdekaan Negara Dipelopori UMNO – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2024/08/30/hayati-perjuangan-kemerdekaan-negara-dipelopori-umno-tengku-adnan/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak semua pihak untuk sama-sama menghayati nilai dan perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga negara merdeka yang dipelopori oleh UMNO. Ujarnya, kemerdekaan adalah jasa terbesar UMNO yang mempelopori semangat nasionalisme, memupuk kesatuan dikalangan bangsa Melayu dan membawa iltizam untuk patriotisme ke seluruh negara. “Tarikh 31 Ogos adalah Hari Kebangsaan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Pemilihan Calon BN Di Peringkat Akhir
https://umno-online.my/2024/08/30/prk-mahkota-pemilihan-calon-bn-di-peringkat-akhir/

KLUANG, 30 Ogos – Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO dan koordinator BN untuk PRK DUN Mahkota berkata, banyak nama calon telah dipertimbangkan dan calon yang dipilih akan diumumkan selepas negara menyambut Hari [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: UMNO Tidak Pernah Meninggalkan Perjuangan Bela Melayu-Islam – Dr Azmi
https://umno-online.my/2024/08/30/pasca-pau-2024-umno-tidak-pernah-meninggalkan-perjuangan-bela-melayu-islam-dr-azmi/

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berpendapat bahawa UMNO tidak pernah meninggalkan perjuangan mereka untuk membela bangsa Melayu dan agama Islam. Ini kerana katanya, ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 adalah menarik kerana ia menetapkan hala tuju bagaimana untuk parti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rasional Bersama Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/08/30/rasional-bersama-kerajaan-perpaduan/

1. UMNO Bersama Kerajaan Perpaduan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang hanya menang 30 kerusi itu sudah menerima hakikat kekalahan yang berkenaan sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi 19 November 2022. UMNO/BN juga sudah bersedia untuk berada di barisan pembangkang di Parlimen nanti. Tetapi takdir Allah Yang Maha Berkuasa tidak demikian [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал