umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

PPRT Kini Dikenali Sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera
https://umno-online.my/2024/07/26/pprt-kini-dikenali-sebagai-program-perumahan-rakyat-sejahtera/

KOTA TINGGI, 26 Julai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, penjenamaan semula itu bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan. Langkah itu juga katanya, turut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Beri Komitmen Penuh Pastikan KKDW Pemacu Kemajuan, Pembangunan Desa
https://umno-online.my/2024/07/26/ahmad-zahid-beri-komitmen-penuh-pastikan-kkdw-pemacu-kemajuan-pembangunan-desa/

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Memasuki hari kedua Permukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2024, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir mendengar dan meneliti setiap pembentangan oleh syarikat-syarikat milikan agensi kementerian. “Mengapa saya memberikan komitmen sepenuhnya terhadap permukiman ini? Kerana saya sangat serius untuk bersama-sama dengan warga KKDW bagi menggerakkan agenda pembangunan luar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK DUN Nenggiri: Kombinasi Calon Dan Jentera Lonjakkan Keyakinan BN
https://umno-online.my/2024/07/26/prk-dun-nenggiri-kombinasi-calon-dan-jentera-lonjakkan-keyakinan-bn/

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Barisan Nasional (BN) Kelantan khususnya jentera setempat dilihat mempunyai formula tersendiri dalam usaha membantu kemenangan calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan bulan depan. Keyakinan ini disuarakan Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim yang berpandangan kelebihan calon itu sendiri selain jentera tempatan yang faham selok-belok pendekatan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Terbuka Bincang Isu Palestin – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2024/07/25/malaysia-terbuka-bincang-isu-palestin-mohamad-hasan/

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Malaysia sentiasa terbuka untuk membincangkan isu Palestin dengan mana-mana pihak meskipun mengambil pendirian yang tegas dan tidak sehaluan dengan negara barat seperti Amerika Syarikat. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendekatan Malaysia yang inklusif terbukti diterima baik sekali gus memantapkan lagi hubungan dua hala dengan negara-negara barat. Merujuk Persidangan Peringkat Tinggi Call for Action: [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peranan, Fungsi GIATMARA Penting Sejajar Dengan Dasar TVET Negara
https://umno-online.my/2024/07/25/peranan-fungsi-giatmara-penting-sejajar-dengan-dasar-tvet-negara/

KUALA LUMPUR 25 Julai – Peranan dan fungsi GIATMARA menjadi lebih penting sekarang sejajar dengan Dasar TVET Negara yang telah dilancarkan tahun ini, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Kata Dr Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO, pemerkasaan GIATMARA adalah seiring dengan agenda berterusan MARA bagi terus memberikan peluang belia bumiputera untuk mencorak masa depan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bung Moktar Gesa Rakyat Sabah Tolak Sentimen Anti Parti Malaya
https://umno-online.my/2024/07/25/bung-moktar-gesa-rakyat-sabah-tolak-sentimen-anti-parti-malaya/

SANDAKAN, 25 Julai – Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan diayah parti-parti lawan kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata tindak-tanduk sebahagian mereka selesa menggunakan sentimen ‘anti-Malaya’ hanya mencerminkan pemikiran ekstrem dan tidak menguntungkan perjuangan rakyat di negeri ini yang masih dibelenggu masalah kemunduran dari segi pembangunan, infrastruktur [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hentikanlah Propaganda Politik Murahan… Tidak Akan Ada Kerjasama Bersama Pas
https://umno-online.my/2024/07/25/hentikanlah-propaganda-politik-murahan-tidak-akan-ada-kerjasama-bersama-pas/

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Pas diseru untuk menghentikan propaganda politik murahan yang dicipta kononnya mengatakan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) akan bersama mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Pengarah Komunikasi BN Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, propaganda politik yang sengaja dimainkan itu hanyalah untuk mengelirukan akar umbi. “Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Sumbangan Sekolah: Dr Akmal Gesa Kerajaan Pertahan Polisi Sedia Ada
https://umno-online.my/2024/07/24/isu-sumbangan-sekolah-dr-akmal-gesa-kerajaan-pertahan-polisi-sedia-ada/

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan untuk mempertahankan segala polisi sedia ada meskipun ada pihak yang cuba untuk mengubahnya. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyokong tindakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang tidak membenarkan sumbangan dari syarikat tidak sepatutnya kepada pihak sekolah. “Sokongan sepenuhnya kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk mempertahankan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SHAH ALAM, 23 Julai– Timbalan Perdana MenterI, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) merangkap Menteri Kemajuan desa dan Wilayah (KKDW) melakukan gimik perasmian Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan ProPain, Dr Shahir Anuar dan Pengarah Urusan Kumpulan ProPain, Khairi Sulaiman.

Читать полностью…

UMNO Online

Contohi Semangat Cintakan Parti, Jati Diri Presiden Dalam Mempertahankan UMNO – Ashari
https://umno-online.my/2024/07/24/contohi-semangat-cintakan-parti-jati-diri-presiden-dalam-mempertahankan-umno-ashari/

MUAR, 24 Julai – Ahli UMNO diseru mengambil semangat cintakan parti melebihi kepentingan peribadi sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditekan agar UMNO dibubarkan. Ujar Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Ashari Md Sarip, Ahmad Zahid pada ketika ditekan oleh Perdana Menteri Ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad tetap tidak berganjak dan mempunyai jati diri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Bina Politik Perpaduan Sejak Awal Penubuhan, Raikan Kepelbagaian Rakyat – Zambry
https://umno-online.my/2024/07/24/bn-bina-politik-perpaduan-sejak-awal-penubuhan-raikan-kepelbagaian-rakyat-zambry/

SANDAKAN, 24 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata hanya BN satu-satunya parti gabungan yang membina politik perpaduan sejak awal penubuhannya bagi meraikan kepelbagaian rakyat. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ia dilakukan demi membina negara bangsa yang diimpikan oleh segenap rakyat negara ini bagi menggarap kebersamaan sebagai rakyat Malaysia. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Presiden Rasmi Pejabat Baharu UMNO Kinabatangan, Suntikan Semangat Perkasa Parti – Bung Moktar
https://umno-online.my/2024/07/24/presiden-rasmi-pejabat-baharu-umno-kinabatangan-suntikan-semangat-perkasa-parti-bung-moktar/

SANDAKAN, 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberikan penghormatan merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Kinabatangan yang terletak di bandar Fajar, Jalan Leila kira kira satu kilometer dari bandar Sandakan. Ahmad Zahid yang seterusnya merasmikan Himpunan dan Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Ahad telah meluangkan masa merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Kinabatangan ini. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemegang Sijil, Diploma Kemahiran Malaysia Layak Masuk Perkhidmatan Awam
https://umno-online.my/2024/07/24/pemegang-sijil-diploma-kemahiran-malaysia-layak-masuk-perkhidmatan-awam/

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam. Justeru, beliau meminta agar dakwaan di beberapa portal media kononnya Diploma Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diguna pakai bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Qunut Nazilah: Mohd Puad Bidas Kenyataan MP Jasin
https://umno-online.my/2024/07/23/isu-qunut-nazilah-mohd-puad-bidas-kenyataan-mp-jasin/

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail mengenai isu Qunut Nazilah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung selama enam bulan kerana melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat. “Pelik jawapan Ahli [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Telah Berubah, Buka Banyak Peluang Kepada Orang Muda – Dr Akmal
https://umno-online.my/2024/07/23/umno-telah-berubah-buka-banyak-peluang-kepada-orang-muda-dr-akmal/

SHAH ALAM, 23 Julai – UMNO dilihat telah melakukan perubahan dengan membuka lebih banyak peluang kepada orang muda untuk menerajui parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, agenda yang dibawa oleh para pemimpin dan akar umbi pada hari ini adalah untuk memperkukuhkan UMNO. “Kita sebagai pemimpin [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Musuh Dalaman Parti Ibarat Virus Dan Kanser, Berpolitik Untuk Menang Pilihan Raya
https://umno-online.my/2024/07/26/musuh-dalaman-parti-ibarat-virus-dan-kanser-berpolitik-untuk-menang-pilihan-raya/

BALIK PULAU, 26 Julai – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah berkata UMNO perlu mengambil tindakan tegas kepada ahli yang terbukti menjadi musuh dalaman dan bersubahat dengan pihak lawan terutama ketika musim pilihan raya. Tegasnya, objektif berparti adalah untuk menang pilihan raya dan membiarkan mereka berada dalam parti boleh diibaratkan seperti virus dan kanser kepada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bersama Parti Nasional Mampu Bawa Perubahan Kepada Pembangunan Sabah
https://umno-online.my/2024/07/26/bersama-parti-nasional-mampu-bawa-perubahan-kepada-pembangunan-sabah/

SANDAKAN, 26 Julai – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Said Keruak berharap rakyat di negeri ini untuk tidak terpengaruh dengan dakwaan segelintir pihak yang mengajak untuk hanya memilih parti tempatan, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata sebaliknya hanya melalui formula bersama parti-parti nasional mampu membawa perubahan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Komitmen UMNO/BN Dalam Kerajaan Perpaduan Diberi Perhatian, Dihargai
https://umno-online.my/2024/07/26/komitmen-umno-bn-dalam-kerajaan-perpaduan-diberi-perhatian-dihargai/

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Komitmen UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam memperkasakan pendidikan, menjaga kebajikan rakyat dan memastikan kesaksamaan sosial dalam Kerajaan Perpaduan seharusnya diberi perhatian serta dihargai. Ketua Penyelidik O2 Research Malaysia (O2), Anis Anwar Suhaimi berkata, meskipun resolusi telah diangkat sebagai dasar dibawa ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menjadi perhimpunan terbesar orang Melayu, hak-hak kaum lain juga tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tutup, Gabung 23 Anak Syarikat KKDW Bawa Perubahan Drastik
https://umno-online.my/2024/07/25/tutup-gabung-23-anak-syarikat-kkdw-bawa-perubahan-drastik/

KOTA TINGGI, 25 Julai – Tindakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menutup dan menggabungkan 23 anak syarikat agensinya yang gagal menjana keuntungan membawa perubahan drastik kepada prestasi entiti berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri KKDW berkata laporan prestasi awal menyatakan 100 anak syarikat agensi di bawah kementerian itu telah menunjukkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Terus Memainkan Peranan Tersendiri Dalam Kerajaan Perpaduan – Fadzli
https://umno-online.my/2024/07/25/umno-terus-memainkan-peranan-tersendiri-dalam-kerajaan-perpaduan-fadzli/

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal melihat kepimpinan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan, baik di peringkat nasional mahupun negeri seperti Pahang, telah menunjukkan keupayaan untuk memperjuangkan agenda, polisi, dan dasar yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu dan agama Islam serta seluruh rakyat. Katanya walaupun Kerajaan Perpaduan masih agak baru dengan tempoh setahun lebih, proses [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Reformasi Ekonomi, Petunjuk Positif Pacu Dana Asing Beli Saham Malaysia – Tengku Zafrul
https://umno-online.my/2024/07/25/reformasi-ekonomi-petunjuk-positif-pacu-dana-asing-beli-saham-malaysia-tengku-zafrul/

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Kegigihan kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan ekonomi serta petunjuk pertumbuhan yang positif pada masa ini, terus menjadi pendorong pembelian asing dalam pasaran saham Malaysia. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini. “Salah satu sebab pasaran saham naik adalah keyakinan pelabur bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Asyraf Sangkal Tuduhan PN Kedudukan Islam, Melayu/Bumiputera Kini Terancam
https://umno-online.my/2024/07/24/dr-asyraf-sangkal-tuduhan-pn-kedudukan-islam-melayu-bumiputera-kini-terancam/

BALIK PULAU, 24 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyangkal tuduhan Perikatan Nasional (PN) yang sering memomok-momokkan bahawa kedudukan Islam dan orang Melayu/Bumiputera terancam di bawah Kerajaan Perpaduan. Kata Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan itu, sehingga kini semua parti yang menaungi kerajaan masih berpegang teguh kepada pasak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. “Pertama sekali kena tanya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SHAH ALAM, 23 Julai– Timbalan Perdana MenterI, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) merangkap Menteri Kemajuan desa dan Wilayah (KKDW) melakukan gimik perasmian Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan ProPain, Dr Shahir Anuar dan Pengarah Urusan Kumpulan ProPain, Khairi Sulaiman.

Читать полностью…

UMNO Online

Perasmian Pusat Fisioterapi Dan Rehabilitasi Sukan ProPain
https://umno-online.my/2024/07/24/perasmian-pusat-fisioterapi-dan-rehabilitasi-sukan-propain/

Читать полностью…

UMNO Online

Program Wanita Bangkit@KPWKM Bantu 18,664 Wanita Jana Pendapatan Setakat 2023
https://umno-online.my/2024/07/24/program-wanita-bangkitkpwkm-bantu-18664-wanita-jana-pendapatan-setakat-2023/

KUALA LUMPUR: Program Wanita Bangkit@KPWKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memberi manfaat kepada 18,664 wanita di seluruh negara, setakat tahun lepas. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata KPWKM menambah baik program dari semasa ke semasa bagi membantu lebih banyak wanita menjana pendapatan. “Bagi 2023, 70 peratus peserta masih [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Strategi ‘Baik Punya Cilok’ Pas Demi Survival Politik – Gulam Muszaffar
https://umno-online.my/2024/07/24/strategi-baik-punya-cilok-pas-demi-survival-politik-gulam-muszaffar/

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menyifatkan Pas dalam strategi ‘baik punya cilok’ dengan mencipta naratif baharu demi survival politik mereka. Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu itu, ia sebagai membuka pintu pilihan politik untuk menjadi kerajaan semula. “Kenyataan yang ‘mungkin’ hanya disengajakan atau direka agar pemimpin dan ahli bagi kedua-dua parti untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

DUN Nenggiri perlu bantuan kerajaan Pusat, bawa projek untuk rakyat
https://umno-online.my/2024/07/24/dun-nenggiri-perlu-bantuan-kerajaan-pusat-bawa-projek-untuk-rakyat/

ALOR GAJAH, 24 Julai – Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan khususnya daripada aspek kewangan untuk membangunkan lebih banyak prasarana dan projek mega buat rakyat di kawasan itu. Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata di bawah pentadbiran kerajaan Pusat khususnya UMNO sebelum ini, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Nenggiri dan terbaharu ialah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ubah Budaya Politik Sabah, Kalau Ikhlas Bawa Perjuangan Tidak Perlu Lompat Parti – Johari
https://umno-online.my/2024/07/23/ubah-budaya-politik-sabah-kalau-ikhlas-bawa-perjuangan-tidak-perlu-lompat-parti-johari/

SANDAKAN, 23 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berharap rakyat Sabah dapat memilih pemimpin yang tidak melompat parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. Beliau yang juga Bendahari Barisan Nasional (BN) sebaliknya berkata mereka perlu untuk memilih pemimpin yang mempunyai jati diri dan ikhlas bagi membawa perjuangan membela nasib rakyat. “Pastikan pilihan raya yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bukit Bintang Struktur Gerak Kerja, Jadi Hub Pengundi Luar Untuk Parlimen Tumpuan
https://umno-online.my/2024/07/23/umno-bukit-bintang-struktur-gerak-kerja-jadi-hub-pengundi-luar-untuk-parlimen-tumpuan/

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO Bukit Bintang telah melaksana penstrukturan gerak kerja politik yang bakal meletakkan bahagian terbabit sebagai hub untuk pengundi luar bagi parlimen tumpuan. Ketuanya, Datuk Tengku Azman Zainol Abidin berkata cadangan program penstrukturan gerak kerja ini telah diangkat ke Perhubungan UMNO Negeri dan ke UMNO Pusat serta akan mula dilakukan percubaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Anak Bossku Jumpa PN’: Pertemuan Dongeng Itu Tidak Pernah Berlaku – Nizar
https://umno-online.my/2024/07/23/anak-bossku-jumpa-pn-pertemuan-dongeng-itu-tidak-pernah-berlaku-nizar/

KUANTAN, 23 Julai – Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang menyatakan beliau telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri. Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya itu, pertemuan dongeng tersebut tidak pernah berlaku sama sekali. “Ayahanda Dato’ Sri Najib selalu berpesan walau bagaimana susah pun [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал