umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

ADUN Lantikan Mampu Bawa Suara Majoriti, Minoriti Rakyat Pahang – Syed Ibrahim
https://umno-online.my/2024/05/16/adun-lantikan-mampu-bawa-suara-majoriti-minoriti-rakyat-pahang-syed-ibrahim/

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Lantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu bersifat keperluan dalam membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk membawa suara rakyat sama ada minoriti ataupun majoriti, kata ADUN Kerdau, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurut beliau, ia juga membantu kerajaan negeri agar agenda membantu rakyat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. “Sebenarnya keperluan melantik Ahli Dewan sememangnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Atas Pelantikan Lawrence Wong Sebagai PM Singapura
https://umno-online.my/2024/05/15/ahmad-zahid-ucap-tahniah-atas-pelantikan-lawrence-wong-sebagai-pm-singapura/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keyakinan Singapura akan terus berkembang maju dan makmur di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang berwibawa. “Hubungan yang kukuh antara Malaysia dan Singapura dibina atas [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UKM Qatar: KPT Sokong Apa Jua Pelan IPT, Termasuk Agenda Perkasa Pengantarabangsaan
https://umno-online.my/2024/05/15/ukm-qatar-kpt-sokong-apa-jua-pelan-ipt-termasuk-agenda-perkasa-pengantarabangsaan/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong apa jua pelan yang dilakukan oleh institut pengajian tinggi (IPT) termasuklah agenda pemerkasaan pengantarabangsaan. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melalui hantaran di laman Facebooknya menzahirkan rasa syukur kerana Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha, Qatar telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Alhamdulillah. Rasmi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Sekali Lagi Berbesar Hati Ziarahi Waris Mangsa Nahas Helikopter TLDM
https://umno-online.my/2024/05/15/noraini-sekali-lagi-berbesar-hati-ziarahi-waris-mangsa-nahas-helikopter-tldm/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad sekali lagi berbesar hati menziarahi waris mangsa kemalangan nahas helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada 23 April lalu. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia dan rombongan menyantuni dua waris mangsa nahas di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Ukur Baju Pada Badan Sendiri Sebelum Nak Ganti UMNO’ – Dr Akmal
https://umno-online.my/2024/05/15/ukur-baju-pada-badan-sendiri-sebelum-nak-ganti-umno-dr-akmal/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak dakwaan adanya parti yang mahu menggantikan UMNO dan berharap mereka untuk mengukur baju di badan sendiri. Menurut beliau, ini kerana UMNO adalah sebuah parti keramat yang tidak boleh digantikan dengan parti lain kerana jasa dan khidmatnya kepada rakyat dalam 78 tahun kewujudannya. “Ukur baju badan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tidak Ada Parti Lain Boleh Gantikan UMNO, Jasa Terlalu Banyak Demi Perjuangan Bangsa – Tengku Hafiz
https://umno-online.my/2024/05/14/tidak-ada-parti-lain-boleh-gantikan-umno-jasa-terlalu-banyak-demi-perjuangan-bangsa-tengku-hafiz/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – UMNO akan sentiasa menjadi wadah perjuangan orang Islam dan parti ini akan sentiasa mempertahankan agama, bangsa, tanah air serta memelihara kedudukan raja-raja Melayu. Sehubungan itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Muhammad Hafiz Tengku Adnan menegaskan bahawa adalah mustahil ada mana-mana parti boleh menggantikan UMNO lantaran jasanya yang terlalu banyak. “Nak ganti UMNO … pada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jentera Penerangan Terus Diperkasa, Keupayaan UMNO/BN Dalam Kerajaan Perpaduan Jadi Sandaran – Azalina
https://umno-online.my/2024/05/14/jentera-penerangan-terus-diperkasa-keupayaan-umno-bn-dalam-kerajaan-perpaduan-jadi-sandaran-azalina/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Penerangan UMNO Malaysia akan terus melipatgandakan lagi usaha dalam memperkasakan jentera penerangan di setiap peringkat bagi memastikan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus kukuh. Ketua Penerangan UMNO UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melalui pelbagai strategi yang sedang diatur, usaha berkenaan bukanlah satu perkara yang mustahil dan apa yang utama adalah semua [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Berdiri Teguh Kerana Dukungan Akar Umbi – Lokman Adam
https://umno-online.my/2024/05/14/umno-berdiri-teguh-kerana-dukungan-akar-umbi-lokman-adam/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – UMNO tetap berdiri teguh kerana keberadaan akar umbi yang sentiasa memberi dukungan kepada parti, kata Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam. Ketika ditemui UMNO Online, beliau menzahirkan rasa syukur kerana UMNO telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-78 pada 11 Mei lalu. “Pertama, saya nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun UMNO ke-78. Walaupun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohamad Teruskan Gerak Kerja, Iring PM Sempena Lawatan Ke Qatar
https://umno-online.my/2024/05/14/mohamad-teruskan-gerak-kerja-iring-pm-sempena-lawatan-ke-qatar/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan meneruskan gerak kerja di Doha, Qatar dengan menghadiri Sesi Meja Bulat Bersama Pemain Utama Industri Qatar. Katanya, mereka ini terdiri daripada 36 syarikat pelbagai sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, penerbangan, runcit dan pengedaran. “Sesi ini telah memberikan peluang kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ada Parti Mahu Ganti UMNO… Perjuangan Mereka Tidak Akan Pernah Sama – Shamellya
https://umno-online.my/2024/05/13/ada-parti-mahu-ganti-umno-perjuangan-mereka-tidak-akan-pernah-sama-shamellya/

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Meskipun ada parti yang masih lagi berusaha untuk menggantikan UMNO, perjuangan mereka sudah semestinya tidak akan sama, kata Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi. Menurutnya, UMNO merupakan sebuah parti tunjang utama kepada pembangunan negara sejak tujuh dekad lalu dan beliau mengharapkan agar ia terus maju ke hadapan menongkah arus pergolakan politik persepsi. “Sepanjang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SUA Teruskan Jelajah Ke UMNO Sungai Siput, Diskusi Isu Semasa Bersama Akar Umbi
https://umno-online.my/2024/05/13/sua-teruskan-jelajah-ke-umno-sungai-siput-diskusi-isu-semasa-bersama-akar-umbi/

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan siri jelajah bertemu kepimpinan bahagian dalam usaha mengukuhkan lagi parti keramat ini. Setelah ke UMNO Bahagian Port Dickson dan Masjid Tanah hujung minggu lalu, beliau pada Ahad ke UMNO Bahagian Sungai Siput bertemu dengan akar umbi untuk berdiskusi hala tuju parti dan isu-isu semasa negara. “Meneruskan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO 78 Tahun: ‘Menjadi Hebatnya Kemerdekaan Itu Kerana UMNO’ – Azhar
https://umno-online.my/2024/05/13/umno-78-tahun-menjadi-hebatnya-kemerdekaan-itu-kerana-umno-azhar/

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ulang tahun UMNO ke-78 pada 11 Mei adalah simbolik dan ruang terbaik untuk pendukung parti bersama mengukuhkan parti keramat ini. Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata UMNO bukanlah parti setahun jagung sebaliknya memainkan peranan besar kepada kemerdekaan negara. Katanya, melalui UMNO lahirnya tokoh-tokoh politik yang berwibawa, sehinggakan mereka menjadikan parti keramat ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO 78 Tahun … Perjuangan Penuh Ujian
https://umno-online.my/2024/05/13/umno78-tahun-perjuangan-penuh-ujian/

JIKA hanya sanggup berada dalam saf ketika senang… bukanlah pejuang namanya. UMNO adalah wadah sebuah perjuangan. Usahlah mendabik dada sebagai hulubalang jika saat parti diuji terus menghilang. Selagi berada atas landasan benar demi Agama Bangsa dan Tanah Air, maka setiaku adalah di sini. Sejuta tokmah dakyah dan mehnah adalah asam garam yang telah mendewasakan kita dan mematangkan minda dalam gelanggang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Selami Jasa, Khidmat Bakti Dilakukan UMNO Sepanjang 78 Tahun – Mutalif
https://umno-online.my/2024/05/13/selami-jasa-khidmat-bakti-dilakukan-umno-sepanjang-78-tahun-mutalif/

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berharap rakyat dapat menyelami segala jasa dan kebaikan yang dilakukan UMNO sepanjang 78 tertubuhnya pada keramat ini. Beliau berkata ini kerana UMNO daripada awal perjuangan adalah untuk mengangkat agenda agama, bangsa dan negara. “Ayuh, kita bersama bangkit menunjukkan iaitu UMNO dulu, kini dan selama-lamanya. “UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tauladan PRK KKB… Cabaran Perjalanan Perjuangan UMNO
https://umno-online.my/2024/05/12/tauladan-prk-kkb-cabaran-perjalanan-perjuangan-umno/

PRK antara paling sukar pernah saya hadapi sejak bergiat dengan politik tanah air bermula tahun 1988 ialah di KKB. Sukar sungguh. KKB, Kiri Kanan Bukit, kata penduduk tempatan, bukit-bukit cabaran perjalanan perjuangan. Namun digagahi juga untuk pergi balik dalam tempoh 12 hari, 12 kali ke sana. Tugas untuk menawan hati pengundi Melayu agar mengundi calon Dap Sdri Pang Sock Tao [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – Dr Zambry
https://umno-online.my/2024/05/16/tiada-perbincangan-uitm-dibuka-kepada-bukan-bumiputera-dr-zambry/

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan sekali lagi bahawa isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun peringkat Kabinet. Jelas Dr Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), seperti kenyataan beliau pada 2 Mei [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Berlengah Lagi, Bersama Tangkis Persepsi Dan Propaganda Pihak Lawan
https://umno-online.my/2024/05/15/jangan-berlengah-lagi-bersama-tangkis-persepsi-dan-propaganda-pihak-lawan/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin berkata Program Jelajah Penerangan UMNO adalah satu usaha yang tepat untuk menjelaskan dan menangkis pelbagai persepsi dan propaganda yang dimainkan oleh parti lawan. Mohamad yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri percaya Jelajah Penerangan UMNO ini mampu memberikan pendekatan, maklumat yang tepat kepada ahli parti. “Jangan berlengah lagi, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Najib Bawa Isu Banjir Di Parit Yaani Dan Pembangunan Pendidikan Pada Sidang DUN
https://umno-online.my/2024/05/15/najib-bawa-isu-banjir-di-parit-yaani-dan-pembangunan-pendidikan-pada-sidang-dun/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohamad Najib Samuri membangkitkan pelbagai isu yang membelenggu di kawasan di samping penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi manfaat rakyat pada persidangan DUN, semalam. Antara isu yang dibawa beliau banjir di Parit Yaani dan pembangunan pendidikan. “Alhamdulillah semalam Parit Yaani selesai berbahas. Antara isu yang saya bangkitkan adalah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Saran Kementerian, Agensi Kerajaan Pastikan Agenda Pembangunan Usahawan Disepadukan
https://umno-online.my/2024/05/15/ahmad-zahid-saran-kementerian-agensi-kerajaan-pastikan-agenda-pembangunan-usahawan-disepadukan/

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar kementerian dan agensi kerajaan melaksanakan agenda pembangunan usahawan secara menyeluruh dan bersepadu. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, bilangan program dan perbelanjaan bagi program keusahawanan serta pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) secara puratanya adalah sebanyak 191 setahun. “Melalui pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kemenangan PRK KKB Bukti Kepimpinan, Gerak Kerja UMNO Masih Relevan – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/05/14/kemenangan-prk-kkb-bukti-kepimpinan-gerak-kerja-umno-masih-relevan-ahmad-maslan/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan beranggapan bahawa kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu membuktikan pemimpin dan gerak kerja UMNO masih relevan. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, UMNO akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bangkit semula bagi memberi perkhidmatan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Terengganu Bantu Noktahkan Miskin Tegar
https://umno-online.my/2024/05/14/umno-terengganu-bantu-noktahkan-miskin-tegar/

KUALA TERENGGANU, 14 Mei – UMNO Terengganu akan melakukan gerak kerja bagi membantu agensi Persekutuan dan negeri menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini dalam tempoh dua bulan akan datang, kata pengerusinya, Datuk Rozi Mamat. Beliau berkata, bagi memastikan hasrat menoktahkan kemiskinan tegar sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat Terengganu minggu lepas, pihaknya akan menjejaki 1,663 keluarga [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Naratif Tepat Dan Jelas Mampu Patahkan Kepelbagaian Persepsi Terhadap UMNO – Khaled
https://umno-online.my/2024/05/14/naratif-tepat-dan-jelas-mampu-patahkan-kepelbagaian-persepsi-terhadap-umno-khaled/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat naratif yang tepat mampu menjelaskan kepada rakyat kepelbagaian persepsi yang dihujani terhadap UMNO sehingga ke hari ini termasuklah keputusan untuk bersama di dalam Kerajaan Perpaduan. Menurut beliau persepsi yang masih berlegar cukup besar terhadap UMNO antaranya mengapa berada di dalam Kerajaan Perpaduan dan bagaimana untuk menguruskan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Persidangan Cawangan: Rais Sifatkan Ahli Dan Pimpinan Akar Umbi Terus Istiqamah Dalam UMNO
https://umno-online.my/2024/05/14/persidangan-cawangan-rais-sifatkan-ahli-dan-pimpinan-akar-umbi-terus-istiqamah-dalam-umno/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin mengucapkan tahniah kepada seluruh pimpinan dan ahli akar umbi di bahagian berkenaan yang selesai mengadakan persidangan cawangan masing-masing. Bagi beliau perkembangan berkenaan memperlihatkan masing-masing terus istiqamah dan komited dalam perjuangan parti yang penuh jasa kepada rakyat. “Tahniah semua para pimpinan cawangan yang setia dan komited. Sematkan dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penyampaian Maklumat Amat Penting Untuk Kefahaman Rakyat – Ir Hasni
https://umno-online.my/2024/05/14/penyampaian-maklumat-amat-penting-untuk-kefahaman-rakyat-ir-hasni/

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad berpandangan penyampaian maklumat yang betul kepada rakyat berhubung perkara-perkara kos sara hidup dan sebagainya amat penting agar mereka mendapat penjelasan sebaiknya. Dalam sesi Perbahasan Atas Rundingan Menjunjung Kasih Titah Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ke-15 Dewan Undangan Negeri  [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Suarakan Pandangan Dalam Mesyuarat Akar Umbi, Pemimpin Perlu Tahu Keperluan – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2024/05/13/suarakan-pandangan-dalam-mesyuarat-akar-umbi-pemimpin-perlu-tahu-keperluan-jeffery-nor/

PUTATAN, 13 Mei – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata, masyarakat khususnya akar umbi UMNO perlu menyuarakan dan memberi pandangan berkaitan apa-apa keperluan atau permasalahan setempat. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan, persidangan peringkat cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang adalah ruang terbaik kepada anggota akar umbi parti bersuara. “Saya telah meminta agar semua anggota [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lebih RM141 Juta Dibelanjakan Untuk Bantuan Prihatin Pahang – MB
https://umno-online.my/2024/05/13/lebih-rm141-juta-dibelanjakan-untuk-bantuan-prihatin-pahang-mb/

KUANTAN, 13 Mei – Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau berkata kerajaan negeri sedar keperluan dan manfaat pelaksanaan inisiatif ini serta komited menambah baik pelaksanaan BPP selain memperluaskan skop program itu supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebagai contoh [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Aplikasi Persidangan Beri Penjelasan, UMNO Tak Pernah Ikut Telunjuk Pihak Lain – Tuminah
https://umno-online.my/2024/05/13/aplikasi-persidangan-beri-penjelasan-umno-tak-pernah-ikut-telunjuk-pihak-lain-tuminah/

TANGGA BATU, 13 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim menolak dakwaan yang dimomokkan pihak tertentu kononnya UMNO sudah tidak ada arah tuju dan hanya ikut telunjuk Dap selepas berada dalam Kerajaan Perpaduan. Ujarnya, dakwaan tersebut adalah tidak benar maka hal tersebut mesti dijelaskan oleh kepimpinan parti yang kini sedang mengadakan persidangan diperingkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gelombang Kembali Bangkit Bersemarak, UMNO Labuan Tekad Terus Perkukuh Parti
https://umno-online.my/2024/05/13/gelombang-kembali-bangkit-bersemarak-umno-labuan-tekad-terus-perkukuh-parti/

LABUAN, 13 Mei – Persidangan UMNO peringkat cawangan menyaksikan parti tersebut mendapat tempat malah anggota akar umbi tampil beramai-ramai menjayakan mesyuarat terbabit. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan mengakui bahawa mesyuarat peringkat cawangan yang sedang berlangsung ketika ini menunjukkan satu gelombang baharu dalam parti. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, berdasarkan kepada persidangan yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Rasmikan Persidangan Cawangan, Yakin Lebih Ramai Bakal Sertai UMNO
https://umno-online.my/2024/05/12/ahmad-zahid-rasmikan-persidangan-cawangan-yakin-lebih-ramai-bakal-sertai-umno/

BAGAN DATUK, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah merasmikan Mesyuarat Cawangan-cawangan Empat Peringkat UMNO Bahagian Bagan Datuk hari ini dan yakin bahawa lebih ramai masyarakat akan menyertai parti keramat itu. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur kerana meskipun terdapat segelintir ahli meninggalkan parti ketika pergolakan politik berlaku, tiada satu pun cawangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kekuatan UMNO Dapat Dibina Semula Dengan Dukungan Akar Umbi – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/05/12/kekuatan-umno-dapat-dibina-semula-dengan-dukungan-akar-umbi-ahmad-zahid/

BAGAN DATUK, 12 Mei – Kekuatan UMNO akan dapat dibina semula dengan dukungan akar umbi dan di peringkat pertengahan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sempena dengan ulang tahun UMNO ke-78, parti itu akan terus berazam dan bertekad untuk maju dalam bidang politik. “Alhamdulilah sempena dengan 78 tahun ulang tahun [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал