umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Mesyuarat Cawangan UMNO: Ruang Akar Umbi Mainkan Peranan Sebaiknya – Muizz
https://umno-online.my/2024/05/02/mesyuarat-cawangan-umno-ruang-akar-umbi-mainkan-peranan-sebaiknya-muizz/

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Muizz Nasruddin mengucapkan selamat bersidang kepada semua ahli dan akar umbi sempena Mesyuarat UMNO Cawangan yang telah berlangsung bermula 22 April sehingga 2 Jun 2024. Tegasnya, ahli dan akar umbi penting untuk memainkan peranan dalam menyokong serta menggerakkan UMNO ke hadapan. “Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bersidang kepada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat Cawangan UMNO, Ruang Kembali Ke Landasan Perjuangan – Rais
https://umno-online.my/2024/05/02/mesyuarat-cawangan-umno-ruang-kembali-ke-landasan-perjuangan-rais/

TANGGA BATU, 2 Mei – Persidangan Cawangan UMNO telah bermula pada 22 April hingga 2 Jun di seluruh negara yang melibatkan lebih 20,000 Cawangan. Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin berpesan agar ruang yang ada ini diaplikasi oleh ahli-ahli UMNO untuk kembali kepada asas perjuangan perjuangan parti. Ini kerana kata beliau, UMNO berbeza dengan parti-parti politik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Politik Sudah Berubah, UMNO Perlu Bijaksana Hadapi Cabaran – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2024/05/02/politik-sudah-berubah-umno-perlu-bijaksana-hadapi-cabaran-shamsul-anuar/

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Minggu kedua Persidangan UMNO Cawangan-cawangan seluruh negara kian rancak dengan masing-masing melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebagai ahli parti sebaiknya. Pucuk pimpinan pelbagai peringkat pula dijemput untuk merasmikan persidangan berkenaan dengan ucapan kata-kata semangat dalam usaha memastikan ahli di peringkat akar umbi terus utuh melayani bahtera parti. Tidak ketinggalan ahli-ahli UMNO di Kuala Kubu Baharu walaupun sibuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sambutan Syawal: Ahmad Zahid Dan Jalaluddin Raikan Keluarga Jelebu
https://umno-online.my/2024/05/01/sambutan-syawal-ahmad-zahid-dan-jalaluddin-raikan-keluarga-jelebu/

JELEBU, 1 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersama ribuan penduduk Jelebu hadir memeriahkan suasana Sambutan Aidilfitri UMNO bahagian Jelebu yang diadakan di Simpang Pertang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 3.00 petang di Bangunan UMNO Jelebu dan disambut Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta penduduk setempat. Pelbagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: UMNOSiswa UiTM Kutuk Tindakan Retorik Burukkan UMNO, PN Ketandusan Idea
https://umno-online.my/2024/05/01/prk-kkb-umnosiswa-uitm-kutuk-tindakan-retorik-burukkan-umno-pn-ketandusan-idea/

KUALA LUMPUR, 1 Mei – UMNOSiswa UiTM menyatakan kekecewaan terhadap tindakan kurang ajar yang dilakukan oleh penyokong Perikatan Nasional (PN) ekoran mengubah logo keramat UMNO mengikut selera mereka. Ketua Perhubungan Zon Selatan UMNOSiswa UiTM, Muhammad Syah Ilmal Sujidin berkata sikap ini bukan sahaja menimbulkan ketegangan dalam arena politik, malah merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap proses demokrasi. “Kami mengutuk sekeras-kerasnya retorik menghina [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Beaufort Prihatin, Teruskan Khidmat Bakti Santuni Rakyat
https://umno-online.my/2024/05/01/umno-beaufort-prihatin-teruskan-khidmat-bakti-santuni-rakyat/

BEAUFORT, 1 Mei – UMNO sentiasa konsisten sebagaimana slogannya iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat dengan mengaktifkan gerak kerja bagi menyantuni masyarakat. Dalam hal ini, UMNO Bahagian Beaufort terus mendekati rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah dan yang perlukan perhatian. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat memaklumkan bahawa gerakan turun padang dan sentiasa bersama masyarakat setempat dilaksana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hari Pekerja: Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Gig Ekonomi, Jayakan ‘Win-Win Situation’
https://umno-online.my/2024/05/01/hari-pekerja-segerakan-penubuhan-suruhanjaya-gig-ekonomi-jayakan-win-win-situation/

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Pengerusi Sekretariat Kesatuan Pekerja dan Gig Ekonomi UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melihat sambutan hari pekerja pada 1 Mei setiap tahun sewajarnya memberi kebaikan dan limpahan manfaat untuk pekerja serta majikan seluruh negara. Bagi beliau dengan kombinasi berkenaan tentunya akan meningkatkan lagi produktiviti sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara serta rakyat. “Namun pada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Siasatan MB Perlis: ‘Bersangka Baik Dengan SPRM’ – Zahid
https://umno-online.my/2024/04/30/siasatan-mb-perlis-bersangka-baik-dengan-sprm-zahid/

PUTRAJAYA, 30 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak bersangka baik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli untuk membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa. “Kita berhusnuzon, berbaik sangka dan serahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan kita lihat sama ada SPRM [...]

Читать полностью…

UMNO Online

909 Generasi Baharu Felda Berpeluang Miliki Rumah Pada 2024 – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/04/30/909-generasi-baharu-felda-berpeluang-miliki-rumah-pada-2024-jalaluddin/

SEREMBAN, 30 April – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata 909 generasi baharu Felda di negeri berkenaan berpeluang untuk memiliki rumah pada tahun ini yang merangkumi beberapa kawasan terlibat. Dalam satu kenyataan hari ini, Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan seterusnya menambah kebajikan dan keperluan para peneroka Felda menjadi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Laporan Bank Dunia: KPM Ada Ramai Pakar Yang Berkelayakan Tinggi Tapi Di Mana Silapnya
https://umno-online.my/2024/04/30/laporan-bank-dunia-kpm-ada-ramai-pakar-yang-berkelayakan-tinggi-tapi-di-mana-silapnya/

KUALA LUMPUR, 30 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap kerajaan melalui Kementerian Pendidikan untuk mengkaji laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan di Malaysia. Kebimbangan tersebut adalah berkenaan hanya 58 peratus pelajar di negara ini didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5. Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Kami Harap Peguam Negara Kekal, Tidak Berganjak Teruskan Pendakwaan Terhadap KK Super Mart’ – Akmal
https://umno-online.my/2024/04/30/kami-harap-peguam-negara-kekal-tidak-berganjak-teruskan-pendakwaan-terhadap-kk-super-mart-akmal/

KUALA LUMPUR, 30 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berharap Peguam Negara untuk kekal dan tidak berganjak daripada keputusannya untuk meneruskan pendakwaan terhadap KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd. Katanya, ini bagi memelihara sensitiviti masyarakat umum khasnya kepada masyarakat Islam yang telah terkesan akibat insiden dan tindakan yang tidak bertanggungjawab ini. “Perkara 145 (3) Perlembagaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO/BN Sabah Terus Diyakini Rakyat, Fokus Raih Kembali Sokongan
https://umno-online.my/2024/04/30/umno-bn-sabah-terus-diyakini-rakyat-fokus-raih-kembali-sokongan/

KINABATANGAN, 30 April – UMNO/Barisan Nasional (BN) bertekad untuk mengembalikan kekuatan parti dan meraih semula sokongan rakyat agar dapat membela mereka. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kinabatangan, Rahia Arpaih berkata sekiranya UMNO/BN ditakdirkan berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri maka fokus adalah untuk memastikan nasib rakyat terbela. “Di dalam kesibukan kita meraikan Syawal ini, sedar atau tidak hari ini rakyat di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mesyuarat Cawangan UMNO: Inilah Masanya Kita Jelaskan Ke Peringkat Akar Umbi – Jalaluddin
https://umno-online.my/2024/04/29/mesyuarat-cawangan-umno-inilah-masanya-kita-jelaskan-ke-peringkat-akar-umbi-jalaluddin/

JELEBU, 29 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias melihat keberadaan parti itu bersama Kerajaan Perpaduan hari ini boleh dijelaskan sebaiknya menerusi pelbagai medium dan persidangan UMNO peringkat cawangan yang sedang berlangsung di seluruh negara. Bagi beliau fasa pertama itu boleh dilaksanakan sebaik mungkin menerusi penerangan yang sejelasnya kepada akar umbi iaitu bagaimana langkah parti mengambil [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Simposium Langkah Pertama Perkasa Suruhanjaya Kanak-Kanak – Azalina
https://umno-online.my/2024/04/29/simposium-langkah-pertama-perkasa-suruhanjaya-kanak-kanak-azalina/

KUALA LUMPUR, 29 April – Simposium antarabangsa yang dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi merupakan langkah pertama dilakukan bagi memperkasakan Suruhanjaya Kanak-Kanak. Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ada kemungkinan bahawa Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak akan dikaji semula secara terperinci sebelum ia digubal di peringkat Parlimen. “Seperti yang mana saya buat dalam ucapan saya hari ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perdagangan Malaysia, Arab Saudi Diperkukuh Menerusi Kerjasama – Tengku Zafrul
https://umno-online.my/2024/04/29/perdagangan-malaysia-arab-saudi-diperkukuh-menerusi-kerjasama-tengku-zafrul/

KUALA LUMPUR, 29 April – Kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dengan saling memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain dalam industri tertentu akan dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman X hari ini sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: Pilih Calon Kerajaan Perpaduan, Orang Muda Punya Idea Lebih Segar – Nor Nabila
https://umno-online.my/2024/05/02/prk-kkb-pilih-calon-kerajaan-perpaduan-orang-muda-punya-idea-lebih-segar-nor-nabila/

KUALA KUBU BHARU, 2 Mei – Pergerakan Puteri UMNO dan Barisan Nasional (BN) Bahagian Hulu Selangor menzahirkan penghargaan pada pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan yang mencalonkan anak muda sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Ketuanya, Nor Nabila Fazurin Mohd Mokhtar berkata ini kerana golongan muda bakal menjadi penentu kepada kemenangan parti serta mempunyai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB : Perang Bendera, Kain Rentang Semakin Meriah
https://umno-online.my/2024/05/02/prk-kkb-perang-bendera-kain-rentang-semakin-meriah/

KUALA KUBU BHARU, 2 Mei – Kemeriahan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) semakin dirasai apabila jentera masing-masing menggerakkan berkempen serta memasang bendera parti di sepanjang jalan raya. Perang bendera khususnya di kawasan bandar sudah mula kelihatan apabila petugas jentera dilihat memacak bendera di lokasi strategik. Tinjauan UMNO Online mendapati bendera Pakatan Harapan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: Ahmad Zahid Yakin Ahli UMNO Sokong Calon Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/05/01/prk-kkb-ahmad-zahid-yakin-ahli-umno-sokong-calon-kerajaan-perpaduan/

JELEBU, 1 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ahli parti itu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, 11 Mei ini. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata UMNO telah melakukan beberapa siri penjelasan kepada ahli dan penyokong [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perdana Menteri Bukti Kesungguhan Hargai Sumbangan Penjawat Awam – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/05/01/perdana-menteri-bukti-kesungguhan-hargai-sumbangan-penjawat-awam-ahmad-zahid/

JELEBU, 1 Mei – Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengenai kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus Disember nanti membuktikan kesungguhan beliau dalam menghargai sumbangan pekerja sektor awam kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri itu juga pasti mengejutkan penjawat awam kerana ia merupakan antara kenaikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Kedah Digesa Bijaksana… Antara Keperluan Dan Kehendak Rakyat, Yang Mana Harus Diutamakan
https://umno-online.my/2024/05/01/kerajaan-kedah-digesa-bijaksana-antara-keperluan-dan-kehendak-rakyat-yang-mana-harus-diutamakan/

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Wanita UMNO Langkawi, Hisham Suhaily Othman menggesa Kerajaan Negeri Kedah untuk selesaikan dahulu masalah jangka pendek seperti kemasukan pelancong dan mutu perkhidmatan feri di Langkawi. Tegasnya yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia, hal kebajikan rakyat khususnya bekalan air yang sudah lama tidak tertanggung di pulau berkenaan juga perlu ditangani. “Gunakanlah kebijaksanaan memimpin dalam diplomasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peka Dengan Rintihan Dan Keluhan Rakyat, Jangan Kita Jual-jual Selepas Menang Kita Tidak Ada – Azalina Othman
https://umno-online.my/2024/05/01/peka-dengan-rintihan-dan-keluhan-rakyat-jangan-kita-jual-jual-selepas-menang-kita-tidak-ada-azalina-othman/

KUALA KUBU BHARU, 1 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Seri Azalina Othman Said menasihati calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao agar memahami dan fokus isu-isu tempatan terutamanya rakyat Kuala Kubu Bharu. Menurutnya, walaupun negeri ini dipimpin oleh Pakatan Harapan (PH) namun ia perlu peka dengan rintihan dan keluhan suara hati rakyat. “Saya menasihati calon Kerajaan Perpaduan sekiranya hendak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Azalina Ucap Selamat Hari Pekerja Kepada Seluruh Rakyat Malaysia
https://umno-online.my/2024/05/01/azalina-ucap-selamat-hari-pekerja-kepada-seluruh-rakyat-malaysia/

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Othman Said mengucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia. Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi menzahirkan ucapan terima kasih kepada pekerja yang gigih membangunkan negara. “Terima kasih diucapkan kepada seluruh pekerja di negara ini yang sentiasa gigih membangunkan negara. Pada tahun ini, marilah memperbaharui azam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Cantum Logo UMNO Macam Budak-budak, Penghinaan Sangat Keterlaluan Dan Kurang Ajar – Nurul Amal
https://umno-online.my/2024/04/30/cantum-logo-umno-macam-budak-budak-penghinaan-sangat-keterlaluan-dan-kurang-ajar-nurul-amal/

KUALA LUMPUR, 30 April – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia meluahkan kekesalan dengan sikap pembangkang yang tidak matang pada proses penamaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata tindakan mereka mempamerkan sebuah replika yang mencantumkan logo UMNO dengan Dap disifatkan sebagai ekstrimis. Menurut beliau ini kerana logo UMNO adalah simbolik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Suhaimi Turun Padang Lawat Mangsa Kebakaran, Cakna Kesulitan Mangsa Berdepan Tragedi
https://umno-online.my/2024/04/30/suhaimi-turun-padang-lawat-mangsa-kebakaran-cakna-kesulitan-mangsa-berdepan-tragedi/

LIBARAN, 30 April – ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, demikian diibaratkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 di sini. Lantaran itu, atas amanah dan tanggungjawab yang tergalas, Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir telah turun bagi menziarahi mangsa yang ditimpa musibah itu, hari ini. Difahamkan, tragedi kebakaran yang berlaku semalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perjuangan Parti Lebih Penting Berbanding Emosi – Nurul Amal
https://umno-online.my/2024/04/30/perjuangan-parti-lebih-penting-berbanding-emosi-nurul-amal/

KUALA KUBU BHARU, 30 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menasihati jentera Puteri Barisan Nasional (BN) agar jangan terikut dengan emosi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu. Ini kerana katanya perjuangan parti lebih penting berbanding kepentingan emosi peribadi dan harus bersikap rasional. “Mana nak ikut antara emosi atau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

TVET Lagi? Ya, Saya Sentiasa Beri Tumpuan Kepada Masa Hadapan Anak-Anak Muda – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/04/30/tvet-lagi-ya-saya-sentiasa-beri-tumpuan-kepada-masa-hadapan-anak-anak-muda-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 30 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau sentiasa memberikan tumpuan kepada agenda penting negara khususnya masa hadapan anak-anak muda di seluruh negara. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menghadiri Majlis Anugerah TeknoUsahawan TVET Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023 yang dianjurkan buat julung kalinya, semalam. “Malam tadi saya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Berniat Jahat, Cubaan Cetus Huru-hara… Imran Tamrin Gesa SPR Ambil Tindakan
https://umno-online.my/2024/04/30/berniat-jahat-sengaja-cetuskan-huru-hara-imran-tamrin-gesa-spr-ambil-tindakan/

KUALA KUBU BHARU, 30 April – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah pun membuat satu laporan polis di Kuala Kubu Bharu semalam. Ketuanya, Datuk Imran Tamrin memaklumkan ia dibuat ekoran kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan perlu diambil tindakan segara. “”Secara khususnya sepanduk yang berlambangkan keris ditukarkan dengan logo roket Dap. Ia dapat dilihat di media-media, gambar dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Noraini Ahmad Ziarah Keluarga Mangsa Nahas Helikopter TLDM
https://umno-online.my/2024/04/29/noraini-ahmad-ziarah-keluarga-mangsa-nahas-helikopter-tldm/

KUALA LUMPUR, 29 April – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkesempatan menziarahi waris mangsa kemalangan nahas helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia dan rombongan ke Sitiawan, bagi menziarahi keluarga Allahyarham PW II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tourism Johor Akan Dikorporatkan Tahun Ini – Onn Hafiz
https://umno-online.my/2024/04/29/tourism-johor-akan-dikorporatkan-tahun-ini-onn-hafiz/

KOTA TINGGI, 29 April – Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata proses ke arah itu akan dilakukan dalam masa enam bulan sebelum ia dijangka dapat dikorporatkan pada akhir tahun ini. “Dengan ini, kita akan berpeluang untuk mengambil pekerja yang mempunyai latar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK KKB: Bantu, Bekerjasama Dengan Dap Bukan Bererti UMNO Gadaikan Prinsip – Gulam
https://umno-online.my/2024/04/29/prk-kkb-bantu-bekerjasama-dengan-dap-bukan-bererti-umno-gadaikan-prinsip-gulam/

KUALA LUMPUR, 29 April – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar menegaskan bahawa membantu dan bekerjasama dengan Dap di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) bukannya bererti UMNO mengadaikan prinsip-prinsip politiknya. Jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu, Dap adalah rakan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Selangor dengan ada seorang Exco [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал