umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Dakwa Sekongkol Jatuhkan Kerajaan Perpaduan… Ini Adalah Tohmahan Dan Fitnah Jahat – Rahman Mohamad
https://umno-online.my/2024/01/01/dakwa-sekongkol-jatuhkan-kerajaan-perpaduan-ini-adalah-tohmahan-dan-fitnah-jahat-rahman-mohamad/

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menafikan bahawa beliau adalah salah seorang yang terlibat dalam percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, ini adalah tuduhan jahat yang sengaja diadakan untuk menimbulkan polemik dan ingin mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia. “Tohmahan dan fitnah jahat terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) ini tidak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Kekal Falsafah Perjuangannya Walaupun Berbeza Politik Dalam Kerajaan Madani – Mohmed Puzi
https://umno-online.my/2024/01/01/umno-kekal-falsafah-perjuangannya-walaupun-berbeza-politik-dalam-kerajaan-madani-mohmed-puzi/

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali menegaskan bahawa UMNO terus mempertahankan falsafah perjuangannya demi agama, bangsa dan negara. Beliau berkata menerusi falsafah tersebut kesemua cetusan idea diterjemah oleh pemimpin UMNO yang sedang dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat secara holistik.  “UMNO adalah parti keramat yang memanifestasikan perjuangan bangsa Melayu dan Islam, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perjuangan UMNO Kekal Dalam Asas Tujuannya, Sentiasa Angkat Suara Rakyat – Zuhir Ghazali
https://umno-online.my/2023/12/31/perjuangan-umno-kekal-dalam-asas-tujuannya-sentiasa-angkat-suara-rakyat-zuhir-ghazali/

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata UMNO masih kekal dalam asas dan tujuan perjuangannya iaitu demi berjuang mendukung cita-cita mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Katanya, sehingga kini UMNO terus melihatkan daripada beberapa faktor dan sudut pandang tertentu yang mungkin jarang didendangkan. Jelasnya, sepanjang penubuhan UMNO, parti ini tidak pernah berpaling [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Sentuh Hal Gugat Keharmonian Kaum, Perlembagaan Persekutuan Tidak Seharusnya ‘Diusik’
https://umno-online.my/2023/12/31/jangan-sentuh-hal-gugat-keharmonian-kaum-perlembagaan-persekutuan-tidak-seharusnya-diusik/

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Senator Datuk Dr Azhar Ahmad mengingatkan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak menyentuh hal-hal yang boleh mengguggat keharmonian antara kaum. Jelasnya, hal-hal yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya ‘diusik’ kerana ianya akan mengguris hati sesetengah kaum. “Hal-hal yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, jangan sesiapa pun ‘usik’ kerana kalau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Jadi Semak Dan Imbang, Kongres Ekonomi Mampu Perkasakan Bumiputera – Zuhir Ghazali
https://umno-online.my/2023/12/30/umno-jadi-semak-dan-imbang-kongres-ekonomi-mampu-perkasakan-bumiputera-zuhir-ghazali/

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Madani mampu menjadi semak dan imbang yang efektif dalam kerajaan, kata Presiden UMNO Siswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali. Katanya, demi memenuhi aspirasi rakyat UMNO mampu menyelesaikan kekecamukan yang berlaku dalam negara kerana parti ini mempunyai banyak pengalaman mentadbir sebelum ini. “UMNO hari ini dalam konteks sebagai rakan sejawat dalam Kerajaan Madani [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kenapa Pula Bar Council? Mereka Berat Sebelah Dan Berpihak, Tegas Puad
https://umno-online.my/2023/12/29/kenapa-pula-bar-council-mereka-berat-sebelah-dan-berpihak-tegas-puad/

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan bahawa Bar Council merupakan sebuah badan yang berat sebelah dan tidak seharusnya menjadi ahli Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah. Tegasnya, badan tersebut mempunyai sejarah mahu mencabar keputusan pengguguran kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun tidak langsung menyentuh kes-kes [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ngeh… Jangan Campuri Urusan Orang Islam Dan Banyak Songeh – Hasmuni Hassan
https://umno-online.my/2023/12/29/ngeh-jangan-campuri-urusan-orang-islam-dan-banyak-songeh-hasmuni-hassan/

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Hasmuni Hassan menasihati Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham agar jangan mencampuri urusan orang-orang Islam. Ini kerana cadangan yang dicetuskan oleh beliau boleh mencetuskan polemik kerana negara ini mempunyai berbagai bangsa dan agama yang hidupnya harmoni. “Cadangan Ngeh Koo Ham itu menampakkan seolah-olah kami orang-orang Islam atau pentadbir [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kestabilan Politik Negara Kunci Utama Tingkatkan Keyakinan Pelabur – Tengku Zafrul
https://umno-online.my/2023/12/29/kestabilan-politik-negara-kunci-utama-tingkatkan-keyakinan-pelabur-tengku-zafrul/

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kestabilan politik adalah kunci utama bagi menambah kekuatan kepada ekonomi dan meningkatkan keyakinan pelabur kepada negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, kerajaan yang kukuh dan stabil akan menghasilkan polisi-polisi terbaik sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tidak Perlu Pakar Bukan Islam Dalam Jawatankuasa Mengkaji Undang-Undang Syariah
https://umno-online.my/2023/12/29/tidak-perlu-pakar-bukan-islam-dalam-jawatankuasa-mengkaji-undang-undang-syariah/

1. Tidak perlu pakar bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan. 2. Cadangan YB Ngeh Koo Ham ini tidak berpijak di bumi yang nyata malah hanya bakal mencetuskan polemik yang tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini. 3. Sejak merdeka, Mahkamah Syariah adalah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam. Malah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tun M Sindir SPRM Atau Tercabar, Seolah-olah Selepas Ini Giliran Beliau Pula? Puad
https://umno-online.my/2023/12/28/tun-m-sindir-sprm-atau-tercabar-seolah-olah-selepas-ini-giliran-beliau-pula-puad/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) sengaja menyindir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Katanya ini kerana kenyataan Tun M berkenaan agar mereka yang digelar ‘Tun’ disiasat  termasuk beliau sendiri dan ditahan reman jika gagal menjelaskan sumber pendapatan. “Tun M mencadangkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pusat Rekreasi Bandar Penawar Fokus Fasiliti Kesihatan Untuk Warga Emas
https://umno-online.my/2023/12/28/pusat-rekreasi-bandar-penawar-fokus-fasiliti-kesihatan-untuk-warga-emas/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said terus memberikan khidmat bakti beliau untuk rakyat di kawasan ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata pelbagai program kebajikan dan pembangunan dilakukan untuk manfaat penduduk di Pengerang. Malah yang terbaharu beliau memaklumkan pembukaan Pusat Rekreasi Bandar Penawar yang memberi fokus kepada golongan umur 60 tahun [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Terus Bersolidariti, Bantah Kezaliman Rejim Zionis Di Gaza
https://umno-online.my/2023/12/28/pemuda-umno-terus-bersolidariti-bantah-kezaliman-rejim-zionis-di-gaza/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terus menyatakan solidariti kepada rakyat Gaza di Palestin yang masih lagi berhadapan serangan berdarah daripada rejim Zionis Israel yang kini memasuki minggu ke-12. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyertai Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin tersebut malam tadi berkata bantahan seperti ini perlu dilakukan secara berterusan demi menyatakan sokongan kepada rakyat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Realisasikan Konsep Masyarakat Penyayang, Badan NGO Berperanan Bantu Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim
https://umno-online.my/2023/12/27/realisasikan-konsep-masyarakat-penyayang-badan-ngo-berperanan-bantu-kebajikan-rumah-anak-anak-yatim/

KUDAT, 27 Dis – Badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, pertubuhan dan parti politik diminta memainkan peranan membantu rumah anak-anak yatim dan kebajikan bagi merealisasikan konsep masyarakat penyayang. Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Hajah Siti Aminah Aching berkata, usaha ini dapat membantu memberikan sokongan kepada kerajaan dalam membantu golongan sasaran yang memerlukan. “Kita tidak menafikan saban tahun kerajaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Kedah: ‘Mood’ UMNO Kubang Pasu Terus Positif, Sumbang Kemenangan Kepada BN
https://umno-online.my/2023/06/22/prn-kedah-mood-umno-kubang-pasu-terus-positif-sumbang-kemenangan-kepada-bn/

KUBANG PASU, 22 Jun – Jalinan serta kerjasama utuh di peringkat akar umbi merupakan ramuan yang cukup bermakna dalam usaha Barisan Nasional (BN) Kubang Pasu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dalam masa terdekat termasuklah berdepan pelbagai cabaran khususnya pelbagai isu yang akan ditimbulkan oleh pihak tertentu dalam usaha meracuni pemikiran jentera setempat. Justeru Ketua UMNO Kubang Pasu, Datuk Aminuddin [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Akmal Pelawa Mereka Yang Berminat Sertai ‘Think Tank’ Pemuda UMNO
https://umno-online.my/2023/06/22/akmal-pelawa-mereka-yang-berminat-sertai-think-tank-pemuda-umno/

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mempelawa rakyat Malaysia yang berminat untuk bersama dengan sayap parti itu dalam pasukan badan pemikir mereka. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi Facebooknya berkata peluang itu dibuka buat mereka yang mahu menyumbangkan idea. “Anyone nak jadi sebahagian dari think tank Pemuda UMNO? Untuk kita bincangkan soal polisi, politik dan sebagainya. “…dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Penggalas Utama Dalam Kerajaan Perpaduan, Mendaulat Kedudukan Melayu-Islam – Norshida
https://umno-online.my/2024/01/01/umno-penggalas-utama-dalam-kerajaan-perpaduan-mendaulat-kedudukan-melayu-islam-norshida/

SEGAMAT, 1 Jan – UMNO adalah penentu dan penggalas utama dalam Kerajaan Perpaduan untuk mendaulatkan kedudukan Melayu-Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan, kata Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim. Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu telah berjaya membawa dimensi kestabilan politik yang kukuh kepada negara. “Setelah setahun Kerajaan Perpaduan dibentuk menerusi gabungan UMNO/Barisan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

https://umno-online.my/2023/12/31/214212/

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat supaya membawa tekad baharu sempena menuju ke tahun 2024. Jelasnya, pelbagai pencapaian dan perkembangan positif negara ketika di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan. “Alhamdulillah, tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pelbagai pencapaian dan perkembangan positif negara di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PN Cukup-Cukuplah Bermain Politik, Keluarkan Kenyataan Kucar-Kacirkan Kestabilan Politik – Zawawi
https://umno-online.my/2023/12/31/pn-cukup-cukuplah-bermain-politik-keluarkan-kenyataan-kucar-kacirkan-kestabilan-politik-zawawi/

PASIR PUTEH, 31 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman mengingatkan Perikatan Nasional (PN) untuk tidak bermain politik dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengkucar-kacirkan kestabilan negara. Jelasnya, rakyat telah mempunyai pengalaman ditadbir oleh segala bentuk gabungan dan sudah semestinya mereka dapat menilai dengan baik. “Sekarang ini, UMNO/Barisan Nasional (BN) sedang membuat satu gerakan supaya rakyat menilai ketika [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO/BN Perlu Pujuk, Ambil Hati Para Penyokong… Tunjuk Prestasi Terbaik Sepanjang Bersama Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2023/12/30/umno-bn-perlu-pujuk-ambil-hati-para-penyokong-tunjuk-prestasi-terbaik-sepanjang-bersama-kerajaan-perpaduan/

JELI, 30 Dis – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu pandai memujuk dan mengambil hati akar umbi serta para penyokong yang telah beralih arah dengan prestasi ditunjukkan sepanjang mentabir negara bersama Kerajaan Perpaduan. Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain berkata, UMNO/BN berperanan sebagai semak dan imbang di dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus menegakkan perjuangan asalnya dalam membela orang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Luah Kesyukuran Komitmen Wanita, Pemuda UMNO Bantu Mangsa Banjir
https://umno-online.my/2023/12/29/ahmad-zahid-luah-kesyukuran-komitmen-wanita-pemuda-umno-bantu-mangsa-banjir/

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kesyukuran dengan komitmen Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang membantu mangsa banjir. Kata beliau, pelbagai bantuan seperti keperluan asas juga diberikan sebagai tanda prihatin kepada mangsa banjir. “Saya bangga melihat Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO yang telah menggerakkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Cadangan Ngeh Koo Ham Tidak Sesuai, Jangan Campuri Urusan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
https://umno-online.my/2023/12/29/cadangan-ngeh-koo-ham-tidak-sesuai-jangan-campuri-urusan-perkara-3-perlembagaan-persekutuan/

JELEBU, 29 Dis – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias tidak bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham agar kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam. Tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu, justifikasi Ngeh bahawa tindakan itu adalah sebagai langkah bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peranan Wanita UMNO Penting… Pastikan Parti Kekal Relevan – Norshida
https://umno-online.my/2023/12/29/peranan-wanita-umno-penting-pastikan-parti-kekal-relevan-norshida/

SEGAMAT, 29 – Wanita UMNO adalah ‘player’ penting untuk memastikan UMNO kekal relevan kerana mereka adalah jentera yang paling hadapan dalam menentukan kekuatan parti. Ketua Wanita UMNO Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berkata, UMNO Johor dilihat kuat kerana kesepakatan dan kebersamaan dalam menentukan halatuju parti. “Sememangnya kita akui bahawa UMNO di Johor masih kukuh dan boleh dikatakan kubu kuat UMNO. UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Martabatkan Penghayatan Islam Dengan Kewujudan Pra Tahfiz KEMAS, TVET Tahfiz
https://umno-online.my/2023/12/29/martabatkan-penghayatan-islam-dengan-kewujudan-pra-tahfiz-kemas-tvet-tahfiz/

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penekanan khusus dalam usaha memartabatkan penghayatan Islam dengan menggerakkan usaha ke arah mewujudkan Pra Tahfiz KEMAS serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam satu perkongsian di laman media sosialnya berkata usaha tersebut adalah untuk membina generasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Gerakkan Pasukan Misi Bantuan Banjir – Dr Akmal
https://umno-online.my/2023/12/28/pemuda-umno-gerakkan-pasukan-misi-bantuan-banjir-dr-akmal/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menggerakkan pasukan misi bantuan banjir ke Pantai Timur bagi membantu mangsa banjir di lokasi berkenaan yang terjejas teruk. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata misi bantuan tersebut dianggotai sukarelawan Pemuda UMNO, Skuad Sabil dan penyelamat akan berlepas ke negeri Kelantan dan Terengganu untuk sama-sama membantu mangsa-mangsa yang sedang ditimpa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Syukur Pelbagai Inisiatif Untuk Rakyat Johor Dapat Dilaksanakan Tahun Ini
https://umno-online.my/2023/12/28/syukur-pelbagai-inisiatif-untuk-rakyat-johor-dapat-dilaksanakan-tahun-ini/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran kerana tahun 2023 yang bakal melabuhkan tirai ini, pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan demi rakyat negeri itu. Ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu dalam satu hantaran di akaun X, beliau berdoa semoga Allah SWT terus memberkati dan merahmati negeri Johor bagi tahun 2024. “Menjunjung [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dira Terus Khidmat Bakti Di Rim, Kebajikan Rakyat Jadi Keutamaan
https://umno-online.my/2023/12/28/dira-terus-khidmat-bakti-di-rim-kebajikan-rakyat-jadi-keutamaan/

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini. Menerusi perkongsian di Facebook, Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira baru-baru ini berkesempatan melihat sendiri Dewan Terbuka Chohong, Jasin yang telah siap pembinaannya. Katanya, sudah tentunya dengan adanya dewan seumpama ini akan dimanfaat untuk pelbagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Tunai Janji, Realitikan Khidmat Demi Keselesaan Rakyat – Sharif Musa
https://umno-online.my/2023/12/27/umno-tunai-janji-realitikan-khidmat-demi-keselesaan-rakyat-sharif-musa/

LAHAD DATU, 27 Dis – UMNO adalah parti yang sentiasa mengutamakan keselesaan rakyat malah akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan masyarakat mendapat kemudahan yang terbaik, kata Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul. Beliau memaklumkan bahawa usaha turun padang yang dilaksanakannya bukan sekadar menyantuni orang ramai namun turut meninjau, melihat dan merasai sendiri bagaimana kehidupan masyarakat di akar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Mainkan Isu Triti Persempadanan Laut Malaysia-Indonesia Untuk Raih Dokongan Politik
https://umno-online.my/2023/06/22/jangan-mainkan-isu-triti-persempadanan-laut-malaysia-indonesia-untuk-raih-dokongan-politik/

PUTRAJAYA, 22 Jun – Perjanjian penyelesaian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini tidak sepatutnya dijadikan modal politik bagi meraih sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau berkata setiap pemimpin tidak kira dari parti mana perlu bersikap bertanggungjawab dalam perkara yang disampaikan kepada pengundi dan tidak harus [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KPT Nafi Syarat Ketat Pinjaman, Biasiswa Faktor Lepasan SPM Tidak Lanjut Ke IPT
https://umno-online.my/2023/06/22/kpt-nafi-syarat-ketat-pinjaman-biasiswa-faktor-lepasan-spm-tidak-lanjut-ke-ipt/

JOHOR BAHRU, 22 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan dakwaan kononnya syarat ketat pinjaman dan biasiswa menjadi faktor pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata hal ini kerana kementerian telah memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (Sulung) yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Aduan Rakyat Perlu Diselesaikan Dalam Tempoh Dua Minggu – Ab Rauf
https://umno-online.my/2023/06/22/aduan-rakyat-perlu-diselesaikan-dalam-tempoh-dua-minggu-ab-rauf/

MELAKA, 22 Jun – Semua aduan rakyat yang disalurkan kepada agensi dan jabatan terlibat pada Program Hari Bertemu Rakyat atau ‘Open Day’ perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata aduan berkenaan akan diteliti dan dibawa dalam mesyuarat berkaitan sebelum maklum balas diberikan kepada pengadu secara bertulis. “Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada pihak kerajaan [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал