umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Kerajaan Perlu Arah Lanjutan Moratorium, Jangan Hanya Serah Pada Budi Bicara Bank
https://umno-online.my/2021/01/22/kerajaan-perlu-arah-lanjutan-moratorium-jangan-hanya-serah-pada-budi-bicara-bank/

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap agar sepanjang tempoh Darurat dan PKP 2.0, kerajaan akan dapat mengeluarkan arahan jelas supaya pelanjutan tempoh moratorium pinjaman dapat diberikan secara automatik kepada peminjam dengan kriteria tertentu seperti sebelum ini, bukan atas penilaian dan budi bicara sepihak oleh pihak bank. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberikan tujuh rasional ekonomi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

TV Pendidikan: Antara Terawal Idea Daripada Presiden UMNO, Harap Kerajaan Ambil Perhatian Serius – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2021/01/21/tv-pendidikan-antara-terawal-idea-daripada-presiden-umno-harap-kerajaan-ambil-perhatian-serius-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata antara cadangan menarik yang dikemukakan oleh masyarakat awam melalui komen-komen dan maklum balas yang diterima di dalam posting Facebooknya sebelum ini termasuklah solusi jangka pendek iaitu menukar beberapa saluran televisyen (TV) milik kerajaan kepada TV Pendidikan sepenuhnya. “Antara yang terawal memberikan idea ini termasuklah Presiden [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Gesa SOP Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah Perlu Dikaji Dan Dipantau Secara Berkala
https://umno-online.my/2021/01/21/ahmad-zahid-gesa-sop-keselamatan-kesihatan-di-sekolah-perlu-dikaji-dan-dipantau-secara-berkala/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan di setiap sekolah dikaji dan dipantau secara berkala. Katanya, anggota sokongan seperti RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia disarankan membantu pematuhan SOP di sekolah-sekolah. “Sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara melibatkan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

#PuteriPrihatin: Puteri UMNO Gerakkan Kempen Bantuan Pasca Banjir
https://umno-online.my/2021/01/21/puteriprihatin-puteri-umno-gerakkan-kempen-bantuan-pasca-banjir/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Bersimpati dengan semua mangsa banjir yang diuji seawal tahun ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menggerakkan kempen bantuan mangsa pasca banjir. “Ramai yang tinggal sehelai sepinggang bila rumah dinaiki air, barang tak sempat dipindahkan. “Jadi, sama-sama lah kita menyumbang bagi membantu saudara-saudara yang dalam kesulitan ketika fasa Pasca banjir sekarang,” kata Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lanjutkan Waktu Operasi Perniagaan Makanan Sehingga Jam 10 Malam – Mahdzir
https://umno-online.my/2021/01/21/lanjutkan-waktu-operasi-perniagaan-makanan-sehingga-jam-10-malam-mahdzir/

KUALA LUMPUR, 21 Januari 2021 – Kerajaan digesa supaya melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga jam 10 malam. Menurut Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mahdzir Khalid, kelonggaran waktu operasi sektor ekonomi itu akan memberi pelbagai kesan positif kepada pelbagai pihak. Kerajaan katanya, wajar mempertimbangkan cadangan itu kerana syarat penutupan operasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rasuah Rosak Integriti… Perlu Vaksin Ampuh – Exco Pemuda UMNO
https://umno-online.my/2021/01/21/rasuah-rosak-integriti-perlu-vaksin-ampuh-exco-pemuda-umno/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kes rasuah di negara ini dilihat semakin kritikal serta memerlukan pendekatan baharu dan vaksin yang ampuh untuk dipulihkan sepenuhnya, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Jamaludin. Katanya, gejala ini telah menjadi barah dalam struktur pentadbiran dan perniagaan namun sekiranya tindakan seperti ini dibiarkan berlarutan ianya akan merosakkan akar integriti dan meruntuhkan moral bangsa. Jelasnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Sentiasa Peka Membantu Rakyat – Rizam Ismail
https://umno-online.my/2021/01/21/umno-sentiasa-peka-membantu-rakyat-rizam-ismail/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Rizam Ismail menekan bahawa UMNO sememangnya sudah sebati dalam khidmat membantu rakyat malahan ia sudah sebati dalam diri ahli-ahlinya sebagaimana parti ini yang mempunyai rekod pencapaian selama mentadbir negara. Jelas beliau, UMNO sentiasa peka dalam membantu rakyat walaupun dalam masa pandemik COVID-19 mahupun bencana alam yang dialami baru-baru ini. “Ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Apa Jua Fitnah, Akar Umbi Benteng Kekuatan UMNO – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2021/01/20/apa-jua-fitnah-akar-umbi-benteng-kekuatan-umno-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil pendirian tetap istiqamah walaupun pelbagai tohmahan dan fitnah dilontarkan terhadapnya. Menerusi catatannya di Facebook, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan biarpun daripada pelbagai sudut lontaran berkenaan baik dalaman mahupun luaran kekuatan sebenar UMNO daripada akar umbi. “Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jangan Lagi ‘Flip-Flop’, Fikirkan Rakyat Yang Sedang Berdepan Cabaran – Puteri UMNO
https://umno-online.my/2021/01/20/jangan-lagi-flip-flop-fikirkan-rakyat-yang-sedang-berdepan-cabaran-puteri-umno/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Puteri UMNO hari ini melahirkan kekecewaan terhadap beberapa keputusan Kementerian Pendidikan yang dianggap menimbulkan kesukaran terutama melibatkan sesi pembukaan sekolah. Ketuanya Datuk Zahida Zarik Khan berkata berdasarkan kepada apa yang berlaku sebelum ini umumnya masing-masing telah membeli keperluan sekolah dan sebagainya berasaskan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian. “Pada 11 Januari 2021 kerajaan mengumumkan bahawa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Cabaran Proklamasi Dan Ordinan Darurat Ke Mahkamah
https://umno-online.my/2021/01/20/isu-cabaran-proklamasi-dan-ordinan-darurat-ke-mahkamah/

BARU-BARU ini telahpun dilaporkan di dalam media massa bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang ingin mencabar Proklamasi Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 11.1.2021 (‘proklamasi darurat tersebut’) di Mahkamah. Semalam, terdapat juga laporan media yang melaporkan berkenaan tindakan undang-undang yang telah difailkan bagi tujuan mencabar nasihat Perdana Menteri kepada YDPA untuk mengisytiharkan darurat tersebut. Pada asasnya, sekiranya kita [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Biarlah Ribut Reda, Parti Mesti Diperkasa – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2021/01/19/biarlah-ribut-reda-parti-mesti-diperkasa-mohamad-hasan/

Ramai orang tertanya tanya… Mengapa saya membisu seribu bahasa… Bagi saya, biarlah ribut ni reda… Saya tak mau menambah duka… Yang penting parti mesti di perkasa… PRU 15 kita nak jadi juara…. Jika kita berpecah ramai yang seronok… Kita berkecamuk ramai yang gembira… Ayuh kita cari mana yang elok… Elakkan yang cela hilangkan lah lara…. Susunlah langkah menuju hala… Pakat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Agong Titah Semua Pihak Ketepi Perbezaan Perangi COVID-19
https://umno-online.my/2021/01/19/agong-titah-semua-pihak-ketepi-perbezaan-perangi-covid-19/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan, supaya rakyat mengetepikan perbezaan politik, bangsa dan agama, bagi memerangi COVID-19 yang berterusan mencatatkan kes positif harian empat angka, sejak hujung tahun lepas. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda yakin, dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, negara mampu untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Melaka Harap Kerajaan Pusat Timbang Bantuan Permai Kepada Pengayuh Beca
https://umno-online.my/2021/01/19/melaka-harap-kerajaan-pusat-timbang-bantuan-permai-kepada-pengayuh-beca/

MELAKA, 19 Jan – Kerajaan negeri Melaka berharap agar Kerajaan Persekutuan mempertimbang untuk memberi bantuan sekali bayar kepada pengayuh beca di negeri itu di bawah pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI). Ketua Menterinya Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata sebagai negeri pelancongan, bantuan sekali bayar kepada golongan rakyat termasuk yang terlibat secara langsung dengan sektor pelancongan amat dialu-alukan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Fokus Bantu Rakyat, Henti Sengketa Politik – UMNO Setiawangsa
https://umno-online.my/2021/01/19/fokus-bantu-rakyat-henti-sengketa-politik-umno-setiawangsa/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Persengketaan dalam politik seharusnya segera dihentikan agar pembelaan kepada rakyat dapat diberikan perhatian sewajarnya. Bagi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal pemimpin perlu fokus dengan keadaan semasa rakyat apatah lagi ketika ini pandemik COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih. “Sekarang ini bukan masanya bercakap tentang politik, fokus kita adalah membantu rakyat. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PKP Hari Ke-7: Rakyat Tiada Pilihan, Tertunggu-tunggu Impak Positif
https://umno-online.my/2021/01/19/pkp-hari-ke-7-rakyat-tiada-pilihan-tertunggu-tunggu-impak-positif/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Hari ini telah masuk hari ke-7 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan rakyat masih tertunggu-tunggu impak positif PKP kali ini bagi mengurangkan kadar jangkitan yang sangat tinggi. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa rakyat sememangnya bersabar dan kerana itu rakyat kekal tenang namun tentunya dalam hati rakyat kian resah kerana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rapatkan Saf UMNO, Realitikan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ – Veteran UMNO
https://umno-online.my/2021/01/22/rapatkan-saf-umno-realitikan-bersatu-bersetia-berkhidmat-veteran-umno/

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ahli-ahli UMNO diseru untuk sentiasa merapatkan saf di bawah slogan parti iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.’ Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub yang memandang berat dan menzahirkan rasa bimbang dengan situasi pandangan terbuka melalui media sosial dan cetak yang melibatkan segelintir pemimpin parti. “Veteran tidak menafikan sebagai sebuah parti besar yang mempunyai lebih 3 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Banjir: Pengecualian Sewa Gerai, Rebat Air Bagi Rakyat Pahang
https://umno-online.my/2021/01/21/banjir-pengecualian-sewa-gerai-rebat-air-bagi-rakyat-pahang/

BERA, 21 Jan – Kerajaan negeri Pahang akan memberi pengecualian sewa pada bulan ini kepada penyewa gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terkesan akibat banjir bagi membantu meringankan beban mereka. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi gerai yang mengalami kerosakan teruk pula, penyewa tidak perlu membayar sewa sehingga kerja-kerja membaik pulih selesai dilaksanakan. “Ramai terkesan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jihad Perangi Rasuah: Tingkatkan Iltizam, Kukuhkan Integriti – Rizam Ismail
https://umno-online.my/2021/01/21/jihad-perangi-rasuah-tingkatkan-iltizam-kukuhkan-integriti-rizam-ismail/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menyambut baik agenda Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam usaha memerangi rasuah. Menurut Ketuanya, Rizam Ismail berkata memerangi rasuah ini bukan hanya kepada penerima rasuah bahkan perlu juga memerangi pemberi rasuah. Oleh itu tambahnya, sebarang tawaran rasuah mana-mana pihak perlu dilapor bagi memastikan isu ini ditangani [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PdP: Kerajaan Perlu Dengar Rintihan Ibu Bapa – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2021/01/21/pdp-kerajaan-perlu-dengar-rintihan-ibu-bapa-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – UMNO menggesa kerajaan cakna dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa terutamanya berkenaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara atas talian di rumah. Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak rungutan yang diterima beliau semalam iaitu hanya selepas sehari PdP mula dilaksanakan di seluruh negara. “Ramai mengadu di Facebook saya tentang kekangan dihadapi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Saarani Terharu Kesungguhan Dan Ketabahan ‘Frontliners’, Bersama Patuhi SOP
https://umno-online.my/2021/01/21/saarani-terharu-kesungguhan-dan-ketabahan-frontliners-bersama-patuhi-sop/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad terharu dengan kesungguhan para petugas ‘frontliners’ (barisan hadapan) yang tetap tabah memberi bantuan sewajarnya kepada para pesakit yang amat memerlukan perhatian walaupun dalam suasana serba tidak menentu sekarang. Ujarnya, dalam keadaan angka kes COVID-19 yang terus meningkat, tugas mereka pastinya akan lebih mencabar dan tentunya menuntut kesabaran dan kecekalan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sahut Agenda Jihad Perangi Rasuah, Seru Terapkan Politik Berintegriti – Pemuda UMNO Johor
https://umno-online.my/2021/01/21/sahut-agenda-jihad-perangi-rasuah-seru-terapkan-politik-berintegriti-pemuda-umno-johor/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menegaskan agenda jihad perangi rasuah bukan sahaja sekadar perlu disahut atau disokong malah akan merangka dan merencanakan program susulan untuk bersama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sebarang bentuk kerjasama bagi membolehkan ia terlaksana dan memberi kesan kepada akar umbi. Selaras itu, ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah menyeru [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pengusaha Dan Pemandu Bot Pelancong Dapat Perhatian Kerajaan Negeri – Sharkar
https://umno-online.my/2021/01/21/pengusaha-dan-pemandu-bot-pelancong-dapat-perhatian-kerajaan-negeri-sharkar/

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Kerajaan Negeri Pahang menerusi Tourism Pahang menyampaikan sumbangan yang keseluruhannya berjumlah RM270,000 kepada pemandu pelancong dan pengusaha bot pelancongan di negeri tersebut. Sumbangan Prihatin COVID -19 itu disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, Rabu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PdPR: Timbul Beberapa Persoalan… – Dr Asyraf
https://umno-online.my/2021/01/20/pdpr-timbul-beberapa-persoalan-dr-asyraf/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata timbul beberapa persoalan yang kuat bermain di pemikirannya berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. “Macam manalah keadaan ibu bapa di luar sana menangani masalah menyediakan kelengkapan dari segi peralatan pembelajaran seperti pemilikan gajet (telefon pintar atau laptop) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Suarakan Nasib Pekerja APAD, Kerajaan Perlu Bela Kebajikan Mereka
https://umno-online.my/2021/01/20/pemuda-umno-suarakan-nasib-pekerja-apad-kerajaan-perlu-bela-kebajikan-mereka/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menghargai keprihatinan Perdana Menteri dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) terhadap sektor pengangkutan awam negara yang juga menjadi nadi ekonomi bandar seperti Bandaraya Kuala Lumpur berjumlah RM66 juta terutamanya di dalam membantu pemandu-pemandu pengangkutan awam darat seperti teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bagaimana Kita Boleh Mengekang Wabak COVID-19 Ini? Dr Akmal Cadangkan Solusi
https://umno-online.my/2021/01/20/bagaimana-kita-boleh-mengekang-wabak-covid-19-ini-dr-akmal-cadangkan-solusi/

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata trend terkini peningkatan kes COVID-19 berada di tahap membimbangkan di mana kebanyakan daripada fasiliti kesihatan milik kerajaan hampir tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin itu, sesuatu mesti perlu dilakukan untuk mengawal keadaan tersebut dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Seluruh Negara Di Bawah PKP Kecuali Sarawak – Ismail Sabri
https://umno-online.my/2021/01/19/seluruh-negara-di-bawah-pkp-kecuali-sarawak-ismail-sabri/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Jan ini hingga 4 Feb depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah terdapat peningkatan taburan kes positif COVID-19 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sokong Penuh Agenda Jihad Perangi Rasuah – Dr Asyraf Wajdi
https://umno-online.my/2021/01/19/sokong-penuh-agenda-jihad-perangi-rasuah-dr-asyraf-wajdi/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyambut baik gerakan yang dipelopori pihak Sinar Harian untuk mempromosi agenda jihad memulihkan moral bangsa khususnya dalam memerangi rasuah yang masih mengakar dan membelenggui negara ketika ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki percaya bahawa usaha membanteras rasuah perlu dilakukan bersama agar ia dapat memastikan budaya bobrok ini tidak terus merebak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PERMAI Masih Kurang Aspirasi Bantu Rakyat, Tidak Bersifat ‘Contingency’ – Zahid
https://umno-online.my/2021/01/19/permai-masih-kurang-aspirasi-bantu-rakyat-tidak-bersifat-contingency-zahid/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Semalam, kerajaan telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19. Dalam hal ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kesyukuran kerana pengumuman yang dibuat selepas enam hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0. tidak terlalu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PENJANA, PRIHATIN, PERMAI… Pelan Bantuan Pelbagai Nama, Tapi Retorik Rakyat – Hairi
https://umno-online.my/2021/01/19/penjana-prihatin-permai-pelan-bantuan-pelbagai-nama-tapi-retorik-rakyat-hairi/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah kurang bersetuju dengan pelan kerajaan yang terlampau banyak sangat nama bantuan tapi mengelirukan. Katanya, pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atau lebih dikenali sebagai ‘Abah’ seolah-olah satu bentuk bantuan baru yang retoriknya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

COVID-19: Rakyat Jangan Panik… Terus Patuh SOP – Azlan Man
https://umno-online.my/2021/01/19/covid-19-rakyat-jangan-panik-terus-patuh-sop-azlan-man/

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menyarankan agar rakyat tidak panik dan terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang dijangka semakin meningkat. Katanya beliau sedar bahawa rakyat di negeri Perlis semakin bimbang dengan situasi semasa ekoran peningkatan kes positif COVID-19 namun beliau meminta rakyat percaya dengan keupayaan [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал