umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Depani PRU ke-16… BN Perlis Yakin Akan Bangkit Semula
https://umno-online.my/2024/11/17/depani-pru-ke-16-bn-perlis-yakin-akan-bangkit-semula/

BARISAN NASIONAL (BN) Perlis terus menonjolkan keyakinan untuk bangkit semula pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) setelah mengalami cabaran besar ketika PRU ke-15. Walaupun landskap politik di Malaysia semakin dinamik, BN Perlis dilihat tidak mudah menyerah dan kini sedang merangka strategi baharu untuk memastikan kelangsungan politik mereka di negeri tersebut. Kegagalan lalu sebagai pengajaran. PRU ke-15 menyaksikan BN kehilangan banyak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dakwaan Jual Tanah Kepada China Tidak Benar… Malah Kerajaan Negeri Beri Peluang Pekerjaan – Abdul Rahman
https://umno-online.my/2024/11/17/dakwaan-jual-tanah-kepada-china-tidak-benar-malah-kerajaan-negeri-beri-peluang-pekerjaan-abdul-rahman/

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menegaskan bahawa dakwaan Kerajaan Negeri Pahang menjual tanah Kepada China adalah tidak benar sebaliknya ia adalah tanah pajakan 99 tahun untuk kegunaan industri dan bukannya hak milik kekal. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia (Kesuma) berkata demikian untuk menbidas kenyataan dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tular Skandal Rasuah ADUN Sabah, Suhaimi Gesa Siasatan Menyeluruh Dijalankan
https://umno-online.my/2024/11/17/tular-skandal-rasuah-adun-sabah-suhaimi-gesa-siasatan-menyeluruh-dijalankan/

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan terhadap isu skandal rasuah melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang tular baru-baru ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran menyokong kenyataan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan beranggapan bahawa pendedahan tersebut harus diselidik oleh pihak berwajib. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

IMF Naikkan Unjuran Ekonomi Malaysia… MITI Akan Terus Usaha Tingkat Pelaburan, Perdagangan – Tengku Zafrul
https://umno-online.my/2024/11/16/imf-naikkan-unjuran-ekonomi-malaysia-miti-akan-terus-usaha-tingkat-pelaburan-perdagangan-tengku-zafrul/

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus berusaha untuk meningkatkan pelaburan dan perdagangan agar rakyat dapat menikmati lebih banyak peluang pekerjaan. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran video di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran Ekonomi Malaysia sebanyak enam peratus. “Selepas satu, satu lagi institusi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jeffery Nor Sangkal UMNO Terlibat Sebar Skandal Rasuah, Seru Siasatan Dijalankan
https://umno-online.my/2024/11/15/jeffery-nor-sangkal-umno-terlibat-sebar-skandal-rasuah-seru-siasatan-dijalankan/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed menegaskan bahawa UMNO tidak terlibat dalam sebarang tindakan yang dikaitkan dengan penyebaran skandal rasuah yang tular baru-baru ini. Jelasnya, beliau hanya mengetahui perkara tersebut melalui media dan menafikan dakwaan bahawa UMNO merancang atau terlibat dalam penyebaran skandal tersebut. “Saya tetap menyangkal kenyataan ini sepertimana kawan-kawan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ Inisiatif UMNO Putrajaya Demi Rakyat
https://umno-online.my/2024/11/15/sumbangan-tak-banyak-alasan-inisiatif-umno-putrajaya-demi-rakyat/

PUTRAJAYA, 15 Nov – Inisiatif UMNO untuk membantu rakyat mencerminkan komitmen parti dalam memastikan kesejahteraan sosial terus dilaksana melalui pelaksanaan pelbagai gerak kerja yang memberi fokus kepada program bantuan langsung dari semasa ke semasa. Hal ini direalitikan oleh UMNO Bahagian Putrajaya melalui sumbangan ‘Tak Banyak Alasan’ yang diteruskan oleh Penerangan bahagian terbabit dengan diketuai oleh Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Sabah Diharap Lulus Peruntukan Baik Pulih, Naik Taraf Masjid Dan Surau Di Parlimen Beaufort
https://umno-online.my/2024/11/15/kerajaan-sabah-diharap-luluskan-peruntukan-membaik-pulih-menaik-taraf-masjid-dan-surau-di-parlimen-beaufort/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching, berharap agar kerajaan dapat meluluskan peruntukan untuk membina serta menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Beaufort. Menurut beliau, permohonan ini adalah sangat mendesak kerana terdapat beberapa masjid dan surau yang sudah lama dibina, tetapi kini berada dalam keadaan uzur dan tidak dapat menampung keperluan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Siap Siaga Depani PRN Sabah: Jamal Nerubi Tegaskan UMNO Utuh, Semangat Perjuangan Membara
https://umno-online.my/2024/11/15/siap-siaga-depani-prn-sabah-jamal-nerubi-tegaskan-umno-utuh-semangat-perjuangan-membara/

PAPAR, 15 Nov – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, menyatakan keyakinan tinggi terhadap kesiapsiagaan jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau menegaskan bahawa kehadiran lebih 3,000 orang dalam program Gerak17 yang diadakan baru-baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Manis memberikan gambaran jelas bahawa UMNO masih menjadi pilihan sekaligus mencerminkan semangat perjuangan yang terus membara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ancam Kedaulatan Negara: Malaysia Perlu Saman Waris Kesultanan Sulu
https://umno-online.my/2024/11/15/ancam-kedaulatan-negara-malaysia-perlu-saman-waris-kesultanan-sulu/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Malaysia perlu mengambil tindakan dengan mengemukakan saman tuntutan terhadap kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai pewaris Kesultanan Sulu kerana telah mencuba mengancam kedaulatan negara. Ketua War Room Sekretariat Khas Sulu, Datuk Almalena Sharmila Johan berkata, tidak seharusnya berlaku lagi tuntutan yang sama pada masa akan datang memandangkan Perjanjian 1878 tidak boleh diterima pakai lagi. “Saya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tahun Melawat Malaysia 2025: Mohd Shahar Cadang KLN Adakan ‘Education Diplomacy’
https://umno-online.my/2024/11/14/tahun-melawat-malaysia-2025-mohd-shahar-cadang-kln-adakan-education-diplomacy/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mencadangkan Kementerian Luar Negeri (KLN) mengadakan ‘education diplomacy’ untuk menjayakan rancangan Tahun Melawat Malaysia 2025. Beliau yang juga Pengerusi Kelab Backbenchers turut mempersoalkan KLN mengenai perkara yang akan ditonjolkan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN pada tahun hadapan. “Saya nak tanya kepada kementerian apakah yang akan ditonjolkan dalam kepengerusian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rejim Israel Dikutuk, Tuntut Keadilan Serangan Terhadap Anggota Malbatt – Shah Zanuriman
https://umno-online.my/2024/11/14/rejim-israel-dikutuk-tuntut-keadilan-serangan-terhadap-anggota-malbatt-shah-zanuriman/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Exco Pemuda UMNO, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan meluahkan rasa marah dan kesedihan yang mendalam atas serangan tidak berperikemanusiaan oleh Israel yang telah mencederakan anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang bertugas di bawah naungan Misi Pasukan Sementara (UNIFIL),Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon. Katanya, tindakan ini jelas merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan mencabuli [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dasar Malaysia Bersahabat Semua Negara Langkah Terbaik – Pemuda UMNO
https://umno-online.my/2024/11/14/dasar-malaysia-bersahabat-semua-negara-langkah-terbaik-pemuda-umno/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Pengerusi Biro Profesional Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad berkata pihaknya meneliti perkembangan semasa dunia diplomatik negara ini dan menyambut baik perkembangan terkini yang berlaku. Menurut beliau kemenangan Donald Trump yang dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat tentunya akan menimbulkan pelbagai pertanyaan masyarakat umum dan sikap berkecuali serta bersahabat dengan semua negara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Aplikasi AI Dalam Sistem Perundangan… Kerajaan Akan Lancarkan ‘Roadmap To My Digital Justice’ – Azalina
https://umno-online.my/2024/11/14/aplikasi-ai-dalam-sistem-perundangan-kerajaan-akan-lancarkan-roadmap-to-my-digital-justice-azalina/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kerajaan akan melancarkan ‘Roadmap to My Digital Justice’ pada tahun hadapan untuk mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) ke dalam sistem perundangan. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggunaan sistem AI dilihat dapat meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menjimatkan tempoh masa. “Kerajaan Madani sedar akan kepentingan sektor perundangan dalam negara kita dan perlu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perincian Peruntukan Pembangunan Sabah Perlu Dijelaskan – Bung Moktar
https://umno-online.my/2024/11/14/perincian-peruntukan-pembangunan-sabah-perlu-dijelaskan-bung-moktar/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kerajaan diminta untuk memperincikan jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sabah setiap tahun dalam Belanjawan yang dibentangkan di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata perkara ini penting agar rakyat mendapat maklumat yang tepat mengenai jumlah sebenar yang telah disalurkan untuk tujuan pembangunan di negeri terbabit, agar ia seimbang dengan projek-projek yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah ‘Makmal Ujian’ Bagi BN Dan PH… Ada Pihak Cuba Kelirukan – Azmi Amir
https://umno-online.my/2024/11/13/prn-sabah-makmal-ujian-bagi-bn-dan-ph-ada-pihak-cuba-kelirukan-azmi-amir/

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menegaskan bahawa kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah ‘makmal ujian’.  Dalam hal ini beliau membidas pemimpin parti lain di Sabah yang menjawab bahawa negeri ini bukan ‘makmal tikus’ untuk dibuat kajian dan perkara itu memalukan Sabah. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: Kerjasama BN-PH Peringkat Nasional Perlu Dibawa Ke ‘Negeri di Bawah Bayu’ – Dr Azmi
https://umno-online.my/2024/11/17/prn-sabah-kerjasama-bn-ph-peringkat-nasional-perlu-dibawa-ke-negeri-di-bawah-bayu-dr-azmi/

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat nasional perlu dibawa ke Negeri Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka bakal berlaku tidak lama lagi. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, perkara tersebut diperlukan untuk menjadikan ‘Negeri di Bawah Bayu’ sebagai salah satu komponen Kerajaan Perpaduan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Kerja: Ahmad Zahid Yakin Kerjasama Bersama Space42 Mampu Bina Kemajuan Ekonomi Negara
https://umno-online.my/2024/11/17/lawatan-kerja-ahmad-zahid-yakin-kerjasama-bersama-space42-mampu-bina-kemajuan-ekonomi-negara/

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa dengan kerjasama strategik bersama Space42, ia mampu membina kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Beliau yang juga Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa lawatan kerja ke Dubai merupakan langkah penting untuk mengeratkan kerjasama Malaysia-UAE terutamanya dalam memanfaatkan teknologi. “Semasa di Abu Dhabi, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kes Najib: Perintah Bela Diri Ruang Untuk Buktikan Tidak Melakukan Kesalahan – Abdul Fareed
https://umno-online.my/2024/11/16/kes-najib-perintah-bela-diri-ruang-untuk-buktikan-tidak-melakukan-kesalahan-abdul-fareed/

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor berkata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memanfaatkan sebaiknya ruang membela diri seperti yang diputuskan Mahkamah Tinggi. Menurut beliau, ia sebagai peluang bagi membuktikan Najib tidak bersalah terhadap tuduhan yang dikemukakan pihak pendakwa. “Apabila mahkamah memerintahkan seseorang tertuduh untuk membela diri, ini bermakna [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pelancaran Sukarelawan Kita Tinggi: Cermin Pengiktirafan, Sokongan Kepada Usaha NGO – Mohamed Khaled
https://umno-online.my/2024/11/16/pelancaran-sukarelawan-kita-tinggi-cermin-pengiktirafan-sokongan-kepada-usaha-ngo-mohamed-khaled/

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Majlis Pelancaran Sukarelawan Parlimen Kota Tinggi merupakan cermin pengiktirafan dan sokongan kepada usaha badan bukan kerajaan (NGO), kata Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau yang juga Nasib Presiden UMNO berkata, program tersebut adalah hasil pemerhatian dan perbincangan pemimpin serta setempat untuk menyemai semangat kebersamaan. “Semalam adalah malam yang penuh bermakna dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Ingatkan Rakyat Sentiasa Waspada, Luruan Monsun 19 November Ini
https://umno-online.my/2024/11/15/ahmad-zahid-ingatkan-rakyat-sentiasa-waspada-luruan-monsun-19-november-ini/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat Malaysia untuk berwaspada dengan luruan monsun yang dijangka berlaku pada minggu hadapan iaitu 19 hingga 23 November ini. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ia berdasarkan ramalan cuaca daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) yang boleh juga disemak di laman web, media sosial atau melalui aplikasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Kerja Ke Peru: Tetap Agenda Masa Hadapan Hubungan Dua Hala – Mohamad
https://umno-online.my/2024/11/15/lawatan-kerja-ke-peru-tetap-agenda-masa-hadapan-hubungan-dua-hala-mohamad/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Lawatan kerja ke Peru telah memperlihatkan komitmen pemimpin kedua-dua negara untuk menetapkan agenda masa hadapan bagi hubungan dua hala. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa gerak kerja di Lima, Peru dimulakan dengan mengadakan kunjungan rasmi ke atas Presiden Peru, PYT Dina Ercilia Boluarte Zegarra. “Gerak kerja pertama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dira Turun Padang Santuni Rakyat Rim, Teruskan Aplikasi Ziarah Kasih
https://umno-online.my/2024/11/15/dira-turun-padang-santuni-rakyat-rim-teruskan-aplikasi-ziarah-kasih/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar meneruskan politik khidmat bakti buat penduduk di kawasan dengan menyantuni rakyat melalui program- program yang hadiri serta pertemuan secara santai. Menerusi perkongsian di Facebook, beliau meluahkan keterujaan apabila dapat bersama dengan pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan yang ternyata penuh bersemangat dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dewan Rakyat: Lulus Peringkat Dasar, Belanjawan 2025 Masuk Peringkat Jawatankuasa Minggu Ini
https://umno-online.my/2024/11/15/dewan-rakyat-lulus-peringkat-dasar-belanjawan-2025-masuk-peringkat-jawatankuasa-minggu-ini/

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2025) diteruskan di peringkat jawatankuasa pada minggu kelima Dewan Rakyat, selepas ia diluluskan di peringkat dasar dengan sokongan majoriti. RUU itu diluluskan selepas 14 kementerian pada minggu ini selesai menjawab perbahasan antaranya Kementerian Pendidikan; Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; dan Kementerian Kewangan. Pada sesi penggulungan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Teroka Kepakaran Luas UAE Guna Teknologi Urus Bencana Alam – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/11/14/malaysia-teroka-kepakaran-luas-uae-guna-teknologi-urus-bencana-alam-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada lawatan kerja rasmi di Abu Dhabi berpandangan Malaysia perlu mempelajari amalan terbaik Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam kesiapsiagaan komprehensif mengendalikan pengurusan bencana negara. Katanya ia membabitkan kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) Emiriah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Terdapat 12 Universiti Awam Tawar Program Holistik Dalam Pengurusan Halal – Zambry
https://umno-online.my/2024/11/14/terdapat-12-universiti-awam-tawar-program-holistik-dalam-pengurusan-halal-zambry/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Terdapat sebanyak 12 buah universiti awam di Malaysia yang menyediakan program holistik merangkumi bidang keusahawanan dan pengurusan halal. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) program-program pengajian tersebut disediakan untuk melahirkan graduan yang lengkap ilmu rentas disiplin. “KPT menyedari kepentingan dalam menyediakan program-program pengajian holistik termasuk pengurusan halal [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Baitul Mahabbah: Program Komuniti, Alternatif Kepada Penahanan Kanak-Kanak – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2024/11/14/baitul-mahabbah-program-komuniti-alternatif-kepada-penahanan-kanak-kanak-shamsul-anuar/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Baitul Mahabbah adalah sebuah program yang berasaskan komuniti dan menjadi alternatif kepada penahanan kanak-kanak, kata Timbalan Menteri dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, inisiatif tersebut membolehkan Pemindahan Tahanan Kanak-kanak dari Depot Imigresen ke suatu premis lain di luar dari depot untuk kanak-kanak yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kes Buli UPNM: Tiada Kompromi, MINDEF Akan Beri Kerjasama Untuk Tindakan Selanjutnya
https://umno-online.my/2024/11/14/kes-buli-upnm-tiada-kompromi-mindef-akan-beri-kerjasama-untuk-tindakan-selanjutnya/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak akan berkompromi dengan kes-kes buli yang berlaku di bawah akademi latihan ketenteraan (ALK). Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, MINDEF akan mengambil tanggungjawab dan menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya. “MINDEF mengakui dan mengambil tanggungjawab berkenaan kes-kes buli yang berlaku di bawah ALK melibatkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Perkukuh Sokongan Dengan Jalin Kerjasama Erat Bersama NGO – Ahmad Maslan
https://umno-online.my/2024/11/14/umno-perkukuh-sokongan-dengan-jalin-kerjasama-erat-bersama-ngo-ahmad-maslan/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – UMNO kini giat memperkukuhkan sokongan parti dengan menjalin kerjasama erat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memperkuatkan asas perjuangannya, malah sebagai strategi penting untuk mengukuhkan kedudukan di kalangan masyarakat. Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, usaha ini bukan sahaja melibatkan penerangan dan komunikasi dalaman kepada ahli parti, tetapi juga [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kepengerusian 2025: Malaysia Promosi ASEAN Sebagai Destinasi Timbang Tara – Azalina
https://umno-online.my/2024/11/14/kepengerusian-2025-malaysia-promosi-asean-sebagai-destinasi-timbang-tara-azalina/

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Sempena Kepengerusian ASEAN 2025, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk meningkatkan daya tarikan rantau ini sebagai destinasi bagi penyelesaian pertikaian alternatif (ADR) yang berkesan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, visi itu memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam kalangan negara anggota ASEAN, disokong oleh pegawai kerajaan, institusi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sesi Coffee Corner: Usaha UMNO Bawa Pencerahan Untuk Rakyat
https://umno-online.my/2024/11/13/sesi-coffee-corner-usaha-umno-bawa-pencerahan-untuk-rakyat/

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Alumni Kelab UMNO Luar Negara (AKULN) menganjurkan program ‘Coffee Corner’ bagi membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Program ini adalah inisiatif dan dicetuskan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga merupakan Timbalan Menteri Kerja Raya. Tinjauan UMNO Online mendapati kebanyakan peserta meluahkan keterujaan dan penghargaan terhadap [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал