umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Depani PRN Johor: Pemuda UMNO Mula Persiap Jentera Di Peringkat Bahagian – Noor Azleen
https://umno-online.my/2025/06/28/depani-prn-johor-pemuda-umno-mula-persiap-jentera-di-peringkat-bahagian-noor-azleen/

KLUANG, 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mengambil langkah awal dengan mempersiapkan jentera sayap tersebut untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir tidak lama lagi. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, PRN Johor yang dijangka akan berlangsung seawal tahun 2026 itu memerlukan mereka memberikan tumpuan kepada gerak kerja untuk menambat minda dan hati para pengundi khususnya golongan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Konsisten, Semangat Ahli Akar Umbi Nadi Kejayaan Parti – Pemuda UMNO Pahang
https://umno-online.my/2025/06/27/konsisten-semangat-ahli-akar-umbi-nadi-kejayaan-parti-pemuda-umno-pahang/

RAUB, 27 Jun – Perjuangan UMNO tidak pernah bergantung kepada individu semata-mata malah kepimpinan yang silih berganti tidak sedikit pun melunturkan semangat serta komitmen perjuangan ahli pelbagai peringkat termasuklah di peringkat cawangan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kamil Ibrahim berkata meskipun parti berdepan dengan ujian selain ketika nama-nama besar mengambil langkah meninggalkan perjuangan UMNO, ahli yang lain khususnya di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jadikan Semangat Tahun Baharu 1447H Untuk Erat Perpaduan, Bina Negara Maju – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/27/jadikan-semangat-tahun-baharu-1447h-untuk-erat-perpaduan-bina-negara-maju-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Sambutan tahun baharu 1447 Hijrah perlu dijadikan iltizam untuk mempererat perpaduan, menyemai nilai kasih sayang dan membina sebuah negara yang aman, maju serta berdaya tahan dalam menghadapi apa jua cabaran. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Awal Muharam adalah detik penting untuk bermuhasabah, memperbaharui azam dan memperkukuh semangat untuk terus berhijrah ke [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hina Orang Asli… Ramli Gesa PDRM, SKMM Ambil Tindakan Tanpa Kompromi
https://umno-online.my/2025/06/26/hina-orang-asli-ramli-gesa-pdrm-skmm-ambil-tindakan-tanpa-kompromi/

CAMERON HIGHLANDS, 26 Jun – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Ramli Mohd Nor menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang memuat naik kenyataan jelik dan berunsur menghina Orang Asli di laman sosial. Beliau yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pengguna Facebook di atas ketelanjuran memuat naik komen sedemikian. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Usul Hishammuddin: Ahmad Zahid Serah Kepada Biro Politik, MT UMNO Buat Keputusan
https://umno-online.my/2025/06/26/usul-hishammuddin-ahmad-zahid-serah-kepada-biro-politik-mt-umno-buat-keputusan/

PETALING JAYA, 26 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Biro Politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membuat keputusan berhubung usul penarikan semula penggantungan keahlian bekas Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ahmad Zahid berkata MT UMNO boleh membincangkan usul berkenaan meskipun individu terbabit tidak mengemukakan sebarang surat rayuan atau permohonan maaf. “Lazimnya, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Seni Budaya Melaka Terus Subur, Pupuk Persefahaman Dan Muafakat – Abdul Razak
https://umno-online.my/2025/06/26/seni-budaya-melaka-terus-subur-pupuk-persefahaman-dan-muafakat-abdul-razak/

MELAKA, 26 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengajak rakyat di sekitar kawasan berkenaan untuk sama-sama memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya@Komuniti yang akan berlangsung hujung minggu ini. Menurut beliau program tersebut yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad nanti memberi peluang kepada seluruh masyarakat yang hadir untuk merasai pengalaman serta melihat lebih [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Penubuhan Kelab Baharu Bawah KFA Hanya Untuk Cuci Tangan Dari Kegagalan Sendiri
https://umno-online.my/2025/06/26/penubuhan-kelab-baharu-bawah-kfa-hanya-untuk-cuci-tangan-dari-kegagalan-sendiri/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Tindakan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menubuhkan kelab bola sepak baharu dilihat hanya usaha pihak tertentu ‘cuci tangan’ daripada kegagalan sendiri mengendalikan Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC). Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menzahirkan rasa kecewa dan beliau beranggapan bahawa pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Yayasan Perak Komited Bina Masa Hadapan Anak Negeri Lebih Gemilang – Saarani
https://umno-online.my/2025/06/26/yayasan-perak-komited-bina-masa-hadapan-anak-negeri-lebih-gemilang-saarani/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Perak komited membina masa hadapan generasi akan datang dengan lebih gemilang. Dalam satu hantaran di laman Facebook, Saarani telah mempengerusikan Mesyuarat Anggota Yayasan Perak (MAYA) Bil 2/2025 di Pejabat Menteri Besar, Ipoh, Rabu petang. “Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaporan kemajuan program sedia ada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bekerja Dalam Satu Pasukan, Santuni Denyut Nadi Rakyat – Pandak
https://umno-online.my/2025/06/25/bekerja-dalam-satu-pasukan-santuni-denyut-nadi-rakyat-pandak/

ISKANDAR PUTERI, 25 Jun – UMNO Bahagian Iskandar Puteri sentiasa bekerja dalam satu pasukan terutamanya untuk mendengar dan menyantuni denyut nadi rakyat, kata Timbalan Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Pandak Ahmad. Jelasnya, seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Iskandar Puteri kini dalam ‘mood’ untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan terdapat pelbagai persiapan telah dilakukan. “UMNO Iskandar Puteri dalam keadaan yang agak baik [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Slogan ‘Sabah First’ Retorik Lapuk, Tiada Manfaat Untuk Rakyat – Suhaimi
https://umno-online.my/2025/06/25/slogan-sabah-first-retorik-lapuk-tiada-manfaat-untuk-rakyat-suhaimi/

LIBARAN, 25 Jun – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menyelar slogan “Sabah First” yang menurutnya hanyalah retorik lapuk yang dikitar semula tanpa membawa manfaat sebenar kepada rakyat. Beliau menyifatkan slogan tersebut lebih bersifat peribadi dan kosmetik, bukan berasaskan perjuangan tulen untuk membela nasib rakyat Sabah yang masih berhadapan dengan pelbagai tekanan, khususnya dalam aspek ekonomi. “Bercakap soal ‘Sabah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemerkasaan Usahawan Wanita Bukti Agenda Serius Kerajaan – Rosnah Shirlin
https://umno-online.my/2025/06/25/pemerkasaan-usahawan-wanita-bukti-agenda-serius-kerajaan-rosnah-shirlin/

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Program Pemerkasaan Usahawan Wanita Perdana yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC) semalam menjadi satu platform penting dalam memperkukuh peranan wanita sebagai ejen perubahan, peneraju ekonomi dan pemacu kemajuan negara. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan bahawa program ini memperlihatkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan wanita bukan sahaja [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Buku Panduan Naratif UMNO Perjelas Isu, Tangkis Tohmahan – Gulam Muszaffar
https://umno-online.my/2025/06/25/buku-panduan-naratif-umno-perjelas-isu-tangkis-tohmahan-gulam-muszaffar/

KUALA LUMPUR, 25 Jun -Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, menyatakan bahawa Buku Panduan Naratif UMNO Malaysia merupakan sebuah dokumen komprehensif dan mampu memberikan penjelasan tuntas kepada akar umbi parti, khususnya dalam persidangan bahagian-bahagian yang sedang berlangsung termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Jelas beliau, buku ini mengandungi maklumat serta perincian penting yang perlu difahami oleh akar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Khazanah Sejarah Melaka Terus Dimartabat, Ab Rauf Perkukuh Kerjasama Ilmiah Dengan Universiti Leiden
https://umno-online.my/2025/06/25/khazanah-sejarah-melaka-terus-dimartabat-ab-rauf-perkukuh-kerjasama-ilmiah-dengan-universiti-leiden/

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan rasa teruja terhadap pelbagai penemuan ilmiah dan manuskrip bernilai tinggi sepanjang lawatan rasmi delegasi Kerajaan Negeri Melaka ke Perpustakaan Universiti Leiden, Belanda salah sebuah perpustakaan akademik tertua dan terbesar di Eropah. Beliau memaklumkan bahawa delegasi kerajaan negeri disambut mesra oleh Pengarah Perpustakaan Universiti Leiden, Kurt De [...]

Читать полностью…

UMNO Online

JKDM Nadi Suara Rakyat Desa, Mendengar Dan Bawa Perubahan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/25/jkdm-nadi-suara-rakyat-desa-mendengar-dan-bawa-perubahan-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kerajaan menerusi Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI (JKDM) komited dalam menyantuni rakyat desa. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana JKDM merupakan nadi suara rakyat desa yang mendengar, bertindak, mencari jalan dan membawa perubahan. “Dulu, kepimpinan kampung bermula di tangga rumah kayu, tempat Tok Ketua [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRN Sabah: BN Tanding Guna Logo Dacing, Terbuka Untuk Kerjasama Parti Lain
https://umno-online.my/2025/06/24/prn-sabah-bn-tanding-guna-logo-dacing-terbuka-untuk-kerjasama-parti-lain/

KOTA KINABALU, 24 Jun – Barisan Nasional (BN) akan bertanding menggunakan logo dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, namun tetap mengamalkan pendekatan terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sentiasa mengadakan pertemuan dengan semua pihak kerana gabungan berkenaan percaya pada sikap keterbukaan dalam politik. “Kita harap perbincangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Pemerkasaan Wanita Sabah 2025 Ke Arah Masa Depan Lebih Gemilang – Noraini Idris
https://umno-online.my/2025/06/27/program-pemerkasaan-wanita-sabah-2025-ke-arah-masa-depan-lebih-gemilang-noraini-idris/

KOTA KINABALU, 27 Jun – Program Pemerkasaan Wanita Sabah 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre baru-baru ini menyaksikan kehadiran ratusan peserta wanita dari seluruh negeri dalam satu inisiatif penting yang bertujuan untuk memperkukuh peranan wanita dalam bidang keusahawanan dan pembangunan komuniti. Pengerusi Kelab Usahawanita Sabah merangkap Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Noraini binti Idris, merakamkan penghargaan kepada pihak [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Azalina Ucap Salam Maal Hijrah 1447H, Seru Rakyat Terus Lakukan Pembaharuan
https://umno-online.my/2025/06/27/azalina-ucap-salam-maal-hijrah-1447h-seru-rakyat-terus-lakukan-pembaharuan/

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, mengucapkan Salam Maal Hijrah 1447H kepada seluruh rakyat Malaysia sambil mengajak masyarakat menghayati semangat hijrah sebagai satu proses pembaharuan diri dan negara. Menurut Azalina, tanggal 1 Muharram merupakan detik penting dalam sejarah Islam apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah dari Mekah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MEXCLUB Setuju Wujudkan Struktur Baharu HLC Pembangunan Desa – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/26/mexclub-setuju-wujudkan-struktur-baharu-hlc-pembangunan-desa-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Mesyuarat Penyelarasan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) telah bersetuju untuk mewujudkan struktur baharu High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa bagi mengatasi sebarang pertindihan dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan berkenaan. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu mesyuarat turut bersetuju untuk meneruskan peruntukan sebanyak RM750,000 kepada [...]

Читать полностью…

UMNO Online

DNAA Najib: Hormati Keputusan Mahkamah – Rahman
https://umno-online.my/2025/06/26/dnaa-najib-hormati-keputusan-mahkamah-rahman/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – UMNO Bahagian Lipis menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu lalu yang memberikan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd melibatkan RM27 juta. Ketuanya merangkap Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Harumkan Nama Negara… Dr Asyraf Kagum Pencapaian Mendunia MRSM Ulul-Albab
https://umno-online.my/2025/06/26/harumkan-nama-negara-dr-asyraf-kagum-pencapaian-mendunia-mrsm-ulul-albab/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan kesyukuran dengan pencapaian pelajar-pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ulul-Albab Felda Trolak yang merangkul anugerah Golden Diploma Award di Festival Antarabangsa Orkestra Tiupan 2025 di Prague, Republic Czech. Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata lebih membanggakan apabila kemenangan tersebut diraih selepas menewaskan pelajar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Proaktif Tangkis Tohmahan, Pahang Terbukti Berjaya Di Bawah Kepimpinan Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/06/26/proaktif-tangkis-tohmahan-pahang-terbukti-berjaya-di-bawah-kepimpinan-wan-rosdy/

PEKAN, 26 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad menggesa ahli-ahli parti supaya lebih proaktif dalam menangkis segala tohmahan yang dilemparkan oleh pihak lawan, khususnya menerusi media sosial. Menurutnya, ahli parti tidak boleh sekadar berdiam diri terhadap propaganda yang dimainkan oleh parti lawan seperti Pas. “Biarlah pihak Pas dengan propaganda mereka, mana-mana parti pembangkang akan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

OCBC Komited Hubungkan Johor Dengan Pelabur Dan Pemain Industri Global
https://umno-online.my/2025/06/26/ocbc-komited-hubungkan-johor-dengan-pelabur-dan-pemain-industri-global/

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengadakan pertemuan bersama salah satu institusi kewangan terkemuka Asia, OCBC Group bagi meneroka ruang kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh pembangunan ekonomi Johor. Beliau memaklumkan pertemuan tersebut memfokuskan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang kini giat dilaksanakan sebagai pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negeri. “OCBC menyatakan komitmen teguh mereka untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Kekal Teguh Bawa Agenda Orang Melayu, Tak Perlu Payung Besar
https://umno-online.my/2025/06/25/umno-kekal-teguh-bawa-agenda-orang-melayu-tak-perlu-payung-besar/

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2025 – UMNO kekal teguh memainkan peranan membawa agenda membela bangsa Melayu, tegas Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah berkata ini kerana penubuhan sekretariat orang Melayu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya untuk menyatukan orang Melayu tidak relevan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Sertai Istiadat Sambutan Rasmi Presiden Republik Kyrgyz Ke Malaysia
https://umno-online.my/2025/06/25/ahmad-zahid-sertai-istiadat-sambutan-rasmi-presiden-republik-kyrgyz-ke-malaysia/

PUTRAJAYA, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Presiden Republik Kyrgyz, TYT Sadyr Zhaparov ke Malaysia yang berlangsung di Dataran Perdana Putra. Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi pertama Presiden Zhaparov ke Malaysia sejak dilantik pada Januari 2021 dan menjadi tanda balas kepada lawatan Perdana Menteri ke [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Usaha Berterusan Atasi Banjir: Pembinaan Empangan Durian Tunggal Krubong Dilaksana
https://umno-online.my/2025/06/25/usaha-berterusan-atasi-banjir-pembinaan-empangan-durian-tunggal-krubong-dilaksana/

MELAKA, 25 Jun – Kerajaan Negeri Melaka terus komited dalam menangani masalah banjir di kawasan Krubong menerusi pembinaan Empangan Durian Tunggal Krubong yang kini sedang dalam proses pelaksanaan. Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata, pembinaan empangan itu merupakan antara ikhtiar utama kerajaan negeri demi kesejahteraan penduduk setempat yang sering terkesan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KPT Kerjasama Rapat Dengan JANS, Cari Penyelesaian Isu Bekalan Air UMS
https://umno-online.my/2025/06/25/kpt-kerjasama-rapat-dengan-jans-cari-penyelesaian-isu-bekalan-air-ums/

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) serta Kerajaan Negeri Sabah bagi mencari penyelesaian membabitkan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ini kerana isu bekalan air sebagai penting lantaran membabitkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

JKDM Pelengkap Kepimpinan Akar Umbi, Bukan Penggugat Kuasa Sedia Ada – Sharif Musa
https://umno-online.my/2025/06/25/jkdm-pelengkap-kepimpinan-akar-umbi-bukan-penggugat-kuasa-sedia-ada-sharif-musa/

KOTA KINABALU, 25 Jun – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyambut baik langkah proaktif oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika meluncurkan Gerak Kerja Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) Sabah dalam Majlis Penutupan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam. Katanya, penegasan tentang penubuhan JKDM [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Dulu, Kini, Selamanya Memayungi Orang-Orang Melayu – Haslinda
https://umno-online.my/2025/06/25/umno-dulu-kini-selamanya-memayungi-orang-orang-melayu-haslinda/

MERSING, 25 Jun – Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh menegaskan bahawa UMNO sentiasa menjadi ‘payung besar’ dan memayungi orang-orang Melayu dalam apa jua keadaan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang turut mempersoalkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menubuhkan Sekreatariat Orang Melayu dengan tujuan kononnya untuk menyatukan bangsa. “Sebenarnya UMNO ini dulu, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

BN Lantik Semula Zambry Sebagai Setiausaha Agung, Johari Bendahari
https://umno-online.my/2025/06/25/bn-lantik-semula-zambry-sebagai-setiausaha-agung-johari-bendahari/

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Barisan Nasional (BN) pada Selasa bersetuju melantik semula Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Setiausaha Agung manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN. Zambry dalam kenyataan malam tadi memaklumkan pelantikan itu, yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, adalah berdasarkan Fasal 8.3 (D) dan Fasal 8.3 (E) Perlembagaan BN. “Mesyuarat Agung Tahunan 2025 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda Dan Puteri UMNO Diseru Perkasa Peranan Dekati Anak Muda Melalui TVET
https://umno-online.my/2025/06/24/pemuda-dan-puteri-umno-diseru-perkasa-peranan-dekati-anak-muda-melalui-tvet/

PEKAN, 24 Jun – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ahmad Rahimi Abdul Samad menyeru Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk berkerjasama dalam usaha mendekati dan mendapat sokongan anak muda. Beliau menyarankan agar Puteri UMNO khasnya menjadi pelopor untuk mempromosi program Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan menjadikan ia sebagai satu indikator kepada komitmen sayap untuk mendekati serta membantu [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал