umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Sambutan Program ‘Radu Tatap Radu’ Cerminan Keyakinan Rakyat – Musliati
https://umno-online.my/2025/06/20/sambutan-program-radu-tatap-radu-cerminan-keyakinan-rakyat-musliati/

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Exco Wanita UMNO Musliati Moslimin percaya sambutan yang yang amat memberansangkan masyarakat setempat terhadap program ‘Radu Tatap Radu’ Barisan Nasional (BN) negeri berkenaan memperlihatkan senario yang terbaik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Bagi beliau yang juga Ketua UMNO Kota Kinabalu program tersebut yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) menampakkan suasana yang cukup meriah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerancakan Mesyuarat Bahagian Bukti UMNO Terus Jadi Payung Rakyat – MKT
https://umno-online.my/2025/06/20/kerancakan-mesyuarat-bahagian-bukti-umno-terus-jadi-payung-rakyat-mkt/

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Kerancakan mesyuarat UMNO bahagian yang yang sedang berlangsung di seluruh negara membuktikan suara parti berkenaan terus menjadi payung kepada masyarakat Melayu dan Islam di negara ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata suasana itu juga memperlihatkan parti berkenaan terus mekar melangkah biarpun diuji dengan pelbagai halangan dan rintangan. Bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Buku Panduan Naratif Penerangan UMNO Mampu Tolak Persepsi Pihak Lawan – Suraya
https://umno-online.my/2025/06/20/buku-panduan-naratif-penerangan-umno-dapat-meneggelamkan-persepsi-pihak-lawan-suraya-yaakob/

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Buku Panduan Naratif UMNO Malaysia yang diterbitkan oleh Penerangan UMNO adalah untuk memberikan pandangan dan idea ke akar umbi agar pelbagai isu yang timbul dipersekitaran mudah difahami. Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaakob berkata sekiranya naratif daripada kepimpinan parti semuanya sama dan selari maka ianya dapat menenggelamkan hal-hal yang negatif berkaitan parti. “Kita ingin [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemuda UMNO Dan BN Bersolidariti Bersama MCA Pertahan Kebebasan Bersuara
https://umno-online.my/2025/06/19/pemuda-umno-dan-bn-bersolidariti-bersama-mca-pertahan-kebebasan-bersuara/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan padu terhadap Pemuda MCA dalam mempertahankan hak kebebasan bersuara, susulan siasatan pihak polis terhadap Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun. Dalam satu kenyataan, Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pemuda BN, Hafiz Ariffin, menegaskan bahawa tindakan pihak berkuasa memanggil Wong untuk memberi keterangan berhubung video beliau menyuarakan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Koperasi Tentera Umum Dividen 7.1 Peratus
https://umno-online.my/2025/06/19/koperasi-tentera-umum-dividen-7-1-peratus/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) hari ini mengumumkan agihan dividen 7.1 peratus kepada 155,678 anggotanya membabitkan pembayaran berjumlah RM125.3 juta, susulan prestasi cemerlang yang dicapai pada tahun kewangan lepas. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pencapaian itu, membuktikan keupayaan Koperasi Tentera sebagai antara koperasi paling kukuh di negara ini, berlandaskan sokongan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Akmal Mohon Kembalikan GEG Demi Generasi Akan Datang
https://umno-online.my/2025/06/19/dr-akmal-mohon-kembalikan-geg-demi-generasi-akan-datang/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berharap kerajaan dapat mengembalikan semula cadangan usul berkaitan Generasi Penamat Rokok (GEG) di Dewan Rakyat. Menurut beliau ini kerana penjualan cecair vape secara terbuka adalah kesan daripada kerajaan yang mengeluarkan vape daripada Akta Racun. “Sebab itu dari dahulu kita konsisten untuk bawa GEG (generational end [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia, Rusia Dijangka Tandatangan Kerjasama Pengurusan Bencana
https://umno-online.my/2025/06/19/malaysia-rusia-dijangka-tandatangan-kerjasama-pengurusan-bencana/

PUTRAJAYA, 19 Jun – Malaysia dan Rusia dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam pengurusan bencana pada tahun tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MoU itu akan berfungsi sebagai rangka kerja praktikal untuk latihan bersama, pertukaran pengetahuan dan respons kecemasan yang diselaraskan. “Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia kekal komited kepada kepimpinan serantau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

GST Lebih Telus, Kurangkan Risiko Ketirisan Dan Aktiviti Ekonomi Bayangan – UMNO Kedah
https://umno-online.my/2025/06/19/gst-lebih-telus-kurangkan-risiko-ketirisan-dan-aktiviti-ekonomi-bayangan-umno-kedah/

ALOR SETAR, 19 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan sahaja meningkatkan kecekapan kutipan hasil negara, malah turut mengurangkan risiko ketirisan dan aktiviti ekonomi bayangan. Jurucakap UMNO Negeri Kedah itu berpandangan mekanisme GST adalah jauh lebih menyeluruh, telus dan mampan berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ziarah Kasih Perkukuh Ukhuwah, Semarakkan Perjuangan Wanita UMNO Sabah
https://umno-online.my/2025/06/19/ziarah-kasih-perkukuh-ukhuwah-semarakkan-perjuangan-wanita-umno-sabah/

KALABAKAN, 19 Jun – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris meneruskan agenda mendekati rakyat apabila turun padang dalam Program Ziarah Kasih anjuran Wanita UMNO Sabah bersama Wanita UMNO Bahagian Kalabakan yang diadakan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sentosa, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan pada Selasa. Ujarnya, program tersebut bukan sahaja menjadi platform menyantuni rakyat, malah memperkukuh jalinan silaturahim antara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Layakkah Pemimpin Pecahkan Bangsa Melayu Tubuh ‘Payung’ Baharu? – Dr Azhar
https://umno-online.my/2025/06/18/layakkah-pemimpin-pecahkan-bangsa-melayu-tubuh-payung-baharu-dr-azhar/

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu berpunca daripada sikap pemimpin yang menubuhkan payung baharu atau organisasi demi kepentingan mereka. Katanya, di tambah pula mereka menggunakan elemen Melayu/Islam kononnya demi meraih sokongan rakyat. “Bila tak ada kuasa sebut Melayu/Islam tak habis-habis sebut Melayu/Islam untuk mendapatkan pengaruh. “Jadi punca [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bergerak Sebagai Keluarga Besar UMNO, Bawa Harapan Untuk Masa Depan Cemerlang
https://umno-online.my/2025/06/18/bergerak-sebagai-keluarga-besar-umno-bawa-harapan-untuk-masa-depan-cemerlang/

KUALA LUMPUR, 18 Jun – UMNO Bahagian Kulai berikrar untuk sentiasa membawa aspirasi parti dengan mendukung agenda perjuangan parti keramat ini, kata Ketua Bahagian, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Permai berkata ia sebagai komited keluarga besar parti dalam membawa agenda tersebut. “UMNO Kulai akan terus bergerak sebagai keluarga besar yang saling menyokong [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perkukuh UMNO Dengan Penilaian Dalaman, Kenali Akar Umbi Parti – Tengku Hafiz
https://umno-online.my/2025/06/18/perkukuh-umno-dengan-penilaian-dalaman-kenali-akar-umbi-parti-tengku-hafiz/

PUTRAJAYA, 18 Jun – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan agar UMNO melaksanakan penilaian dalaman secara menyeluruh bagi memahami tahap sokongan sebenar ahli terhadap parti, khususnya dalam kalangan akar umbi dan generasi muda. Beliau menegaskan bahawa usaha ini amat penting bagi memastikan segala strategi dan tindakan parti selepas ini berpandukan data [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PTG Johor Dinaik Taraf: Kapasiti Urus Hak Milik Strata Meningkat Lima Kali Ganda
https://umno-online.my/2025/06/18/ptg-johor-dinaik-taraf-kapasiti-urus-hak-milik-strata-meningkat-lima-kali-ganda/

JOHOR BAHRU, 18 Jun – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa kerja-kerja penaiktarafan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai 2025. Ujarnya, penambahbaikan menyeluruh ini melibatkan pelbagai aspek infrastruktur dan operasi termasuk penambahan 12 unit kaunter baharu khusus bagi urusan hak milik strata serta pewujudan 54 jawatan baharu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

APC KPWKM: Noraini Ucap Tahniah Kepada Penerima, Terus Beri Khidmat Terbaik
https://umno-online.my/2025/06/18/apc-kpwkm-noraini-ucap-tahniah-kepada-penerima-terus-beri-khidmat-terbaik/

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta berharap agar mereka terus berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dalam mensejahterakan rakyat. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa majlis tersebut diadakan untuk meraikan 646 orang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Port Dickson Terus Tekad Perjuangkan Usul Had Umur 40 Tahun
https://umno-online.my/2025/06/18/puteri-umno-port-dickson-terus-tekad-perjuangkan-usul-had-umur-40-tahun/

PORT DICKSON, 18 Jun – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Port Dickson sekali lagi membawa usul kenaikan had umur keahlian Puteri UMNO kepada 40 tahun, sejajar dengan usaha di peringkat nasional oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Ketuanya, Nur Hidayah Abu Bakar berkata, usul tersebut telah mula diketengahkan tahun lalu dan mendapat sokongan padu daripada UMNO Bahagian Port Dickson. “Alhamdulillah, pada 5 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tetap Setia Dan Terus Bekerja Menangkan UMNO/BN – Noraini
https://umno-online.my/2025/06/20/tetap-setia-dan-terus-bekerja-menangkan/

MERSING, 20 Jun – Wanita UMNO terus menunjukkan kesetiaan kepada parti dan bekerja keras untuk memenangkan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang, kata ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pelbagai usaha telah dicurahkan oleh Wanita UMNO sebelum ini dalam usaha untuk meletakkan UMNO/BN sebagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Lembah Pantai Teguh Depani Cabaran Terus Perkukuh Parti
https://umno-online.my/2025/06/20/wanita-umno-lembah-pantai-teguh-depani-cabaran-terus-perkukuh-parti/

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Wanita UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datin Nor Asyikin Jaafar menegaskan bahawa persidangan tahunan Wanita UMNO peringkat bahagian bukan sekadar memenuhi tuntutan kalendar politik, tetapi menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat dan kerajaan, terutamanya di kawasan terbabit. Beliau menegaskan, persidangan tersebut menjadi medan bagi menyeru seluruh ahli wanita UMNO terus utuh dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Hubungan Malaysia-Rusia Diperkukuh Melalui Kerjasama Kemanusiaan Dan Bencana
https://umno-online.my/2025/06/20/hubungan-malaysia-rusia-diperkukuh-melalui-kerjasama-kemanusiaan-dan-bencana/

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa hubungan antara Malaysia dan Rusia terus diperkukuh melalui kerjasama strategik dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam rasmi bersama delegasi Kementerian Hal Ehwal Kecemasan Rusia (EMERCOM) yang diketuai oleh Kolonel Jeneral Alexander Kurenkov, semalam. “Pertemuan ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Sabah Tolak Sentimen Kenegerian – Jamal Nerubi
https://umno-online.my/2025/06/19/umno-sabah-tolak-sentimen-kenegerian-jamal-nerubi/

PAPAR, 19 Jun 2025 – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi menegaskan bahawa UMNO merupakan sebuah parti kebangsaan yang dipimpin oleh anak jati Sabah di negeri itu, sekali gus menolak tanggapan bahawa parti itu didominasi oleh pemimpin dari Semenanjung. Beliau berkata, semua Ketua UMNO Bahagian di Sabah adalah rakyat tempatan, dan perkara itu membuktikan bahawa UMNO Sabah dikendalikan oleh [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SST Terhadap Barangan Import Termasuk Buah-buahan Mungkin Disemak Semula
https://umno-online.my/2025/06/19/sst-terhadap-barangan-import-termasuk-buah-buahan-mungkin-disemak-semula/

BANGI, 19 Jun – Kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan semakan dan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas beberapa barangan import terpilih termasuk buah-buahan seperti epal dan limau Mandarin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata buah-buahan tersebut tidak dihasilkan secara domestik, sebaliknya diimport sepenuhnya dari negara luar, justeru wajar dipertimbangkan semula sebelum [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Melaka Komited Kukuh Kedudukan Sebagai Hab Utama Perindustrian
https://umno-online.my/2025/06/19/melaka-komited-kukuh-kedudukan-sebagai-hab-utama-perindustrian/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan komitmen untuk mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab utama perindustrian termasuk dalam bidang automotif dan semikonduktor. Menurut beliau ia dilaksanakan dengan gabungan kepakaran Possehl Electronics dan komitmen Melaka terhadap kelestarian, dengan berusaha memanfaatkan kepakaran Possehl untuk merangsang inovasi dan pertumbuhan jangka panjang. “Bagi merealisasikan visi ini, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

ADUN Lenggeng Terima Aduan Rakyat, Buka Ruang Dengar Dan Bertindak
https://umno-online.my/2025/06/19/adun-lenggeng-terima-aduan-rakyat-buka-ruang-dengar-dan-bertindak/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berbesar hati menerima kehadiran rakyat di pusat khidmatnya pada semalam. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban berkata ia bagi memastikan permasalahan di kawasan dikendalikan sebaiknya melalui aduan diberi rakyat. Dilaksanakan sejak awal pagi, ia memfokuskan kepada Panchor Jaya bagi mendapatkan aduan terperinci dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ahmad Zahid Hargai Pendidik KEMAS, Penerang Jalan Generasi Masa Hadapan
https://umno-online.my/2025/06/19/ahmad-zahid-hargai-pendidik-kemas-penerang-jalan-generasi-masa-hadapan/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada warga pendidik KEMAS di seluruh negara sempena Hari Pendidik KEMAS 2025 yang disambut hari ini. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana di sebalik kejayaan anak bangsa, tersembunyi peranan besar para pendidik dan pemaju masyarakat KEMAS yang telah mencurahkan bakti di peringkat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

TPM Ahmad Zahid Tekankan Diplomasi Pintar Dalam Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat
https://umno-online.my/2025/06/19/tpm-ahmad-zahid-tekankan-diplomasi-pintar-dalam-hubungan-malaysia-amerika-syarikat/

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keterlibatan diplomatik Malaysia di Amerika Syarikat perlu disusun dengan rapi berteraskan diplomasi pintar dan berpaksikan kepentingan nasional yang holistik. Beliau berkata ini kerana Amerika Syarikat merupakan antara kuasa ekonomi utama dunia selain menyaksikan dinamik pentadbiran yang berbeza. Ahmad Zahid berkata perkara itu disentuh ketika beliau menerima [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Susun Langkah, Perkemas Tindakan Demi Keberkesanan Dasar Kerajaan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/18/susun-langkah-perkemas-tindakan-demi-keberkesanan-dasar-kerajaan-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kepentingan menyusun langkah dan memperkemaskan tindakan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan agar manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat. Dalam satu pertemuan bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Solehuddin Alyubi Zakaria di pejabatnya di Putrajaya hari ini, beliau menekankan peranan strategik ICU sebagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Putatan Terus Prihatin, Santuni Mangsa Kebakaran
https://umno-online.my/2025/06/18/umno-putatan-terus-prihatin-santuni-mangsa-kebakaran/

PUTATAN, 18 Jun – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed meluangkan masa turun padang menziarahi mangsa-mangsa kebakaran dari Kampung Petagas dan Kampung Bukit Vor yang kini ditempatkan sementara di Dewan Sri Putatan. Dalam lawatan penuh rasa empati itu, Jeffery menyatakan rasa sedih dan terharu apabila berpeluang mendengar sendiri keluhan dan kesedihan para [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Pensiangan Yakin Pulihkan Dominasi Parti, Perkukuh Sokongan Di Akar Umbi
https://umno-online.my/2025/06/18/umno-pensiangan-yakin-pulihkan-dominasi-parti-perkukuh-sokongan-di-akar-umbi/

PENSIANGAN, 18 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Busiau Ampirak menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan menjadi medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kesungguhan UMNO di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nabawan. Menurut beliau, UMNO Pensiangan telah mengenal pasti DUN Nabawan sebagai kerusi tumpuan yang mampu dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) berdasarkan sejarah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Tiup Semboyan PRN: Puteri UMNO Tawau Siap Sedia Gempur Pastikan Kemenangan
https://umno-online.my/2025/06/18/tiup-semboyan-prn-puteri-umno-tawau-siap-sedia-gempur-pastikan-kemenangan/

TAWAU, 18 Jun – Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) kian terasa dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau, Noratika Awang tampil meniup semboyan kesiapsiagaan jentera akar umbi parti, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung yang menjadi sasaran untuk dirampas kembali oleh UMNO/Barisan Nasional (BN). Dalam ucapan bersemangat kepada para perwakilan dalam Persidangan UMNO Puteri Tawau baru-baru ini, Noratika menegaskan bahawa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

APR: Malaysia Komited Perjuang Keterangkuman, Kelestarian – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2025/06/18/apr-malaysia-komited-perjuang-keterangkuman-kelestarian-mohamad-hasan/

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Malaysia tetap komited untuk memperjuangkan keterangkuman, kelestarian dan multilateralisme tulen meskipun dalam dunia yang semakin kompleks serta tidak menentu. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa beliau telah menyampaikan ucapan di majlis Welcoming Dinner of the 38th Asia Pacific Roundtable (APR) anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Simbahan Fitnah, Tohmahan Kepada Parti Perlu Pantas Dikekang
https://umno-online.my/2025/06/14/simbahan-fitnah-tohmahan-kepada-parti-perlu-pantas-dikekang/

BAGAN DATUK, 14 Jun – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti itu perlu melakukan penilaian semula kaedah dalam mendepani landskap politik semasa yang kian mencabar dan berubah dengan pantas. Menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), UMNO kini berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk tohmahan, fitnah serta penghinaan yang berterusan, yang [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал