UMNO Perlu Kembali Dominan Demi Perjuangan Agama, Bangsa Dan Negara
https://umno-online.my/2025/06/14/umno-perlu-kembali-dominan-demi-perjuangan-agama-bangsa-dan-negara/
PUTRAJAYA, 14 Jun – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengajak para perwakilan parti agar kembali menghayati penubuhan UMNO dan memahami aspirasi perjuangan demi masa depan agama, bangsa dan negara. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya menegaskan bahawa UMNO diaspirasikan demi masa depan dengan cogankata ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ untuk rakyat dan ia masih kekal hingga kini. “Kesan [...]
UMNO Tonggak Penyatuan Melayu – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/14/umno-tonggak-penyatuan-melayu-ahmad-zahid/
BAGAN DATUK, 14 Jun – Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO telah lama menyatukan orang-orang Melayu sejak awal penubuhannya pada 11 Mei 1946. Menurut beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, UMNO telah berjaya menghimpunkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Melayu demi kepentingan dan masa depan umat Melayu secara keseluruhan. [...]
UMNO/BN Mesti Kembali Dominan – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2025/06/14/umno-bn-mesti-kembali-dominan-shamsul-anuar/
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) mesti kembali dominan dalam politik negara ini. Ujar Ahli Parlimen Lenggong itu dalam satu perkongsian di Facebook, UMNO/BN mesti menjadi parti utama dan penting kepada orang Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya. “Bagi membolehkan UMNO dilihat, dirasai, diharapkan [...]
Payung Besar: Tun M Perguna Melayu Untuk Kepentingan Mereka – Mohd Zaidi
https://umno-online.my/2025/06/13/payung-besar-tun-m-perguna-melayu-untuk-kepentingan-mereka-mohd-zaidi/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Penubuhan Jawatankuasa Sekretariat Orang Melayu dilihat lebih kepada untuk mempermainkan dan mempergunakan Melayu bagi kepentingan politik mereka sendiri, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain. Ujarnya, UMNO telah berfungsi sebagai khemah besar, melindungi orang-orang Melayu sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946 dan mentadbir negara selama lebih 60 tahun. “Payung besar… [...]
Suara Akar Umbi Diperkasa, Cungkil Bakat Baharu Dalam Persidangan UMNO – Kalsom Noordin
https://umno-online.my/2025/06/13/suara-akar-umbi-diperkasa-cungkil-bakat-baharu-dalam-persidangan-umno-kalsom-noordin/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Persidangan Perwakilan UMNO terus menjadi platform penting bagi para perwakilan dari seluruh negara untuk menyuarakan pandangan akar umbi serta memperkukuhkan hala tuju dan perjuangan parti, kata Ketua Wanita UMNO Negeri Melaka, Datuk Kalsom Noordin. Beliau juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti menjelaskan betapa pentingnya persidangan ini dalam membina masa depan parti yang lebih progresif. [...]
Kerjasama Politik UMNO/BN Sabah Berpandukan Kepentingan Rakyat, Kestabilan Negeri – Suhaimi
https://umno-online.my/2025/06/13/kerjasama-politik-umno-bn-sabah-berpandukan-kepentingan-rakyat-kestabilan-negeri-suhaimi/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – UMNO/Barisan Nasional (BN) Sabah tidak menutup ruang untuk kerjasama dengan mana-mana parti, kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir. Namun katanya sebarang keputusan untuk membentuk gabungan politik mestilah berpandukan kepada kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan pelajaran daripada sejarah politik yang lalu, khususnya episod Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16). “UMNO Sabah ingin menjelaskan bahawa pendirian [...]
UMNO Terus Bekerja Kukuhkan Sokongan, Fokus Perkasa Perjuangan – Mohd Rafi
https://umno-online.my/2025/06/13/umno-terus-bekerja-kukuhkan-sokongan-fokus-perkasa-perjuangan-mohd-rafi/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – “Perjuangan belum selesai. Kita mesti terus bekerja keras untuk mengukuhkan sokongan rakyat, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16),” tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata demikian di hadapan para perwakilan ketika berucap merasmikan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, di sini semalam. [...]
“Radu Tatap Radu” Di Tanjung Keramat Esok, Komitmen Teruskan Perjuangan – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2025/06/13/radu-tatap-radu-di-tanjung-keramat-esok-komitmen-teruskan-perjuangan-jeffery-nor/
PUTATAN, 13 Jun – Program ‘Radu Tatap Radu’ diteruskan dengan kali ini memberi tumpuan ke kawasan DUN N.24 Tanjung Keramat. Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program tersebut yang bakal berlangsung esok bagi terus memperkukuh gerak kerja akar umbi dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya kelak. Ujarnya, [...]
Kerajaan Usaha Ubah Pemikiran Pelajar TVET Ke Arah Teknousahawan – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/12/kerajaan-usaha-ubah-pemikiran-pelajar-tvet-ke-arah-teknousahawan-ahmad-zahid/
MELAKA, 12 Jun – Kerajaan akan mencari kaedah bagi mengubah minda pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ke arah menjadi teknousahawan pada masa hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata TVET menawarkan peluang cerah dalam sektor keusahawanan, dan sokongan kerajaan amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Terima kasih kepada ibu bapa yang [...]
Isu Penjaja Tanpa Lesen Di Selangor: Suatu Analisis Perundangan Dan Cadangan Penyelesaian
https://umno-online.my/2025/06/12/isu-penjaja-tanpa-lesen-di-selangor-suatu-analisis-perundangan-dan-cadangan-penyelesaian/
Pendahuluan Penjaja tanpa lesen merupakan satu isu yang berterusan di Selangor, terutamanya di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang. Ia bukan hanya isu ekonomi atau sosial, tetapi juga melibatkan aspek perundangan, kuasa kerajaan tempatan, dan hak rakyat mencari rezeki. Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdepan dilema antara menguatkuasakan undang-undang secara tegas, dan mewujudkan dasar yang [...]
MARA Dan PETRONAS Lancar PUMP MotoExpert, Bantu Bumiputera Buka Bengkel Motosikal Profesional
https://umno-online.my/2025/06/12/mara-dan-petronas-lancar-pump-motoexpert-bantu-bumiputera-buka-bengkel-motosikal-profesional/
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) terus memperkasa usahawan Bumiputera apabila melancarkan Program PUMP MotoExpert MARA-PETRONAS hasil kerjasama strategik bersama PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM). Majlis pelancaran yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, semalam disempurnakan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang turut menyatakan komitmen MARA dalam membantu melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera [...]
‘UMNO Payung Sebenar Orang Melayu’ – Ismail
https://umno-online.my/2025/06/11/umno-payung-sebenar-orang-melayu-ismail/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menyifatkan UMNO sebagai payung sebenar dalam memperjuang nasib orang Melayu di negara ini. Katanya, tiada keperluan untuk diwujudkan inisiatif baharu menggabungkan orang Melayu di bawah satu payung melalui Sekretariat Orang Melayu seperti dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. “UMNO sebagai parti Melayu sedia ada dengan keahlian yang [...]
Tragedi Bas UPSI: Perlukan Tindakan Dan Solusi, Bukan Sekadar Takziah Dan Simpati
https://umno-online.my/2025/06/11/tragedi-bas-upsi-perlukan-tindakan-dan-solusi-bukan-sekadar-takziah-dan-simpati/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Pengarah Komunikasi UMNO Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menyifatkan kemalangan bas yang mengorbankan 15 penuntut UPSI memerlukan siasatan bebas yang telus dijalankan seterusnya hasil diumumkan kepada rakyat. Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata ini kerana tragedi perlu dijadikan sebagai iktibar. “Kita tidak boleh terus membiarkan kematian anak muda [...]
Akar Umbi Perlu Faham Aspirasi, Pastikan UMNO Kembali Dominan – Megat Zulkarnain
https://umno-online.my/2025/06/11/akar-umbi-perlu-faham-aspirasi-pastikan-umno-kembali-dominan-megat-zulkarnain/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ahli dan akar umbi di setiap peringkat perlu memahami aspirasi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan parti kembali dominan pada masa akan datang. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, UMNO tidak mahu lagi dilihat sebagai sekadar pelengkap tanpa mengganggu-gugat visi parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan. [...]
Bersatu Walaupun Bertanding
https://umno-online.my/2025/06/11/bersatu-walaupun-bertanding/
1. Dalam mana-mana gabungan politik, adalah perkara biasa jika dua atau lebih parti berminat untuk bertanding di kerusi yang sama. Di negeri yang berbilang kaum seperti Sabah, ini bukan luar biasa. Yang penting ialah bagaimana ia diurus — dengan kematangan dan saling menghormati. 2. Daripada membiarkan pertindihan mencetuskan ketegangan atau mendorong calon bebas tajaan, lebih baik ia ditangani melalui pertandingan [...]
Jentera Parti Diseru Terus Kukuhkan Gerak Kerja Di Akar Umbi
https://umno-online.my/2025/06/14/jentera-parti-diseru-terus-kukuhkan-gerak-kerja-di-akar-umbi/
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyeru seluruh jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO khususnya di Tanah Merah agar terus memperkukuh gerak kerja di akar umbi. Di samping itu, Dr Noraini juga berpesan kepada mereka agar sentiasa berpegang kepada semangat bekerja bersama demi memastikan kejayaan UMNO dalam menawan kembali Parlimen Tanah Merah [...]
Nahas Gerik: Bukan Pemandu Sahaja, Seluruh Syarikat Perlu Dipertanggungjawabkan
https://umno-online.my/2025/06/14/nahas-gerik-bukan-pemandu-sahaja-seluruh-syarikat-perlu-dipertanggungjawabkan/
KOTA TINGGI, 14 Jun – Undang-undang baharu seperti ‘Corporate Manslaughter Act’ yang diguna pakai United Kingdom (UK), yang dicadang digubal di Malaysia, memberi liabiliti yang lebih mendalam dan setimpal kepada syarikat dan bukan individu tertentu sahaja sekiranya berlaku kemalangan atau kecuaian pengurusan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, menerusi akta itu [...]
Persidangan Medan Susun Kekuatan, Satukan Hati
https://umno-online.my/2025/06/14/persidangan-medan-susun-kekuatan-satukan-hati/
LABIS, 14 Jun – Exco Wanita UMNO Malaysia Haslinda Salleh berkata mesyuarat perwakilan bahagian bukan sekadar rutin tahunan, tetapi medan untuk menyusun kekuatan, membakar semangat dan menyatukan hati. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang itu menyeru baik Wanita mahupun Pergerakan Pemuda dan Puteri agar terus mara dengan semangat kerana tenaga dan kesetiaan yang ada adalah nadi utama perjuangan parti. “UMNO [...]
Maju Johor Bukan Slogan Kosong, RM30.1 Bilion Bukti Nyata – Md Israk
https://umno-online.my/2025/06/13/maju-johor-bukan-slogan-kosong-rm30-1-bilion-bukti-nyata-md-israk/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah menyifatkan pencapaian pelaburan tertinggi negara yang direkodkan oleh Johor sebagai membanggakan. Menurut beliau ini kerana nilai dicapai bukan sekadar angka statistik semata-mata, tetapi mencerminkan keupayaan Johor dalam menarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi maju. “Penerangan UMNO Johor dengan rasa penuh hormat dan bangga mengucapkan tahniah atas jumlah [...]
Peranan JPKK Penting Dalam Usaha Kerajaan Bantu Basmi Miskin Tegar – Faizal Ramli
https://umno-online.my/2025/06/13/peranan-jpkk-penting-dalam-usaha-kerajaan-bantu-basmi-miskin-tegar-faizal-ramli/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Faizal Ramli menekankan kepentingan peranan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membantu menjayakan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dan Basmi Miskin Tegar (BMT). Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi telah mengadakan perbincangan dengan setiap pengerusi JPKK agar peranan terus dimainkan serta mengenalpasti [...]
Puteri UMNO Bersedia Menyumbang, Turut Memimpin Dalam Parti – Siti Nurul Diayana
https://umno-online.my/2025/06/13/puteri-umno-bersedia-menyumbang-turut-memimpin-dalam-parti-siti-nurul-diayana/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pergerakan Puteri UMNO pada hari ini telah bersedia untuk menyumbang dan menjadi sebahagian daripada barisan hadapan pejuang dalam fasa pemulihan serta pengukuhan parti pada ketika ini. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Siti Nurul Diayana Mat Sehat berkata, komitmen semua pihak dalam membantu pemerkasaan sayap tersebut amat dihargai. “Majlis perasmian ini menandakan bahawa UMNO sedang [...]
TVET Tahfiz Pacu Generasi Huffaz Berkemahiran – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/13/tvet-tahfiz-pacu-generasi-huffaz-berkemahiran-ahmad-zahid/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa penggabungan ilmu hafazan al-Quran dengan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) mampu melahirkan generasi huffaz yang lebih versatil serta bersedia menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara. Beliau berkata demikian menerusi hantaran dalam laman Facebooknya berikutan Forum Perdana Ehwal Islam bertemakan ‘Membangun Generasi Huffaz Berkemahiran’ [...]
Diberi Peranan Proaktif Pada Pemuda, Benteng Prinsip Perjuangan UMNO – Mohd Imran
https://umno-online.my/2025/06/13/diberi-peranan-proaktif-pada-pemuda-benteng-prinsip-perjuangan-umno-mohd-imran/
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin beranggapan bahawa sayap Pemuda perlu diberi peranan yang proaktif dalam memainkan fungsinya sebagai benteng kepada prinsip perjuangan parti. Ujarnya, sayap Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan 1,136 mesyuarat ketika musim persidangan cawangan-cawangan yang lalu meliputi 13,000 ahli. “Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan [...]
UMNO Sabah Siap Hadapi PRN Ke-17, GERAK-17 Sebagai Agenda Kebangkitan
https://umno-online.my/2025/06/12/umno-sabah-siap-hadapi-prn-ke-17-gerak-17-sebagai-agenda-kebangkitan/
KOTA KINABALU, 12 Jun – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa UMNO Sabah kini berada dalam landasan yang lebih kukuh dan tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dalam Perutusan Khas sempena Mesyuarat Perwakilan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO seluruh Sabah, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua [...]
Lebih 30 Pindaan Dilaksanakan Sejak 2023, Agenda Reformasi Bukan Retorik – Azalina
https://umno-online.my/2025/06/12/lebih-30-pindaan-dilaksanakan-sejak-2023-agenda-reformasi-bukan-retorik-azalina/
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan usaha reformasi bukan sekadar retorik semata-mata sebaliknya jelas terbukti agenda pelaksanaannya. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata ini kerana kerajaan telah melaksanakan lebih 30 pindaan undang-undang selain berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, sejak 2023 hingga kini. “Saya [...]
Dialog ATC 4th RPD Perlu Garis Hala Tuju Jelas Bagi TVET – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/12/dialog-atc-4th-rpd-perlu-garis-hala-tuju-jelas-bagi-tvet-ahmad-zahid/
MELAKA, 12 Jun – Dialog Dasar Serantau Keempat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ASEAN (ATC 4th RPD) perlu merangka hala tuju yang jelas bagi memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata dialog pada hari ini bertujuan membina ekosistem bersifat ASEAN secara menyeluruh yang meletakkan TVET [...]
Jika Ada Kesungguhan, Kesepakatan… UMNO Selangor Akan Bangkit Kembali – Megat Zulkarnain
https://umno-online.my/2025/06/11/jika-ada-kesungguhan-kesepakatan-umno-selangor-akan-bangkit-kembali-megat-zulkarnain/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – UMNO Negeri Selangor akan kembali bangkit sekiranya ahli dan akar umbi ada kesungguhan serta kesepakatan yang jitu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin. Ujarnya, meskipun kini UMNO Negeri Selangor hanya mempunyai dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri tersebut, ia tidak menghalang segala usaha untuk memperkukuh semula parti. [...]
Laksana Pemeriksaan Bas Secara Tegas, Elak Tragedi Kemalangan Berulang – Bung Moktar
https://umno-online.my/2025/06/11/laksana-pemeriksaan-bas-secara-tegas-elak-tragedi-kemalangan-berulang-bung-moktar/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksana pemantauan berkala dan pemeriksaan menyeluruh ke atas bas serta rekod pemanduan dilakukan secara lebih tegas. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata ini kerana tragedi kemalangan bas yang berlaku di Gerik perlu dijadikan iktibar. “Jangan tunggu kejadian [...]
Jadikan Persidangan Bahagian Sebagai Medan Kebangkitan – Md Israk
https://umno-online.my/2025/06/11/jadikan-persidangan-bahagian-sebagai-medan-kebangkitan-md-israk/
JOHOR BAHRU, 11 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah, menyeru seluruh perwakilan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri agar menjadikan persidangan UMNO Bahagian tahun ini sebagai medan muhasabah dan titik mula kepada gelombang kebangkitan parti yang lebih besar. Dalam kenyataan beliau sempena persidangan yang sedang berlangsung, Md Israk merakamkan penghargaan kepada semua perwakilan yang terus [...]
Usahawan Wanita Wajar Diberi Modal Pembiayaan Perniagaan Lebih Besar – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/06/11/usahawan-wanita-wajar-diberi-modal-pembiayaan-perniagaan-lebih-besar-ahmad-zahid/
KUALA LUMPUR, 11 Jun – Usahawan wanita di negara ini wajar diberikan modal pembiayaan perniagaan yang lebih besar bagi membantu mereka memperluaskan perusahaan selain membawa produk dihasilkan menembusi pasaran antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, langkah itu wajar terutamanya melibatkan usahawan wanita yang kekurangan akses kepada modal kewangan. “Kita juga wajar menyelaras Skim [...]