Insiden Putra Heights: Beri Masa Untuk Siasatan, Salurkan Bantuan Saksama
https://umno-online.my/2025/04/03/insiden-putra-heights-beri-masa-untuk-siasatan-salurkan-bantuan-saksama/
BANGI, 3 April – Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain merakamkan ucapan takziah dan simpati yang setulusnya kepada semua keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran di Putra Heights. Ujar Ketua UMNO Bahagian Bangi itu, ketika ramai yang masih dalam keadaan trauma dan kesedihan, semua pihak harus berdiri bersama mereka, bukan sahaja dengan kata-kata tetapi dengan [...]
Tarif Resiprokal Amerika Syarikat: Ujian Ketegasan Malaysia Dalam Perdagangan Dan Diplomasi
https://umno-online.my/2025/04/03/tarif-resiprokal-amerika-syarikat-ujian-ketegasan-malaysia-dalam-perdagangan-dan-diplomasi/
MALAYSIA perlu memandang serius tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif resiprokal sebanyak 24% ke atas eksport Malaysia ke pasaran mereka, berkuat kuasa mulai 9 April 2025. Tindakan unilateral ini bukan sahaja tidak adil, malah mencerminkan sikap proteksionis melampau yang bercanggah dengan semangat perdagangan bebas dan kerjasama serantau. Ia memberi kesan langsung kepada industri strategik negara seperti elektronik, tekstil dan minyak sawit. [...]
Misi Kemanusiaan: Setinggi Penghargaan Kepada Pasukan SMART
https://umno-online.my/2025/04/03/misi-kemanusiaan-setinggi-penghargaan-kepada-pasukan-smart/
KUALA LUMPUR, 3 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang sanggup mengorbankan masa bersama keluarga sempena Aidilfitri demi melaksanakan misi kemanusiaan ekoran kejadian gempa bumi di Myanmar. Ujar Presiden UMNO itu, pengorbanan mereka amat dihargai dan menjadi simbol kesungguhan Malaysia dalam membantu masyarakat [...]
Tragedi Putra Heights: UMNO Selangor Komited Bantu Mangsa
https://umno-online.my/2025/04/02/tragedi-putra-heights-umno-selangor-komited-bantu-mangsa/
KUALA LUMPUR, 2 April – UMNO Negeri Selangor komited untuk terus turun padang membantu mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din berkata bantuan diberikan tanpa mengira waktu, tempat mahupun fahaman politik. “Saya menzahirkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam terhadap ratusan keluarga yang [...]
Kebakaran Di Putra Heights, Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Mahkamah
https://umno-online.my/2025/04/02/kebakaran-di-putra-heights-bawa-pihak-bertanggungjawab-ke-mahkamah/
KUALA LUMPUR, 2 April – UMNO Bahagian Subang merakamkan rasa simpati dan prihatin terhadap semua mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya semalam. Ketuanya, Datuk Dr Arman Azha Abu Hanifah berkata ini kerana kebakaran tersebut bukan sahaja mengakibatkan kerosakan harta benda dan kediaman, malah mengganggu emosi dan kesejahteraan ramai penduduk setempat. “Kami memuji tindakan [...]
Aidilfitri Peluang Eratkan Silaturahim Tanpa Kira Latar Belakang Politik
https://umno-online.my/2025/04/02/aidilfitri-peluang-eratkan-silaturahim-tanpa-kira-latar-belakang-politik/
KUALA LUMPUR, 2 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berharap anak perantau yang pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri ini untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Machang berkata, rehat yang cukup penting untuk memastikan kondisi baik ketika memandu dalam tempoh yang lama. “Anak-anak perantau yang akan [...]
PRK Ayer Kuning: ‘Jangan Disangka Air Yang Tenang Tak Ada Budaya’ – Dr Azhar
https://umno-online.my/2025/04/01/prk-ayer-kuning-jangan-disangka-air-yang-tenang-tak-ada-budaya-dr-azhar/
KUALA LUMPUR, 1 April – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menyifatkan semangat Kerajaan Perpaduan memberikan kelebihan kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan penguasaan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) April ini. Beliau berkata ia termasuk dengan khidmat bakti telah dilakukan penyandang Allahyarham Ishsam Shahruddin yang dilihat sentiasa cakna dan prihatin [...]
Aidilfitri… Kembalikan Ukhuwah Sesama Umat Islam – Lokman Adam
https://umno-online.my/2025/04/01/aidilfitri-kembalikan-ukhuwah-sesama-umat-islam-lokman-adam/
KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam dan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Beliau yang juga Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia berharap agar perayaan tersebut digunakan untuk mengembalikan dan mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam. “Saya Lokman Noor Adam, Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia ingin [...]
Malaysia, Thailand Ketuai Misi Kemanusiaan Ke Myanmar Pada 5 April
https://umno-online.my/2025/03/30/malaysia-thailand-ketuai-misi-kemanusiaan-ke-myanmar-pada-5-april/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Malaysia dan Thailand akan mengetuai misi kemanusiaan ke Myanmar pada 5 April susulan gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu pada Jumaat hingga mengorbankan lebih 1,600 nyawa. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Maris Sanglampongsa akan mengetual delegasi dalam lawatan berkenaan. Keputusan itu diumumkan dalam satu kenyataan bersama selepas Mesyuarat [...]
Raikan Aidilfitri Dengan Keikhlasan Dan Kesyukuran – Dr Akmal
https://umno-online.my/2025/03/30/raikan-aidilfitri-dengan-keikhlasan-dan-kesyukuran-dr-akmal/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Syawal mengajar makna kesyukuran dan kemaafan serta ia adalah bulan menyatukan hati, mengeratkan silaturahim, di samping menyuburkan kasih sayang melalui amalan bermaafan dan memberi kepada yang memerlukan. Kegembiraan Aidilfitri bukan hanya milik mereka yang berpakaian baru, tetapi milik mereka yang hatinya bersih dari dendam dan hasad, dan ia adalah cerminan umat Islam selepas sebulan [...]
Aidilfitri: Perantau Dinasihatkan Pandu Kereta Dengan Berhemah
https://umno-online.my/2025/03/30/aidilfitri-perantau-dinasihatkan-pandu-kereta-dengan-berhemah/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menasihatkan perantau yang pulang ke kampung halaman masing-masing pada sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk memandu dengan berhati-hati. Katanya, memandu dalam keadaan bertenang amat penting bagi memastikan tumpuan sepenuhnya dapat diberikan ketika berada di atas jalan raya. “Pada yang balik jauh, hati-hati bawa kereta elok-elok agar orang yang [...]
Menjelang Hari Raya Aidilfitri: Sambutan Meriah Jualan Kasih DUN Bukit Permai
https://umno-online.my/2025/03/30/menjelang-hari-raya-aidilfitri-sambutan-meriah-jualan-kasih-dun-bukit-permai/
JOHOR BAHRU, 30 Mac – Sambutan Jualan Kasih DUN Bukit Permai sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilaksana semalam mencatatkan kejayaan yang luar biasa apabila lebih 3,000 penduduk setempat hadir untuk memeriahkan program tersebut. Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, program ini menjadi platform penting untuk membantu meringankan beban penduduk dengan menyediakan barangan [...]
Insiden Abang Belon: Ketua UMNO Bukit Bintang Saran Latihan Profesional Untuk Penguatkuasa DBKL
https://umno-online.my/2025/03/30/insiden-abang-belon-ketua-umno-bukit-bintang-saran-latihan-profesional-untuk-penguatkuasa-dbkl/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua UMNO Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin mengemukakan cadangan agar pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi latihan dalam berurusan secara lebih berhemah dan profesional. Hal ini susulan insiden yang melibatkan seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai “Abang Belon”, telah dikasari oleh penguatkuasa DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 [...]
Wanita UMNO Malaysia Kecewa Insiden Kekasaran Peniaga Kecil Oleh Penguatkuasa DBKL
https://umno-online.my/2025/03/30/wanita-umno-malaysia-kecewa-insiden-kekasaran-peniaga-kecil-oleh-penguatkuasa-dbkl/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Wanita UMNO Malaysia melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap insiden yang melibatkan seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai “Abang Belon”, yang telah dikasari oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac 2025. Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari, dalam satu kenyataan, menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan secara bijaksana, [...]
MB Pahang Jemput Orang Ramai Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
https://umno-online.my/2025/03/29/mb-pahang-jemput-orang-ramai-ke-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri/
KUANTAN,29 Mac – Orang ramai terutamanya rakyat Pahang dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, anjuran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersempena sambutan perayaan itu di Chini, Pekan. Majlis yang dijadualkan pada 2 Syawal 1446 Hijrah atau pada hari kedua Aidilfitri itu, akan diadakan di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, Pekan bermula seawal 9 pagi sehingga [...]
Rizam Turut Serta Lawatan Raja Muda Selangor Ke PPS Masjid Putra Heights
https://umno-online.my/2025/04/03/rizam-turut-serta-lawatan-raja-muda-selangor-ke-pps-masjid-putra-heights/
SHAH ALAM, 3 April – Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan Negeri Selangor, Datuk Rizam Ismail, telah mengiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights semalam, bagi meninjau keadaan mangsa kebakaran yang ditempatkan di situ. Lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Selangor [...]
Noraini Santuni Mangsa Insiden Kebakaran Paip Gas
https://umno-online.my/2025/04/03/noraini-santuni-mangsa-insiden-kebakaran-paip-gas/
SUBANG JAYA, 3 April – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melawat dan menyantuni mangsa insiden kebakaran paip gas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini pada pagi Rabu. Menurut Ketua Wanita UMNO Malaysia itu, sehingga tengah hari pada hari itu, seramai 489 orang mangsa daripada 109 [...]
Lebaran Dirai, Sambut Dengan Kesyukuran Dan Kesederhanaan
https://umno-online.my/2025/04/02/lebaran-dirai-sambut-dengan-kesyukuran-dan-kesederhanaan/
KUALA LUMPUR, 2 April – Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang mana umat Islam telah menjalani ibadah puasa. Ia bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga merupakan waktu untuk merenung kembali pengorbanan dan penghayatan yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh merangkap Exco Pergerakan Pemuda UMNO [...]
Aidilfitri: Masih Kukuhkan Kesatuan, Junjung Nilai-nilai Murni – Nuraini
https://umno-online.my/2025/04/02/aidilfitri-masih-kukuhkan-kesatuan-junjung-nilai-nilai-murni-nuraini/
KUALA LUMPUR, 2 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff menyeru seluruh rakyat Malaysia memperkukuhkan kesatuan dan menjunjung nilai-nilai murni sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk barisan kepimpinan parti dan juga akar umbi yang masih berpegang teguh kepada perjuangan parti. “Kepada semua pemimpin, ahli dan [...]
Semangat Perpaduan Aidilfitri Diharap Bawa Kestabilan UMNO Sabah – Rahman Dahlan
https://umno-online.my/2025/04/02/semangat-perpaduan-aidilfitri-diharap-bawa-kestabilan-umno-sabah-rahman-dahlan/
KUALA LUMPUR, 2 April – UMNO Sabah mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini khususnya masyarakat Islam di negeri itu dan berharap kedatangan bulan Syawal nanti akan memupuk perpaduan yang erat antara satu sama lain. Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata selain meningkatkan amal ibadat pada penghujung Ramadan, kedatangan Syawal [...]
Jadikan Aidilfitri Wadah Eratkan Hubungan – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2025/04/01/jadikan-aidilfitri-wadah-eratkan-hubungan-shamsul-anuar/
KUALA LUMPUR, 1 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai wadah mengeratkan hubungan dan silaturahim. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong melahirkan rasa syukur kerana Hari Raya Aidilfitri dapat disambut dengan selesa dan sempurna kerana nikmat keamanan yang dikecapi Malaysia. “Assalamualaikum dan [...]
Jadikan Aidilfitri Peluang Rapatkan Saf Perjuangan – Mu’izz
https://umno-online.my/2025/04/01/jadikan-aidilfitri-peluang-rapatkan-saf-perjuangan-muizz/
KUALA LUMPUR, 1 April – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin menyeru semua pihak untuk menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai peluang bagi merapatkan saf perjuangan. Ujarnya, Syawal ini juga merupakan refleksi tentang perjuangan dan bagaimana untuk membina semula kekuatan parti pada masa akan datang. “Salam Aidilfitri kepada seluruh kepimpinan UMNO, para ahli dan akar umbi yang terus setia dalam [...]
Ahmad Zahid Seru Hayati Semangat Malaysia MADANI Sempena Aidilfitri
https://umno-online.my/2025/03/30/ahmad-zahid-seru-hayati-semangat-malaysia-madani-sempena-aidilfitri/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Dalam suasana Syawal yang penuh keberkatan, Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati semangat Malaysia MADANI yang menyemai kasih, menyulam harmoni, dan memperkukuh perpaduan sebagai nadi kepada pembangunan negara bangsa. Beliau yang juga Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan bahawa kerajaan terus berusaha [...]
Kekal Istiqamah Laksanaka Amal Ibadah Menjelang Aidilfitri – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/03/30/kekal-istiqamah-laksanaka-amal-ibadah-menjelang-aidilfitri-wan-rosdy/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk terus kekal istiqamah melaksanakan amal ibadah menjelang Aidilfitri yang akan disambut nanti. Menurut beliau dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini, masing-masing bukan sahaja perlu istiqamah malah terus meningkatkan ibadah lain selain berpuasa dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada [...]
Raikan Aidilfitri Dengan Penuh Makna, Kukuhkan Silaturahim – Nurul Amal
https://umno-online.my/2025/03/30/raikan-aidilfitri-dengan-penuh-makna-kukuhkan-silaturahim-nurul-amal/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, menyeru seluruh rakyat Malaysia agar menyambut Aidilfitri dengan penuh kesederhanaan serta tidak membazir, selari dengan semangat bulan Ramadan. Menurut beliau, umat Islam kini sedang menjalani ibadat puasa dan seharusnya meneruskan amalan berhemat ketika menyambut Syawal yang bakal tiba. “Sekarang ini kita sedang menjalani ibadah puasa, [...]
Aidilfitri: Tingkatkan Perpaduan, Hulurkan Bantuan – Jeffery Nor
https://umno-online.my/2025/03/30/aidilfitri-tingkatkan-perpaduan-hulurkan-bantuan-jeffery-nor/
KOTA KINABALU, 30 Mac – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed, mengucapkan menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sempena bulan Ramadan yang hampir berakhir dan Syawal yang bakal tiba. Beliau berkata, “Syawal semakin menghampiri kita, dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf sekiranya ada salah dan silap dalam pergaulan sepanjang tahun ini.” Jeffery turut mengajak [...]
Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR
https://umno-online.my/2025/03/30/gempa-bumi-50-anggota-pegawai-smart-berlepas-ke-myanmar-laksana-misi-sar/
SUBANG, 30 Mac – Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pagi ini bagi misi bantuan kemanusiaan serta menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu. Dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu bersama [...]
PPBM Main Wayang, Pemimpin Tertinggi ‘Tak Sebulu’ – Mohd Razlan
https://umno-online.my/2025/03/30/ppbm-main-wayang-pemimpin-tertinggi-tak-sebulu-mohd-razlan/
KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menempelak PPBM sambil menyifatkan kepimpinan parti itu tidak sepakat dalam hala tuju mereka. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata ini dapat dilihat apabila ada percanggahan dalam kenyataan melibatkan kepimpinan tertinggi parti itu kononnya membabitkan cadangan kerjasama dengan UMNO. “Bagi saya pelik sebab timbalan Presidennya, [...]
Malaysia Hantar Pasukan SMART Sertai SAR Di Myanmar, Thailand – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/03/29/malaysia-hantar-pasukan-smart-sertai-sar-di-myanmar-thailand-ahmad-zahid/
KUALA LUMPUR,29 Mac – Malaysia mengatur gerak pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ke Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah negara itu dan utara Thailand. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan tersebut dijadualkan tiba di Yangon pada Sabtu sekitar jam 1.00 tengah hari bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat [...]
Dr Akmal Kecam Tindakan Kasar Ke Atas Peniaga Belon, Persoal SOP DBKL
https://umno-online.my/2025/03/29/dr-akmal-kecam-tindakan-kasar-ke-atas-peniaga-belon-persoal-sop-dbkl/
KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pemuda UMNO sedia menuntut keadilan terhadap ‘abang jual belon’ yang didakwa diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu insiden di Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Jumaat. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau amat terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa penjaja terbabit. Sehubungan itu, beliau [...]