umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Gempa Bumi: 50 Anggota, Pegawai SMART Berlepas Ke Myanmar, Laksana Misi SAR
https://umno-online.my/2025/03/30/gempa-bumi-50-anggota-pegawai-smart-berlepas-ke-myanmar-laksana-misi-sar/

SUBANG, 30 Mac – Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pagi ini bagi misi bantuan kemanusiaan serta menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu. Dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu bersama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PPBM Main Wayang, Pemimpin Tertinggi ‘Tak Sebulu’ – Mohd Razlan
https://umno-online.my/2025/03/30/ppbm-main-wayang-pemimpin-tertinggi-tak-sebulu-mohd-razlan/

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menempelak PPBM sambil menyifatkan kepimpinan parti itu tidak sepakat dalam hala tuju mereka. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Seputeh berkata ini dapat dilihat apabila ada percanggahan dalam kenyataan melibatkan kepimpinan tertinggi parti itu kononnya membabitkan cadangan kerjasama dengan UMNO. “Bagi saya pelik sebab timbalan Presidennya, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Hantar Pasukan SMART Sertai SAR Di Myanmar, Thailand – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/03/29/malaysia-hantar-pasukan-smart-sertai-sar-di-myanmar-thailand-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR,29 Mac – Malaysia mengatur gerak pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ke Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah negara itu dan utara Thailand. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan tersebut dijadualkan tiba di Yangon pada Sabtu sekitar jam 1.00 tengah hari bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Dr Akmal Kecam Tindakan Kasar Ke Atas Peniaga Belon, Persoal SOP DBKL
https://umno-online.my/2025/03/29/dr-akmal-kecam-tindakan-kasar-ke-atas-peniaga-belon-persoal-sop-dbkl/

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Pemuda UMNO sedia menuntut keadilan terhadap ‘abang jual belon’ yang didakwa diperlakukan secara kasar oleh sekumpulan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu insiden di Jalan Tunku Abdul Rahman, pada Jumaat. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau amat terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa penjaja terbabit. Sehubungan itu, beliau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gempa Bumi: Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Myanmar
https://umno-online.my/2025/03/29/gempa-bumi-ahmad-zahid-ucap-takziah-kepada-myanmar/

KUALA LUMPUR,29 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah dan simpati kepada rakyat Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda negara itu dan meragut nyawa secara tragis serta mengakibatkan kemusnahan. Beliau turut menyatakan solidariti Malaysia dengan rakyat Myanmar dan mereka yang terjejas akibat bencana itu. “Doa dan ingatan kami bersama-sama mangsa, keluarga [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Harungi Ramadan Dengan Pelbagai Ujian, Sambut Syawal Bulan Kemenangan
https://umno-online.my/2025/03/27/harungi-ramadan-dengan-pelbagai-ujian-sambut-syawal-bulan-kemenangan/

KUALA LUMPUR, 27 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengajak seluruh umat Islam memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah berjaya mengharungi Ramadhan Al-Mubarak dengan pelbagai pengisian. Menurut beliau kehadiran Aidilfitri yang disambut dengan keluarga tersayang sudah pasti memberi makna yang cukup manis dan amat besar kepada semua di samping berdoa agar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Imarahkan Ramadan, Semarak Penghayatan Al-Quran Melalui Tadarus
https://umno-online.my/2025/03/27/imarahkan-ramadan-semarak-penghayatan-al-quran-melalui-tadarus/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin menganjurkan tadarus dan khatam Al-Quran di Masjid Ar-Rahman, Kampung Baru Dato Ghani Othman semalam. Menfokuskan kepada masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat ia dilakukan bagi mengimarahkan bulan Ramadan. “Alhamdulillah telah berlangsungnya sesi tadarus dan khatam Al-Quran bersama masyarakat DUN Tanjung [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Maritim Malaysia Komited Jaga Keselamatan Perairan Negara – Wan Rosdy
https://umno-online.my/2025/03/27/maritim-malaysia-komited-jaga-keselamatan-perairan-negara-wan-rosdy/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited dan sentiasa bersiapsiaga untuk menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau berpeluang untuk bersama pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan operasi Op Khas Pagar Laut Bil 1/2025 pada Rabu. “Hari ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Menjelang Aidilfitri… Puteri UMNO Kongsi Rezeki, Santuni Insan Memerlukan
https://umno-online.my/2025/03/27/menjelang-aidilfitri-puteri-umno-kongsi-rezeki-santuni-insan-memerlukan/

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia melaksanakan inisiatif berkongsi rezeki dan menyantuni insan-insan yang memerlukan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi telah berkunjung ke Pusat Jagaan Mahmudah di Semenyih untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada para penghuni. “Sedih bercampur pilu melihat nasib menimpa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Berpeluang Bergerak Lebih Proaktif Perkasa Urus Bencana Negara
https://umno-online.my/2025/03/27/malaysia-berpeluang-bergerak-lebih-proaktif-perkasa-urus-bencana-negara/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025, berpeluang untuk bergerak lebih proaktif dalam memperkasakan pengurusan bencana di negara-negara serantau, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, menerusi Kepengerusian ASEAN pada kali ini yang mengangkat tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, ia akan membuka ruang penambahbaikan yang lebih luas terhadap pengurusan bencana negara. “Sebagai Pengerusi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Norliza Yakin BN Pertahankan DUN Ayer Kuning, Trek Rekod Jadi Sandaran
https://umno-online.my/2025/03/26/norliza-yakin-bn-pertahankan-dun-ayer-kuning-trek-rekod-jadi-sandaran/

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim yakin Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan April nanti. Menurutnya, keyakinan tersebut berpaksikan kepada kepercayaan rakyat terhadap rekod pentadbiran BN yang konsisten dan komitmen parti dalam meneruskan kesinambungan pembangunan yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kalau PPBM Ikhlas Nak Bekerjasama, Buktikan Dengan Tindakan – Mohd Ridwan
https://umno-online.my/2025/03/26/kalau-ppbm-ikhlas-nak-bekerjasama-buktikan-dengan-tindakan-mohd-ridwan/

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridwan Mohd Ali mengingatkan PPBM untuk membuktikan keikhlasan melalui tindakan sekiranya mereka benar-benar ikhlas bagi menjalinkan kerjasama. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara menegaskan bahawa kerjasama tersebut sepatutnya berlaku pada 2022, ketika Yang di-Pertuan Agong menyarankan agar Kerajaan Perpaduan dibentuk untuk mengatasi masalah kerajaan tergantung selepas [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sebarang Kerjasama Dalam UMNO Dirujuk MKT, Kerajaan Perpaduan Terus Diperkukuh – Mohd Sharkar
https://umno-online.my/2025/03/26/sebarang-kerjasama-dalam-umno-dirujuk-mkt-kerajaan-perpaduan-terus-diperkukuh-mohd-sharkar/

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Sebarang keputusan yang akan diambil oleh parti akan dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tegas Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan pembangkang berhubung kerjasama dengan parti berkenaan. Beliau seterusnya menegaskan setakat ini parti tidak berbincang tentang kerjasama dengan Bersatu mahupun Pas. “Sebarang keputusan, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bukan Parti Pelupa, Kami Berprinsip – Mohd Zulfadli
https://umno-online.my/2025/03/25/umno-bukan-parti-pelupa-kami-berprinsip-mohd-zulfadli/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu, Mohd Zulfadli Amiruddin menegaskan bahawa UMNO bukanlah sebuah parti yang pelupa dan berpegang teguh kepada prinsip. Ini kerana katanya, segala pengkhianatan, manipulasi politik dan serangan yang telah dilakukan oleh PPBM terhadap UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak akan dapat dilupakan begitu sahaja. “Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bahagian Machang Sumbang Zakat Untuk Ringankan Beban Pelajar – Ahmad Jazlan
https://umno-online.my/2025/03/25/umno-bahagian-machang-sumbang-zakat-untuk-ringankan-beban-pelajar-ahmad-jazlan/

MACHANG, 25 Mac – UMNO Bahagian Machang terus menyalurkan sumbangan zakat kepada pelajar yang memerlukan bagi membantu mereka terutamanya dalam aspek keperluan asas pembelajaran. Ketuanya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, tanggungjawab sosial ini adalah bagi memastikan pelajar mendapat sokongan sewajarnya serta dapat meringankan beban yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. Ujarnya, ini menunjukkan komitmennya dalam usaha membantu golongan pelajar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Insiden Abang Belon: Ketua UMNO Bukit Bintang Saran Latihan Profesional Untuk Penguatkuasa DBKL
https://umno-online.my/2025/03/30/insiden-abang-belon-ketua-umno-bukit-bintang-saran-latihan-profesional-untuk-penguatkuasa-dbkl/

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Ketua UMNO Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin mengemukakan cadangan agar pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi latihan dalam berurusan secara lebih berhemah dan profesional. Hal ini susulan insiden yang melibatkan seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai “Abang Belon”, telah dikasari oleh penguatkuasa DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Malaysia Kecewa Insiden Kekasaran Peniaga Kecil Oleh Penguatkuasa DBKL
https://umno-online.my/2025/03/30/wanita-umno-malaysia-kecewa-insiden-kekasaran-peniaga-kecil-oleh-penguatkuasa-dbkl/

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Wanita UMNO Malaysia melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap insiden yang melibatkan seorang peniaga kecil yang dikenali sebagai “Abang Belon”, yang telah dikasari oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 28 Mac 2025. Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari, dalam satu kenyataan, menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang perlu dilakukan secara bijaksana, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MB Pahang Jemput Orang Ramai Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
https://umno-online.my/2025/03/29/mb-pahang-jemput-orang-ramai-ke-majlis-rumah-terbuka-aidilfitri/

KUANTAN,29 Mac – Orang ramai terutamanya rakyat Pahang dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, anjuran Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersempena sambutan perayaan itu di Chini, Pekan. Majlis yang dijadualkan pada 2 Syawal 1446 Hijrah atau pada hari kedua Aidilfitri itu, akan diadakan di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, Pekan bermula seawal 9 pagi sehingga [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Gempa Bumi Di Myanmar: Malaysia Hantar Pasukan Bantu Misi Kemanusiaan, Pengurusan Bencana
https://umno-online.my/2025/03/29/gempa-bumi-di-myanmar-malaysia-hantar-pasukan-bantu-misi-kemanusiaan-pengurusan-bencana/

KUALA LUMPUR,29 Mac – Malaysia akan menghantar pasukan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ke Yangon, Myanmar untuk menjalani misi bantuan kemanusiaan dan pengurusan bencana susulan gempa bumi dengan magnitud 7.7 yang menggegarkan negara itu semalam. Kementerian Luar melalui kenyataan berkata, pasukan dijangka membabitkan 40 anggota itu dijadual berlepas pagi esok dengan tumpuan kepada kawasan keutamaan yang dikenal pasti [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Waspada Propaganda Pembangkang Depani PRK Ayer Kuning – Dr Azhar
https://umno-online.my/2025/03/27/waspada-propaganda-pembangkang-depani-prk-ayer-kuning-dr-azhar/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata helah politik yang dicipta pembangkang bukan hanya pada musim pilihan raya, namun dilakukan sepanjang masa bagi menyebarkan propaganda mereka untuk mengkaburi mata rakyat. Dalam landskap bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning April nanti, beliau berkata rakyat perlu menyedari bahawa pembangkang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Dapur Kasih UMNO KK 2.0: Bantu Golongan Memerlukan Menjelang Aidilfitri
https://umno-online.my/2025/03/27/program-dapur-kasih-umno-kk-2-0-bantu-golongan-memerlukan-menjelang-aidilfitri/

KOTA KINABALU, 27 Mac – UMNO Bahagian Kota Kinabalu meneruskan inisiatif kebajikan melalui Program Dapur Kasih UMNO KK 2.0 dengan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kali ini ia digerakkan dalam kalangan ahli jawatankuasa bahagian, Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO. Ketuanya, Musliati Moslimin, berkata program ini bertujuan untuk menyantuni mereka yang selama ini aktif membantu masyarakat tetapi turut menghadapi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Ayer Kuning: BN Fokus Perkemas Gerak Kerja, Selaras Strategi
https://umno-online.my/2025/03/27/prk-ayer-kuning-bn-fokus-perkemas-gerak-kerja-selaras-strategi/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Barisan Nasional (BN) fokus untuk memperkemaskan gerak kerja dan menyelaraskan strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada bulan hadapan. Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Operasi BN pada Rabu. “Saya telah menghadiri Mesyuarat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PPBM Makin Terdesak Menjelang PRK Ayer Kuning – Mohamad Fadil
https://umno-online.my/2025/03/27/ppbm-makin-terdesak-menjelang-prk-ayer-kuning-mohamad-fadil/

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin menyifatkan PPBM sebagai terdesak apatah lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning rentetan kenyataan parti itu yang bersedia menjalin kerjasama dengan UMNO. Kata beliau sekiranya PPBM jujur, mereka perlu membubarkan parti itu dan kembali kepada UMNO. “Bubar PPBM jika ikhlas atau [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Pedoman Ramadan KEMAS Eratkan Hubungan Masyarakat – Awang Aslee
https://umno-online.my/2025/03/27/program-pedoman-ramadan-kemas-eratkan-hubungan-masyarakat-awang-aslee/

BEAUFORT, 27 Mac – Peranan kerajaan melalui pelbagai agensi amat penting dalam membantu rakyat, sebagaimana yang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dalam memperkasa pendidikan, sosial, dan ekonomi masyarakat. Dalam Program Pedoman Ramadan KEMAS Daerah Beaufort 2025, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menekankan bahawa usaha kerajaan melalui KEMAS sangat signifikan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat daripada pelbagai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rahmat Ramadan: 1,622 Keluarga Disantuni, Sarat Kasih Dan Ikhlas – Abdul Rahman
https://umno-online.my/2025/03/26/rahmat-ramadan-1622-keluarga-disantuni-sarat-kasih-dan-ikhlas-abdul-rahman/

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad meneruskan usaha membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan di bahagian Lipis. Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, sebanyak 1,622 keluarga telah menerima bantuan sepanjang bulan Ramadan ini. “Sumbangan bakul makanan ini diberikan seramai 1,622 keluarga menerima sepanjang Ramadan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Ketua Menteri Melaka Raikan PDRM Sempena Hari Polis Ke-218 Dalam Majlis Iftar
https://umno-online.my/2025/03/26/ketua-menteri-melaka-raikan-pdrm-sempena-hari-polis-ke-218-dalam-majlis-iftar/

Melaka, 26 Mac – Majlis Iftar Ramadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka yang diadakan sempena sambutan Hari Polis Ke-218 berlangsung dengan penuh kemeriahan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, semalam. Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang menzahirkan penghargaan kepada PDRM atas khidmat bakti dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program ‘Tak Banyak Alasan’: UMNO Putrajaya Agih 7,500 Pek Makanan Berbuka Sepanjang Ramadan
https://umno-online.my/2025/03/26/umno-putrajaya-agih-7500-pek-makanan-berbuka-puasa-sepanjang-ramadan-dalam-program-tak-banyak-alasan/

PUTRAJAYA, 25 Mac – UMNO Bahagian Putrajaya terus komited melaksanakan gerak kerja demi kesinambungan perjuangan parti dalam apa-apa juga keadaan. Ketua Penerangannya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, gerak kerja bagi bahagian terbabit giat menjalankan aktiviti kebajikan untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan. “Salah satu inisiatif utama yang sentiasa diteruskan ialah program agihan sumbangan keperluan harian [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK: UMNO/BN Mampu Kekalkan DUN Ayer Kuning – Penganalisis
https://umno-online.my/2025/03/25/prk-umno-bn-mampu-kekalkan-dun-ayer-kuning-penganalisis/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – UMNO/Barisan Nasional (BN) mampu mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, kata Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan. Ujarnya, para jentera perlu bekerja dengan kuat terutamanya untuk menepis dan memberi penerangan mengenai sentimen yang bakal dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN) pada PRK tersebut. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Majlis Berbuka Puasa UMNO Papar Eratkan Silaturahim Dalam Komuniti
https://umno-online.my/2025/03/25/majlis-berbuka-puasa-umno-papar-eratkan-silaturahim-dalam-komuniti/

PAPAR, 25 Mac – Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Bahagian Papar telah menghimpunkan masyarakat setempat dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah yang akrab. Ketuanya, Datuk Jamal Nerubi berkata, acara tahunan ini bukan sahaja menjadi wadah memperkukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli UMNO Bahagian Papar, malah turut menggalakkan penyertaan komuniti setempat untuk bersama-sama meraih keberkatan Ramadan. “Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Kedah Tetap Komited, Fokus Laksana Gerak Kerja – Shaiful Hazizy
https://umno-online.my/2025/03/25/umno-kedah-tetap-komited-fokus-laksana-gerak-kerja-shaiful-hazizy/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – UMNO Negeri Kedah tetap komited dan fokus untuk melaksanakan gerak kerja politik yang diperlukan, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Menerusi satu kenyataan, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok menyanggah naratif pengarang salah sebuah akhbar yang mendakwa bahawa UMNO semakin pupus di Negeri Kedah. “UMNO Kedah melihat komentar pengarang [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал