umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Ahmad Zahid Ucap Selamat Menyambut Hari Polis ke-218
https://umno-online.my/2025/03/25/ahmad-zahid-ucap-selamat-menyambut-hari-polis-ke-218/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengucapkan selamat menyambut Hari Polis ke-218 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau menyatakan bahawa institusi keselamatan ini sentiasa dekat di hatinya, membawa bersama kenangan dan pengalaman berharga semasa beliau berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri. Sepanjang tempoh itu, beliau semakin menghargai dedikasi serta pengorbanan anggota [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Sudah Cukup Terluka Dengan PPBM, Kini Sudah ‘Move On’ – Gulam Muszaffar
https://umno-online.my/2025/03/25/umno-sudah-cukup-terluka-dengan-ppbm-kini-sudah-move-on-gulam-muszaffar/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim menyifatkan PPBM sebagai parti yang diibarat seperti pokok duit-duit yang menjalar demi kepentingan dan manfaat sendiri. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata ini kerana parti itu sinonim dengan strategi menunggang rakan politik sebagai strategi mereka untuk survival. “Nasihat saya ahli-ahli UMNO kita jangan mudah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Generasi FELDA Pemacu Kemajuan Masa Depan Johor – Onn Hafiz
https://umno-online.my/2025/03/25/generasi-felda-pemacu-kemajuan-masa-depan-johor-onn-hafiz/

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melancarkan Sekretariat Muafakat FELDA Negeri Johor semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa Generasi FELDA Johor di Perantauan yang berlangsung di Menara FELDA, Kuala Lumpur, semalam. Onn Hafiz menekankan bahawa generasi FELDA hari ini bukan sekadar pewaris tanah rancangan, tetapi turut memainkan peranan sebagai pemacu perubahan yang membawa aspirasi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Peluang Sertai TVET Sebagai Pilihan Utama Kerjaya – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/03/24/peluang-sertai-tvet-sebagai-pilihan-utama-kerjaya-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 24 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan permohonan bagi UP_TVET Perdana ambilan Julai 2025 akan dibuka mulai 14 April hingga 15 Jun 2025. Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara memaklumkan ia bagi memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan individu yang berminat untuk meneroka bidang kemahiran yang relevan dengan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Kukuhkan Ukhwah, Program Khatam Al-Quran Jadi Agenda Tahunan – Nurul Amal
https://umno-online.my/2025/03/24/puteri-umno-kukuhkan-ukhwah-program-khatam-al-quran-jadi-agenda-tahunan-nurul-amal/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia terus memperkukuhkan agenda dakwahnya dengan menjadikan Program Khatam Al-Quran sebagai acara tahunan sepanjang bulan Ramadan. Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menegaskan bahawa program ini bukan sekadar majlis keagamaan, tetapi juga platform menyatukan wanita muda dalam usaha memperkukuh jati diri Islam dan mengenali perjuangan Puteri UMNO. “Program ini dipimpin oleh Pengerusi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bantuan Menjelang Syawal Inisiatif Ringankan Beban Ibu Bapa – Mohd Hisamudin
https://umno-online.my/2025/03/24/bantuan-menjelang-syawal-inisiatif-ringankan-beban-ibu-bapa-mohd-hisamudin/

PUTRAJAYA, 24 Mac – Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, menerusi Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, telah mengambil inisiatif mencari dana bagi membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan agar anak-anak mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih ceria. Ujarnya, bantuan ini menyaksikan peningkatan jumlah penerima daripada 160 murid pada tahun sebelumnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Generasi Muda Tonggak Masa Depan UMNO, Terus Perkukuh Jati Diri – Tengku Adnan
https://umno-online.my/2025/03/24/generasi-muda-tonggak-masa-depan-umno-terus-perkukuh-jati-diri-tengku-adnan/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Generasi muda hari ini memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan perjuangan UMNO serta mempertahankan asas dan prinsip yang telah lama diperjuangkan parti. Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian semasa menyantuni anak-anak muda yang menyertai Sekolah Patriotik UMNO dalam satu pertemuan pada Sabtu. Beliau menzahirkan rasa bangga dan terharu melihat semangat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Ayer Kuning: Perpaduan BN Jadi Kelebihan Utama- Mohammad Sollehin
https://umno-online.my/2025/03/24/prk-ayer-kuning-perpaduan-bn-jadi-kelebihan-utama-mohammad-sollehin/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Perpaduan dalam Barisan Nasional (BN) menjadi kelebihan utama untuk memastikan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, kata Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie. Beliau yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, keyakinan BN untuk meraih kemenangan adalah berpaksikan kepada kepercayaan rakyat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

5,000 Anak Pahang Dapat Baucar Petrol, Diesel Untuk Pulang Beraya
https://umno-online.my/2025/03/24/5000-anak-pahang-dapat-baucar-petrol-diesel-untuk-pulang-beraya/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Sebanyak 5,000 perantau anak kelahiran Pahang yang berada di luar negeri itu menerima baucar bagi pembelian petrol atau diesel bernilai RM50 menerusi program ‘Moh Balik Raya ke Pahang 2025’. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata program berkenaan yang memasuki tahun kedua penganjuran bertujuan menggalakkan anak Pahang pulang menyambut Aidilfitri tidak lama [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perkasa Wanita Muda Dalam Pelbagai Aspek… Puteri UMNO Sabah Anjur ‘Healing With Puteri’
https://umno-online.my/2025/03/23/perkasa-wanita-muda-dalam-pelbagai-aspek-puteri-umno-sabah-anjur-healing-with-puteri/

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah telah menganjurkan program ‘Healing With Puteri’ pada 21 Mac lalu sebagai inisiatif untuk memberi manfaat rohani dan emosi kepada para peserta yang hadir di samping memperkasa wanita muda dalam pelbagai aspek. Ketuanya, Ketua Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal menerusi menzahirkan rasa syukur di atas kelancaran program yang berlangsung dengan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Sharul Zaman Sampaikan Bantuan Kepada Asnaf Bagan Datuk
https://umno-online.my/2025/03/23/sharul-zaman-sampaikan-bantuan-kepada-asnaf-bagan-datuk/

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya telah menyampaikan bantuan kepada asnaf dan golongan yang tidak bernasib baik di Bagan Datuk. Menerusi satu kenyataan beliau memaklumkan bahawa bantuan tersebut berupa bakul makanan yang telah disumbangkan oleh Kedutaan China. Majlis sumbangan tersebut telah diadakan pada Sabtu bertempat di Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Imarah Ramadan: Azalina Santuni Warga Pengerang
https://umno-online.my/2025/03/22/imarah-ramadan-azalina-santuni-warga-pengerang/

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ahli Parlimen Pengerang merangkap Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menyantuni warga Pengerang di samping mengimarahkan bulan Ramadan bersama mereka. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia menerusi hantaran di laman Facebooknya telah menyantuni warga polis dan jururawat pada Jumaat. “Hari ini, 21 Ramadhan 1446H aktiviti saya tertumpu di kawasan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Media Sosial Medan Tempur Utama Ubah Persepsi Rakyat – Hazratul
https://umno-online.my/2025/03/22/media-sosial-medan-tempur-utama-ubah-persepsi-rakyat-hazratul/

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Puteri UMNO Negeri Sembilan menyahut baik pandangan dan hala tuju Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan media sosial sebagai medan tempur utama dalam proses pembentukan persepsi rakyat. Ketuanya, Hazratul Ilani Misdar berkata ia bagi memastikan suara UMNO terus relevan dan dekat di hati rakyat, sejajar dengan perkembangan era digital masa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Akta URA Perlu Diperhalusi Secara Mendalam – Gulam Muszaffar
https://umno-online.my/2025/03/21/akta-ura-perlu-diperhalusi-secara-mendalam-gulam-muszaffar/

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan bahawa Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) perlu diperhalusi secara mendalam. Ujarnya, URA telah bermula pada tahun 1964 melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah Kerajaan Negeri Selangor. “Jika disingkap tahun 1964, sebenarnya URA telah bermula dibawah kerajaan negeri Selangor. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Labuan Realisasikan Impian Rakyat, Komited Laksana Inisiatif Berterusan
https://umno-online.my/2025/03/21/umno-labuan-realisasikan-impian-rakyat-komited-laksana-inisiatif-berterusan/

LABUAN, 21 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menegaskan bahawa UMNO tidak akan sesekali membiarkan rakyat terus berada dalam kesusahan malah sedaya mungkin akan berusaha untuk membela dan menghulur bantuan. Katanya, semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang telah sebati dalam UMNO telah mendorong beliau serta barisan kepimpinan bahagiannya untuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Teruskan Gerak Kerja, Jeffery Nor Manfaat Ramadan Santuni Golongan Asnaf
https://umno-online.my/2025/03/25/teruskan-gerak-kerja-jeffery-nor-manfaat-ramadan-santuni-golongan-asnaf/

PUTATAN, 25 Mac – Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed, meneruskan inisiatif menyantuni golongan asnaf sempena Ramadan dengan menganjurkan program kebajikan dalam kelompok kecil dengan ruang yang lebih akrab bersama rakyat. Dalam program di Masjid Kampung Contoh, di sini seramai 50 penerima asnaf telah menerima sumbangan yang diharapkan dapat menceriakan menjelang hari raya. Dalam hal ini, Jeffery [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Wanita UMNO Sabah Raikan Asnaf Dalam Program ‘Raya Kasih, Rezeki Dikongsi’
https://umno-online.my/2025/03/25/wanita-umno-sabah-raikan-asnaf-dalam-program-raya-kasih-rezeki-dikongsi/

KOTA KINABALU, 25 Mac – Wanita UMNO Sabah terus komited dalam usaha membantu golongan yang memerlukan dengan menganjurkan program ‘Raya Kasih, Rezeki Dikongsi’ yang bertujuan meringankan beban kanak-kanak asnaf dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, program ini menyasarkan kanak-kanak dari golongan asnaf yang diberikan sumbangan sebanyak RM200 seorang bagi membeli kelengkapan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Jika Ikhlas Perjuangkan Melayu… Bubar PPBM, Kembali Kepada UMNO’ – Ismail
https://umno-online.my/2025/03/24/jika-ikhlas-perjuangkan-melayu-bubar-ppbm-kembali-kepada-umno-ismail/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Jika PPBM ikhlas perjuangkan Melayu, mereka perlu membubarkan parti itu dan kembali semula ke pangkuan UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim. Ujarnya, PPBM hanyalah melemahkan kuasa politik orang Melayu dengan menjadi sebuah parti serpihan yang tidak mempunyai hala tuju jelas. “PPBM bukanlah natijah kepada usaha untuk memperkukuh bangsa Melayu, sebaliknya hanya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK: BN Tawar Penyelesaian, Bukan Retorik Kosong Seperti Pembangkang
https://umno-online.my/2025/03/24/prk-bn-tawar-penyelesaian-bukan-retorik-kosong-seperti-pembangkang/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin meluahkan keyakinan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) PRK Ayer Kuning untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi tersebut. Menurut beliau ini kerana rakyat telah melihat komitmen diberikan BN dalam memperkasa agenda rakyat di bawah Kerajaan Perpaduan yang juga diaplikasi di Negeri [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Perdagangan Global Akan Terus Diberi Perhatian – Mohamad Hasan
https://umno-online.my/2025/03/24/isu-perdagangan-global-akan-terus-diberi-perhatian-mohamad-hasan/

KUALA LUMPUR, 24 Mac – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia akan memastikan isu perdagangan global dan dasar perlindungan ekonomi diberi perhatian dalam platform-platform utama ASEAN, termasuk Sidang Kemuncak ASEAN dan Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN. Menurut beliau Malaysia juga akan memanfaatkan kepengerusiannya untuk memacu agenda ekonomi ASEAN 2025 melalui Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan, atau dengan izin, Priority Economic [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Johor Komited Bantu Rakyat Terjejas Banjir – Mohd Jafni
https://umno-online.my/2025/03/24/kerajaan-johor-komited-bantu-rakyat-terjejas-banjir-mohd-jafni/

JOHOR BAHRU, 24 Mac – Kerajaan Negeri Johor komited dalam membantu rakyat yang terjejas akibat bencana banjir dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban mangsa. Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pihaknya memahami kesulitan yang dihadapi penduduk, terutamanya mereka yang kehilangan harta benda dan perlu membina semula kehidupan. Semalam, beliau telah turun padang bersama Majlis Bandaraya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Beaufort Teruskan Bantuan Dari Rakyat Kepada Rakyat
https://umno-online.my/2025/03/24/umno-beaufort-teruskan-bantuan-dari-rakyat-kepada-rakyat/

BEAUFORT, 24 Mac – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat meneruskan usaha membantu masyarakat dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kuala Penyu. Di Kampung Kilugus, sumbangan berupa kerusi roda telah diserahkan kepada Puan Sania Karia yang disampaikan oleh Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kilugus, Supian Masrah bersama Rahim Jasmin@Apol. Sementara itu, di Kampung Jagus, rombongan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Majlis Berbuka Puasa UMNO Labuan Meriah, Perkukuh Kekeluargaan
https://umno-online.my/2025/03/24/majlis-berbuka-puasa-umno-labuan-meriah-perkukuh-kekeluargaan/

LABUAN, 24 Mac – Majlis Berbuka Puasa anjuran UMNO Bahagian Labuan semalam telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan suasana kekeluargaan, mencerminkan keakraban dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti serta masyarakat setempat. Majlis yang diadakan di penghujung Ramadan ini menyaksikan kehadiran kepimpinan lima peringkat UMNO Bahagian Labuan serta tetamu kehormat, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Razlan Raffi dan rombongan besar [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pembangunan Tidak Boleh Diserahkan Sepenuhnya Kepada Pemaju – Razlan
https://umno-online.my/2025/03/23/pembangunan-tidak-boleh-diserahkan-sepenuhnya-kepada-pemaju-razlan/

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii berpandangan bahawa pembangunan bandar tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pemaju. Ini kerana katanya, sekiranya perkara tersebut berlaku tanpa kawalan, ia akan cenderung kepada keuntungan semata-mata. “Kerajaan mempunyai matlamat tertentu dalam pembangunan negara, namun kehendak sebenar rakyat bergantung kepada kemampuan mereka. Apa pun yang ingin dilaksanakan, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Kuil: Berhentilah Jadi ‘Jaguh Songsang’ – Mohd Puad
https://umno-online.my/2025/03/23/isu-kuil-berhentilah-jadi-jaguh-songsang-mohd-puad/

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengingatkan Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, S. Ambiga dan kumpulan hak asasi manusia, Lawyers for Liberty (LFL) untuk tidak menjadi ‘jaguh songsang’ dalam isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau bersetuju dengan pandangan Perdana [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bencana Banjir: Kerajaan Negeri Johor Setuju Salur Bantuan Khas
https://umno-online.my/2025/03/22/bencana-banjir-kerajaan-negeri-johor-setuju-salur-bantuan-khas/

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kerajaan Negeri Johor setuju untuk menyalurkan bantuan khas akibat bencana banjir yang melanda negeri tersebut. Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak RM11,247,000.00 diperuntukkan kepada 3,749 isi rumah. “Kerajaan Negeri Johor amat berdukacita dengan bencana banjir yang melanda dan memberi kesan kepada 13,089 orang mangsa daripada 3,749 keluarga, dengan pembukaan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Putar Belit Sejarah PRN ke-16 Sabah… Suhaimi Bidas Jeffrey
https://umno-online.my/2025/03/22/putar-belit-sejarah-prn-ke-16-sabah-suhaimi-bidas-jeffrey/

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Suhaimi Nasir membidas kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang menuduh UMNO Sabah dan Barisan National (BN) tidak menepati janji pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Ini kerana katanya, ia adalah satu pembohongan dan cubaan menutup pengkhianatan yang telah dilakukan oleh beliau sendiri. “Kenyataan Timbalan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Kerah Aset Dan Tenaga Bantu Mangsa Banjir – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2025/03/21/kerajaan-kerah-aset-dan-tenaga-bantu-mangsa-banjir-ahmad-zahid/

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kerajaan komited memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa banjir di Johor, Sabah, dan Sarawak dengan menggerakkan semua aset dan tenaga bagi operasi menyelamat serta penyaluran bantuan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan bahawa segala usaha sedang dipertingkatkan bagi menangani bencana yang berlaku di luar jangkaan ini. Setakat jam 12 tengah hari, seramai [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Selangor Akan Manfaat Media Sosial Lebih Efektif Dekati Rakyat
https://umno-online.my/2025/03/21/puteri-umno-selangor-akan-manfaat-media-sosial-lebih-efektif-dekati-rakyat/

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor akan memanfaatkan media sosial dengan lebih efektif terutamanya dalam usaha mendekati para pengundi. Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Nurhidayu Ahmad Puzii berkata mereka menyambut seruan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menggunakan media sosial sebagai medan pertempuran. “Seperti yang ditegaskan oleh Datuk Seri Azalina [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen Peristiwa Bermakna – Azalina
https://umno-online.my/2025/03/21/kelulusan-ruu-perkhidmatan-parlimen-peristiwa-bermakna-azalina/

PUTRAJAYA, 21 Mac – Kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 adalah peristiwa bermakna dalam sejarah perjalanan institusi Parlimen Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Katanya, kelulusan itu menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun akta berkenaan dimansuhkan Beliau berkata, akta itu kali pertama diperkenalkan oleh Perdana Menteri pertama, [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал