umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

Jeffery Nor Serah Kunci Rumah Baharu PPRT Kepada Empat Keluarga Di Putatan
https://umno-online.my/2025/03/14/jeffery-nor-serah-kunci-rumah-baharu-pprt-kepada-empat-keluarga-di-putatan/

PUTATAN, 14 Mac – Empat keluarga dari kawasan Parlimen Putatan kini boleh menarik nafas lega selepas menerima kunci rumah baharu menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Penyerahan kunci rumah tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed. Empat buah rumah telah diserahkan kepada penerima di Kampung Tebongon, Kampung Lok Kawi Baru, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

RM220,450 Untuk Rakyat Jelebu Minggu Ini – Jalaluddin
https://umno-online.my/2025/03/14/rm220450-untuk-rakyat-jelebu-minggu-ini-jalaluddin/

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu diteruskan lagi hari ini apabila seramai 268 orang menerimanya. Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata bantuan dalam pelbagai sektor  diharap dapat membantu mereka yang memerlukan demi kesejahteraan masyarakat setempat. “Seramai 268 menerima Bantuan Fokus Kesejahteraan Rakyat Parlimen Jelebu hari ini. Ia merangkumi fokus sara hidup, perubatan, pendidikan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Usul Had Umur 40 Tahun: Strategi Penting Perkasa Peranan Wanita Muda
https://umno-online.my/2025/03/14/usul-had-umur-40-tahun-strategi-penting-perkasa-peranan-wanita-muda/

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Puteri Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia berpendapat bahawa usul untuk meningkatkan had umur yang dibawa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merupakan strategi penting bagi memperkasa peranan wanita muda dalam politik. Ketuanya, Sumitera Devi Balakrishnan berkata, fasa umur tersebut adalah tempoh kematangan yang membolehkan wanita muda lebih bersedia dan berkeyakinan dalam kepimpinan. “Puteri Barisan Nasional (BN) menyambut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

MARA Bakal Rangka ‘Game Plan’ Terbaik, Beri Impak Besar
https://umno-online.my/2025/03/14/mara-bakal-rangka-game-plan-terbaik-beri-impak-besar/

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan merangka ‘game plan’ terbaik untuk memastikan segala dasar, program dan inisiatif benar-benar memberi impak besar kepada rakyat, kata Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, rakyat kini semakin berharap kepada MARA untuk terus menjadi peneraju dalam memperkasa bumiputera. “Petang kelmarin dalam Mesyuarat Majlis [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Iftar UMNO: Ukhuwah Kepartian Nikmat Terbesar Yang Harus Ditingkatkan – Rais
https://umno-online.my/2025/03/13/iftar-umno-ukhuwah-kepartian-nikmat-terbesar-yang-harus-ditingkatkan-rais/

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ketua UMNO Tangga Batu, Datuk Rais Yasin melihat ukhuwah kepartian adalah nikmat terbesar dalam meniti perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air. Justeru bagi beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka berpandangan program Iftar UMNO semalam merupakan salah satu platform dalam mengukuhkan hubungan sedia ada yang telah terjalin sekian lama antara satu sama lain. “Ibaratnya [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Rujuk Pejabat PM Sebelum Keluarkan Kenyataan, Bukan Podcast – Zawawi
https://umno-online.my/2025/03/13/rujuk-pejabat-pm-sebelum-keluarkan-kenyataan-bukan-podcast-zawawi/

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kerajaan negeri disarankan untuk merujuk kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri sebelum mengeluarkan sebarang ulasan berkaitan projek, bajet pembangunan, atau bantuan kepada Kelantan bagi mengelakkan salah faham. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengenai dana projek tebatan banjir daripada kerajaan Pusat boleh menimbulkan ketegangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK: UMNO/BN Yakin Pertahan DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/03/13/prk-umno-bn-yakin-pertahan-dun-ayer-kuning/

KUALA LUMPUR, 13 Mac – UMNO/Barisan Nasional (BN) yakin untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din. Ujarnya, Parlimen Tapah dikatakan mempunyai hubungan baik antara kaum dan menjadi lambang kepada komponen BN. “Untuk PRK Ayer Kuning, kita sebenarnya cukup yakin untuk mempertahankan kerusi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Tidak Akan Berkomproni Cubaan Pertikai Teras Kestabilan Negara
https://umno-online.my/2025/03/12/umno-tidak-akan-berkomproni-cubaan-pertikai-teras-kestabilan-negara/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara. Ini terutamanya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam satu kenyataan media, perkara [...]

Читать полностью…

UMNO Online

HAWA Imarah Ramadan, Anjur Program Ilmu
https://umno-online.my/2025/03/12/hawa-imarah-ramadan-anjur-program-ilmu/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) hari ini berbesar hati menganjurkan Program Tautan Kasih Ramadan bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan mulia ini di samping memanfaatkannya dengan program ilmu. Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meluahkan kesyukuran beliau dengan penyertaan menggalakkan daripada wanita seluruh negara melalui pelbagai pengisian. Diadakan di Surau Jumaat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Proses Pemeriksaan Puspakom Tak Selari, Rakyat Terbeban – Fatmi Che Salleh
https://umno-online.my/2025/03/12/proses-pemeriksaan-puspakom-tak-selari-rakyat-terbeban-fatmi-che-salleh/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Dasar kerajaan mesti selari dan diselaraskan dengan baik agar rakyat tidak terbeban dengan prosedur yang tidak masuk akal, tegas Senator Dewan Negara, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh. Ini kerana katanya, proses pemeriksaan Puspakom yang disifatkan sebagai tidak praktikal dan membebankan pemilik kenderaan, terutamanya berkaitan dengan penggunaan cermin gelap. Jelasnya, kewajaran proses pemeriksaan yang mewajibkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program Jelajah Ramadan 2025 Di Libaran Eratkan Ukhwah
https://umno-online.my/2025/03/12/program-jelajah-ramadan-2025-di-libaran-eratkan-ukhwah/

LIBARAN, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, mengambil peluang sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan menganjurkan Program Jelajah Ramadan 2025 di beberapa lokasi sekitar kawasan terbabit. Ujar Suhaimi, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, selain menyantuni rakyat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan suci ini. Jelajah Ramadan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Veteran UMNO Susun Gerak Kerja Bantu BN Pertahan DUN Ayer Kuning
https://umno-online.my/2025/03/12/veteran-umno-susun-gerak-kerja-bantu-bn-pertahan-dun-ayer-kuning/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Veteran UMNO Malaysia bersama Veteran UMNO Negeri Perak dan Veteran UMNO Bahagian Tapah telah mengadakan perbincangan pada bagi menyusun strategi gerak kerja membantu calon UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N48 Ayer Kuning yang akan bermula 12 April ini. Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob, fokus utama kempen adalah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Program STEM Exploration Camp (SteC) 2024 Lahirkan Generasi Inovatif – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/11/29/program-stem-exploration-camp-stec-2024-lahirkan-generasi-inovatif-awang-aslee/

KUALA PENYU, 29 Nov – Program STEM Exploration Camp (SteC) 2024 telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga GiatMARA Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, dalam satu majlis yang penuh bermakna di sini. Majlis perasmian ini dihadiri oleh para pelajar, guru-guru, dan pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang bertujuan untuk memupuk minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) di [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerajaan Perpaduan: Kecekapan UMNO Sumbang Kepada Kesejahteraan Dan Kestabilan – Haryaty
https://umno-online.my/2024/11/29/kerajaan-perpaduan-kecekapan-umno-sumbang-kepada-kesejahteraan-dan-kestabilan-haryaty/

AYER KEROH, 29 Nov – Kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai elemen penting dalam menyeimbangkan kesejahteraan dan kestabilan dalam negara ini. Exco Wanita UMNO, Datuk Haryaty Hamdzah berkata, peranan UMNO dalam kerajaan ini membolehkan negara bersaing secara sihat selain memberi perkhidmatan terbaik pada rakyat. Beliau memberi contoh situasi yang berlaku di UMNO Bahagian Kota Melaka bahawa terdapat pelbagai bangsa [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Banjir Kelantan: Wan Rosdy Zahir Simpati, Doa Agar Keadaan Kembali Pulih
https://umno-online.my/2024/11/29/banjir-kelantan-wan-rosdy-zahir-simpati-doa-agar-keadaan-kembali-pulih/

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Menteri Besar Pahang menzahirkan simpati di atas bencana banjir yang berlaku di Kelantan dan berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO memahami segala kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir tersebut. “Saya melahirkan rasa simpati atas nasib mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

TPM Lawat UniMAP: Perkasa Latihan Teknologi Semikonduktor
https://umno-online.my/2025/03/14/tpm-lawat-unimap-perkasa-latihan-teknologi-semikonduktor/

PERLIS, 14 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini mengadakan lawatan ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi meninjau potensi latihan teknologi semikonduktor dan pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E). Ujarnya, lawatan ini selari dengan perkembangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang semakin pesat sebagai hab utama industri E&E malah salah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Majlis Berbuka Puasa KKDW Zon 3 Eratkan Ukhuwah dan Perpaduan
https://umno-online.my/2025/03/14/majlis-berbuka-puasa-kkdw-zon-3-eratkan-ukhuwah-dan-perpaduan/

PAPAR, 14 Mac – Majlis Berbuka Puasa anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bagi Zon 3 berlangsung meriah dengan kehadiran tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat. Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi selaku Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili beliau menzahirkan rasa syukur atas kemeriahan dan kebersamaan yang terjalin dalam program ini. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Imarah Ramadan Melalui Santapan Rohani, Anjur Khatam Al-Quran
https://umno-online.my/2025/03/14/imarah-ramadan-melalui-santapan-rohani-anjur-khatam-al-quran/

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Bagi mengimarahkan lagi kedatangan Ramadan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid berbesar hati menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran & Iftar Wanita UMNO Kuala Pilah. Dilaksanakan malam tadi di Majlis Desa Anggerik ia mendapat sambutan menggalakkan daripada kaum muslimah yang memanfaatkan bulan mulia ini dengan majlis ilmu. Sebelum berlangsungnya khatam Al-Quran turut [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRU16: Apakah Peluang UMNO?
https://umno-online.my/2025/03/14/pru16-apakah-peluang-umno/

SEBAGAI seseorang yang telah lama mengikuti perkembangan politik tanah air dan memahami selok-belok kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi, saya melihat Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sebagai peluang terbaik untuk UMNO bangkit semula. Jika strategi yang betul digunakan, UMNO boleh menarik semula kepercayaan pengundi Melayu, terutama dalam tiga segmen utama: pengundi kali pertama berusia 18-23 tahun, pengundi muda berusia 25-29 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohd Isam Terus Khidmat Bakti, Ziarah Kasih Sempena Ramadan
https://umno-online.my/2025/03/13/mohd-isam-terus-khidmat-bakti-ziarah-kasih-sempena-ramadan/

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa meneruskan khidmat bakti bersempena Ramadan dengan menyantuni masyarakat setempat. Terbaharu beliau ke Felda Bukit Rokan bagi menemui komuniti di situ di samping bertanya khabar mereka sebelum melakukan ziarah ke rumah warga emas. Pada kunjungan tersebut beliau turut sama menyampaikan bantuan kepada mereka dalam meringankan beban untuk mengharungi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Mohamed Khaled Sampaikan Sumbangan Kebajikan ATM Kepada Anggota, Waris
https://umno-online.my/2025/03/13/mohamed-khaled-sampaikan-sumbangan-kebajikan-atm-kepada-anggota-waris/

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyampaikan sumbangan kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anggota dan waris pada Rabu. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO telah berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid, di sini. “Pada hari ke-11 Ramadan, saya berpeluang menghadiri Majlis [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Raikan Anak Yatim, Iftar Penuh Muhibbah
https://umno-online.my/2025/03/12/umno-raikan-anak-yatim-iftar-penuh-muhibbah/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kepimpinan tertinggi UMNO hari ini meraikan anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Bertempat di Dewan Tun Razak 3, di sini, majlis tersebut bermula seawal jam 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan jemputan khas termasuk anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Presiden UMNO, Datuk [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pelihara Perpaduan… Tolak Pihak Mainkan Sentimen Agama, Kaum Dan Bangsa – Jalaluddin
https://umno-online.my/2025/03/12/pelihara-perpaduan-tolak-pihak-mainkan-sentimen-agama-kaum-dan-bangsa-jalaluddin/

SEREMBAN, 12 Mac – Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak yang cuba untuk memainkan sentimen agama, bangsa serta kaum bagi merosakkan perpaduan di bawah Kerajaan Madani. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan memaklumkan bahawa amalan menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan sedang giat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

KDN Tiada Hasrat Ikut Langkah AS Berhubung Dasar Hantar Pulang Pendatang Tanpa Izin
https://umno-online.my/2025/03/12/kdn-tiada-hasrat-ikut-langkah-as-berhubung-dasar-hantar-pulang-pendatang-tanpa-izin/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) buat masa ini tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat (AS) berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal sebagai dasar baharu lebih keras bagi menyelesaikan isu lambakan warga asing dalam negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini kerana KDN sentiasa menambah baik prosedur kawalan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Erat Silaturahim… Saarani Santuni Warga Penjara, IPD Tapah
https://umno-online.my/2025/03/12/erat-silaturahim-saarani-santuni-warga-penjara-ipd-tapah/

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyantuni warga Penjara Tapah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Ramadan pada Selasa. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak memaklumkan beliau telah memenuhi undangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pemimpin Politik Perlu Bertindak Sebagai Jambatan Perpaduan Bukan Cetus Api – Sultan Pahang
https://umno-online.my/2025/03/12/pemimpin-politik-perlu-bertindak-sebagai-jambatan-perpaduan-bukan-cetus-api-sultan-pahang/

KUANTAN, 12 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pemimpin khususnya pemimpin politik, agar bertindak sebagai jambatan perpaduan menyatukan rakyat dan bukannya mencetus api membakar hubungan harmoni yang sekian lama terjalin. Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi ‘badut’ mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R), sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat. “Biarkanlah pentas ini [...]

Читать полностью…

UMNO Online

ADUN Johol Ajak Imarahkan Ramadan Dengan Program ‘Jom Buko Puasa Di Masjid’
https://umno-online.my/2025/03/12/adun-johol-ajak-imarahkan-ramadan-dengan-program-jom-buko-puasa-di-masjid/

JOHOL, 12 Mac – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Saiful Yazan Sulaiman, mengajak masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid dengan menyertai program ‘Jom Buko Puasa di Masjid’. Program ini akan berlangsung di tiga masjid terpilih, iaitu Masjid Jamek Pekan Johol, Masjid Kariah Gating, dan Masjid Kariah Dato’ Undang Kamat. Katanya, inisiatif ini bertujuan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Jadikan Banjir Produk Pelancongan, ‘The Real’ Menangguk Di Air Yang Keruh – Wan Mahussin
https://umno-online.my/2024/11/29/jadikan-banjir-produk-pelancongan-the-real-menangguk-di-air-yang-keruh-wan-mahussin/

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain beranggapan bahawa kenyataan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Kamarudin Md Noor adalah ‘menangguk di air yang keruh’. Ini kerana katanya, cadangan untuk menjadikan banjir sebagai produk pelancongan dilihat dangkal meskipun kelihatan seperti pemikiran di luar kotak. “Berkaitan dengan cadangan Exco Pelancongan, [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kebolehpasaran Graduan TVET Tinggi, Menuju Industri Berpendapatan Tinggi – Nuraini
https://umno-online.my/2024/11/29/kebolehpasaran-graduan-tvet-tinggi-menuju-industri-berpendapatan-tinggi-nuraini/

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berpandangan kursus-kursus yang ditawarkan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang dibawa kerajaan ketika ini memperlihatkan komitmen yang jitu bagi memastikan bidang ini menuju industri berpendapatan tinggi. Menurut beliau dengan adanya beberapa industri yang digariskan kerajaan antaranya kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, elektronik, kenderaan elektrik (EV) [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perak Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM1.52 Bilion, Tertinggi Dalam Sejarah
https://umno-online.my/2024/11/29/perak-bentang-belanjawan-2025-berjumlah-rm1-52-bilion-tertinggi-dalam-sejarah/

IPOH, 29 Nov – Kerajaan Negeri Perak hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.52 bilion melibatkan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta, iaitu belanjawan tertinggi dalam sejarah Perak. Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad ketika membentangkan belanjawan bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ berkata fokus belanjawan merangkumi lima fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал