Pemuda UMNO Kecewa Dengan Insiden Penurunan Bendera Malaysia Di Melbourne
https://umno-online.my/2024/09/23/pemuda-umno-kecewa-dengan-insiden-penurunan-bendera-malaysia-di-melbourne/
KUALA LUMPUR, 23 Sept – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Hafiz Ariffin melahirkan rasa kecewa dengan sekumpulan yang bertindak menurunkan bendera Malaysia di hadapan bangunan Parlimen Victoria, Melbourne. Menerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sembrong berkata perkara tersebut semakin menjadi-jadi dan tidak sepatutnya berlaku serta tidak ada semangat patriotisme. “Saya perhati sejak [...]
Surat Layang Tidak Beri Kesan Kepada Calon BN – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/23/surat-layang-tidak-beri-kesan-kepada-calon-bn-ahmad-zahid/
PUTRAJAYA, 23 Sept – Penyebaran surat layang yang mendesak pengundi Cina supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini tidak memberi kesan kepada calon Barisan Nasional (BN). Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, seluruh jentera membabitkan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bertungkus lumus untuk memastikan semua pengundi keluar menunaikan [...]
Terus Berusaha, Berdoa Agar Kemenangan Milik BN… Corak Pentadbiran MB Johor Ada Daya Penarik
https://umno-online.my/2024/09/23/terus-berusaha-berdoa-agar-kemenangan-milik-bn-corak-pentadbiran-mb-johor-ada-daya-penarik/
KLUANG, 23 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Rafi Alli Hassan menyeru semua jentera terus berusaha dengan lebih keras dan berdoa agar kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menjadi milik Barisan Nasional (BN) melalui calonnya Syed Hussien Syed Abdullah. Katanya, selain corak pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di bawah Menteri Besar Datuk Onn [...]
Ahmad Zahid Yakin Masyarakat India Teguh Bersama BN
https://umno-online.my/2024/09/23/ahmad-zahid-yakin-masyarakat-india-teguh-bersama-bn/
KLUANG, 23 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa kebersamaan dan sokongan tidak berbelah bahagi masyarakat India terhadap adalah tetap teguh bersama Barisan Nasional (BN). Ujar beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, hal ini dapat dilihat ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra Masyarakat Kaum India yang diadakan sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri [...]
PRK Mahkota: ‘Sebar Surat Layang Bukan Cara Anak Jantan’ – Abdul Rahman
https://umno-online.my/2024/09/22/prk-mahkota-sebar-surat-layang-bukan-cara-anak-jantan-abdul-rahman/
KLUANG, 22 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad membidas dalang yang menyebarkan surat layang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota. Katanya, surat layang yang meminta pengundi untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tidak bertanggungjawab, sambil menyifatkan bukan cara anak jantan. “Saya percaya bahawa surat yang dikeluarkan itu merupakan surat layang kerana kalau [...]
Syed Hussien Teruskan Keharmonian Perjalanan ‘Kempen Keluarga’ DUN Mahkota
https://umno-online.my/2024/09/22/syed-hussien-teruskan-keharmonian-perjalanan-kempen-keluarga-dun-mahkota/
KLUANG, 22 Sept – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mengakui bahawa keharmonian antara kaum adalah perkara paling penting dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru katanya, sepanjang perjalanan kempen yang telah memasuki minggu kedua ini beliau berkata ia lebih kepada suasana ‘kempen keluarga’ lantaran berada di tempat sendiri dan mesra [...]
Persatuan Kebudayaan Kaum Berperanan Penting Perkukuhkan Perpaduan – Bung Moktar
https://umno-online.my/2024/09/22/persatuan-kebudayaan-kaum-berperanan-penting-perkukuhkan-perpaduan-bung-moktar/
SIPITANG, 22 Sept – Persatuan Kebudayaan kaum memainkan peranan penting untuk memperkukuhkan perpaduan di negara ini. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kesepaduan nasional merupakan inti kekuatan dan keamanan negara dan ini dapat dicapai melalui ikatan perpaduan antara seluruh rakyat Malaysia. Sehubungan itu menurutnya, formula perpaduan bagi negara dengan masyarakat majmuk seperti Malaysia terletak pada kesatuan rakyat [...]
Sumbangan Wanita UMNO/BN Cukup Besar, Kekalkan Momentum Kemenangan
https://umno-online.my/2024/09/21/sumbangan-wanita-umno-bn-cukup-besar-dalam-parti-kekalkan-momentum-kemenangan/
KLUANG, 21 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata harus diakui bahawa sumbangan dan jasa golongan wanita cukup besar bagi memastikan kelangsungan parti. Kata Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, baik ketika menjalankan aktiviti komuniti, mesyuarat parti hinggalah dalam kempen pilihan raya, Wanita UMNO yang dikenali melalui jentera Jalinan Rakyat (JR) sentiasa [...]
Pilih Syed Hussien Untuk ‘Yang Berkhidmat, Kekalkan Politik Matang Bersama BN – Dr Akmal
https://umno-online.my/2024/09/21/pilih-syed-hussien-untuk-yang-berkhidmat-kekalkan-politik-matang-bersama-bn-dr-akmal/
KLUANG, 21 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh memaklumkan bahawa fasa pertama dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah berlangsung lancar dan penerimaan masyarakat terhadap calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah sangat positif. Justeru katanya, masyarakat setempat khususnya pengundi tidak perlu ada kesangsian bagi memilih calon BN pada hari [...]
Banjir: Ahmad Zahid Seru Orang Ramai Patuhi Arahan Dan Berjaga-jaga
https://umno-online.my/2024/09/20/banjir-ahmad-zahid-seru-orang-ramai-patuhi-arahan-dan-berjaga-jaga/
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru orang ramai agar mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata beliau telah mendengar [...]
UMNO Kedah Simpati Bencana Banjir Dan Ribut Melanda, Kerajaan Pusat Salur Bantuan Awal
https://umno-online.my/2024/09/20/umno-kedah-simpati-bencana-banjir-dan-ribut-melanda-kerajaan-pusat-salur-bantuan-awal/
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan rasa simpati terhadap rakyat negeri Kedah yang dilanda bencana banjir dan ribut. Beliau yang juga Jurucakap Khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata tindakan pantas Kerajaan Pusat dalam menyalurkan bantuan awal sebanyak RM1,000 dapat meringankan beban mangsa banjir dan bencana banjir. “UMNO Kedah menyambut [...]
UMNO Putatan Prihatin, Minta Penduduk Sentiasa Waspada Ancaman Ribut
https://umno-online.my/2024/09/20/umno-putatan-prihatin-minta-penduduk-sentiasa-waspada-ancaman-ribut/
PUTATAN, 20 Sept – Penduduk di kawasan ini dan sekitarnya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling memandangkan hujan ribut yang melanda beberapa buah daerah di negeri ini sejak beberapa hari lalu. Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed berkata, langkah berwaspada, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan pantai ekoran kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran [...]
Kerajaan Sentiasa Pentingkan Kesejahteraan Warga ATM – Mohamed Khaled
https://umno-online.my/2024/09/20/kerajaan-sentiasa-pentingkan-kesejahteraan-warga-atm-mohamed-khaled/
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain daripada soal kesiagaan aset ketenteraan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan bahawa beliau telah mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyantuni warga ATM di Mahkota, Johor. “Mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi [...]
HAWA Lestari: Kluang Attack Pelopor Program Kelestarian Alam Sekitar, Fokus Kitar Semula – Shahrizat
https://umno-online.my/2024/09/20/hawa-lestari-kluang-attack-pelopor-program-kelestarian-alam-sekitar-fokus-kitar-semula-shahrizat/
KLUANG, 20 Sept – Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata program HAWA Lestari: Kluang Attack adalah pelopor kepada program kelestarian alam sekitar dan fokus kepada pengumpulan barangan kitar semula. Ujar Shahrizat, kempen tersebut perlu diperhebatkan dan dipopularkan agar akhirnya dapat mendidik masyarakat pentingnya mengurangkan penghasilan bahan sisa dan penyertaan setiap anggota [...]
Malam Kluang Berselawat, Hayati Kecintaan Terhadap Rasulullah
https://umno-online.my/2024/09/19/malam-kluang-berselawat-hayati-kecintaan-terhadap-rasulullah/
KLUANG, 19 Sept – Kluang hari ini menyaksikan alunan selawat dan qasidah bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Diadakan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, ia menyaksikan kehadiran hampir 2,000 orang yang bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul. Majlis tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Johor, Datuk Onn [...]
PRK: Azalina Santuni Warga Mahkota Pelbagai Bangsa, Sampaikan Aspirasi Kerajaan Perpaduan
https://umno-online.my/2024/09/23/prk-azalina-santuni-warga-mahkota-pelbagai-bangsa-sampaikan-aspirasi-kerajaan-perpaduan/
KLUANG, 23 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni warga Mahkota pelbagai bangsa di Warung Pak Ali, pagi tadi. Pertemuan tersebut dilakukan secara santai sebagai platform bertukar pandangan mengenai isu semasa dan harapan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota . Rata-rata daripada mereka turut sama berbangga kerana Menteri [...]
Banjir: UMNO Kedah Kesal Sikap Acuh Tak Acuh MB
https://umno-online.my/2024/09/23/banjir-umno-kedah-kesal-sikap-acuh-tak-acuh-mb/
KUALA LUMPUR, 23 Sept – UMNO Negeri Kedah kesal terhadap sikap acuh tak acuh yang diambil oleh Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana gagal pulang lebih awal untuk menguruskan bencana banjir di Kedah. Ini kerana katanya, ia adalah lebih kepada soal kegagalan Muhammad Sanusi meletakkan perkara yang lebih penting sebagai seorang pemimpin. “Menginsafi bencana dan kesusahan [...]
UMNO Beaufort Realitikan Dari Rakyat Kepada Rakyat, Terus Santuni Masyarakat
https://umno-online.my/2024/09/23/umno-beaufort-realitikan-dari-rakyat-kepada-rakyat-terus-santuni-masyarakat/
KUALA PENYU, 23 Sept – UMNO Bahagian Beaufort yang diketuai Datuk Awang Aslee Lakat terbukti merealitikan dari rakyat untuk rakyat dengan terus menyantuni masyarakat tempatan khususnya mereka yang dilanda kesusahan dan perlukan perhatian. Melalui Biro Kebajikannya yang turut didukung oleh anggota jawatankuasa bahagian terbabit, gerak kerja dilaksana dengan turun padang menyusur akar bagi bertemu secara langsung dengan mereka yang perlukan [...]
Tanam Pendidikan Islam Pada Awal Usia, Elak Akidah Kanak-Kanak Tersasar – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/23/tanam-pendidikan-islam-pada-awal-usia-elak-akidah-kanak-kanak-tersasar-ahmad-zahid/
KLUANG, 23 Sept – Pembelajaran mengenai agama Islam harus ditanam pada awal usia supaya akidah kanak-kanak Muslim tidak lari daripada landasan sebenar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pendidikan Islam yang bertunjangkan al-Quran dapat membimbing kanak-kanak tentang cara hidup Islam yang lengkap dan tidak menyesatkan. “Soal [...]
Delegasi BN Manfaatkan Pertemuan Dua Hala Bersama Universiti Tsinghua
https://umno-online.my/2024/09/22/delegasi-bn-manfaatkan-pertemuan-dua-hala-bersama-universiti-tsinghua/
BEIJING, 22 Sept – Hari kedua Delegasi Barisan Nasional (BN) ke negara China diteruskan lagi dengan pertemuan bersama ahli akademik di Universiti Tsinghua. Pertemuan tersebut yang berlangsung di universiti berkenaan pada Sabtu membuka ruang kepada delegasi yang hadir untuk melihat secara lebih dekat serta bertukar pandangan berkaitan soal pendidikan antara kedua-dua negara dan sebagainya lagi. Delegasi BN diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi [...]
PRK Mahkota: Surat Layang Bukti Sikap Tidak Matang Pihak Lawan – Shamsul Anuar
https://umno-online.my/2024/09/22/prk-surat-layang-bukti-sikap-tidak-matang-pihak-lawan-shamsul/
KLUANG, 22 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk tidak terpengaruh dengan dakyah dibawa pihak lawan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu. Katanya, ini kerana perbuatan menyebarkan surat layang ketika kempen PRK jelas menunjukkan sikap tidak matang mereka sebagai pembangkang. “Budaya politik tidak matang, [...]
PRK Mahkota: Jentera Wanita Akan Pastikan Sokongan Diterjemah Dalam Bentuk Undi
https://umno-online.my/2024/09/22/prk-mahkota-jentera-wanita-akan-pastikan-sokongan-diterjemah-dalam-bentuk-undi/
KLUANG, 22 Sept – Perkara paling penting bagi setiap kempen pilihan raya adalah sokongan yang diterjemahkan dalam undi yang diperoleh, ujar Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Berhubung dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang memasuki minggu kedua kempen, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata gerak kerja jenteranya melalui Jalinan [...]
Malaysia-China: Pelbagai Input Dikongsi Delegasi BN Bersama IDCPC
https://umno-online.my/2024/09/21/malaysia-china-pelbagai-input-jadikan-pertemuan-delegasi-bn-bersama-idcpc-tarik-tumpuan/
BEIJING, 21 Sept – Delegasi Barisan Nasional (BN) ke China yang diketuai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi pada Jumaat mengadakan pertemuan bersama Timbalan Menteri International Department Comunis Party of China (IDCPC), Madam Sun Haiyan dan pelbagai perkara menarik dapat dibincangkan. Tentunya pertemuan tersebut berkisar kepada soal kerjasama dua hala antara parti selain hubungan sedia ada [...]
Jalaluddin Yakin Keberkesanan Sistem Kempen, Gerak Kerja Tersusun Pasti Membuahkan Kejayaan
https://umno-online.my/2024/09/20/jalaluddin-yakin-keberkesanan-sistem-kempen-gerak-kerja-tersusun-pasti-membuahkan-kejayaan/
KLUANG, 20 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yakin keberkesanan sistem kempen dan gerak kerja yang tersusun dalam menghadapi pilihan raya pasti akan membuahkan kejayaan. Mengambil contoh terbaharu sebelum ini kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Jalaluddin berkata keputusan yang sama juga akan mampu diperolehi di [...]
Kerajaan Negeri Tekad Teruskan Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin
https://umno-online.my/2024/09/20/kerajaan-negeri-tekad-teruskan-misi-bantuan-kasih-johor-palestin/
KLUANG, 20 Sept – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan Tabung Kasih Johor-Palestin telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM2.5 juta setakat ini. Bersama MAHAR ujar Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, penyaluran bantuan kemanusiaan akan disampaikan secara berperingkat. “Misi Bantuan Kasih Johor-Palestin dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu Fasa Pertama: Penghantaran barangan bantuan dari [...]
HAWA Lestari Sahut Kempen ‘Johor Bersih’, Timbulkan Kesedaran Masyarakat Cintai Kelestarian Alam
https://umno-online.my/2024/09/20/hawa-lestari-sahut-kempen-johor-bersih-timbulkan-kesedaran-masyarakat-cintai-kelestarian-alam/
KLUANG, 20 Sept – Johor Bersih merupakan antara kempen Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi di bawah Teras Kelima Agenda Maju Johor iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Alam Sekitar. Rentetan itu, HAWA Lestari menyahut seruan kerajaan negeri itu dengan mengadakan kempen kesedaran dan memupuk semangat cintai kebersihan dan kelestarian alam untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Bertempat [...]
Pelbagai Medium Kukuhkan Hubungan Diplomatik Malaysia-China
https://umno-online.my/2024/09/20/pelbagai-medium-kukuhkan-hubungan-diplomatik-malaysia-china/
KUALA LUMPUR, 20 Sept – 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia dan China diperkukuh menerusi pelbagai medium dalam usaha merapatkan lagi hubungan yang dirintis sebelum ini. Hari ini delegasi Barisan Nasional (BN) berkunjung ke negara berkenaan dengan pelbagai program yang diatur oleh pihak yang berkaitan khususnya Parti Komunis China (CPC). Ketua Delegasi berkenaan, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata program berkenaan [...]
Menangkan BN Untuk Mahkota, Realisasikan Agenda Maju Johor 2030 – Mohd Jafni
https://umno-online.my/2024/09/20/menangkan-bn-untuk-mahkota-realisasikan-agenda-maju-johor-2030-mohd-jafni/
KLUANG, 20 Sept – Exco Kerajaan Negeri Johor (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Jafni Md Shukor menekankan pentingnya calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mengekalkan kemenangan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 28 Sept depan. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata [...]
BN Tidak Pernah Benarkan Mana-Mana Pihak Guna Nama BN, Lambang Dacing – Dr Zambry
https://umno-online.my/2024/09/20/bn-tidak-pernah-benarkan-mana-mana-pihak-guna-nama-bn-lambang-dacing-dr-zambry/
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Barisan Nasional (BN) tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk menggunakan nama gabungan politik itu atau lambang dacing tanpa merujuk kepada Dewan Tertinggi BN. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan semalam berkata gabungan itu juga tidak pernah membincangkan atau mengetahui langkah-langkah yang dibuat oleh Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) yang cuba [...]
MoU Kerajaan Perpaduan: Kerana Ego Politik, Rakyat Kawasan Pembangkang Rugi
https://umno-online.my/2024/09/19/mou-kerajaan-perpaduan-kerana-ego-politik-rakyat-kawasan-pembangkang-rugi/
KUALA LUMPUR, 19 Sept – Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan beranggapan bahawa kerana ego politik, rakyat di kawasan Ahli Parlimen pembangkang menanggung kerugiannya. Ini kerana katanya, tindakan Perikatan Nasional (PN) menolak memorandum persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan mengenai peruntukan Ahli Parlimen pembangkang dilakukan dengan menggunakan alasan tidak wajar. “Tidak setujunya PN terhadap draft MoU ini [...]