umnoonline | Неотсортированное

Telegram-канал umnoonline - UMNO Online

2180

Layari UMNO Online

Подписаться на канал

UMNO Online

GISBH: Dr Akmal Gesa Kerajaan Haramkan Pertubuhan, Beri Hukuman Berat
https://umno-online.my/2024/09/12/gisbh-dr-akmal-gesa-kerajaan-haramkan-pertubuhan-beri-hukuman-berat/

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan untuk mengharamkan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) sekiranya kontroversi mengenai pertubuhan tersebut adalah benar. Tegasnya, kerajaan juga perlu memberikan hukuman yang berat kepada si pelaku sekiranya didapati bersalah. “Jika benar ini berlaku maka kerajaan dah boleh haramkan pertubuhan ini dan hukuman [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Perak Nafi Lulus RM30 Juta Untuk Pembangunan Kampung Baru Cina
https://umno-online.my/2024/09/12/perak-nafi-lulus-rm30-juta-untuk-pembangunan-kampung-baru-cina/

IPOH, 12 Sept – Kerajaan Negeri Perak tidak pernah meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina seperti didakwa seorang aktivis badan bukan kerajaan (NG0). Tegas Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad, ia adalah inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Kampung Baru Cina, termasuk menaik taraf kemudahan seperti jalan dan longkang. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Teguh Pejuang Agama, Isu Halal Bukti Nyata
https://umno-online.my/2024/09/11/umno-teguh-pejuang-agama-isu-halal-bukti-nyata/

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai insiden berlaku yang menyaksikan batang tubuh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Akmal Saleh diserang hanya kerana beliau begitu lantang bersuara, menegur kepada sesuatu yang dilihat tidak tepat. Jika kita lihat dari sudut sejarah, sejak Ketua Pemuda UMNO yang pertama iaitu Tun Hussein Dato’ Onn, mereka yang menjawat jawatan ini sememangnya lantang dalam bersuara. Walaupun ketua [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Lawatan Kerja: Mohamad Ke Turkmenistan, Pertingkat Hubungan Pelbagai Bidang
https://umno-online.my/2024/09/11/lawatan-kerja-mohamad-ke-turkmenistan-pertingkat-hubungan-pelbagai-bidang/

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan telah ke Turkmenistan untuk lawatan kerja rasmi bagi mempertingkat hubungan kedua-dua negara dalam pelbagai bidang pada Isnin. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa hubungan perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertanian, produk halal dan kerjasama teknikal menjadi fokus utama untuk lawatan kerja rasmi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Azalina Santuni Komuniti, Tonton Filem Takluk: Lahad Datu
https://umno-online.my/2024/09/11/azalina-santuni-komuniti-tonton-filem-takluk-lahad-datu/

KLUANG, 11 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berbesar hati menyantuni wakil komuniti Kluang dan Pengerang sempena bulan kemerdekaan negara yang masih disambut ketika ini. Kesempatan tersebut dimanfaatkan sebaiknya dengan meluangkan masa untuk menonton filem Takluk: Lahad Datu di Kluang Mall, petang semalam. Filem yang mula ditayangkan sejak 22 Ogos diinspirasikan daripada insiden sebenar yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bapa Syed Hussien Meninggal Dunia, UMNO Rakam Takziah
https://umno-online.my/2024/09/10/bapa-syed-hussien-meninggal-dunia-umno-rakam-takziah/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah yang telah kehilangan bapanya, malam ini. Dilaporkan Allahyarham Syed Abdullah Syed Hamid, 67, meninggal dunia selepas menerima rawatan di sebuah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Sokong Penuh Malaysia Jadi Hub Halal Terbesar Asia – Nurul Amal
https://umno-online.my/2024/09/10/puteri-umno-sokong-penuh-malaysia-jadi-hub-halal-terbesar-asia-nurul-amal/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pergerakan Puteri UMNO menyokong penuh untuk Malaysia menjadi hub halal terbesar bagi seluruh asia. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, kenyataan segelintir pihak mengenai isu halal ini mampu menggugat keharmonian dan perpaduan dalam negara sekiranya tidak ditangani dengan baik. “Kenyataan segelintir pihak mengenai isu halal ini bakal menggugat keharmonian dan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kemelut Bola Sepak Kedah: UMNO Negeri Kecewa Sikap MB
https://umno-online.my/2024/09/10/kemelut-bola-sepak-kedah-umno-negeri-kecewa-sikap-mb/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – UMNO Kedah mengecam sekeras-kerasnya sikap Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor merangkap Presiden KFA yang dilihat mengambil sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab berhubung isu pasukan bola sepak negeri berkenaan. Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pihaknya yakin dan percaya keputusan menswastakan bola sepak negeri tanpa strategi perniagaan yang [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Terapkan Perpaduan Dalam Islam Walau Berbeza Pandangan – Siti Aminah
https://umno-online.my/2024/09/10/terapkan-perpaduan-dalam-islam-walau-berbeza-pandangan-siti-aminah/

LAHAD DATU, 10 Sept – Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Siti Aminah Aching mengingatkan umat Islam untuk kekal bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara. Beliau berkata, umat Islam tidak boleh terlalu taksub dengan pandangan masing-masing dan mengamalkan sikap berpuak-puak dalam sesebuah organisasi apatah lagi yang berteraskan Islam sebagai perjuangan. [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Dijangka Bawa Masuk Pelaburan Baharu Dalam Sektor Halal Dari China
https://umno-online.my/2024/09/10/malaysia-dijangka-bawa-masuk-pelaburan-baharu-dalam-sektor-halal-dari-china/

SHANGHAI, 10 Sept – Malaysia dijangka berpotensi untuk membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata China disenaraikan antara dua destinasi teratas untuk eksport halal Malaysia berdasarkan eksport bernilai RM6.25 bilion (US$1.4 bilion) dalam sektor perdagangan halal setakat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

‘Apa Jadi Pada Syarikat SG4 Jika Kerajaan Negeri PN Bertukar Tangan?’ – Puad
https://umno-online.my/2024/09/03/apa-jadi-pada-syarikat-sg4-jika-kerajaan-negeri-pn-bertukar-tangan-puad/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal kewujudan State Government 4 (SG4) yang ditubuhkan membabitkan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Katanya, menjadi tanda tanya mengenai masa depan syarikat tersebut sekiranya negeri-negeri tersebut tidak lagi berada di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN). “Apa akan jadi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Bukan Kepentingan Politik, JPKKP Ditubuh Bagi Mudahkan Urusan Bantu Rakyat – Junaidi
https://umno-online.my/2024/09/03/bukan-kepentingan-politik-jpkkp-ditubuh-bagi-mudahkan-urusan-bantu-rakyat-junaidi/

RANAU, 3 Sept – Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) bukan atas kepentingan politik tapi ia adalah satu keperluan bagi memudahkan urusan kerajaan dalam mentadbir sesebuah kampung dan menggerakkan segala aktiviti kemasyarakatan selain menjadi medium penyaluran maklumat kepada rakyat. Ketua UMNO Bahagian Ranau, Datuk Junaidi Sahat berkata pelantikan wakil JPKKP bagi setiap kampung berdasarkan kepada kemampuan serta kelayakan mereka [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Pasca-PAU 2024: Langkah Proaktif Pemuda UMNO Depani Cabaran – Zuhir Ghazali
https://umno-online.my/2024/09/03/pasca-pau-2024-langkah-proaktif-pemuda-umno-depani-cabaran-zuhir-ghazali/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berpandangan penubuhan Jawatankuasa Suara Pemuda UMNO Felda adalah atas rasa tanggungjawab terhadap golongan muda terutama yang berada di dalam parti mahupun di luar parti. Menurutnya, jawatankuasa ini amat signifikan bagi meluaskan lagi potensi dan mendepani cabaran alaf baharu warga belia Felda. “Penubuhan jawatankuasa ini di seluruh kawasan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Komitmen UMNO Bersama Rakyat, Santuni Bukan Sandiwara Politik – Awang Aslee
https://umno-online.my/2024/09/03/komitmen-umno-bersama-rakyat-santuni-bukan-sandiwara-politik-awang-aslee/

KUALA PENYU, 3 Sept – Usaha UMNO melaksanakan khidmat bakti terhadap masyarakat dilaksana berterusan tanpa mengira waktu dan bukannya sandiwara politik apabila menjelangnya pilihan raya. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, komitmen kepimpinan UMNO adalah usaha dan gerak kerja yang dilaksanakan secara berterusan demi memastikan masyarakat sedar bahawa parti ini sentiasa ada bersama mereka. “Walaupun ada kekangan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

UMNO Bebaskan Negara Dari Penjajah, Peranan Tidak Boleh Dinafi – Saifullah Ali
https://umno-online.my/2024/09/03/umno-bebaskan-negara-dari-penjajah-peranan-tidak-boleh-dinafi-saifullah-ali/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Saifullah Ali berpandangan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan satu pencapaian besar yang tidak dapat dinafikan daripada peranan penting UMNO. Katanya, UMNO ditubuhkan pada 1946 sebagai respon kepada Malayan Union yang mengancam kedudukan orang Melayu dan parti ini kemudiannya menjadi teraju utama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Nak Menang Kena Ada Strategi… Teruskan Momentum Nenggiri – Md Israk
https://umno-online.my/2024/09/12/prk-mahkota-nak-menang-kena-ada-strategi-teruskan-momentum-nenggiri-md-israk/

JOHOR BAHRU, 12 Sept – Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Md Israk Abdullah berkata UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu mengatur strategi terbaik untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Menurutnya, situasi di Mahkota sedikit berbeza dengan DUN Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang telah menghadapi PRK pada tahun lalu. “Saya ucapkan tahniah kepada Penerangan UMNO [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Diplomasi Pertahanan, Perbincangan Peringkat Global Penting Untuk Kekalkan Keamanan
https://umno-online.my/2024/09/11/diplomasi-pertahanan-perbincangan-peringkat-global-penting-untuk-kekalkan-keamanan/

SEOUL, 11 Sept – Diplomasi pertahanan seperti perbincangan peringkat global dan rundingan meja bulat semasa Dialog Pertahanan Seoul (SDD) 2024, menjadi kunci untuk memastikan keamanan dan keselamatan berterusan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata SDD menyediakan platform untuk berkongsi cabaran ancaman keselamatan dan bertukar-tukar maklumat pertahanan antara satu sama lain. “Sebagai contoh, penganjuran sesi SDD 2024 [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kerjasama Jentera Main Peranan Kekalkan Kemenangan BN Di PRK Mahkota
https://umno-online.my/2024/09/11/kerjasama-jentera-main-peranan-kekalkan-kemenangan-bn-di-prk-mahkota/

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Rozabil Abd Rahman menyifatkan kerjasama berpasukan jentera UMNO memainkan peranan penting bagi mengekalkan kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Beliau berkata ia di tambah apabila Johor sebagai merupakan kubu kuat UMNO yang sudah pastinya memberi kelebihan pada PRK kali ini. “Johor [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Isu Halal: Tanggungjawab Pihak Restoran ‘Target Market’ Orang Islam
https://umno-online.my/2024/09/11/isu-halal-tanggungjawab-pihak-restoran-target-market-orang-islam/

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nur Ellena Mohamed Razif berpandangan bahawa persijilan halal merupakan tanggungjawab pihak restoran yang menyasarkan pelanggan di kalangan orang Islam. Tegasnya, pihak lain tidak perlu mencampuri urusan tersebut dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu mengguris hati majoriti umat Islam di negara ini. “Pihak lain tidak perlu mencampuri urusan proses persijilan halal bagi [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Malaysia Bakal Raih Potensi Pelaburan Industri Halal Bernilai RM4 Bilion Dari China – Ahmad Zahid
https://umno-online.my/2024/09/11/malaysia-bakal-raih-potensi-pelaburan-industri-halal-bernilai-rm4-bilion-dari-china-ahmad-zahid/

SHANGHAI, 11 Sept – Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan serta mesyuarat delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata pelaburan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: UMNO Tidak Ketandusan Pemimpin, Syed Hussein Sambung Legasi – Saiful Fariddil
https://umno-online.my/2024/09/10/prk-mahkota-umno-tidak-ketandusan-pemimpin-syed-hussein-sambung-legasi-saiful-fariddil/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan sekali lagi diberikan kepada calon daripada Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, susulan PRK DUN Nenggiri. Ketuanya, Saiful Fariddil Jasmi berkata keputusan memilih Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Van ‘Justice On Wheels’ Sampaikan Sistem Keadilan Untuk Pelbagai Lapisan Rakyat
https://umno-online.my/2024/09/10/van-justice-on-wheels-sampaikan-sistem-keadilan-untuk-pelbagai-lapisan-rakyat/

KLUANG, 10 Sept – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berbesar hati merasmikan van ‘Justice On Wheels’ sebagai usaha kerajaan menyampaikan akses sistem keadilan untuk segenap lapisan rakyat. Beliau berkata van tersebut akan berada di kawasan-kawasan awam yang mudah diakses oleh orang ramai bagi memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Belajar Saling Menghormati… Jangan Cetuskan Suasana Tidak Harmoni – Pemuda UMNO Pahang
https://umno-online.my/2024/09/10/belajar-saling-menghormati-jangan-cetuskan-suasana-tidak-harmoni-pemuda-umno-pahang/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pemuda UMNO Pahang hari ini membidas tindakan beberapa pemimpin berhubung kenyataan masing-masing mengenai beberapa isu yang dianggap boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini. Ketuanya Mohd Kamil Ibrahim menerusi catatan di Facebooknya berpandangan isu berkaitan soal halal sebagai contoh adalah bukan khusus kepada alkohol ataupun babi semata-mata. “Dalam seminggu dua ini, banyak kenyataan yang keluarkan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

PRK Mahkota: Annuar Musa Perlu Yakinkan PN Untuk Tidak Bertanding
https://umno-online.my/2024/09/10/prk-mahkota-annuar-musa-perlu-yakinkan-pn-untuk-tidak-bertanding/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa perlu meyakinkan parti tersebut untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Iszuwan Ismail berkata, langkah tersebut wajar dilakukan memandangkan beliau meramalkan Barisan Nasional (BN) yang bersama Kerajaan Perpaduan akan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Semua Pihak Perlu Faham Sensitiviti Agama, Tangani Dengan Bijaksana
https://umno-online.my/2024/09/10/semua-pihak-perlu-faham-sensitiviti-agama-tangani-dengan-bijaksana/

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan perlu memahami bahawa sensitiviti agama adalah perkara yang harus dihormati dan menangani segala permasalahan dengan bijak. Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Afzan Manaf berkata, tindakan segelintir pihak yang mengambil pendekatan ‘play victim’ dalam isu halal ini tidak sewajarnya berlaku. “Saya tertarik dengan tindakan segelintir pihak yang secara sengaja mengambil pendekatan [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kenapa Muhyiddin Tiada Pada Sidang Kemuncak SG4? – Gulam Muzaffar
https://umno-online.my/2024/09/03/kenapa-muhyiddin-tiada-pada-sidang-kemuncak-sg4-gulam-muzaffar/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muzaffar Gulam Mustakim mempersoal ketiadaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) yang dianjurkan baru-baru ini. Menurut beliau, menambahkan lagi keanehan apabila ketua panel penasihatnya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan pemimpin Pejuang, yang tidak menganggotai PN. “Pelik bin ajaib [...]

Читать полностью…

UMNO Online

SG4 ‘Ala-Ala’ 1MDB… Dulu Tun M Hasut Rakyat Hingga Ranap Kerajaan BN – Mohd Raqib
https://umno-online.my/2024/09/03/sg4-ala-ala-1mdb-dulu-tun-m-hasut-rakyat-hingga-ranap-kerajaan-bn-mohd-raqib/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan beranggapan bahawa penubuhan syarikat SG4 Sdn Bhd mempunyai konsep sama dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tegasnya, Tun Mahathir yang dahulunya menentang penuh syarikat yang ditubuhkan oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mewujudkan sebuah syarikat ‘ala-ala’ 1MDB. “Saya tertarik dengan penubuhan satu syarikat [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kesedaran Bantu B40, YTSPAI Beri Pendedahan Bantuan Guaman Kepada Pelajar Undang-undang
https://umno-online.my/2024/09/03/kesedaran-bantu-b40-ytspai-beri-pendedahan-bantuan-guaman-kepada-pelajar-undang-undang/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Kesedaran dalam membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah mendorong Yayasan Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim (YTSPAI) dengan menganjurkan Malaysian Law Students Legal Aid Convention 2024, hari ini. Pengerusinya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganjuran ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar undang-undang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang bantuan guaman untuk diaplikasi sejurus berada dalam [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Puteri UMNO Pahang Sambut Baik Usul Had Umur 40 Tahun
https://umno-online.my/2024/09/03/puteri-umno-pahang-sambut-baik-usul-had-umur-40-tahun/

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Pahang menyambut baik usul agar had umur sayap tersebut dinaikkan ke 40 tahun. Ketuanya, Nurul Aslina Saman berkata, usul tersebut dibawa kerana Pergerakan Pemuda dan Puteri kini berkongsi kumpulan sasar yang sama terutamanya pada musim pilihan raya. “Dalam UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri berkongsi kumpulan sasar yang sama iaitu anak muda serta [...]

Читать полностью…

UMNO Online

Kesepakatan Berpasukan Teras Kejayaan, Puteri UMNO Sabah Seru Perkukuh Kekeluargaan
https://umno-online.my/2024/09/03/kesepakatan-berpasukan-teras-kejayaan-puteri-umno-sabah-seru-perkukuh-kekeluargaan/

PAPAR, 3 Sept – Kestabilan institusi kekeluargaan adalah satu keperluan bukan sahaja mengukuhkan masyarakat untuk membina bangsa tetapi membentuk individu yang akan memimpin kebangkitan sebuah peradaban. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal berkata ciri-ciri penting dalam institusi keluarga adalah kesepakatan yang turut diaplikasi dalam parti politik khususnya UMNO. Katanya, institusi kekeluargaan yang stabil adalah ramuan utama bagi kebangkitan [...]

Читать полностью…
Подписаться на канал