☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Akhir 1446H☆
وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصِّدِّیقُونَۖ وَٱلشُّهَدَاۤءُ عِندَ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ وَنُورُهُمۡۖ وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ
"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka" [Surah al-Ḥadīd 19]
#Golongan as-Siddiqun الصِّدّيقونَ bermaksud mereka yang membenarkan agama. Ia adalah kalimah yang berasal daripada perkataan so-da-qa (ص د ق) yang bermaksud membenarkan. Kebenaran yang Allah swt sampaikan, mereka terima dan mereka amalkan. Kerana itulah Sayidina Abu Bakar r.a digelar as-Siddiq kerana beliau membenarkan segala apa yang disampaikan oleh Rasulullah saw.
#Sifat mereka juga benar iaitu apa yang mereka cakap dan lakukan adalah sama. Tidaklah cakap di mulut lain tetapi di hati lain dan perbuatan pula lain. Mereka yang siddiq itu beriman sepenuhnya dengan Allah dan sangat teguh sifat benar mereka. Mereka sangat jujur dan tidak berbohong. Mereka yang sebegini telah diterima iman mereka. Mereka telah berada di peringkat iman yang tinggi.
#Golongan kedua, Allah swt menyebut tentang mereka yang diberi kelebihan mati syahid di medan perang. Ini adalah kerana mereka beriman sungguh-sungguh dengan Allah swt dan para Rasul. Salah satu tanda-tanda meninggal dengan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) yang dijelaskan dalam sejumlah riwayat hadis adalah mati syahid di medan perang. Keadaan meninggal tersebut diistimewakan sebagaimana disebut dalam al-Quran mahupun hadis baginda saw.
#Ayat diatas menyebut tentang golongan Siddiqiin dan golongan Syahidiin. Dan terdapat dalam surah an-Nisa' ayat 69 tentang pembahagian dua golongan ini. FirmanNya:
وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَهُ عَلَيهِم مِنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّالِحينَ ۚ وَحَسُنَ أُولٰئِكَ رَفيقًا
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)".
#Mereka yang siddiq dan syahid itu akan mendapat balasan pahala daripada Allah swt. Segala amal ibadah dan infaq mereka akan dibalas dengan pahala. Pahala itu pula telah disebut sebelum ini: amat banyak dan berganda-ganda dari segi kuantiti dan kualiti.
#Allah juga menjanjikan mereka dengan kurniaan cahaya yang amat diperlukan di akhirat kelak. Iaitu merupakan cahaya semasa melintas Titian Sirat di mana cahaya di hadapan mereka dan di kanan mereka. Waktu itu keadaan amat gelap sekali dan semua orang memerlukan cahaya. Semua Muslim akan diberi cahaya tetapi cahaya orang munafik akan dimatikan. Ini antara kemuliaan bagi golongan siddiqiin dan syahid.
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan siddiqiin dan syahidiin. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
4. Allah tidak akan sia-siakan amalan mereka dan membayar dengan ganjaran yang termahal dan termulia.
وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ * سَیَهۡدِیهِمۡ وَیُصۡلِحُ بَالَهُمۡ * وَیُدۡخِلُهُمُ ٱلۡجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمۡ
Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka" [Surah Muḥammad 4-6]
♡Pengorbanan yang sudah dibuktikan oleh para pejuang di bumi Palestin tiada khilaf padanya melainkan ia syahid yang mulia di tingkatan darjat tertinggi disisi Allah swt. Berbahagialah wahai ibu-ibuku, bapa-bapaku, saudara-saudaraku, anak-anak kecilku dan seluruh pejuang di bumi Palestin dengan janji benar syurga yang tertinggi daripada Allah swt yang Maha Pengasih. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Akhir 1446H☆
ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَاۤىِٕزُونَ
"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya" [Surah at-Tawbah 20]
#Ayat ini menerangkan bahawa orang-orang yang beriman dengan sebenarnya akan mendorongnya dengan rela berhijrah meninggalkan kampung halamannya, harta kekayaan dan segala hasil usahanya, berpisah dengan anak isterinya, orang tua dan sanak saudaranya, mereka adalah orang-orang yang melaksanakan amal perbuatan yang berat dan memerlukan banyak pengorbanan. Apalagi jika amal-amal yang tersebut diikuti dengan jihad di jalan Allah iaitu dengan mengorbankan harta kekayaan dan jiwa raganya.
#Bagi orang-orang yang berbuat demikian Allah akan memberikan penghargaan yang tinggi serta keberuntungan dan kebahagiaan yang paling istimewa disyurga kelak. Adapun orang-orang mukmin yang tidak berhijrah dan tidak berjihad di jalan Allah, meskipun mereka menyediakan minuman bagi para jemaah haji dan memakmurkan Masjidilharam, penghargaan Allah kepada mereka dan pahala yang diberikan kepada mereka tidak sebesar apa yang diterima oleh orang-orang yang hijrah dan berjihad di jalan Allah.
#Jom kita hayati dan insafi kata-kata indah dalam surat yang dikirim oleh Imam Ibnu al-Mubarak kepada Imam Fudhail bin Iyad ketika beliau menyeru manusia kepada jihad:
يَا عَابِدَ الحَرَمَــيْنِ لَوْ أَبْصَرْتَنَا لَعَلِمْتَ أَنَّكَ فِي العِبَادَةِ تَلْعَبُ
أَوْ كَانَ يُتْعِبُ خَيْلَهُ فِي بَاطِلٍ فَخُيُوْلُنَا يَوْمَ الصَّبِيْحَةِ تَتْعَبُ
رِيْحُ العَبِيْرِ لَكُمْ وَنَحْنُ عَبِيْرُنَا رَهَجُ السَّنَابِكِ وَالغُبَارُ الأَطْيَبُ
وَلَقَدْ أَتَانَا مِنْ مَقَالِ نَبِيِّنَا قَوْلٌ صَحِيْحٌ صَادِقٌ لاَ يُكْذَبُ:
لاَ يَسْتَوِي وَغُبَارُ خَيْلِ اللهِ فِي أَنْفِ امْرِئٍ وَدُخَانُ نَارٍ تَلهبُ
هَذَا كِتَابُ اللهِ يَنْطِقُ بَيْنَنَا لَيْسَ الشَّهِيْدُ بِمَيِّتٍ لاَ يُكْذَبُ
"Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram, Kalaulah kamu telah menyaksikan kami, Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya, seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah.
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras, maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras.
Ataupun kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil, maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan.
Bau wangi-wangian menjadi milikmu, sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan.
Dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda Nabi saw, sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan,
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang dan asap neraka yang menyala-nyala.
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong".
#Menurut Ibn Khilikan: Abdullah bin al-Mubarak, adalah penghafaz al-Quran, syeikh Islam, mujahid (pejuang) Islam, ahli perniagaan, pengembara dan pengarang kitab Islam. Beliau juga adalah seorang pakar hadis, fiqh, bahasa Arab dan ahli sejarah bangsa Arab yang terkenal gagah perkasa dan pemurah. Beliau merupakan orang yang pertama menyusun sebuah kitab mengenai jihad dan menyeru manusia kepada jihad dengan semangat yang menyala-nyala.
#Dikatakan oleh al-Hafiz Ibnu Asakir, selepas surat ini sampai kepada ‘Abid al-Haramain iaitu Imam Fudhail bin Iyadh, lantas berair kedua matanya.
♡Itulah nasihat daripada ulamak kepada semua manusia yang memberi makna mereka sentiasa pesan-memesan dan ingat-mengingat untuk membuat yang baik dan yang lebih baik dan seterusnya terbaik. Hal ini jelas menunjukkan kelebihan berjihad pada jalan Allah swt. Salam jihad fi sabilillah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Akhir 1446H☆
فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ
"(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita" [Surah Āali-ʿImrān 170]
#Mari kita hayati dan memberi tumpuan kepada ayat Allah yang indah ini, yang menyebabkan kita merasa bangga dan tidak bersedih apabila mendengar berita syahidnya para pejuang di medan jihad seperti di bumi Palestin. Malah terasa bangga dan mulia. Hal ini kerana Allah swt menyatakan dalam ayat di atas bahawa mereka yang mati syahid sebenarnya sedang bergembira dan bersukacita. Mereka sedang berseronok di satu alam di sebalik mata menikmati segala keindahan nikmat yang tidak mampu digambarkan.
#Berkata Imam Said bin Jubair rahimahullah:
لَمّا دَخَلُوا الْجَنَّةَ ورَأوْا مَا فِيهَا مِنَ الْكَرَامَةِ لِلشُّهَدَاءِ قَالُوا: يَا لَيْتَ إِخْوَانَنَا الَّذِينَ فِي الدُّنْيَا يَعْلَمُونَ مَا عَرَفْنَاهُ مِنَ الْكَرَامَةِ
"Apabila mereka memasuki Syurga dan melihat segala kemuliaan yang dihidangkan buat syuhada', mereka berkata: Kalaulah saudara-saudara kami di dunia tahu kemuliaan-kemuliaan ini" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azim)
#Begitu juga sebagaimana yang dikatakan oleh Abu al-Suud:
وهو شَرَفُ الشَّهادَةِ والفَوْزُ بِالحَياةِ الأبَدِيَّةِ والزُّلْفى مِنَ اللَّهِ عَزَّ وجَلَّ والتَّمَتُّعُ بِالنَّعِيمِ المُخَلَّدِ عاجِلًَا
"Gembira dengan kemuliaan mati syahid, keuntungan hidup yang abadi, keeratan dengan Allah azza wa jalla, merasai nikmatNya yang kekal dalam kadar segera" (Lihat: Al-Irshad)
#Allah swt juga menyatakan para mujahidin langsung tiada rasa takut dan tiada rasa bimbang.
#Ayat ini juga memberi isyarat bahawa mereka langsung tidak pernah mengalami rasa bimbang dalam apa jua bentuk sekalipun. Mereka langsung tidak bimbang untuk menghadapi alam akhirat kerana apa yang menanti mereka itu amat baik dan membahagiakan. Dan mereka tidak akan berdukacita meninggalkan dunia kerana mereka tahu tempat yang mereka sedang menuju itu adalah tempat yang lebih baik daripada dunia. Allah swt hendak memaklumkan yang mereka tidak mati begitu sahaja seperti sangkaan orang kafir dan munafik.
Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a bahawa baginda Nabi saw bersabda:
مَا أَحَدٌ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَلَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا الشَّهِيدُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِ
"Tiada seorang pun yang masuk syurga namun dia suka untuk kembali ke dunia padahal dia hanya mempunyai sedikit harta di bumi, kecuali orang yang mati syahid. Dia berangan-angan untuk kembali ke dunia kemudian berperang lalu terbunuh hingga sepuluh kali kerana dia melihat keistimewaan karamah (mati syahid)" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Firman Allah swt:
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلًا
"Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah Taala (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji itu sedikit pun" [Surah al-Ahzab 23]
♡Selamat bertemu dengan para syuhada' yang telah mendahuluimu wahai As-Syahid Yahya Ibrahim Hassan al-Sinwar. Kematianmu amat membanggakan. Allahuakbar!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Dan aku memohon ampun dari apa yang dilakukan oleh orang Islam (berpecah dari Nabi)". Beliau kemudian meluru ke arah musuh, menghayunkan pedang kiri dan kanan, terus maju tanpa mundur, dan akhirnya rebah menemui syahid diserang hendap oleh seorang bernama Wahsyi.
♡Hebatnya mereka dalam membela Islam. Ayuh, pastikan kita salah sorang daripada hamba Allah yang menjadi pembela agamaNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Akhir 1446H☆
مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
"Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan" [Surah an-Naḥl 97]
#Para ahli tafsir menyatakan bahawa ganjaran kehidupan yang baik yang dimaksudkan pada ayat di atas ialah sifat qanaah, seperti yang diriwayatkan daripada Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a, Sayidina Ibnu Abbas r.a, Hasan al-Basri, Wahab bin Munabbih, dan Zaid bin Wahb rahimahumullah. (Lihat: Tafsir al-Qurthubi)
#Imam Hasan al-Basri rahimahullah berkata mengenai firman Allah swt ini: "Seseorang itu akan dianugerahkan sifat qanaah, yang dengannya hatinya akan merasai kenikmatan" (Lihat: Tarikh Dimasyq Li Ibn ‘Asakir)
#Ketahuilah, antara asas utama kebahagiaan seseorang adalah memiliki sifat qanaah, iaitu sikap menerima dan redha dengan segala nikmat yang Allah swt berikan kepadanya tanpa membandingkannya dengan apa yang diberikan kepada orang lain.
#Kehidupan setiap Muslim itu adalah berbeza-beza. Ada yang diberi harta yang banyak, ada yang diberi harta yang sedikit, dan ada yang sederhana. Namun, apabila seseorang itu mempunyai sifat qanaah iaitu merasa berkecukupan, maka dia akan merasakan kebahagiaan.
#Oleh itu, jangan beranggapan bahawa ukuran kehidupan yang baik dan kebahagiaan adalah dengan memiliki banyak harta, kerana kekayaan tidak menjamin kebahagiaan. Inilah yang pernah di sabdakan oleh baginda saw:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ، وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ
"Kekayaan bukanlah disebabkan oleh banyaknya harta, tetapi hakikat kekayaan itu adalah kekayaan hati (qanaah)" (HR al-Bukhari)
#Apabila seseorang telah mencapai sifat qanaah, maka dia akan merasai kebahagiaan, kerana dia akan sentiasa merasa puas dan cukup dengan segala yang Allah swt anugerahkan kepadanya, baik banyak ataupun sedikit. Sebaliknya, jika sifat qanaah tidak ada dalam hati seseorang, dia akan merasakan hidup dalam kesengsaraan, kerana dia tidak akan pernah merasa cukup, walaupun Allah swt telah memberikan banyak kenikmatan kepadanya.
#Sesiapa memiliki sifat qanaah, dia akan mendapat beberapa kenikmatan, iaitu:
1. Dia akan merasa bahagia, kerana sentiasa bersyukur atas segala pemberian Allah swt kepadanya.
2. Dia tidak akan ada perasaan dengki terhadap orang lain yang mendapat nikmat, malah dia akan mendoakan keberkatan kepada orang tersebut.
3. Dia akan redha dengan apa yang Allah swt berikan kepadanya dan kepada orang lain.
♡Ingatlah bahawa syarat utama untuk memiliki sifat qanaah, hendaklah seseorang itu beriman kepada Allah swt dan sentiasa merasa cukup serta redha akan segala bentuk pemberian dariNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Akhir 1446H☆
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ
"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah al-Anbiya’ 107]
#Imam Ibn Jarir at-Tabari rahimahullah berkata: "Sebahagian ahli tafsir seperti Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma berkata ayat ini menyatakan bahawa agama Islam yang dibawa Rasulullah saw merupakan rahmat kepada orang beriman dan rahmat buat orang kafir juga".
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
إِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ
"Sesungguhnya saya adalah pembawa rahmat dan penunjuk jalan" (HR al-Bazzar dan al-Tabrani)
#Al-Quran mengulang perkataan Rahmah dan kalimah-kalimah yang bersumber darinya sebanyak 280 kali. Unsur menitikberatkan kasih-sayang ini tidak kita kenali dalam kitab-kitab lain semisal apa yang telah ditegaskan oleh al-Quranul Karim. Inilah bukti menunjukkan bahawa Nabi yang agung dan pengasih, yang rahmatnya meliputi setiap insan baik yang Muslim mahupun non-Muslim, yang melarang dan menegah dengan jelas dan tegas daripada pembunuhan perempuan non-Muslim yang turut serta berperang, serta kanak-kanak mereka, orang-orang tua mereka dan bayi-bayi mereka. Baginda Nabi saw bersabda:
لَا تَقْتُلُوا شَيْخًا فَانِيًا ، وَلَا طِفْلًا، وَلَا صَغِيرًا، وَلَا امْرَأَةٌ
"Janganlah kalian membunuh orang tua yang lemah, jangan juga kanak-kanak, jangan juga budak kecil, jangan juga wanita" (HR al-Baihaqi)
#Baginda juga melarang daripada membunuh orang buta dalam kalangan tentera musuh, baginda juga menegah perbuatan membunuh hamba dan budak suruhan lelaki mahupun perempuan, jua warga awam yang tidak turut serta dalam peperangan, begitu juga baginda tidak mengizinkan pembunuhan para pendeta dan paderi serta melarang daripada mengapa-apakan tempat ibadat bagi agama-agama lain, bahkan rahmat baginda meliputi sekalian alam, bukan sahaja kepada semua manusia tanpa mengira jenisnya, bahkan rahmat itu juga tercucur kepada alam selain manusia; semisal alam haiwan, tumbuhan dan material dalam kalangan tentera musuh, apabila baginda melarang daripada menyembelih haiwan-haiwan yang berada dalam bersama askar musuh, melarang perbuatan memotong pokok yang berbuah, menghancurkan bangunan dan merobohkannya, mengharamkan perbuatan merosakkan badan mayat tentera musuh dalam kalangan kuffar.
#Diriwayatkan juga oleh ulamak-ulamak Sirah dan Sejarah Peperangan, bahawa apabila baginda Nabi Muhammad saw sedang dalam perjalanan untuk menakluk kota Mekah ketika peristiwa Fathul Makkah, baginda memimpin tentera seramai lebih kurang 10,000 orang prajurit. Ketika memasuki Mekah, baginda ternampak seekor anjing betina yang sedang memelihara anak-anak anjingnya, anak-anak anjing itu pula sedang menyusu di sekeliling ibu anjing tersebut. Rasulullah saw pun menyuruh salah seorang sahabatnya yang bernama Sayidina Ju’ail bin Suraqah r.a untuk memelihara dan membentengi anjing tersebut bersama anak-anak anjing itu, supaya tidak dilanggar atau dipijak oleh mana-mana tentera Islam. (Lihat: al-Qaul al-Tayyib)
#Ini menunjukkan bahawa Nabi saw adalah pembawa rahmat kepada sekelian alam termasuk kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan alam.
♡Rasulullah saw menggesa kita sebagai umatnya untuk bersifat rahmah dalam apa jua situasi dan keadaan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Akhir 1446H☆
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).. [Surah al-Hujurat 13]
#Allah menilai manusia pada taqwanya. Bukan pada rupa paras atau hartanya.
#Diriwayatkan bahawa ada seorang lelaki melintasi Rasulullah aw. Baginda pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua tentang dia?"
Mereka menjawab: Dia ini pasti, jika meminang, orang sudi nikahkan. Jika beri cadangan, orang terima. Jika berkata, orang dengar.’
Nabi hanya diam. Kemudian lalu pula seorang lelaki Muslim yang miskin. Nabi pun bertanya: "Apa pandangan kamu semua pula tentang dia?"
Mereka menjawab: "Dia ini pasti, jika meminang, orang tidak sudi. Jika beri cadangan, orang tolak. Jika berkata, orang tidak dengar"
Rasulullah pun bersabda: "Dia seorang sahaja pun adalah lebih baik daripada seramai-ramai orang di bumi yang serupa dengan orang pertama tadi!" (HR al-Bukhari)
#Disebut dalam riwayat, ada beberapa orang sahabat Nabi yang hodoh, antaranya Sayidina Ju'ail bin Suraqah r.a. Sebelah matanya buta. Sudahlah hodoh dan buta, miskin pula.
Selepas pembahagian harta perang Hunain, Nabi tanya Sayidina Abu Zar tentang Ju'ail bin Saraqah r.a. Mereka berdua sekampung. "Bagaimana awak tengok Ju'ail?"
Sayidina Abu Zar menjawab: "Kesian orangnya sepertimana rupanya di mata orang"
Nabi tanya pula pandangan Sayidina Abu Zar tentang seorang pemimpin kabilah yang baru Nabi hadiahkan harta kepadanya. Beliau pun menjawab: "Dia adalah tokoh antara tokoh!"
Lalu Nabi pun sebut: "Namun Ju'ail seorang adalah lebih baik daripada orang itu sekalipun seramai sampai penuh bumi orang sepertinya!" (Ma'rifah al-Sahabah)
#Walaupun rupa hodoh, buta dan miskin, namun jika dia seorang yang bertaqwa, dia sangat bernilai disisi Allah swt bahkan dijanjikan syurga teristimewa.
♡Alhamdulillah, Allah tidak menilai kita pada rupa dan harta, tetapi pada iman, amal usaha dan taqwa. Bertaqwakah kita? Selamat bermuhasabah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: SUSU AMAT DIPERLUKAN BAYI DI GAZA*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SUSU-4-GAZA
*Harga air bersih di Gaza ialah RM5.20 satu liter dan satu tin susu formula seberat 400 gram untuk bayi ialah RM38 di tengah Gaza dan Khan Younis. Bagaimanapun, harga meningkat sehingga RM59 di Jabalia, Utara Gaza kerana lebih sukar di perolehi*
*Sehelai lampin pakai buang kini mencecah harga RM7 manakala bagi harga air bersih ialah RM5.20 seliter. Sebijik telur ayam di Gaza berharga rm13*😭😭😭😭
Setahun peperangan telah berlangsung dan mengakibatkan kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 kini melonjak kepada 41,788 orang, dan lebih 100 ribu cedera parah, menurut sumber perubatan pada Rabu.
Disamping itu 2 Juta rakyat Palestin yang masih bertahan di bumi Gaza *termasuk lebih 500,000 kanak-kanak antaranya bayi amat memerlukan susu dan air bersih dalam proses tumbesaran*
*Kesemua ibu-ibu di Gaza mengalami masalah kekurangan air dan makanan yang sepatutnya menyebabkan ketiadaan susu badan dan masalah berkaitan nutrisi*. Ketika ini bekalan susu dan air bersih hanya boleh didapati dengan harga yang tersangat mahal.
*SASARAN KEMPEN SUSU 4 GAZA: DIPERLUKAN RM1,000,000 (1 JUTA)*
Suka atau tidak, itulah kehidupan yang perlu dan berterusan dilalui di bumi Gaza.
Inilah waktu yang terbaik untuk kita membantu dan menyumbang bagi memenuhi keperluan anak-anak di Gaza ketika ini.
*Jom bersama-sama Geng Talaqqi, kita hilangkan dahaga bayi, anak-anak dan mereka yang dalam keperitan hidup untuk menikmati walau hanya setitis air bersih dan sebotol susu*
Marilah bersama-sama kita bantu mereka, moga Allah membantu kita dunia akhirat. Aamiiin
*🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢:*
https://toyyibpay.com/SUSU-4-GAZA
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SUSU 4 GAZA
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/Susu4Gaza
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/Susu4Gaza
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/Susu4Gaza
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/0193223501/Susu4Gaza
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Akhir 1446H☆
وَمَاۤ أُمِرُوۤا۟ إِلَّا لِیَعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَ حُنَفَاۤءَ وَیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَ ٰلِكَ دِینُ ٱلۡقَیِّمَةِ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar" [Surah al-Bayyinah 5]
#Abul Qasim al-Qusyairi rahimahullah berkata: "Ikhlas adalah menjadikan niat hanya untuk Allah dalam melakukan amalan ketaatan. Jadi, amalan ketaatan tersebut dilakukan dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Sehingga yang dilakukan bukanlah ingin mendapatkan perlakuan baik dan pujian dari makhluk atau yang dilakukan bukanlah selain daripada mendekatkan diri kepada Allah swt.
#Ikhlas merupakan salah satu syarat diterimanya suatu amalan, di samping amalan tersebut mestilah sesuai dengan petunjuk Nabi saw. Tanpa ikhlas, amalan menjadi sia-sia belaka.
#Berkata ulamak: "Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi saw bagaikan seorang musafir yang membawa bekal berisi pasir. Bekal tersebut hanya memberatkan, namun tidak membawa apa-apa manfaat".
#Pastikan setiap amalan yang kita lakukan benar-benar ikhlas. Allah swt akan sentiasa menolong kaum muslimin kerana keikhlasan sebahagian orang daripada umat ini. Sabda baginda Nabi saw:
إِنَّمَا يَنْصُرُ اللَّهُ هَذِهِ الْأُمَّةَ بِضَعِيفِهَا بِدَعْوَتِهِمْ وَصَلَاتِهِمْ وَإِخْلَاصِهِمْ
"Allah swt akan menolong umat ini kerana sebab orang miskin, kerana doa orang miskin tersebut, kerana solat mereka dan kerana keikhlasan mereka dalam beramal" (HR an-Nasaie)
#Bagaimana cara agar seseorang itu benar-benar ikhlas?
1. Mendalami ilmu berkaitan ikhlas dan riyak.
2. Mengenal nama dan sifat Allah dan lebih mendalami tauhid.
3. Selalu memohon kepada Allah agar dimudahkan untuk ikhlas dalam setiap amalan.
4. Berfikir bahawa dunia ini akan fana (musnah).
5. Takut mati dalam keadaan su’ul khatimah (kematian yang hina) dan takut terhadap seksa kubur.
6. Memikirkan kenikmatan syurga bagi orang-orang yang berbuat ikhlas.
7. Mengingati seksa neraka bagi orang-orang yang riyak.
8. Takut akan terhapusnya amalan kerana riyak.
9. Semangat dalam menyembunyikan amalan, rutin dalam melakukan solat malam dan puasa sunnah.
10. Meninggalkan rasa tamak pada apa yang ada pada manusia.
11. Memiliki waktu untuk mengasingkan diri dan menyendiri untuk beramal.
12. Bersahabat dengan orang-orang soleh yang selalu ikhlas dalam amalannya.
13. Membaca kisah-kisah orang yang ikhlas.
14. Sering muhasabah atau koreksi diri.
15. Mengingat bahawa syaitan tidak akan mengganggu orang-orang yang berusaha untuk ikhlas.
#Pesan Ibrahim bin Adham: "Tidaklah bertakwa kepada Allah orang yang ingin kebaikannya disebut-sebut orang (riyak/tidak ikhlas)"
♡Pastikan setiap amal kita dilakukan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan demi mmeperoleh keredhaan Allah swt. Berusaha untuk ikhlas disamping memohon nikmat ikhlas dalam beramal♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Akhir 1446H☆
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِي وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku" [Surah al-Baqarah 186]
#Doa adalah senjata yang ampuh bagi orang mukmin. Islam mengajar disamping kita berusaha sehabis daya, mengambil semua asbab, maka sebagai makhluk, kita serahkan segala keputusan kepada pemilik segalanya. Sebagai muslim yang beriman, kita percaya dan yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama sebagaimana firman Allah swt dalam ayat di atas.
#Umat Islam memiliki senjata keimanan kepada Allah swt iaitu doa selain daripada senjata fizikal bagi membantu kemenangan saudara seIslam khususnya di Palestin. Senjata doa ini tiada siapa pun yang dapat menghalang seseorang untuk mengangkat tangan berdoa. Kita juga tidak tahu antara doa- doa yang kita baca, antaranya ada doa yang dimakbulkan Allah. Apa yang paling penting adalah kita diminta untuk berdoa untuk saudara seIslam kita di Palestin.
#Hari ini genap 365 hari Taufan al-Aqsa. Sepanjang tempoh 365 hari itu, seramai 41,870 telah syahid dan 10,000 orang hilang, 97,166 cedera, 16,927 kanak-kanak syahid, 25,973 kanak-kanak hidup tanpa ibu bapa atau salah seorang daripada mereka. 1,737,524 dijangkiti penyakit berjangkit akibat perpindahan. Kira-kira 60,000 wanita hamil berisiko kerana kekurangan penjagaan kesihatan. 2 juta orang kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza. 125 sekolah dan universiti musnah sepenuhnya. 337 sekolah dan universiti separa musnah. Seramai 12,700 pelajar lelaki dan perempuan telah dibunuh dan 785,000 pelajar lelaki dan perempuan tidak dapat pergi ke sekolah. 750 guru dan pekerja pendidikan dibunuh. 130 saintis, ahli akademik, profesor universiti dan penyelidik telah dibunuh. 814 masjid musnah sepenuhnya daripada 1245 masjid di Semenanjung Gaza. 150,000 unit rumah telah musnah sepenuhnya dan 80,000 unit rumah telah musnah tidak boleh didiami. 200,000 unit rumah yang separa musnah. Sebanyak 85,000 tan bahan letupan dijatuhkan oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza. 34 hospital tidak dapat beroperasi. 3,130 kilometer rangkaian elektrik telah dimusnahkan. Dianggarkan 86% kadar kemusnahan di Semenanjung Gaza dan 35 bilion dolar kerugian sepanjang genosid di Semenanjung Gaza (Sumber: Pejabat Media Kerajaan Gaza)
#Ayuh gandakan doa kita kerana doa adalah senjata yang ampuh yang mampu memusnahkan musuh. Moga Allah swt menghancurkan dan mengalahkan tentera Zionis Laknatullah dan sekutu-sekutunya.
#Pernah ditanyakan kepada Imam Ibnul Qayyim rahimahullah: "Bilakah kelegaan akan datang? Maka beliau berkata:" Kelegaan itu datang apabila kita tidak mengharapkan pergantungan dan bantuan kepada manusia. Tetapi kelegaan dan kepuasan itu terbit apabila kita berharap dan bergantung kepada Allah swt.
#Jom berdoa agar Allah membantu saudara pejuang kita bumi Palestin.
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب, اِهزِم الكفار, اهزم اليهود, اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم, وانصُرْنا عليهم.
"Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera Ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء, نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا, اللهم انت ربنا و نحن عبادك. اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك
"Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalanMu. Aamiiin
♡Moga kemenangan untuk Palestin dan kehancuran untuk Israel Zionis dan sekutunya. Aamiiin. Allahuakbar!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Akhir 1446H☆
الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah SWT jualah kesudahan segala urusan" [Surah al-Hajj 41]
#Berkata as-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah: "Maksudnya, janji Allah yang kukuh dan tidak mungkir ialah Dia akan menolong siapa sahaja yang menolong agamaNya. Siapakah orang-orang yang menolong agama Allah hingga mereka wajar menerima pertolongan Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa, dan tidak akan mengalahkan siapa sahaja yang menjadikan Allah sebagai pelindungnya? Mereka ialah: (الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ) "Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi", (أَقَامُوا الصَّلَاةَ) Mereka yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengukuhkan hubungan mereka denganNya; (وَآتَوُا الزَّكَاةَ) Mereka yang menunaikan kewajipan harta, mengatasi tabiat bakhil, membersihkan diri mereka dari tamak haloba dan menumpaskan bisikan-bisikan syaitan, mengukuhkan perpaduan masyarakat dan menjamin keperluan golongan yang lemah dan golongan yang memerlukan bantuan dalam masyarakat; (وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ) Mereka yang menyeru dan mendorong manusia ke arah kebaikan; (وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ) Dan mereka yang menentang kejahatan dan kerosakan. (Lihat: Tafsir Fi Zilalil Quran)
#Syeikh Said Hawwa dalam kitab Fi Afaq al-Ta’alim menegaskan bahawa: "Sesebuah kerajaan tidak akan menjadi kerajaan Islam (yang adil) kecuali apabila anggota-anggota adalah Islam lagi patuh. Institusi-institusi, undang-undang dan perlembagaannya serta perhubungannya adalah Islam. Semua ini tidak boleh dipisah-pisahkan".
#Imam at-Thabari menyebutkan:
إن نصرناهم على أعدائهم وقهروا مشركي مكة ، أطاعوا الله ، فأقاموا الصلاة بحدودها ، وآتوا الزكاة ودعوا الناس إلى توحيد الله والعمل بطاعته ونهوا عن الشرك بالله ، والعمل بمعاصيه
"Sahabat-sahabat r.anhum apabila diberikan kemenangan terhadap musuh mereka iaitu menewaskan kafir Quraish Mekah, mereka akan tunduk taat kepada Allah swt, menunaikan solat serta melaksanakan zakat. Kemudian mereka akan menyeru manusia untuk mentauhidkan Allah serta melakukan segala suruhanNya dan menghalang sebarang bentuk kesyirikan terhadapNya serta segala perlakuan maksiat" (Lihat: Tafsir at-Thabari)
#Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sesiapa yang dikurniakan Allah swt dengan kedudukan yang kukuh di muka bumi (kuasa pemerintahan) perlulah melaksanakan perintah utama iaitu:
1. Mendirikan solat.
2. Menunaikan zakat.
3. Melaksanakan amar makruf.
4.Mencegah kemungkaran.
#Imam Mawardi rahimahullah berkata:
الإمَامَةُ مَوضُوعَة لِخلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةُ الدُّنْيَا بِه
"Imamah atau pemimpin utama adalah menjadi pengganti kenabian dalam mengawal agama dan bersiyasah hal ehwal dunia dengan agama" (Lihat: al-Ahkam al-Sultaniyyah)
#Jom amalkan doa ini:
اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا
"Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami"
اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين
"Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepadaMu dan bertakwa kepadaMu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
♡Sesiapa yang diberi kuasa, maka gunalah kuasa tersebut untuk mendaulatkan agama dan hukum Allah swt. Jangan sesekali menggunakan kuasa untuk memakmurkan kemungkaran dan menyekat dakwah serta kebaikan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Akhir 1446H☆
إِنَّ ٱللَّهَ یَرۡزُقُ مَن یَشَاۤءُ بِغَیۡرِ حِسَابٍ
"Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa batasan" [Surah Āali-ʿImrān 37]
#Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga berupa iman, ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya.
#Berkata Syeikh Abdurrahman Nasir as-Sa'diy rahimahullah:
الـرزق الـدنيـوي يحصـل للـمؤمن والـكـافـر، وأمـا رزق الـقلـوب مـن العلـم والإيمـان، ومـحبـة الله وخـشيتـه ورجـائـه، ونـحـو ذلك، فـلا يـعطيهـا إلا مـن يحـب
"Rezeki duniawi diberikan baik kepada orang mukmin mahupun orang kafir. Adapun rezeki bagi hati yang berupa ilmu dan iman, rasa cinta kepada Allah, takut dan berharap kepadaNya dan seumpamanya, tidaklah diberikan kecuali kepada orang yang dicintaiNya sahaja".
#Allah swt menciptakan makhlukNya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah swt tidak sekali-kali membiarkan makhlukNya hidup tanpa kurniaan rezeki. Allah swt mengurniakan rezeki yang banyak kepada hambaNya sama ada manusia itu beriman ataupun sebaliknya.
#Kata Qatadah: "Kamu akan jumpa seorang lelaki lemah, tidak petah berkata-kata sedangkan rezekinya luas. Kamu juga akan jumpa seorang yang kuat usahanya, petah berkata-kata sedangkan sempit rezekinya". Ini kerana, ketahuilah bahawa rezeki itu pembahagian dari Allah swt sesuai mengikut kehendakNya, bukan mengikut kehendak makhluk.
#Namun, rezeki ukhrawi berupa ilmu, iman, cintakan Allah, serta takut dan harap padaNya hanya dikurniakan kepada insan yang dicintaiNya.
یُؤۡتِی ٱلۡحِكۡمَةَ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُؤۡتَ ٱلۡحِكۡمَةَ فَقَدۡ أُوتِیَ خَیۡرࣰا كَثِیرࣰاۗ وَمَا یَذَّكَّرُ إِلَّاۤ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya" [Surah al-Baqarah 269]
#Maka, sesiapa yang diberi rezeki ilmu yang berguna dan iman yang sempurna oleh Allah swt serta diberi rezeki mencintai Allah swt, sesungguhnya orang itu mendapat sebaik-baik rezeki serta kebaikan di dunia dan akhirat.
#Hayati kisah dibawah ini agar bertambah kesyukuran kita atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita:
Diceritakan bahawa seorang miskin datang mengadu kepada seorang ilmuwan bahawa Tuhan tidak merezekikan dia apa-apa.
Lalu ilmuwan itu bertanya: "Mahukah engkau menjual tanganmu dengan harta seratus ribu?"
Dia menjawab:" Tidak".
Ditanya lagi: "Mahukah engkau menjual pendengaranmu dengan harta seratus ribu?".
Jawabnya: "Tidak" .
Kemudian ditanya mata, kaki dan seterusnya. Akhirnya, kata ilmuwan itu menghitung segalanya dan berkata: "Engkau sebenarnya mempunyai aset yang berjuta harganya. Tunaikanlah kesyukuran kepada Tuhanmu".
♡Rezeki yang paling bernilai ialah direzekikan ilmu, iman, taqwa dan kekuatan beramal soleh, disamping rezeki kesihatan dan kebahagiaan hidup. Bersyukurlah atas segala nikmat rezeki yang dikurniakan Allah dengan kesungguhan mentaatiNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Akhir 1446H☆
لَّقَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّذِینَ قَالُوۤا۟ إِنَّ ٱللَّهَ فَقِیرࣱ وَنَحۡنُ أَغۡنِیَاۤءُۘ سَنَكۡتُبُ مَا قَالُوا۟ وَقَتۡلَهُمُ ٱلۡأَنۢبِیَاۤءَ بِغَیۡرِ حَقࣲّ وَنَقُولُ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلۡحَرِیقِ
"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membayar" [Surah Āali-ʿImrān 181]
#Dahulu, di zaman Nabi saw, ada seorang lelaki Yahudi bernama Finhash. Beliau salah seorang tokoh intelektual kaum Yahudi yang didengar ucapannya dan menjadi ikutan.
#Suatu hari, Sayidina Abu Bakar r.a menasihatinya agar masuk Islam, namun dengan kurang ajar Finhash merespon dengan menyebut bermacam-macam keburukan lalu disandarkan kepada Allah swt. Sayidina Abu Bakar pun menampar Finhash seraya berkata: "Kalaulah bukan sebab ada perjanjian piagam Madinah, sekarang juga aku akan penggal kepala kamu".
#Antara kata-kata jahat daripada Finhash ialah: "Wahai Abu Bakar, Tuhanmu itu dalam al-Quran mengatakan yang Dia mahu pinjam wang dari orang-orang beriman. Kalau dia pinjam wang, bererti Dia miskin". Finhash memaksudkan ayat ini:
مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya?" [Surah al-Baqarah 245]
#Ayat ini sebenarnya sangat jelas dalam citarasa bahasa Arab dengan kualiti sastera tinggi bermaksud anjuran berinfak dijalan Allah (ini bahasa kiasan yang sudah diulas sangat baik oleh ulamak tafsir) kemudian diputarbelitkan maksudnya dengan tujuan yang busuk.
#Kemudian Finhash mengadu kepada Rasulullah dan mereka-reka cerita. Ketika dia berbohong, lalu turunlah wahyu khusus yang membela dan membenarkan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan menempelak kata-kata Finhash. Maka turunlah ayat diatas (surah Ali Imran ayat 181)
#Di akhir zaman, sikap dan perangai seperti Finhash ini sedang menular dalam kalangan kita terutama di kalangan yang diangkap cendiakawan dan bijak pandai, namun mengelirukan orang awam. Contoh ungkapan memutar belit yang selalu kedengaran seperti:
1. Tuhan tidak perlu dibela, kerana Dia Maha Kuasa. Bukankah Dia Raja sekelian alam semesta?
2. Islam tidak perlu dibela, kerana Islam itu sudah mulia dan sentiasa mulia.
3. Nabi Muhammad saw tidak perlu dibela, baginda sudah mulia. Penghinaan tidak mengurangi keagungan baginda. Dan sebagainya..
#Sungguh, ungkapan di atas adalah pemutar belit kata-kata dan tersangat jahil kefahaman mereka.
#Orang beriman membela Allah itu jangan dibayangkan bahawa Allah adalah lemah sehingga perlu perlindungan. Membela Allah adalah bahasa kiasan, maknanya adalah tidak boleh diterima sebarang penghinaan terhadap Allah, dan itu adalah bukti cinta. Allah tidak menuntut kita melindungiNya, tetapi menuntut kita menyembahNya. Aksi terpenting penyembahan kepadaNya adalah menjadikan puncak cinta hanya kepadaNya. Adalah cinta palsu jika diam membisu ketika yang dicintai dihina dan dicaci.
#Membela Islam itu jangan dibayangkan Islam seperti makhluk hina yang perlu dilindungi. Membela Islam maknanya menjalankan perintah Allah sebagai bentuk ketaatan untuk meninggikan kalimahNya.
#Membela Nabi Muhammad itu bukan kerana dengan penghinaan maka keagungan baginda berkurangan. Menjaga kehormatan Nabi Muhammad adalah tuntutan iman dan natijah cinta kepada Allah. Dusta besar jika ada orang yang mengaku cinta Allah, tetapi tidak cinta kepada NabiNya dan membiarkan insan tersayang dicaci dan dihina.
♡Jangan ada perangai Finhash di dalam diri kita. Jadilah pejuang hebat seumpama Sayidina Abu Bakar dalam membela serta mempertahankan Allah, Rasul, al-Quran dan Islam. Demi Islam!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*Terkini Kutipan Tabung Jumaat Geng Talaqqi*
*⏩PEMBANGUNAN MAAHAD AN-NUR AD-DINIY YARANG, PATANI (Diperlukan RM50k)*
Jumlah terkumpul: *RM6575.85*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/INFAQGT-MAAHAD-AnNurudDiniy
=============
*⏩BAIK PULIH KENDERAAN GT NISSAN TERRANO (Diperlukan RM15K)*
Jumlah terkumpul: *RM5096.25*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-TERANO-GT
============
*⏩TABUNG SRITI ASSALAM, MARAN, PAHANG (Diperlukan RM30K)*
Jumlah terkumpul: *RM5695.65*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SRITI-AS-SALAM-MARAN
=============
*Jazakumullahu khairan kathira.. Moga para penyumbang dimurahkan rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin
------------
*TERUSKAN MENYUMBANG DAN BANTU KAMI SEBARKAN INFO INI*
Ust Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Akhir 1446H☆
وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصِّدِّیقُونَۖ وَٱلشُّهَدَاۤءُ عِندَ رَبِّهِمۡ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ وَنُورُهُمۡۖ وَٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَاۤ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَحِیمِ
"Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka" [Surah al-Ḥadīd 19]
#Kalimah syahid adalah suatu kalimah yang sangat disukai (dicintai) oleh Allah bahkan orang yang mati syahid dikurniakan darjat kedudukan tertinggi disisi Allah swt. Mereka juga akan beroleh pahala yang melimpah dan cahaya yang benderang.
#Syahid secara bahasa merupakan kata dari perkataan sya-hi-da [شهد] yang bermaksud bersaksi atau hadir. Saksi kejadian, ertinya hadir dan ada di tempat kejadian. Istilah ini umumnya digunakan untuk menyebut orang yang meninggal di medan jihad dalam rangka menegakkan kalimah Allah.
#Ulamak berbeza pendapat tentang mengapa mereka disebut syahid. Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebutkan sekitar 14 pendapat ulamak tentang makna syahid. Antaranya ialah:
1. Kerana orang yang mati syahid hakikatnya masih hidup, seolah ruhnya menyaksikan, ertinya hadir. Ini merupakan pendapat An-Nadhr bin Syumail.
2. Kerana Allah dan para malaikatnya bersaksi bahawa dia ahli syurga. Ini merupakan pendapat Ibnul Anbari.
3. Kerana ketika ruhnya keluar, dia menyaksikan bahawa dirinya akan mendapatkan pahala yang dijanjikan.
4. Kerana disaksikan bahawa dirinya mendapat jaminan keamanan dari neraka.
5. Kerana ketika meninggal tidak ada yang menyaksikannya kecuali malaikat penyebar rahmat.
#Dan masih terdapat beberapa pendapat lainnya yang diperincikan oleh Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari.
#Mulianya orang mati syahid sehingga terdapat hukum khusus untuk jenazah mereka.
1. Tidak dimandikan
Daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.huma, bahawa Nabi saw bersabda dalam isu jenazah perang Uhud:
لَا تُغَسِّلُوهُمْ، فَإِنَّ كُلَّ جُرْحٍ أَوْ كُلَّ دَمٍ يَفُوحُ مِسْكًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Jangan kalian mandikan mereka, kerana setiap luka atau darah, akan mengeluarkan bau harum minyak misk pada hari Kiamat" (HR Ahmad)
#Dalam riwayat lain:
ادْفِنُوهُمْ فِي دِمَائِهِمْ
"Kuburkan mereka bersama darah mereka". Sayidina Jabir mengatakan: "Mereka tidak di mandikan" (HR al-Bukhari)
2. Boleh dimakamkan tanpa disolatkan. Namun boleh juga disolatkan.
#Sayidina Jabir mengatakan:
وَأَمَرَ بِدَفْنِهِمْ فِي دِمَائِهِمْ، وَلَمْ يُغَسَّلُوا، وَلَمْ يُصَلَّ عَلَيْهِمْ
“Nabi saw memerintahkan agar memakamkan mereka (korban Uhud) bersama dengan darah mereka, tidak dimandikan dan tidak disolatkan" (HR al-Bukhari)
#Sementara dalil mereka boleh dishalatkan, bahawa Nabi saw mensolatkan jenazah Hamzah bin Abdul Muthalib, bapa saudaranya yang meninggal ketika perang Uhud. Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan:
أنّ شهداء أُحد لم يغسّلوا، ودفنوا بدمائهم، ولم يُصَلَّ عليهم؛ غير حمزة
“Para syuhada' perang Uhud tidak dimandikan, mereka dikuburkan bersama darahnya, tidak disolatkan, selain Hamzah" (Sahih Sunan Abu Daud)
♡Banyak kemuliaan dan kelebihan orang yang mati syahid disisi Allah swt. Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang mati syahid. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Akhir 1446H☆
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن یُقۡتَلُ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰتُۢۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءࣱ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Ugama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]
#Kematian yang paling dirindui dan didambakan oleh para pecinta akhirat, pecinta Allah dan RasulNya, pecinta kehidupan yang abadi disyurga kelak ialah mati syahid. Mati dalam keadaan penuh gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah swt.
#Diriwayatkan oleh Sayidina Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
"Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah swt, maka Allah swt juga gembira untuk bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya" (HR Muslim)
#Dalam al-Quran, perkataan syahid di ulang sebanyak 35 kali dan perkataan syuhada' di ulang-ulang sebanyak 19 kali. Kalimah syahid dalam al-Quran lebih ditujukan atau difokuskan kepada syuhada' yang gugur syahid di medan jihad. Ayat di atas menceritakan secara langsung mengenai perang Uhud dan perang Badar.
#Dalam al-Quran juga banyak disebut kelebihan mereka yang mati syahid, antaranya:
1. Mendapat keampunan dan rahmat Allah swt.
وَلَىِٕن قُتِلۡتُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَوۡ مُتُّمۡ لَمَغۡفِرَةࣱ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحۡمَةٌ خَیۡرࣱ مِّمَّا یَجۡمَعُونَ
"Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup)" [Surah Āali-ʿImrān 157]
2. Beroleh rezeki, kenikmatan, kegembiraan dan keuntungan yang paling lumayan disisi Allah swt.
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ * فَرِحِینَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ وَیَسۡتَبۡشِرُونَ بِٱلَّذِینَ لَمۡ یَلۡحَقُوا۟ بِهِم مِّنۡ خَلۡفِهِمۡ أَلَّا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ * یَسۡتَبۡشِرُونَ بِنِعۡمَةࣲ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَضۡلࣲ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman" [Surah Āali-ʿImrān 169-171]
3. Dihapuskan dosa dan dimasukkan ke dalam syurga.
فَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ وَأُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِمۡ وَأُوذُوا۟ فِی سَبِیلِی وَقَـٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ
"Dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Āli-ʿImrān 195]
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Akhir 1446H☆
مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلًا
"Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah Taala (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah janji itu sedikit pun" [Surah al-Ahzab 23]
#Ayat ini mengkhabarkan tentang orang-orang beriman yang menepati janjinya kepada Allah swt untuk menyertai pertempuran berhadapan dengan ajalnya (kematian) dan ada juga dari kalangan mereka itu yang menanti-nantikan peperangan yang seterusnya untuk disertai dan mereka menunjukkan bahawa mereka tidak memungkiri janji dan mereka tidak sedikit pun gentar dan berundur dari medan perang.
#Semasa as-Syahid Yaḥya Sinwar berada dalam tahanan Israel pada tahun 2004, beliau telah menulis sebuah novel bertajuk Al-Shawk wal Qaranful (الشوك والقرنفل)
#Al-Shawk bermaksud duri manakala al-Qaranful bermaksud bunga cengkih.
#Novel ini bukan novel cinta, tetapi ia novel tentang Palestin. Sebuah karya sastera yang ditulis beliau di penjara Beersheba di mana beliau telah menghabiskan 23 tahun di sana.
#Novel setebal 362 mukasurat dan mempunyai 30 bab ini mewajahkan perjuangan rakyat Palestin dan isu-isu berkaitan Palestin. Ia juga sebuah kisah tentang penderitaan rakyat Palestin dan harapan mereka. Sebuah nukilan tentang kecintaan terhadap bumi Palestin. Beliau menyatakan bagaimana para pejuang terpaksa mengorbankan cinta peribadi demi perjuangan membebaskan bumi Palestin.
#Antara kata-kata beliau dalam novel ini yang menyentuh perasaan apabila beliau menyebutkan:
والله لو لم أجد الا الذر لقاتلتكم به
"Demi Allah jika aku tidak menjumpai sesuatu kecuali debu yang kecil sekalipun, nescaya akan aku gunakannya untuk memerangi kamu"
#Pada penghujung novel tersebut, ia diakhiri dengan kata-kata yang sangat meruntun jiwa. Kata as-Syahid:
الآن جاء الموعد يا أمّاه، فلقد رأيتُ نفسي أقتحم عليهم مواقعهم، أقتلهم كالنعاج ثم أستشهد. ورأيتني بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنات النعيم، وهو يهتف بي مرحى بك، مرحى بك!
"Telah tiba waktunya wahai ibu, aku telah melihat diriku menyerang mereka dan mereka seperti biri-biri yang disembelih, kemudian aku syahid. Kemudian aku melihat Rasulullah saw di syurga sedang berkata kepadaku, selamat datang, selamat datang!"
#Kita semua sudah melihat, bagaimana as-Syahid Yahya Sinwar menggunakan apa sahaja yang ada di tangannya walaupun tongkat kayu, dan dalam keadaan tangannya sudah cedera parah. Semangat juang yang sangat tinggi walau pada pengakhiran hidupnya!
#Moga-moga ia menjadi kenyataan dan moga syurga buatmu wahai seorang pejuang kental dan istiqamah hingga ke titisan darah yang terakhir. Allahuakbar!!
♡Semoga semangat as-Syahid Yahya Ibrahim Hassan al-Sinwar akan terus subur dalam jiwa umat ini untuk sentiasa berjuang mendaulatkan agama Allah dan menentang para musuh Allah dengan harta, darah, jiwa dan nyawa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*MISI BANTUAN BANJIR: BANJIR MULA MEMBADAI BEBERAPA NEGERI DI BUMI MALAYSIA*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-BENCANA-BANJIR-GT
Assalamualaikum wbt...
Banjir besar berminggu-minggu dan menenggelamkan rumah melanda lagi beberapa negeri di Malaysia.. Sejak bulan September hingga saat ini masih belum menampakkan redanya bahkan kawasan yang tenggelam semakin bertambah.
Banjir saat ini sedang melanda 8 buah negeri iaitu Perlis Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka dan Johor.
Kesannya ratusan rumah terjejas, harta tenggelam dan ribuan keluarga terpaksa meninggalkan rumah berlindung di PPS yang disediakan pihak kerajaan, NGO dan lain-lain agensi.
Doakan semua mangsa banjir agar selamat dan bantuan menyelamat segera tiba.
Yang boleh membantu secara fizikal di kawasan berdekatan, mohon segeralah membantu. Moga ada kebaikan untuk mangsa banjir.
Bagi yang jauh, jom bantu mereka dengan menghulurkan sumbangan derma. Saat ini mereka memerlukan minuman, makanan, pakaian dan perlindungan diri.
InsyaAllah sumbangan akan disampaikan kepada mangsa banjir melalui dapur rakyat (penyediaan makanan), wang tunai, bantuan team relawan atau amal untuk mencuci rumah dan sebagainya.
Jom bersama Geng Talaqqi hulurkan sumbangan, ringankan bebanan. Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
........................
Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun toyyib pay:
https://toyyibpay.com/TABUNG-BENCANA-BANJIR-GT
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Bencana Banjir GT
===================
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungBencanaBanjirGT
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungBencanaBanjirGT
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungBencanaBanjirGT
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungBencanaBanjirGT
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Akhir 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوۤا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِیسَى ٱبۡنُ مَرۡیَمَ لِلۡحَوَارِیِّـۧنَ مَنۡ أَنصَارِیۤ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلۡحَوَارِیُّونَ نَحۡنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ
"Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong- penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" [Surah aṣ-Ṣaff 14]
#Allah swt memerintahkan kita semua agar menjadi pembela agama Allah disamping berjuang mendaulatkan agama Allah swt dibumi ini.
#Diriwayatkan bahawa Sayidina Hamzah r.a tidak menerima dakwah Nabi saw daripada awal. Bukan kerana benci, tetapi tidak mahu mempedulikan hal-hal rumit sedemikian. Beliau lebih suka menghabiskan masa dengan minatnya memburu. Walaupun tahu apa yang berlaku, beliau langsung tidak mengendahkan seruan Nabi untuk beriman dan bersama Islam. Sehinggalah pada suatu hari, ketika beliau pulang dari memburu, datang seorang lelaki mengadu tentang apa yang telah dilakukan oleh Abu Jahal terhadap anak saudaranya nabi Muhammad saw. Sayidina Hamzah bertanya adakah ada lagi orang lain melakukan perkara sama? Jawab lelaki itu, ya, bahkan ramai. Sayidina Hamzah menjadi marah tiba-tiba. Beliau terus meluru ke Safa, tempat biasa Abu Jahal berkumpul bersama konco-konconya. Tanpa apa-apa mukaddimah, beliau terus menerpa ke arah Abu Jahal dan menghentak kepala Abu Jahal dengan busur yang ada di tangannya, menyebabkan kepala Abu Jahal koyak dan berdarah. Sayidina Hamzah kemudian melaungkan: "Hari ini aku umumkan bahawa aku telah memeluk Islam! Kalau ada sesiapa berani membuat aku kembali berpaling dari Islam, cubalah!" Namun tiada siapapun yang berani menyentuh Sayidina Hamzah.
#Dalam masa yang pantas, tersebarlah berita keislaman Sayidina Hamzah ke seluruh kota Mekah. Ia menjadi tamparan hebat dan malapetaka besar buat orang musyrikin. Adapun bagi orang Islam, ia adalah satu rahmat yang cukup besar. Bagi mereka, tiadalah hari-hari yang lebih menggembirakan ketika di Mekah melainkan dua hari; hari Islamnya Sayidina Umar bin al-Khattab dan hari Islamnya Sayidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Kedua mereka juga begitu teruja selepas memeluk Islam. Pernah mereka menyuarakan hasrat kepada Rasulullah saw untuk keluar ke hadapan Kaabah secara terang-terangan bersama Rasulullah, dan solat di hadapan Baitullah disaksikan oleh semua penduduk Mekah. Nabi saw bersetuju lalu keluarlah mereka bertiga ke Baitullah. Baginda berjalan penuh haibah bersama dua orang pengawalnya. Seorang di hadapan baginda dan seorang di belakang.
Sampai di hadapan Kaabah, mereka menunaikan solat dengan tenang tanpa diganggu sesiapa. Setelah selesai mereka berjalan pulang ke rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Mata para musyrikin memerhatikan setiap tindak-tanduk mereka, dengan hati yang panas membara dan penuh dendam, tetapi tidak berani berbuat apa-apa. Tidak lama selepas itu, Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah. Kesemua orang Islam berhijrah dalam keadaan sembunyi dan berkumpulan, kerana bimbang ancaman musyrikin. Tetapi ada tiga orang sengaja berhijrah secara terangan, bagai mencabar keberanian musyrikin. Mereka adalah Sayidina Umar, Sayidina Hamzah dan Sayidina Zubair bin al-Awwam. Sekali lagi musyrikin hanya berani melihat tanpa bertindak apa-apa.
#Ketika perang Badar, Sayidina Hamzah antara pahlawan terulung yang sangat digeruni musyrikin Quraisy. Beliau sengaja meletakkan tanda merah di dadanya, supaya dikenali oleh semua musuh. Ramai cuba membunuhnya, tetapi semuanya menemui ajal di hujung mata pedang Hamzah. Dalam Perang Uhud, kepahlawanannya juga mengujakan. Ketika umat Islam dalam keadaan kelam kabut setelah diserang hendap dari belakang, Sayidina Hamzah bersuara lantang: "Aku singa Allah dan singa Rasulullah. Aku berlepas diri apa yang dilakukan oleh musyrikin.
☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Akhir 1446H☆
وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةًۭ لِّلْعَـٰلَمِينَ
"Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah al-Anbiya’ 107]
#Rasulullah saw pembawa rahmat bagi sekelian alam. Allah swt memerintahkan nabi saw agar berdakwah dengan penuh rahmah dan hikmah.
#Betapa pentingnya rahmah sehingga Allah menggambarkan rahmah boleh menjinakkan hati manusia kepada Baginda saw, sebaliknya dengan kekerasan akan meliarkan hati-hati manusia. Firman Allah swt:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya" [Surah Aali Imran 159]
#Syeikh al-Maraghi berkata: "Sekiranya kamu hai nabi Muhammad bersikap kasar lagi jumud dalam menjalani perhubungan dengan mereka nescaya mereka akan lari darimu dan mereka tidak selesa lagi tinggal bersama mu" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)
#Rahmat yang dibawa Rasulullah saw bukan setakat ke atas manusia semata-mata, tetapi terangkum juga makhluk tidak bernyawa sekalipun.
#Buktinya, dikisahkan pada suatu hari Baginda saw memanggil seorang Badwi datang kepadanya dan Baginda menawarkannya memeluk Islam. Lelaki Badwi itu tidak terus menerima ajakan Rasulullah saw, sebaliknya dia menguji dahulu Baginda dengan berkata: "Kalau kamu boleh panggil pokok ini datang kepada kamu dan bersaksi bahawa kamu adalah Rasul, maka aku akan beriman". Rasulullah saw tidak langsung menunjukkan rasa panik dengan permintaan lelaki Badwi itu, sebaliknya Baginda saw memanggil pokok itu lalu bertanya siapa Baginda. Tidak semena-mena pokok itu menjawab: "Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi sesungguhnya kamu adalah Rasul Allah". Akhirnya, lelaki Badwi itu beriman dan segera kembali ke kampung halaman dan menemui kaumnya untuk memberitahu perihal agama Islam yang baru dia beriman itu.
#Begitu juga dengan kisah haiwan yang turut menerima rahmat yang dibawa Rasulullah saw. Ada satu kisah di mana seekor unta digunakan pemiliknya sejak sekian lama dan ia sudah tua. Apabila unta itu semakin lemah, tuannya tidak lagi memberikan perhatian terhadapnya. Makan minum sudah tidak lagi dihiraukan oleh Tuhannya. Tidak seperti ketika unta itu masih kuat. Ketika Baginda saw sedang merentasi satu kawasan, Baginda bertemu dengan unta itu. Keadaan unta itu menarik perhatian Baginda kerana dilihat sedang menanggung kesusahan berdasarkan kesan air mata pada matanya. Baginda saw menghampiri unta itu sambil mengusap perlahan tubuhnya dengan tangannya yang mulia.
Baginda saw berbicara dengan unta tua itu: "Di manakah tuan punya unta ini?". Tiba-tiba seorang lelaki kaum Ansar muncul dan mengaku unta tua itu miliknya. Baginda memberikan nasihat kepada pemilik unta itu bahawa untanya mengadu mengenai sikap tuannya yang sudah lama menggunakannya untuk bekerja, tetapi kurang memberikannya makanan. Lelaki itu insaf dan sedar. Benar apa yang Baginda saw sabdakan: "Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan oleh Allah" (HR at-Tabrani)
♡Semoga kita beroleh rahmat dan syafaat Rasulullah saw. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Akhir 1446H☆
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَا۟یۡءٍ إِنِّی فَاعِلࣱ ذَ ٰلِكَ غَدًا * إِلَّاۤ أَن یَشَاۤءَ ٱللَّهُۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِیتَ وَقُلۡ عَسَىٰۤ أَن یَهۡدِیَنِ رَبِّی لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدࣰا
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini" [Surah al-Kahfi 23-24]
#Segala sesuatu yang ingin dilakukan berkaitan dengan masa yang akan datang sebaiknya dikaitkan dengan ucapan insyaAllah (dengan kehendak Allah) sebagaimana yang difirmankanNya dalam ayat di atas.
#Seorang muslim mengucapkan ucapan ini ketika berjanji atau berencana mengerjakan suatu urusan di waktu yang akan datang. Ia mengucapkan InsyaAllah kerana ia tidak tahu apakah urusan yang akan dikerjakannya itu akan benar-benar terjadi atau tidak. Ini kerana semua urusan itu terjadi atau tidak adalah atas kehendak Allah, berdasarkan takdir Allah. Ucapan InsyaAllah juga mengandung doa isti’anah (minta pertolongan) kepada Allah agar dimudahkan mengerjakan suatu urusan itu.
#Dikisahkan suatu cerita suami isteri berkaitan InsyaAllah. Jom hayati dan ambil pengajaran:
Berkata seorang lelaki kepada isterinya: "Aku akan beli seekor keldai di pasar esok hari".
Kata si isteri: "Sebutlah, InsyaAllah".
Suami: "Kenapa pula? Sedangkan wang telah ada dalam poketku, keldai pula telah tersedia di pasar".
Keesokan harinya... Ketika dalam perjalanan ke pasar, si suami singgah di sebuah telaga dan menjenguk ke dalamnya. Tiba-tiba wang dari poket bajunya mengelunsur keluar dan jatuh ke dalam telaga. Dia segera membuka bajunya, dan turun ke dalam telaga untuk mengambil semula wang yang jatuh. Malangnya dia tidak menemuinya. Sedang dia berputus asa dari menjumpai wangnya semula, tanpa disedarinya datang seorang perompak lalu merompak baju yang diletakkannya di tebing telaga.
Pulanglah si suami ke rumahnya berjalan kaki bukan menaiki keldai dan dalam keadaan tidak berbaju. Dia mengetuk pintu rumahnya.
Si isteri yang berada di dalam rumah tidak mengetahui siapa yang mengetuk pintu, lalu bertanya: "Siapa?"
Jawab si suami: "Aku, bukalah pintu ini, INSYAALLAH".
#Selain itu, ada ketikanya seseorang itu sudah pun ucapkan InsyaAllah, namun tidak berlaku sebagaimana yang diharapkan. Ini sebagaimana kejadian yang terjadi kepada Nabi Musa Alaihissalam.
Saat bertemu Nabi Khidhir, Nabi Musa ingin mengambil ilmu darinya. Nabi Musa juga berjanji dengan mengucapkan InsyaAllah bahawa beliau akan berusaha sabar, tidak akan bertanya-tanya tentang apa yang dilakukan nabi Khidhir, namun qaddarollah (Qadar dari Allah) hal itu tidak tercapai.
قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, InsyaAllah, sebagai orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu" [Surah al-Kahfi 69]
Namun di akhir kisah musafir Nabi Musa bersama Nabi Khidhir, ternyata Nabi Musa tidak dapat bersabar hingga 3 kali. Kemudian nabi Khidhir berkata:
ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِعْ عَلَيْهِ صَبْرًا
Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya" [Surah al-Kahfi 82]
#Ini menunjukkan bahawa takdir Allah kadangkala meskipun seorang itu sudah berusaha dan sebelumnya mengucapkan InsyaAllah, tidak terjadi sebagaimana yang diharapkannya. Namun, ia harus yakin bahawa segala yang ditakdirkan Allah adalah tetap baik untuknya.
♡Sebutlah InsyaAllah atas setiap pekerjaan atau urusan yang ingin kita lakukan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Akhir 1446H☆
إنَّ اللهَ لَعَفُوٌّ غَفُوْرٌ
"Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun" [Surah al-hajj 60]
#Berkata Syeikh Abdul Rahman as-Sa'di rahimahullah: "Dia Maha memaafkan orang-orang yang berbuat dosa, dengan tidak menyegerakan seksaan bagi mereka, serta mengampuni dosa-dosa mereka. Maka Allah menghapuskan dosa dan bekas-bekasnya dari diri mereka. Inilah sifat Allah swt yang tetap dan terus ada pada zat-Nya (Yang Maha Mulia), dan inilah perlakuanNya kepada hamba-hambaNya di setiap waktu, (iaitu) dengan pemaafan dan pengampunan…"
#Hal ini bertepatan dengan Firman Allah swt :
وَلَوۡ یُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهۡرِهَا مِن دَاۤبَّةࣲ وَلَـٰكِن یُؤَخِّرُهُمۡ إِلَىٰۤ أَجَلࣲ مُّسَمࣰّىۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِیرَۢا
"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hambaNya" [Surah Fāṭir 45]
#Tersebut dalam hadis Qudsi, bahwa Allah swt berfirman: "Seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian dia berdoa: "Ya Allah ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku" . Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa". (Maka Allah mengampuni dosanya), kemudian hamba itu berbuat dosa lagi lalu berdoa: "Ya Tuhanku ampunilah dosaku". Maka Allah swt berfirman: "HambaKu telah berbuat dosa, sedang dia meyakini bahawa dia mempunyai Tuhan yang Maha mengampuni dan membalas perbuatan dosa, berbuatlah sesukamu (wahai hambaKu), maka sungguh Aku telah mengampunimu" (HR al-Bukhari) Iaitu "selama kamu terus bertaubat, memohon dan kembali (kepadaKu)".
#Berkata Imam Ibnu Rajab:
العفو من أسماء الله تعالى وهو يتجاوز عن سيئات عباده الماحي لأثارهم عنهم وهو يحب العفو فيحب أن يعفو عن عباده ويحب من عباده أن يعفو بعضهم عن بعض فإذا عفا بعضهم عن بعض عاملهم بعفوه وعفوه أحب إليه من عقوبته
"Al-‘Afuw merupakan sebahagian dari nama-nama Allah swt. Ia bermaksud Allah mengampunkan dosa-dosa para hambaNya serta memadam kesan-kesan dosa dari mereka. Allah suka kepada kemaafan dan Dia suka untuk memaafkan para hambaNya. Dia juga suka sekiranya hamba-hambaNya saling memaafkan sesama mereka. Sekiranya mereka saling bermaafan, Allah akan melayan mereka dengan sifat pemaafNya, dan memaafkan itu lebih Dia sukai berbanding memberikan hukuman" (Lihat: Lata’if al-Ma’arif)
♡Allah Tuhan Yang sentiasa bersedia memaafkan hambaNya, maka berdoa, bermunajat dan merayulah agar diampuni segala dosa dan kesalahan kita♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Akhir 1446H☆
وَمَاۤ أُمِرُوۤا۟ إِلَّا لِیَعۡبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخۡلِصِینَ لَهُ ٱلدِّینَ حُنَفَاۤءَ وَیُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَۚ وَذَ ٰلِكَ دِینُ ٱلۡقَیِّمَةِ
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar" [Surah al-Bayyinah 5]
#Ikhlas ialah menghendaki keredhaan Allah swt dalam suatu amal, membersihkannya dari segala individu mahupun duniawi. Tidak ada yang melatarbelakangi suatu amal, kecuali kerana Allah dan demi hari akhirat. Tidak ada noda yang mencampuri suatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia untuk diri sendiri, baik yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, atau kerana mencari harta rampasan perang, atau agar dikatakan sebagai pemberani ketika perang, kerana syahwat, kedudukan, harta benda, kemasyhuran, agar mendapat tempat di hati orang banyak, mendapat sanjungan tertentu, kerana kesombongan yang terselubung, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji; yang intinya bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu; maka semua ini merupakan noda yang mengotori keikhlasan.
#Allah swt berfirman:
قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ
Katakanlah: "Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui" [Surah Aali Imran 29]
#Mewujudkan ikhlas bukan pekerjaan yang mudah. Para ulamak yang telah meniti jalan kepada Allah telah menegaskan sulitnya ikhlas dan beratnya mewujudkan ikhlas di dalam hati, kecuali orang yang memang dimudahkan Allah.
#Imam Sufyan as-Tsauri rahimahullah berkata: "Tidaklah aku mengubati sesuatu yang lebih berat daripada mengubati niatku, sebab ia sentiasa berbolak-balik pada diriku" (Lihat: al-Majmu’ Syarhul Muhazzab)
#Kerana itulah Rasulullah saw berdoa:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku pada agamaMu".
Lalu seorang sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa kepada kami?" Baginda saw menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya seluruh hati manusia di antara dua jari tangan Allah (dalam kekuasaan Allah), dan Allah membolak-balikan hati sekehendakNya" (HR Ahmad, al-Hakim dan at-Tirmizi)
#Berkata Yahya bin Abi Katsir rahimahullah: "Belajarlah niat, kerana niat lebih penting daripada amal".
#Dikisahkan ada seorang alim yang selalu solat di saf paling depan. Suatu hari ia datang terlambat, maka ia dapat solat di saf kedua. Di dalam hatinya timbul rasa malu kepada para jamaah lain yang melihatnya. Maka pada saat itulah, dia menyrdari bahawa sebenarnya kesenangan dan ketenangan hatinya ketika solat di saf pertama pada hari-hari sebelumnya disebabkan kerana ingin dilihat orang lain".
#Sulitnya mewujudkan ikhlas di dalam hati, disebabkan hati manusia selalu berbolak-balik. Syaitan selalu menggoda, menghiasi dan memberikan perasaan was-was ke dalam hati manusia, serta adanya dorongan hawa nafsu yang selalu menyuruh berbuat jahat. Disebabkan itu, kita diperintahkan berlindung dari godaan syaitan agar hati kekal ikhlas. Allah berfirman:
وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-A’raf 200]
♡Bersungguh-sungguhlah beribadah dan melaksanakan amal ketaatan hanya kerana Allah swt semata-mata disamping berdoa agar Allah swt tetapkan hati kita dalam keikhlasan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Akhir 1446H☆
شَهِدَ اللَّـهُ أَنَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Aali ‘Imran 18]
#Allah swt mengatakan dalam ayat ini bahawa seorang alim memiliki kedudukan dan kelebihan yang tinggi.
#Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah mengatakan: "Dalam ayat tersebut Allah swt telah menjadikan orang berilmu (ulul ‘ilmi) sebagai saksi terhadap seagung-agung perkara yang dipersaksikan iaitu ketauhidanNya. Ini menunjukkan kelebihan ilmu dan ahlinya" (Lihat: Miftah Dar al-Sa’adah)
#Baginda saw telah mempersaksikan bahawa para ulamak adalah golongan yang mewarisi ilmu dan pusaka para Anbiyak. Sabda Baginda saw:
فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ
"Kelebihan orang alim ke atas seorang yang beribadat itu umpama kelebihan bulan purnama ke atas sekalian bintang-bintang. Sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris para Nabi" (HR Ibn Hibban)
#Allah swt telah berfirman dalam ayat yang lain menyatakan tentang kemuliaan serta kelebihan ahli ilmu.
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)" [Surah at-Taubah 122]
#Ayat ini menjelaskan bahawa mendalami ilmu agama sehingga menjadi alim atau faqih merupakan fardu kifayah kepada sebahagian umat Islam. Tidak seharusnya seluruh umat Islam dikerah untuk berjihad sehingga tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang menjadi faqih atau alim dalam permasalahan agama.
#Bahkan diharapkan agar ahli agama dan ahli ilmu menjadi benteng dalam mempertahankan dan mengekalkan ketulenan agama ini. Sabda Rasulullah saw:
يَرِثُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ, يَنْفُونَ عَنْهُ تَأْوِيلَ الْجَاهِلِينَ, وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِينَ, وَتَحْرِيفَ الْغَالِينَ
"Akan membawa ilmu (agama) ini dari setiap generasi orang-orang yang adil (terpercaya) dari mereka, (dan) mereka akan membersihkan ilmu agama dari (upaya) at-tahriif (menyelewengkan kebenaran/merubah kebenaran dengan kebatilan) dari orang-orang yang melampaui batas, kedustaan dari orang-orang yang ingin merusak (syariat Islam) dan pentakwilan dari orang-orang yang bodoh" (HR al-Baihaqi)
#Sayidina Muaz Ibn Jabal r.a telah berkata: "Hendaklah engkau sentiasa mendampingi ilmu, kerana menuntutnya adalah suatu ibadah, mengetahuinya akan menjadi engkau takut (pada Allah), mencarinya adalah satu jihad, mengajarkan kepada orang yang tidak tahu adalah sedekah, menghafalnya adalah tasbih, dengannya engkau kenali Allah lalu menyembahnya, dengannya engkau mengagungkanNya serta mengEsakanNya. Allah juga memuliakan orang yang berilmu itu lalu menjadikannya pemimpin kepada manusia lain" (Lihat: Jami' Bayan al-'Ilmi wa Fadhlihi oleh al-Qurtubi)
♡Jadilah orang yang berilmu. Jadilah pejuang yang berilmu. Jadilah pendakwah yang berilmu. Jadilah ahli ibadah yang berilmu. Jadilah hamba Allah yang berilmu dan beramal♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
*𝐆𝐄𝐍𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐓𝐀𝐔𝐅𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐀𝐐𝐒𝐀*
https://www.facebook.com/share/p/myNPAx82mY7UWSSD/
Tarikh 7 Oktober 2023, tarikh bersejarah yang tidak akan dapat kita lupakan. Berlakunya pembunuhan yang dilakukan secara terang-terangan dan ditonton oleh satu dunia.
Kini, genap setahun sudah pembantaian rakyat P@l35tin di GaZ#. Sehingga hari ini, rej!m Z!on!5 langsung tidak berganjak dan masih bertindak kejam terhadap rakyat disana.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh seluruh negara di dunia bagi menghentikan perbuatan I5r43l ini. Walaupun telah dikecam teruk oleh warga netizen, namun sikit pun tidak memberi kesan kepada negara haram itu berubah fikiran.
Jumlah syahid kini telah pun mencecah 41,870 termasuk kanak-kanak dan wanita serta bilangan yang cedera seramai 97,166 orang. 10 ribu hilang. 16,927 kanak-kanak syahid serta 150 ribu rumah musnah sepenuhnya. Jom teruskan berdoa agar diberi kekuatan dan kemenangan kepada seluruh rakyat dan pejuang dibumi Palestin?
Jom bersama kami hulurkan sumbangan dalam KEMPEN SUSU 4 GAZA yang menyasarkan Kutipan sebanyak RM1,000,000 untuk keperluan bayi di Gaza/Palestin.
اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِي فِلَسْطِين، اللّهُمّ ثَبِّتْ أَقْدَامَهُم، اللّهُمَّ قَوِّي عَزَائِمَهُمْ، اللَّهُمَّ صَبِّرْهُم عَلَى مُصِيْبَتِهِم، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ شُهَدَاءَهُمْ
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di P*l3st!n, Ya Allah tabahkanlah mereka, Ya Allah kuatkanlah tekad mereka, Ya Allah berikanlah kesabaran kepada mereka dalam menghadapi musibah, Ya Allah terimalah para syuhada dari kalangan mereka.
____
*🔗 𝐇𝐮𝐥𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢:*
https://toyyibpay.com/SUSU-4-GAZA
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SUSU 4 GAZA
Ust Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Akhir 1446H☆
إِذَا جَاۤءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ * وَرَأَیۡتَ ٱلنَّاسَ یَدۡخُلُونَ فِی دِینِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجࣰا * فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا
"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah). Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat" [Surah an-Naṣr 1-3]
#Imam al-Bukhari dan lainnya meriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma bercerita:
Dahulu Sayidina Umar memasukkan diriku bersama orang-orang tua yang ikut serta dalam perang Badar. Sepertinya sebahagian mereka kurang menyukai kehadiranku. Ada yang berkata: "Kenapa (anak) ini masuk bersama kita. Padahal kita juga punya anak-anak seperti dia?". Sayidina Umar r.a menjawab: "Sungguh, kalian mengetahui (siapa dia)". Maka suatu hari Sayidina Umar r.a memanggilku dan memasukkanku bersama mereka. Tidaklah aku berfikir alasan beliau mengundangku, selain ingin memperlihatkan kemampuanku kepada mereka.
Beliau berkata (kepada orang-orang yang hadir): "Apakah pendapat kalian tentang firman Allah:
اِذَا جَاۤءَ نَصْرُ اللّٰهِ وَالْفَتْحُۙ
Mereka menjawab:" Allah memerintahkan kami untuk memuji dan memohon ampunan kepadaNya manakala pertolongan Allah telah tiba dan sudah menaklukkan (daerah-daerah) bagi kita"
Sebahagian orang terdiam (tidak menjawab). Kemudian Sayidina Umar r.a beralih kepadaku (Ibnu Abbas): "Apakah demikian pendapatmu, wahai Ibnu Abbas r.huma?". Aku (Ibnu ‘Abbas) menjawab: "Tidak!”
Sayidina Umar bertanya: "Apa pendapatmu?". Aku (Ibnu ‘Abbas) menjawab: "Itu adalah (khabar tentang) ajal Rasulullah saw. Allah swt memberitahukannya kepada baginda. Allah swt berfirman اِذَا جَاۤءَ نَصْرُ اللّٰهِ وَالْفَتْحُۙ . Dalam keadaan seperti itu terdapat tanda ajalmu, maka bertasbihlah dan mintalah ampunan kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Menerima taubat".
Sayidina Umar r.a berkata: "Tidaklah yang aku ketahui darinya (surah itu), kecuali apa yang engkau sampaikan".
#Jika dilihat dari satu sudut, surah ini menceritakan tentang kemenangan umat Islam ketika pembukaan kota Mekah. Namun disisi yang lain sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibnu Abbas, apabila datang kemenangan dan segalanya sudah lengkap maka itu menunjukkan ajal baginda saw juga sudah hampir. Ini menunjukkan keilmuan dan kebijaksaan Sayidina Ibnu Abbas dalam memahami kalam Allah swt.
#Menurut Syaikh Abdurrahman as-Sa’di rahimahullah: "Ayat ini menjadi isyarat mengenai (datangnya) ajal Rasulullah saw yang sudah dekat dan hampir tiba. Bahawa umur baginda adalah umur yang mulia, Allah bersumpah dengannya. Sudah menjadi kebiasaan pada perkara-perkara yang mulia ditutup dengan istighfar, misalnya solat, haji dan ibadah lainnya. Allah swt memerintahkan RasulNya untuk mengucapkan pujian dan istighfar dalam keadaan seperti ini, sebagai isyarat tentang ajal baginda yang akan berakhir. Maksudnya, hendaklah baginda bersiap-siap untuk menjumpai Rabbnya dan menutup usianya dengan amalan terbaik yang ada pada baginda saw.
#Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah an-Nashr ialah:
1. Banyaknya anugerah Allah yang dikurniakan kepada umat Islam.
2. Kewajiban bersyukur tatkala kenikmatan diturunkan. Di antaranya dengan sujud syukur.
3. Kewajiban untuk sentiasa beristighfar pada setiap saat.
♡Usia kita semakin hari semakin tua, maka tutuplah kehidupan kita dengan memperbanyakkan tasbih, istighfar dan amal soleh serta tingkatkan pengamalan kita dalam urusan akhirat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: RUMAH MUSNAH DIJILAT API, KELUARGA EN SAIDIN BIN BUSU TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BANTUANGT-KEBAKARAN-RUMAH-SAID
Assalamualaikum wbt semua penyumbang...
*Tinggal sehelai sepinggang😭😭..*
Itulah ujian dahsyat yang terjadi kepada Tn. Saidin bin Busu sekeluarga, apabila rumahnya musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada hari Sabtu 28/9/24 baru-baru ini di Kg Sg Buaya, Rawang, Selangor...
Kejadian menyayat hati ini berlaku sekitar jam 4.30 petang dalam suasana hujan lebat dan angin kuat. *Punca kebakaran disebabkan panahan kilat yang mengenai meter elektrik. Dalam sekelip mata api mula merebak ke seluruh rumah. Kebakaran tersebut telah meranapkan 100% struktur bangunan rumah berkenaan.* Alhamdulilah tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku.
Ketika kejadian, hanya En. Saidin dan isteri sahaja yang berada dirumah. Anak-anak ada urusan di luar. Mereka berdua suami isteri berusaha menyelamatkan diri disamping berjaya selamatkan kereta dan motosikal.
*Selain kehilangan rumah, dokumen-dokumen penting juga turut musnah dan anak-anak paling terkesan kerana kelengkapan sekolah mereka juga turut terbakar.*
Oleh itu, kami pihak Geng Talaqqi dengan rasa rendah diri *melancarkan derma kilat bagi membantu sedikit sebanyak keperluan pihak keluarga En Saidin yang terlibat dalam kebakaran ini dan membantu membina semula rumah En Saidin.*
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.😭😭...
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang yang sangat prihatin. Moga Allah swt membalas jasa tuan/puan semua dengan sebaik-baik ganjaran.. Aamiiin
.....................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY*:
https://toyyibpay.com/BANTUANGT-KEBAKARAN-RUMAH-SAID
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BANTUAN KEBAKARAN RUMAH SAIDIN
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanKebakaranRumahSaidin
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanKebakaranRumahSaidin
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanKebakaranRumahSaidin
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/0193223501/BantuanKebakaranRumahSaidin
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Awwal 1446H☆
ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِۚ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَاۤىِٕزُونَ
"(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya" [Surah at-Tawbah 20]
#Ayat ini berisi pujian Allah swt terhadap para sahabat nabi saw. Mereka sentiasa mematuhi perintah Allah swt. Mereka beriman kepada Allah, berhijrah bersama baginda nabi saw, berjihad mempertahankan Islam dengan harta dan jiwa. Disebabkan ketaatan yang luar biasa, mereka dikurniakan ganjaran yang luar biasa disisi Allah swt.
#Berapakah jumlah sahabat Nabi saw?
#Bilangan sebenar sahabat Nabi saw tidak dapat dipastikan dengan tepat. Ini kerana, ketika Rasulullah saw wafat, masih tiada senarai menghimpunkan semua nama para sahabat baginda. Ditambah keberadaan para sahabat yang berselerak di tempat-tempat yang berbeza. Realiti ini tergambar dalam ungkapan Sayidina Ka'ab bin Malik r.a dalam hadis peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun 9H, lebih kurang dua tahun dua bulan sebelum kewafatan Baginda saw. Beliau berkata:
وَالْمُسْلِمُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرٌ وَلَا يَجْمَعُهُمْ كِتَابٌ حَافِظٌ
"Umat Islam bersama Rasulullah saw adalah ramai, namun tiada senarai yang menghimpunkan nama mereka semua" (Muttafaqun 'Alaih)
#Seorang guru kepada Imam Muslim, Abu Zur‘ah ar-Razi rahimahullah menyatakan bilangan sahabat Nabi saw adalah seramai 114000 orang. Perkataan beliau ini diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Jami’ Li Akhlaq al-Rawi Wa Adab al-Sami’.
#Imam Ibn Kathir dalam al-Ba‘ith al-Hathith menyatakan:
قال الشافعي: روي عن رسول الله ورآه من المسلمين نحو من ستين ألفًا. وقال أبو زرعة الرازي: شهد معه حجة الوداع أربعون ألفًا، وكان معه بتبوك سبعون ألفًا، وقبض عن مائة ألف وأربعة عشر ألفًا من الصحابة
"Berkata as-Syafie, diriwayatkan daripada Rasulullah saw dan dari kalangan umat Islam yang pernah melihat baginda sekitar 60,000 orang. Kata Abu Zur‘ah ar-Razi: Seramai 40,000 orang yang menyertai Haji Wada’ bersama baginda. Dalam peperangan Tabuk pula seramai 70,000 pernyertaan. Baginda diwafatkan oleh Allah, meninggalkan seramai 114000 orang sahabat".
#Allah swt berfirman:
وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ
"Semuanya Allah janjikan balasan yang sebaik-baiknya (Syurga)" [Surah al-Hadiid 10]
#Maksudnya orang-orang yang masuk Islam, berperang, dan berinfaq sebelum Fathul Makkah mahupun sesudahnya, semuanya Allah jamin akan masuk Syurga. Hal ini menunjukkan keutamaan para Sahabat semuanya radhiyallahu anhum. Allah saksikan keimanan mereka dan Allah jamin masuk Syurga. (Lihat: Taisiirul Kariimir Rahman fii Tafsiir Kalaamil Mannan)
#Kata Sayidina Abdullah bin Umar r.huma: "Janganlah kalian mencaci para Sahabat Nabi Muhammad saw. Berdirinya mereka sesaat bersama Nabi saw lebih baik daripada ibadah seorang dari kalian sepanjang umurnya" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah. Sahih). Dalam riwayat yang lain disebutkan: "Lebih daripada 40 tahun" (Lihat: Syarhul Aqidah at-Thahawiyyah)
♡Jika kita memerhatikan sirah kehidupan para Sahabat serta keistimewaan-keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada mereka dengan ilmu dan keyakinan yang benar, maka kita akan mengetahui dengan yakin, bahawa mereka (para sahabat) adalah sebaik-baik manusia sesudah para Nabi, yang tidak pernah ada sebelumnya serta tidak akan ada lagi seperti mereka. Mereka adalah sebaik-baik umat yang dimuliakan Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
#Kita perlu teliti dan mengambil berat perihal berkaitan makan minum agar jelas halal dan khasiatnya. Jangan sesekali terpedaya dengan hasutan syaitan agar makan sahaja apa yang diingini samada halal atau haram.
#Seorang sahabat nabi yang mulia, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sangat tinggi sifat warak dan ketakwaan beliau kepada Allah swt. Terdapat satu kisah yang diceritakan mengenai bagaimana beliau sangat menitik beratkan perihal halal dan haram terhadap apa yang dimakannya.
#Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa ayahnya Sayidina Abu Bakar r.a mempunyai mempunyai seorang budak suruhan. Pada suatu hari budak suruhan ini telah datang dengan membawa makanan, lalu Sayidina Abu Bakar pun makan makanan yang dibawa oleh budak suruhan tersebut. Budak suruhan bertanya kepada Sayidina Abu Bakar r.a: "Adakah engkau mengetahui apa yang engkau makan ini?"
Sayidina Abu Bakar r.a kemudian bertanya kepadanya: "Dari mana kamu mendapatkan makanan ini?"
Budak suruhan itu pun menceritakan: "Dulu, sewaktu di zaman jahiliyah, aku pernah melakukan amalan menilik nasib padahal aku tidak mahir dalam bidang tersebut. Kemudian, ada seorang lelaki yang datang kepadaku dan aku telah menipu beliau. Hari ini, aku menjumpainya kembali dan orang tersebut memberiku hadiah (makanan). Dan ia adalah apa yang anda sedang makan itu".
Setelah mendengar cerita tersebut, Sayidina Abu Bakar kemudian memasukkan jarinya ke dalam mulut dan berusaha memuntahkan kembali apa yang dimakannya" (HR al-Bukhari)
#Kisah ini memperlihatkan kepada kita bahawa ketakwaan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq adalah termasuk dengan berhati-hati terhadap apa yang dimakannya serta amat menitikberatkan perihal halal dan haram.
#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa yang menjaga diri dari hal-hal yang samar (belum jelas status halal dan haramnya), maka sungguh dia telah menjaga kesucian agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjerumus ke dalam hal-hal yang samar tersebut, maka ia bermakna dia telah terjerumus ke dalam perkara yang haram (dilarang dalam Islam)" (HR Muslim)
♡Apa yang kita makan itu jika halal dan baik, maka daging yang tumbuh dalam diri kita juga adalah yang baik dan akan memberi kesan baik kepada perbuatan kita. Namun, jika apa yang kita makan itu adalah dari yang syubhah (was-was) atau haram, maka begitulah juga sebaliknya. Oleh itu, pastikan kita sentiasa menitikberatkan sumber yang masuk ke dalam tubuh badan kita, pastikan halal dan baik♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah