☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
#Kita diperintahkan untuk makan sesuatu yang halal lagi baik. Pada masa yang sama kita juga perlu memastikan makanan yang dimakan tidak tergolong dalam makanan yang syubhah.
#Yang terbaik, makanan itu halal, bersih, berkhasiat dan disediakan oleh orang yang beriman lagi bertaqwa. Ini termasuk dalam bab berkaitan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makanan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa.
#Rasulullah saw pernah bersabda memberi peringatan kepada umatnya:
لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنًا وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ
"Janganlah kamu berkawan melainkan orang yang beriman dan jangan biarkan makananmu dimakan melainkan orang bertaqwa" (HR Abu Daud)
#Disebutkan juga oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulum al-Din:
لا تأكل إلا طعام تقي ولا يأكل طعامك إلا تقي
"Janganlah kamu makan melainkan makanan orang bertaqwa dan jangan seseorang makan makananmu melainkan orang bertaqwa".
#Jom hayati kisah kewarakan ayah imam al-Haramain al-Juwayni dalam menjaga makan minum anaknya (Imam al-Juwayni):
Satu hari, ibu imam al-Juwayni sedang sibuk memasak. Imam al-Juwayni yang masih kecil dan menyusu menangis kelaparan. Kebetulan ada seorang hamba perempuan (bukan milik ayahnya) yang menyusu anak jiran mereka datang ke rumah imam al-Juwayni melihat si imam sedang menangis kelaparan. Lalu hamba perempuan itu pun mengambil imam al-Juwayni dan menyusukannya satu dua hisapan.
Sedang si hamba menyusukan imam al-Juwayni, ayah imam al-Juwayni ternampak perbuatan itu dan dia menegahnya. Ayah imam al-Juwayni berkata kepada isterinya, hamba perempuan ini bukan milik kita, dia tidak memiliki susunya (kerana ia milik tuannya). Tuannya juga pasti tidak reda dengan tindakannya itu.
Ayah imam al-Juwayni berasa susah hati, lalu beliau mengangkat imam al-Juwayni dan menterbalikkan kepala imam al-Juwayni ke bawah sambil menekan-nekan perutnya dan menjolok jarinya ke dalam kerongkong imam al-Juwayni sehingglah dia muntah susu yang dihisap tadi. Selepas itu, ayahnya berkata, lebih mudah bagiku jika imam al-Juwayni mati (daripada dia minum benda syubhah) dan dirinya tidak rosak akibat meminum susu yang bukan milik ibunya.
Imam al-Juwayni selalu berkata setiap kali beliau gagap dalam berhujah atau kematian idea dalam berdebat "ini akibat saki baki hisapan susu (yang bukan milik ibunya) yang pernah aku minum ketika kecil" (Lihat: Tabaqat al-Shafi'iyyah al-Kubra dan al-Bidayah Wa al-Nihayah)
♡Makanan halal dan berkat membentuk perilaku dan peribadi seseorang♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Awwal 1446H☆
إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِیَةٌ أَكَادُ أُخۡفِیهَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ
"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan" [Surah Ṭā-Hā 15]
#Setiap mukmin wajib meyakini bahawa kehidupan didunia hanya sementara, manakala kematian itu satu kepastian. Kematian bukanlah penamat kehidupan, bahkan merupakan permulaan menuju kehidupan abadi iaitu menuju alam akhirat.
#Akhirat, perjalanannya panjang...memerlukan bekalan yang mencukupi dan berkualiti.
#Diriwayatkan, al-Asytar (Malik bin al-Harith an-Nakhaie) masuk menemui Sayidina Ali bin Abi Talib r.a setelah berlalu sebahagian malam. Ketika itu Sayidina Ali r.a sedang berdiri menunaikan solat.
#Berkata al-Asytar rahimahullah: "Wahai Amirul Mukminin, asyik puasa di siang hari dan berjaga malam (solat), berpenat melaksanakan tanggungjawab antara dua waktu itu".
#Apabila selesai solat, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Perjalanan akhirat amat panjang, perlu menempuhnya dengan berjalan malam iaitulah pada waktu Sahur (bangun menunaikan solat)".
#Firman Allah swt:
یَقُولُ یَـٰلَیۡتَنِی قَدَّمۡتُ لِحَیَاتِی
Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Surah al-Fajr 24]
#Demikian juga kisah isteri kepada Habib bin Muhammad al-Farisi yang membangunkan suaminya di malam hari dengan berkata:
"Bangunlah wahai suamiku. Sesungguhnya jalan (di akhirat) amat jauh, bekalan kita pula amat sedikit. Sedangkan rombongan orang soleh telah pun mara ke hadapan meninggalkan kita, namun kita masih di sini. Bangunlah wahai orang yang masih lagi tidur, bangunlah wahai suamiku, semakin hampir waktu yang dijanjikan (kiamat atau mati), jadikanlah beberapa waktu di malam hari untuk beribadat setelah tidur seketika. Siapa yang tidur sepanjang malam, pasti dia tidak akan sampai ke destinasi sekalipun dia bersusah-payah".
#Dalam sebuah nasihat tertulis yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Basri rahimahullah kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah, beliau berkata: "..Sesungguhnya dunia adalah negeri perantauan dan bukan tempat tinggal yang sebenarnya, dan hanyalah Adam Alaihissallam diturunkan ke dunia untuk menerima hukuman akibat perbuatan dosanya…" (Lihat: Ighatsatul Lahfan)
#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata dalam syairnya:
"Marilah (kita menuju) syurga ‘Adn (tempat menetap) kerana sesungguhnya itulah
tempat tinggal kita yang pertama, yang di dalamnya terdapat khemah (yang indah). Akan tetapi kita (sekarang dalam) tawanan musuh (syaitan), maka apakah kamu melihat
kita akan kembali ke kampung halaman (akhirat) kita dengan selamat?" (Lihat: Miftahu Daris Sa’adah)
♡Suatu hari nanti kita pasti akan mati dan akan pulang ke kampung yang kekal iaitu akhirat. Maka beramallah dengan penuh kesungguhan, moga kita selamat di alam sana kelak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN MAAHAD AN-NUR AD-DINIY, PITUMUDI, YARANG, PATTANI*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/INFAQGT-MAAHAD-AnNurudDiniy
Assalamualaikum wbt semua...
"Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20]
*LATAR BELAKANG*
Maahad an-Nur ad-Diniy dibangunkan pada tahun 2012
merupakan sebuah institusi pendidikan Islam yang menfokuskan kepada pengajian kitab Turath, Al-Quran, Hadis, pendidikan akhlak Islamiah dan akademik.
Terletak di alamat 12/3 Pitumudi, Kg Bangsal Wa'sing, Yarang, Pattani.
Kini Maahad an-Nur ad-Diniy mempunyai seramai 120 orang pelajar dan 17 orang tenaga pengajar.
Sebahagian pelajar maahad ini terdiri dari kalangan pelajar miskin dan anak yatim.
Kini maahad ini berada di bawah kelolaan Ustaz Abdul Razak bin Toyyib bin Hj Jaafar. Beliau merupakan saudara pupu Ustaz Naim (kaum kerabat sebelah Atok).
Cara pembelajaran disini melalui 2 kaedah:
1. Sesi Siang- pembelajaran di dalam kelas.
2. Sesi malam- pembelajaran kitab turath.
Ditubuhkan dalam usaha membantu masyarakat sekitar memahami ilmu agama serta untuk melahirkan pelajar, pendakwah, pendidik dan pemimpin yang berakhlak mulia serta berilmu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
*DIPERLUKAN DANA UNTUK PRASARANA DAN PENGURUSAN: RM50,000*
Saat ini sedang dibangunkan satu bangunan untuk:
1. Pembinaan kelas pelajar
2. Maktabah/Perpustakaan
3. Bilik guru
4. Bilik tetamu/pelawat
Moga sinar Islam sentiasa bercahaya di bumi Pattani.
*Pihak Geng Talaqqi merayu kepada para penyumbang dan seluruh umat Islam yang bermurah hati untuk mewaqaf, berinfaq atau menderma bagi kelancaran pembangunan dan pengoperasian Maahad an-Nur ad-Diniy ini sebagai saham terbesar akhirat kita*.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan beroleh ganjaran syurgaNya... Aamiiin..
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*
https://toyyibpay.com/INFAQGT-MAAHAD-AnNurudDiniy
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Infaq Maahad An-Nur ad-Diniy
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/InfaqMaahadAnNurAdDiniy
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/InfaqMaahadAnNurAdDiniy
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/InfaqMaahadAnNurAdDiniy
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/InfaqMaahadAnNurAdDiniy
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Awwal 1446H☆
وَلَقَدۡ یَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرࣲ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]
#Allah swt mengatakan bahawa al-Quran ini mudah sahaja untuk dipelajari dan diingati kepada mereka yang mahu belajar dan juga menghafaznya. Al-Quran juga mudah difahami terutama kepada mereka yang mahu mencari kebenaran.
#Perkataan ذِكْر bermaksud 'hafalan'. Ia membawa maksud, Al-Quran itu senang dihafal. Ini kerana lenggok bahasa yang digunakan itu amat indah, maka ianya senang dihafal. Banyak perkataan juga diulang-ulang dan itu memudahkan kita untuk menghafalnya.
#Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama dalam dunia ini yang banyak dihafal oleh penganutnya. Tidak ada kitab lain dalam dunia yang sebegini. Sampaikan kalaulah semua kitab al-Quran dalam dunia ini hilang, dalam masa sehari sahaja al-Quran baru boleh dikeluarkan kerana amat ramai sekali yang menghafalnya dan boleh tulis semula.
#Terdapat ramai di kalangan sahabat Nabi saw yang menghafaz al-Quran. Sebahagian mereka itu disebut oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Fathul Bari dengan katanya:
"Abu Ubaid menyebut, al-Qurra' (penghafaz al-Quran) dari kalangan sahabat Nabi saw, lalu dia menghitung dari kalangan al-Muhajirin (antaranya) al-Khulafa' al-Arba'ah (khalifah yg empat), Sayidina Talhah, Sa'ad, Ibn Mas'ud, Huzaifah, Salim, Abu Hurairah, 'Abdullah bin as-Sa`ib dan al-'Abadilah.
#Dari kalangan wanita pula ialah Sayidatina 'Aisyah, Hafshah dan Ummu Salamah. Sebahagian dari kalangan mereka ini menyempurnakan hafalan selepas kewafatan baginda saw.
#Manakala Ibn Abi Daud pula di dalam kitab as-Syari'ah menghitung penghafal dari kalangan al-Muhajirin (antaranya): Sayidina Tamim bin Aus ad-Dari dan 'Uqbah bin 'Amir.
#Dari kalangan al-Ansar (antaranya): Sayidina 'Ubadah bin as-Samit, Sayidina Mu'az yang diberi kuniah Abu Halimah, Mujammi' bin Harithah, Fadhalah bin 'Ubaid, Maslamah bin Makhlad dan lainnya. Beliau juga menjelaskan sebahagian daripada mereka menyempurnakan hafazan slps kewafatan Nabi saw.
#Termasuk yang menghafal al-Quran juga ialah Sayidina Abu Musa al-Asy'ari, hal ini dinyatakan oleh Abu 'Amr al-Dani.
#Di kalangan ulamak terkemudian, ada yang menghitung al-Qurra' dari kalangan sahabat antaranya Sayidina 'Amr bin al-'Ash, Sa'ad bin 'Abbad dan Ummu Waraqah.
#Selain itu termasuk para sahabat yang menghafal al-Quran juga ialah Sayidina Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit, Abu al-Darda' 'Uwaimir bin Zaid al-Ansari dan semua mereka menghafaz al-Quran di zaman Nabi saw. Demikian juga Sayidina Abdullah bin 'Abbas. (Lihat: Ma'rifah al-Qurraa al-Kibar oleh al-Hafidz az-Zahabi)
♡Allah swt telah memudahkan al-Quran untuk dipelajari, dibaca, dihafal dan diambil pelajaran. Asalkan kita berikan usaha, samada sedikit, kita sudah boleh mendapat hasil darinya. Kalau kita beri lebih lagi usaha, tentulah kita akan mendapat lebih lagi ilmu. Jom berusaha mempelajari dan menghafal al-Quran♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rabiul Awwal 1446H☆
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولࣱ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِی۟ن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰۤ أَعۡقَـٰبِكُمۡۚ وَمَن یَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَیۡهِ فَلَن یَضُرَّ ٱللَّهَ شَیۡـࣰٔاۗ وَسَیَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلشَّـٰكِرِینَ
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)" [Surah Āli-ʿImrān 144]
#Kewafatan Rasulullah saw adalah satu musibah paling besar yang menimpa umat Islam.
#Ketika berita kewafatan Rasulullah saw sampai kepada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, beliau hilang pertimbangan seketika, lantas beliau bangun dan berkata: "Ada beberapa lelaki munafik mendakwa bahawa Rasulullah saw telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah saw tidak wafat, akan tetapi Rasulullah saw pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian Baginda kembali kepada kaumnya setelah orang mengatakan Baginda telah mati. Demi Allah, Rasulullah saw akan kembali, dan aku akan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan Baginda saw telah mati!" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah dan al-Rahiq al-Makhtum)
#Sayidina Abu Bakar ketika itu masih di dalam rumah Rasulullah saw dan di hadapan jenazah Rasulullah saw. Beliau menyingkap wajah Rasulullah saw, kemudian menciumnya. Beliau berkata:
بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، طِبْتَ حَيًّا وَمَيِّتًا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُذِيقُكَ اللَّهُ المَوْتَتَيْنِ أَبَدًا
"Ayah dan ibuku sebagai galang ganti bagimu, engkau dalam keadaan baik saat hidup dan sesudah mati. Demi Dia yang jiwaku berada di tanganNya, Allah tidak akan membuatkanmu merasakan kematian sebanyak dua kali buat selama-lamanya"
#Setelah itu, Abu Bakar r.a pun keluar menemui orang ramai. Dalam satu riwayat daripada Ibn Abbas r.huma, katanya: "Bahawa Sayidina Abu Bakar r.a selepas itu keluar ketika Sayidina Umar r.a sedang berbicara dengan orang ramai. Lalu Sayidina Abu Bakar berkata kepada Sayidina Umar:
عَلَى رِسْلِكَ يَا عُمَرُ، أَنْصِتْ!
"Berhenti! Wahai Umar, diamlah kamu!"
Sayidina Umar enggan mematuhi perintah tersebut. Akhirnya Sayidina Abu Bakar mengucapkan lafaz syahadah, lalu orang ramai berkumpul ke arahnya dan meninggalkan Sayidina Umar, lalu Sayidina Abu Bakar berkata:
أَمَّا بَعْدُ، فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَإِنَّ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ مَاتَ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللهَ، فَإِنَّ اللهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، قَالَ اللهُ تَعَالَى: {وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ} إِلَى {الشَّاكِرِينَ} [آل عمران: 144]
"Barangsiapa daripada engkau yang menyembah nabi Muhammad saw, sungguh nabi Muhammad saw sekarang sudah wafat dan barangsiapa yang menyembah Allah, sungguh Allah Maha Hidup yang tidak akan pernah mati". Lalu dibacakan ayat Surah Ali Imran 144.
#Ibn al-Musayyib menyebutkan bahawa Sayidina Umar berkata: "Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Sayidina Abu Bakar membacakan ayat itu, maka aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi ketika mendengar Sayidina Abu Bakar membacakannya. Maka, yakinlah aku bahawa Rasulullah saw telah wafat" (Lihat: Rahiq al-Makhtum)
♡Demikianlah kecintaan para sahabat terhadap Rasulullah saw yang tiada tolok bandingnya. Begitu juga kecintaan Rasulullah saw terhadap orang-orang yang beriman. Namun, Baginda tetap memilih kepada yang lebih dicintai, iaitu bertemu dengan Allah saw di alam akhirat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]
#Allah swt menciptakan Nabi Muhammad saw, Rasulullah sebagai makhluk paling mulia dan paling istimewa yang pernah diciptakan olehNya. Semestinya makhluk termulia dan teragung ini akan memiliki keistimewaan yang tersendiri. Pelbagai penulisan para ulamak yang telah dihasilkan dalam memperkatakan berkaitan kelebihan-kelebihan Nabi Muhammad saw.
#Antara keistimewaan Nabi saw ialah walaupun Rasulullah saw merupakan rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah swt kepada manusia, namun dari sudut kenabian, baginda adalah nabi yang paling awal dinobatkan oleh Allah dengan kenabian.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, beliau telah berkata: Mereka telah berkata: "Wahai Rasulullah. Bilakah kenabian telah menjadi wajib untuk anda? Baginda telah bersabda: “(Kenabian sudah dianugerahkan kepada saya) dalam keadaan (Nabi) Adam di antara ruh dan jasad" (HR at-Tirmizi)
#Selain itu, Allah telah memuliakan Rasulullah saw dengan menjadikan baginda daripada zuriat yang mulia. Ini supaya tidak akan ada sama sekali manusia bermulut jahat yang dapat merendahkan baginda dari sudut keturunan.
#Sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah daripada anak (Nabi) Ismail. Dia telah memilih Quraisy daripada [keturunan] Kinanah. Dia telah memilih daripada Quraish akan anak-anak Hasyim dan Dia telah memilihku daripada anak-anak Hasyim" (HR Muslim)
#Hebatnya Rasulullah saw yang bukan akhlak baginda sahaja yang sangat tinggi nilainya, Allah swt juga menjadikan baginda seorang yang tidak ada sebarang cacat cela dari sudut jasad dan rupa paras baginda.
#Daripada Abu Ishaq, beliau telah berkata, saya telah mendengar al-Bara' r.a berkata: Rasulullah saw adalah seindah-indah manusia dari sudut wajah dan seindah-indah mereka dari sudut tubuh badan. Baginda bukanlah seorang yang tinggi berlebihan dan baginda juga tidaklah rendah" (HR Muslim)
#Nabi saw juga dikurniakan mukjizat yang kekal. Sedangkan nabi yang lain, mukjizat mereka tidak kekal.
#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak ada daripada (kalangan) para nabi seorang nabi pun melainkan baginda telah diberikan daripada tanda-tanda (kebenaran baginda) sesuatu (mukjizat) yang seperti baginda yang manusia (pada zaman baginda) telah beriman disebabkan tanda itu. Sesungguhnya hanya sanya saya telah diberi wahyu yang Allah swt mewahyukannya kepada saya. Saya mengharapkan akan menjadi yang paling banyak pengikut berbanding dengan mereka (para nabi) pada hari kiamat. (HR Ahmad)
♡Inilah kehebatan Rasulullah saw, dari aspek mana sekalipun, tidak ada sebarang cacat cela dan wajib kita beriman dengannya dan dengan risalah yang disampaikan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: BAIK PULIH TERRANO SEBAGAI KENDERAAN AMAL GENG TALAQQI EHSAN INSAN BUDIMAN*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-TERANO-GT
Assalamualaikum wbt..
*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, seorang insan budiman telah mewaqafkan sebuah kenderaan berjenama Nissan Terrano untuk kegunaan Geng Talaqqi dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan Geng Talaqqi*
Untuk makluman, kenderaan ini perlu dibaik pulih agar lebih memuaskan dalam gerak kerja kebajikan terutama untuk perjalanan jauh seluruh semenanjung Malaysia.
*KOS YANG DIPERLUKAN: RM15 RIBU*
*_Antara yang perlu diservis dan dibaik pulih ialah:_*
1. Servis enjin
2. Tukar 4 tayar
3. Ganti sparepart
4. Cat
5. Pemasangan sticker Geng Talaqqi
6. Pembayaran roadtax/insurance dll
Dengan ini, Geng Talaqqi merayu pada semua penyumbang agar sama-sama membantu untuk baik pulih kenderaan waqaf ini untuk kegunaan misi dakwah dan kebajikan Geng Talaqqi di seluruh semenanjung Malaysia, InsyaAllah.
*Semoga JARIAH kecil ini akan membawa satu HASILAN yang besar ketika kita bertemu denganNYA nanti*
JOM REBUT PELUANG KEEMASAN PAHALA BERGANDA DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI. *Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-TERANO-GT
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIK PULIH TERRANO GT
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihTerranoGT
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihTerranoGT
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihTerranoGT
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihTerranoGT
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad (saw) ialah Rasulullah.." [Surah al-Fatḥ 29]
#Rasulullah saw adalah Rasul dan juga utusan Allah yang diutuskan untuk menyampaikan dakwah dan diikuti oleh manusia sama ada perintahnya mahupun akhlaknya bahkan sirahnya ditekuni untuk diamalkan dan diiktibar, begitu juga kehidupannya.
#Ini bertepatan dengan firman Allah swt:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik" [Surah al-Ahzab 21]
#Imam al-Sarkhasi rahimahullah ketika mentafsirkan firman Allah swt berkaitan tugasan Rasulullah saw:
لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ
"Supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka" [Surah an-Nahl 44]
#Katanya, adalah Rasulullah saw diperintahkan untuk menerangkan kepada manusia dan sesungguhnya kami mengetahui bahawa Rasulullah saw menerangkan semuanya (Lihat: Usul al-Sarkhasi)
#Rasulullah saw ditugaskan untuk membetulkan tauhid manusia dan beribadah dengan penuh keikhlasan.
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أَمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُوا اللهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):" "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thagut itu" [Surah an-Nahl 36]
#Rasulullah saw juga ditugaskan untuk menyampaikan berita gembira dan berita kesengsaraan kepada umatnya.
وَمَا نُرۡسِلُ ٱلۡمُرۡسَلِینَ إِلَّا مُبَشِّرِینَ وَمُنذِرِینَۖ فَمَنۡ ءَامَنَ وَأَصۡلَحَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَیۡهِمۡ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ
"Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pembawa amaran; kemudian sesiapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka tidak akan berdukacita" [Surah al-Anʿām 48]
#Rasulullah saw juga adalah qadhi yang memutuskan pertelingkahan antara sesama Muslim dan menghukum. Hal ini terdapat dalam hadis riwayat al-Bukhari.
#Rasulullah saw telah diutuskan kepada manusia untuk menunjukkan agama yang benar dan jalan yang benar. Semua rasul membawa agama yang sama iaitu agama yang mentauhidkan Allah dan tidak menyembah selain dari Allah. Para rasul ditugaskan untuk memberi peringatan kepada manusia dan peringatan azab pada hari kiamat. Oleh itu, hendaklah kita mengikut agama yang benar, agama yang dibawa oleh para rasul Allah. Hendaklah kita mentauhidkan Allah serta beribadah hanya kepada-Nya dan jangan sembah selain dari-Nya. Hendaklah kita memberi peringatan kepada manusia mengenai azab pada hari kiamat.
♡Sejauh manakah diri kita, keluarga kita, rakan kita, pekerja kita, pelanggan kita, dan majikan kita mematuhi segala perintah Allah swt dan nasihat Rasulullah saw? Jom amalkan segala perintah Nabi saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah.." [Surah al-Fatḥ 29]
#Masuk bulan Rabiulawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia memperingati kelahiran Rasulullah saw yang telah berjuang dan berkorban menyebarkan ajaran Islam kepada umat manusia yang ketika itu hidup dalam kegelapan dan disambung sebarannya oleh para pewarisnya pada setiap zaman.
#Jom kenali salasilah keturunan nabi kita, Nabi Muhammad saw.
#Nama baginda, Sayidina Muhammad bin Abdillah bin 'Abd al-Mutallib عَبْدِ المُطَّلِبِ (nama 'Abd al-Muttalib ialah Syaibah) bin Hashim هاشم (nama Hashim ialah 'Amr عمرو) bin 'Abd Manaf (nama 'Abd Manaf ialah al-Mughirah) bin Qusyai قصي (nama Qusyai ialah Zaid) bin Kilab كِلاَبِ bin Murrah مُرَّةَ bin Ka'ab كَعْبِ bin Luaiy لُؤَيِّ bin Ghalib غَالِبِ bin Fihrin فِهْرِ bin Malik bin al-Nadhar النضر bin Kinanah كنانة bin Khuzaimah خزيمة bin Mudrikah مدركة (nama Mudrikah ialah 'Amir عامر) bin Ilyas إِلْيَاسَ bin Mudhar مُضَرَ bin Nazar نزَارِ bin Ma'addin مَعَدِّ bin 'Adnan عدنان.
#Adnan ini daripada Nabi Ismail bin Ibrahim Alaihissalam dengan sepakat semua para ulamak.
#Para ulamak berbeza pandangan antara Adnan dengan Nabi Ismail ada berapa nama. Ada di kalangan ulamak yang mengatakan terdapat tujuh nama lagi, ada yang mengatakan sembilan, ada yang menyebut 15 nama, bahkan ada pandangan yang mengatakan ada 40 nama. Selain itu mereka juga berbeza dalam menentukan nama-nama tersebut
#Abu 'Umar Ibn 'Abd al-Barr berkata: "Berdasarkan para imam dalam bidang ini, beliau (nasab Adnan) ialah:
عَدْنانُ بْنُ أُدَدِ بْنِ مُقَوِّمِ بْنِ ناحُورَ بْنِ تَيْرَحِ بْنِ يَعْرُبَ بْنِ يَشْجُبَ بْنِ نابِتِ بْنِ إسْماعِيلَ بْنِ إبْراهِيمَ الخَلِيلِ بْنِ آزَرَ واسْمُهُ تارَحُ بْنُ ناحُورَ بْنِ سارُوغَ بْنِ راغُو بْنِ فالَخَ بْنِ عَيْبَرَ بن شالخ بن أَرْفَخْشَذ بن سام بن نُوحٍ -عَلَيْهِ السَّلامُ- بْنِ لَمَّكِ بْنِ مَتُّوشَلَخَ بن خنوخ، وهو إدريس -عليه السلام- بن يَرْدَ بْنِ مِهْلِيلَ بْنِ قَيْنَنَ بْنِ يانِشَ بْنِ شِيثَ بْنِ آدَمَ أبِي البَشَرِ -عَلَيْهِ السَّلامُ
'Adnan bin Udad bin Muqawwim bin Nahur bin Tairah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail bin Ibrahim al-Khalil bin Azar, namanya Tarah bin Nahur bin Sarugh bin Raghu bin Falakh bin 'Aibar bin Syalikh bin Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh AS bin Lammak bin Mattusyalakh bin Khanukh, iaitulah Nabi Idris bin Bard bin Mihlil bin Qainan bin Yanisy bin Syith bin Adam, bapa manusia. Inilah yang dipegang oleh Muhammad bin Ishak di dalam kitab sirahnya. Namun kata Ibn Sa'ad: "Sepatutnya kita diam (tidak membicarakan) nama siapa selepas 'Adnan sehingga ke Ismail." (Lihat al-Siyar oleh az-Zahabi)
#Kata Imam Ibn Hibban RH:
نسبة رسول الله صلى الله عليه وسلم تصح إلى عدنان، وما وراء عدنان فليس عندي فيه شيء صحيح أعتمد عليه
"Nasab Rasulullah saw sahih sehingga Adnan. Adapun selepas Adnan tiada di sisiku sesuatu yang sahih yang dapat aku berpegang kepadanya" (Lihat: al-Sirah al-Nabawiyyah Wa Akhbar al-Khulafa')
#Nasab keturunan Baginda saw merupakan nasab keturunan yang paling mulia dalam masyarakat ketika itu, datuk nenek Baginda terdiri daripada orang-orang yang menjaga kesucian diri dan keturunan Baginda berpindah daripada tulang-tulang sulbi mereka kepada rahim-rahim yang suci, dengan jalan perkahwinan serta tidak pernah dicemari dengan perbuatan kotor (zina).
#Allah swt telah memilih Nabi Muhammad sebagai pembawa petunjuk, dan Nabi Muhammad adalah daripada kalangan mereka yang paling tinggi kedudukannya, terhormat dan disegani dalam kalangan masyarakat ketika itu, iaitu kabilah Quraisy.
#Tempat kelahiran Baginda di bumi Mekah, iaitu di rumah Abu Talib yang terletak didalam perkampungan Bani Hashim. Baginda dilahirkan pada tahun Gajah, iaitu tahun ketika berlakunya pencerobohan tentera bergajah Abrahah al-Ashram terhadap Mekah.
♡Baginda saw adalah Rasulullah, insan terpilih dan sebaik-baik makhluk di alam ini. Jom selawat!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
Nota Tadabbur:
☆Tadabbur Kalamullah 11 Rabiul Awwal 1446H☆
قَالَتْ لَهُمْ رُسُلُهُمْ إِن نَّحْنُ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ يَمُنُّ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ وَمَا كَانَ لَنَا أَن نَّأْتِيَكُم بِسُلْطَانٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّـهِ ۚ وَعَلَى اللَّـهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan Kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri" [Surah Ibrahim 11]
#Dari segi aqidah, kita dijelaskan bahawa para nabi dan rasul adalah manusia biasa yang makan, berjalan ke pasar, berumah tangga dan beranak-pinak, pun begitu mereka adalah manusia-manusia istimewa yang dipilih Allah swt, dikurniakan wahyu dan disokong dengan mukjizat.
#Walaupun mereka adalah manusia biasa, para nabi seperti Rasulullah saw memiliki kelebihan yang tidak dimiliki oleh manusia lain, seumpama keturunan yang mulia, penghulu segala kejadian, kecantikan paras rupa, kekuatan rohani dan jasmani, keluhuran akhlak dan lain-lain sebagaimana yang termaktub dalam kitab-kitab sunnah dan sirah.
#Bersempena berada di bulan kelahiran baginda Rasulullah saw, amat wajar sekali kita memuhasabah diri, sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasulullah saw. Sejauh mana kita mengenali dan mengagungkan Rasulullah saw berbanding tokoh-tokoh dunia yang lain.
#Kita boleh untuk mengagungkan Rasulullah saw semahunya, selagi mana ia tidak melampaui batas sehingga berdusta atas nama Baginda saw. Ini seperti mana kata-kata Imam al-Busiri dalam Burdahnya:
دع ما ادعته النصاري في نبيهم.. واحكم بما شئت مدحا فيه واحتكم
وانسب إلى ذاته ما شئت من شرف.. وانسب إلى قدرة ما شئت من عظم
فان فضل رسول الله ليس له.. حد فيعرب عنه ناطق بفم
"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi Isa). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda saw sesuka hatimu. Kerana hakikatnya keagungan Rasulullah saw itu tiada had baginya, sehingga mampu lidah mengungkapkannya secara sempurna".
#Dalam menzahirkan kecintaan kita terhadap nabi kita Muhammad saw, kita perlu mengambil pendekatan mengutamakan penegakan risalah dan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw berbanding sekadar mengagung-agungkan jasad dan keturunan Baginda saw sahaja. Firman Allah swt:
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)" [Surah al-Hasyr 7]
#Begitu juga dengan firmanNya dalam surah al-A’raf 157:
فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
"Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya"
#Berkata al-Marhum Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi: "Apa yang penting dalam menyambut maulid adalah kita melaksanakan apa yang disukai oleh empunya maulid dan pencipta empunya maulid serta berpegang teguh kepada manhaj yang dibawa oleh Nabi saw" (Lihat: Fatawa al-Sya'rawi)
♡Cinta kepada Rasulullah saw hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada perjuangannya, sunnahnya dan sebar serta amalkan risalah yang dibawa oleh Nabi saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN 200 ASNAF PULAU LANGKAWI*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BANTUAN-ASNAF-PULAU-LANGKAWI
Assalamualaikum wbt..
InsyaAllah sukarelawan Geng Talaqqi akan *menyantuni Asnaf Pulau Langkawi dan Pulau Tuba, dalam Misi Dakwah dan Kebajikan pada 16/9/2024 dan 18/9/2024.*
InsyaAllah akan disampaikan sumbangan *food basket (Beras, Telur Sepapan, Ayam seekor, Bihun, Minyak masak, dll) untuk 150 asnaf di Pulau Langkawi dan 50 asnaf di Pulau Tuba*. Juga akan diadakan jamuan untuk asnaf di sana.
Disamping itu akan diadakan juga *Ceramah Maulidur Rasul di Masjid al-Wafa Pulau Tuba dan program serahan Pusat Pelupusan al-Quran kepada pihak Sekolah Kebangsaan Kg Selat*, Pulau Tuba.
*JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN SEKITAR: RM16,000*
Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah ruah. Aamiiin
*SEDEKAH BUKANLAH sesuatu yang akan MERUGIKAN kita semua, ianya merupakan satu bentuk PENGORBANAN daripada kita untuk beroleh KEMULIAAN disisi ALLAH SWT dan KEBERKATAN pada REZEKI*
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/BANTUAN-ASNAF-PULAU-LANGKAWI
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Remark: Kebajikan Asnaf Pulau Langkawi
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BantuanAsnafPulauLangkawi
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BantuanAsnafPulauLangkawi
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BantuanAsnafPulauLangkawi
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BantuanAsnafPulauLangkawi
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 8 Rabiul Awwal 1446H☆
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
"Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" [Surah al-A’raf 157]
#Yang dimaksudkan dengan الطَّيِّبَاتِ (at-Thoyyibat) ialah lazat, enak, tidak membahayakan, bersih atau halal (Lihat: Fathul Bari, Ibnu Hajar]
#Sedangkan maksud الْخَبَائِثَ (al-Khabaits) ialah sesuatu yang menjijikan, berbahaya dan haram. Sesuatu yang menjijikan seperti barang-barang najis, kotoran atau haiwan-haiwan seperti ulat, kumbang, cengkerik, tikus, cicak, kalajengking, ular dan sebagainya sebagaimana pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam as-Syafi’i. (Lihat: al-Mughni, Ibnu Qudamah)
#Sesuatu yang membahayakan seperti racun, dadah beserta aneka jenisnya, rokok dan sebagainya. Adapun makanan haram seperti arak, babi, bangkai, darah, yang disembelih untuk selain Allah dan sebagainya.
وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلَّا مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ
"Sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya" [Surah al-An’am 119]
#Sebagaimana kita maklum bahawa makanan mempunyai pengaruh yang kuat bagi diri orang yang memakannya. Ini bererti makanan yang halal, bersih dan baik akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sihat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji dan kebinatangan. Oleh kerana itulah, Islam memerintahkan kepada kita semua untuk memilih makanan yang halal serta menjauhi makanan yang haram.
#Saat ini kita melihat sebahagian daripada manusia telah mengabaikan keprihatinan mereka terhadap status makanan dan minuman yang diambil, sama ada ia betul-betul halal atau sebaliknya. Malah yang mereka pentingkan ialah kelazatannya, tanpa mempedulikan tentang kesan-kesan yang akan dihadapinya.
#Sebab itulah kebelakangan ini timbul isu tentang logo halal. Ada yang mempertikaikan kewajarannya. Ada yang anggap ianya menyusahkan, membebankan dan pelbagai lagi alasan. Yang mempertikaikannya di kalangan orang bukan Islam, malah ada juga di kalangan orang Islam. Sedangkan mencari yang halal itu adalah fardhu bagi seluruh umat Islam.
#Sabda Rasulullah saw: "Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam" (HR Ibnu Abdil Barr)
#Sabda Rasulullah saw lagi: "Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya" (HR al-Bukhari dan Muslim)
♡Ingatlah, Islam sangat menitikberatkan tentang soal halal dan haram dengan sangat teliti. Ia bukan sahaja berkaitan dengan pemakanan, malah soal pemakaian dan pekerjaan juga turut diambil kira. Ini penting dalam menjaga keselamatan umat Islam itu sendiri dan demi mendapat keredhaan Allah di atas setiap urusan kehidupan yang kita lakukan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
#Makanan, minuman dan hasil nafkah dari yang haram sangat berpengaruh dalam kehidupan seorang muslim, bahkan untuk kehidupan akhiratnya setelah kematian.
#Makanan halal berhubung kait dengan kemakbulan doa.
#Nabi saw berkata kepada Sayidina Sa’ad r.a:
أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة
"Perbaikilah makananmu, maka doamu akan mustajab" (HR at-Thabrani)
#Daripada Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah berkata:
من سرَّه أنْ يستجيب الله دعوته، فليُطِب طُعمته
"Siapa yang bahagia doanya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya".
#Beliau (Imam Wahb bin Munabbih) berkata lagi:
العملُ الصالحُ يبلغ الدعاء، ثم تلا قوله تعالى: إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُه
"Amalan soleh akan memudahkan tersampainya (terkabulnya) doa. Lalu beliau membaca firman Allah swt: "KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh menaikkanNya" [Surah Fathir 10]
#Berkata Imam Sahl bin ‘Abdillah rahimahullah:
من أكل الحلال أربعين يوماً أُجيبَت دعوتُه
"Barangsiapa memakan makanan halal selama 40 hari, maka doanya akan mudah dikabulkan".
#Imam Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:
بلغنا أنَّ دعاءَ العبد يحبس عن السماوات بسوءِ المطعم
"Telah sampai pada kami bahawa doa seorang hamba tertahan di langit kerana sebab makanan haram yang ia makan"
#Daripada Sayidina Umar r.a, ia berkata:
بالورع عما حرَّم الله يقبلُ الله الدعاء والتسبيحَ
"Dengan sikap warak (hati-hati) terhadap larangan Allah, Dia akan mudah mengabulkan doa dan memperkenankan tasbih (zikir subhanallah)".
#Sebahagian salaf berkata:
لا تستبطئ الإجابة، وقد سددتَ طرقها بالمعاص
“Janganlah engkau memperlambatkan terkabulnya doa dengan engkau menempuh jalan maksiat" (Lihat: Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab al-Hambali)
♡Betapa pentingnya makanan halal dalam urusan ibadah seorang hamba kepada TuhanNya samada diterima atau ditolak. Begitu juga, betapa bahayanya makan makanan haram sehingga mempengaruhi doa dan amalan kebaikan bahkan di akhirat kelak beroleh seksaan yang dahsyat dan azab yang mengerikan. Pastikan segalanya halal dalam kehidupan kita!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Rabiul Awwal 1446H☆
وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ
"Semuanya Allah janjikan Syurga (balasan yang sebaik-baiknya)" [Surah al-Ḥadid 10]
#Maksudnya orang-orang yang masuk Islam, berperang dan berinfaq sebelum Fathul Makkah (pembukaan kota Mekah) mahupun selepasnya, semuanya Allah jamin akan dimasukkan ke dalam Syurga.
#Hal ini menunjukkan keutamaan para sahabat Nabi saw semuanya. Allah swt saksikan keimanan mereka dan Allah redha kepada mereka dengan jaminan syurga.
وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِینَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِینَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحۡسَـٰنࣲ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۚ ذَ ٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 100]
#Rasulullah saw melarang keras umat Islam mencaci maki para Sahabat r.anhum. Sabda Nabi saw:
مَنْ سَبَّ أَصْحَابِي، فَعَلَيْهِ لَعْنَةُ اللهِ، وَالْمَلاَئِكَةِ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ.
"Barangsiapa mencaci-maki Sahabatku, maka baginya laknat Allah, Malaikat, dan manusia seluruhnya" (HR at-Thabrani. Hadis Hasan)
#Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.huma: "Janganlah kalian mencaci para Sahabat Nabi saw. Berdirinya mereka sesaat bersama Nabi saw lebih baik daripada ibadah seorang dari kamu sepanjang umurnya" (Riwayat Ahmad dalam Fadhailus Shahabah)
#Daripada Imam Malik bin Anas, katanya: "Dahulunya, Salaf akan mengajarkan anak-anak mereka cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar sepertimana mereka mengajarkan satu surah daripada al-Quran".
#Abdul Aziz bin Ja'far al-Lu'luie berkata: "Aku bertanya kepada al-Hasan: "Cinta kepada Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar itu Sunnah?" Beliau menjawab: "Tidak, (bahkan) satu kefardhuan" (Lihat Syarh I'tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah oleh Abu al-Qasim Hibah Allah Ibn al-Hasan bin Mansur al-Tabari)
♡Belajar dan dalamilah sirah tentang para sahabat, maka kita akan mengetahui dengan yakin, bahawa mereka para Sahabat adalah sebaik-baik manusia sesudah para Nabi, yang tidak pernah ada sebelumnya serta tidak akan ada lagi yang seperti mereka. Mereka adalah insan pilihan dari generasi umat ini dan sebaik-baik umat yang dimuliakan oleh Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ PENGURUSAN DAN PRASARANA SRITI AS-SALAM MARAN, PAHANG*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SRITI-AS-SALAM-MARAN
Sabda Rasulullah saw:
"Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah swt akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat..." (Riwayat Muslim)
*SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM (SRITI) AS-SALAM, MARAN, PAHANG merupakan sebuah sekolah rendah agama yang ditubuhkan bagi melahirkan anak-anak yang soleh, pintar, rabbani dan bertaqwa.*
SRITI AS-SALAM, MARAN ditubuhkan dengan niat untuk melahirkan generasi anak-anak Malaysia yang cemerlang secara syumul merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi seorang murabbi ummah yang professional.
*SRITI AS-SALAM, MARAN bertempat di 1-1, Jalan Dagangan 2/1, Bagunan Perdagangan Maran, 26500 Maran, Pahang Sekolah ini ditubuhkan untuk pembelajaran sesi 2025.*
_*DANA DIPERLUKAN SEBANYAK: RM30 RIBU*_
Pihak Geng Talaqqi membuka peluang kepada para penyumbang dan seluruh umat Islam yang bermurah hati untuk mewaqaf, berinfaq atau menderma bagi pengoperasian SRITI AS-SALAM ini sebagai saham terbesar akhirat kita.
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan beroleh ganjaran syurgaNya... Aamiiin..
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*
*Klik dan sumbang:*
https://toyyibpay.com/SRITI-AS-SALAM-MARAN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: SRITI ASSALAM MARAN
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/SritiAssalamMaran
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SritiAssalamMaran
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SritiAssalamMaran
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SritiAssalamMaran
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Awwal 1446H☆
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِی خَلَقَ
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)" [Surah al-ʿAlaq 1]
#Membaca di sini tidak hanya merujuk pada membaca al-Quran semata-mata, tetapi juga pada membaca dan menuntut ilmu secara umum. Al-Quran menekankan bahawa membaca dan menuntut ilmu adalah suatu kewajipan bagi setiap muslim untuk meningkatkan keimanan dan pengetahuannya.
#Perintah membaca dalam al-Quran merupakan seruan yang ampuh untuk mencari ilmu, melestarikannya, dan memanfaatkannya untuk kebaikan yang lebih besar. Bacaan yang bagus dan utama ialah membaca al-Quran.
#Daripada Sayidatina Aisyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
"Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran" (HR Muslim)
#Al-Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan dua ganjaran yang diperolehi adalah daripada pembacaannya serta kepayahannya dalam membaca al-Quran.[Lihat: Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)
#Ada seorang lelaki yang rajin membaca al-Quran, akan tetapi amat sedikit yang dihafalnya. Salah seorang anaknya bertanya: "Apakah faedah ayah selalu membaca al-Quran tetapi tidak menghafalnya?!
Jawab: "Ayah akan beritahu kepadamu faedahnya, jika kamu selesai mengisi bakul jerami buat mengisi arang ini dengan air dari laut dan bawa pulang ke rumah. Si anak berkata: "Tidak mungkin saya dapat mengisinya. Kata ayah: "Cubalah dahulu".
Si anak itupun mengambil bakul jerami buat mengisi arang, dan segera menuju ke laut yang berhampiran. Dengan segera dia menceduk air laut dengan bakul jerami yang dibawanya dan cepat-cepat pulang menuju kepada bapanya yang berada di rumah.
Malangnya sebuah bakul jerami sudah tentu tidak dapat menampung air laut di dalamnya. Air laut terus meleleh keluar dengan laju dari celah-celah anyaman jerami. Apabila sampai di rumah si anak berkata kepada ayahnya: "Tidak ada gunanya untuk saya melakukan kerja ini!"
Jawab Ayahnya yang bijaksana: "Jangan kamu cepat berputus asa. Cuba lagi!" Lalu si anak pun melakukan apa yang disuruh ayahnya. Namun hasilnya tetap sama. Tiada sedikitpun air laut di dalam bakul jerami tersebut. Semuanya habis meleleh keluar sebelum si anak sampai di rumah. Si anak terus mencuba kali ketiga, keempat dan kelima, tetapi tetap tidak berhasil membawa pulang bakul jerami penuh berisi air laut.
Si anak keletihan dan berkata kepada ayahnya: "Saya tidak mampu lagi untuk mengisi air laut dalam bakul jerami ini."
Si ayah terus berkata kepada anaknya: "Tidakkah kamu perasan sesuatu pada bakul itu wahai anakku?!" Si anak tiba-tiba teruja dan berkata: "Benar wahai ayah, kotoran dari sisa arang telah tiada. Bakul jerami ini sekarang benar-benar telah bersih!" Si ayah segera berkata kepada anaknya: "Demikianlah yang dilakukan oleh al-Quran terhadap hatimu, dunia dan segala kotorannya yang telah memenuhi hatimu umpama kotoran arang di dalam bakul jerami ini. Al-Quran itu pula umpama air laut yang menghilangkan. Al-Quran itu membersihkan hatimu sekalipun kamu tidak menghafalnya".
♡Bacalah al-Quran, moga Allah swt mengurniakan keindahan dan kebersihan pada hati kita serta kebaikan yang melimpah-limpah dalam kehidupan kita. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Awwal 1446H☆
مَن جَاۤءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَاۖ وَمَن جَاۤءَ بِٱلسَّیِّئَةِ فَلَا یُجۡزَىٰۤ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا یُظۡلَمُونَ
"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun)" [Surah al-Anʿām 160]
#Satu amal soleh akan diberi 10 pahala. Maka, jika satu amalan diamal 100 kali, maka akan menghasilkan 1000 pahala. Alhamdulillah, tersangat lumayan tawaran daripada Allah swt.
#Bagaimana cara untuk kita mendapat 1000 kebaikan tersebut?
#Rasulullah saw bersabda:
أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ فِي كُلِّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ. فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ : كَيْفَ يَكْسِبُ أَلْفَ حَسَنَةٍ ؟ قَالَ : يُسَبِّحُ مِئَةَ تَسْبِيحَةٍ فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ ، أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ.
"Adakah salah seorang dari kalian tidak mampu untuk memperoleh seribu kebaikan setiap hari?"
Maka seseorang yang sedang duduk bertanya: "Bagaimanakah seseorang boleh memperoleh seribu kebaikan?"
Baginda saw menjawab: "Ianya adalah dengan bertasbih seratus kali, maka akan ditulis untuknya seribu kebaikan atau dihapus darinya seribu kesalahan" (HR Muslim)
#Maka dalam sehari, usahalah untuk amal dan cukupkan zikir:
سُبْحَانَ الله
Subhanallah sebanyak 100 kali. InsyaAllah kita bukan hanya mampu peroleh 1000 kebaikan bahkan akan terhapus juga 1000 kejahatan.
#Amalan zikir ini tergolong sebagai amalan yang mudah, ringan dan lafaznya juga tidak panjang serta sudah sangat terkenal di kalangan umat Islam.
#Cara melaksanakannya pun senang iaitu boleh dilakukan pada bila masa sahaja dan tidak khusus dilakukan di masjid, boleh sahaja dilakukan ketika kita berada di tempat kerja, rumah, pasar dan dimana-mana sahaja.
♡Jom amalkan secara istiqamah. Semoga Allah swt sempurnakan pahala buat kita semua dengan 1000 kebaikan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَـٰذِهِ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَا مَتَـٰعࣱ وَإِنَّ ٱلۡـَٔاخِرَةَ هِیَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal" [Surah Ghāfir 39]
#Kehidupan yang sementara di dunia ini seringkali melenakan serta melalaikan manusia sehinggakan mereka bersungguh-sungguh memburunya tanpa menyedari bahawa adanya kehidupan akhirat yang kekal dan hakiki.
#Meskipun sebahagian besar manusia menyedari bahawa akhirat adalah sebaik-baik tempat kembali namun mereka tetap rela menggadaikannya demi kehidupan dunia. Padahal Allah swt telah menjanjikan bahawa sesiapa yang mencari keuntungan akhirat maka Dia akan mengurniakan keuntungan yang berlipat kali ganda, sementara jika seseorang itu hanya mencari keuntungan dunia sahaja, maka Allah hanya akan memberinya mengikut kadar yang ditentukan, bahkan kurang dari itu.
مَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلۡـَٔاخِرَةِ نَزِدۡ لَهُۥ فِی حَرۡثِهِۦۖ وَمَن كَانَ یُرِیدُ حَرۡثَ ٱلدُّنۡیَا نُؤۡتِهِۦ مِنۡهَا وَمَا لَهُۥ فِی ٱلۡـَٔاخِرَةِ مِن نَّصِیبٍ
"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak" [Surah ash-Shūrā 20]
#Dikisahkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz mendapat tahu puteranya telah membeli sebentuk cincin dengan harga 1000 wang dinar emas. Lalu beliau menulis surat kepada puteranya itu:
"Jualkan cincin tersebut dan berilah makan kepada 1000 orang yang lapar. Pakailah sahaja cincin besi di jarimu itu dan ukirkan padanya:
رحم الله امرأ عرف قدر نفسه
Maksudnya: "Allah merahmati seseorang yang sedar kedudukan dirinya".
#Ingatlah kesenangan, kemewahan dan kenikmatan yang sebenar-benarnya ialah di akhirat kelak, tatkala kaki melangkah masuk ke dalam syurgaNya.
#Nabi saw bersabda:
مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
"Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya" (HR al-Bukhari)
#Berkata Sayidina Ali bin Abi Thalib r.a: "Pilihlah (keuntungan) akhirat, nescaya dunia mendatangimu dalam keadaan hina (tunduk)".
#Ingatlah bahawa kehidupan akhirat tersangatlah agung dan ganjarannya tersangatlah luar biasa lumayannya. Firman Allah swt:
ٱنظُرۡ كَیۡفَ فَضَّلۡنَا بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲۚ وَلَلۡـَٔاخِرَةُ أَكۡبَرُ دَرَجَـٰتࣲ وَأَكۡبَرُ تَفۡضِیلࣰا
"Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain (dalam rezeki pemberian Kami itu) dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya" [Surah al-Isrāʾ 21]
♡Semoga Allah swt selamatkan kita daripada tipu daya dunia dan menjadikan kita mendapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Selamat beramal soleh!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rabiul Awwal 1446H☆
وَمَن یَقۡنُتۡ مِنكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتَعۡمَلۡ صَـٰلِحࣰا نُّؤۡتِهَاۤ أَجۡرَهَا مَرَّتَیۡنِ وَأَعۡتَدۡنَا لَهَا رِزۡقࣰا كَرِیمࣰا
"Dan sesiapa di antara kamu semua (isteri-isteri nabi) tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia" [Surah al-Aḥzāb 31]
#Allah swt menjanjikan pahala dua kali ganda kepada isteri-isteri nabi saw yang patuh dan taat mengikuti perintah Allah dan RasulNya.
#Hal ini kerana pahala yang pertama adalah sebagai seorang Muslim dan pahala yang kedua adalah kerana mereka menjadi contoh kepada wanita-wanita Muslim yang lain. Orang yang berada di kedudukan yang tinggi, kebaikan dan kesalahan mereka bukan hanya pada mereka sahaja, tetapi diikuti dan dicontohi oleh orang lain.
#Maka jikalau mereka berbuat salah, mereka akan diikuti oleh orang bawahan dan kalau mereka berbuat baik, maka mereka juga akan diikuti dengan kebaikan itu. Maka kerana itu kalau baik atau buruk, mereka mendapat dua kali ganda ganjaran. Bahkan di akhirat kelak mereka akan diberikan dengan balasan syurga dengan nikmat yang berkekalan.
#Jom kenali isteri-isteri Baginda Rasulullah saw:
1. Ulamak sirah bersepakat, wanita pertama yang dikahwini oleh Baginda saw ialah Sayidatina Khadijah binti Khuwailid r.ha. Demikian juga Baginda saw tidak mengahwini mana-mana wanita lain sehinggalah Sayidatina Khadijah meninggal dunia.
2. Ulamak juga bersepakat ketika Baginda saw wafat, isteri Baginda seramai 9 orang iaitu Sayidatina 'Aisyah, Hafsah, Saudah, Zainab, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Maimunah, Juwairiah dan Safiyyah r.anhum. (Lihat: Syarah Sahih Muslim)
3. Ulamak juga bersepakat isteri Baginda bernama Sayidatina Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia ketika Nabi saw masih hidup.
4. Kesemua nama-nama di atas seramai 11 orang, telah disepakati oleh para ulamak, mereka adalah isteri Nabi saw.
5. Enam orang dari bangsa Quraisy iaitu Sayidatina Khadijah, Saudah, 'Aisyah, Hafsah, Ummu Salamah dan Ummu Habibah r.a.
6. Empat orang dari bangsa Arab lain, iaitu Sayidatina Zainab binti Khuzaimah, Zainab binti Jahsy, Juwairiah dan Maimunah.
7. Dan seorang dari keturunan Bani Israil iaitu Sayidatina Safiyyah binti Huyai.
8. Dua orang dari mereka meninggal ketika hayat baginda saw. Mereka ialah Sayidatina Khadijah dan Zainab binti Khuzaimah r.ha. Manakala sembilan yang lain masih hidup ketika Baginda meninggal dunia.
#Para isteri Baginda saw merupakan antara manusia yang mulia dan sangat mentaati Allah swt dan wajar dicontohi dan diteladani.
#Imam Al-Alusi di dalam tafsirnya menyebut bahawa isteri-isteri nabi saw sama sekali tidak sama dengan wanita-wanita yang ada di zamannya. Mereka mendapat dua kemuliaan, pertama menjadi isteri Nabi saw dan yang kedua menjadi ibu-ibu bagi orang mukmin"
#Berkata Imam at-Tahawi: "Sesiapa yang memperelokkan kata-katanya terhadap para sahabat dan juga para isteri Nabi yang mulia lagi suci serta zuriatnya dan menjauhkan diri dari menyebut perkataan yang buruk tentang mereka, maka dia telah bebas daripada kemunafikan" (Lihat: al-Akidah at-Tohawiyah)
♡Di antara cara memuliakan Nabi saw adalah dengan memuliakan dan menghormati kedudukan isteri-isteri Nabi saw. Menjadi kewajipan setiap muslim pada setiap tempat dan masa untuk memuliakan Nabi saw♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]
#Sambung bicara berkaitan kelebihan dan keistimewaan Nabi Muhammad saw.
#Antara keistimewaan Nabi saw ialah semua nabi yang hidup sebelum zaman kebangkitan Rasulullah saw telah diminta khusus oleh Allah untuk beriman dengan Rasulullah saw. Maka setiap nabi telah berjanji setia untuk beriman kepada Rasulullah dan mereka berjanji untuk membantu baginda jika Allah mentakdirkan Rasulullah muncul pada zaman mereka. Keistimewaan yang begitu agung ini tidak pernah berlaku kepada para nabi dan rasul sebelum baginda. Firman Allah swt:
وَإِذۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِیثَـٰقَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ لَمَاۤ ءَاتَیۡتُكُم مِّن كِتَـٰبࣲ وَحِكۡمَةࣲ ثُمَّ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مُّصَدِّقࣱ لِّمَا مَعَكُمۡ لَتُؤۡمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقۡرَرۡتُمۡ وَأَخَذۡتُمۡ عَلَىٰ ذَ ٰلِكُمۡ إِصۡرِیۖ قَالُوۤا۟ أَقۡرَرۡنَاۚ قَالَ فَٱشۡهَدُوا۟ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّـٰهِدِینَ
"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiku secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu" [Surah Āli-ʿImrān 81]
#Selain itu, istimewanya baginda saw bilamana panggilan Allah swt ke atas Nabi Muhammad saw berbeza dengan para nabi yang lain. Perbezaan ini jelas ketara di dalam al-Quran yang menunjukkan bahawa baginda saw adalah ciptaan Allah yang paling disayangiNya dan diberi penghormatan melebihi nabi yang lain.
#Allah swt tidak pernah memanggil Rasulullah saw dengan nama peribadi bgainda, ‘Muhammad’ dalam bentuk komunikasi dua hala?
#Allah swt memanggil baginda saw menggunakan pangkat kenabian seperti Wahai Nabi:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ
"Wahai Nabi, rangsanglah orang-orang mukmin untuk berperang…" [Surah al-Anfal 65]
#Allah swt memanggil baginda menggunakan pangkat kerasulan:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ
"Wahai Rasul sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu.." [Surah al-Maaidah 66]
#Allah swt guna kalimah ‘Muhammad’ hanya untuk bercerita perihal Baginda saw sahaja. Contohnya:
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُول
"Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul" [Surah Ali-Imran 144]
مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ
"Bukanlah Muhammad itu bapa bagi salah seorang dari lelaki dari kalangan kamu" [Surah Al-Ahzab 40]
#Berbeza komunikasi atau perbualan Allah swt dengan para Rasul yang lain, di mana Allah swt memanggil mereka dengan nama peribadi mereka. Allah swt memanggil para Nabi yang lain dengan panggilan nama seperti Ya Adam, Ya Musa, Ya Ibrahim.
قَالَ یَـٰۤـَٔادَمُ أَنۢبِئۡهُم بِأَسۡمَاۤىِٕهِمۡۖ
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka" [Surah al-Baqarah 33]
وَنَـٰدَیۡنَـٰهُ أَن یَـٰۤإِبۡرَ ٰهِیمُ
"Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!" [Surah aṣ-Ṣāffāt 104]
یَـٰمُوسَىٰۤ إِنَّهُۥۤ أَنَا ٱللَّهُ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ
"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah an-Naml 9]
#Ini menjadi bukti Allah swt memuliakan Baginda saw dan meletakkan penghormatan ke atas baginda melebihi seluruh makhlukNya yang lain hatta Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul yang sangat mulia.
♡Ini antara kelebihan-kelebihan Nabi saw yang semuanya menunjukkan betapa tinggi dan mulianya Rasulullah saw di sisi Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]
#Baginda Nabi Muhammad saw dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah bin Abdul Mutalib meninggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandungan ibunya, Aminah bt Wahab.
#Ketika berusia 6 tahun ibunya membawa baginda menziarahi kubur bapanya, namun ibunya sakit ketika dalam perjalanan pulang lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu tempat yang terletak antara Mekah dengan Madinah.
#Baginda saw menjadi yatim piatu ketika masih kecil, namun Allah swt menghadirkan manusia mulia dalam kehidupan baginda. Meskipun Rasulullah saw anak tunggal, namun baginda mempunyai ramai saudara susuan lantaran ramai orang yang menjaga dan mengasuh baginda sejak dari bayi.
#Selain Sayyidah Aminah bt Wahab, ibu susuan baginda termasuklah Suwaibah as-Aslamiyyah dan Halimah as-Saa‘diyyah. Selain itu, baginda saw pernah dijaga oleh Ummu Aiman dan saudara susuannya iaitu Syaima’. Saudara susuan baginda pula Abu Salamah, Abdullah, Hamzah (yang juga bapa saudaranya), Abdullah dan Syaima’ (anak Halimah) dan Abu Sufian (yang juga sepupu baginda).
#Menurut Imam al-Jauzi, Sayidina Hamzah bin Abdul Mutallib (bapa saudara baginda) bertemu saudara susuan bersama Rasulullah saw daripada dua cabang yang sama iaitu Suwaibah dan Halimah al-Saa‘diyyah (Lihat: Zadul Ma‘ad).
#Selepas kewafatan bondanya pada usia 6 tahun, tanggungjawab menjaga nabi saw diambil alih oleh datuknya, Abdul Muttalib. Namun selepas dua tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Mutallib meninggal dunia sehingga baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Allahu...
#Sejak kecil lagi baginda saw diuji dengan pelbagai peristiwa besar, untuk menjadikan jiwa baginda sentiasa kental, tabah, sabar dan menjiwai apa yang baginda lalui untuk persiapan jiwa kerana suatu hari nanti baginda akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan.
#Peristiwa kematian orang tersayang ini juga menyebabkan Rasulullah saw hidup semasa kecilnya tanpa mendapat kasih sayang dari ibu dan jagaan serta perhatian yang sewajarnya dari bapa. Beginilah arus hikmah Ilahi yang mahukan Rasulullah saw hidup dalam keadaan yatim piatu. Hanya arahan dan jagaan Ilahi sahaja dapat menjauhkan tangan-tangan yang suka memanjanya, menjauh wang, harta kekayaan dan yang cuba memewahkan kehidupannya. Ini berlaku supaya jangan timbul di jiwanya semangat kebendaan atau gilakan pangkat.
#Jika Rasulullah saw yang dijanjikan syurga oleh Allah swt pun ditimpa pelbagai ujian di masa kanak-kanak dan pernah kehilangan enam orang anak semasa hayatnya (kecuali Fatimah r.ha) yang meninggal selepas baginda wafat. Adakah kita harus berputus asa dengan setiap ujian yang mendatang terutama bab kehilangan insan tersayang?
♡Jika kita sering berasa susah hati dengan setiap ujian yang menimpa hingga mengalami kemurungan, tahukah bahawa kekasih Allah, Rasulullah saw tidak lari diuji biarpun diri Baginda adalah kekasih Allah dan pemberi syafaat kepada kita di hari akhirat kelak. Bersabar dan bertabahlah dengan setiap ujian yang datang!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad saw ialah Rasulullah" [Surah al-Fatḥ 29]
#Nabi Muhammad adalah Rasulullah yakni utusan Allah. Allah swt telah menegaskan di dalam al-Quran bahawa perkhabaran mengenai kebangkitan Nabi Muhammad telah termaktub di dalam kitab Taurat dan Injil. Ini adalah sesuatu yang menunjukkan kesinambungan risalah Allah swt kepada baginda saw. Sebagaimana ahli kitab terdahulu beriman kepada Nabi Musa dan Nabi Isa Alaihissalam, maka menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk beriman kepada Nabi Muhammad. Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan daripada kalangan ahli kitab yang mengingkari perkhabaran tersebut dengan berdalilkan bahawa tiada perkataan Ahmad disebutkan di dalam kedua kitab tersebut. Firman Allah swt:
ٱلَّذِينَ يَتَّبِعُونَ ٱلرَّسُولَ ٱلنَّبِىَّ ٱلْأُمِّىَّ ٱلَّذِى يَجِدُونَهُۥ مَكْتُوبًا عِندَهُمْ فِى ٱلتَّوْرَىٰةِ وَٱلْإِنجِيلِ
"Mereka ialah orang yang mengikut Rasulullah; seorang Nabi yang buta huruf yang mereka dapati nama dan sifat-sifatnya tertulis dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka..." [Surah al-A’raf 157]
#Para ulamak Islam menjelaskan bahawa Allah telah memberitahu di dalam al-Quran mengenai penyelewengan yang dibuat oleh golongan ahli kitab terhadap kitab mereka. Antara penyelewengan yang berlaku adalah perkhabaran mengenai Nabi Muhammad. Mereka menyembunyikannya, bahkan memadamnya dari kitab-kitab mereka. Walaupun sedemikian, masih terdapat isyarat terhadap Baginda Nabi dan risalah suci yang dibawa. Namun golongan ahli kitab enggan menerima isyarat-isyarat ini, bahkan mentafsirkannya dengan tafsiran yang selari dengan hawa nafsu mereka.
ٱلَّذِینَ ءَاتَیۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ یَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا یَعۡرِفُونَ أَبۡنَاۤءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِیقࣰا مِّنۡهُمۡ لَیَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ یَعۡلَمُونَ
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)" [Surah al-Baqarah 146]
#Didalam sebuah riwayat, Sayidatina Safiyyah r.ha, isteri Nabi saw menceritakan saat ketibaan Nabi di Madinah. Ayah beliau Huyai bin Akhtab bersama pakciknya Abu Yasir menunggu kedatangan Nabi ke Madinah dengan perasaan yang berkecamuk. Bilamana Nabi telah sampai di Quba’, mereka berdua bergegas untuk melihat Baginda saw. Lalu apabila mereka telah melihat baginda, mereka pulang dengan penuh hampa. Sayidatina Safiyyah mendengar bicara kedua ayah dan pakciknya itu; Abu Yasir bertanya: "Adakah dia orangnya". Huyai menjawab: ‘Ya’. Abu Yasir bertanya lagi: "Adakah kamu mengenalinya dan kamu yakin tentang dirinya". Huyai menjawab: ‘Ya’. Abu Yasir bertanya lagi: "Maka apakah pendirian kamu terhadap dirinya". Huyai menjawab: "Aku akan memusuhinya selagi mana aku hidup". Kisah ini menunjukkan bahawa golongan Yahudi pada ketika itu sedia maklum tentang kebenaran Nabi Muhammad dan risalah yang dibawanya, dan pengetahuan tentang perkara ini semestinya dirakamkan di dalam kitab mereka. (Tafsir al-Bayan)
#Semua mengetahui bahawa Nabi saw adalah utusan Allah pembawa kebenaran. Namun, disebabkan keangkuhan dan kesombongan mereka lebih memilih kesesatan dan menyembunyikan kebenaran bahawa Nabi Muhammad nabi akhir zaman sebagaimana rasul-rasul sebelumnya.
♡Golongan Yahudi dan Nasrani telah merugikan diri mereka sendiri kerana tidak mahu mempercayai kerasulan nabi Muhammad serta beriman dengan risalah yang dibawanya, bahkan mengingkarinya dengan permusuhan. Mereka mengingkari apa yang mereka ketahui, bahkan lebih rela hidup dalam kesesatan. Pastikan perangai mereka tidak berjangkit pada kita semua. Ini kerana ramai umat akhir zaman yang dijangkiti virus bebal ini iaitu mereka mengingkari kebenaran yang mereka ketahui dan menyelisihi hukum hakam yang telah ditetapkan syariat♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Awwal 1446H☆
مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ
"Nabi Muhammad (saw) ialah Rasulullah.." [Surah al-Fatḥ 29]
#Imam Ibn ‘Asakir menyebut di dalam kitabnya daripada riwayat Sayidina Ibnu Abbas r.a bahawa:
لما ولد النبي صلى الله عليه وسلم عق عنه عبد المطلب بكبش وسماه محمدا فقيل له يا أبا الحارث ما حملك على أن تسميه محمدا ولم تسمه باسم آبائه قال أردت أن يحمده الله عز وجل في السماء ويحمده الناس في الأرض
"Apabila Nabi saw dilahirkan, Abdul Muttalib telah melakukan akikah ke atas baginda dengan menyembelih kibasy dan menamakannya Muhammad. Ditanyakan kepadanya: "Wahai Abu al-Harith apakah yang menyebabkan engkau memberinya nama Muhammad dan bukan dengan nama nenek moyangnya?" Jawabnya: "Aku ingin agar Allah swt memujinya di langit dan juga manusia memujinya di bumi" (Lihat: Tarikh Dimashq)
#Imam Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan daripada Imam al-Baihaqi bahawa:
أَنَّ عَبْدَ الْمُطَّلِبِ لَمَّا وُلِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمِلَ لَهُ مَأْدُبَةً فَلَمَّا أَكَلُوا سَأَلُوا ماسميته قَالَ مُحَمَّدًا قَالُوا فَمَا رَغِبْتَ بِهِ عَنْ أَسْمَاءِ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ أَرَدْتُ أَنْ يَحْمَدَهُ اللَّهُ فِي السَّمَاءِ وَخَلْقُهُ فِي الْأَرْضِ
"Apabila Nabi saw dilahirkan (ke dunia), Abdul Muttalib telah mengadakan jamuan untuknya. Ketika sedang makan, para hadirin telah bertanya kepadanya: "Apakah yang telah engkau namakannya?" Jawabnya: "Muhammad". Mereka bertanya lagi: "Apakah yang menghalang engkau daripada menamakannya dengan nama-nama ahli keluarganya?" Jawabnya: "Aku ingin (berhasrat) agar Allah swt memujinya di langit dan juga menusia memujinya di bumi" (Lihat: Fathul Bari)
#Sesungguhnya Allah swt telah menyebut di dalam al-Quran dua nama daripada nama-nama Nabi saw iaitu Ahmad dan Muhammad. Imam Ibn Hajar al-Asqalani menyebutkan seolah-olah ia merupakan isyarat bahawa kedua-dua nama ini adalah yang paling masyhur antara nama-namanya yang lain dan nama Muhammad adalah yang paling masyhur antara kedua-dua nama ini. (Lihat: Fathul Bari)
#Imam as-Suyuti turut menyatakan bahawa Muhammad adalah merupakan nama baginda yang paling masyhur.
#Kata Imam as-Suyuti: "Kedua nama ini iaitu Muhammad dan Ahmad termasuk salah satu tanda kebesaran Allah swt dan keistimewaan bagi baginda. Allah swt telah menjaga kedua nama tersebut daripada digunakan oleh seorang pun sebelum zamannya (kelahiran baginda). Sebelum baginda lahir, tidak ada seorang pun bangsa Arab mahupun bangsa lain yang menggunakan nama tersebut melainkan setelah tersebar khabar berita bahawa nabi yang akan diutuskan ini namanya Muhammad. Oleh itu, sebahagian kecil bangsa Arab telah menamakan anak-anak mereka dengan nama tersebut dengan harapan merekalah orang yang dimaksudkan. Dan Allah swt Maha Mengetahui kepada siapa yang akan diberikan risalahNya" (Lihat: al-Nahjah al-Sawiyyah fi al-Asma’ al-Nabawiyyah)
♡Semoga kita semua sentiasa beroleh rahmat Allah swt dan syafaat daripada baginda Rasulullah saw di mahsyar kelak. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Rabiul Awwal 1446H☆
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِی رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةࣱ لِّمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلۡیَوۡمَ ٱلۡـَٔاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِیرࣰا
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Surah al-Aḥzāb 21]
#Dengan kedatangan 12 Rabiul Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulidur Rasul saw walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada tarikh yang lain. Sambutan diadakan bagi menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat.
#Berkata Imam Abu Syamah rahimahullah: "Termasuk perkara baru atau bid’ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda saw dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah saw dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusNya Rasulullah saw sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.
#Imam Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulidur Rasul menjawab: “Asal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid’ah yang tidak diriwayatkan dari ulamak Salafus Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid’ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid’ah hasanah" (Lihat: Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin as-Suyuti)
#Sayidina Al-Abbas r.a bersyair sebagai tanda memuliakan baginda Rasulullah saw: "Di kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin" (Lihat: al-Mustadrak ala as-Sahihain)
#Oleh itu, sebagai tanda cinta, kasih, sayang dan tanda mengagungkan Rasulullah saw, maka hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada sunnahnya, cara hidupnya, perjuangannya, pengorbanannya dan risalah yang ditinggalkannya. Ikutilah Nabi saw dalam segenap aspek kehidupannya. Firman Allah swt:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali 'Imran 31]
#Berkata Imam Abu al-Hasan an-Nadwi:
1. Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad saw.
2. Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda saw adalah contoh anda.
3. Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda saw adalah teladan dan contoh bagi anda.
4. Jika anda kaya, maka Baginda saw imam anda.
5. Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda saw juga turut serta berperang.
6. Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda saw akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya.
7. Jika anda redha, maka Baginda saw pun redha.
8. Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda saw pun demikian halnya. (Lihat: Garis Masa Hayat al-Rasul saw)
♡Rasulullah saw merupakan insan yang Allah swt menjadikannya sebagai qudwah (teladan) dan uswah (contoh) kepada kita semua untuk mencontohinya dalam segenap kehidupan kita. Ianya bukan sekadar dalam urusan amal ibadah sahaja, bahkan dalam seluruh jalan kehidupan kita. SALAM MAULIDUR RASUL SAW♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Rabiul Awwal 1446H☆
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ * ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ * ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ * مَـٰلِكِ یَوۡمِ ٱلدِّینِ * إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ * ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَ ٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ * صِرَ ٰطَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ
[Surah al-Fātihah 1-7]
#Surah al-Fatihah bermaksud surah pembukaan dan ia adalah surah makkiyah. Ia mempunyai tujuh ayat dan surah kelima yang diturunkan setelah penurunan permulaan surah al-Alaq, al-Qalam, al-Muzzammil dan permulaan surah al-Muddaththir. Nama panggilan bagi surah al-Fatihah adalah Ummul Quran dan Ummul Kitab.
#Surah al-Fatihah memiliki banyak kelebihan dan keistimewaannya, antaranya ialah:
1. Ia adalah cahaya. Belum pernah dianugerahkan kepada mana-mana Nabi sebelum baginda satu surah yang seumpama al-Fatihah. Sayidina Ibn 'Abbas r.a berkata:
بينما جبريلُ قاعدٌ عند النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم، سمِع نقيضًا من فوقه؛ فرفَع رأسَه، فقال: هذا بابٌ من السَّماء فُتِح اليوم، لم يُفتح قطُّ إلَّا اليوم، فنزل منه مَلَك، فقال: هذا ملَكٌ نزل إلى الأرض، لم ينزلْ قطُّ إلَّا اليوم، فسلَّم، وقال: أبشِرْ بنورَينِ أوتيتَهما، لم يُؤتَهما نبيٌّ قبلك: فاتحة الكتاب، وخواتيم سورة البقرة، لن تَقرأ بحرفٍ منهما إلَّا أُعطيتَه
"Satu ketika, Jibril duduk di sisi Nabi saw, beliau mendengar bunyi sesuatu dari arah atas lalu Jibril segera mendongak ke atas dan berkata: "Bunyi itu adalah bunyi satu pintu dari pintu-pintu langit yang dibuka pada hari ini. Ia tidak pernah dibuka sama sekali sebelum dari hari ini. Turun darinya satu malaikat." Kata Jibril lagi: "Malaikat ini turun ke bumi dan dia tidak pernah turun ke bumi sama sekali melainkan pada hari ini, dan dia memberi salam kepadamu dan berkata: "Terimalah khabar gembira dengan pemberian dua cahaya yang dianugerahkan kepada kamu (wahai Muhammad), di mana tidak pernah dianugerahkan keduanya kepada seorang nabipun sebelum kamu, iaitulah al-Fatihah dan beberapa ayat penutup surah al-Baqarah. Tidak kamu membaca satu huruf dari keduanya melainkan kamu akan dikurniakan cahayanya" (HR Muslim)
2. Dengan membaca surah al-Fatihah, terhasillah munajat antara seorang hamba dengan tuhannya. Nabi saw bersabda:
"Sesiapa yang menunaikan satu solat dan dia tidak membaca di dalam solatnya Ummu al-Quran, maka solatnya itu tidak sempurna (baginda menyebutnya tiga kali)". Lalu ditanya kepada Abu Hurairah r.a: "Jika kami di belakang imam?" Jawab Abu Hurairah: "Bacalah ia di dalam diri kamu. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah saw berfirman: "Aku telah bahagikan solat (surah al-Fatihah) antaraKu dengan hambaku dua bahagian. Untuk hambaKu apa-apa yang dipohonkannya. Maka apabila hamba ku berkata: "Alhamdulillahi rabbil alamin". Allah Taala akan berfirman: "HambaKu telah memujiKu." Apabila hamba itu membaca: "Arrahmanir rahim." Allah taala berfirman: "Hamba telah memuja-Ku." Apabila hamba itu membaca: "Malikiyaumiddin." Allah berfirman: "HambaKu telah mengagungkanKu." (dalam riwayat lain, Allah berfirman: "HambaKu telah menyerahkan (urusannya) kepadaKu") Apabila hamba itu membaca: "Iyyaka na'budu wa iyyaka" Allah Taala berfirman: "Di sini antaraKu dan hambaKu. Dan untuk hamba-Ku apa-apa yang dia pinta. Apabila hamba itu membaca: "Ihdinas siratal mustaqim, siratal ladzina an'amta 'alaihim, ghairil maghdubi 'alaihim waladh dhallin." Allah berfirman: "Permintaan ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku dia akan perolehi apa-apa yang dia pohon" (HR Muslim)
3. Surah al-Fatihah adalah ayat jampi/ruqyah yang dapat memberi kesan kesembuhan dengan izin Allah swt. Imam an-Nawawi berkata:
"Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadis Nabi saw:
وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ ؟
"Tidakkah kamu ketahui surah al-Fatihah bersifat ruqyah"
(HR al-Bukhari dan Muslim)"
♡Semoga diberi kefahaman agar kita dapat memahami dan mengamalkan surah al-Fatihah ini dalam seluruh kehidupan kita. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Rabiul Awwal 1446H☆
وَمِنَ ٱلَّیۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةࣰ لَّكَ عَسَىٰۤ أَن یَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامࣰا مَّحۡمُودࣰا
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" [Surah al-Isrāʾ 79]
#Allah swt memuliakan hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya dan membina hubungan yang akrab melalui solat. Kemuliaan ini akan melahirkan sifat yang terpuji dan ketinggian iman kepada seseorang. Allah swt menggesa hambaNya agar melakukan solat malam dalam erti kata untuk membangunkan ketinggian rohani serta ketinggian maqam disisiNya.
#Solat malam mesti dijadikan amalan keutamaan seluruh umat Islam apatah lagi pendakwah dan para pemimpin Islam. Kekuatan dan kejituan fikrah diperolehi melalui solat malam ini. Melaluinya dosa dapat diampunkan dan ketinggian maqam tercapai.
#Sabda Rasulullah saw:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ
"Hendaklah kamu berqiamullail kerana ia adalah amalan kebiasaan para solehin sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu dengan Tuhan, menghapus segala kejahatan dan mencegah daripada segala dosa" (HR at-Tirmizi)
#Antara sahabat Nabi saw yang wajar dicontohi sebagai ikon solat malam ialah Sayidina Abdullah bin Umar r.huma. Nabi saw bersabda kepadanya:
نعم الرجل عبد الله، لو كان يصلي من الليل
"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah, jika ia menunaikan solat pada malam hari (qiyamullail)" (HR al-Bukhari)
#Apabila sabda Nabi ini disampaikan kepada beliau, Sayidina Abdullah bin Umar r.huma sentiasa bangun solat malam dan tidak pernah meninggalkannya sehinggalah beliau meninggal dunia.
#Seorang bekas hambanya bernama Nafi’ (نافع) berkata: "Setiap malam beliau akan bertanya: أسحرنا apakah telah masuk waktu sahur?. Jika dijawab oleh bekas hambanya itu: "Belum". Beliau akan menyambung solatnya sehinggalah apabila masuk waktu sahur beliau akan duduk, beristighfar dan berdoa sehingga masuk Subuh" (Lihat: Hilyah al-Awliyaa’ oleh Abi Nu’aim al-Asfahani).
*Demikianlah jadual malam beliau sehinggalah meninggal dunia.
#Kata Habib bin as-Syahid rahimahullah: "Pernah ditanya kepada Nafi’ (bekas hamba Ibn Umar): "Apa yang dilakukan oleh Ibn Umar di rumahnya?". Beliau menjawab: "Kamu tidak akan mampu melakukannya iaitulah berwudhuk bagi setiap kali hendak menunaikan solat dan sentiasa bersama mushaf al-Quran ketika waktu antara solat" (Lihat: al-Tabaqat al-Kubra oleh Ibn Sa’ad)
♡Sama-samalah kita berusaha dan berazam untuk menjadikan solat tahajjud sebagai salah satu rutin harian dalam kehidupan kita. Jom solat malam!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
#Disebutkan oleh Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Badai’ al-Fawaid: "Ada beberapa langkah syaitan dalam menyesatkan manusia, jika langkah pertama tidak berjaya, maka akan beralih pada langkah selanjutnya dan seterusnya. Antara langkah syaitan ialah:
1. Diajak pada kekafiran, kesyirikan serta memusuhi Allah dan RasulNya.
2. Diajak pada amalan yang tiada tuntunan syarak (bid'ah).
3. Diajak pada dosa besar (al-kabair). Contoh: makanan haram.
4. Diajak dalam dosa kecil (ash-shaghair).
5. Disibukkan dengan perkara mubah (yang sifatnya boleh, tidak ada pahala dan tidak ada dosa di dalamnya) hingga berlebihan.
6. Disibukkan dengan amalan yang kurang afdal, padahal ada amalan yang lebih afdal.
#Kita wajib pastikan dengan teliti bahawa makanan yang kita makan adalah benar-benar halal. Ini kerana makanan haram menyebabkan seseorang itu dihumban dalam azab neraka Jahannam.
#Daripada Sayidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a berkata:
مَنْ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ فَالنَّارُ أَوْلَى بِهِ
"Siapa yang dagingnya tumbuh dari pekerjaan yang tidak halal, maka neraka lebih layak untuknya" (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim)
#Makanan halal menjanjikan keberkatan. Makanan halal menjanjikan kehancuran.
وَالْقَلِيلُ مِنْ الْحَلَالِ يُبَارَكُ فِيهِ وَالْحَرَامُ الْكَثِيرُ يَذْهَبُ وَيَمْحَقُهُ اللَّهُ تَعَالَى
"Sedikit dari yang halal itu lebih membawa berkah di dalamnya. Sedangkan yang haram yang jumlahnya banyak hanya cepat hilang dan Allah akan menghancurkannya" (Majmu’ah al-Fatawa)
#Orang yang gemar makanan haram dan tidak peduli makanan halal maka mereka mewarisi sifat buruk orang-orang yahudi. Firman Allah swt:
وَتَرَىٰ كَثِیرࣰا مِّنۡهُمۡ یُسَـٰرِعُونَ فِی ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَ ٰنِ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ
"Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka (orang Yahudi) berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan"
لَوۡلَا یَنۡهَىٰهُمُ ٱلرَّبَّـٰنِیُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ عَن قَوۡلِهِمُ ٱلۡإِثۡمَ وَأَكۡلِهِمُ ٱلسُّحۡتَۚ لَبِئۡسَ مَا كَانُوا۟ یَصۡنَعُونَ
"Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Surah al-Māʾidah 62-63]
#Jom amalkan doa yang diajar oleh baginda Rasulullah saw agar dijauhkan kita dengan rezeki yang haram.
اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
"Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaanMu dari bergantung pada selainMu" (HR at-Tirmidzi, Ahmad dan al-Hakim)
♡Semoga Allah swt mengurniakan kepada kita rezeki yang halal lagi barakah. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Rabiul Awwal 1446H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُوا۟ مِمَّا فِی ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلࣰا طَیِّبࣰا وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰتِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینٌ
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu" [Surah al-Baqarah 168]
#Allah swt menyatakan dengan jelas bahawa salah satu daripada etika dan peraturan berkaitan makan minum ialah makan makanan dari sumber yang halal lagi baik.
#Memakan makanan yang halal dan suci mempunyai hubungan yang erat dengan amalan kebaikan, sebaliknya memakan makanan yang haram dan kotor tidak mendatangkan keberkatan sekaligus menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah swt.
#Berkata Imam Sahl bin 'Abdullah rahimahullah: "Keselamatan itu terletak pada tiga perkara iaitu makan makanan yang halal, melaksanakan perkara fardu atau wajib dan mencontohi Nabi saw".
#Seorang Tabi’in yang masyhur, Imam Yusuf ibn Asbat rahimahullah pernah memberikan perumpamaan yang menarik berkenaan penjagaan makanan. Kata beliau:
إذا تعبد الشاب يقول إبليس: انظروا من أين مطعمه؟ فإن كان مطعمه مطعم سوء، قال: دَعُوه، لا تَشتغلوا به، دَعُوه يجتهد ويَنْصَب، فقد كفاكم نفسَه
"Sekiranya seorang pemuda sibuk beribadah, maka Iblis akan berkata:" Cuba perhatikan apa yang dia makan? Sekiranya dia makan dari makanan yang jahat (kotor), maka tidak perlu kita ganggu dia. Biarlah dia beribadah (dan dalam badannya penuh dengan makanan kotor), kerana makanan yang kotor itu telah memadai buat kita" (Lihat: al-Bayhaqi, al-Zuhd al-Kabir)
#Imam al-Ghazali rahimahullah pernah menukilkan pandangan daripada Imam Ahmad rahimahullah yang menyatakan bahawa isu pemakanan adalah sebahagian dari urusan agama. Ini kerana Allah mengaitkan makanan yang halal dengan urusan ibadah. Kata Imam Ahmad:
أما علمت أن الأكل من الدين قدمه الله تعالى على العمل الصالح فقال: "كلوا من الطيبات واعملوا صالحاً
"Tidakkah kamu ketahui bahawa urusan makanan ini adalah sebahagian dari agama. Dalam al-Quran, Allah menyebut urusan makanan dahulu sebelum amal soleh. Firman Allah: "Dan makanlah makanan yang baik kemudian lakukanlah amal soleh" (Ihya Ulumuddin)
#Oleh yang demikian, pedulilah berkaitan apa yang kita makan samada halal atau haram. Hal ini kerana di akhir zaman, kebanyakan manusia tidak peduli berkaitan apa yang disuap ke dalam mulutnya atau mulut ahli keluarganya samada halal atau haram. Yang penting makan.
#Rasulullah saw pernah mengingatkan kita mengenai sebuah fenomena yang akan melanda pada umat ini iaitu mereka tidak lagi mempedulikan perkara halal atau haram. Sabda baginda saw:
يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ، لاَ يُبَالِي المَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ، أَمِنَ الحَلاَلِ أَمْ مِنَ الحَرَامِ
"Akan datang satu zaman nanti, seorang lelaki tidak mempedulikan dari mana sumber (makanan/pendapatan) yang diambil, apakah dari halal atau perkara yang haram" (HR al-Bukhari)
♡Islam amat menitikberatkan serta mengambil perhatian berkaitan isu makanan halal. Jangan anggap remeh kerana isu halal haram berkait rapat dengan masa depan kita di akhirat samada bahagia atau binasa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1446H☆
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۗ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ قَدْ جَاءَتْكُم بَيِّنَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ ۖ هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ لَكُمْ آيَةً ۖ فَذَرُوهَا تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ ۖ وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
"Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu; ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu mencari makan di bumi Allah, dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya) maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah al-A’raf 73]
#Menurut Imam Ibnu Kathir rahimahullah: "Kaum Nabi Soleh digelar sebagai kaum Thamud yang diambil dari nama nenek moyang mereka iaitu Thamud saudara kepada Jadis. Mereka berdua merupakan anak kepada ‘Abir bin Iram bin Sam bin Nuh berbangsa arab asli dan menetap di al-Hijr yang terletak di antara Hijaz dan Tabuk, juga dikatakan terletak di antara kota Madinah dan Tabuk.
#Al-Hijr atau dikenali sebagai Madain Soleh merupakan perkampungan kaum Nabi Soleh yang terletak berhampiran dengan al-‘Ula. Penduduk kaum Nabi Soleh dianugerahkan umur yang panjang, dan mereka tinggal di kawasan bukit-bukit batu dengan menebuk dan membina rumah di dalamnya.
#Kaum Thamud merupakan kaum yang dimurka dan diazab oleh Allah swt atas pendustaan mereka terhadap rasul yang diutuskan. Kisah mereka meminta bukti tentang kebenaran agama yang disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Lalu Allah swt memperkenankan doa Baginda dan permintaan kaumnya dengan mengeluarkan seekor unta betina daripada batu besar sebagai bukti kepada mereka.
#Setelah kejadian itu, Nabi Soleh memerintahkan kaumnya supaya memelihara dan menjaga unta tersebut serta anaknya dengan baik. Namun atas sikap kufur dan ingkar, unta tersebut dan anaknya dibunuh lantas Allah swt menurunkan azab ke atas mereka kerana pendustaan dan pelanggaran yang mereka lakukan.
#Nabi saw berpesan supaya kita tidak masuk ke kawasan yang pernah diturunkan azab oleh Allah swt, malahan apabila Baginda saw melalui kawasan tersebut, Baginda saw berjalan laju serta menutupi kepala dan bersegera meninggalkan kawasan tersebut.
#Diriwayatkan oleh Sayidina Ibn Umar r.huma katanya: "Ketika Nabi saw lalu di kawasan al-Hijr, Baginda bersabda:" Janganlah kamu masuk ke kawasan orang-orang yang mezalimi dirinya sendiri, kerana sesungguhnya dibimbangi kalian akan ditimpa musibah seperti mana musibah yang menimpa mereka, melainkan kalian masuk dalam keadaan bersedih". Lalu Baginda menutup kepalanya dan cepat berlalu pergi sehingga menyeberangi lembah tersebut" (HR al-Bukhari)
#Kebanyakan ulamak dalam kalangan mazhab Syafi’i, Maliki dan Hanbali menyatakan bahawa makruh memasuki kawasan yang diazab oleh Allah swt melainkan masuk dengan perasaan takut ke atas azab Allah swt di samping mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku serta tidak berlama-lama berada di tempat tersebut.
#Menurut Ibn Battal sekiranya berkunjung ke tempat yang diazab oleh Allah dalam keadaan gembira dan seumpamanya, maka dikhuatiri akan ditimpa azab sebagaimana mereka sebelum ini.
♡Ambillah iktibar terhadap umat-umat terdahulu yang dibinasakan, sebagai pedoman dan panduan dalam hidup agar kita tidak dibinasakan seperti mereka kerana engkar perintah Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Awwal 1446H☆
فِی قُلُوبِهِم مَّرَضࣱ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضࣰاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمُۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡذِبُونَ
"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)" [Surah al-Baqarah 10]
#Antara tanda seseorang itu tergolong dalam kalangan orang munafik ialah mereka yang di dalam hatinya terdapat perasaan hasad dengki.
#Perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah swt mengarahkan agar kita meminta perlindungan kepada Allah dari kejahatan sifat dengki.
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" [Surah al-Falaq 5]
#Sabda Baginda Nabi saw:
إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ
"Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu" (Sunan Abi Dawud)
#Antara perkara yang diharamkan oleh Nabi saw ialah at-Tanafus التنافس iaitu:
"Persaingan hendakkan terkenal lebih dari kawan-kawannya, berbesar diri (takabbur) terhadap mereka, bersaing untuk mengetuai mereka, berlaku zalim terhadap mereka dan hasad (berharap hilangnya kelebihan dari orang lain) terhadap kurniaan Allah kepada mereka" (Ibn 'Abdil Barr di dalam at-Tamhid)
#Oleh itu, tersangatlah beruntung sesiapa yang hatinya tidak mengandungi hasad dengki dan kebencian. Dia seolah-olah tengah berjalan di atas jalan pintas ke syurga.
#Ahli Zuhud di Damsyik, Syeikh Qasim bin 'Uthman al-Ju'i berkata:
وأقصر طرق الجنة سلامة الصدر
"Jalan paling pendek ke syurga adalah (memiliki) hati yang sihat" (Lihat: Tarikh Dimashq)
♡Bersihkan hati kita daripada hasad dengki dan penuhkan hati kita dengan iman dan kasih sayang♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah