tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1446H☆

وَمِنۡهُمُ ٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ ٱلنَّبِیَّ وَیَقُولُونَ هُوَ أُذُنࣱۚ قُلۡ أُذُنُ خَیۡرࣲ لَّكُمۡ یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَیُؤۡمِنُ لِلۡمُؤۡمِنِینَ وَرَحۡمَةࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡۚ وَٱلَّذِینَ یُؤۡذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمࣱ

"Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: "Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)". Katakanlah: "Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu". Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah at-Tawbah 61]

#Menjadi Sunnatullah bagi orang yang melakukan kerja dakwah dan perjuangan menegakkan Islam bahawa pasti akan berdepan dengan hinaan, celaan dan fitnah yang pelbagai.

#Hal ini kerana musuh-musuh Islam giat menyebarkan hasutan, mencipta berita-berita palsu, menyebarkan fitnah agar pendakwah-pendakwah merasa putus asa untuk meneruskan kerja dakwah sekaligus meninggalkan medan ini dan akhirnya musuh-musuh ini akan bermaharajalela menyebarkan fikrah mereka yang menyesatkan kebanyakan manusia.

#Menurut Imam at-Tabari: "Isteri Nabi Lut memanggil suaminya (Nabi Lut) sebagai orang gila kerana melawan perbuatan kaumnya terkutuk yang mengamalkan seks sejenis. Begitulah fitrahnya perjuangan Nabi Lut Alaihissalam dahulunya, melawan golongan pengamal homoseksual dipanggil gila". (Lihat: at-Tabari, Jami’ al-Bayan)

#Begitulah juga halnya dengan Nabi Nuh, Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang dituduh gila, sesat dan sebagainya kerana mengajak manusia kepada tauhid, menyembah Allah, Tuhan yang satu.

#Namun, satu perkara yang menjadikan para Rasul dan baginda Rasulullah saw terus kekal memperjuangkan Islam hingga ke hujung nyawa mereka ialah keyakinan terhadap janji Allah swt bahawa Allah pasti akan menolong hambanya selagi berada diatas jalan kebaikan.

وَلَیَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن یَنصُرُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِیٌّ عَزِیزٌ

"Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa" [Surah Al-Ḥajj 40]

#Ingatlah, apa sahaja yang kita usahakan pada hari ini, yakinlah bahawa Allah sedang menilai, tiada satu pun yang terlepas daripada pandangan Allah swt.

وَقُلِ ٱعۡمَلُوا۟ فَسَیَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan" [Surah at-Tawbah 105]

#Maka, buat para pendakwah dan para pejuang agama Allah, teruskan berjuang sehingga ke akhir nyawamu.

إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلَّذِینَ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِهِۦ صَفࣰّا كَأَنَّهُم بُنۡیَـٰنࣱ مَّرۡصُوصࣱ

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" [Surah aṣ-Ṣaff 4]

♡Berdakwah dan berjuanglah memartabatkan agama Allah walaupun terpaksa menempuhi pelbagai cabaran, kerana itulah sunnahnya dalam dakwah dan perjuangan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1446H☆

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Ḥujurāt 13]

#Sambung bicara berkaitan manusia dinilai pada taqwa dan kisah ketaqwaan Sayidina Abdullah bin Mas'ud r.a.

#Antara kelebihan lain tentang taqwanya Sayidina Abdullah bin Mas'ud, insan berkulit gelap dan bertubuh kurus kecil ini ialah sebagaimana beliau sendiri mengatakan:

والله الذي لا إله إلا غيره، ما أنزلت سورة من كتاب الله إلا أنا أعلم في ما أنزلت، ولو أعلم أحدا أعلم مني بكتاب الله تبلغه الإبل لأتيته

"Demi Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selainNya. Tidak diturunkan satu surah dari al-Quran melainkan akulah orang yang lebih mengetahui tentang apa surah itu diturunkan. Jika aku mendapat tahu ada seseorang yang lebih mengetahui berbanding aku dengan sesuatu dari al-Quran, yang dapat sampai kepadanya dengan menaiki unta, pasti aku akan mendatanginya (untuk belajar daripadanya)".

#Beliau juga berkata:

والله لقد أخذت من فيه رسول الله صلى الله عليه وسلم بضعا وسبعين سورة

"Demi Allah, sesungguhnya aku telah mengambil dari mulut Rasulullah saw sebanyak 70 lebih dari surah al-Quran"

#Al-Quran ada 114 surah, lebih 70 surah al-Quran Sayidina Abdullah Ibn Mas'ud ambil dan dengar sendiri dari mulut Rasulullah saw. Betapa hebatnya keilmuan beliau mengenai al-Quran dan perinciannya. Kemudian kata beliau lagi:

والله، لقد علم أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم أني من أعلمهم بكتاب الله، وما أنا بخيرهم

"Demi Allah, sesungguhnya semua sahabat Nabi tahu bahawa aku adalah orang yang lebih mengetahui tentang al-Quran. Namun aku bukanlah orang yang lebih baik dari kalangan mereka"

#Beliau sangat rendah diri. Tetapi memang diakui dalam bab al-Quran, beliaulah orang yang paling arif dan paling tahu tentang ayat al-Quran. Kerana itulah sahabat nabi yang lain amat memujinya.

#Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Sayidina Abdul Rahman bin Yazid r.a yang berkata:

سألنا حذيفة عن رجل قريب السمت والهدي من النبي صلى الله عليه وسلم حتى نأخذ منه

"Kami bertanya kepada Sayidina Huzaifah, siapakah lelaki yang paling hampir caranya, pergerakannya dengan Nabi saw, sehingga kami dapat mencontohinya". Jawab Sayidina Huzaifah r.a:

ما أعرف أحدا أقرب سمتا ولا هديا ولا دالا بالنبي صلى الله عليه سلم من ابن أم عبد

"Tidak aku ketahui seseorang yang lebih hampir dengan cara, petunjuk Nabi saw melainkan Ibn Ummi Abdin, (iaitu Sayidina Abdullah bin Masud r.a)".

#Imam al-Ghazali mengatakan bahawa taqwa itu ialah sebuah perbendaharaan yang amat besar. Jika engkau mendapatinya, maka engkau tahu betapa banyak di situ permata-permata yang indah, perkara yang ajaib, kebaikan yang banyak, rezeki yang mulia, kemenangan yang besar serta kerajaan yang amat luas.

#Lalu dikatakan taqwa ini seperti sebuah pusat graviti. Apabila manusia berusaha mendapatkan pusatnya, ia akan perolehi juga apa di sekelilingnya.

♡Jom berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1446H☆

 وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" [Surah Hud 113]

#Jelas dalam ayat ini menunjukkan bahawa sememangnya kita diharamkan menolong apa-apa yang berasaskan kezaliman. Bahkan, nabi saw mengancam dengan mengatakan mereka yang menolong kezaliman bukan daripada kalangan nabi saw.

#Daripada al-Nu’man bin Basyir r.a, katanya:

 خَرَجَ علينا رسولُ اللهِ ﷺ، ونحن في المسجدِ بعدَ صَلاةِ العِشاءِ، رَفَعَ بَصرَه إلى السَّماءِ، ثُمَّ خَفَضَ، حتى ظَنَنّا أنَّه قد حَدَثَ في السَّماءِ شيءٌ، فقال: ألا إنَّه سيَكونُ بعدي أُمَراءُ يَكذِبونَ ويَظلِمونَ، فمَن صَدَّقَهم بكَذِبِهم، ومالَأَهم على ظُلمِه؛ فليس منِّي، ولا أنا منه، ومَن لم يُصدِّقْهم بكَذِبِهم، ولم يُمالِئْهم على ظُلمِهم؛ فهو منِّي، وأنا منه، ألا وإنَّ دَمَ المُسلمِ كفّارتُه، ألا وإنَّ سُبحانَ اللهِ، والحَمدُ للهِ، ولا إلهَ إلّا اللهُ، واللهُ أكبرُ هنَّ الباقياتُ الصّالحاتُ.

"Rasulullah saw keluar menemui kami ketikamana kami di dalam masjid selepas solat Isyak. Kemudian Baginda mengangkat pandangannya ke langit kemudian tunduk, sehingga kami menyangka bahawa sesuatu telah berlaku di langit. Lantas Baginda saw bersabda: Akan datang selepasku pemimpin-pemimpin yang berdusta dan zalim. Maka sesiapa yang membenarkannya dengan pendustaan mereka dan mengiyakan mereka dan menyokong atas kezalimannya, maka orang itu bukan dari kalanganku dan aku berlepas diri daripadanya. Dan siapa yang tidak membenarkan mereka dengan pendustaan mereka serta tidak cenderung atas kezaliman mereka, maka dia daripadaku dan aku sebahagian daripadanya. Ketahuilah sesungguhnya darah orang islam mempunyai kifaratnya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya zikir Subhanallah (سُبحانَ اللهِ), Alhamdulillah (الحَمدُ للهِ), La ilaha illah Allah (لا إلهَ إلّا اللهُ ) dan Allahu akbar (اللهُ أكبرُ) semuanya termasuk dalam al-baqiyatus shalihat (amal soleh)" (HR Ahmad. Sahih li Ghairihi)

#As-Syahid Syed Qutb ada menyebut ketika diminta tanda tangan mengiktiraf kerajaan zalim ketika saat hendak dijatuhi hukuman bunuh:

إن أصبع السبابة التي تشهد لله بالواحدانية في الصلاة ، تأبى أن تكتب كلمة واحدة تقر بها لحاكم طاغية

"Telunjuk yang sentiasa mempersaksikan keesaan Allah dalam setiap solatnya, tidak akan sanggup untuk menulis walaupun satu huruf tunduk menyerah kepada Thaghut" (Dinaqal oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi)

#Jadilah manusia yang adil dan pemimpin yang adil. Ini kerana pemimpin yang adil adalah kunci kepada segala penyelesaian.

#Ketika mana Sayidina Umar Abd Aziz dilantik menjadi khalifah, beliau telah meminta Hasan al-Basri menulis surat sebagai nasihat kepadanya, maka Hasan al-Basri menulis surat yang menyatakan:

اعلم يا أمير المؤمنين أن الله جعل الإمام العادل قوام كلّ مائل  ، وقصد كل جائر، وصلاح كل فاسد، وقوة كل ضعيف، ونصفة كل مظلوم، ومفزع كل ملهوف

"Ketahuilah wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya Allah menjadikan seorang pemimpin yang adil ini kekuatan di atas segala kesesatan, hakim di atas segala ketidakadilan, maslahat di atas segala kefasadan (kerosakan), tempat mengadu di atas segala kezaliman serta tempat berlindung di atas segala ketakutan" (Lihat: al-Aqd al-Farid)

#Jom banyakkan berdoa dengan doa ini:

اللَّهُمَّ اجْعَل وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِين

"Ya Allah! Jadikanlah kuasa wilayah kami pada orang yang takut kepadaMu dan bertakwa kepadaMu, wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam" (Lihat: Nafahat al-Minbar al-Makki)

♡Cenderung kepada kezaliman, sudah diancam azab neraka, apatah lagi jika melakukan kezaliman, pasti azabnya lebih sengsara dan derita yang tiada kesudahan penyesalannya. Insaflah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Safar 1446H☆

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ

"Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!" [Surah al-Muddaththir 7] ‎

#Berkata Dr. Wahbah az-Zuhaili: "Jadikanlah kesabaranmu atas gangguan mereka (musuh Allah) adalah kerana Allah semata-mata" (Lihat:
al-Tafsir al-Munir)

#Musuh sentiasa mencari peluang untuk menghalang umat Islam daripada mentaati Allah swt dan melemahkan perjuangan menyebarkan Islam. Apatah lagi di akhir zaman dimana umat Islam sememangnya lemah disebabkan perpecahan dan kecintaan yang tebal terhadap dunia.

#Sabda Nabi saw: "Akan hampir seluruh manusia mengerumuni kamu sebagaimana mengerumuni makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab Baginda: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai, tetapi kamu hanya seperti buih seumpama buih air banjir. Dan Allah akan cabut daripada sanubari musuh kamu perasaan gerun terhadap kehebatanmu, dan Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata: Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu? Lalu sabda Baginda: Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian" (HR Abu Daud dan Ahmad)

#Oleh itu, umat Islam perlu berjuang dan berdakwah dengan kesabaran demi mencapai matlamat membawa manusia mentaati Allah swt.

وَإِن تَصۡبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ لَا یَضُرُّكُمۡ كَیۡدُهُمۡ شَیۡـًٔاۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا یَعۡمَلُونَ مُحِیطࣱ

"Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan" [Surah Āli-ʿImrān 120]

#Firman Allah swt lagi:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik" [Surah an-Nahl 125]

#Ayat ini menerangkan bahawa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat dan perjuangan menyebarkan risalah Allah, perlulah dilakukan secara berhikmah. Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah Islam yang sebenar.

#Dapat dikatakan, bahawa tidak ada dakwah tanpa kesabaran, sebagaimana tidak ada badan tanpa kepala. Jika kepala tercabut dari badan, maka itu bererti kematian. Oleh kerana itu, Imam Ibnul Qayyim mengatakan:

"Kedudukan sabar terhadap iman, ibarat kedudukan kepala terhadap badan. Maka tidak ada iman bagi orang yang tidak punya kesabaran, sebagaimana jasad juga tidak bererti tanpa adanya kepala".

♡Sabarlah dalam dakwah dan perjuangan. Kebaikan bagi orang sabar ialah Allah beserta orang yang sabar. Allah mencintai orang yang sabar. Mendapatkan kesejahteraan dan rahmat dari Allah. Mendapatkan pertolongan. Dijaga dari tipu daya musuh dan yang paling penting orang sabar berhak mendapatkan syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Safar 1446H☆

فَلَا تَخَافُوهُمۡ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

"Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka (Syaitan), tetapi takutlah kepadaKu, jika betul kamu orang-orang yang beriman" [Surah Āli-ʿImrān 175]

#Allah swt memerintahkan kepada manusia agar rasa takut yang ada di dalam hati, yang penuh dengan pengagungan kepada Allah itu, tidak di berikan kecuali kepada Allah swt sahaja. Rasa takut ini merupakan satu perintah daripada Allah swt kepada hambaNya yang bertaqwa.

#Allah swt berpesan kepada orang-orang beriman, jangan takut kepada syaitan, manusia dan makhluk. Dan Allah swt telah menegaskan dalam ayat di atas, "Takutlah kepada Aku".  Apakah benar kita takut kepada Allah swt? 

#Jom hayati kisah dibawah ini agar menjadi motivasi dan keinsafan agar kita dapat mencontohi mereka:

#Ketika Amirul Mukminin, Sayidina Umar bin al-Khattab r.a ditikam, Sayidina Abdullah bin Abbas r.a menghampirinya seraya berkata: "Wahai Amirul Mukminin, engkau memeluk Islam ketika manusia masih kafir, engkau berjihad bersama Rasulullah saw ketika ramai manusia berpaling daripadanya, engkau dibunuh dalam keadaan tiada siapa mempertikaikan tentang dirimu berada di pihak yang benar dan Rasulullah saw wafat dalam keadaan dia redha kepadamu".
Lalu Sayidina Umar berkata kepadanya: "Ulangi kata-katamu itu wahai Abdullah! Maka Abdullah bin Abbas mengulanginya.

Kemudian Sayidina Umar berkata: "Orang yang tertipu ialah yang tertipu oleh kata-katamu. Demi Allah sekiranya aku memiliki segala yang ada di muka bumi ini aku akan tebus kesukaran yang mungkin aku akan hadapi nanti.

Anak lelakinya, Sayidina Abdullah bin Umar menceritakan: "Ketika ayahku sedang tenat (nazak), aku letakkan kepalanya di atas pehaku tetapi beliau menyuruh aku meletakkannya di atas lantai (tanah). Aku berkata kepadanya apa masalahnya kalau kepala di atas pehaku? Beliau bertegas supaya aku letakkan juga kepalanya di atas lantai (tanah). Maka aku letakkan seperti yang dimintanya. Setelah itu dia berkata: "Malanglah aku! Malanglah ibuku sekiranya Tuhanku tidak merahmatiku!"

#Sayidina Umar bin al-Khattab r.a adalah salah seorang sahabat Nabi yang dijamin syurga. Walaupun begitu, beliau tetap takutkan Allah dan sangat mengharapkan rahmat dan pengampunan daripada Allah swt.

#Begitu juga Sayidina Mu'az bin Jabal, ketika maut menghampiri dan dia dalam keadaan nazak, dia menyeru Tuhannya dengan berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya selama ini aku takut kepadaMu. Dan hari ini aku mengharap akan rahmatMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku cintakan dunia ini bukan kerana sungainya yang mengalir, bukan untuk menanam pokok yang banyak. Sebaliknya aku cintakan menahan dahaga ketika berpuasa, melawan mengantuk ketika berjaga, bersama-sama ulamak di halaqah ilmu. Kemudian terbanglah ruhnya selepas dia menyebut
لا إله إلا الله

#Begitulah ketakutan mereka kepada Allah swt dengan tersangat mengharapkan rahmat dan pertolonganNya walaupun mereka terdiri di kalangan sahabat nabi yang utama taqwanya.

♡Takutlah pada Allah swt dengan sebenar-benar takut. Moga diselamatkan kita daripada azab dan kemurkaanNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ MISI KEBAJIKAN SANTUNI ASNAF TAWAU - SEMPORNA, SABAH*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/MISI-KEBAJIKAN-SABAHj

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman..

InsyaAllah, sukarelawan GENG TALAQQI akan menyantuni asnaf di kalangan fakir miskin, anak yatim, pesakit terlantar, dan ziarah madrasah/sekolah agama sekitar Tawau - Semporna dalam Misi Kembara Dakwah dan Kebajikan Asnaf Geng Talaqqi tahun 2024.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*

*InsyaAllah akan diadakan program:*

1. Kuliah/Ceramah/Dakwah
2. Sumbangan Food Basket
3. Bantuan Rumah Anak Yatim/Madrasah
4. Sumbangan Muallaf
5. Di samping keperluan-keperluan yang lain bersesuaian dengan keadaan kemiskinan disana. 

Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah rumah dan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin

*SEDEKAH BUKANLAH sesuatu yang akan MERUGIKAN kita semua, ianya merupakan satu bentuk PENGORBANAN daripada kita untuk beroleh KEMULIAAN disisi ALLAH SWT dan KEBERKATAN pada REZEKI*

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/MISI-KEBAJIKAN-SABAHj

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Misi Kebajikan Asnaf Sabah

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/MisiKebajikanAsnafSabah

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/MisiKebajikanAsnafSabah

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/MisiKebajikanAsnafSabah

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/MisiKebajikanAsnafSabah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Safar 1446H☆

فَٱصۡبِرۡ صَبۡرࣰا جَمِیلًا

"Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik" [Surah al-Maʿārij 5]

#Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa hidup kita memang tidak pernah sunyi daripada ujian, cabaran, kepayahan, kesukaran dan kesulitan. Hanya dengan jalan sabar menjadikan kita kuat dan kental mengharungi kehidupan di dunia ini.

#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan: "Kedudukan sabar dalam iman laksana kepala bagi seluruh tubuh. Apabila kepala sudah terpotong maka tidak ada lagi kehidupan di dalam tubuh" (Lihat: al-Fawa’id)

#Nabi saw memaklumkan kepada kita bahawa antara nikmat serta kebaikan terbesar yang dapat diperolehi ialah apabila seseorang itu dapat mengawal diri agar sentiasa bersabar.

#Sabda baginda saw:

من يصبر يصبره الله، ولم يعطوا عطاء خيرا وأوسع من الصبر

"Barangsiapa yang berusaha menahan diri untuk bersabar maka Allah akan kurniakannya kesabaran dalam dirinya. Dan tiada suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada sabar" (HR Bukhari)

#Berkata Ibrahim at-Taimi rahimahullah:

عن إبراهيم التيمي، قال: ما من عبد وهب الله له صبرًا على الأذى، وصبرًا على البلاء، وصبرًا على المصائب، إلا وقد أُوتي أفضل ما أوتيه أحد، بعد الإيمان بالله

"Tidaklah seorang hamba itu dikurniakan kesabaran saat dia disakiti, kesabaran saat dia diuji serta kesabaran saat dia ditimba musibah melainkan dia telah dikurniakan satu anugerah sangat mulia  yang tidak diberi kepada semua manusia selepas anugerah keimanan kepada Allah swt"
(Lihat: al-Sabr wa al-Thawab, Ibnu Abi Dunya)

#Kenangkanlah bagaimana kisah Sayidina Bilal bin Rabah r.a yang tetap berpegang teguh dengan Islam meskipun harus merasakan seksaan ditindih batu besar oleh majikannya di atas padang pasir yang panas.

#Begitu juga perihal seksaan tidak berperikemanusiaan yang dialami oleh Sayidina Ammar bin Yasir dan keluarganya. Ibunya Sayidatina Sumayyah diseksa dengan cara yang sangat keji sehingga mati sebagai muslimah pertama yang syahid di jalan Allah swt.

♡Sentiasalah bersabar. Didiklah diri dengan sifat sabar. Ini kerana kesabaran itu merupakan anugerah yang agung dan sangat bernilai♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1446H☆

 وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

"Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa" [Surah an-Nisa’ 36]

#Allah swt meletakkan anjuran dan tuntutan berbuat baik kepada kedua ibubapa sebaik sahaja memerintahkan kepada umat Islam untuk mentauhidkanNya serta tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu.

#Meskipun kita dituntut untuk berbuat baik dengan kedua ibubapa, namun terdapat riwayat yang melebihkan kedudukan seorang ibu berbanding bapa dalam isu berbuat kebaikan kepadanya. Ibu, insan yang perlu dibalas jasanya disamping jasa seorang bapa.

#Jom hayati kisah jasa seorang ibu untuk kita hargai jasa seorang ibu:

Imam Ahmad bin Hanbal adalah Imam Ahlus Sunnah, jaguh hadis dan penulis ensiklopedia hadis yang dinamakan dengan Musnad Ahmad. Beliau juga merupakan pengasas kepada Mazhab Hanbali. Ayahnya meninggal ketika beliau berumur 3 tahun. Beliau diasuh oleh ibunya sejak dari kematian ayahandanya. Ibunya telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam pembentukan syakhsiah Imam Ahmad.

Ibunya akan mengejutkan beliau untuk solat Subuh, dan membawanya ke masjid yang agak jauh dalam keadaan sejuk untuk memastikan beliau dididik dengan solat berjemaah. Dengan bimbingan ibunya juga, beliau telah melengkapkan hafazan al-Quran semasa berumur 10 tahun. Beliau juga telah mempelajari hadis dari tokoh-tokoh ulamak hadis di sekitar Baghdad, tanah tumpah darahnya dengan pemantauan ibunya.

Tidak cukup dengan itu, akhirnya ibu beliau memberikan keizinan untuk Imam Ahmad bermusafir ke luar Baghdad untuk menuntut ilmu. Walaupun tidak disisipkan dengan wang, ibunya membekalkan beliau dengan sedikit bekal makanan. Ibunya tidak memiliki harta untuk disertakan dalam perjalanan Imam Ahmad, kerana kefakiran mereka. Sesiapa yang mengkaji biografi Imam Ahmad, pasti akan mengetahui bagaimana miskinnya hidup Imam yang agung ini.

Ibunya berpesan: "Aku serahkanmu di bawah jagaan Allah yang Maha Esa.."

Bondanya cukup mengetahui, sesuatu perkara yang dijaga oleh Allah, ianya tidak akan hilang dan akan tiba dengan selamat di destinasi dengan izin Tuhannya. Akhirnya, bermulalah kembara Imam Ahmad menjadi seorang imam yang sangat disegani oleh umat Islam keseluruhannya. Berkat bimbingan seorang ibu tua yang menginginkan anaknya mencari ilmu untuk bekal dunia dan akhirat, akhirnya Imam Ahmad menjadi manusia yang hebat dari sudut keilmuan, kealiman dan penyebaran ilmu. Beliau terkenal hebat sehingga hari ini kerana jasa ibunya.

#Ya Allah, Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kedua ibubapa kami, dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami ketika kecil. Aamiiin

♡Marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita, lebih-lebih lagi kepada seorang ibu yang telah mengandungkan, melahirkan kita ke dunia dengan penuh jerih perih, menyusukan kita dengan penuh kesabaran serta mendidik kita menjadi manusia yang berguna♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1446H☆

وَذَرِ الَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا دِيْنَهُمْ لَعِبًا وَّلَهْوًا وَّغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهٖٓ اَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْۖ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلِيٌّ وَّلَا شَفِيْعٌ ۚوَاِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ اُبْسِلُوْا بِمَا كَسَبُوْا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيْمٍ وَّعَذَابٌ اَلِيْمٌ ۢبِمَا كَانُوْا يَكْفُرُوْنَ.

"Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurauan, (sebenarnya) mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka), disebabkan apa yang telah diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak ada pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dirinya dengan segala macam tebusan apa pun, (pasti) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan oleh Allah (dihumban ke dalam neraka), disebabkan apa yang diusahakan oleh mereka (sendiri). Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya)" [Surah al-An’aam 70]

#Allah swt memberi amaran dan ancaman azab yang dahsyat terhadap sesiapa yang mempersendakan agama, menjadikan agama sebagai main-main dan sekadar hiburan dengan azab yang pedih di akhirat kelak.

#Bahkan tiada sebarang pengampunan, tebusan dan syafaat kepada mereka (jika mereka tidak bertaubat dengan sebenar-benar taubat). Besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mempermainkan ajaran Islam.

#Perbuatan mempersendakan agama sama ada dengan perkataan, perbuatan atau lainnya adalah suatu kesalahan yang amat besar di sisi Allah dan di sisi umat Islam. Perbuatan memperlekehkan pemakaian Islam yang menutup aurat, mempersendakan Sunnah Rasulullah saw, memperkecilkan dan mempertikaikan hukum Allah dan menghina para ulamak pewaris Nabi adalah sebahagian daripada perbuatan mempersendakan agama yang berlaku mutakhir ini.

#Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengundang kemarahan orang yang beriman, bahkan lebih besar lagi mengakibatkan kemurkaan Allah swt yang boleh mengakibatkan pembalasan segera jika tidak dibendung.

#Jangan sesekali meremehkan dosa dan maksiat. Jangan berolok-olok dengan dosa. Jangan jadikan agama sekadar mainan dan hiburan. Rasa nak solat, solat. Rasa malas solat, tak solat. Rasa nak puasa, buat. Rasa malas puasa, tak puasa. Rasa nak tutup aurat, maka berpakaian sopan dan menutup aurat. Rasa nak tayang body maka dilondehnya semua pakaian tanpa rasa bersalah. Hal ini kerana mereka anggap agama sekadar mainan dan ikut apa yang mereka rasa.

#Ingatlah bahawa Allah mengancam azab ngeri kepada sesiapa yang menolak kebenaran dan bersikap lepas tangan dalam memenuhi tuntutan syarak. Firman Allah swt:

كَلَّاۤۖ إِنَّهَا لَظَىٰ * نَزَّاعَةࣰ لِّلشَّوَىٰ * تَدۡعُوا۟ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ * وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰۤ

"Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya. (Membakar) serta menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran). Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya)" [Surah al-Maarij 15–18]

♡Jangan pandang ringan dan remeh akan kemurkaan Allah swt. Lihatlah kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Hud dan kaum Firaun. Di mana mereka? Sudah musnah, tenggelam dan lenyap dibadai kemurkaan Allah swt. Sekarang, hanya tinggal cerita sahaja. Maka, bila lagi manusia yang ingkar, yang mempermainkan agama, yang mempersenda agama mahu beriman dan kembali bertaubat padanya? Ingatlah bahawa kemurkaan Allah bakal melenyapkan kita dan menghancurkan masa depan akhirat kita. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET BARU MASJID KARIAH KG BAGAN, NAKA, PADANG TERAP, KEDAH*

Klik dan sumbang :
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-MASJID-KG-BAGAN

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekalian.

Masjid Kariah Kg Bagan asalnya merupakan sebuah surau yang digunakan penduduk untuk menunaikan solat berjemaah dan pengajian ilmu.

*Pada Mei 2023, pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menaik taraf Surau Kg Bagan ini kepada TARAF MASJID memandangkan pertambahan penduduk dan telah diisytiharkan sebagai kariah yang baru dengan menjadikan surau Kg Bagan sebagai Masjid Kariah Kg Bagan, Naka dan mula didirikan solat Jumaat.* Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Maka dengan ini pihak masjid sedang mengubahsuaikan keadaan masjid agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah terutama ketika menunaikan solat Jumaat khususnya, disamping solat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama.

*Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk keselesaan para jemaah ialah menukar karpet lama yang agak kurang selesa*. Maka karpet lama tersebut perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif.

*KOS YANG DIPERLUKAN RM16,800*

Pihak pengurusan masjid memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf karpet bagi membantu pemasangan karpet baru untuk keselesaan para jemaah.

*Bersempena berada dihari yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan waqaf karpet Masjid Kariah Kg Bagan seluas 60 x 20 kaki persegi (1200 kaki persegi)*

Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah masjid tersebut.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari masjid tersebut. Allahuakbar!!*
============
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-MASJID-KG-BAGAN

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Karpet Masjid Kg Bagan

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKarpetMasjidKgBagan

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqaKarpetMasjidKgBagan

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKarpetMasjidKgBagan

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKarpetMasjidKgBagan

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Safar 1446H☆

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]

#Ayat ini menunjukkan keutamaan ilmu dan keagungannya. Ilmu memiliki kedudukan yang mulia dalam agama Islam. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi seseorang dalam menjalani kehidupan didunia ini. Dengan ilmu, seseorang menjadi jelas dalam mengikuti jalan kebenaran yang menghantarkannya ke syurga Allah swt.

#Bahkan dengan ilmu, akan menjadi jelas jalan-jalan kesesatan yang sepatutnya seseorang itu hindari. Seseorang dapat meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat juga kerana ilmu. Dan peribadatan kepada Allah swt tidak akan diterima, kecuali dengan ilmu. Disebabkan itulah Allah swt menuntut kita semua mendahulukan ilmu sebelum beramal.

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

تَعَلَّم فَلَيسَ المَرءُ يُولَدُ عَالِمًا وَلَيسَ أَخُو عِلمٍ كَمَن هُوَ جَاهِلُ

"Belajarlah, kerana tidak ada orang yang terlahir pintar dan tidaklah orang yang berilmu itu sama dengan orang yang jahil.

وَمَن لَم يَذُق مُرَّ التَّعَلُّمِ سَاعَةً تَجَرَّعَ ذُلَّ الجَهلِ طُولَ حَيَاتِهِ

"Barangsiapa tidak pernah merasakan pahitnya belajar walau sesaat nescaya dia (akan menyesal) meneguk hinanya kebodohan sepanjang hayatnya".

#Untuk menguasai ilmu secara mendalam maka diperlukan kesabaran dalam menuntutnya. Berkata sebahagian salaf:

من لم يصبر على ذل التعليم بقي عمره في عماية الجهل، ومن صبر عليه آل أمره إلى عز الآخرة والدنيا

"Sesiapa yang tidak sabar dalam kepayahan menuntut ilmu maka dia akan terus hidup dalam sisa kehidupannya dalam buta kejahilan, namun sesiapa yang bersabar padanya maka baginya kemuliaan sepanjang umurnya sama ada di dunia dan akhirat" (Lihat: at-Tibyan fi Adab Hamlatul Quran)

#Selain menuntut ilmu, ilmu yang dipelajari itu tidak akan bermanfaat jika seseorang tidak mengamalkannya. Tujuan mempelajari ilmu bukan sekadar pengetahuan dan wawasan sahaja, yang utamanya ialah melakukan amal soleh.

#Berkata Yusuf bin Asbat rahimahullah:

يقول يُوسُفَ بْنَ أَسْبَاطٍ: بَلَغَنِي أَنَّ الْخِضَرَ عَلَيْهِ السَّلامُ قَالَ لِمُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يُفَارِقَهُ: يَا مُوسَى! تَعَلَّمِ الْعِلْمَ لِتَعْمَلَ بِهِ، وَلا تَعَلَّمْهُ لِتُحَدِّثَ بِهِ

"Telah diceritakan bahawa saat Nabi Khidir Alaihissalam ingin berpisah dengan Nabi Musa Alaihissalam, beliau telah berkata:" Wahai Musa! Tuntutlah ilmu dengan tujuan untuk engkau amalkannya, bukan engkau belajar untuk sekadar engkau bercakap tentangnya" (Lihat: al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

#Daripada Muhammad bin al-Nadr berkata:

عن محمّد بن النّضر قال:"أوّلُ العِلْمِ الاِسْتِمَاعُ، ثُمَّ الإِنْصاَتُ، ثُمَّ حِفْظُهُ، ثُمَّ العَمَلُ بِهِ، ثُمَّ بَثُّهُ

" Peringkat pertama ilmu ialah engkau mendengarnya, kemudian engkau menghayatinya, kemudian engkau menghafalnya, kemudian engkau beramal dengannya dan akhir sekali engkau menyampaikannya" (Lihat: Sir A'lam an-Nubala')

#Kita diperintahkan untuk meminta jalan yang lurus dan berlindung dari 2 penyimpangan terhadap ilmu:
1. Pertama: Beramal tanpa ilmu. 
2. Kedua: Berilmu, namun tidak beramal.

#Barangsiapa yang berilmu namun tidak beramal, maka mereka adalah yang dimurkai, berhak mendapat murka Allah swt disebabkan oleh kelalaian mereka dalam mewujudkan tujuan menuntut ilmu, iaitu amal soleh. Dan barangsiapa yang beramal tanpa ilmu, maka mereka adalah orang yang tersesat dari jalan Allah swt dan jalan yang lurus" (Lihat: Tsamaraatul ‘Ilmi Al-‘Amalu)

♡Seseorang tidak dapat menegakkan agama kecuali dengan ilmu dan amal soleh. Bahkan kita dimasukkan ke dalam syurga bukan sekadar kerana ilmu yang kita ketahui, tetapi kerana iman dan amal soleh yang kita kerjakan. Ya Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1446H☆

وَیۡلࣱ لِّكُلِّ هُمَزَةࣲ لُّمَزَةٍ

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" [Surah al-Humazah 1]

#Sebagai seorang muslim, perlulah bersifat dengan segala sifat-sifat yang diajarkan oleh Allah swt dan Nabi saw iaitu jagalah lidah daripada mencaci dan mencela.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw:
 
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (HR al-Bukhari)

#Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah:

"Aku bertemu dengan beberapa Salaf (orang-orang terdahulu yang soleh), mereka tidak melihat ibadah itu (semata-mata) pada puasa dan solat. Akan tetapi juga pada menahan dari menceroboh maruah manusia. Orang yang bangun malam (beribadah), berpuasa pada siang hari, jika dia tidak menjaga lidahnya dia akan muflis di akhirat kelak".

#Nabi saw juga mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir.

#Sabda Nabi saw:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu" (HR al-Bukhari)

#Juga sabdanya lagi:
 
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

"Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau dengan berkata wahai musuh Allah sedangkan tidak sedemikian melainkan perkataan tersebut akan kembali kepadanya" (HR Muslim)

♡Jagalah lidah daripada memperkatakan sesuatu yang buruk dan keji. Berkatalah sesuatu yang baik yang mendatangkan manfaat serta pahala♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Muharram 1446H☆

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" [Surah al-Ḥujurāt 10]

#Umat Islam adalah bersaudara. Persaudaraan ini didasari oleh ikatan tauhid yang tidak boleh dinafikan kekuatannya sekiranya ia benar-benar diperakui oleh hati yang yakin terhadap kekuasaan dan keesaan Allah swt.

#Hubungan yang paling dekat ialah hubungan kekeluargaan. Saudara yang paling dekat ialah saudara kandung. Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama manusia malah yang paling utama ialah sesama ahli keluarga.

#Diceritakan al-Hajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 orang penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, al-Hajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.

Kata al-Hajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari". Wanita itu pun dibawa ke hadapan al-Hajjaj. Kata al-Hajjaj: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Jawab wanita itu: "Mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorangnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?".

Simpati dengan wanita tersebut, al-Hajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.

Kata al-Hajjaj: "Pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan". Al-Hajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?

Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: "AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU".

Terperanjat al-Hajjaj. Dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?.

Jawab wanita itu dengan bijaksana: "Adapun suami itu masih ada iaitu suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yang tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku".

Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.

♡Pengajaran yang boleh kita ambil ialah, saudara kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai saudara kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka tiada gantinya lagi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Sambung bicara tentang mati syahid. Orang yang mati syahid akan datang pada hari kiamat dalam keadaan sebagaimana dia meninggal dunia iaitu dipenuhi darah akibat terluka di medan jihad dalam keadaan wangi semerbak. Ini menunjukkan bahawa darah orang yang mati syahid cukup mulia di sisi Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُكْلَمُ أَحَدٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَاللَّوْنُ لَوْنُ الدَّمِ، وَالرِّيحُ رِيحُ المِسْكِ

"Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, tiada seorang pun yang tercedera ketika berjihad di jalan Allah dan Allah lebih tahu siapa yang tercedera di jalanNya melainkan dia akan datang pada hari kiamat dan warnanya (luka) warna darah sedangkan baunya ialah bau kasturi" (HR al-Bukhari)

#Di antara kelebihan lain yang Allah berikan kepada orang mati syahid ialah mereka tidak merasai kesakitan dibunuh. Sabda Nabi saw:

مَا يَجِدُ الشَّهِيدُ مِنْ مَسِّ الْقَتْلِ، إِلَّا كَمَا يَجِدُ أَحَدُكُمْ مَسِّ الْقَرْصَةِ

"Seseorang yang mati syahid tidak mendapati rasa sakit dibunuh melainkan sepertimana seseorang daripada kamu merasai rasa Qarsah" (HR Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Sahih)

#Qarsah bermaksud seperti mencubit seseorang. Ini juga pendapat yang disebutkan oleh al-'Aquli. Dikatakan juga ia adalah seperti gigitan semut sahaja seperti yang dinyatakan oleh Ibn 'Allan dalam Dalil al-Falihin.

#Imam Ibnul Qayyim dalam Igathah al-Lahafan menyatakan bahawa para syuhada' hanya merasai kesakitan al-Qarsah sahaja. Bahkan mati syahid ini bukanlah lebih dahsyat dan sakit dari mati atas katil, bahkan mati syahid adalah antara kematian yang paling dimudahkan, serta ia merupakan yang paling mulia dan afdhal.

#Imam al-Munawi dalam Faidhul Qadir menyatakan: "Kematian ke atas para syuhada' dimudahkan dan ini merupakan kegembiraan buat mereka dan menyebabkan mereka bersabar dalam berperang dan menghadapi musuh.

♡Inilah keistimewaan yang diperolehi oleh mereka yang syahid terbunuh dalam jihad fisabilillah. Besar kelebihan yang Allah berikan kepada mereka. Moga kita salah seorang yang terpilih untuk mati syahid. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1446H☆

ٱلۡأَخِلَّاۤءُ یَوۡمَىِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِینَ

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [Surah az-Zukhruf 67]

#Mencari seorang sahabat baik bukanlah mudah. Seorang sahabat baik, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang. Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah swt.

#Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3 hijrah di Baghdad):

"Sesungguhnya sukar sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku fillah?". Al-Junaid enggan menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali. Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid menjawab:

"Sekiranya engkau mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit. Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan mereka kepadamu".

Mendengar jawapan itu, lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung: "Ketahuilah bahawa manusia terdiri dari tiga golongan:

1. Orang yang engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya.

2. Orang yang engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau tidak mendapat manfaat daripadanya.

3. Orang yang engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan diri darinya.

Adapun golongan kedua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau menolongnya selama ini.

Ada orang berkata: "Aku berkawan dengan sebahagian manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka, aku menanggung keperluan mereka". Jadi, sesiapa yang begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya" (Lihat: Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs, Sa’eid Hawwa)

♡Mencari sahabat janganlah berdasarkan kepentingan sementara seperti maslahat di dunia, tetapi carilah demi kemaslahatan bersama yang abadi iaitu maslahat dan manfaat di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱرۡكَعُوا۟ وَٱسۡجُدُوا۟ وَٱعۡبُدُوا۟ رَبَّكُمۡ وَٱفۡعَلُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)" [Surah al-Ḥajj 77]

#Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan orang yang beriman untuk rukuk serta sujud, iaitu mengerjakan solat, serta beribadah mentauhidkan Allah swt. Allah swt juga memerintahkan orang beriman untuk mengerjakan amal-amal kebajikan supaya beroleh keuntungan dan kebahagiaan dunia akhirat.

#Allah swt menggalakkan seseorang memperbanyakkan sujud untuk mendekatkan diri kepada Allah bagi memudahkan mendapat rahmatNya. Sujud termasuk rukun dalam rukun-rukun solat. Allah telah mewajibkan solat lima waktu sehari semalam yang dalamnya terkandung 17 rakaat dan 34 kali sujud. Setiap rakaat solat mengandungi dua kali sujud. Orang yang meninggalkan solat adalah orang yang meninggalkan sujud kepada Allah swt.

#Antara kelebihan sujud ialah sebagaimana hadis riwayat Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

حَتَّى إِذَا أَرَادَ اللَّهُ رَحْمَةَ مَنْ أَرَادَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ أَمَرَ اللَّهُ الْمَلَائِكَةَ أَنْ يُخْرِجُوا مَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَيُخْرِجُونَهُمْ وَيَعْرِفُونَهُمْ بِآثَارِ السُّجُودِ وَحَرَّمَ اللَّهُ عَلَى النَّارِ أَنْ تَأْكُلَ أَثَرَ السُّجُودِ فَيَخْرُجُونَ مِنْ النَّارِ فَكُلُّ ابْنِ آدَمَ تَأْكُلُهُ النَّارُ إِلَّا أَثَرَ السُّجُودِ

"Apabila Allah hendak merahmati sesiapa dari kalangan ahli neraka, Allah akan mengarahkan para malaikat untuk mengeluarkan sesiapa yang menyembah Allah, lalu dikeluarkan orang-orang yang menyembah Allah dari neraka, para malaikat mengenali mereka dengan kesan sujud. Allah mengharamkan neraka dari membakar kesan sujud, maka mereka akan keluar dari neraka. Oleh yang demikian setiap anak Adam yang masuk ke dalam neraka akan dibakar tubuh badannya melainkan kesan sujud" (HR Ahmad, al-Bukhari dan Muslim)

#Dalam riwayat yang lain, Nabi saw bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ".

"Seseorang hamba paling dekat dengan Allah adalah ketika dia sedang sujud, oleh kerana itu perbanyakkanlah doa (di dalamnya)" (HR Muslim, Abu Daud, an-Nasa’ie, dan Ahmad)

#Imam an-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: "Hadis ini merupakan dalil bagi yang berpandangan sujud lebih utama dari berdiri dan lebih utama dari kesemua rukun solat yang lain"

#Dalam riwayat yang lain:

Daripada Sayidina Ma’dan bin Abi Talhah r.a katanya: "Saya bertemu dengan Sayidina Thauban maula (bekas hamba) Rasulullah saw, lalu saya berkata: Khabarkan kepada saya satu amalan yang bila saya lakukannya, Allah akan memasukkan saya ke dalam syurga". Atau dia berkata: "Amalan yang lebih disukai oleh Allah, lalu beliau (Thauban)  diam. Kemudian saya bertanya lagi kepadanya, beliau berdiam diri, kemudian saya bertanya lagi kali ketiga. Lalu beliau menjawab: Saya pernah bertanya perkara ini kepada Nabi saw, dan baginda bersabda: "Hendaklah kamu membanyakkan sujud (membanyakkan solat), kerana sesungguhnya kamu tidak melakukan satu sujud kepada Allah melainkan Allah akan menaikkan satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan" (HR Ahmad, Muslim  at-Tirmizi: Hasan Sahih)

♡Perbanyakkanlah solat agar kita dapat memperbanyakkan sujud. Ini kerana kelebihan orang yang sujud tersangat luar biasa ganjarannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Safar 1446H☆

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِیمٌ خَبِیرࣱ

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" [Surah al-Ḥujurāt 13]

#Allah swt mengatakan bahawa penilaian kemuliaan seseorang itu adalah pada taqwa. Ini menunjukkan bahawa manusia akan dianggap bernilai dan mulia disisi Allah dengan ketaqwaan, bukan dengan pangkat dan jawatan, fizikal dan tubuh badan, garis keturunan dan nasab, dan bukan pula dengan kekuasaan mahupun harta.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina Abdullah bin Mas‘ud r.a, suatu hari dia memanjat pokok, sahabat melihat dia naik pokok, tiba-tiba angin datang dan meniup kainnya sehingga menampakkan betisnya yang kurus kering, menyebabkan semua sahabat ketawa kerana melihat betisnya yang kecil. Bila Rasulullah saw nampak para sahabat ketawa, baginda bertanya: ما يضحكون "Apa yang menyebabkan kamu semua ketawa? Apakah disebabkan kaki Sayidina Abdullah bin Mas'ud?".

Jawab para sahabat: "Ya, wahai Rasulullah". Jawab Baginda saw:

لرجل عبد الله مسعود أثقل في الميزان من أحد

"Sungguh! kaki Abdullah bin Mas‘ud di atas mizan (timbangan) di akhirat kelak lebih berat pahalanya berbanding bukit Uhud".

#Bayangkanlah, kakinya sahaja lebih berat pahalanya berbanding bukit Uhud. Berkata sebahagian ulamak, hadis ini menunjukkan di akhirat kelak, ada di kalangan umat Islam yang dia sendiri akan ditimbang di atas mizan. Bukan setakat buku cacatan amalannya, dia sendiri yang duduk di atas penimbang. Berdasarkan perkataan Nabi saw menerangkan besarnya pahala khidmat yang telah dilakukan oleh kaki Sayidina Abdullah bin Mas‘ud untuk agama Islam. Itulah kehebatan iman dan taqwa Sayidina Abdullah bin Mas'ud.

#Untuk makluman kita semua, Sayidina Abdullah bin Mas'ud merupakan orang keenam memeluk Islam. Beliau شديد الأدمة, iaitu berkulit gelap, bersangatan gelap. Orang kita sebut hitam, berkulit hitam dan orangnya kecil atau kurus, dua kakinya juga sangat kecil kerana saiz orangnya pun kecil. Tetapi, walaupun kecil, hebat orangnya. Hebat iman dan taqwanya.

#Selain itu, Sayidina Abdullah bin Mas'ud r.a, walaupun kecil orangnya, dialah juga orang pertama yang memperdengarkan ayat al-Quran kepada orang musyrikin Mekah. Ketika para sahabat berbincang, bersembang tentang tekanan yang mereka terima daripada orang-orang Quraisy, lalu sebahagian mereka berkata, barangkali orang-orang Quraisy tidak menerima dakwah kerana mereka tidak pernah mendengar ayat al-Quran. Namun persoalannya siapa yang akan baca ayat al-Quran kepada orang-orang Quraisy? Itu isunya.

#Apabila timbul persoalan itu, Sayidina Abdullah bin Mas'ud r.a yang kecil ini berkata: "Aku yang akan memperdengarkan ayat al-Quran kepada mereka". Para sahabat apabila melihat Sayidina Abdullah bin Mas'ud bersungguh, mereka berkata: "Kami bukan maksudkan engkau wahai Abdullah. Kami maksudkan orang lain, iaitu orang yang memiliki keluarga yang besar sehingga orang Quraisy tidak berani bertindak ke atasnya. Adapun kamu, orang Quraisy akan kenakan tindakan keras ke atas kamu". Lalu berkata Abdullah bin Masud: "Aku ada Allah swt".

Lalu dia keluar menuju ke Kaabah dan naik ke tempat yang tinggi sedikit, dengan suara yang kuat, dia membaca surah ar-Rahman. Tatkala beliau membaca surah ar-Rahman, orang Quraisy ramai-ramai mengerumuninya dan memukulnya sehingga pitam. Dialah orang pertama yang memperdengarkan ayat al-Quran kepada orang-orang Quraisy. Selepas peristiwa itu, para sahabat halang beliau daripada terus melakukan perkara yang sama di hari berikutnya.

#Antara kelebihan lain tentang taqwanya Sayidina Abdullah bin Masud r.a ialah... BERSAMBUNG

♡Kepentingan taqwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Safar 1446H☆

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ

"Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!" [Surah al-Muddaththir 7] ‎

#Nabi saw sentiasa bersabar dalam menyebarkan risalah Allah walaupun mendapat tentangan dahsyat daripada golongan musyrikin, yahudi dan orang-orang kafir.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik..." [Surah al-Ma’idah 82]

#Diriwayatkan bahawa Abu Lahab mengikuti belakang Nabi saw pada musim haji dan di pasar-pasar bagi mendustakan kata-kata Rasulullah saw. Diriwayatkan daripada jalan Ṭāriq bin Abdullah al-Muhāribi menunjukkan Abu Lahab tidak hanya mendustakan Nabi saw tetapi dia bahkan memukul Nabi saw dengan batu sehingga berdarah kedua-dua tumit Rasulullah saw (Lihat: Kanzul Ummal)

#Isteri Abu Lahab, Ummu Jamil Arwā binti Harb bin Umayyah, saudara perempuan Abu Sufyan, tidak kurang hebatnya menentang Nabi saw. Dia membawa duri lalu diletakkan di tengah jalan Nabi saw serta di hadapan rumah Nabi pada waktu malam. Dia wanita yang kurang ajar lidahnya lancang. Dia sering memfitnah peribadi orang dan manipulasi. Dia menyalakan api fitnah sehingga menjadi penentangan yang ganas terhadap Nabi saw. Justeru itu di dalam al-Quran dia disifatkan sebagai pembawa kayu api. (Rujuk surah al-Masad 1-5)

#Begitu juga Umayyah bin Khalaf, setiap kali melihat Rasulullah saw, dia akan mencela dan mengumpat baginda saw. Sehinggalah Allah swt menurunkan ayat:

وَیۡلࣱ لِّكُلِّ هُمَزَةࣲ لُّمَزَةٍ

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" [Surah Al-Humazah 1]

#Mereka juga berusaha menimpakan batu ke atas kepala Nabi. Mereka meletakkan racun dalam (makanan) yang dimakan oleh Nabi saw iaitu pada paha kambing. Bahkan mereka menyihir Nabi saw melalui seorang lelaki bernama Labid bin al-Asham al-Yahudi.

#Semua usaha yang dilakukan adalah untuk memadamkan cahaya Islam dan mematikan dakwah Nabi saw. Nabi saw sentiasa bersabar dan mengadu hal ini kepada Allah swt demi menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kesyirikan.

#Berkata Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah:

عن الفضيل بن عياض قال: كان يقال: من أخلاق الأنبياء، والأصفياء الأخيار، الطاهرة قلوبهم: خلائق ثلاثة: الحلم، والأناة، وحظ من قيام الليل

"Diantara sifat para nabi, orang soleh yang dipilih Allah serta mereka yang suci hatinya ada tiga ciri iaitu: Besar jiwanya, besar kesabarannya serta bersungguh menghidupkan malam harinya dengan ibadah" (Lihat: Hilyatul Auliya` karangan Abu Nuaim)

♡Dengan besarnya cita-cita menjadikan seseorang itu teguh memikul beban dakwah, dengan kesabaran menjadikan seseorang itu tetap istiqamah melakukan dakwah dan dengan munajat kepada Allah ianya menjadi bekalan dalam melakukan dakwah dan ketaatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Safar 1446H☆

وَلِرَبِّكَ فَٱصۡبِرۡ

"Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!" [Surah al-Muddaththir 7] ‎

#Berkata Sayyid Qutb rahimahullah: "Kesabaran merupakan pesanan Allah yang sentiasa diulang-ulangkan pada setiap perintah berdakwah dan setiap pernyataan meneguhkan perjuangan dakwah. Kesabaran merupakan bekalan yang pokok dalam perjuangan dakwah yang amat sukar iaitu perjuangan dakwah kepada Allah. Perjuangan dua hala menentang keinginan hati dan menentang musuh musuh dakwah yang dipimpin oleh syaitan-syaitan dan nafsu keinginan. Ia merupakan satu perjuangan yang amat panjang dan amat sengit, tiada bekalan untuk perjuangan ini kecuali kesabaran yang diniatkan dengan ikhlas kerana Allah dan kerana mencapai balasan dan keredhaanNya semata-mata" (Lihat: Fi Zilal al-Quran)

#Penentangan terhadap dakwah kebenaran berlangsung sejak zaman perutusan Rasul hinggalah kiamat. Maka dalam menyebarkan risalah Allah swt dan menaga agama sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.

#Diriwayatkan oleh Sayidina Anas bin Malik r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
 
يَأْتِيْ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ الصَّابِرُ فِيْهِم عَلَى دِيْنِهِ كَالقَابِضِ عَلَى الجَمْرِ

"Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api" (HR at-Tirmizi)

#Telah berkata al-Qari’: "Tidak mungkin seseorang itu boleh memegang atau menggenggam bara api melainkan ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu menanggung kesusahannya. Untuk itu, tidak dapat digambarkan pada waktu itu apabila seseorang itu ingin menjaga agamanya dan juga cahaya keimanannya kecuali dengan kesabaran yang tinggi" (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi)

#Sifat sabar adalah perintah Tuhan, sementelahan lagi dalam menggalas tanggungjawab dakwah kepada agama Islam. Firman Allah swt:

‏ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan)" [Surah Ali ‘Imran 200]

#Antara kisah yang menceritakan berkaitan kepentingan sabar ini adalah daripada seorang sahabat bernama Sayidina Khabbab bin al-Arat. Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah saw ketika Baginda saw duduk beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. Kami berkata: Tidakkah Baginda saw memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda saw berdoa kepada kami?. Lalu Baginda saw bersabda: 

“Sesungguhnya (pendakwah/pejuang) sebelum daripada kamu, ditangkap seorang lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya. Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan kepada Allah swt dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil perjuangan)" (HR al-Bukhari)

#Nabi saw menceritakan kepada para sahabat bahawa sebelum daripada mereka terdapat golongan yang diazab dan diseksa lebih teruk daripada mereka. Akan tetapi mereka tetap bersabar dengan ujian ini dan mereka sesekali tidak berpaling daripada agama ini.

♡Bersabarlah menghadapi mehnah dan halangan dalam dakwah dan perjuangan. Jangan sesekali putus asa dan berhenti mentaati Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Safar 1446H☆

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِیۤ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ كَثِیرࣲ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِیلࣰا

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan" [Surah Al-Isrāʾ 70]

#Prof Dr Wahbah az-Zuhaili dalam Tafsir al-Washitnya menyebutkan bahawa ayat ini memuat bentuk-bentuk kepedulian Allah kepada umat manusia, diantaranya Allah menjaga dan menjamin kemuliaan manusia, hak-hak manusia, menjadikan manusia sebagai khalifah (pengelola) di bumi dan lain-lain.

#Antara insan yang perlu di hormati dan beradab dengannya ialah para alim ulamak, guru, murabbi, muallim dan pendakwah.

#Guru memiliki segunung ilmu, maka sudah pasti ia dapat menaungi, membimbing, mengasuh dan mendidik murid dan pelajarnya sehingga jadilah mereka dengan watak-watak mulia, soleh, berpekerti dan lain-lain sekalipun menjawat pelbagai jawatan atau menceburi pelbagai bidang tugas dan pekerjaan. Sudah pasti ilmu yang diterima oleh seseorang sejak mengenali alif, ba, ta dari gurunya sentiasa menjadi azimat dan panduan dalam menempuh rencah kehidupan.

#Berkata Ibn Jama’ah rahimahullah: Hendaklah seorang murid mengetahui bahawa rendah dirinya kepada seorang guru adalah kemuliaan, dan tunduknya adalah kebanggaan" (Lihat: Tazkirah al-Sami’ wa  al-Mutakallim)

#Saiyidina Ali r.a pernah berkata: "Antara hak orang alim yang mesti kamu tunaikan ialah, kamu hendaklah memberi salam kepada orang ramai secara umum tetapi memberi salam kepadanya secara khusus. Kamu hendaklah duduk di hadapannya dan jangan menggerak-gerakkan isyarat tangan ketika berada di sisinya. Jangan sekali-kali kamu mengenyitkan mata di hadapannya, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, jangan cuba membantunya dalam memberikan sesuatu jawapan, jangan kamu mendesaknya ketika dia rasa malas dan jangan berulang-ulang kali mengajaknya jika dia enggan" (Lihat: Mukhtasar Minhaj al-Qasidin)

#Ibn al-Mu’taz berkata: "Pelajar yang tawaduk dan selalu merendah diri sudah pasti akan mendapat banyak ilmu umpama tanah yang rendah akan mengalir kepadanya air yang lebih banyak".

#Ahmad bin Sinan menjelaskan mengenai majlis Abdul @Rahman bin Mahdi, guru Imam Ahmad, katanya: "Tidak ada seorang pun yang bercakap-cakap dalam majlis Abdul Rahman bin Mahdi, tidak ada seorang pun yang berdiri, tidak ada seorang pun yang mengasah pena dan tidak ada yang tersenyum" (Lihat: Siyar A’lam al-Nubala’)

♡Beradablah dengan para alim ulamak dan para guru, moga dikurniakan kita keberkatan dalam kehidupan dan dimuliakan disisi Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1446H☆

فَٱصۡبِرۡ صَبۡرࣰا جَمِیلًا

"Maka bersabarlah dengan kesabaran yang baik" [Surah al-Maʿārij 5]

#Kehidupan kita akan sentiasa diwarnai dengan ujian kadangkala ia datang dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan. Oleh itu, setiap perkara atau tindakan yang dilakukan oleh manusia menuntut rasa penuh sabar kerana itu mengukur sejauh mana ketakwaan dan keredhaan kita kepada Allah swt.

#Sabar bukanlah perkara yang mudah untuk diterapkan dalam kehidupan setiap hari, terlebih dalam masalah dan ujian yang harus kita hadapi. Namun, dengan memiliki sifat sabar, masalah yang kita hadapi akan menjadi terasa lebih ringan, dengan sabar masalah yang kita hadapi boleh diselesaikan dengan lebih tenang dan sempurna.

#Berkata Imam Ibnu Qudamah rahimahullah:

وينبغي للمصاب أن يستعين بالله تعالى، ويتعزى بعزائه، ويمتثل أمره في الاستعانة بالصبر والصلاة، ويَتَنَجَّز ما وعد الله الصابرين

"Sepatutnya bagi orang yang dilanda musibah untuk terus menyerahkan urusannya kepada Allah swt, merasa takziah atas musibah tersebut (yakin semuanya adalah datang daripada Allah), terus istiqamah berhubung denganNya melalui kesabaran dan solat serta yakin dengan apa yang Allah janjikan utk orang yang sabar" (Lihat: al-Mughni)

#Selain itu, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berpesan dalam khutbahnya:

ما أنعم الله على عبد نعمة، فانتزعها منه، فعاضه مكان ما انتزع منه الصبر، إلا كان ما عوضه خيرا مما انتزع منه

"Allah tidak melimpahkan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia mengambil semula nikmat tersebut darinya, dan menggantikan nikmat itu dengan kesabaran, melainkan apa yang diberinya (sabar) itu lebih baik daripada apa yang diambil darinya".

Kemudian Khalifah Umar membaca potongan ayat Surah az-Zumar, ayat 10 :

إِنَّمَا یُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجرَهُم بِغَیرِ حِسَاب

"..Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".

#Menurut Imam Ibnu Kathir, sebahagian ulamak mentafsirkan perkataan "tidak terkira" (بِغَیرِ حِسَابࣲ) ialah seseorang itu memperolehi suatu kebaikan yang tidak terhitung jumlahnya iaitu syurga Allah swt.

♡Motivasikan diri kita bahawa andai kita mampu bersabar sedikit atas kesusahan didunia ini, Allah akan kurniakan syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak. Sabar ganjarannya syurga!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Safar 1446H☆

فَٱصۡبِرۡ صَبۡرࣰا جَمِیلًا

"Maka bersabarlah dgn kesabaran yg baik" [Surah al-Maʿārij 5]

#Berkata Imam as-Syaukani rahimahullah: "Makna sabar yang baik iaitulah orang yang ditimpa musibah tidak diketahui oleh orang ramai dia ditimpa musibah" (Lihat: Fathul Qadir)

#Dalam satu riwayat menyebutkan:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مِنْ كُنُوْزِ الْبِرِّ كِتْمَانُ الْمَصَائِبِ وَ الْأَمْرَاضِ وَ الصَّدَقَةِ

Rasulullah saw bersabda: "Termasuk daripada simpanan-simpanan perbendaharaan kebaikan:  menyembunyikan musibah-musibah, kesakitan serta sedekah" (Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah al-Awliya')

#Mengadu-ngadu, mengungkit-ngungkit dan menzahirkan musibah dan penyakit, hanya akan mencacatkan nilai kesabaran sedangkan menyembunyikannya merupakan puncak kesabaran.

#Dalam hal ini, kisah para Nabi dan para ulamak terdahulu dapat dijadikan pelajaran:

1. Tauladan dariada Nabi Yaakub Alaihissalam dalam melalui ujian getir dari Allah 'azza wa jalla. FirmanNya:

قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya"  [Surah Yūsuf 86]

2. Tauladan daripada Nabi Ayyub Alaihissalam:

وَأَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" [Surah al-Anbiyāʾ 83]

وَٱذۡكُرۡ عَبۡدَنَاۤ أَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلشَّیۡطَـٰنُ بِنُصۡبࣲ وَعَذَابٍ

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)" [Surah Ṣād 41]

3. Dimana suatu saat Al-Ahnaf mengadu kepada bapa saudaranya mengenai rasa sakit yang beliau rasakan dan bapa saudaranya pun berkata: "Aku buta selama 40 tahun dan aku tidak mengadu kepada siapapun" (Lihat: Faidhul Qadir)

#Orang yang bersabar dan tidak menceritakan masalah dan musibah pada orang lain akan mendapatkan keutamaan yang besar. Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi:

قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِذَا ابْتَلَيْتُ عَبْدِى الْمُؤْمِنَ فَلَمْ يَشْكُنِى إِلَى عُوَّادِهِ أَطْلَقْتُهُ مِنْ إِسَارِى ثُمَّ أَبْدَلْتُهُ لَحْمًا خَيْرًا مِنْ لَحْمِهِ وَدَمًا خَيْرًا مِنْ دَمِهِ ، ثُمَّ يَسْتَأْنِفُ الْعَمَلَ

Allah Tabaraka wa Taala berfirman: "Jika Aku (Allah) memberikan cubaan (musibah) kepada hambaKu yang beriman sedang ia tidak mengeluh kepada orang yang mengunjunginya, maka Aku akan melepaskannya dari tahananKu (penyakit) kemudian Aku gantikan dengan daging yang lebih baik dari dagingnya juga dengan darah yang lebih baik dari darahnya. Kemudian dia memulai amalnya (bagaikan bayi yang baru lahir)" (HR al-Hakim. Sahih)

♡Bersabarlah dengan kesabaran yang sebaik-baiknya. Mengadu dan merintihlah kepadaNya, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi mengabulkan doa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1446H☆

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" [Surah al-Qalam 4]

#Antara akhlak terpuji Rasulullah saw ialah berpegang pada janji.

#Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling memenuhi janji".

#Pada diri Rasulullah saw sentiasa dihiasi sifat dan akhlak dalam urusan menjaga serta menunaikan janji sama ada janji itu dibuat secara bertulis secara rasmi atau berbentuk ucapan.

#Segala perkara yang dijanjikan terhadap diri sendiri atau orang lain, Rasulullah saw tidak pernah mengkhianatinya walaupun terhadap musuh Baginda.

#Sayidina Ammar bin Yasir r.a berkata: "Aku kawan sebaya Nabi saw masa jahiliah dulu. Masa itu aku gembala kambing keluargaku. Baginda saw gembala kambing keluarganya.

Suatu hari kami janji hendak membawa kambing gembala di satu tempat sama-sama. Baginda saw sampai dulu sebelum aku.

Aku melihat baginda tidak bagi kambingnya meragut lagi. Aku pun tanya mengapa. Baginda saw jawab: "Saya kan dah berjanji dengan awak. Jadi tahan dulu (kambing daripada meragut) sehingga awak datang" (Riwayat al-Fakihi)

#Allah.. akhlak Rasulullah saw semulajadi hebat dan terpuji sebelum dilantik menjadi rasul dan selepas dilantik menjadi rasul. Rasulullah saw sangat menjaga janji dan menepati janji.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi saw:
 
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

"Orang muslim itu berpegang pada janji mereka" (HR Abu Daud)
 
#Sheikh al-‘Azim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: "Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah   balik" (Lihat: Aun al-Ma’bud)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, beliau mengkhabarkan bahawa Abu Sufian pernah menceritakan bahawa ketika beliau masih belum lagi memeluk Islam, pemerintah Rom iaitu Hercules telah bertanya kepada beliau perihal Nabi Muhammad saw:
 
فَمَاذَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ قَالَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَيَنْهَانَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَيَأْمُرُنَا بِالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ
 
"Apakah yang Nabi itu perintahkan kepada kalian. Abu Sufian menjawab: Nabi itu memerintahkan kepada kami agar menyembahkan Allah Yang satu dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia juga memerintahkan kami untuk bersolat, bersedekah, tidak melakukan perkara yang haram, menepati janji dan melaksanakan amanah yang telah diberikan" (HR al-Bukhari)

♡Sifat menepati janji tidak boleh dipisahkan dari diri setiap orang mukmin. Akhlak mulia baginda saw ini sewajarnya menjadi panduan dan suluhan kepada kita semua♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1446H☆

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" [Surah al-Ankabut 69]

#Berkaitan ayat ini, Ibnu ‘Atiyyah mengatakan ia adalah jihad umum demi agama Allah dan memohon keredhaanNya. Kata Abu Sulaiman al-Darani, ayat tersebut menunjukkan jihad bukan hanya peperangan bahkan ia adalah memperjuangkan agama, membantah golongan batil, mengekang golongan zalim dan setinggi-tingginya adalah amar makruf nahi mungkar. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Menurut Imam Ibnul Qayyim, jihad terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Jihad memperbaiki diri (melawan nafsu)
2. Jihad melawan godaan syaitan.
3. Jihad memerangi orang-orang kafir
4. Jihad terhadap orang-orang munafik. (Lihat: Zaad al-Ma’ad)

#Jihad adalah satu amalan yang disyariatkan. Setiap muslim perlu berjihad dan mendidik ahli keluarganya dengan ilmu jihad demi mencari keredhaan Allah semata-mata bukan selainnya. Sabda Nabi saw:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

"Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan" (HR Muslim)

#Jihad di jalan Allah merupakan satu pengorbanan yang amat besar, maka terlebih utama bagi seseorang itu memperbetulkan niatnya agar jiwanya dan hartanya yang dikorbankan tidak menjadi sia-sia. Alangkah ruginya mereka yang menginginkan daripada jihad ini selain dari redha Allah swt dan meninggikan agamaNya.

#Dalam satu riwayat daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As r.a, dia bertanya kepada Rasulullah saw tentang jihad, lalu Baginda saw bersabda:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، إِنْ قَاتَلْتَ صَابِرًا مُحْتَسِبًا بَعَثَكَ اللَّهُ صَابِرًا مُحْتَسِبًا، وَإِنْ قَاتَلْتَ مُرَائِيًا مُكَاثِرًا بَعَثَكَ اللَّهُ مُرَائِيًا مُكَاثِرًا، يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، عَلَى أَىِّ حَالٍ قَاتَلْتَ أَوْ قُتِلْتَ بَعَثَكَ اللَّهُ عَلَى تِيكَ الْحَالِ

"Wahai ‘Abdullah bin ‘Amr, sekiranya kamu berjihad dengan penuh kesabaran dan mengharapkan ganjaran Allah, nescaya Allah akan bangkitkan kamu dalam keadaan sabar dan dikurniakan ganjaran. Dan sekiranya kamu berjihad kerana ingin dilihat dan menunjuk-nunjuk, maka Allah akan bangkitkan kamu dalam keadaan ingin dilihat serta menunjuk-nunjuk. Wahai ‘Abdullah bin ‘Amr, dalam keadaan yang mana engkau berperang atau terbunuh maka Allah akan membangkitkanmu dalam keadaan seperti itu" (HR Abu Dawud)

#Kita perlu mendidik diri kita, ahli keluarga dan anak-anak agar ditanam semangat jihad bermula sejak kecil lagi.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina az-Zubair bin al-Awwam r.a pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin az-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun. Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. Al-Imam az-Zahabi merekodkan:

عَنْ عُرْوَةَ أنَّ الزُّبَيْرَ أَركَبَ وَلَدَهُ عَبْدَ اللهِ يَوْمَ اليَرْمُوْكِ فَرَساً وَهُوَ ابْنُ عَشْرِ سِنِيْنَ

"Daripada Urwah, sesungguhnya az-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin az-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun" (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala)

♡Apabila menyentuh aspek jihad dan syahid pada hari ini, terus sahaja kita dibayangi dengan persoalan teroris, ganas, dan keras. Apatah lagi apabila melibatkan anak kecil dan orang muda. Salah faham terhadap jihad mesti dibetulkan, dan meninggalkan ajaran jihad kepada anak-anak juga menjadikan jiwa mereka rapuh dengan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1446H☆

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]

#Rasulullah saw tidaklah berdoa untuk meminta tambahan sesuatu kecuali ilmu. Maka kita yang kerdil lagi jahil ini sewajarnya berdoa dan berusaha menambahkan ilmu serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.

#Untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa bertambah ilmu maka perlu hidup dalam suasana memperkatakan tentang ilmu atau sentiasa membahaskan permasalahan berkaitan ilmu serta tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lalai.

#Berkata Imam Abu Daud rahimahullah: "Aku telah bertemu dengan 200 orang ulamak. Tidak pernah aku lihat seorang pun seumpama Imam Ahmad bin Hambal. Beliau tidak akan turut berbual dalam perkara yang orang ramai bualkan. Namun apabila dibualkan perkara ilmu, beliau akan mula berbicara" (Lihat: Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibn al-Jauzi)

#Apabila seseorang itu bertambah ilmu, maka sepatutnya ia bertambah tawadhuk dan tidak sombong. Inilah sifat ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya. Hal ini kerana ahli ilmu yang sombong dengan ilmunya akan dihalang daripada memahami ilmu dan beramal dengan ilmunya.

#Berkata al-Allamah Ibn al-Hajj al-Maliki rahimahullah: "Allah swt berfirman:

سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَایَـٰتِیَ ٱلَّذِینَ یَتَكَبَّرُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن یَرَوۡا۟ كُلَّ ءَایَةࣲ لَّا یُؤۡمِنُوا۟ بِهَا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلرُّشۡدِ لَا یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلۡغَیِّ یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ عَنۡهَا غَـٰفِلِینَ

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya" [Surah al-A'raf 146]. Dan satu yang pasti sedia diketahui bahawa sebahagian orang-orang yang sombong ada yang menghafaz al-Quran dan ilmu. Akan tetapi mereka dihalang dari memperolehi faedahnya iaitulah kefahaman dan beramal sedangkan itulah yang dituntut. Maka kekallah orang awam yang lebih baik keadaan (dari sudut dapat mengambil faedah dan beramal) berbanding mereka yang hafiz dan alim akan tetapi sombong. Allahul Musta'an" (Lihat: al-Madkhal)

#Para ulamak mengingatkan kita semua bahawa seburuk-buruk zaman yang kita lalui ialah zaman dimana manusia banyak bercakap tetapi tidak berilmu dan banyak ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

#Berkata Abu Hazim rahimahullah:

قَالَ أَبُو حَازِمٍ: إِذَا كُنْتَ فِي زَمَانٍ يُرْضَى فِيهِ مِنَ الْعِلْمِ بِالْقَوْلِ، وَمِنَ الْعَمَلِ بِالْعِلْمِ؛ فَأَنْتَ فِي شَرِّ زَمَانٍ وَشَرِّ أُنَاسٍ.

"Jika engkau berada pada zaman di mana orang lebih mengutamakan kata-kata berbanding ilmu atau ilmu berbanding amal, maka engkau berada di seburuk-buruk zaman dan serosak-rosak masyarakat. (Lihat: al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

♡Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya, semoga Allah menambahkan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1446H☆

فَلَمَّا تَرَ ٰ⁠ۤءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰۤ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ * قَالَ كَلَّاۤۖ إِنَّ مَعِیَ رَبِّی سَیَهۡدِینِ

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 61-62]

#Ayat yang mulia ini menceritakan kepada kita di saat Nabi Musa Alaihissalam dan pengikutnya dikejar oleh Firaun, akhirnya mereka buntu saat berhadapan dengan laut mati.

#Hal ini kerana dihadapan mereka terdapat laut sedangkan dibelakang mereka terdapat Firaun dan bala tenteranya yang ingin membunuh mereka. Lalu Bani Israel saat itu mula berasa putus asa serta bersangka buruk terhadap Allah swt, namun Nabi Musa Alaihissalam menunjukkan bagaimana setianya dan yakinnya terhadap janji Allah swt dengan menyatakan:

قَالَ كَلَّآ‌ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَہۡدِينِ

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku  Dia akan menunjuk jalan kepadaku".

#Dengan keyakinan serta kebergantungannya hanya pada Allah serta yakin 100% akan janji-janji pertolongan daripada Allah swt maka Allah swt mendatangkan bantuan dan jalan keluar untuk mereka.

فَأَوۡحَیۡنَاۤ إِلَىٰ مُوسَىٰۤ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقࣲ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِیمِ

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar"

وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ"

وَأَنجَیۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥۤ أَجۡمَعِینَ

"Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya"

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 63-66]

#Maka, jadilah hambaNya yang benar-benar beriman dan bertaqwa serta kukuh pergantungan pada janji-janjiNya, nescaya dikurniakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" [Surah at-Talaq 2-3]

#Sayidatina Hajar bimbangkan keselamatan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Beliau berlari antara bukit Safa dan Marwah, beliau menyangka barangkali di belakang dua bukit itu terdapatnya air untuk Ismail. Ternyata, Allah lebih sayangkan Nabi Ismail. Allah terbitkan air tidak jauh dari Nabi Ismail dengan hentakan sayap atau tumit Malaikat Jibrail. Benarlah, Allah memberi jalan keluar kepada hambaNya yang bertaqwa dengan cara yang tidak disangka-sangka.

♡Yakinlah akan janji Allah swt bahawa setiap ketaatan kepadaNya akan menghasilkan petunjuk, jalan keluar dan kebaikan dariNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Muharram 1446H☆

قَالُوۤا۟ أَضۡغَـٰثُ أَحۡلَـٰمࣲۖ وَمَا نَحۡنُ بِتَأۡوِیلِ ٱلۡأَحۡلَـٰمِ بِعَـٰلِمِینَ

Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu" [Surah Yūsuf 44]

#Mimpi yang baik adalah sebagai berita gembira. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw:

لَمْ يَبْقَ مِنَ النُّبُوَّةِ إِلَّا المُبَشِّرَاتُ. قَالُوا: وَمَا المـُبَشِّرَاتُ؟ قَالَ: الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ

"Tiada yang berbaki daripada kenabian selain berita gembira.” Mereka bertanya:" Apa itu berita gembira?" Baginda menjawab: "Mimpi yang baik" (HR al-Bukhari)

#Mimpi yang datang kepada seseorang itu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk menimbulkan keresahan kepada seseorang.
2. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan oleh seseorang ketika jaga. Apabila tidur lalu terbawa-bawa perkara tersebut dalam mimpinya.
3. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. Atau mimpi ketuhanan iaitu yang datang dan ilham daripada Tuhan.

#Imam Ibn Kathir menyebut dalam al-Bidayah wan Nihayah bahawa al-Baihaqi meriwayatkan daripada al-Rabi‘ yang berkata: Imam as-Syafi‘i  mengirimkan kepadaku sepucuk surat dari Mesir untuk diutuskan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Lalu aku datang menemui beliau yang baru selesai menunaikan solat Subuh. Aku serahkan kepadanya surat tersebut. Beliau bertanya: "Kamu telah membacanya?" Aku menjawab: "Tidak"

Lalu beliau mengambil dan membacanya. Tiba-tiba, air matanya mengalir. Aku bertanya: "Wahai Abu ‘Abdillah, apa yang ditulis di dalam surat itu?"

Imam Ahmad menjawab: "Beliau (Imam al-Syafi‘i) menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah saw. Baginda bersabda di dalam mimpi: "Tuliskan kepada Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, sesungguhnya engkau akan diuji, di mana engkau akan dipanggil untuk menerima pandangan Khalq al-Quran (mengatakan al-Quran makhluk). Maka jangan kamu memenuhi panggilan mereka. Allah akan menaikkan kedudukanmu hingga hari Kiamat".

♡Berdoa banyak-banyak agar kita dikurniakan mimpi yang menjadi manfaat samada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Selamat bermimpi yang indah-indah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Setiap manusia akan mati dan kematian datang bila-bila masa sama ada manusia sudah buat persiapan atau belum membuat persiapan. Kematian ditentukan oleh Allah swt sama ada kematian dengan  mendapat husnul khatimah atau su'ul khatimah.

#Dalam kalangan hamba Allah swt ada diantara mereka dipilh oleh Allah swt memperoleh mati syahid iatu kematian yang sangat mulia, dan menjadi idaman para mukmin dan solihin kerana mati syahid adalah kematian yang terlepas daripada seksa kubur dan kegawatan di Padang Mahsyar. Mereka yang mati syahid akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Allahuakbar!!

#Sabda Nabi saw:

مَا أَحَدٌ يَدْخُلُ الجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إلَى الدُّنْيَا وَلَهُ مَا عَلَى الأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ إلا الشَّهِيدُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ إلَى الدُّنْيَا فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنَ الكَرَامَةِ. وفي رواية: لما يَرى من فَضْل الشَّهادة

"Tiada seorangpun yang telah masuk syurga lalu ingin kembali ke dunia untuk memperoleh sesuatu yang ada di dalamnya kecuali orang yang mati syahid (syuhada'). Dia berharap untuk kembali ke dunia sehingga terbunuh kembali (sebagai syahid) sebanyak sepuluh kali, kerana dia telah melihat kemuliaannya". Dalam satu riwayat: "Setelah dia melihat keutamaan mati syahid" (Muttafaq ‘alaihi)

#Hebatnya mati syahid fan kedudukan yang diperolehi oleh mereka. Tidak ada seorang pun yang berangan-angan atau ingin berpisah dari syurga setelah memasukinya dan kembali ke dunia lagi, walaupun dia diberikan dunia dengan segala harta bendanya yang berharga seperti istana megah dan kebun-kebun indah. Kemudian Rasulullah saw mengecualikan orang yang mati syahid, kerana dia ingin kembali ke dunia sepuluh kali agar dapat berjihad di jalan Allah dan meraih kemenangan dengan mati syahid sebanyak sepuluh kali lagi. Hal tersebut disebabkan dia telah melihat kemuliaan, kehebatan, keagungan dan kenikmatan luar biasa yang diberikan kepada para syuhada'.

#Dalam hadis riwayat Sayidina Jabir r.a, ia berkata: Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh (syahid)? Baginda saw menjawab: "Di syurga". Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa biji buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur syahid. Dalam hadis Suwaid: "Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw pada waktu perang Uhud" (HR Muslim)

# Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. Melihat tempatnya didalam syurga.
3. Dilindungi dari azab kubur  dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
4. Merasakan kemanisan iman
5. Dikahwinkan dengan bidadari, dan
6. Diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya" (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

#Mulianya mereka yang mendapat gelaran para syuhada', sentiasa mendapat rezeki dan nikmat yang sungguh besar dikurniakan oleh Allah swt dan jika boleh mereka ingin kembali ke dunia dan mereka ingin mati syahid beberapa kali lagi kerana betapa nikmatnya mati sebagai para syuhada'.

♡Riwayat berkaitan kemuliaan orang mati syahid ini, sepatutnya mempengaruhi orang Islam supaya bercita-cita mati syahid, iaitu kematian yang termulia dalam Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Ayat di atas merupakan peringatan kepada orang yang beriman agar jangan mengatakan mereka yang telah terbunuh pada jalan Allah kerana membela agamaNya ialah orang-orang yang mati yakni tiada apa-apa nilai. Bahkan mereka itu ialah orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa yakni secara khusus di dalam kubur-kubur mereka, yang mana tidak diketahui bagaimana hidupnya itu melainkan oleh Allah swt. Akan tetapi kamu juga tidak dapat menyedarinya. Ini adalah dalil yang menunjukkan kepada wujudnya nikmat di dalam kubur. (Lihat: al-Tafsir al-Muyassar)

#Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman berkaitan keistimewaan orang yang mati syahid:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Ali ‘Imran 169]

#Diriwayatkan daripada Masruq bin al-Ajda‘, bahawa dia bertanyakan kepada Sayidina Abdullah bin Mas‘ud r.a tentang tafsiran firman Allah diatas (Surah Ali Imran 169), lalu Sayidina Abdullah bin Mas‘ud r.a menjawab:

"Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Rasulullah saw), lalu Baginda saw menjawab: "Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di ‘Arash. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu. Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: "Apakah kalian inginkan sesuatu?". Mereka menjawab: "Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?" Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata:" Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalanMu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lain lagi, maka mereka ditinggalkan" (HR Muslim)

#Inilah kehebatan dan kemuliaan orang yang mati syahid. Roh mereka bebas bergerak di dalam syurga dan menikmati segala kesenangan di dalamnya. Sabda Nabi saw:

إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Sesungguhnya roh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat" (HR al-Nasa’ie, Ahmad dan Ibn Majah)

#Ketahuilah, sesungguhnya orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah swt lalu kedua kakinya berdebu kerananya, maka hal itu menjadi sebab dirinya dijauhkan dari api neraka. Apatah lagi jika dia mati syahid, maka pelbagai nikmat akan di rasainya. Sabda Nabi saw:

ما اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ في سَبِيل الله فَتَمَسَّهُ النَّار

"Kedua-dua kaki seorang hamba yang berdebu di jalan Allah, tidak akan disentuh api neraka" (HR al-Bukhari)  

♡Ya Allah, kurniakanlah kepada kami mati syahid di jalanMu dan rezekikanlah kepada kami kematian yang terbaik. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Muharram 1446H☆

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Surah Fussilat 33]

#Para pendakwah mestilah merasakan pentingnya tugas dakwah dan tingginya nilai dakwah itu dengan menjadikan orang ramai sasaran untuk diselamatkan.

#Pendakwah mesti melihat logam-logam berharga di kalangan mereka yang belum Islam. Tidak jemu berusaha mengajak dan memberi penerangan sehingga akhirnya Allah membuka pintu hidayahnya dan mereka menjadi sebahagian daripada pejuang Islam yang unggul.

#Jom kita hayati kisah dibawah ini sebagai contoh untuk dijadikan teladan kepada semua pendakwah:

Selepas perjanjian Hudaibiyah, Sayidina al-Walid bin al-Walid, saudara kepada Sayidina Khalid bin al-Walid memeluk Islam.
Ketika Rasulullah saw datang ke Mekah untuk menyelesaikan umrah qadha’ baginda bertanya al-Walid: "Di manakah Khalid?"
Al-Walid menjawab: "Dia akan dibawa datang oleh Allah..."

Lalu Nabi saw bersabda: "Tidak patut orang sepertinya jahil tentang Islam! Kalaulah dia meletakkan ketangkasannya menewaskan musuh bersama kaum muslimin dalam menewaskan kaum musyrikin, pastinya itu lebih baik untuknya. Dan kami akan meletakkannya di hadapan memimpin yang lain".

Mendengar kata-kata Nabi saw itu, al-Walid segera mencari saudaranya Khalid, namun tidak bertemu. Dia meninggalkan sepucuk surat yang dituliskan: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku tidak bertemu dengan sesuatu yang lebih aneh daripada hilangnya fikiranmu dari Islam. Aku tidak menemui seseorang yang akalnya lebih aneh daripada akalmu. Aku tidak menemui sesuatu yang lebih aneh daripada orang yang jahil tentang Islam! Sesungguhnya Rasulullah saw telah menanyaiku tentangmu. Baginda berkata: "Di manakah Khalid?" Tidak patut orang sepertinya jahil tentang Islam! Kalaulah dia meletakkan ketangkasannya menewaskan musuh bersama kaum muslimin dalam menewaskan kaum musyrikin, pastinya itu lebih baik untuknya. Dan kami akan meletakkannya di hadapan memimpin yang lain". Maka segeralah saudaraku, menangkap apa yang selama ini telah terlepas daripadamu! Sesungguhnya berapa banyak tempat-tempat yang baik telah luput daripadamu".

Surat saudaranya itu dibaca dengan gembira tidak terkata. Kata-kata Nabi saw benar-benar berkesan di jiwanya. Keinginannya memeluk Islam membuak-buak. Dia segera berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah saw dan memeluk Islam. Kedatangan Khalid untuk memeluk Islam pada tahun ke 8 hijrah, 6 bulan sebelum pembukaan Mekah dan 2 bulan sebelum Perang Mu’tah bersama 2 orang rakannya Uthman bin Talhah dan Amru bin al-‘As disifatkan oleh Nabi saw dengan kata-kata: "Mekah telah membalingkan kamu dengan buah hati mereka!".

#Dengan kesungguhan dakwah dan memanfaatkan peluang yang ada, Nabi saw berjaya mengIslamkan Sayidina Khalid bin Al-Walid yang digelar "Saifullah al-Maslul" yang membawa maksud pedang Allah yang terhunus.

♡Ajaklah manusia agar beriman kepada Allah swt dengan penuh kesungguhan serta berdoalah kepadaNya agar mencampakkan hidayahNya kepada mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Подписаться на канал