tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1446H☆

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِیمࣲ

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia" [Surah al-Qalam 4]

#Antara akhlak terpuji Rasulullah saw ialah berpegang pada janji.

#Dalam kitab Ihya Ulumiddin, Sayidina Ali bin Abi Talib r.a berkata: "Rasulullah saw adalah orang yang paling memenuhi janji".

#Pada diri Rasulullah saw sentiasa dihiasi sifat dan akhlak dalam urusan menjaga serta menunaikan janji sama ada janji itu dibuat secara bertulis secara rasmi atau berbentuk ucapan.

#Segala perkara yang dijanjikan terhadap diri sendiri atau orang lain, Rasulullah saw tidak pernah mengkhianatinya walaupun terhadap musuh Baginda.

#Sayidina Ammar bin Yasir r.a berkata: "Aku kawan sebaya Nabi saw masa jahiliah dulu. Masa itu aku gembala kambing keluargaku. Baginda saw gembala kambing keluarganya.

Suatu hari kami janji hendak membawa kambing gembala di satu tempat sama-sama. Baginda saw sampai dulu sebelum aku.

Aku melihat baginda tidak bagi kambingnya meragut lagi. Aku pun tanya mengapa. Baginda saw jawab: "Saya kan dah berjanji dengan awak. Jadi tahan dulu (kambing daripada meragut) sehingga awak datang" (Riwayat al-Fakihi)

#Allah.. akhlak Rasulullah saw semulajadi hebat dan terpuji sebelum dilantik menjadi rasul dan selepas dilantik menjadi rasul. Rasulullah saw sangat menjaga janji dan menepati janji.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, sabda Nabi saw:
 
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

"Orang muslim itu berpegang pada janji mereka" (HR Abu Daud)
 
#Sheikh al-‘Azim Abadi ketika mensyarahkan hadis ini berkata: "Iaitu mereka tetap (dengan perjanjian yang telah dilakukan) dan tidak berpatah   balik" (Lihat: Aun al-Ma’bud)

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, beliau mengkhabarkan bahawa Abu Sufian pernah menceritakan bahawa ketika beliau masih belum lagi memeluk Islam, pemerintah Rom iaitu Hercules telah bertanya kepada beliau perihal Nabi Muhammad saw:
 
فَمَاذَا يَأْمُرُكُمْ بِهِ قَالَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَيَنْهَانَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا وَيَأْمُرُنَا بِالصَّلَاةِ وَالصَّدَقَةِ وَالْعَفَافِ وَالْوَفَاءِ بِالْعَهْدِ وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ
 
"Apakah yang Nabi itu perintahkan kepada kalian. Abu Sufian menjawab: Nabi itu memerintahkan kepada kami agar menyembahkan Allah Yang satu dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu. Dia juga memerintahkan kami untuk bersolat, bersedekah, tidak melakukan perkara yang haram, menepati janji dan melaksanakan amanah yang telah diberikan" (HR al-Bukhari)

♡Sifat menepati janji tidak boleh dipisahkan dari diri setiap orang mukmin. Akhlak mulia baginda saw ini sewajarnya menjadi panduan dan suluhan kepada kita semua♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1446H☆

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" [Surah al-Ankabut 69]

#Berkaitan ayat ini, Ibnu ‘Atiyyah mengatakan ia adalah jihad umum demi agama Allah dan memohon keredhaanNya. Kata Abu Sulaiman al-Darani, ayat tersebut menunjukkan jihad bukan hanya peperangan bahkan ia adalah memperjuangkan agama, membantah golongan batil, mengekang golongan zalim dan setinggi-tingginya adalah amar makruf nahi mungkar. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Menurut Imam Ibnul Qayyim, jihad terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

1. Jihad memperbaiki diri (melawan nafsu)
2. Jihad melawan godaan syaitan.
3. Jihad memerangi orang-orang kafir
4. Jihad terhadap orang-orang munafik. (Lihat: Zaad al-Ma’ad)

#Jihad adalah satu amalan yang disyariatkan. Setiap muslim perlu berjihad dan mendidik ahli keluarganya dengan ilmu jihad demi mencari keredhaan Allah semata-mata bukan selainnya. Sabda Nabi saw:

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ

"Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan" (HR Muslim)

#Jihad di jalan Allah merupakan satu pengorbanan yang amat besar, maka terlebih utama bagi seseorang itu memperbetulkan niatnya agar jiwanya dan hartanya yang dikorbankan tidak menjadi sia-sia. Alangkah ruginya mereka yang menginginkan daripada jihad ini selain dari redha Allah swt dan meninggikan agamaNya.

#Dalam satu riwayat daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As r.a, dia bertanya kepada Rasulullah saw tentang jihad, lalu Baginda saw bersabda:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، إِنْ قَاتَلْتَ صَابِرًا مُحْتَسِبًا بَعَثَكَ اللَّهُ صَابِرًا مُحْتَسِبًا، وَإِنْ قَاتَلْتَ مُرَائِيًا مُكَاثِرًا بَعَثَكَ اللَّهُ مُرَائِيًا مُكَاثِرًا، يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، عَلَى أَىِّ حَالٍ قَاتَلْتَ أَوْ قُتِلْتَ بَعَثَكَ اللَّهُ عَلَى تِيكَ الْحَالِ

"Wahai ‘Abdullah bin ‘Amr, sekiranya kamu berjihad dengan penuh kesabaran dan mengharapkan ganjaran Allah, nescaya Allah akan bangkitkan kamu dalam keadaan sabar dan dikurniakan ganjaran. Dan sekiranya kamu berjihad kerana ingin dilihat dan menunjuk-nunjuk, maka Allah akan bangkitkan kamu dalam keadaan ingin dilihat serta menunjuk-nunjuk. Wahai ‘Abdullah bin ‘Amr, dalam keadaan yang mana engkau berperang atau terbunuh maka Allah akan membangkitkanmu dalam keadaan seperti itu" (HR Abu Dawud)

#Kita perlu mendidik diri kita, ahli keluarga dan anak-anak agar ditanam semangat jihad bermula sejak kecil lagi.

#Diriwayatkan bahawa Sayidina az-Zubair bin al-Awwam r.a pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin az-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun. Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. Al-Imam az-Zahabi merekodkan:

عَنْ عُرْوَةَ أنَّ الزُّبَيْرَ أَركَبَ وَلَدَهُ عَبْدَ اللهِ يَوْمَ اليَرْمُوْكِ فَرَساً وَهُوَ ابْنُ عَشْرِ سِنِيْنَ

"Daripada Urwah, sesungguhnya az-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin az-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun" (Lihat: Siyar A’lam an-Nubala)

♡Apabila menyentuh aspek jihad dan syahid pada hari ini, terus sahaja kita dibayangi dengan persoalan teroris, ganas, dan keras. Apatah lagi apabila melibatkan anak kecil dan orang muda. Salah faham terhadap jihad mesti dibetulkan, dan meninggalkan ajaran jihad kepada anak-anak juga menjadikan jiwa mereka rapuh dengan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1446H☆

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]

#Rasulullah saw tidaklah berdoa untuk meminta tambahan sesuatu kecuali ilmu. Maka kita yang kerdil lagi jahil ini sewajarnya berdoa dan berusaha menambahkan ilmu serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.

#Untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa bertambah ilmu maka perlu hidup dalam suasana memperkatakan tentang ilmu atau sentiasa membahaskan permasalahan berkaitan ilmu serta tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lalai.

#Berkata Imam Abu Daud rahimahullah: "Aku telah bertemu dengan 200 orang ulamak. Tidak pernah aku lihat seorang pun seumpama Imam Ahmad bin Hambal. Beliau tidak akan turut berbual dalam perkara yang orang ramai bualkan. Namun apabila dibualkan perkara ilmu, beliau akan mula berbicara" (Lihat: Manaqib al-Imam Ahmad oleh Ibn al-Jauzi)

#Apabila seseorang itu bertambah ilmu, maka sepatutnya ia bertambah tawadhuk dan tidak sombong. Inilah sifat ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya. Hal ini kerana ahli ilmu yang sombong dengan ilmunya akan dihalang daripada memahami ilmu dan beramal dengan ilmunya.

#Berkata al-Allamah Ibn al-Hajj al-Maliki rahimahullah: "Allah swt berfirman:

سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَایَـٰتِیَ ٱلَّذِینَ یَتَكَبَّرُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّ وَإِن یَرَوۡا۟ كُلَّ ءَایَةࣲ لَّا یُؤۡمِنُوا۟ بِهَا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلرُّشۡدِ لَا یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰا وَإِن یَرَوۡا۟ سَبِیلَ ٱلۡغَیِّ یَتَّخِذُوهُ سَبِیلࣰاۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ كَذَّبُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ عَنۡهَا غَـٰفِلِینَ

"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya" [Surah al-A'raf 146]. Dan satu yang pasti sedia diketahui bahawa sebahagian orang-orang yang sombong ada yang menghafaz al-Quran dan ilmu. Akan tetapi mereka dihalang dari memperolehi faedahnya iaitulah kefahaman dan beramal sedangkan itulah yang dituntut. Maka kekallah orang awam yang lebih baik keadaan (dari sudut dapat mengambil faedah dan beramal) berbanding mereka yang hafiz dan alim akan tetapi sombong. Allahul Musta'an" (Lihat: al-Madkhal)

#Para ulamak mengingatkan kita semua bahawa seburuk-buruk zaman yang kita lalui ialah zaman dimana manusia banyak bercakap tetapi tidak berilmu dan banyak ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya.

#Berkata Abu Hazim rahimahullah:

قَالَ أَبُو حَازِمٍ: إِذَا كُنْتَ فِي زَمَانٍ يُرْضَى فِيهِ مِنَ الْعِلْمِ بِالْقَوْلِ، وَمِنَ الْعَمَلِ بِالْعِلْمِ؛ فَأَنْتَ فِي شَرِّ زَمَانٍ وَشَرِّ أُنَاسٍ.

"Jika engkau berada pada zaman di mana orang lebih mengutamakan kata-kata berbanding ilmu atau ilmu berbanding amal, maka engkau berada di seburuk-buruk zaman dan serosak-rosak masyarakat. (Lihat: al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

♡Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya, semoga Allah menambahkan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Safar 1446H☆

فَلَمَّا تَرَ ٰ⁠ۤءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰۤ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ * قَالَ كَلَّاۤۖ إِنَّ مَعِیَ رَبِّی سَیَهۡدِینِ

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan". Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 61-62]

#Ayat yang mulia ini menceritakan kepada kita di saat Nabi Musa Alaihissalam dan pengikutnya dikejar oleh Firaun, akhirnya mereka buntu saat berhadapan dengan laut mati.

#Hal ini kerana dihadapan mereka terdapat laut sedangkan dibelakang mereka terdapat Firaun dan bala tenteranya yang ingin membunuh mereka. Lalu Bani Israel saat itu mula berasa putus asa serta bersangka buruk terhadap Allah swt, namun Nabi Musa Alaihissalam menunjukkan bagaimana setianya dan yakinnya terhadap janji Allah swt dengan menyatakan:

قَالَ كَلَّآ‌ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَہۡدِينِ

Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku  Dia akan menunjuk jalan kepadaku".

#Dengan keyakinan serta kebergantungannya hanya pada Allah serta yakin 100% akan janji-janji pertolongan daripada Allah swt maka Allah swt mendatangkan bantuan dan jalan keluar untuk mereka.

فَأَوۡحَیۡنَاۤ إِلَىٰ مُوسَىٰۤ أَنِ ٱضۡرِب بِّعَصَاكَ ٱلۡبَحۡرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقࣲ كَٱلطَّوۡدِ ٱلۡعَظِیمِ

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar"

وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ"

وَأَنجَیۡنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥۤ أَجۡمَعِینَ

"Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya"

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا ٱلۡـَٔاخَرِینَ

"Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 63-66]

#Maka, jadilah hambaNya yang benar-benar beriman dan bertaqwa serta kukuh pergantungan pada janji-janjiNya, nescaya dikurniakan jalan keluar yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya" [Surah at-Talaq 2-3]

#Sayidatina Hajar bimbangkan keselamatan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam. Beliau berlari antara bukit Safa dan Marwah, beliau menyangka barangkali di belakang dua bukit itu terdapatnya air untuk Ismail. Ternyata, Allah lebih sayangkan Nabi Ismail. Allah terbitkan air tidak jauh dari Nabi Ismail dengan hentakan sayap atau tumit Malaikat Jibrail. Benarlah, Allah memberi jalan keluar kepada hambaNya yang bertaqwa dengan cara yang tidak disangka-sangka.

♡Yakinlah akan janji Allah swt bahawa setiap ketaatan kepadaNya akan menghasilkan petunjuk, jalan keluar dan kebaikan dariNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Muharram 1446H☆

قَالُوۤا۟ أَضۡغَـٰثُ أَحۡلَـٰمࣲۖ وَمَا نَحۡنُ بِتَأۡوِیلِ ٱلۡأَحۡلَـٰمِ بِعَـٰلِمِینَ

Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu" [Surah Yūsuf 44]

#Mimpi yang baik adalah sebagai berita gembira. Ini sebagaimana sabda Rasulullah saw:

لَمْ يَبْقَ مِنَ النُّبُوَّةِ إِلَّا المُبَشِّرَاتُ. قَالُوا: وَمَا المـُبَشِّرَاتُ؟ قَالَ: الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ

"Tiada yang berbaki daripada kenabian selain berita gembira.” Mereka bertanya:" Apa itu berita gembira?" Baginda menjawab: "Mimpi yang baik" (HR al-Bukhari)

#Mimpi yang datang kepada seseorang itu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1. Mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk menimbulkan keresahan kepada seseorang.
2. Mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan oleh seseorang ketika jaga. Apabila tidur lalu terbawa-bawa perkara tersebut dalam mimpinya.
3. Mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. Atau mimpi ketuhanan iaitu yang datang dan ilham daripada Tuhan.

#Imam Ibn Kathir menyebut dalam al-Bidayah wan Nihayah bahawa al-Baihaqi meriwayatkan daripada al-Rabi‘ yang berkata: Imam as-Syafi‘i  mengirimkan kepadaku sepucuk surat dari Mesir untuk diutuskan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. Lalu aku datang menemui beliau yang baru selesai menunaikan solat Subuh. Aku serahkan kepadanya surat tersebut. Beliau bertanya: "Kamu telah membacanya?" Aku menjawab: "Tidak"

Lalu beliau mengambil dan membacanya. Tiba-tiba, air matanya mengalir. Aku bertanya: "Wahai Abu ‘Abdillah, apa yang ditulis di dalam surat itu?"

Imam Ahmad menjawab: "Beliau (Imam al-Syafi‘i) menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah saw. Baginda bersabda di dalam mimpi: "Tuliskan kepada Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya. Katakan kepadanya, sesungguhnya engkau akan diuji, di mana engkau akan dipanggil untuk menerima pandangan Khalq al-Quran (mengatakan al-Quran makhluk). Maka jangan kamu memenuhi panggilan mereka. Allah akan menaikkan kedudukanmu hingga hari Kiamat".

♡Berdoa banyak-banyak agar kita dikurniakan mimpi yang menjadi manfaat samada kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Selamat bermimpi yang indah-indah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Setiap manusia akan mati dan kematian datang bila-bila masa sama ada manusia sudah buat persiapan atau belum membuat persiapan. Kematian ditentukan oleh Allah swt sama ada kematian dengan  mendapat husnul khatimah atau su'ul khatimah.

#Dalam kalangan hamba Allah swt ada diantara mereka dipilh oleh Allah swt memperoleh mati syahid iatu kematian yang sangat mulia, dan menjadi idaman para mukmin dan solihin kerana mati syahid adalah kematian yang terlepas daripada seksa kubur dan kegawatan di Padang Mahsyar. Mereka yang mati syahid akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab. Allahuakbar!!

#Sabda Nabi saw:

مَا أَحَدٌ يَدْخُلُ الجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إلَى الدُّنْيَا وَلَهُ مَا عَلَى الأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ إلا الشَّهِيدُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ إلَى الدُّنْيَا فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنَ الكَرَامَةِ. وفي رواية: لما يَرى من فَضْل الشَّهادة

"Tiada seorangpun yang telah masuk syurga lalu ingin kembali ke dunia untuk memperoleh sesuatu yang ada di dalamnya kecuali orang yang mati syahid (syuhada'). Dia berharap untuk kembali ke dunia sehingga terbunuh kembali (sebagai syahid) sebanyak sepuluh kali, kerana dia telah melihat kemuliaannya". Dalam satu riwayat: "Setelah dia melihat keutamaan mati syahid" (Muttafaq ‘alaihi)

#Hebatnya mati syahid fan kedudukan yang diperolehi oleh mereka. Tidak ada seorang pun yang berangan-angan atau ingin berpisah dari syurga setelah memasukinya dan kembali ke dunia lagi, walaupun dia diberikan dunia dengan segala harta bendanya yang berharga seperti istana megah dan kebun-kebun indah. Kemudian Rasulullah saw mengecualikan orang yang mati syahid, kerana dia ingin kembali ke dunia sepuluh kali agar dapat berjihad di jalan Allah dan meraih kemenangan dengan mati syahid sebanyak sepuluh kali lagi. Hal tersebut disebabkan dia telah melihat kemuliaan, kehebatan, keagungan dan kenikmatan luar biasa yang diberikan kepada para syuhada'.

#Dalam hadis riwayat Sayidina Jabir r.a, ia berkata: Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah, di mana aku nanti bila telah mati terbunuh (syahid)? Baginda saw menjawab: "Di syurga". Lelaki itu lalu segera melemparkan beberapa biji buah kurma yang berada di tangannya, kemudian ia berperang hingga gugur syahid. Dalam hadis Suwaid: "Seorang lelaki berkata kepada Nabi saw pada waktu perang Uhud" (HR Muslim)

# Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1. Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2. Melihat tempatnya didalam syurga.
3. Dilindungi dari azab kubur  dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
4. Merasakan kemanisan iman
5. Dikahwinkan dengan bidadari, dan
6. Diperkenankan memberikan syafaat bagi 70 orang kerabatnya" (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

#Mulianya mereka yang mendapat gelaran para syuhada', sentiasa mendapat rezeki dan nikmat yang sungguh besar dikurniakan oleh Allah swt dan jika boleh mereka ingin kembali ke dunia dan mereka ingin mati syahid beberapa kali lagi kerana betapa nikmatnya mati sebagai para syuhada'.

♡Riwayat berkaitan kemuliaan orang mati syahid ini, sepatutnya mempengaruhi orang Islam supaya bercita-cita mati syahid, iaitu kematian yang termulia dalam Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Ayat di atas merupakan peringatan kepada orang yang beriman agar jangan mengatakan mereka yang telah terbunuh pada jalan Allah kerana membela agamaNya ialah orang-orang yang mati yakni tiada apa-apa nilai. Bahkan mereka itu ialah orang-orang yang hidup dengan keadaan hidup yang istimewa yakni secara khusus di dalam kubur-kubur mereka, yang mana tidak diketahui bagaimana hidupnya itu melainkan oleh Allah swt. Akan tetapi kamu juga tidak dapat menyedarinya. Ini adalah dalil yang menunjukkan kepada wujudnya nikmat di dalam kubur. (Lihat: al-Tafsir al-Muyassar)

#Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman berkaitan keistimewaan orang yang mati syahid:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Ali ‘Imran 169]

#Diriwayatkan daripada Masruq bin al-Ajda‘, bahawa dia bertanyakan kepada Sayidina Abdullah bin Mas‘ud r.a tentang tafsiran firman Allah diatas (Surah Ali Imran 169), lalu Sayidina Abdullah bin Mas‘ud r.a menjawab:

"Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Rasulullah saw), lalu Baginda saw menjawab: "Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau. Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di ‘Arash. Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu. Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: "Apakah kalian inginkan sesuatu?". Mereka menjawab: "Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?" Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali. Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu. Mereka berkata:" Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalanMu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lain lagi, maka mereka ditinggalkan" (HR Muslim)

#Inilah kehebatan dan kemuliaan orang yang mati syahid. Roh mereka bebas bergerak di dalam syurga dan menikmati segala kesenangan di dalamnya. Sabda Nabi saw:

إِنَّمَا نَسَمَةُ الْمُؤْمِنِ طَائِرٌ فِي شَجَرِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَبْعَثَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَى جَسَدِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Sesungguhnya roh orang mukmin berterbangan di pohon Syurga sehingga Allah membangkitkannya ke dalam jasadnya pada hari Kiamat" (HR al-Nasa’ie, Ahmad dan Ibn Majah)

#Ketahuilah, sesungguhnya orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah swt lalu kedua kakinya berdebu kerananya, maka hal itu menjadi sebab dirinya dijauhkan dari api neraka. Apatah lagi jika dia mati syahid, maka pelbagai nikmat akan di rasainya. Sabda Nabi saw:

ما اغْبَرَّتْ قَدَمَا عَبْدٍ في سَبِيل الله فَتَمَسَّهُ النَّار

"Kedua-dua kaki seorang hamba yang berdebu di jalan Allah, tidak akan disentuh api neraka" (HR al-Bukhari)  

♡Ya Allah, kurniakanlah kepada kami mati syahid di jalanMu dan rezekikanlah kepada kami kematian yang terbaik. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Muharram 1446H☆

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" [Surah Fussilat 33]

#Para pendakwah mestilah merasakan pentingnya tugas dakwah dan tingginya nilai dakwah itu dengan menjadikan orang ramai sasaran untuk diselamatkan.

#Pendakwah mesti melihat logam-logam berharga di kalangan mereka yang belum Islam. Tidak jemu berusaha mengajak dan memberi penerangan sehingga akhirnya Allah membuka pintu hidayahnya dan mereka menjadi sebahagian daripada pejuang Islam yang unggul.

#Jom kita hayati kisah dibawah ini sebagai contoh untuk dijadikan teladan kepada semua pendakwah:

Selepas perjanjian Hudaibiyah, Sayidina al-Walid bin al-Walid, saudara kepada Sayidina Khalid bin al-Walid memeluk Islam.
Ketika Rasulullah saw datang ke Mekah untuk menyelesaikan umrah qadha’ baginda bertanya al-Walid: "Di manakah Khalid?"
Al-Walid menjawab: "Dia akan dibawa datang oleh Allah..."

Lalu Nabi saw bersabda: "Tidak patut orang sepertinya jahil tentang Islam! Kalaulah dia meletakkan ketangkasannya menewaskan musuh bersama kaum muslimin dalam menewaskan kaum musyrikin, pastinya itu lebih baik untuknya. Dan kami akan meletakkannya di hadapan memimpin yang lain".

Mendengar kata-kata Nabi saw itu, al-Walid segera mencari saudaranya Khalid, namun tidak bertemu. Dia meninggalkan sepucuk surat yang dituliskan: "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya aku tidak bertemu dengan sesuatu yang lebih aneh daripada hilangnya fikiranmu dari Islam. Aku tidak menemui seseorang yang akalnya lebih aneh daripada akalmu. Aku tidak menemui sesuatu yang lebih aneh daripada orang yang jahil tentang Islam! Sesungguhnya Rasulullah saw telah menanyaiku tentangmu. Baginda berkata: "Di manakah Khalid?" Tidak patut orang sepertinya jahil tentang Islam! Kalaulah dia meletakkan ketangkasannya menewaskan musuh bersama kaum muslimin dalam menewaskan kaum musyrikin, pastinya itu lebih baik untuknya. Dan kami akan meletakkannya di hadapan memimpin yang lain". Maka segeralah saudaraku, menangkap apa yang selama ini telah terlepas daripadamu! Sesungguhnya berapa banyak tempat-tempat yang baik telah luput daripadamu".

Surat saudaranya itu dibaca dengan gembira tidak terkata. Kata-kata Nabi saw benar-benar berkesan di jiwanya. Keinginannya memeluk Islam membuak-buak. Dia segera berangkat ke Madinah untuk menemui Rasulullah saw dan memeluk Islam. Kedatangan Khalid untuk memeluk Islam pada tahun ke 8 hijrah, 6 bulan sebelum pembukaan Mekah dan 2 bulan sebelum Perang Mu’tah bersama 2 orang rakannya Uthman bin Talhah dan Amru bin al-‘As disifatkan oleh Nabi saw dengan kata-kata: "Mekah telah membalingkan kamu dengan buah hati mereka!".

#Dengan kesungguhan dakwah dan memanfaatkan peluang yang ada, Nabi saw berjaya mengIslamkan Sayidina Khalid bin Al-Walid yang digelar "Saifullah al-Maslul" yang membawa maksud pedang Allah yang terhunus.

♡Ajaklah manusia agar beriman kepada Allah swt dengan penuh kesungguhan serta berdoalah kepadaNya agar mencampakkan hidayahNya kepada mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Muharram 1446H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan daripada Allah swt kepada hambaNya.
 
#Doa adalah pemohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepadaNya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekhusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepadaNya. Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Berdoa dengan bersungguh-sungguh akan peroleh kemakbulannya.

#Berkata 'Ali bin Abi Fuzarah:

"Dahulu ibuku seorang yang lumpuh selama 20 tahun. Satu hari dia berkata kepadaku: "Pergilah kamu kepada Imam Ahmad bin Hambal, minta dia berdoa kepada Allah untukku".

Aku pergi ke rumah Imam Ahmad bin Hambal. Aku mengetuk pintu rumahnya. Beliau berkata: "Siapa?" Jawabku: "Seorang lelaki dari sekian tempat. Ibuku, seorang wanita tua lagi lumpuh, meminta aku datang kepadamu agar kamu sudi berdoa kepada Allah untuk kesembuhannya. Tiba-tiba aku mendengar perkataan beliau, perkataan seorang lelaki yang dimarahi, beliau berkata: "Kami lebih berhajat supaya kamu berdoa untuk kami."

Akupun berlalu pergi. Tiba-tiba keluar seorang perempuan tua dari rumah beliau seraya berkata: "Kamu yang tadi bercakap dengan Abu Abdillah (Imam Ahmad bin Hambal?)." Aku menjawab: "Ya". Kata perempuan itu: "Aku tinggalkan beliau tadi, beliau sedang berdoa kepada Allah untuk ibumu".

Kata 'Ali bin Abi Fazarah: "Aku segera pulang ke rumah. Aku mengetuk pintu rumah, aku dapati ibuku bangun dari tempat duduknya membuka pintu rumah berjalan dengan kedua kakinya.

Kata ibuku: "Sesungguhnya Allah telah kurniakan kepadaku keafiatan (kesembuhan)" (Lihat: Siyar A'lam an-Nubalaa' dan Sifah as-Sofwah)

♡Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sentiasalah berdoa, merayu dan bertawakkal kepada Allah dan jangan berputus asa berdoa kepadaNya dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Muharram 1446H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]
 
#Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah swt menuntut hambaNya untuk berdoa kepadaNya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang Islam (Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur)

#Ramai daripada kalangan kita tidak mengetahui cara Allah swt menerima doa hamba-hambaNya sehingga mereka menyangka bahawa Allah swt tidak menerima doa mereka. Terdapat sebuah hadis yang membicarakan berkaitan hal ini:
 
#Daripada Sayidina Abi Said al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا

"Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kecelakaan" (HR Ahmad)

#Allah swt mengingatkan manusia jangan sesekali berputus asa mendapatkan rahmat dan keampunan daripada Allah swt. Pintu doa sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang memohon kepadaNya dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.

#Berkata Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah:

"Daku belajar bersabar sejak dari kecil. Suatu hari, ketika aku berjalan menuju ke masjid, aku dapati seorang ibu sedang memukul anak lelakinya kemarahan, anak itu menjerit menangis, lalu membuka pintu dan segera berlari keluar. Ibu yg dalam kemarahan segera menutup pintu rumahnya, marah dengan sikap anaknya.

Berkata Imam Fudhail lagi: "Ketika pulang dari masjid, aku melihat si anak tadi tertidur di hadapan pintu rumah, setelah letih menangis merayu kepada ibunya agar membuka pintu. Seorang ibu, sudah tentu berasa belas dengan anaknya, dengan segera membuka pintu rumah untuk anaknya.

Menangislah Imam Fudhail bin Iyadh sehingga basah janggutnya, seraya berkata:

"Maha Suci Allah, kalaulah seorang hamba mahu bersabar ketika mengetuk pintu kemustajaban dari Allah Yang Maha Mulia Dan Maha Agung, sudah tentu, pasti Allah akan membuka pintu kemustajaban untuknya".

#Berkata Sayidina Abu Darda' r.a: "Bersungguh-sungguhlah berdoa, sesungguhnya siapa yang banyak mengetuk pintu, sudah tentu tidak lama lagi pintu itu akan dibuka untuknya" (Musannaf Ibn Abi Syaibah)

♡Bersabarlah dalam mengetuk pintu doa seperti seorang anak mengetuk pintu hati ibunya. InsyaAllah, sampai ketikanya dan sesuai dengan kehendakNya maka kita akan beroleh apa yang kita munajatkan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Muharram 1446H☆

وَٱلۡعَصۡرِ * إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِی خُسۡرٍ

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian" [Surah al-ʿAṣr 1-2]

#Seluruh kehidupan manusia sebenarnya berkait dengan masa. Jika seseorang itu mengabaikan masa pastinya akan mengakibatkan kerugian besar dalam kehidupannya. Malah, jika berkaitan ibadah ia akan memberi implikasi besar kepada kualiti ibadah yang ditunaikan. Sesuatu amalan yang tidak dilaksanakan pada masa yang ditetapkan akan dikira tidak sah dan menyebabkan dosa. Begitu juga dalam amalan kehidupan seharian. Sekiranya sesuatu pekerjaan dilakukan tidak mengikut masa yang ditetapkan akan menyebabkan banyak masalah berlaku.

#Masa sangat berharga bagi setiap orang. Rugilah bagi sesiapa yang membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu yang bermanfaat dan amal soleh.

#Disebabkan tidak menghargai masa, ramai yang lalai dalam mentaati Allah swt, meninggalkan solat di waktu muda dan leka dengan tipu daya dunia. Sedarnya bila sudah tua dan berusia. Mulalah insaf dan merasakan masa yang berbaki tidak mencukupi untuk beramal dan menyiapkan bekalan akhirat.

#Berkata seorang ulamak besar, Imam Fudhail Iyadh:

فقال الفضيل: مَن عرف أنَّهُ عبد لله، وأنَّه راجعٌ إليه، فليعلم أنهُ موقوفٌ ومسؤولٌ، فليعدَّ للسؤالِ جوابًا، فقال الرجلُ: ما الحيلةُ؟ فقال الفضيل: يسيرة، تُحسنُ في ما بقيَ، يُغفر لك ما مضى، فإنَّكَ إن أسأتَ فيما بقيَ، أُخذتَ بما مضى وما بقي

Imam Fudhail bin Iyadh pernah berkata: "Sesiapa yang sedar bahawa dia hamba Allah dan akan kembali kepadaNya, maka sedarlah juga bahawa dia akan dihadapkan dan dipersoalkan. Maka bersedialah untuk menjawab soalan".

Seseorang bertanya: "Ada helah tak?"

Beliau menjawab: "Mudah saja! Buatlah yang terbaik dengan masa yang ada, pasti masa lalumu akan dimaafkan. Namun jika engkau buat buruk dengan masa yang ada, pasti engkau akan dihukum tentang masa lalu dan masa yang ada!" (Hilyah al-Awliya’)

♡Buat yang terbaik dengan masa yang ada! Selamat beramal dan memanfaatkan masa dengan sebaiknya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Muharram 1446H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" [Surah al-Ma’idah 90]

#Arak itu haram hukumnya berdasarkan nas yang jelas daripada al-Quran dan Allah swt memerintahkan kita untuk menjauhinya. Setiap perkara yang terkait dengan arak juga haram dan hanya mendorong kepada kemurkaan dan laknat daripada Allah swt.

#Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw telah melaknat 10 golongan kerana arak:

عَاصَرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالْمَحْمُولَةِ إِلَيْهِ، وَسَاقِيهَا، وَبَائِعِهَا، وَآكِلُ ثَمَنِهَا، وَالْمُشْتَرِي لَهَا، وَالْمُشْتَرَى لَهُ

"Orang yang memerahnya, orang yang meminta diperahkannya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakannya, orang yang memberi minumnya, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, pembelinya, dan orang yang dibelikan untuknya" (HR at-Tirmizi dan Ibn Majah)

#Setiap muslim diwajibkan untuk menjauhi arak kerana di dalamnya terdapat kerosakan yang lebih besar daripada manfaatnya. Selain itu juga, menjadi kewajiban untuk menjauhi segala hal yang terkait dengannya, seperti proses pembuatan, pengiriman, tajaan dan segala aspek yang berhubungan dengan arak.

#Jika ada penajaan Syarikat Arak terhadap aktiviti sukan atau pendidikan atau apa sahaja maka wajib ditolak.

#Jabatan Mufti Pulau Pinang pernah mengeluarkan pandangan hukum syara' mengenai SUKOM yang ditaja oleh syarikat Carlsberg (12 Okt 2015) seperti berikut:

AJK Syariah memandang berat di atas penajaan daripada syarikat Carlsberg kerana syarikat ini adalah syarikat yang mengandungi unsur arak, dimana unsur arak tidak pernah menjadi alat pemangkin kepada membangun kesihatan badan manusia malah sebaliknya ia menjadi ibu segala maksiat apatah lagi ianya adalah haram mengikut ajaran Islam dan harta yang diperolehi daripada hasil arak ini bagi orang Islam tidak dianggap sebagai "harta Mutakawam". Oleh itu penajaan Carlsberg patut ditolak oleh SUKOM.

#Begitu juga, pemakaian baju yang mempunyai lambang atau logo syarikat arak atau judi adalah haram dan dilarang. Ini kerana, tujuan utama mempamerkan jenama atau logo syarikat arak dan judi di pakaian-pakaian adalah tidak lain bertujuan untuk mempromosikan kepada masyarakat tentang kewujudan mereka (syarikat arak dan judi) seterusnya menjadi satu galakan kepada masyarakat untuk membeli dan mencubanya. Pemakaian baju seperti ini sudah pasti akan mendatangkan keuntungan kepada syarikat judi dan arak tersebut.

#Mempromosikan arak dan judi juga adalah suatu perbuatan yang haram dan dilarang di dalam Islam. Jika tujuan pemakaian adalah sebagai satu promosi maka ianya dikira sebagai menolong kepada yang haram. Namun demikian, sekiranya pemakaian tidak bertujuan sedemikian, maka dia juga dikira sebagai mempromosikan perkara-perkara haram tanpa dia sedari. Maka ia tetap haram.

#Bahkan jika seorang pemandu lori menghantar gas yang akan digunakan untuk proses pembuatan arak, maka ianya juga dilarang dan dia tidak boleh menghantar gas tersebut ke perusahaan tersebut. 

♡Ketahuilah, segala apa yang bersangkutan dengan arak adalah haram dan dilarang. Penajaan syarikat arak untuk bidang pendidikan juga haram dan wajib dihalang serta dijauhi. Semoga penjelasan ini, membuka minda dan memberi kefahaman kepada kita semua untuk terus hidup dalam kerangka syariat Islam yang sebenar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Muharram 1446H☆

لَّا یُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوۤءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِیعًا عَلِیمًا

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nisāʾ 148]

#Doa orang yang dizalimi dibenarkan syarak. Doa orang yang teraniaya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa sahaja doa yang mereka panjatkan sama ada bermaksud baik atau sebaliknya akan dimakbulkan.

#Berkata Imam Ibn Kathir rahimahullah ketika menceritakan kisah fitnah Khalq al-Quran (mengatakan al-Quran makhluk, bukan kalam Allah):

"Datang seorang lelaki kepada Imam Ahmad sambil mengesat air matanya dengan hujung baju, seraya berkata:

"Berat untuk aku nyatakan kepadamu wahai Abu 'Abdillah (gelaran Imam Ahmad), bahawa al-Ma'mun (khalifah ketika itu) telah mengeluarkan pedang yang belum pernah dikeluarkannya sebelum ini, dia telah menghamparkan Nat'an (hamparan tempat dijatuhkan hukuman mati) yang belum pernah dihamparkannya sebelum ini. Dia juga bersumpah hubungan kerabatnya dengan Nabi saw, jika engkau tidak menerima pandangan Khalq al-Quran (mengatakan Quran itu makhluk), pasti dia membunuh engkau dengan pedangnya itu".

Tiba-tiba Imam Ahmad melutut dan memandang ke arah langit seraya berdoa:

سيدي غر حلمك هذا الفاجر حتى يتجبر على أوليائك بالضرب والقتل، اللهم فإن يكن القرآن كلامك غير مخلوق فاكفنا مؤنته

"Tuhanku, telah melimpah kelembutanMu ke atas penjahat ini (al-Ma'mun), sehingga dia bertindak angkuh ke atas orang ramai, memukul dan membunuh mereka. Ya Allah, jika al-Quran itu benar-benar kalamMu, bukan makhluk lindungi kami dari kejahatannya"

Pada malam hari, ada suara yang berteriakan memberitahu kematian al-Ma'mun pada 1/3 akhir malam tersebut. (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)

#Hayati 2 firman Allah swt ini:

وَٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَابَهُمُ ٱلۡبَغۡیُ هُمۡ یَنتَصِرُونَ

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas)" [Surah Ash-Shūrā 39]

وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا عَلَیۡهِم مِّن سَبِیلٍ

"Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka" [Surah Ash-Shūrā 41]

#Sebenarnya, bukan sekadar doa agar dibinasakan orang yang zalim dibenarkan, dalam 2 ayat diatas menunjukkan agama membenarkan kita membalas kejahatan yang dilakukan terhadap kita dengan balasan setimpal. Dan mereka tidak dipikulkan sebarang dosa, kerana agama izinkan orang yang dizalimi untuk membela dirinya. Sekalipun demikian, jika orang yang dizalimi itu memberi kemaafan, maka itulah yang lebih baik.

♡Ingatlah, doa dan aduan orang yang teraniaya kepada Tuhannya termasuk dalam golongan doa yang pasti dikabulkan Allah. Maka, apa sahaja aduan yang mereka sampaikan dalam munajat mereka kepada Allah sama ada bermaksud baik atau kebinasaan akan dimakbulkan. Berwasapadalah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Muharram 1446H☆

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا * وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil" [Surah al-Isra’ 23-24]

#Makna ayat di atas adalah Allah memerintahkan untuk berbuat baik kepada kedua orang tua dan juga Allah memerintahkan agar kita berbuat baik dan berbakti kepada kedua orang tua kita.

#Perintah untuk berbakti kepada kedua orang tua kerana kasih sayang, pemberian serta pengorbanan mereka yang sangat besar dalam mendidik dan menjaga anak mereka hingga dewasa. Hal itu merupakan sebuah kesetiaan dan harga diri untuk membalas kebaikan dan jasa mereka, iaitu dengan bersikap baik dan berakhlak terpuji kepada mereka. Atau dengan memberi apa yang mereka perlukan jika si anak dalam keadaan berkemampuan. Oleh kerana itu, Allah swt menjelaskan beberapa bentuk kebaikan untuk kedua orang tua. (Lihat: Tafsir al-Munir)

#Ingat!! Jangan sesekali membantah kedua ibu bapa walau sekiranya kita benar sekalipun!

#Berbakti bukan sekadar satu kucupan di kepala ibu atau ayah atau di tangan kedua-duanya atau di tapak kaki mereka, dan jangan menyangka bahawa seseorang itu telah mencapai kemuncak keredhaan mereka dengan sekadar kucupan itu.

#Bakti yang sebenarnya ialah seorang anak itu:

1. Dapat menghidu apa yang terselit dalam hati ibu dan ayahnya, kemudian di laksanakannya tanpa menunggu mereka menyuruhnya.

2. Mengetahui apa yang membahagiakan keduanya, lalu segera lakukan. 

3. Memahami apa yang menyakitkan mereka, lalu berusaha supaya tidak akan melakukan perkara tersebut selama-lamanya.

4. Kadang-kadang dapat rasa ada sesuatu yang diingini oleh mereka, lalu segera menghadirkannya walaupun hanya secawan teh.

5. Sangat mengambil berat tentang kerehatan mereka walaupun terpaksa mengetepikan kesenangan kita.

6. Memastikan cukup kerehatan mereka berdua. Jangan biarkan mereka bersusah payah untuk kesenangan kita. Cukuplah kesusahan yang telah dicurahkan sejak melahirkan kita sehingga kita mencapai usia sekarang.

7. Sentiasa membuatkan mereka gembira, tertawa dan ceria.

8. Curahkan ke atas keduanya daripada harta kita walaupun mereka memiliki berjuta-juta, tanpa kita fikirkan apa yang ada dalam miliknya, tanpa kita fikirkan sama ada mereka berhajat atau tidak. Sesungguhnya apa yang kita telah capai sekarang semuanya hasil jerit perih mereka berdua, berjaga malamnya, kepenatannya yang telah dialaminya sepanjang menjaga kita.

♡Semoga Allah rahmati kedua ibubapa kita. Semoga Allah berkati umur mereka yang masih hidup bersama kita dan ampuni mereka yang sudah tiada. Rebutlah peluang keemasan untuk menggapai keredhaan dan Syurga dengan bakti kepada mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Muharram 1446H☆

وَلَنُسۡكِنَنَّكُمُ ٱلۡأَرۡضَ مِنۢ بَعۡدِهِمۡۚ ذَ ٰ⁠لِكَ لِمَنۡ خَافَ مَقَامِی وَخَافَ وَعِیدِ

"Dan demi sesungguhnya! kami akan tempatkan kamu di negeri itu sesudah binasanya kaum yang zalim itu; balasan baik yang demikian, adalah bagi orang-orang yang takut akan sikap keadilanKu (menghitung amalnya), dan takut akan janji-janji azabKu" [Surah Ibrāhīm 14]

#Rasa takut yang memotivasikan hamba untuk mengamalkan ketaatan kepada Allah swt adalah suatu yang perlu ada dalam diri seorang hamba.

#Seseorang hamba itu wajib takut kepada Allah swt, sebab dia akan berdiri di hadapan Allah swt di akhirat kelak. Dia juga perlu tahu kedudukan Allah swt yang begitu tinggi dan berkuasa serta dahsyatnya azab Allah serta ancamanNya kepada sesiapa yang menderhaka padaNya.

#Lihat bagaimana Rasulullah saw mendidik para sahabatnya untuk takut kepada Allah swt melalui khutbah-khutbah baginda. 

#Diriwayatkan daripada Sayidina Anas r.a, Rasulullah saw berkhutbah, tidak pernah aku mendengar suatu khutbah pun yang semacam itu kerana amat menakutkan. Baginda saw bersabda: "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, kalian pasti akan sedikit ketawa dan banyak menangis".
Sayidina Anas berkata: "Maka para sahabat Rasulullah saw menutupi muka mereka lalu menangis teresak-esak" (Muttafaq ‘alaih)

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a adalah salah seorang di antara sahabat utama baginda Nabi saw dan dia seorang yang paling mulia di antara umat ini setelah Nabi saw dan Nabi sendiri mengatakan di dalam sabdanya: "Abu Bakar di syurga…" (HR at-Tirmizi)

#Nabi saw menyebutkan kemuliaan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dalam hadis di atas. Bagaimana sikap Sayidina Abu Bakar? Apakah setelah mendapatkan khabar gembira dia dijamin masuk syurga, Sayidina Abu Bakar akan terus santai-santai sahaja dengan ibadah kepada Allah swt?. Tidak sama sekali, Sayidina Abu Bakar seorang yang sangat dekat hubungannya dengan Allah swt sehingga terdengar suara tangisannya ketika beliau solat dan sangat terkehadapan dari yang lain dalam amalannya. 

#Sayidina Abu Bakar r.a semakin takut dan bertakwa kepada Allah swt sehingga melayakkannya menjadi pendamping kesayangan Rasulullah swt di dunia dan di akhirat.

#Itulah balasan baik bagi mereka yang takut untuk berdiri di hadapan Allah swt nanti. Mereka takut disoal dengan amalan-amalan yang salah semasa mereka di dunia, kerana itu mereka berbuat baik semasa di dunia. Maka mereka dibalas dengan syurgaNya yang teristimewa.

وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ

"Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga" [Surah ar-Rahman 46]

♡Takut kepada Allah sangatlah penting kerana jika tidak ada rasa takut kepada Allah swt dan ancamanNya, maka manusia senang hati sahaja untuk buat apa-apa dosa dan kederhakaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1446H☆

وَذَرِ الَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا دِيْنَهُمْ لَعِبًا وَّلَهْوًا وَّغَرَّتْهُمُ الْحَيٰوةُ الدُّنْيَا وَذَكِّرْ بِهٖٓ اَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌۢ بِمَا كَسَبَتْۖ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ وَلِيٌّ وَّلَا شَفِيْعٌ ۚوَاِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَاۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ اُبْسِلُوْا بِمَا كَسَبُوْا لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيْمٍ وَّعَذَابٌ اَلِيْمٌ ۢبِمَا كَانُوْا يَكْفُرُوْنَ.

"Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurauan, (sebenarnya) mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran agar diri masing-masing tidak terjerumus (ke dalam neraka), disebabkan apa yang telah diusahakan. Tidak ada baginya pelindung dan tidak ada pemberi syafaat (pertolongan) selain Allah. Dan jika dia hendak menebus dirinya dengan segala macam tebusan apa pun, (pasti) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan oleh Allah (dihumban ke dalam neraka), disebabkan apa yang diusahakan oleh mereka (sendiri). Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab yang pedih kerana mereka kufur (ketika hidupnya)" [Surah al-An’aam 70]

#Allah swt memberi amaran dan ancaman azab yang dahsyat terhadap sesiapa yang mempersendakan agama, menjadikan agama sebagai main-main dan sekadar hiburan dengan azab yang pedih di akhirat kelak.

#Bahkan tiada sebarang pengampunan, tebusan dan syafaat kepada mereka (jika mereka tidak bertaubat dengan sebenar-benar taubat). Besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mempermainkan ajaran Islam.

#Perbuatan mempersendakan agama sama ada dengan perkataan, perbuatan atau lainnya adalah suatu kesalahan yang amat besar di sisi Allah dan di sisi umat Islam. Perbuatan memperlekehkan pemakaian Islam yang menutup aurat, mempersendakan Sunnah Rasulullah saw, memperkecilkan dan mempertikaikan hukum Allah dan menghina para ulamak pewaris Nabi adalah sebahagian daripada perbuatan mempersendakan agama yang berlaku mutakhir ini.

#Perbuatan seumpama ini bukan sahaja mengundang kemarahan orang yang beriman, bahkan lebih besar lagi mengakibatkan kemurkaan Allah swt yang boleh mengakibatkan pembalasan segera jika tidak dibendung.

#Jangan sesekali meremehkan dosa dan maksiat. Jangan berolok-olok dengan dosa. Jangan jadikan agama sekadar mainan dan hiburan. Rasa nak solat, solat. Rasa malas solat, tak solat. Rasa nak puasa, buat. Rasa malas puasa, tak puasa. Rasa nak tutup aurat, maka berpakaian sopan dan menutup aurat. Rasa nak tayang body maka dilondehnya semua pakaian tanpa rasa bersalah. Hal ini kerana mereka anggap agama sekadar mainan dan ikut apa yang mereka rasa.

#Ingatlah bahawa Allah mengancam azab ngeri kepada sesiapa yang menolak kebenaran dan bersikap lepas tangan dalam memenuhi tuntutan syarak. Firman Allah swt:

كَلَّاۤۖ إِنَّهَا لَظَىٰ * نَزَّاعَةࣰ لِّلشَّوَىٰ * تَدۡعُوا۟ مَنۡ أَدۡبَرَ وَتَوَلَّىٰ * وَجَمَعَ فَأَوۡعَىٰۤ

"Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya. (Membakar) serta menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran). Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya)" [Surah al-Maarij 15–18]

♡Jangan pandang ringan dan remeh akan kemurkaan Allah swt. Lihatlah kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, kaum Nabi Soleh, kaum Nabi Hud dan kaum Firaun. Di mana mereka? Sudah musnah, tenggelam dan lenyap dibadai kemurkaan Allah swt. Sekarang, hanya tinggal cerita sahaja. Maka, bila lagi manusia yang ingkar, yang mempermainkan agama, yang mempersenda agama mahu beriman dan kembali bertaubat padanya? Ingatlah bahawa kemurkaan Allah bakal melenyapkan kita dan menghancurkan masa depan akhirat kita. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET BARU MASJID KARIAH KG BAGAN, NAKA, PADANG TERAP, KEDAH*

Klik dan sumbang :
https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-MASJID-KG-BAGAN

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekalian.

Masjid Kariah Kg Bagan asalnya merupakan sebuah surau yang digunakan penduduk untuk menunaikan solat berjemaah dan pengajian ilmu.

*Pada Mei 2023, pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah menaik taraf Surau Kg Bagan ini kepada TARAF MASJID memandangkan pertambahan penduduk dan telah diisytiharkan sebagai kariah yang baru dengan menjadikan surau Kg Bagan sebagai Masjid Kariah Kg Bagan, Naka dan mula didirikan solat Jumaat.* Alhamdulillah segala puji bagi Allah..

Maka dengan ini pihak masjid sedang mengubahsuaikan keadaan masjid agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah terutama ketika menunaikan solat Jumaat khususnya, disamping solat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama.

*Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk keselesaan para jemaah ialah menukar karpet lama yang agak kurang selesa*. Maka karpet lama tersebut perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif.

*KOS YANG DIPERLUKAN RM16,800*

Pihak pengurusan masjid memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf karpet bagi membantu pemasangan karpet baru untuk keselesaan para jemaah.

*Bersempena berada dihari yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan waqaf karpet Masjid Kariah Kg Bagan seluas 60 x 20 kaki persegi (1200 kaki persegi)*

Jom kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan karpet baru agar lebih selesa untuk kegunaan para ahli jemaah masjid tersebut.

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

*Wakaf karpet ruang solat mampu mengalirkan pahala pada sesiapa yang berniat untuk kebajikan, yakni hanya kerana mencari keredhaan Allah. InsyaAllah setiap hari dan setiap waktu para jemaah akan menggunakan karpet yang kita wakafkan ini.. Pahala terus mengalir dalam akaun kita setiap hari meskipun kita berada jauh ratusan kilometer dari masjid tersebut. Allahuakbar!!*
============
*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-KARPET-MASJID-KG-BAGAN

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Karpet Masjid Kg Bagan

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKarpetMasjidKgBagan

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqaKarpetMasjidKgBagan

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKarpetMasjidKgBagan

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKarpetMasjidKgBagan

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Safar 1446H☆

وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا

"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]

#Ayat ini menunjukkan keutamaan ilmu dan keagungannya. Ilmu memiliki kedudukan yang mulia dalam agama Islam. Ilmu merupakan cahaya yang menerangi seseorang dalam menjalani kehidupan didunia ini. Dengan ilmu, seseorang menjadi jelas dalam mengikuti jalan kebenaran yang menghantarkannya ke syurga Allah swt.

#Bahkan dengan ilmu, akan menjadi jelas jalan-jalan kesesatan yang sepatutnya seseorang itu hindari. Seseorang dapat meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat juga kerana ilmu. Dan peribadatan kepada Allah swt tidak akan diterima, kecuali dengan ilmu. Disebabkan itulah Allah swt menuntut kita semua mendahulukan ilmu sebelum beramal.

#Berkata Imam as-Syafie rahimahullah:

تَعَلَّم فَلَيسَ المَرءُ يُولَدُ عَالِمًا وَلَيسَ أَخُو عِلمٍ كَمَن هُوَ جَاهِلُ

"Belajarlah, kerana tidak ada orang yang terlahir pintar dan tidaklah orang yang berilmu itu sama dengan orang yang jahil.

وَمَن لَم يَذُق مُرَّ التَّعَلُّمِ سَاعَةً تَجَرَّعَ ذُلَّ الجَهلِ طُولَ حَيَاتِهِ

"Barangsiapa tidak pernah merasakan pahitnya belajar walau sesaat nescaya dia (akan menyesal) meneguk hinanya kebodohan sepanjang hayatnya".

#Untuk menguasai ilmu secara mendalam maka diperlukan kesabaran dalam menuntutnya. Berkata sebahagian salaf:

من لم يصبر على ذل التعليم بقي عمره في عماية الجهل، ومن صبر عليه آل أمره إلى عز الآخرة والدنيا

"Sesiapa yang tidak sabar dalam kepayahan menuntut ilmu maka dia akan terus hidup dalam sisa kehidupannya dalam buta kejahilan, namun sesiapa yang bersabar padanya maka baginya kemuliaan sepanjang umurnya sama ada di dunia dan akhirat" (Lihat: at-Tibyan fi Adab Hamlatul Quran)

#Selain menuntut ilmu, ilmu yang dipelajari itu tidak akan bermanfaat jika seseorang tidak mengamalkannya. Tujuan mempelajari ilmu bukan sekadar pengetahuan dan wawasan sahaja, yang utamanya ialah melakukan amal soleh.

#Berkata Yusuf bin Asbat rahimahullah:

يقول يُوسُفَ بْنَ أَسْبَاطٍ: بَلَغَنِي أَنَّ الْخِضَرَ عَلَيْهِ السَّلامُ قَالَ لِمُوسَى عَلَيْهِ السَّلامُ لَمَّا أَرَادَ أَنْ يُفَارِقَهُ: يَا مُوسَى! تَعَلَّمِ الْعِلْمَ لِتَعْمَلَ بِهِ، وَلا تَعَلَّمْهُ لِتُحَدِّثَ بِهِ

"Telah diceritakan bahawa saat Nabi Khidir Alaihissalam ingin berpisah dengan Nabi Musa Alaihissalam, beliau telah berkata:" Wahai Musa! Tuntutlah ilmu dengan tujuan untuk engkau amalkannya, bukan engkau belajar untuk sekadar engkau bercakap tentangnya" (Lihat: al-Mujalasah wa Jawahir al-Ilm)

#Daripada Muhammad bin al-Nadr berkata:

عن محمّد بن النّضر قال:"أوّلُ العِلْمِ الاِسْتِمَاعُ، ثُمَّ الإِنْصاَتُ، ثُمَّ حِفْظُهُ، ثُمَّ العَمَلُ بِهِ، ثُمَّ بَثُّهُ

" Peringkat pertama ilmu ialah engkau mendengarnya, kemudian engkau menghayatinya, kemudian engkau menghafalnya, kemudian engkau beramal dengannya dan akhir sekali engkau menyampaikannya" (Lihat: Sir A'lam an-Nubala')

#Kita diperintahkan untuk meminta jalan yang lurus dan berlindung dari 2 penyimpangan terhadap ilmu:
1. Pertama: Beramal tanpa ilmu. 
2. Kedua: Berilmu, namun tidak beramal.

#Barangsiapa yang berilmu namun tidak beramal, maka mereka adalah yang dimurkai, berhak mendapat murka Allah swt disebabkan oleh kelalaian mereka dalam mewujudkan tujuan menuntut ilmu, iaitu amal soleh. Dan barangsiapa yang beramal tanpa ilmu, maka mereka adalah orang yang tersesat dari jalan Allah swt dan jalan yang lurus" (Lihat: Tsamaraatul ‘Ilmi Al-‘Amalu)

♡Seseorang tidak dapat menegakkan agama kecuali dengan ilmu dan amal soleh. Bahkan kita dimasukkan ke dalam syurga bukan sekadar kerana ilmu yang kita ketahui, tetapi kerana iman dan amal soleh yang kita kerjakan. Ya Allah, kurniakan kami ilmu yang bermanfaat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Safar 1446H☆

وَیۡلࣱ لِّكُلِّ هُمَزَةࣲ لُّمَزَةٍ

"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" [Surah al-Humazah 1]

#Sebagai seorang muslim, perlulah bersifat dengan segala sifat-sifat yang diajarkan oleh Allah swt dan Nabi saw iaitu jagalah lidah daripada mencaci dan mencela.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw:
 
وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (HR al-Bukhari)

#Berkata Khalifah Umar bin Abdul Aziz rahimahullah:

"Aku bertemu dengan beberapa Salaf (orang-orang terdahulu yang soleh), mereka tidak melihat ibadah itu (semata-mata) pada puasa dan solat. Akan tetapi juga pada menahan dari menceroboh maruah manusia. Orang yang bangun malam (beribadah), berpuasa pada siang hari, jika dia tidak menjaga lidahnya dia akan muflis di akhirat kelak".

#Nabi saw juga mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir.

#Sabda Nabi saw:

لاَ يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالفُسُوقِ، وَلاَ يَرْمِيهِ بِالكُفْرِ، إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ، إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

"Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasiqan dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu" (HR al-Bukhari)

#Juga sabdanya lagi:
 
وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ، أَوْ قَالَ: عَدُوُّ اللهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ

"Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan kafir atau dengan berkata wahai musuh Allah sedangkan tidak sedemikian melainkan perkataan tersebut akan kembali kepadanya" (HR Muslim)

♡Jagalah lidah daripada memperkatakan sesuatu yang buruk dan keji. Berkatalah sesuatu yang baik yang mendatangkan manfaat serta pahala♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Muharram 1446H☆

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةࣱ فَأَصۡلِحُوا۟ بَیۡنَ أَخَوَیۡكُمۡۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat" [Surah al-Ḥujurāt 10]

#Umat Islam adalah bersaudara. Persaudaraan ini didasari oleh ikatan tauhid yang tidak boleh dinafikan kekuatannya sekiranya ia benar-benar diperakui oleh hati yang yakin terhadap kekuasaan dan keesaan Allah swt.

#Hubungan yang paling dekat ialah hubungan kekeluargaan. Saudara yang paling dekat ialah saudara kandung. Islam sangat menegaskan kepentingan menjaga silaturahim bukan sahaja sesama manusia malah yang paling utama ialah sesama ahli keluarga.

#Diceritakan al-Hajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 orang penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik sahaja ketiga-tiga penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, al-Hajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak.

Kata al-Hajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari". Wanita itu pun dibawa ke hadapan al-Hajjaj. Kata al-Hajjaj: "Apa yang menyebabkan kamu menangis?" Jawab wanita itu: "Mereka bertiga yang engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorangnya adalah suamiku, seorang lagi saudara kandungku dan seorang lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?".

Simpati dengan wanita tersebut, al-Hajjaj bersetuju untuk memberi kemaafan kepada salah seorang dari mereka bertiga yang lebih disayangi olehnya.

Kata al-Hajjaj: "Pilihlah mana-mana salah seorang dari mereka bertiga untuk diberikan kemaafan". Al-Hajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kepada wanita tersebut, siapakah yang akan dipilihnya untuk mendapat keampunan dan bebas dari hukuman pancung?

Tiba-tiba wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: "AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU".

Terperanjat al-Hajjaj. Dengan segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?.

Jawab wanita itu dengan bijaksana: "Adapun suami itu masih ada iaitu suami boleh sahaja diperolehi dengan mengahwini lelaki yang lain.
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. Manakala saudara kandung adalah suatu yang tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil untuk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku".

Al-Hajjaj berasa kagum dengan wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga-tiga pesalah.

♡Pengajaran yang boleh kita ambil ialah, saudara kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai saudara kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dengan mereka kerana ketiadaan mereka tiada gantinya lagi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullahl

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Muharram 1446H☆

وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن يُقْتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمْوَٰتٌۢ ۚ بَلْ أَحْيَآءٌۭ وَلَـٰكِن لَّا تَشْعُرُونَ

"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu: orang-orang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya" [Surah al-Baqarah 154]

#Sambung bicara tentang mati syahid. Orang yang mati syahid akan datang pada hari kiamat dalam keadaan sebagaimana dia meninggal dunia iaitu dipenuhi darah akibat terluka di medan jihad dalam keadaan wangi semerbak. Ini menunjukkan bahawa darah orang yang mati syahid cukup mulia di sisi Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُكْلَمُ أَحَدٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَنْ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ القِيَامَةِ، وَاللَّوْنُ لَوْنُ الدَّمِ، وَالرِّيحُ رِيحُ المِسْكِ

"Demi Zat yang jiwaku berada di tanganNya, tiada seorang pun yang tercedera ketika berjihad di jalan Allah dan Allah lebih tahu siapa yang tercedera di jalanNya melainkan dia akan datang pada hari kiamat dan warnanya (luka) warna darah sedangkan baunya ialah bau kasturi" (HR al-Bukhari)

#Di antara kelebihan lain yang Allah berikan kepada orang mati syahid ialah mereka tidak merasai kesakitan dibunuh. Sabda Nabi saw:

مَا يَجِدُ الشَّهِيدُ مِنْ مَسِّ الْقَتْلِ، إِلَّا كَمَا يَجِدُ أَحَدُكُمْ مَسِّ الْقَرْصَةِ

"Seseorang yang mati syahid tidak mendapati rasa sakit dibunuh melainkan sepertimana seseorang daripada kamu merasai rasa Qarsah" (HR Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaie, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Baihaqi. Sahih)

#Qarsah bermaksud seperti mencubit seseorang. Ini juga pendapat yang disebutkan oleh al-'Aquli. Dikatakan juga ia adalah seperti gigitan semut sahaja seperti yang dinyatakan oleh Ibn 'Allan dalam Dalil al-Falihin.

#Imam Ibnul Qayyim dalam Igathah al-Lahafan menyatakan bahawa para syuhada' hanya merasai kesakitan al-Qarsah sahaja. Bahkan mati syahid ini bukanlah lebih dahsyat dan sakit dari mati atas katil, bahkan mati syahid adalah antara kematian yang paling dimudahkan, serta ia merupakan yang paling mulia dan afdhal.

#Imam al-Munawi dalam Faidhul Qadir menyatakan: "Kematian ke atas para syuhada' dimudahkan dan ini merupakan kegembiraan buat mereka dan menyebabkan mereka bersabar dalam berperang dan menghadapi musuh.

♡Inilah keistimewaan yang diperolehi oleh mereka yang syahid terbunuh dalam jihad fisabilillah. Besar kelebihan yang Allah berikan kepada mereka. Moga kita salah seorang yang terpilih untuk mati syahid. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Muharram 1446H☆

ٱلۡأَخِلَّاۤءُ یَوۡمَىِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِینَ

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh)" [Surah az-Zukhruf 67]

#Mencari seorang sahabat baik bukanlah mudah. Seorang sahabat baik, bukan sahaja bersama kita di kala gembira, namun dia sentiasa ada di sisi sama ada ketika suka, duka, susah mahupun senang. Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah swt.

#Seorang lelaki berkata kepada al-Junaid (ahli sufi terkenal hidup dalam kurun ke 3 hijrah di Baghdad):

"Sesungguhnya sukar sekali mencari ikhwan (saudara sejati) di zaman ini. Di manakah akan ku temui saudaraku fillah?". Al-Junaid enggan menjawab sehinggalah lelaki itu mengulangi soalan yang sama sebanyak tiga kali. Setelah lelaki itu mengulang-ulangi soalan yang sama, barulah al-Junaid menjawab:

"Sekiranya engkau mencari saudara untuk mencukupkan keperluan hidupmu dan turut menanggung kesulitan yang kamu hadapi, maka demi umurku, saudara seperti itu amat sedikit. Jika engkau mencari saudara fillah yang engkau akan tanggung perbelanjaannya dan sabar menghadapi kerenahnya, maka seperti itu ramai. Aku akan perkenalkan mereka kepadamu".

Mendengar jawapan itu, lelaki itu diam membisu. Lantas al-Junaid menyambung: "Ketahuilah bahawa manusia terdiri dari tiga golongan:

1. Orang yang engkau dapat manfaat dengan bersahabat dengannya.

2. Orang yang engkau memberi manfaat kepadanya tetapi dia tidak memudaratkanmu, cuma engkau tidak mendapat manfaat daripadanya.

3. Orang yang engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, sebaliknya dia memudaratkanmu. Ini adalah manusia yang bodoh atau berperangai buruk. Engkau hendaklah menjauhkan diri darinya.

Adapun golongan kedua, jangan engkau jauhkan diri darinya kerana engkau akan mendapat manfaat daripadanya di akhirat kelak dengan syafaatnya, doanya dan pahala engkau menolongnya selama ini.

Ada orang berkata: "Aku berkawan dengan sebahagian manusia selama 50 tahun. Tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan antara aku dengan mereka. Ketika aku bersama mereka, aku menanggung keperluan mereka". Jadi, sesiapa yang begitu sifatnya, ramailah saudara-saudaranya" (Lihat: Al-Mustakhlas fi Tazkiatin-Nafs, Sa’eid Hawwa)

♡Mencari sahabat janganlah berdasarkan kepentingan sementara seperti maslahat di dunia, tetapi carilah demi kemaslahatan bersama yang abadi iaitu maslahat dan manfaat di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*Terkini Kutipan Tabung Jumaat Geng Talaqqi*

▶️ Kutipan Karpet dan P.A System Surau Kg Budi, Kuala Krai

Jumlah terkumpul: *RM5735.25*

*Diperlukan lagi: RM9264.75*

Jazakumullahu khairan kathira.. Moga murah rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin*
------------
*TERUSKAN MENYUMBANG DAN BANTU SEBARKAN INFO INI:*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/NAIK-TARAF-SURAU-KG-BUDI

Ust Naim
Presiden Geng Talaqqi
0196023803

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Muharram 1446H☆

وَیۡلࣱ لِّلۡمُطَفِّفِینَ * ٱلَّذِینَ إِذَا ٱكۡتَالُوا۟ عَلَى ٱلنَّاسِ یَسۡتَوۡفُونَ * وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ یُخۡسِرُونَ

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi" [Surah Al-Muṭaffifīn 1-3]

#Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.

#Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah swt telah menemplak peniaga yang berbuat demikian sebagaimana disebut dalam ayat diatas.

#Berkata mantan Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor: "Neraka wail menanti individu menipu urusan jual beli, termasuk di bazar Ramadan" (Lihat: Harian Metro, 22 Mac 2024)

#Imam Fudhail bin 'Iyadh rahimahullah pernah melihat salah seorang anaknya sedang menyapu piring penimbang (barang jualannya) dengan hujung bajunya.

Tanya Imam Fudhail bin 'Iyadh: "Mengapa kamu lakukan sedemikian?" Jawab anaknya: "Agar aku tidak menimbang untuk orang Islam barangan bersama debu jalanan"

Menangis Imam Fudhail dan berkata: "Sesungguhnya amalanmu ini wahai anakku di sisiku lebih utama berbanding melaksanakan 2 kali haji dan 20 kali umrah" (Lihat: Ummah al-'Uzhamaa')

#Allah swt memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti perniagaan. FirmanNya:

وَأَوۡفُوا۟ ٱلۡكَیۡلَ إِذَا كِلۡتُمۡ وَزِنُوا۟ بِٱلۡقِسۡطَاسِ ٱلۡمُسۡتَقِیمِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ خَیۡرࣱ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِیلࣰا

"Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)" [Surah al-Isrāʾ 35]

وَأَقِیمُوا۟ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُوا۟ ٱلۡمِیزَانَ

"Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang"  [Surah ar-Raḥmān 9]

#Kedua ayat diatas memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah Allah swt turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. 

♡Diingatkan kepada semua peniaga, samada peniaga restoran, kedai makan, gerai durian, kedai runcit, pasaraya, kontraktor bangunan dan sebagainya, bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah swt, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib Alaihissalam. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF KARPET DAN P.A SYSTEM SURAU KG BUDI, KUALA KRAI, KELANTAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/NAIK-TARAF-SURAU-KG-BUDI

Assalamualaikum wbt para penyumbang budiman sekelian.

Pihak Surau Kg Budi, Kuala Krai dalam proses naik taraf surau mereka demi memberi keselesaan kepada para jemaah terutama ketika menunaikan solat berjemaah serta pelaksanaan aktiviti kerohanian didalam dewan solat utama.

Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan untuk keselesaan para jemaah ialah

1. Menukar karpet lama yang agak dhoif, lusuh, nipis dan kurang selesa.
2. Pemasangan P.A System yang baru

Karpet surau Kg Budi agak lama digunakan sehingga terlalu nipis serta lusuh dan perlu diganti dengan pemasangan karpet baru yang lebih selesa dan kondusif. Keluasan karpet 30 kaki x 30 kaki persegi. Kos sekitar rm11 ribu.

P.A system serta speaker yang sedia ada juga dhoif. Suara azan semakin lama semakin perlahan dan kurang berfungsi dengan baik. Maka perlu diganti baru agar manfaatnya lebih menyeluruh untuk penduduk kampung. Kos sekitar rm4 ribu.

*KOS YANG DIPERLUKAN RM15 RIBU*

Pihak pengurusan surau memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka tabung waqaf karpet dan p.a system bagi membantu keselesaan para jemaah dalam beribadah.

*Bersempena berada dihari yang penuh barakah serta menjanjikan ganjaran pahala yang luar biasa lumayan, maka Geng Talaqqi membuka ruang dan peluang untuk kita semua merebut pahala lumayan infaq waqaf karpet dan p.a system Surau Kg Budi*

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga dimurahkan rezeki dan diselamatkan kita daripada azab neraka. Aamiiin.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya sedekah orang Muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri" (Riwayat at-Thabrani)

*JOM REBUT PELUANG KEEMASAN INI. SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIP PAY:*

https://toyyibpay.com/NAIK-TARAF-SURAU-KG-BUDI

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Naik Taraf Surau Kg Budi

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim:
http://www.wasap.my/60196023803/NaikTarafSurauKgBudi

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/NaikTarafSurauKgBudi

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/NaikTarafSurauKgBudi

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/NaikTarafSurauKgBudi

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Muharram 1446H☆

نَبِّئۡ عِبَادِیۤ أَنِّیۤ أَنَا ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِیمُ * وَأَنَّ عَذَابِی هُوَ ٱلۡعَذَابُ ٱلۡأَلِیمُ

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu (wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azabKu, ialah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaannya)" [Surah al-Ḥijr 49-50]

#Suatu hari Imam Yahya bin Syarf an-Nawawi rahimahullah menyampaikan kuliah kepada anak-anak muridnya. Ketika beliau membaca ayat al-Quran diatas:

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ، وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الألِيمُ

Tiba-tiba beliau menangis teresak-esak. Anak muridnya bertanya: "Apa yg menyebabkan engkau menangis wahai Imam?"

Jawab Imam an-Nawawi: "Tidakkah kamu perhatikan rahmatnya Allah, ketika mana Dia menisbahkan rahmat dan maghfirah (keampunan) kepada diriNya dgn Dia berfirman:

"Sesungguhnya Aku, 'AKULAH' Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"

Manakala Dia tidak menisbahkan azab kepada diriNya, sebaliknya Dia hanya menjadikan azab itu suatu yang dimilikinya sahaja dengan firmanNya:

"Dan bahawasanya azabKu, ia adalah azab yang pedih."

Allah tidak berfirman: "Sesungguhnya Aku, Akulah Yang Maha Mengazab (المعذِّب)"

#Lalu aku tiba-tiba teringatkan perkataan Sayidina Ibn 'Abbas r.a yang berkata:

إن الله ينزل رحمات يوم القيامة حتى يظن إبليس أن الله سيغفر له

"Sesungguhnya Allah akan menurunkan rahmatNya pada hari kiamat, sehingga Iblis akan menyangka yang Allah akan memberi keampunan kepadanya" (Riwayat ini ada sedikit masalah. Imam Ibn Kathir telah memberi komen pada hadis yang hampir sama di dalam kitab Tafsir beliau dengan katanya: "Hadis ini Gharib Jiddan, Sa'ad (seorang periwayatnya) tidak aku kenali) .

#Namun secara umum, terdapat sokongan daripada dalil al-Quran dan hadis nabi saw yang menunjukkan keluasan rahmat dan keampunan daripada Allah swt.

#Sabda Nabi saw:

 يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ فِيكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ وَلاَ أُبَالِي يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الأَرْضِ خَطَايَا ثُمَّ لَقِيتَنِي لاَ تُشْرِكُ بِي شَيْئًا لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً

“Wahai anak Adam, selagi kalian berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku ampuni dosa yang telah dilakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, sekiranya sampai dosamu setinggi langit kemudian kamu memohon keampunan, nescaya akan Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi dan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu, pasti Aku mendatangimu dengan pengampunan sepenuh bumi" (HR at-Tirmizi dan Ahmad)

♡Mohonlah keampunan pada Allah dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Yakinlah bahawa apa sahaja kesalahan pasti akan diampunkan sekalipun pernah melakukan jenayah bunuh orang. Bertaubatlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1446H☆

لَّا یُحِبُّ ٱللَّهُ ٱلۡجَهۡرَ بِٱلسُّوۤءِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ إِلَّا مَن ظُلِمَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ سَمِیعًا عَلِیمًا

"Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah an-Nisāʾ 148]

#Imam an-Nawawi rahimahullah telah meletakkan dalam kitabnya satu tajuk berkait hukum mendoakan golongan zalim dalam kitabnya al-Azkar iaitu: "Bab: Harus bagi seorang manusia untuk mendoakan keburukan kepada orang yang menzalimi orang-orang Islam atau menzalimi dirinya sendiri".

#Berkata Syeikh Muhammad Allan as-Siddiqi as-Syafie ketika menghuraikan tajuk ini: "Maksud harus yang disebut Imam an-Nawawi rahimahullah adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat".

#Rasulullah saw pernah mendoakan para pemimpin yang baik dan yang zalim dengan doa ini:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ هَذِهِ أُمَّتِي شَيْئاً فَرَفَقَ بِهِمْ، فَارْفُقْ بِهِ. وَمَنْ شَقَّ عَلَيْهَا فَاشْفُقْ عَلَيْهِ.

"Ya Allah, siapa sahaja yang memimpin/mengurus urusan umatku ini, yang kemudian ia menyayangi mereka, maka sayangilah ia. Dan siapa sahaja yang menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia" (HR Muslim)

#Hadis ini merupakan satu motivasi bagi para pemimpin untuk menyayangi rakyatnya. Juga menjadi ancaman bagi para pemimpin yang zalim kepada rakyatnya dengan ancaman kesengsaraan.

#Dalam hadis diatas juga menunjukkan Rasulullah saw mendoakan pemimpin yang zalim secara umum. Yang disebutkan oleh baginda adalah sifatnya, iaitu yang zalim kepada umat. Bukan nama atau individu secara spesifik. Maka dibolehkan mendoakan kesengsaraan bagi mereka yang zalim.

#Selain itu, dalam riwayat lain:

أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية

"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa: Ya Allah laknatilah Bani Ri’l, Zakwan dan ‘Usayyah (nama2 kabilah)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sabda Nabi saw:

اتَّقُوا دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ

" Berhati-hatilah kalian dari doa orang yang dizalimi"  (HR Ahmad)

#Selain itu, kita semua diperintahkan sentiasa memohon perlindungan daripada orang zalim. Firman Allah swt:

رَبِّ فَلَا تَجۡعَلۡنِی فِی ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu" [Surah al-Muʾminūn 94]

فَخَرَجَ مِنۡهَا خَاۤىِٕفࣰا یَتَرَقَّبُۖ قَالَ رَبِّ نَجِّنِی مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil memerhatikan (berita mengenai dirinya) serta berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" [Surah al-Qaṣaṣ 21]

قَالُوا۟ رَبَّنَا لَا تَجۡعَلۡنَا مَعَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim" [Surah al-Aʿrāf 47]

♡Doalah kebaikan kepada semua manusia, moga mereka berubah menjadi baik. Namun, jika mereka tersangat zalim, tidaklah salah mendoakan kebinasaan kepada mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Muharram 1446H☆

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ

"Sesungguhnya ke atasmu (Iblis) laknat sehingga ke hari kiamat" [Surah al-Hijr 35]

#Berkata Imam al-Qurthubi rahimahullah: "Asal bagi perkataan laknat adalah menjauhkan". Manakala dari sudut uruf pula laknat bererti: "Menjauhkan yang disertai dengan penghinaan dan kemurkaan. Maka melaknat Iblis secara ta’yin adalah harus dan demikian juga ke atas setiap golongan kafir yang telah mati seperti Firaun, Haman, dan Abu Jahal". (Lihat: Al-Jami’ Li Ahkam al-Quran)

#Berkata Imam Ibn Muflih rahimahullah: "Dan dibolehkan untuk melaknat golongan kafir secara umum". (Lihat: Al-Adab al-Syar’iyyah)

#Maka, melaknat ke atas golongan kafir ataupun pelaku-pelaku maksiat dalam bentuk umum dibolehkan seperti ucapan: Laknat Allah ke atas golongan Yahudi dan Nasrani. Ataupun ucapan seperti: Laknat Allah ke atas golongan kafir, orang fasiq, atau orang-orang zalim. Begitu juga seperti melaknat ke atas peminum arak atau para pencuri. Maka semua perkataan laknat yang ditujukan kepada umum sebegini adalah dibolehkan.

#Bagaimana pula mendoakan kehancuran kepada orang yang zalim? Adakah dibolehkan?

#Jika seseorang ingin mendoakan agar Allah mengambil tindakan ke atas pihak yang menzaliminya, maka itu dibolehkan jika benar dia dizalimi. Ini kerana terdapat banyak riwayat yang mengizinkan hal ini.

#Sabda Nabi saw: "Takutlah kamu doa orang dizalimi, sesungguhnya antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Baginda saw bersabda lagi: "Doa orang yang dizalimi mustajab, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (HR Ahmad)

#Dalam riwayat Muslim, seorang sahabat besar Nabi saw, Sayidina Sa’id bin Zaid r.a telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau
mengambil tanahnya. Sayidina Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: "Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya". Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya dan meninggal dunia.

#Namun, jika seseorang ingin memaafkan pihak yang menzaliminya, itu merupakan sesuatu yang baik dan terpuji.

♡Jangan sesekali menzalimi orang lain, dibimbangi ramai yang melaknat dan mendoakan kehancuran. Jadilah insan yang baik agar ramai mendoakan kebaikan untuknya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: 8 TAHUN BINA RUMAH HAMPIR SIAP, DIUJI ALLAH DIHEMPAP 4 BATANG POKOK DI SETIU, TERENGGANU*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-ASNAF-SETIU

Assalamualaikum wbt....

Sikit-sikit buat rumah. Hampir 8 tahun untuk siapkan, namun belum berjaya siapkan sepenuhnya lagi. Dah tak banyak dah, hampir nak siap dah, namun diuji Allah, dihempap 4 batang pokok pula menyebabkan kerosakan pada bumbung dan beberapa bahagian lain.

Allahu... Besar ujian yang dihadapi Pakcik Wan Razali, 58 tahun yang sekelian lama tinggal di rumah sewa, disamping berusaha sikit-sikit membina rumah impian dengan wang yang diperoleh hasil jualan barang mainan di pasar malam dan pasar hari.

Pakcik Wan Razali, tinggal di jalan Tepi Sekolah, Kg Alor Serdang, Setiu bekerja menjual barang mainan di pasar hari dan pasar malam dengan pendapatan antara rm1500 hingga rm1800 sebulan.

Hasil tinjauan daripada tukang, didapati bahagian bumbung memerlukan pembaikan semula.

InsyaAllah Geng Talaqqi akan cuba membantu siapkan rumah Pakcik Wan Razali yang belum siap seperti syiling, dinding, tingkap, wayering, bilik mandi/tandas, cat dan membaiki kerosakan bumbung kesan dihempap pokok.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM10 RIBU*

Jom sama-sama kita menyumbang sorang sikit untuk kita siapkan rumah dan membaiki bumbung rumah Pakcik Wan Razali agar kehidupannya sekeluarga lebih selesa dan tercapai impiannya menduduki rumahnya.

Semoga dengan bantuan kita, Allah mempermudahkan urusannya dan Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah. Jazakumullahu khairan kathira. Moga dimurahkan rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin.
===============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*

https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-ASNAF-SETIU

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Baiki Rumah Asnaf Setiu

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikiRumahAsnafSetiu

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikiRumahAsnafSetiu

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikiRumahAsnafSetiu

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikiRumahAsnafSetiu

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Muharram 1446H☆

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah Al-Aʿrāf 199]

#Sayidina Ibn Abbas r.huma telah meriwayatkan bahawa ‘Uyainah bin Hisn telah datang ke Madinah. Beliau menumpang di rumah anak saudaranya Hurr bin Qais. Sayidina Hurr bin Qais termasuk individu yang rapat dengan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. Seorang yang menghafaz al-Quran dan salah seorang ahli Majlis Mesyuarat Umar yang terdiri daripada warga tua dan juga pemuda.

‘Uyainah berkata kepada Hurr, “Wahai anak saudaraku, engkau seorang yang ada kedudukan di sisi Amirul Mukminin. Mohonlah izin untukku bertemu dengannya!”

Hurr memohon izin daripada Sayidina Umar. Maka Sayidina Umar mengizinkannya. Maka, ‘Uyainah pun tiba pada waktu yang telah ditetapkan, dia terus berkata kepada Khalifah Umar dengan kata-kata yang kesat:

"Wahai Ibnul Khattab, demi Allah! Engkau tidak memberi kepada kami dengan saksama, dan engkau tidak menghukum antara kami dengan cara yang adil!”

#Kata-kata itu membuatkan Sayidina Umar marah sehingga beliau hampir bertindak ke atasnya.

#Pada waktu itu, Hurr bin Qais segera mengingatkan Sayidina Umar dengan membaca ayat di atas (Surah Al-Aʿrāf ayat 199). Dan berkata lelaki ini sebenarnya termasuk dalam kalangan orang jahil.

#Sayidina Ibn Abbas r.a berkata: "Demi Allah! Sayidina Umar tidak melangkahinya ketika Hurr membacakan ayat itu kepadanya. Sesungguhnya dia (Umar) seorang yang sangat teguh berhenti dan berdiri di sisi Kitab Allah Taala" (Riwayat al-Bukhari. Riadhus-Solihin)

#Kata-kata kesat dan biadab yang dilemparkan oleh Uyainah di depan Sayidina Umar saat pertama kali berjumpa amatlah tidak wajar dan merupakan satu pembohongan yang nyata kerana semua maklum, diperakui oleh muslim dan bukan muslim akan keadilan yang ditegakkan oleh Sayidina Umar sepanjang pemerintahannya. Maka tidak hairanlah jika Sayidina Umar begitu marah mendengar tuduhan yang tidak berasas itu. Namun, jika disampaikan dengan cara yang lebih lunak dan berhemah, mungkin Sayidina Umar akan mendengar dan berbincang, sudut manakah yang dikatakan beliau tidak adil dan apakah buktinya?

#Apa yang ini ditekankan disini ialah kehebatan peribadi, kekentalan hati insan yang bernama Sayidina Umar bin al-Khattab r.a sangat terserlah tatkala mendengar firman Allah swt. Di mana kita dapat menyaksikan beliau mampu memadamkan api kemarahan dengan sekelip mata apabila sahaja mendengar ayat Allah dibaca. Tiada suara membantah, bersungut, mengugut dan sebagainya walaupun yang membaca itu hanyalah seorang anak muda yang bertaraf anak atau cucu kepadanya.

♡Persoalannya di manakah kedudukan dan iman kita saat ayat Allah dilantunkan. Lunakkah? Insafkah? Atau kekal degil, tidak peduli, sombong dan derhaka?. Tepuk dada, muhasabah iman!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Подписаться на канал