tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Muharram 1446H☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Kita dituntut untuk melakukan amal soleh agar kita dibangkitkan di hari kiamat dalam kalangan orang yang soleh.

#Jangan tinggalkan walaupun satu amal soleh meskipun kita rasakan ia kecil. Gunakan peluang melakukan amal soleh pada setiap masa biarpun hanya memberi senyuman kepada orang lain.

#Jika ada orang susah, cuba kita ringankan tangan membantunya. Jika ada orang sakit, kita perlu ziarah dan memberi kata-kata semangat kepadanya.

#Lakukan apa sahaja amal soleh tanpa memilih kerana kita semua tidak pernah mengetahui kadar pahala yang dijanjikan Allah swt kepada kita. Yang pastinya orang yang sentiasa sibukkan diri dengan amal soleh, akan sentiasa mendapat bimbingan dan petunjuk Allah swt.

وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" [Surah al-ʿAnkabūt 69]

#Amal soleh tidak dapat diukur oleh banyaknya sumbangan yang kita berikan, akan tetapi diukur oleh banyaknya manfaat yang kita berikan kepada orang lain.

#Setiap perbuatan yang dapat menghapuskan penderitaan orang yang susah, semuanya dianggap ibadah yang amat bernilai di sisi agama dan berat timbangannya di sisi Allah swt meskipun pada pandangan kita sendiri perkara itu remeh sahaja.

#Disamping giat melakukan amal soleh, banyakkan berdoa agar kita mati sebagai seorang muslim dan dihimpunkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh sebagaimana doa Nabi Yusuf Alaihissalam.

فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِیِّۦ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ تَوَفَّنِی مُسۡلِمࣰا وَأَلۡحِقۡنِی بِٱلصَّـٰلِحِینَ

"Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh" [Surah Yūsuf 101]

♡Perbanyakkan amal soleh dan lakukan segala kebaikan, moga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Muharram 1446H☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Untuk tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh, maka disepanjang kehidupan perlu sibukkan diri untuk melakukan amal soleh.

#Sekarang kita berada di bulan Muharram. Bulan Muharram adalah salah satu daripada empat bulan suci dan dihormati dalam Islam selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Dalam bulan ini, peperangan dan pertumpahan darah dilarang. Umat Islam dianjurkan untuk meningkatkan amal soleh dan menghindari dosa. 

#Antara amal soleh yang dianjurkan untuk dilakukan ialah berpuasa di sepanjang bulan Muharram terutamanya pada hari Asyura.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ

"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah, iaitu bulan Muharram" (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi menjelaskan: "Hadis ini jelas menunjukkan bahawa ia (bulan Muharram) adalah bulan yang paling afdhal untuk berpuasa".

#Kita digalakkan puasa pada hari Tasu'a dan hari Asyura iaitu pada 9 dan 10 Muharram atau pada 10 dan 11 Muharram.

#Berkata Sayidina Ibn Abbas r.huma apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura" (HR al-Bukhari)

#Berkata lagi, Sayidina Ibn ‘Abbas r.huma, bahawa Nabi saw bersabda:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

"Berpuasalah kamu semua pada hari ke-10, dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi, berpuasalah kamu semua sebelumnya atau sesudahnya"
(HR Ahmad, al-Bazzar dan Ibn Khuzaimah)

#Antara kelebihan puasa pada hari 'Asyura ialah diriwayatkan daripada Abu Qatadah r.a:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda saw:

أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

"Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu" (HR Muslim)

#Kita juga dianjurkan untuk meningkatkan amal soleh di bulan Muharram dengan memperbanyakkan solat sunat, solat malam, bersedekah, membaca al-Quran, berselawat, amar makruf nahi mungkar, santuni anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan banyakkan berdoa disepanjang bulan haram ini.

#Rasulullah saw bersabda: "Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail)" (HR Abu Daud)

♡Ketahuilah bahawa segala amalan soleh menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga menjadi lebih besar hitungannya di dalam bulan-bulan haram. Jom puasa sunat di bulan Muharram!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Muharram 1446H☆

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28]

#Zikrullah melahirkan rasa tenang dan tenteram di dalam diri seseorang. Ini yang difirmankan oleh Allah swt dalam kalamNya.

#Dan saat ini betapa kita memerlukan kepada ketenangan dan ketenteraman dalam kehidupan kita, khususnya pada zaman ini, dengan kesibukan hidup di negara moden, sering kali kita mendengarkan keluhan sebahagian individu tentang tuntutan dan tekanan urusan dunia.

#Zikrullah ialah kita berada di dalam keadaan sentiasa mengingati Allah. Hakikat Zikrullah secara luas dan sempurna hanya dapat kita capai dengan kita berusaha mentaati Allah pada setiap masa kerana seseorang itu apabila ia taat kepada Allah itu bermakna ia ingat kepada Allah.

#Dalam satu riwayat Nabi saw bersabda:

أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيكِكُمْ وَأَرْفَعِهَا فِي دَرَجَاتِكُمْ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِعْطَاءِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوا أَعْنَاقَكُمْ قَالُوا وَذَلِكَ مَا هُوَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ذِكْرُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

"Mahukah kamu untuk aku khabarkan kepada kamu tentang amalan kamu yang paling baik, paling bersih di sisi Tuhan kamu, paling mengangkat darjat kamu, lebih baik untuk kamu daripada membelanjakan emas dan perak, lebih baik untuk kamu daripada kamu berdepan dengan musuh kamu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka pula memenggal leher kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: "Apa dia wahai Rasulullah". Baginda bersabda "Zikrullah" (Musnad Ahmad)

#Zikir merupakan asas utama dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanNya. Kedekatan diri dengan Allah swt tercapai menerusi penyucian hati dan penyuci bagi hati itu ialah zikrullah.

#Konsep zikrullah menjangkau makna yang lebih besar daripada sekadar membasahi lidah dengan lafaz zikir dan doa. Ia merupakan sebuah konsep menyeluruh yang mencorak kehidupan dan peribadi seorang Muslim.

#Maksud zikrullah yang lebih luas, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh 'Abdur Razzaq bin 'Abdul Muhsin al-Badr ialah:

"Termasuk perkara yang mesti difahami oleh seorang muslim, bahawa Zikrullah Taala tidak dikhususkan hanya kepada majlis-majlis yang disebut di dalamnya nama Allah dengan bertasbih, bertakbir, bertahmid dan seumpamanya. Bahkan ia merangkumi apa-apa majlis yang disebut di dalamnya perintah dan tegahan Allah, halal dan haram, apa yang disukai dan diredhai oleh Allah. Bahkan barangkali zikir seperti ini adalah lebih bermanfaat dari zikir yang hanya semata-mata menyebut nama Allah. Ini kerana mengetahui halal dan haram adalah kewajipan dalam beberapa berkara ke atas setiap muslim. Adapun zikrullah dengan lisan, kebanyakannya adalah sunat, kadang-kala ia menjadi wajib seperti zikir di dalam solat fardhu. Adapun mengetahui perintah Allah, apa-apa yang disukai, diredhaiNya dan apa-apa yang tidak disukaiNya adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang yang perlu mengetahuinya.

#Kerana itu, Sayidina Ibn Mas'ud r.a, apabila beliau menyebut hadis Nabi saw: "Taman-taman syurga itu adalah halaqah-halaqah zikir". Beliau berkata: "Adapun aku tidak memaksudkan al-Qussas (penceramah-penceramah yang menyebut kisah pengajaran), akan tetapi (aku maksudkan) halaqah-halaqah fiqh".

♡Apa sahaja amal soleh yang mengingatkan kita pada Allah, itulah zikrullah. Dengan zikrullah hati menjadi tenang, damai, bahagia dan tenteram♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Muharram 1446H☆

وَلِلَّـهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu" [Surah al-A‘raf 180]

#Sheikh Muhammad Mutawali Sya'rawi dalam tafsirnya ketika mengulas ayat ini menyebut, Allah swt mengingatkan kita supaya berdoa kepadaNya menggunakan Asmaul Husna kerana Dia menginginkan makhlukNya sentiasa mengingatiNya.

#Dan jika kita mempunyai hajat tertentu, adalah menjadi keperluan untuk menyebut Asmaul Husna kerana Asmaul Husna adalah sifat yang sampai kepada martabat nama-nama Allah. Orang yang memerhati dan memikirkan nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah swt.

#Berdoa menyebut atau menyeru nama Allah swt yang agung adalah sebagai salah satu cara untuk dimustajabkan doa. Dengan menyebut nama-nama Allah yang agung ini, doa dan permohonan seseorang hamba itu tidak akan ditolak oleh Allah swt, bahkan hal ini dituntut oleh Allah swt.

#Allah swt mempunyai nama-nama yang mulia dan agung dan tidak ada beza antara nama-nama tersebut sebagaimana yang dinyatakan oleh sebahagian para ulamak.

#Di dalam tafsir as-Sa'di menerangkan bahawa ayat di atas menjadi dalil tentang keharusan berdoa serta memohon kepada Allah berdasarkan nama-nama Allah seperti seseorang berdoa dengan lafaz ( يا رزاق ارزقني )Wahai Maha Pemberi Rezeki kurniakanlah aku rezeki dan begitulah selanjutnya.

#Walaubagaimanapun tujuan utama dalam berzikir adalah untuk mengingati Allah swt dan bukanlah ada tujuan selain daripada itu. Oleh itu, berzikir dengan nama-nama Allah dengan niat dan ikhlas untuk ingat kepada Allah dengan mengaharapkan fadhilat yang ada pada nama-nama tersebut adalah harus. Dengan memperbanyakkan zikir (ingat Allah), InsyaAllah Allah akan merahmati kita seterusnya memberkati usaha-usaha kita.

#Daripada Sayidina Abi Umamah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:
 
اسْمُ اللَّهِ الْأَعْظَمُ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ فِي سُوَرٍ ثَلَاثٍ: الْبَقَرَةِ، وَآلِ عِمْرَانَ، وَطه

"Nama Allah yang Agung apabila kita berdoa dengannya akan dimustajab (oleh Allah swt) ada di dalam tiga surah al-Baqarah, al-Imran dan Thaha" (HR Ibn Majah)

#Telah berkata Imam an-Nawawi di dalam fatwanya berkaitan nama-nama Allah swt yang agung: "Padanya terdapat banyak hadis berkaitan hal ini, contohnya seperti di dalam Sunan Ibn Majah dan selain daripada itu. Antaranya hadis seperti di atas yang diriwayatakan oleh Abi Umamah r.a. Telah berkata sebahagian para imam terdahulu yang dimaksudkan dengan nama Allah yang agung di dalam tiga surah tersebut adalah “هُوْ الحَيُّ القَيُّوْمُ” kerana ayat tersebut terdapat dalam surah al-Baqarah iaitu di dalam ayat al-Kursi, di awal surah al-Imran dan ayat ke 111 di dalam surah Thaha iaitu firman Allah swt: “وَعَنَتِ الْوُجُوهُ لِلْحَيِّ الْقَيُّومِ”. Ini merupakan istinbat yang hasan" (Lihat: Fatwa Imam an-Nawawi)

#Dengan demikian, maka mengulang-ulang menyebut lafaz Allah swt atau nama-namaNya yang lain yang disebut juga dengan Al-Asmaul Husna adalah dituntut dalam syariat bahkan akan menjadikan hati kita damai dan tenang.

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah Ar-Raʿd 28]

♡Sentiasalah basahkan lidah dengan berzikir dan berdoa terutamanya dengan Al-Asmaul Husna. Moga dimaqbulkan segala hajat dan permohonan kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Muharram 1446H☆

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

#Hijrah Rasulullah saw bersama kaum muslimin dari Mekkah ke Madinah (Yatsrib) merupakan titik tonggak kebangkitan kaum muslimin pada saat itu. Hijrahnya kaum muslimin tentunya ada alasan tersendiri. Selain menghindari dari tekanan dan kepungan kaum kafir Quraisy, juga mengawali sebuah peradaban Islam baru di kota Madinah. 

#Berdasarkan pandangan Syeikh Abdul Hasan Ali Hasani an-Nadwi dalam buku Sirah Nabawiyah, berikut beberapa alasan mengapa Nabi Muhammad saw dan para sahabat berhijrah meninggalkan bumi Mekah tercinta:

1. Seksaan dan gangguan kafir Quraisy terhadap umat Islam

Pada saat Rasulullah saw berdakwah di kota Mekah, banyak di antara kaum muslimin pada saat itu diseksa dalam keadaan hidup-hidup oleh orang-orang kafir Quraisy. Sedangkan baginda saw tidak mampu melindungi mereka.
Lalu, baginda saw berkata kepada mereka: "Seandainya kalian pergi ke negeri Habsyah, sesungguhnya di sana terdapat seorang raja yang tidak akan dianiaya orang yang ada di dekatnya. Negeri Habsyah ialah tanah kebenaran. Kalian sebaiknya berada di sana hingga Allah memberikan kelapangan bagi kalian".

2. Serangan dan gangguan kaum Quraisy kepada Rasulullah saw

Kaum kafir Quraisy melakukan berbagai usaha untuk menghalang Rasulullah saw dalam dakwahnya. Mereka tidak berhasil membuat para pemuda yang masuk Islam untuk kembali pada mereka, sementara dakwah Rasulullah saw juga tidak mengendur. Maka, mereka memujuk orang-orang bodoh di kalangan mereka untuk mendustakan, menyakiti, mengirimkan sihir, dan perdukunan kepada Rasulullah saw.

3. Kepentingan dakwah Islam dan meringankan beban Rasulullah saw

Alasan lain yang melatarbelakangi hijrahnya umat Islam ke Madinah disebabkan oleh kepentingan dakwah Islam. Selain itu, ia menjadi salah satu usaha meringankan beban Rasulullah saw. Dari mereka yang hijrah, dapat diketahui luasnya ragam kemanusiaannya yang terdiri dari berbagai tingkat dan status sosial masyarakat Mekah. Ada orang kaya dan miskin, orang tua dan anak-anak, laki-laki dan perempuan di mana mereka merupakan penduduk asli Mekah. Hal tersebut menunjukkan dahsyatnya pengaruh, kekuatan, dan kesempurnaan dakwah yang dibawakan Rasulullah saw.

4. Adanya Baiah dari Kaum Ansar (Madinah)

Sebelum melakukan hijrah untuk kedua kalinya, terjadi baiah dari penduduk Madinah sebanyak dua kali. Baiah pertama terjadi di Bukit Aqabah yang diikuti oleh 13 orang memeluk Islam. Pada tahun 622 M, terjadilah baiah yang kedua atau dikenal dengan Perjanjian Aqabah II. Beberapa riwayat mengatakan baiah ini diikuti oleh 73 orang memeluk Islam. Rasulullah saw meminta baiah kepada kaum Ansar untuk membela Islam dan melindungi baginda serta para pengikutnya. Kemudian, Baginda memerintahkan para sahabat dan umat Islam di Mekah untuk pergi ke Madinah.

5. Perintah daripada Allah swt agar berhijrah.

♡Hijrahlah ke arah sesuatu yang lebih baik dan lebih diredhaiNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Muharram 1446H☆

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]
 
#Imam Ibn Jarir at-Tabari berkata:" Mereka yang berhijrah dari kaumnya di kalangan orang kafir semata-mata kerana Allah menuju kepada saudaranya di kalangan orang beriman dan mereka dikeluarkan daripada kampung halaman maka Allah janjikan balasan disisiNya" (Lihat: Tafsir at-Tabari)

#Peristiwa hijrah Rasulullah saw dan para sahabat dari bumi Mekah ke bumi Madinah merupakan satu perjalanan sukar menempuhi pelbagai cabaran, tentangan dan halangan, namun, kesudahannya adalah kejayaan.

#Rasulullah saw meninggalkan rumahnya pada malam 27 Safar tahun 14 kenabian bersamaan 12/13 September 622M. Baginda terus menuju ke rumah sahabatnya Sayidina Abu Bakar r.a. Kemudian mereka berdua meninggalkan rumah Sayidina Abu Bakar dari pintu belakang untuk keluar dengan segera dari Mekah sebelum fajar menyinsing. Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy akan berusaha keras mencarinya dan jalan yang akan menjadi tumpuan ramai ialah jalan utama Madinah menuju ke utara. Maka Baginda melalui jalan yang bertentangan sama sekali iaitu jalan yang terletak di selatan Mekah dan menuju ke arah Yaman.

Baginda merentasi jalan ini sejauh lima batu sehingga sampai ke sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Thaur. Bukit ini agak tinggi dengan batu-batunya yang keras serta laluannya yang sukar untuk didaki sehingga kaki Baginda melecet. Dikatakan bahawa Baginda sengaja berjalan menggunakan hujung kaki sepanjang perjalanan untuk menghilangkan kesan tapak kakinya. Sayidina Abu Bakar memapah Baginda dengan bersusah payah hingga sampai ke puncak bukit yang terdapat sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Thaur. (Lihat: Rahmah Li al-Alamin)

#Strategi yang diatur oleh oleh Rasulullah saw, begitu juga yang dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar menyebabkan misi hijrah berjaya. Begitu juga Rasulullah saw sengaja menukar perjalanan ke arah gua Thaur sebagai strategi untuk mengaburi musuhnya.

#Rasulullah saw dan Sayidina Abu Bakar mendiami gua tersebut selama tiga malam iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. (Lihat: Fath al-Bari)

#Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis Anas r.a daripada Sayidina Abu Bakar, katanya: Aku bersama Nabi saw dalam gua. Apabila aku mengangkat kepala, nampaklah olehku kaki-kaki pemburu Quraisy, lalu aku berkata: "Wahai Nabi Allah, kalaulah sebahagian mereka menundukkan pandangannya, nescaya dia akan melihat kita. Baginda menjawab:" Diamlah Abu Bakar, sungguhpun kita berdua tapi Allah swt yang ketiga. Dalam lafaz yang lain menyebutkan: Bukan seperti sangkaanmu wahai Abu Bakar bahawa hanya ada kita berdua sahaja tetapi Allah swt yang ketiganya" (Lihat: Sahih al-Bukhari)

#Ini antara resipi kejayaan hijrah iaitu pergantungan kepada Allah swt dengan jiwa yang benar-benar suci dan hanya mengharapkan redhaNya.

♡Strategi yang padu tanpa pergantungan kepada Allah swt, akan merosakkan impian dan jika berjaya sekalipun, kejayaan itu akan binasa dan musnah disebabkan tiada redha dariNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Zulhijjah 1445H☆

فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّـهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya" [Surah al-A’raf 69]

#Bersyukur di atas nikmat Allah swt adalah wajib dan tidak harus seseorang itu meninggalkannya.

#Al-Hulaimi berkata: "Bahawa wajib bersyukur kepada Allah bagi hamba-hambaNya kerana kurniaan nikmatNya yang cukup banyak" (Lihat: al-Minhaj fi Syu’ab al-Iman)

#Syukur ialah menzahirkan nikmat melalui lisan, hati dan anggota dengan cara lidah atau lisan mengiyakan yang makruf dan memujinya. Hati pula mengiktiraf dengan nikmat sedangkan anggota melakukan perbuatan yang diredhai kepada yang disyukuri. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Selain itu, berterima kasih kepada manusia atas pertolongan dan kebaikan yang mereka lakukan, juga termasuk dalam tanda syukur pada Allah swt.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

لاَ يَشْكُرُ اللَّهَ مَنْ لاَ يَشْكُرُ النَّاسَ

"Tidak dikatakan bersyukur pada Allah bagi sesiapa yang tidak tahu berterima kasih pada manusia" (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Sewajarnya kita menjadi manusia yang pandai bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang telah banyak melakukan pelbagai kebaikan kepada kita terutamanya mereka dari kalangan ibu bapa, guru, suami, isteri, adik beradik, jiran tetangga dan orang-orang yang banyak melakukan kebaikan kepada kita.

#Ingatlah bahawa seseorang yang sukar untuk berterima kasih pada manusia yang telah melakukan kebaikan padanya, maka dia juga sukar untuk bersyukur kepada Allah swt.

♡Jadilah insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan serta sentiasa berterima kasih kepada manusia atas segala kebaikan yang telah diberikan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Zulhijjah 1445H☆

وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
 
"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" [Surah az-Dzariyat 21]
 
#Antara cara untuk mengenal Allah swt adalah dengan nazhar (merenung dengan teliti) ciptaan-ciptaan Allah Taala. Berfikir tentang makhluk Allah, tentang ciptaan Allah swt.

#Imam at-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: "Pandangan paling tepat dalam menjelaskan makna ayat ini adalah: Pada diri kamu juga wahai umat manusia terdapatnya tanda-tanda kebesaran Allah dan juga ibrah yang menunjukkan kepada kamu akan keesaan Pencipta kamu. Dan sesungguhnya tidak ada Tuhan bagi kamu selainNya. Dari sudut tidak ada yang berkuasa menciptakan seperti ciptaanNya kepada kamu. Maka apakah kamu tidak merenung secara mendalam akan hal tersebut serta berfikir padanya. Nescaya kamu akan mengetahui hakikat keEsaan Tuhan kamu".

#Allah swt menyuruh kita memerhatikan keunikan dan kehebatan makhluk ciptaanNya lalu berfikir dan bermuhasabah diri betapa hebatNya Allah dan lemahnya kita yakni perlu bergantung sepenuhnya pada Allah swt. Firman Allah swt:

أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

"Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?" [Surah al-Ghasyiah 17-20]

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ

"(Katakanlah wahai Muhammad), berjalanlah kamu semua di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan sesuatu?" [Surah al-Ankabut 20]

#Diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, sabda Rasulullah saw:
 
تفكَّرُوا فِي خَلْقِ اللهِ ولَا تَفَكَّرُوا فِي اللهِ

" Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (Zat) Allah"  (Sahih Al-Jami’ al-Saghir. Hadis Hasan)

#Allah menyuruh kita melihat memerhati makhlukNya lalu mengkaji, menginsafi dan beriman padaNya dengan sebenar-benarnya. Maka dengan itu kita lebih mengenaliNya, tetapi pada masa yang sama Allah tidak membenarkan kita berfikir tentang ZatNya kerana tidak mampu dicapai oleh manusia. Firman Allah swt:

لَّا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

"Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya" [Surah al-An`am 103]

♡Berfikir berkenaan penciptaan makhluk-makhluk Allah swt dapat membantu seseorang itu untuk menambah keyakinan dan keimanan akan kekuasaan Allah swt yang Maha Hebat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Zulhijjah 1445H☆

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Antara nasihat yang utama untuk dilaksanakan ialah nasihat dan teguran kepada para pemimpin umat Islam. Daripada Sayidina Abu Ruqayyah bin ‘Aus al-Dari r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

الدِينُ النَصِيحَةُ، قُلنَا: لِمَنْ؟ لِلَّهِ، وَلِكَتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِم

"Agama itu merupakan nasihat.” Kami bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Baginda: “Bagi Allah, Kitab-Kitabnya, RasulNya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan masyarakat semuanya" (HR Muslim)

#Berkata Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a yang mengungkapkan ucapan yang penuh berharga: "Orang yang berbahagia (beruntung) adalah orang yang mengambil nasihat (pelajaran) dari (peristiwa yang dialami) orang lain" (HR Muslim).

*Maka, menjadi keperluan untuk para ulamak meneliti sejarah terdahulu, bagaimana para ulamak menasihat pemimpin kerana sebaik-baik pengajaran adalah daripada sejarah.

#Hayati kisah nasihat Syaiban al-Ra’i kepada Khalifah Harun al-Rasyid:

Syaiban al-Ra’i ketika menasihati Khalifah Harun al-Rasyid berkenaan melantik dan mengambil penasihat yang benar, berkata:

"Wahai Amir al-Mukminin, andainya engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa takut sehingga engkau berasa aman lebih baik daripada engkau bersahabat dengan orang yang menjadikan engkau rasa aman sehingga menyebabkan engkau mendapat ketakutan.”

Khalifah Harun al-Rasyid bertanya: "Jelaskan maksudnya untukku"

Jawab Syaiban: “Sesiapa yang berkata kepada engkau: "Engkau bertanggungjawab terhadap rakyatmu, takutlah Allah!" adalah lebih baik daripada orang yang berkata: "Kamu kaum keluarga Nabi, diampunkan dosa kamu, kamulah kerabat Nabi!" (Lihat: al-Adab al-Syar’iyyah oleh Ibn Muflih dan Hilyatul al-Awliya)

#Begitu juga kisah nasihat Ibn al-Wasiti kepada Sultan Nuruddin:

Imam Ibn Kathir meriwayatkan bahawa Sultan Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zanki bin Aq-Sunqur, salah seorang sultan yang sentiasa melakukan Qiamullail pada malam hari dan berpuasa pada siang hari.
Pernah beliau meminta bala tenteranya pergi ke Damsyiq dan beliau telah mengadakan pesta besar-besaran yang dihadiri oleh para gabenor, para menteri, dan para panglima, serta khalayak ramai dan penduduk Damsyiq. Selepas pesta ini selesai, salah seorang Ibn al-Wasiti, seorang ulamak besar pada ketika itu masuk dengan pakaian sederhananya, dan berdiri di hadapan sultan, lalu beliau berkata: "Wahai sultan yang agung, dengarkanlah dengan baik terhadap janji Allah, Maha Raja Langit dan bumi".

Tiba-tiba orang ramai terdiam dan berhenti berpesta, mereka menunggu apa yang akan di ucapkan syeikh besar ini. Tuan syeikh itu berbicara kepada sultan ketika ia berada di atas singgah sana kerajaannya:

"Wahai manusia yang tertipu, anggaplah dirimu, kini berada pada hari kiamat dan langit bergoncang, Jika dikatakan: 'Nuruddin datang berserah diri Hati-hatilah engkau datang tanpa memiliki nur (cahaya)"

Akhirnya, Sultan Nuruddin pun menangis. 

#Nasihat yang tulus dari hati yang bertakwa dan takutkan Allah amat memberi kesan kepada para pemimpin.

♡Nasihati dan teguran kepada pemerintah adalah tuntutan dan tanggungjawab para ulamak dan para penasihatnya. Moga ada sinar kebaikan atas nasihat menasihati yang dilakukan dengan tulus ikhlas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung lagi bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Jika dilihat kepada sejarah salafussoleh yang terdahulu, jawatan bukanlah sesuatu yang paling penting bagi mereka. Lihatlah kepada sejarah pedang Allah (saifullah) iaitu Sayidina Khalid al-Walid r.a yang dinaikkan pangkat menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. Beliau terlibat dan memimpin banyak peperangan pada zaman Khalifah Abu Bakar seperti perang memerangi Musailamah al-Kazzab, peperangan Yarmuk, perang memerangi Rom Timur (Byzantine) dan empayar Parsi, dan berjaya menawan Iraq serta berjaya dalam siri-siri peperangan di Syam.

#Setelah Sayidina Umar r.a dilantik menjadi Khalifah, beliau memecat Sayidina Khalid al-Walid dari jawatan tersebut dan menggantikannya dengan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a. Namun, Sayidina Khalid al-Walid tetap berjuang seperti biasa walaupun sebagai seorang tentera biasa, malah tetap taat dan patuh kepada arahan Sayidina Abu ‘Ubaidah r.a sebagai panglima perang baharu dan arahan Khalifah Umar bin al-Khattab.

#Di zaman kini, berlaku kepelikan apabila manusia yang jahil, penipu dan tidak layak untuk memegang jawatan tetapi mereka berusaha bermati-matian untuk mendapat kuasa dan jawatan sehingga sampai sanggup berbohong, berbalah, bertengkar, bergaduh dan berbunuhan.

#Diingatkan, agar jangan sesekali memberi jawatan atau kuasa kepada orang yang gila kuasa. Hal ini kerana kecintaan mereka terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri dizaman kini.

#Al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

"Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran".

#Berkata juga Imam Fudail ibn Iyyad memberi pesanan:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى، وتتبع عيوب الناس، وكره أن يُذكر أحد بخير

"Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain".

#Usah dilantik atau diberikan kuasa kepada mereka yang gila kuasa sehingga sampai meminta-minta walaupun dirinya tidak mampu dan tidak berbakat.

#Diriwayatkan dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah saw lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah saw menegur mereka dengan berkata:

إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

"Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya" (HR al-Bukhari)

♡Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki, pentingkan diri, kejam bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Jadilah pemimpin yang baik, bertaqwa dan adil. Moga sentiasa dibimbing dengan petunjuk Allah swt. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Berkata Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya menerangkan ciri-ciri individu yang layak meminta jawatan berdasarkan ayat al-Quran di atas. Seseorang yang menepati kriteria untuk memegang sesuatu jawatan tidak dipilih berdasarkan keturunannya dan juga kecantikannya, akan tetapi dinilai berdasarkan kekuatannya dalam kepimpinan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan bidang yang diminta. (Lihat: Tafsir al-Jami’ li-Ahkam al-Quran)

#Jawatan adalah amanah dan bebanan. Ia bukannya satu keuntungan atau kemuliaan. Jawatan tidak sepatutnya dimohon atau diminta kecuali bagi orang yang benar-benar layak iaitu mereka yang benar-benar memiliki kepakaran dalam selok belok kepimpinan dan memiliki ilmu yang banyak berkaitan jawatan yang dimohon. Jika tidak memenuhi kriteria, hanya sekadar kaki sembang dan pencipta formula tetapi tiada kepakaran dan ilmu maka jangan sesekali meminta jawatan atau menerima jawatan. Ini lebih kepada menuju kerosakan dan kepincangan bahkan menjadi penyesalan di mahsyar kelak. 

#Nabi saw bersabda berkenaan bahaya meminta jawatan:

إنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإمَارَةِ، وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيامَةِ، فَنِعْمَ المُرْضِعَةُ وبِئْسَتِ الفاطِمَةُ

"Kamu semua akan sukakan kepada jawatan, tetapi ia boleh menjadi penyesalan ketika hari akhirat kelak, kerana pada permulaannya terdapat nikmat, namun pengakhirannya ia menjadi pengikat yang jahat" (HR al-Bukhari)

#Imam Ash-Shan’ani dalam syarah Bulugh al-Maram mengatakan bahawa hadis ini memberi peringatan kepada sesiapa yang mempunyai jawatan atau kekuasaan tidak akan terselamat daripada neraka, kecuali mereka yang mengetahui akan kebenaran (haq) dan beramal dengannya. Mengetahui saja tidak mencukupi, kerana amalan selepas itu juga merupakan tiang-tiang kebenaran (haq). Dan barangsiapa yang tidak beramal dengan kebenaran, maka neraka merupakan tempat yang layak baginya. 

#Terdapat manusia yang berpendapat bahawa memegang sesuatu jawatan itu sebagai satu wasilah untuk meraih keuntungan (ghanimah), memperolehi pelbagai faedah yang menggiurkan. Lantaran itu, mereka akan berusaha bermati-matian walau dengan apa cara sekalipun, tanpa mengambil kira halal atau haram untuk mendapatkan jawatan. Yang penting, jawatan mesti diraih. Makin tinggi jawatan, makin luaslah peluang untuk mendapat ghanimah (keuntungan dan kekayaan).
Dan apabila jawatan telah disandang, amat sukar untuk dilepaskan. Berat atau ringan, cemerlang atau kecundang, bukan menjadi perhitungan. Yang penting jawatan mesti dipertahankan demi menjamin ghanimah berterusan mengalir ke dalam genggaman. Mereka langsung tidak memikirkan soal jawab dan soal siasat di Mahsyar kelak yang bakal menjadi penyesalan yang membawa kepada penderitaan dan kesengsaraan.

♡Insafilah diri, jawatan bukan satu kemuliaan dan keistimewaan tetapi suatu tanggungan yang membebankan malah boleh menjadi satu penyesalan. Bagi yang memegang jawatan maka tunaikan seamanah dan seadil mungkin agar tidak merosakkan masa depan di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Zulhijjah 1445H☆

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

"Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya" [Surah an-Nisa' 4]

#Syeikh Muhammad Zuhaili menyatakan: "Sekiranya seseorang isteri itu memberi (hibah) kepada suaminya sebahagian daripada maharnya maka harus bagi suaminya itu mengambilnya. Dan ia merupakan pemberian yang baik selagi mana ia meredhainya".

#Amalan memberi hibah, hadiah ataupun sedekah merupakan satu amalan yang digalakkan dalam Islam. Firman Allah swt:

لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi" [Surah al-Baqarah 177]

#Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.

#Yakinilah bahawa harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang. Hadis daripada  Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

"Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya" (HR Muslim)

#Namun, perlu diingatkan bahawa janganlah diambil semula sesuatu yang telah dihadiahkan atau disedekahkan. Ulamak bersepakat bahawa tidak boleh mengambil kembali barang yang disedekahnya jika telah diterima oleh orang lain atau kaum keluarga.

#Ini berdasarkan nas Sayidina Umar bin al-Khattab r.a yang berkata:

مَنْ وَهَبَ هِبَةً لِصِلَةِ رَحِمٍ، أَوْ عَلَى وَجْهِ صَدَقَةٍ، فَإِنَّهُ لاَ يَرْجِعُ فِيهَا

"Siapa yang membuat hibahan kerana silaturrahim atau sebagai sedekah maka janganlah dia ambil kembali" (Riwayat Imam Malik dan al-Baihaqi)

♡Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Zulhijjah 1445H☆

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" [Surah al-Baqarah 187]

#Ayat ini menceritakan mengenai hal ehwal perkahwinan iaitu tentang hubungan intim suami dan isteri.

#Syeikh Dr. Mustafa al-Khin di dalam kitab beliau telah menyatakan beberapa hikmah perkahwinan, antaranya:

1. Memenuhi keperluan fitrah manusia
2. Mengembangkan masyarakat Islam dengan keturunan
3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani
4. Memelihara akhlak daripada kerosakan dan keruntuhannya.
5. Memelihara generasi manusia yang sejahtera
6. Mengembangkan kekeluargaan dan mengeratkan semangat kerjasama (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)

#Apabila berlaku akad nikah antara suami dan isteri, antara peranan kedua-duanya adalah untuk menjadi pakaian antara satu sama lain.

#Sayidina Ibn Abbas r.huma menyatakan bahawa maksud yang dikehendaki dari ayat di atas adalah 'mereka adalah ketenangan bagi kalian dan kalian pun adalah ketenangan bagi mereka'. Manakala dalam Tafsir at-Tabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah berkumpulnya dua jasad menjadi satu, iaitu 'bersetubuh'. (Lihat: Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran)

#Ketahuilah bahawa setiap pasangan memiliki kehendak dalam melayani naluri intim pasangan masing-masing dan perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak. Tetapi bagi wanita, hendaklah melayan kehendak suaminya bilamana diajak. Hal ini berdasarkan hadis Nabi saw:

إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ فَبَاتَ غَضْبَانَ عَلَيْهَا لَعَنَتْهَا المَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ

"Apabila seorang suami mengajak isterinya ke katil (dengan tujuan untuk bersama), lalu isteri itu menolaknya, dan suami itu pun tidur dalam keadaan marah terhadap isterinya, maka para malaikat akan melaknatnya (isteri) sehinggalah dia bangun (daripada tidurnya) pada waktu pagi" (HR al-Bukhari)

#Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa haramnya seorang isteri itu menolak ajakan suaminya tanpa keuzuran yang syarak dan haid juga bukanlah satu keuzuran yang boleh menghalang ajakan suami kerana suami mempunyai hak untuk istimta’ (berseronok) dengan apa yang terdapat di atas kain (selain daripada faraj). Hadis ini juga bermaksud laknat daripada malaikat akan berterusan sehingga hilangnya maksiat dengan terbitnya fajar dan dengan suami itu merasa memadai atau dengan taubat si isteri apabila menerima ajakan suami tersebut untuk bersama. (Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

#Penuhilah kehendak seksual pasangan dan layanlah pasangan dengan sebaiknya serta lindungilah pasangan. Suami isteri merupakan pasangan yang saling melindungi di antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan.

#Hayatilah hadis ini:

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا، قِيْلَ لَهَا أُدْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

"Jika wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kemaluannya, mentaati suaminya, maka dikatakan kepadanya (pada hari Kiamat): ‘Masuklah ke dalam Syurga dari pintu mana pun yang kamu mahu" (HR Ahmad, Ibn Hibban dan al-Bazzar)

♡Wahai suami isteri, hiduplah bersama pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan penuh kemesraan. Tunaikan peranan anda dengan menjadi pakaian antara satu sama lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Zulhijjah 1445H☆

وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ

"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal" [Surah aṣ-Ṣāffāt 24]

#Allah swt memerintah malaikat, tahanlah mereka di tempat pemberhentian, sesungguhnya mereka akan ditanya tentang kebohongan dan dosa yang telah mereka lakukan di dunia.

#Setiap kelakuan dan perbuatan manusia semasa didunia akan dihisab, disoal dan ditanya tentang apa yang dilakukan didunia. Setiap dosa dan kesalahan akan dihitung dan dibalas dengan azab dan kesakitan yang luar biasa sengsaranya.

#Setiap dosa manusia di dunia tidak akan terlepas daripada perhitungan yang adil di akhirat kelak. Tidak akan ada manusia yang mampu untuk memanipulasi rekod amalannya kerana setiap perhitungan yang dilakukan Allah swt adalah sangatlah terperinci.

وَنَضَعُ ٱلۡمَوَ ٰ⁠زِینَ ٱلۡقِسۡطَ لِیَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ فَلَا تُظۡلَمُ نَفۡسࣱ شَیۡـࣰٔاۖ وَإِن كَانَ مِثۡقَالَ حَبَّةࣲ مِّنۡ خَرۡدَلٍ أَتَیۡنَا بِهَاۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَـٰسِبِینَ

"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung" [Surah Al-Anbiyāʾ 47]

#Ingatlah setiap amalan manusia sama ada amalan yang kecil atau besar semuanya akan ditahan lalu di hisab dan di tanya oleh Allah swt di hari akhirat nanti. Termasuk setiap anggota manusia sama ada mata, telinga, hidung, kaki, tangan, mulut, kepala, rambut dan kulit manusia akan di tanya satu persatu dan akan menjadi saksi .

#Anggota manusia tidak akan berbohong dan mereka akan berkata benar. Satu persatu mereka akan menjawab dan menjadi saksi di atas perbuatan manusia.

#Jika manusia melakukan amal soleh, taat kepada semua perintah Allah dan menjauhi laranganNya maka akan berbahagialah dia setelah melalui mizan dan mahkamah Allah swt. Tetapi sebaliknya jika manusia hidup di dunia penuh maksiat dan dosa, hari-hari membuat fitnah, mengumpat, menzalimi orang lain, tinggalkan solat, merampas hak orang lain, menipu dalam mengejar kekuasaan dan harta dunia, awas mereka akan hidup menderita berpanjangan.

♡Lakukanlah amal terbaik disepanjang hidup. Pastikan kita berjaya melepaskan diri daripada tahanan mahsyar dan mampu menjawab setiap permasalahan dan berjaya ke syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Zulhijjah 1445H☆

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ ۗ

"Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah daripada kalangan hamba-hambaNya hanyalah para ulamak (orang yang berilmu)" [Surah Fatir 28]

#Orang alim atau ulamak yang tidak mempunyai perasaan takut kepada Allah swt bukanlah orang alim yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi, orang alim yang keinginannya untuk mendapatkan kemewahan dunia, kemegahan dan bersikap takbur dengan ilmunya.

#Sebaik-baik orang alim ialah keilmuan yang dimilikinya menjelmakan perasaan takut kepada Allah swt. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal.

#Abu Muhammad r.a pernah ditanya: "Wahai Abu Muhammad! Siapakah ulamak?" Jawabnya: "Orang-orang yang mengutamakan akhirat daripada dunia dan mengutamakan Allah daripada diri mereka sendiri".

#Al-Wasiti r.a berkata: "Manusia yang paling pengasih ialah ulamak, kerana perasaan takut mereka kepada Allah dan kebimbangan mereka terhadap apa yang diajar oleh Allah swt".

#Para ulamak mempunyai banyak kelebihan di sisi Allah swt tatkala dia beramal dengan ilmunya dan sentiasa mematuhi titah perintah Allah swt. Begitu juga, menyampaikan ilmu dengan penuh jujur dan amanah. Syeikh Abdul Aziz al-Badri berkata:

"Tanpa ulamak, manusia menjadi jahil. Mereka akan disambar oleh syaitan yang terdiri dari jin dan manusia dari segenap penjuru dan diselubungi oleh kesesatan dan hawa nafsu dari segala jurusan. Oleh kerana itu, ulama adalah rahmat kurnia Allah swt kepada penghuni bumi ini. Penjadi pelita yang bersinar di dalam gelap gelita bertindak sebagai penyuluh dan petunjuk. Merekalah jurubicara Allah di muka bumi" (Lihat: Islam Di Antara Ulamak dan Pemerintah)

#Rasulullah saw bersabda:

صِنْفَانِ مِنَ النَّاسِ إِذَا صَلَحَا صَلَحَ النَّاسُ، وَإِذَا فَسَدَا فَسَد النَّاسُ : الْعُلَمَاءُ وَالأُمَرَاءُ

"Dua golongan dari manusia apabila kedua-duanya itu baik maka baiklah manusia dan apabila kedua-duanya rosak, rosaklah manusia iaitu ulamak dan pemerintah" (Riwayat Abu Na‘im di dalam Hilyah al-Awliya’)

♡Jadilah ulamak yang bertaqwa dan sentiasa menyampaikan kebenaran dengan penuh kejujuran♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Muharram 1446H☆

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُدۡخِلَنَّهُمۡ فِی ٱلصَّـٰلِحِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 9]

#Sambung bicara berkaitan amal soleh yang di galakkan dilakukan dibulan Muharram iaitu puasa.

#Puasa yang utama pada bulan Muharram ialah puasa 'Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa Asyura mempunyai kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang telah disebutkan. Begitu juga di nyatakan sunat puasa pada hari ke-9 atau pada hari ke-11 sebagai pelengkap kepada puasa Asyura.

#Di dalam as-Sahihain daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma berkata:
 
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم لَمَّا قَدِمَ الْمَدِينَةَ وَجَدَهُمْ يَصُومُونَ يَوْمًا، يَعْنِي عَاشُورَاءَ، فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ عَظِيمٌ، وَهْوَ يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ فِيهِ مُوسَى، وَأَغْرَقَ آلَ فِرْعَوْنَ، فَصَامَ مُوسَى شُكْرًا لِلَّهِ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏ أَنَا أَوْلَى بِمُوسَى مِنْهُمْ ‏"‌‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ‏.‏
 
"Rasulullah saw tiba di Madinah dan baginda dapati golongan Yahudi  berpuasa pada hari Asyura. Kata mereka: Ini adalah hari yang mulia yang mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya pada hari ini. Hari ini juga Allah menenggelamkan firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran. Kata Rasulullah saw: Aku lebih utama ke atas Musa berbanding mereka. Maka baginda pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa pada hari tersebut" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Diceritakan daripada Fath bin Syakhraf beliau berkata: "Aku memecah-mecahkan roti setiap hari untuk memberi makan kepada semut. Apabila tibanya hari ‘Asyura, mereka tidak memakannya".
 
#Diriwayatkan juga oleh Al-Qadir Billah Al-Khalifah Al-Abbasi bahawa perkara tersebut turut berlaku kepada dirinya dan beliau berasa pelik. Lalu beliau bertanya kepada Syeikh Abu Al-Hasan Al-Qazwini, lalu Syeikh itu berkata: "Hari ‘Asyura ini turut berpuasa padanya semut". Dikatakan, semut juga turut berpuasa pada hari ‘Asyura. (Lihat: Lathaif al-Ma’arif)

#Bulan Muharram disebut bulan Allah.

‏ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ

"Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Allah, iaitu bulan Muharram" (HR Muslim)

#Berkata Imam Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah:  "Sesungguhnya Nabi saw telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah. Penisbahannya kepada Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihannya. Sesungguhnya Allah tidak menisbahkan kepada diriNya melainkan makhluk-makhlukNya yang istimewa. Ketika mana bulan ini mendapat status istimewa dengan dinisbahkan kepada Allah, puasa pula merupakan amalan yang dinisbahkan kepada Allah. Sesungguhnya puasa adalah milik Allah. Amalan yang mempunyai sifat yang sama dengan keistimewaan bulan ini, iaitu dinisbahkan kepada Allah, ialah puasa"(Lihat: Lata’if al-Ma’arif)

♡sebagai permulaan dalam bulan takwim Hijri, maka sewajarnya kita mengisi bulan Muharram dengan pelbagai acara kebaikan terutamanya ibadah seperti puasa pada 9, 10 dan 11 Muharram dan juga ibadah-ibadah serta amal soleh yang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Muharram 1446H☆

 إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَان

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan" [Surah an-Nahl 90]

#Syeikh as-Sa’di menyatakan bahawa berlaku adil itulah adalah wajib, sedangkan berbuat baik (Ihsan) adalah merupakan nilai tambah yang disunatkan seperti manusia memberi manfaat dengan hartanya atau jasadnya atau ilmunya atau lain-lain perkara yang bermanfaat. (Lihat: Tafsir al-Sa’di)

#Terdapat satu kisah Sultan Muhammad al-Fateh dengan arkitek daripada Rom. Sultan Muhammad al-Fateh telah memerintahkan untuk membina masjid di Bandar Istanbul dan beliau melantik seorang arkitek bernama Esplanati al-Rumi, seorang arkitek mahir untuk mengendalikan pembinaan masjid tersebut. Sultan telah memerintahkan supaya membina masjid ini daripada marmar dan tiang masjid ini dibina tinggi supaya ianya kelihatan mewah dan ketinggian itu ditentukan oleh arkitek tersebut. Tetapi Arkitek al-Rumi ini telah memberi arahan supaya dipendekkan tiang menjadikan ianya rendah tanpa memberitahu Sultan atau meminta pandangan daripada sultan. Dan ketika Sultan al-Fateh mendengar berita tersebut, beliau menjadi marah kerana apa yang dibuat oleh arkitek itu tidak ada faedah dan manfaat pada pandangannya dan disebabkan oleh kemarahan beliau, beliau memerintahkan supaya tangan arkitek tersebut dipotong. Walaupun arkitek tersebut telah menyesal namun sesalannya itu sudah terlambat.

#Arkitek al-Rumi ini tidak berdiam diri tentang ketidakadilan yang menimpanya. Dia berjumpa dan mengadu kepada Qadhi Istanbul, yang reputasi keadilannya telah tersebar di seluruh kerajaan. Qadhi tidak teragak-agak untuk menerima aduan tersebut ini, dan mengirim utusan kepada Sultan memanggilnya untuk hadir di hadapannya di mahkamah.

#Sultan Muhammad al-Fateh pun berdiri di sebelah lawannya, iaitu arkitek al-Rumi, yang menjelaskan aduannya kepada hakim. Dan ketika giliran Sultan untuk berbicara, dia menyokong apa yang dikatakan oleh al-Rumi. Setelah selesai, dia berdiri menunggu keputusan Qadhi, yang berfikir sebentar dan kemudian berpaling kepadanya dan berkata: "Menurut perintah undang-undang, tangan kamu harus dipotong, wahai Sultan, sebagai hukuman Qisas!"

#Arkitek al-Rumi tercengang, dan merasa gementar dengan keputusan yang diucapkan oleh Qadhi dan yang tidak ada dalam fikirannya agar dipotong tangan pembuka kota Konstantinopel. Apa yang ada dalam fikirannya hanyalah pampasan wang sahaja. Dengan suara terpana dan gementar, al-Rumi mengatakan kepada Qadhi, bahawa dia menarik balik tuntutannya, dan bahawa apa yang dia harapkan daripadanya adalah pampasan harta sahaja, kerana memotong tangan Sultan tidak akan menguntungkan apa-apa baginya. Jadi, Qadhi memerintahkannya untuk membayar sepuluh keping wang untuk al-Rumi tersebut setiap hari sepanjang hidupnya, sebagai ganti rugi atas kerugian besar yang ditanggungnya. Tetapi Sultan Muhammad al-Fateh memutuskan untuk memberikannya dua kali ganda iaitu dua puluh keping wang setiap hari, sebagai ungkapan kegembiraannya atas pembebasannya daripada hukuman qisas tersebut, dan juga sebagai tanda penyesalannya. (Lihat: Rawaie’ min al-Tarikh al-Uthmani)

♡Keadilan Islam tidak kira siapa kamu dan apapun kedudukan kamu. Maka, berlaku adillah pada semua manusia tanpa khianat dengan amanah yang diberikan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAQAF PEMBINAAN TEMPAT WUDHUK BERBUMBUNG MASJID AR-RAHMAN, SIMPANG SANGLANG, PERLIS*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-TEMPAT-WUDHUK

Masjid ar-Rahman terletak di Kg Simpang Sanglang, Perlis. Masjid ini berada dalam kawasan kampung yang penduduknya sekitar 350 buah rumah.

Setiap kali solat Jumaat, ruang solat penuh dan jemaah Jumaat sekitar 250 orang. Waktu solat jemaah biasa kehadiran sekitar 60 orang dan lebih.

Setiap pagi selepas solat Subuh, tadabbur al-Quran dijalankan. Setiap hari Sabtu diisi dengan kuliah Subuh. Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis diadakan kuliah maghrib. Petang Ahad dipenuhi dengan muslimat untuk kuliah muslimat. Kelas mengaji al-Quran setiap Rabu dan Khamis bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dijalankan kelas al-Quran untuk kanak-kanak bermula jam 3 petang.

Setelah sekian lama masjid ini beroperasi dan diimarahkan serta jadual pengajian semakin bertambah, *pihak Masjid ar-Rahman Simpang Sanglang bercadang untuk membina tempat wudhuk lelaki (tambahan) berbumbung di bahagian luar/tepi bangunan masjid.*

Kerja pembinaan dinding 12 kaki tinggi x 20 kaki lebar dan keluasan lantai panjang 20 kaki dan lebar 12 kaki serta bermozek.

*KOS DIPERLUKAN SEKITAR RM10 RIBU*

Semoga dengan terbinanya tempat wudhuk ini akan menambahkan lagi keselesaan jemaah yang semakin hari semakin bertambah, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan hari yang diadakan pengajian.

Maka, pihak Masjid ar-Rahman memohon jasa baik daripada pihak Geng Talaqqi untuk melancarkan dana untuk projek pembinaan tempat wudhuk ini.

*Dengan ini, pihak Geng Talaqqi membuka peluang untuk sama-sama kita berinfaq berkongsi pahala yang besar terutama di hari Jumaat yang dijanjikan pahala berganda dan bulan Muharram yang digalakkan kita menggandakan amal soleh dan kebajikan. Moga kita berjaya mengaut pahala lumayan pada setiap hari tatkala masjid ini diimarahkan!!*

Jazakumullahu khairan kathira. Terima kasih banyak-banyak kepada para penyumbang sekelian. Moga menjadi saham terbesar untuk kita di Mahsyar kelak. Aamiiin
===========
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-TEMPAT-WUDHUK

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Bina Tempat Wudhuk

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafBinaTempatWudhuk

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafBinaTempatWudhuk

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafBinaTempatWudhuk

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafBinaTempatWudhuk

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Muharram 1446H☆

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

#Terdapat banyak sebab dan faktor yang menuntut umat Islam Mekah pada zaman Rasulullah saw untuk melakukan hijrah ke Madinah:

1. Untuk membolehkan mereka menegakkan syiar agama dan mengelakkan diri daripada penindasan.

2. Untuk membolehkan mereka mempelajari agama dan memahami hukum-hakamnya.

3. Untuk membuat persediaan bagi menegakkan sebuah negara Islam, menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk bumi, mempertahankannya dan melahirkan para pendakwah (Lihat: al-Tafsir al-Munir)

#Namun, setelah berlaku pembukaan kota Mekah, hukum berhijrah ke Madinah dari Mekah sudah tidak menjadi wajib lagi. Daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma bahawa Nabi saw bersabda:

لاَ هِجْرَةَ، وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ، وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ، فَانْفِرُوا

"Tiada hijrah (selepas pembukaan Makkah). Akan tetapi jihad dan niat. Apabila kamu diseru (untuk berjihad), maka hendaklah kamu keluar" (HR al-Bukhari)

#Pun begitu, jika terdapat sebab atau faktor yang menuntut hijrah berlaku seperti terdapatnya sebab-sebab yang dinyatakan di atas, maka hijrah wajib dilaksanakan pada mana-mana masa sekalipun.

#Imam Ibn al-‘Arabi menjelaskan bahawa hijrah terbahagi kepada enam bahagian:

1. Keluar dari negara harbi ke negara Islam.
2. Keluar dari negeri bidaah.
3. Keluar dari negeri yang banyak mengandungi perkara haram.
4. Melarikan diri kerana takut disakiti secara fizikal di sesuatu tempat.
5. Keluar kerana menjaga kesihatan.
6. Melarikan diri kerana bimbang diganggu hartanya, atau ahli keluarganya, bahkan ia adalah lebih utama. (Lihat: Ahkam al-Quran)

#Hayatilah firman Allah swt ini:

إِنَّ ٱلَّذِینَ تَوَفَّىٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ ظَالِمِیۤ أَنفُسِهِمۡ قَالُوا۟ فِیمَ كُنتُمۡۖ قَالُوا۟ كُنَّا مُسۡتَضۡعَفِینَ فِی ٱلۡأَرۡضِۚ قَالُوۤا۟ أَلَمۡ تَكُنۡ أَرۡضُ ٱللَّهِ وَ ٰ⁠سِعَةࣰ فَتُهَاجِرُوا۟ فِیهَاۚ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا * إِلَّا ٱلۡمُسۡتَضۡعَفِینَ مِنَ ٱلرِّجَالِ وَٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡوِلۡدَ ٰ⁠نِ لَا یَسۡتَطِیعُونَ حِیلَةࣰ وَلَا یَهۡتَدُونَ سَبِیلࣰا

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’ Mereka menjawab: ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.’ Malaikat bertanya lagi: ‘Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?’ Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah)" [Surah an-Nisa’ 97-98]

♡Berhijrahlah dengan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah dan RasulNya serta diamilah suatu tempat yang dipenuhi rahmat dan keberkatan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Muharram 1446H☆

فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

"Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Aali Imran 195]

#Rasulullah saw di perlakukan begitu zalim oleh kaum Quraisy sewaktu baginda mula menyebarkan agama Islam. Digelar sebagai orang gila, di hina, dimaki, dilempar najis, dibelasah dan juga mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada baginda saw samada harta, pangkat dan wanita asalkan Rasulullah saw sanggup berhenti daripada menyampaikan berdakwah. Usaha mereka gagal.

#Kaum musyrikin Quraisy yang tidak pernah berputus asa, mengambil langkah yang lebih zalim. Mereka mula menangkap dan menyeksa sahabat nabi di kalangan mereka yang lemah. Satu persatu sahabat nabi saw di kalangan hamba abdi menjadi sasaran mereka, begitu juga kepada kaum keluarga mereka sendiri atau kepada sesiapa sahaja yang boleh mereka aniaya. Sayidina Abu Bakar r.a pernah diikat bersama Sayidina Thalhah bin ‘Ubaidillah r.a ketika mereka ingin melakukan solat oleh Naufal bin Khuwailid al-Adawi.

#Sayidina Zubair bin Awwam, saat itu berusia 16 tahun. Tubuhnya pernah dipukul oleh kaum musyrik berkali-kali sehingga membuat dadanya terkena penyakit. Rasulullah saw lalu mengizinkan Sayidina Zubair memakai pakaian sutera untuk menyembuhkan penyakitnya.

#Keluarga Sayidina Ammar bin Yasir berasal dari bani Makhzum. Mereka di seret keluar menuju al-Abthah oleh kaum musyrik yang dipimpin oleh Abu Jahal. Ayahnya meninggal kerana seksaan itu sedangkan ibunya, Sayidatina Sumayyah r.ha, ditusuk dari arah belakang dengan tombak oleh Abu Jahal. Beliaulah wanita pertama yang mati syahid. Sementara Sayidina Ammar pula dijemur ditengah panas dan di atas dadanya ditindih dengan batu yang keras. Mereka juga menenggelamkan wajahnya ke dalam air sehingga pengsan.

#Terdapat ramai lagi para sahabat yang patut dikenang di atas kesengsaraan dan penderitaan yang mereka alami demi mempertahankan tauhid mereka sebelum Allah swt perintahkan mereka berhijrah.

#Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kuffar Mekah menggandakan tekanan dan seksaan ke atas para sahabat. Kemudian barulah diperintahkan berhijrah meninggalkan Mekah menuju ke Madinah.

#Sabda Nabi saw: "Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah)" (HR al-Bukhari)

#Dalam riwayat lain: "Aku diperlihatkan negeri hijrah kamu, iaitu satu negeri yang memiliki pohon kurma di antara dua yang berbatu" (HR al-Bukhari)

#Apabila kaum muslimin mendengar sahaja ucapan Rasulullah saw ini, maka mereka terus bergegas melakukan hijrah ke kota Madinah. Begitu juga dengan sebahagian kaum muslimin yang sedang berada di Habsyah. Mereka juga segera berangkat menuju ke kota Madinah.

♡Allah swt menjanjikan syurga bagi mereka yang berhijrah mempertahankan akidah keIslaman mereka hanya kerana mencari redha Allah swt semata-mata♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Muharram 1446H☆

وَمَن يُهَاجِرْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ يَجِدْ فِي الْأَرْضِ مُرَاغَمًا كَثِيرًا وَسَعَةً

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur" [Surah al-Nisa’ 100]

#Syeikh al-Maraghi berkata: Barangsiapa berhijrah di jalan Allah swt, iaitu dengan tujuan mencari keredaanNya dan untuk menegakkan agamanya sesuai dengan kewajipan bagi dirinya selaras dengan jalan yang dicintai oleh Allah swt, nescaya akan memperoleh tempat yang memberinya kelepasan di muka bumi ini. Jika mereka yang tadinya berasa tertindas, mereka akan mendapat tempat perlindungan sehingga mereka memperoleh kebaikan dan rezeki yang banyak di samping terselamat daripada penindasan dan kehinaan.

Ayat ini mengandungi janji kepada orang yang berhijrah di jalan Allah swt bahawa mereka akan memperoleh kemudahan-kemudahan kehidupan yang lebih baik, terlepas daripada penindasan musuh dan mengalahkan musuh. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Ini jelas menunjukkan hijrah mempunyai kedudukan yang mulia dan istimewa dalam Islam. Meneliti sejarah hijrah, terlalu ramai para Rasul melakukan hijrah seperti Nabi Ibrahim Alaihissalam, Nabi Musa Alaihissalam dan lain-lain. Betapa hebatnya hijrah sehingga Allah menjanjikan dengan syurga berdasarkan nas yang banyak sama ada daripada al-Quran dan Sunnah.

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Taubah 100]

#Sabda Rasulullah saw:
 
لَمَّا سُئِل عَنْ أَفْضَلِ الإِيمانِ قَالَ: الْهِجْرَةُ
 
"Apabila ditanyakan berkenaan seafdhal iman, jawab Baginda saw: "Hijrah" (HR Ahmad)

#Selain itu juga, Ia menggambarkan kehebatan dan kekuatan umat Islam yang melaksanakan hijrah. Justeru sewajarnya umat Islam memahami erti dan makna hijrah. Mudah-mudahan dengan itu kita dapat menghijrahkan diri kita dalam usaha untuk menggapai mardhatillah.

#Imam Ibn Qayyim al-Jauziyah berkata, Hijrah terbahagi kepada dua:

1. Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke sebuah negeri yang lain.
2. Hijrah dengan hati kepada Allah dan RasulNya, iaitu hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada). Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah kepada cinta kepadaNya. Daripada Ubudiyyah selainNya kepada Ubudiyyah Allah. (Lihat: al-Risalah al-Tabukiyah)

♡Peristiwa hijrah Nabi saw ke kota Madinah merupakan satu kisah atau peristiwa yang penting kerana bermula dari situlah agama Islam dapat disebarkan sehingga ke serata dunia. Jom, teruskan perjuangan dan dakwah sebarkan Islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*INVESTMENT AKHIRAT: SUMBANGAN WAQAF BAIK PULIH RUMAH NGAJI GENG TALAQQI*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-RUMAH-NGAJI-GT

*LATAR BELAKANG RUMAH NGAJI GENG TALAQQI*

*Latar Belakang Rumah Ngaji*

Puan Zuraidah, seorang insan pemurah (meninggal dunia tahun lepas) telah mewaqafkan tanahnya yang terdapat sebuah rumah pusaka kepada NGO Geng Talaqqi untuk diuruskan oleh Geng Talaqqi.

Niat murni pewaqaf agar rumah tersebut dijadikan rumah ngaji untuk menjana aliran pahala untuknya dan arwah ibu bapanya.

Bagi pihak Geng Talaqqi, menerima amanah ini, dan akan uruskan rumah tersebut untuk dijadikan rumah ngaji dan tempat ilmu (pengajian al-Quran, fardhu ain dan kuliah ilmu).

*RUMAH NGAJI GENG TALAQQI IALAH RUMAH NGAJI PARA PENYUMBANG DAN PENGINFAQ GENG TALAQQI. RUMAH NGAJI KITA SEMUA. SAHAM KUBUR DAN SAHAM AKHIRAT KITA SEMUA*

*Alamat Rumah Ngaji*

Bertempat di Kg Pasir, Ulu Yam Baru, Selangor.

*SASARAN KUTIPAN DANA*

*RM30 ribu*

1. Menukar bumbung yang bocor dan reput
2. Menggantikan pintu, dinding dan kayu2 yang usang dan reput
3. Mengecat bahagian luar dan dalam rumah
4. Baik pulih pagar yang rosak
5. Baik pulih sistem pendawaian elektrik dan menukar lampu serta kipas yang rosak
6. Kemaskini persekitaran luar rumah
7. Menyediakan peralatan rumah ngaji

Kami mengajak para penyumbang semua untuk menyuburkan rezeki dengan menyumbang sedikit dari harta yang kita miliki untuk rumah ngaji Geng Talaqqi Ini. InsyaAllah dengan bersedekah Allah swt telah janjikan ganjaran yang berlipat kali ganda...

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan beroleh syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin
___
*Sumbangan waqaf/infaq boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/WAQAF-RUMAH-NGAJI-GT

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Rumah Ngaji Geng Talaqqi

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/RumahNgajiGengTalaqqi

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/RumahNgajiGengTalaqqi

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/RumahNgajiGengTalaqqi

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/RumahNgajiGengTalaqqi

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1445H☆

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Al-Khaththabi rahimahullah berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

"Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat" (Lihat: Ibnu Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam)

#Berkata Ibnu Baththal rahimahullah:

والنصيحة فرض كفاية يجزىء فيها من قام بها وتسقط عن الباقين والنصيحة لازمة على قدر الطاقة البشرية إذا علم الناصح أنه يقبل نصحه ويطاع أمره وأمن على نفسه المكروه فإن خشي أذى فهو في سعة والله أعلم

"Nasihat itu hukumnya fardhu kifayah, sekiranya ada orang yang melaksanakannya, maka yang lain terlepas dari kewajiban tersebut. Dan nasihat adalah suatu perkara yang wajib berdasarkan kemampuan masing-masing. Jika seseorang mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, perintahnya akan diikuti, dan dirinya bebas dari perkara-perkara yang membahayakan dan dibenci, maka ia perlu memberikan nasihatnya. Tetapi, sekiranya ia bimbang akan disakiti maka ia boleh memilih sama ada menasihati ataupun tidak. Wallahua’lam" (Lihat: Syarah Shahih Muslim dan Subulus Salam Syarah Bulughul Maram)

#Sebaik-baik nasihat ialah nasihat yang diberikan kepada seseorang dengan cara tersembunyi dan tidak mengaibkan. Berkata Imam as-Syafi’i rahimahullah:

من وعظ أخاه سرا فقد نصحه وزانه ومن وعظه علانية فقد فضحه وشأنه

"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara senyap-senyap (rahsia),
maka dia telah memberikan nasihat dan memuliakan. Dan sesiapa yang memberikan nasihat secara terang-terangan, maka sebenarnya dia telah membongkar aib dan merendahkannya." (Lihat: Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab)

#Dalam situasi tertentu kita dituntut memberikan teguran atau nasihat secara terbuka atau terang-terangan. Hal ini dibolehkan apabila kesalahan itu dilakukan secara terang-terangan atau boleh memberi kesan atau pengaruh yang buruk kepada kaum muslimin yang lain-lain.

#Berkata Imam Ahmad rahimahullah: "Manusia memerlukan kesopanan, kelembutan, dan tanpa kekerasan dalam melaksanakan suruhan kepada perkara ma’ruf. Melainkan mereka yang menonjolkan secara terang-terangan kefasikannya dan melakukan kerosakan, maka wajib ke atas kamu mencegahnya dan menjelaskan perbuatannya tersebut kerana seseorang yang fasiq itu tidak memiliki kehormatan dan dia tiada maruah" (Lihat: Al-Amru bil Ma’ruf wa an-Nahyu ‘An al-Mungkar)

♡Nasihat kepada yang baik, melarang kepada yang salah adalah tuntutan bagi seorang muslim yang beriman♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Zulhijjah 1445H☆

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 

"Juga saling nasihat-menasihati kepada kebenaran dan saling nasihat-menasihati  kepada kesabaran" [Surah al-Asr 3]

#Maksud saling berpesan dengan kebenaran ialah: Mereka saling menasihati untuk mengerjakan amalan, sebagaimana diturunkan oleh Allah di dalam KitabNya, iaitu yang diperintahkanNya dan menjauhi apa yang dilarangNya. Manakala maksud saling berpesan dengan kesabaran pula ialah: Mereka saling menasihati untuk menetapi kesabaran dalam melaksanakan ketaatan terhadap Allah. (Lihat: Tafsir at-Tabari dan Tafsir al-Qurtubi)

#Antara manusia yang perlu didakwah, ditegur dan dinasihati ialah para pemimpin. Perkara yang perlu difahami bahawa redha dengan kesalahan dan kezaliman pemerintah adalah satu dosa.

#Daripada Sayidatina Ummu Salamah Hindun binti Abi Umayyah r.ha, Rasulullah saw bersabda:

ستكونُ أمراءُ. فتعرفونَ وتُنْكرونَ. فمن عَرِف بَرِئ. ومن نَكِرَ سَلِمَ . ولكن من رَضِي وتابعَ قالوا: أفلا نقاتلهُم؟ قال: لا. ما صلوا

"Akan ada para pemimpin kelak. Kamu semua mengenal mereka dan menolak perbuatan mereka. Siapa yang membenci kekeliruannya, maka ia terlepas dari dosa. Siapa yang menolaknya, maka ia selamat. Namun yang redha dan mengikutinya, itulah yang tidak selamat". Para sahabat bertanya: "Apakah kita perangi sahaja pemimpin seperti itu?" . Nabi menjawab: "Jangan, selama mereka masih solat" (HR Muslim)

#Justeru, menjadi kewajipan untuk para ulamak menegur mana-mana pemimpin yang dilihat melakukan kemungkaran atau ketidakadilan dalam pemerintahannya. Kaedah yang paling tepat untuk menegur pemimpin adalah menasihatinya. Jika nasihat dan teguran telah disampaikan, namun tidak ada perubahan maka sudah terlepas tanggungjawab para ulamak.

#Berkata Imam Sufyan at-Thauri:

لَا يَأْمُرُ السُّلْطَانَ بِالْمَعْرُوفِ إِلا رَجُلٌ عَالِمٌ بِمَا يَأْمُرُ وَيَنْهَى، رَفِيقٌ بِمَا يَأْمُرُ وَيَنْهَى، عَدْلٌ

"Tidak selayaknya mengajak pemimpin kepada yang ma’ruf melainkan dia seorang yang ‘alim (berilmu) dengan apa yang diperintahkan dan dilarang, berlemah-lembut dengan apa yang diperintahkan dan dilarang, serta bersikap adil (dalam menyampaikan)" (Lihat: Syarh al-Sunnah, Al-Baghawi)

#Kepentingan nasihat kepada pemimpin adalah agar lahir pemimpin yang bertakwa yang takutkan Allah swt serta sangat bertanggungjawab. Pemimpin yang bertakwa pasti akan menolong rakyatnya yang berada dalam kesusahan. Bermula suatu kehancuran kepada sesebuah pemerintahan apabila pemimpin mula lalai dengan tanggungjawabnya dan rakyat sudah mula ingin memberontak. Sabda Nabi saw:

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

"Tiada dikalangan hamba yang diberikan kepimpinan untuk memimpin rakyatnya dan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya di bawah pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Tanggungjawab ulamak yang lebih besar ialah melaksanakan tanggungjawab nasihat untuk para pemimpin dan menyeru mereka supaya berhukum dengan kitab Allah dan sunnah RasulNya. Sesungguhnya Allah akan menghisab mereka sekiranya mereka cuai melaksanakan tanggungjawab ini. Rasulullah saw pernah bersabda:

إِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ كَلِمَةُ حَقٍّ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Sesungguhnya jihad yang paling afdhal ialah menyatakan kebenaran di hadapan pemimpin yang zalim" (HR Ahmad)

#Pastikan ada ulamak yang sentiasa menasihati para pemerintah dengan ikhlas dan penuh keinsafan.

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي؛ يُقَاتِلُوْنَ عَلَى الْحَقِّ، ظَاهِرِيْنَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Akan sentiasa ada sekelompok daripada umatku yang akan berjuang membela kebenaran. Mereka ini akan sentiasa ada sehingga hari Kiamat" (HR Muslim)

♡Para ulamak perlu sentiasa menasihati pemimpin dan menyatakan pandangan dengan jujur tanpa sebarang kepentingan dan ketakutan kepada makhluk♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Zulhijjah 1445H☆

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya" [Surah Yusuf 55]

#Sambung bicara tentang isu berkaitan keghairahan untuk memegang jawatan dan kuasa.

#Sebahagian manusia beranggapan jawatan itu adalah ghanimah. Ghanimah digunakan merujuk harta yang diperolehi hasil daripada kemenangan dalam peperangan menentang orang-orang kafir. Perkataan ini juga bermaksud faedah, keuntungan, berhasil mendapat sesuatu kebaikan. Sebahagian manusia menganggap jawatan sebagai kemasyhuran (tasyrif).

#Sesungguhnya jawatan adalah amanah dan tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul. Ia bukanlah semata-mata ghanimah (keuntungan) ataupun kemasyhuran (tasyrif) seperti yang dilihat oleh kebanyakan orang, bahkan ia adalah suatu beban tanggungjawab (taklif) yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin.

#Ini sebagaimana kata-kata pepatah Arab yang masyhur: "Sesiapa yang bertambah kemasyhurannya, maka bertambahlah pula beban tanggungjawabnya".

#Kerana itulah Rasulullah saw mengingatkan mereka yang melihat hanya semata-mata kepada jawatan dan pangkat bahawa jawatan dan pangkat itu tidak lebih daripada amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Daripada Sayidina Abu Zar al-Ghifari, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: "Wahai Rasulullah, kenapa tidak engkau meletakkan aku di mana-mana jawatan?".
Kemudian Baginda memukul bahuku dengan tangannya dan kemudiannya Baginda bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya kamu adalah seorang yang lemah (dalam memegang memikul tugas dan jawatan). Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah, dan sesungguhnya ia adalah menjadi punca kehinaan dan penyesalan pada hari kiamat, kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan tuntutan jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya itu".

#Begitu juga dengan kata-kata Khalifah Umar Bin Abdul Aziz ketika beliau dilantik menjadi Khalifah: "Aku bukanlah orang yang menjatuhkan hukum, tetapi aku adalah pelaksana (kepada tugas dan amanah yang diberikan kepadaku), dan aku bukanlah orang yang pertama memulakan perkara ini (dilantik menjadi pemimpin), tetapi aku adalah orang yang mengikuti (menyambung perjuangan orang-orang terdahulu). Ketahuilah bahawa aku bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, tetapi aku adalah salah daripada kamu (yang sama seperti kamu), kecuali sesungguhnya Allah telah menjadikan beban tanggungjawabku lebih berat berbanding kamu semua".

#Orang yang beriman, berilmu dan bertaqwa menganggap jawatan sebagai Gharimah. Gharimah bermaksud hutang, denda, tanggungan yang membebankan. Orang yang berpendapat jawatan sebagai satu gharimah akan mengelakkan diri dari mengambilnya, lebih-lebih lagi apabila dia menginsafi akan kelemahan diri serta ketidak upayaannya untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan.

#Apabila jawatan dianggap Gharimah maka tidaklah berlaku perebutan jawatan, tiada yang ghairah meminta jawatan, tiada yang khianat dengan amanah, tiada yang menipu dan berbohong untuk dapatkan jawatan dan tiada yang auta setelah  memegang jawatan kerana mereka tahu jawatan adalah suatu bebanan yang menyusahkan hisab di mahsyar kelak kecuali orang yang benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya.

♡Jawatan adalah satu gharimah. Bukan ghanimah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: PENOREH GETAH MENJAGA MERTUA LUMPUH, ISTERI KEMALANGAN DAN ANAK OKU RAYU BANTUAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-PENOREH-GETAH

Husin bin Cik Rus, seorang penoreh getah di daerah Baling. Memiliki 7 orang anak. 2 sudah berkeluarga. 5 masih dibawah tanggungannya. Seorang anaknya OKU.

Pada masa yang sama beliau menjaga bapa mertuanya yang lumpuh. Diuji pula baru-baru ni isterinya kemalangan dan patah kedua-dua kaki.

Beliau perlu kuat untuk menjaga mertuanya yang lumpuh, isteri yang kemalangan serta anak oku. Mertua dan isterinya perlu diangkat untuk sebarang pergerakan untuk ke tandas dan sebagainya.

Setiap pagi beliau menguruskan anak-anak menghantar mereka ke sekolah dan menyediakan segala keperluan. Selesai semuanya, hampir jam 9 pagi barulah beliau pergi menoreh getah.

Begitulah rutin hariannya, menguruskan mertua, isteri dan anak-anak disamping perlu mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan dan juga untuk menampung kos pembelajaran anak-anak. Kehidupan semakin terasa berat kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja saat ini dan pergerakannya agak terhad menyebabkan tidak dapat melakukan beberapa kerja yang lain.

*Geng Talaqqi sangat berharap agar ada yang sudi membantu meringankan bebanannya untuk menampung kos hidup dan kos ulang alik rawatan. Satu perkara lagi, rumah yang diduduki sekarang hanya ada 2 bilik. Anaknya ramai dan semakin membesar. Beliau menyatakan hasrat ingin menambah 1 lagi bilik untuk keselesaan dan privacy anak-anaknya. Jom sama-sama kita bantu!!*

Mereka tiada harta yang banyak. Tiada tanah berekar-ekar. Tiada kenderaan mewah. Tiada simpanan kewangan yang banyak. Mereka sangat mengharapkan bantuan kita semua. 😭😭😭. Harini mereka diuji dan mereka sedang harungi walau dalam keadaan deraian airmata😭😭. Bayangkanlah jika ujian ini kena pada kita..😭(moga dijauhi)..

*Di hari Jumaat yang mulia, yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita membantu keluarga En. Husin dengan menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.😭😭*

Jazakumullahu khairan kathira. Semoga beroleh ganjaran syurgaNya dan moga setiap sen yang disumbangkan menjadi penghalang daripada azab nerakaNya. Aamiiin
.....................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-PENOREH-GETAH

*ATAU TERUS KE AKAUN:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: TABUNG DERITA PENOREH GETAH
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungDeritaPenorehGetah

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungDeritaPenorehGetah

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungDeritaPenorehGetah

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungDeritaPenorehGetah

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Zulhijjah 1445H☆

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ

"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka" [Surah al-Baqarah 187]

#Peranan suami isteri ialah menjadi pakaian pada pasangan masing-masing. Sentiasa melayani kehendak pasangan masing-masing terutama berkaitan seksual.

#Pun begitu, ada masanya Syarak tidak membenarkan suami bersama dengan isterinya yang dikenali sebagai uzur syar’ie. Waktunya larangan tersebut antaranya:

1. Disebabkan haid. Firrman Allah swt:

وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ

“Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci" [Surah al-Baqarah 222]

#Menurut Ibn al-‘Arabi, larangan mendekati membawa maksud tidak dibenarkan untuk mencampuri isteri. (Lihat: Ahkam al-Quran)

#Berkata Syeikh al-Maraghi berkata: Apabila perempuan telah mandi (suci daripada haid), maka datangilah mereka pada tempat yang dikehendaki yang telah diberitahu oleh Sunnatullah untuk memeliharanya, iaitu tempat keturunan (peranakan)" (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

2. Qiyas kepada haid juga, iaitu nifas.

Darah nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Tempoh minimum nifas ialah sekelip mata (لحظة). Kadang-kadang ia berterusan hingga beberapa hari dan biasanya hingga 40 hari. Manakala tempoh maksimumnya pula ialah 60 hari. Berdasarkan kajian Imam al-Syafie, darah yang keluar melebihi tempoh tersebut adalah darah penyakit. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji)
 
3. Disebabkan sakit, sehingga tidak mampu dari segi kudrat badan fizikalnya untuk melayan suaminya.
 
4. Boleh membawa mudarat. Hal ini dengan maksud, jika sabit bahawa dengan sebab persetubuhan boleh membawa kemudaratan dan kesakitan bagi perempuan, maka harus baginya untuk tidak menyahut ajakan suaminya.
 
5. Si isteri sedang melaksanakan kewajiban Syarak, seperti sedang solat fardhu, atau puasa fardhu, maka berhak baginya untuk tidak melayan suaminya. Tetapi, berilah alasan dengan penuh kasih sayang dan penghormatan pada suaminya.

♡Semoga rumah tangga yang dibina setiap pasangan layak mendapat Baiti Jannati (rumahku syurgaku)♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Zulhijjah 1445H☆

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّـهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang" [Surah an-Nur 36]

#Imam Ibn Kathir menyebutkan bahawa Allah swt memerintahkan untuk memuliakan masjid dengan menyucikannya daripada segala kotoran, perkara yang sia-sia, perkataan atau perbuatan yang tidak berkait dengannya. Ini juga adalah pendapat Ibn Abbas, ‘Ikrimah, al-Dhahhak, dan ramai lagi dalam kalangan ulamak tafsir.

#Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, kemuliaan masjid juga terletak pada fungsinya sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid perlu menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu berkaitan duniawi dan ukhrawi.

#Sejak zaman Rasulullah saw dan seterusnya dizaman para sahabat dan para tabi’in masjid telah menjadi pusat pengembangan ilmu-ilmu Islam kepada seluruh ummat. Bermula dari Madinah sehinggalah ke Andalusia, masjid-masjid di kota tersebut telah berkembang sebagai pusat-pusat pengajian sehingga menjadi universiti-universiti yang terbilang diwaktu itu dan sepatutnya dicontohi dizaman kini.

#Sabda Rasulullah saw tentang kelebihan berada dalam majlis ilmu di Masjid Nabawi. Rasulullah saw bersabda:

مَنْ جَاءَ مَسْجِدِي هَذَا، لَمْ يَأْتِهِ إِلَّا لِخَيْرٍ يَتَعَلَّمُهُ أَوْ يُعَلِّمُهُ، فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَمَنْ جَاءَ لِغَيْرِ ذَلِكَ فَهُوَ بِمَنْزِلَةِ الرَّجُلِ يَنْظُرُ إِلَى مَتَاعِ غَيْرِهِ

"Barangsiapa yang mendatangi masjidku ini, tidaklah dia datang melainkan kerana sesuatu kebaikan yang dia pelajari atau mengajarkannya, maka dia seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Dan barangsiapa yang mendatanginya disebabkan selain daripada itu, maka dia seperti seseorang yang melihat barang milik orang lain" (HR Ibnu Majah)

#Bilamana Nabi saw sebut ‘barangsiapa yang mendatangi masjidku ini’ maksudnya Masjid Nabawi semata-mata sebab pada masa itu hanya masjid an-Nabawi tempat belajar ilmu.

#Syeikh Muhammad bin Abdul Hadi as-Sindi umpamakan masjid seperti pasar ilmu. Siapa yang pergi masjid seumpama membeli ilmu dengan belajar dan mengajar. (Lihat: Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah)

#Maka, muliakanlah masjid dengan amal ibadah, zikrullah, majlis ilmu dan juga perkara-perkara yang mengingati akhirat. Janganlah mencemari kemuliaan masjid dengan berbual-bual kosong perihal dunia dan perkara-perkara lagha di dalam masjid.

#Hukum berbual di dalam masjid adalah harus selagimana tidak mengganggu orang lain yang sedang beribadah di dalam masjid tersebut. Diingatkan juga bahawa perbualan tersebut hendaklah dalam ruang lingkup perkara-perkara yang diharuskan dan tidak berlebih-lebihan serta bukan dalam perkara-perkara yang diharamkan seperti mengumpat, mencarut, mengadu domba dan sebagainya. Sabda Rasulullah saw:

يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَتَحَلَّقُونَ فِي مَسَاجِدِهِمْ وَلَيْسَ هِمَّتُهُمْ إِلاَّ الدُّنْيَا لَيْسَ لِلَّهِ فِيهِمْ حَاجَةٌ فَلاَ تُجَالِسُوهُمْ

"Akan datang satu masa di mana manusia akan berkumpul di dalam masjid, sedangkan tiadalah keinginan mereka (pada waktu itu) kecuali hanya dunia semata-mata. Allah tidak memerlukan kepada apa yang mereka lakukan dan janganlah kamu duduk bersama mereka" (HR al-Hakim)

♡Muliakanlah masjid dengan amal ibadah dan jadikanlah masjid sebagai pusat perkembangan ilmu. Meriahkan masjid dengan pelbagai aktiviti yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Zulhijjah 1445H☆

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya" [Surah al-Baqarah 82]
 
#Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menunjukkan orang-orang yang membenarkan Allah dan rasulNya, beriman dengan hari akhirat, melakukan amal soleh, menunaikan kewajipan, meninggalkan segala maksiat adalah orang-orang yang layak untuk memasuki syurga sebagai ganjaran di atas ketaatannya, pergantungannya serta keikhlasannya kepada Allah di waktu sembunyi dan terang-terangan. Ini juga merupakan dalil bahawa iman yang sahih bersama amal soleh merupakan syarat untuk masuk ke dalam syurga. (Lihat: Tafsir al-Maraghi)

#Sebagai umat Islam kita sememangnya dituntut untuk berusaha mendapatkan syurga Allah swt di akhirat kelak. Bahkan terdapat beberapa nas dari al-Quran dan juga hadis nabi saw yang menganjurkan hal tersebut. Firman Allah swt:

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

"Bersegeralah kamu ke arah (mendapatkan) pengampunan dari Tuhan kamu dan (bersegeralah) mendapatkan syurga yang luasnya melebihi langit-langit dan juga bumi yang disediakan buat golongan yang bertakwa" [Surah Aali Imran 133]

#Tanda-tanda yang menunjukkan manusia itu dalam kalangan mereka yang bertakwa dan bakal menghuni syurga ialah mereka rajin bertaubat kepada Allah swt. Walau apa juga kesilapan dan dosa dilakukan, janganlah berputus asa dan jemu memohon keampunan daripadaNya.

#Sikap malas bertaubat membuktikan manusia malas untuk masuk syurga kerana sesungguhnya agama menggalakkan manusia meraih ganjaran dengan apa cara sekalipun. Antara usaha itu ialah bertaubat kerana manusia tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan juga sentiasa menggandakan amal soleh.

#Melazimkan diri bertamu ke rumah Allah swt dan menghidupkan majlis ilmu adalah tanda manusia bakal meraih ganjaran syurga. Mereka yang sentiasa berada di majlis ilmu adalah dalam kalangan orang yang akan dipermudahkan jalan menuju ke syurga.

#Begitu juga, orang yang sentiasa membantu orang lain juga dijanjikan syurga, terutama apabila bantuan diberikan tidak mengharapkan pujian dan balasan, maka Allah swt akan membantu mempermudahkan segala urusannya ke syurga.

#Ingatlah, kesilapan mereka yang bersungguh menyintai dunia dan mengikut hawa nafsu hanya akan memusnahkan impian mereka untuk beroleh ganjaran syurga di akhirat kelak.

♡Burulah syurga dengan iman yang lurus dan amal soleh yang ikhlas♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: INFAQ MISI SANTUNI ASNAF GUA MUSANG DAN KUALA KRAI, KELANTAN*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/SANTUNI-ASNAF-GUA-MUSANG

Assalamualaikum wbt para penyumbang yang budiman..

InsyaAllah, sukarelawan GENG TALAQQI akan turun padang menyantuni asnaf di kalangan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas terlantar, dan golongan memerlukan sekitar Gua Musang dan Kuala Krai dalam Misi Kembara Dakwah dan Kebajikan Asnaf Geng Talaqqi pada 22 dan 23 Jun 2024.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM10 RIBU*

InsyaAllah akan disampaikan sumbangan berupa Sekampit Beras, Seekor Ayam dan Sepapan Telur di samping keperluan-keperluan yang lain.

InsyaAllah akan diadakan juga lawatan kebajikan ke Masjid Madrasah Gua Musang, penyampaian Food Basket, Kuliah Maghrib dan sebagainya.

Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah rumah dan syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin

*SEDEKAH BUKANLAH sesuatu yang akan MERUGIKAN kita semua, ianya merupakan satu bentuk PENGORBANAN daripada kita untuk beroleh KEMULIAAN disisi ALLAH SWT dan KEBERKATAN pada REZEKI*

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin
=============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/SANTUNI-ASNAF-GUA-MUSANG

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Santuni Asnaf Gua Musang

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/SantuniAsnafGuaMusang

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/SantuniAsnafGuaMusang

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/SantuniAsnafGuaMusang

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/SantuniAsnafGuaMusang

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…
Подписаться на канал