*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF KIPAS GERGASI SURAU MAAHAD AL-MAARIF AL-ISLAMIAH, CHANGKAT JERING, PERAK*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/KIPAS-GERGASI-MAAHAD-AL-MAARIF
Jom jana pahala secara berterusan dari setiap amalan ahli Jemaah Surau Maahad al-Maarif al-Islamiah setiap kali mereka menunaikan solat, membaca al-Quran, berwirid, beriktikaf, mendengar kuliah dan beribadah. Dengan menyumbang untuk projek wakaf kipas gergasi, para penyumbang akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan dan lumayan. Insya Allah, Aamiiin.
Pihak maahad telah memohon sumbangan kepada Geng Talaqqi untuk projek Waqaf Kipas Gergasi yang bernilai RM15 RIBU.
Oleh itu, pihak Maahad telah memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk kita merebut pahala wakaf Kipas Gergasi tersebut.
*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM15 RIBU SAHAJA*
Untuk maklumkan semua, kebanyakan ahli jemaah surau maahad terdiri daripada para pelajar lelaki dan perempuan, guru-guru, ustaz, ustazah serta warga kerja maahad al-Maarif al-Islamiah.
Jom para dermawan, kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan Kipas Baru agar lebih selesa dan lebih jimat untuk kegunaan para ahli jemaah Surau al-Maarif al-Islamiah.
Terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga sumbangan anda diberkati Allah, diganjarkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan menjadi benteng daripada azab neraka. Aamiiin..
===========
Sabda Nabi saw:
قَالَ اللهُ: أَنْفِقْ يَا اْبْنَ آدَمَ أُنْفِقْ عَلَيْكَ
"Allah swt berfirman: Bersedekahlah wahai anak Adam, Aku akan membalas sedekah kalian" (HR al-Bukhari dan Muslim)
..............................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:
https://toyyibpay.com/KIPAS-GERGASI-MAAHAD-AL-MAARIF
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: KIPAS GERGASI MAAHAD AL-MAARIF
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/KipasGergasiMaahadAlMaarif
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/KipasGergasiMaahadAlMaarif
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/KipasGergasiMaahadAlMaarif
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/KipasGergasiMaahadAlMaarif
*Semoga infaq ini menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah*
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 11 Syaaban 1445H☆
كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..." [Surah al-Baqarah 216]
#Jihad merupakan antara amalan terbaik dan mulia. Bahkan Allah swt menjanjikan kepada para syuhada’ yang terkorban akan mendapat rezeki dan keuntungan daripada Allah swt yang tersangat istimewa.
#Firman Allah swt:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةࣲ تُنجِیكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِیمࣲ
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?"
تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)" [Surah aṣ-Ṣaff 10-11]
#Jika dikaji ayat-ayat al-Quran, Allah swt telah memberikan galakan yang cukup hebat serta janji yang cukup lumayan kepada kaum Mukminin berkenaan ganjaran besar jihad di jalan Allah.
#Firman Allah swt:
إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَ ٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ یُقَـٰتِلُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیَقۡتُلُونَ وَیُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَیۡهِ حَقࣰّا فِی ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِیلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُوا۟ بِبَیۡعِكُمُ ٱلَّذِی بَایَعۡتُم بِهِۦۚ وَذَ ٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar" [Surah at-Tawbah 111]
#Allah berfirman lagi:
فَلۡیُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ ٱلَّذِینَ یَشۡرُونَ ٱلۡحَیَوٰةَ ٱلدُّنۡیَا بِٱلۡـَٔاخِرَةِۚ وَمَن یُقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَیُقۡتَلۡ أَوۡ یَغۡلِبۡ فَسَوۡفَ نُؤۡتِیهِ أَجۡرًا عَظِیمࣰا
"Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar"
[Surah An-Nisāʾ: 74]
#Dan banyak lagi ayat Al-Quran serta himpunan hadis Rasulullah saw yang menerangkan perihal jihad, kewajipan berjihad dan kelebihan berjihad.
#Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu....
...Bersambung...
♡Berjihad di jalan Allah swt kerana sesungguhnya jihad di jalan Allah itu merupakan salah satu pintu dari pintu-pintu Syurga♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]
#Pembela orang beriman dan para pejuang Islam adalah Allah swt. Allah swt akan sentiasa membela dan menolong hambaNya yang beriman yang membela agamaNya.
وَكَانَ حَقّاً عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ
“…Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman" [Surah ar-Rum 47]
#Hendaklah difahami bahawa pertolongan dan pembelaan itu memang datang dari Allah swt. Allah memberikan kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki. Namun, Allah menjelaskan kriteria mereka, iaitu hamba-hambaNya yang soleh, beriman, beramal soleh, menyembahNya, tidak menyekutukanNya dengan yang lain, berjuang berjemaah, dan tidak sendirian serta benar-benar ikhlas dan hanya mencari redhaNya bukan kerana dunia dan seisinya. Perjuangannya sepenuhnya terikat dengan Islam, baik dari aspek pemikiran, hukum, mahupun pandangan.
#Firman Allah swt:
وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَیَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَیُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِینَهُمُ ٱلَّذِی ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَیُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنࣰاۚ یَعۡبُدُونَنِی لَا یُشۡرِكُونَ بِی شَیۡـࣰٔاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَ ٰلِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka" [Surah an-Nur 55]
#Oleh itu, berjuanglah membela agama Allah swt dengan sepenuh hati, jiwa dan nyawa, kerana Allah sentiasa melihat dan akan mendatangkan pertolonganNya.
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۖ
Katakanlah (Muhammad): "Berjuanglah. Allah pasti akan menyaksikan perjuanganmu. Begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 105]
♡Yakinlah bahawa sesiapa yang membela agama Allah maka Allah swt akan membelanya serta memberi kemenangan untuk mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Syaaban 1445H☆
وَذَرِ ٱلَّذِینَ ٱتَّخَذُوا۟ دِینَهُمۡ لَعِبࣰا وَلَهۡوࣰا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۚ وَذَكِّرۡ بِهِۦۤ أَن تُبۡسَلَ نَفۡسُۢ بِمَا كَسَبَتۡ لَیۡسَ لَهَا مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلِیࣱّ وَلَا شَفِیعࣱ وَإِن تَعۡدِلۡ كُلَّ عَدۡلࣲ لَّا یُؤۡخَذۡ مِنۡهَاۤۗ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ ٱلَّذِینَ أُبۡسِلُوا۟ بِمَا كَسَبُوا۟ۖ لَهُمۡ شَرَابࣱ مِّنۡ حَمِیمࣲ وَعَذَابٌ أَلِیمُۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ
"Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)" [Surah al-Anʿam 70]
#Perbuatan mempersenda agama adalah dosa besar dan bagi mereka akan dikenakan azab yang amat perit dan pedih. Pada hari ini, terdapat segelintir umat Islam yang cuba menjadi orang bijak pandai dalam bidang agama, yang hakikatnya mereka jahil tentang agama.
#Mereka mengeluarkan pendapat serta idea sendiri dan mudah mengeluarkan fatwa yang bukan sahaja tidak menepati panduan syarak, tetapi juga menyeleweng dan menimbulkan kontroversi dalam masyarakat. Mereka menjadikan sumber rujukan dalam media sosial sebagai hujah dan bukti seperti kata-kata orang tertentu dalam Tiktok, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang tertentu membawa ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka menjadi pencetus, pelopor, penyebar kesesatan terutama dalam perkara berkaitan agama.
#Terdapat juga golongan yang mempermainkan hukum Allah swt. Sebagai contoh, dengan mudah mengumumkan dia sudah murtad di khalayak ramai terutama dalam media sosial akibat daripada kesilapan diri sendiri. Ia berlaku dalam kalangan golongan yang merasakan mereka popular dalam masyarakat. Walaupun kelakuan mereka itu pelik dan bertentangan dengan tabii manusia, tetapi mereka berasa bangga untuk memberitahu semua orang bahawa mereka telah keluar daripada Islam.
#Imam al-Zarkasyi menyatakan: "Sesiapa yang berkata perkataan yang membawa kepada kufur secara sengaja tanpa niat untuk kufur maka beliau dikira murtad." (Lihat: al-Mansur fi al-Qawaid Fiqh Syafie)
#Terdapat juga golongan tertentu yang mempertikaikan hukum Allah seperti hukum hudud, Qisas dan juga hukum jenayah syariah yang termaktub dalam al-Quran. Ada juga yang menghebahkan bahawa mereka telah membuka aurat mereka dengan menggunakan alasan tidak bersedia serta pengaruh orang lain. Pakaian yang dahulunya sopan itu kononnya hanya desakan orang lain dan bukan kerelaan mereka sendiri.
#Terdapat juga dalam kalangan mereka yang melampaui batas sehingga mengumumkan mereka berzina serta bersekedudukan hingga melahirkan anak-anak zina yang tidak berdosa. Kes sumbang mahram dalam kalangan ahli keluarga amat berleluasa kini dalam masyarakat.
#Selain itu ada golongan tertentu yang ingin mencari populariti dengan melakukan perbuatan yang pelik dan bertentangan dengan norma manusia yang asal dengan melanggar fitrah seperti perempuan jadi lelaki dan lelaki jadi perempuan.
#Ketahuilah, orang yang sentiasa mempersendakan ajaran agama dan melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah orang yang termasuk dalam golongan yang dilaknat Allah swt.
♡Jangan sesekali bersekongkol atau bersama mereka yang mempersendakan hukum Allah dan segala perintah Allah swt. Bagi yang terlanjur, insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰلِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]
#Sambung lagi bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita.
#Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat yang kelihatan jauh lebih berat berbanding lelaki.
#Harus difahami bahawa keadilan Islam dalam meletakkan batasan aurat yang berbeza antara lelaki dan perempuan sudah tentu ada hikmah tersendiri yang diatur oleh Allah, Pencipta Yang Maha Bijaksana. Ada di kalangan masyarakat Islam yang turut menganggap batasan ini sebagai satu pantang larang yang menyekat kebebasan wanita. Mereka terpengaruh dengan agenda musuh Islam yang sentiasa menganjurkan wanita mendedahkan aurat kononnya untuk memberi kebebasan kepada wanita, namun sebenarnya ia adalah untuk memberi kebebasan kepada mereka untuk mudah mendekati lantas merosakkan wanita.
#Sesungguhnya bagi kaum muslimah, tujuan penutupan aurat yang agak ketat adalah untuk menjaga kehormatan diri wanita yang tinggi nilainya di sisi Islam. Bagaimana mungkin sesuatu yang berharga dan tinggi nilainya dibiarkan terdedah sehingga boleh dilihat dan dicapai oleh golongan yang tidak berhak?
#Dengan menutup aurat secara sempurna akan menyelamatkan wanita, lelaki dan seluruh masyarakat daripada begitu banyak kerosakan yang mungkin berlaku. Seorang muslimah yang solehah akan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna, melabuhkan tudungnya agar mereka tidak diganggu kerana dikenali sebagai perempuan yang baik.
#Lebih penting daripada itu ialah seorang muslimah juga hendaklah sentiasa menjaga maruah diri, memelihara sifat malu, tidak sewenang-wenangnya menonjolkan diri untuk tatapan ramai, menjaga pergaulan, tutur bicara dan pandangan mata daripada apa yang diharamkan oleh Allah. Sudah tentu tanpa keperibadian muslimah dan akhlak yang baik secara menyeluruh, pakaian yang dilihat menutup aurat sahaja belum mampu menjamin tercapainya tujuan di sebalik penutupan aurat kaum muslimah.
#Firman Allah swt:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah al-Ankabut 69]
♡Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Maka, patuhilah segala peraturan dan kehendak Allah swt tersebut dengan sepenuh jiwa kerana kita adalah hambaNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰلِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]
#Berdasarkan ayat al-Quran ini, Allah swt menjelaskan tentang kewajipan wanita-wanita mukminah untuk menutup aurat mereka dengan sempurna.
#Allah swt menyeru kepada Nabi saw agar memerintahkan kepada para isteri dan puteri-puteri Baginda saw dan juga kepada wanita-wanita mukminah agar melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka (menutup aurat dengan sempurna).
#Begitu juga dalam hadis, Nabi saw menegur Sayidatina Asma’ Binti Abu Bakar r.ha:
يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ يَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا
“Wahai Asma! Sesungguhnya wanita jika sudah baligh maka tidak boleh nampak dari anggota badannya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan ke muka dan telapak tangan)" (HR Abu Daud dan al-Baihaqi)
#Perkataan aurat ialah merujuk kepada apa-apa yang diharamkan untuk didedah daripada anggota badan sama ada lelaki ataupun perempuan. Ia juga ditakrifkan sebagai apa-apa yang wajib ditutupi dan tidak boleh dizahirkan daripada anggota badan. Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat.( Lihat Mughni al-Muhtaj)
#Menurut pengarang kitab Kifayah al-Akhyar, aurat menurut syarak ialah batas minima dari bahagian tubuh yang wajib ditutup kerana perintah Allah swt.
#Dijelaskan dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah pula bahawa aurat adalah suatu angggota badan yang tidak boleh ditunjukkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain.
#Sebagai wanita yang beriman, diwajibkan berpakaian sebagaimana yang telah disarankan oleh al-Quran. Ketika keluar di khalayak, pakailah pakaian dengan sempurna dan menutup seluruh aurat iaitu meliputi ke seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
#Muslimah yang sejati, adalah mereka yang mengikuti dan mengamalkan perintah Allah swt dan NabiNya saw serta mencontohi kehidupan isteri-isteri Baginda saw.
#Islam mewajibkan menutup aurat, namun Islam tidak melarang untuk berfesyen tetapi pakaian yang dipilih dan dipakai perlulah selari dengan tuntutan syariat Islam.
♡Tutuplah aurat dengan sempurna. Semoga, dengan memakai pakaian dan tudung yang menutup aurat, ianya dapat menjadi perisai yang melindungi diri seorang wanita muslimah mukminah, terutamanya dari pandangan liar, fitnah dan gangguan jahat. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Syaaban 1445H☆
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan" [Surah Hud 114]
#Lakukanlah kebaikan nescaya akan dihapuskan dosa dan kesalahan. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan di sepanjang kehidupan agar terhapusnya segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
#Sentiasa Istiqamah menuntut ilmu. Berkata Sayidina Umar bin al-Khatthab r.a:
إن الرجل ليخرج من منزله وَعَلِيهِ من الذُّنُوب مثل جبال تهَامَة، فَإِذا سمع الْعلم خَافَ وَرجع وَتَابَ، فَانْصَرف الى منزله وَلَيْسَ عَلَيْهِ ذَنْب، فلا تفارقوا مجَالِس الْعلمَاء
"Ada seorang lelaki yang keluar dari rumahnya dengan membawa dosa sebesar gunung Tihamah. Sebaik dia mendengar ilmu, dia berasa takut, seraya kembali dan bertaubat kepada Allah swt. Lalu dia pun pulang semula ke rumahnya dalam keadaan dosa-dosanya telah gugur hilang. Maka janganlah sesekali kalian meninggalkan majlis para ulamak" (Lihat: Miftah Dar as-Sa’adah)
#Menunaikan ibadah haji di Baitullah. Sabda Rasulullah saw:
مَنْ حَجَّ ، فَلَمْ يَرْفُثْ، وَلَمْ يَفْسُقْ ، رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أمُّهُ
"Barangsiapa melakukan ibadah haji lalu dia tidak berbuat keji dan tidak melakukan perbuatan fasiq, maka dia akan kembali (tanpa dosa) sebagaimana saat dia dilahirkan oleh ibunya" (Muttafaq alaih)
#Memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Firman Allah swt:
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [Surah an-Nur 22]
#Lidah sentiasa basah dengan zikrullah. Sabda Rasulullah saw:
مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مَائَةَ مَرَّةٍ، حَطَّتْ خَطَايَاهُ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
"Barangsiapa mengucapkan Subhanallahi wabihamdihi seratus kali dalam sehari akan dihapus kesalahan-kesalahannya meskipun seperti buih di lautan" [Muttafaqun ‘alaihi]
#Bersabar tatkala ditimpa musibah, penyakit dan kecelakaan dengan banyak mengingati Allah swt. Sabda Nabi saw:
مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ، وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمِّ، وَلاَ حُزْنٍ، وَلاَ أَذًى، وَلاَ غَمِّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا؛ إِلاَّ كَفَّرَ الله بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
"Apa sahaja yang menimpa seorang Muslim seperti rasa letih, sedih, sakit, gelisah, hinggakan duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dengan sebab itu semua” (Muttafaqun ‘alaih)
♡#Lakukanlah kebaikan demi kebaikan dengan mengharapkan redha Allah swt, moga seluruh dosa kita dihapuskan. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Rejab 1445H☆
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا * وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" [Surah al-Ahzab: 57-58]
#Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah swt memperingatkan dan mengancam orang yang menyakiti Allah dengan menentang perintah-perintahNya dan melanggar larangan-laranganNya serta tiada henti-hentinya melakukan hal tersebut, juga menyakiti Rasul-Nya dengan mencelanya atau merendahkan martabatnya. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)
#Menyakiti atau menghina Allah swt dalam hal ini tidak bermaksud membahayakan dan memudaratkan Allah swt. Dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Sayidina Abu Zar al-Ghifari r.a, Rasulullah swt bersabda, Allah swt berfirman:
يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّوْنِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُوْنِي
"Wahai hambaKu sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kamu lakukan kepadaKu sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang dapat kamu berikan kepadaKu" (HR Muslim)
#Allah swt mengutuk orang yang menyakiti atau menghinaNya. Laknat atau kutukan itu merupakan pengusiran hamba daripada rahmat di dunia dan juga di akhirat.
#Seluruh umat Islam tidak memiliki perbezaan pendapat mengenai mencela Allah swt merupakan kufur dan orang yang sudah mencela serta menghina Allah swt hukumnya adalah dibunuh.
#Imam Ibn Qudamah menyebutkan, sesiapa yang mencaci Allah swt, maka dia telah kafir, sama ada dia melakukan dalam keadaan bergurau atau tidak.(Lihat: al-Mughni)
#Ibnu Rahawaih rahimahullah berkata: “Seluruh kaum muslimin sepakat bahwa orang yang mencaci Allah swt dan rasulNya adalah kafir, meskipun dia masih percaya kepada kitabullah (Al-Quran)".
#Menurut Imam Abi Ya’la Saif Abi Ja’far dan juga Ibnu Uqail berkata, jika seseorang yang sudah menghina dan mencaci Allah, maka sudah wajib hukumnya untuk diminta atau diperintah untuk melakukan taubat. Apabila ia melakukan taubat maka taubat tersebut akan diterima sebab kedudukannya serupa dengan kafir biasa atau masuk ke dalam bentuk murtad yang masih dapat dihapuskan dengan jalan taubat.
♡Menghina Allah swt, menghina agama Islam, menghina Rasul pembawa risalah Allah swt merupakan tindakan yang mampu mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Oleh itu, sudah selayaknya kita semua menghindari dan menjauhi sikap yang demikian. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat sebelum ajal menjemput, moga beroleh keampunan dariNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: RAYUAN SUMBANGAN INFAQ PROGRAM BACK TO SCHOOL PELAJAR ASNAF*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL
Assalamualaikum wbt...
Berkata Pujangga: *"Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat kamu gunakan untuk mengubah dunia dan memperoleh kebahagiaan hidup di akhirat"*
Bersempena dengan pembukaan sekolah sesi 2024/2025 sebulan dari sekarang, dengan ini NGO Geng Talaqqi melancarkan tabung sumbangan untuk program Back To School bagi meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada pelajar-pelajar fakir miskin, pelajar B40 dan golongan yang memerlukan berupa sumbangan beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka dalam meneruskan sesi persekolahan bagi tahun 2024/2025.
Dengan ini pihak kami ingin memohon sumbangan seikhlas hati daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan program ini.
*DANA YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*
_Semoga tangan yang menghulur bakal menjadi saksi untuk kita semua di akhirat kelak_
Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan dirahmati Allah serta beroleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw di Mahsyar kelak. Aamiiin
===========
Daripada Sayidatina ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.ha berkata, dia datang kepada Rasulullah saw lalu dia bertanya: *"Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zubir (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?”Jawab Nabi saw:" Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan berkira-kira kerana Allah akan berkira-kira pula pemberianNya kepadamu dan akan kedekut kepadamu”* (HR Muslim)
=========
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun TOYYIB PAY:
https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Back To School
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BackToSchool
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BackToSchool
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BackToSchool
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BackToSchool
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rejab 1445H☆
خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ
"Jadilah pemaaf, dan suruhlah orang melakukan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah al-Aʿraf 199]
#Antara misi ajaran Islam adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
#Sabda Nabi saw:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik” (HR Ahmad)
#Dalam hadis yang lain, Nabi saw memanjatkan doa yang berbunyi:
اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ
“"Ya Allah, kurniakanlah padaku akhlak yang baik. Tidak ada yang dapat menghidayahkan akhlak yang baik kecuali Engkau” (HR Muslim)
#Maka menjadi kewajipan bagi yang mengaku Muslim untuk berakhlak mulia. Hendaklah bergaul dengan masyarakat penuh lemah lembut dan bertolak ansur, pintar dan berintegriti.
#Kedudukan orang berakhlak mulia dalam kalangan masyarakat seperti bunga yang berkembang mekar, berbau harum dan halus. Sentiasa bersikap penyayang, bertanggungjawab dan merendah diri. Ini kerana segala perilaku yang baik serta mengucapkan perkataan yang baik adalah hasil daripada akhlak terpuji manakala perbuatan dan pengucapan yang buruk hasil daripada akhlak yang keji.
#Oleh itu, akhlak yang baik menuntut jiwa yang pengasih dan bersikap lemah lembut. Akhlak yang jahat pula menuntut sikap benci-membenci dan saling membelakangi antara satu sama lain.
#Ingatlah bahawa orang memiliki akhlak yang mulia tergolong dalam kalangan orang yang sempurna imannya. Sabda Rasulullah saw:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang baik akhlaknya” (HR at-Tirmizi)
#Diriwayatkan juga daripada Sayidina Abu Darda’ r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ
“Tidak ada suatu amalan yang jika diletakkan dalam timbangan lebih berat dari akhlak yang mulia. Sesungguhnya orang yang berakhlak mulia akan menggapai darjat orang yang rajin berpuasa dan rajin solat” (HR at-Tirmizi)
#Bahkan orang yang berakhlak mulia akan beroleh kedudukan yang paling dekat dengan nabi saw di mahsyar kelak:
إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَىَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّى مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا
“Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan tempat duduknya sangat dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang bagus akhlaknya" (HR at-Tirmizi)
#Ketahuilah bahawa syurga dijanjikan kepada orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sabda Nabi saw:
"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik." (HR at-Tirmizi)
♡Akhlak yang baik adalah sesuatu yang tidak dapat disembunyikan kelebihannya dalam Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim menzahirkannya dan perbuatan seperti ini sesuatu yang dipuji Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1445H☆
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]
#Besar ganjaran yang dijanjikan Allah bagi orang yang suka bersedekah dan membantu orang lain. Ganjaran yang dijanjikan adalah syurga. Disebut dalam hadis terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah (boleh lihat HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sambung lagi bicara Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in.
#Seorang lagi yang ditugaskan berjumpa Urabah Al-Ausi datang untuk meminta-minta kepadanya. Ketika itu, Urabah sedang keluar dari dalam rumahnya untuk mengerjakan solat Asar dan ditemani oleh dua orang hamba sahayanya.
Urabah adalah seorang buta dan sememangnya memerlukan dua orang bagi menuntun perjalanannya.
Lelaki tadi terus meminta-minta di hadapannya dengan berkata: “Aku adalah seorang faqir dan aku datang menemuimu untuk meminta sesuatu kepadamu.”
Urabah menjawab: “Demi Allah, sekarang ini aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi, kerana banyaknya infaq yang telah ku lakukan kebelakangan ini. Tapi sudikah kau menerima dua orang hamba sahaya ini?”
Lelaki tadi menjawab: “Kalau kamu berikan kepadaku dua hamba sahayamu ini, lantas siapa lagi yang akan menuntun perjalananmu menuju masjid nanti?”
Urabah menjawab: “Biarlah aku berangkat sendiri menuju ke masjid.”
Lelaki tersebut terus mengambil dua hamba sahaya berkenaan dan kemudian membawanya pulang ke Mekah.
#Ketiga-tiga lelaki tadi berhimpun di dalam Masjidil Haram selepas mereka berjaya menjalankan tugasan masing-masing. Setiap daripada mereka menceritakan:
“Abdullah Bin Jaafar sememangnya orang kaya dan dermawan. Dia pasti dikenang masyarakat Arab. Qais Bin Saad pula adalah seorang dermawan dan baik hati. Namun kedua-duanya tidaklah sehebat Urabah Al-Ausi. Ini adalah kerana walaupun dia seorang yang faqir dia masih lagi bersifat pemurah. Tambahan lagi, dia adalah seorang yang buta dan berjalan ke masjid tanpa sesiapa yang menuntunnya" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
#Seorang penyair bersyair:
“Aku lihat Urabah al-Ausi mengukir kehormatan; tanpa tandingan dan mereka pasti memujinya.
Jika bendera kemuliaan dan kehormatan dikibarkan; Pastilah Urabah orang yang pertama memegangnya"
#Hendaklah seorang yang mendermakan hartanya agar benar-benar ikhlas hanya kerana mencari keredhaan Allah swt. Jika populariti dan ingin dipuji sebagai matlamatnya, maka Allah swt tidak akan memberikan keberkatan ke atas harta yang didermakan. Malah ia akan menjadi laknat dan seksa ke atas dirinya.
♡Semoga sifat pemurah yang ditunjukkan mereka dapat diikuti oleh kita dan generasi yang akan datang. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rejab 1445H☆
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]
#Ayat ini membicarakan mengenai balasan bagi orang yang rajin sedekah dan suka membantu orang lain dalam pelbagai cara dan suasana samada secara sembunyi atau terang-terangan.
#Ini antara sikap dan perilaku mulia yang wajar ada dalam diri setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Jauh lebih daripada itu, mereka juga bersedekah dalam keadaan susah, sulit dan memerlukan. Ini akan meninggikan nilai taqwa bagi orang yang beriman.
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ
"(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit..." [Surah Aali Imran 134]
#Berkata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah: “Saat susah tetap sedekah, saat senang juga bersedekah. Jika berada dalam keadaan senang, ia perbanyak sedekahnya. Jika dalam keadaan sulit, ia tetap berbuat baik walau sedikit" (Lihat: Taisir Al-Karim Ar-Rahman)
#Imam Ibnu Kathir dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in: Pada suatu hari, orang ramai duduk berbual di dalam Masjid al-Nabawi selepas mengerjakan solat Isyak. Salah seorang daripada mereka bertanya: “Siapakah orang Arab yang paling dermawan era tabi’in ini?”
Seorang lelaki menjawab: “Tabi’in paling dermawan adalah Abdullah Bin Jaafar Bin Abu Thalib, iaitu anak kepada Jaafar al-Thayyar.”
Seorang lagi menjawab: “Orang Arab paling dermawan itu adalah Qais Bin Saad Bin Ubadah.”
Seorang lagi menjawab: “Orang Arab paling dermawan ialah Urabah al-Ausi.”
Mendengar apa yang diperkata oleh mereka itu, maka kaum Muslimin berkata: “Kalau begitu hendaklah masing-masing dari kita datang menemui setiap tokoh dermawan tadi secara berasingan. Sebelum berjumpa dengannya untuk meminta-minta, hendaklah kita menampilkan diri seperti layaknya orang faqir. Setelah menjalankan tugas ini, kita hendaklah berjumpa kembali di tempat ini dan setiap orang akan menceritakan manakah di antara mereka yang lebih pemurah”.
Seorang yang ditugaskan menemui Abdullah bin Jaafar terlebih dahulu, dia memakai pakaian buruk dan compang-camping.....
... Bersambung...
♡Jadilah hamba Allah yang pemurah dan ringan tulang untuk berkongsi rezeki dan membantu orang lain yang memerlukan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: SEKELUARGA DIUJI DENGAN SAKIT KRONIK*😭😭😭
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-SATU-KELUARGA
Assalamualaikum wbt...
2 minggu lepas, Ust Naim bersama Relawan Geng Talaqqi dibawa menziarahi sebuah keluarga di Kg Baru Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak.
Di dalam rumah tersebut tinggal 4 orang. Atok, nenek, anak dan cucu.
*1. Atok, Mohamad Yusuf berusia 76 tahun mengidap Minor Strok dan tidak boleh bercakap.*
*2. Nenek, Kalsom bt Mad Isa berusia 73 tahun. Mengidap kencing manis kronik. Dah dipotong kaki dan matanya tidak dapat melihat 100% (buta).*
*3. Anak mereka, Norhariani bt Md Yusuf berusia 47 tahun, seorang ibu tunggal, sudah kematian suami beberapa tahun lepas. Diuji sakit kanser buah pinggang, Dialisis seminggu 3 hari (tahap 5), sakit jantung dan paru-paru. Pernah di tahan wad selama setahun lebih dan sekarang bergerak menggunakan kerusi roda dengan bantuan anak. 😭😭😭*
*4. Hanya cucu sahaja yang sihat (anak tunggal Pn. Norhariani). Mereka bertiga dijaga oleh cucu tersebut, Nur Ainaa Najwa berusia 18 tahun. Beliau yang menjaga, mengurus, memasak dan menghantar ibunya dialisis dan menguruskan atok dan nenek. (Adik Aina terpaksa berhenti sekolah demi menjaga ibunya yang ditahan wad hampir setahun lebih bahkan beliau tidak sempat ambil SPM)*
*Selain itu, terdapat seorang lagi waris mereka, Kak Nooraini bt Md Yusuf (sudah berkahwin/tidak bekerja), tinggal tak jauh dari situ yang selalu menjenguk ibu, ayahnya, adiknya serta berkhidmat menghantar mereka ke hospital.
*Pendapatan mereka:*
1. Atok dapat JKM rm300
2. Nenek dapat JKM rm300
3. Pn. Norhariani dapat baitulmal rm500.
*Kos pampers, kos ulang alik seminggu 3x dialisis, kos ke hospital, kos makan minum tersangat tidak mencukupi dengan jumlah diatas. Mereka tiada pencen, tiada socso dan tiada bantuan lain. 😭😭😭*
_BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MENANGGUNG..._
*Jom para penyumbang sekelian, kita bantu keluarga ini kurangkan bebanan dan penderitaan hidup yang ditanggung mereka sekeluarga. Moga ada rasa simpati, empati dan keprihatinan yang tinggi untuk sama-sama kita membantu.*
Sama-samalah kita mendoakan agar mereka sekeluarga cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan rezeki mereka sekeluarga.. Aamiiin
Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Moga beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Aamiiin.
.....................
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*
https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-SATU-KELUARGA
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Derita Satu Keluarga
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungDeritaSatuKeluarga
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungDeritaSatuKeluarga
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungDeritaSatuKeluarga
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungDeritaSatuKeluarga
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1445H☆
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]
#Sifat bakhil merupakan sifat keji dan tercela. Allah swt sangat membenci orang yang bakhil lagi kedekut.
#Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga manusia akan diperlihatkan dengan tanda yang jelas seperti sifat bakhil yang berleluasa berlaku dalam kalangan manusia.
#Sifat bakhil adalah penyakit jiwa yang sedang melanda manusia khususnya membabitkan umat Islam. Pada saat ini manusia di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama mereka untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt kepada jalan yang benar.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut." (HR at-Thabrani)
#Nabi saw bersabda lagi dalam hadis yang lain tentang apa yang akan terjadi sebelum kiamat: "Masa akan menjadi singkat, ilmu semakin berkurang, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau dan banyaknya harj iaitu pembunuhan demi pembunuhan." (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Perkataan kebakhilan dalam hadis ini merujuk kepada sifat kebakhilan yang disertai dengan ketamakan dan semua perkara yang menghalang seseorang daripada bersedekah atau melakukan amal kebajikan. Penyakit jiwa yang melanda manusia ini mengakibatkan rezeki kurniaan Allah swt yang sepatutnya dikeluarkan bagi tujuan membantu orang yang kurang berkemampuan tidak dapat dilaksanakan. Kebimbangan mereka akan menjadi fakir dan miskin menyebabkan limpahan harta disimpan sehingga tidak mampu untuk dimanfaatkan kepada orang lain.
#Firman Allah swt:
وَلَا یَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ یَبۡخَلُونَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَیۡرࣰا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرࣱّ لَّهُمۡۖ سَیُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِیرَ ٰثُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ
"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan" [Surah Ali-ʿImran 180]
♡Sifat bakhil adalah sikap yang tercela sehingga Allah swt memberi ancaman kepada mereka dengan seksaan
yang menghinakan dan merendah-rendahkan mereka. Orang bakhil tergolong dalam kalangan orang yang kufur dengan rezeki pemberian daripada Allah swt sehingga tidak ingin mensyukuri segala nikmat yang melimpah ruah dengan berkongsi rezeki dengan orang lain♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆
قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9]
#Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi.
#Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.
#Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan.
#Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin.
#Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.
#Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan.
♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Syaaban 1445H☆
كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..." [Surah al-Baqarah 216]
#Topik berkaitan jihad sering mendapat salah faham dan fitnah daripada kalangan mereka yang bukan sahaja golongan anti Islam malah daripada golongan Islam itu sendiri. Jihad seringkali dianggap sebagai perkara yang membawa kepada permusuhan tetapi ia adalah jauh daripada itu. Malah, jihad adalah suatu ibadah yang sangat mulia dan disanjung tinggi oleh agama.
#Pengertian jihad pula selalu ditumpukan kepada aspek peperangan bersenjata sahaja sehingga menakut-nakutkan sesetengah golongan kepada Islam, padahal jihad adalah lebih luas daripada aspek tersebut.
#Menurut ulamak Shafie mentakrifkan jihad sebagai memerangi orang-orang kafir untuk menegakkan Islam.
#Sayidina Ibnu Abbas r.a berkata bahawa jihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
#Menurut ulamak Hanafi, makna jihad dari sudut istilah ialah mengajak atau menyeru kepada agama yang benar dan memerangi sesiapa yang tidak menerimanya dengan harta dan jiwa.
ٱنفِرُوا۟ خِفَافࣰا وَثِقَالࣰا وَجَـٰهِدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكُمۡ خَیۡرࣱ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" [Surah at-Tawbah 41]
#Dr Said Ramadhan al-Butti berkata, jihad ialah mencurahkan tenaga kepada jalan dalam meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya iaitu dengan tujuan untuk menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar.
#Dalam buku Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah ada dinyatakan bahawa Ar-Raghib telah memberi pengertian jihad sebagai usaha yang bersungguh-sungguh dan mengerahkan usaha sepenuhnya dalam menghalang musuh, samada dengan tangan, lisan atau apapun sahaja yang ia mampu. Ini dilakukan dalam tiga bentuk iaitu bermujahadah dengan musuh yang nyata, syaitan dan nafsu.
#Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw yang memerintahkan umat manusia untuk berjihad. Hayatilah sendiri akan betapa hebat ungkapan yang digunakan, betapa indah bahasanya, betapa jelas maksudnya dan betapa kuat rohnya sehingga sudah memadai untuk kita memahaminya. Antaranya ialah:
...Bersambung...
♡Seutama-utama amal sesudah solat adalah jihad di jalan Allah Azza wa Jalla♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Syaaban 1445H☆
كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهࣱ لَّكُمۡۖ
"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci..." [Surah al-Baqarah 216]
#Jihad merupakan satu kewajipan ke atas bahu setiap muslim yang berterusan hingga ke hari kiamat. Jihad adalah perbuatan yang wajib dan Islam amat mengambil berat tentang pelaksanaannya serta Allah swt menceritakan tentang kelebihan dan kewajipan berjihad. Firman Allah swt:
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمً
“Oleh itu, orang (beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar” [Surah an-Nisa' 74]
#Allah swt telah menyamakan kewajipan berjihad itu dengan ibadah lain seperti berpuasa. Firman Allah swt:
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Surah al-Baqarah 183]
#Kewajipan berjihad ini diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasulullah saw dalam hadisnya yang mulia:
مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ، وَلَمْ يُحَدِّثْ بِهِ نَفْسَهُ، مَاتَ عَلَى شُعْبَةٍ مِنْ نِفَاقٍ
"Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak pernah berperang, dan tidak pernah berniat dalam hatinya untuk berperang, maka dia mati dalam satu cabang daripada kemunafikan" (HR Imam Muslim)
#Bahkan jihad termasuk dalam amalan yang sangat disukai oleh Allah swt.
عَنْ عَبْدِ اللّه بن مَسْعُودٍ رضي اللّه عنه قال: ”سَأَلْتُ رَسُولَ اللّه صَلَّى اللّه عَلَيْهِ وَسلَّمَ: أَي الْعَمَلِ أَحَبُّ إلى اللّه؟ قال: ”الصَّلاةُ عَلَى وَقْتِهَا". قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: ”بِرُّ الْوالِدَيْنِ“. قُلْتُ: ثُمَّ أيٌّ؟ قال: "الجِهَادُ في سَبِيلِ اللّه"
Daripada Sayidina Abdullah Ibn Mas’ud r.a berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah saw: ‘Amalan apakah yang paling Allah sukai?’ Baginda menjawab, “Solat pada waktunya”. ‘Kemudian apa?’ kataku. Baginda menjawab, “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Aku bertanya lagi, ‘Kemudian apa?’. Baginda menjawab, “Jihad di jalan Allah.” (HR al-Bukhari)
#Tanpa jihad, umat Islam terdedah kepada kekejaman dan kehinaan serta diperbodoh-bodohkan oleh musuh. Sebaliknya jihad dapat membuktikan kehidupan yang mulia untuk kaum Muslimin di bawah naungan Islam dan dalam menegakkan agama Allah swt. Tanpa jihad, dakwah Islam tidak dapat tersebar dengan luas.
...Bersambung...
♡Jihad merupakan satu perintah Allah kepada hambaNya yang beriman. Berjihad di jalan Allah merupakan antara amalan utama untuk menjadikan seseorang muslim itu dekat kepada Allah swt. Jihad membuktikan seseorang muslim itu mempunyai sikap ambil berat menjaga agama dan sanggup berkorban demi kebaikan agama♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 8 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]
#Pertolongan Allah swt itu pasti. Namun, bantuan dan pertolongan Allah swt itu tidak akan datang begitu sahaja. Allah tidak akan memberi bantuan itu secara percuma.
#Allah swt menghendaki bahawa pembelaanNya terhadap orang-orang beriman muncul dengan adanya usaha daripada diri mereka sendiri, agar mereka mencapai kematangan dari celahan kesulitan yang mereka alami.
#Seseorang itu akan mencapai kematangan ketika potensi dan kekuatan terpendamnya bangkit. Dan keadaan ini tidak akan wujud kecuali ketika ia berhadapan dengan bahaya. Ketika seseorang melakukan usaha membela diri dan menghimpun seluruh tenaganya untuk sesuatu yang mengancam aqidah, prinsip dan kehidupannya, di sanalah seluruh sel kekuatannya akan bangkit. Andai pertolongan Allah itu datang tanpa melalui susah payah, maka kenikmatan yang terjadi sesudah itu mungkin akan menjadi penghalang munculnya potensi kekuatan yang dimiliki oleh seseorang.
#Disamping itu, bantuan Allah yang diturunkan itupun mungkin rasanya tidak begitu bernilai, lantaran tidak ada tuntutan pengorbanan yang bererti untuk memperoleh insya. Apabila wujudnya pengorbanan yang bersungguh-sungguh melibatkan harta, jiwa, tenaga, pemikiran dan nyawa maka pertolongan Allah swt pasti datang.
#Ketika berlakunya peperangan Yarmouk, Sayidina Khalid al-Walid r.a telah memberi taujihatnya kepada para pejuang Islam:
أيها المسلمون، لا تسمحوا للضعف أن يَدُب فيكم، ولا للوَهْن أن يُسيطر عليكم، واعلموا أن المعونة تأتي من الله على قدْرِ النيَّة، وأن الأجر والثواب على قدر المشقة، وأن المسلم ينبغي له ألا يَكترِث بشيء مهما عَظُم ما دام الله في عونه
“Wahai kaum Muslimin, jangan biarkan kelemahan menghantui kalian, jangan biarkan penyakit cintakan dunia (al-wahn) menyelimuti kalian. Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu datang berdasarkan niat (keimanan kepada-Nya), ganjaran dan pahala pula dikira menurut kesusahan yang kalian dihadapi. Orang Islam itu mestilah tidak terlalu mempedulikan sesuatu imbuhan lain selama Allah mengurniakan pertolonganNya" (Lihat: Kitab al-Islam wa al-Nasr)
#Firman Allah swt:
أَلَمۡ تَعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ لَهُۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِیࣲّ وَلَا نَصِیرٍ
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan" [Surah Al-Baqarah 107]
♡Allah menjadikan pertolonganNya kepada orang beriman hanya bila ada usaha dengan penuh kesungguhan daripada diri mereka sendiri. Allah swt tidak memberi pertolonganNya sebagai sesuatu yang dijatuhkan begitu sahaja dari langit. Berjuang dan berjihadlah disepanjang kehidupan kita yang masih berbaki ini!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰلِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]
#Sambungan bicara berkaitan kewajipan menutup aurat.
#Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt. Ini sebagaimana pengertian “Islam” dari sudut bahasa iaitu tunduk, patuh, atau berserah diri.
#Tatkala Allah swt perintahkan wanita muslimah menutup aurat, maka tiada lagi alasan untuk menentang dan menidakkan perintah tersebut. Wajib ditunaikan tanpa sebarang alasan dan penentangan.
#Dengan perintah yang termaktub dalam wahyu diatas, amalan berhijab tidak lagi menjadi pertimbangan budaya semata-mata tetapi ia berubah menjadi perintah Allah swt yang wajib ditaati.
#Walaupun begitu, budaya tetap memainkan peranan terutamanya dalam bentuk warna dan fesyen yang mempunyai fleksibiliti yang luas. Menutup aurat bukanlah satu budaya tetapi ia adalah perintah syariat. Jika perkara budaya yang sudah disyariatkan tetap dianggap sebagai budaya semata-mata, sudah pasti banyak sahaja amalan-amalan masyarakat kita yang tidak menjadi kewajipan untuk diikuti hanya kerana namanya 'budaya' misalnya menghormati orang yang lebih tua dan ibu bapa.
#Firman Allah swt:
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا
“Dan tidaklah patut bagi para lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah swt dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah swt dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata" [Surah al-Ahzab 36]
#Sesungguhnya Allah memerintahkan pemakaian hijab yang labuh menutupi dada serta longgar adalah untuk mengurangkan pelbagai jenis fitnah dan kerosakan. Jika pelbagai jenis fitnah berkurangan dan hilang, maka masyarakat yang didiami oleh wanita berhijab akan lebih aman dan selamat daripada fitnah. Sebaliknya, masyarakat yang didiami wanita yang suka berhias, menunjuk aurat dan kecantikan, sangat terdedah kepada ancaman dan pelbagai fitnah serta gangguan gelora nafsu yang boleh membawa malapetaka dan kemusnahan yang besar.
#Tubuh wanita yang terdedah pasti akan menarik perhatian orang-orang yang mempunyai pandangan berbisa. Itulah peringkat pertama kehancuran dan kehancuran akhlak dan tamadun sesebuah masyarakat.
♡Tutuplah aurat dengan sempurna agar diberkati kehidupan dan sentiasa dinaungi Allah dengan rahmat dan perlindunganNya♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Syaaban 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّبِیُّ قُل لِّأَزۡوَ ٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاۤءِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ یُدۡنِینَ عَلَیۡهِنَّ مِن جَلَـٰبِیبِهِنَّۚ ذَ ٰلِكَ أَدۡنَىٰۤ أَن یُعۡرَفۡنَ فَلَا یُؤۡذَیۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورࣰا رَّحِیمࣰا
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Al-Aḥzab 59]
#Sambung bicara tentang kewajipan menutup aurat bagi para muslimah mukminah.
#Menutup aurat bagi seorang Muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah satu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
#Imam an-Nawawi menyatakan bahawa wajibnya menutup aurat dari pandangan manusia adalah ijma’ (Lihat: al-Majmu’).
#Aurat wanita Muslimah juga disepakati oleh ulamak Syafi’iyah adalah seluruh badan kecuali wajah dan kedua telapak tangan. (Lihat: al-Majmu’ dan Minhaj al-Talibin)
#Islam begitu memelihara hak wanita untuk dilindungi dan dipelihara sebaik-baiknya. Oleh kerana itulah turun firmanNya diatas dalam Surah al-Ahzab ayat 59 dan juga Surah an-Nur ayat 30-31. Ia adalah sebagai satu panduan kepada Muslimah untuk tampil berbeza dari yang lain dan bangga dengan identiti yang telah menjadi kod etika pemakaian buat dirinya.
#Satu bentuk pemahaman yang kurang tepat apabila menghubungkan tujuan pemakaian tudung dengan wanita sebagai objek seksual. Itu adalah satu penghinaan kepada mereka yang memilih untuk bertudung. Bahkan, pemakaian tudung adalah sebahagian daripada pelaksanaan perintah menutup aurat oleh Allah swt.
#Almarhum Dr. Yusof Al-Qardhawi menyebut bahawa para muslimah dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan seperti perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan kepala (rambut dan sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh diperlihatkan kepada lelaki melainkan suami dan mahram sahaja. Golongan muslimah hanya boleh membuka muka dan kedua telapak tangan yang memang diberikan kelonggaran oleh syarak untuk didedahkan.
#Sudah tentu tujuan utama menunaikan perintah menutup aurat adalah sebagai satu manifestasi pengabdian kita kepada Allah yang mesti ditaati perintahNya. Seandainya di tempat-tempat kerja mempunyai etika pakaian yang tersendiri yang mesti dipatuhi oleh pekerja, maka di dunia ini yang merupakan tempat kita beramal juga mempunyai etika pemakaiannya yang tersendiri. Sekiranya perbuatan melanggar etika berpakaian di tempat kerja atau tempat belajar dianggap sebagai satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib, maka begitulah juga perbuatan melanggar etika berpakaian sebagai seorang muslim atau muslimah di dunia ini adalah berdosa dan akan dikenakan tindakan dan hukuman di akhirat nanti.
#Namun begitu kerapkali kedengaran suara wanita Islam yang tidak berpuas hati dengan kewajipan menutup aurat...
...Bersambung...
♡Dalam Islam, setiap suruhan dan laranganNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk diteladani oleh umat Islam. Apabila kita menamakan diri kita sebagai Muslim, maka kita perlu menyedari bahawa terkandung padanya tanggungjawab yang besar untuk menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Syaaban 1445H☆
إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan" [Surah Hud 114]
#Setiap kebaikan yang dilakukan yang ikhlas akan menghapus kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat. Inilah jaminan daripada Allah swt bagi hamba-hambaNya.
#Di dalam sahih Muslim, terdapat sebuah hadis yang menceritakan kisah seorang wanita yang melakukan dosa besar telah diampunkan oleh Allah swt akibat daripada kebaikannya memberi minum seekor anjing yang kehausan.
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi saw bersabda:
أَنَّ امْرَأَةً بَغِيًّا رَأَتْ كَلْبًا فِي يَوْمٍ حَارٍّ يُطِيفُ بِبِئْرٍ، قَدْ أَدْلَعَ لِسَانَهُ مِنَ الْعَطَشِ، فَنَزَعَتْ لَهُ بِمُوقِهَا فَغُفِرَ لَهَا
"Seorang wanita yang melacur telah melihat seekor anjing pada suatu hari yang panas sambil mengelilingi sebuah perigi. Anjing tersebut juga menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Wanita tersebut menanggalkan kasutnya lalu memberinya minum maka telah diampunkan dosanya" (HR Muslim)
#Dalam riwayat yang lain, Sayidina Abu Hurairah r.a berkata:
بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي، فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ العَطَشُ، فَنَزَلَ بِئْرًا، فَشَرِبَ مِنْهَا، ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ العَطَشِ، فَقَالَ: لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي، فَمَلَأَ خُفَّهُ، ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ، ثُمَّ رَقِيَ، فَسَقَى الكَلْبَ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ، فَغَفَرَ لَهُ "، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَإِنَّ لَنَا فِي البَهَائِمِ أَجْرًا؟ قَالَ: فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ
"Terdapat seorang lelaki sedang berjalan lalu dia berasa haus maka dia turun ke sebuah perigi dan minum daripadanya. Apabila dia keluar, terdapat seekor anjing yang sedang mengeluarkan lidahnya lalu menjilat tanah kerana kehausan. Maka dia berkata: Anjing ini kehausan sepertimana aku alami sebentar tadi. Disebabkan itu, dia memenuhkan kasutnya dengan air dan dia memegang kasutnya (yang diisi dengan air) dengan mulutnya. Kemudian dia memberi anjing itu minum. Dengan itu, dia bersyukur kepada Allah swt maka Allah swt mengampuninya”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah saw, adakah bagi kami ganjaran jika kami berlaku baik pada haiwan?”. Rasulullah saw bersabda: “(Berbuat baik) setiap yang bernyawa itu akan diberi pahala" (HR al-Bukhari)
#Dalam hadis daripada Sayidina Mu’awiyyah bin Qurrah r.a, daripada bapanya, beliau berkata:
قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَأَذْبَحُ الشَّاةَ فَأَرْحَمُهَا، أَوْ قَالَ: إِنِّي لَأَرْحَمُ الشَّاةَ أَنْ أَذْبَحَهَا، قَالَ: وَالشَّاةُ إِنْ رَحِمْتَهَا، رَحِمَكَ اللَّهُ، مَرَّتَيْنِ.
Ada seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah saw, apabila aku menyembelih seekor kambing maka aku merasa belas kasihan kepadanya. Atau (syak perawi hadis) dia berkata: Aku merasa belas kasihan kepada kambing apabila aku hendak menyembelihnya. Baginda saw bersabda: "Kalau dengan kambing pun engkau ada rasa belas kasihan maka sudah tentu Allah akan mengasihimu”. Baginda saw mengulanginya sebanyak dua kali" (HR al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)
#Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa dengan berbuat baik kepada haiwan, akan menghapuskan dosa, diampuni oleh Allah swt dan mendapat kasih sayang Allah swt.
♡Orang yang berbuat baik samada sesama manusia ataupun dengan binatang, maka kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan dan dosa. Jom lakukan kebaikan!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rejab 1445H☆
وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ * لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Tawbah 65-66]
#Berkata al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh: "Ketahuilah bahawa sesiapa yang (dengan sengaja) merendah-rendahkan al-Quran atau sesuatu daripadanya, atau mencacinya, atau mengingkarinya tidak kira satu huruf atau satu ayat, atau mendustainya atau mendustai sebahagian daripadanya, atau dia mendustai suatu hukum atau berita yang jelas dinyatakan di dalamnya, atau mengisbatkan suatu yang dinafikannya, atau menafikan suatu yang diisbatkannya, dalam keadaan dia mengetahui perkara tersebut atau dia syak pada sesuatu daripada perkara tersebut, maka dia dikira jatuh kafir di sisi ulama secara ijmak" (Lihat: al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa)
#Antara penyebab dan punca-punca yang boleh membatalkan akidah seseorang Muslim ialah:
1. Mengungkap perkataan yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sama ada ia dilakukan secara serius atau gurauan. Sebagai contoh, mengatakan bahawa "Nabi seorang pendusta dan gila seks." "Islam agama yang kolot." "Wanita yang bertudung adalah wanita yang kolot."
2. Menghina syariat Allah seperti hukum hudud, kewajipan solat, kewajipan zakat, kewajipan puasa dan haji. Adakalanya seseorang itu boleh menjadi murtad jika secara jelas atau gurauan dia menolak pengharaman judi dan arak yang terkandung dalam al-Quran.
3. Melakukan perbuatan kufur atau syirik seperti yang dilakukan golongan musyrik. Sebagai contoh sujud kepada berhala sebagai penghormatan. Memakai salib dengan anggapan ia adalah sebagai pendinding. Percaya dan memohon bantuan daripada jin dan syaitan hingga sanggup melupakan Allah swt. Memakai pakaian-pakaian ahli ibadat golongan bukan Islam seperti sami dan sebagainya sebagai tanda keagungan agama berkenaan. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan boleh menyebabkan akidah seseorang Muslim terbatal.
4. Mempersendakan agama Allah swt walaupun ia hanya bersifat gurauan. Ada sebahagian umat Islam sanggup mempermain-mainkan agama Allah dengan pelbagai cara seperti mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau Sunnah Nabi saw.
#Begitu juga halnya pada hari ini terdapat golongan yang menulis ayat al-Quran pada baju atau pakaiannya. Menulis ayat al-Quran atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran di belakang baju dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada siapa pun yang melihatnya adalah dibolehkan, ia sesuai dengan uslub dalam menyampaikan dakwah dengan memberi nasihat dan peringatan melalui tulisan tersebut. Namun, penting untuk menjaga agar tulisan tersebut tidak dicemari atau dihina dengan penggunaan benda-benda yang kotor, kerana tulisan tersebut adalah ungkapan dari makna ayat-ayat suci Al-Quran yang memiliki kemuliaan dan juga ia merupakan syiar agama islam. Jika menulis dengan tujuan menghina, memperolokkan dan tidak menjaga kesuciannya, maka termasuk dalam kalangan mereka yang kufur.
♡Diingatkan kepada seluruh umat Islam supaya tidak mempermain-mainkan agama dengan perbuatan, percakapan dan sebagainya yang berkemungkinan membawa kepada kufur dan rosaknya akidah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*Bantu kami sebarkan kepada sahabat2 yang lain dan selamat menyumbang sorang sikit*.. Terima kasih
Читать полностью…☆Tadabbur Kalamullah 27 Rejab 1445H☆
خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ
"Jadilah pemaaf, dan suruhlah orang melakukan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah Al-Aʿraf 199]
#Sambung bicara tentang misi ajaran Islam untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.
#Antara akhlak golongan salafus soleh yang wajar kita contohi ialah:
1. Sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang perkara yang melibatkan kemungkaran.
#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun" (HR Muslim)
2. Mendahulukan sikap lemah lembut ketika amar ma’ruf nahi mungkar dan berdakwah dengan penuh hikmah serta memberi nasihat dengan cara yang terbaik.
3. Sabar, bersungguh dan cekal ketika berdakwah
4. Tidak ingin kaum Muslimin berselisih dalam perkara perbezaan pendapat.
5. Bersegera melaksanakan solat dan perkara kebaikan
6. Tidak berputus asa dari pertolongan Allah ketika berdepan dengan musibah dan ujian kehidupan
7. Peduli kesusahan dan penderitaan orang lain
8. Sentiasa memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya dan cepat berdamai
9. Tidak kufur nikmat dan sentiasa berkongsi nikmat Allah dengan manusia serta makhluk yang lain.
10. Memiliki tutur kata dan perwatakan mulia yang disenangi semua manusia samada kawan atau musuh.
#Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu." (HR at-Tirmizi)
#Firman Allah swt:
فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰتِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِیعࣰا فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِیهِ تَخۡتَلِفُونَ
"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya" [Surah al-Maʾidah 48]
♡Semoga Allah swt menjadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang memiliki akhlak yang mulia dan sentiasa berlaku baik kepada semua makhluk serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat kelak. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rejab 1445H☆
هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ
“Dialah (Allah) yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan Dia-lah yang berhak memberi keampunan" [Surah al-Muddatthir 56]
#Maksud ayat di atas adalah hanya Allah swt sahajalah yang berhak untuk ditakuti azab seksaNya dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak untuk diperlakukan dengan apa yang mendatangkan keampunanNya.
#Takut kepada Allah swt, Tuhan pencipta alam, pencipta makhluk, pengatur kehidupan makhluk, pemberi rezeki kepada makhluk, pencipta syurga untuk orang yang bertakwa dan pencipta neraka untuk orang yang ingkar dan lain-lain. Apabila kita mendalami rasa takut ini, ternyata puncak rasa takut seorang hamba adalah kepada penciptanya, Allah swt.
فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۚ
"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia)" [Surah Al-Maʾidah 44]
#Dengan perasaan takutkan Allah akan mendorong seseorang itu untuk beramal soleh dan melakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.
#Takut kepada Allah swt akan menghilangkan keinginan-keinginan kepada perkara-perkara yang haram dan menimbulkan kebencian di hati pada perbuatan maksiat dan nikmat kelazatan dunia yang melalaikan dan merugikan.
#Hebatnya rasa takut kepada Allah, menjadikan manusia merasakan kerendahan dan kehinaan diri di hadapan Allah swt agar Allah menjauhinya dari azab yang sangat pedih. Sabda Nabi saw:
"Siapa sahaja yang berzikir kepada Allah swt kemudian mengalir air matanya hingga menitis ke tanah disebabkan rasa takutnya kepada Allah swt, nescaya Allah swt tidak akan menyeksanya pada hari kiamat” (HR al-Hakim)
#Orang yang memiliki perasaan takut kepada Allah swt ketika hidup di dunia, maka nanti pada hari kiamat, Allah swt akan berikan ketenangan jiwa kepadanya.
#Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mubarak, Nabi saw bersabda, bahawa Allah swt berfirman di dalam Hadis Qudsi:
“Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak menghimpunkan dua rasa takut kepada hambaKu dan tidak pula akan mengumpulkan baginya dua rasa tenteram. Kalau dia berasa tenteram (tidak takut) dengan Aku ketika di dunia, Aku akan jadikan dia rasa takut pada hari kiamat. Sebaliknya kalau dia rasa takut kepada Aku di dunia, maka Aku akan jadikan dia rasa tenteram di hari akhirat” (HR Ibnu Hibban)
#Imam Hassan al-Basri mengatakan: "Orang beriman melakukan ketaatan kepada Allah swt dalam keadaan gentar hatinya, takut tidak diterima amalannya dan sangat takut dan harap di dalam hati agar terhindar dari azab Allah swt di akhirat kelak.
♡Takut kepada Allah menjadikan kita semakin dekat dan cinta kepadaNya sehingga dia tidak lagi takut dengan kehilangan apa-apa sahaja di dalam kehidupannya kerana dia tidak kehilangan Allah swt. Semoga Allah memberikan kita rasa takut kepadaNya yang menghalang kita dari berbuat dosa dan maksiat. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rejab 1445H☆
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]
#Sambungan bicara berkaitan ganjaran bagi orang yang rajin sedekah dan suka membantu orang lain.
#Sambung kisah Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in.
#Seorang yang ditugaskan menemui Abdullah bin Jaafar terlebih dahulu, dia memakai pakaian buruk dan compang-camping. Dia terus pergi untuk menemui Abdullah Bin Jaafar. Setibanya di Madinah, dia mendapati Abdullah Bin Jaafar sedang menunggang seekor kuda menuju ke Syam.
Lelaki itu terus menghalangi perjalanan Abdullah Bin Jaafar dan menyatakan tujuannya. Melihat keadaan itu, Abdullah Bin Jaafar berkata: “Sekiranya kamu mendatangiku ketika aku berada di Madinah, tentulah aku memberikan seluruh permintaanmu ini. Sekarang, harta yang ada pada diriku hanyalah seekor kuda dan sebilah pedang. Sedangkan aku hendak bermusafir ke Syam. Kalau begitu, ambil sajalah kuda ini. Demi Allah, mulai dari sekarang aku tidak akan menunggang kuda lagi.”
Abdullah Bin Jaafar kemudian duduk di bawah sebatang pohon menanti rombongan musafir yang menuju ke Syam dengan harapan mereka sudi membawanya ke negeri Syam. Lelaki tadi terus mengambil kudanya dan kemudian membawa ke Mekah.
#Manakala seorang yang ditugaskan meminta-minta kepada Qais Bin Sa’ad Bin Ubadah pula berangkat menuju ke rumah Qais. Setibanya di hadapan rumah Qais di Madinah, dia terus mengetuk pintu rumahnya dan tak lama kemudian seorang pembantu Qais datang menghampiri pintu dan bertanya: “Siapakah yang mengetuk pintu dari luar?”
Lelaki tadi menjawab: “Aku adalah lelaki faqir. Aku datang ingin berjumpa Qais.”
Pembantu tersebut berkata: “Tuan saya sedang tidur. Tapi ambil sahaja seribu dinar ini untuk keperluanmu.”
Dalam hatinya berbisik dengan penuh kehairanan: “Seorang pembantu rumah berani menginfaqkan harta sebanyak seribu dinar, lantas bagaimanakah dengan Qais bin Saad, tuannya si hartawan yang dermawan?”
*1 Dinar hari ini bersamaan rm1427. 1000 Dinar bersamaan rm1,427,000.
... Bersambung...
♡Dahsyatnya sifat pemurah yang ditunjukkan oleh golongan Tabiin di masa lalu. Hebatnya iman mereka, tingginya keyakinan mereka tentang balasan ganjaran disisi Allah swt dan dunia langsung tidak dapat memperdaya mereka. Contohilah kemuliaan dan kehebatan iman mereka!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]
#Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain.
#Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil:
1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad)
2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:
“Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad)
3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad)
4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari)
#Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya.
♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1445H☆
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]
#Jauhi sifat bakhil kerana ia membinasakan akhirat seseorang. Sifat bakhil perlu dihapuskan dalam kehidupan seseorang kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.
#Daripada Sayidina Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:
اتَّقُوْا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوْا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ
“Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" (HR Muslim)
#Selain itu, tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.
#Hari ini kebakhilan sudah menjadi penyakit yang meluas dikalangan umat Islam. Ekonomi kapitalis dan budaya hidup mewah menjadikan kita tidak peka terhadap sesama saudara seMuslim. Lingkungan keluarga dan masyarakat kita telah berhasil menanamkan jiwa invidualisme. Yang penting saya menjadi kaya, cukup, semua keperluan serba ada, dan tidak memikirkan keperluan saudaranya yang lain.
#Disebabkan itulah muncul berbagai bentuk kebakhilan. Bakhilnya seorang pendakwah untuk menyampaikan kebenaran kerana takut nikmat dunianya berkurang. Bakhilnya seorang pemimpin untuk menggunakan kepimpinannya membela islam dan kebenaran. Bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya berfikir untuk kemajuan Islam. Bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah swt.
#Lebih parah lagi adalah bakhilnya seseorang untuk memberikan kemudahan kepada orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang kecil dan remeh. Orang yang bakhil tidak akan mahu memberikan hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwa dan ruhnya untuk Islam.
#Ingatlah bahawa sifat bakhil menyebabkan seseorang itu dijauhkan daripada keimanan kepada Allah swt. Sifat bakhil akan mengikis keimanan seseorang sedikit demi sedikit. Sabda Rasulullah saw:
لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا
“Sifat bakhil dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya” (Al-Musnad, Imam Ahmad, dan Shahih Ibni Hibban)
♡Islam sangat membenci sifat bakhil. Ini kerana sifat bakhil salah satu dari karakter orang munafiq yang tidak mahu berkorban untuk kebaikan. Padahal karakter orang yang beriman adalah sentiasa berkorban dengan apa sahaja demi islam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆
وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا
"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]
#Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt.
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu” [Surah al-Furqan 67]
#Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah.
#Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:
وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى
“Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim)
#Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa:
أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ
“Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab: ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)
#Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah)
#Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala')
♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1445H☆
قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]
#Sambungan bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak.
#Dulu, Sultan-sultan di Tanah Melayu ini sangat mengasihi, menghormati dan membesarkan para ulamak. Para ulamak dijadikan tempat rujuk sekelian Baginda Raja-raja Melayu itu. Bahkan para sultan itu sendiri pun alim-alim dan warak orangnya seperti contoh Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan lain-lain.
#Antara sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulamak, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulamak.
#Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam dalam Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulamak besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulamak yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.
#Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani hinggalah suatu ketika baginda hendak ke luar negara (terutama ke London), ulamak yang berasal dari Patani ini ikut bersama-sama dalam rombongan baginda.
#Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulamak sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah saw. Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulamak, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi.
#Menurut Sejarah Melayu, Sultan Melaka telah diIslamkan oleh Syed Abdul Aziz, ulamak juga pendakwah di Jeddah. Kemudian keturunan Syed Abdul Aziz menggantikan beliau sebagai Qadhi Melaka beberapa generasi seperti anaknya, Qadhi Maulana Yusof dan cucunya, Qadhi Munawar Syah. Beberapa ulamak lain turut menjadi pembesar di Melaka seperti Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan. Pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), Qadhi Munawar Syah dan Maulana Sadar Jahan adalah ulamak yang paling berpengaruh di istana, bahkan pada zaman Sultan Ahmad Syah (1511M), Maulana Sadar Jahan adalah Penasihat Sultan.
#Peranan ulamak dalam istana Melaka bukan hanya sebagai guru agama atau pakar rujuk hukum agama sahaja, tetapi turut berperanan untuk menyebarkan Islam, menguatkuasakan undang-undang Islam seperti penggubalan Hukum Kanun Melaka, sebagai pembesar bertaraf menteri dan juga penasihat yang berpengaruh ke atas Sultan Melaka.
#Selain itu, di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh.
... Bersambung ...
♡Letakkanlah peranan ulamak di kedudukan yang betul dan atas landasannya yang sebenar, insyaAllah perjalanan hidup kita semua termasuk para pemimpin akan sentiasa berada di bawah lembayung dan rahmat Allah swt♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah