tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Syaaban 1445H☆

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ

"Sesungguhnya kebaikan akan menghapus kesalahan" [Surah Hud 114]

#Lakukanlah kebaikan nescaya akan dihapuskan dosa dan kesalahan. Terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan di sepanjang kehidupan agar terhapusnya segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

#Sentiasa Istiqamah menuntut ilmu. Berkata Sayidina Umar bin al-Khatthab r.a:

إن الرجل ليخرج من منزله وَعَلِيهِ من الذُّنُوب‏ مثل جبال تهَامَة، فَإِذا سمع الْعلم خَافَ وَرجع وَتَابَ، فَانْصَرف الى منزله وَلَيْسَ عَلَيْهِ ذَنْب، ‏ فلا تفارقوا مجَالِس الْعلمَاء

"Ada seorang lelaki yang keluar dari rumahnya dengan membawa dosa sebesar gunung Tihamah. Sebaik dia mendengar ilmu, dia berasa takut, seraya kembali dan bertaubat kepada Allah swt. Lalu dia pun pulang semula ke rumahnya dalam keadaan dosa-dosanya telah gugur hilang. Maka janganlah sesekali kalian meninggalkan majlis para ulamak" (Lihat: Miftah Dar as-Sa’adah)

#Menunaikan ibadah haji di Baitullah. Sabda Rasulullah saw:

مَنْ حَجَّ ، فَلَمْ يَرْفُثْ، وَلَمْ يَفْسُقْ ، رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أمُّهُ

"Barangsiapa melakukan ibadah haji lalu dia tidak berbuat keji dan tidak melakukan perbuatan fasiq, maka dia akan kembali (tanpa dosa) sebagaimana saat dia dilahirkan oleh ibunya" (Muttafaq alaih)

#Memaafkan dan melupakan kesalahan orang lain. Firman Allah swt:

وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [Surah an-Nur 22]

#Lidah sentiasa basah dengan zikrullah. Sabda Rasulullah saw:

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مَائَةَ مَرَّةٍ، حَطَّتْ خَطَايَاهُ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

"Barangsiapa mengucapkan Subhanallahi wabihamdihi seratus kali dalam sehari akan dihapus kesalahan-kesalahannya meskipun seperti buih di lautan" [Muttafaqun ‘alaihi]

#Bersabar tatkala ditimpa musibah, penyakit dan kecelakaan dengan banyak mengingati Allah swt. Sabda Nabi saw:

مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ، وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمِّ، وَلاَ حُزْنٍ، وَلاَ أَذًى، وَلاَ غَمِّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا؛ إِلاَّ كَفَّرَ الله بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

"Apa sahaja yang menimpa seorang Muslim seperti rasa letih, sedih, sakit, gelisah, hinggakan duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dengan sebab itu semua” (Muttafaqun ‘alaih)

♡#Lakukanlah kebaikan demi kebaikan dengan mengharapkan redha Allah swt, moga seluruh dosa kita dihapuskan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rejab 1445H☆

إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا * وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا

“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata" [Surah al-Ahzab: 57-58]

#Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan bahawa Allah swt memperingatkan dan mengancam orang yang menyakiti Allah dengan menentang perintah-perintahNya dan melanggar larangan-laranganNya serta tiada henti-hentinya melakukan hal tersebut, juga menyakiti Rasul-Nya dengan mencelanya atau merendahkan martabatnya. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir)

#Menyakiti atau menghina Allah swt dalam hal ini tidak bermaksud membahayakan dan memudaratkan Allah swt. Dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Sayidina Abu Zar al-Ghifari r.a, Rasulullah swt bersabda, Allah swt berfirman:

 يَا عِبَادِي إِنَّكُمْ لَنْ تَبْلُغُوا ضُرِّي فَتَضُرُّوْنِي، وَلَنْ تَبْلُغُوا نَفْعِي فَتَنْفَعُوْنِي

"Wahai hambaKu sesungguhnya tidak ada kemudaratan yang dapat kamu lakukan kepadaKu sebagaimana tidak ada kemanfaatan yang dapat kamu berikan kepadaKu" (HR Muslim)

#Allah swt mengutuk orang yang menyakiti atau menghinaNya. Laknat atau kutukan itu merupakan pengusiran hamba daripada rahmat di dunia dan juga di akhirat.

#Seluruh umat Islam tidak memiliki perbezaan pendapat mengenai mencela Allah swt merupakan kufur dan orang yang sudah mencela serta menghina Allah swt hukumnya adalah dibunuh.

#Imam Ibn Qudamah menyebutkan, sesiapa yang mencaci Allah swt, maka dia telah kafir, sama ada dia melakukan dalam keadaan bergurau atau tidak.(Lihat: al-Mughni)

#Ibnu Rahawaih rahimahullah berkata: Seluruh kaum muslimin sepakat bahwa orang yang mencaci Allah swt dan rasulNya adalah kafir, meskipun dia masih percaya kepada kitabullah (Al-Quran)".

#Menurut Imam Abi Ya’la Saif Abi Ja’far dan juga Ibnu Uqail berkata, jika seseorang yang sudah menghina dan mencaci Allah, maka sudah wajib hukumnya untuk diminta atau diperintah untuk melakukan taubat. Apabila ia melakukan taubat maka taubat tersebut akan diterima sebab kedudukannya serupa dengan kafir biasa atau masuk ke dalam bentuk murtad yang masih dapat dihapuskan dengan jalan taubat.

♡Menghina Allah swt, menghina agama Islam, menghina Rasul pembawa risalah  Allah swt merupakan tindakan yang mampu mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Oleh itu, sudah selayaknya kita semua menghindari dan menjauhi sikap yang demikian. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat sebelum ajal menjemput, moga beroleh keampunan dariNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: RAYUAN SUMBANGAN INFAQ PROGRAM BACK TO SCHOOL PELAJAR ASNAF*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL

Assalamualaikum wbt...

Berkata Pujangga: *"Pendidikan adalah senjata paling ampuh yang dapat kamu gunakan untuk mengubah dunia dan memperoleh kebahagiaan hidup di akhirat"*

Bersempena dengan pembukaan sekolah sesi 2024/2025 sebulan dari sekarang, dengan ini NGO Geng Talaqqi melancarkan tabung sumbangan untuk program Back To School bagi meraikan golongan asnaf yang terdiri daripada pelajar-pelajar fakir miskin, pelajar B40 dan golongan yang memerlukan berupa sumbangan beg sekolah, pakaian sekolah dan alat tulis bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli keluarga mereka dalam meneruskan sesi  persekolahan bagi tahun 2024/2025.

Dengan ini pihak kami ingin memohon sumbangan seikhlas hati daripada pihak tuan/puan untuk menjayakan program ini.

*DANA YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU*

_Semoga tangan yang menghulur bakal menjadi saksi untuk kita semua di akhirat kelak_

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga diberkati rezeki dan dirahmati Allah serta beroleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw di Mahsyar kelak. Aamiiin
===========
Daripada Sayidatina ‘Asma binti Abu Bakar as-Siddiq r.ha berkata, dia datang kepada Rasulullah saw lalu dia bertanya: *"Ya nabi Allah! Aku tidak mempunyai apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zubir (suamiku) kepadaku (untuk belanja rumahtangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?”Jawab Nabi saw:" Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu dan jangan berkira-kira kerana Allah akan berkira-kira pula pemberianNya kepadamu dan akan kedekut kepadamu”* (HR Muslim)
=========
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun TOYYIB PAY:

https://toyyibpay.com/BACK-TO-SCHOOL

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Back To School

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BackToSchool

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BackToSchool

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BackToSchool

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BackToSchool

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rejab 1445H☆

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Jadilah pemaaf, dan suruhlah orang melakukan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah al-Aʿraf 199]

#Antara misi ajaran Islam adalah untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

#Sabda Nabi saw:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik” (HR Ahmad)

#Dalam hadis yang lain, Nabi saw memanjatkan doa yang berbunyi:

اللّهُمَّ اهْدِنِى لأَحْسَنِ الأَخْلاَقِ لاَ يَهْدِى لأَحْسَنِهَا إِلاَّ أَنْتَ

“"Ya Allah, kurniakanlah padaku akhlak yang baik. Tidak ada yang dapat menghidayahkan akhlak yang baik kecuali Engkau” (HR Muslim)

#Maka menjadi kewajipan bagi yang mengaku Muslim untuk berakhlak mulia. Hendaklah bergaul dengan masyarakat penuh lemah lembut dan bertolak ansur, pintar dan berintegriti.

#Kedudukan orang berakhlak mulia dalam kalangan masyarakat seperti bunga yang berkembang mekar, berbau harum dan halus. Sentiasa bersikap penyayang, bertanggungjawab dan merendah diri. Ini kerana segala perilaku yang baik serta mengucapkan perkataan yang baik adalah hasil daripada akhlak terpuji manakala perbuatan dan pengucapan yang buruk hasil daripada akhlak yang keji.

#Oleh itu, akhlak yang baik menuntut jiwa yang pengasih dan bersikap lemah lembut. Akhlak yang jahat pula menuntut sikap benci-membenci dan saling membelakangi antara satu sama lain.

#Ingatlah bahawa orang memiliki akhlak yang mulia tergolong dalam kalangan orang yang sempurna imannya. Sabda Rasulullah saw:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا

“Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang baik akhlaknya” (HR at-Tirmizi)

#Diriwayatkan juga daripada Sayidina Abu Darda’ r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ شَىْءٍ يُوضَعُ فِى الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلاَةِ

“Tidak ada suatu amalan yang jika diletakkan dalam timbangan lebih berat dari akhlak yang mulia. Sesungguhnya orang yang berakhlak mulia akan menggapai darjat orang yang rajin berpuasa dan rajin solat” (HR at-Tirmizi)

#Bahkan orang yang berakhlak mulia akan beroleh kedudukan yang paling dekat dengan nabi saw di mahsyar kelak:

إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَىَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّى مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلاَقًا

“Sesungguhnya di antara orang yang paling aku cintai dan tempat duduknya sangat dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang bagus akhlaknya" (HR at-Tirmizi)

#Ketahuilah bahawa syurga dijanjikan kepada orang yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sabda Nabi saw:

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik." (HR at-Tirmizi)

♡Akhlak yang baik adalah sesuatu yang tidak dapat disembunyikan kelebihannya dalam Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim menzahirkannya dan perbuatan seperti ini sesuatu yang dipuji Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rejab 1445H☆

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]

#Besar ganjaran yang dijanjikan Allah bagi orang yang suka bersedekah dan membantu orang lain. Ganjaran yang dijanjikan adalah syurga. Disebut dalam hadis terdapat pintu syurga yang hanya dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah (boleh lihat HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sambung lagi bicara Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in.

#Seorang lagi yang ditugaskan berjumpa Urabah Al-Ausi datang untuk meminta-minta kepadanya. Ketika itu, Urabah sedang keluar dari dalam rumahnya untuk mengerjakan solat Asar dan ditemani oleh dua orang hamba sahayanya.

Urabah adalah seorang buta dan sememangnya memerlukan dua orang bagi menuntun perjalanannya.

Lelaki tadi terus meminta-minta di hadapannya dengan berkata: Aku adalah seorang faqir dan aku datang menemuimu untuk meminta sesuatu kepadamu.”

Urabah menjawab: Demi Allah, sekarang ini aku sudah tidak memiliki apa-apa lagi, kerana banyaknya infaq yang telah ku lakukan kebelakangan ini. Tapi sudikah kau menerima dua orang hamba sahaya ini?”

Lelaki tadi menjawab: Kalau kamu berikan kepadaku dua hamba sahayamu ini, lantas siapa lagi yang akan menuntun perjalananmu menuju masjid nanti?”

Urabah menjawab: Biarlah aku berangkat sendiri menuju ke masjid.”

Lelaki tersebut terus mengambil dua hamba sahaya berkenaan dan kemudian membawanya pulang ke Mekah.

#Ketiga-tiga lelaki tadi berhimpun di dalam Masjidil Haram selepas mereka berjaya menjalankan tugasan masing-masing. Setiap daripada mereka menceritakan:

Abdullah Bin Jaafar sememangnya orang kaya dan dermawan. Dia pasti dikenang masyarakat Arab. Qais Bin Saad pula adalah seorang dermawan dan baik hati. Namun kedua-duanya tidaklah sehebat Urabah Al-Ausi. Ini adalah kerana walaupun dia seorang yang faqir dia masih lagi bersifat pemurah. Tambahan lagi, dia adalah seorang yang buta dan berjalan ke masjid tanpa sesiapa yang menuntunnya" (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Seorang penyair bersyair:

Aku lihat Urabah al-Ausi mengukir kehormatan; tanpa tandingan dan mereka pasti memujinya.

Jika bendera kemuliaan dan kehormatan dikibarkan; Pastilah Urabah orang yang pertama memegangnya"

#Hendaklah seorang yang mendermakan hartanya agar benar-benar ikhlas hanya kerana mencari keredhaan Allah swt. Jika populariti dan ingin dipuji sebagai matlamatnya, maka Allah swt tidak akan memberikan keberkatan ke atas harta yang didermakan. Malah ia akan menjadi laknat dan seksa ke atas dirinya.

♡Semoga sifat pemurah yang ditunjukkan mereka dapat diikuti oleh kita dan generasi yang akan datang. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rejab 1445H☆

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]

#Ayat ini membicarakan mengenai balasan bagi orang yang rajin sedekah dan suka membantu orang lain dalam pelbagai cara dan suasana samada secara sembunyi atau terang-terangan.

#Ini antara sikap dan perilaku mulia yang wajar ada dalam diri setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah swt. Jauh lebih daripada itu, mereka juga bersedekah dalam keadaan susah, sulit dan memerlukan. Ini akan meninggikan nilai taqwa bagi orang yang beriman.

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ

"(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun di waktu sempit..." [Surah Aali Imran 134]

#Berkata Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah: “Saat susah tetap sedekah, saat senang juga bersedekah. Jika berada dalam keadaan senang, ia perbanyak sedekahnya. Jika dalam keadaan sulit, ia tetap berbuat baik walau sedikit" (Lihat: Taisir Al-Karim Ar-Rahman)

#Imam Ibnu Kathir dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in:  Pada suatu hari, orang ramai duduk berbual di dalam Masjid al-Nabawi selepas mengerjakan solat Isyak. Salah seorang daripada mereka bertanya: “Siapakah orang Arab yang paling dermawan era tabi’in ini?”

Seorang lelaki menjawab: “Tabi’in paling dermawan adalah Abdullah Bin Jaafar Bin Abu Thalib, iaitu anak kepada Jaafar al-Thayyar.”

Seorang lagi menjawab: Orang Arab paling dermawan itu adalah Qais Bin Saad Bin Ubadah.”

Seorang lagi menjawab: Orang Arab paling dermawan ialah Urabah al-Ausi.”

Mendengar apa yang diperkata oleh mereka itu, maka kaum Muslimin berkata: Kalau begitu hendaklah masing-masing dari kita datang menemui setiap tokoh dermawan tadi secara berasingan. Sebelum berjumpa dengannya untuk meminta-minta, hendaklah kita menampilkan diri seperti layaknya orang faqir. Setelah menjalankan tugas ini, kita hendaklah berjumpa kembali di tempat ini dan setiap orang akan menceritakan manakah di antara mereka yang lebih pemurah.

Seorang yang ditugaskan menemui Abdullah bin Jaafar terlebih dahulu, dia memakai pakaian buruk dan compang-camping.....

... Bersambung...

♡Jadilah hamba Allah yang pemurah dan ringan tulang untuk berkongsi rezeki dan membantu orang lain yang memerlukan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: SEKELUARGA DIUJI DENGAN SAKIT KRONIK*😭😭😭

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-SATU-KELUARGA

Assalamualaikum wbt...
2 minggu lepas, Ust Naim bersama Relawan Geng Talaqqi dibawa menziarahi sebuah keluarga di Kg Baru Air Panas, Pengkalan Hulu, Perak.

Di dalam rumah tersebut tinggal 4 orang. Atok, nenek, anak dan cucu.

*1. Atok, Mohamad Yusuf berusia 76 tahun mengidap Minor Strok dan tidak boleh bercakap.*

*2. Nenek, Kalsom bt Mad Isa berusia 73 tahun. Mengidap kencing manis kronik. Dah dipotong kaki dan matanya tidak dapat melihat 100% (buta).*

*3. Anak mereka, Norhariani bt Md Yusuf berusia 47 tahun, seorang ibu tunggal, sudah kematian suami beberapa tahun lepas. Diuji sakit kanser buah pinggang, Dialisis seminggu 3 hari (tahap 5), sakit jantung dan paru-paru. Pernah di tahan wad selama setahun lebih dan sekarang bergerak menggunakan kerusi roda dengan bantuan anak. 😭😭😭*

*4. Hanya cucu sahaja yang sihat (anak tunggal Pn. Norhariani). Mereka bertiga dijaga oleh cucu tersebut, Nur Ainaa Najwa berusia 18 tahun. Beliau yang menjaga, mengurus, memasak dan menghantar ibunya dialisis dan menguruskan atok dan nenek. (Adik Aina terpaksa berhenti sekolah demi menjaga ibunya yang ditahan wad hampir setahun lebih bahkan beliau tidak sempat ambil SPM)*

*Selain itu, terdapat seorang lagi waris mereka, Kak Nooraini bt Md Yusuf (sudah berkahwin/tidak bekerja), tinggal tak jauh dari situ yang selalu menjenguk ibu, ayahnya, adiknya serta berkhidmat menghantar mereka ke hospital.

*Pendapatan mereka:*
1. Atok dapat JKM rm300
2. Nenek dapat JKM rm300
3. Pn. Norhariani dapat baitulmal rm500.

*Kos pampers, kos ulang alik seminggu 3x dialisis, kos ke hospital, kos makan minum tersangat tidak mencukupi dengan jumlah diatas. Mereka tiada pencen, tiada socso dan tiada bantuan lain. 😭😭😭*

_BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MENANGGUNG..._

*Jom para penyumbang sekelian, kita bantu keluarga ini kurangkan bebanan dan penderitaan hidup yang ditanggung mereka sekeluarga. Moga ada rasa simpati, empati dan keprihatinan yang tinggi untuk sama-sama kita membantu.*

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka sekeluarga cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan rezeki mereka sekeluarga.. Aamiiin

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Moga beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Aamiiin.
.....................
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/TABUNG-DERITA-SATU-KELUARGA

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Derita Satu Keluarga

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungDeritaSatuKeluarga

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungDeritaSatuKeluarga

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungDeritaSatuKeluarga

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungDeritaSatuKeluarga

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Sifat bakhil merupakan sifat keji dan tercela. Allah swt sangat membenci orang yang bakhil lagi kedekut.

#Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga manusia akan diperlihatkan dengan tanda yang jelas seperti sifat bakhil yang berleluasa berlaku dalam kalangan manusia.

#Sifat bakhil adalah penyakit jiwa yang sedang melanda manusia khususnya membabitkan umat Islam. Pada saat ini manusia di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama mereka untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt kepada jalan yang benar.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut." (HR at-Thabrani)

#Nabi saw bersabda lagi dalam hadis yang lain tentang apa yang akan terjadi sebelum kiamat: "Masa akan menjadi singkat, ilmu semakin berkurang, dicampakkan kepada hati manusia kebakhilan melampau dan banyaknya harj iaitu pembunuhan demi pembunuhan." (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Perkataan kebakhilan dalam hadis ini merujuk kepada sifat kebakhilan yang disertai dengan ketamakan dan semua perkara yang menghalang seseorang daripada bersedekah atau melakukan amal kebajikan. Penyakit jiwa yang melanda manusia ini mengakibatkan rezeki kurniaan Allah swt yang sepatutnya dikeluarkan bagi tujuan membantu orang yang kurang berkemampuan tidak dapat dilaksanakan. Kebimbangan mereka akan menjadi fakir dan miskin menyebabkan limpahan harta disimpan sehingga tidak mampu untuk dimanfaatkan kepada orang lain.

#Firman Allah swt:

وَلَا یَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ یَبۡخَلُونَ بِمَاۤ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ هُوَ خَیۡرࣰا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرࣱّ لَّهُمۡۖ سَیُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا۟ بِهِۦ یَوۡمَ ٱلۡقِیَـٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِیرَ ٰ⁠ثُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalongkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan" [Surah Ali-ʿImran 180]

♡Sifat bakhil adalah sikap yang tercela sehingga Allah swt memberi ancaman kepada mereka dengan seksaan
yang menghinakan dan merendah-rendahkan mereka. Orang bakhil tergolong dalam kalangan orang yang kufur dengan rezeki pemberian daripada Allah swt sehingga tidak ingin mensyukuri segala nikmat yang melimpah ruah dengan berkongsi rezeki dengan orang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah az-Zumar 9]

#Bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak disambung lagi.

#Di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh. Ini sebagaimana peranan Syed Hussein Jamadil Kubra di Kelantan, Sunan Giri dan Sunan Gunung Jati di Demak, Sheikh Mansor di Tidore dan Sheikh Nuruddin ar-Raniry di Aceh, begitulah berperanan mempengaruhi Raja terhadap pemupukan kehidupan beragama.

#Lebih daripada itu, dimuliakan kedudukan para ulamak dengan melantik mereka sebagai pemerintah. Pelantikan para ulamak seperti Tengku Mohammad sebagai Sultan Perlak, Sultan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei, Syarif Kebungsuwan sebagai Sultan Mindanao, anak-cucu Syed Jaafar as-Sadiq sebagai Sultan-sultan di Tidore, Bachan, Ternate dan Jailolo serta Sunan Fatahillah sebagai Sultan Demak, adalah contoh pembentukan Daulah Islam dengan para ulamak menjadi Raja dan Sultan.

#Inilah kehebatan pemimpin dahulu dalam menghormati ulamak dan kehebatan ulamak yang dinobatkan sebagai pemimpin.

#Ketahuilah bahawa ulamak adalah pewaris tugas dan peranan sekalian nabi dan rasul dalam menyampaikan amanah Islam kepada seluruh umat manusia. Di tangan ulamaklah penentu kepada maju mundurnya sesebuah negara, terang gelapnya sesebuah bangsa, baik buruknya sesuatu umat di bumi ini.

#Jika ulamak berperanan sebagaimana berperanannya para nabi dan rasul, akan baiklah pemimpin dan umat berkenaan. Sebaliknya, jika ulamak itu tidak berfungsi dan berperanan jelik, nescaya akan buruk dan binasalah pemimpin dan umat berkenaan.

♡Setiap pemimpin dan rakyat hendaklah merujuk terlebih dahulu kepada ulamak dalam sebarang persoalan hidup, samada persoalan duniawi mahupun ukhrawi. Jadikanlah ulamak sebagai obor yang menerangi seluruh kehidupan kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambungan lagi bicara berkaitan kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

#Khalifah Umar bin Abdul Aziz di zaman belajarnya, beliau menuntut ilmu dengan beberapa ulamak besar dari kalangan sahabat Nabi yang hebat seperti Sayidina Ubadah bin as-Shomit, Sayidina Abdullah bin Umar bin al-Khattab. Beliau juga berguru dengan ulamak tabiin yang masyhur seperti Imam Said bin Musaiyib, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Mas'ud.

#Beliau sangat menghormati dan menyanjungi semua gurunya. Beliau tersangat menyanjungi dan memuliakan gurunya Ubaidillah bin Abdilllah, belajar dariNya, beradab dengan akhlaknya dan begitu terkesan dengan Ubaidillah. Beliau pernah berkata:

"Aku lebih suka berada dalam majlis ilmu Ubaidillah daripada diberikan kepadaku 1000 dinar" (Lihat: Umar bin Abdul Aziz, Abdullah Sattar Syeikh)

#Katanya lagi: "Kalaulah Ubaidillah masih hidup, aku tidak akan mengeluarkan arahan melainkan setelah daku meminta pandangan darinya". *Ubaidillah pada waktu itu merupakan mufti di Madinah dan salah seorang daripada 7 ulamak fikah terkenal di Madinah. (Lihat: Siyar A'lam an-Nubala')

#Ketika Umar bin Abdul Aziz dilantik menjadi gabenor di Thaif, beliau melantik 10 orang ulamak terhebat di Madinah untuk menjadi penasihat serta pembantunya. Beliau berkata kepada para ulamak ini:

"Sesungguhnya aku memanggil kamu kerana satu tugas yang bergaji tetap. Ini bertujuan agar kamu menjadi pembantuku untuk menegakkan kebenaran. Aku tidak akan membuat apa-apa keputusan kecuali setelah mendengar pandangan daripada kamu semua" (Lihat: Suwar min hayat at-Tabiin)

#Hebatnya pemimpin dahulu, mereka menjadi ulamak sebagai pembantu dan penasihat bahkan sentiasa memuliakan, menyanjungi dan menghormati mereka sebagai orang berilmu, alim ulamak dan penunjuk kebenaran.

#Zaman kita hari ini, mufti menasihati dan menegur, mufti pula dikecam, ditegur menimbulkan polemik kepada masyarakat dan dipersalahkan serta mufti pula minta maaf kepada orang yang dinasihati. Lebih daripada itu, menteri/pemimpin pula mengeluarkan kenyataan bahawa SOP perlu diadakan sebelum mufti keluar sebarang kenyataan. Akhir zaman, mufti dan para alim ulamak pula yang dinasihati oleh pemimpin dan netizen, bukannya mereka yang menasihati pemimpin dan orang ramai. Pelik lagi ajaib.

♡Lihatlah pemimpin dan orang dulu yang menjadikan ulamak sebagai penasihat, penegur kesalahan dan pembetul kesilapan bukannya dijatuhkan martabat kedudukan ulamak. Contohilah mereka yang memuliakan ulamak, agar kita sentiasa diatas landasan kebenaran selamanya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambung lagi perbicaraan tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

#Tersangat perlu bagi kita memuliakan ulamak dan mengasihi mereka. Ini kerana jalan yang ditunjuk kepada kita adalah jalan akhirat dengan cara ibadah yang sah serta iman yang benar. Justeru, amat wajar mengasihi dan memuliakan mereka kerana ia termasuk suruhan Nabi saw.

#Ulamak yang menjadi pewaris nabi amat perlu diberi penghormatan dan dimuliakan kerana mereka yang cukup istimewa di sisi Allah. Menjadi keperluan kepada kita semua untuk mengutip seberapa banyak mutiara ilmu daripada tokoh seperti itu.

#Mulianya para ulamak berdasarkan kepada penyaksian ketauhidan bersama dengan Allah dan para malaikat adalah para ulamak. Firman Allah swt:

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali Imran 218)

#Syeikh al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumait:

“Maka ilmu adalah punca dan sumber kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Ini kerana, sebesar-besar kedudukan pada hak anak Adam adalah kebahagiaan yang berkekalan di akhirat dan melihat wajah Allah serta menghuni syurga-Nya. Hal ini, tidak akan sampai kecuali dengan ilmu dan amal dan amalan tidak mungkin dapat dilaksanakan kecuali dengan segala kaifiyatnya berdasarkan Ilmu.

#Daripada Umar r.a, katanya:

لَمَوْتُ أَلْفِ عَابِدٍ قَائِمِ اللَّيْلِ صَائِمِ النَّهَارِ، أَهْوَنُ مِنْ مَوْتِ عَاقِلٍ

Mati seribu orang ahli ibadat yang berqiamullail dan puasa sunat di siang hari lebih ringan daripada mati seorang yang berakal lagi alim.

#Daripada Abi Ja’far rahimahullah berkata:

مَوْتُ عَالِمٍ أَحَبُّ إِلَى إِبْلِيْسَ مِنْ مَوْتِ سَبْعِيْنَ عَابِدَا

Mati seorang alim lebih disukai oleh Iblis daripada mati tujuh puluh orang ahli ibadat.” (HR Abu Nu’aim)

#Berkata Imam Abdullah Ibn al-Mubarak rahimahullah: Ingatlah sesiapa yang merendah-rendahkan para ulamak, akhiratnya akan binasa.”

#Syeikh al-Kandahlawi berkata: "Orang-orang yang mengajak untuk berburuk sangka, membenci dan berusaha menjauhkan alim ulamak dari umat, termasuk penyebab kerosakan agama. Orang yang seperti itu, akan mendapat azab yang keras.

♡Marilah sama-sama kita menghormati para ulamak, mengasihi dan memuliakan mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Pertanyaan dalam ayat diatas, “apakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu" adalah dalam bentuk soalan penafian (Istifham Istinkar) yang secara jelas jawapannya ialah pasti tidak sama kedudukan orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu.

#Ulamak adalah mereka yang memimpin umat agar tunduk dan patuh kepada perintah Allah swt. Kedudukan ulamak adalah mulia, bukan kerana fizikal mereka tetapi kerana mereka memikul amanah dakwah dan menjadi pewaris kepada para Rasul yang diamanahkan membawa risalah tauhid dan syariat yang sebenar kepada seluruh umat manusia.

#Ulamak adalah orang yang paling berjasa dalam menjaga, membela dan menyampaikan kepada kita syariat Islam secara suci murni sehingga hari ini.

#Oleh itu, kita wajib menghormati para ulamak dan mengakui keahlian mereka misalnya Imam al-Asy'ari dan Imam al-Maturidi dalam bidang akidah. Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam as-Syafie dan Imam Ahmad dalam bidang fiqah. Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam at-Tirmizi serta Imam an-Nasaie dalam bidang hadis.

#Mengkritik dan memperlekehkan ulamak adalah dua perkara yang berbeza. Mengkritik ulamak tidak boleh dilakukan oleh semua orang. Hanya ulamak yang berkelayakan dari segi ilmu dan adabnya sahaja yang boleh mengkritik melalui kaedah dan perbahasan ilmiah. Selain mereka, tidak layak untuk mengkritik ulama melainkan orang jahil yang tertipu dengan dirinya sendiri.

#Memperlekehkan ulamak pula tidak dilakukan kecuali oleh orang yang hina dan rendah akhlaknya sahaja. Nabi saw sendiri tidak mengakui orang seperti ini sebagai umatnya.

#Sabda baginda saw:

ليس من أمَّتي من لم يُجلَّ كبيرنا، ويرحم صغيرنا، ويعرف لعالمنا

"Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak menghormati orang tua kami, mengasihi orang muda kami dan mengetahui hak orang alim kami" (HR Ahmad. Hadis Hasan)

#Berkata Imam Ibnul Mubarak: "Sesiapa yang mempersendakan ulamak, akan hilanglah akhiratnya."

#Berkata pula Imam al-Azraie: "Mencerca ahli ilmu, terutama tokoh besar mereka adalah termasuk dosa besar."

#Al-Imam al-Ghazali mendidik kita memuliakan para ilmuwan, alim ulamak, guru-guru. Sehingga beliau menegaskan bahkan meletakkan kedudukan ahli ilmu lebih mulia dari kedudukan ibu bapa. Kata al-Imam al-Ghazali rahimahullah:

فإنَّ الوالد سببُ الوجود الحاضر، والحياة الفانية، والمعلم سبب الحياة الباقية

“Sesungguhnya ibubapa adalah sebab kewujudan seorang anak dimuka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan ahli ilmu adalah sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya". (Lihat: Ihya' Ulumuddin)

♡Ulamak mempunyai jasa besar kerana mereka perantara yang menyampaikan kepada kita agama yang benar. Maka, muliakanlah para alim ulamak, orang-orang soleh, imam-imam mazhab, para pejuang Islam, golongan ilmuwan, para guru, pendakwah kerana mereka adalah pewaris nabi, pembawa risalah para Rasul dan wali Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab 1445H☆

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلْأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَـٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَـٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Taubah 100]

#Sahabat Nabi saw adalah merupakan generasi terbaik yang pernah ada di dalam sejarah Islam. Mereka merupakan generasi yang terawal memeluk Islam dan membantu penyebaran Islam ke seluruh alam. 

#Imam asy-Syaukani menyebut bahawa Allah redha terhadap amalan ketaatan yang ikhlas yang dilakukan oleh mereka. Dan mereka juga redha terhadap apa yang telah dikurniakan oleh Allah terhadap yang tidak terlintas di sanubari mereka dan tidak terfikir oleh akal. Redha daripada Allah merupakan darjat yang tertinggi dan merupakan kemuliaan yang teragung. (Lihat: Fath Al-Qadir Al-Jami Baina Fannai Al-Riwayah Wa Al-Dirayah Fi Ilm Al-Tafsir)

#Kemuliaan para sahabat Nabi saw disebutkan sendiri oleh baginda Nabi saw. Sabda baginda saw:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

"Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka" (HR al-Bukhari)

#Dalam riwayat yang lain:

خَيْرُ أُمَّتِى الْقَرْنُ الَّذِينَ يَلُونِى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِىءُ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَيَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

“Sebaik-baik umatku pada kurun yang mana mereka menyertai aku kemudian orang yang datang selepas mereka kemudian orang yang datang selepas mereka. Kemudian akan datang satu golongan yang mana mendahulukan penyaksian daripada sumpah dan menjadikan sumpahnya sebagai penyaksian (isyarat kepada banyaknya penyaksian dan sumpah yang palsu)” (HR Muslim)

#Nabi saw memberi amaran dan peringatan agar jangan sewenang-wenangnya cuba untuk mencela atau mencaci apatah lagi memaki para sahabat. Baginda saw bersabda:

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

“Jangan kalian mencela para sahabatku. Jika salah seorang dari kalian menginfakkan emas sebanyak bukit Uhud, ia tidak akan mencapai segantang infak yang dilakukan oleh para Sahabat. Bahkan tidak sampai separuh pun” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Imam an-Nawawi menukilkan pandangan Imam Qadhi Iyadh bahawa para Sahabat melebihi orang-orang yang datang selepas mereka. Ini disebabkan apa yang mereka infakkan adalah ketika waktu darurat dan ketika kesempitan. Kesemuanya adalah semata-mata untuk membantu, menyokong dan melindungi Nabi saw. (Lihat: Al-Minhaj Syarh Sohih Muslim)

..Bersambung..

♡Para sahabat Nabi memiliki kedudukan yang teristimewa di sisi Allah swt. Mereka telah diberikan anugerah yang begitu besar yakni kesempatan bertemu dan menemani Nabi saw. Allah swt telah memilih mereka untuk mendampingi dan membantu Nabi saw dalam menegakkan agamaNya. Insan-insan pilihan Allah ini, tentunya memiliki kedudukan teristimewa di bandingkan dengan insan yang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1445H☆

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

#Sambung bicara tentang kematian. Setiap yang hidup pasti bertemu kematian.

#Berkata Syed Qutb rahimahullah: "Semua orang pasti akan kembali kepada Allah ketika mati, tapi yang berbahagia adalah orang yang dekat dengan Allah semasa hidupnya".

#Antara mati yang mulia ialah mati syahid di medan jihad. Inilah yang diburu oleh generasi awal Islam iaitu mencari kematian yang indah.

#Sayidina Umar al-Khattab r.a  pernah berdoa agar beroleh mati syahid:

اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَاجْعَلْ مَوْتِي فِي بَلَدِ رَسُولِكَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Ya Allah, kurniakanlah aku syahid di jalanMu. Matikanlah aku di negeri RasulMu saw (Madinah)" (HR al-Bukhari)

#Antara sahabat terawal syahid dalam perang Badar ialah Sayidina Mahja‘ bin Soleh r.a maula Sayidina Umar bin al-Khattab r.a. 

#Beliau termasuk dalam kalangan sahabat yang awal memeluk agama Islam, menyertai peperangan Badar dan mati terbunuh sebagai syahid dalam peperangan tersebut.

#Musa bin ‘Uqbah menyebutkan, beliau adalah yang awal syahid dalam peperangan itu. Begitu juga Ibn ‘Abd al-Barr turut menyatakan, beliau adalah yang awal terbunuh dalam kalangan tentera Muslimin di antara dua barisan (tentera yang bertentangan), anak panah datang kepadanya dari arah barat dan membunuhnya. Dikatakan orang yang telah membunuhnya ialah ‘Amir bin al-Hadhrami.

#Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda kepada para sahabat yang menunjukkan kemuliaan orang yang mati syahid. Sabda Nabi saw:

“Ada seorang sahabat yang akan masuk ke syurga tanpa perlu solat, puasa dan lain-lain. Dia ialah ialah Amar bin Sabit”.

#Amar bin Sabit masuk Islam, kemudian terus ke medan perang dan mati syahid.

♡Moga Allah memilih kita semua untuk dikurniakan mati syahid. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rejab 1445H☆

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah SWT jualah kesudahan segala urusan" [Surah al-Hajj 41]

#Sambungan bicara berkaitan pemimpin Islam yang telah mencapai pra syarat sebagaimana yang telah disebut dalam ayat ini. Antaranya ialah Sultan Muhammad al-Fateh.

#Rasulullah saw pernah bersabda:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.." (HR Imam Ahmad)

#800 tahun selepas hadis itu diucapkan oleh Rasulullah saw barulah ia akhirnya menjadi kenyataan. Seorang alim, Syeikh Syamsuddin Al-Wali pernah mengiisyaratkan bahawa Sultan al-Fateh akan berjaya menakluk kota Konstantinopel ketika beliau di dalam buaian lagi.

#Syeikh Syamsuddin Al-Wali pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad al-Fateh): “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu” sambil menunjuk kepada Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.

#Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar dengan didikan agama dan pemerintahan serta strategi peperangan. Beliau seorang yang tampan mempunyai bentuk badan yang tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.

#Ketika berumur 19 tahun beliau diangkat untuk menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Sultan Muhamad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah ketika beliau berusia hanya 21 tahun.

#Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan kerajaan Islam kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan.

#Sebelum beliau meniggal dunia, beliau menyampaikan wasiat seperti berikut: “Tidak lama lagi aku akan mati, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana aku telah meninggalkan calon pengganti dan penerus seperti kamu. Jadilah orang yang adil, soleh dan penyayang. Lindungilah seluruh rakyatmu tanpa membeza-bezakan dan bekerjalah untuk menyebar agama Islam. Ini adalah kewajipan seluruh raja di atas muka bumi ini, dahulukan perhatianmu kepada urusan agama berbanding urusan yang lain. Jangan berhenti untuk terus melaksanakannya.

Jangan memilih orang yang tidak mengutamakan urusan agama, tidak menjauhi dosa besar dan tenggelam dalam maksiat. Jauhilah juga bidaah yang merosakkan. Jauhilah orang yang mengajak kamu melakukan bidaah. Perluaskanlah negeri kamu dengan berjihad dan janganlah sampai harta baitulmal itu dibazirkan. Jangan mengambil harta seorang pun dari rakyat kamu kecuali dengan mengikut aturan Islam. Berikanlah jaminan makanan dan keselamatan bagi orang yang lemah. Muliakan orang yang berhak dengan sebaik-baiknya.

Ketahuilah bahawa ulamak adalah satu kekuatan yang ada dalam tubuh negara kamu, maka muliakanlah kehormatan mereka dan motivasikanlah mereka dengan sumber kekuatan dan kekuasaan yang kamu miliki. Jika engkau mendengar ada ulamak di negeri yang jauh, maka jemputlah ia datang dan muliakannya. Waspada dan berhati-hatilah, jangan sampai engkau terlena dan terpesona dengan harta dan kekuatan yang banyak. Jangan sampai engkau menjauhi ulama syariat dan jangan sampai engkau cenderung melakukan amalan yang menyalahi syariat. Agama adalah tujuan kita, hidayah adalah jalan hidup kita dan dengan keduanya kita akan menang.

♡Inilah perwatakan taqwa Sultan Muhammad al-Fateh. Contohilah baginda!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rejab 1445H☆

وَلَىِٕن سَأَلۡتَهُمۡ لَیَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلۡعَبُۚ قُلۡ أَبِٱللَّهِ وَءَایَـٰتِهِۦ وَرَسُولِهِۦ كُنتُمۡ تَسۡتَهۡزِءُونَ * لَا تَعۡتَذِرُوا۟ قَدۡ كَفَرۡتُم بَعۡدَ إِیمَـٰنِكُمۡۚ إِن نَّعۡفُ عَن طَاۤىِٕفَةࣲ مِّنكُمۡ نُعَذِّبۡ طَاۤىِٕفَةَۢ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ مُجۡرِمِینَ

Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?". Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah" [Surah at-Tawbah 65-66]

#Berkata al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh: "Ketahuilah bahawa sesiapa yang (dengan sengaja) merendah-rendahkan al-Quran atau sesuatu daripadanya, atau mencacinya, atau mengingkarinya tidak kira satu huruf atau satu ayat, atau mendustainya atau mendustai sebahagian daripadanya, atau dia mendustai suatu hukum atau berita yang jelas dinyatakan di dalamnya, atau mengisbatkan suatu yang dinafikannya, atau menafikan suatu yang diisbatkannya, dalam keadaan dia mengetahui perkara tersebut atau dia syak pada sesuatu daripada perkara tersebut, maka dia dikira jatuh kafir di sisi ulama secara ijmak" (Lihat: al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa)

#Antara penyebab dan punca-punca yang boleh membatalkan akidah seseorang Muslim ialah:

1. Mengungkap perkataan yang bertentangan dengan ajaran dan akidah Islam sama ada ia dilakukan secara serius atau gurauan. Sebagai contoh, mengatakan bahawa "Nabi seorang pendusta dan gila seks." "Islam agama yang kolot." "Wanita yang bertudung adalah wanita yang kolot."

2. Menghina syariat Allah seperti hukum hudud, kewajipan solat, kewajipan zakat, kewajipan puasa dan haji. Adakalanya seseorang itu boleh menjadi murtad jika secara jelas atau gurauan dia menolak pengharaman judi dan arak yang terkandung dalam al-Quran.

3. Melakukan perbuatan kufur atau syirik seperti yang dilakukan golongan musyrik. Sebagai contoh sujud kepada berhala sebagai penghormatan. Memakai salib dengan anggapan ia adalah sebagai pendinding. Percaya dan memohon bantuan daripada jin dan syaitan hingga sanggup melupakan Allah swt. Memakai pakaian-pakaian ahli ibadat golongan bukan Islam seperti sami dan sebagainya sebagai tanda keagungan agama berkenaan. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan boleh menyebabkan akidah seseorang Muslim terbatal.

4. Mempersendakan agama Allah swt walaupun ia hanya bersifat gurauan. Ada sebahagian umat Islam sanggup mempermain-mainkan agama Allah dengan pelbagai cara seperti mempersendakan ayat-ayat al-Quran atau Sunnah Nabi saw.

#Begitu juga halnya pada hari ini terdapat golongan yang menulis ayat al-Quran pada baju atau pakaiannya. Menulis ayat al-Quran atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran di belakang baju dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada siapa pun yang melihatnya adalah dibolehkan, ia sesuai dengan  uslub dalam menyampaikan dakwah dengan memberi nasihat dan peringatan melalui tulisan tersebut. Namun, penting untuk menjaga agar tulisan tersebut tidak dicemari atau dihina dengan penggunaan benda-benda yang kotor, kerana tulisan tersebut adalah ungkapan dari makna ayat-ayat suci Al-Quran yang memiliki kemuliaan dan juga ia merupakan syiar agama islam. Jika menulis dengan tujuan menghina, memperolokkan dan tidak menjaga kesuciannya, maka termasuk dalam kalangan mereka yang kufur.

♡Diingatkan kepada seluruh umat Islam supaya tidak mempermain-mainkan agama dengan perbuatan, percakapan dan sebagainya yang berkemungkinan membawa kepada kufur dan rosaknya akidah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*Bantu kami sebarkan kepada sahabat2 yang lain dan selamat menyumbang sorang sikit*.. Terima kasih

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rejab 1445H☆

خُذِ ٱلۡعَفۡوَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡعُرۡفِ وَأَعۡرِضۡ عَنِ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Jadilah pemaaf, dan suruhlah orang melakukan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)" [Surah Al-Aʿraf 199]

#Sambung bicara tentang misi ajaran Islam untuk menyempurnakan akhlak umat manusia.

#Antara akhlak golongan salafus soleh yang wajar kita contohi ialah:

1. Sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan dan melarang perkara yang melibatkan kemungkaran.

#Sabda Nabi saw: "Barangsiapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang mencontohinya itu sedikit pun" (HR Muslim)

2. Mendahulukan sikap lemah lembut ketika amar ma’ruf nahi mungkar dan berdakwah dengan penuh hikmah serta memberi nasihat dengan cara yang terbaik.

3. Sabar, bersungguh dan cekal ketika berdakwah

4. Tidak ingin kaum Muslimin berselisih dalam perkara perbezaan pendapat.

5. Bersegera melaksanakan solat dan perkara kebaikan

6. Tidak berputus asa dari pertolongan Allah ketika berdepan dengan musibah dan ujian kehidupan

7. Peduli kesusahan dan penderitaan orang lain

8. Sentiasa memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya dan cepat berdamai

9. Tidak kufur nikmat dan sentiasa berkongsi nikmat Allah dengan manusia serta makhluk yang lain.

10. Memiliki tutur kata dan perwatakan mulia yang disenangi semua manusia samada kawan atau musuh.

#Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat baik kepada segala sesuatu." (HR at-Tirmizi)

#Firman Allah swt:

فَٱسۡتَبِقُوا۟ ٱلۡخَیۡرَ ٰ⁠تِۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِیعࣰا فَیُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِیهِ تَخۡتَلِفُونَ

"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya" [Surah al-Maʾidah 48]

♡Semoga Allah swt menjadikan kita dalam kalangan hamba-hambaNya yang memiliki akhlak yang mulia dan sentiasa berlaku baik kepada semua makhluk serta memasukkan kita ke dalam syurga di akhirat kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rejab 1445H☆

هُوَ أَهْلُ التَّقْوَىٰ وَأَهْلُ الْمَغْفِرَةِ ‎

“Dialah (Allah) yang patut (kita) bertakwa kepada-Nya dan Dia-lah yang berhak memberi keampunan" [Surah al-Muddatthir 56]

#Maksud ayat di atas adalah hanya Allah swt sahajalah yang berhak untuk ditakuti azab seksaNya dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak untuk diperlakukan dengan apa yang mendatangkan keampunanNya.

#Takut kepada Allah swt, Tuhan pencipta alam, pencipta makhluk, pengatur kehidupan makhluk, pemberi rezeki kepada makhluk, pencipta syurga untuk orang yang bertakwa dan pencipta neraka untuk orang yang ingkar dan lain-lain. Apabila kita mendalami rasa takut ini, ternyata puncak rasa takut seorang hamba adalah kepada penciptanya, Allah swt.

فَلَا تَخۡشَوُا۟ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِی ثَمَنࣰا قَلِیلࣰاۚ

"Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia)" [Surah Al-Maʾidah 44]

#Dengan perasaan takutkan Allah akan mendorong seseorang itu untuk beramal soleh dan melakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

#Takut kepada Allah swt akan menghilangkan keinginan-keinginan kepada perkara-perkara yang haram dan menimbulkan kebencian di hati pada perbuatan maksiat dan nikmat kelazatan dunia yang melalaikan dan merugikan.

#Hebatnya rasa takut kepada Allah, menjadikan manusia merasakan kerendahan dan kehinaan diri di hadapan Allah swt agar Allah menjauhinya dari azab  yang sangat pedih. Sabda Nabi saw:

"Siapa sahaja yang berzikir kepada Allah swt kemudian mengalir air matanya hingga menitis ke tanah disebabkan rasa takutnya kepada Allah swt, nescaya Allah swt tidak akan menyeksanya pada hari kiamat” (HR al-Hakim)

#Orang yang memiliki perasaan takut kepada Allah swt ketika hidup di dunia, maka nanti pada hari kiamat, Allah swt akan berikan ketenangan jiwa kepadanya.

#Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mubarak, Nabi saw bersabda, bahawa Allah swt berfirman di dalam Hadis Qudsi:

Demi kemuliaan dan kebesaranKu, Aku tidak menghimpunkan dua rasa takut kepada hambaKu dan tidak pula akan mengumpulkan baginya dua rasa tenteram. Kalau dia berasa tenteram (tidak takut) dengan Aku ketika di dunia, Aku akan jadikan dia rasa takut pada hari kiamat. Sebaliknya kalau dia rasa takut kepada Aku di dunia, maka Aku akan jadikan dia rasa tenteram di hari akhirat” (HR Ibnu Hibban)

#Imam Hassan al-Basri mengatakan: "Orang beriman melakukan ketaatan kepada Allah swt dalam keadaan gentar hatinya, takut tidak diterima amalannya dan sangat takut dan harap di dalam hati agar terhindar dari azab Allah swt di akhirat kelak.

♡Takut kepada Allah menjadikan kita semakin dekat dan cinta kepadaNya sehingga dia tidak lagi takut dengan kehilangan apa-apa sahaja di dalam kehidupannya kerana dia tidak kehilangan Allah swt. Semoga Allah memberikan kita rasa takut kepadaNya yang menghalang kita dari berbuat dosa dan maksiat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rejab 1445H☆

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita” [Surah al-Baqarah 274]

#Sambungan bicara berkaitan ganjaran bagi orang yang rajin sedekah dan suka membantu orang lain.

#Sambung kisah Imam Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah menceritakan kisah tokoh-tokoh dermawan pada zaman tabi’in.

#Seorang yang ditugaskan menemui Abdullah bin Jaafar terlebih dahulu, dia memakai pakaian buruk dan compang-camping. Dia terus pergi untuk menemui Abdullah Bin Jaafar. Setibanya di Madinah, dia mendapati Abdullah Bin Jaafar sedang menunggang seekor kuda menuju ke Syam.

Lelaki itu terus menghalangi perjalanan Abdullah Bin Jaafar dan menyatakan tujuannya. Melihat keadaan itu, Abdullah Bin Jaafar berkata: Sekiranya kamu mendatangiku ketika aku berada di Madinah, tentulah aku memberikan seluruh permintaanmu ini. Sekarang, harta yang ada pada diriku hanyalah seekor kuda dan sebilah pedang. Sedangkan aku hendak bermusafir ke Syam. Kalau begitu, ambil sajalah kuda ini. Demi Allah, mulai dari sekarang aku tidak akan menunggang kuda lagi.”

Abdullah Bin Jaafar kemudian duduk di bawah sebatang pohon menanti rombongan musafir yang menuju ke Syam dengan harapan mereka sudi membawanya ke negeri Syam. Lelaki tadi terus mengambil kudanya dan kemudian membawa ke Mekah.

#Manakala seorang yang ditugaskan meminta-minta kepada Qais Bin Sa’ad Bin Ubadah pula berangkat menuju ke rumah Qais. Setibanya di hadapan rumah Qais di Madinah, dia terus mengetuk pintu rumahnya dan tak lama kemudian seorang pembantu Qais datang menghampiri pintu dan bertanya: Siapakah yang mengetuk pintu dari luar?”

Lelaki tadi menjawab: Aku adalah lelaki faqir. Aku datang ingin berjumpa Qais.”

Pembantu tersebut berkata: Tuan saya sedang tidur. Tapi ambil sahaja seribu dinar ini untuk keperluanmu.”

Dalam hatinya berbisik dengan penuh  kehairanan: “Seorang pembantu rumah berani menginfaqkan harta sebanyak seribu dinar, lantas bagaimanakah dengan Qais bin Saad, tuannya si hartawan yang dermawan?”

*1 Dinar hari ini bersamaan rm1427. 1000 Dinar bersamaan rm1,427,000.

... Bersambung...

♡Dahsyatnya sifat pemurah yang ditunjukkan oleh golongan Tabiin di masa lalu. Hebatnya iman mereka, tingginya keyakinan mereka tentang balasan ganjaran disisi Allah swt dan dunia langsung tidak dapat memperdaya mereka. Contohilah kemuliaan dan kehebatan iman mereka!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Sifat bakhil merupakan sifat mazmumah (tercela) yang dibenci oleh Allah swt. Orang yang bersifat bakhil tidak rela memberikan apa yang dimilikinya kepada orang lain.

#Terdapat beberapa penderitaan yang bakal disesali orang yang bakhil:

1. Dihalang daripada masuk syurga. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Tidak akan masuk syurga orang yang bakhil, penipu, pengecut, dan tidak pula orang yang berperangai kasar” (HR Ahmad)

2. Allah bakhil pada orang yang bakhil. Diriwayatkan daripada Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.ha bahawa Rasulullah saw bersabda kepadanya:

“Berinfaklah atau bersedekahlah! Dan janganlah kamu menahan sebahagian daripada hartamu, jika tidak, Allah akan menyempitkan rezekimu. Dan janganlah kamu bakhil, jika tidak, Allah akan bakhil terhadapmu” (HR Ahmad)

3. Disenaraikan dalam golongan yang dibenci Allah swt. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah mencintai tiga golongan dan membenci tiga golongan. Allah swt membenci lelaki tua yang berzina, orang fakir yang sombong dan orang berharta yang bakhil” (HR Ahmad)

4. Didoakan kehancuran oleh malaikat. Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun dua malaikat kepadanya, lalu salah satunya berkata: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada sesiapa yang menafkahkan hartanya.” Sedangkan malaikat yang berikutnya berkata:" Ya Allah! Berikanlah kehancuran kepada orang yang menahan hartanya (bakhil)" (HR al-Bukhari)

#Bagi sesiapa yang dikurniakan kelebihan harta, janganlah sesekali bersifat bakhil. Berkongsilah rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan, itu lebih besar ganjaran dan nikmatnya.

♡Orang yang bersifat bakhil adalah golongan yang mengingkari nikmat Allah swt. Mereka sengaja menyembunyikan nikmat yang Allah berikan kepada mereka serta menyekat tangan daripada bersedekah dan menderma♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Jauhi sifat bakhil kerana ia membinasakan akhirat seseorang. Sifat bakhil perlu dihapuskan dalam kehidupan seseorang kerana bakhil itu membawa permusuhan dan pertelingkahan yang boleh mendatangkan kerugian.

#Daripada Sayidina Jabir r.a bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda:

اتَّقُوْا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَاتَّقُوْا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

“Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhnya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasakan orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpahan darah sesama mereka dan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan kepada mereka" (HR Muslim)

#Selain itu, tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat dan dosa dan menjuruskan mereka kepada perbuatan keji dan kemungkaran.

#Hari ini kebakhilan sudah menjadi penyakit yang meluas dikalangan umat Islam. Ekonomi kapitalis dan budaya hidup mewah menjadikan kita tidak peka terhadap sesama saudara seMuslim. Lingkungan keluarga dan masyarakat kita telah berhasil menanamkan jiwa invidualisme. Yang penting saya menjadi kaya, cukup, semua keperluan serba ada, dan tidak memikirkan keperluan saudaranya yang lain.

#Disebabkan itulah muncul berbagai bentuk kebakhilan. Bakhilnya seorang pendakwah untuk menyampaikan kebenaran kerana takut nikmat dunianya berkurang. Bakhilnya seorang pemimpin untuk menggunakan kepimpinannya  membela islam dan kebenaran. Bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya berfikir untuk kemajuan Islam. Bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah swt.

#Lebih parah lagi adalah bakhilnya seseorang untuk memberikan kemudahan kepada orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang kecil dan remeh. Orang yang bakhil tidak akan mahu memberikan hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwa dan ruhnya untuk Islam.

#Ingatlah bahawa sifat bakhil menyebabkan seseorang itu dijauhkan daripada keimanan kepada Allah swt. Sifat bakhil akan mengikis keimanan seseorang sedikit demi sedikit. Sabda Rasulullah saw:

لاَ يَجْتَمِعُ الشُّحُّ وَ اْلإِيْمَانُ فِي قَلْبِ عَبْدٍ أَبَدًا

“Sifat bakhil dan iman tidak akan berkumpul dalam hati seseorang selama-lamanya” (Al-Musnad, Imam Ahmad, dan Shahih Ibni Hibban)

♡Islam sangat membenci sifat bakhil. Ini kerana sifat bakhil salah satu dari karakter orang munafiq yang tidak mahu berkorban untuk kebaikan. Padahal karakter orang yang beriman adalah sentiasa berkorban dengan apa sahaja demi islam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1445H☆

وَلَا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَىٰ عُنُقِكَ وَلَا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَّحْسُورًا

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggalah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan” [Surah al-Isra’ 29]

#Jangan sesekali tergolong dalam kalangan orang yang bakhil dan membazir harta. Jadilah insan yang pemurah yang ringan tangan dalam bersedekah, membantu orang yang memerlukan. Ini kerana, orang yang bakhil dan membazir adalah golongan yang terkeji serta dimurkai Allah swt. Sebaliknya orang yang pemurah sangat dicintai dan disayangi Allah swt.

وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu [Surah al-Furqan 67]

#Contohilah isteri baginda saw, Ummul Mukminin yang menunjukkan akhlak dan contoh yang baik serta kuat bersedekah dan istiqamah.

#Sayidatina Aisyah r.ha pernah memuji Sayidatina Zainab binti Jahsy r.ha. Hal ini dapat dilihat menerusi riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, katanya:

وَلَمْ أَرَ امْرَأَةً قَطُّ خَيْرًا فِي الدِّينِ مِنْ زَيْنَبَ. وَأَتْقَى لِلَّهِ. وَأَصْدَقَ حَدِيثًا. وَأَوْصَلَ لِلرَّحِمِ. وَأَعْظَمَ صَدَقَةً. وَأَشَدَّ ابْتِذَالًا لِنَفْسِهَا فِي الْعَمَلِ الَّذِي تَصَدَّقُ بِهِ، وَتَقَرَّبُ بِهِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى

“Aku tidak pernah melihat seseorang wanita yang lebih baik urusan agamanya, paling bertakwa kepada Allah, paling benar bicaranya, paling banyak menyambung silaturrahim, paling banyak bersedekah, dan paling memberi komitmen terhadap dirinya dalam amalan bersedekah yang beliau laksanakannya untuk mendekatkan diri kepada Allah swt selain Zainab” (HR Muslim)

#Bukan itu sahaja, Rasulullah saw juga pernah memujinya kerana (rajin bersedekah di jalan Allah swt, sehingga beliau digelar sebagai ‘panjang tangan.’) Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada Masruq, daripada Sayidatina Aisyah r.ha bahawa:

أَنَّ بَعْضَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قُلْنَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّنَا أَسْرَعُ بِكَ لُحُوقًا؟ قَالَ: «أَطْوَلُكُنَّ يَدًا»، فَأَخَذُوا قَصَبَةً يَذْرَعُونَهَا، فَكَانَتْ سَوْدَةُ أَطْوَلَهُنَّ يَدًا، فَعَلِمْنَا بَعْدُ أَنَّمَا كَانَتْ طُولَ يَدِهَا الصَّدَقَةُ، وَكَانَتْ أَسْرَعَنَا لُحُوقًا بِهِ وَكَانَتْ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ

“Sebahagian daripada isteri-isteri Nabi saw bertanya kepada Nabi saw: ‘Siapakah antara kami yang paling cepat menyusulmu (meninggal dunia)?’ Baginda saw menjawab:  ‘Orang yang paling panjang tangannya antara kamu.’ Lalu mereka mengambil sebatang kayu untuk mereka mengukurnya (tangan mereka). Maka Saudah ialah orang yang paling panjang tangannya dalam kalangan mereka. Setelah itu, kami mengetahui bahawa yang dimaksudkan dengan panjang tangan sebenarnya adalah sedekah dan sememangnya beliaulah yang paling cepat antara kami menyusul Baginda, dan beliau sangat gemar bersedekah" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sayidatina Aisyah berkata: “Orang yang paling panjang tangannya di antara kami ialah Zainab kerana beliau menggunakan tangannya untuk bekerja dan bersedekah.” (Lihat: al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah)

#Sayidatina Zainab bin Jahsy r.ha merupakan isteri pertama yang wafat selepas kewafatan Baginda saw dan paling cepat menyusul Baginda saw. Beliau meninggal dunia pada tahun 20 Hijrah dan solat jenazahnya diimamkan oleh Sayidina Umar bin al-Khattab R.A. (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala')

♡Bersedekahlah, jangan sesekali bakhil dan membazir. Ikutilah sifat mulia orang soleh dahulu kala yang gemar bersedekah dan bahagia kehidupan mereka. Jom sedekah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambungan bicara berkaitan kemuliaan dan penghormatan terhadap para ulamak.

#Dulu, Sultan-sultan di Tanah Melayu ini sangat mengasihi, menghormati dan membesarkan para ulamak. Para ulamak dijadikan tempat rujuk sekelian Baginda Raja-raja Melayu itu. Bahkan para sultan itu sendiri pun alim-alim dan warak orangnya seperti contoh Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan lain-lain. 

#Antara sekian ramai sultan di dunia Melayu, terdapat beberapa orang sultan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Islam. Ada yang mengasihi ulamak, bahkan ada yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama Islam. Ada juga yang menghasilkan karangan berupa risalah atau pun kitab. Sultan Sulaiman, Sultan Selangor Darul Ehsan dapat dikategorikan seorang sultan yang mengasihi ulamak.

#Atas rasa kewajipan dan tanggungjawab menyebar dan mempertingkatkan pengetahuan Islam dalam Kerajaan Selangor, Sultan Sulaiman telah mendatangkan beberapa orang ulamak besar dalam kerajaan yang diperintahnya. Antara ulamak yang paling dekat dengannya ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani.

#Sultan Sulaiman sangat mesra dan kasih kepada Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani hinggalah suatu ketika baginda hendak ke luar negara (terutama ke London), ulamak yang berasal dari Patani ini ikut bersama-sama dalam rombongan baginda. 

#Peristiwa ini mencerminkan bahawa Sultan Sulaiman berusaha sedemikian rupa menggabungkan kerjasama, kesepaduan dan keserasian antara umara dan ulamak sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah saw. Dalam penyebaran Islam di negeri lain selain Selangor, Sultan Sulaiman juga mempunyai rasa tanggungjawab. Sebagai buktinya, walaupun baginda kasih terhadap Tengku Muhammad bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani, namun kerana masyarakat Jambi sangat memerlukan ulamak, baginda merestui keberangkatan Tengku Muhammad dari Klang ke Jambi. 

#Menurut Sejarah Melayu, Sultan Melaka telah diIslamkan oleh Syed Abdul Aziz, ulamak juga pendakwah di Jeddah. Kemudian keturunan Syed Abdul Aziz menggantikan beliau sebagai Qadhi Melaka beberapa generasi seperti anaknya, Qadhi Maulana Yusof dan cucunya, Qadhi Munawar Syah. Beberapa ulamak lain turut menjadi pembesar di Melaka seperti Maulana Abu Bakar dan Maulana Sadar Jahan. Pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), Qadhi Munawar Syah dan Maulana Sadar Jahan adalah ulamak yang paling berpengaruh di istana, bahkan pada zaman Sultan Ahmad Syah (1511M), Maulana Sadar Jahan adalah Penasihat Sultan.

#Peranan ulamak dalam istana Melaka bukan hanya sebagai guru agama atau pakar rujuk hukum agama sahaja, tetapi turut berperanan untuk menyebarkan Islam, menguatkuasakan undang-undang Islam seperti penggubalan Hukum Kanun Melaka, sebagai pembesar bertaraf menteri dan juga penasihat yang berpengaruh ke atas Sultan Melaka.

#Selain itu, di alam kesultanan Melayu Nusantara, sebahagian besar ulamak telah berperanan sebagai penasihat istana sehingga beberapa perkara seperti penyebaran dakwah, pengajian ilmu Islam, pelaksanaan pentadbiran Islam dan penguatkuasan Syariat dapat dibuat sehingga Daulah yang dibina berdiri kukuh.

... Bersambung ...

♡Letakkanlah peranan ulamak di kedudukan yang betul dan atas landasannya yang sebenar, insyaAllah perjalanan hidup kita semua termasuk para pemimpin akan sentiasa berada di bawah lembayung dan rahmat Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambungan bicara berkaitan kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

#Dalam Musnad Imam Ahmad, daripada Sayidina Anas r.a, Nabi saw bersabda:

Perumpamaan ulamak di muka bumi seperti bintang yang ada di langit. Bintang dapat memberi petunjuk pada orang yang berada di gelap malam di daratan mahupun di lautan. Jika bintang tidak muncul, manusia tidak mendapat petunjuk

#Selama ilmu ada, manusia akan terus berada dalam petunjuk. Ilmu tetap terus ada selama ulamak ada. Jika ulamak dan penggantinya sudah tiada, jadilah manusia hidup dalam kesesatan.

#Perjuangan para ulamak dalam mendakwahkan kebaikan kepada umat tidaklah mudah. Mereka selalu berjuang sekuat tenaga walaupun menghadapi berbagai rintangan dan hambatan agar umat dapat terbimbing menjadi manusia yang baik di sisi Allah swt. Perjuangan mereka yang tanpa letih dan perit jerih sangat patut diteladani dan disyukuri oleh kita semua.

#Imam as-Syafi’e  suatu waktu dicela kerana berlebihan dalam sikap tawadhuknya kepada para ulamak. Kemudian Imam as-Syafi’e menjawab celaan itu dengan sebuah sya’ir:

“Aku merendahkan jiwaku kepada para ulamak, maka para ulamak memuliakanku dengan ilmu mereka. Tidak akan mulia suatu jiwa yang tidak merendahkan diri di depan para ulamak”.

#Dalam kesempatan lain Imam as-Syafi’e pernah mengatakan ketika menjelaskan betapa hormatnya dia kepada Imam Malik gurunya:

“Aku membuka lembaran kitab di depan Imam Malik dengan begitu perlahan kerana segan dan hormat kepadanya agar beliau tidak mendengar suara lembaran kertas itu ketika mengajar” (Lihat: Tazkiratus Sami’ wal Mutakallim)

Imam as-Syafi’e melakukan hal tersebut kerana bimbang suara kertas miliknya itu mengganggu Imam Malik yang sedang mengajar.

#Maka marilah kita mengikuti bimbingan para ulamak, cintailah mereka, muliakanlah mereka sebagai salah satu bentuk ketaatan kita kepada Rasulullah saw.  

♡Sungguh, jasa ulamak dan para ilmuwan begitu besar. Maka hormati dan muliakanlah mereka agar bahagia hidup kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1445H☆

قُلۡ هَلۡ یَسۡتَوِی ٱلَّذِینَ یَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِینَ لَا یَعۡلَمُونَۗ إِنَّمَا یَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna" [Surah Az-Zumar 9]

#Sambung bicara tentang kemuliaan para ulamak dan penghormatan terhadap mereka.

#Dalam suasana masyarakat Islam masa kini, para ulamak hendaklah dijadikan pemimpin dan ikutan, kerana kefahaman mereka yang mendalam terhadap Islam akan memelihara ummah dari terjerumus kepada kesesatan.

#Juga dengan sifat mereka yang takutkan Allah swt menjadikan para ulamak sentiasa bertindak berdasarkan panduan wahyu al-Quran dan as-Sunnah yang akan memberikan jaminan tidak berlakunya sebarang penyelewengan.

#Sebaliknya perbuatan memandang serong kepada para ulamak, memperkecilkan kebolehan mereka, mempersendakan pendapat mereka adalah bibit-bibit yang akan membuahkan kebencian terhadap ulamak. Ia adalah permulaan malapetaka yang bakal menimpa umat Islam kerana apabila jauhnya mereka dari pimpinan para ulamak bermakna semakin jauhlah mereka dari  panduan al-Quran dan as-Sunnah.

#Orang yang memperlekehkan ulamak bererti dia hendak menjatuhkan kredibiliti penjaga syariat Islam ini. Jika penjaga syariat Islam ini berjaya dijatuhkan, akan mudahlah baginya jalan untuk meruntuhkan seluruh ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu, fahaman serong seperti ini wajar dibanteras dan diberikan pengajaran yang secukupnya.

#Ketahuilah bahawa para ulamak adalah pewaris nabi dan wali Allah swt. Maka, dikhuatiri orang yang memusuhi mereka akan diperangi oleh Allah swt sendiri.

#Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah swt berfirman: "Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya..." (HR al-Bukhari)

#Kata Imam al-Khalil bin Ahmad: "Jika ahli al-Quran dan hadis itu bukan wali Allah, maka tiada lagi bagi Allah seorang wali pun di muka bumi ini."

#Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie diriwayatkan berkata: "Jika ulamak fiqah itu bukan wali Allah, maka tiada lagi seorang wali pun bagi Allah swt."

♡Carilah ruang, peluang dan kesempatan untuk mendampingi para alim ulamak, mengambil Ilmu darinya, berkhidmat untuknya dan sentiasa meletakkan kedudukan para ulamak di tempat yang mulia dan terhormat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1445H☆

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلْأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَـٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَـٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّـهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ

“Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar" [Surah at-Taubah 100]

#Sambung bicara tentang kemuliaan, kehebatan dan istimewanya kedudukan sahabat Nabi saw sehingga berjaya memperoleh redha daripada Allah swt.

#Imam Ibnu Katsir menjelaskan keutamaan sahabat Nabi saw: “Menurut keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah, seluruh para sahabat itu orang yang adil. Kerana itulah Allah swt telah memuji mereka dalam al-Quran. Juga terdapat banyaknya pujian yang diucapkan dalam hadis-hadis Nabi terhadap seluruh akhlak dan amal perbuatan mereka. Juga disebabkan apa yang telah mereka korbankan, baik berupa harta mahupun nyawa untuk membela Rasulullah saw”.

#Rasulullah saw pernah memuji dan memuliakan para sahabatnya. Baginda saw bersabda:

لا تزالون بخير ما دام فيكم من رآني وصاحبني ومن رأى من رآني ومن رأى من رأى من رآني

“Kebaikan akan tetap ada selama diantara kalian ada orang yang pernah melihatku dan para sahabatku, dan orang yang pernah melihat para sahabatku (tabi’in) dan orang yang pernah melihat orang yang melihat sahabatku (tabi’ut tabi’in)” (Riwayat Abu Nuaim. Dihasankan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Bari)

#Sayidina Abdullah bin Umar bin al-Khatthab r.huma mengatakan:

لا تسبوا أصحاب محمد فلمقام أحدهم ساعة خير من عبادة أحدكم أربعين سنة

“Jangan kalian mencela para sahabat Nabi Muhammad saw. Sungguh, berdirinya mereka sebentar sahaja, itu lebih baik daripada ibadah kalian selama 40 tahun” (Lihat: Fadhailus Shahabah, Imam Ahmad)

#Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah:

أفضل الناس بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم: أبوبكر وعمر وعثمان وعلي, ثم نكف عن جميع أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا بذكر جميل

“Manusia terbaik setelah Rasulullah saw adalah Sayidina Abu Bakar, lalu Sayidina Umar, lalu Sayidina Uthman lalu Sayidina Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita dari celaan terhadap seluruh sahabat Rasulullah saw, kita tidak boleh menyebut mereka kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah”.

#Para sahabat Nabi saw adalah insan yang paling tinggi ilmunya. Merekalah yang paling faham perkataan dan perilaku Nabi saw. Merekalah manusia yang paling faham tentang al-Quran, kerana mereka telah mendampingi Rasulullah saw tatkala wahyu diturunkan, sehingga para sahabat benar-benar mengetahui apa yang diinginkan oleh Allah dan RasulNya saw.

♡Moga kita dihimpunkan bersama para sahabat Nabi saw di syurga kelak. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1445H☆

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

#Sambung perbincangan tentang kematian. Bicara tentang mati, semua mendambakan kematian yang indah dan penuh damai.

#Hal ini kerana tiada anugerah yang lebih indah daripada dikurniakan pengakhiran atau kematian yang baik dan mulia.

#Kita semua mahukan pengakhiran hidup dalam husnul khatimah, tetapi semua itu bergantung kepada bagaimana kita menjalani kehidupan di dunia. 

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Hakikat yang perlu diterima oleh manusia, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya".

#Diriwayatkan bahawa sepanjang umur Sayidina Abdullah bin Abbas r.huma dihabiskan dalam bidang ilmu. Sewaktu muda beliau banyak menghabiskan masa menuntut ilmu. Di hujung usia beliau menyampaikan ilmu pula. Beliau juga menjadi penasihat utama beberapa orang khalifah. Setiap kali diadakan majlis ilmu di rumahnya, bukan sahaja rumahnya sesak, tetapi semua jalan-jalan ke rumahnya turut dipenuhi lautan manusia sehingga tidak dapat dilalui.

#Sayidina Ibn Abbas r.huma bukan sekadar berilmu, tetapi juga kuat beramal dan beribadah dengan ilmunya. Imam Ibnu Mulaikah pernah memberitahu, pada satu malam ketika baru sampai dari Mekah ke Madinah, mereka semua tidur keletihan tetapi Ibn Abbas berqiamullail. Aku mendengar Ibn Abbas mengulang-ulang satu ayat daripada Surah Qaf ayat 19 :

"Dan (apabila sampai ajal seseorang) datanglah “Sakaratul maut” membawa kebenaran. Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!” [Surah Qaf 19]

#Dalam keadaan menangis dengan suara yang kuat, ayat tersebut terus diulang-ulang hinggalah masuk waktu Fajar.

#Sayidina Ibnu Abbas hidup hingga ke usia 71 tahun. Ketika meninggal dunia, beliau disembahyangkan oleh anak Sayidina Ali, Muhammad bin Hanafiah, dan jenazahnya diuruskan oleh beberapa sahabat yang masih hidup serta para tabiin besar.

#Ketika pengkebumian, terdengar satu suara membacakan firman Allah:

یَـٰۤأَیَّتُهَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَىِٕنَّةُ * ٱرۡجِعِیۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِیَةࣰ مَّرۡضِیَّةࣰ * فَٱدۡخُلِی فِی عِبَـٰدِی * وَٱدۡخُلِی جَنَّتِی *

Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau redha dan diredhai tuhan. Maka masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaKu (yang berbahagia). Dan masuklah ke dalam Syurgaku!!" [Surah al-Fajr 27-30]

♡Cukuplah kematian sebagai pemberi nasihat dan motivasi untuk menggandakan amal soleh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1445H☆

كُلُّ نَفۡسࣲ ذَاۤىِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَیۡنَا تُرۡجَعُونَ

"Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)" [Surah al-ʿAnkabut 57]

#Setiap manusia akan berdepan dengan kematian. Tidak ada manusia yang tidak mati. Semua akan mati dan bila-bila masa sahaja kita akan mati apabila datangnya ajal.

#Namun begitu, kita hendaklah berusaha sehabis daya agar memperoleh kematian yang baik, husnul khatimah atau mati syahid, iaitu sebaik-baik kematian.

#Antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan Sabda Rasulullah saw:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

"Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga" (HR Abu Daud)

#Begitu juga orang yang meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinyaDi dalam hadis, baginda Rasulullah saw bersabda:

مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

"Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya" (HR at-Tirmizi)

#Selain itu, seseorang yang diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah swt beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadis, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ

"Jika sekiranya Allah swt menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah swt menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat r.anhum bertanya: “Bagaimana Dia menjadikannya melakukan amal?”. Rasulullah saw bersabda: “Allah swt akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya" (HR at-Tirmizi)

#Juga, orang yang berasa gembira, rindu, redha dan senang hati untuk bertemu dengan Allah swtDi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ

"Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya" (HR Muslim)

#Sayidina Abu Darda' r.a telah berkata:

عن أبي الدرداء قال: أحب الموت: اشتياقاً إلى ربي، وأحب الفقر: تواضعاً لربي، وأحب المرض: تكفيراً لخطيئتي

"Aku mencintai kematian kerana aku sangat merindui Tuhanku, aku mencintai kefakiran (kesusahan) kerana ianya menjadikan aku tawadhu' (rendah diri) terhadapNya, dan aku mencintai kesakitan kerana ianya menjadi penghapus terhadap dosaku" (Lihat: Hilyatul Awliya')

...Bersambung...

♡Burulah kematian yang mulia, husnul khatimah agar beroleh kehidupan selepas mati yang penuh bahagia, damai dan gembira♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab 1445H☆

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah SWT jualah kesudahan segala urusan" [Surah al-Hajj 41]

#Berkata Sayyid Qutb rahimahullah: "Maksudnya, janji Allah yang kukuh dan tidak mungkir ialah Dia akan menolong siapa sahaja yang menolong agamaNya. Siapakah orang-orang yang menolong agama Allah hingga mereka wajar menerima pertolongan Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa, dan tidak akan mengalahkan siapa sahaja yang menjadikan Allah sebagai pelindungnya? Mereka ialah: (أَقَامُوا الصَّلَاةَ) Mereka yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengukuhkan hubungan mereka dengan-Nya; (وَآتَوُا الزَّكَاةَ) Mereka yang menunaikan kewajipan harta, mengatasi tabiat bakhil, membersihkan diri mereka dari tamak haloba dan menumpaskan bisikan-bisikan syaitan, mengukuhkan perpaduan masyarakat dan menjamin keperluan golongan yang lemah dan golongan yang memerlukan bantuan dalam masyarakat; (وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ) Mereka yang menyeru dan mendorong manusia ke arah kebaikan; (وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ) Dan mereka yang menentang kejahatan dan kerosakan" (Lihat: Tafsir Fi Zilal al-Quran)

#Sejarah menukilkan bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyempurnakan segala titah perintah Allah dan pra syarat yang telah disebut seperti di atas.

#Beliau menjadi seorang yang telah berubah sama sekali. Beliau menganggap dirinya sebagai pengganti kepada Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, tidak kepada Sulaiman bin Abdul Malik. Hamba sahaya milik keluarga diraja dimerdekakan. Istana kediaman diraja yang dibina menurut ciri-ciri Parsi dan Rom, diubah sama sekali dan mengambil rupa yang penuh kesederhanaan.

#Beliau mengembalikan kepada negara bukan hanya tanah pusakanya, tetapi juga barang kemas dan barang bernilai yang isterinya telah terima daripada bapa dan saudara maranya. Beliau menjalani hidupnya dengan begitu sederhana dan zuhud sehingga payah dijumpai oleh mana-mana para rahib seperti beliau, apatah lagi para raja dan maharaja. Pernah beberapa ketika, beliau lewat menghadiri solat Jumaat kerana menunggu bajunya yang tunggal itu kering sesudah dibasuh.

#Sebaik sahaja dilantik menjadi khalifah, Sayidina Umar bin Abdul Aziz memecat gabenor-gabenor daerah yang diketahui kejam atau tidak berlaku adil terhadap rakyat. Semua barangan kemas dan hadiah berharga yang diberikan kepada beliau tatkala beliau menaiki tahkta kerajaan dihantar ke Baitul Mal.

#Sebelum pelantikan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah, Baitul Mal diperlakukan seperti harta peribadi raja, dan ahli kerabat diraja memperolehi peruntukan yang besar daripadanya, tetapi sekarang mereka semua terpaksa berpuas hati dengan elaun sara hidup yang amat sedikit.

#Perbelanjaan harian Umar bin Abdul Aziz tidak melebihi dua dirham. Jika ada mana-mana pegawai yang datang menemuinya dan berbual mengenai hal ehwal peribadi khalifah, nescaya beliau serta merta memadamkan lilin yang dibekalkan oleh pihak kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau juga tidak pernah menggunakan air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

♡Khalifah Umar bin Abdul Aziz seorang raja yang bertaqwa dan sangat takutkan Allah swt. Seorang yang kuat ibadahnya, sentiasa menangis di malam hari kerana takutkan azab Allah dan sangat adil pemerintahannya. Pemimpin hari ini wajib mencontohi keadilan, kejujuran dan kehebatannya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Подписаться на канал