tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Awwal 1445H☆

قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا * وَیَقُولُونَ سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا * وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" [Surah al-Isrāʾ 107-109]

#Allah swt memuji hambaNya yang suka menangis kerana takut kepadaNya. Salah satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan Allah swt ketika membaca atau mendengar ayat-ayatNya dialunkan atau ditadabburkan serta mengenangkan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah saw memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini. Nabi saw bersabda:

“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".

Katanya (Anas): Lalu para sahabat Rasulullah saw menutup muka mereka dan menangis teresak-esak” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a turut digelar oleh anaknya, Saidatina Aisyah r.ha sebagai Rajulun Bakiy iaitu orang yang selalu menangis. Beliau sentiasa menangis di mana dadanya bergetar ketika solat di belakang Rasulullah saw kerana mendengar ayat-ayat Allah swt.

#Rasulullah saw bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah” (HR at-Tirmizi)

#Dalam kalangan salafussoleh ada menyatakan, ‘menangislah kerana takutkan Allah swt, jika tidak dapat menangis, maka perlu berusaha juga untuk menangis'.

#Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungkan Allah swt.

♡Sepanjang usia kita ini, pernahkah kita menangis kerana mengenangkan dosa serta berasa takut kepada Allah swt?
Seandainya tidak pernah atau kita terlalu sukar untuk menangis, itu menandakan hati kita terlalu kotor dan keras. Selamat bermuhasabah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Sambung bicara tentang keharusan mendoakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam.

#Imam Ibn Battal menyatakan bahawa: Baginda saw berdoa untuk Abu Jahal dengan kebinasaan, dan berdoa agar kelompok-kelompok musuh itu dikalahkan. Allah swt mengabulkan doa Baginda saw terhadap mereka. Baginda saw juga berdoa terhadap  orang-orang yang membunuh para pembaca Al-Quran selama sebulan dalam qunut dan Baginda berdoa agar Allah membakar mereka di dalam rumah-rumah dan kubur mereka. Baginda sangat keras dalam berdoa terhadap mereka disebabkan kejahatan yang dilakukan. (Lihat: Syarh Sahih Bukhari)

#Sayidina Abdullah bin Mas'ud r.a menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw solat dekat Kaabah, sedangkan Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang di antara mereka berkata kepada yang lain:

"Siapa yang berani mengambil uri (isi perut) unta Bani Fulan dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia sujud?"

Seorang yang paling jahat di antara mereka (Uqbah bin Abu Muaith) bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw sujud, diletakkannya uri unta itu ke belakang Nabi, antara kedua bahu beliau. Saya (Abdullah) melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa, andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok satu sama lain untuk mempermainkan Nabi saw. Rasulullah saw sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah (puteri baginda) membuangkan kotoran itu dari belakang baginda. Nabi saw mengangkat kepalanya dan berdoa sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

"Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy! Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy! Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy"

Abu Jahal dan kawan-kawannya berhenti ketawa dan ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, kerana bimbang dengan doa tersebut. Kemudian Nabi saw meneruskan doa dengan menyebut nama mereka satu persatu:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَشَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُقْبَةَ وَأُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَعُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَذَكَرَ السَّابِعَ وَلَمْ أَحْفَظْهُ

"Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahal, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith. Nabi menyebut nama orang yang ketujuh tetapi saya telah lupa nama orang itu". 

Kata Sayidina Abdullah bin Mas'ud selanjutnya: "Demi Allah, yang diriku dalam genggamanNya, aku melihat sendiri orang-orang yang disebutkan Rasulullah saw dalam doanya itu, mati dibunuh di medan Badar dan mayat mereka terkubur dalam perigi buta di Badar" (HR al-Bukhari)

#Daripada Ibnu Abbas r.huma katanya:

 قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَصَلاَةِ الصُّبْحِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ إِذَا قَالَ ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.‏ مِنَ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ

“Rasulullah saw berqunut selama sebulan berturut-turut pada sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan solat Subuh pada setiap akhir solat selepas baginda mengucapkan ‏ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُpada rakaat akhir, lantas, baginda mendoakan kecelakaan kepada penduduk perkampungan Bani Sulaim terhadap qabilah Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan diaminkan sahabat di belakangnya” (HR Abu Daud)

♡Berdoalah kepada Allah swt agar dibinasakan musuh-musuhNya yang zalim, kejam dan jahat membunuh umat Islam dan mereka yang memusuhi agamaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Awwal 1445H☆

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ 

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik..." [Surah an-Naḥl 125]

#Ayat ini menerangkan bahawa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, maka perlulah dilakukan secara berhikmah. Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah Islam yang sebenar.

#Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: "Serulah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan iaitu dengan al-Quran dan nasihat pengajaran yang baik dari al-Quran. Dikatakan juga nasihat pengajaran yang baik itu adalah menyeru kepada Allah dengan memberi galakan dan ancaman". Pandangan lain juga menyatakan: "Perkataan yang lembut dan tidak kasar dalam menyampaikan Dakwah" (Lihat: Tafsir al-Baghawi)

#Gerak kerja dakwah pada zaman kini semakin mencabar dan sulit. Hal ini kerana masyarakat pada zaman ini terdedah dengan pelbagai unsur dan mudah terpengaruh dengan budaya luaran akibat pengaruh media sosial yang semakin luas serta orang berkuasa sewenang-wenang menyalah guna kuasa untuk menghalang tugasan pendakwah.

#Justeru, para pendakwah perlu mempunyai persediaan yang mantap untuk menghadapi cabaran dakwah pada zaman ini dan perlu lebih kreatif memikirkan pendekatan baru yang sesuai dan tidak hanya tertutup dengan pendekatan yang sedia ada.

#Sejak zaman para rasul lagi, pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi dalam menyampaikan mesej dakwah kepada kaum masing-masing. Perubahan cabaran mengikut arus peredaran semasa dan masyarakat setempat seiring dengan arus kemodenan dan perkembangan teknologi. Para pendakwah perlu bijak mengatur dan memainkan pelbagai karakter sebagai komunikator terbaik, kaunselor, penyelesai masalah, pengurus, usahawan dan sebagainya.

#Para pendakwah juga perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah kepada sasaran  bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dalam masyarakat.

#Berdasarkan kisah-kisah para nabi dan rasul dalam berdakwah kepada masyarakat dan kaum masing-masing, terdapat banyak pengajaran yang boleh dimanfaatkan oleh para pendakwah kini untuk memajukan lagi kegiatan dakwah yang dilakukan dan menjadikannya lebih berkesan. Begitu juga pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh al-Quran dalam berinteraksi dengan jiwa manusia ketika menceritakan kisah-kisah para nabi dan rasul tersebut.

♡Para pendakwah perlulah bersabar, merencana kepelbagaian method penyampaian disamping mengikuti kaedah yang disebutkan Allah swt iaitu dengan cara hikmah, memberi nasihat yang baik dan berdebat dengan jalan damai serta istiqamah dalam memperjuangkan dakwah Islam kepada masyarakat walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan. Ingatlah bahawa Allah swt merupakan sebaik-baik penolong dan tempat pergantungan seorang hamba♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JARIAH JUMAAT: MEMOHON DANA PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM JARIAH QASEH RM250 RIBU DI KG GUAR NENAS, GURUN, KEDAH*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/RUMAH-ANAK-YATIM-JARIAH-QASIH

Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh sedang dalam pembinaan. Rumah ini untuk dijadikan penempatan buat anak-anak yatim, terletak di Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah. Rumah ini khas untuk anak yatim sahaja, tidak melibatkan asnaf yang bukan anak yatim.

Selama ini, Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh beroperasi di sebuah rumah semi D dua tingkat, Lot 88, Sungai Petani, Kedah.
   
Rumah tersebut beroperasi atas ehsan seorang Hamba Allah dan sudah lebih tiga tahun anak-anak menumpang di sana. Namun terpaksa berpindah ke rumah baru kerana pemilik berhasrat menjual premis tersebut atas sebab yg tidak dapat dielakkan.

*Maka, dibinalah sebuah rumah anak yatim di Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah*. Keseluruhan kos pembinaan rumah anak yatim ini ialah RM350 ribu. Alhamdulillah RM100 ribu telah berjaya dikumpul.

*DIPERLUKAN LAGI RM250 RIBU UNTUK MENYIAPKAN RUMAH TERSEBUT*

Sasaran pihak pengurusan, rumah anak yatim Jariah Qaseh ini perlu siap sebelum menjelangnya sesi persekolahan baru pada Mac 2024. Ini bagi memastikan proses persekolahan semua anak yatim ini tidak terganggu.
  
*Untuk makluman semua penyumbang, rumah tersebut didiami oleh 6 org anak yatim dan 4 orang anak yatim piatu (perempuan) yang berusia antara 9-17 tahun*. Dalam senarai menunggu untuk kemasukan baru ialah dua orang anak yatim berusia 5 dan 8 tahun. Keduanya kematian ayah Mac lalu dan sejak itu, ibu mereka selalu sahaja sakit.

*KASIHANI DAN SAYANGILAH ANAK-ANAK YATIM INI*. *Tidakkah kebahagiaan dan kasih sayang adalah hak semua manusia di muka bumi ini? Melihat mereka yang daripada kecil sudah kehilangan kedua ibubapa, maka sewajibnya kita semua menyumbang sedikit daripada kurniaan Allah kepada kita semua untuk memberi perlindungan memayungi segala kegelapan hidup mereka dalam menyiapkan tempat tinggal dan tempat perlindungan untuk mereka.*
    
Maka dengan berbesar hati, pihak Geng Talaqqi ingin membuka peluang kepada semua penyumbang yang selama ini banyak menyokong kerja-kerja kebajikan Geng Talaqqi untuk bersama dalam menyiapkan rumah ini.

*Semoga sumbangan/waqaf kita ini akan menjadi salah satu saham akhirat yang terbesar disisi Allah swt dan berjaya memperoleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw. Aamiiin*
___
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/RUMAH-ANAK-YATIM-JARIAH-QASIH

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/RumahAnakYatimJariahQaseh

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

#Sambung lagi bicara  tentang kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah.

#Kerajaan Umawiyyah tertubuh pada 41H/661M setelah Khalifah al-Hasan bin ‘Ali menyerahkan kekuasaan kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Pemerintahan kerajaan ini berlangsung selama 91 tahun dengan dipimpin oleh keturunan-keturunan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Umayyah memiliki penasihat-penasihat yang terdiri daripada para ulama yang mempunyai keluasan dalam ilmu serta pemikiran yang tajam.

#Penasihat yang paling menonjol bernama Raja’ bin Haiwah. Beliau sentiasa memberikan pandangan-pandangan yang cerdas, bijak dan diredhai oleh Allah dalam urusan-urusan politik dan kehidupan Sultan. Beliau menjadi penasihat ketika zaman pemerintahan Sultan Sulaiman bin Abd al-Malik.

#Sebelum Sultan meninggal dunia, baginda telah meminta Raja’ bin Haiwah memberi nasihat dan pandangannya berkaitan calon yang wajar menjadi pengganti khalifah. Raja’ bin Haiwah lalu berkata: Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya nanti adalah apabila dia melantik orang yang soleh untuk memegang pemerintahan umat Islam.”

#Sultan Sulaiman lalu mencadangkan pengganti yang bukan daripada saudara kandung, bukan juga anaknya, tetapi sepupunya iaitu Umar bin Abd al-Aziz. Sultan lalu bertanya pandangan Raja’ bin Haiwah, lalu dijawabnya: “Saya berpandangan bahawa dia seorang yang baik, seorang Muslim yang mulia, menyukai kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Namun, aku bimbang saudara-saudaramu akan tidak bersetuju dengannya.”

#Sultan Sulaiman lantas mengambil satu tindakan politik bertujuan agar cadangannya tersebut mendapat sokongan daripada kaum keluarga baginda. Beliau mencadangkan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah, manakala adiknya iaitu Yazid bin Abdul Malik pula sebagai timbalan (wali al-‘ahd). Baginda Sultan menulis surat rasminya dengan menyebut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim. Ini surat Sulaiman bin Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepas daripadaku dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Dengar dan taatlah kamu semua kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Janganlah kamu berselisih pendapat, jika tidak musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu.” (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)

#Tindakan Sultan Sulaiman ini memberi satu jasa besar serta membawa rahmat kepada dunia Islam. Beliau mengenepikan kebiasaan dan mengambil tindakan berani dengan melantik calon yang agak jauh untuk menjadi khalifah. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz kemudiannya sepertimana tercatat dalam sejarah, menjadi seorang khalifah yang soleh dan adil. Sepanjang tempoh pemerintahannya, keadilan yang beliau terapkan telah mencipta satu zaman pemerintahan yang gilang gemilang.

#Pemerintahan beliau hanya berlangsung selama dua tahun dan beberapa bulan. Namun, telah mencatat pelbagai tindakan pembaharuan yang sangat penting. Beliau juga telah memperbetulkan kembali perjalanan tadbir urus negara Islam.

♡Kerajaan yang baik apabila pemimpinnya berdamping dengan ulamak dan mengikuti nasihat para ulamak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

#Sambung bicara  tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah:

#Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a.

#Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad)

#Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf)

#Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur.

#Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha.

#Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim)

♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Awwal 1445H☆

فَإِذَا قَضَیۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمۡۚ

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring" [Surah Surah Aali Imran 103]

#Tujuan solat difardukan oleh Allah swt ialah untuk mengingatNya. Ayat ini mengingatkan agar ingatan kepada Allah swt yang dibina melalui solat, dikehendaki berterusan dalam kehidupan sentiasa membataskan diri dengan hukum dan peraturan Allah swt.

#Kehidupan di luar solat lebih panjang masanya, sama ada sedang berdiri (bekerja), duduk dan baring semuanya terikat ingatannya kepada kepada Allah swt. Berdasarkan ayat ini, tiada sedetik pun bagi manusia, terlepas dari keterikatan dengan mengingati dan melaksanakan syariat Allah swt.

#Sayidina Ibnu Abbas r.huma ketika mentafsir ayat 103 Surah an-Nisa ini menyatakan bahawa setiap ketika siang atau malam, di darat mahupun di lautan, ketika berjalan (musafir) atau ketika bermastautin di kampung halaman, ketika senang mahupun ketika derita, ketika sakit dan ketika sihat segar, ketika duduk seorang diri atau bersama orang ramai mesti ingat kepada Allah swt.

#Pada era kini boleh disebut nama Allah, masa di pejabat menjalankan tugas rasmi, waktu berniaga di pasar raya membeli belah. Di padang ketika bersukan dan riadah, atau di kantin sedang makan minum bersama rakan, ketika di dewan mendengar ceramah atau kuliah agama.

#Ketika duduk di mana sekalipun apabila tidak lupa kepada Allah swt bererti kehidupan harian di setiap detik berada di bawah hukum dan peraturan Allah swt. Jika hukumNya dilanggar bererti ketika itu dia melupai Allah swt.

#Firman Allah swt:

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِینَ

"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai" [Surah al-Aʿrāf 205]

#Dalam ayat tersebut Allah menganjurkan supaya mengingati Allah swt dengan merendah diri, jangan zikir dengan suara yang keras (lantang) kerana Allah swt itu Maha mendengar. Suatu yang paling terlarang ialah jangan lalai, kerana apabila tidak ingat atau lalai kepada Allah swt bererti dia terjebak dalam perangkap syaitan.

♡Pastikan kita sentiasa ingat Allah swt walau di mana kita berada!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF KIPAS GERGASI MASJID NURUL EHSAN, KG PAYA BESAR, KUALA KETIL, KEDAH*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KIPAS-GERGASI-MNE

Mahukah anda mendapat pahala secara berterusan dari setiap amalan ahli Jemaah Masjid Nurul Ehsan setiap kali mereka menunaikan solat, membaca al-Quran, berwirid, beriktikaf, mendengar kuliah dan beribadah di masjid? Dengan menyumbang untuk projek wakaf kipas gergasi, para penyumbang akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan dan lumayan. Insya Allah, Aamiiin.

Masjid Nurul Ehsan (MNE) telah memohon sumbangan untuk projek Waqaf Kipas Gergasi yang bernilai RM21,500.

Untuk makluman semua penyumbang, pihak masjid telah memaklumkan kepada kami, pemasangan kipas gergasi ini akan dapat mengurangkan kos dan penjimatan pembayaran Bil Elektrik masjid. Jawatankuasa dan Pegawai Masjid telah bermesyuarat dan bersetuju untuk memasang kipas besar bagi menggantikan/ mengurangkan penggunaan AirCond.

Oleh itu, pihak masjid telah memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk kita merebut pahala wakaf Kipas Gergasi tersebut.

*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM21,500*

Untuk makluman, kebanyakan ahli jemaah Masjid Nurul Ehsan, Kg Paya Besar terdiri daripada mereka yang bekerja kampung dan penoreh getah.

Jom para dermawan, kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan Kipas Gergasi agar lebih selesa dan lebih jimat untuk kegunaan para ahli jemaah MNE.

Terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga sumbangan anda diberkati Allah, diganjarkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan menjadi benteng daripada azab neraka. Aamiiin..
..............................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/WAQAF-KIPAS-GERGASI-MNE

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Kipas Gergasi MNE

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKipasGergasiMNE

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKipasGergasiMNE

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKipasGergasiMNE

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKipasGergasiMNE

*_Semoga infaq ini menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah_*

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1445H☆

رِجَالࣱ لَّا تُلۡهِیهِمۡ تِجَـٰرَةࣱ وَلَا بَیۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِیتَاۤءِ ٱلزَّكَوٰةِ یَخَافُونَ یَوۡمࣰا تَتَقَلَّبُ فِیهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan" [Surah an-Nur 37]

#Manusia yang kuat iman, sentiasa beribadah dan melazimi amal soleh tidak akan pernah dilalaikan oleh:

1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Tugas-tugas harian mereka.
4. Anak-anak mereka.
5. Harta-harta mereka.

#Ini adalah kerana dia telah:

1. Mengikatkan dirinya dengan Allah swt.
2. Menyambungkan jiwa dengan penguasa langit dan bumi.

#Manusia yang sering berpaling kepada dunia akan mabuk di dalamnya dan hanyut di bawa arusnya kerana imannya lemah, ibadahnya lalai dan amal solehnya tidak sebati dengan kehidupannya. Manusia akan silau dengan dunia apabila ibadah menjadi sepi dan amal soleh hilang dari kehidupannya.

#Maka orang-orang bertaqwa akan menggandakan amal ibadahnya kerana dia sedar bahawa amal ibadah yang istiqamah akan:

1. Menghantarkannya pada kebaikan.
2. Menggiringnya menuju syurga Allah.
3. Menghindarkannya dari godaan syaitan.
4. Menghindarkannya dari neraka Jahannam.

#Manusia yang istiqamah beribadah mentaati Allah swt akan mampu meneladani Rasulullah saw dalam semua:

1. Tingkah lakunya.
2. Derap langkahnya.
3. Paradigma berfikirnya.

#Rasulullah saw menjadi idolanya serta kiblat perilaku moralnya kerana dia sentiasa mengingati Allah dan amal ibadah sentiasa berkobar menyala di jantung hatinya.

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِیثِ كِتَـٰبࣰا مُّتَشَـٰبِهࣰا مَّثَانِیَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِینُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ هُدَى ٱللَّهِ یَهۡدِی بِهِۦ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya" [Surah az-Zumar 23]

♡Orang bertaqwa hatinya sentiasa ingat Allah dan amal solehnya sentiasa berkekalan. Sesiapa yang lalai dengan perihal dunia hingga melupakan Allah, maka dia akan binasa dan sengsara♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1445H☆

فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]

#Kita perlu mengingati Allah swt kerana kita memang memerlukanNya. Allah swt tidak perlu agar kita mengingatiNya tetapi kitalah yang berhajat kepadanya. Mengingati Allah adalah tanda syukur kita sedangkan melupakanNya adalah ungkapan nyata kekufuran kita.

#Barangsiapa yang mengingati Allah swt maka Allah akan mengingatinya. Barangsiapa yang melupakan Allah maka Allah juga akan:

1. Melupakannya.
2. Membiarkannya larut, hanyut dan tenggelam dalam kealpaan yang panjang.
3. Membiarkannya larut dalam kegelapan hati dan kekeruhan rohani.
4. Membiarkannya hanyut dalam kekerasan hati dan kematian rohani.

#Setiap kita pasti tidak terlepas dari kealpaan dan setiap kita juga pasti pernah lalai kerana ianya adalah sifat asas yang melekat dalam diri kita masing-masing. Namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan dan kelapaan adalah yang segera kembali kepada penciptanya dengan bersegera:

1. Zikir dan ingat pada Allah swt.
2. Memohon ampunanNya.
3. Mengemis belas kasihNya.
4. Meratapi dosa-dosa di depan kasih sayangNya.

#Ini adalah kerana kita perlu sedar bahawa hanya Allah swt yang Maha lapang rahmatNya, Yang Maha Kasih akan hambaNya. RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya.

#Manusia yang sentiasa berzikir dengan jiwa yang sentiasa ingat akan Allah, tidak akan pernah dilalaikan oleh:

1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Tugas-tugas harian mereka.
4. Anak-anak mereka.
5. Harta-harta mereka.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰ⁠لُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰ⁠لِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munafiqun 9]

♡Lantunan zikrullah dan mentaati segala perintahNya akan mendatangkan ketenangan, membuatkan teman-teman sekitarnya berasa tenteram, dapat mencegah daripada kealpaan dan mengatasi kelalaian. Hatinya sentiasa menatap akhirat dan mengabaikan dunia. Ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Ilahi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1445H☆

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman" [Surah al-Muʾminūn 1]

#Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:”قد أفلح المؤمنون” حتئ ختم عشر آيات.

"Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-Mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10".

#Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran maka bertambah keimanannya.

#Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.

#Oleh itu, melalui surah al-Mukminun ayat 1-10, akan memperkatakan tentang ciri-ciri mukmin berjaya.

1. Khusyuk dalam solat.
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia.
3. Menunaikan zakat
4. Memelihara kemaluan
5. Memelihara amanah dan janji
6. Menjaga solat

#Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak.

#Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.

♡Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Marilah untuk kita sama-sama menghisab dan menghitung diri kita, sejauh mana pengamalan kita dengan perintah Allah swt ini♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1445H☆

وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ

"Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5]

#Perasaan gembira dan seronok menyambut kemenangan digambarkan oleh Allah swt dalam ayat ini.

#Namun, kemenangan yang diharap dan diimpikan oleh setiap pejuang tidaklah berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebab, tanpa syarat atau tanpa peraturan. Allah swt menegaskan dalam beberapa ayat bahawa kemenangan itu datang dari sisiNya dengan syarat-syarat tertentu mengikut peraturan dan sunnah yang ditetapkan.

وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَكِیمِ

"Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali-ʿImran 126]

#Antara syarat utama dan yang paling penting ialah beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Iman yang membuahkan amal, melaksanakan apa yang disuruh, menjauhi apa yang dilarang, sentiasa berusaha sehabis daya dalam mencari redhaNya. Sesungguhnya iman bukan sekadar dakwaan dan bicara di bibir. Iman mesti digerakkan dengan pelaksanaan perjuangan dan perbuatan.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Ḥujurat 15]

#Apabila telah terpahat iman yang hakiki dan murni, maka janji Allah tidak pernah di mungkiri untuk mengurniakan kemenangan dan kejayaan.

وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ * إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ

Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" [Surah aṣ-Ṣaffat 171-173]

♡Janji kemenangan adalah kepastian. Maka posisikan diri di tempat yang sesuai agar kita beroleh kemenangan atau syahid di medan perjuangan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Akhir 1445H☆

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap siaga (melaksanakan tugas), dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat kemenangan" [Surah Ali ‘Imran 200]

#Allah swt menjanjikan kemenangan buat para pejuang agamaNya. Kemenangan akan diperoleh apabila dilaksanakan segala syarat kemenangan yang melayakkan untuk mendapat pertolongan Allah swt.

#Sambung bicara berkaitan penyebab tertangguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah swt sebagaimana yang diungkapkan oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:

5.  Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum benar-benar tulus dalam perjuangan dengan niat murni semata-mata kerana Allah dan dakwah agamaNya. Mungkin masih ada dalam kalangan mereka yang berjuang kerana motif-motif lain yang tidak murni. Mungkin untuk meraih kepentingan tertentu, mungkin kerana dorongan emosi marah semata-mata, atau mungkin untuk mencari glamour sebagai jaguh pertarungan atau lain-lain sepertinya, sedang Allah Menghendaki agar setiap orang berjuang semata-mata keranaNya dan di jalanNya.

6. Kemenangan tertangguh kerana masih ada sisa kebaikan pada pihak musuh yang diperangi. Allah swt menghendaki agar sisa kebaikan itu lenyap sama sekali, dan hanya tinggal kejahatan sepenuhnya, barulah akan ditimpakan kehancuran sepenuhnya tanpa ada sisa kebaikan yang turut terkorban.

7. Kemenangan tertangguh kerana kebatilan yang diperangi itu belum terdedah sepenuhnya di mata khalayak massa. Andainya kemenangan diraih dalam keadaan seperti itu, masih akan ada pendukung-pendukungnya yang tertipu dengan kebatilan yang belum nampak jelas batilnya itu. Dengan kata lain, kebatilan tersebut masih mengakar pada segolongan orang bersalah yang masih belum dapat melihat hakikat. Allah menghendaki agar kebatilan itu terus wujud beberapa lama sehingga ia terdedah sepenuhnya di hadapan semua orang. Dengan demikian kehancurannya nanti tidak akan disesali oleh sesiapa pun.

8. Kemenangan tertangguh kerana iklim persekitaran yang belum cukup bersedia untuk menyambut kebenaran, keadilan dan kebaikan yang dibawa oleh kaum mukminin. Andainya kemenangan dicapai ketika keadaan masih seperti itu, sudahnya ia akan ditolak oleh masyarakat yang belum bersedia itu. Biarlah pertarungan terus berlangsung sehingga jiwa dan minda masyarakat seluruhnya bersedia menerima kemenangan kebenaran, dan siap untuk mempertahankannya.

#Demikianlah antara sebab, di samping sebab-sebab lain yang Allah sendiri yang Mengetahuinya, mengapa kemenangan masih tertangguh, dan kerana itu perjuangan dengan segala pengorbanan dan deritanya terus berlanjutan dengan keyakinan akhirnya Allah akan memberikan kemenangan.

♡Kepada Allahlah kembali segala urusan, sesungguhnya Allah adalah penentu kesudahan segalanya, memenangkan yang kalah atau mengalahkan yang menang, tergantung pada syarat-syarat yang telah di tetapkanNya, ditepati ataupun tidak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆

وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا

"Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]

#Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam:

"Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan".

#Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik.

#Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya.

#Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt.

#Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:

"Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan.

♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Akhir 1445H☆

قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ * وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]

#Allah swt boleh sahaja memberi kemenangan kepada umat Islam tanpa melalui peperangan. Namun Allah hendak menguji mereka para pejuang sejauh mana keimanan dan pergantungan kepada Allah dan sejauh mana istiqamah mereka dalam peperangan serta menjanjikan mereka kematian yang paling mulia iaitu syahid kepada mereka.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ * وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?.  Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [Surah al-ʿAnkabut 2-3]

فَإِذَا لَقِیتُمُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فَضَرۡبَ ٱلرِّقَابِ حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَثۡخَنتُمُوهُمۡ فَشُدُّوا۟ ٱلۡوَثَاقَ فَإِمَّا مَنَّۢا بَعۡدُ وَإِمَّا فِدَاۤءً حَتَّىٰ تَضَعَ ٱلۡحَرۡبُ أَوۡزَارَهَاۚ ذَ ٰ⁠لِكَۖ وَلَوۡ یَشَاۤءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡهُمۡ وَلَـٰكِن لِّیَبۡلُوَا۟ بَعۡضَكُم بِبَعۡضࣲۗ وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ * سَیَهۡدِیهِمۡ وَیُصۡلِحُ بَالَهُمۡ * وَیُدۡخِلُهُمُ ٱلۡجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمۡ

"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka" [Surah Muhammad 4-6]

#Dan Allah juga hendak kurniakan kelebihan kepada umat Islam yang mereka sendiri akan balas kezaliman yang telah dikenakan kepada mereka. Kerana kaum sebelum itu, musuh mereka dihancurkan dengan azab, tanpa melibatkan campur tangan orang Islam. Namun bila dapat balas dengan tangan sendiri, itu lebih memuaskan hati dan perasaan. Itulah yang disebut oleh Allah swt dalam ayat diatas.

♡Semoga Islam dan para pejuangnya sentiasa menang♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Sambung lagi bicara tentang keharusan mendoakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam.

#Nabi saw pernah mendoakan kebinasaan kepada ‘Utbah bin Abu Lahab, sepupu Baginda sendiri. ‘Utbah bin Abu Lahab asalnya berkahwin dengan Ruqayyah, anak perempuan Rasulullah saw. Setelah baginda dilantik menjadi nabi, ‘Utbah menceraikan Ruqayyah.

#Banyak sungguh celaan, makian dan kezaliman yang dilakukan ‘Utbah dan keluarganya terhadap Rasulullah saw dan umat Islam. Kemuncaknya, Baginda saw berdoa kepada ‘Utbah dengan nada yang sangat keras. Diriwayatkan daripada Abu ‘Aqrab al-Bakri al-Kinani berkenaan doa Nabi saw kepada ‘Utbah bin Abu Lahab berbunyi:

اللَّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ، فقتلَهُ الأسدُ

“Ya Allah, kirimkanlah ke atas mereka seekor anjing (binatang buas) yang Engkau ciptakan daripada haiwan-haiwan buas (ciptaan)-Mu”. Lalu dia telah dibunuh oleh singa" (HR al-Hakim dan Abu Nu‘aim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa riwayat ini adalah hasan. (Lihat: Fath al-Bari)

Kemudiannya ketika ‘Utbah bin Abi Lahab keluar ke Syam untuk berniaga, dia telah dibaham singa walaupun dia dikawal rapi ahli rombongannya" (Sunan Kubra, Imam al-Baihaqi).

#Dalam riwayat Imam Muslim, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Sayidina Sa’id bin Zaid r.a telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut:

“Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya.”

Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya dan meninggal dunia.

#Dalam riwayat Imam al-Bukhari pula, sahabat Nabi yang terkenal Sayidina Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan ke atas Usamah bin Qatadah yang menuduhnya secara dusta. Doa Saad bin Abi Waqqas seperti berikut:

“Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah.”

Maka lelaki itu hidup dalam kefakiran hingga umur terlalu lanjut, tetapi masih mengganggu gadis di jalanan dan cuba meraba mereka (hidup dalam fitnah).

♡Jom doakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah swt bukan sahaja memerintahkan kepada para hambaNya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya. (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

#Selain berdoa memohon kebaikan, hidayah dan kemenangan, kita juga dianjurkan  untuk berdoa kepada Allah swt agar Allah menghancurkan musuh-musuh islam dan melindungi kita  dari kejahatan mereka.

#Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin Abi Aufa berkata bahawa Rasulullah saw mendoakan kebinasaan tentera al-Ahzab dengan bersabda:

اللَّهمَّ مُنزِلَ الْكِتَابِ سَرِيْعَ الحِسَابِ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

“Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab dan sangat cepat perhitungan-Nya, hancurkanlah pasukan al-Ahzab. Ya Allah! Hancurkanlah dan goncangkanlah mereka!” (HR al-Bukhari)

#Telah dinyatakan dalam ‘Umdah al-Qari bahawa: Nabi saw selalu berdoa terhadap orang-orang musyrik berdasarkan dosa-dosa dan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka. Baginda saw berdoa terhadap mereka yang menyakiti orang-orang Muslim. Apakah kamu tidak tahu bahawa ketika baginda merasa putus asa dengan kaumnya, baginda berdoa: Ya Allah, turunkanlah azabMu terhadap Musuh-MusuhMu.’ Baginda juga berdoa untuk membinasakan Abu Jahal. Baginda juga berdoa melawan kelompok-kelompok yang berkumpul pada Hari Khandaq dengan  kekalahan mereka. Allah swt memperkenankan doaNya terhadap mereka. (Lihat: ‘Umdah al-Qari)

#Imam al-Nawawi ketika menerangkan makna  اهزِمْهم وزلزِلْهم beliau menyatakan bahawa:  Ia membuat mereka terganggu dan bergerak dengan kesulitan. (Lihat: Syarh al-Nawawi ala Muslim)

#Imam al-Qastalani menukilkan bahawa: Jadikanlah urusan mereka bercelaru, gelisah, dan tidak stabil, maka Allah Yang Maha Tinggi menjawab doa terhadap mereka, dan Dia mengirimkan kepada mereka angin dan tentera yang mereka tidak melihat, lalu mereka dikalahkan.(Lihat: Irsyad al-Sari)

♡Kita dibolehkan mendoakan kehancuran terhadap musuh-musuh Islam bahkan ia dianjurkan dalam Islam. Semoga Allah swt sentiasa melindungi umat Islam dari segala ancaman dan bahaya serta mengurniakan kemenangan kepada para pejuang Islam. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Awwal 1445H☆

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Naḥl 125]

#Ayat ini menjelaskan cara berdakwah, mengajar dan menyebarkan ajaran Islam. Allah swt menyarankan kepada baginda Nabi Muhammad saw 3 uslub (cara) bagi menyeru manusia kepada Allah iaitu:

1. Hikmah: cara yang boleh diterima oleh orang lain dan menempatkan segala sesuatu pada tempatnya.

2. Mau’izah Hasanah: nasihat dan tutur kata yang baik.

3. Mujadalah Hasanah: berdebat, berhujah dan berdiskusi dengan baik, rasional dan harmoni.

#Dalam menghadapi ujian dakwah dan ranjau perjuangan ketika berhadapan dengan musuh, Allah mengizinkan untuk membalas kejahatan yang dilakukan orang-orang yang membenci dakwah ini.

وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُوا۟ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَىِٕن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَیۡرࣱ لِّلصَّـٰبِرِینَ

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar" [Surah an-Naḥl 126]

#Berdasarkan sebab penurunan ayat surah an-Nahl ayat 126, ulamak sepakat ayat ini turun ketika perang Uhud, di mana Allah swt memerintahkan untuk berbuat adil dalam qisas (pembalasan) dan seimbang dalam menunaikan hak.

#Namun demikian, Allah memberikan nasihat kepada Nabi Muhammad saw agar sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan musuh Islam kerana itu adalah langkah yang terbaik. Akhirnya Nabi memilih untuk memaafkan dan bersabar atas kebiadapan orang kafir dan perangai keji mereka yang melampaui batas kemanusiaan. Inilah tanda aras bagi orang-orang yang bertaqwa dan muhsinin.

♡Pendakwah Islam haruslah memperlengkapkan diri dengan kemahiran berdakwah dan kaedah komunikasi bagi menyampaikan agama Islam dengan berkesan agar mudah diterima orang ramai dengan pendekatan yang sesuai dengan sasaran dakwah yang pelbagai tahap dan perwatakan dengan mengamalkan 3 uslub dakwah yang Allah perintahkan. Para pejuang Islam boleh melayan provokasi musuh dan memberi tindak balas yang setara dengannya, namun bersabar dan berlapang dada adalah lebih baik♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Awwal 1445H☆

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" [Surah an-Nisa’ 59]

#Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi menyebut, suruhan taat kepada pemerintah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan juga ketaatan kepada Rasulullah saw. Hal ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah perlulah didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulullah saw supaya dengan itu masyarakat akan terpelihara dengan keimanan dan daripada penindasan terhadap rakyat di bawahnya.

Justeru itu, setiap pemerintah dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna dan setiap pemerintah itu juga dituntut agar mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka akan digelar sebagai pemerintah yang zalim (Lihat: Tafsir al-Sya’rawi)

#Maka sepatutnya para pemerintah sentiasa berdamping dengan para ulamak dan sentiasa meminta nasihat serta buah fikiran para ulamak. Para ulamak pula perlu sentiasa menegur kesilapan pemerintah dengan berani, adil dan tegas. Apabila pemerintah menjauhi ulamak dan ulamak pula menjadi bisu serta pengecut menyebabkan kerosakan dan berleluasa kejahatan.

#Imam al-Ghazali pernah mengatakan: "Sesungguhnya kerosakan rakyat adalah disebabkan oleh pemerintahnya, dan kerosakan pemerintahnya adalah disebabkan kerosakan ulamak, dan kerosakan ulamak adalah disebabkan oleh cintakan harta dan kedudukan. Barangsiapa yang dikuasai oleh cita-cita duniawi, dia tidak akan mampu mengurus rakyat kecil, apatah lagi pemerintahnya. Allahlah tempat memohon segala urusan. (Lihat: Ihya’ Ulum al-Din)

#Maka, menjadi kewajipan untuk para ulamak menegur mana-mana pemimpin yang dilihat melakukan kemungkaran atau ketidakadilan dalam pemerintahannya. Kaedah yang paling tepat untuk menegur pemimpin adalah menasihatinya. Jika nasihat dan teguran telah disampaikan, namun tidak ada perubahan maka sudah terlepas tanggungjawab para ulamak.

#Imam As-San’ani berkata: “Maksud nasihat kepada pemimpin umat Islam adalah membantu mereka dalam menegakkan kebenaran, mematuhi mereka dalam apa yang diperintahkan (dalam perkara kebenaran), membantu dan memberikan cadangan yang baik kepada mereka, menasihati mereka supaya bersifat kasih-sayang dan adil". (Lihat: Subul al-Salam)

#Apa yang berlaku di Malaysia, sebagai contoh pada masa dahulu dikenali dengan Tanah Melayu di mana hubungan keakraban antara pemerintah iaitu Sultan atau Raja dengan para ulamak begitu akrab. Inilah yang berlaku di kebanyakan negeri seperti di negeri Terengganu dengan adanya TG Tok Ku Paloh, TG Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Di negeri Kelantan yang kaya dengan ulamak seperti Tok Kenali, Tok Khurasan dan lain-lain. Samalah juga di Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan lain-lain. Mereka begitu mengambil cakna dan prihatin dalam menasihati pemerintah.

♡Pemerintah yang mentaati Allah wajib ditaati dan diikuti. Jika pemerintah itu melanggari kebenaran dan melakukan kemungkaran maka wajib di nasihati, ditegur dan jangan sesekali meredhai perlakuan mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

#Sambung bicara  tentang kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah.

#Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyaksikan banyak perkara keadilan ditegakkan.

#Dicatatkan, pada suatu ketika, penduduk kota Samarkand telah mengadu kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkenaan panglima pasukannya Qutaibah dan pasukan tenteranya yang telah masuk dan memerangi negara mereka tanpa memberi peringatan terlebih dahulu sebagaimana diwajibkan oleh Syariat Islam.

#Amirul Mukminin kemudiannya lalu mengarahkan al-Qadhi untuk menghakimi pengaduan tersebut. Akhirnya al-Qadhi memutuskan agar pasukan Islam hendaklah keluar dari kota Samarkand. Keputusan ini memberi kemenangan kepada penduduk Samarkand.

#Setelah penduduk Samarkand menyaksikan manifestasi keadilan Islam tersebut, mereka mengumumkan pengislaman mereka serta memuji sistem pengadilan Islam dan pasukan penaklukan. Mereka juga menyatakan penerimaan mereka terhadap hukum negara Islam. (Lihat: Tarikh al-Rusul wa al-Muluk)

#Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga sangat menonjol dengan sistem pemerintahannya yang benar-benar good governance. Hal ini telah disebut oleh Ibn Khaldun dan beliau telah memujinya dalam kitab al-Muqaddimah.

#Keadilan Khalifah Umar juga jelas ketikamana menaiki takhta, beliau mengambil tindakan untuk tidak mempunyai pengawal peribadi seperti sebelumnya. Begitu juga, beliau amat berhati-hati berkenaan dengan harta sehingga banyak yang dimasukkan semula ke Baitul Mal. Antara kelebihan Umar bin Abdul Aziz juga, ramai para ulamak memberi nasihat kepadanya, sementelahan lagi ketika itu ramai tokoh-tokoh ulama yang ikhlas dan tegas. Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah.

♡Inilah keindahan keadilan dalam pemerintahan Islam. Sifat adil mendekatkan hambaNya kepada taqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰ⁠مِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]

#Menurut Ibn Manzur: "Keadilan pada bahasa ialah tidak berat sebelah atau menetapkan sesuatu dengan benar".

#Dari segi konsep, beliau menyebut:

العَدلُ ما قامَ في النُّفوسِ أنَّه مُستَقيمٌ وهو ضِدَّ الجور

"Bahawa yang dimaksudkan dengan keadilan ialah sesuatu yang sudah mantap dalam fikiran sebagai perkara yang lurus" (Lihat: Lisan al-‘Arab)

#Lipatan sejarah Islam telah menyaksikan betapa sistem pemerintahan Islam telah menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah beberapa catatan keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah Pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi:

#Semasa penaklukan semula Palestin, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi oleh Imad al-Din al-Isfahani).  

#Berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)

#Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.
Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan.

#Dicatatkan bahawa Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)

#Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut.

#... Bersambung ...

♡Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَضَیۡنَاۤ إِلَىٰ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَیۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوࣰّا كَبِیرࣰا * فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَیۡكُمۡ عِبَادࣰا لَّنَاۤ أُو۟لِی بَأۡسࣲ شَدِیدࣲ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّیَارِۚ وَكَانَ وَعۡدࣰا مَّفۡعُولࣰا * ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَیۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَ ٰ⁠لࣲ وَبَنِینَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِیرًا * إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ لِیَسُـࣳۤـُٔوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَلِیَدۡخُلُوا۟ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَلِیُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوۡا۟ تَتۡبِیرًا 

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya" [Surah al-Isra' 4-7]

#Allah swt mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam.

#Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel.

#Daripada Yahudi, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak. Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.

#Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjidil Aqsa. Penjajah Israel telah membunuh 14,532 orang, 35,000 yang cedera, 1.5 juta rakyat telah berpindah, 45,000 unit kediaman musnah sepenuhnya, 266 buah sekolah rosak, 67 buah musnah, 102 buah ibu pejabat kerajaan terjejas teruk, 85 buah masjid musnah sepenuhnya dan 3 gereja terjejas teruk. (Sumber: Quds News Network)

#Namun begitu, Allah swt menyatakan dalam ayat diatas bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh para pejuang yang mempertahankan bumi Palestin.

♡Yakinlah bahawa penghujung kekejaman Yahudi adalah mereka akan dikalahkan dan dihina di akhirat kelak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Awwal 1445H☆

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

"Tatkala orang yang beriman melihat tentera Ahzaa, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan telah benarlah janji Allah dan RasulNya”, dan tidaklah bertambah (rasa takut/bimbang) kepada mereka melainkan bertambah iman dan penyerahan diri kepada Allah" [Surah al-Ahzab 22]

#Medan perjuangan Islam sentiasa terlalu mencabar. Tribulasinya tidak sedikit. Halangannya getir dan risikonya tinggi.

#Oleh itu, pejuang Islam mesti berani dan berjiwa kental. Ini adalah sifat wajib bagi seorang pejuang. Itulah sifat orang yang beriman terutama detik berdepan dengan pakatan musuh di medan perjuangan.

#Sebagai pejuang, bertemu musuh adalah lumrah, maka jiwa yang berani sangat diperlukan. Pejuang Islam sama sekali tidak akan mengalah. Tidak akan undur kebelakang meninggalkan perjuangan walau setapak. Mereka tidak akan pernah rela perjuangan ini dibeli dengan mata dunia biar berjuta nilainya.

#Sebab itu, dalam ayat diatas Allah swt menyebut tentang keberanian para sahabat Nabi saw tatkala bertemu musuh. Tiada sebarang kegentaran, malah iman mereka semakin bertambah teguh ketika saat berdepan dengan musuh. Kekentalan inilah yang diperlukan bagi setiap jiwa umat Islam.

#Sebagai seorang pejuang, dia mestilah bersedia mencagarkan seluruh kepentingan hidupnya dan mengorbankannya demi Islam. Mereka sentiasa siap mendepani siapa jua yang memusuhi Islam biarpun sebesar mana pakatan mereka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berdepan dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, semoga kamu mencapai kemenangan" [Surah al-Anfal 45]

#Qudwah (tauladan) pejuang Islam ialah Rasulullah saw. Ternyata Baginda saw seorang yang sangat berani.

#Sayidina Anas ibn Malik r.a pernah menyifatkan keperibadian Nabi saw dengan katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ وَلَقَدْ فَزِعَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَقَهُمْ عَلَى فَرَسٍ وَقَالَ وَجَدْنَاهُ بَحْرًا

Nabi saw adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. Sungguh pernah terjadi gempa bumi menimpa penduduk Madinah dan Nabi saw orang yang mendahului mereka (mencari sumber gempa) dengan menunggang kuda kemudian berkata: “Kami temui (gempa itu) hanyalah lautan” (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Jadilah seorang pejuang yang berani. Berjihad di medan tempur dengan penuh keberanian demi mencari syahid atau kemenangan. Allahuakbar!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1445H☆

فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ

"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]

#Orang beriman yang berakal akan sentiasa :

1. Mengingati Allah.
2. Merapatkan diri ke hadratNya.
3. MerindukanNya.
4. Merasa asyik bersamaNya.

#Dia akan sentiasa ingat dan menyebut-nyebut nama Allah dalam segala keadaaanya, dalam segala hal dan waktunya, seluruh lorong kehidupannya tidak terlepas daripada mengingatiNya.

#Ketika berdiri dia ingat Allah, saat duduk dia ingat Allah, saat berbaring dia ingat Allah, saat bekerja ingat Allah, saat memandu ingat Allah, saat bermain ingat Allah, saat berjual beli ingat Allah, saat bersendirian pun ingat Allah. Dia sentiasa berusaha untuk dekat dengan Allah swt dengan 1001 cara dan jalan.

إِنَّ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"

ٱلَّذِینَ یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَیَتَفَكَّرُونَ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلࣰا سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"  [Surah Ali-ʿImran 190-191]

#Manusia yang bertaqwa akan sentiasa berzikir mengingati Allah dalam hatinya dengan:

1. Perasaan rendah diri.
2. Perasaan yang tidak berdaya di hadapanNya.
3. Perasaan takut menyelimuti jiwanya.

#Hati mereka gementar tatkala nama Allah disebut, zikir segera meluncur dari mulut membasahi lidahnya dan keimanan memenuhi dadanya. Iman mereka melonjak tatkala ayat-ayat Allah dikumandangkan dan di alunkan. Tawakkal menjadi hiasan hidupnya, memagari setiap gerakannya.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِیَتۡ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah" [Surah al-Anfal 2]

♡Adakah hati dan jiwa kita sentiasa ingat Allah dan terasa tenang tatkala mengingatiNya? Jika tiada sebarang rasa dan ketenangan, dibimbangi kita tergolong dalam kalangan golongan yang jauh daripada rahmat Allah swt. Selamat bermuhasabah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1445H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]

#Allah swt memberi jaminan bahawa Allah swt akan memberi pertolongan dan kemenangan kepada sesiapa yang menolong agamaNya.

#Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel.

#Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah.

#Umat Islam wajib yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menang pada akhirnya, dan ini memberi mereka semangat dan tekad untuk terus berjuang dalam menentang musuh Allah swt.

#Umat Islam wajib percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Ali-ʿImran 200]

♡Yakinlah, kebenaran pasti menang!! Allahuakbar♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Awwal 1445H☆

وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ

"Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5]

#Sambung bicara tentang syarat yang diperlukan untuk dikurniakan kemenangan oleh Allah swt.

#Syarat yang berikutnya ialah persiapan. Apakah yang perlu dipersiapkan? Allah swt perintahkan orang-orang mukmin membuat persiapan sebagaimana yang dinyatakan dalam firmanNya:

وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya" [Surah al-Anfal 60]

#Ayat ini merupakan satu perintah. Dan perintah membawa maksud wajib. Dan yang wajib dipersiapkan bukanlah sampai menyamai kekuatan pihak lawan. Sebaliknya, orang mukmin dituntut membuat persiapan apa yang termampu (mastata’tum). Pertolongan Allah swt akan datang bila orang Islam membuat persediaan sedaya mampu mereka walaupun jika dibandingkan dengan persediaan pihak lawan masih jauh berbeza.

#Namun itulah rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Kekuatan yang sebenar bukan terletak pada apa yang ada di tangan kita. Sebaliknya kekuatan yang sebenar adalah kebergantungan kita kepadaNya.

#Kekuatan atau quwwah dalam ayat di atas disebut dengan lafaz nakirah, quwwah (tanpa alif dan lam). Menurut pakar bahasa, nakirah membawa maksud syumul, iaitu merangkumi semua jenis kekuatan, dan ia berbeza dari satu zaman dengan zaman yang lain.

#Jenis kekuatan yang disebut dalam ayat di atas ialah pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia. Itu bersesuaian dengan zaman itu. Zaman sekarang, kekuatan yang diperlukan tentunya berlainan. Itulah yang mesti difikirkan oleh mukmin yang ingin mencapai kemenangan.

♡Kepada para pendukung perjuangan Islam, tidak seharusnya kalian melupai perintah Allah swt ini dan jangan sesekali mengabaikan syarat kemenangan yang mesti dipenuhi. Jika diabaikan, kemenangan menjadi sukar dan bantuan Allah sukar diperoleh♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Awwal 1445H☆

یُرِیدُونَ أَن یُطۡفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَ ٰ⁠هِهِمۡ وَیَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّاۤ أَن یُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ * هُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِینِ ٱلۡحَقِّ لِیُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّینِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya" [Surah at-Tawbah 32-33]

#Di antara janji-janji Allah dan RasulNya dengan tegas mengatakan bahawa Islam akan mencapai kemenangan dan kejayaan adalah hampir. Tugas kita hanyalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang dijanjikan itu.

#Pada saat orang kafir menentang Rasulullah saw, lalu Allah swt menurunkan ayat diatas yang menyatakan bahawa Dia akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam dan meninggikannya melebihi segala agama yang lain.

#Dalam musnad Imam Ahmad daripada Mas’ud Ibn Qubaishah atau Qubaishah Ibn Mas’ud berkata: "Para pejuang telah bersolat subuh di suatu kawasan. Apabila mereka selesai menunaikan solat, seorang pemuda dari kalangan mereka telah berkata, Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

إنه ستفتح لكم مشارق الأرض ومغاربها وإن عمالها فى النار إلا من اتقى وأدى الأمانة

"Sesungguhnya akan dibukakan kepada kami Timur dan Barat, para pemerintahnya akan berada di dalam neraka melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah".

#Setiap orang Islam perlu yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah swt dan kebatilan akan dilenyapkan.

#Allah sentiasa membantu dan menolong orang yang benar-benar beriman untuk mencapai kemenangan. Firman Allah swt:

وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوۡمِهِمۡ فَجَاۤءُوهُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ فَٱنتَقَمۡنَا مِنَ ٱلَّذِینَ أَجۡرَمُوا۟ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَیۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman" [Surah ar-Rum 47]

♡Janji Allah akan memberikan kemenangan kepada orang Mukmin suatu yang kekal. Kemenangan di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin tidak mustahil akan terlaksana kepada generasi selepas mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Akhir 1445H☆

وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا

"Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]

#Manusia tabiatnya tergesa-gesa. Mahukan segalanya dengan segera. Mahukan kemenangan dengan segera. Mahukan kebaikan dengan segera. Namun, Allah swt tangguhkan untuk proses penapisan iman bagi mengetahui samada mereka benar-benar beriman atau hanya sekadar ucapan di bibir sahaja.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ * وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [Surah al-ʿAnkabut 2-3]

#Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan tertangguhnya kemenangan bagi kaum mukminin:

1. Kemenangan tertangguh kerana persediaan umat mukminin belum cukup matang, belum cukup siap dan belum maksimum sehingga andainya diberi kemenangan ketika itu, kemenangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tidak akan mampu mempertahankannya.

2. Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum mencurahkan seluruh tenaga keupayaannya dan belum mengorbankan segala yang dimilikinya sehingga tidak tersisa lagi sesuatu yang berharga, sehingga semua yang ada, yang mahal dan yang murah sudah diserahkan untuk membiayai perjuangan di jalan Allah.

3. Kemenangan tertangguh sehingga umat mukminin menggunakan kekuatan terakhirnya, lalu dengan begitu mereka menginsafi bahawa tanpa pertolongan Allah, kekuatan mereka semata-mata tidak akan membawa kemenangan. Sesungguhnya kemenangan akan dikurniakan setelah mereka menggunakan kekuatan terakhir dan kemudiannya menyerahkan segalanya kepada Allah.

4. Kemenangan tertangguh agar umat mukminin mempereratkan lagi hubungan dengan Allah, sehingga pada saat menempuh derita perang mereka benar-benar merasakan bahawa sesungguhnya tidak ada lagi tempat untuk mengadu dan meminta selain hanya Allah Yang Maha Esa. Hubungan erat dengan Allah inilah yang akan menjamin istiqamah mereka nanti apabila Allah berkenan mengurniakan kemenangan, bahawa mereka tidak akan menyeleweng dari kebenaran, keadilan dan kebaikan yang kerananya Allah memenangkan mereka.

... Bersambung...

♡Memang janji Allah untuk memenangkan mereka yang menolong (menegakkan) agamaNya adalah suatu kepastian, tetapi kemenangan tidak diberikan tanpa syarat. Syarat besarnya ialah bersabar dan jangan tergesa-gesa. Sesungguhnya kemenangan selamanya terikat dengan sejumlah tanggungjawab yang perlu ditunaikan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1445H☆

قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ * وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ

"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]

#Umat Islam harus berperang demi agama, dan keizinan berperang diawali dengan jaminan pembelaan dan pertolongan Allah swt. Ini bererti bahawa mereka yang dibela dan ditolong Allah pasti akan menang kerana Allah Maha Berkuasa memenangkan pejuangNya.

#Jika memang demikian, lalu untuk apa diizinkan perang? Dan untuk apa diwajibkan berjihad? Bukankah Allah Maha Perkasa melindungi agamaNya tanpa memerintahkan umat Islam berperang, menyabung nyawa dan mengalami derita cedera luka, malah ramai yang gugur di medan tempur?

#Ya, Memang Allah Maha Berkuasa melaksanakan kehendakNya (membinasakan musuh-musuh agamaNya) tanpa susah payah, tanpa menumpahkan walau setitik darah kaum mukminin.

#Tetapi tentu ada hikmahnya, sebab tersirat di sebalik perintah berperang, bahawa Allah swt tidak menginginkan agama ini didukung oleh orang-orang malas, mereka yang hanya ingin bersantai, yang merasa cukup dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran serta menadah tangan ke langit ketika menghadapi bahaya pencerobohan.

#Memang orang mukmin wajib menunaikan solat, perlu membaca al-Quran dan bermunajat kepada Allah setiap saat, ketika senang dan ketika susah. Tetapi ibadah-ibadah tersebut semata-mata belum cukup melayakkan mereka menjadi pendukung agama Allah. Ibadah-ibadah tersebut hanyalah sebahagian daripada bekalan yang perlu disiapkan sebagai kekuatan tambahan untuk mengharungi medan perjuangan. Senjata fizikal harus sepadan dengan senjata musuh, sementara taqwa adalah senjata spiritual yang hanya ada pada kaum mukminin.

#Demikianlah kehendak Allah swt, bahawa pembelaan dan pertolonganNya tersalur menerusi daya lawan kaum mukminin. Hanya dengan kemampuan bertarung di medan perang segala potensi kekuatan terpendam yang mereka miliki akan tumbuh perkasa dengan sempurna. Allah menghendaki agar para pendukung agamaNya memaksimumkan seluruh kekuatan yang dikurniakanNya kepada mereka. Sesungguhnya misi mendaulatkan agama Allah adalah amanah berat yang hanya dapat dipikul oleh umat yang kuat, umat berdaya juang yang terbina dalam keperitan rebah bangun di kancah pertarungan.

#Sabda Nabi saw:

الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah swt daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah)..." (HR Muslim)

♡Berjuanglah dengan penuh kekuatan dan kesungguhan. Kemenangan mudah dan segera yang dihadiahkan tanpa susah payah kepada orang-orang yang berbudaya santai tidak akan meledakkan kekuatan terpendam di dalam diri mereka. Selamat berjuang dan berjihad♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*AID4PALESTIN 2.0: SERANGAN SEMAKIN DAHSYAT, JUMLAH SYAHID MAKIN MENINGKAT DAN KEPERLUAN MAKANAN MINUMAN MAKIN BERKURANGAN*

https://fb.watch/ocJ1m3lr0F/?mibextid=Nif5oz

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN

Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Salama Maarouf berkata:

"Lebih daripada 13,500 syahid dan hilang sejak permulaan pencerobohan Israel, dan 4,237 kanak-kanak syahid sejak permulaan serangan.

1,071 pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh penjajah Israel setakat ini, dan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal terpaksa berlindung di pusat perlindungan, termasuk sekolah dan hospital.

10,328 syahid dan 25,956 cedera sejak permulaan pencerobohan Israel, dan lebih 30 ribu tan bahan letupan dijatuhkan di Gaza sejak permulaan serangan.

40,000 unit rumah telah dirobohkan sepenuhnya setakat ini.

46 peratus daripada jumlah syahid adalah dari wilayah selatan, yang menurut penjajah, ianya adalah tempat yang selamat.

Saat ini, saudara kita di Gaza sangat kekurangan makanan, air bersih dan tiada kemudahan elektrik.

Al-Jazeera melaporkan:

Semua kedai roti ditutup, tiada tepung untuk dijual di utara Gaza. PBB telah mengesahkan bahawa semua kedai roti di utara Gaza kini telah ditutup kerana kekurangan bahan api, air dan tepung gandum serta kerosakan kepada banyak kedai roti.

PBB menambah bahawa tepung gandum tidak lagi tersedia di pasaran wilayah utara Gaza dan organisasi bantuan tidak dapat menghantar sebarang makanan ke sana selama tujuh hari. Di selatan Gaza, PBB menyatakan bahawa hanya sembilan kedai roti yang masih dibuka secara berselang-seli, menyediakan roti ke tempat perlindungan apabila tepung dan bahan api tersedia.

Ayuh para kaum Muslimin sekelian, marilah kita bersama dengan saudara kita para mujahidin dan penduduk Palestin dalam membela dan berjuang demi mempertahankan tanah suci ketiga umat Islam. Sama-samalah kita berdoa disamping menghulurkan bantuan sumbangan untuk saudara kita di bumi Palestin.

"Ya Allah, Inilah Jihad Ku untuk Agama Mu Ya Rabb.."

Salurkan sumbangan dengan klik dan sumbang:

https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN

*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Gaza Palestin

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/Tabung Gaza Palestin

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/Tabung Gaza Palestin

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/Tabung Gaza Palestin

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/Tabung Gaza Palestin

"ANDA HULUR, KAMI SALUR"

Читать полностью…
Подписаться на канал