☆Tadabbur Kalamullah 16 Jamadil Awwal 1445H☆
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu" [Surah an-Nisa’ 59]
#Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi menyebut, suruhan taat kepada pemerintah disertakan dengan ketaatan kepada Allah dan juga ketaatan kepada Rasulullah saw. Hal ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada pemerintah perlulah didasari dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulullah saw supaya dengan itu masyarakat akan terpelihara dengan keimanan dan daripada penindasan terhadap rakyat di bawahnya.
Justeru itu, setiap pemerintah dituntut untuk menunaikan amanah dengan sempurna dan setiap pemerintah itu juga dituntut agar mereka sentiasa mentaati Allah dan RasulNya. Sekiranya ini tidak berlaku, maka mereka akan digelar sebagai pemerintah yang zalim (Lihat: Tafsir al-Sya’rawi)
#Maka sepatutnya para pemerintah sentiasa berdamping dengan para ulamak dan sentiasa meminta nasihat serta buah fikiran para ulamak. Para ulamak pula perlu sentiasa menegur kesilapan pemerintah dengan berani, adil dan tegas. Apabila pemerintah menjauhi ulamak dan ulamak pula menjadi bisu serta pengecut menyebabkan kerosakan dan berleluasa kejahatan.
#Imam al-Ghazali pernah mengatakan: "Sesungguhnya kerosakan rakyat adalah disebabkan oleh pemerintahnya, dan kerosakan pemerintahnya adalah disebabkan kerosakan ulamak, dan kerosakan ulamak adalah disebabkan oleh cintakan harta dan kedudukan. Barangsiapa yang dikuasai oleh cita-cita duniawi, dia tidak akan mampu mengurus rakyat kecil, apatah lagi pemerintahnya. Allahlah tempat memohon segala urusan. (Lihat: Ihya’ Ulum al-Din)
#Maka, menjadi kewajipan untuk para ulamak menegur mana-mana pemimpin yang dilihat melakukan kemungkaran atau ketidakadilan dalam pemerintahannya. Kaedah yang paling tepat untuk menegur pemimpin adalah menasihatinya. Jika nasihat dan teguran telah disampaikan, namun tidak ada perubahan maka sudah terlepas tanggungjawab para ulamak.
#Imam As-San’ani berkata: “Maksud nasihat kepada pemimpin umat Islam adalah membantu mereka dalam menegakkan kebenaran, mematuhi mereka dalam apa yang diperintahkan (dalam perkara kebenaran), membantu dan memberikan cadangan yang baik kepada mereka, menasihati mereka supaya bersifat kasih-sayang dan adil". (Lihat: Subul al-Salam)
#Apa yang berlaku di Malaysia, sebagai contoh pada masa dahulu dikenali dengan Tanah Melayu di mana hubungan keakraban antara pemerintah iaitu Sultan atau Raja dengan para ulamak begitu akrab. Inilah yang berlaku di kebanyakan negeri seperti di negeri Terengganu dengan adanya TG Tok Ku Paloh, TG Hj Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Di negeri Kelantan yang kaya dengan ulamak seperti Tok Kenali, Tok Khurasan dan lain-lain. Samalah juga di Pahang, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan lain-lain. Mereka begitu mengambil cakna dan prihatin dalam menasihati pemerintah.
♡Pemerintah yang mentaati Allah wajib ditaati dan diikuti. Jika pemerintah itu melanggari kebenaran dan melakukan kemungkaran maka wajib di nasihati, ditegur dan jangan sesekali meredhai perlakuan mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Awwal 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]
#Sambung bicara tentang kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah.
#Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyaksikan banyak perkara keadilan ditegakkan.
#Dicatatkan, pada suatu ketika, penduduk kota Samarkand telah mengadu kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkenaan panglima pasukannya Qutaibah dan pasukan tenteranya yang telah masuk dan memerangi negara mereka tanpa memberi peringatan terlebih dahulu sebagaimana diwajibkan oleh Syariat Islam.
#Amirul Mukminin kemudiannya lalu mengarahkan al-Qadhi untuk menghakimi pengaduan tersebut. Akhirnya al-Qadhi memutuskan agar pasukan Islam hendaklah keluar dari kota Samarkand. Keputusan ini memberi kemenangan kepada penduduk Samarkand.
#Setelah penduduk Samarkand menyaksikan manifestasi keadilan Islam tersebut, mereka mengumumkan pengislaman mereka serta memuji sistem pengadilan Islam dan pasukan penaklukan. Mereka juga menyatakan penerimaan mereka terhadap hukum negara Islam. (Lihat: Tarikh al-Rusul wa al-Muluk)
#Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga sangat menonjol dengan sistem pemerintahannya yang benar-benar good governance. Hal ini telah disebut oleh Ibn Khaldun dan beliau telah memujinya dalam kitab al-Muqaddimah.
#Keadilan Khalifah Umar juga jelas ketikamana menaiki takhta, beliau mengambil tindakan untuk tidak mempunyai pengawal peribadi seperti sebelumnya. Begitu juga, beliau amat berhati-hati berkenaan dengan harta sehingga banyak yang dimasukkan semula ke Baitul Mal. Antara kelebihan Umar bin Abdul Aziz juga, ramai para ulamak memberi nasihat kepadanya, sementelahan lagi ketika itu ramai tokoh-tokoh ulama yang ikhlas dan tegas. Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Kathir dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah.
♡Inilah keindahan keadilan dalam pemerintahan Islam. Sifat adil mendekatkan hambaNya kepada taqwa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Awwal 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]
#Menurut Ibn Manzur: "Keadilan pada bahasa ialah tidak berat sebelah atau menetapkan sesuatu dengan benar".
#Dari segi konsep, beliau menyebut:
العَدلُ ما قامَ في النُّفوسِ أنَّه مُستَقيمٌ وهو ضِدَّ الجور
"Bahawa yang dimaksudkan dengan keadilan ialah sesuatu yang sudah mantap dalam fikiran sebagai perkara yang lurus" (Lihat: Lisan al-‘Arab)
#Lipatan sejarah Islam telah menyaksikan betapa sistem pemerintahan Islam telah menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah beberapa catatan keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah Pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi:
#Semasa penaklukan semula Palestin, dicatatkan seramai lebih daripada 100,000 orang Kristian termasuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak telah ditawan oleh tentera Islam. (Lihat Kitab al-Fath al-Qussi fi al-Fath al-Qudsi oleh Imad al-Din al-Isfahani).
#Berbanding apa yang telah dilakukan oleh tentera Salib terhadap umat Islam sebelum ini yang telah dikenakan hukuman bunuh. Salahuddin sebaliknya mengambil sikap memaafkan kepada masyarakat Kristian. Malah, kesemua mereka dibebaskan setelah membayar wang tebusan diri iaitu bagi lelaki 10 dinar, perempuan sebanyak 5 dinar dan kanak-kanak dikenakan 2 dinar. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)
#Orang-orang miskin seramai 7000 orang juga telah dibebaskan dengan jumlah pembayaran sebanyak 30,000 dinar secara sekaligus. Walaubagaimanapun, sekiranya wang tebusan diri tersebut tidak mampu dibayar oleh sebahagian mereka, maka secara automatik mereka akan terus berada dalam tahanan.
Hal ini mencerminkan kebaikan, keselamatan dan keamanan Islam itu sendiri kerana pendekatan yang diambil oleh Salahuddin tersebut menjadikan pertempuran dan pertentangan dapat dielakkan. Ini sekaligus menatijahkan tragedi kehilangan nyawa dan pertumpahan darah yang dahsyat dapat dielakkan.
#Dicatatkan bahawa Salahuddin turut membekalkan sejumlah wang dan haiwan tunggangan apabila beliau melihat ada para tebusan yang membawa ibu bapa dan saudara tetangga yang telah berumur. Ini berlaku dalam kalangan mereka yang telah membayar wang tebusan diri untuk bebas. (Lihat al-Islam wa al-Qadiyyah al-Filistiniyyah oleh Abdullah Nasih ‘Ulwan)
#Bahkan, bagi memastikan mereka selamat sampai ke destinasi yang dituju, Salahuddin turut mengarahkan tenteranya agar mengiringi para tebusan tersebut.
#... Bersambung ...
♡Hal ini jelas menggambarkan bagaimana sikap Islam yang penuh dengan keramahan, keamanan, keharmonian, toleransi dan keadilan dalam membentuk satu sistem kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan damai♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Awwal 1445H☆
وَقَضَیۡنَاۤ إِلَىٰ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰۤءِیلَ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَیۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوࣰّا كَبِیرࣰا * فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَیۡكُمۡ عِبَادࣰا لَّنَاۤ أُو۟لِی بَأۡسࣲ شَدِیدࣲ فَجَاسُوا۟ خِلَـٰلَ ٱلدِّیَارِۚ وَكَانَ وَعۡدࣰا مَّفۡعُولࣰا * ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَیۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَـٰكُم بِأَمۡوَ ٰلࣲ وَبَنِینَ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِیرًا * إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَاۤءَ وَعۡدُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ لِیَسُـࣳۤـُٔوا۟ وُجُوهَكُمۡ وَلِیَدۡخُلُوا۟ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَلِیُتَبِّرُوا۟ مَا عَلَوۡا۟ تَتۡبِیرًا
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya" [Surah al-Isra' 4-7]
#Allah swt mendedahkan senario sejarah bangsa Yahudi yang melakukan kejahatan dan akhirnya mereka akan dimusnahkan. Kini, mereka melakukan kejahatan kali kedua yang akan menempah kemusnahan pada akhir zaman dengan kemenangan umat Islam.
#Mereka menguasai politik, ekonomi dan kemajuan teknologi persenjataan yang membunuh hidupan dan merosakkan alam sekitar, tanpa mempedulikan amaran daripada kalangan agamawan mereka sendiri. Inilah yang berlaku apabila kalangan sekular yang melampau menguasai pemerintahan negara Israel.
#Daripada Yahudi, lahirnya pula pencipta ideologi dan teori sesat yang merosakkan politik, ekonomi dan akhlak. Seterusnya, puak Zionis berjuang supaya dapat menguasai politik negara kuasa besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ekonomi antarabangsa, serta media yang mempengaruhi pemikiran dan kehidupan manusia yang dilemahkan supaya semuanya berada di bawah kuasa negara besar Israel. Antara pendekatannya ialah mencetuskan huru-hara dan peperangan yang menghancurkan negara dan bangsa lain. Jika dilihat pada sejarah, penglibatan Zionis yang telah mencetuskan dua perang dunia tidak boleh dinafikan sekali-kali.
#Kemuncaknya terkini, mereka mengganas membunuh rakyat Palestin dan menceroboh Masjidil Aqsa. Penjajah Israel telah membunuh 14,532 orang, 35,000 yang cedera, 1.5 juta rakyat telah berpindah, 45,000 unit kediaman musnah sepenuhnya, 266 buah sekolah rosak, 67 buah musnah, 102 buah ibu pejabat kerajaan terjejas teruk, 85 buah masjid musnah sepenuhnya dan 3 gereja terjejas teruk. (Sumber: Quds News Network)
#Namun begitu, Allah swt menyatakan dalam ayat diatas bahawa Yahudi akan dikalahkan oleh para pejuang yang mempertahankan bumi Palestin.
♡Yakinlah bahawa penghujung kekejaman Yahudi adalah mereka akan dikalahkan dan dihina di akhirat kelak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Awwal 1445H☆
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
"Tatkala orang yang beriman melihat tentera Ahzaa, berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan telah benarlah janji Allah dan RasulNya”, dan tidaklah bertambah (rasa takut/bimbang) kepada mereka melainkan bertambah iman dan penyerahan diri kepada Allah" [Surah al-Ahzab 22]
#Medan perjuangan Islam sentiasa terlalu mencabar. Tribulasinya tidak sedikit. Halangannya getir dan risikonya tinggi.
#Oleh itu, pejuang Islam mesti berani dan berjiwa kental. Ini adalah sifat wajib bagi seorang pejuang. Itulah sifat orang yang beriman terutama detik berdepan dengan pakatan musuh di medan perjuangan.
#Sebagai pejuang, bertemu musuh adalah lumrah, maka jiwa yang berani sangat diperlukan. Pejuang Islam sama sekali tidak akan mengalah. Tidak akan undur kebelakang meninggalkan perjuangan walau setapak. Mereka tidak akan pernah rela perjuangan ini dibeli dengan mata dunia biar berjuta nilainya.
#Sebab itu, dalam ayat diatas Allah swt menyebut tentang keberanian para sahabat Nabi saw tatkala bertemu musuh. Tiada sebarang kegentaran, malah iman mereka semakin bertambah teguh ketika saat berdepan dengan musuh. Kekentalan inilah yang diperlukan bagi setiap jiwa umat Islam.
#Sebagai seorang pejuang, dia mestilah bersedia mencagarkan seluruh kepentingan hidupnya dan mengorbankannya demi Islam. Mereka sentiasa siap mendepani siapa jua yang memusuhi Islam biarpun sebesar mana pakatan mereka.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang yang beriman! Apabila kamu berdepan dengan pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan ingatlah Allah (dengan doa) banyak-banyak, semoga kamu mencapai kemenangan" [Surah al-Anfal 45]
#Qudwah (tauladan) pejuang Islam ialah Rasulullah saw. Ternyata Baginda saw seorang yang sangat berani.
#Sayidina Anas ibn Malik r.a pernah menyifatkan keperibadian Nabi saw dengan katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ وَلَقَدْ فَزِعَ أَهْلُ الْمَدِينَةِ فَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبَقَهُمْ عَلَى فَرَسٍ وَقَالَ وَجَدْنَاهُ بَحْرًا
Nabi saw adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan. Sungguh pernah terjadi gempa bumi menimpa penduduk Madinah dan Nabi saw orang yang mendahului mereka (mencari sumber gempa) dengan menunggang kuda kemudian berkata: “Kami temui (gempa itu) hanyalah lautan” (HR al-Bukhari dan Muslim)
♡Jadilah seorang pejuang yang berani. Berjihad di medan tempur dengan penuh keberanian demi mencari syahid atau kemenangan. Allahuakbar!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1445H☆
فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]
#Orang beriman yang berakal akan sentiasa :
1. Mengingati Allah.
2. Merapatkan diri ke hadratNya.
3. MerindukanNya.
4. Merasa asyik bersamaNya.
#Dia akan sentiasa ingat dan menyebut-nyebut nama Allah dalam segala keadaaanya, dalam segala hal dan waktunya, seluruh lorong kehidupannya tidak terlepas daripada mengingatiNya.
#Ketika berdiri dia ingat Allah, saat duduk dia ingat Allah, saat berbaring dia ingat Allah, saat bekerja ingat Allah, saat memandu ingat Allah, saat bermain ingat Allah, saat berjual beli ingat Allah, saat bersendirian pun ingat Allah. Dia sentiasa berusaha untuk dekat dengan Allah swt dengan 1001 cara dan jalan.
إِنَّ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّیۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal"
ٱلَّذِینَ یَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَیَتَفَكَّرُونَ فِی خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَ ٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلࣰا سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka" [Surah Ali-ʿImran 190-191]
#Manusia yang bertaqwa akan sentiasa berzikir mengingati Allah dalam hatinya dengan:
1. Perasaan rendah diri.
2. Perasaan yang tidak berdaya di hadapanNya.
3. Perasaan takut menyelimuti jiwanya.
#Hati mereka gementar tatkala nama Allah disebut, zikir segera meluncur dari mulut membasahi lidahnya dan keimanan memenuhi dadanya. Iman mereka melonjak tatkala ayat-ayat Allah dikumandangkan dan di alunkan. Tawakkal menjadi hiasan hidupnya, memagari setiap gerakannya.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِیَتۡ عَلَیۡهِمۡ ءَایَـٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ یَتَوَكَّلُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah" [Surah al-Anfal 2]
♡Adakah hati dan jiwa kita sentiasa ingat Allah dan terasa tenang tatkala mengingatiNya? Jika tiada sebarang rasa dan ketenangan, dibimbangi kita tergolong dalam kalangan golongan yang jauh daripada rahmat Allah swt. Selamat bermuhasabah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ یَنصُرۡكُمۡ وَیُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" [Surah Muḥammad 7]
#Allah swt memberi jaminan bahawa Allah swt akan memberi pertolongan dan kemenangan kepada sesiapa yang menolong agamaNya.
#Perjuangan memerlukan pengorbanan tinggi untuk menjamin kejayaan. Di samping keyakinan bahawa kemenangan adalah milik setiap perjuangan yang dilakukan kerana Allah swt. Apatah lagi apabila perjuangan itu kerana mempertahankan agama Allah dan maruah serta hak orang Islam sebagaimana di bumi Palestin. Mereka bukan sahaja berjuang kerana mempertahankan tanah air tetapi lebih penting daripada itu mempertahankan tanah suci umat Islam dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel.
#Setiap orang Islam sangat yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah.
#Umat Islam wajib yakin bahawa kebenaran dan keadilan akan menang pada akhirnya, dan ini memberi mereka semangat dan tekad untuk terus berjuang dalam menentang musuh Allah swt.
#Umat Islam wajib percaya bahawa kesabaran dan ketekunan dalam menghadapi musuh Allah adalah cara untuk mendapatkan kemenangan.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Ali-ʿImran 200]
♡Yakinlah, kebenaran pasti menang!! Allahuakbar♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Awwal 1445H☆
وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ
"Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5]
#Sambung bicara tentang syarat yang diperlukan untuk dikurniakan kemenangan oleh Allah swt.
#Syarat yang berikutnya ialah persiapan. Apakah yang perlu dipersiapkan? Allah swt perintahkan orang-orang mukmin membuat persiapan sebagaimana yang dinyatakan dalam firmanNya:
وَأَعِدُّوا۟ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةࣲ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَیۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّكُمۡ وَءَاخَرِینَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ یَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَیۡءࣲ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ یُوَفَّ إِلَیۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya" [Surah al-Anfal 60]
#Ayat ini merupakan satu perintah. Dan perintah membawa maksud wajib. Dan yang wajib dipersiapkan bukanlah sampai menyamai kekuatan pihak lawan. Sebaliknya, orang mukmin dituntut membuat persiapan apa yang termampu (mastata’tum). Pertolongan Allah swt akan datang bila orang Islam membuat persediaan sedaya mampu mereka walaupun jika dibandingkan dengan persediaan pihak lawan masih jauh berbeza.
#Namun itulah rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Kekuatan yang sebenar bukan terletak pada apa yang ada di tangan kita. Sebaliknya kekuatan yang sebenar adalah kebergantungan kita kepadaNya.
#Kekuatan atau quwwah dalam ayat di atas disebut dengan lafaz nakirah, quwwah (tanpa alif dan lam). Menurut pakar bahasa, nakirah membawa maksud syumul, iaitu merangkumi semua jenis kekuatan, dan ia berbeza dari satu zaman dengan zaman yang lain.
#Jenis kekuatan yang disebut dalam ayat di atas ialah pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia. Itu bersesuaian dengan zaman itu. Zaman sekarang, kekuatan yang diperlukan tentunya berlainan. Itulah yang mesti difikirkan oleh mukmin yang ingin mencapai kemenangan.
♡Kepada para pendukung perjuangan Islam, tidak seharusnya kalian melupai perintah Allah swt ini dan jangan sesekali mengabaikan syarat kemenangan yang mesti dipenuhi. Jika diabaikan, kemenangan menjadi sukar dan bantuan Allah sukar diperoleh♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Awwal 1445H☆
یُرِیدُونَ أَن یُطۡفِـُٔوا۟ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَ ٰهِهِمۡ وَیَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّاۤ أَن یُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَـٰفِرُونَ * هُوَ ٱلَّذِیۤ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِینِ ٱلۡحَقِّ لِیُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّینِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ
"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya" [Surah at-Tawbah 32-33]
#Di antara janji-janji Allah dan RasulNya dengan tegas mengatakan bahawa Islam akan mencapai kemenangan dan kejayaan adalah hampir. Tugas kita hanyalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang dijanjikan itu.
#Pada saat orang kafir menentang Rasulullah saw, lalu Allah swt menurunkan ayat diatas yang menyatakan bahawa Dia akan memberi kemenangan kepada perjuangan Islam dan meninggikannya melebihi segala agama yang lain.
#Dalam musnad Imam Ahmad daripada Mas’ud Ibn Qubaishah atau Qubaishah Ibn Mas’ud berkata: "Para pejuang telah bersolat subuh di suatu kawasan. Apabila mereka selesai menunaikan solat, seorang pemuda dari kalangan mereka telah berkata, Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:
إنه ستفتح لكم مشارق الأرض ومغاربها وإن عمالها فى النار إلا من اتقى وأدى الأمانة
"Sesungguhnya akan dibukakan kepada kami Timur dan Barat, para pemerintahnya akan berada di dalam neraka melainkan mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menunaikan amanah".
#Setiap orang Islam perlu yakin bahawa kemenangan adalah bersama mereka. Konsep keyakinan terhadap kemenangan dalam perjuangan menentang musuh Allah adalah aspek penting dalam ajaran Islam. Dalam Islam, keyakinan tersebut melibatkan kepercayaan teguh kepada janji Allah bahawa akhirnya, kebenaran akan menang dalam perjuangan menentang musuh Allah swt dan kebatilan akan dilenyapkan.
#Allah sentiasa membantu dan menolong orang yang benar-benar beriman untuk mencapai kemenangan. Firman Allah swt:
وَلَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ رُسُلًا إِلَىٰ قَوۡمِهِمۡ فَجَاۤءُوهُم بِٱلۡبَیِّنَـٰتِ فَٱنتَقَمۡنَا مِنَ ٱلَّذِینَ أَجۡرَمُوا۟ۖ وَكَانَ حَقًّا عَلَیۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan sebelummu (wahai Muhammad) Rasul-rasul kepada kaum masing-masing, lalu mereka membawa kepada kaumnya keterangan-keterangan yang jelas nyata; kemudian Kami menyeksa orang-orang yang berlaku salah (mengingkarinya); dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman" [Surah ar-Rum 47]
♡Janji Allah akan memberikan kemenangan kepada orang Mukmin suatu yang kekal. Kemenangan di zaman Khulafa’ ar-Rasyidin tidak mustahil akan terlaksana kepada generasi selepas mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Akhir 1445H☆
وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا
"Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]
#Manusia tabiatnya tergesa-gesa. Mahukan segalanya dengan segera. Mahukan kemenangan dengan segera. Mahukan kebaikan dengan segera. Namun, Allah swt tangguhkan untuk proses penapisan iman bagi mengetahui samada mereka benar-benar beriman atau hanya sekadar ucapan di bibir sahaja.
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ * وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [Surah al-ʿAnkabut 2-3]
#Dalam Tafsir Fi Zilalil Quran, Sayyid Qutb menyenaraikan kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan tertangguhnya kemenangan bagi kaum mukminin:
1. Kemenangan tertangguh kerana persediaan umat mukminin belum cukup matang, belum cukup siap dan belum maksimum sehingga andainya diberi kemenangan ketika itu, kemenangan itu tidak akan bertahan lama kerana mereka tidak akan mampu mempertahankannya.
2. Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum mencurahkan seluruh tenaga keupayaannya dan belum mengorbankan segala yang dimilikinya sehingga tidak tersisa lagi sesuatu yang berharga, sehingga semua yang ada, yang mahal dan yang murah sudah diserahkan untuk membiayai perjuangan di jalan Allah.
3. Kemenangan tertangguh sehingga umat mukminin menggunakan kekuatan terakhirnya, lalu dengan begitu mereka menginsafi bahawa tanpa pertolongan Allah, kekuatan mereka semata-mata tidak akan membawa kemenangan. Sesungguhnya kemenangan akan dikurniakan setelah mereka menggunakan kekuatan terakhir dan kemudiannya menyerahkan segalanya kepada Allah.
4. Kemenangan tertangguh agar umat mukminin mempereratkan lagi hubungan dengan Allah, sehingga pada saat menempuh derita perang mereka benar-benar merasakan bahawa sesungguhnya tidak ada lagi tempat untuk mengadu dan meminta selain hanya Allah Yang Maha Esa. Hubungan erat dengan Allah inilah yang akan menjamin istiqamah mereka nanti apabila Allah berkenan mengurniakan kemenangan, bahawa mereka tidak akan menyeleweng dari kebenaran, keadilan dan kebaikan yang kerananya Allah memenangkan mereka.
... Bersambung...
♡Memang janji Allah untuk memenangkan mereka yang menolong (menegakkan) agamaNya adalah suatu kepastian, tetapi kemenangan tidak diberikan tanpa syarat. Syarat besarnya ialah bersabar dan jangan tergesa-gesa. Sesungguhnya kemenangan selamanya terikat dengan sejumlah tanggungjawab yang perlu ditunaikan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1445H☆
قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ * وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ
"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]
#Umat Islam harus berperang demi agama, dan keizinan berperang diawali dengan jaminan pembelaan dan pertolongan Allah swt. Ini bererti bahawa mereka yang dibela dan ditolong Allah pasti akan menang kerana Allah Maha Berkuasa memenangkan pejuangNya.
#Jika memang demikian, lalu untuk apa diizinkan perang? Dan untuk apa diwajibkan berjihad? Bukankah Allah Maha Perkasa melindungi agamaNya tanpa memerintahkan umat Islam berperang, menyabung nyawa dan mengalami derita cedera luka, malah ramai yang gugur di medan tempur?
#Ya, Memang Allah Maha Berkuasa melaksanakan kehendakNya (membinasakan musuh-musuh agamaNya) tanpa susah payah, tanpa menumpahkan walau setitik darah kaum mukminin.
#Tetapi tentu ada hikmahnya, sebab tersirat di sebalik perintah berperang, bahawa Allah swt tidak menginginkan agama ini didukung oleh orang-orang malas, mereka yang hanya ingin bersantai, yang merasa cukup dengan mendirikan solat dan membaca al-Quran serta menadah tangan ke langit ketika menghadapi bahaya pencerobohan.
#Memang orang mukmin wajib menunaikan solat, perlu membaca al-Quran dan bermunajat kepada Allah setiap saat, ketika senang dan ketika susah. Tetapi ibadah-ibadah tersebut semata-mata belum cukup melayakkan mereka menjadi pendukung agama Allah. Ibadah-ibadah tersebut hanyalah sebahagian daripada bekalan yang perlu disiapkan sebagai kekuatan tambahan untuk mengharungi medan perjuangan. Senjata fizikal harus sepadan dengan senjata musuh, sementara taqwa adalah senjata spiritual yang hanya ada pada kaum mukminin.
#Demikianlah kehendak Allah swt, bahawa pembelaan dan pertolonganNya tersalur menerusi daya lawan kaum mukminin. Hanya dengan kemampuan bertarung di medan perang segala potensi kekuatan terpendam yang mereka miliki akan tumbuh perkasa dengan sempurna. Allah menghendaki agar para pendukung agamaNya memaksimumkan seluruh kekuatan yang dikurniakanNya kepada mereka. Sesungguhnya misi mendaulatkan agama Allah adalah amanah berat yang hanya dapat dipikul oleh umat yang kuat, umat berdaya juang yang terbina dalam keperitan rebah bangun di kancah pertarungan.
#Sabda Nabi saw:
الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ
"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah swt daripada Mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas (menjadi orang yang lemah)..." (HR Muslim)
♡Berjuanglah dengan penuh kekuatan dan kesungguhan. Kemenangan mudah dan segera yang dihadiahkan tanpa susah payah kepada orang-orang yang berbudaya santai tidak akan meledakkan kekuatan terpendam di dalam diri mereka. Selamat berjuang dan berjihad♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*AID4PALESTIN 2.0: SERANGAN SEMAKIN DAHSYAT, JUMLAH SYAHID MAKIN MENINGKAT DAN KEPERLUAN MAKANAN MINUMAN MAKIN BERKURANGAN*
https://fb.watch/ocJ1m3lr0F/?mibextid=Nif5oz
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
Ketua Pejabat Media Kerajaan Gaza, Salama Maarouf berkata:
"Lebih daripada 13,500 syahid dan hilang sejak permulaan pencerobohan Israel, dan 4,237 kanak-kanak syahid sejak permulaan serangan.
1,071 pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan oleh penjajah Israel setakat ini, dan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal terpaksa berlindung di pusat perlindungan, termasuk sekolah dan hospital.
10,328 syahid dan 25,956 cedera sejak permulaan pencerobohan Israel, dan lebih 30 ribu tan bahan letupan dijatuhkan di Gaza sejak permulaan serangan.
40,000 unit rumah telah dirobohkan sepenuhnya setakat ini.
46 peratus daripada jumlah syahid adalah dari wilayah selatan, yang menurut penjajah, ianya adalah tempat yang selamat.
Saat ini, saudara kita di Gaza sangat kekurangan makanan, air bersih dan tiada kemudahan elektrik.
Al-Jazeera melaporkan:
Semua kedai roti ditutup, tiada tepung untuk dijual di utara Gaza. PBB telah mengesahkan bahawa semua kedai roti di utara Gaza kini telah ditutup kerana kekurangan bahan api, air dan tepung gandum serta kerosakan kepada banyak kedai roti.
PBB menambah bahawa tepung gandum tidak lagi tersedia di pasaran wilayah utara Gaza dan organisasi bantuan tidak dapat menghantar sebarang makanan ke sana selama tujuh hari. Di selatan Gaza, PBB menyatakan bahawa hanya sembilan kedai roti yang masih dibuka secara berselang-seli, menyediakan roti ke tempat perlindungan apabila tepung dan bahan api tersedia.
Ayuh para kaum Muslimin sekelian, marilah kita bersama dengan saudara kita para mujahidin dan penduduk Palestin dalam membela dan berjuang demi mempertahankan tanah suci ketiga umat Islam. Sama-samalah kita berdoa disamping menghulurkan bantuan sumbangan untuk saudara kita di bumi Palestin.
"Ya Allah, Inilah Jihad Ku untuk Agama Mu Ya Rabb.."
Salurkan sumbangan dengan klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-GAZA-PALESTIN
*Atau terus ke akaun:*
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Gaza Palestin
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/Tabung Gaza Palestin
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/Tabung Gaza Palestin
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/Tabung Gaza Palestin
"ANDA HULUR, KAMI SALUR"
☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Akhir 1445H☆
إِنَّ ٱللَّهَ یُدَ ٰفِعُ عَنِ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ كُلَّ خَوَّانࣲ كَفُورٍ
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur" [Surah al-Ḥajj 38]
#Ketika di Makkah, sebelum hijrah, umat Islam menjadi golongan minoriti yang lemah, ditindas, dizalimi dan dianiaya oleh kaum Quraisy. Kejahatan kaum musyrikin itu semakin hari semakin menjadi-jadi, mereka menghalang siapa sahaja daripada menganut Islam, mengganggu umat Islam beribadah, malah telah begitu berleluasa melukai dan mencederakan mereka sehingga ada yang mati didera.
#Rasulullah saw sendiri tidak terkecuali dari disakiti dan dizalimi dengan pelbagai bentuk penganiayaan. Kenangan pahit zaman Makkah itu dirakam oleh Allah dalam firmanNya.
وَٱذۡكُرُوۤا۟ إِذۡ أَنتُمۡ قَلِیلࣱ مُّسۡتَضۡعَفُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ تَخَافُونَ أَن یَتَخَطَّفَكُمُ ٱلنَّاسُ فَـَٔاوَىٰكُمۡ وَأَیَّدَكُم بِنَصۡرِهِۦ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّیِّبَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
"Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya serta tertindas di bumi, kamu takut orang-orang menangkap dan melarikan kamu, maka Allah memberi kamu tempat bermustautin dan diperkuatkanNya kamu dengan pertolonganNya, serta dikurniakanNya kamu dari rezeki yang baik-baik, supaya kamu bersyukur" [Surah al-Anfal 26]
#Betapa pun keinginan para sahabat untuk bertindak balas, namun belum ada keizinan daripada Allah swt. Mereka tetap disuruh bersabar, menahan diri daripada melawan kerana belum tiba masanya. Bertindak sebelum masanya hanya akan lebih menyusahkan diri.
#Untuk sementara, begitulah kehendak Allah swt. Tetapi akan tiba saatnya mereka diizinkan melawan, dan Allah berjanji akan membela kaum mukminin. Memang tidak mungkin Allah swt membiarkan keimanan dan kebenaran bertarung melawan kekufuran dan kebatilan tanpa pembelaanNya. Allah swt Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan jiwa manusia.
#Pengumuman pembelaan Allah swt itulah yang termuat dalam ayat diatas. Allah swt menerangkan dalam ayat diatas bahawa Allah akan sentiasa memberi pertolongannya kepada orang-orang yang beriman bahawa Allah swt akan jaga, beri pertolongan dan keselamatan kepada mereka dari kejahatan orang kafir. Allah swt juga jaga dari waswas syaitan dan dari kejahatan nafsu mereka sendiri.
#Kemudian Allah swt menurunkan ayat berikutnya sebagai keizinan untuk berperang. Kaum mukminin berhak mengisytiharkan perang atas asas 'kerana mereka telah dianiaya'.
أُذِنَ لِلَّذِینَ یُقَـٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِیرٌ
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)" [Surah al-Ḥajj 39]
#Kaum mukminin bukan pihak yang menceroboh, tetapi sebaliknya, merekalah pihak yang diceroboh dan dizalimi. Memang itulah hakikatnya, kaum Musyrikin Mekah telah menyeksa orang-orang beriman.
#Berkata Ibnu al-A’rabi: "Ayat al-Quran ini telah memansukhkan ayat-ayat al-Quran sebelum ini yang menyuruh supaya kaum muslimin jangan melawan dan biarkan sahaja perbuatan jahat kaum kafir".
#Ini adalah ayat al-Quran pertama yang memberi keizinan untuk berperang, lampu hijau, peringkat pertama diberi pillihan, samada mahu berperang atau tidak terserahlah.
#Kemudian turunlah ayat bagi peringkat kedua iaitu diwajibkan untuk berperang.
... Bersambung...
♡Apabila negeri dan tanah air di ceroboh, maka diwajibkan berjihad untuk mempertahankannya dan Allah berjanji akan membela para pejuangnya. Berjuanglah demi kerana Allah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَاۤءُو بِغَضَبࣲ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَ ٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ
"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh" [Surah al-Baqarah 61]
#Sambung bicara berkaitan kekejaman dan kejahatan Yahudi Zionis di zaman dahulu dan sekarang.
#Dahulu mereka membunuh para nabi dan para pendakwah yang mengajak kepada kebenaran.
#Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan:
وأما خلفهم فهم قتلة الانبياء قتلوا زكريا وابنه يحي وخلقا كثيرا من الانبياء حتى قتلوا في يوم سبعين نبيا واقاموا السوق في آخر النهار كأنهم لم يصنعوا شيئا
"Sementara generasi yang datang setelah Nabi Musa, mereka adalah pembunuh para nabi. Mereka membunuh Nabi Zakariya dan puteranya nabi Yahya dan banyak nabi-nabi yang lainnya. Hingga dalam waktu sehari mereka membunuh 70 nabi, lalu mereka mengadakan pasar di petang hari, seolah-oleh mereka tidak berbuat kesalahan apapun" (Lihat: Hidayah al-Hayara)
#Untuk pengetahuan kita semua, sejarah terkini bahawa negara penjajah Barat bertanggungjawab mencipta negara yang dinamakan Israel, bertujuan menjaga urusan bagi meneruskan penjajahan mereka yang zalim sejak beberapa abad yang lalu, selain menjaga kepentingan mereka dengan menghalalkan segala cara.
#Maka, tidak hairanlah jika negara-negara yang terlibat itu memejamkan mata sahaja terhadap keganasan yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza hari ini sehingga melanggar undang-undang antarabangsa yang telah mereka ciptakan bersama. Malah, perbuatan Yahudi Zionis itu telah melampaui batas kemanusiaan dan mengatasi keganasan binatang liar yang paling ganas, apabila dilihat jumlah korban kanak-kanak, orang tua, kaum wanita, dan lain-lain.
#Bukan sahaja kawasan kediaman awam, bahkan serangan ganas turut disasarkan ke atas rumah ibadat, hospital, universiti, kem pelarian dan sekolah yang sudah dikira sebagai jenayah perang mengikut undang-undang antarabangsa.
#Negara besar dan sekutunya pada hari ini pernah mencipta sejarah hitam sewaktu mereka datang menjajah negara Asia, Afrika, Amerika, dan Australia. Mereka mengganas dan membunuh penduduk asal seperti membunuh binatang liar dengan lebih ganas, malah ada yang ditawan dan dijadikan hamba abdi yang dijual laksana barangan, selain merompak segala hasil tanah jajahan mereka.
#Justeru, tidak hairanlah kalau mereka boleh menyokong Yahudi Israel yang sedang mengganas sekarang, bahkan memayunginya dengan bantuan senjata serta sokongan politik dan media yang tidak berbelah bahagi demi menghalalkannya.
#Di samping itu, mereka membuat kenyataan terbuka bahawa Yahudi Israel berhak melakukan apa-apa sahaja kononnya kerana mempertahankan diri dan kedaulatannya yang haram. Sebaliknya, pihak yang melawan Israel pula semuanya dianggap sebagai pengganas.
#Penganut Islam yang membaca al-Quran, termasuk Yahudi yang membaca kitab Taurat yang asal dan tidak diubah mengetahui bahawa, bumi Palestin dipilih Allah menjadi bumi para anbiya’. Hal ini disebabkan Nabi Ibrahim Alaihissalam telah melakukan hijrah ke Palestin sebelum adanya bangsa Yahudi di samping sudah ada penduduk asal di sana, malahan bangsa Arab juga adalah daripada zuriatnya.
♡Yahudi bukan sahaja terkenal sebagai makhluk yang jahat, mereka jugalah yang mengubah kita Taurat dan mengubah fakta sejarah bahawa mereka bangsa yang tertindas dan dizalimi. Hakikatnya merekalah bangsa paling jahat dan kejam♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
"…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas" [Surah al-Baqarah 61]
#Seterusnya mereka (Yahudi) bergerak melalui cabang-cabang pertubuhan politik, ekonomi, sosial, media, kebudayaan, hiburan dan akhirnya menyusup ke dalam parti-parti politik bagi mempengaruhinya di bawah blok yang telah diaturkan. Khususnya melalui negara kuasa besar, bahkan di setiap cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seperti Majlis Keselamatan yang dibayangi oleh kuasa veto dan agensi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), bertujuan mengembalikan semula Negara Agung Yahudi (Greater Israel) di Palestin.
#Mereka menubuhkan suatu gerakan pelampau yang paling ganas di bawah payung gerakan Freemason bagi menghidupkan ideologi Zionis.
#Asal usul gerakan ini sebenarnya telah bermula lebih awal, tetapi secara rasminya dimulakan pada zaman kini yang ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya ‘Der Judenstaat’.
#Daripada kalangan mereka muncul tokoh-tokoh pencipta ideologi yang terkenal dan mereka berjaya menubuhkan negara di tempat masing-masing. Antaranya ialah Karl Marx, Vladimir Lenin, Leon Trotsky dan sebagainya daripada kalangan tokoh-tokoh komunis. Selain itu, tokoh seperti Adam Smith, John Locke, Montesquieu dan lain-lain daripada kalangan tokoh liberal kapitalis. Semua tokoh daripada kedua-dua aliran itu muncul selepas lahirnya fahaman sekularisme.
#Perjuangan Zionis menumpukan beberapa wilayah bagi melakukan penghijrahan orang-orang Yahudi yang menganut ideologi Zionis, ke arah menubuhkan negara impian di Palestin bernama Israel. Wilayah tersebut ialah Eropah termasuk Amerika, Rusia dan juga Ethiopia (wujud wilayah daripada salah seorang putera Nabi Sulaiman AS).
#Kejayaan Arthur James Balfour berada di kemuncak posisi dalam Kerajaan British (1902-1905) menjadi Perdana Menteri dan Menteri Luar telah menghasilkan Deklarasi Balfour yang terkenal. Usaha itu merupakan perjuangan Barat bagi menyerahkan Palestin kepada Yahudi melalui pembahagian Sykes-Picot yang terkenal melibatkan pihak British, Perancis dan Rusia.
#Berikutan pesat penghijrahan orang-orang Yahudi ke Palestin yang dipermudahkan, maka ditubuhkan gerakan bawah tanah atau kongsi gelap. Antara gerakan yang paling terkenal ialah Haganah yang ditubuhkan atas nama menjaga keselamatan kaum Yahudi yang pesat berhijrah dengan segala kemudahan di negara-negara timur dan barat tersebut. Pendatang Yahudi itu pula dengan mudah dipersenjatakan oleh pemerintah British. Sebenarnya mereka bertujuan mencipta pasukan-pasukan pengganas atau samseng-samseng yang dilatih dan diberikan kebenaran memiliki senjata.
#Peristiwa Deir Yassin yang berlaku pada 9 April 1948, merupakan tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin yang dilakukan oleh pasukan pembunuh di bawah pimpinan Menachem Begum yang pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel, dan lain-lain pihak. Kemudiannya, berlaku peristiwa penyembelihan Sabra dan Shatila pada tahun 1982 oleh tentera Israel yang ketika itu berada di bawah pimpinan Ariel Sharon.
... Bersambung...
♡Perancangan mereka mengubah negara Palestin kepada negara Israel sangat terancang dan bersungguh serta penuh kejahatan dan kekejaman♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Awwal 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]
#Sambung lagi bicara tentang kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah.
#Kerajaan Umawiyyah tertubuh pada 41H/661M setelah Khalifah al-Hasan bin ‘Ali menyerahkan kekuasaan kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Pemerintahan kerajaan ini berlangsung selama 91 tahun dengan dipimpin oleh keturunan-keturunan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Umayyah memiliki penasihat-penasihat yang terdiri daripada para ulama yang mempunyai keluasan dalam ilmu serta pemikiran yang tajam.
#Penasihat yang paling menonjol bernama Raja’ bin Haiwah. Beliau sentiasa memberikan pandangan-pandangan yang cerdas, bijak dan diredhai oleh Allah dalam urusan-urusan politik dan kehidupan Sultan. Beliau menjadi penasihat ketika zaman pemerintahan Sultan Sulaiman bin Abd al-Malik.
#Sebelum Sultan meninggal dunia, baginda telah meminta Raja’ bin Haiwah memberi nasihat dan pandangannya berkaitan calon yang wajar menjadi pengganti khalifah. Raja’ bin Haiwah lalu berkata: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya nanti adalah apabila dia melantik orang yang soleh untuk memegang pemerintahan umat Islam.”
#Sultan Sulaiman lalu mencadangkan pengganti yang bukan daripada saudara kandung, bukan juga anaknya, tetapi sepupunya iaitu Umar bin Abd al-Aziz. Sultan lalu bertanya pandangan Raja’ bin Haiwah, lalu dijawabnya: “Saya berpandangan bahawa dia seorang yang baik, seorang Muslim yang mulia, menyukai kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Namun, aku bimbang saudara-saudaramu akan tidak bersetuju dengannya.”
#Sultan Sulaiman lantas mengambil satu tindakan politik bertujuan agar cadangannya tersebut mendapat sokongan daripada kaum keluarga baginda. Beliau mencadangkan Umar bin Abdul Aziz sebagai khalifah, manakala adiknya iaitu Yazid bin Abdul Malik pula sebagai timbalan (wali al-‘ahd). Baginda Sultan menulis surat rasminya dengan menyebut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim. Ini surat Sulaiman bin Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepas daripadaku dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Dengar dan taatlah kamu semua kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Janganlah kamu berselisih pendapat, jika tidak musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu.” (Lihat: al-Bidayah wa al-Nihayah)
#Tindakan Sultan Sulaiman ini memberi satu jasa besar serta membawa rahmat kepada dunia Islam. Beliau mengenepikan kebiasaan dan mengambil tindakan berani dengan melantik calon yang agak jauh untuk menjadi khalifah. Khalifah ‘Umar bin ‘Abdul Aziz kemudiannya sepertimana tercatat dalam sejarah, menjadi seorang khalifah yang soleh dan adil. Sepanjang tempoh pemerintahannya, keadilan yang beliau terapkan telah mencipta satu zaman pemerintahan yang gilang gemilang.
#Pemerintahan beliau hanya berlangsung selama dua tahun dan beberapa bulan. Namun, telah mencatat pelbagai tindakan pembaharuan yang sangat penting. Beliau juga telah memperbetulkan kembali perjalanan tadbir urus negara Islam.
♡Kerajaan yang baik apabila pemimpinnya berdamping dengan ulamak dan mengikuti nasihat para ulamak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1445H☆
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّ ٰمِینَ لِلَّهِ شُهَدَاۤءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا یَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰۤ أَلَّا تَعۡدِلُوا۟ۚ ٱعۡدِلُوا۟ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" [Surah al-Maʾidah 8]
#Sambung bicara tentang sistem pemerintahan Islam yang menjamin keadilan, kebahagiaan dan keamanan bagi segenap lapisan rakyat dan masyarakat. Hayatilah lagi kisah keadilan dan keindahan pemerintahan Islam dalam catatan sejarah:
#Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab r.a, wilayah-wilayah Islam yang telah berkembang luas telah dibahagikan kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian ditadbir oleh seorang gabenor. Mereka diberi kuasa dalam menguruskan urusan-urusan pentadbiran termasuklah memungut cukai di bahagian masing-masing. Walaubagaimanapun, kuasa mutlak dalam memutuskan sesuatu kes atau masalah berkaitan cukai tanah akan dirujuk kepada Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a.
#Tanah-tanah tersebut akan diukur dan dinilai terlebih dahulu sebelum ditentukan kadar cukai. Tanah yang telah ditentukan jenisnya itu, kemudian akan ditetapkan kadar cukai mengikut jenis tanah tersebut. Hal ini jelas menunjukkan keadilan sistem yang diterapkan oleh Khalifah Umar r.a dalam sistem pemerintahannya. (Lihat: Milkiyyat al-‘Aradi fi al-Islam: Tahdid al-Milkiyyah wa al-Ta’mim oleh Muhammad ‘Abd al-Jawwad)
#Berkenaan kadar cukai pertanian, Khalifah Umar r.a telah menetapkan iaitu 10 dirham bagi tanaman kurma dan 5 dirham bagi tanaman anggur. Cukai bagi setiap tanah yang sampai air sama ada diusahakan atau tidak adalah sebanyak satu dirham atau satu gantang (sa’). Manakala cukai sebanyak 1/10 dikenakan ke atas tanaman tamar yang diairkan dengan hujan sedangkan kadar 1/20 pula dikenakan untuk tanaman yang diairkan dengan tenaga sendiri. (Lihat: Kitab al-Kharaj oleh Abu Yusuf)
#Walaupun begitu, sekiranya sesuatu tanah tidak mempunyai hasil pertanian, atau hasilnya terkena penyakit atau bencana alam, maka cukai tidak dikenakan. Cukai hanya dikenakan bagi tanah yang mempunyai hasil. Penetapan cukai kurma dengan kadar 10 dirham adalah disebabkan penanamannya yang memerlukan kepada tenaga, penjagaan yang rapi serta tanah yang subur.
#Manifestasi keadilan pemerintahan Khalifah Umar r.a dalam menentukan kharaj jelas terlihat dengan mengenakan cukai sebanyak satu dirham dan segantang bagi tanah yang sampai air sama ada ia diusahakan atau sebaliknya. Ini juga dapat menggalakkan para pemilik tanah untuk mengusahakannya. Begitu juga sikap adil beliau dapat dilihat pada kadar cukai 1/10 dan 1/20 sepertimana yang dijelaskan menzahirkan sikap beliau dalam menilai dan menghargai tenaga yang dicurahkan oleh pengusaha.
#Sayidina Umar r.a sangat mengambil berat tentang perihal rakyatnya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapannya yang masyhur dan dapat menginsafkan para pemimpin selepasnya:
لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً لَظَنَنْتُ أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Kalaulah mati seekor kambing di tebing Sungai Furat dalam keadaan kehilangan rakan taulannya, nescaya aku merasa Allah SWT akan bertanya kepadaku pada Hari Kiamat" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ oleh Abi Nu’aim)
♡Inilah keadilan sistem perundangan dan pemerintahan Islam yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullah saw. Maka contohi dan aplikasikanlah dalam zaman kini♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Awwal 1445H☆
فَإِذَا قَضَیۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِیَـٰمࣰا وَقُعُودࣰا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمۡۚ
"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring" [Surah Surah Aali Imran 103]
#Tujuan solat difardukan oleh Allah swt ialah untuk mengingatNya. Ayat ini mengingatkan agar ingatan kepada Allah swt yang dibina melalui solat, dikehendaki berterusan dalam kehidupan sentiasa membataskan diri dengan hukum dan peraturan Allah swt.
#Kehidupan di luar solat lebih panjang masanya, sama ada sedang berdiri (bekerja), duduk dan baring semuanya terikat ingatannya kepada kepada Allah swt. Berdasarkan ayat ini, tiada sedetik pun bagi manusia, terlepas dari keterikatan dengan mengingati dan melaksanakan syariat Allah swt.
#Sayidina Ibnu Abbas r.huma ketika mentafsir ayat 103 Surah an-Nisa ini menyatakan bahawa setiap ketika siang atau malam, di darat mahupun di lautan, ketika berjalan (musafir) atau ketika bermastautin di kampung halaman, ketika senang mahupun ketika derita, ketika sakit dan ketika sihat segar, ketika duduk seorang diri atau bersama orang ramai mesti ingat kepada Allah swt.
#Pada era kini boleh disebut nama Allah, masa di pejabat menjalankan tugas rasmi, waktu berniaga di pasar raya membeli belah. Di padang ketika bersukan dan riadah, atau di kantin sedang makan minum bersama rakan, ketika di dewan mendengar ceramah atau kuliah agama.
#Ketika duduk di mana sekalipun apabila tidak lupa kepada Allah swt bererti kehidupan harian di setiap detik berada di bawah hukum dan peraturan Allah swt. Jika hukumNya dilanggar bererti ketika itu dia melupai Allah swt.
#Firman Allah swt:
وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِی نَفۡسِكَ تَضَرُّعࣰا وَخِیفَةࣰ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡـَٔاصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِینَ
"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai" [Surah al-Aʿrāf 205]
#Dalam ayat tersebut Allah menganjurkan supaya mengingati Allah swt dengan merendah diri, jangan zikir dengan suara yang keras (lantang) kerana Allah swt itu Maha mendengar. Suatu yang paling terlarang ialah jangan lalai, kerana apabila tidak ingat atau lalai kepada Allah swt bererti dia terjebak dalam perangkap syaitan.
♡Pastikan kita sentiasa ingat Allah swt walau di mana kita berada!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
*SEDEKAH JUMAAT: WAKAF KIPAS GERGASI MASJID NURUL EHSAN, KG PAYA BESAR, KUALA KETIL, KEDAH*
Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KIPAS-GERGASI-MNE
Mahukah anda mendapat pahala secara berterusan dari setiap amalan ahli Jemaah Masjid Nurul Ehsan setiap kali mereka menunaikan solat, membaca al-Quran, berwirid, beriktikaf, mendengar kuliah dan beribadah di masjid? Dengan menyumbang untuk projek wakaf kipas gergasi, para penyumbang akan mendapat ganjaran pahala secara berterusan dan lumayan. Insya Allah, Aamiiin.
Masjid Nurul Ehsan (MNE) telah memohon sumbangan untuk projek Waqaf Kipas Gergasi yang bernilai RM21,500.
Untuk makluman semua penyumbang, pihak masjid telah memaklumkan kepada kami, pemasangan kipas gergasi ini akan dapat mengurangkan kos dan penjimatan pembayaran Bil Elektrik masjid. Jawatankuasa dan Pegawai Masjid telah bermesyuarat dan bersetuju untuk memasang kipas besar bagi menggantikan/ mengurangkan penggunaan AirCond.
Oleh itu, pihak masjid telah memohon jasa baik Geng Talaqqi untuk membuka peluang infaq kepada orang ramai untuk kita merebut pahala wakaf Kipas Gergasi tersebut.
*KOS YANG DIPERLUKAN SEKITAR RM21,500*
Untuk makluman, kebanyakan ahli jemaah Masjid Nurul Ehsan, Kg Paya Besar terdiri daripada mereka yang bekerja kampung dan penoreh getah.
Jom para dermawan, kita sama-sama membantu menyumbang untuk penyediaan Kipas Gergasi agar lebih selesa dan lebih jimat untuk kegunaan para ahli jemaah MNE.
Terima kasih. Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada para penyumbang. Semoga sumbangan anda diberkati Allah, diganjarkan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan menjadi benteng daripada azab neraka. Aamiiin..
..............................
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:
https://toyyibpay.com/WAQAF-KIPAS-GERGASI-MNE
Atau terus ke akaun:
*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Kipas Gergasi MNE
SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:
📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafKipasGergasiMNE
📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/WaqafKipasGergasiMNE
📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafKipasGergasiMNE
📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafKipasGergasiMNE
*_Semoga infaq ini menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah_*
*ANDA HULUR, KAMI SALUR*
☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1445H☆
رِجَالࣱ لَّا تُلۡهِیهِمۡ تِجَـٰرَةࣱ وَلَا بَیۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِیتَاۤءِ ٱلزَّكَوٰةِ یَخَافُونَ یَوۡمࣰا تَتَقَلَّبُ فِیهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَـٰرُ
"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan" [Surah an-Nur 37]
#Manusia yang kuat iman, sentiasa beribadah dan melazimi amal soleh tidak akan pernah dilalaikan oleh:
1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Tugas-tugas harian mereka.
4. Anak-anak mereka.
5. Harta-harta mereka.
#Ini adalah kerana dia telah:
1. Mengikatkan dirinya dengan Allah swt.
2. Menyambungkan jiwa dengan penguasa langit dan bumi.
#Manusia yang sering berpaling kepada dunia akan mabuk di dalamnya dan hanyut di bawa arusnya kerana imannya lemah, ibadahnya lalai dan amal solehnya tidak sebati dengan kehidupannya. Manusia akan silau dengan dunia apabila ibadah menjadi sepi dan amal soleh hilang dari kehidupannya.
#Maka orang-orang bertaqwa akan menggandakan amal ibadahnya kerana dia sedar bahawa amal ibadah yang istiqamah akan:
1. Menghantarkannya pada kebaikan.
2. Menggiringnya menuju syurga Allah.
3. Menghindarkannya dari godaan syaitan.
4. Menghindarkannya dari neraka Jahannam.
#Manusia yang istiqamah beribadah mentaati Allah swt akan mampu meneladani Rasulullah saw dalam semua:
1. Tingkah lakunya.
2. Derap langkahnya.
3. Paradigma berfikirnya.
#Rasulullah saw menjadi idolanya serta kiblat perilaku moralnya kerana dia sentiasa mengingati Allah dan amal ibadah sentiasa berkobar menyala di jantung hatinya.
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِیثِ كِتَـٰبࣰا مُّتَشَـٰبِهࣰا مَّثَانِیَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِینُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ ذَ ٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ یَهۡدِی بِهِۦ مَن یَشَاۤءُۚ وَمَن یُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنۡ هَادٍ
"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya" [Surah az-Zumar 23]
♡Orang bertaqwa hatinya sentiasa ingat Allah dan amal solehnya sentiasa berkekalan. Sesiapa yang lalai dengan perihal dunia hingga melupakan Allah, maka dia akan binasa dan sengsara♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1445H☆
فَٱذۡكُرُونِیۤ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡكُرُوا۟ لِی وَلَا تَكۡفُرُونِ
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" [Surah al-Baqarah 152]
#Kita perlu mengingati Allah swt kerana kita memang memerlukanNya. Allah swt tidak perlu agar kita mengingatiNya tetapi kitalah yang berhajat kepadanya. Mengingati Allah adalah tanda syukur kita sedangkan melupakanNya adalah ungkapan nyata kekufuran kita.
#Barangsiapa yang mengingati Allah swt maka Allah akan mengingatinya. Barangsiapa yang melupakan Allah maka Allah juga akan:
1. Melupakannya.
2. Membiarkannya larut, hanyut dan tenggelam dalam kealpaan yang panjang.
3. Membiarkannya larut dalam kegelapan hati dan kekeruhan rohani.
4. Membiarkannya hanyut dalam kekerasan hati dan kematian rohani.
#Setiap kita pasti tidak terlepas dari kealpaan dan setiap kita juga pasti pernah lalai kerana ianya adalah sifat asas yang melekat dalam diri kita masing-masing. Namun sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan dan kelapaan adalah yang segera kembali kepada penciptanya dengan bersegera:
1. Zikir dan ingat pada Allah swt.
2. Memohon ampunanNya.
3. Mengemis belas kasihNya.
4. Meratapi dosa-dosa di depan kasih sayangNya.
#Ini adalah kerana kita perlu sedar bahawa hanya Allah swt yang Maha lapang rahmatNya, Yang Maha Kasih akan hambaNya. RahmatNya lebih luas daripada kemurkaanNya.
#Manusia yang sentiasa berzikir dengan jiwa yang sentiasa ingat akan Allah, tidak akan pernah dilalaikan oleh:
1. Perniagaan mereka.
2. Jawatan mereka.
3. Tugas-tugas harian mereka.
4. Anak-anak mereka.
5. Harta-harta mereka.
یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تُلۡهِكُمۡ أَمۡوَ ٰلُكُمۡ وَلَاۤ أَوۡلَـٰدُكُمۡ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ وَمَن یَفۡعَلۡ ذَ ٰلِكَ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" [Surah al-Munafiqun 9]
♡Lantunan zikrullah dan mentaati segala perintahNya akan mendatangkan ketenangan, membuatkan teman-teman sekitarnya berasa tenteram, dapat mencegah daripada kealpaan dan mengatasi kelalaian. Hatinya sentiasa menatap akhirat dan mengabaikan dunia. Ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Ilahi♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1445H☆
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman" [Surah al-Muʾminūn 1]
#Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Umar Ibnul Khattab r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
قال: أنزل عليّ عشر آياتٍ من أقامهن دخل الجنّة, ثم قرأ:”قد أفلح المؤمنون” حتئ ختم عشر آيات.
"Telah diturunkan kepadaku 10 ayat (yang dimaksudkan adalah ayat 1 hingga 10 surah Al-Mukminun), sesiapa yang mengerjakannya akan masuk syurga. Kemudian dibacanya ayat pertama sehingga habis ayat ke-10".
#Mukmin adalah orang yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran maka bertambah keimanannya.
#Bagi seorang mukmin, hidup adalah rangkaian ibadah. Mereka akan menempuh bahtera kehidupan mengikut cara-cara dan acuan yang telah ditetapkan oleh Islam. Orang mukmin sentiasa berusaha untuk memenuhi kehidupannya dengan melakukan ibadah dan kebaikan dengan tujuan memperolehi kejayaan di dunia dan akhirat.
#Oleh itu, melalui surah al-Mukminun ayat 1-10, akan memperkatakan tentang ciri-ciri mukmin berjaya.
1. Khusyuk dalam solat.
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak berguna dan sia-sia.
3. Menunaikan zakat
4. Memelihara kemaluan
5. Memelihara amanah dan janji
6. Menjaga solat
#Islam menyuruh umatnya melakukan solat fardhu yang wajib dilakukan lima waktu setiap hari. Orang Mukmin akan berusaha untuk memenuhi hari-hari mereka dengan menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain, ini kerana manusia yang paling mulia itu adalah apabila ibadah hariannya bermula dengan solat Subuh, kemudian diakhiri pula harinya dengan solat Isyak.
#Terdapat pelbagai kemuliaan bagi orang yang menjaga solatnya. Antaranya ialah dicintai Allah, hatinya lembut, wajahnya bercahaya seperti orang soleh dan pelbagai lagi fadhilat lain. Kita juga dituntut untuk menjaga hak-hak yang berkaitan dengan solat contohnya adalah solat di awal waktu, menunaikannya secara berjemaah, menyempurnakan rukuk dan sujud serta segala rukun-rukunnya. Mereka yang menjaga solat dengan segala hak-haknya adalah mereka yang berjaya dan mendapat ganjaran daripada Allah di akhirat kelak.
♡Inilah ciri dan sifat-sifat mukmin yang berjaya yang di sebut oleh Allah di dalam surah al-Mukminun ini. Kadang-kadang, ada antara kita yang telepas pandang tentang fadhilat dan kelebihan yang terkandung dan tersirat dalam surah ini. Marilah untuk kita sama-sama menghisab dan menghitung diri kita, sejauh mana pengamalan kita dengan perintah Allah swt ini♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1445H☆
وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ * بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ
"Dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani" [Surah ar-Rum 4-5]
#Perasaan gembira dan seronok menyambut kemenangan digambarkan oleh Allah swt dalam ayat ini.
#Namun, kemenangan yang diharap dan diimpikan oleh setiap pejuang tidaklah berlaku secara tiba-tiba, tanpa sebab, tanpa syarat atau tanpa peraturan. Allah swt menegaskan dalam beberapa ayat bahawa kemenangan itu datang dari sisiNya dengan syarat-syarat tertentu mengikut peraturan dan sunnah yang ditetapkan.
وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ ٱلۡعَزِیزِ ٱلۡحَكِیمِ
"Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana" [Surah Ali-ʿImran 126]
#Antara syarat utama dan yang paling penting ialah beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman. Iman yang membuahkan amal, melaksanakan apa yang disuruh, menjauhi apa yang dilarang, sentiasa berusaha sehabis daya dalam mencari redhaNya. Sesungguhnya iman bukan sekadar dakwaan dan bicara di bibir. Iman mesti digerakkan dengan pelaksanaan perjuangan dan perbuatan.
إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ یَرۡتَابُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ بِأَمۡوَ ٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)" [Surah al-Ḥujurat 15]
#Apabila telah terpahat iman yang hakiki dan murni, maka janji Allah tidak pernah di mungkiri untuk mengurniakan kemenangan dan kejayaan.
وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ * إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ * وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ
Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul. Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan. Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran)" [Surah aṣ-Ṣaffat 171-173]
♡Janji kemenangan adalah kepastian. Maka posisikan diri di tempat yang sesuai agar kita beroleh kemenangan atau syahid di medan perjuangan♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Akhir 1445H☆
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap siaga (melaksanakan tugas), dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat kemenangan" [Surah Ali ‘Imran 200]
#Allah swt menjanjikan kemenangan buat para pejuang agamaNya. Kemenangan akan diperoleh apabila dilaksanakan segala syarat kemenangan yang melayakkan untuk mendapat pertolongan Allah swt.
#Sambung bicara berkaitan penyebab tertangguhnya kemenangan yang dijanjikan Allah swt sebagaimana yang diungkapkan oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:
5. Kemenangan tertangguh kerana umat mukminin belum benar-benar tulus dalam perjuangan dengan niat murni semata-mata kerana Allah dan dakwah agamaNya. Mungkin masih ada dalam kalangan mereka yang berjuang kerana motif-motif lain yang tidak murni. Mungkin untuk meraih kepentingan tertentu, mungkin kerana dorongan emosi marah semata-mata, atau mungkin untuk mencari glamour sebagai jaguh pertarungan atau lain-lain sepertinya, sedang Allah Menghendaki agar setiap orang berjuang semata-mata keranaNya dan di jalanNya.
6. Kemenangan tertangguh kerana masih ada sisa kebaikan pada pihak musuh yang diperangi. Allah swt menghendaki agar sisa kebaikan itu lenyap sama sekali, dan hanya tinggal kejahatan sepenuhnya, barulah akan ditimpakan kehancuran sepenuhnya tanpa ada sisa kebaikan yang turut terkorban.
7. Kemenangan tertangguh kerana kebatilan yang diperangi itu belum terdedah sepenuhnya di mata khalayak massa. Andainya kemenangan diraih dalam keadaan seperti itu, masih akan ada pendukung-pendukungnya yang tertipu dengan kebatilan yang belum nampak jelas batilnya itu. Dengan kata lain, kebatilan tersebut masih mengakar pada segolongan orang bersalah yang masih belum dapat melihat hakikat. Allah menghendaki agar kebatilan itu terus wujud beberapa lama sehingga ia terdedah sepenuhnya di hadapan semua orang. Dengan demikian kehancurannya nanti tidak akan disesali oleh sesiapa pun.
8. Kemenangan tertangguh kerana iklim persekitaran yang belum cukup bersedia untuk menyambut kebenaran, keadilan dan kebaikan yang dibawa oleh kaum mukminin. Andainya kemenangan dicapai ketika keadaan masih seperti itu, sudahnya ia akan ditolak oleh masyarakat yang belum bersedia itu. Biarlah pertarungan terus berlangsung sehingga jiwa dan minda masyarakat seluruhnya bersedia menerima kemenangan kebenaran, dan siap untuk mempertahankannya.
#Demikianlah antara sebab, di samping sebab-sebab lain yang Allah sendiri yang Mengetahuinya, mengapa kemenangan masih tertangguh, dan kerana itu perjuangan dengan segala pengorbanan dan deritanya terus berlanjutan dengan keyakinan akhirnya Allah akan memberikan kemenangan.
♡Kepada Allahlah kembali segala urusan, sesungguhnya Allah adalah penentu kesudahan segalanya, memenangkan yang kalah atau mengalahkan yang menang, tergantung pada syarat-syarat yang telah di tetapkanNya, ditepati ataupun tidak♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1445H☆
وَیَدۡعُ ٱلۡإِنسَـٰنُ بِٱلشَّرِّ دُعَاۤءَهُۥ بِٱلۡخَیۡرِۖ وَكَانَ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَجُولࣰا
"Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru" [Surah al-Israʾ 11]
#Imam Ibnu Athaillah menerangkan dalam kitab Al-Hikam:
"Keterlambatan datangnya pemberian (Allah), meskipun sudah dimohonkan berulang kali, janganlah membuatmu patah harapan. Kerana Dia (Allah) telah menjamin untuk mengabulkan permintaanmu sesuai dengan apa yang Dia pilihkan untukmu, bukan menurut keinginan engkau sendiri. Juga dalam waktu yang Dia kehendaki, bukan pada waktu yang engkau inginkan".
#Beruntunglah bagi orang-orang yang bersabar, menanti penuh harap bahawa janji Allah akan datang sambil terus memperbaiki diri menjadi hamba Allah lebih baik.
#Menyedari bahawa penangguhan Allah adalah lebih baik dari kehendaknya yang boleh jadi buruk akibatnya, buruk untuk agama dan akhiratnya.
#Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti kekasihNya akan diuji sejauh mana yakin padanya. Allah, jika hendak memberi untuk kekasihNya, pasti Dia memberi yang jauh lebih baik dari yang difikirkan kekasihnya. Apa salahnya, kita meletakkan diri kita di posisi 'kekasih Allah'. Bersangka baik kepada Allah swt.
#Begitulah juga perjuangan dan jihad yang Lalah tangguhkan kemenangan. Antara hikmah tertangguhnya kemenangan Islam adalah untuk penapisan, siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang tidak. Hal ini disebut oleh as-Syahid Syed Qutb rahimahullah:
"Allah akan beri ujian yang besar, kemudian Allah akan lambatkan kemenangan, kemudian Allah akan sikitkan bilangan, kemudian Allah akan lambatkan penerimaan orang, sehingga terbukti mereka sabar, thabat dan bersedia, sehingga mereka layak menjadi Qaedah Sulbah (anggota teras), kemudian mereka akan bergerak ke hadapan”.
♡Kemenangan, kebahagiaan dan juga kenikmatan yang dirindukan pasti akan datang. Asal kita mahu menjadi hamba Allah yang yakin, bersyukur, sabar dan terus istiqamah dalam ketaatan. Namun, itulah sifat manusia, segalanya mahu segera dan mereka bersifat tergesa-gesa♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Akhir 1445H☆
قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ * وَیُذۡهِبۡ غَیۡظَ قُلُوبِهِمۡۗ وَیَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن یَشَاۤءُۗ وَٱللَّهُ عَلِیمٌ حَكِیمٌ
"Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Ia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Ia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" [Surah at-Tawbah 14-15]
#Allah swt boleh sahaja memberi kemenangan kepada umat Islam tanpa melalui peperangan. Namun Allah hendak menguji mereka para pejuang sejauh mana keimanan dan pergantungan kepada Allah dan sejauh mana istiqamah mereka dalam peperangan serta menjanjikan mereka kematian yang paling mulia iaitu syahid kepada mereka.
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن یُتۡرَكُوۤا۟ أَن یَقُولُوۤا۟ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا یُفۡتَنُونَ * وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ صَدَقُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِینَ
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta" [Surah al-ʿAnkabut 2-3]
فَإِذَا لَقِیتُمُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فَضَرۡبَ ٱلرِّقَابِ حَتَّىٰۤ إِذَاۤ أَثۡخَنتُمُوهُمۡ فَشُدُّوا۟ ٱلۡوَثَاقَ فَإِمَّا مَنَّۢا بَعۡدُ وَإِمَّا فِدَاۤءً حَتَّىٰ تَضَعَ ٱلۡحَرۡبُ أَوۡزَارَهَاۚ ذَ ٰلِكَۖ وَلَوۡ یَشَاۤءُ ٱللَّهُ لَٱنتَصَرَ مِنۡهُمۡ وَلَـٰكِن لِّیَبۡلُوَا۟ بَعۡضَكُم بِبَعۡضࣲۗ وَٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَلَن یُضِلَّ أَعۡمَـٰلَهُمۡ * سَیَهۡدِیهِمۡ وَیُصۡلِحُ بَالَهُمۡ * وَیُدۡخِلُهُمُ ٱلۡجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمۡ
"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. Allah akan memimpin mereka yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat). Serta memasukkan mereka ke dalam Syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka" [Surah Muhammad 4-6]
#Dan Allah juga hendak kurniakan kelebihan kepada umat Islam yang mereka sendiri akan balas kezaliman yang telah dikenakan kepada mereka. Kerana kaum sebelum itu, musuh mereka dihancurkan dengan azab, tanpa melibatkan campur tangan orang Islam. Namun bila dapat balas dengan tangan sendiri, itu lebih memuaskan hati dan perasaan. Itulah yang disebut oleh Allah swt dalam ayat diatas.
♡Semoga Islam dan para pejuangnya sentiasa menang♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Akhir 1445H☆
أُذِنَ لِلَّذِینَ یُقَـٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُوا۟ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِیرٌ
"Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)" [Surah Al-Ḥajj 39]
#Inilah ayat yang diturunkan Allah memberi kebenaran kepada para Muhajirin Mekah untuk berperang dengan Musyrikin Mekah yang telah menghalau mereka keluar dari Mekah dan telah menindas orang-orang Islam sewaktu mereka di Mekah dulu. Ayat ini diturunkan semasa umat Islam meninggalkan Mekah yang dicintai.
#Kalimah 'izin' yang digunakan di dalam ayat ini amat penting kerana sebelum itu, walaupun para sahabat telah meminta-minta untuk berperang dengan Musyrikin Mekah, tetapi tidak dibenarkan oleh Allah sehingga apabila diturunkan ayat ini di mana Allah memberi keizinan kepada mereka untuk berperang. Jadi ini adalah ayat penting sebagai titik tolak peperangan dalam Islam.
#Dalam ayat ini, Allah swt memberi keizinan kepada orang mukmin untuk berperang dengan orang kafir kerana orang mukmin yang mula-mula sekali dizalimi. Kerana itulah kalau kita kaji apa yang terjadi dalam sejarah dan dalam mana-mana zaman, kita akan melihat bagaimana peperangan yang terjadi dari dulu sampai sekarang adalah kerana dimulai oleh orang-orang kafir. Mereka yang menindas orang lain dan berlaku zalim dan merekalah yang menyebabkan kekecohan dalam dunia ini.
#Di penghujung ayat, Allah berjanji untuk memberi pertolongan kepada umat Islam dan Allah memberitahu yang Dia mampu untuk memberi pertolongan dan kemenangan walaupun orang-orang Mekah itu lebih kuat daripada golongan Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah.
#Maka jangan sesekali merasa lelah dan lemah untuk berperang dengan Musyrikin Mekah itu. Bergantung kepada Allah sahaja sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada mereka.
#Allah swt boleh sahaja beri kemenangan kepada umat Islam tanpa melalui peperangan. Tapi Allah hendak menguji mereka dan memberi kematian syahid kepada mereka. Allahuakbar...
♡Berperang dan berjihadlah dengan bersungguh-sungguh demi mengharapkan keredhaan Allah swt. InsyaAllah pertolongan Allah bersama-sama dengan mereka yang berjihad dan berperang di jalan Allah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتۡ عَلَیۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَاۤءُو بِغَضَبࣲ مِّنَ ٱللَّهِۗ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَانُوا۟ یَكۡفُرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَقۡتُلُونَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۗ ذَ ٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ یَعۡتَدُونَ
"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh" [Surah al-Baqarah 61]
#Sejarah Bani Israel, mereka diperintahkan untuk bersama para rasul dan anbiya’ bagi menegakkan Kitab Allah yang adil kepada semua. Namun, apabila mereka melakukan khianat terhadap Allah dan para anbiya’, maka kelayakan mereka untuk mendiami bumi Palestin dibatalkan.
#Dalam kalangan penganut Yahudi bermazhab Neturei Karta mendedahkan bahawa, kitab Taurat mengharamkan mereka menubuhkan negara Yahudi kerana sebab tersebut (pengkhianatan terhadap Allah dan para anbiya’), nanti mereka akan mengulangi bencana yang akhirnya menguburkan bangsa Yahudi.
#Kumpulan sekular Yahudi yang memisahkan agama daripada politik menubuhkan pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Zionis Sedunia. Mereka berpegang kepada fanatik perkauman dan berjuang untuk kembali menubuhkan negara agung bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman AS yang pernah memerintah negara terbesar di dunia, padahal Nabi Daud Alaihissalam dan Nabi Sulaiman Alaihissalam menegakkan negara Islam yang beramal dengan Kitab Allah, bukan ditegakkan negara sekular.
#Al-Quran menolak dan membatalkan segala dakwaan Yahudi bahawa para Nabi dan Rasul dari Bani Israel beragama Yahudi seperti yang dianuti sekarang. Al-Quran menjelaskan bahawa mereka semua adalah Muslim dan pengikut mereka ialah orang Islam.
#Al-Quran juga menegaskan bahawa segala risalah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul terdahulu adalah risalah Islam. Maka Nabi Daud dan Nabi Sulaiman ialah orang Islam dan pemerintahan baginda adalah pemerintahan Islam dan bukannya Yahudi yang terbina atas dasar perkauman jahat.
#Berkata Sheikh Dr Solah Al-Khalid: “Pemerintahan Nabi Daud Alaihissalam adalah pemerintahan Islam dan bukan Yahudi. Perang baginda adalah jihad untuk menyebarkan Islam dan bukan perang yang berasaskan perkauman Yahudi untuk menyebarkan ketuanan bangsa Yahudi. Baginda menghimpunkan dan membina kesetiaan manusia berdasarkan keislaman dan keimanan mereka dan bukannya berdasarkan perkauman dan keyahudian mereka.”
#Maka atas sebab inilah Nabi Daud berlepas diri daripada orang orang kafir walaupun mereka daripada bangsa baginda dan baginda juga melaknat mereka.
لُعِنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُۥدَ
وَعِيسَى ٱبْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا۟ وَّكَانُوا۟ يَعْتَدُونَ
“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh” [Surah al-Maidah 78]
#Berdasarkan apa yang disebutkan ini maka Yahudi hari ini yang telah pun kafir dan menyeleweng daripada ajaran sebenar Nabi Daud a.s dan mereka tidak memiliki hak ke atas pemerintahan baginda di Palestin. Mereka telah dilaknat melalui al-Quran. Bermakna mereka tidak diredhai oleh Allah swt.
♡Yahudi pada hari ini tidak memiliki seinci hak pun ke atas tanah Palestin dan Al-Aqsa kerana mereka bukanlah pewaris sebenar Nabi Sulaiman a.s. Umat Islam adalah pewaris sebenar. Al-Aqsa akan terus dipertahankan dengan nyawa dan juga darah kerana kebenaran bersama mereka♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 16 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
"…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas" [Surah al-Baqarah 61]
#Sambung bicara berkaitan Yahudi Israel merupakan pengganas bersejarah.
#Keseluruhan ahli pasukan Haganah akhirnya menjadi tentera dan ketua tentera yang memimpin kerajaan Israel sehingga kini secara bertali arus. Mereka berbekalkan semangat perjuangan Zionis yang paling fanatik dengan semangat kebangsaan Yahudi, sehingga ditanam semangat bahawa semua bangsa bukan Yahudi dalam dunia hanyalah binatang sahaja.
#Malangnya ada yang memainkan peranan dalam media dengan mempertahankan hak Israel atas nama kemanusiaan. Oleh kerana buta sejarah, maka boleh dilakukan apa sahaja kerja menjadi khadam duit.
#Almarhum Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam seorang tokoh ulama’ daripada Syria (bukan Palestin) terpaksa berhijrah ke Palestin ketika penjajahan Perancis di negaranya, dan Palestin ketika itu berada di bawah jajahan British. Beliau telah melancarkan suatu gerakan, bertujuan menentang penjajah British yang telah berkerjasama dengan gerakan ganas Yahudi. Selain itu, beliau juga telah membentuk gerakan jihad ketenteraan yang melahirkan berbagai-bagai gerakan bersenjata yang masih wujud sehingga ke hari ini.
#Manakala, Almarhum Syeikh Amin al-Husaini (Mufti Palestin) pula berperanan memandu gerakan politik dan masyarakat supaya bangkit menentang gerakan Zionis sehingga akhir hayatnya. Di mana kedua-dua tokoh, iaitu Syeikh ‘Izzuddin al-Qassam telah gugur syahid pada tahun 1354 Hijriah atau pada tanggal 20 November 1935. Sedangkan Syeikh Amin al-Husaini pula meninggal dalam buangan pada 14 Jumadal Akhirah 1394 Hijriah bersamaan 4 Julai 1974. Beliau pernah diundang oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menjadi tetamu Musabaqah al-Quran terawal yang diadakan pada tahun 1960. Ketika itu, beliau menjadi tetamu negara kita dan berucap di Stadium Merdeka, sewaktu beliau diharamkan daripada mendapat visa ke mana-mana negara di seluruh dunia.
#Gerakan terawal tersebut telah menumbuhkan benih gerakan perjuangan Palestin, gerakan itu diburu di seluruh pelosok dunia oleh organisasi yang dipengaruhi gerakan Zionis. Gerakan yang dipengaruhi fahaman Zionis mendapat perlindungan politik dan agensi media antarabangsa sejak dahulu lagi seperti Rueters, Associated Press (AP) dan lain-lain media terkini.
#Peranan media ialah melindungi keganasan yang dilakukan oleh gerakan Zionis dan membersihkan segala kejahatan mereka yang paling ganas. Mereka melindungi perjuangan yang merosakkan dunia dengan mewujudkan pergolakan politik yang telah mencetuskan dua perang dunia dengan mengorbankan berjuta-juta angka korban manusia. Kini, perang berlaku lagi antara tentera Islam dengan Yahudi Zionis yang kejam membunuh orang awam di kalangan kanak-kanak dan wanita.
♡Kekejaman Yahudi Israel bermula sejak dahulu lagi hinggalah ke hari ini. Moga Allah menimpakan kekalahan dan kebinasaan ke atas mereka. Aamiiin♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah
☆Tadabbur Kalamullah 14 Rabiul Akhir 1445H☆
وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
"…Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas" [Surah al-Baqarah 61]
#Kaum Yahudi yang fanatik itu hanyalah bermegah dengan nabi-nabi yang dibangkitkan daripada kalangan mereka semata-mata, tetapi mereka tidak beramal dengan kitab Allah swt dan terus menunjukkan perangai yang paling buruk. Allah swt menjelaskan lagi hal yang tersebut melalui firmanNya:
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
“Perumpamaan bagi orang-orang (Yahudi) yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka untuk memikul (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang membawa Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui isi kandungannya). Amatlah buruk perumpamaan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat yang menjadi keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim” [Surah al-Jumu‘ah 5]
#Hanya segelintir sahaja daripada kalangan mereka itu beriman, manakala sebahagian besarnya jahat dilaknat oleh Allah swt dan mereka tersebar luas ke pelbagai tempat setelah dihalau kerana melakukan kejahatan dari segi agama, politik, ekonomi dan sosial. Dalam diri mereka ditanam dengan kefahaman bahawa mereka ialah bangsa pilihan Allah swt sejak dahulu hingga kini, walaupun bangsa mereka sudah melakukan pelbagai bentuk penyelewengan. Sedangkan bangsa lain pula bagi mereka, hanyalah bertaraf binatang selari dengan teori Darwin.
#Mereka juga bertindak menubuhkan berbagai-bagai pertubuhan dan menguasai gerakan tertua serta gerakan rahsia sejak sebelum Masihi lagi. Kemudian, mereka bergerak di bawah payung gerakan Freemason sebagaimana yang pernah didedahkan oleh Jeneral (Bersara) Turki, Almarhum Jeneral Jawwad Rif‘at Atalkhan.
#Beliau terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Pertama bagi mempertahankan Palestin dalam menghadapi tentera bersekutu yang disokong oleh Revolusi Agung Arab. Beliau seterusnya berjaya menyeret ejen-ejen Yahudi dan hasil soal siasatnya telah mendedahkan maklumat tentang gerakan Freemason yang dirampas secara bertulis dan berdasarkan temu bual yang dilakukan.
#Pertubuhan ini seterusnya menyusup masuk ke dalam gerakan politik dan lain-lain pertubuhan, dengan membawa agenda bagi menghapuskan agama secara terbuka atau secara halus tanpa menunjukkan penentangan secara nyata. Strateginya dengan membawa fahaman kemanusiaan yang menggunakan akal seperti liberalisme, agenda reformasi, kemanusiaan dan lain-lain yang sememangnya tidak menepati istilah Islam, sekalipun mempunyai persamaan nama.
#Sehingga puak Yahudi itu berjaya menyusup masuk ke dalam gerakan Revolusi Perancis dan memperkenalkan slogan-slogan yang menarik bagi mempengaruhi perubahan di negara-negara yang lain. Sehingga perubahan yang dilakukan berakhir dengan kelemahan kerana terpisah daripada panduan agama dan fitrah, dan tinggallah Zionis mempertahankan gerakan asas Negara Agung Israel yang diimpikan oleh mereka.
#Seterusnya mereka bergerak melalui...
... Bersambung..
♡Ketahuilah bahawa Israel Zionis merupakan pengganas bersejarah♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah