tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rabiul Awwal 1445H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَ ٰ⁠وَةࣰ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلَّذِینَ أَشۡرَكُوا۟ۖ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maʾidah 82]

#Allah swt menjelaskan bahawa golongan yang paling dahsyat dalam memusuhi orang-orang yang beriman ialah kaum Yahudi dan golongan musyrikin.

#Sememangnya kejahatan golongan Yahudi tidak ada tolok bandingnya dalam catatan sejarah. Bermula dengan pendustaan mereka terhadap nabi-nabi Allah yang diutus dari kalangan bangsa mereka sendiri, hinggalah kepada usaha jahat mereka membunuh para nabi dan cubaan-cubaan untuk membunuh Nabi Muhammad saw.

#Para ahli tafsir menyatakan bahawa sepanjang dakwah Rasulullah saw, baginda terpaksa berdepan dengan musuh yang paling jahat dan paling kuat mengganggu baginda iaitu Yahudi di Madinah dan kaum musyrikin di Mekah dan Taif.

#Diriwayatkan setelah Rasulullah saw selesai menakluki Khaibar dan keadaan kembali tenteram, seorang wanita bernama Zainab binti al-Harith menghadiahkan kepada Rasulullah saw daging kambing yang dipanggang. Zainab ialah isteri Sallam bin Misykam.

Sebelum itu dia bertanya orang, manakah bahagian kambing yang paling disukai oleh Rasulullah? Lalu diberitahu kepadanya bahawa Rasulullah saw suka makan paha kambing.
Zainab meletakkan racun yang banyak pada bahagian paha daging kambing itu dan melumuri racun di seluruh bahagian daging yang lain.

Kemudian dia pergi membawa daging itu dan meletakkannya di hadapan Rasulullah saw. Rasulullah saw mencapai paha kambing dan menjamahnya dengan satu kunyahan tetapi tidak menelannya, sebaliknya meludahnya.

Kemudian Rasulullah saw berkata: “Tulang ini memberitahuku bahawa ia dibubuh racun.”

Setelah Zainab dipanggil dia pun mengaku meletakan racun pada daging kambing itu. Rasulullah saw bertanya: “Mengapa engkau melakukan begitu?”

Zainab menjawab, “Saya berbicara sendiri sebelum melakukan perbuatan ini bahawa jika dia (Nabi) ialah seorang raja, dapatlah saya berlapang diri daripadanya, dan jika dia seorang Nabi tentulah dia akan diberitahu.”

Lalu, Rasulullah saw memaafkannya.
Ketika itu yang duduk bersama-sama Rasulullah saw ialah Bisyr bin al- Barra bin Marur. Dia sempat memakan daging kambing itu, lalu meninggal dunia kerananya.
Terdapat perbezaan riwayat sama ada Rasulullah memaafkan Zainab atau membunuhnya.

Namun, ke semua riwayat itu setuju mengatakan bahawa pada mulanya Rasulullah memaafkan Zainab tetapi apabila Bisyr meninggal dunia kerana memakan daging kambingnya, wanita itu dibunuh sebagai pembalasan qisas terhadapnya. (Lihat: Sirah Nabawiyyah al-Rahiq Maktum)

#Rasulullah saw terselamat, walaupun begitu dikatakan apabila hampir meninggal dunia, baginda pernah menyebut, “kesan racun tersebut masih terasa padaku"

♡Umat Islam perlu sentiasa berwaspada dengan mereka yang berniat jahat kepada Islam terutamanya pembawa obor Islam. Ingatlah bahawa mereka sentiasa memusuhi Islam dan permusuhan mereka tersangat keras dan licik♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rabiul Awwal 1445H☆

لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]

#Dalam ayat ini, Allah swt mulakan dengan ingatkan bangsa Arab bahawa baginda saw itu datang dari bangsa mereka sendiri. Ini adalah satu nikmat besar dari Allah kepada bangsa Arab.

#Rasulullah saw ini adalah dari kalangan mereka, iaitu dari kalangan manusia bukannya dari kalangan bangsa jin ataupun kumpulan malaikat.

#Allah swt lantik Nabi Muhammad saw dari kalangan penduduk Mekah. Jadi baginda sudah lama duduk tinggal di Mekah dan tahu apa masalah dan suasana di Mekah itu. Dan penduduk Mekah itu sudah lama mengenali Nabi Muhammad dan sifat serta ketulusan akhlak baginda saw.

#Terasa sangat berat di hati baginda saw dengan apa yang ditanggung oleh orang Islam. Walaupun yang kena itu adalah orang lain, tapi baginda yang rasa berat. Itulah Allah swt hendak memberitahu kepada kita yang Rasulullah itu adalah rahmah bagi kita dan tersangat sayang kepada kita.

#Baginda sangat suka jika umat baginda beriman kerana baginda amat sukakan kebaikan untuk kita. Kalimah حَريصٌ bermakna mahukan sangat kepada sesuatu sampai boleh dikatakan tamak (طمع) . Begitulah Nabi terhadap kita, apa kebaikan yang baginda boleh berikan kepada umatnya, baginda akan lakukan.

♡Itulah Rasulullah saw, sentiasa mengambil berat hal ehwal umatnya. Jom perbanyakkan selawat dan teruskan perjuangan Rasulullah saw dalam mendaulatkan agama Allah swt. Salam Rabiul Awwal 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Safar 1445H☆

وَمِنۡ ءَایَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَ ٰ⁠جࣰا لِّتَسۡكُنُوۤا۟ إِلَیۡهَا وَجَعَلَ بَیۡنَكُم مَّوَدَّةࣰ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّقَوۡمࣲ یَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" [Surah ar-Rum 21]

#Dalam surah ini Allah swt memerintahkan hambaNya untuk menikah. Ini kerana menikah adalah ibadah dan memiliki manfaat atau hikmah yang tersendiri. Salah satu hikmah menikah ialah akan mendapat bantuan dan rahmat dari Allah swt kerana orang tersebut menjaga kesucian dan menjauhi dosa. Di antara tujuan dari pernikahan adalah terbentuknya keluarga yang bahagia.

#Jika kita menelusuri sirah Nabi saw dalam kehidupan berkeluarga, baginda adalah insan yang paling menyantuni ahli keluarganya. Baginda bergurau senda, berlemah lembut dan sentiasa bertolak ansur dengan mereka. Baginda menunjukkan kebijaksanaan dan sifat yang baik serta keindahan akhlak dan kelembutan budi pekerti dalam pergaulan. Sifat-sifat tersebut telah menimbulkan perasaan cinta seluruh ahli keluarga kepada baginda saw.

#Daripada Sayidina Mu'awiyah al-Qusyairi r.a berkata: "Aku menemui Rasulullah saw dan bertanya: "Apakah pandanganmu tentang isteri-isteri kami?" Baginda menjawab: "Berilah mereka makan, sama seperti yang kamu makan, berilah mereka pakaian, sama seperti yang kamu pakai dan janganlah pukul serta hina mereka." (HR Abu Daud)   

#Rasulullah saw sangat menyantuni isteri-isteri baginda seperti diceritakan oleh Sayidina Anas r.a, beliau pernah melihat Rasulullah saw menyediakan tempat duduk (lapik tunggangan) buat isterinya Safiyyah supaya beliau dapat duduk dalam keadaan yang selesa. Baginda juga duduk sedikit supaya Sayidatina Safiyyah boleh memijak lutut (kaki) baginda untuk naik ke atas tunggangannya. Baginda saw bermain-main dan bergurau senda dengan isteri-isteri dan cucu-cucu baginda.

#Baginda saw sangat menyayangi anaknya Sayidatina Fatimah r.ha, memuliakannya dan menggembirakan hatinya. Malah kelebihan dan kebaikannya juga sangat banyak. Sayidatina Fatimah merupakan seorang yang penyabar, kuat beragama, baik hati, menjaga diri, berasa cukup dan redha dengan yang sedikit, dan selalu bersyukur kepada Allah swt. Kerana itulah Nabi saw sangat kasih dan menyayanginya.

#Daripada al-Miswar bin al-Makhramah r.huma bahawa Baginda saw bersabda:

فَاطِمَةُ بَضْعَةٌ مِنِّي، فَمَنْ أَغْضَبَهَا أَغْضَبَنِي

“Fatimah adalah sebahagian daripadaku (darah dagingku). Sesiapa yang membuatnya marah, bererti dia telah membuatku marah" (HR al-Bukhari)

#Begitu juga riwayat Sayidatina Aisyah r.ha, katanya: “Nabi saw memanggil Fatimah, puterinya itu, di saat sakit yang membawa kepada kewafatan Baginda. Baginda membisikkan sesuatu kepadanya, lalu beliau pun menangis. Kemudian, Baginda membisikkan sesuatu kepadanya (kali kedua), lalu beliau tersenyum.” Aisyah berkata lagi: “Aku bertanya kepada beliau tentang hal itu. Lalu Fatimah berkata: ‘Nabi saw berbisik kepadaku seraya mengkhabarkan bahawa Baginda akan diwafatkan pada sakit yang membawa kepada kewafatannya itu, maka aku pun menangis. Kemudian, Baginda membisikkan kepadaku (kali kedua) seraya mengkhabarkan bahawa aku adalah ahli keluarganya yang pertama sekali mengikutinya (yang akan wafat selepas Baginda), maka aku pun tersenyum" (HR al-Bukhari)

..Bersambung..

♡Sifat kasih sayang, santun dan pekerti mulia kepada ahli keluarga akan membentuk sifat ihsan sesama manusia sekaligus menyumbang kepada pembangunan sebuah keluarga besar umat manusia yang harmoni, bahagia dan sejahtera♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Safar 1445H☆

قُلْ لاَّ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَٰوَٰتِ وَالأَرْضِ الْغَيْبَ إِلاَّ اللهُ

Katakanlah lagi: "Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah! [Surah an-Naml 65]

#Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya menyebut: "Allah swt memerintahkan RasulNya untuk mengucapkan sesuatu yang mengajarkan seluruh manusia bahawa tidak ada seorang pun penghuni langit dan bumi yang dapat mengetahui perkara ghaib kecuali Allah".

#Tegasnya, tiada siapa pun yang tahu mengenai perkara ghaib itu, sama ada malaikat, jin mahupun manusia. Kemudian Baginda menjelaskan tentang perintah Allah itu dalam firman-Nya:

وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

"Dan kalau Aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) Aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman" [Surah al-A’raf 188]

#Dalam beberapa hari ni tersebar berita bahawa akan berlaku sesuatu atau malapetaka pada hari Rabu, 13 September bersamaan 27 Safar. Kenapa hari Rabu dan adakah benar dakwaan ini?

#Terdapat beberapa riwayat yang tersebar berkaitan hari Rabu merupakan hari kecelakaan, namun hadis atau riwayat tersebut adalah tidak sahih walaupun di sana terdapat lagi beberapa riwayat yang hampir sama tetapi kesemua riwayat tersebut tidak lari daripada kritikan oleh para ulamak. Antaranya ialah:

يَوْم نَحس قَالُوا وَكَيْفَ ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أغرق الله فِرْعَوْن وَقَومه وَأهْلك عادًا وثمودًا

“(Hari Rabu) adalah hari celaka.” Lalu para sahabat bertanya lagi: Mengapa begitu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “(Pada hari tersebut) Allah telah menenggelamkan Firaun dan kaumnya serta telah membinasakan (kaum) 'Ad dan Thamud.”

#Berkaitan hadis ini, Imam as-Suyuthi telah mengkritik seorang perawi bernama Abu al-Akhyal dengan menyatakan bahawa dia adalah seorang perawi yang dituduh berdusta (متهم). (Lihat: al-La’aliy al-Masnu’ah)

#Dalam riwayat Jabir r.a menyebut:

يَوْمُ الأَرْبِعَاءِ يَوْمُ نَحْسٍ مُسْتَمِرٍّ

Hari Rabu adalah hari kecelakaan yang berterusan” (Riwayat al-Thabarani)
 
#Imam Ibn al-Jauzi menyatakan bahawa riwayat ini tidak sahih daripada Nabi saw. Selain itu, Imam as-Sakhawi menyatakan hadis ini tiada asal baginya sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Mulla Ali al-Qari. Tambahan pula, Imam as-San’ani menilai riwayat ini sebagai mawdhu’ (Palsu).

#Menentukan hari Rabu adalah hari malang merupakan satu perbuatan yang tidak tepat dan ia bercanggah dengan salah satu rukun Iman iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.

♡Setiap apa yang berlaku dan menimpa seseorang itu telah ditetapkan oleh Allah swt dan perkara tersebut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya pada hari Rabu sahaja. Semoga Allah memelihara kita dan iman kita daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Safar 1445H☆

هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]

#Dipenghujung ayat Allah swt menyatakan bahawa Allah swt boleh ganti kita dengan kaum atau bangsa yang lain. Boleh jadi kaum yang tidak bercakap menggunakan bahasa kita, warna kulit lain dari kita, rambut juga lain dari kita.

#Dan yang lebih utama, Allah mengatakan sikap mereka tidak sama macam sikap kita. Kita sibuk tenggelam dengan dunia, karam dengan hasutan nafsu sehingga malas untuk jihad dan bakhil untuk menginfaqkan harta di jalan Allah. Tetapi kaum atau bangsa baru yang menggantikan kita itu rajin menjalankan gerak kerja jihad fi sabilillah dan pemurah dalam mendermakan harta di jalan Allah.

#Tertulis dalam sejarah, kerajaan Islam Abbasiyah telah ditakluk oleh bangsa Tartar. Bangsa Tartar pada waktu itu terdiri daripada tentera orang kafir dan mereka menyerang negara Islam dan menakluknya. Yang menariknya, bangsa Tartar telah menakluk negara Islam namun tidak lama selepas itu dari keturunan mereka inilah timbulnya kerajaan Islam yang lain. Ini kerana mereka akhirnya telah memeluk Islam. Merekalah kemudiannya yang menjadi pendukung agama Islam dan bukan lagi kaum yang asal.

#Oleh yang demikian, jangan sesekali kita merasakan kaum atau bangsa kita ini sangat istimewa, hingga Allah swt tidak akan menukar kita dengan bangsa yang lain yang akan mempertahankan Islam. Saat ini, kita boleh lihat bagaimana sedikit demi sedikit bangsa-bangsa yang kita tidak sangka pun mereka itu mahu menerima Islam tetapi mereka menjumpai keindahan Islam dan mereka memeluk Islam kemudian berpegang dengan Islam lebih kuat dan istiqamah dibandingkan dengan kita yang hanya menerima Islam ini dari ibu bapa kita sahaja.

#Sebahagian besar dikalangan muallaf yang baru memeluk Islam lebih berilmu daripada kita. Lebih fasih bacaan al-Qurannya daripada kaum asal. Lebih memahami agama dan lebih kuat jihad dan infaq mereka. Jika kita tidak lagi teguh berjuang mendaulatkan Islam dan memahamkannya kepada orang lain, maka kita akan diganti dengan kaum yang lain.

♡Bersatulah wahai umat Islam dan berjuanglah demi mendaulat dan mempertahankan Islam serta ringankan tangan untuk infaq di jalan Allah swt. Moga Allah sentiasa memelihara dan mempertahankan iman kita. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Safar 1445H☆

هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]

#Allah swt mengatakan bahawa orang Islam diseru melalui Nabi saw untuk infak harta pada jalan Allah swt. Memang ini adalah tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam.

#Harta yang diminta infaq itu bukanlah secara keseluruhan. Bagi mengikut kadar kemampuan dan perlu bijak menguruskan harta agar ada bahagian keluarga, infaq dan Hal yang lain.

#Terdapat manusia yang memang mengikuti perintah Allah ini dengan menginfaqkan harta di jalan Allah seikhlas hati demi mencari keredhaanNya. Tetapi Allah swt memaklumkan bahawa ada diantara manusia yang memang bakhil (kedekut). Ini adalah kerana hati mereka terikat dengan dunia dan jauh dengan akhirat.
 
#Bagi sesiapa yang kedekut sebenarnya kedekut bagi dirinya sendiri. Ini kerana segala infak itu akan menjadi hartanya di akhirat kelak. Maka jika dia bakhil, dia sebenarnya menidakkan bekalan untuk dirinya di akhirat kelak. Dia sendiri yang akan rugi.

#Dan ketahuilah bahawa Allah swt tidak ambil percuma sahaja infak kita, tetapi Allah swt akan balas di dunia dan di akhirat dengan ganjaran yang berlipat ganda. Jadi, bagi mereka yang bakhil itu, mereka sebenarnya merugikan diri mereka sendiri. Mereka tidak merebut kelebihan yang banyak dari infak itu. Mereka nampak harta mereka tidak berkurang sebab mereka tidak infak, tetapi mereka tidak nampak yang harta mereka pun tidak bertambah. Padahal, kalau mereka infak, harta mereka akan bertambah.

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras" [Surah Ibrahim 7]

...Bersambung...

♡Bersedekahlah dijalan Allah swt demi memperolehi keredhaan Allah swt. Jangan sesekali bakhil dengan nikmat Allah swt, kerana mereka akan menyesal dengan penyesalan yang dahsyat di mahsyar kelak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Safar 1445H☆

إِنَّمَا یَفۡتَرِی ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ

"Sebenarnya yang tergamak mengadakan pembohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta (berbohong)" [Surah an-Naḥl 105]

#Kaki bohong, kaki spin, kaki auta, kaki temberang, kaki tipu, kaki belit, kaki khianat, sebenarnya mereka tidak beriman kepada Allah swt. Hal ini kerana, orang yang beriman mereka bukanlah seorang penipu dan pembohong.

#Namun, akhir zaman penipu dan pembohong dipercayai dan dimuliakan bahkan dilantik memegang jawatan yang menguruskan ummah. Ini adalah kepelikan dan sesuatu yang aneh, namun benar.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ. قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda saw ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda saw menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar (HR Ibn Majah)

#Baginda Nabi saw memberi amaran kepada kita semua umatnya agar berhati-hati ketika menghadapi hari-hari yang penuh dengan tipu daya dan dunia dipenuhi penipu kerana kebenaran dan amanah akan terletak pada orang-orang yang bodoh dan keji lagi fasik.

#Nabi saw juga menyifatkan golongan ini dengan dua sifat iaitu orang yang keji atau kurang ilmunya dan dalam masa yang sama bercakap berkaitan perkara-perkara umum yang besar sedangkan dia tidak mempunyai ilmu padanya. Maka mereka mengelirukan orang ramai sehingga kebanyakan manusia tidak dapat mengenali dan membezakan di antara kebenaran dengan kebatilan.

#Zaman kita hidup saat ini benar-benar terjadi sebagaimana yang disebut didalam al-Quran dan as-Sunnah iaitu golongan para penipu muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan dan mereka diberi kedudukan serta penghormatan. Manakala golongan yang jujur, amanah dan berilmu dihina, dicaci, dibodoh-bodohkan dan dianggap sesat.

♡Berwaspadalah dengan kaki penipu kerana mulut mereka manis bagaikan gula. Jika tersalah langkah akan menyebabkan ditipu dan dibohongi. Perbanyakkanlah zikrullah, istighfar, tawakal dan doa memohon petunjuk Allah serta perlindunganNya daripada terjebak ke jalan yang batil. Semoga kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah swt menuju redha dan kasih sayangNya. Aamiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Aali-ʿImran 14]

#Dalam ayat ini, Allah swt memulakan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita.

#Daripada Sayidina Usamah bin Zaid r.a, bahawa Nabi saw bersabda: “Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Ada banyak fitnah di atas muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya.

#Di antara semua fitnah yang ada, ternyata fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap.

#Allah swt menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.

#Oleh itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya.

#Daripada Sayidina Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim)

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوࣰّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُوا۟ وَتَصۡفَحُوا۟ وَتَغۡفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah at-Taghabun 14]

♡Betapa dahsyatnya fitnah wanita. Maka semua orang perlu berhati-hati akan godaan wanita kerana mampu menjerumuskan seseorang ke lembah kebinasaan. Namun, wanita yang baik dan solehah mampu membahagiakan seseorang di dunia dan di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Safar 1445H☆

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..." [Surah an-Nur 32]

#Sambung bicara tentang Islam galakkan berkahwin terutama kepada yang tiada pasangan hidup.

#Perkahwinan atau pernikahan adalah suatu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang dan hidup berteman.
 
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah" [Surah az-Zariyaat 49]

#Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan.

#Allah swt menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan. Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini.

#Sekiranya seseorang itu khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia menyegerakan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Bahkan jika berlaku pertembungan antara menunaikan ibadah haji dengan berkahwin maka dahulukan berkahwin.

#Berkata Syeikh Ibn Uthaiman rahimullah: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah swt telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang berkemampuan".

♡Jumhur ulamak telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Namun jika sekiranya seseorang itu memiliki nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan maka wajib dia menyegerakan perkahwinannya. Jom kahwin!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Safar 1445H☆

ٱللَّهُ وَلِیُّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ 

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)" [Surah al-Baqarah 257]

#Sambung bicara tentang kebebasan dan kemerdekaan yang dikehendaki Allah swt.

#Kemerdekaan yang sebenarnya adalah apabila kita sebagai umat Islam mampu memerdekakan diri kita daripada penjajahan yang berbentuk fizikal dan juga mental (pemikiran). Oleh itu, bagaimana mungkin kita mampu untuk melaungkan merdeka, merdeka sedangkan pada hakikatnya kehidupan kita pada saat ini masih lagi bertuhankan nafsu, bertuhankan kebendaan, bertuhankan Barat dan mengikuti jejak langkah syaitan laknatullah.

#Sistem pemerintahan negara masih berpaksikan sekular dan liberal. Sistem ekonomi berasaskan sistem kapitalis yang mengamalkan riba, judi dan penindasan. Sistem sosial pula, kebebasan mutlak diberikan kepada orang ramai untuk melakukan segala perkara-perkara yang jelas-jelas diharamkan oleh Islam selagimana ia tidak mengganggu orang lain. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita menjadi lumrah dalam kehidupan. Malah semakin pelik apabila hubungan sesama jenis juga sudah tidak dilihat janggal. Masyarakat bebas untuk berpakaian mengikut hawa nafsu masing-masing tanpa ukuran halal haram. Berkaitan aspek perundangan dan kehakiman, jelas berpaksikan barat dan akal fikiran sehingga hukum-hakam syariah masih berada dibawah undang-undang ciptaan manusia. Sistem pendidikan sebahagiannya masih menjadikan sekular sebagai asas acuannya. Apakah semua ini menunjukkan bahawa kita sudah merdeka? Atau hanya sekadar merdeka negara, namun perjalanan kehidupan manusia dan negara tetap berpaksikan nafsu dan undang-undang buatan manusia.

#Ketahui, kemerdekaan yang hakiki adalah apabila manusia itu menjadi hamba Allah yang sejati, hambaNya yang tunduk dan patuh kepada seluruh sistem dan peraturan yang diturunkan oleh Penciptanya, Allah swt dalam seluruh aspek kehidupan mereka.

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱدۡخُلُوا۟ فِی ٱلسِّلۡمِ كَاۤفَّةࣰ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata" [Surah al-Baqarah 208]

♡Laung dan kibarlah bendera Malaysia dengan jiwa yang benar-benar merdeka. Jangan sesekali mengibarkan bendera Malaysia dengan jiwa penjajah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Safar 1445H☆

قَالَ ٱلَّذِینَ ٱسۡتَكۡبَرُوۤا۟ إِنَّا بِٱلَّذِیۤ ءَامَنتُم بِهِۦ كَـٰفِرُونَ

"Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetappp ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya" [Surah al-Aʿraf 76]

#Para pembesar yang sombong  tetap engkar dengan dakwah tauhid yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi Soleh Alaihissalam. Walaupun setelah diberikan dengan pelbagai dalil daripada Nabi Soleh Alaihissalam dan bukti-bukti kenabian baginda, mereka tetap juga engkar, menolak dan menentang Nabi  Soleh.

وَفِیۤ أَنفُسِكُمۡۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" [Surah az-Zhariyat 21]

#Apabila digunakan lafaz بِالَّذي dalam ayat ini, itu bermakna mereka tahu apakah yang dibawa oleh Nabi Saleh Alaihissalam. Mereka juga tahu tentang kebenaran yang disampaikan oleh Nabi Soleh. Maka ini membuktikan yang mereka bukanlah jahil, tetapi mereka engkar sahaja. Degil, sombong dan keras kepala.

#Firman Allah swt:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِینَ یَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ یُرِیدُونَ أَن یَتَحَاكَمُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوۤا۟ أَن یَكۡفُرُوا۟ بِهِۦۖ وَیُرِیدُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ أَن یُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدࣰا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakimkan kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh” [Surah an-Nisa' 60]

#Sepertimana yang disebutkan, secara umumnya, perjuangan golongan yang engkar ini adalah perjuangan untuk menentang kebenaran malah mereka berusaha menegakkan kezaliman, kebatilan dan kejahatan.

#Golongan sombong dan engkar ini menentang apa sahaja asalkan bercanggah dengan Islam. Matlamat mereka adalah menentang Islam dan hati mereka tersangat kufur terhadap agama Allah swt.

♡Umat hari ini perangainya hampir sama dengan umat Nabi Soleh Alaihissalam. Mereka tahu akan perintah Allah swt namun tetap engkar, degil dan menentang kebenaran. Inilah sikap orang yang sombong dan mereka sangat dibenci Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Safar 1445H☆

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُۥ لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ 

"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan... [Surah Muḥammad 19]

#Dalam ayat ini Allah swt memerintahkan kita semua untuk berilmu pengetahuan dengan mempelajari bahawa tidak ada sesuatu pun yang layak disembah melainkan Allah swt semata.

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu apapun dengan-Nya" [Surah an-Nisa' 36]

#Kita wajib meyakini bahawa Allahlah yang menciptakan kita dan yang memberi rezeki kepada kita. Allah tidak membiarkan kita begitu sahaja dalam kebingungan, tetapi mengutus kepada kita seorang rasul. Maka barangsiapa mentaati rasul tersebut pasti akan masuk syurga dan barangsiapa menyalahinya pasti akan masuk neraka.

إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولࣰا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولࣰا * فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذࣰا وَبِیلࣰا

"Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya" [Surah al-Muzzammil 15-16]

#Kita juga wajib ketahui, bahawa Allah swt tidak rela jika dalam ibadah yang ditujukan kepadaNya, Dia dipersekutukan dengan sesuatu apapun, baik dengan seorang malaikat yang terdekat atau dengan seorang nabi yang diutus menjadi rasul.

وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah" [Surah al-Jinn  18]

♡Semoga Allah membimbing kita semua untuk taat kepadaNya dan menjaga kita agar menjauhi perkara kesyirikan dan kesesatan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Safar 1445H☆

وَالَّذِينَ يَصِلُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ وَيَخَافُونَ سُوءَ الْحِسَابِ

“Dan orang-orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat)" [Surah ar-Ra’d 21]

#Berkata Syeikh al-Maraghi rahimahullah: "Mereka mengikat tali perhubungan silaturrahim sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt. Lalu mereka bergaul dengan kaum kerabat dengan perasaan penuh kecintaan dan kebaikan. Seterusnya mereka berbuat kebaikan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan pertolongan antara mereka dengan memberikan kebaikan kepada mereka dan menjauhkan bahaya daripada mereka mengikut kemampuan yang mereka ada".

#Daripada Sayidina Abu Ayyub al-Ansari r.a, Rasulullah saw pernah ditanya berkenaan amalan yang dapat memasukkan ke dalam syurga, lalu Baginda saw menjawab:

تَعْبُدُ اللَّهَ لاَ تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِى الزَّكَاةَ، وَتَصِلُ الرَّحِمَ

Sembahlah Allah dan jangan melakukan syirik padaNya, dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan jalinlah tali silaturrahim" (HR al-Bukhari)

#Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: “Adapun maksud silaturrahim, ia adalah berbuat baik kepada kaum kerabat sesuai dengan keadaan orang yang hendak menghubungkan dan keadaan orang yang hendak dihubungkan. Terkadang dalam bentuk kebaikan dengan harta, terkadang dengan memberi bantuan tenaga, terkadang dengan mengunjunginya, dengan memberi salam, dan sebagainya".

#Berkata Sayidina Abdullah bin Umar r.a:

مَنِ اتَّقَى رَبَّهُ، وَوَصَلَ رَحِمَهُ، أُنْسِئَ لَهُ فِيْ عُمْرِهِ، وَثُرِّيَ مَالُهُ، وَأَحَبَّهُ أَهْلُهُ

“Barangsiapa bertaqwa kepada Tuhannya dan menyambung silaturrahim, nescaya dipanjangkan umurnya, dibanyakkan rezekinya dan dicintai oleh keluarganya" (HR al-Bukhari)

#Demikian juga, pernah Sayidatina Asma’ binti Abu Bakar r.a yang bertanyakan Rasulullah saw untuk bersilaturrahim dengan ibunya yang musyrik.

قُلْتُ : إِنَّْ أُمِّيْ قَدِمَتْ وَهِيَ رَاغِبَةٌ، أَفَأَصِلُ أُمِّيْ؟ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَعَمْ، صِلِيْ أُمًّكِ

Aku bertanya: "Sesungguhnya ibuku datang dan ia sangat berharap (agar aku berbuat baik padanya), apakah aku harus menyambung (silaturrahim) dengan ibuku?. Baginda saw menjawab: "Ya, sambunglah (silaturrahim) dengan ibumu" (HR al-Bukhari)

#Berdasarkan nas diatas, dapat difahami bahawa antara maksud silaturrahim adalah menyambung hubungan antara kaum kerabat sama ada melalui garis keturunan atau melalui perkahwinan dengan pelbagai cara seperti mengunjungi mereka, memberi bantuan kepada mereka ketika memerlukan, mengambil peduli akan hal keadaan mereka dan seumpamanya.

♡Sambunglah silaturrahim dan jagalah hubungan itu sebaiknya. Jangan sesekali memutuskannya kerana Allah akan murka dan menghinanya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Safar 1445H☆

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ * ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ * أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةࣱۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya" [Surah al-Baqarah 155-157]

#Sambung bicara tentang ujian, musibah dan bala bencana.

#Allah swt menguji manusia dengan takut, lapar, kekurangan harta benda, jiwa raga dan tanaman adalah sedikit sahaja dan bukan semuanya.

#Maka, perlu redha dan sabar atas ujian kesusahan yang menimpa. Alamat redha ialah tenangnya hati dengan apa yang berlaku dalam kesusahan.

#Berkata Syeikh Ruwaim: "Sabar ialah meninggalkan pengaduan".

#Syeikh Zun Nun al-Misri berpendapat: "Sabar ialah meminta tolong dengan Allah swt sahaja.

#Al-Ustaz Abu Ali al-Daqqaq berpendapat: "Sabar ialah hadnya tidak menentang takdir Tuhan".

#Tatkala seseorang itu ditimpa musibah maka hendaklah mulutnya melafazkan istirja' (Innalillahi wainna ilaihi rajiuun).

#Berkata Imam Sa’id bin Jubair rahimahullah: "Sesungguhnya dikurniakan pada umat ini ketika musibah sesuatu yang tidak dikurniakan kepada mana-mana Nabi sebelum ini iaitu ayat istirja’ dan kalau dikurniakan kepada para Nabi nescaya dikurniakan kepada nabi Yaakub yang berkata: "Alangkah malangnya terhadap Yusuf".

#Bagi mereka yang sabar dan beristirja' ketika menerima musibah, mereka akan memperoleh pelbagai kebaikan daripada Allah swt.

#Berkata Imam al-Qurtubi rahimahullah: "Inilah nikmat-nikmat Allah ke atas orang yang bersabar dan sentiasa beristirja. Mereka menerima solawatun min rabbihim صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ iaitu memperoleh keampunan, rahmat, berkat dan kemuliaannya di dunia dan akhirat. Sedangkan al-Zajjaj berpendapat, solawat daripada Allah ialah keampunan dan pujian yang baik.

#Berkata Luqman al-Hakim, seorang yang soleh kepada anaknya:

يا بني الذهب والفضة يختبران بالنار والمؤمن يختبر بالبلاء

“Wahai anakku, ketahuilah bahawa emas dan perak diuji keampuhannya dengan api sedangkan seorang mukmin diuji (imannya) dengan ditimpakan musibah”.

♡Semoga kita termasuk orang-orang yang bersabar ketika menghadapi musibah, baik dengan hati, lisan ataupun anggota badan. Ya Allah, jadikanlah kami hamba yang bersabar dalam menghadapi setiap musibah, moga mendapat pahala serta tergugurnya dosa disebabkan musibah tersebut. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Safar 1445H☆

فَلَمَّا جَاۤءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِیَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَیۡهَا حِجَارَةࣰ مِّن سِجِّیلࣲ مَّنضُودࣲ

'Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu" [Surah Hud 82]

#Sebahagian balasan dilambatkan oleh Allah swt kedatangannya semasa di dunia ini, sehingga sebahagian orang yang berbuat dosa terlihat semakin kaya raya dan berkuasa.sepertinya Allah swt mencintai mereka dan merestui kejahatan yang mereka lakukan.

#Perniagaan mereka sentiasa berjaya dan apa sahaja yang mereka usahakan semuanya berjaya sedangkan di mana-mana sahaja terlihat umat Islam dalam keadaan miskin dan dikuasai, sedang mereka beriman.

#Ketahuilah orang yang ingkar cuma dilambatkan azab bagi mereka tetapi azab itu tetap akan menimpa mereka, kalau tidak di dunia, di akhirat kelak tetap pasti dikenakan azab.

#Firman Allah swt:

وَإِنۡ أَدۡرِی لَعَلَّهُۥ فِتۡنَةࣱ لَّكُمۡ وَمَتَـٰعٌ إِلَىٰ حِینࣲ

"Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu" [Surah al-Anbiyaʾ 111]

#Azab di akhirat pasti diterima dan tersangatlah berat bagi para penderhaka.

لَّهُمۡ عَذَابࣱ فِی ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَلَعَذَابُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ أَشَقُّۖ وَمَا لَهُم مِّنَ ٱللَّهِ مِن وَاقࣲ

"Mereka beroleh azab dalam kehidupan dunia, dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih menyeksakan lagi; dan tiadalah bagi mereka, sesiapapun yang dapat melindungi mereka dari azab Allah itu" [Surah ar-Raʿd 34]

#Saat ini di mana-mana ada tersiar berita mengenai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender  (LGBT) berleluasa dan aktif sama ada di dalam negara atau di luar negara. Di mana azab Allah swt?

#Jangan sesekali diminta azab Allah swt. Dan jangan berasa gembira bagi pelaku LGBT atas perbuatan keji mereka tanpa diturunkan azab segera oleh Allah swt ke atas mereka. Jika didunia tidak diazab, akan tetapi takutlah akan azab di alam barzakh dan di akhirat kelak.

وَلَا یَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوۤا۟ أَنَّمَا نُمۡلِی لَهُمۡ خَیۡرࣱ لِّأَنفُسِهِمۡۚ إِنَّمَا نُمۡلِی لَهُمۡ لِیَزۡدَادُوۤا۟ إِثۡمࣰاۖ وَلَهُمۡ عَذَابࣱ مُّهِینࣱ

"Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak)" [Surah Ali-ʿImran 178]

#Sebahagian orang kafir dan penentang ajaran Allah swt mengira ketika azab itu tidak turun, mereka menganggap bahawa ini adalah kebaikan dan kenikmatan bagi mereka. Sebab itu Allah swt ingatkan dalam surah Aali Imran diatas bahawa Allah swt mengakhirkan azab buat mereka, sedangkan Allah swt membiarkan mereka terus berbuat dosa dan menimpakan mereka azab yang menghinakan di akhirat kelak. Jadi jangan kagum kepada kejahatan yang mereka lakukan dan jangan mengikut cara hidup mereka.

♡Ingatlah, jangan berasa aman dan selesa melakukan dosa, maksiat dan kederhakaan kerana azab Allah pasti menimpa samada didunia mahupun di akhirat kecuali mereka insaf dan bertaubat dengan kembali kepada cara hidup dan ajaran Islam yang sebenarnya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rabiul Awwal 1445H☆

لَقَدۡ جَاۤءَكُمۡ رَسُولࣱ مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ عَزِیزٌ عَلَیۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِیصٌ عَلَیۡكُم بِٱلۡمُؤۡمِنِینَ رَءُوفࣱ رَّحِیمࣱ

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman" [Surah at-Tawbah 128]

#Nabi saw sangat mengasihi dan mengambil berat hal ehwal umatnya. Baginda juga risau umatnya ditimpa azab dan petaka.

#Sayidatina Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa apabila berlakunya tiupan angin kencang yang membawa awan tebal, wajah baginda Rasulullah saw akan bertukar menjadi pucat kerana takut kepada Allah swt. Baginda berasa resah gelisah dan akan membaca doa berikut:

“Ya Allah, Aku memohon kepadamu kebaikan daripada angin ini dan kebaikan yang datang bersama-sama angin ini. Aku memohon perlindunganMu daripada keburukan angin ini dan apa-apa keburukan yang datang bersama-sama angin ini.”

#Menurut Sayidatina Aisyah r.ha lagi, kemudian, apabila hujan mula turun, jelas nampak kegembiraan pada raut wajah baginda Rasulullah saw.

#Suatu hari aku bertanya kepada baginda: “Wahai Nabi Allah, apabila awan muncul setiap orang akan bergembira kerana hujan akan turun tetapi kenapa pada ketika itu aku dapati tuan sangat resah gelisah?

Baginda menjawab: “Wahai Aisyah! Bagaimana untuk aku berasa selamat bahawa angin ini tidak membawa bersama-samanya kemurkaan Allah? Kaum ‘Ad telah diazab Allah dengan angin. Mereka tersangat gembira melihat awan tebal, mempercayainya sebagai tanda pembawa hujan tetapi sebenarnya awan tebal itu membawa kebinasaan kepada Kaum ‘Ad.”

#Firman Allah swt:

فَلَمَّا رَأَوۡهُ عَارِضࣰا مُّسۡتَقۡبِلَ أَوۡدِیَتِهِمۡ قَالُوا۟ هَـٰذَا عَارِضࣱ مُّمۡطِرُنَاۚ بَلۡ هُوَ مَا ٱسۡتَعۡجَلۡتُم بِهِۦۖ رِیحࣱ فِیهَا عَذَابٌ أَلِیمࣱ * تُدَمِّرُ كُلَّ شَیۡءِۭ بِأَمۡرِ رَبِّهَا فَأَصۡبَحُوا۟ لَا یُرَىٰۤ إِلَّا مَسَـٰكِنُهُمۡۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ نَجۡزِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡمُجۡرِمِینَ

"Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa" [Surah al-Aḥqaf 24-25]

#Jelas, bahawa Rasulullah saw sangat bimbang Allah turunkan azab pada umatnya sehingga menggusarkan Baginda tatkala awan dan langit bertukar gelap dan mendung.

♡Baginda saw amat belas dan sangat sayang akan umatnya. Baginda saw faham kesusahan yang dilalui oleh orang lain. Baginda sangat merasai apa yang dialami dan dihadapi oleh orang lain. Inilah Rasulullah saw. Jom selawat!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Safar 1445H☆

وَمِنۡ ءَایَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَ ٰ⁠جࣰا لِّتَسۡكُنُوۤا۟ إِلَیۡهَا وَجَعَلَ بَیۡنَكُم مَّوَدَّةࣰ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَـٰتࣲ لِّقَوۡمࣲ یَتَفَكَّرُونَ

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" [Surah ar-Rum 21]

#Untuk mengamalkan segala tuntutan dan saranan dalam al-Quran, seseorang perlu meneladani sirah Baginda Nabi saw dalam segenap aspek kehidupan. Antara aspek paling penting ialah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw bersama ahli keluarga kerana perkara tersebut menjadi asas dalam membangunkan masyarakat dan negara.

#Rasulullah saw tidak mengasari ahli keluaga, tidak memukul isteri atau anak-anak sebaliknya bertutur dan menegur mereka dengan perkataan yang baik dan berhikmah.

#Rasulullah saw bersukan dan bersenda gurau dengan isteri-isteri dan cucu-cucu baginda. Sayidatina Aisyah r.a berkata: "Aku keluar bersama Nabi saw dalam sebahagian musafirnya. Ketika itu aku seorang gadis yang tidak gemuk. Baginda berkata kepada sahabat-sahabat lain: Pergi dahulu, lalu sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata kepada ku: "Mari ke sini (baginda mengajak untuk berlumba lari). Aku akan menewaskanmu. Aisyah berkata: "Lalu aku telah menewaskan baginda. Lalu baginda mendiamkan diri. Hinggalah tiba pada masa aku sudah menjadi gemuk dan aku pun sudah terlupa akan hal itu. Aku telah keluar lagi bersama baginda dalam sebahagian musafirnya. Lalu baginda berkata kepada orang ramai: Pergi dahulu, lalu sahabat pun bergerak dahulu. Kemudian baginda berkata: "Mari ke sini. Aku akan menewaskanmu." Kali ini, baginda telah menewaskan aku. Baginda pun ketawa dan berkata: Ini merupakan untuk itu (iaitu balasan untuk kekalahan sebelum itu)" (Musnad Ahmad) 

#Begitu juga, Rasulullah saw bermesra dan bermain dengan cucu Baginda. Imam at-Tabarani menyebut sebuah riwayat daripada Sayidina Al-Barra' Bin 'Azin r.a bahawa beliau pernah melihat Sayidina Hasan menunggang Rasulullah saw semasa solat lalu beliau berkata: "Sebaik-baik tunggangan ialah 'haiwan tunggangan' kalian."

#Selain itu, berdasarkan hadis daripada Abi Qatadah al-Ansari r.a beliau berkata: "Sesungguhnya Rasulullah saw pernah menunaikan solat dalam keadaan baginda memikul atau mendukung Umamah binti Zainab binti Rasulillah saw dan dia merupakan anak kepada Abu Al-'Ash bin Rabi'ah bin 'Abd Syams. Apabila baginda apabila baginda berdiri, baginda mendukungnya." (HR al-Bukhari)

#Rasulullah saw w sentiasa bersifat belas kasihan dan prihatin dengan keadaan insan lain walaupun ketika baginda sedang beribadah. Suatu ketika baginda hendak memanjangkan bacaan dalam solat, lalu mendengar tangisan anak kecil, baginda mempercepatkan solat agar tidak menyukarkan ibunya.

♡Berdasarkan pelbagai kisah yang dinyatakan, jelas kelihatan ketinggian sifat rahmah dan kasih sayang Rasulullah saw kepada cucu, kaum keluarga serta anak-anak kecil. Sifat tersebut bertepatan dengan matlamat pengutusan baginda yang menjadi rahmat bagi sekalian alam♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Safar 1445H☆

رُّبَمَا یَوَدُّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ لَوۡ كَانُوا۟ مُسۡلِمِینَ

"Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam" [Surah al-Ḥijr 2]

#Dalam ayat ini, Allah swt menceritakan perihal orang kafir di akhirat kelak. Allah swt memaklumkan kepada kita tentang suasana di mahsyar supaya kita dapat ambil pengajaran dari sekarang agar jangan sesal di akhirat kelak.

#Allah swt mengatakan ketika orang kafir diazab dan berada di dalam neraka, saat itu mereka rasa menyesal yang teramat sangat. Mereka sangat berharap agar mereka dulu di dunia jadi seorang mukmin.

وَلَوۡ تَرَىٰۤ إِذۡ وُقِفُوا۟ عَلَى ٱلنَّارِ فَقَالُوا۟ یَـٰلَیۡتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ

"Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: "Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman" [Surah al-Anʿam 27]

#Ini kerana, jika mereka Mukmin, walaupun di bakar di dalam neraka ribuan tahun mereka tetap akan keluar dari neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga.

#Sabda Rasulullah saw:

إِنِّي لَأَعْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِ خُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولًا: رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنَ النَّارِ كَبْوًا

Sesungguhnya aku tahu tentang orang yang terakhir akan keluar dari neraka, dan orang yang terakhir memasuki syurga. Dia adalah seorang lelaki yang akan keluar dari neraka dalam keadaan merangkak

فَيَقُولُ اللهُ: اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، وَجَدْتُهَا مَلْأَى، فَيَقُولُ: اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى، فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ: يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى

Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh. Allah berkata lagi: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Lalu lelaki itu pergi ke syurga tetapi dia membayangkan bahawa syurga telah penuh. Lelaki itu pun kembali kepada Allah lalu berkata: Wahai Tuhan, aku mendapati syurga telah penuh.”

فَيَقُولُ: اذْهَبْ فَادْخُلِ الْجَنَّةَ، فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا، أَوْ إِنَّ لَكَ مِثْلَ عَشَرَةِ أَمْثَالِ الدُّنْيَا، فَيَقُولُ: تَسْخَرُ مِنِّي أَوْ تَضْحَكُ مِنِّي وَأَنْتَ الْمَلِكُ؟

Lalu Allah berkata: Pergilah, dan masuklah ke dalam syurga. Sesungguhnya untuk engkau seperti dunia dan sepuluh kali gandanya. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mempermainkan aku, atau mentertawakan aku, sedangkan Engkau Raja?” (HR al-Bukhari)

#Ibn Battal mengatakan: “Sesiapa yang mati dalam keadaan mentauhidkan Allah akan masuk syurga walaupun dia melakukan dosa, dan dia tidak akan kekal di neraka kerana dosanya"

♡Sifat rahmat dan keampunan Allah sangat luas terhadap hamba-hambanya. Sejahat manapun asalkan mati Islam akan dimasukkan ke dalam syurga. Jika mati kafir, penyesalan yang tiada kesudahan bakal menghantui mereka♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Safar 1445H☆

حَتَّىٰۤ إِذَا مَا جَاۤءُوهَا شَهِدَ عَلَیۡهِمۡ سَمۡعُهُمۡ وَأَبۡصَـٰرُهُمۡ وَجُلُودُهُم بِمَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ

"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan"

وَقَالُوا۟ لِجُلُودِهِمۡ لِمَ شَهِدتُّمۡ عَلَیۡنَاۖ قَالُوۤا۟ أَنطَقَنَا ٱللَّهُ ٱلَّذِیۤ أَنطَقَ كُلَّ شَیۡءࣲۚ وَهُوَ خَلَقَكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةࣲ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ 

"Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)" [Surah Fussilat 20-21]

#Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu di hari kiamat kelak. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Di akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

#Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

#Pelbagai riwayat menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.

#Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.

#Berkata Imam At-Tahir Ibn ‘Ashur rahimahullah: “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.” (Lihat: Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir)

#Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Di mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita. Insaf!!.

♡Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah swt. Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Insafilah dan bertaubatlah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Safar 1445H☆

هَـٰۤأَنتُمۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ تُدۡعَوۡنَ لِتُنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ فَمِنكُم مَّن یَبۡخَلُۖ وَمَن یَبۡخَلۡ فَإِنَّمَا یَبۡخَلُ عَن نَّفۡسِهِۦۚ وَٱللَّهُ ٱلۡغَنِیُّ وَأَنتُمُ ٱلۡفُقَرَاۤءُۚ وَإِن تَتَوَلَّوۡا۟ یَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَیۡرَكُمۡ ثُمَّ لَا یَكُونُوۤا۟ أَمۡثَـٰلَكُم

"(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil, padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu" [Surah Muḥammad 38]

#Allah swt mengingatkan kita semua bahawa Dia tidak memerlukan kita ataupun harta kita. Maka apabila Allah swt memerintahkan kita untuk bersedekah di jalanNya, semua itu bukan untuk diriNya tetapi untuk kebaikan diri kita. Segala kebaikan dan manfaat itu akan pulang kepada kita sebenarnya. Maka teramat rugi jika kita tidak menyahut seruan untuk infak dijalan Allah swt.

#Allah swt tidak perlukan kita atau harta kita kerana Allah swt Maha Terkaya. Maksud al-Ghani itu adalah tidak memerlukan. Sebaliknya kita yang memerlukan Allah swt. Memerlukan pertolongan Allah. Kitalah yang berhajat kepada bantuan dari Allah swt. Dan kita juga mengharapkan ganjaran pahala dan keredhaanNya dari infak yang kita keluarkan itu.

#Kemudian Allah swt memberi peringatan yang sangat menakutkan dan menggerunkan jiwa seorang Mukmin iaitu jika kita berpaling dari keimanan, ketaqwaan, tidak mahu menunaikan jihad dan bakhil untuk mengeluarkan harta bagi membantu perjuangan jihad fi sabilillah, maka Allah swt akan gantikan kita dengan umat yang lain.

#Ketahuilah, pergantian itu bukan serta merta, sebaliknya sedikit demi sedikit. Sehinggakan kita tidak perasan pun yang kita sedang ditukar dan diganti dengan umat lain.

#Kalimah يَستَبدِل (yastabdil) yang digunakan menunjukkan ia tidak berlaku sekaligus tetapi secara sedikit demi sedikit, secara perlahan-lahan tanpa sedar berlaku. Jadi ayat ini adalah ayat yang amat menakutkan dan menggerunkan.

#Jangan sesekali memandang remeh atau pandang sebelah mata atau buat tak kisah mengenai amaran dan peringatan Allah swt ini. Allah swt boleh sahaja hendak musnahkan atau lenyapkan kita dalam sekelip mata  dan Allah swt sudah beri peringatan di sini.

Bersambung...

♡Takutlah akan ancaman Allah swt. Jangan sesekali melanggari perintahNya, dibimbangi kehancuran datang menimpa dan kita lenyap tanpa nisan, kemudian diganti dengan kaum yang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Safar 1445H☆

إِنَّمَا یَفۡتَرِی ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِینَ لَا یُؤۡمِنُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡكَـٰذِبُونَ

"Sebenarnya yang tergamak mengadakan pembohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta (berbohong)" [Surah an-Naḥl 105]

#Seorang Mukmin tidak mungkin akan berbohong. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw menyatakan bahawa seorang Mukmin boleh jadi pengecut dan kedekut, tapi tidak mungkin sama sekali berbohong:

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ جَبَانًا؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَقِيلَ لَهُ: أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ بَخِيلًا؟ فَقَالَ: نَعَمْ، فَقِيلَ لَهُ: أَيَكُونُ الْمُؤْمِنُ كَذَّابًا؟ فَقَالَ: لَا

Ditanyakan kepada Rasulullah saw: “Mungkinkah seorang Mukmin itu pengecut?”. Mungkin, jawab Rasulullah saw. Mungkinkah seorang Mukmin itu bakhil?. Ya, mungkin, jawab Rasulullah saw lagi. Mungkinkah seorang Mukmin itu pembohong?”Rasulullah saw menjawab: “Tidak” (Riwayat Imam Malik dan al-Baihaqi)

#Rasulullah saw juga menjamin kedudukan di tengah-tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan dusta sekalipun bergurau:

أَنَا زَعِيْمٌ بِبَيْتٍ فِيْ رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِيْ وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِيْ أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ.

Sayidina Abu Umamah r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Aku akan menjamin sebuah rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia benar. Aku juga menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan berbohong meskipun sekadar bergurau. Dan aku juga menjamin sebuah rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik" (HR Abu Daud)

#Rasulullah saw juga bersabda:

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِى الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا

Satu bahagian kecil nikmat di syurga lebih baik dari dunia dan seisinya" (HR al-Bukhari)

#Bagi kaki bohong, ingatlah tempat yang disediakan untuk mereka adalah neraka. Sabda Rasulullah saw:

إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الْفُجُورِ، وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا

"Jauhilah kalian daripada sikap suka berbohong kerana berbohong akan membawa kepada kejahatan, dan kejahatan akan membawa ke neraka. Jika sekiranya seseorang itu sentiasa berdusta, maka kelak dia akan dicatat di sisi Allah swt sebagai pendusta" (HR al-Bukhari)

♡Ya Allah, mudahkanlah hambaMu ini untuk sentiasa memiliki akhlak yang mulia, selalu berlaku jujur dalam segala hal. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Safar 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Aali-ʿImran 14]

#Sambung bicara tentang kedahsyatan fitnah wanita.

#Allah menjelaskan bahawa ada di antara isteri-isteri dan wanita yang menjadi musuh bagi suami dan orang tuanya, yang mencegah mereka berbuat baik dan mendekatkan diri kepada Allah swt serta menghalangi mereka beramal soleh, bahkan adakalanya menjerumuskan mereka kepada perbuatan maksiat, perbuatan haram yang dilarang oleh agama. 

#Firman Allah swt:

ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلࣰا لِّلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱمۡرَأَتَ نُوحࣲ وَٱمۡرَأَتَ لُوطࣲۖ كَانَتَا تَحۡتَ عَبۡدَیۡنِ مِنۡ عِبَادِنَا صَـٰلِحَیۡنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمۡ یُغۡنِیَا عَنۡهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَیۡـࣰٔا وَقِیلَ ٱدۡخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّ ٰ⁠خِلِینَ

"Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya) bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya), iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut; mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah, dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan): "Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)" [Surah at-Taḥrim 10]

#Selain itu, disebabkan rasa sayang dan cinta kepada wanita, menjadikan ramai para lelaki buta dengan kebenaran. Seorang suami tidak segan-segan berbuat yang dilarang oleh agama seperti makan rasuah dan lain-lain kerana ingin memenuhi kehendak isteri atau wanita yang disayangi dalam berbelanja dan bermewah-mewah. Selain itu, sanggup membiarkan anak isterinya berdua-duaan dengan bukan mahram, membuka aurat, berpakaian menjolok mata, berpakaian seksi dan mendedahkan tubuh badan untuk tatapan orang ramai.

#Sabda Nabi saw: "Wanita itu aurat, apabila dia keluar rumah, syaitan terus memandangnya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehinggalah terjadinya fitnah)” (Sahih at-Tirmizi)

#Rasulullah saw bersabda:
Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duaan dengan wanita (bukan-mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan" (HR al-Bukhari dan Muslim)  

#Sepatutnya seorang lelaki perlu membimbing dan mendidik wanita yang dikasihinya agar mengikuti peraturan agama dan kehendak Allah dan Rasul, bukannya diikuti segala kehendak mereka yang boleh memusnahkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.

♡Didiklah wanita agar tergolong dalam kalangan wanita solehah. Disamping itu, berwaspadalah dengan wanita penggoda kerana mereka bakal menjahanamkan akhirat kita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Safar 1445H☆

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..." [Surah an-Nur 32]

#Bagi sesiapa yang ingin berkahwin maka hendaklah perkahwinan itu semata-mata kerana Allah iaitu membina rumahtangga yang mengamalkan ajaran Islam, melahirkan zuriat yang baik sehingga mampu memikul amanah dan satu usaha bagi memastikan hidayah Allah swt berterusan dan tersebar ke seluruh alam ini. Firman Allah swt:

ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِن بَعْضٍ ۗ

"(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui" [Surah Aali Imran 34]

#Selain itu, orang yang berkahwin itu juga dikira telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya. Sabda Nabi saw:

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki" (HR al-Baihaqi dan at-Tabarani)

#Malangnya, kebelakangan ini sebahagian manusia memilih tidak berkahwin dan lebih selesa bermaksiat tanpa kahwin. Ini merupakan fenomena yang tidak sihat, sesat dan mengundang kemurkaan Allah swt.

#Disebabkan itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya.

#Sabda Rasulullah saw bersabda: "Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim)

#Terdapat satu lagi fenomena pelik di akhir zaman iaitu permasalahan perkahwinan songsang yang merujuk kepada komuniti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT).

#Daripada Sayidina Abu Musa al-Ash'ari r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Tidaklah seorang wanita itu menikmati hubungan dengan seorang wanita lain kecuali mereka berzina. Dan tidaklah seorang lelaki menikmati hubungan dengan seorang lelaki lain kecuali mereka juga (sedang) berzina" (Lihat: al-Mu'jam al-Awsat)

#Allah swt menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, lelaki dengan perempuan dengan jalan perkahwinan yang halal mengikut syarak supaya manusia boleh memperoleh zuriat, memelihara keturunan, sekali gus menjaga akhlak supaya tidak dicemari dengan perbuatan tidak sepatutnya.

♡Berkahwinlah, kerana dengan berkahwin kita berjaya menghidupkan salah satu daripada sunnah Rasulullah saw yang sangat bernilai. Jangan sesekali berzina, kerana itu adalah kegembiraan syaitan dalam merosakkan manusia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Safar 1445H☆

وَأَنكِحُوا۟ ٱلۡأَیَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِینَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَاۤىِٕكُمۡۚ

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan..." [Surah an-Nur 32]

#Islam menggalakkan perkahwinan. Salah satu cara untuk mengelak berlakunya penzinaan maka Islam menganjurkan perkahwinan. Apabila seseorang itu ada pasangan, maka keperluan nafsu dapat dipenuhi dengan cara halal maka tidaklah lagi ada pencarian kepada cara yang haram.

#Dalam ayat ini, Allah swt mengajar kita supaya jangan biarkan wanita dan lelaki hidup bersendirian terlalu lama. Jika ada anak dara yang sudah cukup umur, carikan lelaki yang sesuai untuk mereka. Dan jika ada anak teruna, suruh mereka berkahwin dengan segera. Jika mereka menjadi janda atau duda, usahakan supaya mereka juga berpasangan kembali.

#Namun perlu diingat, perintah kahwin ini bukanlah paksaan. Kita tidak boleh memaksa sesiapa berkahwin tanpa keinginan mereka. Cuma kita boleh galakkan mereka berkahwin dan mudahkan perkahwinan itu. Kita perlu menasihati anak-anak muda tentang pentingnya sebuah perkahwinan dan hidup berpasangan. Ini kerana ianya dapat menjaga mata, menjaga hati dan menjaga kemaluan dari melakukan perkara terlarang.

#Sabda Nabi saw:

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ

“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu (pembiayaan) berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin). Dan sesiapa yang belum mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat menjadi perisai baginya (dalam membendung syahwat)" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Bagi mereka yang sudah mempunyai kemampuan sama ada secara fizikal atau ekonomi, maka hendaklah segera bernikah. Ini kerana terdapat padanya banyak faedah dan kebaikan. Disebut dalam kitab Syarh Bulugh al-Maram: Ramai dari kalangan ulamak yang menyebut bahawa seseorang yang sudah mampu (secara fizikal dan ekonomi) untuk berkahwin, maka wajib baginya untuk berkahwin. Ini kerana pada dasarnya, perintah tersebut (فَلْيَتَزَوَّجْ) menunjukkan kewajiban, dan di dalam pernikahan itu terdapat maslahat yang agung. (Lihat: Syarh Bulugh al-Maram)

#Sekarang musim cuti sekolah, musim banyak berlangsungnya majlis perkahwinan, maka Kita dianjurkan untuk mengucapkan tahniah dan doakan kebaikan untuk para pengantin. Berkata Sayidina Abu Hurairah r.a, adalah Rasulullah saw mengucapkan selamat kepada orang yang berkahwin,  dengan kata-kata (doa):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا عَلَى خَيْرٍ

"Semoga Allah memberkatimu dan juga memberkati isterimu serta mengumpulkan kalian berdua atas kebaikan” (HR Ahmad)

♡Berkahwinlah kerana ia adalah perintah Allah swt dan sunnah Rasulullah saw. Semoga terdapat kebaikan yang banyak kepada mereka yang berkahwin. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Safar 1445H☆

ٱللَّهُ وَلِیُّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ 

"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman)" [Surah al-Baqarah 257]

#Misi Islam ialah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Inilah kemerdekaan bagi setiap insan. Membebaskan diri daripada belenggu kesesatan dan kesyirikan kepada cahaya kebenaran dan keimanan.

وَمَاۤ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةࣰ لِّلۡعَـٰلَمِینَ

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam" [Surah al-Anbiyaʾ 107]

#Ayat diatas menunjukkan bahawa syariat yang diturunkan oleh Allah swt akan membebaskan manusia daripada kegelapan menuju cahaya, dari kegelapan kekufuran ideologi dan sistem sekularisme mahupun sosialisme menuju cahaya iman, iaitu ideologi dan sistem Islam. Inilah kemerdekaan yang sebenar iaitu kembalinya umat Islam ke pangkuan cara hidup Islam sepenuhnya, bukannya mengabdikan diri kepada sistem buatan manusia, cara hidup jahiliyah dan dasar-dasar kekufuran.

#Secara fizikalnya kita nampak umat Islam merdeka dari penjajahan tetapi sebenarnya pemikiran, jiwa dan cara hidup masih lagi dijajah dengan sistem barat. Oleh itu, umat ini memerlukan kemerdekaan pemikiran, jiwa dan cara hidup. Setelah itu, barulah kemerdekaan sebenar dapat dicapai dan dihayati.

#Kemerdekaan adalah sesuatu yang mulia dan dituntut oleh Islam. Kedatangan Islam itu sendiri membawa misi untuk memerdekakan manusia dari ketundukan kepada makhluk dan sistem ciptaan manusia kepada ketundukan secara mutlak kepada al-Khaliq dan seluruh sistemNya.

#Inilah pendekatan dan pendirian yang menjadi jati diri para sahabat yang telah diasuh oleh Rasulullah saw. Inilah juga yang digambarkan dalam jawapan yang dikemukakan oleh Rab’i bin Amir, Hudzaifah bin Mihshin dan Mughirah bin Syu‘bah ketika ditanya oleh Panglima Rustum (Panglima Parsi) secara bergantian pada hari yang berbeza di medan Peperangan Qadisiyah.

#Rustum, Panglima Parsi bertanya: “Apa yang menyebabkan kalian datang ke sini?” Mereka menjawab: “Allah telah mengutus kami untuk membebaskan siapa sahaja yang mahu dari penghambaan kepada hamba (makhluk) menuju penghambaan hanya kepada Allah semata, dari kesempitan dunia menuju keluasannya, dan dari kezaliman agama-agama selain Islam menuju keadilan Islam….” (Lihat: Tarikh at-Thabari)

♡Inilah kemerdekaan sebenar yang dikehendaki oleh Islam. Sesungguhnya, Islam sahajalah yang akan membebaskan manusia dari penghambaan kepada makhluk menuju penghambaan hanya kepada Allah swt semata. Kemerdekaan yang sebenar inilah yang semestinya kita usahakan untuk diwujudkan dalam kehidupan setiap insan, dalam masyarakat dan dalam negara. Salam Kemerdekaan ke-66!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Safar 1445H☆

وَقَالُوا۟ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِیۤ أَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِیرِ

"Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka" [Surah al-Mulk 10]

#Perhatikan sedalamnya penyesalan dahsyat yang berlaku kepada penghuni neraka. Apa yang dikesali oleh mereka ialah sewaktu didunia mereka diperingatkan dengan perintah dan larangan Allah swt namun mereka tidak mahu mendengar dan tidak menggunakan akal untuk berfikir.

#Manusia dikurniakan akal untuk berfikir baik buruk sesuatu yang hendak dilakukan. Dengan penggunaan akal, manusia mampu memilih antara intan dan kaca. Namun begitu, akal semata tidak akan sempurna. Akal perlu dipandu dengan ilmu. Dengan ilmu barulah lengkap penggunaan akal kerana dipandu dengan ilmu.

#Jika akal tidak berfungsi, bagaimana manusia dapat membuat pilihan? Maka manusia mulalah mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan.

#Ketahuilah bahawa akal dapat berfungsi jika ia dibekalkan dengan ilmu. Ilmu tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Apa yang bermanfaat dan apa yang mudarat. Apa yang menguntungkan dan apa yang merugikan.

#Jalan untuk mendapat ilmu adalah dengan membaca dan belajar. Justeru ayat pertama diturunkan adalah Iqra'  “BACALAH”!

#Maka dengan berilmu dan berfikir tentang segala perintah dan larangan Allah nescaya seseorang itu tidak menyesal di akhirat kelak.

♡Penyesalan di mahsyar atau ketika sudah di dalam neraka, merupakan malapetaka besar bagi sesiapa yang sombong didunia dahulu kerana tidak mahu belajar dan berfikir♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Safar 1445H☆

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِۦ فَأَعۡرَضَ عَنۡهَا وَنَسِیَ مَا قَدَّمَتۡ یَدَاهُۚ إِنَّا جَعَلۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ أَكِنَّةً أَن یَفۡقَهُوهُ وَفِیۤ ءَاذَانِهِمۡ وَقۡرࣰاۖ وَإِن تَدۡعُهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ فَلَن یَهۡتَدُوۤا۟ إِذًا أَبَدࣰا

"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya" [Surah al-Kahfi 57]

#Allah swt menyatakan dalam ayat ini bahawa dua golongan manusia yang paling zalim, paling jahat dan paling derhaka pada Allah swt iaitu mereka yang disampaikan dakwah, peringatan melalui ayat-ayat Allah lalu berpaling yakni tidak peduli akan ayat-ayat serta melanggarinya. Satu lagi ialah golongan yang memandang remeh akan dosa dan kesalahan yang dilakukan.

#Mereka langsung tidak peduli peringatan Allah berupa suruhan dan larangan Allah swt di dalam al-Quran bahkan tanpa rasa bersalah menolak peringatan tersebut.

#Dosa yang mereka lakukan itu tidak dinsafi, sengaja dilakukan malah semakin bertambah dan sengaja dilupakan.

#Disebabkan perbuatan jahat mereka itu menyebabkan Allah swt menutup pintu hati mereka daripada menerima kebenaran dan hidayah petunjukNya. Allah menutup pintu hati mereka dengan tutupan yang berlapus-lapis hingga menjadikan hati mereka keras dan mati.

#Mereka semakin lazat dalam melakukan maksiat, dosa dan kemungkaran. Mereka membenci kebaikan dan memusuhi perintah Allah swt. Mereka berusaha bermatian membela kejahatan dan memerangi kebaikan. Mereka memperjuang kesesatan dan berusaha memadamkan kebenaran. Hati mereka keras seumpama batu dan telinga mereka pekak untuk mendengar kebaikan.

#Nabi saw bersabda:

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالتَّفَاحُشُ، وَقَطِيعَةُ الرَّحِمِ، وَسُوءُ الْمُجَاوَرَةِ، وَحَتَّى يُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ وَيُخَوَّنَ الْأَمِينُ

"Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga muncul perkataan keji, kebiasaan berkata keji, memutus hubungan kerabat, keburukan bertetangga, dan sehingga orang yang khianat diberi amanah (kepercayaan) sedangkan orang yang amanah dianggap berkhianat" (HR Ahmad)

♡Ingatlah bahawa hanya dengan menjadikan kalam Allah sebagai panduan hidup akan menjadikan seseorang itu hamba Allah yang bertaqwa serta sentiasa beroleh petunjuknya. Sesiapa memusuhi ayat-ayat Allah swt, maka mereka itulah sezalim-zalim dan sejahat-jahat manusia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Safar 1445H☆

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب

"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)" [Surah ash-Sharḥ 8]

#Bagi sesiapa yang ditimpa musibah dan ujian hidup maka Allah lah tempat mengadu dan meminta. Pohonlah kekuatan dan ketabahan jiwa kepadaNya. Merayu dan merintihlah kepadaNya.

#Sesungguhnya ada sesuatu yang tidak kita ketahui di sebalik musibah tersebut. Maka bersabarlah dan berusahalah redha dengan takdir Ilahi disamping menjalinkan hubungan rapat dengan Allah swt dengan sentiasa mengadu, merayu dan berharap padaNya.

#Sesungguhnya, dahulu para Nabi dan orang soleh juga telah mendapatkan musibah sebagaimana yang kita perolehi. Lalu kenapa kita harus bersedih, mengeluh dan marah?. Bahkan orang soleh dahulunya (sesuai dengan tingkatan keimanan mereka), mereka malah memperoleh ujian yang jauh lebih berat.

#Cubalah kita hayati dan selami perkataan ulamak berikut. Imam al-Munawi mengatakan:

“Barangsiapa yang menyangka bahawa apabila seorang hamba ditimpa ujian yang berat, itu adalah suatu kehinaan, maka sungguh akalnya telah hilang dan hatinya telah buta (tertutup). Betapa banyak orang soleh (ulamak besar) yang mendapatkan berbagai ujian yang menyulitkan. Tidakkah kita melihat mengenai kisah disembelihnya Nabi Allah Yahya bin Zakariya, terbunuhnya tiga Khulafa' ar-Rasyidin, terbunuhnya Sayidina Husain, Sayidina Ibnu Zubair dan Sayidina Ibnu Jabir. Begitu juga tidakkah kita perhatikan kisah Imam Abu Hanifah yang dipenjara sehingga mati di dalam penjara, Imam Malik yang ditelanjang kemudian dicambuk dengan rotan dan tangannya ditarik sehingga tercabut bahunya. Begitu juga kisah Imam Ahmad yang diseksa hingga pengsan dan kulitnya disiyat dalam keadaan hidup (disekat). Dan masih banyak kisah lainnya” (Lihat: Faidhul Qadhir Syarh Al-Jami’ Ash Shagir)

#Tugas kita, banyakkan berdoa. Ketika musibah terjadi, cepat berdoa kepada Allah, minta kepada Allah, jangan minta kepada selain Allah swt seperti pada lautan, gunung, matahari dan sebagainya. Berdoa kepada Allah, cukuplah terjadi musibah di tempat kita bukan di tempat-tempat yang lain. 

#Rasulullah saw juga berdoa:

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيْعِ سَخَطِكَ

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari hilangnya nikmatMu, dari berubahnya 'afiat (kesejahteraan) dariMu, dari hukumanMu yang datang dengan tiba-tiba, dan dari seluruh kemarahanMu" (HR Muslim dan Abu Dawud)

#Berkata seorang penyair Arab:

"Sabar itu seperti namanya, pahit rasanya.... Namun akhirnya lebih manis daripada madu"

♡Banyakkan berdoa mengadu padaNya tatkala musibah melanda dan menimpa. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang diberikan sifat sabar dalam melakukan menghadapi musibah, dalam menjauhi maksiat dan melakukan ketaatan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Safar 1445H☆

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ ٰ⁠لِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ٰ⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ * ٱلَّذِینَ إِذَاۤ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِیبَةࣱ قَالُوۤا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّاۤ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ * أُو۟لَـٰۤىِٕكَ عَلَیۡهِمۡ صَلَوَ ٰ⁠تࣱ مِّن رَّبِّهِمۡ وَرَحۡمَةࣱۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُهۡتَدُونَ

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya" [Surah al-Baqarah 155-157]

#Allah swt memaklumkan bahawa setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian. Maka hendaklah bersabar dan tabah menghadapinya dengan mendekatkan diri pada Allah swt.

#Berkata Almarhum Sayid Qutub rahimahullah: "Penganut-penganut akidah itu pasti diuji dengan kesusahan agar pegangan hati mereka bertambah kukuh dan kuat, kerana kesusahan-kesusahan dan penderitaan-penderitaan itulah yang dapat merangsang segala kekuatan dan daya tenaga mereka yang terpendam dan tersimpan".

#Diriwayatkan daripada ‘Ikrimah, bahawa pelita Rasulullah saw terpadam pada satu malam. Lantas Baginda saw mengucapkan: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah swt dan kepada Allah swt jualah kami kembali.” Kemudian dikatakan kepadanya: "Adakah ini dianggap musibah wahai Rasulullah saw?" Jawab Baginda saw: "Ya". Setiap yang menyakiti orang beriman maka ia dianggap musibah".

#Imam besar Imam as-Syafie juga pernah diuji dengan sakit yang berat dan pelbagai. Diriwayatkan bahawa Imam as-Syafi’e yang begitu tekun dengan ilmu pengetahuan, menjadikan dirinya kurang rehat dan menghidap penyakit yang berat.

#Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam menceritakan keadaan Imam as-Syafie yang menderita kesakitan: As-Syafie menderita penyakit buasir yang sangat parah dan membimbangkan. Dia menyedari, sakitnya itu kerana kurang penjagaan dan tidak mempedulikan pantang-larang.”

#Imam al-Muzani berkata, beliau masuk menemui Imam as-Syafie rahimahullah ketika sakit yang membawa kematiannya seraya bertanya: 

Bagaimana keadaanmu tuan guru?

Lantas beliau menjawab:

أصبحت من الدنيا راحلاً، وللإخوان مفارقا، وعلى الله وَارِداً، وبكأس المنية شاربا، ولسوء أعمالي ملاقيا، فلا أدري نفسي إلى الجنة تصير فأهنّيها، أو إلى النار فأعزيها

"Keadaanku pada pagi ini dari dunia akan berkelana, dari sahabat-sahabat akan berpisah, kepada Allah aku akan menemui, segelas kematian akan ku hirup dan buruk amalanku akan ku tempuhi. Aku tidak tahu adakah diriku menuju ke syurga, maka aku ucapkan tahniahnya atau ke neraka maka aku ucapkan takziahnya. (Lihat: Manaqib al-Syafi’e oleh Imam al-Baihaqi)

#Hayatilah ujian dengan penuh keinsafan dan tawaduk, di samping menguruskan takdir dengan berdoa kerana Yang Maha Suci Allah yang memiliki sifat Maha Pemurah dan Maha Mengasihi.

#Memang takdir Tuhan itu sudah tertulis di Luh Mahfuz hambaNya. Tetapi kita sebagai hamba perlu berdoa. Kuasa doa itu sangat hebat, itu satu kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita semua. Berdoalah, untuk rezeki yang baik, jodoh yang baik dan kematian yang husnul khatimah. Doa, itu sahaja yang boleh mengubah takdir kita.

♡Dunia merupakan medan ujian bagi mengesahkan dan menapis hakikat perhambaan. Jika berjaya nescaya bahagialah, sebaliknya jika rebah nescaya rugilah. Amat besar ganjaran dan balasan Allah terhadap orang yang sabar sehingga dikurniakan tiga keistimewaan iaitu selawat, rahmat dan hidayah. Bersabarlah....♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Safar 1445H☆

نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ * ٱلَّتِی تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ * إِنَّهَا عَلَیۡهِم مُّؤۡصَدَةࣱ * فِی عَمَدࣲ مُّمَدَّدَةِۭ

"(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya). Yang naik menjulang ke hati. Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang" [Surah al-Humazah 6-9]

#Allah swt menceritakan tentang perihal neraka dan kedahsyatan seksaan kepada kita semua untuk memaklumkan bahawa neraka itu ada dan azabnya benar agar hamba-hambaNya takut kepada api neraka.

#Rasulullah saw pernah berdiri di mimbar di hadapan sahabat-sahabat baginda generasi terbaik dalam Islam dan berpidato dengan mengatakan: "Aku peringatkan kalian dengan adanya api neraka".

#Kita diingatkan dengan api neraka kerana inilah yang akan memotivasikan kita dalam meninggalkan kemaksiatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Azab Allah swt itu ada dua macam. Ada azab yang dikenakan di dunia. Dan ada azab yang dahsyat yang akan dikenakan di akhirat kelak.

#Buat pelaku dosa Allah swt ancam dengan dua azab. Sebelum Allah swt timpakan azab besar di akhirat, Allah swt timpakan azab di dunia agar mereka tersentap dan kembali kepada Allah swt serta kembali ingat kepada Allah swt.

وَلَنُذِیقَنَّهُم مِّنَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَدۡنَىٰ دُونَ ٱلۡعَذَابِ ٱلۡأَكۡبَرِ لَعَلَّهُمۡ یَرۡجِعُونَ

"Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat" [Surah as-Sajdah 21]

#Sakit yang menimpa kita, mungkin juga itu azab atau mungkin juga peringatan untuk kita bertaubat dan kembali kepada Allah. Azab yang menimpa umat Nabi Nuh, berupa azab menyeluruh dan azab yang menimpa Qarun, berupa azab perseorangan.

#Azab itu ada yang boleh dilihat dan ada juga dalam bentuk dirasakan. Hati yang tidak mahu mendengar nasihat adalah azab, doa yang tidak dikabulkan juga azab, syaitan yang menguasai diri juga azab dan hati yang degil juga azab. Kadang-kadang Allah swt menyegerakan azab, contohnya sedang berhibur di pantai, tiba-tiba datang Tsunami gelombang besar yang menelan dan membinasakan semuanya. Semoga dengan azab yang ditimpakan ke atas kita, menjadi penyebab dihapuskan semua dosa dan juga menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan.

♡Ingatlah bahawa azab neraka itu benar dan disediakan untuk pendosa dan penderhaka pada Allah swt. Bertaubatlah, kerana Allah Maha Pengampun dan Maha menerima taubat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Подписаться на канал