tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Rejab 1442H☆

وَلِسَانࣰا وَشَفَتَیۡنِ

"Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?" [Surah al-Balad 9]

#Allah swt mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita dan tersangat banyak tidak terhingga. Di antara nikmat yang hendaknya kita renungkan adalah nikmat lidah yang dengannya kita dapat berbicara.

#Maka sewajarnya kita mensyukurinya dan menggunakan nikmat ini dalam ketaatan dan perkara-perkara yang diredhaiNya.

#Di antara bentuk mensyukuri nikmat lidah adalah sentiasa menggunakannya dalam ketaatan kepada Allah dan menjaganya dari perkara-perkara yang Allah murkai.

#Berkata Yunus bin Ubaid rahimahullah: 

ما رأيت أحداً لسانه منه على بال إلا رأيت ذلك صلاحاً في سائر عمله

“Tidaklah aku menjumpai seseorang yang memperhatikan (menjaga) lidahnya, melainkan hal tersebut memberi pengaruh yang baik terhadap seluruh aktivitinya” (Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam)

#Berkata Yahya bin Abi Katsir rahimahullah:

ما صلَحَ منطقُ رجل إلاَّ عرفتَ ذلك في سائر عمله ، ولا فسدَ منطقُ رجلٍ قطُّ إلاَّ عرفتَ ذلك في سائر عمله 

“Tidaklah seseorang yang baik ucapannya, kecuali akan nampak kebaikan pada seluruh aktivitinya. Dan tidaklah seseorang yang buruk ucapannya, kecuali akan jelas pula keburukan pada semua aktivitinya" (Hilyatul Auliya’)

#Diriwayatkan daripada Sayidina ‘Uqbah bin ‘Amir r.a berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu? Nabi saw menjawab:

أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ 

“Jaga lidahmu, tetaplah tinggal di rumahmu dan tangisilah dosa-dosamu" (HR at-Tirmizi)

♡Gunalah nikmat lidah untuk memuji Allah, membaca al-Quran, berzikir, berselawat, berdakwah dan ucaplah perkara yang mendatangkan pahala. Jauhilah ucapan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Rejab 1442H☆

وَمَن یَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَیَمُتۡ وَهُوَ كَافِرࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" [Surah al-Baqarah 217]

#Tadabbur kalamullah semalam membicarakan beberapa perkara tentang murtad dan cara untuk kembali semula kepada Islam.

#Perbahasan kali ini akan memperkatakan mengenai punca seseorang itu murtad. Antara punca murtad ialah:

1. Kejahilan dan kedangkalan mengenai agama Islam.
2. Pengaruh sahabat dan rakan taulan.
3. Media massa termasuk capaian internet dan maklumat yang dicurahkan sama ada bersifat audio atau video menjadi penyumbang ke arah gejala murtad.
4. Kesempitan hidup yang membelenggu terutama krisis ekonomi dan kewangan sehingga terpaksa memohon bantuan daripada badan-badan bukan Islam.
5. Terpengaruh untuk bersama dan berkahwin dengan pasangan bukan Islam juga menyebabkan berlakunya murtad.
6. Kes perceraian akan turut berlaku kes murtad atau percubaan murtad oleh saudara baru yang tidak kuat pegangan agama.
7. Nipisnya keimanan dan surut dari semasa ke semasa sehingga hilang cahaya iman dalam diri.
8. Golongan muallaf yang baru berjinak dan cuba memahami Islam tetapi diabaikan sehingga terumbang ambing dan murtad.
9. Tawaran, habuan dunia dan kewangan sehingga mengaburi akan hakikat kebenaran Islam.

#Ketahuilah bahawa azab yang pedih, perit, ngeri dan menggerunkan bakal membaham golongan yang murtad dan kufur kepada Allah swt. Bertaubatlah selagi nyawa belum sampai ke kerongkong.

مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِیمَـٰنِهِۦۤ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَىِٕنُّۢ بِٱلۡإِیمَـٰنِ وَلَـٰكِن مَّن شَرَحَ بِٱلۡكُفۡرِ صَدۡرࣰا فَعَلَیۡهِمۡ غَضَبࣱ مِّنَ ٱللَّهِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِیمࣱ

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar" [Surah an-Nahl 106]

♡Semoga Allah memelihara iman kita dan menjadikan kita sentiasa berada di atas jalan kebenaran. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Rejab 1442H☆

لَهُۥ مُعَقِّبَـٰتࣱ مِّنۢ بَیۡنِ یَدَیۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ یَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُغَیِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ یُغَیِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَاۤ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمࣲ سُوۤءࣰا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya" [Surah ar-Ra'd 11]

#Berkata Sayidina Ibnu Abbas r.huma:

هم الملائكة يحفظونه بأمر الله، فإذا جاء القدر خلَّوا عنه

“Mereka adalah para malaikat yang menjaga manusia dengan perintah Allah swt. Jika ada takdir yang akan menimpanya maka malaikat ini akan menjauhkan darinya”.

#Penjagaan Allah swt bagi hambaNya meliputi dua perkara:

1. Menjaganya dalam hal ehwal urusan dunia. Allah akan menjaga hamba tersebut dalam kebaikan urusan dunianya, seperti menjaga tubuhnya, anak-anaknya, keluarganya, dan kekayaannya.

2. Menjaganya dalam hal ehwal urusan agama. Ini merupakan bentuk penjagaan yang paling mulia iaitu penjagaan Allah dalam perkara agama dan imannya. Allah menjaga kehidupannya dari berbagai macam pemikiran sesat dan dari syahwat yang haram. Allah menjaga agamanya sehingga orang tersebut meninggal dunia dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah swt.

#Allah swt berjanji bahawa sesiapa yang sentiasa menjaga Allah, maka Allah juga akan menjaganya. Sabda Nabi saw:

احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ

"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu" (HR at-Tirmizi)

#Ini menunjukkan bahawa barangsiapa yang menjaga batasan-batasan Allah dan memenuhi hak-hakNya, maka Allah pasti akan sentiasa menjaganya kerana sesungguhnya balasan akan setimpal dengan amalan.

#Marilah kita berdoa sebagaimana doa yang dibaca dan diajar oleh baginda saw:

اللَّهُمَّ احْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَائِمًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ قَاعِدًا، وَاحْفَظْنِي بِالْإِسْلَامِ رَاقِدًا، وَلَا تُشْمِتْ بِي عَدُوًّا حَاسِدًا، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ كُلِّ خَيْرٍ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ خَزَائِنُهُ بِيَدِكَ

"Ya Allah, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan berdiri, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan duduk, peliharalah daku dengan Islam ketika dalam keadaan baring dan jangan Engkau gembirakan musuhku yang hasad terhadapku. Ya Allah, sesungguhnya daku memohon kepadaMu semua kebaikan yang di dalam kekuasaanMu dan daku berlindung denganMu daripada semua keburukan yang di dalam kekuasaanMu" (HR al-Hakim)

♡Jagalah perintah dan larangan Allah, agar iman dan Islam kita sentiasa dijaga oleh Allah. Semoga kita sentiasa dalam perlindungan dan pemeliharaan Allah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Rejab 1442H☆

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ قَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا یَسۡمَعُونَ

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)" [Surah al-Anfal 21]

#Allah swt mendedahkan perangai jahat golongan munafik yang sentiasa mengaku bahawa mereka peduli tentang hal ehwal perintah dan larangan Allah. Mereka mengaku menerima, mematuhi dan mengikuti kehendak agama Allah, hukum Allah, perintah Allah dan juga kehendak syariat.

#Hakikatnya mereka menipu. Mereka langsung tidak mahu mendengar tentang agama Allah. Menentang perintah Allah. Melanggari larangan Allah. Bahkan tidak menerima hukum hakam yang ditetapkan Allah swt serta menghalang manusia daripada melakukan ketaatan. Ini bertepatan dengan firman Allah swt:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِینَ یَزۡعُمُونَ أَنَّهُمۡ ءَامَنُوا۟ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ یُرِیدُونَ أَن یَتَحَاكَمُوۤا۟ إِلَى ٱلطَّـٰغُوتِ وَقَدۡ أُمِرُوۤا۟ أَن یَكۡفُرُوا۟ بِهِۦۖ وَیُرِیدُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ أَن یُضِلَّهُمۡ ضَلَـٰلَۢا بَعِیدࣰا *

"Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh"

وَإِذَا قِیلَ لَهُمۡ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ مَاۤ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَإِلَى ٱلرَّسُولِ رَأَیۡتَ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودࣰا

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu" [Surah an-Nisa' 60-61]

#Rasulullah saw bersabda: “Ada dua sifat yang tidak akan pernah tergabung dalam hati orang munafik: Perilaku luhur dan pemahaman dalam agama” (HR at-Tirmizi)

♡Pastikan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang dengar dan taat serta patuh arahan Allah swt. Jangan sesekali berperangai seperti perangai orang munafik yang kuat mengkhianati agama♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Rejab 1442H☆

بَشِّرِ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ بِأَنَّ لَهُمۡ عَذَابًا أَلِیمًا

"Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya" [Surah an-Nisa' 138]

#Allah swt menyatakan dengan tegas bahawa tempat kediaman orang munafik di hari kiamat kelak ialah di neraka. Dilengkapi neraka itu dengan seksaan dan azab yang teramat dahsyat lagi ngeri untuk mereka. Bahkan mereka akan di ditempatkan di dasar neraka dan tiada sesiapa pun yang dapat menolong mereka.

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ فِی ٱلدَّرۡكِ ٱلۡأَسۡفَلِ مِنَ ٱلنَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمۡ نَصِیرًا

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka" [Surah an-Nisa' 145]

#Siapakah yang dikatakan munafik itu?

#Berkata Imam Ibnu Katsir rahimahullah: "Nifak adalah menampakkan kebaikan dan menyembunyikan keburukan.

#Berkata Imam Ibnu Juraij: “Orang munafik ialah orang yang percakapannya menyelisihi tindak-tanduknya, batinnya menyelisihi lahiriahnya, tempat masuknya menyelisihi tempat keluarnya, dan kehadirannya menyelisihi ketidakadaannya” (‘Umdah at-Tafsir)

إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ یُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik)" [Surah an-Nisa' 142]

وَلَا تَكُونُوا۟ كَٱلَّذِینَ قَالُوا۟ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا یَسۡمَعُونَ

"Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya)" [Surah al-Anfal 21]

#Disebabkan sifat kepura-puraan orang munafik dalam bab keimanan kepada Allah, zahir menampakkan beriman tetapi hakikatnya kufur bahkan sentiasa mengingkari perintah dan larangan Allah, maka mereka dilaknat dan dihumban ke dalam neraka Jahanam.

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتِ وَٱلۡكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ هِیَ حَسۡبُهُمۡۚ وَلَعَنَهُمُ ٱللَّهُۖ وَلَهُمۡ عَذَابࣱ مُّقِیمࣱ

"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal" [Surah at-Tawbah 68]

♡Mudah-mudahan Allah swt menjauhkan kita semua daripada sifat munafik dan kerosakan iman. Semoga kita dimatikan dalam keadaan benar-benar beriman kepadaNya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Rejab 1442H☆

مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

"...(Pembahagian pusaka itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya..." [Surah an-Nisa' 11]

#Dalam ayat ini Allah swt menyatakan bahawa orang yang meninggal dalam keadaan memiliki hutang, maka wajib disegerakan pembayaran hutang tersebut dari harta si mati.

#Harta peninggalan si mati wajib digunakan untuk membayar hutang-hutangnya terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada ahli waris.

#Berkata Imam al-Bahuti rahimahullah:

ويجب أن يسارع في قضاء دينه، وما فيه إبراء ذمته؛ من إخراج كفارة، وحج نذر، وغير ذلك

“Wajib menyegerakan pelunasan hutang si mati dan semua yang terkait pembebasan tanggungan si mati, seperti membayar kafarah, haji, nazar dan yang lainnya”.

#Berkata Syaikh Muhammad Mukhtar asy-Syinqithi rahimahullah:

فإذا مات الوالد أو القريب وقد ترك مالاً أو ترك بيتاً ، وعليه دين : فيجب على الورثة أن يبيعوا البيت لسداد دينه ، وهم يستأجرون

“Jika seorang anak meninggal atau seorang kerabat meninggal, dan ia meninggalkan harta atau rumah, sedangkan ia mempunyai hutang, maka wajib bagi ahli waris untuk menjual rumahnya untuk melunasi hutangnya, walaupun mereka sedang menyewakannya".

#Ini menunjukkan jika hartanya sudah habis dan hutangnya masih ada, maka wajib menjual aset-aset milik si mati untuk membayar segala hutangnya hingga selesai.

#Jika harta yang ditinggalkan si mati tidak mencukupi untuk melangsaikan hutangnya maka sunat kepada warisnya atau kerabatnya atau sesiapa sahaja untuk membantu menyelesaikannya.

#Imam al-Bahuti mengatakan:

فإن تعذر إيفاء دينه في الحال، لغيبة المال ونحوها استُحب لوارثه ، أو غيره: أن يتكفل به عنه

“Jika hutang si mati tidak dapat dilunasi ketika ia meninggal, disebabkan tidak adanya harta padanya, atau kerana sebab lain, maka dianjurkan (disunatkan) bagi ahli waris untuk melunasinya. Juga dianjurkan bagi orang lain untuk melunasinya".

♡Utamakan penyelesaian hutang si mati daripada pembahagian harta pusaka. Jangan tamakkan harta si mati sehinggakan diabaikan hutangnya dan didahulukan pembahagian pusaka. Dahulukanlah perintah Allah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Rejab 1442H☆

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk" [Surah at-Taubah 18]

#Masjid yang dipenuhi dengan majlis ilmu termasuk dalam makna dan maksud memakmurkan atau menghidupkan masjid-masjid Allah.

#Kaedah pengajaran dan pembelajaran agama dilakukan di masjid adalah amalan salafussoleh terdahulu. Rasulullah saw dan para sahabatnya serta tabi’in, begitu juga para imam yang empat dan tokoh-tokoh ulamak terkemuka sejak sekian lama menjadikan masjid sebagai salah satu medan ilmu yang telah diterima ramai oleh umat Islam dan satu bentuk pengimarahan rumah Allah.

#Nabi saw bersabda:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ فِيمَا بَيْنَهُمْ؛ إلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ، وَ حَفَّتهُمُ المَلاَئِكَة، وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ،

"Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya satu jalan ke syurga. Tidaklah satu kaum berkumpul di satu rumah (masjid) dari rumah-rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan mempelajarinya bersamasama, kecuali ketenangan akan turun kepada mereka, rahmat akan meliputi mereka dan malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan para malaikat-Nya" (HR Muslim)

#Majlis zikir adalah majlis yang di dalamnya ada kegiatan mengingati Allah dan hari akhirat. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah menjelaskan:

“Yang dimaksudkan dengan majlis-majlis zikir mencakupi majlis-majlis yang berisi zikrullah, dengan bermacam-macam zikir yang ada berupa tasbih, takbir, dan lainnya. Juga yang berisi bacaan Kitab Allah dan berisi doa kebaikan dunia dan akhirat. Menghadiri majlis pembacaan hadis Nabi, mempelajari ilmu agama, mengulang-ulanginya, berkumpul melakukan solat nafilah (sunat) di dalam majlis-majlis zikir adalah suatu matlamat dan keutamaan. Yang lebih nyata, majlis-majlis zikir adalah lebih khusus pada majlis-majlis tasbih, takbir dan lainnya, juga qiraatul Quran saja. Walau bagaimanapun, pembacaan hadis, mempelajari dan berdiskusi ilmu (agama) termasuk perkara yang masuk di bawah istilah zikrullah" (Fathul Bari)

#Semoga Allah swt menjadikan kita hambaNya yang mencintai masjid dan juga cintakan majlis ilmu. Semoga dengan itu layaklah kita memperolehi syurgaNya yang teristimewa. Aamiiin.  

♡Berusahalah untuk memakmurkan masjid dan surau dengan majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir. Semoga kita tergolong di kalangan hamba yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Rejab 1442H☆

فَمَن كَانَ یَرۡجُوا۟ لِقَاۤءَ رَبِّهِۦ فَلۡیَعۡمَلۡ عَمَلࣰا صَـٰلِحࣰا وَلَا یُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

"Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya" [Surah al-Kahf 110]

#Imam Ibnu Kathir rahimahullah menerangkan bahawa amal soleh ialah amalan yang sesuai dengan syariat Allah, sedangkan tidak mempersekutukan Allah maksudnya adalah amalan yang diniatkan untuk mencari wajah Allah (ikhlas). Inilah dua rukun amal yang akan diterima di sisiNya" (Lihat: Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Ini memahamkan kita bahawa hakikat amal soleh itu adalah yang dilakukan dengan ikhlas dan sesuai dengan tuntunan Nabi saw.

#Berkata Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah: “Sesungguhnya amalan jika ikhlas namun tidak benar maka tidak akan diterima. Demikian pula apabila amalan itu benar tapi tidak ikhlas juga tidak diterima sampai ia ikhlas dan benar. Ikhlas itu jika diperuntukkan bagi Allah, sedangkan benar jika berada di atas sunnah”.

#Syaikh as-Sa’di rahimahullah berkata: “Barangsiapa mengikhlaskan amal-amalnya untuk Allah serta dalam beramal itu dia mengikuti tuntunan Rasulullah saw maka inilah orang yang amalnya diterima. Barangsiapa yang kehilangan dua perkara ini -ikhlas dan mengikuti tuntunan- atau salah satunya maka amalnya tertolak".

وَقَدِمۡنَاۤ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنۡ عَمَلࣲ فَجَعَلۡنَـٰهُ هَبَاۤءࣰ مَّنثُورًا

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan ia bagaikan debu-debu yang berterbangan" [Surah al-Furqan 23]

♡Pastikan setiap amal dan perbuatan yang kita lakukan tepat berpandukan petunjuk Rasulullah saw dan dengan hati yang ikhlas. Jangan sibuk dengan pujian dan cercaan orang ramai, yang paling utama ialah jaga hati, pastikan benar-benar ikhlas. Hati.. sukar dijaga, namun tetap wajib dijaga sebaik-baiknya!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Rejab 1442H☆

وَإِمَّا یَنزَغَنَّكَ مِنَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ نَزۡغࣱ فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah Fussilat 36]

#Syaitan sentiasa berusaha sehabis daya untuk menghasut dan menggoda manusia agar bersamanya dalam kejahatan dan kesesatan. Dan inilah kerja syaitan. Ia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamatnya.

#Oleh itu, sebagai manusia yang membaca al-Quran, maka sewajibnya kita sentiasa memohon pertolongan dan perlindungan Allah agar dihindari kita daripada hasutan syaitan. Dan inilah perintah Allah di dalam al-Quran dan juga perintah Nabi di dalam hadisnya.

#Daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a berkata:

عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ كَانَ يَتَعَوَّذُ مِنَ الشَّيْطَانِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْثِهِ وَنَفْخِهِ

“Daripada Nabi saw, baginda sentiasa meminta perlindungan kepada Allah dari kegilaan syaitan, syair syaitan dan sifat sombongnya syaitan” (HR Ahmad)

#Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Rasulullah saw setelah takbir membaca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ

“Aku berlindung kepada Allah Yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk, dari kegilaannya, kesombongannya dan nyanyiannya yang tercela” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Nabi saw juga memerintahkan kita meminta perlindungan kepada Allah ketika mendengar suara anjing menyalak dan suara keldai.

#Nabi saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ، فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا، وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

“Jika kalian mendengar suara ayam jantan berkokok, mintalah kurniaan (berdoa) kepada Allah kerana ayam jantan tersebut melihat malaikat. Jika kalian mendengar suara keldai, mintalah perlindungan kepada Allah dari syaitan kerana keldai tersebut melihat syaitan” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a, Rasulullah saw bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ نُبَاحَ الْكِلاَبِ وَنَهِيقَ الْحُمُرِ بِاللَّيْلِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّهُنَّ يَرَيْنَ مَا لاَ تَرَوْنَ

“Jika kalian mendengar suara salakan anjing dan suara keldai pada malam hari, maka mintalah perlindungan kepada Allah kerana anjing dan keldai tersebut melihat apa yang kalian tidak nampak” (HR Abu Daud)

♡Syaitan sentiasa menggangu kita agar dekat dengannya dan jauh dengan Allah swt. Berusahalah mendekatkan diri kepada Allah dengan banyakkan berzikir, membaca al-Quran, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan sentiasalah memohon perlindungan Allah daripada gangguan syaitan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Rejab 1442H☆

قُلۡ یَـٰۤأَهۡلَ ٱلۡكِتَـٰبِ تَعَالَوۡا۟ إِلَىٰ كَلِمَةࣲ سَوَاۤءِۭ بَیۡنَنَا وَبَیۡنَكُمۡ أَلَّا نَعۡبُدَ إِلَّا ٱللَّهَ وَلَا نُشۡرِكَ بِهِۦ شَیۡـࣰٔا وَلَا یَتَّخِذَ بَعۡضُنَا بَعۡضًا أَرۡبَابࣰا مِّن دُونِ ٱللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوۡا۟ فَقُولُوا۟ ٱشۡهَدُوا۟ بِأَنَّا مُسۡلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam" [Surah Aali Imran 64]

#Dalam ayat ini Allah swt perintahkan kita untuk mengajak golongan Ahli Kitab mentauhidkan Allah dan menjauhkan diri daripada perkara kesyirikan. Namun jika mereka enggan dan menolak seruan kebenaran, maka biarkan mereka, dan tetaplah berbangga menjadi seorang muslim dan istiqamah berpegang teguh dengan akidah Islam.

#Sesungguhnya kaum muslimin adalah kaum yang tinggi dan mulia. Maka seharusnya kita bangga menjadi seorang muslim, bukannya sibuk mengikut ajaran, cara hidup dan budaya kaum yang lain.

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحۡزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman" [Surah Aali Imran 139]

#Tidak diragui lagi bahawa Islam ini adalah agama yang sempurna. Sempurna dalam aspek akidah, ibadah, akhlak, dan muamalah. Dalam semua aspek kehidupan, terdapat tuntunan dan bimbingan yang lengkap dalam agama Islam. Mulai dari bangun tidur hingga tidur kembali, semua sudah ada tuntunan dan bimbingan yang paling sempurna. Mulai dari awal bulan hingga akhir bulan, mulai dari awal tahun hingga akhir tahun, semua sudah ada tuntunan dan bimbingan yang paling sempurna.

♡Berbanggalah menjadi seorang Muslim, beramallah dengan ajarannya dan ajaklah orang lain kepada Islam. Semoga Allah swt memberikan hidayah dan taufik kepada kita semua untuk terus berada di atas jalan kebenaran. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Rejab 1442H☆

إنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّـهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّـهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ ۚ وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً كَمَا يُقَاتِلُونَكُمْ كَافَّةً ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ مَعَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa” [Surah at-Taubah 36]

#Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh al-Hafiz Imam Ibnu Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir)

#Bulan Haram terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Maka bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah di dalam hadis sahih dan juga sebagaimana firman Allah swt diatas.

#Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah amalan-amalan ini bersifat umam seperti:

1. Berpuasa
2. Memperbanyakkan bersedekah
3. Memperbanyakkan membaca al-Quran
4. Memperbanyakkan berzikir
5. Memperbanyakkan solat-solat sunat.

#Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah mengatakan bahawa jumhur ulamak daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah dan al-Syafieyyah mengatakan sunat berpuasa pada bulan-bulan Haram.

#Diriwayatkan dari Mujibah al-Bahiliyyah dari bapanya atau bapa saudaranya yang menceritakan bahawa dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w., kemudian ia pulang. Setelah setahun berlalu ia datang semula bertemu Rasulullah, namun keadaan tubuh-badannya telah banyak berubah (terlalu kurus sehingga Rasulullah tidak mengecamnya).

Lalu ia bertanya Rasulullah; “Tidakkah kamu mengenali saya?”.

Jawab baginda; “Siapakah kamu?”.

Dia menjawab; “Saya adalah al-Bahili yang datang bertemu denganmu setahun yang lalu”.

Lalu baginda berkata kepadanya; “Apa yang telah mengubahmu sedangkan kamu dulunya seorang yang elok tubuh-badan/rupa-parasnya”.

Jawabnya; “Saya tidak menikmati makanan semenjak selepas saya berpisah dengan kamu (setahun yang lalu) kecuali di waktu malam sahaja”.

Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Engkau telah menyeksa diri engkau”. Kemudian baginda berkata; “Berpuasalah pada bulan sabar (yakni bulan Ramadhan) dan satu hari pada setiap bulan”.

Ia menjawab; “Tambahkanlah kepadaku ya Rasulullah kerana aku sesungguhnya memiliki kemampuan”.

Baginda berkata; “Puasalah dua hari (setiap bulan)”. Ia menjawab lagi; “Tambahkan lagi kepadaku”.

Baginda berkata; “Puasalah tiga hari”.

Ia menjawab lagi; “Tambahkanlah lagi”.

Kemudian baginda bersabda kepadanya; “Puasalah pada (beberapa hari dari) BULAN-BULAN HARAM dan tinggalkanlah (beberapa hari yang lain jangan berpuasa)….(baginda menyebutnya 3 kali)”.

Baginda bersabda demikian sambil ia menunjukkan tiga jarinya, kemudian ia menggenggamnya dan kemudian melepaskannya kembali” (HR Abu Daud)

♡Gandakan amal soleh di bulan-bulan Haram dan jauhilah perbuatan dosa dan maksiat♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Akhir 1442H☆

وَوَهَبۡنَا لِدَاوُۥدَ سُلَیۡمَـٰنَۚ نِعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥۤ أَوَّابٌ

"Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Daud (seorang anak bernama) Sulaiman ia adalah sebaik-baik hamba (yang kuat beribadat), lagi sentiasa rujuk kembali (bertaubat)" [Surah Sad 30]

#Nabi Sulaiman Alaihissalam dikurniakan Allah kekayaan dan kerajaan. Memiliki segalanya didunia ini. Namun, baginda tidak sombong, bangga dan terpedaya dengan segala nikmat yang dikurniakan. Bahkan Allah menyatakan bahawa Nabi Sulaiman seorang hamba yang kuat beribadah dan tinggi ketaatannya kepada Allah swt.

#Inilah contoh manusia zuhud yang wajar kita contohi dan teladani. Walaupun dunia berada ditangannya namun hatinya sentiasa bersama Allah. Dijadikan dunia untuk mendekatkan diri kepada Allah.

#Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: "Maksud zuhud di dunia adalah mengosongkan hati dari menyibukkan diri dengan dunia, sehingga orang itu dapat menumpukan perhatian untuk mencari (redha) Allah, mengenalNya, dekat kepadaNya, merasa tenang denganNya, dan rindu mengadapNya”.

#Imam al-Junaid berkata:

فالزاهد لا يفرح من الدنيا بموجود ولا يأسف منها على مفقود

"Orang yang zuhud tidak menjadi bangga kerana memiliki dunia dan tidak menjadi sedih kerana kehilangan dunia" (Lihat: Madarij as-Salikin).

#Daripada Abu Abbas Sahl bin Sa’ad as-Sa’idi r.a berkata: "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw, maka beliau berkata: “Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku. Baginda bersabda:

ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّك اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّك النَّاسُ

“Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah, dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia" (HR Ibnu Majah)

#Berkata Abu Sulaiman rahimahullah: "Orang yang zuhud bukanlah orang yang meninggalkan kelelahan-kelelahan dunia dan beristirehat darinya. Tetapi orang yang zuhud adalah orang yang meninggalkan dunia, dan bersusah-payah di dunia untuk akhirat" (Lihat: Jami’ul ‘Ulum Wal Hikam)

♡Zuhudlah dengan dunia. Pastikan dunia tidak menguasai hati dan jiwa kita. Gunakan dunia hingga lunyai untuk mencari redha dan ganjaran akhirat sebanyak-banyaknya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Akhir 1442H☆

وَأَیُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥۤ أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّ ٰ⁠حِمِینَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" [Surah al-Anbiya' 83]

#Diingatkan kepada sekelian manusia yang sedang diuji Allah dengan sakit, hendaklah tetap bersabar serta redha dengan takdir Allah swt dan terus berdoa memohon kesembuhan hanya kepadaNya. Hal ini sebagaimana kisah Nabi Ayyub yang juga diuji Allah dengan sakit yang teruk namun baginda bersabar di samping menggandakan doa serta puji-pujian kepada Allah swt.

إِنَّا وَجَدۡنَـٰهُ صَابِرࣰاۚ نِّعۡمَ ٱلۡعَبۡدُ إِنَّهُۥۤ أَوَّابࣱ

"Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)" [Surah Sad 44]

#Ketika tertimpa penyakit adalah dengan jalan bersabar dan menahan diri berkeluh kesah, atau berkata-kata yang menunjukkan protes terhadap takdir Allah Ta’ala atas dirinya. Jangan sesekali mencela penyakit yang diuji itu.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdillah r.a, Rasulullah saw menziarahi Ummu as-Saaib atau Ummul Musayyib. Rasulullah saw berkata kepadanya:

مَا لَكِ؟ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيِّبِ تُزَفْزِفِينَ؟

“Ada apa denganmu, Ummu As-Saib atau Ummul Musayyib, badanmu bergetar (kerana demam).” Ummu As-Saib berkata:

الْحُمَّى، لَا بَارَكَ اللهُ فِيهَا

“(Ini kerana) demam, semoga Allah tidak memberikan keberkahan kepadanya.”

Maka Rasulullah saw mengatakan:

لَا تَسُبِّي الْحُمَّى، فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ، كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ

“Janganlah Engkau mencela demam. Kerana demam itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa) manusia, sebagaimana kiir (alat yang dipakai untuk proses besi) dapat menghilangkan karat pada besi” (HR Muslim)

#Selain dilarang mencela, kita juga harus sentiasa bertawakkal kepada Allah dengan terus berusaha mencari kesembuhan melalui cara atau kaedah yang tidak bertentangan dengan syariat.

إن الله خلق الداء و الدواء، فتداووا، و لا تتداووا بحرام

”Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya. Maka berubatlah, dan jangan berubat dengan sesuatu yang haram” (HR at-Thabrani)

♡Jangan mencela penyakit dan mengingkari takdir Allah swt. Bersabar dan redhalah, semoga ada kebaikan dan penghapusan dosa dalam mengharungi ujian yang diberikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Akhir 1442H☆

وَلَا یُنفِقُونَ إِلَّا وَهُمۡ كَـٰرِهُونَ

"Dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci" [Surah at-Tawbah 54]

#Allah swt menyebut sifat orang munafik iaitu mereka tergolong dalam golongan manusia yang enggan bersedekah, tersangat kedekut dan jika bersedekah pun dalam keadaan benci dan hati yang berat.

#Di dalam ayat yang lain, Allah swt menyebut sifat bakhil orang munafik ini dengan menyatakan mereka sentiasa menggenggam tangan yakni 'genggam tak tiris' (kedekut bakhil). Firman Allah swt:

وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ

"Dan mereka pula menggenggam tangannya (kedekut bakhil)" [Surah at-Tawbah 67]

#Ketahuilah bahawa di antara petanda kiamat ialah berleluasanya sifat bakhil. Pada saat ini, sebahagian daripada kita di uji dengan limpahan harta kekayaan dan rezeki yang berterusan namun dalam masa yang sama sifat kedekut dan bakhil menjadi penghalang utama untuk menggunakan harta kurniaan Allah swt pada jalan yang benar dan untuk membantu golongan yang memerlukan.

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a berkata, Nabi saw bersabda: "Salah satu tanda kiamat ialah meluasnya sifat kedekut (bakhil)" (HR at-Thabrani)

#Jauhilah sifat bakhil kerana ia bukan hanya dibenci oleh Rasulullah saw dan orang beriman malah para malaikat juga membencinya. Sabda Rasulullah saw:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيْهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ فَيَقُوْلُ أَحَدُهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُوْلُ اْلآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Tidak ada satu hari pun dimana seorang hamba berada padanya kecuali terdapat dua Malaikat turun kepadanya. Salah satu di antara keduanya berkata: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang bersedekah". Sedangkan yang lainnya berkata: "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil" (HR al-Bukhari dan Muslim)

♡Jauhilah sifat bakhil kerana ia sifat orang munafik. Jadilah orang beriman yang pemurah, suka bersedekah dan istiqamah dalam menyantuni golongan yang berada dalam kesulitan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Akhir 1442H☆

وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang baik" [Surah Aali Imran 134]

#Membantu manusia lain yang memerlukan adalah satu kebaikan dan merupakan sunnah Rasulullah saw.

#Dalam al-Quran, Allah swt merakamkan kisah betapa Nabi Yusuf Alaihissalam walaupun berada di dalam penjara, baginda banyak berkhidmat kepada banduan lain sehingga digelar muhsin yakni orang yang suka berbuat baik. Begitu juga dengan para Nabi yang lain. Malahan para sahabat, tabi'in dan tabi’ tabiin, mereka juga berlumba-lumba untuk membantu orang lain (jika kita menyelusuri kisah-kisah hidup mereka).

#Orang yang berbuat baik disukai dan dikasihi Allah, malah diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

#Pada suatu hari, ada seorang hamba Allah mendapati satu dahan pokok yang menghalang laluan orang ramai. Dia pun bertekad: "Demi Allah, aku akan mengalihkannya supaya tidak menyakitkan (mengganggu) orang Islam lain. Hasilnya dia dimasukkan ke syurga kerana amalannya itu" (HR Muslim)

#Rasulullah saw bersabda: "Jangan kamu memandang remeh terhadap kebaikan sekalipun hanya dengan kamu menuang air baldi ke dalam bekas orang yang meminta minuman. Ataupun hanya ketika kamu bertemu rakan kamu, kamu tersenyum kepadanya" (HR Bukhari)

#Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan sangat memerlukan bantuan. Sabda Rasulullah saw:

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)

♡Sibukkan diri dengan kebaikan dan kebajikan. Gembirakanlah insan-insan yang kesempitan, kesulitan dan memerlukan. Jom hidupkan sunnah ini!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Rejab 1442H☆

وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki" [Surah al-Hajj 58]

#Allah memberitahu di dalam ayat ini bahawa Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki. Tidak ada yang lebih baik daripada Allah dalam hal kurniaan rezeki dan nikmat.

#Allah swt mengurniakan rezeki kepada seluruh makhluk yang berjalan di muka bumi ini tanpa kecuali. Betapa Maha Kaya dan Maha pemurahnya Allah swt.

وَمَا مِن دَاۤبَّةࣲ فِی ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا

"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya..." [Surah Hud 6]

#Selain itu, perlu kita ketahui dan imani adalah bahawa Allah swt melebihkan dan melapangkan rezeki bagi sebahagian daripada hamba-hambaNya dan menyempitkannya bagi sebahagian yang lain. Dalam hal ini, hikmahnya hanya Allah yang mengetahuinya.

#Firman Allah swt:

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ

"Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezeki yang dikurniakanNya" [Surah an-Nahl 71]

#Firman swt lagi:

اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

"Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" [Surah al-Ankabut 62]

#Berkata Syaikh Abdur Rahman as-Sa’di rahimahullah: "Ini merupakan kebijaksanaan dariNya dan sesuai dengan ilmuNya tentang apa yang bermanfaat dan yang layak bagi hamba-hambaNya".

#Oleh yang demikian, samada rezeki kita dimewahkan atau disempitkan pastikan rezeki yang kita usahakan itu adalah rezeki yang halal. Sabda Rasulullah saw:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ

“Wahai manusia bertaqwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, kerana tidaklah suatu jiwa akan mati hingga dicukupkan rezekinya, walau lambat rezeki tersebut sampai kepadanya, maka bertaqwalah kepada Allah dan pilihlah cara yang baik dalam mencari rezeki, ambillah rezeki yang halal dan tinggalkanlah rezeki yang haram” (HR Ibnu Majah)

♡Segala kenikmatan dan kesempitan rezeki yang Allah berikan hanyalah sebagai ujian semata, bukan sebagai penghormatan atau penghinaan. Dengan ujian itu, akan jelas siapa yang bersyukur dan siapa yang bersabar atau sebaliknya. Moga dengan kesabaran atas sedikitnya rezeki didunia menjadi asbab beroleh rezeki yang istimewa di syurga kelak. Bersyukur dan bersabar serta redhalah akan ketentuan rezeki yang dikurniakannya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Rejab 1442H☆

وَمَن یَرۡتَدِدۡ مِنكُمۡ عَن دِینِهِۦ فَیَمُتۡ وَهُوَ كَافِرࣱ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ حَبِطَتۡ أَعۡمَـٰلُهُمۡ فِی ٱلدُّنۡیَا وَٱلۡـَٔاخِرَةِۖ وَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِیهَا خَـٰلِدُونَ

"Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)" [Surah al-Baqarah 217]

#Menurut istilah undang-undang Islam, murtad ialah beralih daripada memeluk Islam kepada memeluk agama lain atau anutan lain.

#Pengertian murtad menurut mazhab as-Syafie: “Iaitu memutuskan Islam dengan niat atau ucapan kufur atau dengan perbuatan sama ada perkataannya secara mengejek, ingkar atau dengan iktikadnya” (Lihat Mughni al-Muhtaj)

#Dinukilkan daripada kitab Uqubah al-I’dam menyebut: "Murtad ialah seseorang Islam secara pilihan dengan Islamnya telah memutuskan untuk keluar sama ada dengan ucapan, perbuatan atau iktikad atau meragui apa yang telah dimaklumi dalam agama secara darurat".

#Bergurau atau sengaja dalam melafazkan “Aku bukan Islam”, "Aku keluar Islam" dan seumpamanya merupakan diantara perkara mempersendakan agama, berdosa besar, boleh membawa kepada batalnya Islam bahkan dijanjikan dengan azab yang amat perit.

والحاصل أن من تكلم بكلمة الكفر هازلا أو لاعبا كفر

“Dan rumusannya, sesiapa yang mengungkap dengan perkataan kufur secara sengaja atau bermain-main maka ia telah jatuh kufur” (Lihat: al-Bahru al-Raiq Syarah Kanzi al-Daqaaiq)

#Firman Allah swt :

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

"Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)" [Surah al-An’am 70]

#Kepada sesiapa yang melalui situasi begini maka perlu melafazkan syahadah semula, beristighfar kepada Allah swt supaya dosa yang dilakukan diampunkan. Ketahuilah, Allah swt maha pengasih lagi maha pengampun, maka pohonlah keampunan atas dosa yang telah dilakukan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh.

♡Semoga Allah swt memelihara kita semua daripada terjerumus ke lembah kemurtadan yang akhirnya membinasakan segala amal kita serta dihumban ke dalam azabNya yang sangat dahsyat. Ya Allah, peliharalah kami, iman kami, Islam kami dan kurniakanlah kami petunjukMu. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 16 Rejab 1442H☆

وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

"Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu" [Surah an-Nisaa’ 1]

#Kalimah silaturrahim diambil daripada dua perkataan Arab iaitu “صلة”  yang bermaksud hubungan dan “الرحم” bererti kaum kerabat yang terdekat. Ia membawa maksud memelihara dan menyambung hubungan dengan kaum kerabat yang terdekat.

#Rasulullah saw bersabda:

لَيْسَ الوَاصِلُ بِالمُكَافِئ، وَلكِنَّ الوَاصِلَ الَّذِي إِذَا قَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

"Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia bertindak menyambungnya" (HR al-Bukhari)

#Memutuskan silaturrahim adalah termasuk antara dosa-dosa besar secara ijmak ulamak.

#Diriwayatkan daripada daripada Sayidina Jubair bin Muth'im r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

“ Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Bahkan pemutus silaturrahim akan berdepan dengan azab di dunia lagi sebelum tibanya hari akhirat. Rasulullah saw bersabda:

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

“Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga disamping yang sedang menantinya di hari akhirat dibanding dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturrahim” (HR Abu Dawud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

#Sabda Rasulullah saw lagi:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُمِدَّ اللَّهُ لَهُ فِي عُمُرِهِ وَيُوَسِّعَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيَدْفَعَ عَنْهُ مَيْتَةَ السُّوءِ فَلْيَتَّقِ اللَّهَ وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Sesiapa yang ingin umurnya panjang, mendapat rezeki yang luas, dan menolak sesuatu yang buruk (bencana/musibah) maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dan menghubungkan silaturrahim” (HR Ahmad dan al-Tabarani)

♡Menjaga dan menghubungkan silaturrahim merupakan perkara yang dituntut di dalam agama. Memutus dan merosakkan silaturrahim adalah antara dosa besar yang mengundang malapetaka dan celaka. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Rejab 1442H☆

وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَلَیَعۡلَمَنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ

"Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik" [Surah al-Ankabut 11]

#Tadabbur Kalamullah semalam membincangkan mengenai hukuman yang dikenakan kepada orang munafik dan juga ciri-ciri orang munafik.

#Samada kita tahu berkaitan munafik atau tidak ambil tahu atau kita merasakan kita bukanlah orang munafik, namun dalam ayat diatas Allah menegaskan bahawa Allah mengetahui siapa yang benar-benar beriman dan siapa yang munafik.

#Orang beriman sentiasa istiqamah mengajak kepada kebaikan, namun orang munafik sentiasa menghalang dan membenci kebaikan serta melanggari batasan syarak.

ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلۡمُنَـٰفِقَـٰتُ بَعۡضُهُم مِّنۢ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمُنكَرِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَقۡبِضُونَ أَیۡدِیَهُمۡۚ نَسُوا۟ ٱللَّهَ فَنَسِیَهُمۡۚ إِنَّ ٱلۡمُنَـٰفِقِینَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik" [Surah At-Tawbah 67]

#Ini menunjukkan kita wajib mengetahui hal ehwal dan selok belok tentang munafik agar kita tidak tergolong dikalangan munafik yang bakal dihumban ke dalam neraka.

#Para sahabat Nabi saw dan orang-orang soleh sangat bimbang dijangkiti virus munafik ini.

1. Diriwayatkan Sayidina Abu Darda’ r.a setiap kali selesai solat sentiasa memohon perlindungan kepada Allah dari sifat munafik.

2. Dikisahkan bahawa sebahagian sahabat Nabi saw selalu berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya hamba memohon perlindungan dari khusyuknya nifak”. Ada yang bertanya: “Apa yang dimaksudkan khusyuk nifak?” Jawabnya: “Tubuh yang terlihat khusyuk namun ternyata hatinya tidak (yakni melupakan Allah)”.

3. Ibnu Abi Malikah pernah mengatakan: “Aku telah menjumpai tiga puluh orang sahabat Nabi saw, seluruhnya takut akan virus nifak. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang mengatakan bahawa dirinya memiliki iman seperti imannya Jibril dan Mikail.

3. Berkata Imam Hasan al-Basri rahimahullah: "Tidak ada orang yang merasa aman dari sifat nifak kecuali orang munafik dan tidak ada orang yang merasa bimbang terhadap sifat nifak kecuali orang mukmin”.

♡Belajarlah ilmu berkaitan munafik agar kita dapat mengawasi diri daripada tergolong dalam kalangan mereka. Berdoalah agar Allah menyelamatkan kita daripada sifat munafik♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Rejab 1442H☆

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" [Surah al-Baqarah 201]

#Dalam tafsir Ibnu Kathir menyebut bahawa doa ini meliputi:

1. Pelbagai kebaikan di dunia dan menjauhkan segala kejahatan.

2. Mencakupi permintaan yg bersifat duniawi seperti kesihatan, rumah yang luas, isteri yang cantik, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang baik dan pujian.

3. Kebaikan di akhirat mencakupi permohonan syurga, ketenangan jiwa, kemudahan hisab, keselamatan daripada api neraka, perlindungan daripada segala dosa dan larangan, terhindar daripada pelbagai syubhat dan perkara haram.

#Doa ini adalah doa kemuncak untuk memperolehi kebahagiaan. Kebahagiaan yang sempurna. Kebahagiaan yang lengkap meliputi dua negeri iaitu negeri dunia dan juga negeri akhirat. Kebahagiaan yang bersandarkan taqwa.

#Berkata Imam al-Ghazali rahimahullah: "Bahagia ialah ketika mana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah swt"

#Ibn Tufail menyebut kebahagiaan yang hakiki ialah kebahagiaan di akhirat saat bertemu dengan Allah dan melihat wajahNya.

#Oleh itu, hiasilah kehidupan dengan amalan ketaatan dan sifat taqwa. Manfaatkanlah dunia ini untuk digunakan semaksimumnya demi meraih kedudukan tertinggi di akhirat.

#Pesanan kebahagiaan dari Syaikh Muhammad at-Tamimi, katanya:

إذا أعطى شكر، وإذا ابتلي صبر، وإذ أذنب استغفر، فإن هؤلاء الثلاث عنوان السعادة

1. Jika diberi kenikmatan maka ia bersyukur
2. Jika diuji dengan ditimpa musibah ia bersabar
3. Dan jika melakukan dosa ia beristighfar (bertaubat).

Tiga perkara ini adalah tanda kebahagiaan”[Matan Qawa’idul Arba’,

♡Berdoa dan beramal solehlah, agar kita berjaya meraih kebahagiaan dunia dan akhirat♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Rejab 1442H☆

فَمَا تَنفَعُهُمۡ شَفَـٰعَةُ ٱلشَّـٰفِعِینَ

"Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu" [Surah al-Muddaththir 48]

#Di dalam ayat sebelum ayat diatas, Allah swt menyatakan tentang empat golongan manusia yang menghuni neraka saqar iaitu:

1. Mereka yang tidak solat
2. Mereka yang tidak memberi makan orang miskin
3. Mereka yang membuang masa berbicara hal yang salah/syirik dan bersama golongan yang sesat.
4. Mereka yang tidak percaya kepada hari kiamat/akhirat.

#Allah menyebut dalam ayat diatas bahawa empat watak jahat di atas, tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari para malaikat, para nabi, orang mukmin, al-Quran dan sebagainya. Bahasa mudahnya, tiada sebarang syafaat untuk mereka.

#Ini kerana syafaat hanya diberikan Allah kepada orang yang diredhaiNya dan yang diizinkan untuk memperolehinya.

وَلَا یَشۡفَعُونَ إِلَّا لِمَنِ ٱرۡتَضَىٰ

"Mereka tidak akan memberi syafaat kecuali bagi orang yang diredhaiNya" [Surah al-Anbiya' 28]

#Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya: "Iaitu orang yang mempunyai sifat demikian, tiada manfaat baginya syafaat dari orang-orang yang memberi syafaat di hari kiamat nanti, kerana sesungguhnya syafaat itu hanya berhasil dilakukan terhadap orang yang berhak menerimanya. Adapun jika orang yang mati dalam keadaan kafir, maka kelak di hari kiamat baginya hanyalah neraka, tiada jalan lain baginya dan ia kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

#Berkaitan syafaat Nabi saw kepada Abu Talib adalah pengecualian dari firman Allah swt diatas. Syafaat nabi saw kepada Abu Talib itu bukan untuk mengeluarkan Abu Talib dari neraka. Namun hanya untuk meringankan azab di neraka. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Sayidina Abu Said al-Khudhri r.a, dia mendengar Rasulullah saw yang ketika pakcik baginda, Abu Thalib, sedang diperbincangkan, baginda saw bersabda:

لَعَلَّهُ تَنْفَعُهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ، فَيُجْعَلُ فِي ضَحْضَاحٍ مِنَ النَّارِ يَبْلُغُ كَعْبَيْهِ، يَغْلِي مِنْهُ أُمُّ دِمَاغِهِ

“Semoga syafaatku berguna baginya pada hari kiamat, sehingga dia tidak diletakkan dalam neraka yang dalam dimana apinya hanya mencapai kedua mata kakinya, namun itu pun menjadikan ubun-ubun kepalanya mendidih” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Tidak semua orang layak mendapat syafaat. Hanya orang yang memenuhi syarat yang berjaya mendapatkan syafaat di akhirat. Jangan sesekali mengingkari perintah Allah swt dan tergolong di kalangan hambaNya yang kufur kerana tiada syafaat bagi mereka yang kufur lagi engkar.

♡Jadilah kaki solat, istiqamah membantu orang miskin, sentiasa berbicara tentang kebenaran dan yakin akan adanya kiamat. Semoga Allah swt memberi kemudahan kepada kita untuk mendapatkan syafaat di hari kiamat nanti. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Rejab 1442H☆

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" [Surah al-Isra’ 32]

#Berkata Imam Ibnu Kathir: "Bahawa Allah melarang para hambaNya daripada melakukan zina dan juga perkara yang membawa dekat kepada zina seperti sebab-sebab dan seruan-seruannya". (Rujuk: Tafsir al-Azim)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, bersabda Rasulullah saw:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Jelas maksud “jangan mendekati” dalam al-Quran menunjukkan bahawa semua perkara yang membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi, walaupun dikira sebagai dosa-dosa kecil".

#Satu perkara lagi yang disebut oleh baginda saw tentang zina ialah berkaitan wangian yang dipakai oleh wanita. Sabda Nabi saw:

أيُّما امرأةٍ استعطرتْ ثُمَّ خَرَجَتْ ، فمرَّتْ علَى قومٍ ليجِدُوا ريَحها فهِيَ زانيةٌ ، وكُلُّ عينٍ زانيةٌ

“Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian lalu dia keluar dan melintasi para lelaki sehingga tercium sebahagian dari wangiannya tersebut, maka ia adalah seorang penzina. Dan setiap mata yang melihatnya juga penzina” (HR Abu Daud dan at-Tirmizi)

#Para ulamak menjelaskan, perkataan 'maka ia adalah seorang penzina', maksudnya ia menyebabkan terjadinya zina, baik zina mata mahupun zina yang sebenarnya. Sedangkan perkataan 'setiap mata yang melihatnya juga penzina', maksudnya zina mata" (Syarah Hadis Mausu’ah Durarus Saniyyah)

#Ini menunjukkan perbuatan tersebut sangat tercela dan merupakan kerosakan yang besar.

#Diriwayatkan daripada Yahya bin Ju’dah mengatakan:

أن عمر بن الخطاب خرجت امرأة في عهده متطيبة, فوجد ريحها فعلاها بالدرة , ثم قال : تخرجن متطيبات فيجد الرجال ريحكن , وإنما قلوب الرجال عند أنوفهم , اخرجن تفلات

“Ada seorang wanita keluar rumah dengan memakai wangi-wangian di masa khalifah Umar bin al-Khatthab r.a. Lalu wangiannya tersebut tercium oleh Sayidina Umar. Maka Sayidina Umar pun memukulnya dengan tongkat. Sayidina Umar berkata: "Kalian keluar rumah menggunakan wangi-wangian sehingga para lelaki dapat menciumnya?. Sesungguhnya hati para lelaki terfitnah dengan wangian kalian. Keluarlah dalam keadaan tanpa berdandan dan tanpa wangi-wangian” (HR Abdurrazzaq dalam Al Mushannaf)

#Maka tidak boleh wanita keluar rumah memakai wangian sehingga membuat lelaki tertarik dan tergoda bahkan dikatakan perempuan penzina. Dibenarkan wangian hanya sekadar menghilangkan bau badan bukannya untuk menyebarkan wangian ke seluruh hidung orang di sekitarnya.

♡Berhati-hatilah kaum wanita sekelian, jangan sampai tergolong dalam kalangan penzina tanpa disedari. Berwangi-wangianlah di rumahmu, di depan suami dan juga para mahram selama tidak menimbulkan fitnah. Bahkan berwangian di hadapan suami termasuk perkara yang dianjurkan dalam syariat dan berpahala. Berwaspadalah!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Rejab 1442H☆

فَلَمَّا رَءَا قَمِیصَهُۥ قُدَّ مِن دُبُرࣲ قَالَ إِنَّهُۥ مِن كَیۡدِكُنَّۖ إِنَّ كَیۡدَكُنَّ عَظِیمࣱ

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) amatlah besar pengaruhnya" [Surah Yusuf 28]

#Tadabbur Kalamullah semalam membicarakan tentang godaan dan hasutan syaitan yang sentiasa datang tanpa henti untuk menyesat dan memesongkan manusia daripada jalan kebenaran.

#Dalam ayat diatas menyebut tentang tipudaya atau godaan wanita tersangat besar pengaruhnya bahkah dikatakan godaan wanita lebih dahsyat daripada godaan syaitan.

#Seorang ulamak besar, as-Syaikh Muhammad al-Amin asy-Syinqithi rahimahullah menjelaskan bahawa boleh jadi godaan (tipu daya) wanita itu lebih besar daripada godaan atau tipu daya syaitan. Ini berpandukan firman Allah swt:

إِنَّ كَیۡدَ ٱلشَّیۡطَـٰنِ كَانَ ضَعِیفًا

"Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah" [Surah an-Nisa' 76]

إِنَّ كَیۡدَكُنَّ عَظِیمࣱ

"Sesungguhnya tipu daya kamu (wanita) amatlah besar pengaruhnya" [Surah Yusuf 28]

#Berkata Syeikh asy-Syinqithi lagi:

هَذِهِ الْآيَةُ الْكَرِيمَةُ إِذَا ضُمَّتْ لَهَا آيَةٌ أُخْرَى حَصَلَ بِذَلِكَ بَيَانُ أَنَّ كَيْدَ النِّسَاءِ أَعْظَمُ مِنْ كَيْدِ الشَّيْطَانِ

“Ayat yang mulia ini (Surah an-Nisa' 76), apabila dipadukan dengan ayat yang lain (Surah Yusuf 28), akan menghasilkan penjelasan bahawa tipu daya (godaan) wanita lebih dahsyat dibandingkan tipu daya (godaan) syaitan” (Lihat: Adhw’aul Bayan)

#Sabda Rasulullah saw:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِى فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ

“Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalanku fitnah (cubaan) yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki, iaitu (fitnah) wanita” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Berkata Said bin Musayyib rahimahullah:

ما يئس الشيطان من شيء ؛ إلا أتاه من قبل النساء

“Tidaklah syaitan berputus asa (untuk menakluki manusia), kecuali dia akan datang memperdaya (menaklukkannya) dengan wanita” (Siyar A’lam an-Nubala’)

♡Perbahasan ini bukanlah untuk meremehkan godaan dan tipu daya syaitan sama sekali. Akan tetapi menunjukkan bahawa begitu besarnya godaan dan fitnah wanita bagi kaum lelaki. Selain itu, berhati-hatilah dengan kedua-dua godaan ini iaitu godaan wanita dan syaitan, kerana apabila kedua bergabung, nescaya godaan itu menjahanamkan segalanya. Berwaspada dan sentiasalah memohon perlindungan kepada Allah swt♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Rejab 1442H☆

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِینَ كِتَـٰبࣰا مَّوۡقُوتࣰا

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya" [Surah an-Nisa' 103]

#Solat merupakan rukun Islam dan perkara yang sangat utama bagi seorang muslim. Mendirikan solat lima waktu sehari semalam adalah kewajipan bagi setiap muslim yang telah mencapai usia baligh dan berakal.

#Solat menduduki tempat utama dalam hidup seorang muslim dan perlu diberi keutamaan. Hal ini disebutkan oleh baginda saw bahawa solat merupakan amalan yang pertama kali dihisab pada hari kiamat.

أَوّلُ مَا يُـحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ

“Perkara yang pertama kali dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Apabila solatnya baik, maka seluruh amalnya pun baik. Apabila solatnya buruk, maka seluruh amalnya pun buruk” (HR at-Thabrani)

#Solat juga menjadi penyejuk mata dan penyejuk hati bagi pelakunya. Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Nabi saw bersabda:

إِنَّمَا حُبِّبَ إِلَـيَّ مِنْ دُنْيَاكُمْ: اَلنِّسَاءُ وَالطِّيْبُ، وَجُعِلَتْ قُرَّةُ عَيْنِـيْ فِـي الصَّلَاةِ

“Sesungguhnya apa yang aku cintai di antara kesenangan dunia kalian adalah wanita dan wangi-wangian. Dan dijadikan penyejuk mata bagiku terletak di dalam solat” (HR Ahmad)

#Rasulullah saw bersabda lagi:

يَا بِلَالُ ! أَرِحْنـــَا بِالصَّلَاة

“Wahai Bilal, istirehatkanlah (penenang dan penyejuk jiwa) kami dengan solat” (HR Ahmad dan Abu Dawud)

♡Solat adalah kewajipan yang perlu diutamakan dan diberi perhatian penting di sepanjang kehidupan. Dengan solat seseorang itu diberikan ketenangan dan kebahagiaan pada jiwa dan juga kehidupan dunia dan akhirat. Jom solat!!♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Rejab 1442H☆

قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya" [Surah Yusuf 86]

#Satu perkara besar yang perlu kita ambil berat ialah tentang pengaduan atau keluhan kita tatkala di timpa masalah dan ujian. Kepada siapa kita mengadu?? Adakah kepada Allah swt atau kepada manusia.

#Lihatlah kisah Nabi Yaakub Alaihissalam sebagaimana ayat diatas, baginda mengadu hanya pada Allah swt. Inilah contoh terbaik yang perlu diikuti dan diteladani.

#Hal ini ditunjukkan juga oleh baginda Rasulullah saw.
Ketika ada masalah berat, baginda mengadu kepada Allah swt dengan mendirikan solat.

#Sayidina Huzaifah r.a berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

“Apabila ada masalah berat, Nabi saw mengerjakan solat” (HR Ahmad dan Sunan Abi Dawud)

#Orang yang segera kembali kepada Allah ketika ada masalah berat, maka hatinya akan kembali tenang.

♡Sentiasalah mengadu kepada Allah samada melibatkan masalah berat ataupun ringan atau apa sahaja masalahnya. Mengadu dan memohon hanya kepadaNya♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Jamadil Akhir 1442H☆

وَلَأَجۡرُ ٱلۡـَٔاخِرَةِ خَیۡرࣱ لِّلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ

"Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa" [Surah Yusuf 57]

#Orang yang beriman dan bertaqwa dijanjikan ganjaran teristimewa untuk mereka di akhirat kelak iaitu ganjaran syurga dan segala kesenangannya.

وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفࣰا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِینَ

"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh" [Surah al-Ankabut 58]

#Siapakah orang yang beriman dan bertaqwa itu??

#Berkata Imam al-Hasan al-Bashri rahimahullah: “Bukanlah iman itu dicapai semata-mata dengan menghiasi penampilan atau berangan-angan, akan tetapi iman adalah apa yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan” (Lihat: lihat Aqwal at-Tabi’in fi Masa’il al-Tauhid wa al-Iman)

#Berkata lagi Imam al-Hasan Bashri rahimahullah: “Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang menjauhi perkara-perkara yang diharamkan Allah kepada mereka dan menunaikan kewajipan yang diperintahkan kepada mereka” (Lihat: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam)

♡Burulah ganjaran akhirat dengan melakukan sebanyak-banyaknya amal soleh agar kita tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Semoga mahligai disyurga menanti kita sebagai penghuninya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Akhir 1442H☆

فَأَمَّا مَنۡ أَعۡطَىٰ وَٱتَّقَىٰ * وَصَدَّقَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ * فَسَنُیَسِّرُهُۥ لِلۡیُسۡرَىٰ * وَأَمَّا مَنۢ بَخِلَ وَٱسۡتَغۡنَىٰ * وَكَذَّبَ بِٱلۡحُسۡنَىٰ * فَسَنُیَسِّرُهُۥ لِلۡعُسۡرَىٰ

"Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga). Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Serta ia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan" [Surah al-Layl 5-10]

#Berkata Imam Ibnu Kathir rahimahullah dalam tafsirnya:

 وقال بعض السلف: من ثواب الحسنة الحسنة بعدها، ومن جزاء السيئة السيئةُ بعدها

Sebahagian ulamak salaf (terdahulu dari generasi sahabat, tabi’en dan tabi’ut tabi’ien) berkata: “Termasuk dari ganjaran sebuah kebaikan adalah (mengerjakan) sebuah kebaikan setelahnya, dan termasuk dari balasan kesalahan/dosa adalah (mengerjakan) kesalahan/dosa setelahnya”.

 والآيات في هذا المعنى كثيرة دالة على أن الله، عز وجل، يُجازي من قصد الخير بالتوفيق له، ومن قصد الشر بالخذلان.

“Dan ayat-ayat di dalam makna ini sangat banyak, yang menunjukkan bahawa Allah swt memberikan ganjaran kepada siapa yang melakukan kebaikan iaitu dengan memberikan taufik kepadanya dan kepada siapa yang dengan mengerjakan keburukan iaitu dengan kehinaan” (Tafsir al-Quran al-Azhim)

#Dengan sentiasa melakukan kebaikan, akan menyebabkan seseorang itu menjadi ketagih untuk melakukan kebaikan demi kebaikan dan beroleh ganjaran pahala yang tidak putus-putus sehinggalah melayakkan dirinya mendiami syurga yang tertinggi.

#Berkata Syaddad bin Aus r.a:

كان شداد بن أوس رضي الله عنه يقول: “إذا رأيت الرجل يعمل بطاعة الله فاعلم أن لها عنده أخوات, وإذا رأيت الرجل يعمل بمعصية الله, فاعلم أن لها عنده أخوات, فإن الطاعة تدل على أختها وإن المعصية تدل على أختها (فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى وَأَمَّا مَن بَخِلَ وَاسْتَغْنَى وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى)

"Jika kamu melihat seorang yang mengerjakan ketaatan kepada Allah, maka ketahuilah bahawa ketaatan tersebut mendatangkan saudara-saudara yang lain (ketaatan-ketaatan lain) baginya. Dan jika kamu melihat seorang yang mengerjakan maksiat kepada Allah, maka ketahuilah bahawa maksiat tersebut juga mendatangkan saudara-saudara yang lain (maksiat-maksiat lain) baginya, kerana sesungguhnya sebuah ketaatan menunjukkan kepada saudaranya (ketaatan lainnya) dan sebuah maksiat  menunjukkan kepada saudaranya (maksiat lainnya)".

♡Berusahalah untuk sentiasa melakukan kebaikan, kebajikan, ketaatan dan perkara yang bermanfaat agar Allah istiqamahkan kita dengan kebaikan-kebaikan yang berikutnya sehinggalah kita meninggal dunia ketika sibuk dengan urusan kebaikan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Akhir 1442H☆

هُوَ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ ٱلسَّكِینَةَ فِی قُلُوبِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ لِیَزۡدَادُوۤا۟ إِیمَـٰنࣰا مَّعَ إِیمَـٰنِهِمۡۗ

"Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada..." [Surah al-Fath 4]

#Hati dan jiwa yang sihat akan merasakan ketenangan dan manisnya iman, iaitu hati yang sentiasa ingatkan Allah, hati yang sentiasa bersama Allah. Yakni hati yang tenggelam dalam kelazatan ibadah dan perjuangan.

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia" [Surah ar-Ra'd 28]

#Allah swt menjanjikan orang yang banyak beribadah akan diberikan rasa kelapangan dada dan rasa kecukupan.

#Rasulullah saw bersabda:

إِنَّ اللهَ يقولُ يا ابنَ آدمَ : تَفَرَّغْ لعبادَتِي أملأْ صدركَ غِنًى وأسُدُّ فقرَكَ ، وإِنْ لَّا تفعلْ ملأتُ يديْكَ شُغْلًا ، ولم أسُدَّ فقْرَكَ

Allah swt berfirman: "Wahai manusia! Habiskan waktumu untuk beribadah kepadaKu, nescaya Aku penuhi dadamu dengan kecukupan dan akan Aku tutup kefaqiranmu. Jika engkau tidak melakukannya, maka akan Aku penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan tutup kefaqiranmu" (HR at-Tirmizi)

♡Maka perbanyakkanlah ibadah, amal soleh dan ikhlaslah dalam beribadah, berjuang dan beramal, nescaya Allah akan berikan ketenangan, kecukupan dan kedamaian jiwa♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Akhir 1442H☆

یَعۡلَمُ خَاۤىِٕنَةَ ٱلۡأَعۡیُنِ وَمَا تُخۡفِی ٱلصُّدُورُ

"Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati" [Surah Ghafir 19]

#Sayidina Ibnu Abbas r.huma  menjelaskan maksud ayat ini: “Iaitu seorang lelaki yang sedang bersama dengan dengan teman-temannya. Kemudian berlalu seorang wanita di depan mereka. Lelaki tersebut berpura-pura menundukkan pandangan mata. Bila merasa teman-temannya tidak memperhatikannya, maka dia melirik wanita tadi (dengan ekor matanya) . Namun jika ia khuatir mereka melihatnya, maka ia pun kembali menundukkan mata. Sungguh Allah mengetahui keinginan hatinya untuk melihat aurat wanita tersebut” (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Mushannaf)

#Allah hendak maklumkan bahawa Dia Mengetahui segala yang dilakukan oleh makhlukNya. Sesungguhnya Allah tahu tentang pengkhianatan mata manusia, kesalahan yang dilakukan oleh mata manusia. Ada orang yang lihat maksiat dengan hujung-hujung mata. Kepala tidak gerak, tetapi mata curi pandang. Sebagai contoh, mata orang lelaki yang nakal melihat kepada perempuan yang bukan mahramnya. Allah swt nak bagitahu kita bahawa perkara sekecil pandangan mata, lirikan mata, jelingan mata yang mencuri-curi tengok pun akan dibentangkan dan akan diadili, dihisab serta dibalas bahkan disebut pengkhianatan mata.

فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ * وَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّا یَرَهُۥ

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" [Surah az-Zalzalah 7-8]

#Kalau yang kecil pun kena bentang, kena hisab, apatah lagi kalau perkara yang besar-besar?. Ini antara mesej yang perlu kita pandang berat dan jangan sesekali dipandang remeh.

#Termasuk juga dalam perbincangan ini juga adalah melihat perkara yang kita tidak patut lihat terutama di media sosial, juga melihat surat-surat rahsia orang lain, fail-fail orang lain, melihat aurat yang terdedah atau sengaja melihatnya dan seumpamanya. Kita ingat tidak ada sesiapa yang tahu. Ingatlah bahawa Allah swt tahu. Oleh itu, berhati-hatilah dengan pandangan mata kita.

#Begitu juga Allah menyebut tentang apa yang ada di dalam hati kita juga diketahui oleh Allah. Kadang-kadang mulut kita kata lain, tetapi hati kata lain. Orang tidak tahu tetapi Allah tahu segalanya samada kita berpura-pura atau benar-benar ikhlas dan jujur.

إِنَّ ٱللَّهَ یَعۡلَمُ غَیۡبَ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَٱللَّهُ بَصِیرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan" [Surah al-Hujurat 18]

#Sebagai makhluk kadang-kadang kita lupa apa yang telah dilakukan kerana memang manusia bersifat pelupa. Tetapi Allah tahu segalanya yang telah dilakukan oleh hambaNya dan tidak pernah lupa untuk membalas pengkhianatan mata dan hati kita.

وَعِندَهُۥ مَفَاتِحُ ٱلۡغَیۡبِ لَا یَعۡلَمُهَاۤ إِلَّا هُوَۚ وَیَعۡلَمُ مَا فِی ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِۚ وَمَا تَسۡقُطُ مِن وَرَقَةٍ إِلَّا یَعۡلَمُهَا وَلَا حَبَّةࣲ فِی ظُلُمَـٰتِ ٱلۡأَرۡضِ وَلَا رَطۡبࣲ وَلَا یَابِسٍ إِلَّا فِی كِتَـٰبࣲ مُّبِینࣲ

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata" [Surah Al-An'am 59]

♡Ujian besar kepada kita ialah dalam isu menjaga mata dan hati. Mata sentiasa condong pada dosa dan hati selalu berbolak balik. Berdoalah agar mata dan hati kita sentiasa dipelihara oleh Allah swt daripada dosa dan pengkhianatan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Akhir 1442H☆

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّـهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)” [Surah an-Nur 19]

#Allah swt menyatakan dalam ayat ini berkaitan balasan bagi orang yang suka membuat fitnah.

#Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini mengatakan: "Ayat ini membawa makna orang-orang yang mendengar berita buruk, kemudian menyampaikan dan menyebarkan berita tersebut". (Lihat: Tafsir al-Quran al-‘Azim)

#Nabi saw juga menyatakan ancaman bagi tukang finah di dalam sabda baginda saw:

هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ“.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‌‏”

“Celakalah golongan-golongan pelampau. Baginda saw mengucapkannya sebanyak tiga kali” (HR Muslim)

#Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menyebut golongan-golongan pelampau yang disebutkan di dalam hadith ialah golongan yang melampaui batas dalam pengucapan mereka".

#Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Samurah Bin Jundub r.a, bahawa Nabi saw bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الَّذِي أَتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَمَنْخِرُهُ إِلَى قَفَاهُ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ، فَإِنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الْكَذْبَةَ تَبْلُغُ الآفَاقَ

Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah saw: "Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disangkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disangkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (HR Ibn Hibban)

#Jauhkan diri daripada terlibat dengan fitnah dan sebaran maklumat tanpa kesahihannya. Pastikan sahih dan benar barulah disebarkan. Sabda Nabi saw:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah seseorang dikatakan pendusta apabila dia menyampaikan apa sahaja yang didengarinya” (HR Muslim)

#Jom banyakkan berdoa agar Allah swt melindungi kita daripada fitnah dan juga penyebar fitnah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ ، وَتَرْكَ الْمُنْكَرَاتِ ، وَحُبَّ الْمَسَاكِينِ ، وَإِذَا أَرَدْتَ بِعِبَادِكَ فِتْنَةً فَاقْبِضْنِي إِلَيْكَ غَيْرَ مَفْتُونٍ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah" (HR at-Tirmizi)

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ

"Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau" (HR Abu Daud)

♡Dalam mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa bermunajat kepadaNya serta sibukkan diri dengan perkara-perkara kebaikan♡

🐊Ust naim
Telegram
Klik link ini untuk JOIN
bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…
Подписаться на канал