tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: RAYUAN SUMBANGAN BAIK PULIH PASTI AL-FATEH, KG BAHARU, BENTONG, PAHANG*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-PASTI-AL-FATEH

Assalamualaikum wbt.

*Alhamdulillah, pihak pengurusan telah BERJAYA mendapatkan sebuah premis lot RUMAH 2 TINGKAT (rumah kampung) untuk dijadikan PASTI AL-FATEH hasil daripada WAKAF seorang yang DERMAWAN di kalangan orang tempatan di kawasan perumahan Kg Baharu, Bentong*.. Syukur, alhamdulillah..

Oleh itu, penambahbaikan dan pengubahsuaian perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan para pelajar dan guru-guru Pasti al-Fateh.

*DIPERLUKAN: RM30 RIBU*

*Antara penambahbaikan yang akan dilakukan ialah:*

1. Cat baru
2. Cermin tingkap
3. Tandas (pasang shower, singki, tangki pam tandas, atap)
4. Tangga - akan dibuat tangga batu (simen) beserta pagar
5. Pintu masuk ke kelas
6. Menggantikan papan dinding yang rosak
7. Paip air
8. Wiring - tukar soket, lampu dan tambah bilangan kipas

*InsyaAllah, sasaran bermula operasi 2025*

Pihak Geng Talaqqi mengalu-alukan kepada sahabat dermawan semua untuk sama-sama berkongsi rezeki dengan menghulurkan sumbangan bagi melancarkan kerja-kerja pembinaan Pasti al-Fateh, penambahbaikan dan pengubahsuaian PASTI AL-FATEH ini.

Firman Allah swt:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

"Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan" [Surah al-Ma’idah ayat 2]

*Jazakumullahu khairan kathira, semoga setiap sen yang tuan/puan sumbangkan akan memudahkan setiap langkah perjalanan kita menuju ke syurga Allah kelak*.. Aamiiin
=================
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:*

https://toyyibpay.com/BAIK-PULIH-PASTI-AL-FATEH

*Atau transfer/bank in ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: BAIK PULIH PASTI AL-FATEH BENTONG

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikPulihPastiAlFatehBentong

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikPulihPastiAlFatehBentong

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikPulihPastiAlFatehBentong

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikPulihPastiAlFatehBentong

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Awwal 1446H☆

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

#Apakah maksud الْبُشْرَىٰ?
Ada pendapat mengatakan ia adalah mimpi yang baik-baik (ru’ya solehah). Hal ini terdapat dalilnya di dalam hadis nabi saw.

#Mimpi yang indah-indah itu yang memberi keseronokan kepada mereka. Mimpi itu akan memberitahu kepada mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah benar. Ia adalah atas wahyu yang sedia ada, bukannya menjadi wahyu yang baru. Ia adalah hanya untuk memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan apa yang telah di usahakan.

#Imam Ibnu Jauzi rahimahullah dalam Manaqib Imam Ahmad mengisahkan mimpi Imam Abdullah ibn Mubarak, katanya: "Aku bermimpi melihat Permaisuri Zubaidah dan aku bertanya, apa yang Allah lakukan terhadapnya?

Jawabnya: "Allah mengampunkan dosaku pada awal kapak/cangkul atau galian telaga yang menghala ke kota suci Makkah".

*Zubaidah - iaitu Amatul Aziz binti Ja’far bin Abi Ja’far al-Mansur, digelar dengan Zubaidah yang merupakan wanita penting bagi kerajaan Abbasiyah. Beliau merupakan cucu kepada pengasas kerajaan Abbasiyah, Khallifah Abu Ja’far al-Mansur dan juga permaisuri kepada Khalifah Harun ar-Rasyid. Di samping itu, beliau adalah ibu kepada Khalifah al-Amin.

*Permaisuri Zubaidah membina saliran dan telaga yang dikenali sebagai Ain Zubaidah dan orang ramai menggelarkannya sebagai saqiyatu al-Hajij (perempuan yang memberi minum kepada jemaah haji). Mata Air Zubaidah terletak di wadi Nu’man. Dulu, dari sana airnya disalurkan hingga ke Arafah kemudian ke wadi ‘Uranah, lalu ke Makkah. Mata air Zubaidah dulu merupakan tempat yang sangat bermanafaat untuk penduduk Makkah dan jemaah haji.

Kemudian, Imam Abdullah ibn al-Mubarak bertanya apa sebab ada sedikit tompokan kuning pada wajah Zubaidah? Jawabnya: “Percikan api dengan sebab salah seorang yang mati di kalangan kami dikebumikan bersama kami yang bernama Bisyr al-Muraishi dan disambar dengan api. Menyebabkan gementar tubuhku.”

Kemudian, aku (Ibn Mubarak) bertanya: "Bagaimana kedudukan Imam Ahmad bin Hanbal?” Katanya: “Ketika ini Ahmad telah berpisah dan berada pada seekor burung dari permata yang putih yang ingin menziarahi Tuhan Yang Maha Perkasa". Lantas, aku bertanya: "Kenapa Imam Ahmad berada pada tahap itu?". Jawabnya: “Kerana kata-katanya bahawa al-Quran ialah kalam Allah yang bukan makhluk.”

Berdasarkan mimpi ini, jelas menunjukkan bahawa kapak atau cangkul yang digunakan untuk membuat telaga dan usaha yang dilakukannya telah mendapat keampunan Allah swt.

Adapun Bisyr al-Muraishi yang mendapat azab seksaan kerana beliau yang berkata al-Quran adalah makhluk dan menjadi penghujah utama bagi golongan Muktazilah yang menentang golongan Ahli Sunnah wal Jamaah.

#Mimpi Imam Abdullah Ibn Mubarak ini merupakan satu kegembiraan bagi orang yang mentaati Allah swt dan menunjukkan kebenaran bagi golongan yang bersedekah dan sesiapa yang melakukan kebaikan mewaqafkan sumber air kepada orang yang memerlukan serta kebenaran bagi mereka yang mempertahan dan memuliakan kedudukan al-Quran.

♡Moga kisah dan cerita mimpi daripada Imam yang soleh ini menjadi motivasi dan menambah semangat untuk kita sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan sebagaimana yang diperintahkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Awwal 1446H☆

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

#Apa yang dilihat di dalam mimpi terbahagi kepada tiga bahagian: 

1. Pertama: Mimpi baik sebagai khabar gembira dari Allah swt. 
2. Kedua: Mimpi buruk dari syaitan bertujuan mendatangkan rasa bimbang dan sedih kepada manusia. 
3. Ketiga: Disebabkan perkara yang bermain di fikiran manusia.

#Daripada Sayidina Abu Salamah r.a, katanya:

لَقَدْ كُنْتُ أَرَى الرُّؤْيَا فَتُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ يَقُولُ وَأَنَا كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا تُمْرِضُنِي حَتَّى سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ اللَّهِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مَا يُحِبُّ فَلَا يُحَدِّثْ بِهِ إِلَّا مَنْ يُحِبُّ، وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ وَلْيَتْفِلْ ثَلَاثًا وَلَا يُحَدِّثْ بِهَا أَحَدًا فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ

"Sesungguhnya aku pernah bermimpi suatu yang tidak elok, sehingga menyebabkan aku jatuh sakit, sehinggalah aku mendengar Abu Qatadah berkata: ”Aku juga sebelum ini pernah bermimpi buruk sehingga menyebabkan aku jatuh sakit. Lalu aku mendengar Nabi saw bersabda: Mimpi yang baik itu dari Allah, oleh yang demikian jika seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, maka jangan dia menceritakannya melainkan kepada sesiapa yang dia suka. Dan jika dia bermimpi sesuatu yang tidak disukainya, maka hendaklah dia meminta perlindungan dengan Allah dari kejahatan mimpi dan syaitan, dan meludah (meludah angin tanpa air liur) tiga kali, dan jangan dia menceritakannya kerana ia tidak akan memudharatkannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sesuatu yang tidak disukai yang dilihat di dalam mimpi adalah dari syaitan bertujuan mendatangkan rasa sedih kepada orang yang beriman, dan semua itu tidak dapat memberi sebarang kemudharatan kepada orang yang beriman melainkan dengan keizinan dari Allah swt jua.

#Dalam riwayat daripada Sayidina Jabir r.a berkata: "Suatu hari datang seorang Arab Badwi bertemu Nabi saw dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku telah bermimpi seolah-olah kepala aku dipancung dan jatuh bergolek. Mimpi itu meninggalakan kesan yang berat ke atasku. Lalu baginda saw bersabda: "Jangan kamu bercerita kepada orang ramai apabila apabila syaitan mempermainkanmu di dalam tidurmu" (HR Muslim)  

#Maka, jika melihat sesuatu yang tidak baik di dalam mimpi, tindakan yang perlu dilakukan ialah tidak perlu menghiraukan mimpi tersebut dan jangan menyibukkan fikiran memikirkan nya. Juga tidak menceritakan mimpi tersebut kepada orang yang tidak menyukainya, agar jauh dari keburukan dan kejahatan seperti hasad atau seumpamanya.

#Oleh yang demikian, seseorang hamba sewajarnya berterusan mentaati Allah swt dan menjauhi sebarang maksiat agar terus berada di dalam pemeliharaan dan perlindungan dari Allah swt. Berkata Imam Ibn Sirin rahimahullah:

اتق الله في اليقظة ، ولا تبال ما رأيت في النوم

"Bertakwalah kamu kepada Allah ketika jaga, justeru kamu tidak perlu  pedulikan apa yang kamu lihat di dalam mimpi" (Lihat: Syarh al-Sunnah oleh al-Imam al-Baghawi)

#Bagi menghidari masalah mimpi buruk, antara cara yang boleh diamalkan ialah:

1. Membaca ayat-ayat pelindung
2. Sentiasa melazimi zikir pagi dan petang.
3. Melazimi bacaan surah al-Fatihah dan tiga Qul (al-Ikhlas,al-Falaq dan al-Nas). Kaedah yang betul adalah dengan membaca tiga Qul ini dengan mengulanginya sebanyak tiga kali dan menyapunya keseluruh badan.
4. Membaca ayat kursi setiap kali selepas solat dan ketika hendak tidur.

♡Moga Allah swt melindungi kita semua daripada sebarang mimpi yang buruk. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Awwal 1446H☆

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

#Mimpi yang baik berada pada tempat yang mulia kerana ia dari Allah swt. Allah swt mengurniakannya sebagai khabar gembira kepada orang-orang yang beriman, melunakkan dan memberi ketenangan kepadanya. Bahkan mimpi yang baik itu boleh diceritakan kepada orang lain.

#Daripada Sayidina Sa’id al-Khudri r.a, bahawa beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:

إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ رُؤْيَا يُحِبُّهَا فَإِنَّمَا هِيَ مِنْ اللَّهِ فَلْيَحْمَدْ اللَّهَ عَلَيْهَا وَلْيُحَدِّثْ بِهَا وَإِذَا رَأَى غَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَكْرَهُ فَإِنَّمَا هِيَ مِنْ الشَّيْطَانِ فَلْيَسْتَعِذْ مِنْ شَرِّهَا وَلَا يَذْكُرْهَا لِأَحَدٍ فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ

"Apabila seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, maka perkara itu adalah dari Allah, maka bertahmidlah kepada Allah, dan ceritakanlah perkara tersebut. Jika dia melihat sesuatu yang tidak disukainya, perkara itu adalah dari syaitan, maka mohonlah perlindungan dari kejahatannya (kejahatan mimpi), dan jangan diceritakan kepada seseorangpun, kerana sesungguhnya mimpi itu tidak dapat mendatangkan mudharat kepadanya" (HR al-Bukhari)

#Diceritakan oleh seorang ulamak besar, pendakwah, dan penulis terkenal Mesir yang dihormati kerana khutbah bersemangat dan kritikan terhadap ketidakadilan sosial, Syeikh Abdul Hamid Kisyk mengenai mimpinya bertemu Rasulullah, iaitu beberapa ketika sebelum kewafatannya. Hari itu adalah hari Jumaat, dan pada hari yang penuh berkat ini, Syeikh Hamid Kisyk menunaikan solat Subuh, beliau memiliki wirid harian dari bacaan al-Quran dan zikir yang tidak pernah beliau tinggalkan, tidak kira apa jua keadaan dan situasi. Selepas selesai mengerjakan wiridnya dan solat Dhuha, beliau terasa mengantuk lalu tertidur seketika. Setelah itu, beliau terjaga dan dengan penuh semangat berkata: “Allahu Akbar, Allahu Akbar!”. Kemudian, beliau memanggil isteri dan anak-anaknya dengan hati yang gembira, lalu berkata kepada mereka: "Adakah kamu tahu siapa yang aku lihat dalam mimpiku hari ini?” Mereka menjawab: “Hanya Allah yang lebih mengetahui". Lantas beliau berkata: “Aku telah melihat seorang insan yang tidak pernah aku temui keindahan penciptaannya sepertinya. Dia adalah penghulu sekalian makhluk, kekasih yang diredhaiNya Allah. Dia adalah insan yang telah menjadikan para hamba sebagai pemimpin, menjadikan golongan yang lemah sebagai guru dan ketua. Dia juga adalah insan yang mengangkat penyembah Batu menjadi pemimpin umat manusia dan menjadikan para penggembala sebagai pemimpin bangsa. Dia adalah seorang yang ummi tetapi mampu mengajar mereka yang terpelajar, seorang fakir yang memimpin dunia yang sedang terumbang-ambing di tengah ombak menuju ke tepian Allah, Tuhan sekalian alam”.

Aku telah melihat Nabi Muhammad saw bersama Umar bin al-Khattab r.a. Dan aku mendengar Nabi saw berkata kepada Umar: ‘Dudukkan dia di sini, wahai Umar, agar aku dapat memandikannya dengan kedua tanganku.’ Maka Umar pun mengambil aku dan membaringkanku di atas
sebuah meja, dan Nabi saw mula memandikan aku dengan kedua tangan Baginda yang mulia, sementara Umar r.a menyerahkan air kepada Baginda.” Kemudian Syeikh mengangkat tangannya dan berkata: “Aku memohon kepada Allah agar hari ini menjadi hari pertemuanku denganNya".

Selepas itu, beliau berwuduk di rumah untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat, dan seperti kebiasaannya, beliau memulakan solat sunat sebelum berangkat ke masjid. Beliau memasuki solat dan menunaikan satu rakaat. Pada rakaat kedua, setelah beliau sujud pada sujud pertama dan bangkit daripadanya, beliau sujud kali kedua dan di dalam sujud itulah beliau meninggal dunia. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat, 25 Rejab 1417 Hijrah, bersamaan dengan 6 Disember 1996.

Beliau telah berdoa kepada Allah agar diwafatkan dalam keadaan sujud, dan Allah mengabulkan doanya.

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Awwal 1446H☆

لَّقَدۡ صَدَقَ ٱللَّهُ رَسُولَهُ ٱلرُّءۡیَا بِٱلۡحَقِّۖ

"Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar" [Surah al-Fatḥ 27]

#al-Raghib al-Asfahani berkata: "Al-Ru’ya ialah apa yang dilihat dalam mimpi.

#Antara mimpi yang menzahirkan rasa takjub ialah apabila mendengar seseorang itu pernah bermimpi melihat Rasulullah saw, kerana ia merupakan satu peristiwa yang
pastinya diinginkan oleh setiap insan yang bergelar Muslim. Dan mimpi melihat Rasulullah saw adalah mimpi yang benar.

#Sabda Rasulullah saw:

مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي ‏

"Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sememangnya dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupaku" (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata, hadis ini mengandungi isyarat bahawa, meskipun Allah swt membenarkan syaitan untuk menyerupai sesiapa sahaja yang dikehendaki, namun ia tetap terhalang dari menyerupai Nabi saw. Beberapa ulamak berpanjangan, yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah apabila seseorang melihat Baginda saw dalam rupa yang sama seperti rupa asal Baginda saw.

#Terdapat banyak riwayat tentang orang-orang soleh mimpi bertemu Rasulullah saw yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran:

1. Dikisahkan oleh Ishaq bin Ismail katanya: Aku mendengar Sufyan at-Thauri berkata: "Aku telah melihat Nabi saw dalam mimpiku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu tentang bawang merah dan bawang putih. Baginda menjawab: Para malaikat merasa terganggu dengan keduanya. (Lihat: al-Manamat)

2. Dikisahkan bahawa al-Muthanna bin Sa‘id al-Qasir telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku mendengar Malik bin Anas (Imam Malik) berkata: "Tidak pernah aku melalui satu malam pun melainkan aku melihat Rasulullah saw dalam tidurku" (Lihat: Hilyah al-Auliya)

3. Al-Rabi‘ bin Sulaiman meriwayatkan: Aku mendengar
Imam as-Syafi‘i berkata: Aku melihat Nabi saw dalam mimpi,
sebelum aku mencapai usia dewasa. Baginda berkata kepadaku: Wahai anak muda. Aku menjawab, Labbaik, wahai Rasulullah. Baginda bertanya: Dari golongan manakah engkau? Aku menjawab: Dari golonganmu, wahai Rasulullah. Baginda berkata: Dekatkan dirimu kepadaku: Maka aku pun mendekat, lalu Baginda mengambil sedikit daripada air liurnya. Aku membuka mulutku, dan Baginda menyapukan air liurnya pada lidahku, mulutku, dan bibirku, sambil berkata: Teruskanlah, semoga Allah memberkatimu. (Lihat: Manaqib al-Syafi‘i. al-Baihaqi)

4. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi pernah menceritakan kisahnya, lebih kurang 16 tahun yang lalu, bahawa beliau telah bermimpi bertemu Rasulullah saw sebanyak 47 kali. Pada suatu ketika, beliau merasakan Rasulullah saw menyentuh kepala dan belakangnya, dan beliau dapat merasai kesejukan jari-jemari baginda pada kepalanya dan belakangnya. Kisah ini diceritakannya dalam rancangan Muntada Fursan al-Sunnah li al-Intaj al-Islami. Syeikh Muhammad bin Abdul Malik Al-Zughbi merupakan 
seorang pendakwah Islam terkenal dari Mesir. Beliau terlibat dalam Rabitah al-Alam al-Islami (Liga Muslim Sedunia) di Mekah, khususnya dalam bahagian Mukjizat Saintifik dalam Al-Quran dan Sunnah.

#Ya Allah, kurniakanlah aku kesempatan untuk bertemu dengan RasulMu, Nabi Muhammad saw, dalam mimpiku. Jadikan pertemuan itu sebagai pendorong kecintaan dan ikutan terhadap sunnah Baginda. Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, ahli keluarganya, dan para sahabatnya. Aamiiin.

♡Jelas bahawa mimpi bertemu Rasulullah saw termasuk dalam mimpi yang baik dan merupakan perkhabaran gembira buat seseorang. Ini menunjukkan bahawa terdapat keistimewaan dalam dirinya yang membolehkannya bertemu dengan insan yang paling mulia, sekiranya benar orang yang dijumpainya itu adalah Rasulullah saw berdasarkan sifat-sifat Baginda yang diceritakan dalam hadis dan sesuai dengannya. Oleh itu, secara umumnya, tidak menjadi masalah untuk seseorang menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah saw.

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: RUANG DAPUR DIPENUHI AIR SETIAP KALI HUJAN TURUN😭😭*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-PAKCIK-SALLEH

Assalamualaikum wbt....

Pasangan warga emas, Pakcik Saleh 85 tahun dan isterinya 78 tahun di Kg Gong Keding, Pasir Puteh, Kelantan terpaksa berhadapan suasana sayu dan gelisah setiap kali guruh berdentum di langit. Ini kerana setiap kali turunnya hujan, ruang dapur rumah mereka akan digenangi air kerana bumbung rumah mereka tersangat uzur dan reput.

Kawasan dapur tersangat uzur terutama bahagian atap rumah dan banyak bahagian bocor serta struktur rangka kayu yang reput. Bahagian dapur ini perlu di baiki hampir keseluruhan bumbung dan kayunya perlu ditukar.

*DIPERLUKAN SEKITAR RM20 RIBU UNTUK BAIK PULIH*

Untuk makluman semua penyumbang, pasangan warga emas ini tinggal bersama anak lelaki mereka yang tiada kerja tetap dan menjaga kedua pasangan ini. Menguruskan makan minum serta ubat untuk ibunya yang uzur kerana mengidap kencing manis dan penyakit tua (banyak lupa).

Jom sama-sama kita menyumbang sorang sikit untuk kita siapkan bumbung rumah Pakcik Saleh agar kehidupannya sekeluarga lebih selesa dan tiada lagi kebocoran. Semoga dengan bantuan kita, Allah mempermudahkan urusannya dan Allah akan mempermudahkan urusan kita didunia dan di akhirat. InsyaAllah. Jazakumullahu khairan kathira. Moga dimurahkan rezeki dan beroleh syurgaNya. Aamiiin.
===============
*Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyip Pay:*

https://toyyibpay.com/BAIKI-RUMAH-PAKCIK-SALLEH

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Baiki Rumah Pakcik Saleh

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/BaikiRumahPakcikSaleh

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/BaikiRumahPakcikSaleh

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/BaikiRumahPakcikSaleh

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/BaikiRumahPakcikSaleh

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Awwal 1446H☆

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱصۡبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āali-ʿImrān 200]

#Allah swt memerintahkan kepada orang beriman agar sentiasa bersabar dalam mentaatiNya. Sabar dalam taat kepada perintah yang Allah swt perintahkan melalui kalam NabiNya. Ini memahamkan kita bahawa untuk taat kepada arahan Allah pun memerlukan kesabaran. Ia tidak mudah, terutama sekali kepada orang yang berasal dari kalangan Ahli Kitab.

#Dalam ayat ini dua kali Allah swt ulang perkataan agar kita bersabar. Ini adalah suruhan untuk bersabar dalam melawan golongan kuffar. Umat Islam mesti lebih sabar daripada orang kafir dalam kesabaran. Mereka yang kafir berusaha dengan penuh sabar untuk jatuhkan Islam. Maka kita orang Islam kena lebih lagi sabar daripada mereka dalam menyebarkan Islam dan menegakkan kalimah Allah di dunia ini. Kita kena bertahan lebih lama dari mereka, lebih kuat dari mereka. Usaha kita kena lebih. Jangan kita kalah dengan mereka.

#Allah swt perintahkan bahawa kita kena sentiasa bersedia untuk berperang dengan musuh Allah. Hendaklah sentiasa berada di perbatasan untuk meneruskan perjuangan. Jangan kita asyik duduk dan  berehat sahaja dalam menegakkan agama Allah. Ini kerana sebagai pejuang Islam, bila-bila masa sahaja boleh dipanggil untuk menegakkan jihad. Allah menyebut رَابِطُوا dari kata ر ب ط yang bermaksud ‘ikat’. Di zaman dahulu, perkataan ini digunakan kepada kuda yang diikat, yang sudah bersedia untuk berperang. Maka kita kena sentiasa bersedia untuk Islam. Inilah sifat orang beriman, bukan hanya beribadah, tetapi juga terlibat dengan jihad.

#Seorang sahabat, Sayidina Abdullah ibn Mas’ud r.a pernah menegur beberapa ahli ibadah dari Kufah yang menyisihkan diri dari masyarakat, namun meninggalkan amar makruf dan nahi munkar. Katanya:

لَوْ أَنَّ النَّاسَ فَعَلُوا مِثْلَ مَا فَعَلْتُمْ ، فَمَنْ كَانَ يُقَاتِلُ الْعَدُوَّ ؟ وَمَا أَنَا بِبَارِحٍ حَتَّى تَرْجِعُوا

"Andai semua melakukan seperti yang kalian lakukan (hanya sibuk beribadah), siapa yang akan berjuang melawan musuh Islam? Aku tidak akan berganjak selagi kamu tidak pulang (kembali menyumbang untuk Islam)" (Ibn al-Mubarak, Kitab al-Zuhud)

#Dipenghujung ayat, Allah swt perintahkan kita semua untuk bertaqwa. Taqwa banyak disebut dalam al-Quran kerana ia adalah perkara yang tersangat penting. Ini kerana orang yang benar-benar bertaqwa sahaja yang boleh lakukan segala yang diperintah oleh Allah swt.

#Dengan beriman, bersabar, sentiasa bersedia untuk jihad dan menjadi insan bertaqwa maka mudah-mudahan kita berjaya di akhirat kelak. Perkataan تُفۡلِحُونَ ‘kejayaan’ ianya merujuk kepada kejayaan yang khusus di akhirat. Ini kerana ada kejayaan di dunia dan ada kejayaan di akhirat. Yang paling kita kehendaki adalah kejayaan di akhirat kelak iaitu kejayaan yang hakiki yang kekal selamanya.

♡Moga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang diredhaiNya dan beroleh syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Awwal 1446H☆

وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُمۡ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِمۡ خَـٰشِعِینَ لِلَّهِ لَا یَشۡتَرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]

#Berdasarkan penerangan ayat di atas, maka kita dapat ketahui syarat-syarat untuk ahli kitab dikira sebagai orang beriman:
1. Beriman kepada Allah swt
2. Beriman kepada Nabi Muhammad swt dan kebenaran al-Quran
3. Beriman kepada kitab-kitab terdahulu yang tidak diubah isinya
4. Tidak menyembunyikan kebenaran demi pangkat dan kedudukan.

#Allah swt mengatakan mereka khusyuk kepada Allah yakni merendahkan diri tunduk kepada Allah swt. Iaitu mereka tidak sombong untuk beriman kepada Allah. Mereka mentaati Allah swt kerana takut kepada Allah swt.

#Mereka tidak mengubah ayat-ayat Allah dengan habuan dunia. Mereka tidak seperti Ahli Kitab yang lain yang menjual ayat-ayat Allah swt. Ini kerana ada para pendeta yang menjual ayat-ayat dari Kalam Allah yang suci untuk mendapatkan habuan dunia. Mereka beri fatwa yang dikehendaki oleh pengikut mereka, walaupun ianya berlawanan dengan apa yang ada dalam Kitab.

#Larangan jual beli ayat Allah ini maksudnya ialah Allah melarang dari mengubah hukum Allah atau mengubah kandungan kitab Allah atau menyembunyikan ayat-ayat Allah daripada disampaikan kepada manusia atau memilih kufur kerana mementingkan habuan dunia dan meninggalkan beriman walaupun rugi di akhirat. Firman Allah swt:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكتُمُونَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلڪِتَـٰبِ وَيَشتَرُونَ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلاً‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مَا يَأكُلُونَ فِى بُطُونِهِم إِلَّا ٱلنَّارَ

“Sungguhnya orang-orang yang menyembunyikan kebenaran yang telah diturunkan oleh Allah di dalam kitab dan membeli mereka itu dengannya akan habuan yang sedikit necasya mereka itulah orang-orang yang memakan mereka itu di dalam perut mereka itu akan api neraka" [Surah al-Baqarah 174]

#Golongan Ahli Kitab yang akhirnya beriman dan masuk Islam, tidak melakukan perkara sedemikian. Mereka jujur dengan apa yang tertulis dalam kitab suci mereka. Merekalah juga yang telah membongkarkan kesalahan-kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh ahli agama mereka. Inilah yang disebutkan Allah bahawa adanya Ahli Kitab yang benar-benar beriman kepada Allah swt dan dikurniakan ganjaran syurgaNya.

#Hal ini disebabkan daripada amal kebaikan yang mereka lakukan, Allah swt akan kurniakan balasan baik kepada mereka. Allah swt tidak nilai pada zahir sama ada mereka itu berasal dari Ahli Kitab atau tidak. Penilaiannya ialah dengan mereka beriman dan berbuat kebaikan, maka Allah akan berikan balasan yang baik untuk mereka walaupun asalnya mereka adalah ahli kitab. Keimanan dan ketaqwaan itu yang dinilai bukannya bangsa, keturunan, kedudukan atau pangkat harta.

♡Ahli kitab yang beriman iaitu mereka yang beriman kepada Allah swt dan Nabi Muhammad saw serta tidak kekal dengan syariat rasul mereka yang terdahulu. Mereka ini sama hukumnya seperti muslim yang lain. Namun ahli kitab yang dikira kufur atau terkeluar dari Islam, iaitu ahli kitab yang kekal dengan agama Yahudi dan Nasrani serta enggan beriman kepada Nabi Muhammad saw dan syariatnya. Meskipun ahli kitab itu beriman dengan akidah dan syariat yang dibawa oleh nabi dan rasul mereka tanpa mengubah sedikit pun syariat dan kitab suci mereka, namun jika masih enggan beriman dengan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul, maka mereka tetap dikira sebagai kufur dan tidak layak masuk ke syurga Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Awwal 1446H☆

لَـٰكِنِ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَا نُزُلࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَیۡرࣱ لِّلۡأَبۡرَارِ

"Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan)" [Surah Āali-ʿImrān 198]

#Allah swt mengatakan, orang yang bertaqwa adalah mereka yang istiqamah menjaga hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Dalam segenap hal kehidupan mereka, mereka akan memikirkan apakah hukuman dan syariat Allah swt dalam hal itu? Mereka taat kepada hukum Allah kerana mereka takut kepada Allah swt.

#Balasan kepada orang yang bertaqwa itu, mereka akan dikurniakan dengan balasan syurga. Dan Allah swt menyebut tentang sungai-sungai yang mengalir dalam syurga itu sebagai penaik semangat untuk manusia memasukinya.

إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يُحَلَّوْنَ فِيهَا مِنْ أَسَاوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤًا ۖ وَلِبَاسُهُمْ فِيهَا حَرِيرٌ

"Sesungguhnya Allah swt akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ daripada sutera" [Surah al-Hajj 23]

#Imam Ibnu Kathir rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini mengatakan: "Ia (sungai-sungai) mengalir di dalamnya (Syurga), di seluruhnya dan di bahagian-bahagian sisinya. Sungai-sungai syurga juga mengalir di bawah pokok-pokoknya dan istana-istananya, dan mereka (penduduk Syurga) boleh mengalirkannya ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana yang mereka kehendaki"

#Demikian keadaan sungai-sungai Syurga, tersangat banyak, tersangat luas, indah, cantik, luar biasa dan hebat.

#Sehinggakan Imam Ibnu Kathir mengatakan bahawa penduduk Syurga boleh mengalirkan sungai-sungai Syurga itu ke mana sahaja mereka mahu dan ke arah mana sahaja mereka kehendaki! Tersangat hebat nikmat kurniaan Allah kepada hambaNya yang bertaqwa.

#Allah swt mengatakan bahawa mereka akan kekal selamanya di dalam syurga. Jika hanya duduk sekejap sahaja di tempat yang baik macam mana pun, itu bukan nikmat sebenar. Sebab kita tahu yang kita tidak akan kekal di dalamnya. Tetapi, Allah memberitahu kita yang penghuni syurga akan kekal di dalamnya. Jadi, penghuni syurga akan rasa tenang menikmati segala nikmat di dalam syurga itu, tanpa perlu risau yang mereka akan dikeluarkan dari tempat itu.

#Ini semua kerana orang yang bertaqwa akan di layan sebagai tetamu istimewa Allah swt. Macam kita, kalau layan tetamu tentu akan lebih sikit dari hari-hari biasa. Ini memberi isyarat yang Allah akan layan penghuni syurga macam layan tetamu istimewa. Kalau kita pergi rumah orang-orang besar sebagai tetamu, tentulah layanan mereka akan hebat bukan? Sekarang Allah swt bagitahu, Dia yang akan menjadi tuan rumah, tentulah layanan kepada tetamuNya itu amat hebat sekali, tidak dapat dibayangkan.

#Apa sahaja kurniaan Allah swt tentulah amat hebat sekali. Dan Allah telah berjanji untuk memberikan kepada mereka yang memiliki hati yang baik, yang berbakti selama mereka hidup di dunia dan sentiasa mentaatiNya.
 
♡Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang bertaqwa dan dikurniakan kita Syurga serta dapat menikmati keindahan sungai-sungai di Syurga dan segala nikmatnya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: KEMBARA 3.0: MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN KG ORANG ASLI CHIONG, TASIK BANDING, PERAK*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/TABUNG-DAKWAH-ORANG-ASLI

Assalamualaikum wbt semua..

InsyaAllah pada 9 dan 10 Nov 2024, sukarelawan Geng Talaqqi akan berkunjung ke perkampungan orang asli Kg Chiong dalam kembara dakwah 3.0, bantuan dan kebajikan bersama penduduk disitu. Ini rentetan daripada misi 1.0 (19-21 Feb 2022) dan 2.0 (11-12 Nov 2023) sebelum ini.. Misi dakwah KOA Chiong merupakan misi kembara dakwah dan kebajikan tahunan Geng Talaqqi.

Untuk makluman semua, penduduk asli di Chiong seramai 260 orang, 63 keluarga. Hampir keseluruhan sudah beragama Islam, namun masih agak perlahan dan kekurangan dari sudut kefahaman dan pengamalan agama.

*Antara aktiviti dakwah, bantuan dan kebajikan yang akan dijalankan:*

1. Kuliah Maghrib dan Subuh
2. Mengajar anak-anak dan orang dewasa Berwudhuk, Perlakuan Solat, Bacaan Dalam Solat.
3. Solat berjemaah bersama penduduk
4. Sukaneka
5. Cak Rayak (Jamuan sekampung)
6. Memanah
7. Gunting Rambut
8. Aktiviti Kemasyarakatan
9. Sumbangan beras dan pek makanan
10. Senaman pagi bersama penduduk
11. Gotong royong
12. Free market (Sumbangan Pakaian Terpakai)

*Dana yang diperlukan sekitar RM15 RIBU*

Kami di Geng Talaqqi ingin mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada tuan/puan yang telah banyak membantu dalam kerja-kerja kebajikan Geng Talaqqi. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan akan menjadi pemberat timbangan amal di Mahsyar kelak serta dilimpahkan rezeki yang berkat. Aamiiin.

*Kita sebagai umat Islam yang sentiasa memburu syurga Allah swt, maka pengorbanan perlu kita lakukan untuk mendapatkannya. Pengeluaran wang ringgit, harta, masa dan tenaga merupakan salah satu bentuk pengorbanan yang dapat kita lakukan kerana Allah swt demi mencapai kehidupan yang bahagia di syurga kelak.*
.............................
Sabda Nabi saw:

فَوَاللَّهِ لَأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

*“Demi Allah, apabila ada seorang sahaja yang mendapat petunjuk melalui dirimu, maka itu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (jenis unta yang paling baik dan mahal)"* (HR al-Bukhari)
...........................
*Jom kita mengumpulkan saham akhirat dengan menghulurkan sumbangan ke akaun toyyib pay:*

https://toyyibpay.com/TABUNG-DAKWAH-ORANG-ASLI

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Tabung Dakwah Orang Asli

*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/TabungDakwahOrangAsli

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/TabungDakwahOrangAsli

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/TabungDakwahOrangAsli

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/TabungDakwahOrangAsli

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Rabiul Akhir 1446H☆

فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّی لَاۤ أُضِیعُ عَمَلَ عَـٰمِلࣲ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضࣲۖ فَٱلَّذِینَ هَاجَرُوا۟ وَأُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِمۡ وَأُوذُوا۟ فِی سَبِیلِی وَقَـٰتَلُوا۟ وَقُتِلُوا۟ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡهُمۡ سَیِّـَٔاتِهِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتࣲ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابࣰا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)" [Surah Āali-ʿImrān 195]

#Segala amal kebaikan yang kita lakukan di dunia tidak akan sia-sia. Allah swt akan balas, tidak kira samada lelaki atau perempuan. Ini menunjukkan persamaan taraf antara lelaki dan wanita. Sama-sama mudah untuk mendapatkan pahala. Islam tidak bezakan amal lelaki dan wanita. Ingatlah yang Allah swt Tuhan Maha Adil. Sesiapa sahaja ada peluang untuk mendapatkan pahala, asalkan mereka mahu berusaha. Lelaki dengan cara lelaki, perempuan dengan cara perempuan. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskinnya. Kita cuma perlu dapatkan ilmu sebanyak mungkin supaya kita tahu apakah yang patut kita lakukan diterima Allah, dan bagaimana melakukannya dengan cara terbaik.

#Lihatlah keberanian luar biasa yang dipamerkan Muslimah Palestin. Di wilayah Sheikh Jarrah, pengusiran dan rampasan kediaman rakyat Palestin telah dilakukan dan Muslimah di sana turut lantang dan sentiasa bersedia menjadi benteng hadapan untuk mempertahankan kediaman dan tanah yang sememangnya adalah hak milik mereka sejak berketurunan lamanya. Sebuah portal akhbar dalam talian ‘Middle East Eye’ telah mengangkat nama Muslimah Palestin antaranya, Muna al-Kurd, Salwa Skafi dan Nuha Atieh sebagai lambang kecekalan wanita Sheikh Jarrah yang tidak akan berganjak daripada melindungi tempat tinggal mereka.

#Keberanian dan kecekalan turut dizahirkan oleh seorang warga emas iaitu Dawlat Abdullah Al-Tanani, 66 tahun yang tidak mahu berganjak keluar dari kediamannya sehingga menyebabkan tentera Zionis Yahudi melepaskan seekor anjing dan mengigit beliau ketika tidur di atas katil. Beliau telah diheret dan ditarik sehingga ke pintu masuk. Kejadian tersebut telah menyebabkan kecederaan parah dan tiada sebarang rawatan yang diterima oleh beliau.

#Selain itu, terdapat ramai Muslimah dari pelbagai peringkat usia berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran walaupun berada di dalam penjara Israel. Contohnya, tahanan Abeer al-Kadhi, 46 tahun yang merawat keperitan hidup sepanjang berada di penjara dengan berdamping dengan al-Quran. Beliau telah menghafal al-Quran dalam tempoh 11 bulan sahaja walaupun ketika itu beliau menghidap penyakit kritikal dan ditekan oleh rejim Zionis dengan cara memindahkan beliau dari satu penjara ke penjara yang lain. Tidak ketinggalan seorang warga emas berumur 86 tahun iaitu Fatima Thabit yang menghafal keseluruhan al-Quran dan diberi penghormatan oleh Kementerian Wakaf Palestin sebagai Hafizah Tertua di Gaza.

#Kisah ibu yang melahirkan anak tanpa ubat bius ketika dibedah turut diperhatikan. Wanita Palestin yang hamil terpaksa menjalani pembedahan dalam suasana hospital yang sesak dan kurang bersih. Bahkan ada yang terpaksa dibedah di bawah runtuhan bangunan.

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Rabiul Akhir 1446H☆

قُلۡ فَلِمَ تَقۡتُلُونَ أَنۢبِیَاۤءَ ٱللَّهِ مِن قَبۡلُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?" [Surah al-Baqarah 91]

#Al-Quran menjelaskan kejahatan puak Yahudi suka membunuh orang termasuk membunuh para nabi. Sejarah juga menjelaskan bahawa kaum Yahudi telah membunuh ramai nabi.

#Ramai para nabi terdiri daripada keturunan bani Israel. Bertitik tolak dari itu, kaum Israel mempercayai bahawa keturunan mereka mulia. Namun, mereka lupa bahawa kaum mereka juga telah banyak membunuh nabi-nabi pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, tidak hairanlah sehingga ke hari ini mereka berlanjutan membunuh rakyat Palestin setelah merampas tanah mereka.

#Jahatnya mereka sehingga membunuh nabi-nabi. Orang lain, setakat tidak beriman dengan nabi sahaja. Tetapi Bani Israel, bukan setakat tidak mengikut nabi, malah membunuh. Contoh nabi yang dibunuh ialah Nabi Yahya dan Nabi Zakaria.

#Walaupun Kerajaan Rom yang membunuh Nabi Zakaria, tetapi kerenahnya datang daripada Bani Israel. Mereka berpakat dengan kerajaan untuk menangkap Nabi Zakaria di Palestin. Baginda berlari menyelamatkan diri. Terdapat sepohon pokok yang terbuka, lalu baginda masuk bersembunyi di dalamnya. Orang ramai mencarinya tetapi tidak berjumpa. Syaitan datang menyamar sebagai manusia dan memberitahu tempat persembunyian nabi Zakaria. Kata syaitan, jika mereka tidak percaya, cuba digergaji pokok tersebut. Akhirnya, pokok itu digergaji dan baginda pun mati.

#Nabi Yahya pula dibunuh oleh King Herod. Raja tersebut tergila-gilakan anak tirinya sendiri yang bernama Salome. Baginda melarangnya sebab dia telah tidur dengan isterinya. Melainkan kalau dia belum tidur dengan isterinya, maka boleh mengambil anak tirinya sebagai isteri. Tetapi kalau sudah tidur dengan isteri, maka haramlah hukumnya mengahwini anak tiri.

#Akibat melarang, baginda ditangkap. Anak tirinya meletakkan syarat iaitu mas kahwin mestilah kepala Nabi Yahya. Akhirnya, baginda dibunuh dengan kepalanya dipancung. Tubuhnya diletakkan di dalam pokok dan kepalanya sebagai hantaran kahwin. Oleh sebab itu, kuburnya ada dua, satu di Damascus (Damsyik) dan satu lagi di Palestin.

#Masalah-masalah yang berlaku di dunia kebanyakannya berpunca daripada Bani Israel. Mereka muncul dalam bentuk Jewish atau Zionis Antarabangsa. Bukan semua orang Israel jahat. Ada yang baik sehingga tetap akan membayar hutang walaupun jumlahnya kecil. Tetapi, masalah besar hari ini ialah Yahudi yang jahat. Contohnya mereka merampas tanah Palestin dan membunuh rakyat Palestin serta menghuru-harakan dunia dengan isu peperangan dan penjajahan era baru.

♡Jahatnya bani Israel, pembunuh para Nabi dan Rasul serta orang-orang yang beriman!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Rabiul Akhir 1446H☆

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ مُسۡلِمِینَ * ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ تُحۡبَرُونَ

"(Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" [Surah az-Zukhruf 69-70]

#Sambungan kisah semalam berkenaan mereka yang diberi layanan dan penghormatan vvip untuk memasuki syurga.

#Ayat di atas menyatakan siapa mereka itu?. Mereka ialah orang yang benar-benar beriman dan benar-benar mentaati segala perintah dan larangan Allah swt. Mereka beramal dengan segala arahan Allah swt. Oleh itu, kita jangan sekadar membaca sahaja ayat-ayat Allah swt tetapi kita tidak tunduk patuh pada perintahNya. Kita perlu belajar untuk faham ayat-ayat Allah dan beramal menurut syariat yang telah ditetapkan.

#Kemudian Allah swt mengatakan mereka dikurniakan sebaik-baik balasan dan ganjaran iaitu dipersilakan memasuki syurgaNya. Inilah nikmat yang paling besar sekali. Selain dapat memasuki syurga dan menikmati segala kesenangannya, mereka juga dapat melihat Allah swt. Ini adalah nikmat yang amat istimewa yang dikurniakan kepada orang yang beriman dan taat.

#Allah perintahkan ahli syurga masuk dengan pasangannya. Itulah kawan yang baik dengan kita, pasangan hidup kita. Bukan di dunia sahaja mereka menjadi pasangan hidup kita, tetapi sampai ke syurga, dengan syarat, mereka juga beriman. Tentu teramat bahagia jika dapat memasuki syurga dengan pasangan hidup kita semasa di dunia dulu.

#Kalimah تُحْبَرُونَ bermaksud mereka itu gembira yang amat sangat sampaikan tidak ada ruang untuk bersedih.

#Apabila mereka dimasukkan ke dalam syurga, wajah mereka akan berseri dengan kegembiraan dan kesenangan. Bukankah kecantikan seseorang itu lebih terserlah dengan cahaya kegembiraan pada wajahnya?. Berusahalah agar kita menjadi ahli syurga!!

♡Inilah nikmat luar biasa dan terindah yang akan dikecapi orang yang beriman dan beramal soleh di Mahsyar kelak. Jom istiqamah beramal dan mentaati Allah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Rabiul Akhir 1446H☆

یَـٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَیۡكُمُ ٱلۡیَوۡمَ وَلَاۤ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ * ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ بِـَٔایَـٰتِنَا وَكَانُوا۟ مُسۡلِمِینَ * ٱدۡخُلُوا۟ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جُكُمۡ تُحۡبَرُونَ

"(Mereka - yang bertaqwa - itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita". (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh. (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan" [Surah az-Zukhruf 68-70]

#Ayat ini menceritakan mengenai sifat orang yang bertaqwa dan balasan syurga serta pelbagai kesenangan untuk mereka.

#Jom kenali seorang sahabat yang beriman dan dijanjikan syurga, iaitu Sayidina Waraqah bin Naufal r.a.

#Waraqah bin Naufal bin Asad bin ‘Abd al-‘Uzza bin Qusai al-Qurasyi al-Asadi. Beliau adalah sepupu kepada Sayidatina Khadijah r.ha, isteri Nabi saw. 

#Beliau adalah salah seorang daripada empat orang, yang berkumpul pada hari perayaan Quraisy terhadap berhala-berhala mereka. Mereka berbicara sesama mereka dan bersepakat bahawa Quraisy telah menyimpang daripada agama Ibrahim, dan bahawasanya tidak ada erti menyembah berhala. Mereka pun pergi mencari agama Ibrahim yang sebenar. Mereka itu ialah Waraqah bin Naufal, ‘Ubaidullah bin Jahsy, Uthman bin al-Huwairith, dan Zaid bin ‘Amr bin Nufail. 

#Pendapat yang kuat (rajih) ialah beliau merupakan seorang yang beriman dan tergolong dalam kalangan mereka yang mentauhidkan Allah, tetapi beliau tidak termasuk dalam kalangan sahabat kerana beliau meninggal dunia pada fatrah wahyu selepas kenabian dan sebelum turunnya risalah kerasulan.

#Selain daripada itu, terdapat riwayat daripada Sayidatina Aisyah r.ha, bahawa Rasulullah saw bersabda:

لَا تَسُبُّوا وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلَ فَإِنِّي قَدْ رَأَيْتُ لَهُ جَنَّةً أَوْ جَنَّتَيْنِ

"Janganlah kamu mencela Waraqah bin Naufal. Sesungguhnya aku melihat baginya satu syurga atau dua syurga" (HR al-Hakim)

#Imam al-Munawi menukilkan daripada al-Iraqi yang menyebutkan: "Hadis ini menguatkan hadis lain yang disampaikan oleh beberapa ulamak bahawa Sayidina Waraqah r.a masuk Islam pada permulaan turunnya wahyu" (Lihat: al-Taisir bi Syarh al-Jami‘ al-Shaghir)

#Di samping itu, terdapat juga riwayat  Hisyam bin ‘Urwah daripada bapanya: 

سَابَ أَخ لِوَرَقَة رَجُلًا فَتَنَاوَلَ الرَّجُل وَرَقَة فَسَبَّهُ فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لِأَخِيهِ : هَلْ عَلِمْتَ أَنِّي رَأَيْتُ لِوَرَقَةَ جَنَّةً، أَوْ جَنَّتَيْنِ» فَنَهَى رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ سَبِّهِ

Suatu ketika saudara Waraqah mencela seorang lelaki, lalu lelaki tersebut menemui Waraqah dan mencelanya. Berita ini sampai kepada Rasulullah SAW dan Baginda bersabda: ‘Apakah kamu tahu bahawa aku melihat bagi Waraqah satu syurga atau dua syurga?’ Lalu Rasulullah SAW melarang celaan kepada Waraqah" (Lihat: Usd al-Ghabah fi Ma‘rifah al-Sahabah dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isabah)

#Begitu juga riwayat daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.huma, katanya:

سُئِلَ النَبيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَرَقَةَ بْنِ نَوْفَلٍ، قَالَ: أَبْصَرْتُهُ فِي بُطْنَانِ الْجَنَّةِ عَلَيْهِ السُّنْدسُ

"Rasulullah saw ditanya tentang Waraqah bin Naufal. Baginda bersabda: ‘Aku melihatnya di tengah-tengah syurga yang di atasnya ada sutera" (Riwayat Abu Ya‘la)

♡Lakukanlah amal soleh dan jadilah insan yang taat lagi bertaqwa, InsyaAllah moga kita semua dimasukkan ke dalam syurga FirdausNya. Aamiiin ♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Rabiul Akhir 1446H☆

وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰ⁠تَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki" [Surah Āali-ʿImrān 169]

#Orang yang mati syahid sentiasa hidup dengan bahagianya di alam barzakh dengan mendapat nikmat syurga terindah dan teristimewa.

#Jom kita menelusuri kisah menarik tentang as-Syahid Sayidina Jaafar bin Abu Talib.

Sayidina Jaafar bin Abi Talib adalah saudara kepada Sayidina Ali bin Abi Talib dan sepupu kepada baginda Rasulullah saw. Beliau seorang yang amat dikasihi baginda. Sayidina Jaafar bersama orang Islam lain tinggal di Habsyah lebuh kurang 10 tahun. Pada tahun ke 7 hijrah, baru beliau berangkat meninggalkan Habsyah menuju ke Madinah.

Namun Sayidina Jaafar ditakdirkan tidak lama di Madinah. Pada tahun ke 8 Hijrah, baginda mengutuskan satu pasukan ke Mu’tah. Baginda menugaskan Sayidina Zaid bin Harithah sebagai panglima dan berpesan, jika syahid Zaid maka Sayidina Jaafar perlu menggantikan dan jika Sayidina Jaafar syahid maka Sayidina Abdullah bin Rawahah ganti. Benar sebagaimana disabda. Sayidina Zaid bin Harithah menemui syahid di sana. Panji yang dipegang segera disambut Jaafar dan terus meluru ke tengah kawanan musuh. Beliau bertarung sehingga putus tangan kanan yang memegang panji dicantas oleh tentera Rom. Panji itu segera di sambut panji dengan tangan kiri. Tetapi tangan kirinya juga telah dipotong selepas itu. Namun beliau tetap mempertahankan panji Islam itu dengan bahu dan tunggul tangan yang masih berbaki, sehingga beliau gugur syahid di tangan musuh.

#Ringkas cerita, ketiga-tiga sahabat yang disebutkan baginda semuanya menemui shahid. Baginda sangat bersedih ketika menerima wahyu akan berita tersebut.

#Sehingga saat Sayidina Jaafar terbunuh, beliau masih lagi mengangkat bendera pasukan Islam. Dikatakan bahawa seorang tentera Rom mencantas Sayidina Jaafar dengan satu pukulan yang kuat sehingga terbelah dua tubuhnya. Allah telah menggantikan untuk beliau dua sayap yang digunakannya untuk terbang ke mana sahaja di dalam syurga. Oleh kerana itu, beliau dikenali dengan gelaran “Ja‘far al-Tayyar” dan juga “Ja‘far Zu al-Janahain” (yang mempunyai dua sayap). (Lihat: al-Rahiq al-Makhtum)

#Riwayat daripada Ibn Umar r.huma bahawa kami mendapati, di hadapan mayat Sayidina Jaafar, di antara bahunya terdapat sembilan puluh pukulan, daripada kesan tikaman dengan lembing dan juga pukulan dengan pedang. (Lihat: al-Thabat ‘inda al-Mamat)

#Juga riwayat Ibn Abbas r.huma, bahawa Rasulullah saw bersabda:

 رَأَيْتُ جَعْفَر بِنْ أَبِي طَالِبٍ مَلَكاً يَطِيرُ فِي الجَنَّةِ مَعَ المَلَائِكَةِ بِجَنَاحَيْنِ

"Aku melihat Jaafar bin Abu Talib (menjadi) malaikat terbang di syurga bersama para malaikat dengan kedua sayapnya" (HR at-Tirmizi)

#Rasulullah saw bersabda: 

دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَنَظَرْتُ فِيهَا فَإِذَا جَعْفَرٌ يَطِيرُ مَعَ الْمَلَائِكَةِ، وَإِذَا حَمْزَةُ مُتَّكِئٌ عَلَى سَرِيرٍ

"Aku memasuki syurga semalam (dalam mimpiku), lalu aku melihat Jaafar sedang terbang bersama para malaikat dan Hamzah berbaring di atas katil" (HR at-Tabarani)

♡Hebatnya perjuangan mereka sehingga berjaya beroleh syahid sebagaimana yang diimpikan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Awwal 1446H☆

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

#Ada pula pendapat lain yang mengatakan الْبُشْرَىٰ yang dimaksudkan adalah kemasyhuran seseorang itu. Mereka menjadi masyhur kerana kebaikan dan kebajikan yang telah mereka dilakukan.

#Sebagai contoh, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Namun beliau lebih terkenal dengan panggilan Imam al-Bukhari. Beliau telah menulis kitab sahihnya dan lihatlah bagaimana masyhur sekali kitab itu dan dengan beliau sekali turut masyhur. Masyhur dengan kebaikan yang telah dilakukan.

#Begitu juga dengan Abu Zakaria Yahya bin Syaraf bin Marri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jum’ah bin Hizam al-Dimasyqi. Lahir di Nawa, iaitu sebuah perkampungan yang terletak di Hauran, yang mana jaraknya lebih kurang 50 km dari selatan Damsyik. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Imam an-Nawawi. Beliau meninggal di usia muda namun kitab-kitabnya terkenal dan dijadikan rujukan di serata dunia sehingga hari ini.

#Sepertimana juga Kitab Sahih al-Bukhari itu dikaji dan dibaca oleh manusia seluruh dunia. Bila sebut Sahih Bukhari sahaja, semua akan terima hadis di dalamnya sebagai sahih belaka. Nama ‘Bukhari’ pun terkenal di mana-mana. Ibubapa menamakan anak mereka dengan nama Bukhari. Begitu juga Imam an-Nawawi, kitab hadis 40 karangannya terkenal di serta dunia dan beliau juga terkenal diserata dunia.

#Itulah الْبُشْرَىٰ kegembiraan atau kemasyhuran yang membahagiakan didunia atas kebaikan yang dilakukan.

#Ada pendapat lain lagi yang mengatakan bahawa الْبُشْرَىٰ itu adalah bantuan daripada Allah swt. Dalam usahanya untuk melakukan amalan yang baik, Allah mudahkan.

#Ada juga yang mengatakan mereka akan mendapat kefahaman dan ilmu agama yang luar biasa.

#Selain itu ada pendapat yang  mengatakan mereka mendapat berita baik tentang nasib mereka. Sebagai contoh, ada sahabat yang diberikan dengan berita gembira yang mereka akan menjadi ahli syurga semasa mereka di dunia lagi. Semasa mereka hidup lagi mereka sudah mendapat berita baik itu.

♡Semoga kita juga beroleh kebahagiaan yang menggembirakan didunia ini atas kebaikan yang dilakukan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Awwal 1446H☆

لَهُمُ الْبُشْرَىٰ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

"Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang menggembirakan di dunia" [Surah Yunus 64]

#Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azhim, ketika menafsirkan ayat ini menyebut salah satu pendapat dengan menyertakan sebuah hadis daripada Sayidina ‘Ubadah bin al-Samit r.a, beliau bertanya kepada Rasulullah saw tentang ayat tersebut lalu Baginda saw menjawab:

هِيَ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُؤْمِنُ أَوْ تُرَى لَهُ

"Ia adalah mimpi yang baik, yang orang Mukmin bermimpi dengannya atau diperlihatkan kepadanya".

#Mimpi yang benar adalah satu perkara kemuliaan serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Sayidina Ibn Abbas r.huma, Rasulullah saw bersabda:

لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ

"Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu)" (HR Muslim)

#Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

إِذَا اقْتَرَبَ الزَّمَانُ لَمْ تَكَدْ تَكْذِبُ رُؤْيَا الْمُؤْمِنِ وَرُؤْيَا الْمُؤْمِنِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

"Apabila telah menghampiri zaman, mimpi seseorang yang beriman itu hampir tidak dusta, dan mimpi orang yang beriman itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian" (HR al-Bukhari)

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, Rasulullah saw bersabda:

الرُّؤْيَا الْحَسَنَةُ مِنْ الرَّجُلِ الصَّالِحِ جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنْ النُّبُوَّةِ

"Mimpi baik yang berasal dari seorang yang soleh adalah satu bahagian dari 46 juzuk kenabian" (HR al-Bukhari)

#Berdasarkan riwayat-riwayat ini, mimpi yang benar oleh orang soleh dengan menepati ciri-ciri yang telah ditetapkan boleh menjadi pembawa berita gembira atau satu bentuk peringatan.

#Ibrahim bin Basyar berkata: Aku mendengar Ibrahim bin Adham menceritakan: Telah sampai kepadaku bahawa Hasan al-Basri pernah melihat Nabi saw dalam mimpinya. Lalu beliau berkata: Wahai Rasulullah, berilah aku nasihat. Baginda pun bersabda: "Barangsiapa yang hari-harinya sama (tidak ada peningkatan), maka dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang esoknya lebih buruk daripada hari ini, maka dia adalah orang yang terlaknat. Barang siapa yang tidak memeriksa kekurangan pada dirinya, maka dia akan sentiasa dalam kekurangan. Dan barangsiapa yang terus dalam kekurangan, maka kematian lebih baik baginya" (Lihat: Hilyah al-Auliya’ wa Tabaqat al-Asfiya)

#Dikisahkan bahawa Mus‘ab bin al-Muqaddam pernah bermimpi bahawa Baginda Rasulullah saw pernah memegang tangan Imam Sufyan al-Thauri. Ini sebagaimana kata beliau: Aku melihat Nabi saw dalam tidur sedang memegang tangan Sufyan al-Thauri dan membalasnya dengan kebaikan, sambil berkata: Baik jalannya. (Lihat: Hilyah al-Auliya’,)

♡Mimpi orang soleh dan mimpi yang benar adalah mimpi yang boleh dijadikan teladan dan panduan dalam kehidupan. Moga kita beroleh mimpi indah. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

♡Moga kita sentiasa beroleh mimpi yang indah, baik dan menggembirakan. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Bahkan Baginda saw sendiri membenarkan seseorang yang bermimpi sesuatu perkara yang baik untuk menceritakannya kepada orang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Awwal 1446H☆

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰۤىِٕكَتَهُۥ یُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِیِّۚ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَیۡهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسۡلِیمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" [Surah al-Aḥzāb 56]

#Penggunaan lafaz fi’il mudari(kata kerja kini/present tense) dalam ayat ini memberi maksud bahawa Allah swt berselawat secara terus-menerus kepada Baginda, lalu Allah swt memerintahkan kita untuk turut berselawat kepada Baginda saw, meskipun selawat daripada Allah telah mencukupi. Ayuh, perbanyakkan selawat.

#Berkata al-Imam al-Hafiz Ibn Jauzi rahimahullah:

‎وَاعْلَمُوا أَنه مَا من عبد مُسلم أَكثر الصَّلَاة على مُحَمَّد إِلَّا نور الله قلبه وَغفر ذَنبه وَشرح صَدره وَيسر أمره فَأَكْثرُوا من الصَّلَاة لَعَلَّ الله يجعلكم من أهل مِلَّته ويستعملكم بسنته ويجعله رفيقنا جَمِيعًا فِي جنته فَهُوَ المتفضل علينا برحمته

"Ketahuilah bahawa tidak ada mana-mana muslim yang memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad saw melainkan Allah swt akan menerangi jantung hatinya, mengampunkan dosanya, melapangkan dadanya, serta mempermudahkan urusannya. Maka perbanyakkanlah berselawat, mudah-mudahan Allah swt menjadikan kamu termasuk dalam ahli agama baginda, menjadikan kamu beramal dengan sunnahnya, serta menjadikan Rasulullah saw sebagai peneman kita semua di syurgaNya. Sesungguhnya Allah swt Maha Luas kurniaanNya kepada kita dengan rahmatNya".

#Imam Ibn Jauzi turut menyenaraikan 10 karamah (kemuliaan) yang terhasil menerusi selawat ke atas Nabi saw. Katanya:

‎وَاعْلَمُوا رحمكم الله أَن فِي الصَّلَاة على سيدنَا مُحَمَّد ﷺ عشر كرامات إِحْدَاهُنَّ صَلَاة الْملك الْجَبَّار وَالثَّانيَِة شَفَاعَة النَّبِي الْمُخْتَار وَالثَّالِثَة الِاقْتِدَاء بِالْمَلَائِكَةِ الْأَبْرَار وَالرَّابِعَة مُخَالفَة الْمُنَافِقين وَالْكفَّار وَالْخَامِسَة محو الْخَطَايَا والأوزار وَالسَّادِسَة قَضَاء الْحَوَائِج والأوطار وَالسَّابِعَة تنوير الظَّوَاهِر والأسرار وَالثَّامِنَة النجَاة من عَذَاب دَار الْبَوَار والتاسعة دُخُول دَار الرَّاحَة والقرار والعاشرة سَلام الْملك الْغفار

"Ketahuilah, mudah-mudahan kamu mendapat rahmat Allah bahawa pada berselawat ke atas Nabi Muhammad saw terdapatnya sepuluh kemuliaan:

Pertama: Kita mendapat selawat dari Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa.

Kedua: Kita mendapat syafaat dari Nabi saw.

Ketiga: Kita berpetunjuk dengan para malaikat yang mulia (kerana para malaikat turut berselawat ke atas Nabi saw).

Keempat: Menyelisihi golongan munafik dan golongan kafir (kerana berselawat merupakan arahan dan tuntutan kepada golongan beriman).

Kelima: Memadamkan dosa-dosa dan segala kotoran (yang telah kita lakukan).

Keenam: Dapat melunaskan segala hajat dan kehendak.

Ketujuh: Menerangi luaran dan dalaman diri.

Kelapan: Selamat dari azab pada hari akhirat.

Kesembilan: Masuknya kita ke dalam syurga yang penuh kerehatan dan kekal.

Kesepuluh: Mendapat salam daripada Allah swt yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengampun. (Lihat: Bustan Al-Wa’izhin, Ibn Al-Jauzi)

♡Jom pastikan diri kita setiap hari, setiap masa dan setiap waktu berselawat kepada junjungan mulia Sayidina Muhammad saw♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Awwal 1446H☆

وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"...Serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)" [Surah Āali-ʿImrān 200]

#Allah swt perintah kita supaya bertaqwa dan dengan taqwa kita akan berjaya.

#Seruan Allah swt supaya orang yang beriman supaya menjadi orang bertaqwa bukan sekadar dalam ayat ini, tetapi dalam banyak ayat dalam kalamNya.

#Hakikatnya, sifat taqwa ini perlu sentiasa di jaga dan ditingkatkan. Taqwa inilah yang sepatutnya menjadi tujuan utama kita dalam melaksana dan menyelesaikan pelbagai aktiviti dan tanggungjawab.

#Sebagai pelajar, kita perlu belajar dengan rasa taqwa. Sebagai pekerja, kita bekerja dengan rasa taqwa. Sebagai peniaga, kita berniaga dengan rasa taqwa. Sebagai pemimpin, kita memimpin dengan rasa taqwa. Sebagai ahli pasukan, kita menjalankan peranan dengan rasa taqwa. Sebagai rakan, kita membantu rakan kita dengan rasa taqwa. Begitulah seterusnya dalam segala urusan dan perkara yang kita lakukan semuanya hendaklah di atas dasar taqwa.

#Seandainya proses menjaga rasa taqwa berterusan dalam kehidupan kita, maka pasti sifat-sifat Mahmudah (sifat terpuji) akan semakin kukuh dan sifat-sifat mazmumah (sifat keji) semakin hilang. Dalam keadaan seperti inilah taqwa akan menjadi pemelihara dan perisai daripada segala godaan dunia dan kemaksiatan, dan seterusnya kita menjadi hamba Allah swt yang menjaga segala perintah dan larangan Allah swt dengan penuh berhati-hati.

#Allah menyatakan dengan taqwa kita akan beroleh keuntungan, kejayaan. Kejayaan apa yang dijanjikan? Apakah sebenarnya kejayaan dan kemenangan dalam hidup ini? Siapakah insan yang berjaya dan menang dalam pertarungan kehidupan di dunia yang menipu dan memperdaya ini? Untuk menjawab hal itu, Allah swt yang menciptakan dan menempatkan kita di dunia ini memberikan jawapan sejelas-jelasnya dalam firmannya. 

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" [Surah Aali ‘Imran 185]

#Berdasarkan ayat ini, kejayaan bagi seseorang ialah apabila dia selamat dari azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah kejayaan dan kemenangan bagi seseorang insan yang hidup atas muka bumi ini. Sehebat mana pun pencapaian seseorang atas dunia ini, jika tidak berjaya selamat dari neraka dan tidak berjaya masuk ke dalam syurga, maka kesemuanya itu sia-sia belaka.

قَالَ ٱللَّهُ هَـٰذَا یَوۡمُ یَنفَعُ ٱلصَّـٰدِقِینَ صِدۡقُهُمۡۚ لَهُمۡ جَنَّـٰتࣱ تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ رَّضِیَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُوا۟ عَنۡهُۚ ذَ ٰ⁠لِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar" [Surah al-Māʾidah 119]

♡Allah swt menyediakan syurga sebagai satu tempat untuk mengiktiraf kejayaan hambaNya yang taat dan bertaqwa ketika hidup di dunia. Mereka yang mendapat kejayaan yang amat besar ini akan kekal berada dalam syurga dengan menikmati segala nikmat kurniaanNya selama-lamanya. Jom jadi orang bertaqwa!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Awwal 1446H☆

إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

"Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]

#Apabila Allah swt menyebut hisabNya amat cepat, ia mempunyai tiga maksud:

1. Hisab Allah tersangat dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Oleh itu, jangan lengah, lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Firman Allah swt:

ٱقۡتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمۡ وَهُمۡ فِی غَفۡلَةࣲ مُّعۡرِضُونَ

"Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya" [Surah al-Anbiyāʾ 1]

Ingatlah yang Hari Hisab itu sudah dekat, kita sahaja menyangka ia lama dan lambat lagi, tetapi sedarlah ia akan datang tidak lama lagi. Maka semua manusia perlu segera bertaubat. Ini kerana apabila sudah mati, tidak ada peluang untuk bertaubat. Maka kita perlu ambil peluang semasa masih hidup ini untuk bertaubat dan ubah cara hidup kita sebelum dibawa ke hari hisab.

2. Hisab sebelum mati. Allah boleh turunkan terus balasan ketika di dunia lagi dan adakalanya ia sangat cepat. Sebagai contoh, selepas kita solat, berzikir, baca al-Quran kita terus rasa tenang dan tenteram. Dan jika kita buat dosa, selepas buat dosa sahaja kita akan rasa bersalah, bukan? Kerap kali selepas kita buat dosa, Allah terus datangkan balasannya secara ‘tunai’. Sebagai contoh, selepas kita melihat aurat perempuan seksi, kemudian Allah beri kepala kita terlanggar tembok atau tiang. Atau selepas kita terlibat dengan dosa, Allah terus kenakan kita dengan penyakit dan kesusahan. Inilah dinamakan hisab segera.

3. Apabila Allah buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan dan kesengsaraan yang amat besar hinggakan semua manusia akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah lakukan audit yang sebegini? Itulah keagungan kuasa Allah swt.

#Diriwayatkan pernah Sayidina Ali ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhlukNya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.

♡Hisablah diri kita sendiri didunia ini sebelum dihisab di hadapan Allah di akhirat kelak. Siapkanlah diri dengan ilmu, iman, amal dan taqwa yang sebenar agar kita terlepas daripada ancaman didunia dan juga di akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 2 Jamadil Awwal 1446H☆

وَإِنَّ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ لَمَن یُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكُمۡ وَمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡهِمۡ خَـٰشِعِینَ لِلَّهِ لَا یَشۡتَرُونَ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ ثَمَنࣰا قَلِیلًاۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ أَجۡرُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ

"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya" [Surah Āali-ʿImrān 199]

#Berkata Prof. Hamka: "Ayat ini berkenaan kisah Raja an-Najasyi Ashamah yang telah meninggal dunia. Sebelum beliau meninggal, beliau sempat memeluk Islam dan Nabi saw memberi arahan agar disolatkan jenazah ke atas beliau secara solat ghaib. Maka turunlah ayat ini ketika mana para sahabat sedang dalam keraguan, yang mana menjelaskan berkenaan adanya ahli kitab yang beriman kepada Allah swt, beriman kepada Nabi Muhammad saw serta al-Quran dan kepada pegangan asal mereka sendiri iaitu ajaran Nabi Isa Alaihissalam" (Lihat: Tafsir al-Azhar)

#Allah swt ingatkan kita tentang adanya ahli kitab  yang beriman kepada Allah swt dan ada yang baik supaya kita tidak lupa. Bukanlah semua mereka orang yang jahat. Jangan kita pukul mereka semua sama rata dengan mengatakan mereka semuanya jahat dan menentang Allah dan Rasul.

#Memang telah banyak disebutkan bahawa ramai dari kalangan mereka yang cuba hendak menjatuhkan Islam. Tetapi secara umum, pintu dan ruang untuk mereka masuk Islam sentiasa terbuka. Asalkan mahu beriman, maka diterima keimanan mereka. Bukanlah asal nama sahaja Ahli Kitab, terus mereka semua dimurkai dan dilaknat.
 
#Walaupun mereka Ahli Kitab, ada dari kalangan mereka yang beriman dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw iaitu al-Quran. Dari zaman Nabi saw, hinggalah zaman sekarang, ada sahaja golongan Ahli Kitab yang beriman dengan al-Quran. Biasanya mereka mengkaji agama kerana mereka tercari-cari agama apakah yang sebenar. Akhirnya, kerana mereka memang mahukan kebenaran, maka Allah swt telah temukan mereka dengan al-Quran. Setelah mereka mengkaji al-Quran, akhirnya mereka mengakui kebenaran dan kehebatan al-Quran serta beriman kepada Allah swt.

#Hal ini kerana sebelum itu mereka telah beriman dengan kitab-kitab suci yang diturunkan untuk mereka seperti Taurat dan Injil. Mereka telah membaca dan mereka telah beriman dengan perkara-perkara akidah yang disampaikan di dalamnya.
Inilah kelebihan Ahli Kitab. Mereka beriman dengan dua Kitab. Kelebihan ini tidak ada pada kita, kerana kita hanya beriman dengan satu kitab sahaja.

#Oleh kerana itu, mereka tidak akan rugi kalau mereka memeluk agama Islam. Malah mereka akan dapat lebih lagi daripada orang lain.

#Firman Allah swt:

فَإِنْ ءَامَنُوا۟ بِمِثْلِ مَآ ءَامَنتُم بِهِۦ فَقَدِ ٱهْتَدَوا۟ ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا۟ فَإِنَّمَا هُمْ فِى شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ ٱللَّهُ ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

"Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" [Surah al-Baqarah 137]

♡Ahli Kitab yang beriman dan benar-benar taat mengerjakan ibadah kepada Allah swt, tidak menyembunyikan kebenaran, mereka akan mendapat kedudukan dan keuntungan yang tinggi dan akan beroleh ganjaran syurga kelak♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Rabiul Akhir 1446H☆

لَا یَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ فِی ٱلۡبِلَـٰدِ * مَتَـٰعࣱ قَلِیلࣱ ثُمَّ مَأۡوَىٰهُمۡ جَهَنَّمُۖ وَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ

"Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan" [Surah Āali-ʿImrān 196-197]

#Allah swt mengingatkan Nabi saw dan umat Islam agar jangan terpesona dengan bebasnya orang kafir itu bergerak di dunia ini dalam mengumpulkan harta. Mereka dilihat banyak mengumpul harta dan kekayaan dan boleh buat apa-apa dan pergi ke sana sini. Jangan terpesona dengan apa yang mereka ada dan bebasnya mereka kerana mereka tidak akan berjaya dan beroleh sebarang kebahagiaan bahkan mereka akan berdepan kesengsaraan.

#Jangan sesekali umat Islam terpesona sehingga terikut jadi macam mereka pula. Sebagai orang Islam, kita boleh mencari harta dan kekayaan tetapi hendaklah melakukan infak dan membayar zakat serta melakukan kebajikan.

وَأَنفِقُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُوا۟ بِأَیۡدِیكُمۡ إِلَى ٱلتَّهۡلُكَةِ وَأَحۡسِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" [Surah al-Baqarah 195]

#Orang kafir memang nampak macam senang sahaja di dunia ini. Mereka ada kekayaan, ada kuasa, ada kesenangan hidup dan sebagainya. Tengoklah bagaimana kayanya orang-orang Yahudi dan Kristian di dunia ini. Tapi jangan terpesona dengan kesenangan hidup mereka. Mereka senang di dunia sahaja dan akan merana di akhirat kelak.

#Ketahuilah, kesenangan yang mereka ada itu hanya sementara sahaja. Sudahlah sementara, ianya sikit sahaja. Allah memaklumkan kita, apa sahaja kesenangan yang mereka ada itu sikit sahaja. Mungkin kita nampak mereka senang, tapi kesenangan yang mereka rasa itu hanya sementara dan sedikit sahaja.

#Akhirnya, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka jahannam. Lafaz الْمِهَادُ asalnya bermaksud pelukan ibu. Sepatutnya pelukan ibu adalah tempat yang amat menyenangkan bagi seorang bayi, dia akan rasa tenang dan dapat tidur dengan nyenyak dalam pelukan ibunya.
Tetapi Allah swt gunakan perkataan itu dalam nada mengejek dalam ayat ini. Kerana sebenarnya, mereka tidak akan tenang langsung di neraka nanti.

#Apa guna kesenangan yang sementara di dunia kalau akhirnya akan kekal di dalam azab neraka yang menyala-nyala selama-lamanya?

إِنَّ ٱللَّهَ لَعَنَ ٱلۡكَـٰفِرِینَ وَأَعَدَّ لَهُمۡ سَعِیرًا * خَـٰلِدِینَ فِیهَاۤ أَبَدࣰاۖ لَّا یَجِدُونَ وَلِیࣰّا وَلَا نَصِیرࣰا

"Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api neraka yang marak menjulang. Kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong" [Surah al-Aḥzāb 64-65]

♡Sebagai orang Islam, kita kena banyakkan infak untuk menjalankan jihad di jalan Allah, membantu orang yang memerlukan dan membantu gerak kerja kebajikan. Kita perlu tahu bahawa infak itu adalah untuk kebaikan kita kerana infak itu akan menjadi harta kita yang sebenarnya di akhirat kelak dalam bentuk ganjaran pahala dan kebahagiaan yang sebenar. Jangan terpedaya dengan kesenangan yang sedikit dan sementara!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Apa yang lebih menyayat hati, setelah melahirkan anak melalui pembedahan mereka terpaksa pulang dengan menuruni tangga dan kembali menghadap keadaan yang tidak aman di kem pelarian.

#Mereka juga tetap istiqamah melaksanakan ibadah dan semua kewajipan agama yang diperintahkan Allah swt dengan sebaiknya walaupun berada dalam suasana peperangan dan tidak tenteram. Allahuakbar!!

♡Allah swt tidak membezakan pahala dalam beramal samada wanita atau lelaki. Semuanya dikurniakan ganjaran pahala dan syurga asalkan mahu beramal, berdakwah, berjihad dan berjuang di jalan Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Rabiul Akhir 1446H☆

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا

"Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" [Surah al-Maidah 82]

#Permusuhan mereka iaitu Yahudi dan musyrikin teramat besar terhadap Islam dan umatnya sehingga sampai ke tahap mereka berusaha untuk membunuh umat Islam.

#Sejarah menceritakan pada kita bagaimana mereka cuba untuk membunuh Rasulullah saw dan juga mereka berjaya membunuh sahabat-sahabat nabi saw. Jom kita telusuri beberapa kejahatan mereka terhadap sahabat nabi saw.

#Ibn Sa’ad dan al-Hakim dengan sanadnya yang sahih meriwayatkan daripada Ibn Syihab bahawa Sayidina Abu Bakar dan al-Harith memakan daging kecil yang dihiris-hiris, yang dituangkan air di atasnya, yang dihadiahkan kepada Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Al-Harith berkata kepada Sayidina Abu Bakar: "Wahai Khalifah Rasulullah saw, angkatlah tanganmu kerana sesungguhnya di dalamnya ada racun. Sesungguhnya engkau dan aku akan mati pada hari yang sama". Beliau kemudian mengangkat tangannya. Dan keduanya sakit hingga akhirnya mereka mati pada hari yang sama di akhir tahun. (Lihat: Tarikh al-Khulafa’)

#Diceritakan bahawa ketika Sayidina Umar bin al-Khattab r.a sedang meluruskan saf solat kaum Muslimin seperti kebiasaannya setiap hari untuk mendirikan solat Subuh, dan apabila hendak bertakbir untuk solat, seorang lelaki bernama Abu Lu’lu’ah al-Majusi datang dengan sebilah belati beracun lalu menikamnya beberapa kali, memutuskan ususnya, dan dengan sebab itu beliau jatuh rebah tidak sedarkan diri. Para sahabat yang berada di situ cuba untuk menangkap Abu Lu’lu’ah, tetapi dia membunuh sebahagian daripada mereka, dan salah seorang daripada mereka datang kepadanya dari arah belakang lalu melemparkan jubah kepadanya dan menjatuhkannya. Maka Abu Lu’lu’ah menikam dirinya sendiri dengan belati yang sama yang membunuh Sayidina Umar dan dia meninggal dunia di tempat kejadian. Setelah itu, para sahabat membawa Sayidina Umar yang masih tidak sedarkan diri ke rumahnya. Apabila beliau sedar, lantas beliau bertanya kepada mereka berkenaan pelaksanaan solat Subuh dan kemudian barulah beliau bertanya tentang pembunuhnya, dan mereka menjawab: “Abu Lu’lu’ah”. Terdapat beberapa riwayat berkenaan tarikh kewafatannya. Ada yang berpendapat, kejadian itu berlaku yakni beliau ditikam pada hari Rabu bersamaan 26 Zulhijjah. Ada juga yang berpendapat, beliau ditikam pada 27 Zulhijjah dan hidup selepas kejadian itu selama tujuh hari, dan ada yang berpendapat selama tiga hari. (Lihat: Syahid al-Mihrab al-Faruq Umar bin al-Khattab r.a oleh ‘Abd al-Salam bin Muhsin)

#Pada hari terakhir pengepungan, sebelum dibunuh, Sayidina Uthman r.a tertidur. Pada waktu pagi, dia menyebut: “Sesungguhnya pemberontak ini akan membunuhku”. Kemudian beliau berkata lagi: “Dalam tidurku, aku bermimpi melihat Nabi saw. Baginda ditemani oleh Abu Bakar dan Umar r.huma. Baginda saw berkata: ‘Wahai Uthman, berbukalah bersama kami'. Oleh sebab itulah, pada waktu pagi harinya Sayidina Uthman berpuasa, dan pada hari itu juga beliau dibunuh. (Lihat: al-Tabaqat)

#Sayidina Uthman meninggal dunia (dibunuh) pada 8 Zulhijjah tahun 35 Hijrah menurut pendapat yang masyhur (Lihat: al-Bidayah wan Nihayah)

♡Yahudi dan musyrikin sangat kuat memusuhi Islam. Mereka sepatutnya diperangi bukannya dijadikan sahabat dan rakan kongsi. Malangnya masih ada pemimpin kaum Muslimin yang membuat perjanjian dan mengambil mereka sebagai wali (pemimpin, pelindung, penolong, pembantu) dan orang kepercayaan. Masih ada pemimpin umat Islam yang berbaik dan berjabat tangan dengan golongan terlaknat ini dan menolong mereka membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Insafilah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Rabiul Akhir 1446H☆

وَالَّذِي جَاءَ بِالصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُوْلَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

"Dan orang yang membawa kebenaran (nabi Muhammad) dan yang membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertakwa" [Surah az-Zumar 33]

#Antara sahabat nabi saw yang sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibawa dan disampaikan oleh Nabi saw ialah Sayidina Abu Bakar r.a sehingga beliau digelar as-Siddiq.

#Imam Ibn Jarir meriwayatkan dengan sanadnya kepada Sayidina Ali bin Abu Talib r.a, bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz “وَالَّذِي جَاء بِالصِّدْقِ” (iaitu dan orang yang membawa kebenaran) ialah Nabi Muhammad saw. Manakala yang dimaksudkan pula dengan lafaz  "وَصَدَّقَ بِهِ” (iaitu dan yang membenarkannya) ialah Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a (Lihat: Jami‘ al-Bayan)

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Ibn al-Jauzi menyatakan bahawa sifat alami Sayidina Abu Bakar sangat terkenal melalui kesolehannya, ketakutannya terhadap Allah, dan kerendahan hati. (Lihat: al-Tabsirah)

#Suatu hari, ketika ajalnya semakin dekat, Sayidina Abu Bakar memanggil puterinya, yang juga merupakan isteri Nabi saw. Dengan suara lemah, ia berpesan: "Anakku, bila aku telah tiada, hitunglah segala harta benda yang telah kuperoleh selama menjawat jawatan sebagai khalifah. Pastikan semuanya dikembalikan kepada baitul mal, kerana itu adalah hak umat".

Sayidatina Aisyah menuruti permintaan ayahnya. Setelah wafat nya Sayidina Abu Bakar, Sayidatina Aisyah menghitung dan mendapati bahawa harta peninggalan ayahnya hampir tak ada. Yang tersisa hanyalah selembar kain yang ia gunakan sebagai pakaian sehari-hari, seekor unta yang ia pakai untuk bermusafir, dan sebidang tanah yang hasilnya sering ia gunakan untuk kepentingan umum.

Ketika berita mengenai keadaan ini tersebar di kalangan umat, banyak yang terharu dan merasa kagum dengan keikhlasan serta keteladanan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Mereka mengenang bagaimana ia telah menyerahkan seluruh hidupnya demi agama dan umat, tanpa meninggalkan warisan harta apapun untuk keluarganya sendiri.

Sayidina Abu Bakar as-Siddiq menjadi contoh abadi bagi pemimpin yang adil, jujur, dan penuh kasih sayang. Ketulusannya dalam melayani umat tanpa memikirkan kepentingan peribadi membuat namanya selalu dikenang dengan penuh hormat dan cinta oleh generasi-generasi berikutnya. Warisan terbesarnya bukanlah harta benda, melainkan nilai-nilai kebajikan dan kesederhanaan yang ia tunjukkan sepanjang hidupnya.

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sakit selama 15 hari, sehinggalah apabila tiba hari Isnin malam Selasa, 22 Jamadil Akhir 13 Hijrah. Sayidatina Aisyah r.ha berkata: Sayidina Abu Bakar berkata kepadaku: "Pada hari apakah Rasulullah saw wafat?" Aku menjawab: "Hari Isnin". Sayidina Abu Bakar berkata: "Apa yang Allah kehendaki. Sesungguhnya aku berharap wafat pada malam ini". Sayidina Abu Bakar bertanya lagi: "Dengan apa kamu semua mengkafankan Baginda?" Sayidatina Aisyah menjawab: "Tiga helai kain Suhuliyah Yamaniyah tanpa jubah dan serban". Maka Abu Bakar berkata: "Lihatlah pakaianku ini. Padanya terdapat celupan Za‘faran atau tanah merah. Maka cucilah ia, lalu tambahkan dua helai yang lain.” Aisyah berkata:" Ayahku, ini sudah usang". Maka Abu Bakar menjawab: "Orang hidup lebih sesuai mendapat yang baru. Ini hanya untuk menunggu di dalam kubur" (Lihat: al-Tabaqat oleh Ibn Sa‘ad)

♡Jom teladani insan mulia ini yang sifat baiknya (as-Siddiq) diabadikan Allah dalam kalamNya yang mulia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Rabiul Akhir 1446H☆

یَـٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَیۡكُمُ ٱلۡیَوۡمَ وَلَاۤ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ *

"(Mereka yang bertaqwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): "Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); dan kamu pula tidak akan berdukacita" [Surah az-Zukhruf 68]

#Ini adalah kata-kata sambutan dari Allah swt. Ini adalah satu penghormatan kepada mereka. Dan ini menunjukkan yang mereka mendapat layanan terbaik daripada Allah swt. Allah swt sendiri mengalu-alukan mereka di syurga! Semoga kita termasuk dalam golongan ini, Aamiin.

#Siapakah mereka dalam ayat ini? Mereka adalah orang-orang yang bertaqwa, yang bersahabat, bersilaturrahim kerana Allah, menolong sesama sendiri kepada jalan Allah. Allah menyambut mereka dengan kata-kata yang menyenangkan apabila mereka sampai ke syurga nanti.

#Allah mengatakan 'pada hari ini tidak ada ketakutan ke atas kamu'. Ketakutan atau kebimbangan merupakan suatu perasaan tidak menyenangkan dengan apa yang mungkin terjadi di masa hadapan. Maksudnya, mereka yang bertaqwa akan diselamatkan di akhirat kelak. Mereka akan diselamatkan di setiap tempat bahaya dan sengsara. Hal ini sebagaimana yang digambarkan Allah dalam firmanNya:

وَیُنَجِّی ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ بِمَفَازَتِهِمۡ لَا یَمَسُّهُمُ ٱلسُّوۤءُ وَلَا هُمۡ یَحۡزَنُونَ

"Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredhaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita" [Surah az-Zumar 61]

#Mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk iaitu terlepas daripada tempat-tempat azab seperti azab kubur, Mahsyar, Titian Sirat, Neraka. Itulah tempat-tempat yang akan dikenakan kesusahan dan azab. Mereka yang beriman akan diselamatkan di tempat-tempat tersebut. Mereka juga akan dapat minum air dari Telaga Kautsar yang apabila minum sahaja air itu, tidak akan dahaga sampai bila-bila serta beroleh keredhaan Allah untuk melayakkan ke syurga. Itulah kemenangan yang besar yang diperoleh oleh mereka yang bertaqwa.

#Mereka juga 'tidak akan berdukacita' bermaksud suatu perasaan tidak menyenangkan dengan apa yang terjadi pada masa lalu (didunia dahulu). Iaitu, apabila kita teringat sesuatu yang terjadi dahulu, akan menimbulkan perasaan sedih. Jadi, ‘takut’ untuk masa hadapan, dan ‘dukacita’ adalah untuk masa lampau.

#Termasuk dalam sedih itu adalah perasaan menyesal atas perbuatan mereka yang lalu. Itulah yang akan terjadi kepada mereka yang tersilap memilih sahabat menyebabkan mereka melakukan perkara/amal yang salah yang memasukkan ke dalam neraka. Mereka akan sedih mengenangkan kesilapan lampau yang mereka lakukan. Apabila dalam syurga, tidak akan ada langsung perasaan sedih kerana syurga adalah tempat untuk menikmati segala kebahagiaan. Jika ada perasaan sedih, akan berkuranglah kenikmatan itu.

#Di syurga juga, mereka tidak akan merasa sedih kerana mereka tidak ingat segala masalah, segala kesusahan semasa di dunia dahulu, hinggakan tidak terkenangkan lagi orang yang disayangi kalau mereka tidak masuk ke syurga. Allah akan hilangkan perasaan itu dari kita. Dan Allah tidak mahu orang bertaqwa yang menjadi penghuni syurga kesedihan. Ketakutan ini di hilangkan oleh Allah.

#Maka ahli syurga hanya akan bergembira semata-mata. Tiada ketakutan dan tiada dukacita.

♡Jadilah orang yang beriman, beramal dan bertaqwa, nescaya bahagia sebahagianya di syurga kelak. Moga kita salah seorang darinya. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk join:
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: NAIK TARAF ASRAMA PELAJAR MAAHAD INKLUSIF AHMADI, JALAN BUKIT CERAKAH, KAPAR, SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/DANA-NAIK-TARAF-MAAHAD-AHMADI

Assalamualaikum wbt semua...

*LATAR BELAKANG*
Maahad Inklusif Ahmadi (MIA) sebuah maahad tahfiz yang terletak di Kapar, Selangor. Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2018.

Maahad Inklusif Ahmadi  menfokuskan kepada pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, Kitab Hadis, Tafsir al-Quran, Feqah, Fardhu Ain dan Sirah.

Maahad Inklusif Ahmadi ini diasaskan oleh Almarhum Ahmad Abdul Hamid rahimahullah dan Prof. Dr Rashidah Abdul Rahman.

Kini maahad ini berada di bawah kelolaan Tuan Mansor Musawir bin Abdul Razak.

*Untuk makluman semua, Maahad Inklusif Ahmadi dalam proses menaiki taraf prasarana asrama pelajar agar lebih memberi keselesaan kepada para pelajar yang semakin hari semakin bertambah*

*Saat ini diperlukan infaq untuk:*

1. Septic Tank rm10 ribu
2. Katil Double Decker rm3500
3. Tilam rm2500

*DIPERLUKAN DANA SEBANYAK: RM16 RIBU SAHAJA*

Pihak Geng Talaqqi merayu kepada para penyumbang dan seluruh umat Islam yang bermurah hati untuk mewaqaf, berinfaq atau menderma bagi kelancaran projek menaik taraf maahad. Moga menjadi saham terbesar akhirat kita.

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang.. Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki, sihat walafiat dan beroleh ganjaran syurgaNya... Aamiiin..
...........................
*SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE AKAUN TOYYIB PAY:*

https://toyyibpay.com/DANA-NAIK-TARAF-MAAHAD-AHMADI

*Atau terus ke akaun:*

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: NAIK TARAF MAAHAD AHMADI
.....................
*SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:*

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/NaikTarafMaahadAhmadi

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/NaikTarafMaahadAhmadi

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/NaikTarafMaahadAhmadi

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/NaikTarafMaahadAhmadi

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

Assalamualaikum wbt..

Innalillahi wainna ilaihi rajiuun

Telah kembali ke sisiNya, ayahanda yang saya cintai Tuan Hj Hashim bin Abdul Rahman mantan Imam Masjid Nurul Ehsan Kg Paya Besar Kuala Ketil Baling Kedah.

Ya Allah, ampunilah segala dosa ayahanda. Limpahkanlah rahmat kepada ayahanda. Selamatkanlah ayahanda. Maafkanlah segala kesilapan ayahanda. Moga Allah swt Tuhan Yang Maha Pengasih membalas segala kebaikan ayahanda dengan kedudukan yang teristimewa disisiNya. Moga dipermudahkan segala urusan ayahanda dan ditempatkan ayahanda kami dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Damailah di alam sana.😭😭😭.. Aamiiin

Ust Muhamad Naim Hj Hashim

Читать полностью…
Подписаться на канал