tadabburkalamullah | Неотсортированное

Telegram-канал tadabburkalamullah - Tadabbur Kalamullah

13574

Oleh Ustaz Muhamad Naim Haji Hashim

Подписаться на канал

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 15 Jamadil Akhir 1445H☆

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰۤ إِذَا رَكِبَا فِی ٱلسَّفِینَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقۡتَهَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَیۡـًٔا إِمۡرࣰا

"Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar" [Surah al-Kahfi 71]

#Sambungan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir. Apa tujuan Nabi Khidhir berbuat demikian (menebuk kapal) dijelaskan pada ayat berikutnya.

أَمَّا ٱلسَّفِینَةُ فَكَانَتۡ لِمَسَـٰكِینَ یَعۡمَلُونَ فِی ٱلۡبَحۡرِ فَأَرَدتُّ أَنۡ أَعِیبَهَا وَكَانَ وَرَاۤءَهُم مَّلِكࣱ یَأۡخُذُ كُلَّ سَفِینَةٍ غَصۡبࣰا

"Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat" [Surah al-Kahfi 79]

#Pelajaran yang hendak disampaikan adalah kewajipan melindungi kepentingan orang miskin daripada kerakusan penguasa yang zalim. Orang alim, tempatnya bukan hanya di masjid menyampaikan kuliah dan tazkirah semata-mata. Orang alim berkewajipan menjelajah di mana jua, lautan dan daratan menyelusuri denyut nadi masyarakat dan membantu mereka melawan kezaliman dan ketidakadilan. 

#Kemudian mereka berdua berjalan lagi dan berlaku lagi peristiwa yang lain.

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰۤ إِذَا لَقِیَا غُلَـٰمࣰا فَقَتَلَهُۥ قَالَ أَقَتَلۡتَ نَفۡسࣰا زَكِیَّةَۢ بِغَیۡرِ نَفۡسࣲ لَّقَدۡ جِئۡتَ شَیۡـࣰٔا نُّكۡرࣰا

"Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!" [Surah al-Kahfi 74]

#Namun, Nabi Khidhir ada alasannya. Sebab pemuda itu dibunuh, dijelaskan dalam ayat ini.

وَأَمَّا ٱلۡغُلَـٰمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤۡمِنَیۡنِ فَخَشِینَاۤ أَن یُرۡهِقَهُمَا طُغۡیَـٰنࣰا وَكُفۡرࣰا

" Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur" [Surah al-Kahfi 80]

#Pengajarannya, orang alim mesti peka kepada perkara-perkara yang boleh mengancam dan merosakkan aqidah masyarakat dan bertindak membanterasnya hingga ke akar umbi. Ia tidak boleh dibiarkan atau dilengah-lengahkan. Aqidah masyarakat mesti dipelihara dan diselamatkan dengan tegas dan tuntas.

... Bersambung ...

♡Tugas orang yang berilmu bukan sekadar mengajar dengan mengupas isi kandungan kitab demi kitab di dalam masjid dan di bilik-bilik kuliah. Di samping mengajar, orang yang berilmu mesti bergaul dengan masyarakat, mengambil tahu permasalahan mereka dan mencari jalan untuk mengatasinya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 13 Jamadil Akhir 1445H☆

وَسِیقَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِینَ

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)" [Surah Az-Zumar 73]

#Sambungan bicara tentang orang yang bertaqwa akan masuk syurga dengan terhormat dan golongan yang dijamin syurga sewaktu masih hidup didunia kerana sifat taqwa mereka yang hebat.

#Daripada Sayidina Abdul Rahman bin ‘Auf r.a, bahawa Nabi saw bersabda: “Sepuluh orang di syurga: Abu Bakar di syurga, Umar di syurga, Uthman di syurga, Ali di syurga, Talhah di syurga, al-Zubair di syurga, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf di syurga, Sa‘ad bin Abu Waqqas di syurga, Sa‘id bin Zaid di syurga dan Abu ‘Ubaidah bin “al-Jarrah di syurga” (HR at-Tirmizi, Ahmad, an-Nasa’i dan Ibn Hibban)

#Imam an-Nawawi menyebut bahawa memang sabit bahawa Nabi saw memberi jaminan syurga kepada sepuluh orang sahabat. Namun begitu, sabit juga dalam hadis bahawa Nabi saw turut memberi jaminan syurga kepada sahabat yang lain seperti cucu Baginda, Sayidina Hasan dan Sayidina Husain yang mana mereka merupakan penghulu para pemuda di syurga. Begitu juga dengan ‘Ukkasyah, Thabit bin Qais dan para sahabat yang lain.” (Lihat: al-Minhaj Al-Muhaddithin)

#Imam al-Munawi berkata: “Jaminan Nabi saw terhadap sepuluh orang sahabat tidak menafikan jaminan terhadap para sahabat yang lain. Ini kerana secara zahirnya mereka yang dijamin syurga yang disebutkan daripada kalangan 10 orang sahabat adalah kerana nama-nama mereka disebutkan secara serentak. Adapun para sahabat yang lain disebutkan secara berasingan" (Lihat: Faidh al-Qadir Syarh al-Jami‘ al-Saghir)

#Para sahabat yang mulia adalah generasi awal pembawa Islam, pemikul dan penjaganya semasa dan selepas Rasulullah saw. Allah telah memilih dan mengangkat mereka untuk menyertai NabiNya, berjihad bersamanya dan menyebarkan Islam sesudahnya, maka mereka menunaikan tugas mulia ini dengan sebaik-baiknya. Allah memuliakan tugas mulia ini dengan sebaik-baiknya, Allah memuliakan mereka dengan menetapkan kredibiliti mereka dan menyatakan mereka sebagai orang-orang baik dan taat beribadah.

مُّحَمَّدࣱ رَّسُولُ ٱللَّهِۚ وَٱلَّذِینَ مَعَهُۥۤ أَشِدَّاۤءُ عَلَى ٱلۡكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَیۡنَهُمۡۖ تَرَىٰهُمۡ رُكَّعࣰا سُجَّدࣰا یَبۡتَغُونَ فَضۡلࣰا مِّنَ ٱللَّهِ وَرِضۡوَ ٰ⁠نࣰاۖ سِیمَاهُمۡ فِی وُجُوهِهِم مِّنۡ أَثَرِ ٱلسُّجُودِۚ

"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas)" [Surah al-Fatḥ 29]

#Mereka adalah generasi manusia genius dan unik. Dunia belum menyaksikan generasi sehebat mereka dalam sejarahnya yang panjang yang terbentang sepanjang masa. Para sahabat nabi Muhammad saw telah menduduki kedudukan tertinggi dalam segala sesuatu. Mereka adalah puncak dalam ketakwaan dan wara’, teladan dalam kemurnian niat dan keikhlasan, obor penerang di bidang ilmu dan amal, dan lentera bercahaya di bidang dakwah dan kehidupan.

♡Teladanilah sifat takwa dan keikhlasan mereka dalam kehidupan kita masakini agar kita juga beroleh kedudukan teristimewa seperti mereka iaitu dijamin syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 11 Jamadil Akhir 1445H☆

وَسِیقَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِینَ

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)" [Surah Az-Zumar 73]

#Antara perkara yang diidamkan dan menjadi buruan orang yang bertaqwa ialah berjaya memasuki syurga dengan penuh terhormat. Namun, lebih menggembirakan apabila seseorang yang bertaqwa itu dijanjikan syurga ketika masih berada didunia lagi.

#Daripada Muhammad daripada Qais bin ‘Ubad, katanya: “Aku sedang duduk di masjid Madinah, lalu seorang lelaki masuk dan di wajahnya terlihat tanda kekhusyukan. Mereka berkata: ‘Lelaki ini termasuk daripada penghuni syurga.’ Lelaki itu solat dua rakaat dengan ringkas. Kemudian dia keluar dan aku mengikutinya.” Aku berkata: “Sesungguhnya ketika kamu masuk masjid mereka berkata: ‘Lelaki ini termasuk daripada penghuni syurga.’ Dia (Abdullah bin Salam) berkata: ‘Demi Allah, tidak patut bagi seseorang mengatakan apa yang tidak dia ketahui. Namun, aku akan menceritakan kepadamu kenapakah (boleh ada dakwaan) demikian. Aku pernah bermimpi di zaman Nabi saw. Lalu aku menceritakan mimpi itu kepada Baginda saw. Aku bermimpi seakan-akan berada di satu taman (dia menyebutkan keluasan dan kehijauannya) di tengahnya terdapat sebatang tiang besi, bahagian bawahnya (terpacak) di bumi dan hujungnya (meninggi) di langit. Di atasnya pula terdapat satu simpulan tali.’ Dikatakan kepadaku: ‘Naiklah.’ Aku berkata: ‘Aku tidak mampu.’ Maka diberikan kepadaku pembantu lalu dia mengangkat pakaianku dari belakang. Aku pun memanjat hinggalah ke puncaknya. Lalu aku memegang simpulan tali itu. Dikatakan kepadaku: ‘Peganglah kuat-kuat.’ Kemudian aku terbangun dan tali itu berada di tanganku. Aku menceritakannya kepada Nabi saw. Maka Baginda bersabda: ‘Taman itu adalah Islam. Tiang tersebut adalah tiang Islam. Tali itu adalah tali yang kukuh. Engkau berada dalam (agama) Islam sehinggalah engkau meninggal dunia.’ Lelaki tersebut adalah Abdullah bin Salam” (HR al-Bukhari)

#Diriwayatkan juga daripada Sayidina Sa‘ad bin Abu Waqqas r.a berkata: “Aku tidak pernah mendengar Nabi saw menyatakan kepada seseorang yang masih hidup di muka bumi bahawa dia termasuk penghuni syurga melainkan kepada Abdullah bin Salam.” (Lihat: Fathul Bari)

#Beliau ialah Abdullah bin Salam bin al-Harith, Abu Yusuf, daripada keturunan Nabi Yusuf. Beliau mendapat jaminan perlindungan kafilah Khazraj, al-Isra’ili, kemudian al-Ansari. Beliau daripada Bani Qainuqa‘. Dikatakan bahawa nama asalnya ialah al-Husain, kemudian Baginda saw menukarnya. (Lihat: al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah)

#Selain itu, Rasulullah saw juga pernah menyampaikan khabar gembira kepada Abdullah bin Salam sebagai penghuni syurga di hadapan sekumpulan sahabat, yang ada di antara mereka saat itu ialah Sayidina Sa‘ad bin Abu Waqqas, iaitu ketika baginda menerima semangkuk remukan roti dicampur kuah, lalu baginda melebihkan sedikit daripada makanan itu, seraya bersabda: “Akan masuk dari jalan di antara bukit ini seseorang dari para penghuni syurga, yang akan memakan lebihan makanan ini.” Sayidina Sa‘ad berkata: “Sebelum itu, aku meninggalkan saudaraku, Umair bin Abu Waqqas yang sedang bersiap-siap untuk mengadap Nabi saw. Aku berhasrat dialah orang yang dimaksudkan. Ternyata yang datang ialah Sayidina Abdullah bin Salam, lalu dia memakan lebihan makanan itu.” (Lihat: Fathul Bari dan Siyar A‘lam an-Nubala')

♡Hebatnya keimanan dan ketaqwaan sahabat Nabi saw sehingga beroleh jaminan syurga ketika masih hidup didunia lagi. Contohilah keimanan dan ketaqwaan mereka!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 9 Jamadil Akhir 1445H☆

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20]

#Sambungan kisah pemurahnya Hatim at-Ta'ie. Namun demikian, ada insan lain yang lebih pemurah daripada Hatim at-Ta'ie.

#Pernah satu hari, ada orang bertanya kepada Hatim: “Ada atau tidak orang yang lebih pemurah daripada kamu?”

Jawabnya, “Ada.” Lalu, dinyatakan sebuah kisah:

Satu hari, aku bermusafir dengan menziarahi seorang anak yatim. Lantas disembelih salah satu kambing-kambingnya untukku dan memuliakannya untuk aku. Tetapi dia tidak memiliki lebih daripada 10 ekor kambing sahaja. Bila ditanya apakah jenis bahagian yang aku suka daripada kambing?’

Jawabku: ‘Kepala yakni otak kambing.’ Lantas, anak yatim ini menyembelih semua kambingnya dan memberi aku makan kepala dan otaknya sahaja, tanpa aku sedar sehingga aku kenyang dan keluar daripada khemah. Kemudian, aku dapati semua kambing-kambingnya telah disembelih.

Kemudian aku bertanya kepadanya: “Kenapa kamu lakukan begini?”

Jawab beliau kepadaku: “Kamu menyukai apa yang aku miliki dan aku tidak ada kecuali ini sahaja. Kalau aku tidak lakukan, ia seumpama aib disisi kami orang Arab.”

Lalu ditanya kepada Hatim: ‘Adakah kamu beri kepadanya sebagai gantian?’

Jawab Hatim: “Ya, aku beri kepadanya 300 ekor unta warna merah dan 500 ekor kambing.”

Maka, kata orang yang bertanya: ‘Kalau begitu kamu lebih mulia daripadanya.’

Lantas, jawab Hatim: ‘Wallahi, dia jauh lebih mulia daripadaku, kerana dia berusaha untuk memberi dengan apa yang dia miliki sedangkan aku hadiahkan kepadanya sedikit daripada apa yang aku miliki.’ (Lihat: al-Mustajad)

#Dengan kisah ini, lalu dibuat misalan atau bidalan dengan menyatakan orang itu lebih pemurah daripada Hatim at-Ta’ie, kerana pemurahnya anak yatim tersebut yang mengatasi pemurahnya Hatim dan kemasyhurannya.

#Al-Hamawi menyebut dalam kitabnya Thamarat al-Auraqbahawa sepemurah manusia pada zaman jahiliyyah kembali kepada tiga orang iaitu Hatim bin Adi al-Ta’ie, Haram bin Sinan al-Mazini dan Ka’ab bin Mamah al-’Iyadi. Akan tetapi yang menjadi bidalan atau perumpamaan hanya kepada Hatim sahaja.

♡Didiklah diri kita agar tergolong dalam kalangan insan yang pemurah melebihi kisah yang telah diceritakan diatas. Ini kerana baginda Rasulullah saw adalah manusia yang tersangat pemurah dan wajar kita contohi♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 7 Jamadil Akhir 1445H☆

كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ ثُمَّ اِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan" [Surah al-Ankabut 57]

#Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan bahawa di mana pun kita berada, maut pasti akan sampai. Maka jadilah orang-orang yang selalu berada dalam ketaatan kepada Allah di mana pun kita berada, sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah kepada kita. Hal ini lebih baik bagi kita, sebab maut pasti akan menjemput kita tanpa dapat dielakkan.

#Maka setiap orang yang beriman pasti bercita-cita agar meninggal dunia sebagai seorang hamba yang beriman, bertaqwa dan layak ke syurgaNya.

#Antara cita-cita orang soleh ialah:

1. Ketika diusung ke tanah perkuburan dia bercita-cita untuk segera sampai ke tempat persemadiannya.

Sayidina Abi Said al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Apabila diletakkan jenazah di atas keranda, lalu dia diusung oleh beberapa orang pengusung, jika dia terdiri dari orang soleh maka dia berkata: Qaddimuni! Qaddimuni! (Ayuh segera hantarkan saya! Ayuh segera hantarkan saya!)” (HR al-Bukhari)

2. Ketika berada di alam barzakh dia berharap agar segera terjadinya qiamat. Rasulullah saw menceritakan bahawa seseorang hamba yang beriman, apabila telah selesai menjawab soalan dua malaikat di dalam kuburnya, suara dari langit akan berseru maksudnya:

"HambaKu telah berkata benar. Maka sediakan untuknya hamparan daripada syurga, pakaikan dia pakaian daripada syurga, bukakan untuknya pintu ke syurga! Maka terbentanglah di hadapannya syurga dengan wangian-wangian, diluaskan dan dilapangkan kuburnya sejauh pandangan matanya. Datanglah kepadanya seseorang yang sangat cantik parasnya, bersih dan harum pakaiannya seraya berkata kepadanya: “Berbahagialah dengan kenikmatan yang diberikan kepadamu, inilah hari yang dijanjikan untukmu”. Dia bertanya kepada orang yang datang itu: “Siapakah kamu? Sesungguhnya wajahmu adalah wajah yang membawa kebaikan!”, lalu dia menjawab: “Aku adalah amalanmu yang soleh”. Maka dia berkata: “Ya Allah! Segerakanlah qiamat! Segerakanlah qiamat! Semoga aku dapat bertemu dengan keluargaku dan hartaku!” (Musnad Ahmad)

3. Bercita-cita untuk kembali menemui ahli keluarga dan memberitahu apa yang sedang dialaminya daripada kesenangan dan kenikmatan yang tiada tandingnya.

Sayidina Jabir bin Abdullah r.a berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Apabila seorang mukmin melihat betapa lapang dan luas kuburnya, dia berkata: “Biarkan aku kembali menyampaikan berita gembira kepada ahli keluargaku” (HR Ahmad)

Hal ini juga telah diceritakan di dalam al-Quran, di mana seorang pendakwah yang telah dibunuh oleh kaumnya bercita-cita agar kaumnya mengetahui nikmat yang sedang dikecapinya. Allah berfirman:

(Setelah dia mati) lalu dikatakan kepadanya: Masuklah ke dalam Syurga. Ia berkata; Alangkah baiknya kalau kaumku mengetahui. Tentang perkara yang menyebabkan daku diampunkan oleh Tuhanku, serta dijadikannya daku dari orang-orang yang dimuliakan" [Surah YaSin 26-27]

4. Bagi orang yang syahid fi sabilillah, cita-cita mereka berlainan pula. Mereka bercita-cita untuk kembali ke dunia agar dapat berperang dan terbunuh beberapa kali lagi. Sayidina Anas bin Malik r.a berkata bahawa Nabi saw bersabda:

“Tidak ada orang yang telah masuk syurga bercita-cita untuk kembali ke dunia, sedangkan dia tidak memiliki apa-apapun di atas muka bumi, kecuali orang yang syahid. Dia bercita-cita untuk kembali ke dunia dan terbunuh di jalan Allah sepuluh kali kerana kemuliaan yang dilihatnya” (HR al-Bukhari)

♡Pastikan kita memiliki impian atau citi-cita yang paling indah saat datangnya kematian dan saat bertemu Allah swt. Jom gandakan amal soleh!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 5 Jamadil Akhir 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Sambungan bicara berkaitan cara menyelamatkan diri dari fitnah wanita serta cara menghadapinya.

5. Jika ada perempuan yang menggoda, maka hendaklah lelaki ini tidak menoleh dan tidak melayan.

Sayidina Jarir Ibn Abdillah r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Rasulullah saw mengenai memandang wanita secara tidak sengaja, Baginda saw menjawab: “Palingkan penglihatanmu” (Sunan Abi Daud)

Seperti juga dengan handphone, berbual-bual bertanya khabar dan bertanya-tanya permasalahan peribadi awalnya, tetapi kalau sudah berlebihan maka hentikan sahaja perbualan. Tetapi kalau tidak memiliki ketegasan, mempunyai iman yang lemah, tidak memiliki kefahaman agama yang benar, maka akan terus melayan perempuan maka dia akan terdedah dan terjebak dengan fitnah wanita dan akibatnya. 

6. Ketahuilah bahawa pandangan mata merupakan awal berlakunya pelbagai malapetaka, seperti zina.

Daripada Sayidina Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah saw: “Sesungguhnya Allah swt telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam. Dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Jelaslah maksud zina mata dalam hadis di atas menunjukkan bahawa semua sebab boleh membawa kepada zina seperti pandangan mata, sentuhan, wangi-wangian yang kuat, serta menarik pandangan lelaki dan berkhalwat adalah haram dan dijauhi.

Barangsiapa yang semakin banyak memandang kecantikkan seorang wanita bukan-mahramnya, maka semakin mendalam kecintaannya sehingga akhirnya akan mendekatkannya kepada jurang kebinasaan.

7. Berdoa kepada Allah agar mampu menghindarinya dan menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang positif

Berdoa kepada Allah swt adalah bukti kedekatan seorang hamba kepada Allah swt. Semakin sering seorang hamba mengingati Allah swt, baik dengan berzikir ataupun dengan berdoa, maka hamba tersebut semakin dekat dengan Allah swt. Kedekatan hamba dengan Allah swt akan menjadikan dia mudah menghindari sesuatu yang dilarang oleh Allah swt.

♡Tidak semua perempuan itu fitnah. Bahkan ada perempuan yang menjadi sumber kebahagian dan permata jiwa iaitu perempuan solehah. Perempuan itu menjadi fitnah kerana perbuatan dan kelakuannya. Bukan kerana dia seorang perempuan. Perempuan yang melanggar peraturan agama, boleh menjadi fitnah. Tetapi perempuan yang taat melaksanakan syariat Islam dalam kehidupannya dan sentiasa membaiki diri, boleh menjadi pendorong dan penyebab suami, anak-anak, ahli keluarganya dan orang-orang di sekelilingnya menuju ke syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 3 Jamadil Akhir 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Lagi bicara tentang kedahsyatan fitnah wanita.

#Jika kita lihat sekarang, dalam dunia yang tiada sempadan ini, bagaimana musuh-musuh Islam mengeksploitasi diri wanita-wanita itu sendiri seperti: 

1. Menggunakan wanita sebagai bahan iklan, untuk menarik pembeli dalam bentuk kelembutan seorang wanita atau juga dijadikan sebagai objek yang seksi dan menawan.

2. Menyeru kaum wanita untuk menjalani kehidupan bebas. 

3. Meniru budaya glamour yang menyimpang dari nilai-nilai Islam seperti kehidupan para artis dan penyanyi.

4. Menyeru wanita Muslimah untuk bekerja, berhibur dan bersukan di luar rumah dalam suasana bebas bercampur dengan lelaki.

5. Menganjurkan pertandingan ratu cantik, mempamerkan sebahagian besar aurat untuk tatapan umum.

6. Kempen kononnya untuk membela hak-hak wanita, hakikatnya adalah eksploitasi dan penindasan terhadap wanita melalui penampilan yang menghilangkan rasa malu dan berakhlak rendah dan lain-lain lagi.

#Persoalannya kenapa wanita? Hadis sebelum ini jelas Nabi saw telah mengatakan: Perempuan itu aurat”, jadi kalau wanita keluar rumah, syaitan akan terus melihatnya dan akan mempergunakan sepenuh muslihatnya untuk menggoda kaum wanita agar terjerumus ke lembah dosa. 

#Maka keluarnya wanita dari rumah dengan bersolek, berhias dan berpakaian yang tidak patuh syariat, menjadi faktor yang sangat merosak. Mahu tidak mahu sekarang, kalau kita masuk ke pasar raya, ke rumah sakit, menaiki kapal terbang, kenderaan awam, hotel, pejabat, di kaca tv dan di mana-mana sahaja, hampir semuanya mengandungi unsur eksploitasi wanita dan unsur-unsur untuk menggoda kaum lelaki. 

#Ini sesuatu yang kita kena fikirkan bersama untuk meletakkan kaum wanita di tempat yang mulia dan dihormati. Jika dibiarkan wanita tanpa bimbingan dan pendidikan akan menyebabkan perzinaan terus bermaharajalela, anak-anak yang masih di bangku sekolah akan terbiar dan mendedahkan mereka dengan budaya songsang yang merosakkan masa depan mereka, sudah ramai pandai berdua-duaan dan bergaul bebas antara lelaki dan wanita di usia persekolahan.

#Ketahuilah, generasi masa depan akan rosak jika tidak didedahkan dan diajarkan mereka mengenai batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita dan mengenai syariat Islam itu sendiri.

♡Wanita, boleh jadi insan solehah lagi bertaqwa, dan boleh juga menjadi agen syaitan dalam merosakkan orang lain♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 30 Jamadil Awwal 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Bicara mengenai fitnah wanita bersambung lagi.

#Agama menegah para lelaki untuk masuk ke rumah wanita yang bukan mahramnya sesuka hati. Imam al-Bukhari menyatakan:" Lelaki tidak bertamu kepada perempuan kecuali mahramnya"

Imam Muslim menyatakan: Larangan berduaan dengan wanita yang bukan mahram dan bertamu kepadanya.”

#Sabda Nabi saw: "Dilarang kalian masuk ke dalam (rumah) wanita. Salah seorang sahabat dari kalangan Ansar berkata: “Wahai Rasulullah saw, bagaimana pendapatmu mengenai saudara ipar?” Baginda menjawab: “Saudara ipar adalah al-maut (bahaya), kematian.”

#Nabi saw mengisyaratkan kalau ipar yang masuk, akan membawa kepada kematian. Ini bermaksud, dalam agama sekiranya seseorang melakukan zina, sedangkan dia sudah bernikah, maka hukumannya, dia akan direjam sampai mati. Dilarang itu bermaksud untuk menjaga keselamatan, keharmonian, kebebasan setiap orang di dalam rumahnya dan menikmati kebahagiaan keluarga masing-masing tanpa gangguan.

#Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan sekali-kali berdua-duaan dengan wanita (bukan mahram) tanpa disertai oleh mahramnya kerana yang ketiga adalah syaitan" (HR al-Bukhari dan Muslim)  

#Jika  kita perhatikan saat ini, budaya couple sebelum bernikah sangat berleluasa di sana sini. Sebelum bernikah, mereka menjalin hubungan asmara yang tidak diredhai oleh Allah swt. Mereka keluar bersama, duduk bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama, yang ketiganya adalah syaitan. Syaitan akan berusaha untuk merangkul dan menipu daya keduanya supaya berzina. Ketika sudah bernikah, syaitan datang lagi berusaha untuk menarik kedua-duanya untuk berpisah. Jadi perbuatan yang paling dicintai syaitan selepas seseorang itu bernikah adalah perceraian dan sebelum bernikah, perzinaan, kerana syaitan tahu ini akan merosakkan keturunan dan merosak agama seseorang. 

#Nabi saw selalu berusaha mencegah terjadinya percampuran antara lelaki dan wanita bahkan termasuk di bahagian bumi yang paling Allah cintai, iaitu masjid, dengan cara kaum lelaki tetap berada di masjid setelah selesai solat sehingga kaum wanita selesai keluar masjid agar tidak berlaku percampuran dan juga fitnah.

#Sayidina Abu Usaid al-Anshari meriwayatkan bahawa dia mendengar sabda Rasulullah saw saat beliau keluar masjid didapatinya kaum lelaki dan perempuan berjalan bersama-sama. Baginda bersabda kepada kaum wanita:

“Berjalanlah kamu di tepi bahagian jalan, jangan jalan di tengah, yang perempuan jalan di tepi dan yang lelaki jalan di tengah.” Maka seorang wanita berjalan di tepi sehingga bergesel bajunya dengan dinding atau tembok" (HR Abu Daud)

♡Berusahalah sehabis baik untuk menghindari fitnah wanita dimana sahaja kita berada agar kita sentiasa terpelihara daripada dosa dan kebinasaan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 28 Jamadil Awwal 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Sambung bicara tentang fitnah wanita antara fitnah yang dahsyat di atas muka bumi ini.

#Imam an-Nawawi rahimahullah ketika mengulas hadis tentang fitnah wanita menyatakan: “Jauhkanlah diri kamu dari terfitnah dengan dunia dan juga orang perempuan.” 

#Dan Imam an-Nawawi menyebutkan bahawa fitnah perempuan ini bukan terhadap perempuan yang di luar rumah sahaja, tetapi juga isteri, bahkan fitnah isteri ini termasuk fitnah besar bagi kaum lelaki, kerana isteri sentiasa bersama dia. Hal ini telah disebut oleh Allah swt dalam firmanNya:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّ مِنۡ أَزۡوَ ٰ⁠جِكُمۡ وَأَوۡلَـٰدِكُمۡ عَدُوࣰّا لَّكُمۡ فَٱحۡذَرُوهُمۡۚ وَإِن تَعۡفُوا۟ وَتَصۡفَحُوا۟ وَتَغۡفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورࣱ رَّحِیمٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah at-Taghabun 14]

#Allah swt menjelaskan bahawa ada di antara isteri-isteri dan anak-anak yang menjadi musuh bagi suami dan orang tuanya, yang mencegah mereka berbuat baik dan mendekatkan diri kepada Allah swt dan menghalangi mereka beramal soleh, bahkan adakalanya menjerumuskan mereka kepada perbuatan maksiat, perbuatan haram yang dilarang oleh agama. 

#Mengapa dan kenapa hal ini berlaku?. Ini disebabkan kerana rasa sayang dan cinta kepada mereka, menjadikan ramai para lelaki buta dengan kebenaran. Seorang suami dan ayah tidak segan-segan berbuat yang dilarang oleh agama seperti makan rasuah, menipu dalam memenuhi kehendak kemewahan anak isteri dan lain-lain.

#Apa yang menyebabkan lelaki mudah tergoda dan mengikuti segala kemahuan wanita? Benarkah wanita begitu menggoda, lebih daripada godaan harta?
 
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a, bahawa Nabi saw bersabda: “Wanita itu aurat, apabila dia keluar rumah, syaitan terus memandangnya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehinggalah terjadinya fitnah)” (HR at-Tirmizi)

#Rasulullah saw menyatakan bahawa perempuan itu aurat, sesuatu yang harus ditutupi dan dijaga dengan peraturan yang ketat. Satu peraturan agama yang sukar diterima oleh kebanyakan orang, bahkan oleh kaum wanita sendiri jika tiada iman dan taqwa dijiwa.

#Apabila wanita itu keluar dari rumahnya syaitan akan terus memandangnya. Kenapa?

...Bersambung...

♡Berusahalah agar tergolong dalam kalangan wanita solehah yang dicintai Allah dan Rasulullah saw. Jadilah lelaki yang soleh, pemimpin dan pembimbing diri dan ahli keluarga ke syurga dan terjauh dari kedahsyatan fitnah wanita♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 26 Jamadil Awwal 1445H☆

وَمَا ٱلۡحَیَوٰةُ ٱلدُّنۡیَاۤ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" [Surah Ali-ʿImran 185]

#Tidak salah untuk seseorang itu mengecapi nikmat dunia seperti memiliki kemewahan harta benda asalkan ia masih dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Kegembiraan yang dikecapi hasil penganiayaan terhadap orang lain dan melalui jalan yang batil, itu yang diharamkan.

#Allah swt menjelaskan bahawa fitrah manusia sukakan kesenangan dan kemewahan dalam kehidupan. Namun, ketahuilah bahawa segala kemewahan dan kedudukan adalah kesenangan yang dapat melalaikan manusia serta dapat menjadikan seseorang itu sombong jika tidak didasari dengan keimanan dan ketakwaan.

یَوۡمَ لَا یَنفَعُ مَالࣱ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ

"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)" [Surah Ash-Shuʿarāʾ 88-89]

#Adakah sesuatu yang berbaloi buat manusia dapat menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di dunia ini, namun di akhirat kelak mereka akan menerima seksaan yang amat dahsyat yang tidak diketahui sampai bila dia akan terus menanggung keperitan seksaan itu.

#Oleh yang demikian, keluarga dan harta benda perlu diurus dengan baik supaya ia dapat memberi manfaat ketika berada di akhirat kelak. Kita bertanggungjawab atas setiap perkara yang dilakukan di atas dunia ini. Dunia adalah tempat untuk menanam kebaikan supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Maka perbanyakkan kebaikan dengan melabur segala kemewahan dunia yang dinikmati.

♡Perjalanan hidup di dunia ini sentiasa ada suka dan dukanya. Semalam, mungkin kita berada dalam keadaan gembira, namun hari ini kita dilanda kesedihan. Walau bagaimanapun, kesenangan, kemewahan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya. Maka, berhati-hatilah!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 24 Jamadil Awwal 1445H☆

فَوَیۡلࣱ لِّلۡمُصَلِّینَ * الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyang nya" [Surah al-Maa'un 4-5]

#Solat merupakan ibadah yang boleh mendekatkan diri seorang hamba itu dengan penciptaNya, Allah swt. Ia mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya diterima dan diberi ganjaran daripada Allah swt. Allah swt mencela kepada mereka yang lalai dalam menyempurnakan solat.

#Imam al-Qurtubi rahimahullah dalam mentafsirkan ayat ini menukilkan pandangan Ibnu Abbas r.a menjelaskan, mereka golongan (سَاهُونَ) apabila melakukan solat mereka tidak mengharapkan ganjaran kebaikan. Dan apabila mereka meninggalkannya, maka mereka tidak takut akan siksaannya. Mereka itu adalah golongan yang melewat-lewatkan waktu solat dengan sengaja. Menurut pandangan Ibrahim, golongan (سَاهُونَ) disandarkan kepada waktu solat. Daripada Abu al-A’liah menyatakan, mereka itu golongan yang tidak solat pada waktunya. Daripada Ibnu Abbas r.a, mereka ini adalah golongan munafik yang meninggalkan solat sekiranya bersendirian, dan mereka melakukan solat ketika di hadapan orang ramai. Dan mereka melakukan solat dengan bermalas-malasan. (Lihat: Tafsir al-Qurtubi)

#Imam Ibnu Kathir menukilkan pandangan Ibnu Abbas menyatakan, bagi golongan yang melakukan solat tetapi lalai, ini termasuk di dalam perbuatan di dalam solat seperti sambil lewa dalam melakukan pergerakan di dalam solat dan pada waktu solat mereka melewatkan waktu solat. Selain itu, Imam Ibnu Kathir menyebut, mereka itu melakukan solat dengan tidak khusyuk dan sambil lewa. Mereka juga kurang mengingati Allah swt ketika mengerjakan solat, serta tujuannya hanya untuk diperlihatkan kepada manusia bukan kerana Allah swt. (Lihat: Tafsir Ibnu Kathir)

#Syeikh as-Sa’di menyebut (عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ) iaitu mereka meninggalkan solat, melewatkan solat serta meninggalkan rukunnya. Dan ini kerana mereka tidak mengambil berat perintah Allah swt sehingga mereka sengaja meninggalkan solat. Bahkan solat itu merupakan perkara yang penting bagi memperoleh ketaatan dan solat merupakan perkara penting bagi mendekatkan diri kepada Allah swt. (Lihat: Tafsir al-Sa’di)

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّـهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّـهَ إِلَّا قَلِيلً

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)" [Surah an-Nisa’, 142]

#Allah swt telah memerintahkan kepada hambaNya menunaikan solat fardhu yang ditetapkan waktunya melalui perantaraan Baginda Nabi saw dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran. Pastikan solat kita di awal waktu dan jangan sesekali melengah-lengahkan solat sehingga hujung waktu atau habis waktu.

♡Pastikan kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang solat tetapi lalai dan tidak khusyuk. Jadikanlah diri kita ahli solat yang tidak lalai dan sentiasa istiqamah solat berjemaah 5 waktu di masjid atau surau. Moga kita tidak celaka dan dicela kerana meremehkan ibadah solat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 23 Jamadil Awwal 1445H☆

قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا * وَیَقُولُونَ سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا * وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" [Surah al-Isrāʾ 107-109]

#Sambung bicara berkaitan Allah swt memuji hambaNya menangis kerana takut kepadaNya dan ketika mentadabbur ayatNya.

#Menangis itu dibenarkan, malah digalakkan terutamanya kerana takutkan azab Allah swt serta menyesal atas dosa dan maksiat yang dilakukan untuk  melahirkan rasa kesyukuran serta ketika timbul rasa khusyuk dalam beribadat. Tangisan seumpama itu cukup tinggi nilainya kerana ia lahir daripada gabungan rasa kesedaran dan keimanan.

#Jika kita sentiasa membaca Al-Quran dan memahami kedahsyatan azab dan juga kedahsyatan suasana di Mahsyar serta memikirkan hal sedemikian pastinya akan melahirkan rasa gerun di hati. Ia juga mampu membuatkan kita menangis lalu memohon kepada Allah swt supaya melepaskan kita daripada segala azab seksaan itu.

#Sayidina Abdullah bin Umar r.huma meletakkan nilai yang tinggi pada jiwa yang mudah menangis kerana Allah swt. Katanya:

لأن أدمع من خشية الله أحب إلي من أن أتصدق بألف دينار

“Menangis kerana takutkan Allah lebih aku sukai daripada bersedekah seribu dinar (wang emas).”

#Ternyata air mata yang tumpah kerana Allah swt itu bukan perkara sia-sia malah bernilai tinggi disisi Allah swt dengan jaminan diharamkan api neraka daripada membakarnya. Oleh itu, kita perlu mendidik diri kita supaya menangis kerana mengingati Allah swt dan takut akan kemurkaanNya.

#Namun bagi mereka yang tidak pernah peduli dengan perintah Allah bahkan langsung tidak pernah menangisi dosa dan kesalahan didunia ini malah sombong serta bangga ketika melakukan dosa dan maksiat, mereka pasti menyesal dan menangis tanpa henti di akhirat kelak. Firman Allah swt:

فَلۡیَضۡحَكُوا۟ قَلِیلࣰا وَلۡیَبۡكُوا۟ كَثِیرࣰا جَزَاۤءَۢ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

"Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan" [Surah at-Tawbah 82]

♡Jika ada di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah ketika membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran atau ketika mengenangkan dosa-dosa yang menggunung atau ketika memanjatkan doa sewaktu bangun beribadat pada sepertiga malam. Menangislah kerana Allah swt!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 21 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Sambung lagi bicara tentang keharusan mendoakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam.

#Nabi saw pernah mendoakan kebinasaan kepada ‘Utbah bin Abu Lahab, sepupu Baginda sendiri. ‘Utbah bin Abu Lahab asalnya berkahwin dengan Ruqayyah, anak perempuan Rasulullah saw. Setelah baginda dilantik menjadi nabi, ‘Utbah menceraikan Ruqayyah.

#Banyak sungguh celaan, makian dan kezaliman yang dilakukan ‘Utbah dan keluarganya terhadap Rasulullah saw dan umat Islam. Kemuncaknya, Baginda saw berdoa kepada ‘Utbah dengan nada yang sangat keras. Diriwayatkan daripada Abu ‘Aqrab al-Bakri al-Kinani berkenaan doa Nabi saw kepada ‘Utbah bin Abu Lahab berbunyi:

اللَّهُمَّ سَلِّطْ عَلَيْهِ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ، فقتلَهُ الأسدُ

“Ya Allah, kirimkanlah ke atas mereka seekor anjing (binatang buas) yang Engkau ciptakan daripada haiwan-haiwan buas (ciptaan)-Mu”. Lalu dia telah dibunuh oleh singa" (HR al-Hakim dan Abu Nu‘aim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebutkan bahawa riwayat ini adalah hasan. (Lihat: Fath al-Bari)

Kemudiannya ketika ‘Utbah bin Abi Lahab keluar ke Syam untuk berniaga, dia telah dibaham singa walaupun dia dikawal rapi ahli rombongannya" (Sunan Kubra, Imam al-Baihaqi).

#Dalam riwayat Imam Muslim, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Sayidina Sa’id bin Zaid r.a telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut:

“Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya.”

Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika berjalan terjatuh dalam lubang di tanahnya dan meninggal dunia.

#Dalam riwayat Imam al-Bukhari pula, sahabat Nabi yang terkenal Sayidina Saad bin Abi Waqqas telah mendoakan ke atas Usamah bin Qatadah yang menuduhnya secara dusta. Doa Saad bin Abi Waqqas seperti berikut:

“Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah.”

Maka lelaki itu hidup dalam kefakiran hingga umur terlalu lanjut, tetapi masih mengganggu gadis di jalanan dan cuba meraba mereka (hidup dalam fitnah).

♡Jom doakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 19 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah swt bukan sahaja memerintahkan kepada para hambaNya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan. Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya. (Lihat: al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

#Selain berdoa memohon kebaikan, hidayah dan kemenangan, kita juga dianjurkan  untuk berdoa kepada Allah swt agar Allah menghancurkan musuh-musuh islam dan melindungi kita  dari kejahatan mereka.

#Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah Bin Abi Aufa berkata bahawa Rasulullah saw mendoakan kebinasaan tentera al-Ahzab dengan bersabda:

اللَّهمَّ مُنزِلَ الْكِتَابِ سَرِيْعَ الحِسَابِ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

“Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab dan sangat cepat perhitungan-Nya, hancurkanlah pasukan al-Ahzab. Ya Allah! Hancurkanlah dan goncangkanlah mereka!” (HR al-Bukhari)

#Telah dinyatakan dalam ‘Umdah al-Qari bahawa: Nabi saw selalu berdoa terhadap orang-orang musyrik berdasarkan dosa-dosa dan kejahatan yang telah dilakukan oleh mereka. Baginda saw berdoa terhadap mereka yang menyakiti orang-orang Muslim. Apakah kamu tidak tahu bahawa ketika baginda merasa putus asa dengan kaumnya, baginda berdoa: Ya Allah, turunkanlah azabMu terhadap Musuh-MusuhMu.’ Baginda juga berdoa untuk membinasakan Abu Jahal. Baginda juga berdoa melawan kelompok-kelompok yang berkumpul pada Hari Khandaq dengan  kekalahan mereka. Allah swt memperkenankan doaNya terhadap mereka. (Lihat: ‘Umdah al-Qari)

#Imam al-Nawawi ketika menerangkan makna  اهزِمْهم وزلزِلْهم beliau menyatakan bahawa:  Ia membuat mereka terganggu dan bergerak dengan kesulitan. (Lihat: Syarh al-Nawawi ala Muslim)

#Imam al-Qastalani menukilkan bahawa: Jadikanlah urusan mereka bercelaru, gelisah, dan tidak stabil, maka Allah Yang Maha Tinggi menjawab doa terhadap mereka, dan Dia mengirimkan kepada mereka angin dan tentera yang mereka tidak melihat, lalu mereka dikalahkan.(Lihat: Irsyad al-Sari)

♡Kita dibolehkan mendoakan kehancuran terhadap musuh-musuh Islam bahkan ia dianjurkan dalam Islam. Semoga Allah swt sentiasa melindungi umat Islam dari segala ancaman dan bahaya serta mengurniakan kemenangan kepada para pejuang Islam. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 17 Jamadil Awwal 1445H☆

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعۡلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِیلِهِۦ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِٱلۡمُهۡتَدِینَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" [Surah an-Naḥl 125]

#Ayat ini menjelaskan cara berdakwah, mengajar dan menyebarkan ajaran Islam. Allah swt menyarankan kepada baginda Nabi Muhammad saw 3 uslub (cara) bagi menyeru manusia kepada Allah iaitu:

1. Hikmah: cara yang boleh diterima oleh orang lain dan menempatkan segala sesuatu pada tempatnya.

2. Mau’izah Hasanah: nasihat dan tutur kata yang baik.

3. Mujadalah Hasanah: berdebat, berhujah dan berdiskusi dengan baik, rasional dan harmoni.

#Dalam menghadapi ujian dakwah dan ranjau perjuangan ketika berhadapan dengan musuh, Allah mengizinkan untuk membalas kejahatan yang dilakukan orang-orang yang membenci dakwah ini.

وَإِنۡ عَاقَبۡتُمۡ فَعَاقِبُوا۟ بِمِثۡلِ مَا عُوقِبۡتُم بِهِۦۖ وَلَىِٕن صَبَرۡتُمۡ لَهُوَ خَیۡرࣱ لِّلصَّـٰبِرِینَ

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar" [Surah an-Naḥl 126]

#Berdasarkan sebab penurunan ayat surah an-Nahl ayat 126, ulamak sepakat ayat ini turun ketika perang Uhud, di mana Allah swt memerintahkan untuk berbuat adil dalam qisas (pembalasan) dan seimbang dalam menunaikan hak.

#Namun demikian, Allah memberikan nasihat kepada Nabi Muhammad saw agar sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan musuh Islam kerana itu adalah langkah yang terbaik. Akhirnya Nabi memilih untuk memaafkan dan bersabar atas kebiadapan orang kafir dan perangai keji mereka yang melampaui batas kemanusiaan. Inilah tanda aras bagi orang-orang yang bertaqwa dan muhsinin.

♡Pendakwah Islam haruslah memperlengkapkan diri dengan kemahiran berdakwah dan kaedah komunikasi bagi menyampaikan agama Islam dengan berkesan agar mudah diterima orang ramai dengan pendekatan yang sesuai dengan sasaran dakwah yang pelbagai tahap dan perwatakan dengan mengamalkan 3 uslub dakwah yang Allah perintahkan. Para pejuang Islam boleh melayan provokasi musuh dan memberi tindak balas yang setara dengannya, namun bersabar dan berlapang dada adalah lebih baik♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 14 Jamadil Akhir 1445H☆

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَىٰهُ لَاۤ أَبۡرَحُ حَتَّىٰۤ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَیۡنِ أَوۡ أَمۡضِیَ حُقُبࣰا

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun" [Surah al-Kahfi 60]

#Ayat ini menceritakan betapa bersemangat, bersungguh dan kentalnya keazaman Nabi Musa Alaihissalam untuk menuntut ilmu daripada seseorang yang dianugerahkan ilmu yang tidak diberikan kepada beliau walaupun beliau sendiri seorang Rasul utusan Allah swt.

#Apabila telah bertemu dengan insan yang dicari di tempat yang ditentukan, baginda berkata kepada Khidhir, orang alim yang dicarinya itu:

قَالَ لَهُۥ مُوسَىٰ هَلۡ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰۤ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمۡتَ رُشۡدࣰا

Nabi Musa berkata kepadanya: "Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?" [Surah al-Kahfi 66]

#Untuk memenuhi permohonan Nabi Musa yang berhasrat belajar dan berguru dengannya, Nabi Khidhir tidak membawa muridnya masuk kelas di masjid, di dewan atau di bilik-bilik kuliah yang serba lengkap. Sebaliknya Nabi Khidhir membawa Nabi Musa berjalan menjelajah muka bumi.

فَٱنطَلَقَا...

"Lalu berjalanlah keduanya... [Surah al-Kahfi 71]

#Ini menunjukkan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya berlangsung di tempat yang rasmi sama ada di masjid, di dalam dewan dan sebagainya. Penjelajahan dan pengembaraan juga merupakan kaedah menuntut ilmu. Mungkin boleh dikatakan sebagai kaedah terbaik kerana ia dilakukan oleh insan yang mendapat ilmu ladunni daripada Allah swt dan dikisahkan pula di dalam kitab suci yang merupakan kitab hidayah buat sekelian manusia.

#Persoalannya, ke manakah Nabi Khidhir membawa muridnya dan apakah yang diajarkannya?

#Firman Allah swt:

فَٱنطَلَقَا حَتَّىٰۤ إِذَا رَكِبَا فِی ٱلسَّفِینَةِ خَرَقَهَاۖ قَالَ أَخَرَقۡتَهَا لِتُغۡرِقَ أَهۡلَهَا لَقَدۡ جِئۡتَ شَیۡـًٔا إِمۡرࣰا

"Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar" [Surah al-Kahfi 71]

#Pelajaran pertama adalah pelayaran di dalam laut dengan menumpang sebuah perahu. Nabi Khidhir tiba-tiba menebuk perahu yang ditumpangi mereka. Menurut ar-Razi, pada pendapatnya mungkin yang ditebuk adalah dindingnya supaya terserlah kecacatannya dan tidak menjadikan perahu itu karam kerana dimasuki air. Tujuan beliau berbuat demikian dijelaskan pada ayat berikutnya.

... Bersambung...

♡Ilmu menghapuskan kejahilan dan membawa obor cahaya yang terang kepada penuntutnya dan pengamalnya. Tuntutlah ilmu dan bersungguh-sungguhlah dalam mendapatkannya serta hormatilah para guru♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 12 Jamadil Akhir 1445H☆

وَسِیقَ ٱلَّذِینَ ٱتَّقَوۡا۟ رَبَّهُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًاۖ حَتَّىٰۤ إِذَا جَاۤءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَ ٰ⁠بُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِینَ

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk)" [Surah Az-Zumar 73]

#Sambung bicara berkaitan kisah Sayidina Abdullah bin Salam r.a yang diberi jaminan syurga ketika masih hidup didunia lagi.

#Diriwayatkan hadis pertama yang didengari Sayidina Abdullah bin Salam daripada mulut Nabi saw ialah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ، أَفْشُوْا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ، تَدْخُلُوا الجَنَّةَ بِسَلاَمٍ

“Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera” (Lihat: Siyar A‘lam al-Nubala’).

#Terdapat riwayat daripada Sayidina Anas bin Malik r.a menceritakan bahawa telah sampai berita ketibaan Nabi saw di Madinah kepada Abdullah bin Salam, lalu beliau menanyakan beberapa perkara kepada Baginda. Katanya: “Aku akan bertanya kepadamu tiga perkara yang tidak akan akan diketahui kecuali oleh seorang Nabi.

1. Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat?
2. Dan apa makanan pertama yang akan dimakan oleh penghuni syurga?
3. Dan bagaimanakah seorang anak mirip dengan bapanya dan bagaimana dia mirip dengan ibunya?”

Baginda menjawab: “Jibril baru sahaja memberitahuku.” Abdullah bin Salam berkata: “Dia adalah malaikat yang menjadi musuh orang-orang Yahudi.” Baginda bersabda: “Adapun tanda pertama hari kiamat adalah api yang akan muncul dan akan menghimpunkan manusia daripada timur menuju barat. Dan makanan pertama penghuni syurga adalah ketulan hati ikan paus. Dan (miripnya) seorang anak (ditentukan), apabila suami mendatangi isterinya dan air maninya mendahului air mani isterinya, bererti akan lahir anak yang menyerupai bapanya. Namun bila air mani isterinya mendahului air mani suaminya, maka akan lahir anak yang mirip dengan ibunya.”  

(Lantas) Abdullah bin Salam berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan engkau adalah Rasulullah.”

Kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang Yahudi adalah kaum yang sangat suka memutar belit. Tanyalah mereka mengenai aku sebelum mereka mengetahui keislamanku.” Kemudian orang-orang Yahudi datang, lalu Nabi saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu tentang seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Salam?”  Mereka menjawab: “Dia adalah seorang alim dan anak dari seorang yang alim dan orang yang paling mulia antara kami dan anak orang yang paling mulia antara kami.”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Bagaimanakah pendapat kamu jika Abdullah bin Salam memeluk Islam?” Mereka menjawab: “Semoga dia dilindungi Allah dari perbuatan itu.” Baginda mengulangi pertanyaannya kepada mereka, Namun mereka tetap menjawab seperti tadi. Lalu Abdullah bin Salam keluar seraya berkata: “Aku bersaksi tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.” Maka mereka berkata: “Dia ini orang yang paling buruk di antara kami dan anak dari orang yang jahat.” Mereka terus saja menghina Abdullah bin Salam. Lalu Abdullah bin Salam berkata: “Inilah yang aku bimbangkan tadi, wahai Rasulullah.” (HR al-Bukhari)

♡Jadilah ahli ilmu dan beramallah dengan ilmu yang dipelajari kerana ia merupakan jalan untuk ke syurga♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 10 Jamadil Akhir 1445H☆

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20]

#Sambung lagi kisah pemurahnya Hatim at-Ta'ie.

#Nama Hatim at-Ta'ie dengan sikap pemurah dan dermawannya telah sampai ke istana-istana Rom di samping beliau dikenali memiliki baka kuda yang baik.

Pernah satu ketika pihak istana Rom menghantar wakil untuk meminta daripadanya kuda miliknya. Apabila sampai, Hatim tanpa mengenali mereka terus menyambutnya dengan sebaik-baik sambutan. Sedangkan ketika itu, semua unta dan kambing-kambingnya masih berada di ladang. Oleh kerana dibimbangi kelewatan menjamu tetamu, lantas disembelih kudanya, dimasaknya untuk tetamunya.

Selesai dijamu, barulah ditanya hajatnya dan barulah diketahui bahawa mereka ialah utusan istana Rom. Dan mereka datang memohon untuk mendapatkan kudanya yang terbaik bakanya. Jawab Hatim: “Kenapa kamu tidak beritahu aku sebelum ini lagi? Sebenarnya, kuda tersebut aku sembelih untuk kamu kerana unta aku lambat sampai.” 

Justeru, wakil kerajaan Rom merasa takjub bila mendengar keadaan itu. Lantas mereka berkata: ‘Demi Allah, kami melihat daripada kamu lebih takjub dengan sifat pemurahmu melebihi daripada apa yang kami dengar.’

#Pernah satu ketika, anak perempuan Hatim yang bernama Safanah telah ditawan. Ketika beliau berada di hadapan Rasulullah saw, beliau berkata: Hai Muhammad, jika kamu mahu apalah kiranya kamu bebaskan aku dan jangan cerca aku atau caci aku di hadapan orang Arab kerana aku adalah anak perempuan ketua kaumku. Sesungguhnya, ayahku (Hatim) suka menolong orang yang susah, mempertahankan orang lemah, memuliakan tetamu, mengenyangkan orang yang lapar, melepaskan orang dalam kesulitan, suka memberi salam, menjamu orang makan. Maka, rahmatilah ketua kaum apabila menjadi hina.” Lantas, jawab Rasulullah saw: “Wahai pemudi, ini sifat orang beriman yang sebenar. Kalaulah ayahmu Islam, nescaya kami merahmatinya.” 

Kemudian, Nabi saw memerintahkan agar dibebaskannya kerana ayahnya suka kepada akhlak-akhlak yang mulia dan Allah swt juga suka kepada akhlak-akhlak yang mulia.

♡Dahsyatnya sifat pemurah dan akhlak yang mulia yang menjanjikan ganjaran baik didunia dan akhirat♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 8 Jamadil Akhir 1445H☆

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20]

#Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah swt dengan sebaik-baik ganjaran.

#Sejarah menceritakan bahawa Hatim at-Ta’ie seorang manusia yang tersangat pemurah dan dermawan. Beliau tinggal di negeri antara dua gunung yang dikenali sekarang sebagai kawasan Hail yang terletak di utara Arab Saudi. Kuburnya masyhur sehingga sekarang.

#Ibu Hatim bernama Utbah binti Afif. Ibunya mempunyai harta dan bersifat pemurah. Ini menyebabkan saudara-saudara ibunya cuba menghalangnya daripada berinfak dibimbangi akan menghabiskan hartanya. Hatim terpengaruh dan terkesan dengan sifat kebaikan ibunya yang dermawan dan pemurah.

#Dikatakan Hatim sanggup membelanjakan semua hartanya untuk orang musafir dan orang yang berhajat dengan memuliakan tetamu-tetamu sehingga sampai ke tahap habis hartanya dan tiada sedikit pun ditinggalkan untuk nafkah anak-anaknya. Ramai orang menyangka Hatim hanya pemurah dalam memberi makan dan minum serta membantu sedikit orang yang memerlukan bantuan. Tetapi sebenarnya lebih daripada itu sehingga beliau sanggup menggadaikan jiwanya kerana menebus jiwa yang lain.

#Dikisahkan pada satu malam yang amat sejuk dalam keadaan yang amat gelap, datang seorang wanita bertemu Hatim al-Ta’ie. Beliau yang terkenal dengan bidalan sifat pemurah dan mulianya itu menyambut kedatangan wanita itu dengan hati yang terbuka. Kata wanita itu: “Aku datang kepada kamu kerana anak-anakku. Mereka menangis dan meraung kerana tersangat lapar. Adakah aku dapati di sisimu makanan untuk menghilangkan kelaparannya?”. Jawab Hatim kepada perempuan itu: Demi Allah, aku akan mengenyangkannya". Sedangkan ketika itu, Hatim tidak memiliki sesuatu pun kecuali kudanya yang amat disayangi. Lantas, dengan segera dia pergi kepada kudanya dan menyembelihnya. Kemudian, menghidupkan api serta memasak hingga boleh dimakan. Kemudian, diberikannya daging tersebut. Maka, perempuan itu dan anak-anaknya makan sehingga kenyang semuanya. Benarlah, adalah Hatim al-Ta’ie lelaki yang pemurah lagi mulia. (Lihat: Qisasun fi al-Karam)

#Untuk makluman, Hatim meninggal dunia sebelum kedatangan Islam. Pendapat yang rajih mengatakan beliau menganut agama Masihi sedangkan anak-anaknya ramai yang memeluk Islam seperti Adi, Safanah dan lain-lain. Mereka bercita-cita agar dapat menyampaikan amalan-amalan yang dilakukan oleh Hatim serta akhlak yang baik kepada Rasulullah saw. Cukuplah sebuah hadis daripada Adi bin Hatim, katanya: Aku berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku (Hatim) sentiasa menyambung hubungan silaturrahim dan beliau melakukan bahagian-bahagian dari kebaikan.” Jawab Rasulullah saw: “Sesungguhnya, ayahmu menghendaki sesuatu dan dia mendapatkannya". Yakni, nama atau sebutan. (Riwayat Ahmad)

♡Sifat pemurah adalah sifat yang mulia serta dikasihi Allah swt. Jadilah insan pemurah agar kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 6 Jamadil Akhir 1445H☆

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" [Surah al-Hadid 18]

#Allah swt menjanjikan pahala yang besar kepada orang yang pemurah dan sentiasa istiqamah bersedekah.

#Dahsyatnya ganjaran bagi orang yang pemurah ialah disediakan pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

#Diriwayatkan daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

"Jika dia dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil (memasuki syurga) melalui pintu sedekah (HR al-Bukhari)

#Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya. Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.

#Hal ini diriwayatkan daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda: 

Apabila seseorang daripada kamu dalam keadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia terlebih dahulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini" (HR Ahmad)

#Jom suburkan amalan sedekah sebagai sebahagian daripada kehidupan. Segala amal kebajikan yang dilakukan pasti akan dibalas oleh Allah swt sebagaimana firmanNya:

وَمَا تُقَدِّمُوا لأِنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوْهُ عِنْدَ اللهِ هُوَ خَيْرًا وَّأَعْظَمَ أَجْرًا

“Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya" [Surah al-Muzzammil 20]

♡Sedekah menjanjikan pelbagai kelebihan dan manfaat. Maka, istiqamahlah dalam bersedekah, moga beroleh ganjaran syurgaNya yang tertinggi. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 4 Jamadil Akhir 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Sambung lagi bicara tentang kedahsyatan fitnah wanita.

#Sekarang kita cari solusi bagaimana mahu menyelamatkan diri dari fitnah wanita? Dan bagaimana cara menghadapi fitnah di dalam Islam? 

1. Menutup Aurat
Wanita diperintahkan untuk menutup auratnya, tidak keluar rumah tanpa ada keperluan dan urusan dan menjaga pandangannya, sebab bagi kaum lelaki, ujian yang paling berat adalah fitnah wanita.

2. Menundukkan Pandangan.
Yang dimaksudkan dengan menundukkan pandangan adalah menjaga pandangan, tidak dilepaskan atau diarahkan begitu sahaja tanpa kawalan (dengan syahwat), sehingga dapat menjadikan pelakunya lelaki dan perempuan untuk berfikiran dan bertindak sesukanya.

Fitnah itu ada di luar maka kita berusaha untuk memperkecil fitnah yang ada. Tetapi pada diri kita sendiri, apa yang harus kita lakukan? Ikut seperti apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw kepada Sayidina Ali r.a:

Wahai Ali jangan kamu ikuti pandangan pertamamu dengan pandangan kedua dan selanjutnya. Milik kamu adalah pandangan yang pertama, tapi tidak yang kedua” (Sunan Abi Daud)

3. Menjaga pandangan mata dengan menikah

Rasulullah saw bersabda: “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu bernikah, maka bernikahlah. Kerana bernikah itu lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw menyarankan agar bernikah, kerana ia boleh menyalurkan syahwatnya kepada sesuatu yang halal, iaitu isterinya. Bagi yang belum bernikah, bersabar, berpuasa, perbanyak zikir dan berdoa agar terhindar dari fitnah ini. InsyaAllah Allah akan membantu dan beri kekuatan. Kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita.

4. Menghindari tempat-tempat yang memungkinkan terjadinya fitnah dan memilih teman-teman pergaulan yang baik.

#Semoga Allah swt memberikan keteguhan ke dalam hati kita untuk dapat menjaga pandangan mata kita dari yang haram dan menjauhkan kita dari berbagai fitnah yang dapat merosak keimanan kita.

#..Bersambung..

♡Walaupun wanita diciptakan dengan kelemahan dan keterbatasannya, tetapi wanita mampu menjerumuskan lelaki hingga ke neraka. Kukuhkan iman dan taqwa!!♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 1 Jamadil Akhir 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Bicara tentang kedahsyatan fitnah wanita bersambung lagi.

#Baginda saw bersabda kepada kaum wanita: "Berjalanlah kamu di tepi bahagian jalan, jangan jalan di tengah, yang perempuan jalan di tepi dan yang lelaki jalan di tengah.” Maka seorang wanita berjalan di tepi sehingga bergesel bajunya dengan dinding atau tembok" (HR Abu Daud)

#Rasulullah saw mengatur peraturan ini demi untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita itu sendiri dan demi menjaga agar dunia ini tetap dirahmati Allah swt.

#Rosaknya Bani Israel, banyaknya terjadi penzinaan, pembunuhan, anak-anak hasil zina yang bermunculan disebabkan dahsyatnya fitnah wanita. Maka kerana sayangnya Nabi saw kepada umatnya, Baginda telah mengarahkan peraturan seperti hadis di atas.

#Sayidatina Aisyah r.ha, setelah wafatnya Nabi saw, beliau melihat keadaan wanita Islam sudah banyak berubah, dulunya wanita Islam sangat pemalu, menjaga diri, tetapi akhirnya mereka sudah mula berubah. Katanya: "Jika sekiranya Rasulullah saw melihat atau mengetahui apa yang dilakukan para wanita (sekarang) nescaya dilarangnya para wanita itu pergi ke masjid, seperti larangan terhadap para wanita Bani Israil" (HR al-Bukhari)

#Ini bermaksud Baginda saw akan melarang perempuan-perempuan untuk keluar dari rumahnya seperti pergi ke masjid kecuali bersama mahramnya atau dalam keadaan selamat dari fitnah, sebagaimana wanita-wanita Bani Israel dilarang, kerana mereka punca awalnya kehancuran Bani Israel. 

#Ketahuilah bahawa wanita itu sangat istimewa dan menawan sebab itu diperintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangan mereka dan berhati-hati dengan godaan wanita sebagaimana yang sudah berlaku kepada Nabi Yusuf di saat di goda isteri pembesar Mesir. Firman Allah swt:

قَالَتۡ فَذَ ٰ⁠لِكُنَّ ٱلَّذِی لُمۡتُنَّنِی فِیهِۖ وَلَقَدۡ رَ ٰ⁠وَدتُّهُۥ عَن نَّفۡسِهِۦ فَٱسۡتَعۡصَمَۖ وَلَىِٕن لَّمۡ یَفۡعَلۡ مَاۤ ءَامُرُهُۥ لَیُسۡجَنَنَّ وَلَیَكُونࣰا مِّنَ ٱلصَّـٰغِرِینَ

Wanita itu berkata: “Itulah dia orang yang kamu cela aku kerana (tertarik) kepadanya, dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina” [Surah Yusuf 32]

#Cubaan yang dialami Nabi Yusuf dalam kisah ini (rujuk Surah Yusuf ayat 22 hingga 32) lebih berat daripada cubaan yang diberikan saudara-saudaranya pada dirinya. Cubaan yang diberikan oleh saudaranya adalah cubaan tanpa ada pilihan dari Nabi Yusuf. Solusinya cumalah bersabar. Sedangkan cubaan yang Baginda alami dengan Zulaikha, seorang yang cantik jelita dan golongan bangsawan, yang mengajak Nabi Yusuf berzina, adalah satu ujian berat baginya di ketika usia Baginda yang sangat muda dan masih bujang tetapi Nabi Yusuf sama sekali tidak tunduk pada godaan Zulaikha. Baginda memilih dipenjara dari tunduk kepada kehendak Zulaikha. Nabi Yusuf diselamatkan oleh Allah swt dari fitnah ini melalui keimanan, ketakwaan dan keikhlasan baginda.

♡Kukuhkan keimanan agar tidak mudah tewas dengan fitnah wanita. Para wanita sekelian, hiasilah dirimu dengan sifat taqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 29 Jamadil Awwal 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Sambung lagi bicara mengenai antara fitnah dahsyat di atas muka bumi ini ialah fitnah wanita.
 
#Diriwayatkan daripada Sayidina Abdullah bin Mas’ud r.a, bahawa Nabi saw bersabda: “Wanita itu aurat, apabila dia keluar rumah, syaitan terus memandangnya (untuk menghias-hiasinya dalam pandangan lelaki sehinggalah terjadinya fitnah)” (HR at-Tirmizi)

#Apabila wanita itu keluar dari rumahnya syaitan akan terus memandangnya. Kenapa?

#Kerana syaitan mempunyai tipu daya untuk menggoda kaum lelaki melalui wanita. Ertinya perempuan memiliki kekuatan, yang boleh dimanfaatkan oleh syaitan untuk menggoda lelaki sehingga terjerumus ke dalam lembah fitnah.  Ketika perempuan keluar dari rumah terus disambut oleh syaitan. Syaitan akan goda lelaki melalui wanita ini kerana wanita memiliki sesuatu yang tidak dimiliki oleh syaitan, baik syaitan itu dalam kalangan manusia atau dari bangsa jin. Syaitan manusia sama sahaja, kalau ada perempuan keluar, dia akan memanfaatkannya. 

#Apabila wanita tidak mengamalkan tuntutan syariat, mereka akan jatuh ke dalam perangkap dan jeratan kaum lelaki yang fasik dan pendosa, tambahan pula bila keluar ke tempat keramaian yang di sana terjadi percampuran bebas antara lelaki dan wanita. Ketika wanita di dalam rumah, syaitan manusia dan jin tidak mampu memperdayakannya, maka dipujuk rayu dengan pelbagai sumber kecanggihan terkini agar wanita keluar rumah, agar mereka bebas untuk mempergunakan dan memanfaatkan wanita-wanita untuk kepentingan mereka. 

#Fitnah wanita ini untuk semua kalangan, jangan difikir yang sudah berumur 70 tahun tidak tergoda dengan wanita. Ingat! syaitan tidak pernah tidur, syaitan sentiasa menggoda semua manusia (kecuali hamba Allah yang beriman dan bertakwa) sehingga manusia itu sama-sama akan masuk neraka bersamanya.

#Oleh itu, seorang lelaki harus sabar dan berhati-hati menghadapi semua wanita di sepanjang kehidupannya. Seorang lelaki perlu menghormati dan meninggikan darjat wanita, bukannya mengikuti segala kehendaknya walau bertentangan dengan kehendak agama dan melanggari perintah Allah demi memuaskan nafsu mereka. Besarnya tanggungjawab seorang lelaki sehinggakan segala tanggungjawab keatas wanita dipikulkan keatas bahu seorang lelaki.

#Maka mereka perlu dibimbing, ditarbiyah, diasuh, dibelai, diberi kasih sayang, dikasihani dan dididik bukan ditekan, dirosakkan tetapi diampuni dan dilindungi.

ٱلرِّجَالُ قَوَّ ٰ⁠مُونَ عَلَى ٱلنِّسَاۤءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضࣲ وَبِمَاۤ أَنفَقُوا۟ مِنۡ أَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡۚ

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..." [Surah an-Nisaʾ 34]

♡Wanita adalah fitnah bagi lelaki. Namun, wanita solehah adalah sebaik-baik wanita bagi seorang lelaki. Maka, jadilah wanita solehah untuk lelaki yang bertaqwa♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 27 Jamadil Awwal 1445H☆

زُیِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَ ٰ⁠تِ مِنَ ٱلنِّسَاۤءِ وَٱلۡبَنِینَ وَٱلۡقَنَـٰطِیرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَیۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَ ٰ⁠لِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [Surah Ali-ʿImran 14]

#Allah swt memulakan kaitan cinta syahwat itu bermula dari wanita, sebelum menyebutkan emas, perak, kenderaan dan pertanian. Kenapa wanita? Kerana manusia selalu mencintai dan menganggap indah segala sesuatu yang berkaitan dengan syahwat, fikirannya selalu mengarah kepada syahwat. Allah menyatakan kecintaan manusia terhadap wanita yang pertama menunjukkan fitnah yang sangat luar biasa daripada wanita.

#Sabda Nabi saw: "Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Allah swt menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan keinginan (syahwat) dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang dahsyat kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya. 

#Ini memahamkan kita bahawa di antara semua fitnah yang ada ternyata ada fitnah yang paling dahsyat bagi kaum lelaki ialah wanita. Para wanita harus faham bahawa dirinya adalah fitnah besar bagi para lelaki. Dia adalah perhiasan terindah, yang dunia tanpa wujudnya dirasakan gelap, walaupun mentari terbit dan di langit tidak ada segumpal awan. Kedamaian, ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan, tanpa adanya wanita, susah untuk didapatkan.

#Disebabkan itu, Rasulullah saw berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita yang bukan mahramnya, berdua-duaan dengannya, bercampur baur dengan mereka dan seumpamanya. Hal ini diteguhkan lagi oleh sebuah hadis Nabi saw:

“Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan fitnah wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita" (HR Muslim)

#Maka, setiap lelaki Muslim, perlulah bertakwa dan berhati-hati dengan wanita dan para wanita perlulah menjaga auratnya, perawakannya dan pergaulannya agar terhindar daripada fitnah. Kaum lelaki dan wanita wajib menjadikan sifat takwa sebagai benteng atau perisai di antara dirinya dalam pergaulan supaya tidak terjebak kepada fitnah dan kemungkaran.

♡Ada pelbagai fitnah di muka bumi ini, antaranya fitnah kemiskinan, kemewahan, kejayaan, harta, anak, peperangan, banjir,  gempa bumi, wanita, kebakaran, kematian, kehilangan, kesakitan, kesempitan dan berbagai macam fitnah lainnya. Namun, fitnah yang bahaya dan perlu diwaspadai ialah fitnah wanita. Moga Allah swt pelihara iman kita semua. Aamiiin♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 25 Jamadil Awwal 1445H☆

وَٱبۡتَغِ فِیمَاۤ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡـَٔاخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِیبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡیَاۖ وَأَحۡسِن كَمَاۤ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَیۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِی ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِینَ

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan" [Surah Al-Qaṣaṣ 77]

#Ayat ini mengingatkan manusia mengenai:

1. Carilah pahala negeri akhirat dengan harta kekayaan yang di kurniakan Allah kepada kita, sebab kehidupan ini hanya sementara dan kehidupan akhirat itu yang kekal abadi. 

2. Janganlah kita melupakan bahagian kita daripada kenikmatan dunia, iaitu harta yang halal. Hiduplah dalam rumah yang baik, pakailah kenderaan yang selesa dan bahagialah dengan isteri yang solehah, mudah-mudahan dengan semua itu, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat juga.

3. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah swt telah berbuat kepada kita dengan berakhlak yang baik, bertutur kata yang baik, berlapang dada dan berbelas kasihan kepada semua manusia lebih-lebih lagi kepada golongan fakir miskin dan anak-anak yatim.

4. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang suka membuat kerosakan. Sesungguhnya berbuat kerosakan itu akan merugikan diri sendiri dan orang lain, dan boleh memutuskan silaturrahim. Antara kerosakan itu ialah melakukan penganiayaan atau kezaliman seperti menganggu keamanan, menyakiti hati sesama manusia, menipu, mencari keuntungan semata-mata untuk diri sendiri dengan melupakan kerugian orang lain dan sebagainya. Mudah-mudahan kita akan terus menjalani kehidupan di dunia ini sesuai dengan kehendak Allah swt iaitu dengan memperolehi kehidupan yang baik dan berjaya di dunia dan di akhirat serta dijauhkan dari azab neraka di akhirat.

#Pastikan hidup kita mengutamakan akhirat daripada dunia. Rasulullah saw mengingatkan di dalam sabdaannya, khusus kepada manusia yang menjadikan dunia ini sesuatu yang besar di hatinya bahawa dia akan menyesal kelak.

#Daripada Sayidina Zaid bin Sabit r.a berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya. Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya" (HR Ibnu Majah)

#Rasulullah saw mencela orang yang keinginan terbesar di hatinya kepada dunia. Apa yang terjadi kepada orang seperti ini? Allah akan cerai-beraikan urusannya. Apa maksudnya? Ertinya Allah cerai beraikan kekuatan dia. Orang ini akan mudah putus asa ketika ditimpa musibah. Hatinya akan penuh dengan penyakit-penyakit hati seperti cinta dunia yang berlebihan, penyakit dengki, tamak bahkan sampai peringkat menghalalkan yang haram demi untuk mendapatkan dunia. Sangat susah bagi orang yang seperti ini untuk ikhlas. Dia akan ikhlas jika ternyata ada kepentingan dunia, bukan kerana Allah swt tetapi untuk dunianya. Ketika sembahyang atau berbuat kebaikan, niat terbesarnya supaya dapat dunia, maka amalan yang seperti ini tercela di sisi Allah dan sia-sia malah mendapat azab api neraka.

♡Burulah keuntungan, kekayaan, kesenangan dan kebahagiaan akhirat kerana kehidupan yang sebenar serta selama-lamanya adalah di akhirat. Ambillah bahagian kita didunia namun jangan sampai diperdaya dan ditipu oleh godaan dunia♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JUMAAT: SUMBANGAN WAQAF PEMBINAAN MUSOLLA DI PONDOK MADRASAH RAUDATUL 'ARIFFIN, KALUMPANG, HULU SELANGOR*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-MUSOLLA

Pondok Madrasah Raudatul Ariffin Kalumpang sedang maju lagi selangkah ke hadapan dengan hasrat untuk membina sebuah Musolla (40 kaki x 20 kaki) untuk kegunaan warga pondok bagi mendirikan solat fardhu berjemaah dan solat-solat sunat serta aktiviti ibadah yang lain.

*DIANGGARKAN KOS MUSOLLA INI SEKITAR RM150 RIBU*

Senarai lengkap kos yang diperlukan untuk kegunaan:

1. Karpet an-Nabawi (Red) - RM25,000.00
2. Langsir - RM650.00
3. Kerja-kerja wayering dan pasang meter baru - RM15,000
4. Kerja- kerja pemasangan pintu dan tingkap sliding - RM8000
5. Kerja-kerja membina Varendah (Lantai/ Mozek/ Tiang/Dinding bercorak/ bumbung dan longkang - RM50,000
6. Laluan berbumbung - RM5000
7. Mengecat
8. Pemasangan 4 unit Penghawa Dingin (sudah ada yang infak)✅
10. Upah pekerja- pekerja binaan (Rm2400 seminggu)

Dengan ini, pihak Geng Talaqqi melancarkan tabung untuk misi waqaf pembinaan Musolla di Pondok Raudatul Ariffin. Jom berkebajikan bersama kami. Moga setiap sen yang dihulurkan diganti oleh Allah swt dengan kebaikan yang melimpah ruah. Aamiiin

Jazakumullahu khairan kathira kepada semua penyumbang. Semoga Allah mengganjari tuan/puan semua dengan sebaik-baiknya ganjaran. Aamiiin

Firman Allah swt:
"Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit lagi, maka aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh" [Surah al-Munafiqun 10]
====================
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun toyyib pay:

https://toyyibpay.com/WAQAF-PEMBINAAN-MUSOLLA

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Waqaf Pembinaan Musolla

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust naim: http://www.wasap.my/60196023803/WaqafPembinaanMusolla

📲Tn Abu Umar http://www.wasap.my/60193113501/WaqafPembinaanMusolla

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/WaqafPembinaanMusolla

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/WaqafPembinaanMusolla

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 22 Jamadil Awwal 1445H☆

قُلۡ ءَامِنُوا۟ بِهِۦۤ أَوۡ لَا تُؤۡمِنُوۤا۟ۚ إِنَّ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ مِن قَبۡلِهِۦۤ إِذَا یُتۡلَىٰ عَلَیۡهِمۡ یَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ سُجَّدࣰا * وَیَقُولُونَ سُبۡحَـٰنَ رَبِّنَاۤ إِن كَانَ وَعۡدُ رَبِّنَا لَمَفۡعُولࣰا * وَیَخِرُّونَ لِلۡأَذۡقَانِ یَبۡكُونَ وَیَزِیدُهُمۡ خُشُوعࣰا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu): "Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk. Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk" [Surah al-Isrāʾ 107-109]

#Allah swt memuji hambaNya yang suka menangis kerana takut kepadaNya. Salah satu nikmat buat seorang hamba apabila dapat menitiskan air mata kerana takutkan Allah swt ketika membaca atau mendengar ayat-ayatNya dialunkan atau ditadabburkan serta mengenangkan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

#Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a, katanya Rasulullah saw memberi satu khutbah yang belum pernah aku mendengar khutbah sepertinya sebelum ini. Nabi saw bersabda:

“Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".

Katanya (Anas): Lalu para sahabat Rasulullah saw menutup muka mereka dan menangis teresak-esak” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a turut digelar oleh anaknya, Saidatina Aisyah r.ha sebagai Rajulun Bakiy iaitu orang yang selalu menangis. Beliau sentiasa menangis di mana dadanya bergetar ketika solat di belakang Rasulullah saw kerana mendengar ayat-ayat Allah swt.

#Rasulullah saw bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah” (HR at-Tirmizi)

#Dalam kalangan salafussoleh ada menyatakan, ‘menangislah kerana takutkan Allah swt, jika tidak dapat menangis, maka perlu berusaha juga untuk menangis'.

#Tangisan paling istimewa seorang hamba adalah datangnya daripada hati yang benar-benar mengagungkan Allah swt.

♡Sepanjang usia kita ini, pernahkah kita menangis kerana mengenangkan dosa serta berasa takut kepada Allah swt?
Seandainya tidak pernah atau kita terlalu sukar untuk menangis, itu menandakan hati kita terlalu kotor dan keras. Selamat bermuhasabah♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 20 Jamadil Awwal 1445H☆

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu" [Surah al-Ghafir 60]

#Sambung bicara tentang keharusan mendoakan kebinasaan kepada musuh-musuh Islam.

#Imam Ibn Battal menyatakan bahawa: Baginda saw berdoa untuk Abu Jahal dengan kebinasaan, dan berdoa agar kelompok-kelompok musuh itu dikalahkan. Allah swt mengabulkan doa Baginda saw terhadap mereka. Baginda saw juga berdoa terhadap  orang-orang yang membunuh para pembaca Al-Quran selama sebulan dalam qunut dan Baginda berdoa agar Allah membakar mereka di dalam rumah-rumah dan kubur mereka. Baginda sangat keras dalam berdoa terhadap mereka disebabkan kejahatan yang dilakukan. (Lihat: Syarh Sahih Bukhari)

#Sayidina Abdullah bin Mas'ud r.a menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw solat dekat Kaabah, sedangkan Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang di antara mereka berkata kepada yang lain:

"Siapa yang berani mengambil uri (isi perut) unta Bani Fulan dan meletakkannya di belakang Muhammad ketika dia sujud?"

Seorang yang paling jahat di antara mereka (Uqbah bin Abu Muaith) bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw sujud, diletakkannya uri unta itu ke belakang Nabi, antara kedua bahu beliau. Saya (Abdullah) melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa, andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok satu sama lain untuk mempermainkan Nabi saw. Rasulullah saw sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah (puteri baginda) membuangkan kotoran itu dari belakang baginda. Nabi saw mengangkat kepalanya dan berdoa sebanyak tiga kali:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِقُرَيْشٍ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

"Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy! Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy! Ya Allah, binasakanlah orang-orang Quraisy"

Abu Jahal dan kawan-kawannya berhenti ketawa dan ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, kerana bimbang dengan doa tersebut. Kemudian Nabi saw meneruskan doa dengan menyebut nama mereka satu persatu:

اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَبِي جَهْلِ بْنِ هِشَامٍ وَعُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَشَيْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَالْوَلِيدِ بْنِ عُقْبَةَ وَأُمَيَّةَ بْنِ خَلَفٍ وَعُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَذَكَرَ السَّابِعَ وَلَمْ أَحْفَظْهُ

"Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahal, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith. Nabi menyebut nama orang yang ketujuh tetapi saya telah lupa nama orang itu". 

Kata Sayidina Abdullah bin Mas'ud selanjutnya: "Demi Allah, yang diriku dalam genggamanNya, aku melihat sendiri orang-orang yang disebutkan Rasulullah saw dalam doanya itu, mati dibunuh di medan Badar dan mayat mereka terkubur dalam perigi buta di Badar" (HR al-Bukhari)

#Daripada Ibnu Abbas r.huma katanya:

 قَنَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَهْرًا مُتَتَابِعًا فِي الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَصَلاَةِ الصُّبْحِ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ إِذَا قَالَ ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.‏ مِنَ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ يَدْعُو عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَيُؤَمِّنُ مَنْ خَلْفَهُ

“Rasulullah saw berqunut selama sebulan berturut-turut pada sembahyang Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan solat Subuh pada setiap akhir solat selepas baginda mengucapkan ‏ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُpada rakaat akhir, lantas, baginda mendoakan kecelakaan kepada penduduk perkampungan Bani Sulaim terhadap qabilah Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan diaminkan sahabat di belakangnya” (HR Abu Daud)

♡Berdoalah kepada Allah swt agar dibinasakan musuh-musuhNya yang zalim, kejam dan jahat membunuh umat Islam dan mereka yang memusuhi agamaNya♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

☆Tadabbur Kalamullah 18 Jamadil Awwal 1445H☆

ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِیلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ وَٱلۡمَوۡعِظَةِ ٱلۡحَسَنَةِۖ وَجَـٰدِلۡهُم بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُۚ 

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik..." [Surah an-Naḥl 125]

#Ayat ini menerangkan bahawa dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat, maka perlulah dilakukan secara berhikmah. Walaupun berlaku perdebatan dalam mencari kebenaran maka berhujahlah dengan isi-isi yang baik serta disulami dengan adab sopan kerana akhlak yang baik itu menjadi cerminan kepada wajah Islam yang sebenar.

#Imam al-Baghawi ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: "Serulah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan iaitu dengan al-Quran dan nasihat pengajaran yang baik dari al-Quran. Dikatakan juga nasihat pengajaran yang baik itu adalah menyeru kepada Allah dengan memberi galakan dan ancaman". Pandangan lain juga menyatakan: "Perkataan yang lembut dan tidak kasar dalam menyampaikan Dakwah" (Lihat: Tafsir al-Baghawi)

#Gerak kerja dakwah pada zaman kini semakin mencabar dan sulit. Hal ini kerana masyarakat pada zaman ini terdedah dengan pelbagai unsur dan mudah terpengaruh dengan budaya luaran akibat pengaruh media sosial yang semakin luas serta orang berkuasa sewenang-wenang menyalah guna kuasa untuk menghalang tugasan pendakwah.

#Justeru, para pendakwah perlu mempunyai persediaan yang mantap untuk menghadapi cabaran dakwah pada zaman ini dan perlu lebih kreatif memikirkan pendekatan baru yang sesuai dan tidak hanya tertutup dengan pendekatan yang sedia ada.

#Sejak zaman para rasul lagi, pelbagai cabaran dan dugaan perlu dihadapi dalam menyampaikan mesej dakwah kepada kaum masing-masing. Perubahan cabaran mengikut arus peredaran semasa dan masyarakat setempat seiring dengan arus kemodenan dan perkembangan teknologi. Para pendakwah perlu bijak mengatur dan memainkan pelbagai karakter sebagai komunikator terbaik, kaunselor, penyelesai masalah, pengurus, usahawan dan sebagainya.

#Para pendakwah juga perlu mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiah kepada sasaran  bagi mengelak daripada berlakunya salah faham dalam masyarakat.

#Berdasarkan kisah-kisah para nabi dan rasul dalam berdakwah kepada masyarakat dan kaum masing-masing, terdapat banyak pengajaran yang boleh dimanfaatkan oleh para pendakwah kini untuk memajukan lagi kegiatan dakwah yang dilakukan dan menjadikannya lebih berkesan. Begitu juga pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh al-Quran dalam berinteraksi dengan jiwa manusia ketika menceritakan kisah-kisah para nabi dan rasul tersebut.

♡Para pendakwah perlulah bersabar, merencana kepelbagaian method penyampaian disamping mengikuti kaedah yang disebutkan Allah swt iaitu dengan cara hikmah, memberi nasihat yang baik dan berdebat dengan jalan damai serta istiqamah dalam memperjuangkan dakwah Islam kepada masyarakat walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan halangan. Ingatlah bahawa Allah swt merupakan sebaik-baik penolong dan tempat pergantungan seorang hamba♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk    
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:   
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

Читать полностью…

Tadabbur Kalamullah

*SEDEKAH JARIAH JUMAAT: MEMOHON DANA PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM JARIAH QASEH RM250 RIBU DI KG GUAR NENAS, GURUN, KEDAH*

Klik dan sumbang:
https://toyyibpay.com/RUMAH-ANAK-YATIM-JARIAH-QASIH

Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh sedang dalam pembinaan. Rumah ini untuk dijadikan penempatan buat anak-anak yatim, terletak di Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah. Rumah ini khas untuk anak yatim sahaja, tidak melibatkan asnaf yang bukan anak yatim.

Selama ini, Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh beroperasi di sebuah rumah semi D dua tingkat, Lot 88, Sungai Petani, Kedah.
   
Rumah tersebut beroperasi atas ehsan seorang Hamba Allah dan sudah lebih tiga tahun anak-anak menumpang di sana. Namun terpaksa berpindah ke rumah baru kerana pemilik berhasrat menjual premis tersebut atas sebab yg tidak dapat dielakkan.

*Maka, dibinalah sebuah rumah anak yatim di Kg Guar Nenas, Gurun, Kedah*. Keseluruhan kos pembinaan rumah anak yatim ini ialah RM350 ribu. Alhamdulillah RM100 ribu telah berjaya dikumpul.

*DIPERLUKAN LAGI RM250 RIBU UNTUK MENYIAPKAN RUMAH TERSEBUT*

Sasaran pihak pengurusan, rumah anak yatim Jariah Qaseh ini perlu siap sebelum menjelangnya sesi persekolahan baru pada Mac 2024. Ini bagi memastikan proses persekolahan semua anak yatim ini tidak terganggu.
  
*Untuk makluman semua penyumbang, rumah tersebut didiami oleh 6 org anak yatim dan 4 orang anak yatim piatu (perempuan) yang berusia antara 9-17 tahun*. Dalam senarai menunggu untuk kemasukan baru ialah dua orang anak yatim berusia 5 dan 8 tahun. Keduanya kematian ayah Mac lalu dan sejak itu, ibu mereka selalu sahaja sakit.

*KASIHANI DAN SAYANGILAH ANAK-ANAK YATIM INI*. *Tidakkah kebahagiaan dan kasih sayang adalah hak semua manusia di muka bumi ini? Melihat mereka yang daripada kecil sudah kehilangan kedua ibubapa, maka sewajibnya kita semua menyumbang sedikit daripada kurniaan Allah kepada kita semua untuk memberi perlindungan memayungi segala kegelapan hidup mereka dalam menyiapkan tempat tinggal dan tempat perlindungan untuk mereka.*
    
Maka dengan berbesar hati, pihak Geng Talaqqi ingin membuka peluang kepada semua penyumbang yang selama ini banyak menyokong kerja-kerja kebajikan Geng Talaqqi untuk bersama dalam menyiapkan rumah ini.

*Semoga sumbangan/waqaf kita ini akan menjadi salah satu saham akhirat yang terbesar disisi Allah swt dan berjaya memperoleh syafaat daripada baginda Rasulullah saw. Aamiiin*
___
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Toyyib Pay:

https://toyyibpay.com/RUMAH-ANAK-YATIM-JARIAH-QASIH

Atau terus ke akaun:

*Pertubuhan Kebajikan Ilmu dan Amal Selangor
*Maybank_5629_9101_9074
*Cimb_8604_7707_81
*Remark: Rumah Anak Yatim Jariah Qaseh

SMS/Whatsapp slip/bukti sumbangan kepada:

📲Ust Naim: http://www.wasap.my/60196023803/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Tn Abu Umar: http://www.wasap.my/60193113501/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Tn Akmalizan: http://www.wasap.my/60172722696/RumahAnakYatimJariahQaseh

📲Puan Zarina: http://www.wasap.my/60193223501/RumahAnakYatimJariahQaseh

*ANDA HULUR, KAMI SALUR*

Читать полностью…
Подписаться на канал