penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hari ini Hari Rabu.

Dalam Bahasa Melayu nama hari-hari dalam seminggu diambil dari Bahasa Arab: Ahad dari ahad (أحد), Isnin dari ithnayn (اثنين), Selasa dari thalaatha (ثلاثاء), Jumaat dari jum'ah (جمعة). Tapi kenapa Rabu dipanggil rabu bukannya arba'a (أربعاء‎)?

Rabu (رابو) berasal dari dialek orang Yaman. Di Yaman ada Suq ar-Rabu iaitu pasar yang buka pada setiap hari Rabu.

Apa kena mengena Yaman dengan Melayu?

Orang Arab Hadrami dari Hadramaut, Yaman, terutamanya Ba'Alawi (Bani Alawi: golongan sayyid berketurunan Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir dari nasab Rasulullah SAW) adalah ejen pengislaman Nusantara (Alam Melayu).

Wali Songo adalah dari Ba'Alawi. Itu sebabnya kita bermazhab Syafi'i. Ba'Alawi bermazhab Syafi'i dan beritikad dengan akidah Asy'ariyah.

Selain Islam, Arab Hadrami juga memperkenalkan kepada masyarakat Melayu khazanah budaya Yaman seperti zapin. Dari abjad Jawi, amalan tahlil hingga ke takbir raya yang syahdu, semuanya mempunyai asal usul dari budaya Yaman.

Jadi, hanya orang yang jahil dengan sejarah bangsa akan keluarkan kenyataan seperti:

'Orang Melayu je yang bertakbir berdayu-dayu, tak semangat macam orang Arab'
'Orang Melayu je yang raya sakan macam ini, orang Arab raya sehari je'
'Orang Melayu je yang baca tahlil, orang Arab tak buat'
'Islam orang Melayu banyak sangat campur dengan adat'

Ke-Arab-an nenek moyang orang Melayu adalah ke-Arab-an para ulama dan awliya dari Yaman, memanglah nampak 'tak macam Arab' kalau nak dibandingkan dengan Arab Badwi Najdi yang mengawal Haramain sekarang.

Arab Badwi Najdi bukan piawaian ke-Arab-an mahupun ke-Islam-an sesuatu bangsa. FYI, nenek moyang anda mungkin lebih Islamik berbanding anda.

Tahu kenapa baju Melayu berbutang lima? Kenapa atap masjid style lama ada tiga tingkat?

Tahu tak perkataan bernas berasal dari istilah nas (نصّ), petua dari fatwa (فتوى), perlu dari fardu (فرض)? Orang dahulu tak percaya kata-kata seseorang sehingga orang itu cakap ber-nas (Al-Quran dan hadis-hadis).

Orang Melayu dahulu betul-betul menjadikan Islam sebagai al-Din (cara hidup). Dari bahasa, pakaian, makanan, seni bina hingga sastera semua dah sebati dengan Islam.

Orang yang jahil tentang sejarah dan warisan bangsa saja akan condemn budaya Melayu itu ini, terutamanya 'born again Muslims'.

Fahami, hayati dan hargailah warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah beraliran Syafi'i-Asy'ari yang menjadikan Nusantara bumi yang rahmat dan berkah sejak 1000 tahun yang lalu lagi. Jangan asal Melayu je, condemn.

Sumber : facebook Ayman Rasydan Wong
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207143046614149&id=1821685114

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

NABI SAW ZIARAH KUBUR HARI RAYA
(Ijtihad Imam Badruddin al-aini)

Imam Badruddin al-aini w855h , Pensyarah Sahih Al-Bukhari dalam kitab nya Umdatul qari, ketika mensyarahkan hadis Nabi saw yang pulang dengan jalan yang berbeza dari solat Aidilfitri, beliau menyebut 20 hikmah dari perbuatan Baginda saw tersebut,salah satu hikmahnya ialah;

ليزور أَقَاربه الْأَحْيَاء والأموات.

'Iaitu untuk Baginda saw menziarahi kerabat Baginda yang hidup dan yang mati'.

Penjelasan ini menunjukkan Baginda saw menziarahi kubur ketika pulang dari solat Aidilfitri. Ini adalah ijtihad dari ulamak muktabar dari kalangan muhaddisin,juga sejarahwan setaraf dan sezaman dengan Imam Ibn Hajar Al-asqalani.

Sumber : ustaz Mazrisyam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1441968862508534&id=100000863032109

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hukum Ziarah Kubur pada Hari Raya
https://m.facebook.com/alyasak.berhan/posts/834792059902898:0

Hukum Menyiram & Menabur Bunga ke atas Kubur
http://tolibilmi.blogspot.my/2016/07/hukum-menyiram-air-dan-menabur-bunga.html?m=1

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
/channel/Q_A_Us_Alyasak_channel

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

8. Mufti Wilayah juga memberikan kebenaran dan tauliah mengajar kepada beberapa orang tokoh Wahabi seperti Bilal Philips yang menyokong “pengebom berani mati” dan dilarang masuk ke USA, UK, Australia, Germany, Czech, Bangladesh, Philippines dan Kenya. Begitu juga, ada pihak mempersoalkan, kenapa Dato Mufti memberi tauliah kepada Asri Sobrie yang jelas membawakan fahaman Wahabi Takfiri. Begitu juga pemberian kebenaran berceramah kepada Khalid Basalmah yang kontroversi. Tiga nama di atas adalah contoh tokoh Wahabi yang diberi keizinan oleh Dato Mufti.

9. Sahibus Samahah juga gemar memberi muka kepada asatizah berfahaman Wahabi untuk mengadakan program-program mereka di Kuala Lumpur dan Dato SS sendiri seringkali menyertai mereka.

10. Atas sebab inilah (dan banyak lagi isu yang panjang untuk ditulis di sini), maka beberapa pihak yang menyayangi institusi mufti tidak mahu institusi ini gagal dalam mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mufti WPKL sewajarnya bertugas selaras dengan peruntukan enakmen WPKL, memperkasa keputusan fatwa kebangsaan dan turut menghormati fatwa-fatwa negeri lain, bukannya hanya mengemukakan idea pemikiran peribadi yang bercanggah dengan mufti-mufti lain.

11. Mufti juga hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang berpegang teguh dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah: Ashairah & Maturidiyyah, bermazhab Syafie dan berpegang kepada tasawwuf yang muktabar, bukannya terdiri dari manhaj campuran dan bias pemikiran tertentu.

12. Saya menulis kerana sayangkan institusi mufti. Saya akhiri dengan meminjam ungkapan yang pernah dikatakan oleh Imam az-Zahabi kepada gurunya Syaikh Ibnu Taimiyah kerana tidak sependapat dengan gurunya dalam beberapa perkara.
“Sahibus Samahah kami kasihi. Tapi, kebenaran itu lebih kami kasihi.”

Muhammad Mikael,
...kurela dibenci demi akidah yang kusayangi...

source: https://www.facebook.com/muhammad.mikael.963/posts/441613459550792

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=WIBFJgRDFSs

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

*DAURAH KHATAM KITAB SYARAH MUNYATUL MUSOLLI*
(Kitab Tahqiq Al-Wafi Ala Munyatil Musolli)

Bersama Al-Fadhil Ustaz Dr Zamihan.

🏢 Aswaja Learning Center, Bandar Baru Bangi, Selangor.

📆 14 Mei 2017 (ahad)

🕰 9.00 a.m - 5.00 p.m

💴 Yuran penyertaan RM120 iaitu:
* kitab RM90
* yuran RM30

💥 *Keistimewaan kitab*:
1) menerangkan dalil2 dan hujjah2 kepada isi kitab Munyatul Musolli

2) mentakhrij hadis2 yg dinaqal oleh Syeikh Daud Al-Fathani di dalam kitab Munyatul Mussoli.

3) menjelaskan masalah2 khilafiah yg ditolak jamaah salafiah, berserta pendapat para Imam2 Mazhab Empat

4) merupakan rujukan utama orang awam dan orang berilmu.

5) mensyarahkan ibarat kitab Munyatul Musolli

6) menerangkan darjat hadis yang telah dinaqalkan

7) menjelaskan hujjah para Imam dari empat mazhab dalam beberapa masalah solat

🎯 Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran adalah pada 10 Mei 2017.

☎ Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi 014-5317300 (whatsapp sahaja).

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Photo from Meraih Redha

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kita lihat pula doa seorang sahabat agung yang diredhai oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, iaitulah Saidina Muaz bin Jabal r.a. yang hampir sama makna rohaninya seperti qasidah ini. Antara doa Saidina Muaz r.a. ketika tahajjud adalah:

اللهم طلبي للجنة بطيء وهربي من النار ضعيف

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

UNGKAPAN ADAB : SAYA TIDAK LAYAK MASUK KE SYURGAMU..

Oleh : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

Ada satu qasidah yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat awam yang berbunyi:

إلهي لست للفردوس أهلاً *** ولا أقوى على نار الجحيم
فهب لي توبةً واغفر ذنوبي *** فإنك غافر الذنب العظيم

Maksudnya:

Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk syurga Firdaus
Bahkan, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka Jahim.

Maka kurniakanlah taubat (keampunan) kepadaku dan ampunilah segala dosaku,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni segala dosa yang besar.

Ada juga sebahagian pihak yang menjadikan qasidah ini suatu isu lalu menyalahkan ungkapan ini dengan memahami bahagian atas sahaja daripada lafaz tersebut. Lalu, menurut mereka, orang yang mengucapkan lafaz ini bererti tidak mahu masuk syurga. Orang ini sudahlah tidak memahami bahasa yang asas sehingga tidak dapat membezakan antara “layak” dengan “mahu”, apatah lagi tidak memahami unsur kesenian dalam berbahasa.

Bagi setiap insan yang mempunyai jiwa yang lembut dan hati yang tawadhuk kepada Allah s.w.t., pastilah dapat memahami dengan mudah apakah maksud di sebalik ungkapan di atas dan betapa tingginya adab orang yang mengungkapkan ungkapan tersebut kepada Allah s.w.t..

Budaya rendah diri dan tawadhuk memang merupakan adab yang tinggi dalam hati para nabi dan wali. Bahkan, kita lihat contoh terdekat, bagaimana sebahagian para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga sendiri, diriwayatkan mempunyai kemuncak tawadhuk dalam bab syurga dan neraka, walaupun sudah diberi jaminan bahawa mereka adalah ahli syurga.

Imam Abu Nu’aim meriwayatkan:

لما قدم أهل اليمن زمان أبي بكر وسمعوا القرآن جعلوا يبكون ، قال : فقال أبو بكر : هكذا كنا ، ثم قست القلوب

Maksudnya: Ketika Ahli Yaman sampai ke Madinah pada zaman Abu Bakar r.a., maka mereka mendengar bacaan Al-Qur’an sehinggalah mereka menangis. Lalu Saidina Abu Bakar r.a. berkata: “Beginilah kami dahulu. Sehinggalah kesat hati kami.” Rujuk kitab Hilyah Al-Auliya’.

Tidak mungkin Saidina Abu Bakar r.a. mempunyai hati yang kesat dan keras sedangkan jika iman beliau ditimbang dengan iman ahli Madinah, nescaya imannya akan mengalahkan iman ahli Madinah. Ini adalah ungkapan tawadhuk.

Lihatlah perkataan insan paling mulia dalam umat Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam selepas Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam dan Saidina Abu Bakar r.a.. Beliau ialah Saidina Umar r.a.. Beliau adalah seorang insan telah diberi jaminan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam sebagai ahli syurga. Bahkan, Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam pernah menyebut bahawa, jika ada nabi selepas Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, sudah tentu nabi tersebut ialah Saidina Umar r.a..

Pun begitu, apa kata Saidina Umar r.a. tentang syurga dan neraka, dengan segala kelayakan yang dimiliki dan jaminan daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam? Beliau berkata:

لو نادى مناد من السماء : أيها الناس إنكم داخلون الجنة كلكم أجمعون إلا رجلا واحدا ، لخفت أن أكون هو ، ولو نادى مناد أيها الناس إنكم داخلون النار إلا رجلا واحدا لرجوت أن أكون هو .

Maksudnya: “Kalaulah ada suatu panggilan yang memanggil dari langit: “Wahai manusia. Sesungguhnya kamu akan masuk syurga melainkan seorang sahaja (yang tidak akan masuk syurga). Maka, nescaya aku takut aku adalah dia (seorang yang tidak masuk syurga tersebut). Jika ada panggilan memanggil: “Wahai manusia, semua kamu akan masuk neraka kecuali seorang sahaja (yang tidak masuk neraka). Maka sudah pasti aku harap aku adalah dia (seorang sahaja yang tidak masuk neraka tersebut).” [Ibid]

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=s1YI8-6NF2c

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

RORA (Rozami Ramli) buat lagi. Kali ini dalam isu amalan zikir ulama' ketika khatib berada di atas mimbar Jumaat terakhir bulan Rejab. /channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ensiklopedia Fiqh Kuwayt:

Keharusan Bertawassul dan Beristighathah dengan Rasulullah SAW , Para Nabi AS Dan Orang-orang Soleh Semasa Hidup atau Selepas Kewafatan Mereka Di Sisi Jumhur Ulama'

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

🔊 #PengumumanMSO

Untuk lihat senarai group/channel MSO yang lain boleh klik link berikut:

🌐👉 /channel/madrasahsunnionline_MSO/534

Dipersilakan masuk kesemua channel/group Madrasah Sunni Online (MSO) 👋👳

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Jawapan dari Dr Muhammad Yusri bin Mazlan dari Jabatan Mufti NS tentang membaca Surah al-Qadr 7 kali pada tanah dan membaca Fatihah kepada simati dan seusai solat

👉🏼 https://www.youtube.com/watch?v=0ES1mqQ_XLY

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

aar radliallahu 'anhu, sesungguhnya Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: Surat Al-Baqarah adalah puncak Al-Qur'an, 80 malaikat menyertai diturunkannya setiap ayat dari surat ini. Dan Ayat laa ilaaha illaa Huwa Al-Hayyu Al-Qayyuumu (Ayat Kursi) dikeluarkan lewat bawah 'Arsy, kemudian dimasukkan ke dalam bagian Surat Al-Baqarah. Dan Surat Yaasiin adalah jantung Al-Qur'an, seseorang tidak membacanya untuk mengharapkan Allah Tabaaraka wa Ta'aalaa dan Hari Akhir (Hari Kiamat), kecuali ia diampuni dosa-dosanya. Dan bacalah Surat Yaasiin pada orang-orang mati kalian".
(Hadits riwayat: Ahmad)

3. Membaca Surat Al-Ikhlash.

Dalil mengenai keutamaan Surat Al-Ikhlash.
Rosululloh SAW bersabda,
Artinya“ Dari Abu Said Al-Khudriy radliallahu 'anhu, ia berkata: Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabatnya: "Apakah kalian tidak mampu membaca sepertiga Al-Qur'an dalam semalam?". Maka mereka merasa berat dan berkata: "Siapakah di antara kami yang mampu melakukan itu, wahai Rasulullah?". Jawab beliau: "Ayat Allahu Al-Waahid Ash-Shamad (Surat Al-Ikhlash maksudnya), adalah sepertiga Al-Qur'an"
(Hadits riwayat: Al-Bukhari).

Imam Ahmad meriwayatkan:

Artinya“ Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam mendengar seseorang membaca Qul huwaAllahu Ahad (Surat Al-Ikhlash). Maka beliau bersabda: "Pasti". Mereka (para sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, apa yang pasti?". Jawab beliau: "Ia pasti masuk surga".
(Hadits riwayat: Ahmad).


4. Membaca Surat Al-Falaq
5. Membaca Surat An-Naas

Dalil keutamaan Surat Al-Falaq dan An-Naas.

Artinya“ Dari Aisyah radliallahu 'anhaa, "bahwasanya Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bila merasa sakit beliau membaca sendiri Al-Mu`awwidzaat (Surat Al-Ikhlas, Surat Al-Falaq dan Surat An-Naas), kemudian meniupkannya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surat-surat tersebut".
(Hadits riwayat: Al-Bukhari).

6. Membaca Surat Al-Baqarah ayat 1 sampai 5
7. Membaca Surat Al-Baqarah ayat 163
8. Membaca Surat Al-Baqarah ayat 255 (Ayat Kursi)
9. Membaca Surat Al-Baqarah ayat 284 sampai akhir Surat.

Dalil keutamaan ayat-ayat tersebut:

Artinya"Dari Abdullah bin Mas'ud radliallahu 'anhu, ia berkata: "Barangsiapa membaca 10 ayat dari Surat Al-Baqarah pada suatu malam, maka setan tidak masuk rumah itu pada malam itu sampai pagi, Yaitu 4 ayat pembukaan dari Surat Al-Baqarah, Ayat Kursi dan 2 ayat sesudahnya, dan 3 ayat terakhir yang dimulai lillahi maa fis-samaawaati..)" (Hadits riwayat: Ibnu Majah).

10. Membaca Istighfar ,

Dalil keutamaan membaca istighfar:

Allah SWT berfirman:
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat". (QS. Huud: 3)

Sabda Rosululoh SAW.
“ Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu : Aku mendengar Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Demi Allah! Sungguh aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepadaNya lebih dari 70 kali dalam sehari". (Hadits riwayat: Al-Bukhari).

Sbda Rosululloh SAW.
“ Dari Al-Aghar bin Yasaar Al-Muzani radliallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya seratus kali dalam sehari". (Hadits riwayat: Muslim).

11. Membaca Tahlil : لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ
12. Membaca Takbir : اَللهُ أَكْبَرُ
13. Membaca Tasbih : سُبْحَانَ اللهِ
14. Membaca Tahmid : الْحَمْدُ للهِ

Dalil mengenai keutamaan membaca tahlil, takbir dan tasbih:
Sabda Rosululloh SAW.
Artinya“ Dari Jabir bin Abdullah radliallahu 'anhumaa, ia berkata: Aku mendengar Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Sebaik-baik Dzikir adalah ucapan Laa ilaaha illa-Llah, dan sebaik

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Tabien pun melakukan ziarah kubur pada Hari Raya:

عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. (4) مصنف ابن أبي شيبة – (ج 2 / ص 70)

“Daripada Atha’ bin Saib dia berkata: “Saya salat Subuh di masjid ini di Hari Raya Fitri, ternyata bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Setelah kami melakukan salat, keduanya keluar, saya juga keluar bersamanya, #menuju #ke #kuburan.” (Mushonnaf Ibni Abi Syaibah, 1/70)

Sumber: ustaz Mohd Rahmat Ali
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=562741047447119&id=100011336851840

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kepada sebahagian pihak yang Share status di bawah dan mengatakan al-Jabbanah adalah "tanah lapang", berikut penjelasan pentahqiq kitab.

--
Pentahqiq kitab tersebut (al-Ustaz Said Lahham) menulis keterangan berupa nota kaki dengan tanda nombor (4) tentang makna "Jabbanah":

(4) الْجَبَّانَةُ : الْمَقْبَرَةُ

“al-Jabbanah: Pemakaman (Kuburan)”

Syeikh al-Sindi juga memperkuatkan

الْجَبَّانُ وَالْجَبَّانَةُ بِالتَّشْدِيْدِ : الصَّحْرَاءُ وَالْمَقْبَرَةُ أَيْضاً لِأَنَّهَا تَكُوْنُ فِي الصَّحْرَاءِ (مسند الشافعي ترتيب السندي – ج 0 / ص 470)

“Jabban dan Jabbanah adalah tanah lapang, juga kuburan. Sebab kuburan berada di tanah lapang.” (Musnad al-Syafie, 10/470)

--
Dari facebook ustaz mohd rahmat md ali

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Keilmuan Imam Syafi'i Diiktiraf dan Diperakui Ulama':

Abu Syamah, guru dari Imam al-Nawawi mengatakan :

“Sesusungguhnya Syafi’i membangun mazhabnya berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW serta nadhar shahih yang merujuk kepada keduanya.Walaupun ia tidak ma'sum dari lupa.”

[Al-Subki, Ma’na Qaul al-Imam al-Muthallabi “Idza Shahha al-Hadits Fa huwa Mazhabi”, Muassasah Qurthubah, Hal. 101]

Sudah sangat ma’ruf bahwa Imam Syafi’i adalah orang yang paling semangat dalam ittiba’ atau mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan beliau juga adalah orang yang sangat keras pada orang yang membantah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lihat saja perkataan beliau pada orang yang menentang ajaran Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam-.

Ar Rabie’ (murid Imam Syafi’i) bercerita, Ada seseorang yang bertanya kepada Imam Syafi’i tentang sebuah hadits, kemudian (setelah dijawab) orang itu bertanya, “Lalu bagaimana pendapatmu?”, maka gemetar dan beranglah Imam Syafi’i. Beliau berkata kepadanya,

أَيُّ سَمَاءٍ تُظِلُّنِي وَأَيُّ أَرْضٍ تُقِلُّنِي إِذَا رَوَيْتُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ وَقُلْتُ بِغَيْرِهِ

“Langit mana yang akan menaungiku, dan bumi mana yang akan kupijak kalau sampai kuriwayatkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian aku berpendapat lain…!?”

[Hilyatul Auliya’, 9: 107.]

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ramai pihak sedang rancak mengulas isu "MUFTI WILAYAH". Ramai yang tak faham isu, turut sama mau komen. Hrm... inilah tabiat orang kita. Tak tau hujung pangkal tapi dah komen berjela-jela. Antara soalan yang sering diajukan kepada saya, "Betulkah Mufti Wilayah tu Wahabi?" Untuk menjawab persoalan ini, saya lebih suka melihat dari sudut perundangan Islam dalam negara tanpa saya melabel Sahibus Samahah Dato Mufti yang saya sayangi sebagai Wahabi. Ya, saya tidak melabel beliau dengan gelaran itu. Minta kalian baca sampai habis.

1. Saya ingin memetik keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 21-24 Oktober 2014 yang memutuskan bahawa dari segi perundangan Islam di Malaysia, Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mazhab rasmi negara. Aliran Syiah serta Salafi Wahabi adalah tidak selari dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kedua-dua aliran ini boleh mendatangkan perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

2. Panel Fatwa Jakim pula memutuskan, “Sejak 1000 tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada penafsiran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam bidang Akidah ialah Asyairah dan Maturidiah manakala dalam bidang Fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Syafii, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Semua negeri berpegang teguh dengan keputusan ini kecuali Perlis. Wilayah Persekutuan juga mewajibkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan mestilah berpegang kepada qaul muktamad dalam mazhab Syafii dan meraikan mazhab yang lain.

4. Akta 505: Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 mengandungi:

Seksyen 39 -
1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikuti pandangan-pandangan diterima (qaul Muktamad) Mazhab Syafii.

2) Jika Mufti berpendapat bahawa, dengan mengikuti qaul muktamad dalam Mazhab Syafii akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, maka Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad dalam Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

3) Jika mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad dalam empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.

5. Dalam Undang-undang Negeri Selangor pula, ayatnya hampir sama, cuma menggunakan perkataan “Jawatankuasa Fatwa” bagi menggantikan perkataan “Mufti.”

6. Baik, setelah kita faham undang-undang, barulah kita boleh ulas isu. Beberapa pihak tidak bersetuju dengan fatwa mahupun tindakan Mufti Wilayah dalam beberapa perkara kerana ia tidak menepati Akta 505: Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WP 1993 dan Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Contohnya:

i) Isu penggunana inhaler - mufti kata tak batal tapi qaul muktamad mazhab kata batal.
ii) Mensyirikkan istighasah - ini persoalan ikhtilafiah yang ulama dah bahas. Ada ulama yang mengharuskannya.
iii) Isu bom serangan berani mati - mufti kata harus.
iv) Merujuk tokoh-tokoh Wahabi dan al-Qaeda dalam mengeluarkan pendapat sedangkan JAKIM telah memfatwakan bahasa IS, Salafi Jihadi sebagai terpesong.

7. Selain itu, dikhuatiri fatwa-fatwa yang diwartakan oleh “mufti” sebenarnya disediakan oleh staf pejabat yang cenderung kepada fahaman Wahabi (contohnya Fahmi Rusli). Ini dapat dilihat daripada fatwa-fatwa mutaakhir yang banyak cenderung kepada fahaman “ghair muqallid” dan memetik tokoh-tokoh Wahabi seperti Soleh Uthaimin dan Ben Baz. Apa tujuan petik nama mereka ini? Adakah mereka mujtahid dalam mazhab yang empat?

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

http://jomfaham.blogspot.com/2017/06/waktu-imsak-yang-digugat.html

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Photo from Meraih Redha

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Maksudnya: “Wahai Tuhanku. Usahaku untuk mendapatkan syurga sangat perlahan sedangkan lariku dari neraka juga sangat lemah.” [Hilyah Al-Auliya pada Mu’az bin Jabal r.a.]

Saidina Abu Musa Al-Asy’ari r.a. menyebut tentang pentingnya menzahirkan rasa takut dan gerun di hadapan Allah s.w.t. terutamanya terhadap neraka yang dijanjikan oleh-Nya bagi para penderhaka. Beliau menyebut


يا أيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا ، فإن أهل النار يبكون الدموع حتى تنقطع ، ثم يبكون الدماء حتى لو أرسلت فيها السفن لجرت

Maksudnya: “Wahai manusia. Menangislah kamu. Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk menangis. Sesungguhnya, ahli neraka itu akan menangis dengan air mata sehinggalah terputus air mata (kering air mata). Kemudian mereka akan menangis dengan mengalir darah sehinggalah jika dilepaskan kapal pada himpunan tangisan mereka, nescaya kapal pun boleh berlayar padanya.” [Hilyah Al-Auliya’]

Seseorang minta syurga dan minta berlindung daripada neraka adalah ibadah, tetapi niat seseorang beribadah adalah kerana Allah s.w.t.. Minta syurga adalah ibadah, yang mana juga dilakukan kerana ingin berinteraksi dan berhubungan dengan Allah s.w.t. dalam hubungan kehambaan. Takut kepada neraka juga adalah sebahagian daripada takut kepada Allah s.w.t. tetapi jika tujuan ibadah lebih daripada sekadar takut neraka, iaitulah takut kepada tidak diterima oleh Allah s.w.t., atau melakukan sesuatu kerana mengharapkan penerimaan dan redha Allah s.w.t., maka sudah tentulah niat itu lebih tinggi berbanding sekadar melakukan sesuatu kerana takutkan neraka atau inginkan syurga.

Wallahu a’lam..

Source:
https://www.facebook.com/notes/raja-ahmad-mukhlis/ungkapan-adab-saya-tidak-layak-masuk-syurga/287803991246786

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Lihat betapa tingginya adab Saidina Umar r.a.. Dengan banyak kemungkinan lain, di mana ramai lagi orang-orang kafir dan mati kafir pada zaman beliau seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, namun di sisi beliau, jika ada seorang sahaja yang tidak masuk syurga, dia takut seorang itu adalah beliau, sedangkan Abu Jahal dan Abu Lahab lebih layak untuk tidak masuk syurga berbanding beliau kerana kekufuran mereka. Begitu jugalah dalam masalah masuk neraka. Betapa tinggi adab para sahabat r.a. terutamanya mereka yang telah dijamin sebagai ahli syurga, namun masih menyatakan ketakutan terhadap neraka dan ketidak-layakan mereka untuk memasuki syurga.

Tidak cukup lagi. Kita boleh lihat pula bagaimana adab Saidina Uthman r.a. di hadapan Allah s.w.t. terutamanya dalam masalah syurga dan neraka. Beliau juga merupakan salah seorang daripada para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga. Bahkan, beliau termasuk dalam empat khulafa’ rasyidin yang agung.

Saidina Uthman r.a. pernah berkata:

لو أني بين الجنة والنار ولا أدري إلى أيتهما يؤمر بي لاخترت أن أكون رمادا قبل أن أعلم إلى أيتهما أصير

Maksudnya: “Kalaulah aku berada di antara syurga dengan neraka, sedang aku masih tidak tahu aku akan disuruh untuk memasuki yang mana satu, nescaya aku akan memilih untuk menjadi tanah sebelum mengetahui ke mana satu hala tuju aku. [Hilyah Al-Auliya’ dalam manaqib Saidina Uthman r.a.]

Ini adalah Saidina Uthman r.a., sebagaimana kedua-dua sahabat agung yang telah disebutkan sebelum ini. Adakah mereka tidak yakin dengan janji Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka sehingga tidak merasa layak untuk masuk syurga? Demi Allah, ia adalah keadaan adab mereka yang tinggi di hadapan Allah s.w.t., yang gagal difahami oleh mereka yang tidak dikurniakan kemanisan hubungan dengan Allah s.w.t..

Para sahabat r.a. yang agung semuanya fokus kepada hubungan mereka kepada Allah s.w.t., bukan kepada syurga mahupun neraka tersebut. Oleh sebab itulah, walaupun mereka diberi jaminan sebagai ahli syurga dan telah terjamin selamat daripada neraka, namun mereka tetap melahirkan adab yang sangat tinggi di hadapan Allah s.w.t. dengan tidak melihat kelebihan itu sebagai kelayakan untuk diri mereka. Ini kerana, mereka mengutamakan hubungan mereka dengan Allah s.w.t. berbanding syurga dan neraka itu sendiri.

Kita lihat, bagaimana Saidina Ali r.a. sendiri menyebut tentang keutamaan di sisi beliau (sebagaimana para sahabat r.a. yang lain) adalah dalam hubungan mengenal dan berinteraksi dengan Allah s.w.t. berbanding syurga itu sendiri. Beliau menyebut:

ما يسرني لو مت طفلا وأدخلت الجنة ولم أكبر فأعرف ربي عز وجل

Maksudnya: “Tiadalah menggembirakan aku jika mati sebagai anak kecil lalu masuk syurga sedang aku tidak dewasa lalu mengenal Allah s.w.t..” [Hilyah Al-Auliya’]

Ini menunjukkan betapa jiwa para sahabat r.a. tidak tertakluk baik kepada syurga mahupun kepada neraka. Maka, mereka akan beradab di hadapan Allah s.w.t. lalu menafikan kelayakan diri mereka untuk mendapatkan syurga kerana mereka tahu, kemuliaan hamba adalah pada kehinaan diri dalam kehambaan di hadapan-Nya.

Jadi, dua asas dalam pendirian para ulama’ sufi secara umum dan dalam qasidah ini secara khusus iaitu tidak melihat kelayakan diri terhadap syurga dan mengutamakan Allah s.w.t. berbanding selain Allah s.w.t., kedua-duanya adalah daripada asas ajaran murni kerohanian Islam sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat r.a.. Sangat malang bagi mereka yang tidak membaca sirah dan riwayat hidup para as-salaf as-sholeh dengan baik lalu membuat tohmahan sewenang-wenangnya terhadap ajaran tasawwuf Islam yang murni. Qasidah ini, walaupun tidak jelas dinisbahkan kepada siapa, namun mempunyai makna yang sangat baik dan tidak wajar dianggap sesat sebagaimana dilakukan oleh segelintir manusia.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

“Seri Paduka bertitah adalah lebih molek dan afdal kiranya ayat-ayat al-Quran dapat dibacakan sendiri oleh AJK masjid. Saya terdiam seketika mendengar cadangan tersebut dan terdetik dalam hati betapa Seri Paduka amat menitikberatkan hal berkaitan agama,” katanya.

sumber: http://upknkelantan.com/titah-pembesar-suara-masjid-disambung-ke-istana-telipot

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=9mKhfAliSE8

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ensiklopedia Fiqh Kuwayt:

Keharusan Bertawassul dan Beristighathah dengan Rasulullah SAW , Para Nabi AS Dan Orang-orang Soleh Semasa Hidup atau Selepas Kewafatan Mereka Di Sisi Jumhur Ulama’

Maka ambillah sikap berhati-hati dengan golongan yang menuduh pandangan majoriti ulama’ ini sebagai amalan syirik.

Source:
https://www.facebook.com/penuntutilmushariah/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imbas kembali :

Maulana Fakhrurazi dan Ustaz Zamihan ke rumah Kassim Ahmad yang berfahaman hadis nabi perlu dikaji semula mengikut logik akalnya:

tonton 👉🏼 https://www.youtube.com/watch?v=9iSEKngy7q8

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ISLAH DALAMAN

Usaha untuk mengangkat Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak hanya terbatas kepada menjawab tuduhan Syiah atau Wahabi sahaja. 'Islah dalaman' juga perlu dibuat. Dalam ASWJ pun ada macam-macam jenis manusia. Ada yang jenis taksub kepada tempat pengajiannya, ada yang fanatik kepada parti politiknya, ada juga yang rasa bila dah jadi 'pejuang ASWJ' maka dirinya dah jadi kebal (langsung tidak boleh dikritik). Ini semua penyakit. Ini semua perlukan 'islah dalaman'.

'Islah dalaman' yang saya maksudkan ialah usaha meluruskan rakan-rakan kita yang turut sama memperjuangkan ASWJ. Ini sangat penting kerana ramai yang rasa bahawa usaha mempertahankan ASWJ hanya terbatas kepada menjawab tuduhan Syiah atau Wahabi sahaja. Walhal sesama kita pun perlu kepada islah dan teguran yang membina.

Yang mengkritik pun janganlah tajam sangat. Kalau cukup dengan membuat teguran umum, maka memadailah dengannya. Kalau rasa perlu lebih tajam lagi, maka silakan. Yang penting, kena hadkan ketajaman kritikan tersebut mengikut kadar keperluannya. Hati-hati, ketajaman kritikan yang melebihi had keperluan tidak lain dan tidak bukan ianya adalah disebabkan hawa nafsu.

Yang dikritik pula, tengoklah dahulu kritikan tu. Kalau benar, maka ambillah. Anggaplah rakan se-ASWJ yang kritik kita tu mungkin benar-benar ikhlas. Anggaplah kritikan dari rakan se-ASWJ tu tanda keprihatinannya kepada kita.

Kita semua adik beradik dari aliran yang sama. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga.

((إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ))

Sumber dari facebook Ustaz Abdul Rahman
https://www.facebook.com/abdulrahman.zaujah

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

-baik doa adalah ucapan Al-Hamdi li-Llah". (Hadits riwayat: At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Sabda Rosululloh SAW.
Artinya“ Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, dari Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Ada dua kalimat yang ringan di lidah, berat dalam timbangan kebaikan dan disukai oleh Allah Yang Maha Rahman, yaitu Subhaana-Llahi wa bihamdihi, Subhaana-Llahi Al-'Adzim".( Hadits riwayat: Al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah).
Sabda Rosululloh.
Artinya“ Dari Abu Dzar radliallahu 'anhu, dari Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam, sesungguhnya beliau bersabda: "Bahwasanya pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan tahlil itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, dan amar makruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari sholat Dluha.” (Hadits riwayat: Muslim).


Sumber : http://www.muslimoderat.net/2017/04/meluruskan-fatwa-zakir-naik-yang-menyalahkan-tahlilan-dan-yasinan.html#ixzz4df4vxJZR

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

رواه أحمد و مسلم و الترمذي و النسائي

“ Dari Abu Sa'id al-Khudriy radliallahu 'anhu, Mu'awiyah berkata: Sesungguhnya Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam pernah keluar menuju halaqah (perkumpulan) para sahabatnya, beliau bertanya: "Kenapa kalian duduk di sini?". Mereka menjawab: "Kami duduk untuk berdzikir kepada Allah dan memujiNya sebagaimana Islam mengajarkan kami, dan atas anugerah Allah dengan Islam untuk kami". Nabi bertanya kemudian: "Demi Allah, kalian tidak duduk kecuali hanya untuk ini?". Jawab mereka: "Demi Allah, kami tidak duduk kecuali hanya untuk ini". Nabi bersabda: "Sesungguhnya aku tidak mempunyai prasangka buruk terhadap kalian, tetapi malaikat Jibril datang kepadaku dan memberi kabar bahwasanya Allah 'Azza wa Jalla membanggakan tindakan kalian kepada para malaikat". (Hadits riwayat: Ahmad, Muslim, At-Tirmidziy dan An-Nasaiy).

Jika kita perhatikan hadits ini, dzikir bersama yang dilakukan para sahabat tidak hanya sekedar direstui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi Nabi juga memujinya, karena pada saat yang sama Malaikat Jibril memberi kabar bahwa Allah 'Azza wa Jalla membanggakan kreatifitas dzikir bersama yang dilakukan para sahabat ini kepada para malaikat.

Sekarang marilah kita perhatikan hadits berikut ini

عَنِ الْأَغَرِّ أَبِي مُسْلِمٍ أَنَّهُ قَالَ أَشْهَدُ عَلَى أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُمَا شَهِدَا عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ. رواه مسلم

;
"Dari Al-Agharr Abu Muslim, sesungguhnya ia berkata: Aku bersaksi bahwasanya Abu Hurairah dan Abu Said Al-Khudzriy bersaksi, bahwa sesungguhnya Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Tidak duduk suatu kaum dengan berdzikir bersama-sama kepada Allah 'Azza wa Jalla, kecuali para malaikat mengerumuni mereka, rahmat Allah mengalir memenuhi mereka, ketenteraman diturunkan kepada mereka, dan Allah menyebut mereka dalam golongan orang yang ada disisiNya". (Hadits riwayat Muslim)
dan masih banyak lagi hadts hadits shohih yang menjelaskan tentang ke utamaan dzikir berjama’ah.

3. DASAR - DASAR BACAAN YANG ADA DALAM ACARA YASINAN DAN TAHLILAN

Seluruh bacaan dan dzikir yang kita baca dalam yasinan dan tahlilan semua mengandung ke utamaan – ke utamaan,dan Rosululloh SAW sendiri menyuruh kita untuk membacanya.

Bacaan-bacaan yang selalu dibaca dalam acara tahlilan yaitu:

1. Membaca Surat Al-Fatihah.

Dalil mengenai keutaman Surat Al Fatihah:

Sabda Rosululloh SAW.
Artinya: "Dari Abu Said Al-Mu'alla radliallahu 'anhu, ia berkata: Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda kepadaku: "Maukah aku ajarkan kepadamu surat yang paling agung dalam Al-Qur'an, sebelum engkau keluar dari masjid?". Maka Rasulullah memegang tanganku. Dan ketika kami hendak keluar, aku bertanya: "Wahai Rasulullah! Engkau berkata bahwa engkau akan mengajarkanku surat yang paling agung dalam Al-Qur'an". Beliau menjawab: "Al-Hamdu Lillahi Rabbil-Alamiin (Surat Al-Fatihah), ia adalah tujuh surat yang diulang-ulang (dibaca pada setiap sholat), ia adalah Al-Qur'an yang agung yang diberikan kepadaku".
(Hadits riwayat: Al-Bukhari).

2. Membaca Surat Yasin.

Dalil mengenai keutamaan Surat Yasin.
Sabda Rosuululloh SAW
“Artinya”Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu., ia berkata: "Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Yasin di malam hari, maka paginya ia mendapat pengampunan, dan barangsiapa membaca surat Hamim yang didalamnya diterangkan masalah Ad-Dukhaan (Surat Ad-Dukhaan), maka paginya ia mendapat mengampunan". (Hadits riwayat: Abu Ya'la). Sanadnya baik. (Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam tafsir Surat Yaasiin)

Rosululloh SAW juga bersabda,
Artinya“ Dari Ma'qil bin Yasaar radliallahu 'anhu, ia berkata: Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam bersabda: "Bacalah Surat Yaasiin atas orang mati kalian" (Hadits riwayat: Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Sabda Rosululloh SAW,
Artinya“ Dari Ma'qil bin Yas

Читать полностью…
Подписаться на канал