penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

DEVINISI BID’AH
Imam Syafi’i rahimahullah,seorang ‘ulama besar pendiri madzhab syaafi’iyyah,mendefinisikan, bid’ah sbb,
ما أحدث يخالف كتابا أو سنة اأو أثرا أو اجماعا, فهذه البدعة الضلالة. وما أحدث من الخير, لا خلاف فيه لواحد من هذه الأصول, فهذه محدثة غير مذمومة.
“ Bid’ah adalah apa-apa yang diadakan yang menyelisihi kitab Allah dan sunah-NYA, atsar, atau ijma’ maka inilah bid’ah yang sesat. Adapun perkara baik yang diadakan, yang tidak menyelisihi salah satu pun prinsip-prinsip ini maka tidaklah termasuk perkara baru yang tercela.”



Imam Ibnu Rojab rahimahullah dalam kitabnya yang berjudul “ Jami’ul Ulum wal Hikam “ mengatakan bahwa bid’ah adalah,
ما أُحْدِثَ ممَّا لا أصل له في الشريعة يدلُّ عليه ، فأمَّا ما كان له أصلٌ مِنَ الشَّرع يدلُّ عليه ، فليس ببدعةٍ شرعاً ، وإنْ كان بدعةً لغةً ،

“ Bid’ah adalah apa saja yang dibuat tanpa landasan syari’at. Jika punya landasan hukum dalam syari’at, maka bukan bid’ah secara syari’at, walaupun termasuk bid’ah dalam tinjauan bahasa.”

Dalam definisi bid’ah yang dikemukakan oleh para ulama’ di atas, bukankah bisa difahami bahwa perkara baru atau perkara yang tidak ada contohnya dari Rasulullah SAW itu dibagi dua yaitu perkara baru yang sama sekali tidak ada dasarnya dalam syare’at dan perkara baru yang ada dasarnya dalam syare’at. Ibnu Rojab menegaskan bahwa perkara baru yang ada dasarnya dalam syare’at, itu tidak bisa dikatakan bid’ah secara syare’at walaupun sebenarnya ia termasuk bid’ah secara bahasa, dan jika suatu amalan dianggap bid’ah secara bahasa,tapi tidak secara syare’at,maka amalan tersebut boleh dilakukan,selagi tidak ada nash yang nyata nyata melarangnya.

Setelah kita tahu devinisi bid’ah menurut para ‘ulama,sekarang mari kita lihat devinisi tahlilan dan yasinan.

DEFINISI TAHLILAN DAN YASINAN
Kata Tahlilan berasal dari bahasa Arab tahliil (تَهْلِيْلٌ) dari akar kata:
هَلَّلَ – يُهَلِّلُ – تَهْلِيْلا
yang berarti mengucapkan kalimat: لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ . Kata tahlil dengan pengertian ini telah muncul dan ada di masa Rasulullah shalla Allahu alaihi wa sallam, sebagaimana dalam sabda beliau:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى .رواه مسلم
“ Dari Abu Dzar radliallahu 'anhu, dari Nabi shalla Allahu alaihi wa sallam, sesungguhnya beliau bersabda: "Bahwasanya pada setiap tulang sendi kalian ada sedekah. Setiap bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap bacaan tahmid itu adalah sedekah, setiap bacaan TAHLIL itu adalah sedekah, setiap bacaan takbir itu adalah sedekah, dan amar ma’ruf nahi munkar itu adalah sedekah, dan mencukupi semua itu dua rakaat yang dilakukan seseorang dari sholat Dluha.” (Hadits riwayat: Muslim).

sedangkan yasinan adalah acara membaca surat yasin yang biasanya juga dirangkai dengan tahlilan. Di kalangan masyarakat Indonesia istilah tahlilan dan yasinan populer digunakan untuk menyebut sebuah acara dzikir bersama, doa bersama, atau majlis dzikir. Singkatnya, acara tahlilan, dzikir bersama, majlis dzikir, atau doa bersama adalah ungkapan yang berbeda untuk menyebut suatu kegiatan yang sama, yaitu: kegiatan individual atau berkelompok untuk berdzikir kepada Allah SWT, Pada hakikatnya tahlilan/yasinan adalah bagian dari dzikir kepada Allah SWT


2. Dalil-dalil tentang dzikir bersama

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ مُعَاوِيَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَى حَلْقَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ فَقَالَ: مَا أَجْلَسَكُمْ ؟. قَالُوا: جَلَسْنَا نَذْكُرُ اللَّهَ وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا هَدَانَا لِلْإِسْلَامِ وَمَنَّ بِهِ عَلَيْنَا. قَالَ: آللَّهِ مَا أَجْلَسَكُمْ إِلَّا ذَاكَ؟ قَالُوا: وَاللَّهِ مَا أَجْلَسَنَا إِلَّا ذَاكَ. قَالَ أَمَا إِنِّي لَمْ أَسْتَحْلِفْكُمْ تُهْمَةً لَكُمْ وَلَكِنَّهُ أَتَانِي جِبْرِيلُ فَأَخْبَرَنِي أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُبَاهِي بِكُمُ الْمَلَائِكَةَ .

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Asslm....sidi....apa hukum org yg berjalan kutip duit guna uncang pd hari jumaat....ketika itu khatib sedang berkhutbah

Jawapan kami;

Mengutip dan memberi derma semasa khatib sedang berkhutbah hukumnya adalah MAKRUH kerana ia termasuk dalam perkara yang lagha dan boleh mengganggu tumpuan jemaah untuk mendengar khutbah. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel berikut;
http://tolibilmi.blogspot.my/2017/02/hukum-mengutip-derma-semasa-khutbah.html?m=1
اليسع
Wallahu a'lam.

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
/channel/Q_A_Us_Alyasak_channel

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MATAN AQIDAH YANG MASYHUR

1) Ummu Al-Barahin
Sebuah matan aqidah yang menjadi tonggak utama kepada kitab pondok seperti kitab Aqidatun Najin

2) Al-Aqidah Al-Thahawiyyah
Matan aqidah paling tersohor di dunia yang mengandungi prinsip aqidah Salafussoleh.

3) A-Aqidah Al-Mursyidah
"Ini adalah pengakhiran (kitab) bagi akidah ini (ASWJ) dan ia tidak dimungkiri oleh seorangpun dari kalangan Sunni" (Imam Tajuddin As-Subki)

= = = = = = =
KELEBIHAN?

√ Kedua-dua kitab diterjemah ke dalam Bahasa Melayu bertulisan rumi.

√ Disyarah dan disusun untuk mudah difahami, namun sebaik-baiknya dipelajari berguru.

√ Dimuatkan hujjah-hujjah Ahli Sunnah Wal Jamaah untuk menolak syubhat Wahhabi.

√ Tulisan arab berbaris.

Pembelian dengan kuantiti yang banyak dapat diskaun 50%
= = = = = = =
SIAPA BOLEH BELI?

* Mana-mana pusat pengajian yang mahu jadikan sebagai silibus.

* Mana-mana pengajur program daurah seluruh Malaysia.

* Ustaz-ustaz yang menggunakan kitab ini untuk mengajar.

* Mahasiswa IPT yang mahu jadikan rujukan.

* Pencinta ilmu kitab turath.

* dan seluruh rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan nusantara keseluruhannya.
= = = = = = =
BERMINAT?

Sila PM saya
@
Whatsapp ke 014-5317300 =)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Channel Telegram Yang Sangat Bermanfaat !

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
/channel/Q_A_Us_Alyasak_channel

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/zNeEMh5o7vs

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Iblis Melalaikan Manusia Daripada Memperbanyakkan Bacaan Surah al-Fatihah 2

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

i dan Tok Lebai’ oleh al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dan ‘Wirid2 Lepas Sembahyang Dengan Doanya’ oleh al-‘Allamah al-Kabir Syeikh Hj. Zakaria Ahmad Wan Besar. Semoga Allah merahmati dan melimpahkan kepada alim ulama kita dengan ganjaran yg besar. Amin.

Wallahu a‘lam.

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ulasan Isu “HADIS PALSU KEBAIKAN BACA AL-FATIHAH SELEPAS SOLAT: Teladan Kisah Dari Imam Ibn al-Jauzi Rahimahullah”

Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

1. Pertamanya, di dalam bidang hadis, kedudukan dua tokoh terkenal iaitu Imam al-Hakim yang bersikap tasahul (longgar) dan al-Hafiz Ibn al-Jauzi yang bersikap tasyaddud (keras) sudah menjadi satu realiti umum yang sedia dimaklumi. Maka, mana-mana hukum hadis daripada mereka tidak akan dinukilkan secara bersendirian tanpa disertai dengan persetujuan mana-mana ulama hadis yang lain. Ini bagi mengelakkan kesalahan dalam memutuskan hukum sesuatu hadis.

2. Dalam isu di atas, hukum hadis yang dipetik ternyata hanya daripada al-Hafiz Ibn al-Jauzi sahaja (merujuk kepada bahagian artikel yang dikerat dan diviralkan). Ia mungkin boleh dipertikaikan dan tidak dapat diterima sepenuhnya kerana beberapa faktor. Antaranya, al-Hafiz Ibn al-Jauzi hanya menukilkan kritikan (jarh) yang berat sahaja mengenai perawinya al-Harith bin ‘Umair, sedangkan ada pujian (ta‘dil) yang baik terhadapnya tidak dikemukakan oleh beliau. Ibn al-Jauzi menyebut:
هذا حديث موضوع، تفرد به الحارث بن عمير. قال أبو حاتم بن حبان: كان الحارث ممن يروى عن الاثبات الموضوعات. روى هذا الحديث ولا أصل له، وقال أبو بكر محمد بن إسحاق بن خزيمة: الحارث كذاب ولا أصل لهذا الحديث.
Sedangkan dengan merujuk kepada Tahzib al-Tahzib, didapati banyak penilaian terhadap beliau sebagai perawi thiqah oleh imam2 besar pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Malah, riwayat beliau terdapat dalam Sahih al-Bukhari secara ta‘liq, Sunan Abi Dawud, Sunan an-Nasa’i, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibn Majah. Antara yang menilai beliau sebagai thiqah:

قال أبو حاتم عن سليمان بن حرب: كان حماد بن زيد يقدم الحارث بن عمير ويثني عليه. زاد غيره: ونظر إليه فقال: هذا من ثقات أصحاب أيوب، وقال ابن معين وأبو حاتم والنسائي: ثقة، وقال أبو زرعة: ثقة رجل صالح. قلت: وقال البرقاني عن الدارقطني: ثقة، وكذا قال العجلي.

Maka, kedudukan perawi yang dipertikai seperti ini menyebabkan riwayatnya tidak boleh terus dianggap palsu atau terus dianggap sahih. Ia perlu kepada kajian secara observasi terhadap riwayat-riwayatnya.

Sekurang-kurangnya ia berada pada kedudukan daif. Dengan alasan ini, hukum palsu al-Hafiz Ibn al-Jauzi boleh dipertikaikan dan ditolak. Dalam kitab Taqrib al-Tahzib, Ibn Hajar merumuskan statusnya secara adil demikian: “Al-Harith bin ‘Umair... dinilai thiqah oleh jumhur ulama hadis. Namun, terdapat dalam hadis-hadisnya riwayat-riwayat yang munkar, maka beliau didaifkan dengan sebabnya oleh al-Azdi, Ibn Hibban dan selain mereka. Boleh jadi kerana hafalannya berubah di akhir hidupnya.”

3. Imam as-Suyuti antara yang tidak bersetuju dengan hukum palsu Ibn al-Jauzi, katanya (dalam Jami' al-Ahadith):

"حب" [ابن حبان] في الضعفاء وابن السني في عمل يوم وليلة وأبو منصور السحابي في الأربعين وأورده ابن الجوزي في الموضوعات وقال: تفرد به الحارث ابن عمير وكان يروي الموضوعات عن الأثبات، وسئل الحافظ أبو الفضل العراقي عن هذا الحديث؟ فقال رجال إسناده وثقهم المتقدمون، وتكلم في بعضهم المتأخرون، وليس فيه محل نظر إلا محمد بن زنبور المكي والحارث بن عمير، وكل منهما وثقه جماعة من الأئمة وضعف الأول ابن خزيمة، والثاني "حب ك" [ابن حبان والحاكم]، وأورده الحافظ ابن حجر في أماليه، وقال: الحارث لم نر للمتقدمين فيه طعنا بل أثنى عليه حماد بن زيد وهو أكبر منه، ووثقه النقاد ابن معين، وأبو حاتم والنسائي وأخرج له "خ حب" [البخاري وابن حبان] تعليقا وأصحاب السنن، وذكره "حب" [ابن حبان] في الضعفاء فأفرط في توهينه، أما من فوقه فلا يسأل عن حالهم لجلالتهم، قال: وقد أفرط ابن الجوزي فذكر هذا الحديث في الموضوعات، ولعله استعظم ما فيه من الثواب وإلا فحال رواته كما ترى انتهى. [كنز العمال: 5056]

Terjmahan: “(Riwayat) Ibn Hibban dalam al-Dhu‘afa', Ibn Sunni dalam ‘Amal Yaum wa Lailah dan Abu Mansur al-Sahabi dalam al-Arba‘in. Ibn al-Jauzi memuatkannya dalam kitab al-Maudhu‘at dan katanya: Diriwayatkan secara bersendirian oleh al-Harith bin ‘Umair, yang meriwayatkan hadis-hadis palsu daripada perawi2-perawi thabit (thiqah). Al-Hafiz Abu al-Fadhl al-‘Iraqi pernah ditanya tentang hadis ini, maka jawab beliau: Semua perawi dalam sanadnya telah dinilai thiqah oleh ulama Mutaqaddimin (

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

u’ah. Akan tetapi al-Hafizh az-Zabidi dalam Ittihaf as-Sadah al-Muttaqin (III/373), setelah menyampaikan pendapat dua hafizh tersebut, berkata:

الحُكْمُ عَلَى هَذَا الحَدِيْثِ بِالوَضْعِ لَيْسَ بِسَدِيْدٍ وَغَايَةُ مَا يُقَالُ اِنَّهُ ضَعِيْفٌ

“Menghukumi hadits ini dengan palsu tidaklah benar. Paling maksimum yang dapat dikatakan adalah haditsnya dhaif”

14. ARG Johor menyarankan agar pembaca berulang kali membaca point nombor 5 hingga 11 dan selepas itu fikirkan secara jujur apakah patut isu seperti ini dilemparkan ditengah masyarakat awam oleh sekelompok wahhabi?

15. Akan tetapi, segelintir wahhabi sangat beradab apabila berhadapan dengan tokoh-tokoh ulama rujukan mereka contohnya seperti Ibn Qoyyim. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya, Ighatsah al-Lahfan, selain memasukkan hadits-hadits dhaif, juga memasukkan hadits palsu. Minimum ada dua hadits palsu yang dimasukkan, sebagaimana yang ditahqiq oleh Muhammad Afifi. Lihat Ighatsah al-Lughfan cetakan al-Maktab al-Islami pada halaman 377 dan 400

16. Begitu juga dengan karya beliau yang lain seperti Ar-Ruh. Namun ia tidak diserang sebagaimana mereka menyerang kitab Ihya', Ibnu Utsaimin mengatakan :

الكتاب فيه مباحث قيمة وجيدة، ومن قرأها عرف أنها من كلام ابن القيم رحمه الله. وفيه هذه القصص التي ذكرها من المنامات عن بعض الأموات فالله أعلم بصحتها، لكن كأنه رحمه الله تهاون في نقلها؛ لأنها ترقق القلب وتوجب للإنسان أن يخاف من عذاب القبر وأن يرغب في نعيم القبر فالقص حسن والله أعلم بصحتها

“Kitab tersebut (ar-Ruh) terdapat banyak perbahasan yang berharga dan bagus. Barangsiapa yang membacanya, maka ia akan mengetahui bahawa itu termasuk ucapan Ibnul Qayyim rahimahullah. Dan di dalamnya terdapat kisah-kisah yang telah disebutkannya dari mimpi-mimpi dari sebahagian orang mati, maka Allah lebih tahu dengan kebenaran (kisah-kisah) tersebut. Akan tetapi seolah-olah beliau (Ibnul Qayyim) bermudah-mudah dalam menaqalnya, kerana dapat melembutkan hati dan mewajibkan manusia untuk takut dari siksa kubur serta termotivasi dengan kenikmatan dalam kubur, maka kisah itu adalah baik, dan Allah maha Tahu dengan kebenarannya “

17. Semoga artikel ringkas ini dapat memberi pencerahan kepada pengikut-pengikut ahli sunnah wal jamaah agar lebih berhati-hati di masa hadapan.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

[Hujjatul Islam Imam Ghazali Dan Ilmu Hadith]

1. ARG Johor kesal dengan sebahagian sikap para pelajar hadith terutama dari kelompok wahhabi yang terus menerus menimbulkan polemik hadith palsu dalam ihya' dan lain-lain kitab ulama dengan cara yang tidak ilmiah (pukul rata) dan menimbulkan fitnah besar dikalangan masyarakat awam.

2. Sedikit tentang Imam Ghazali, Al-Hafizh adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala’ (XIX/322) berkata:

الغَزَالِي الشَّيْخ الاِمَام البَحْر، حُجَّةُ الاِسْلاَم، أُعْجُوْبَة الزَّمَان، زَيْنُ الدِّيْن أبُو حَامِد صَاحِبُ التَّصَانِيْف، وَالذَّكَاء المُفْرِط

“Al-Ghazali adalah syaikh (mulia), panutan, ilmunya bak lautan, hujjatul Islam, seseorang yang mengagumkan zaman, hiasan agama, Abu Hamid, pemilik banyak karya cipta dan kecerdasan yang luar biasa”

3. Al-Hafizh Abdul Ghafir, dikutip Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat asy-Syafi’iyyah (VI/204), berkata:

أبُو حَامِد الغَزَالي حُجَّة الإسْلامِ وَالمُسْلِمِيْن إمَامُ أَئِمَّةِ الدِّيْن مَنْ لَمْ تَرَ العُيُوْنُ مِثْلَهُ

“Abu Hamid al-Ghazali, hujjatul Islam dan muslimin, imam-nya para imam-imam agama, seseorang yang mata tidak pernah melihat orang semacam dia”

4. Al-Hafizh Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wan Nihayah (XII/214):

وَبَرِعَ فِيْ عُلُوْمٍ كَثِيْرَةٍ، وَلَهُ مُصَنَّفَاتٌ مُنْتَشِرَةٌ فِيْ فُنُونٍ مُتَعَدِّدَةٍ، فَكَانَ مِنْ أَذْكِيَاءِ العَالَمِ فِيْ كُلِّ مَا يَتَكَلَّمُ فِيْهِ

“Al-Ghazali unggul dalam banyak ilmu, dia mempunyai karya cipta yang tersebar dalam kajian fan (cabang) yang bermacam-macam, ia adalah termasuk orang cerdasnya alam ini dalam setiap yang ia katakan”

5. Berkenaan dengan karya "Magnum Opus" beliau iaitu Ihya' Ulumuddin yang ditohmah secara zalim oleh segelintir masyarakat hari ini sebenarnya sudah ratusan tahun dahulu dijawab oleh ulama-ulama hadith yang pakar, Dalam kitab Ta’rif al-Ahya’ bi Fadhail al-Ihya (hal. 32) dinaqal ucapan al-Hafizh al-Iraqi berikut:

اِنَّ اَكْثَرَ مَا ذَكَرَهُ الغَزَالِيّ لَيْسَ بِمَوْضُوْعٍ كَمَا بُرْهَنَ عَلَيْهِ فِيْ التَّخْرِيْجِ وَغَيْرُ الاَكْثَرِ وَهُوَ فِيْ غَايَةِ القِلَّةِ رَوَاهُ عَنْ غَيْرِهِ اَوْ تَبِعَ فِيْهِ غَيْرَهُ مُتَبَرِّئًا بِنَحْوِ صِيْغَةِ رُوِىَ عَنْهُ وَاَمَّا الاِعْتِرَاضُ عَلَيْهِ اَنَّ فِيْمَا ذَكَرَهُ الضَّعِيْفَ بِكَثْرَةٍ فَهُوَ اِعْتِرَاضٌ سَاقِطٌ لِمَا تَقَرَّرَ اَنَّهُ يُعْمَلُ بِهِ فِي الفَضَائِلِ وَكِتَابُهُ فِي الرَّقَائِقِ فَهُوَ مِنْ قَبِيْلِهَا

“Sesungguhnya kebanyakan yang disebutkan al-Ghazali bukanlah hadits palsu, sebagaimana yang ditunjukkan dalam takhrij-nya. Yang tidak banyak, dan itu sangat sedikit, diriwayatkan dari orang lain atau mengikuti orang lain dengan menggunakan shighat pembebasan diri “Diriwayatkan dari…”. Ada pun sanggahan bahawa Ihya’ di dalamnya banyak memuat hadits dha‘if adalah pernyataan yang gugur, kerana, hadits dha‘if pun dapat diamalkan dalam peringkat fadha’il. Dan kitab Ihya’ adalah dalam perbahasan raqaiq (tentang perbaikan jiwa) dan itu termasuk dari fadhilah amal”

6. Menurut sebahagian ulama, hadits dalam Ihya’ semuanya berjumlah 4848 hadits. Jumlah itu didasarkan atas hasil perhitungan Syaikh Mahmud Said Mamduh dalam kitabnya, Is’af al-Mulihhin bi Tartib Ahadits Ihya Ulumiddin. Dan perhitungan tersebut berdasar takhrijnya al-Hafizh al-Iraqi yang berjudul, al-Mughni an Haml al-Atsar. Padahal, dalam Ihya’ masih ada hadits yang yang tidak di takhrij oleh al-Iraqi. Dari itu datang al-Hafizh Ibnu Hajar yang menulis kitab khusus yang berisi takhrij hadits Ihya’ yang tidak ditakhrij oleh gurunya tersebut.

7. Menurut catatan Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat asy-Syafi’iyyah al-kubra, ada sekitar 943 hadits dalam Ihya’ yang dianggap olehnya tidak mempunyai sanad. Akan tetapi, jika kita menyemak dalam takhrij-nya al-Hafizh al-Iraqi, diantara hadits yang didakwa oleh Imam Tajuddin as-Subki tidak bersanad tersebut faktanya mempunyai sanad, meski hanya dhaif, bahkan ada yang sampai hasan atau shahih.

8. Oleh sebab itu, apabila kita lihat seseorang ulama besar mengkritik hujjatul Islam Imam Ghazali, haruslah kita sangat berhati-hati kerana boleh jadi ada ulama besar lain yang menjumpai sanad hadith yang dib

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

لميزان).

“Ahmad bin Ubaidillah Abu al-‘Izz bin Kadisy, mengaku memalsu hadits dan bertaubat.

Ibnu al-Najjar berkata: “Ia perawi yang membingungkan, pendusta, tidak dapat dijadikan hujjah, dan para imam membicarakannya.”

Abu Sa’ad bin al-Sam’ani berkata: “Ibnu Nashir berpendapat buruk tentang Ibnu Kadisy”.

Ibnu al-Anmathi berkata: “Ia perawi yang membingungkan”.

Ibnu Asakir berkata: “Abu al-‘Izz bin Kadiys berkata kepadaku, ia mendengar seseorang yang memalsu hadits tentang keutamaan Ali: “Aku juga memalsu hadits tentang keutamaan Abu Bakar. Demi Allah, apakah aku tidak berbuat baik”. (Al-Hafizh Ibn Hajar, Lisan al-Mizan (1/218).).

8. Paparan di atas menyimpulkan, bahawa kitab al-Ru’yah dan al-Shifat, yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni sangat meragukan, kerana riwayatnya melalui perawi yang memalsu hadits. Kerana itu sebahagian ulama menilai kitab tersebut palsu, bukan karya al-Daraquthni sendiri.

9. Masih banyak lagi kitab-kitab akidah yang dinisbatkan secara palsu kepada ulama-ulama ahli sunnah wal jamaah dan juga riwayat-riwayat palsu yang digunakan dalam kitab-kitab akidah wahhabi yang patut dibanteras kerana ia boleh menjejaskan akidah ahli sunnah wal jamaah.

10. Dengan ini ARG Johor menggesa pihak berkuasa untuk menumpukan kepada perkara pokok akidah, iaitu membanteras kitab-kitab akidah wahhabi yang secara dusta dinisbatkan kepada ulama ASWJ dan kitab-kitab akidah wahhabi yang menggunakan riwayat palsu berleluasa di media sosial.

11. Penulisan ini dibuat atas amanah yang diamanahkan oleh Kiyai Muhammad Idrus Ramli agar menyebarkan penulisan beliau atas platform ARG Johor.

Disediakan Oleh:

Unit Penyelidikan
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

[Bahaya Riwayat-Riwayat Palsu Dalam Kitab-Kitab Wahhabi Yang Boleh Menjejaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah]

1. ARG Johor dimaklumkan baru-baru ini timbul isu kononnya wujud banyak riwayat palsu dalam kitab-kitab pondok. Isu ini walaupun boleh diperbincangkan secara ilmiah dan beradab, namun ia bukanlah hingga ke tahap membahayakan akidah kerana apa yang lebih kita bimbangkan disini ialah penggunaan riwayat palsu dalam kitab-kitab agama yang disebarkan oleh kelompok wahhabi dari konteks perbahasan akidah.

2. Ini kerana riwayat palsu haram digunakan dalam perbahasan akidah , apatah lagi jika menggunakannya sebagai hujjah. Gejala menggunakan riwayat palsu dalam kitab-kitab akidah yang ditulis oleh wahhabi atau pro wahhabi boleh mengancam akidah masyarakat awam yang tidak mahu bertaklid kepada majoriti ulama ahli sunnah wal jamaah.

3.Di antara riwayat palsu yang disebarluaskan oleh ulama wahhabi adalah akidah yang dinisbatkan kepada al-Imam al-Syafi’i. Ketika jamaah haji pulang dari Tanah Suci, mereka diberi hadiah kitab Akidah Imam Empat, karya al-Khumayyis, terjemahan dari kitab I’tiqad al-Aimmah al-Arba’ah, oleh Ali Mustafa Ya’qub. Di dalamnya ada akidah yang dinisbatkan kepada Imam al-Syafi’i, bahwa beliau berkata:

“Berbicara tentang Sunnah yang menjadi pegangan saya, shahib-shahib saya, begitu pula para ahli hadits yang saya lihat dan saya ambil ilmu mereka, seperti Sufyan, Malik, dan lain-lain adalah iqrar seraya bersaksi bahwa tidak ada tuhan selain Allah, serta bersaksi bahwa Allah itu di atas ‘arsy di langit, dan dekat dengan mahkluk-Nya terserah kehendak Allah, dan Allah itu turun ke langit terdekat kapan Allah berkehendak.” (Al-Khumayyis, Akidah Imam Empat, hal. 68.).

Akidah al-Imam al-Syafi’i tersebut telah disebarluaskan oleh kaum Wahabi dan pendahulu-pendahulu mereka seperti Ibnu Taimiyah dalam al-Washiyyah al-Kubra, Ibnu al-Qayyim dalam Ijtima’ al-Juyusy al-Islamiyyah, al-Albani dalam Mukhtashar al-‘Uluw, dan al-Khumayyis dalam bukunya Akidah Imam Empat.

4. Para ulama ahli hadits telah menjelaskan bahawa akidah al-Imam al-Syafi’i yang disebarluaskan oleh kaum Wahabi adalah palsu.

Akidah tersebut diriwayatkan melalui perawi yang bermasalah, iaitu Abu al-Hasan al-Hakkari, seorang perawi yang tidak dapat dipercaya dan pemalsu hadits. Al-Dzahabi berkata:

وَقَالَ ابْنُ عَسَاكِرَ: لَمْ يَكُنْ مُوَثَّقًا فِيْ رِوَايَتِهِ.

“Ibnu Asakir berkata: “Al-Hakkari tidak dapat dipercaya dalam riwayatnya.” (Ibnu al-Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, juz 3, hal. 174; Al-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, juz 19 hal. 68, dan Mizan al-I’tidal, juz 3, hal. 112.)

Al-Hafizh Ibnu al-Najjar al-Baghdadi berkata:

وَكَانَ الْغَالِبُ عَلىَ حَدِيْثِهِ الْغَرَائِبَ وَالْمُنْكَرَاتِ وَلَمْ يَكُنْ حَدِيْثُهُ يُشْبِهُ حَدِيْثَ أَهْلِ الصِّدْقِ، وَفِيْ حَدِيْثِهِ مُتُوْنٌ مَوْضُوْعَةٌ مُرَكَّبَةٌ عَلىَ أَسَانِيْد َصَحِيْحَةٍ، وَرَأَيْتُ بِخَطِّ بَعْضِ أَصْحَابِ الْحَدِيْثِ أَنَّهُ كَانَ يَضَعُ الْحَدِيْثَ بِأَصْبِهَانَ، وَقَالَ أَبُوْ نَصْرٍ الْيُوْنَارْتِيُّ: لَمْ يَرْضَهُ الشَّيْخُ أَبُوْ بَكْرٍ بْنُ الْخَاضِبَةِ.

“Biasanya haditsnya al-Hakkari adalah hadits-hadits yang aneh dan munkar. Haditsnya tidak menyerupai haditsnya perawi yang jujur. Dalam haditsnya terdapat matan-matan palsu yang disusun pada sanad-sanad yang shahih. Aku melihat tulisan sebahagian ahli hadits, bahawa al-Hakkari telah memalsu hadits di Ashbihan. Abu Nashr al-Yunarti berkata: “Syaikh Abu Bakar bin al-Khadhibah tidak ridha terhadap al-Hakkari.” (Ibnu al-Najjar, Dzail Tarikh Baghdad, juz 3, hal. 173; dan Ibnu Hajar, Lisan al-Mizan, juz 4, hal. 196.)

Sumber lain yang menjadi perawi akidah al-Imam al-Syafi’i adalah Abu Thalib al-‘Asysyari, seorang perawi yang jujur tetapi lugu sehingga buku-bukunya mudah disispi riwayat-riwayat palsu oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Al-Dzahabi dan Ibnu Hajar berkata:

مُحَمَّدُ بْنِ عَلِيِّ بْنِ الْفَتْحِ أَبُوْ طَالِبٍ الْعَشَّارِيُّ شَيْخٌ صَدُوْقٌ مَعْرُوْفٌ لَكِنْ اَدْخَلُوْا عَلَيْهِ أَشْيَاءَ فَحَدَّثَ بِهَا بِسَلاَمَةِ بَاطِنٍ مِنْهَا حَدِيْثٌ مَوْضُوْعٌ فِيْ فَضْلِ لَيْلَةِ عَاشُوْرَاءَ وَمِنْهَا عَقِيْدَةٌ ل

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Mutawalli al-Sya'rawi berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Nuh mantan Mufti Jordan berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Muhammad al-Syarif berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ustaz Engku Ahmad Fadzil - Perlu Tak Bawa Imam Sendiri Bila Nak Ke Mekah

👉🏼 https://www.youtube.com/watch?v=VOXuPVIC3nc

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=c8eeHRAIaIc

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=1pH33wTkUQA

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

DAURAH KITAB BERSANAD
(Matan Al-Aqidah Al-Thohawiyyah)

Tarikh: 11&12 Mac 2017

Masa: 9 pagi - 5 ptg

Tempat: Aswaja Learning Center, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Yuran: RM50
(Makan minum disediakan)

*Kitab dijual berasingan*

Sila berdaftar untuk hadiri daurah.
Hubungi: 0145317300 (Ust Hafiz)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pengertian Bidaah

Tidak semua perkara yang tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad Saw adalah bid’ah

Ada tujuh dalil yang mampu memperbaiki cara pemahaman anda terhadap bid’ah

1. Nabi Muhammad Saw. bersabda: "Barang siapa yang melakukan sunnah hasanah dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya serta pahala orang-orang yang melakukannya juga, tanpa berkurang sedikit pun."

Erti sunnah hasanah adalah: melakukan perbuatan baik yang belum pernah dilakukan oleh siapapun sebelumnya.

2. Beberapa sahabat Nabi melakukan perbuatan yang belum pernah dilakukan oleh Nabi Saw., seperti:

Solat terawih berjamaah di masjid setiap malam bulan Ramadan. Rasulullah tidak melakukan solat terawih dengan cara seperti ini kecuali di beberapa malam Ramadan saja. Begitu juga Abu Bakar RA. tidak solat berjamaah di masjid, akan tetapi Umar bin Kattab RA. melakukannya, dan berkata: “ini adalah bid’ah yang baik.

3. Sayyidina Bilal RA. solat dua rakaat setiap kali selesai wudhu, padahal Nabi Saw. tidak pernah melakukannya, meskipun kemudian solat ini ditetapkan oleh Nabi.

Begitu juga ada seorang sahabat yang melantunkan pujian saat berdiri dari ruku’ (I’tidal) dengan bacaan yang tidak ia dengar dari Nabi Saw. sebelumnya. Namun kemudian Nabi memuji bacaan tahmid ini.

4. Hujjatul Islam al-Ghazali berkata: “Tidak semua yang baru merupakan perbuatan bid’ah yang terlarang, namun yang diharamkan adalah bid’ah yang berlawanan dengan sunnah yang telah ditetapkan, atau menyalahi perintah syariat Islam."

5. Imam al-Nawawi berkata: “Semua hal yang tiada di zaman Nabi Muhammad merupakan bid’ah, namun ada bid’ah yang baik, ada juga yang tidak baik.”

6. Al-Izz bin Abdussalam, sang pemimpin ulama berkata: “Bid’ah terbahagi menjadi 5: Bid’ah yang wajib, bid’ah yang haram, bid’ah yang dianjurkan, bid’ah yang makruh dan bid’ah yang mubah (harus).”

Cara untuk mengetahui jenis bid’ah adalah dengan cara membandingkan bid’ah dengan kaedah syariat: jika hal ini membawa kebaikan untuk manusia, dan tidak bertentangan dengan satupun dasar-dasar utama syariat Islam, maka hal ini merupakan bid’ah yang sunnah atau wajib.

7. Sementara bid’ah yang haram adalah segala perbuatan yang berlawanan dengan dasar-dasar utama syariat serta menyimpang daripada ajaran Nabi Muhammad dan bertentangan dengannya, seperti mengubah jumlah solat, jumlah rakaat solat, tempat ibadah haji atau sejenisnya.

Adapun hal yang masih dalam lingkup syariat dan kaedahnya, juga selaras dengan petunjuk Nabi dan tidak keluar dari jalan yang benar, maka hal ini bukan bid’ah yang haram atau perbuatan terlarang.

Semak penerangan Maulana Syeikh Ali Jum'ah dalam video di bawah ini...

Boleh di download via youtube: https://www.youtube.com/watch?v=SB6DXtdhOP4

Hujah Terbaik. Sebarkan

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Iblis Melalaikan Manusia Daripada Memperbanyakkan Bacaan Surah al-Fatihah 1

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

terdahulu) dan pada sesetengah mereka ada yg dikritik oleh ulama Muta’akhirin (terkemudian). Tiada padanya yang dikritik melainkan Muhammad bin Zanbur al-Makki dan al-Harith bin ‘Umair. Kedua-dua mereka telah dinilai thiqah oleh segolongan imam hadith. Namun, yang pertama (Muhammad bin Zanbur) dinilai oleh Ibn Khuzaimah sebagai dhaif, dan yang kedua (al-Harith bin ‘Umair) pula dinilai oleh Ibn Hibban sebagai dhaif. Hadis ini turut dimuatkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Amalinya, kata beliau: al-Harith, kami tidak nampak sebarang kritikan ulama Mutaqaddimin terhadapnya, bahkan beliau dipuji oleh Hammad bin Zaid, sedangkan beliau lebih tua daripadanya, serta diniliai thiqah oleh para pengkritik hadis seperti Ibn Ma‘in, Abu Hatim dan an-Nasa’i. Riwayat beliau dikeluarkan oleh al-Bukhari secara ta‘liq, Ibn Hibban dan pengarang2 kitab as-Sunan. Ibn Hibban merekodkannya dalam ad-Dhu‘afa’, namun beliau agak berlebihan dalam mendaifkannya.

Adapun perawi yang di atasnya, maka jangan ditanya tentang hal mereka kerana ketokohan besar mereka. Kata beliau lagi: Ibn al-Jauzi agak berlebihan hingga mencatatkan hadis ini di dalam kitab al-Maudhu‘at. Barangkali beliau berasa agak ganjil terhadap ganjaran pahala yang terdapat padanya, jika tidak, maka hal para perawinya adalah sebagaimana yang anda telah lihat. Sekian”.

4. Ternyata penilaian Ibn al-Jauzi terhadap al-Harith masih dipertikaikan. Dlm Tahzib al-Tahzib, al-Hafiz Ibn Hajar telah menolak punca kepalsuannya daripada al-Harith, katanya: “Apa yg jelas bagiku, bahawa kecacatan pada hadis ini adalah daripada perawi di bawah al-Harith.” Ya, kenyataan ini seolah-olah beliau menyokong penilaian Ibn al-Jauzi. Namun, ungkapannya dalam kitab Amali seperti yang dinukilkan oleh Imam as-Suyuti di atas menunjukkan jelas beliau tidak menilainya ssebagai palsu. Kenyataan Imam as-Suyuti turut disokong oleh al-Hafiz Ibn ‘Arraq dalam (تنزيه الشريعة المرفوعة). Bahkan, beliau menambah terdapat riwayat sokongan, katanya: “Ia turut datang daripada hadis Abu Ayyub RA, yang dikeluarkan oleh ad-Dailami dlm Musnad al-Firdaus. Saya katakan: Pada sanadnya daif. وَالله تَعَالَى أعلم”.

5. Jelasnya, hadis di atas tidak disepakati palsu, malah ia hanya berkaitan bab doa & zikir. Di dalam mazhab Syafii, bab doa, zikir dan yang seumpamanya mempunyai ruang yang cukup luas, tidak sepertimana bab-bab ibadah yang lain. Harus mengamalkan hadis daif di dalam bab ini selamamana tidak disepakati sebagai palsu. Sebagaimana yang dapat kita lihat praktiknya pada karya2 ulama besar Syafii seperti: kitab ‘Amal al-Yaum wal-Lailah oleh Imam Ibn as-Sunni, kitab ad-Da‘awat oleh Imam al-Baihaqi, Bidayah al-Hidayah oleh Imam al-Ghazali, al-Azkar oleh Imam an-Nawawi, al-Hisn al-Hasin oleh Imam al-Jazari, al-Qaul al-Badi‘ oleh al-Hafiz as-Sakhawi, ‘Amal al-Yaum wal-Lailah dan Da‘i al-Falah fi Azkar al-Masa’ wa as-Sobah oleh Imam as-Suyuti, dan lain-lain.

6. Iktikad al-Hafiz Ibn al-Jauzi terhadap hadis berkenaan sebagai palsu juga tidak semestinya dipaksakan kepada orang lain yang menganggap hadis tersebut sebagai daif sahaja yang harus diamalkan dalam bab fadha’il amal. Bahkan, jika beliau menganggap amalannya selama 30 tahun itu sia-sia, maka sia-sialah ia. Ini tidak sama dengan amalan orang yang terus mengharapkan ganjaran pahala dan kelebihannya daripada Allah Subahanahu wa Ta'ala , yang jika Dia izinkan, ia akan memperolehinya dengan kemurahan dan kelembutan-Nya.

7. Ramai ulama besar dan muktabar yang menganjurkan pengamalannya. Antara mereka ialah tokoh ulama besar Madinah di zamannya, imam ilmu naqli dan aqli, yang menguasai ilmu syariat dan hakikat, alim hadis dan sufi yang masyhur, al-Imam al-‘Allamah al-‘Arif al-Kabir Syeikh Ahmad al-Husaini al-Madani al-Qusyasyi (w. 1071H). Beliau telah menyebarkan pengamalannya sebagai bacaan wirid selepas solat yang terkenal sebagai ‘al-Awrad al-Qusyasyiyyah’. Amalan wirid tersebut sangat masyhur diamalkan di Nusantara sehingga orang lupa nama tokoh asal yg mengembangkannya. Wirid selepas solat ini juga dimuatkan dalam karya2 ulama Nusantara kita seperti dalam: ‘Senjata Tok Haj

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Syekh Amin al-Kurdi mengatakan:

"Ilmu tasawwuf adalah suatu ilmu yang dapat dikenal dengan sebabnya hal ehwal jiwa, yang terpuji mahupun yang tercela, cara menyucikannya daripada yang tercela, mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji dan cara berjalan dan menuju kepada Allah Taala dan menyegerakan kepada-Nya."(Tanwir al-Anwar).

Penjelasan Bid'ah : ASWJ (MSO)
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

awakan oleh Imam Ghazali.

9. Berikut adalah contoh bagaimana satu ulama besar yang sekelas Imam As-Subki juga tidak menjumpai sanad namun Ulama besar yang lain seperti al-Hafidz Al-Iraqi menjumpai sanad hadith yang dibawa oleh Imam Ghazali. Contoh Pertama:

Imam Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat menyebut hadits dibawah ini tanpa sanad:

مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ وَرَّثَهُ اللهُ عِلْمَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

“Barang siapa yang mahu mengamalkan ilmunya, maka Allah akan mewariskan ilmu yang ia tidak mempelajarinya (laduni)”

Tetapi al-Hafizh al-Iraqi menyebut hadits dhaif riwayat Abu Nu’aim:

أَبُو نُعَيْمٍ فِي الْحِلْيَةِ مِنْ حَدِيْثِ أَنَسٍ وَضَعَّفَهُ

“Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya dari hadits Anas dan ia mendhaifkannya”

Imam Tajuddin as-Subki memasukkan hadits berikut dalam kategori yang tidak bersanad:

حَدِيْثُ النَّهْيِ عَنِ المُغَالَاةِ فِيْ المَهْرِ

“(Termasuk hadits “La Ashla Lahu”) adalah hadits larangan berlebih-lebihan dalam mahar”

Tetapi al-Hafizh al-Iraqi dalam al-Mughni menilai:

حَدِيْثُ (النَّهْيِ عَنِ المُغَالَاةِ فِيْ المَهْرِ) ( 2 / 41 ) أَصْحَابُ السُّنَنِ الأَرْبَعَةِ مَوْقُوْفاً عَلىَ عُمَرَ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيّ

“Hadits larangan berlebih-lebihan dalam mahar (II/14) diriwayatkan oleh pemilik kitab sunan yang empat secara mauquf pada Umar. Dan Tirmidzi menshahihkannya”

10. Uniknya lagi, kemudian muncul al-Hafizh Imam Murtadha az-Zabidi dalam kitabnya, Nur al-Yaqin fi Takhrij Ahadits Ihya’ Ulumiddin yang meneliti ulang hadits-hadits Ihya’, dan hasilnya pun berbeza dengan al-Iraqi. Artinya, ada hadits yang dinilai lemah oleh al-Iraqi atau bahkan dinilai tidak mempunyai sanad secara marfu’ tetapi ternyata mempunyai sanad dan marfu’.

11. Berikut nukilan dari Dr. Hamzah an-Nasyrati dalam kitabnya yang berjudul Abu Hamid al-Ghazali Hujjatul Islam (hal. 164) tentang beberapa penelitian ulang az-Zabidi terhadap hadits Ihya’. Berikut antara contohnya:

Al-Hafizh al-Iraqi menilai hadits riwayat Abu Hurairah dibawah ini bersanad dhaif:

أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ القِيَامَةِ عَالِمٌ لَمْ يَنْفَعْهُ الله بِعِلْمِهِ

“Manusia yang paling pedih adzabnya adalah orang alim yang ilmunya tidak diberi manfaat oleh Allah” (HR. Thabarani dan Baihaqi)

Al-Iraqi dan juga ulama-ulama hadits banyak yang menilai hadits tersebut lemah. Tetapi al-Hafizh Murtadha az-Zabidi menilainya berbeza. Menurutnya, meskipun benar hadits tersebut dhaif tetapi mempunyai penguat. Kemudian az-Zabidi mengajukan riwayat lain dari Khathib al-Baghdadi dalam kitab Iqtidha’ al-Ilm wal Amal, bahawa ucapan seperti juga diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ dari jalur Abu Kabsyah as-Sululi yang mendengar dari Abu Darda’, juga riwayat dari jalur Ibrahim bin al-Asy’asy dari Sufyan.

12. Jika kita terjun ke perbahasan lebih dalam lagi, hadits tentang shalat Raghaib dan shalat Nishfu Sya’ban dalam Ihya’ yang haditsnya banyak dikritik ulama sebagai hadits palsu, ternyata tidak semua ulama menyepakati kepalsuannya.

Sayyid Alawi as-Saqqaf dalam Tarsyih al-Mustafidin (hal. 101) menukil ucapan al-Jarhazi berikut:

حَدِيْثُهُمَا لَهُ طُرُقٌ كَثِيْرَةٌ أَخْرَجَهُا البَيْهَقِيّ وَغَيْرُهُ وَمِنْ ثَمَّ قَالَ المُلاَّ عَلِيّ القَارِي اِنَّ حَدِيْثُهُمَا يُعْمَلُ بِهِ فِيْ الفَضَائِلِ وَالمُنْكِرُونَ لَهَا اِنَّمَا هُوَ لِمَا يَقْتَرِنُ بِهَا مِنَ المَفَاسِدِ لاَ لِذَاتِهَا

“Hadits tentang shalat alfiyah (nishfu Sya’ban) dan shalat raghaib mempunyai banyak jalur riwayat yang dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan yang lain. Oleh kerana itu, Mulla Ali boleh diamalkan dalam peringkat fadhail amal. Sedangkan ulama-ulama yang ingkar terhadap kedua shalat tersebut, sebenarnya bukan ingkar terhadap praktik shalatnya, tetapi kerana mafsadah yang dapat ditimbulkan oleh kedua shalat tersebut”.

13. Malah, jika pengkaji hadith mengkaji secara mendalam lagi tentang perbahasan-perbahasan ulama hadith tentang ihya' akan ada kenyataan tentang shalat sunat harian yang disampaikan al-Ghazali dalam Ihya’. Hadits tentang itu dinilai palsu oleh al-Hafizh Ibnul Jauzi dalam al-Maudhu’at dan disepakati oleh al-Hafizh as-Suyuthi dalam al-La’ali’ al-Mashn

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

[NILAI DIRI SENDIRI SEBELUM MENILAI HADITH]

1. ARG Johor melihat ‘trend’ zaman ini ramai pengkaji hadith yang merasa dirinya adalah pakar hadith yang mempunyai kredibiliti tinggi sehingga memiliki autoriti menilai hadith. Sekali mereka tidak menemukan hadith dalam kitab-kitab hadith, walaupun hanya bermodalkan program perisian “Maktabah Syamilah” atau google di internet mereka sudah berani menilai palsu sebuah hadith. Ini adalah sangat berbahaya kerana boleh menyesatkan umat.

2. Salah satu petanda hadith palsu adalah hadith tersebut tidak ditemukan dalam kitab-kitab hadith atau hafalan perawi hadith setelah adanya penelitian yang sangat mendalam dan sempurna. Dan pakar hadith yang patut menilai hadith palsu melalui syarat ini adalah ulama-ulama hadith kelas tinggi dan tentu sahaja tidak sembarangan huffazh hadith mampu masuk wilayah atau autoriti ini.

3. Al-Hafizh al-‘Alai berkata:

وهذا إنما تقوم به الحجة بتفتيش الحافظ الكبير الذي قد أحاط حفظه بجميع الحديث أو بمعظمه كالإمام أحمد وابن المديني ويحيى بن معين ومن بعدهم كالبخاري وأبي حاتم وأبي زرعة ومن دونهم كالنسائي ثم الدار قطني لأن المأخذ الذي يحكم به غالبا على الحديث أنه موضوع إنما هي الملكة النفسانية الناشئة عن جمع الطرق والإطلاع على غالب المروي في البلدان المتباينة بحيث يعرف بذلك ما هو من حديث الرواة مما ليس من حديثهم وأما من لم يصل إلى هذه المرتبة فكيف يقضي لعدم وجدانه للحديث بأنه موضوع

“Dan ini boleh dijadikan hujjah dengan adanya penelitian daripada seorang hafizh besar yang hafalannya telah meliputi seluruh hadith atau majoriti-nya seperti Imam Ahmad, Ibn Madini, Yahya bin Main, dan ulama setelahnya seperti al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur'ah, dan ulama dibawah mereka yang seperti Imam an-Nasai, kemudian ad-Daraquthni. Kerana referensi yang dijadikan asas hukum terhadap penilaian bahawa hadith tersebut palsu, secara umum, adalah dari kemahiran (malakah) jiwa yang muncul daripada ia telah menghimpun seluruh sanad riwayat, melihat banyaknya yang diriwayatkan dalam daerah-daerah yang berjauhan hingga dengan itu diketahui manakah hadith yang diriwayatkan oleh perawi dari hadith yang bukan hadith mereka. Adapun ulama yang belum sampai derajat ini, maka bagaimana boleh ia memutusi palsu suatu hadith hanya kerana ia tidak menemukannya?”.

4. Al-Hafizh as-Sakhawi dalam Fath al-Mughith (I/40) ketika menjelaskan syarat ahli hadith yang sudah sangat pakar menilai hadith mengutip perkataan ulama berikut:

الذي يطلق عليه اسم المحدث في عرف المحدثين أن يكون كتب وقرأ وسمع ووعى ورحل إلى المدائن والقرى وحصل أصولا وعلق فروعا من كتب المسانيد والعلل والتواريخ التي تقرب من ألف تصنيف فغذا كان ذلك فلا ينكر له ذلك

“Yang boleh disebut dengan nama muhaddith menurut urf (istilah) ahli hadith adalah ia telah menulis, membaca, mendengar, memahami, eskpedisi ilmiyyah ke berbagai kota dan desa, berhasil menguasi ushul, dan mampu menta'liq cabang-cabang dari kitab-kitab musnad, kitab ilal, dan kitab sejarah perawi yang semunya mendekati 1000 karya, maka ia telah menjadi seorang muhaddith dan tidak diingkari dalam memberi penilaian hadith”.

5. Dalam tradisi ulama yang betul-betul amanah ilmiyyah dan jujur, ketika ia tidak menemukan hadith yang disoalkan kepadanya, atau ia sedang dalam men-tahqiq sebuah kitab ulama dan ia tidak menemukan hadith yang dibawakan dalam kitab tersebut, maka ia akan mencukupkan diri dengan mengatakan: “Saya tidak menemukannya”.

6. Apatah lagi jika sesuatu hadith itu digunakan oleh ulama-ulama besar yg diiktiraf seluruh dunia seperti Imam Rami, Imam Ibn hajar al-Haitami, Imam Bujairami, Imam Syibromalisi dan lain-lain sehingga zaman ini, apakah dengan chatting, membaca di web, forum, blog dan facebook kita di akhir zaman ini mampu menilai palsu sesuatu hadith? Setelah melihat syarat-syarat menjadi pakar hadith di atas, nyatakan nama seorang professor hadith atau apa-apa bidang ilmu zaman ini yang boleh menandingi kehebatan Imam Ramli dan Imam Ibn Hajar Al-Haitami. Silakan.

Disediakan oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ِلشَّافِعِيِّ.

“Muhammad bin Ali bin al-Fath Abu Thalib al-‘Asysyari, seorang guru yang jujur dan dikenal. Akan tetapi orang-orang memasukkan banyak hal (riwayat-riwayat palsu) kepadanya, lalu ia menceritakannya dengan ketulusan hati, di antaranya hadits palsu tentang keutamaan malam Asyura, dan di antaranya akidah al-Syafi’i.” (Al-Dzahabi, Mizan al-I’tidal, juz 3, hal. 656 dan Ibnu Hajar, Lizan al-Mizan, juz 5 hal. 301.).

5. Pernyataan di al-Dzahabi dan Ibnu Hajar di atas menyimpulkan bahawa Abu Thalib al-‘Asysyari pada dasarnya seorang perawi yang jujur dan dikenal. Hanya sahaja orang-orang yang tidak bertanggungjawab menyisipkan riwayat-riwayat palsu ke dalam buku-bukunya tanpa ia sedari, lalu ia menyampaikan riwayat tersebut kepada orang lain dengan ketulusan hati.

Kenyataan di atas menyimpulkan bahawa akidah al-Imam al-Syafi’i yang disebarluaskan oleh kaum Salafi-Wahabi dan pendahulu mereka, adalah palsu dan diriwayatkan melalui perawi yang lemah dan pemalsu hadits atau melalui perawi jujur dan lugu yang tidak menyedari bahawa riwayatnya telah disisipi riwayat palsu oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab.”

6. Kaum Wahabi yang mengaku mengikuti madzhab Imam Ahmad bin Hanbal, juga menyebarkan kitab palsu yang dinisbatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, antara lain kitab Risalah al-Ishthakhri dan kitab al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah. Kedua kitab ini disebarluaskan oleh Salafi-Wahabi dan didakwa sebagai karangan Ahmad bin Hanbal. Padahal kitab tersebut bukan karangan Ahmad bin Hanbal, akan tetapi karangan sebahagian kaum Mujassimah dan dinisbatkan kepada Ahmad bin Hanbal. Al-Hafizh al-Dzahabi berkata:

لاَ كَرِسَالَةِ اْلاِصْطَخْرِيِّ، وَلاَ كَالرَّدِّ عَلىَ الْجَهَمِيَّةِ الْمَوْضُوْعِ عَلىَ أَبِيْ عَبْدِ اللهِ، فَإِنَّ الرَّجُلَ كَانَ تَقِيًّا وَرِعًا لاَ يَتَفَوَّهُ بِمِثْلِ ذَلِكَ.

“Tidak seperti Risalah-nya al-Ishthakhri, dan tidak seperti al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah yang dipalsukan kepada Abu Abdillah (Ahmad bin Hanbal), kerana beliau seorang yang bertakwa, wara’ dan tidak berkata seperti itu.” (Al-Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala’, juz 11, hal. 286.)

Pernyataan al-Dzahabi tersebut diperkuat oleh Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Wazir al-Yamani, yang mengutip pernyataan al-Dzahabi tersebut bahwa kitab Risalah al-Ishthakhri dan al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah adalah kitab palsu yang dinisbatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal. (Ibnu al-Wazir al-Yamani, al-‘Awashim wa al-Qawashim, juz 4, hal. 340-241) Kitab al-Radd ‘ala al-Jahamiyyah tersebut merupakan rujukan utama Syaikh Ibnu Taimiyah dalam menulis kitabnya Bayan Talbis al-Jahamiyyah, padahal isinya terdiri dari hadits-hadits palsu, lemah dan munkar.”

7. Dr Ali bin Nashir al-Faqihi seorang ulama wahhabi juga terlibat skandal yang sama, penyebar kitab yang tidak jelas sanadnya. Al-Imam al-Daraquthni termasuk salah satu ulama ahli hadits terkemuka dan bermadzhab al-Syafi’i. Al-Daraquthni adalah yang mengarahkan al-Hafizh Abu Dzar al-Harawi untuk mengikuti madzhab al-Asy’ari. Pada tahun 1411 Hijriah, Salafi-Wahabi di jordan menerbitkan kitab al-Ru’yah yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni.

Beberapa tahun sebelumnya Salafi-Wahabi Saudi Arabia menerbitkan kitab al-Shifat, yang dinisbatkan kepada al-Daraquthni dan di-tahqiq oleh Ali al-Faqihi. Kedua naskah tersebut diriwayatkan melalui jalur Abu al-‘Izz bin Kadisy al-‘Ukbarawi dari Abu Thalib al-‘Asysyari.

Para ulama ahli hadits menilai Abu al-‘Izz bin Kadisy termasuk perawi yang tidak dapat dipercayai dan pendusta. Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:

أَحْمَدُ بْنُ عُبَيْدِ اللهِ أَبُو الْعِزِّ بْنُ كَادِشٍ أَقَرَّ بِوَضْعِ حَدِيْثٍ وَتَابَ وَأَنَابَ انتهى قَالَ ابْنُ النَّجَّارِ: وَكَانَ مُخَلِّطًا كَذَّابًا لاَ يُحْتَجُّ بِمِثْلِهِ وَلِلأَئِمَّةِ فِيْهِ مَقَالٌ وَقَالَ أَبُوْ سَعْدٍ ابْنُ السَّمْعَانِيِّ كَانَ ابْنُ نَاصِرٍ سَيِّءَ الْقَوْلِ فِيْهِ وَقَالَ ابْنُ اْلأَنْمَاطِيِّ كَانَ مُخَلِّطًا وَقَالَ ابْنُ عَسَاكِرَ قَالَ لِيْ أَبُو الْعِزِّ بْنُ كَادِشٍ وَسَمِعَ رَجُلاً قَدْ وَضَعَ فِيْ حَقِّ عَلِيٍّ حَدِيْثًا وَوَضَعْتُ أَنَا فِيْ حَقِّ أَبِيْ بَكْرٍ حَدِيْثًا بِاللهِ أَلَيْسَ فَعَلْتُ جَيِّدًا. (الحافظ ابن حجر، لسان ا

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Selamat menyambut Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW @madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Wahbah al-Zuhaili berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Pendapat Syeikh Ramadhan al-Buti berkaitan Sambutan Maulidurrasul صلى الله عليه وسلم

Читать полностью…
Подписаться на канал