penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Salam Maal Hijrah. Sempena menyambut Maal Hijrah 1438 Hijriyyah ini, dihadiahkan beberapa buah artikel ilmiah.

Status Kisah Merpati, Labah-Labah dan Waktu Hijrah Rasulullah SAW.
http://www.aswj-rg.com/2015/10/status-kisah-merpati-labah-labah-dan-waktu-hijrah-rasulullah-saw.html

Sejarah Bermulanya Kalender Hijrah Islam
http://www.aswj-rg.com/2015/10/sejarah-bermulanya-kalender-hijrah-islam.html

Dalil Doa Awal dan Akhir Tahun.
http://www.aswj-rg.com/2014/10/dalil-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun.html

SAWANIH WA KHAWATIR سوانح وخواطر: Takhrij Doa, Akhir dan Awal Tahun -
http://sawanih.blogspot.my/2009/12/takhrij-doa-akhir-dan-awal-tahun.html?m=1

SAWANIH WA KHAWATIR سوانح وخواطر: Riwayat Sahih Doa Awal Tahun -
http://sawanih.blogspot.my/2014/10/riwayat-sahih-doa-awal-tahun.html?m=1

Fatwa - Memperingati Hari-hari Besar Islam
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=2508&LangID=5&MuftiType=0

Fatwa - Memperingati Malam Nisfu Sya'ban dan Hari-hari Besar Islam Lainnya
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=470&LangID=5&MuftiType=0

Semoga bermanfaat dan sebarkan demi kebaikan umat Islam di Nusantara. Salam Maal Hijrah 1438 Hijriyyah daripada Kami ADMIN & URUSETIA Madrasah Sunni Online (MSO) ❤❤❤
@madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sikit² bidaah, sikit² mana dalil

https://youtu.be/z7mx9V7ttIQ 👆🏻👆🏻

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Himpunan kertas kerja dan artikel Ustaz Khafidz Soroni

1. Persoalan Tentang Khatamun Nubuwah, Nur Muhammad dan Ayat Ruqyah

http://tinyurl.com/hn89jgf

2. Formulasi Imam Laknawi Terhadap Hadis Yang Diperselisihkan Statusnya

http://tinyurl.com/jfkylgf

3. Ataqah Kubra

http://tinyurl.com/zb3s32a

4. Kedudukan & Peranan Hadis Daif di sisi Ulama Islam

http://tinyurl.com/jy3fvsa

5. Sahih al-Bukhari Kitab Paling Sahih Selepas al-Quran

http://tinyurl.com/jge7tyl

6. Perspektif Ulama Tentang Hadis Sangat Daif Dalam Fadail Amal

http://tinyurl.com/zdnkcd8

7. Sahih al-Bukhari Versi al-Yunini Sejarah, Kepentingan dan
Keunikannya
http://tinyurl.com/hxh96qx

8. Pemikiran dan Kritikan Syeikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah dalam beberapa isu 'Ulum Hadis

http://tinyurl.com/jfuegb2

9. Ketokohan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

http://tinyurl.com/hnnwgk8

10. Wacana Hadis Dalam Tradisi Keilmuan Zaydiyyah

http://tinyurl.com/jbkazfe

Sila download dan sebarkan.

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Madrasah Sunni Online (MSO) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga pengorbanan kita diterima Allah SWT.
تقبل الله منا ومنكم
#MaafZahirDanBatin
@madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

(9 Zulhijjah 1437h/11 September 2016 bersamaan hari Ahad)

ANTARA AMALAN HARI ARAFAH

Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, iaitu hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah. Antara amalan yang dituntut untuk dilakukan pada hari Arafah adalah;

- PUASA ARAFAH

Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.

Abu Qatadah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ، وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

"Puasa pada hari Arafah, aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya."(Riwayat Muslim, no : 1983)

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Ansori radhiallahu anhu dia berkata:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah menjawab : "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang." (Riwayat Muslim, no. 1162) 

- MULA TAKBIR RAYA (TAKBIR MUQAYYAD)

Disebutkan dalam sebuah hadis;

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ ، وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ ، آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ (رواه الحاكم وصححه وضعفه الذهبي من طريق أبي الطفيل, والبيهقي في المعرفة)

Diriwayatkan daripada Ali dan Ammar radhiallahu ‘anhuma, katanya; "Sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bertakbir pada hari Arafah (9 Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar akhir hari Tasyriq (13 Zulhijjah)."(Riwayat al-Hakim, no. 1111 dan al-Baihaqi dalam Ma’rifah al-Sunan wa al-Athar, no. 7003).ال

USRAH SOLAT (Q&A IBADAT)
📝by:

/channel/usrah_solat_MSO

**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Watch SNTV's 280816: TG Syeikh Nuruddin "Diskusi Kitab Insiklopedia Bidaah" ~ 9pg - 3ptg di Masjid Ar Rohim Keningau Sabah

https://livestream.com/accounts/11287803/events/6243914

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

FAKTA YANG TAK TERSANGKAL

Siapa Sebenar Al-Bani?

Al Bani itu bukan Muhaddith kerana Muhaddith adalah orang yg mengumpulkan hadith dan menerima hadith dari para periwayat hadith sedangkan Al Bani tidak hidup di masa itu. Dia hanya menukil-nukil dari sisa kitab hadith yang ada masa kini.

Kita boleh lihat Imam Ahmad bin Hanbal yang hafaz 1,000,000 hadits (1 juta hadith), termasuk sanad dan hukum matannya, hingga digelar Huffazudduniya (salah seorang yg paling banyak hafalan hadithnya di dunia), (rujuk Tadzkiratul Huffaz dan siyar a’lamunnubala) dan beliau tidak sempat menulis semua hadith itu. Beliau hanya sempat menulis sekitar 20,000 hadith saja, maka 980,000 hadith lainnya sirna ditelan zaman.

Imam Bukhari hafaz 600,000 hadith termasuk sanad dan hukum matannya di masa mudanya, namun beliau hanya sempat menulis sekitar 7,000 hadith saja pada Sahih Bukhari dan beberapa kitab hadith kecil lainnya, dan 593,000 hadith lainnya sirna ditelan zaman. Demikian para Muhaddith besar lainnya, seperti Imam Nasaie, Imam Tirmizi, Imam Abu Dawud, Imam Muslim, Imam Ibn Majah, Imam Syafie, Imam Malik dan ratusan Muhaddith lainnya,

Muhaddith adalah orang yg berjumpa langsung dengan perawi hadith bukan berguru hanya dengan buku-buku. Al Bani hanya jumpa dgn saki baki buku hadith yang ada masa kini.

Al Bani bukan pula Hujjatul Islam, iaitu gelaran bagi mereka yg telah hafaz 300,000 hadith berikut sanad dan hukum matannya, bagaimana dia hendak hafaz 300,000 hadith, sedangkan masa kini jika semua buku hadith yg tercetak itu dikumpulkan maka hanya mencapai kurang dari 100,000 hadith.

Al Imam Nawawi itu adalah Hujjatul islam, demikian pula Imam Ghazali, dan Imam-Imam lainnya.

Al Bani bukan pula Alhafiz, beliau tak hafaz 100.000 hadith dengan sanad dan hukum matannya, karena ia banyak menusuk fatwa para Muhaddithin, menunjukkan ketidak fahamannya akan hadith-hadith tersebut.

Al Bani bukan pula Al Musnid, iaitu pakar hadits yg menyimpan banyak sanad hadith yg sampai ada sanadnya masa kini, iaitu dari dirinya, dari gurunya, dari gurunya, demikian hingga para Muhadditsin dan Rasul saw, orang yg banyak menyimpan sanad seperti ini digelari Al Musnid, sedangkan Al Bani tak punya satupun sanad hadith yg muttashil.

Berkata para Muhaddithin, “Tiada ilmu tanpa sanad” Maksudnya semua ilmu hadith, fiqih, tauhid, al Qur;an, mestilah ada jalur gurunya kepada Rasulullah ﷺ atau kepada sahabat, atau kepada Tabien, atau kepada para Imam Imam. Maka jika ada seorang mengaku pakar hadith dan berfatwa namun ia tak punya sanad guru maka fatwanya mardud (tertolak) dan ucapannya dhoif dan tak boleh dijadikan dalil untuk diikuti, kerana sanadnya Maqtu’.

Apa pendapat anda dengan seorang manusia muncul di abad ini lalu menukil nukil sisa-sisa hadith yg tidak mencapai 10% dari hadith yg ada di masa itu, lalu berfatwa ini dhoif, itu dhoif.

Saya sebenarnya tak suka bicara mengenai ini, namun saya memilih untuk mengungkapnya juga kerana hancurnya ummat hari ini kerana tipuan dari seorang yang hakikatnya adalah cuma tong kosong.

~ Habib Munzir Al-Musawa

Sumber: FB ustaz Yunan A Samad

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Send New Post to Subscribers

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kenapa Kita Perlu Memahami Persoalan Bid'ah?

Link Asal : https://m.youtube.com/watch?v=lgecUZ4vx7o

Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali,
Felo Kanan, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM). Pembentang Kertas Kerja Multaqa' Penerima Tauliah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan 2016

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

IBN TAIMIYYAH : QADIM SELAIN ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن واله.
أما بعد؛

1. Di antara akidah Ibn Taimiyyah رحمه الله تعالى yang menyalahi akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah ialah pada masalah menetapkan makhluk bersifat qadim (tidak ada permulaan bagi adanya) selain daripada Allah.

2. Kepada yang menguasai bahasa arab boleh membacanya di sini https://app.box.com/s/dxh8ndq66yxv9v81luwo419pq7qiv873

3. Risalah ini telah ditahqiq dan disyarah ibaratnya oleh Sheikh Said Abdul Latif Foudah حفظه الله pakar rujuk akidah pada masa kini.

4. Risalah ini ditulis oleh as-Sheikh al-Imam al-'Allamah az-Zahid Bahauddin Abdul Wahhab bin Abdul Rahman al-Ikhmimi As-Syafie al-Masri (700-764) رحمه الله تعالى. Biodata lengkap Imam al-Ikhmimi ada di dalam kitab ini.

5. Akidah yang sebenar ialah tidak ada yang bersifat qadim zaati selain daripada Allah Ta'ala kerana secara jelas Allah menyatakan ;

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ

"Dialah (Allah) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran" (al-Hadid : 3)

اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ

"Allah pencipta bagi setiap sesuatu"

Tanbihun! Jika Allah yang menciptakan setiap sesuatu maka sudah pasti selain daripada Allah adalah makhluk yang bermula dengan tiada (ada permulaan kewujudan) maka terbatalah pandangan Ibn Taimiyyah yang mengatakan ada selain Allah bersifat qadim zaati (tiada permulaan kewujudannya).

6. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam doa Baginda ;

أنت الأول فليس قبلك شيء، وأنت الآخر فليس بعدك شيء

"Engkaulah yang awal maka tidak ada yang mendahului Engkau sesuatupun dan Engkaulah yang akhir maka tidak ada selepas Engkau sesuatupun". (Riwayat Imam Muslim)

7. Sebelum ini saya pernah menulis dan membawa rujukan daripada kitab Ibn Taimiyyah sendiri berkaitan dengan hal ini. Boleh rujuk untuk memahami isu ini.

8. Kita sayangkan Ibn Taimiyyah tetapi kebenaran lebih kita cintai. Tiada yang maksum melainkan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang menyalahi akidah Al-Quran dan As-Sunnah.

Yang benar,

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir
15.8.2016 Miri Sarawak.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Catatan-catatan penting Seminar Ancaman Daesh dan Istilah Kafir Harbi

Oleh : Ustaz Abdullaah Jalil

1. Pembentangan Dr Amran
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1748553975411008&id=100007692669473

2. Pembentangan Ustaz Zamihan al Ghari
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1748586885407717&id=100007692669473

3. Pembentangan SAC Dato Ayob Khan bin Mydin Pitchay
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1748622042070868&id=100007692669473

4. Pembentangan Prof Madya Dr Mohd Hazim Hanafiah
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1748654972067575&id=100007692669473

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

http://at-tauhid.or.id/nabi-mempertahankan-qunut-shubuh-hingga-wafatnya/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

-sahabat kami Rahimahumullah berkata: "Tidak ada beza dalam membina binaan itu di antara membina kubah atau rumah atau selain keduanya. Kemudian hendaklah diperhatikan, jika tanah perkuburan itu adalah perkuburan musabbalah (tanah perkuburan orang awam) adalah haram ke atasnya berbuat sedemikian; Sahabat-Sahabat kami berkata (lagi): "Dan hendaklah dirobohkan binaan tersebut tanpa ada pertikaian (para sahabat-sahabat kami)... (Tetapi) jika sekiranya tanah perkuburan itu miliknya sendiri (maka) adalah harus dia membina apa-apa binaan dengan dihukumkan makruh dan tidak dirobohkan (binaan itu)."

Al-'Allamah al-Syaikh Ibrahim al-Baijuri Rahimahullah pula berkata:

Ertinya: "Maka adalah dimakruhkan (membina) binaan di atas kubur jika (binaan itu) bukan di tanah perkuburan orang awam mengkebumikan mayat. Jika tidak, (jika binaan itu di tanah perkuburan orang awam) adalah haram (hukumnya) sama ada (binaan itu) di atas tanah atau di dalam tanah. (Oleh itu) adalah wajib ke atas pemerintah meroboh segala binaan-binaan yang terdapat di tanah perkuburan musabbalah bagi tujuan pengkebumian mayat iaitu tanah perkuburan yang telah menjadi kebiasaan penduduk suatu negeri mengkebumikan mayat, kerana ianya menyempitkan ke atas manusia (yang lain); dan (pengharaman itu) tidak ada beza di antara binaan yang berbentuk kubah atau rumah atau masjid atau selainnya yang di antaranya ialah susunan batu-batu yang biasa diketahui (tambak daripada batu atau simen yang membentengi atau yang melingkungi kubur); (kecuali) apa yang dikecualikan oleh sebahagian ulama seperti kubur para nabi, syuhada, orang-orang salih dan seumpama mereka."

Binaan Di Tanah Kubur Boleh Dirobohkan Jika Ia Menyalahi Syara'

Menurut ulama mazhab asy-Syafie, sekiranya binaan dibuat di atas tanah milik khas persendirian, walaupun hukumnya makruh, binaan itu tidaklah perlu dirobohkan.

Bagaimanapun, jika binaan itu dibuat di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf, maka menurut pendapat muktamad dalam mazhab asy-Syafi'e, pihak berkuasa atau pemerintah memiliki hak serta autoriti, bahkan wajib merobohkan sebarang binaan di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf jika ia bertentangan dengan keizinan syara'.

Sayyidina Umar bin al-Khatthab Radhiallahu 'anhu pada suatu ketika terlihat satu kubur yang dibina kubah di atasnya. Lalu beliau pun merobohkannya lalu berkata:

Ertinya: "Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri."

Adapun sebab kenapa membuat binaan di tanah perkuburan musabbalah ini ditegah oleh syara' dan wajib dirobohkan adalah kerana ia menyempitkan tanah perkuburan orang Islam tanpa sebarang maslahat dan keperluan yang diiktiraf oleh syara'. Hakikatnya, setelah mayat itu hancur luluh anggota badan serta tulang-tulangnya, binaan itu tetap sahaja kekal, dan ini sekaligus menyukarkan atau menghalang mayat yang lain untuk dikebumikan di kawasan tersebut. Ini jelas satu perbuatan menghalang dan mengambil hak orang Islam yang lain yang juga memiliki hak menggunakan tanah perkuburan berkenaan.

Mengenai binaan-binaan yang dibuat di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf ini, segala tindakan ke atasnya hendaklah diserahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa atau pemerintah yang memiliki hak serta autoriti sahaja. Jangan pula orang ramai bertindak sesuka hati meroboh atau membuka binaan tersebut kerana dikhuatiri ini boleh menimbulkan pertelingkahan, perseteruan dan sebagainya.

Bila Binaan Di Tanah Kubur Diharuskan?

Tegahan daripada membuat binaan di tanah kubur ini tidak bersifat mutlak. Ada beberapa keadaan yang diizinkan syara' untuk membuat binaan yang munasabah jika terdapat sesuatu hajat keperluan yang diiktiraf oleh syara', antaranya:

1. Takut digali oleh pencuri atau binatang.

2. Ditakuti runtuh kerana banjir atau tanah susur dan seumpamanya. Ini sepertimana tanah perkuburan yang terletak di kaki bukit atau tanah curam yang dikhuatiri tanah-tanahnya itu runtuh. Maka boleh didirikan binaan seperti sekatan tembok umpamanya bagi menghalang dari terjadinya tanah susur atau runtuh.

Dalam keadaan-keadaan seumpama ini, syara' memberikan keizinan untuk m

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Jangan Mudah-Mudah Menyesatkan Para Ulama'

Link Asal : https://youtu.be/i55jKU_v870

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

👉HUKUM HADIAH PAHALA BACAAN KEPADA ARWAH MENURUT ULAMAK MAZHAB SYAFI'I

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini akan memberi sinar baru dalam diri kita. Semoga diberkati dan dirahmati Allah S.W.T.

SALAM TAHUN BARU HIJRAH 1438 @madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Doktor Keliru : Majlis Tahlil, Sambutan Nuzul Al Quran, Ma'al Hijrah, Maulidul Rasul dan apa sahaja acara majlis/program yang tak pernah dibuat oleh Rasulullah semuanya bid'ah sesat masuk neraka.

Si Cerdik : Kalau begitu, sama sahaja dengan World Quran Hour, Perkampungan Sunnah, Ifthar Perdana.. itu juga tak pernah dibuat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam membawa ke neraka tetapi mengapa dr buat ?

Doktor Keliru : erk.... itu... aaa... tapi...

Si Cerdik : Majlis/program/aktiviti yang telah lama dianjurkan oleh para alim ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah itu kesemuanya bertujuan mendekatkan kembali umat Islam kepada al Quran dan as Sunnah, menambah rasa cinta kepada Allah dan RasulNya, menghidupkan sunnah-sunnah yang sudah semakin sedikit diamalkan di akhir zaman ini, menjauhkan dari maksiat. Dari Dr sibuk zikir bid'ah sesat, syirik, kafir, saya cadang lebih baik dr diam itupun dah jadi ibadah.

Facebook Ibnu Nafis

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

[DALIL SULUK DALAM TASHAWUF]


1. Dalam ilmu Tasawwuf ada istilah ‘al-Maqamat’ atau tahapan / tingkatan yang akan dilalui oleh seseorang untuk mencapai ‘makrifat’ atau mengenal Allah. Perjalanan panjang menuju tujuan tersebut disebut dengan ‘suluk’.

2. Maqamat tersebut menurut al-Ghazali adalah: Taubat → Sabar → Fakir → Zuhud → Tawakkal → Mahabbah (cinta) → Makrifat → Ridla.

3. Sedangkan menurut ath-Thusi adalah: Taubat → Wara’ (menjauhi syubhat dab haram) → Zuhud → Fakir → Sabar → Ridla → Tawakkal → Makrifat.

4. Menurut al-Kalabadzi adalah: Taubat → Zuhud → Sabar → Fakir → Tawadlu’ →Takwa → Tawakkal → Ridla → Mahabbah (cinta) → Makrifat.

5. Dan dalam metod Syaikh al-Qusyairi adalah: Taubat → Wara’ → Zuhud → Tawakkal → Ridla.

6. Suluk tersebut berdasarkan pada sabda Rasulullah Saw:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِى وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا ، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ (البخارى 6502)

“Sesungguhnya Allah berfirman (Hadis Qudsi) : Barangsiapa yang memusuhi seorang wali maka Aku mengizinkan berperang. Tidak ada yang seorang hamba yang mendekatkan diri kepadaKu yang lebih Aku cintai daripada hal-hal yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan hambaku tiada berhenti mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadah sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya maka Aku menjadi pendengarannya, penglihatannya, tangan yang dipukulnya, langkah kakinya. dan jika ia meminta maka sungguh Aku kabulkan, dan jika ia berlindung kepadaKu, nescaya Aku lindungi” (HR al-Bukhari)

7. al-Hafidz Ibnu Hajar berkata:

قَالَ الطُّوفِيُّ : هَذَا الْحَدِيثُ أَصْلٌ فِي السُّلُوكِ إِلَى اللَّه وَالْوُصُول إِلَى مَعْرِفَتِهِ وَمَحَبَّتِهِ وَطَرِيقِهِ ، إِذْ الْمُفْتَرَضَاتُ الْبَاطِنَةُ وَهِيَ الْإِيمَان وَالظَّاهِرَة وَهِيَ الْإِسْلَام وَالْمُرَكَّبُ مِنْهُمَا وَهُوَ الْإِحْسَانُ فِيهِمَا كَمَا تَضَمَّنَهُ حَدِيثُ جِبْرِيل ، وَالْإِحْسَان يَتَضَمَّنُ مَقَامَاتِ السَّالِكِينَ مِنْ الزُّهْد وَالْإِخْلَاص وَالْمُرَاقَبَة وَغَيْرهَا ، وَفِي الْحَدِيث أَيْضًا أَنَّ مَنْ أَتَى بِمَا وَجَبَ عَلَيْهِ وَتَقَرَّبَ بِالنَّوَافِلِ لَمْ يُرَدَّ دُعَاؤُهُ لِوُجُودِ هَذَا الْوَعْد الصَّادِق الْمُؤَكَّد بِالْقَسَمِ (فتح الباري لابن حجر - ج 18 / ص 342)

“ath-Thufi berkata: Hadis ini adalah dalil dasar dalam melakukan suluk (tahapan) menuju Allah dan sampai pada makrifat (mengenal) Allah dan mencintainya. Sebab kewajiban-kewajiban batin seperti iman, dan kewajiban-kewajiban fisik yaitu Islam, dan yang tersusun dari keduanya, yaitu Ihsan sebagaimana dalam hadis yang disampaikan dalam kisah Malaikat Jibril. Sementara Ihsan mengandungi tahapan-tahapan yang dilalui oleh pelaksana, seperti zuhud, ikhlas, diawasi oleh Allah dan lainnya. Dalam hadis ini juga dijelaskan bahawa orang yang melakukan ibadah wajib dan mendekatkan diri dengan ibadah sunah donya tidak akan ditolak, sebab telah ada janji yang dikuatkan dengan sumpah” (Fathul Bari 18/342)


Disediakan Oleh:

Ma'ruf Khozin
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

(MSO D22) Penjelasan Bid'ah : ASWJ
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

إنا لله وإنا إليه راجعون
البقاء لله

Dukacita dimaklumkan bonda Pak Abu, hjh Zaimiah bt. Zainuddin yg telah pulang ke rahmatullah jam 8.15 pagi tadi.

-Pihak Urusetia MSO mengucapkan takziah kepada Pak Abu yang juga merupakan barisan urusetia di MSO. Al-Fatihah.


أعظم الله أجرك وأحسن عزاءك وغفر لميتك

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها وأكرم نزلها ووسع قبرها وأبدلها دارا خيرا من دارها وأهلا خيرا من أهلها واجعل قبرها روضة من رياض الجنة...

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Salam Takziah...

Madrasah Sunni Online MSO
MSO adalah gabungan group dalam telegram menyebar info ahli sunnah di telegram.

/channel/madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

PERISAI DARIPADA GANGGUAN SYAITAN

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu anhu, Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ، يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ إِلَّا رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ

“Sesiapa yang membaca :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدْيرٌ

sebanyak 100 kali setiap hari, pahalanya menyamai membebaskan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan dan dipadam 100 kejahatan, serta menjadi perisai baginya daripada syaitan pada hari tersebut sehingga petang. Tiada seorang pun yang melakukan amalan lebih afdhal daripada amalannya melainkan orang yang melakukan amalan lebih banyak daripada itu."(Sahih al-Bukhari no.3293 dan Muslim no.2691).

SILA AMAL, SHARE & SEBARKAN

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imam Shihāb al-Dīn al-Qarāfī al-Maliki (684H) – kewajipan bertaqlid bagi orang awam

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=BcrlHxiyXis

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Apakah Dalil-Dalil Ulama' Dalam Mengkhususkan Hari-hari/Waktu/Masa Tertentu Untuk Melakukan Amal Ibadah ?

Apakah dalil-dalilnya ?

(Dalil 2)

Jawapan oleh Ustaz Idrus Ramli

Berikut ini dalil-dalil bolehnya menetapkan waktu-waktu tertentu untuk melakukan kebaikan dan ibadah.

Hadis Sayidina Bilal radhiyallahu ‘anhu

وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلاَلٍ عِنْدَ صَلاَةِ الْفَجْرِ: «يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِيْ بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي اْلإِسْلاَمِ فَإِنِّيْ سَمِعْتُ دُفَّ نَعْلَيْكَ فِي الْجَنَّةِ» قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلاً أَرْجَى عِنْدِيْ مِنْ أَنِّيْ لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُوْرًا فِيْ سَاعَةٍ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ إِلاَّ صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطَّهُوْرِ مَا كُتِبَ لِيْ. وَفِيْ رِوَايَةٍ : قَالَ لِبِلاَلٍ: «بِمَ سَبَقْتَنِيْ إِلَى الْجَنَّةِ؟ قَالَ: مَا أَذَّنْتُ قَطُّ إِلاَّ صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ وَمَا أَصَابَنِيْ حَدَثٌ قَطُّ إِلاَّ تَوَضَّأْتُ وَرَأَيْتُ أَنَّ للهِ عَلَيَّ رَكْعَتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «بِهِمَا» أَيْ نِلْتَ تِلْكَ الْمَنْزِلَةَ». رواه البخاري (1149) ومسلم (6274) وأحمد (9670) والنسائي في فضائل الصحابة (132) والبغوي (1011) وابن حبان (7085) وأبو يعلى (6104) وابن خزيمة (1208) وغيرهم.

“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada Bilal ketika solat fajar: “Hai Bilal, kebaikan apa yang paling engkau harapkan pahalanya dalam Islam, kerana aku telah mendengar suara kedua sandalmu di syurga?”. Ia menjawab: “Kebaikan yang paling aku harapkan pahalanya adalah aku belum pernah berwudhu’, baik siang mahupun malam, kecuali aku melanjutkannya dengan solat sunat dua rakaat yang aku tentukan waktunya.” Dalam riwayat lain, beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Bilal: “Dengan apa kamu mendahuluiku ke syurga?” Ia menjawab: “Aku belum pernah azan kecuali aku solat sunat dua rakaat setelahnya. Dan aku belum pernah hadas, kecuali aku berwudhu setelahnya dan harus aku teruskan dengan solat sunat dua rakaat kerana Allah”. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Dengan dua kebaikan itu, kamu meraih darjat itu”.

(HR. al-Bukhari (1149), Muslim (6274), al-Nasa’i dalam Fadhail al-Shahabah (132), al-Baghawi (1011), Ibn Hibban (7085), Abu Ya’la (6104), Ibn Khuzaimah (1208), Ahmad (5/354), dan al-Hakim (1/313) yang menilainya sahih.)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam belum pernah menyuruh atau mengerjakan solat dua rakaat setiap selesai berwudhu' atau setiap selesai azan, akan tetapi Bilal melakukannya atas ijtihadnya sendiri, tanpa dianjurkan dan tanpa bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.Ternyata Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkannya, bahkan memberinya khabar gembira tentang darjatnya di syurga, sehingga solat dua rakaat setiap selesai wudhu' menjadi sunat bagi seluruh umat. Dengan demikian, bererti menetapkan waktu ibadah berdasarkan ijtihad hukumnya boleh. Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata ketika mengomentari hadis tersebut:

ويستفاد منه جواز الاجتهاد في توقيت العبادة لأن بلالا توصل إلى ما ذكرنا بالاستنباط فصوبه النبي صلى الله عليه و سلم

"Dari hadis tersebut dapat diambil faedah, bolehnya berijtihad dalam menetapkan waktu ibadah. Kerana sahabat Bilal mencapai darjat yang telah disebutkan berdasarkan istinbat (ijtihad), lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam membenarkannya.”

(Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Bari, juz 3 hlm 34).

Sumber : http://www.idrusramli.com/2014/dalil-tradisi-yasinan-dan-tahlilan/

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

klik 👉🏼 Senarai Group Madrasah Sunni Online

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Saya beberapa kali mendengar taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bhg. Counter Terrorism PDRM, DSP Dato' Ayob Khan, bahkan pernah menonton video-video kegiatan IS dan video propaganda IS hingga melebihi 3 jam lamanya yang disampaikan sendiri oleh Dato' Ayob pada 9 Jun lalu di sebuah agensi kerajaan.

Beliau cuba mengelak daripada masuk ke perbahasan agama kerana menyedari itu bukan bidangnya.

Namun beliau tidak dapat mengelak daripada bercakap apakah "puncanya" mereka yang ditahan itu menyertai IS. Punca perlu dikenalpasti kerana jika tidak diketahui puncanya, sukar untuk dicegah daripada berulang. Lebih-lebih lagi menyertai militan IS sehingga sanggup membunuh diri. Sudah tentu ada dorongan yang kuat sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Apakah dorongan itu? Jawapannya mereka dijanjikan "Syurga" apabila mati kerana perjuangan IS itu kononnya jihad dan mati dikira mati syahid.

Beliau seterusnya merumuskan berdasarkan:
(1) siasatan terhadap suspek yang ditangkap, pengakuan mereka dan bahan-bahan bacaan, kitab yang mereka miliki yang jelas menunjukkan mereka terpengaruh dengan ajaran tokoh-tokoh ulama tertentu.
(2) bahan-bahan propaganda IS, termasuk video-video mereka membunuh mangsa dan dibacakan ibarat/kata-kata tokoh ulama tertentu sebagai suara latar (background) ketika mereka sedang membunuhnya samada dengan cara membakar, menyembelih dll.

Bukti Dato' Ayob berdasarkan bukti empirikal, di lapangan (on ground), dan tangkapan bukan andaian atau kajian di perpustakaan. Jangan dipersalahkan Dato' Ayob kerana itu dapatannya di lapangan. Kesimpulan yang beliau buat mungkin benar dan mungkin juga salah, tetapi itulah bukti yang beliau ada. Beliau tiada niat lain melainkan untuk menjamin keselamatan orang awam, dan bukan untuk berpolemik atau memihak kepada mana-mana aliran tokoh-tokoh ulama. Jangan setiap kali orang mengkritik kita atau ulama aliran dokongan kita maka terus dilabelkan mereka sebagai "Syiah"! , tidak professional dan bagai. Siasat dan datangkan bukti terlebih dahulu
هاتو برهانكم إن كنتم صادقين
jika tuduhan itu benar.

Dr. Nik Roskiman IKIM

/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=cjOLK4PePW0

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

embuat binaan yang munasabah dan bersesuaian bagi menjaga maslahat tanah-tanah kubur berkenaan. Bahkan ia boleh menjadi wajib sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah dalam kitabnya Tuhfah al-Muhtaj.

3. Sebahagian ulama juga memberikan pengecualian daripada tegahan ini jika kubur tersebut adalah kubur para nabi, para sahabat, para syuhada, para wali, orang-orang salih serta yang seumpama mereka. Sebab, perkara ini dapat membantu memakmurkan kubur mereka dengan amalan ziarah serta tabarruk (mengambil berkat) serta menghalang kubur-kubur mereka daripada dibongkar.

Adakah Meletakkan Nisan Di Atas Kubur Juga Ditegah?

Sepertimana yang telah dijelaskan tadi, segala bentuk binaan yang didirikan di tanah kubur yang tidak ada keperluan atau hajat untuk didirikan padanya adalah ditegah.

Berbeza halnya dengan batu nisan. Memandangkan kubur terutamanya kubur-kubur di tanah perkuburan awam biasanya diletakkan berhampiran antara satu sama yang lain, ini akan menyukarkan penziarah mengenal kubur ahli keluarga yang ingin diziarahi. Kerana itu, menurut syara', sunat hukumnya meletakkan nisan di atas kubur kerana ia merupakan hak yang berhubung dengan simati yang berada di dalam kubur.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai hukum binaan yang didirikan di tanah kubur. Orang awam mestilah menyedari dan mengambil perhatian akan hal ini. Sikap tolak ansur dan menghormati hak sesama orang Islam hendaklah diamalkan kerana itu adalah sikap sebenar seorang muslim.

Mayat dalam kubur tidak memerlukan segala binaan tersebut kerana ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat ataupun perlindungan bagi mereka. Jadi, sebagai curahan kasih sayang serta bakti untuk simati, adalah lebih baik simati didoakan, disedekahkan pahala serta dipanjangkan amal jariahnya. Yang demikian itu adalah lebih utama dan lebih bermanfaat untuk simati.

Allahu A'lam

Sumber: Irsyad Hukum, Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hukum membuat binaan di Tanah Kubur

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

ISLAM memuliakan umatnya bukan sahaja ketika hidupnya, bahkan selepas mati pun ia tetap dimuliakan dan dipelihara akan haknya. Salah satu contoh terdekat ialah pendirian syariat Islam terhadap kubur. Walaupun kubur merupakan tempat persemadian jasad orang yang sudah meninggal dunia, ia bukanlah satu tempat sembarangan yang boleh diperlakukan sesuka hati. Dalam syariat Islam, perkara kubur mempunyai hukum-hakam, adab-adab yang mesti dipatuhi serta kehormatannya yang tersendiri.

Apabila orang yang dikasihi pergi menyahut seruan Ilahi, perasaan kasih sayang serta ingatan yang ada semasa hidup terhadap simati tidak akan lenyap begitu sahaja, apatah lagi bagi mereka yang paling rapat dengan simati seperti ahli kerabat, keluarga atau waris. Justeru itu, tidak menghairankan adanya kesungguhan serta keprihatinan ahli kerabat, keluarga atau waris dalam menjaga dan memperelokkan lagi kubur-kubur ahli keluarga masing-masing dengan cara menambak kubur-kubur mereka dengan batu atau simen, membina atap, kubah dan seumpamanya. Bahkan ada juga yang membina pelbagai bentuk binaan di sekeliling kubur bagi kemudahan mereka melakukan ziarah seperti binaan yang berbentuk bangku dan yang seumpamanya.

Yang menjadi persoalan di sini ialah jika binaan itu dibuat di tanah perkuburan musabbalah, atau lebih dikenali sebagai tanah perkuburan awam. Kalau kita perhatikan sebahagian binaan yang dibuat itu, ada yang seolah-olah memperlakukan tanah perkuburan musabbalah itu umpama milik persendirian mereka sehingga menjejaskan kawasan kubur-kubur lain yang berdekatan. Ini satu realiti yang dapat kita lihat dengan jelas kerana terdapat sebahagian binaan yang dibuat itu terlalu besar serta merangkumi ruang yang luas hingga mempersempitkan kawasan tanah perkuburan musabbalah tersebut. Ini dengan sendirinya membataskan atau menyempitkan serta mengurangkan jenazah yang dapat dikebumikan di sana pada masa akan datang. Perkara ini mendatangkan persoalan kerana tanah perkuburan musabbalah merupakan hak milik orang awam dan setiap orang memiliki hak untuk dikebumikan di sana. Apakan syara' membenarkan perlakuan atau tindakan seumpama ini?

Hukum Binaan Yang Dibuat Di Tanah Kubur

Maksud binaan di sini ialah apa sahaja yang dibina di dalam tanah kubur mahupun di atas tanahnya seperti atap, kubah, rumah, masjid, bangku, lantai simen, tambak (dibentengi atau dilingkungi sekeliling kubur itu dengan batu atau simen) dan sebagainya. Tidak kira sama ada binaan tersebut terletak pada ruang liang lahad sahaja, ataupun merangkumi ruang lebih luas daripada itu.

Hukum binaan di tanah kubur berbeza di antara tanah kubur di tanah milik persendirian dengan tanah kubur yang terletak di tanah perkuburan musabbalah dan wakaf.

1. Binaan Di Tanah Kubur Yang Terletak Di Tanah Milik Persendirian

Sekiranya tanah perkuburan itu adalah tanah milik khas persendirian, maka apa sahaja binaan yang dibuat sama ada di atasnya, di sekelilingnya mahupun di dalam kubur berkenaan adalah makruh hukumnya.

2. Binaan Di Tanah Kubur Yang Terletak Di Tanah Perkuburan Musabbalah Dan Wakaf

Adapun hukum membuat binaan di tanah perkuburan musabbalah pula, iaitu tanah yang biasa digunakan untuk mengebumikan mayat di tempat tersebut oleh penduduk kawasan itu, seperti tanah-tanah perkuburan Islam yang disediakan oleh pihak kerajaan di Negara Brunei Darussalam, menurut ulama mazhab asy-Syafi'e, hukumnya adalah haram, sekalipun tidak diketahui asal puncanya dan tiada diketahui orang yang mewakafkan atau mensabilkannya.

Manakala tanah perkuburan yang diwakafkan bagi perkuburan orang Islam pula, hukumnya adalah sama seperti tanah perkuburan musabbalah iaitu haram, tidak kira sama ada diketahui orang yang mewakafkannya ataupun tidak.

Perkara ini ada disebutkan dalam kitab-kitab ulama mazhab asy-Syafi'e, antaranya sepertimana yang dikatakan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah dalam kitabnya al-Majmu':

Ertinya: "Sahabat

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sayyidina Muhammad, Istidlal Dari al-Quran

Firman Allah:

{ ﻟﺘﺆﻣﻨﻮا ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﻭﺗﻌﺰﺭﻭﻩ ﻭﺗﻮﻗﺮﻭﻩ ﻭﺗﺴﺒﺤﻮﻩ ﺑﻜﺮﺓ ﻭﺃﺻﻴﻼ }

" ... Supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkannya, membesarkannya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang." (Al-Fatĥ : 9)

Syaikh Thabari mengutip dari ulama ahli tafsir:

عن قتادة (ﻭﺗﻮﻗﺮﻭﻩ) ﺃﻣﺮ اﻟﻠﻪ ﺑﺘﺴﻮﻳﺪﻩ ﻭﺗﻔﺨﻴﻤﻪ.

Dari Qatadah maksud ayat "Membesarkannya" adalah Allah memerintahkan untuk menjadikan Rasul sebagai Sayid dan mengagungkannya (Tafsir ath-Thabari 22/208)

Catatan: "dlamir" / kata ganti pada kalimat (ه) terjadi perbedaan pendapat. Banyak ahli tafsir yang mengembalikannya kepada Rasul, kecuali pada kalimat (وتسبحوه) maka merujuk kepada Allah.

Dari facebook Ma'ruf Khozin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ِ مَنْ يُحِبُّهَا عَنْ النَّارِ وَتَقَدَّمَ سَبَبُ تَلْقِيبِهَا بِالزَّهْرَاءِ فِي بَابِ الْحَيْضِ اهـ).

6. Unmuzajul Llabib Fil Khosoisil Al-habib Lil Abd Barri Al-ahdal Ma'a Syarhihi Fathul Kareem Al-qorib Lil Imam Jalaluddin As-suyuthi.

أنموذج اللبيب في خصائص الحبيب (مطبوع مع شرح محمد بن أحمد عبد الباري الأهدل، المسمى: فتح الكريم القريب شرح أنموذج اللبيب) المؤلف: عبد الرحمن بن أبي بكر، جلال الدين السيوطي (المتوفى: 911هـ) طُبع بإذن من: وزارة الإعلام بجدة الطبعة: الثالثة، 1406 هـ عدد الأجزاء: 1 (1 / 240) (وذكر صاحب "الفتاوي الظهيرية" من الحنفية: أن من خصائصه صلى الله عليه وآله وسلم أن ابنته فاطمة رضي الله عنها لم تحض، ولما ولدت طهرت من نفاسها بعد ساعة حتى لا تفوتها صلاة، قال: ولذلك سُميت الزهراء، وقد ذكره من أصحابنا المحب الطبري في "ذخائر العقبى". وأورد فيه حديث أنها حوراء آدمية طاهرة مطهرة لا تحيض ولا يرى لها دم في طمث ولا في ولادة.وفي "الدلائل" للبيهقي: أنه صلى الله عليه وآله وسلم وضع يده على صدرها فرفع عنها الجوع فما جاعت بعد.وفي "مسند أحمد" وغيره: أنها لما احتضرت غسلت نفسها وأوصت أن لا يكشفها أحد، فدفنها علي بغسلها ذلك.وذكر الإمام علم الدين العراقي: أن فاطمة وأخاها إبراهيم أفضل من الخلفاء الأربعة باتفاق).

7. Fatawa Al-hadithsiyyah Lil Imam Ibnu Hajr Al-haithami.

الفتاوى الحديثية المؤلف: أحمد بن محمد بن علي بن حجر الهيتمي السعدي الأنصاري، شهاب الدين شيخ الإسلام، أبو العباس (المتوفى: 974هـ) الناشر: دار الفكر عدد الأجزاء: 1 (1 / 119)) ؛

ما اختصت به فاطمة رضوان الله عليها من المزايا الكثيرة على أخواتها :
منها ما ورد أن الله زوجها لعلي كرم الله وجهه في السماء قبل أن يتزوجها في الأرض .

ومنها : تمييزها عليهنّ بأنها سيدة نساء أهل الجنة.

ومنها : تمييزها عليهنّ بتسميتها بالزهراء إما لعدم كونها لا تحيض من غير عِلَّة فكانت كنساء الجنة ، وإمَّا كونها على ألوان نساء الجنة أو لغير ذلك ، فهذه المذكورات ونحوهما مما امتازت به من الفضائل لا يبعد أن تكون هي الحكمة في بقاء نسلها في العالم أَمْناً له من عموم الفتن والمحن...

Kesimpulanya, setelah diamati dan dihayati dengan penuh insaf perbahasan para huffaz dan ulama-ulama' yang muktabar berkenaan isu ini tanpa gopoh, benarlah kata-kata guru Al-faqer terdapat terlalu banyak nukilan marwiyyat yang menegaskan kesucian Sayyidah Fatimah Az-zahra' AlaihaSsalam walaupun tidak dinafikan juga terdapat perbahasan daripada ulama' yang lainya yang tidak menyokong penriwayatan ini namun umum qaedah ada menyebut :

أن الكثرة غالبة والقلة مغلوبة...

Sesungguhnya pandangan majoriti itu adalah pegangan mereka (Muhaddisin) manakala pegangan minoriti itu masih diraikan walaupun tidak dipegangi oleh kebanyakan daripada mereka...

AWAS dalam keghairahan berhujjah tanpa sedar anda telah mencela mereka Ahlu Beyt Rasulullah ShallahuAlaihiwasallam walaupun semata-mata ingin tegakkan hujjah anda maka WASPADAlah tidak mungkin kita juga akan tergilincir ke daerah kekufuran....

Wallahua'lam...
IbnuQassem@Salafyfobat93
29/7/16 (24 Syawal)
7 district, Cairo, Egypt

Читать полностью…
Подписаться на канал