ZIKIR SECARA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT BUKAN BID’AH?
Oleh:
Dr. Asmadi Mohamed Naim
Universiti Utara Malaysia
asmadi@uum.edu.my
Polemik bid’ah semakin menular di tengah-tengah masyarakat. Tidak dapat dinafikan wujudnya amalan-amalan bid’ah yang subur di kalangan mereka. Antaranya ialah ketaksuban seseorang kepada Syeikh-nya dan menolak pandangan dari pihak yang lain. Bahkan ia juga membawa kepada ‘mendoktrin’ pengikut memuja syeikh-syeikh dengan diwar-warkan kehebatannya.
Walaupun begitu, polemik bid’ah dan membid’ah ini seharusnya ditangani dengan teliti dan berasaskan dengan petunjuk dari al-Quran dan al-sunnah. Sebahagian yang mengamalkan sesuatu amalan, contohnya amalan berzikir secara berjemaah selepas solat, merasakan mereka mengamalkannya di atas pentunjuk al-Quran ataupun al-sunnah. Mereka membawa juga hujah-hujah berpandukan ayat-ayat suci al-Quran dan sunnah disamping penerangan dari ulama-ulama silam dan semasa untuk menguatkan hujah mereka.
Sebahagian masyarakat yang lain pula melabelkan mereka sebagai pencetus dan pengamal bid’ah. Mereka berpandangan bahawa perkara tersebut tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW. Mereka menyatakan bahawa bertaqlid pada ulama dengan mengenepikan petunjuk al-Quran dan al-sunnah merupakan suatu kesesatan berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:
Hendaklah kamu dengar dan patuh walaupun hamba Habsyi memerintah kamu. Sesungguhnya sesiapa yang masih hidup di kalangan kamu, maka akan melihat perselisihan yang banyak. Justeru, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa` al-Rasyidin selepasku. Gigitlah dengan geraham-geraham kamu (berpegang teguh). Dan Jauhilah perkara-perkara baru, kerana sesungguhnya setiap yang bid’ah itu sesat.
Hadith di atas menjadi dalil kepada pandangan yang berpegang bahawa ia dengan jelas melarang dari menambah perkara-perkara baru dalam ibadah. Dengan kata-kata lain, penambahan dalam ibadah diluar dari suruhan Syarak adalah sesat. Justeru, persoalan ibadah bukan lagi soal furu’, bahkan menjadi seumpama persoalan akidah kerana boleh membawa kepada kesesatan.
Mereka berpandangan bahawa orang yang bertaqlid kepada orang-orang terdahulu diibaratkan sebagai golongan Yahudi dan Nasrani yang bertaqlid kepada rahib-rahib dan pendita-pendita mereka. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah, ayat 31 yang bermaksud:
Mereka menjadikan pendita-pendita mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah.
Justeru, bertaqlid pada para fuqaha yang tidak berpegang kepada nas, termasuk dalam golongan ini.
Pada kesempatan yang ini, penulis hanya ingin menyentuh dua isu utama iaitu bertaqlid dengan ulama dan masalah zikir secara berjemaah selepas solat. Diharapkan artikel ini dapat membantu pembaca memahami secara lebih mendalam dan menghayatinya secara rasional tanpa dipengaruhi dengan sebarang emosi.
Bertaqlid kepada ulama.
Ada yang mengatakan fenomena bertaqlid kepada ulama khususnya ulama empat mazhab hari ini merupakan sebab utama kejatuhan umat Islam kini. Kongkongan taqlid menyebabkan ulama-ulama takut untuk mengeluarkan pandangan sendiri. Kelahiran pelbagai bid’ah pada hari ini adalah kerana budaya bertaqlid tersebut contohnya amalan zikir selepas solat secara berjemaah merupakan amalan bid’ah. Golongan yang melakukan bid’ah ini menjadikan ulama-ulama mereka seperti Yahudi dan Nasrani menjadikan pendita dan rahib sebagai tuhan-tuhan mereka.
Persoalan keharusan bertaqlid.
Persoalan pertama ialah keharusan bertaqlid. Benarkah orang yang mahu berpegang kepada al-Quran dan al-sunnah seumpama salafussoleh telah bebas dari bertaqlid?
Sekiranya pembaca ditanya mengenai siapakah yang meriwayatkan hadith yang penulis tuliskan di atas (penulis sengaja tidak menyatakan periwayat hadith tersebut), dan saudara pembaca bertanya Ustaz A, dan ustaz itu menyatakan Abu Daud (Bab al-Sunnah, nombor 3991) dan al-Tirmizi (Bab al-Ilm, nombor 2660) yang meriwayatkannya, maka sebenarnya saudara sedang bertaqlid dengan Ustaz A itu. Sekiranya ditanya pula, apakah hujahnya hadith yang saudara pegang itu sahih? Saudara pun berkata: Ustaz B pakar
Kepada sesiapa yang berkenaan
Darul Uloom Deoband telah diasaskan pada tahun 1866 oleh beberapa orang ulama' dan masyaikh yang ikhlas di Deoband (India) sebagai pusat pengajian Islam yang tulin bertujuan untuk memelihara keilmuan dan kebudayaan umat Islam di benua kecil India selepas kejatuhan pemerintahan Islam.
Ulama' Deobandi berpegang teguh kepada doktrin dan jalan Ahli Sunnah wal Jamaah, mereka mengikuti mazhab Imam Abu Hanifah didalam Fiqh dan mazhab Maturidiah dan Asyai'roh didalam aqidah.
Oleh itu Ulama'-ulama' ini digelar 'Deobandi' sempena nama pekan Deoband di mana Darul Uloom ditubuhkan. Ulama' Deobandi menganggap Imam-imam Mujtahid yang lain (seperti Imam Malik, Imam Shafi'i dan Imam Ahmad Ibn Hanbal) adalah benar dan sebahagian daripada Ahli Sunnah wal Jama'ah. Mereka merasakan perlu untuk menyanjungi dan menghormati kesemua para Sahabat, Tabi'in, Salaf, Imam Mujtahidin dan orang-orang soleh didalam umat ini.
Lagipun, Ahli Sunnah Wal Jama'ah menerima Ijma' sebagai sumber hukum selepas Al-Quran dan Hadith, sedangkan aliran 'Ghair Muqollidin' yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Ahli Hadith' tidak mengiktiraf Ijma' sebagai sumber hukum, malahan mereka menolak ijma' (kesepakatan pendapat) para Sahabat.
Mereka menyalahgunakan (perkataan) Sahabat, Tabi'in, Fuqaha dan Salafussoleh. Lagipun, mereka mengatakan bertaqlid kepada para Imam adalah syirik. Oleh itu, golongan yang digelar 'Ahli Hadith' ini bukan sebahagian daripada Ahli Sunnah Wal Jama'ah, malahan mereka merupakan golongan yang sesat.
Oleh itu, sekiranya ada madrasah atau institusi yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Deobandi' tetapi mengikuti kefahaman dan pemikiran 'Ghair Muqallid' atau digelar "Ahli Hadith', ia adalah salah, mengelirukan dan tidak dapat diterima sama sekali. Darul Uloom Deoband tidak mempunyai sebarang pertalian/kaitan dengan madrasah ataupun institusi tersebut.
Maulana Mufti Abul Qasim Nomani
Naib Chancellor (Mohtamim)
Darul Uloom Deoband India
21/05/2015
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
am Majmu’ Fatawa wa Rasail (hal. 248) berkata:
قَالَ الاِمَامُ الرَّمْلِيّ الأحَادِيْثُ الشَدِيْدَةُ الضُّعْفِ اذاَ انْضَمَّ بَعْضُهَا اِلَى بَعْضٍ يُحْتَجُّ بِهَا فِي هَذَا البَابِ
"Imam Ramli berkata: “Hadits-hadits yang sangat dhaif ketika dikumpulkan sebagian darinya ke sebagian yang lain, maka dapat dibuat hujjah dalam bab ini (fadhail amal dll)”.
Al-Hafizh Jalaluddin as-Suyuthi dalam Tadrib ar-Rawi (I/177) yang mengutip pendapat al-Hafizh Ibnu Hajar berkata:
بَلْ رُبَّمَا كَثُرَتْ الطُرُق حَتَّى أَوْصَلَتْه إلىَ دَرَجَةِ المَسْتُوْرِ والسَّيّءِ الحِفْظِ بِحَيْثُ إذَا وُجِدَ لَهُ طَرِيْقٌ آخَرُ فِيْهِ ضَعْفٌ قَرِيْبٌ مُحْتَمِلٌ ارْتَقَى بِمَجْمُوعِ ذَلِكَ إلىَ دَرَجَةِ الحَسَنِ “
Bahkan, terkadang banyaknya jalan riwayat hingga sampai kepada derajat perawi mastur dan yang jelek hafalannya, yang jika ditemukan jalan riwayat lain yang tidak sangat dhaif, maka ia naik ke derajat hasan sebab perhimpunannya”
Ulama Wahabi Membenarkan Kandungan dan Beramal Dengan Hadith Ini
Yang sedikit agak aneh adalah, kandungan hadits ini ternyata digunakan juga oleh ulama untuk menerangkan keutamaan Ramadhan, bahkan termasuk ulama Salafi Wahabi, seperti Sholih al-Munajjid dalam mukaddimah Fatawa-nya, Utsaimin dalam Fatawa Nur (I/216) juga dalam Majmu’ Fatawa wa Rasail dan lain-lain.
Tidak hanya itu, dalam Fatawa Syabakah Islamiyyah (kitab fatwa ulama Salafi Wahabi) nombor fatwa 29683, hadits di atas masuk kategori boleh diamalkan dalam fadhilah amal. Fatawa Lajnah Daimah (Arab Saudi) fatwa nombor 4145 juga menegaskan hadits tersebut dhaif biasa.
Ditulis oleh
Ustaz Nur Hidayat
http://www.aswj-rg.com/2015/06/takhrij-hadith-bulan-ramadhan-permulaannya-adalah-rahmat-pertengahannya-adalah-ampunan-dan-akhirannya-adalah-pembebasan-dari-neraka.html
MSO-D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
Takhrij Hadith Bulan Ramadhan Permulaannya Adalah Rahmat, Pertengahannya Adalah Ampunan Dan Akhirannya Adalah Pembebasan Dari Neraka
Salah satu hadits yang kerap dipersoalkan di bulan Ramadhan adalah hadits tentang permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirannya adalah pembebasan dari neraka.
Ada dua redaksi (matan) hadits tentang ini.
Hadits Pertama:
أوَّلُ شَهْرِ رَمَضانَ رَحمَةٌ وأوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
"Bulan Ramadhan permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirannya adalah pembebasan dari neraka”
Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya dalam Fadhail Ramadhan (I/14), Ibnu Asakir dalam Tarikh (XXIIV/19), Khathib al-Baghdadi dalam al-Muwadhdhih (II/149), al-Uqaili dalam adh-Dhu’afa al-Kabir (III/437) dan lain-lain dari shahabat Abu Hurairah.
Hadits ini memang lemah. Letak kelemahannya adalah perawi yang bernama Maslamah bin Shalt yang tidak dikenal, dan perawi yang bernama Sallam bin Sulaiman bin Siwar menurut Ibnu Adi dianggap munkarul hadits.
Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan (VI/33) berkata, bahwa Masalamah bin Shalt adalah matruk haditsnya. Ia juga menukil dari al-Azdi dan menilai bahwa Maslamah adalah dhaif serta haditsnya tidak boleh dibuat hujjah.
Al-Khathib al-Baghdadi mengomentari Sallam bin Sulaiman sebagai orang yang lemah haditsnya. Dengan demikian hadits ini adalah dhaif sekali.
Hadits Kedua:
Terkandung dalam hadits yang panjang dan di dalamnya terdapat lafazh hadits berikut:
وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
"Ramadhan) adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirannya adalah pembebasan dari neraka”
Hadits ini diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahih-nya (III/191) dengan isyarat lemah, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (III/305), al-Haitsami dalam Bughyah al-Bahits (I/412), dan Ibnu Adi dalam al-Kamil (V/293).
Sebagaimana dalam Syuab al-Iman-nya al-Baihaqi, hadits ini diriwayatkan melalui jalur Ali bin Zaid bin Jud’an dari Tabi’in Said bin al-Musayyab dari Shahabat Salman al-Farisi. Terkait hadits ini, al-Hafizh as-Suyuthi berkata dalam al-Jami’ al-Kabir (I/26822) berkata:
قَالَ الحَافِظُ ابنُ حَجَرٍ فِى أطْرَافِهِ : مَدَارُهُ عَلَى عَلِىِّ بنِ زَيْد بنِ جُدْعَان وَهُو ضَعِيْفٌ وَيُوْسُفُ بنُ زِيَادٍ الرَّاوِى عَنْه ضَعِيْفٌ جِدًّا وَتَابَعَهُ إِياَسٌ بنُ عَبْدِ الغَفَّارِ عَنْ عَلِىّ بنِ زَيْد عِنْدَ البَيْهَقِى فِى شُعَبِ الإيْمَانِ قَالَ ابنُ حَجَر : وَإِياَسٌ مَا عَرَفْتُهُ.
"Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam al-Athraf berkata: “Letak kelemahan dalam hadits tersebut adalah perawi Ali bin Zaid bin Jad’an dan dia dhaif, dan Yusuf bin Ziyad yang meriwayatkan darinya yang dhaif sekali. Dan dia dikuatkan (muta’baah) oleh Iyas bin Abdul Ghaffar dari Ali bin Zaid dalam riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman”.
Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Dan Iyas aku tidak mengenalnya”.
Dengan ini dapat difahami, status hadits di atas mula-mula sangat dhaif tetapi kerana adanya mutaba’ah (salah satu penguat), maka haditsnya naik menjadi dhaif biasa.
Menurut Dr. Muhammad Mushthafa al-A’zhami dalam tahqiq-nya terhadap Shahih Ibni Khuzaimah, bahwa hadits ini dhaif karena Ali bin Zaid bin Jud’an adalah lemah.
Al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwadzi (III/449) berkata, bahwa banyak ulama yang menilai Ali bin Zaid bin Jud’an adalah perawi lemah tetapi dinilai “shaduq” oleh Imam Tirmidzi. Sedangkan derajat “shaduq” jika yang mengatakan adalah Imam at-Tirmidzi, menurut Ahmad Syakir, sebagaimana dikutip Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Lathif (hal. 130), adalah indikasi perawi hadits hasan.
Imam Badruddin al-Aini dalam Umdah al-Qari (X/278), setelah menyampaikan hadits tersebut, berkata:
وَلاَ يَصِحُّ إسْنَادُهُ وَفِيْ سَنَدِهِ إِياَسٌ قَالَ شَيْخُنَا الظَّاهِرُ أَنَّهُ ابنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ صَاحِبُ ( المِيْزَان ) إِيَاسُ بن أبِي إِيَاسٍ عَنْ سَعِيْدٍ بن المُسَيَّبِ لاَ يُعْرَفُ وَالخَبَرُ مُنْكَرٌ
"Sanadnya tidak shahih dan di dalam sanadnya terdapat Iyas. Guru kami (al-Iraqi) berkata: “Yan
Web MSO telah berwajah baru. Layari http://madrasahsunnionline.blogspot.my/ untuk melihat arkib nota yang telah disimpan. Guna google chrome utk paparan terbaik
Читать полностью…Pandangan Ulamak berkaitan Kitab Talbis Iblis
Imam Izzuddin bin Abd Salam menyebut dalam kitabnya berjudul 'Taflis Iblis';
"Setelah itu, sesungguhnya tatkala aku melihat Kitab Talbis Iblis, maka aku melihatnya sebagai teman duduk yang SANGAT BURUK. Di dalamnya mengandungi tohmahan terhadap auliya' Allah, mencela kedudukan dan bersihnya pangkat mereka, dan menjadikan prasangka salah jika syaitan telah menyesatkan mereka."
MSO-D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
Batal wudhu' Suami isteri yg bersentuhaan kulit.
Penjelasan dan huriaan dalil Mazhab Syafi'i kenapa sentuh suami or isteri itu batal wudhu'
Masalah seperti ini dipanggil zohir taa'rudh bain al adillah syariyyah (kontraduksi yang seolah-olahnya berlaku diantara dalil-dalil syarak)
bila berlaku begini maka para mujtahid akan menilai antara dua dalil dengan beberapa urutan kaedah
1- jama' (usaha untuk menyelaraskan antara dua dalil) dengan menafsirkan kedua-duanya dengan tafsiran yang menunjukkan sebenarnya tiada sebarang percanggahan
2-Tarjih (mentarjihkan salah satu dari dua dalil dengan salah satu dari puluhan murajjihat -faktor pentarjih
3-Nasakh - sekiranya dua kaedah di atas tidak boleh dipakai
4- taa'rudh - kegagalan kedua-dua dalil menjadi hujah lalu diperlukan dalil lain
dalam masalah ini secara umumnya ada dalil ayat quran dan hadis seperti yang diketahui
Imam Syafi'i mengambil makna hakikat bagi perkataan "lamasa" dengan makna asal sentuh kerana beberapa sebab
1)ia adalah makna hakikat dan dalam usul fiqh bila kita ingin memaknakan satu perkataan maka keutamaan adalah memaknakannya dengan makna hakikat kecuali ada qarinah dan dalil kuat untuk memaknakannya dengan makna majaz contoh seperti ayat mutasyabihat perkataan "yad" "wajah" dan seumpamanya
2 ) ada qiraat lain yang mambaca dengan lamasa tanpa alif yang memang hanya digunakan untuk makna sentuh dan kaedahnya quran mentafsirkan antara satu dengan yang lain juga tafsir yang kuat adalah dengan al quran.
3)adapun jimak ia adalah perkara yang membawa kepada hadas yang lebih besar yang menyebabkan perlu mandi maka wajarlah perkara yang lebih kecil dari jimak membawa kepada hadas kecil yang memerlukan kerja yang lebih kecil iaitu wuduk.
4)ayat itu menggunakan kalimah nisa' wanita-wanita secara plural kalau dimaknakan dengan jimak maka ia bermakna "atau sekiranya kamu bejimak dengan wanita-wanita". Termasuk di dalamya wanita bukan mahram yang tidak dinikahi yang membawa pengertian zina. Ia agak pelik jika dilihat pada konteks ayat atas beberapa sebab ini makna 'sentuh" diijtihad lebih tepat
setelah itu persoalannya ada hadis yang pada zahirnnya menunjukkan tidak perlu ambil wuduk:
1-hadis Hubaib bin Abi Sabit dari Aisyah "Nabi mencium salah seorang isterinya kemudian keluar mengerjakan solat dan Baginda tidak mengambil wuduk semula
2- hadis Aisyah " aku kehilangan Rasulullah pada satu malam di atas hamparan tidur lalu aku mencari Baginda dan tanganku tekena kaki baginda
Hadis pertama adalah dhoif manakala hadis kedua hadis sohih riwayat Muslim
kaedah 4 urutan yang di sebut diatas harus diperaktikkan. Adapun hadis pertama dengan ayat kita memkai kaedah tarjih (3) iaitu ianya adalah lemah dan kalau ia adalah boleh dipakai sebagai hujah kerana statusnya hasan lighairihi menurut sebahagian ulama (Syaukani) maka jawabanya seperti berikut
1 - Kemungkinan ia berlapik (Syaukani mengatakan jawaban ini ada unsur takalluf iaitu andaian yang dibuat dan agak tidak realistik hanya untuk menyelaraskan hadis dengan pendapat peribadi
2-Dalam hadis yang kedua ada kemungkinan Baginda tidak sedar Aisyah sentuh kerana sedang khusuk solat namun ada hadis lain riwayat Nasaie iaitu "Apabila baginda ingin solat witir Baginda sentuh Aisyah dengan kakinya.
3- Jawaban yang lebih wajar ialah hadis di atas adalah hadis "Fi'li" iaitu riwayat tentang perbuatan Rasulullah dan hadis perbuatan ada pelbagai kemungkinan atau disebut ihtimal kemungkinan ia berlapik atau Baginda tidak sedar. Ia adalah keistimewaan Rasulullah dan dalam banyak perkara Baginda istimewa seperti tidur Baginda tidak membatalkan wuduk, Baginda boleh berada dalam masjid walaupun berjunub, Baginda berkahwin tidak perlu wali jadi mungkin kes ini adalah keistimewaan
hadis ini tidak boleh diambil hukumnya untuk umum umat kerana alasan tadi dan ada kaedah "Jika dalil mengandungi kemungkinan dan ihtimal batallah ia sebagai hujah dan dalil 'ان طرق الدليل الاحتمال بطل الاستدلال
dan kaedah "Tiada umum dalam perbuatan"لا عموم للفعل
walhasil pendapat ini bukan rekaan ulama sekarang tetapi ia adalah berdasarkan dalil
2-i
Albaqarah di kakinya....'
وجه الإستدلال/أقوال الائمة المذاهب الأربعة عن قراءة القران والدعاء للميت.
قال جمهور العلماء (الشافعية/الحنابلة/الحنفية/المالكية) علي أنه مستحب ووصول ﺛﻮﺍﺏ ﺍﻟﻘﺮﺍﺀﺓ ﺇﺫﺍ ﺩﻋﺎ ﺍﻟﻘﺎﺭﺉ, وأما زﻋﻢ ﺑﻌﺾ ﺍﻟﻤﻔﺘﺮﻳﻦ ﻣﻦ ﺃﻥ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻳُﺤﺮّﻡ ﻗﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﻋﻠﻰ ﺍﻷﻣﻮﺍﺕ، ﻓﻬﻮ ﻛﺬﺏ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ، ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻛﺎﻥ ﺍﻟﺨﻼﻑ ﻫﻞ ﻳﺼﻞ ﺍﻟﺜﻮﺍﺏ ﺃﻡ ﻻ ﻳﺼﻞ ﻭﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﺍﻟﺨﻼﻑ ﻫﻞ ﻳﺠﻮﺯ ﺍﻟﻘﺮﺍﺀﺓ ﺃﻡ ﻻ ﺗﺠﻮﺯ . ﺑﻞ ﺇﻥ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻭﻏﻴﺮﻩ ﻣﻦ ﺳﺎﺋﺮ ﻋﻠﻤﺎﺀ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﺑﻮﺻﻮﻝ ﺛﻮﺍﺏ ﺍﻟﻘﺮﺍﺀﺓ ﺇﺫﺍ ﺩﻋﺎ ﺍﻟﻘﺎﺭﺉ ﺃﻥ ﻳﺼﻞ.
ﻓﻘﺪ ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺴﻴﻮﻃﻲ ﻓﻲ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﺼﺪﻭﺭ وﺍﻹﻣﺎﻡ ﺍﻟﺤﺎﻓﻆ ﻗﺎﺿﻲ ﺍﻟﻘﻀﺎﺓ ﺗﻘﻲ ﺍﻟﺪﻳﻦ ﺍﻟﺴﺒﻜﻲ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺑﻪ ﻗﻀﺎﺀ ﺍﻷﺭﺏ ﻓﻲ ﺃﺳﺌﻠﺔ ﺣﻠﺐ : إﺧﺘﻠﻒ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﻓﻲ ﻭﺻﻮﻝ ﺛﻮﺍﺏ ﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ ﻟﻠﻤﻴﺖ، ﻓﺠﻤﻬﻮﺭ ﺍﻟﺴﻠﻒ ﻭﺍﻷﺋﻤﺔ ﺍﻟﺜﻼﺙ ﻋﻠﻰ ﻭﺍﻟﻮﺻﻮﻝ ﻭﺧﺎﻟﻒ ﻓﻲ ﺫﻟﻚ ﺇﻣﺎﻣﻨﺎ ﺍﻟﺸﺎﻓﻌﻲ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ...
Hujjah pendalilan dan pandangan Imam-imam Mazhab 4 yang muktamad berkenaan hukum membaca Al-quran keatas mayat dan sampaikah pahala bacaan kepada mereka.
Jumhur Ulama' daripada As-syafieyyah, Al-hanabilah, Hanafiyyah dan Al-malikiyyah bahwa sanya hukum tersebut adalah SUNAT bahkan dianjurkan oleh syara' bahkan sampai pahala bacaan tersebut kepada si mati, adapun mereka yang mendakwa bahwa Imamuna Syafie rahmatullahAlaih melarang perbuatan tersebut adalah DUSTA, justeru yang menjadi punca kekhilafan antara ulama adalah sampainya pahala ataupun tidak disebalik perbuatan tersebut bukanlah harus membacanya ataupun tidak harus, bahkan telah sepakat ijma' ulama muslimin bahwa sanya SAMPAI PAHALA BACAAN KEPADA ORANG SUDAH MENINGGAL DUNIA TATKALA DI BACA OLEH ORANG YANG MASIH HIDUP.
Dinukilkan oleh Al-imam Alhafiz Jalaluddin As-suyuthi dalam Syarah Al-sudr dan Al-imam Qadhi Qudhoh Tajuddin As-subki dalam Qadha' Al-a'rbb bahwa sanya ; telah berkhilaf para ulama' tentang sampainya pahala bacaan orang hidup kepada si mati namun jumhur ulama daripada salafussoleh mengatakan sampai pahala perbuatan demikian tetapi Imam Syafie masih berkhilaf berkenaanya, tetapi pendapat ini ditarjihkan balik oleh Imam Nawawi dalam Al-adzkar....
المراجع :
۱. الشافعية
ما نصه في فتح الوهاب ص (٢/۱٩)، حاشية الجمال (٧/٦٧)، حاشية الشرواني لتحفة المحتاج (٧٤/٨)
٢. الحنابلة
ما نصه في الإنصاف ص (٢/٥٥٧)، مغني لابن قدامة (٢/٤٦٢)
٣. الحنفية
ما نصه في شرح تنوير الأبصار ص (٢\٢٤٢)، حاشية رد المحتار علي الدر المختار، تبيين الحقائق
٤. المالكية
ما نصه في التذكرة للقرطبي، جواهر الإكليل، حاشية الدسوقي ص (٨\٢٤٦)
Rujukan :
1. As-syafieyyah
Dinukilkan oleh Syeikh Zakariyya Al-ansoori dalam Fathul Wahhab m/s (2/19), Syeikh Sulaiman Al-jamal dalam Hasyiyahnya m/s (7/67) dan Syeikh Ahmad Bin Qassem Al-u'baadi dalam Hasyiyah Al-syhirwani Wal U'baadi Lil Tuhfatil Muhtaj m/s (8/73).
2. Al-hanabilah
Dinukilkan oleh Al-imam Abu Bakr Al-maruziyy dan Al-imam Mardawiyy Al-hanbaliyy dalam m/s (2/557) dan Ibnu Qudamah Al-maqdisiyy dalam Mughninya m/s (2/462).
3. Hanafiyyah
Dinukilkan oleh Syeikh Alaa'udiin Al-hanfiyy Al-husokafiyy dalam Syarah Tanwir Al-absoor m/s (2/242) dan Al-imam Az-zaila'iey dalam Tabyinul Haqaiq.
4. Al-malikiyyah
Dinukilkan oleh Al-imam Qurtubiyy dalam At-tazkiroh dan Hasyiyah Ad-dusuqiyy m/s (8/246).
الترجيح :
ما نصه ابن تيمية رحمه الله نفسه في مجموع الفتاوي ص (٢٤/٣٠٦/٣٢٤) وابن قيم في الروح ص (٥).
Yakni pendapat yang kuat/raajih bahkan ditegaskan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri dalam Majmu Fatawanya m/s (24/306/324) dan Ibnu Qayyim dalam Ar-ruh m/s 5 bahwa sanya ; “Para Al-immah (Imam-imam) telah bersepakat bahwa si mati dapat memperolehi manfaat pahala daripada hadiah dan sedekah bacaan orang hidup, bahkan ini termasuk dalam perkara yang pasti diketahui dalam islam, dan telah dibuktikan dengan dalil-dalil dalam Al-quran, As-sunnah, dan Ijma’ Ulama, barang siapa menentang hal tersebut, maka ia termasuk dalam ahli bid’ah...”, sangat menghairankan dan kontradiksi kefahaman SS Dr Maza! apakah yang dikehendaki beliau? selepas mencarikkan ijma' ulama muslimin dengan fatwa syadz (ganjil) daripada beliau bahkan menyalahi imam pujaan beliau, berkenaan dakwaan beliau bahwa mengambil upah bacaan membaca Al-quran kepada si mati sebenarnya adalah FITNAH, kami anak pondok tidak pernah di ajarkan oleh guru-guru pondok kami menetapkan bayaran tetapi baya
Dapatkan 3 buku terbaru terbitan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA) berkaitan tarekat, akidah & himpunan zikir
Читать полностью…Ertinya: Dan disunnahkan menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur. Dianjurkan agar berbuka dengan kurma atau jika tidak ada, dengan air. Dan ketika berbuka hendaklah membaca, “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”. Maha Suci Engkau ya Allah dan segala pujian bagi-Mu. Ya Allah, terimalah ibadahku sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Asy Syarh Al Kabir karya Ibnu Qudamah, juz 3, halaman 76)
Jadi para ulama menggabungkan semua riwayat yang semuanya sunnah, bukan seperti kelompok minoriti yang suka menimbulkan perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat umat islam nusantara
ABU SUNNAH
TMG
link asal 👇🏼 https://www.facebook.com/990303737717259/photos/a.990309187716714.1073741827.990303737717259/1033948283352804/?type=3&theater
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa apabila azan subuh sudah berkumandang, maka tidak dibenarkan lagi makan dan minum. Kecualilah jika sekiranya kita menyangka muazzin itu tersalah lalu melaungkan azan sebelum masuk waktunya.
2.3: Bercanggah dengan akal yang sihat
Katakanlah ada dua surau yang berhampiran yang jarak di antara keduanya tidak sampai 1km (dalam zon waktu solat yang sama). Surau A, muazzinnya azan agak laju. Dalam masa seminit, dia sudah selesai melaungkan azan. Surau B, azannya agak perlahan. Slow and steady je. Siap bawa taranum dalam azan. Muazzin Surau B habis azan dalam masa 2 minit (sebagai contoh). Maka, ahli kariah Surau B dapat 'masa kecederaan' lebihlah kalau macam tu? Adilkah? Bukankah kedua-dua surau terletak dalam ZON YANG SAMA? Jarak tak jauh kan? Macam mana boleh berbeza pula masa kecederaannya?
Andaikata Surau A tukar muazzin (sebab jeles dengan Surau B). Kali ini masa kecederaannya 2 minit setengah pula. Bolehkah macam tu? Bagai mana mungkin ibadat puasa yang agung ini 'diikat' dengan sesuatu yang tidak tetap macam ni?
3) ANDAIKATA HADITH DI ATAS SAHIH?
Andaikata hadith tersebut sahih sekalipun, kita perlu faham bahawa hadith Abu Daud di atas menceritakan tentang azan pertama, iaitu azan Saidina Bilal. Bukannya azan subuh. Hadith Bukhari dan Muslim pada point 2.2 di atas sangat jelas menunjukkan beza antara kedua-dua azan tersebut. Manakala hadith Abu Daud tidak sebut pun azan yang mana. Maka hadith Abu Daud itu perlu ditafsirkan dengan hadith Bukhari Muslim itu yang LEBIH SOHIH DAN SORIH. Inilah yang difahami oleh para ulama yang mensyarahkan Sunan Abi Daud sebenarnya.
3.1:
Pengarang Kitab Al-Manhal Al-'Azb Al-Maurud Syarah Sunan Abi Daud berkata:
قوله إذا سمع أحدكم النداء الخ ... أي الأذان الأول للصبح وهو أذان بلال فإنه كان يؤذن قبل طلوع الفجر ليرجع القائم ويتنبّهُ النائم كما تقدم .
"(Kata-kata) : 'apabila salah seorang di antara kamu mendengar azan...' : iaitu AZAN PERTAMA untuk subuh, iaitu azan Bilal, kerana Bilal melaungkan azan SEBELUM terbit fajar, agar orang yang berqiamullail balik ke rumah dan orang yang tidur pula berjaga, seperti mana yang (telah dijelaskan) sebelum ini"
3.2:
Maulana Khalil Ahmad As-Saharanpuri berkata dalam Bazlul Majhud (syarah Sunan Abi Daud):
هذا يحمل على قوله " إن بلالا يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم " وقال البيهقي : هذا أرجح ، فإنه محمول عند عوام أهل العلم على أنه صلى الله عليه وسلم علم أن المنادِي كان ينادي قبل طلوع الفجر
“Hadith ini (hadith yang mengatakan boleh makan semasa azan) ditakwilkan mengikut hadith: "Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim). Dan berkata Imam Al-Baihaqi: INILAH YANG LEBIH TEPAT. Kerana kebanyakan ahli ilmu mentakwilkannya dengan mengatakan bahawa Nabi SAW (membenarkan makan kerana Baginda SAW) mengetahui bahawa muazzin (pada ketika peristiwa itu) melaungkan azan sebelum terbit fajar”.
3.3
Dalam Syarah Sunan Abi Daud yang lebih ‘senior’, iaitu Kitab Ma’alim As-Sunan, pengarangnya, Imam Khattabi mensyarahkan hadith Abu Daud di atas dengan mengatakan:
هذا على قوله أن بلالاً يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم ، أو يكون معناه إن سمع الأذان وهو يشك في الصبح
“Hadith ini (difahami) mengikut hadith: "Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim). Atau makna hadith ini (hadith yang kata boleh makan) ialah: jika seseorang itu mendengar azan dalam keadaan dia syak benarkah telah masuk waktu subuh”
4) KEEMPAT-EMPAT MAZHAB TIDAK BERKATA : BOLEH MAKAN SELAGI AZAN BELUM TAMAT
Imam Nawawi menyebutkan dalam kitabnya, Al-Majmu’ (Jilid 6, halaman 324, Cetakan Al-Muniriyyah):
هذا الذي ذكرناه من الدخول في الصوم بطلوع الفجر وتحريم الطعام والشراب والجماع به هو مذهبنا ومذهب أبي حنيفة ومالك وأحمد
QUNUT WITIR
Ada seorang pakcik memaklumkan kepada saya bahawa salah seorang ahli jemaah di suraunya yang 'bermanhaj lain' mempertikaikan kenapa malam 16 Ramadan baru nak buat qunut witir. Lelaki tu suruh pihak surau buat qunut witir dari malam pertama lagi. Katanya: "ini baru sunnah".
Ya Allah.. Kalaulah lelaki tu belajar fiqh secara mendalam, pastinya dia tahu bahawa masalah qunut witir ni memang masalah yang dah dibahaskan oleh ulama sejak dulu lagi. Bagi saya, jalan yang terbaik ialah masing-masing ikut hukum yang telah diputuskan oleh ulama mazhab masing-masing. Kalau nak bahas sampai bila pun tak akan selesai.
Saya tertarik dengan kata-kata Al-Hafiz Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkenaan dengan masalah ini di mana beliau berkata:
وأما القنوات في الوتر فجائز وليس بلازم فمن أصحابه - أي النبي صلى الله عليه وسلم- من لم يقنت، ومنهم من قنت في النصف الأخير من رمضان، ومنهم من قنت السنة كلها، والعلماء منهم من يستحب الأول كمالك، ومنهم من يستحب الثاني كالشافعي وأحمد في رواية، ومنهم من يستحب الثالث كأبي حنيفة والإمام أحمد في رواية. والجميع جائز فمن فعل شيئاً من ذلك فلا لوم عليه
"Dan adapun qunut dalam witir maka ia adalah jaiz (boleh buat) dan bukannya lazim (wajib). Di kalangan sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم ada yang tidak qunut. Ada juga di kalangan mereka yang qunut pada separuh akhir Ramadan. Ada juga yang melakukan qunut (witir) sepanjang tahun. Dan di kalangan para ulama pula ada yang menyukai pendapat yang pertama (iaitu tidak qunut langsung semasa witir) seperti Imam Malik rahimahullah. Ada juga yang menyukai pendapat kedua (iaitu qunut hanya pada separuh akhir Ramadan) seperti IMAM SYAFIE dan Imam Ahmad rahimahumallah dalam suatu riwayat. Ada juga yang menyukai pendapat ketiga (iaitu qunut witir sepanjang tahun) seperti Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad rahimahumallah dalam suatu riwayat yang lain. Dan KESEMUANYA JAIZ. Sesiapa yang mengamalkan salah satu daripada pendapat-pendapat tersebut, maka TIADA CELAAN ke atasnya"
Kita semua maklum betapa kuatnya Ibnu Taimiyyah berpegang dengan sesuatu pandangan jika sekiranya bagi beliau pandangan itulah yang paling hampir dengan sunnah. Tapi dalam keadaan itu pun beliau memulangkan kembali kepada kita semua untuk buat pilihan dalam masalah qunut witir ini. Jadi, apalah salahnya kalau kita meraikan amalan yang sudah sedia ada di tempat kita? :)
Akhukum fil Islam was Sunnah,
Abu Raihanah Abdur Rahman Ibn Harman Shah Raniri.
PERINGKAT GELARAN PAKAR HADIS
Menjadi ahli/pakar hadis menjadi rebutan ramai pada akhir zaman ini. Sedangkan para alim ulama begitu tawadhuk tidak mahu menyandang gelaran ini. Terdapat beberapa peringkat gelaran bagi ahli hadis, saya akan senaraikan dari peringkat tertinggi:
1) Amirul Mukminin Fil Hadis
* gelaran yang diberikan kepada tokoh paling menonjol pada zamannya dalam bidang hafalan dan dirayah hadis serta segala cabang-cabangnya.
* gelaran ini diberikan oleh ulama sezaman dan terkemudian daripadanya sebagai penyaksian terhadap kedalaman ilmu hadisnya
* antara yang mendapat gelaran ini ialah:
• Imam Syu'bah ibn Al-Hajjaj
• Imam Bukhari
• Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
2) Al-Hakim
* ulama yang menguasai seluruh ilmu hadis sehingga tidak ada yang tertinggal baginya serta mengetahui setiap ta'dil dan tajrih bagi perawi hadis yang dihafalnya.
* menghafaz melebihi 300,000 hadis termasuk sanad yang lengkap
* antara yang mendapat gelaran ini ialah:
• Imam Malik bin Dinar
• Imam Laith bin Saad
• Imam Al-Hakim An-Naisaburi
3) Al-Hujjah
* ulama yang memiliki pengetahuan sempurna mengenai hadith dari aspek matan dan sanad hadith, perihal perawi dari sudut al-jarh wa al-ta'dil serta tarikh kelahiran dan kewafatan mereka.
* menghafaz tidak kurang daripada 300,000 hadis berserta perawi yang lengkap
* ulama yang tergolong dalam gelaran al-Hujjah ini antaranya:
• Imam Sufian bin Uyainah
• Imam Al-Darimi
• Imam Al-Tabrani
4) Al-Hafiz
* Seseorang yang masyhur menuntut ilmu hadis di kalangan ulama dan mengetahui tabaqat perawi-perawi dan martabat mereka.
* Mengetahui al-tajrih dan al-ta'dil, membezakan antara sahih dan sebaliknya, sehingga hadith-hadith yang dihafal melebihi 100,000 hadis.
* antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini ialah:
• Imam Al-Mizzi
• Imam Al-Baihaqi
• Imam Al-Suyuthi
5) Al-Muhadith
* Al-Muhadith merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith riwayat, dirayah serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadith-hadith dan para perawi pada zamannya.
* Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran al-musnid
* Antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini:
• Maulana Zakaria Al-Kandahlawi
• Syeikh Mahmud Said Mamduh
• Syeikh Taqi Uthmani
6) Al-Mufid
Al-Mufid:
* Seseorang yang terhimpun pada dirinya syarat-syarat al-muhaddith, serta memenuhi keahlian untuk memberi manfaat kepada para pelajar yang menghadiri majlis mendengar dan menyalin hadith.
* Ia adalah suatu mertabat yang digunakan pada kurun ketiga hijrah.
7) Al-Musnid
* Seorang perawi yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, melainkan sekadar meriwayatkannya semata-mata.
* Ulama yang menghimpunkan sanad yang banyak dari kebanyakan Al-Muhadith di zamannya.
* Antara ulama yang digelar dengan Al-Musnid:
• Syeikh Alawi Al-Maliki
• Maulana Syah Waliyullah Al-Dahlawi
• Syeikh Yasin Al-Fadani
Inilah darjat-darjat bagi pakar hadis berserta syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Persoalan terakhir,
"Dimanakah kedudukan PhD hadis yang sering bermulut laser mengeluarkan perkataan seperti poyo, bacul, gila dan lain-lain?"
~ adakah ia thiqah atau tidak?
~ perlu dinilai dengan ta'dil atau tajrih?
Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)
g zhahir, Iyas adalah Ibnu Abi Iyas. Penulis kitab al-Mizan berkata: “Iyas bin Abi Iyas dari Said bin Musayyab tidak dikenal. Dan haditsnya munkar”. Hadits yang dinilai munkar oleh Badruddin al-Aini ini adalah hadits riwayat Harits bin Usamah dalam Musnad-nya dengan perawi yang berbeza dengan perawi Ibnu Khuzaimah, meski semua meriwayatkan dari jalur Said bin Musayyab dari Salman al-Farisi.
Dengan demikian, riwayat yang dinilai munkar haditsnya hanya riwayat dari Harits bin Usamah.
Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan(I/475) menulis tentang Iyas:
إِيَاسُ بن أبِي إِيَاسٍ عَنْ سَعِيْدٍ بن المُسَيَّبِ لاَ يُعْرَفُ أيْضًا وَخَبَرُهُ مُنْكَرٌ وَذَكَرَهُ العُقَيْلِيّ فَقَالَ مَجْهُولٌ وَحَدِيْثُهُ غَيْرُ مَحْفُوْظٍ
'Iyas bin Abi Iyas dari Said bin Musayyab tidak dikenal juga, dan haditsnya munkar. Al-Uqaili menyebutkannya dan berkata: “Ia majhul dan haditsnya tidak mahfuzh”
Lalu apa yang dimaksud dengan “munkar” tersebut?
Apakah ia masuk kategori hadits yang sangat dhaif sebagaimana maklum dalam ilmu mushthalah hadits hingga tak dapat lagi diamalkan sama sekali dalam hal apapun?
Mari kita kaji lebih lanjut.
Hadits munkar adalah hadits dengan perawi yang kesalahannya terlalu banyak, atau banyak sekali kelalaiannya, atau terlihat jelas kefasikannya.
Pertanyaannya, apakah Iyas bin Abi Iyas demikian adanya?
Tidak sama sekali. Dia hanya perawi yang majhul dan tidak sampai pada level seperti itu. Jika keadaan dia seperti itu tentu ulama tidak akan menilainya majhul lagi, karena jelas ia cacat.
Atau menurut definisi sebagian ulama, hadits munkar adalah hadits yang diriwayatkan perawi dhaif yang menyelisihi hadits yang diriwayatkan perawi tsiqah.
Pertanyaannya, manakah hadits dengan perawi tsiqah dalam masalah ini yang diperselisihi hadits di atas?
Adakah ulama yang mengatakan demikain?
Tidak ada sama sekali kecuali analisa sebagian pengkaji yang hanya berusaha meraba-raba maksud dari Imam Badruddin al-Aini saja. Apalagi tidak ada ayat atau hadits yang secara sharih (jelas) diperselisihinya yang itu merupakan indikasi munkar dalam matannya.
Jika Iyas bin Abi Iyas tidak masuk dalam dua definisi di atas, lalu apa maksud istilah haditsnya munkar di atas?
Coba kembali kita fahami dengan seksama ucapan al-Aini. Ia hanya mengatakan “Haditsnya munkar” dan itu sifatnya perawi bukan sifatnya hadits. Dan kemungkinan besar, maksud dari munkar tersebut ialah istilah yang disebutkan ulama mutaqaddimin, bahwa munkar adalah hadits yang diriwayatkan perawi yang hanya meriwayatkan satu hadits saja.
Maksudnya, Harist bin Abi Utsamah dalam Musnad-nya, dari Abdullah bin Bakr dari Iyas bin Abi Iyas dan Iyas tersebut hanya meriwayatkan satu hadits itu saja.
Imam Abdul Hayyi al-Luknawi dalam ar-Raf’ wa at-Takmil (hal. 201) berkata:
قَالَ الزَّيْنُ العِرَاقِيّ فِي تَخْرِيْجِ اَحَادِيْثِ احْيَاء العُلُوم كَثِيْرًا مَا يُطْلِقُونَ المُنْكَرَ عَلىَ الرَّاوِي لِكَوْنِهِ رَوَى حَدِيْثًا وَاحِدًا
"Zain al-Iraqi dalam Takhrij Ihya berkata: “Banyak sekali ulama mengucapkan istilah munkar untuk perawi karena dia meriwayatkan satu hadits saja”.
Dan apa yang dikatakan al-Hafizh Ibnu Hajar di atas terdapat indikasi ke sana. Dan jika ini benar, maka hadits ini bukan terkategorikan munkar yang masuk peringkat sangat dhaif, tetapi dhaif biasa disebabkan majhulnya perawi.
Dan mungkin inilah maksud Ibnu Arraq dalam Tanzih asy-Syari’at (II/57) yang menyebutkan istilah munkar boleh diamalkan dalam fadhail amal:
والمُنْكَرُ مِنْ قِسْمِ الضَّعِيْفِ وَهُوَ مُحْتَمَلٌ فِي الفَضَائِلِ
"Dan munkar adalah termasuk bagian hadits dhaif. Dan ia dimaafkan dalam fadhilah amal”
Kesimpulan
Hadits pertama statusnya sangat dhaif. Sedangkan hadits kedua berstatus dhaif biasa tidak sampai masuk peringkat dhaif sekali. Andaipun hadits yang kedua ini juga dhaif sekali, tetapi karena terdapat riwayat lain yang sederajat, maka sesuai dengan kaidah yang dicetuskan al-Hafizh Ibnu Hajar dan al-Hafizh as-Suyuthi, derajatnya naik menjadi dhaif biasa, sehingga dapat diamalkan dalam fadhilah amal, targhib wa tarhib dan lain-lain.
Sayyid Alawi al-Maliki dal
Berikut adalah kumpulan perbahasan yang ditulis oleh penyelidik-penyelidik Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunah Wal Jamaah Johor Bahru (ARG) iaitu Ustaz Nur Hidayat, Ustaz Ibn Abdillah Al Katibiy dan lain-lain untuk seluruh umat Islam Nusantara bagi menjawab persoalan yang menimbulkan keraguan. Semoga usaha kecil ini mendapat redha dari Allah dan Moga Allah sentiasa menetapkan kita dalam Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Semoga bermanfaat dan sebarkan.
1- Perbahasan Ringkas Solat Tarawih 20 Rakaat
http://www.aswj-rg.com/2015/06/perbahasan-ringkas-solat-tarawih-20-rakaat.html
2- Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-keutamaan-memberi-makan-orang-berbuka-puasa.html
3- Kelebihan Berdoa Ketika Berbuka Puasa
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-kelebihan-berdoa-ketika-berbuka-puasa.html
4- Doa Berbuka Puasa
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-doa-berbuka-puasa.html
5- Ramadan Tergantung Kerana Zakat Fitrah
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-ramadan-tergantung-kerana-zakat-fitrah.html
6- Keutamaan Bulan Ramadan
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-keutamaan-bulan-ramadan.html
7- Jihad Besar (Ramadan)
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-jihad-besar-ramadan.html
8- Doa Lailatul Qadar
http://www.aswj-rg.com/2015/06/siri-kajian-hadith-doa-lailatul-qadar.html
9- Maksud Hadits Lima Perkara Yang Membatalkan (pahala) Puasa
http://www.aswj-rg.com/2014/06/maksud-hadits-lima-perkara-yang-membatalkan-pahala-puasa.html
10- Analisis Ilmiah dan Menjawab Syubhat Abul Jauzaa Terhadap Waktu Imsak
http://www.aswj-rg.com/2015/06/analisis-ilmiah-dan-menjawab-syubhat-abul-jauzaa-terhadap-waktu-imsak.html
MSO-D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
BERSELAWAT TERAWIH AMALAN SALAF
قال الكاساني في البدائع 1/291: (ومنها: أن الإمام كلما صلى ترويحة قعد بين الترويحتين قدر ترويحة يسبح ويهلل ويكبر، ويصلي على النبي صلى الله عليه وسلم، ويدعو. وينتظر أيضاً بعد الخامسة قدر ترويحة، لأنه متوارث من السلف.
Berkata Imam Al-Kasani (wafat 578H) bahawa bertasbih,bertahlil,bertakbir dan berselawat dan berdoa bersama imam ketika terawih adalah amalan salafussoleh.
- Ustaz Mazrisyam bin Sharif
a juga pendapat sahabat Abdullah bin Masu'd Umar bin Khottob ,Abdullah bin Umar dan Zaid bin Aslam Tabiin Makhul, sya'bi, ibrahim nakhoi"e, A'to' bin Saib, Zuhrie, Yahya bin Saied
3- Kalau ia salah tidak menjejaskan sahnya solat
4-kita tidak ada masalah dengan pendapat yang mengatakan tidak perlu wuduk kerana ia adalah amalan bertrilion manusia bermazhab Hanafi dan kita tak akan mengatakan mereka yang berpendapat begini adalah wahabi beza hanafi dengan wahabi
1- Ulama Hanafi tidak menyesatkan orang yang mengatakan perlu mengambil wuduk
2-Mereka tidak mengatakan ini pendapat rekaan ulama
3-Mereka tidak sibuk berdakwah kepada pendapat ini di kalangan khalayak bermazhab Syafi'i
4-Mereka berpendapat pendapat mereka lebih kuat dan ada kemungkinan salah
5-Demi meraikan khilaf dalam mazhab Hanafi mengatakan disunatkan ambil wuduk bila sentuh wanita
6- Mereka berbincang atas semangat ilmiyah bukan untuk mengeluarkan sesiapa dari sof ahli sunnah waljamaah
7-mereka yang mengatakan pendapat Imam Syafi'i bertentangan sunah pada hakikatnya tidak mengamalkan sunah kerana dalam hadis itu hanya mengatakan Baginda sentuh isteri dan tak ambil wuduk manakala mereka mengatakan sentuh sesiapapun dikalangan wanita ajnabi tidak perlu ambil wuduk.
- Oleh Ust Lutfi, Tenaga Pengajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling
MSO-D22
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
HUKUM BERBEZA NIAT ANTARA IMAM DAN MAKMUM
Ada yang bertanya al-faqir (semoga Allah mengampunkannya dengan kemulian bulan ini): Mengapa kita boleh solat qadha di belakang imam yang sedang solat terawih? Bukankah niat berlainan?
Jawapannya: Perbezaan niat antara imam dan makmum tidak menjejaskan sahnya solat. Ini ialah pegangan mazhab kita, Mazhab Imam Syafie. Bukan taksub, tapi memang ada dalil yang kuat. Antaranya ialah dalil yang disebutkan dalam Kitab Al-Umm:
كَانَ مُعَاذٌ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ، ثُمَّ يَنْطَلِقُ إلَى قَوْمِهِ فَيُصَلِّيهَا لَهُمْ هِيَ لَهُ تَطَوُّعٌ وَهِيَ لَهُمْ مَكْتُوبَةٌ
"Mu'az RA telah menunaikan solat isyak bersama dengan Nabi SAW. Kemudian beliau balik kepada kaumnya. Maka beliau bersolat (menjadi imam) bagi mereka. Solat itu bagi Mu'az adalah solat solat sunat sedangkan bagi mereka solat itu adalah solat fardu (isyak)"
Riwayat ini juga dikeluarkan oleh Imam Abdur Razzaq dalam Musonnaf-nya dan Imam Ad-Daraqutni dalam Sunan-nya. Kata Imam Syafie pada riwayat Harmalah: "Hadith ini thabit dan aku tidak mengetahui suatu hadith yang diriwayatkan dengan satu jalan yang lebih thabit daripada hadith ini dan lebih thiqah para perawinya daripada hadith ini". Ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani dalam Fathul Bari: "Hadith ini hadith sahih dan para perawinya perawi sahih" (1).
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan niat tidak menjejaskan sahnya solat imam atau makmum kerana Sayyiduna Mu'az mengimami solat dan beliau meniatkan solat itu sebagai solat sunat (kerana beliau sudah menunaikan solat isyak bersama Nabi SAW) sedangkan para makmumnya meniatkan solat itu sebagai solat fardu isyak. Wallahua'lam.
Akhukum fis-sunnah,
Abu Raihanah Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri
(Ghafarallahu lahu wa liwalidaihi).
____________________________
(1) Cetakan Darul Wafa', Tahqiq: Syeikhuna Al-Muhaddith Al-Faqih Prof Dr Rif'at Fauzi, Jilid 2, Halaman 347, kitabus Solah, Di bawah tajuk: Ikhtilaf Niyyatil Imam Wal Ma'mum. Hadith No 349.
ran yaang dihulurkan merupakan suatu hadiah dan sedekah daripada keluarga si mati buat perbelanjaan kami, adapun borang bacaan Al-quran kepada si mati sempena ramadhan yang dikeluarkan oleh sebahagian pihak adalah bagi memudahkan urusan bukanlah suatu kewajipan yang wajib dipenuhi bahkan kita muslim dituntut memudahkan urusan muslim yang lain, sebaliknya beliau tabayyun (mencari penjelasan) sebelum menyebarkan fitnah,
الحكم علي شيء فرع عن تصوره
Menghakimi sesuatu perkara itu dengan sewajarnya adalah sebahagian daripada memahami penjelasan disebalik sesuatu isu, semoga Allah Taala merahmati guru-guru pondok kami dan memberi beliau hidayah dan taufiq kepada beliau dan kita....Ameen....
Wallahua'lam...
IbnuQassem@Salafytobat93
Hayyu Sabie, Cairo, Egypt
بسم الله الرحمن الرحيم
SAMPAINYA HADIAH PAHALA KEPADA ORANG MATI.
Suatu jawapan kepada SS Dr Maza berkenaan 'SAMPAINYA HADIAH PAHALA KEPADA ORANG MATI' ketika sesi dialog beliau pogram sempena ramadhan (bahtera perubahan) di astro oasis, mengikut perbahasan secara kritikal mengikut metodologi Mazhabiyyah, berikut perincian perbahasan tersebut ;
ﺑﺎﺏ ﺍﻧﺘﻔﺎﻉ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﺑﺎﻟﺪﻋﺎﺀ ﻭﺍﻟﻘﺮﺀﺍﻥ.
Bab pada menyatakan manfaat muslimin dengan doa dan bacaan Al-quran :
الأدلة الشرعية فيما يتعلق به :
۱. قال الله تعالى : وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ.... سورة الحشر { ۱. }
Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".
ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻨﻮﻭﻱ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺑﻪ ( ﺍﻷﺫﻛﺎﺭ ) ﻣﺎ ﻧﺼﻪ : ﺑﺎﺏ ﻣﺎ ﻳﻨﻔﻊ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﻣﻦ ﻗﻮﻝ ﻏﻴﺮﻩ : ﺃﺟﻤﻊ ﺍﻟﻌﻠﻤﺎﺀ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﺍﻟﺪﻋﺎﺀ ﻟﻸﻣﻮﺍﺕ ﻳﻨﻔﻌﻬﻢ ﻭﻳﺼﻠﻬﻢ ﺛﻮﺍﺑﻪ ﻭﺍﺣﺘﺠﻮﺍ ﺑﻘﻮﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ :{ ﻭﺍﻟﺬﻱ ﺟﺎﺀﻭﺍ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻫﻢ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ ﺭﺑﻨﺎ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻨﺎ ﻭﻹﺧﻮﺍﻧﻨﺎ ﺍﻟﺬﻳﻦ ﺳﺒﻘﻮﻧﺎ ﺑﺎﻹﻳﻤﺎﻥ... } ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺍﻵﻳﺎﺕ ﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺭﺓ ﺑﻤﻌﻨﺎﻫﺎ، ﻭﻓﻲ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺭﺓ ﻛﻘﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : " ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻷﻫﻞ ﺑﻘﻴﻊ ﺍﻟﻐﺮﻗﺪ " ، ﻭﻛﻘﻮﻟﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : " ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﺤﻴﻨﺎ ﻭﻣﻴﺘﻨﺎ " ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻭﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ .
1. Telah dinukilkan daripada Al-Imam Nawawi Rahimahulloh dalam Al-Azkar pada bab ; Manfaat dapat diperoleh oleh si mati daripada segala bentuk kebajikan termasuk doa dan bacaan Al-quran.
Telah bersepakat IJMA' para ULAMA' bahwa sanya doa untuk si mati dapat memberi manfaat kepada si mati dan dapat memperolehi pahala disebalik doa tersebut daripada si pembaca orang yang hidup berdasarkan dalil daripada surah Al-hasyr ayat yang ke 10 dan ayat-ayat masyhur yang lain yang memberi kefahaman yang sama dengan ayat daripada surah tersebut. Pendalilan daripada ayat Al-quran ini sesuai dengan sandaran hadis yang mahsyur berdasarkan Hadits yang masyhur di mana baginda Rasulullah ShallahuAlaihiwasallam memohon doa keampunan kepada penghuni perkuburan baqi' hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tarmidzi An-Nasa-ie, Abu Daud dan selainnya.
٢. ﻭﻣﻤﺎ ﻳﺸﻬﺪ ﻟﻨﻔﻊ ﺍﻟﻤﻴﺖ ﺑﻘﺮﺍﺀﺓ ﻏﻴﺮﻩ ﺣﺪﻳﺚ ﻣﻌﻘﻞ ﺑﻦ ﻳﺴﺎﺭ ﺃﻥّ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ : " ﺍﻗﺮﺀﻭﺍ ﻳﺲ ﻋﻠﻰ ﻣﻮﺗﺎﻛﻢ " ﺭﻭﺍﻩ ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ، ﻭﺍﻟﻨﺴﺎﺋﻲ ﻓﻲ ﻋﻤﻞ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻭﺍﻟﻠﻴﻠﺔ، ﻭﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﺔ، ﻭﺍﺣﻤﺪ، ﻭﺍﻟﺤﺎﻛﻢ، ﻭﺍﺑﻦ ﺣﺒﺎﻥ .
2. Demikian penyaksian (sampai/bermanfaat doa dan bacaan orang hidup kepada si mati) bahwa sanya hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina Mu'qil bin Yasar RadhiallahuAnhu, Sesungguhnya Rasulullah shallahuAlaihiwasallam bersabda ; " Bacalah oleh kamu (surat) Yasin atas si mati (sedang sakratul maut atau setelahnya) diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i pada Bab "Amalan Hari dan Malam" dan juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad dan al-Hakim dan Ibn Hibban.
٣. ما نصه في مجمع الزوائد ص ( ٣/٤٤ )
والمعجم الكبير للطبراني إسناده صحيح وفتح الباري للحافظ ابن حجر العسقلاني ص (٣/۱٨٤) أخرجه الطبراني أيضا بإسناد حسن ورجاله موثوقون.
ﻭﺭﻭﻯ ﺍﻟﻄﺒﺮﺍﻧﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﻌﺠﻢ ﺍﻟﻜﺒﻴﺮ ﻋﻦ ﺍﺑﻦ ﻋﻤﺮ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﺃﻧﻪ ﻗﺎﻝ : ﺳﻤﻌﺖ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻘﻮﻝ : " ﺇﺫﺍ ﻣﺎﺕ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﻓﻼ ﺗﺤﺒﺴﻮﻩ ﻭﺃﺳﺮﻋﻮﺍ ﺑﻪ ﺇﻟﻰ ﻗﺒﺮﻩ ﻭﻟﻴُﻘﺮﺃ ﻋﻨﺪ ﺭﺃﺳﻪ ﺑﻔﺎﺗﺤﺔ ﺍﻟﻜﺘﺎﺏ ﻭﻋﻨﺪ ﺭﺟﻠﻴﻪ ﺑﺨﺎﺗﻤﺔ ﺍﻟﺒﻘﺮﺓ ﻓﻲ ﻗﺒﺮﻩ..."
3. Telah dibukilkan oleh At-tabrani dalam Mu'ajam Al-kaber begitu juga dalam Majma' Zawaid, Fathul Barri bagi Al-hafiz Ibnu Hajr Asy-qolaniyy dengan isnad yg sahih, ada juga mengatakan isnadnya hassan tetapi rowi/rijal yang meriwayatkanya kesemuanya thiqqoh (dipercayai) ;
Diriwayatkan oleh Sayyidina Abdullah Ibnu Umar RadhiallahuAnhu bahwa sanya, 'Aku telah mendengar daripada baginda Nabi ShallahuAlaihiwasallam bersabda '; ' apabila meninggal salah seorang daripada kamu janganlah kamu menghitung-hitung amalan ia, sebaliknya hendaklah kamu bergegas ke kuburan lalu membacakan surah Alfatihah di kepalanya dan surah
[Bersahur dan Niat Puasa Dalam Mazhab Syafi'e]
1. Terdapat tulisan dari Dr. Rozaimi (RORA) di media sosial yang tersebar mengatakan bahawa bangun makan sahur sudah dikira seseorang itu sudah berniat puasa.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1310681325626031&id=1032611520099681
2. Jika ini pendapat peribadi beliau, ia lebih kami hormati walaupun kami sangat yakin beliau belum mampu berijtihad, tetapi malangnya beliau cuba mengheret mazhab Syafi'e untuk menguatkan 'pendapat' beliau, dan ini yang membuatkan kami terpaksa merespon berdasarkan permintaan ramai.
3. Ini bukan pertama kali percubaan RORA cuba menggunakan mazhab Syafi'e untuk menaikkan derjat 'ijtihad' beliau. Sama juga dengan kes sebelum ini RORA pernah buat kenyataan Imam Ibn Hajar mengharamkan Mahallul Qiyam dan setelah disemak secara teliti ternyata ia merupakan satu kesalahan yg fatal.
http://www.aswj-rg.com/2016/01/apakah-imam-ibnu-hajar-al-haitami-mengharamkan-berdiri-menyambut-maulid-nabi-muhammad.html
Berbalik kepada isu adakah bangun makan sahur sudah dikira seseorang itu sudah berniat puasa DI SISI MAZHAB SYAFI'E?
4. RORA membawa qaul Syirbini (Terjemahan):
"Pandangan yang muktamad (dalam mazhab Syafi'e) jika dia BERSAHUR UNTUK BERPUASA, minum (waktu malam) supaya tidak dahaga esok hari atau meninggalkan makan, minum dan jimak kerana bimbang terbitnya fajar (kerana bimbang puasanya akan terbatal) ITU SEMUA ADALAH NIAT jika terlintas di jiwanya puasa dengan sifat yang disyaratkan untuk dilintaskan kerana semua perbuatan itu menunjukkan tujuan berpuasa"
Qaul ini menjadi sandaran RORA bahawa disisi syarbini cukup dengan bersahur semata-semata dikira sebagai niat.
5. Kesilapan RORA ialah beliau mengabaikan atau terlepas pandang ayat Syirbini yang berikutnya iaitu:
"JIKA terlintas dijiwanya puasa dengan sifat yang disyaratkan untuk dilintaskan"
perhatikan disini syarbini menggunakan perkataan "lau" iaitu JIKA, ini JELAS menunjukkan bersahur yang dimaksudkan oleh syarbini itu bersyarat.apa syaratnya? ini yang perlu dicermati dan perlu dipelajari mazhab Syafi'e sebelum menebuk-nebuk kitab semata-mata mahu membenarkan pandangan kita.
6. Maka sebab itu dalam kitab-kitab fiqh Syafi'e contohnya dalam I'anatut Thalibin menjelaskan:
(واعلم) أن الصوم هو الإمساك عن المفطرات، وأن صفاته كونه عن رمضان أو عن نذر أو كفارة مثلا.
إذا علمت ذلك، فتأمله مع الغاية السابقة - أعني قوله ولو قصد به التقوي على الصوم - فإن مجموع ذلك يقتضي تصور تسحره بقصد التقوي عليه مع عدم خطوره مع صفاته بالبال.
وليس كذلك، وذلك لأن الصوم الذي قصد التقوي عليه بالتسحر الظاهر: أن المراد منه الصوم الشرعي، الذي هو إمساك مخصوص بنية مخصوصة، فإذا قصد بالسحور التقوى عليه، لزم خطوره بالبال بصفاته التي لا بد منها، وذلك عين النية.
dijelaskan bahawa niat itu cukup jika bersahur yang bertujuan menguatkan badan DAN wajib dengan menggetarkan/melintaskan niat dalam hati
7. Kesimpulannya bersahur sahaja semata-mata sebagai niat puasa JIka tidak ada lintasan/getaran di dalam hati bahawa sahurnya untuk esok berpuasa ramadan.
8. Pada perenggan terakhir RORA ada menulis:
"Kalau betul saya tidak faham atau mengelirukan,bagaimana dengan pengarang kitab mazhab ini? Adakah mereka juga kurang cerdik seperti saya atau anda yang kena semak diri sendiri?"
kami biarkan para pembaca yang menjawab soalan yang ditanyakan oleh RORA ini sendiri. sekian.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor.
Penjelasan Bidaah MSO
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
HATI- HATI FATWA SESAT WAHHABI DI BULAN RAMADHAN
Menjelang bulan puasa, bulan Ramadhan yang mulia lagi berkat, malangnya keluar fatwa/pandangan golongan degil yang mengharamkan muslim mengucapkan : " Ramadhan Kareem" untuk menzahirkan rasa gembira dengan kedatangan bulan yang amat mulia.
Disebabkan kejahilan yang bertapak di hati, mereka menolak ucapan yang biasa berlegar-legar dalam masyarakat Islam tanpa diingkari oleh keseluruhan penduduk dunia. Betapa jahilnya mereka ini.
Kalimah كريم diucapkan dengan makna مكرّم (yang dimuliakan) sebagaimana disebut عظيم dengan makna معظّم (diagungkan). Ibn Manzhur seorang ulama Lughah yang terkenal mengatakan :
والكريم الجامع لأنواع الخير والشرف والفضائل. اهـ
“al-Kareem kalimah yang merangkumi semua jenis kebaikan, kemuliaan, dan kelebihan".
Siapakah orang yang terlalu jahil ini yang menyangkakan bulan Ramadhan membawa plastik atau bekas yang ada di dalamnya wang, emas, dan perak lalu ia menggagihkannya dalam bulan Ramadhan. Oleh kerana inilah dia (Ibn al-Uthaimin ) mengharamkan ucapan “Ramadan Kareem” semata mata mahukan keganjilan..wal iyazubillaAllah.
Padahal sebenarnya bukan sebab itu bahkan kerana Ramadhan mempunyai kemuliaan dan kelebihan pada Allah taala, jika bukan sebab itu Dia tidak mewajibkan puasa pada siangnya dan menggalakkan qiam pada malamnya.
Sesungguhnya Ramadhan dimuliakan atas segala bulan kerana ia adalah bulan keampunan dan bulan keredhaan. Sebab itu umat Islam menamakannya sebagai “Kareem”. Sebagaimana firman Allah taala dalam Surah al-Naml, ayat 29 ketika menceritakan tentang Balqis bila diutuskan oleh Allah taala kepadanya nabi Sulaiman yang menyerunya agar memeluk Islam :
قَالَتْ يَا أَيُّهَا المَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ
Mafhumnya, “dia (Balqis) berkata: “ Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah diberikan kepadaku sebuah Kitab yang mulia”. Maksudnya di dalam Kitab tersebut terkandung sesuatu yang elok, yang memiliki kemuliaan yang tinggi iaitu Nabi Sulaiman menyerunya kepada sesuatu yang mulia “شيء كريم” bukan makna kareem itu pemberi sahaja.
Nah..Bagaimana mereka mahu buat pada hadith al-Bukhari :
الْكَرِيم ابْن الْكَرِيم بن الْكَرِيم بن الْكَرِيم يُوسُف بن يَعْقُوب بن إِسْحَاق بن إِبْرَاهِيم عَلَيْهِ السَّلَام
“Kareem anak kepada kareem anak kepada kareem anak kepada kareem ; Yusuf Bin Yaaqub Bin Ishaq bin Ibrahim alayhis salam”.
Adakah makna hadith tersebut setiap orang daripada kalangan para nabi tersebut membawa bekas yang terkandung di dalamnya wang lalu diagihkan kepada manusia sebagai hadiah dan pemberian atau maknanya sebenarnya setiap orang daripada mereka kareem dengan erti mukarram “مكرّم” dimuliakan pada Allah taala, oleh itu mereka berhak memperolehi pujian yang hebat ini?
Kesimpulan :
Kareem jika disebutkan mengenai Ramadhan maka ia adalah harus, tidak mengapa. Walaupun ucapan ini dilarang keras oleh golongan al-Wahhabiyyah seperti ibn al-^Uthaimin dan selainnya. Tiada sedikitpun ibrah atau kemanfaatan sama ada mereka menghalalkan atau mereka mengharamkannya kerana mereka tidak dimasukkan dalam neraca Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Memadai dalam menzahirkan kejahilan mereka firman Allah taala dalam Surah al-Waqiah, ayat 19:
إِنَّهُ لَقُرْآَنٌ كَرِيمٌ
Mafhumnya, “Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia”
والله أعلم وأحكم
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
PENJELASAN ISU DOA BERBUKA PUASA YANG BIASA DIAMALKAN TETAPI DIKATAKAN TIDAK SUNNAH
Doa berbuka puasa yang sudah bertahun -tahun dan berabad -abad diamalkan kaum muslimin diingkari kesunnahannya oleh kelompok minoriti. Doa ini juga sudah disepakati ulama empat mazhab secara turun temurun hingga kini.
Ini dalilnya:
ﻓﻘﺪ ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻓﻲ سننه ( 2/316 ) ( 358 ) ﻭﻗﺎﻝ : ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻣﺴﺪﺩ، ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻫﺸﻴﻢ ﻋﻦ ﺣﺼﻴﻦ، ﻋﻦ ﻣﻌﺎﺫ ﺑﻦ ﺯﻫﺮﺓ ﺃﻧﻪ ﺑﻠﻐﻪ، ﺃﻥ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛﺎﻥ ﺇﺫﺍ ﺃﻓﻄﺮ ﻗﺎﻝ: ” ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻟﻚ ﺻﻤﺖ ﻭﻋﻠﻰ ﺭﺯﻗﻚ ﺃﻓﻄﺮﺕ .” ﻭﺑﻬﺬﺍ ﺍﻟﻠﻔﻆ ﻭﻣﻦ ﻃﺮﻳﻖ ﻣﻌﺎﺫ ﺑﻦ ﺯﻫﺮﺓ، ﺃﺧﺮﺟﻪ ﺃﻳﻀﺎً : ﺃﺑﻮ ﺩﺍﻭﺩ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﺮﺍﺳﻴﻞ ( ﺹ 124 ) (99 ) ﻭﺍﻟﺒﻐﻮﻱ ﻓﻲ ﺷﺮﺡ ﺍﻟﺴﻨﺔ ( 6/265 ) (1741 )، ﻭﺍﻟﺒﻴﻬﻘﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻜﺒﺮﻯ ( 4/239 ) ﻭﺍﺑﻦ ﺃﺑﻲ ﺷﻴﺒﺔ ﻓﻲ ﻣﺼﻨﻔﻪ ( 2/511 )، ﻭﻋﻠﻘﻪ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻙ ﻓﻲ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻟﻪ ( 2/828 )
Hadis yang diriwayatkan Abu Daud dan para ulama diatas dihalang membacanya dengan alasan riwayat lemah oleh kelompok minoriti. Benarkah begitu? Mari kita lihat perbahasan 4 mazhab bagi doa ini.
PENDAPAT PARA ULAMA MAZHAB YANG EMPAT BERKAITAN DOA BERBUKA PUASA YANG DIAMALKAN DI NUSANTARA
Pembacaan do’a seperti diatas –dengan variasi tambahan dan pengurangan dengan mengumpulkan semua riwayat– merupakan warisan turun-temurun dari para Ulama Warasatul Anbiya. Mereka yang menganjurkan membaca do’a ini adalah para Ahli Hadis dan Fuqaha dari berbagai Mazhab.
Dari Ulama Mazhab Hanafi misalnya kita menemui penjelasan dari Al Imam As Syeikh Fakhruddin Utsman bin Ali az Zaila’i:
وَمِنْ السُّنَّةِ أَنْ يَقُولَ عِنْدَ الْإِفْطَارِ اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَبِك آمَنْت وَعَلَيْك تَوَكَّلْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت .
Ertinya: Di antara Sunat adalah ketika berbuka puasa dianjurkan mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakkal dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. (Lihat kitab Tabyinul Haqa’iq Syarah Kanzud Daqa’iq karya Al Imam Az Zaila’i juz 4 halaman 178).
– Dari Ulama Mazhab Maliki antara lain disebutkan dalam Kitab Al Fawakih Ad Dawani Ala Risalah Ibni Abi Zaid Al Qirwani karya Al Imam As Syeikh Ahmad bin Ghunaim bin Salim bin Mihna An Nafrawi :
وَيَقُولُ نَدْبًا عِنْدَ الْفِطْرِ : اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْت وَمَا أَخَّرْت ، أَوْ يَقُولُ : اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ، ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إنْ شَاءَ اللَّهُ .
Ertinya: Dan Sunat ketika berbuka puasa mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Maka ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan datang”. Atau mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. Telah hilang rasa penatku dan basahlah tenggorokanku dan tetaplah pahala dicurahkan atasku, Insya Allah”. (Lihat pada Juz 3 halaman 386).
– Dari Mazhab Syafi’i antara lain dikemukakan Al Hafiz Al Imam As Syeikh An Nawawi dalam Al Majmu’ Syarah Al Muhazzab:
والمستحب أن يقول عند إفطاره اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت لما روى أبو هريرة قال ” كان رسول الله صلي الله عليه وسلم إذا صام ثم أفطر قال اللَّهُمَّ لَك صُمْت وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت .
Ertinya: Dan yang disunnahkan ketika berbuka puasa itu adalah mengucapkan: “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka”. Berdasarkan Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah SAW itu apabila berpuasa kemudian berbuka membaca “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan dengan rezekii-Mu aku berbuka”. (Lihat Al Majmu’ Juz 6 halaman 363).
– Dari Mazhab Hanbali antara lain dikemukakan oleh Ibnu Qudamah Al Maqdisi.
ويستحب تعجيل الافطار وتأخير السحور، وأن يفطر على التمر وإن لم يجد فعلى الماء،وأن يقول عند فطره اللَّهُمَّ لَك صُمْت ، وَعَلَى رِزْقِك أَفْطَرْت ، سُبْحَانَك وَبِحَمْدِك ، اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنِّي إنَّك أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Apa yang kami sebutkan ini, iaitu masuknya (bermulanya) waktu puasa DENGAN TERBITNYA FAJAR dan diharamkan makan, minum dan jima’ ini adalah mazhab kami dan mazhab Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Ahmad rahimahumullah”
KHATIMAH
Sudah jelas bahawa apabila kedengaran suara azan subuh, maka tidak dibolehkan lagi makan, minum dan jima’ pada waktu tersebut kerana azan itu menandakan masuknya waktu subuh, kecualilah jika kita menyangka muazzin tersalah lalu melaungkan azan sebelum waktunya. Manakala hadith yang dijadikan hujah tersebut perlu difahami dengan betul, selari dengan ayat Al-Quran, hadith Bukhari Muslim dan kefahaman para ulama zaman-berzaman. Sebagai penutup, marilah kita merenung kata-kata Imam Abdullah Ibnu Wahb:
كل صاحب حديث ليس له إمام في الفقه فهو ضال
“Setiap ahli hadith yang tidak mempunyai imam dalam ilmu fiqh adalah sesat”
Wallahu a'lam.
Akhukum fi As-sunnah,
Abu Raihanah Abdur Rahman Harman Shah Raniri
link asal : https://www.facebook.com/abdulrahman.hadeja/posts/1654166278153786
BOLEH MAKAN SELAGI AZAN SUBUH BELUM HABIS?
“Alamak dah azan…”
“Eh tak pe… Kan ada hadith kata boleh abiskan apa yang ada kat tangan…”
Perkara ni saya dah bahas dulu lagi (dlm FB lama / FB zaman bujang). Tapi sedihnya, masih ada lagi yang beranggapan macam tu. Kenapa ye? Sedih la kalau macam ni...
Golongan yang beranggapan bahawa: kalau seseorang sedang makan sahur, kemudian terdengar suara azan, maka masih boleh selesaikan makan atau minum buat kali terakhir (seolah-olah macam ada masa kecederaan) - golongan ini berhujah dengan hadith yg dikeluarkan oleh Imam Abi Daud:
إذا سمع أحدكم النداء والإناء على يده فلا يضعه حتى يقضي حاجته منه
"Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas (gelas dan sebagainya), maka janganlah dia meletakkannya sehinggalah dia menunaikan hajatnya daripada bekas tersebut"
Berhujah dengan hadith ini untuk mengatakan bahawa: "kalau seseorang sedang makan sahur, kemudian terdengar suara azan, maka masih boleh selesaikan makan atau minum buat kali terakhir" - adalah tidak tepat, disebabkan beberapa perkara:
1) MASALAH PADA SANAD
1.1:
Imam Ibnu Abi Hatim (pakar hadith) dalam kitab 'Ilal-nya (Rujuk Kitab Al-'Ilal, Jilid 1, halaman 123) menyebutkan:
وَسألت أبي عَنْ حديث رَوَاهُ رَوْحُ بْنُ عُبَادَةَ ، عَنْ حَمَّادٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ ، وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلا يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِيَ حَاجَتَهُ مِنْهُ " . قُلْتُ لأَبِي : وَرَوَى رَوْحٌ أَيْضًا عَنْ حَمَّادٍ ، عَنْ عَمَّارِ بْنِ أَبِي عَمَّارٍ ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ ، وَزَادَ فِيهِ : وَكَانَ الْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ إِذَا بَزَغَ الْفَجْرُ . قَالَ أَبِي : هَذَانِ الْحَدِيثَانِ لَيْسَا بِصَحِيحَيْنِ
"Dan aku telah bertanya kepada bapaku (Imam Abu Hatim Ar-Razi - pakar hadith) tentang hadith yang diriwayatkan oleh Rouh Bin Ubadah, daripada Hammad, daripada Muhammad bin 'Amr, daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda SAW bersabda:
"Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas (makanan / minuman), maka janganlah dia meletakkannya sehinggalah dia menunaikan hajatnya daripada bekas tersebut"
Aku berkata lagi kepada bapaku bahawa Rouh juga meriwayatkan daripada Hammad, daripada 'Ammar Ibn Abi 'Ammar, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW sama seperti hadith di atas tetapi ada penambahan lafaz: "dan adalah muazzin melaungkan azan apabila telah terbit fajar".
Kata bapaku: "kedua-dua hadith (yang kamu sebutkan tadi) TIDAK SAHIH"
1.2:
Dalam kitab Ikmal Tahzib Al-Kamal (halaman 1325, Terbitan Al-Faruoq Al-Hadithiyyah), dinukilkan bahawa Imam Nasaie berkata berkenaan hadith di atas:
حمقاء أصحاب الحديث ذكروا من حديثه حديثا منكرا عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة : إذا سمع أحدكم الأذان والإناء على يده
"Orang-orang yang bodoh daripada kalangan Ahli Hadith menyebutkan salah satu daripada hadithnya (hadith Hammad) ialah HADITH MUNKAR daripada Muhammad Ibn 'Amr daripada Abi Salamah, daripada Abu Hurairah: "Apabila seseorang di antara kamu mendengar azan sedangkan di tangannya ada bekas..."
2) MASALAH PADA MATAN
2.1: Bercanggah dengan ayat Al-Quran
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ
"Dan makanlah dan minumlah SEHINGGA jelas bagi kamu benang putih dari benang hitam, iaitu FAJAR" (Al-Baqarah: 187)
Apabila azan subuh dilaungkan, maknanya waktu fajar sudah masuk. Maka tidaklah dibolehkan makan atau minum sebaik sahaja muazzin memulakan azan subuh.
2.2: Bercanggah dengan hadith yang LEBIH SAHIH
إن بلالا يؤذن بليل فكلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم
"Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam (sebelum masuk waktu subuh). Maka makanlah dan minumlah SEHINGGA Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan (iaitu azan kedua atau azan subuh)" (Bukhari dan Muslim)