penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

كشاف القناع (٥/٣٨٤).

Hukum berkenaan wanita yang hamil dan yang menyusu jika membimbangi akan kemudharatan pada dirinya, atau anaknya ;

1. Jumhur Ulama' daripada As-syafieyyah(1), Al-malikiyyah(2), Al-hanabilah(3) menukilkan bahwa sanya jika dibimbangi wanita tersebut sama ada yang hamil mahupun sedang menyusu akan kemudharatan pada dirinya maka wajiblah baginya Qadha sahaja, Adapun jika dibimbangi baginya kemudharatan pada anaknya sama ada yang hamil mahupun yang menyusu maka wajiblah baginya Qadha' serta bayaran fidyah.

Rujukan :

(1). Dinukilkan dalam Syarah Al-muhazzab m/s (1/178), Hilyatul Ulama' m/s (3/148), Al-majmu' m/s (6/268) dan Al-mahalli (6/262).

(2). Dinukilkan dalam Al-mudawwanatul Kubra' m/s (1/210) dan Mukhtasar Al-khalil (Malikiyyah).

(3). Dinukilkan dalam Al-furu' m/s (3/26), Al-insoof m/s (3/292) dan Kasyful Qana' m/s (5/384).

٢.قال الحنفّية : أنّ حكمهما سواء في وجوب القضاء فقط.

ما نصّه في البحر الرائق (٢/٢٠٧)، وحاشية ابن عابدين (٢/٤٣٢)، والمبسوط (٣/٩٩).

2. Telah dinukilkan oleh Qaul Muktamad dalam Hanafiyyah bahwa sanya hukum bagi wanita yang hamil dan yang menyusu jika dibimbangi bagi mereka kemudharatan sama ada pada diri sendiri mahupun pada anak maka haruslah berbuka puasa namun wajiblah bagi mereka Qadha sahaja tanpa membayar fidyah.

الترجيح :

والراجح هو قول الجمهور لصحة الأثر المروي عن ابن عبّاس رضي الله عنهما، وهو اختيار شيخ الإسلام ابن تيمية في مجموع الفتاوي صـ (٢٥/٢١٨).

Yakni pendapat yang raajih/kuat yang WAJIB bagi orang awwam bertaqlid/berpegang dengan pendapat ini adalah pendapat Jumhur Ulama' bahwa sanya sewaktu wanita tersebut mengerjakan ibadah puasa di bulan ramadhan dibimbangi baginya kemudharatan pada dirinya sama ada wanita yang hamil mahupun yang sedang menyusu maka haruslah berbuka dan WAJIB QADHA', Adapun wanita yang hamil ataupun yang sedang menyusu dibimbangi kemudharatan bagi anaknya maka haruslah baginya berbuka dan WAJIB baginya QADHA' serta membayar FIDYAH berdasarkan hadis riwayat Sayyidina Abdullah Bin Abbas RadhiallahuAnhuuma setelah dijama'kan/dihimpunkan pelbagai riwayat yang Mukhtalafun Fihii (bersalahan pada Mantuq Hadis namun riwayat yang sama) ke arah kefahaman yang sebenar mengikut metodologi Usul dan Mazhabiyyah, sebagaimana juga dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri dalam Majmu' Fatawa m/s (25/218) menyokong pendapat Jumhur Ulama' ini, adalah sangat kontradiksi dan menghairankan SS Dr Maza sendiri tidak memakai pendapat Ibnu Taimiyyah rahimahulloh???, Adakah beliau sudah mencapai tahap Mujtahid sehingga mengalahkan Ibnu Taimiyyah sendiri???....

Wallahua'lam...

Ibnuqassem@salafytobat93

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan, semoga ibadat kita diterima Allah SWT

- @madrasahsunnionline_MSO
- http://madrasahsunnionline.blogspot.my
- facebook.com/madrasahsunnionlineMSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1. Apakah perbezaan antara Yaqazah dan Hadhir dan Nadhir (aqidah firqah Brelwi) - Maulana Wan Tahir al-Mazahiri
# Yaqazah ( jaga/sedar)
# Hadhir (hadir) & Nadhir (menyaksikan)
Antara aqidah firqah Brelwi ialah (hadhir dan Nadhir) “حاضر و ناظر” iaitu Nabi صلى الله عليه وسلم wujud / hadir di mana-mana dan menyaksikan apa yang kita (umat Baginda) buat serta mengetahui setiap perkara yang wujud di dalam alam ini. (Rujukan - Taskinul Khowatir fi masaalatil hadir wan Nazir, hlm 85).
- dalam perbahasan ini juga Maulana Wan Tahir al-Mazahiri juga telah menyebut permasalahan ilmu ghaib (aqidah Brelwi).

https://www.youtube.com/watch?v=BQPU_X9pZYE

2. #Perbezaan antara Habaib dan firqah Brelwi - Maulana Wan Tahir al-Mazahiri.
Ikuti penjelasan perbezaan antara Para Habaib dan firqah Brelwi. Pandangan yang adil dalam menilai isu yang melibatkan para Habaib dan firqah Brelwi.
https://www.youtube.com/watch?v=M9rjkavdpE4

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Bila Ramadhan semakin mendekat maka umat akan kembali diresahkan dgn persoalan pahala bacaan Al Fatihah @ Al Quran @ Tahlil tidak sampai kepada si mati, perbuatan sia2, bida'ah dan mcm2 tuduhan lagi. Maka saya kongsikan pencerahan di bawah.

Sedekah Pahala Untuk si-Mati (Polemik Klasik)

[Fokus Kepada Mazhab al-Syafi'i]

1. Masalah ini merupakan salah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama telah membahaskannya dan selesai lama dahulu.

Maksudnya, mereka yang tak bersetuju dengan sedekah pahala kepada si-mati tetap tidak bersetuju walau apa pun dalil yang diberi.

2. Antara dalil kuatnya, ia tidak dilakukan oleh para sahabat dan tabiin (.. 'hipotesis' sebegini biasanya nampak kuat tapi adakalanya goyah kerana tidak detil).

Begitu juga sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh tanpa halangan selagi masih di dalam ruang lingkup nas-nas syarak.

3. Masalah timbul biasanya dari 'budak-budak' yang baru mengaji ABC dalam disiplin pengajian Islam di bawah satu aliran sahaja. Maka muncullah tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya. Padahal perkara tersebut tidak perlu berlaku. Perselisihan dalam fiqh yang diiktiraf tidak termasuk dalam kemungkaran-kemungkaran yang wajib ditegah.

4. Dalam masalah ini, antara hujah mereka yang mengkritik pendapat ulama yang membenarkan sedekah pahala untuk si-mati, secara khususnya cemuhan yang dilontarkan ke atas ulama-ulama Syafi'i sepertimana di Nusantara ini, ialah mereka membelakangi Imam al-Syafi'i dan tidak bertaklid kepadanya dalam masalah ini kerana Imam al-Syafi'i mengatakan tidak sampai pahala kepada si-mati.

5. Adakah ini benar? Cuba perhatikan petikan-petikan ini yang saya kutip dari sini ;

قال النووي في المجموع: يستحب أن يمكث على القبر بعد الدفن ساعة يدعو للميت ويستغفر له نص عليه الشافعي واتفق عليه الأصحاب ، قالوا : ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كان أفضل. اهـ - كتاب الجنائز من المجموع باب حمل الجنازة والدفن، المستحب بعد الدفن أن يدعو للميت ويستغفر له: المسألة الثامنة. وهي عبارة محتملة

. وقال في رياض الصالحين آخر باب الدعاء للميت بعد دفنه والقعود عند قبره ساعة للدعاء له والاستغفار والقراءة: قال الشافعي رحمه اللَّه: ويستحب أن يقرأ عنده شيء من القرآن وإن ختموا القرآن كله كان حسناً.اهـ وفي العبارة تجوز كما سيتضح.

وقال في الأذكار: قال الشافعي والأصحاب: يستحب أن يقرؤوا عنده شيئا من القرآن، قالوا فإن ختموا القرآن كله كان حسنا.اهـ ولعل عبارته في الأذكار أدق من غيرها

وعبارة الشافعي في الأم كالتالي: وأحب لو قرئ عند القبر ، ودعي للميت. اهـ ذكر ذلك آخر باب عدد كفن الميت من كتاب الجنائز. وعزاه بعضهم للخلال في جزء القراءة عند القبور المطبوع (رقم 7) عن الشافعي

فظهر لنا أن أصل القراءة صحت عن الشافعي أما استحسان الختم فهي عن أصحابه رضي الله عنهم

قال الحسن الصباح الزعفراني: سألت الشافعي عن القراءة عند القبر فقال: لا بأس بها . - الروح لابن القيم (ص13) طبعة حيدر آباد

6. Secara umumnya, meskipun Imam al-Syafi'i tidak secara jelas mengatakan bahawa sedekah pahala sampai kepada si-mati, namun beliau berpendapat secara jelas bahawa si-mati memperoleh manfaat daripada amalan orang yang masih hidup.

Saya nukilkan pula di sini dari kitab Fatawa al-Imam al-Nawawi (hlm. 83) - lihat gambar :

Terjemahan : "Masalah: Adakah sampai kepada si-mati pahala apa yang disedekahkan untuknya, doa, ataupun bacaan al-Quran? Jawapan: Sampai kepadanya pahala doa dan pahala sedekah dengan ijmak ulama. Dan mereka berselisih pula tentang pahala bacaan al-Quran. Maka kata Ahmad dan sebahagian sahabat al-Syafi'i: Ia sampai. Manakala kata al-Syafi'i dan kebanyakan ulama: Tidak sampai".

7. Sebelum saya hurai selanjutnya, perlu diingat kalimah-kalimah berikut "doa", "sedekah" dan "bacaan al-Quran" dalam fatwa di atas. Telah saya nyatakan sebelum ini bahawa Imam al-Syafi'i menyatakan bahawa si-mati memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran orang yang masih hidup. Namun di sini disebut apa yang masyhur daripada beliau iaitu pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si-mati. Perlu diingat, dua pendapat yang zahirnya bertentangan dari sesetengah mujtahid itu memang banyak berlaku. Maka, menjadi k

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KITAB "SINAR MATAHARI BUAT PENYULUH KESILAPAN ABU BAKAR AL-ASY'ARI" karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. Sebuah penulisan yang disusun khusus untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh golongan kaum muda pada zamannya melalui tulisan seorang tokohnya iaitu Abu Bakar al-Asy'ari yang berjudul "Ibadat Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam". Sila download kitab tersebut 👆🏻

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ah cukup membuktikan kepelbagaian tempat dan keadaan roh-roh tersebut. Walau bagaimanapun, roh itu termasuk urusan Tuhan, maka, setiap pihak baik yang pro dan kontra, sewajarnya mengembalikan urusan tersebut kepadaNya, tanpa bersikap fanatik dengan pendapat sendiri semata-mata. Dan perlu juga kita ketahui bahawa datang dan perginya arwah para anbiya` dan awliya` tersebut termasuk perkara yang mumkin bagi Allah SWT. Akhirul kalam, Imam asy-Sayuthi rahimahUllah dalam "Syarhush Shudur bi syarhi haalil mawtaa wal qubuur" pada halaman 312 menulis:-

Diriwayatkan oleh al-Hakim at-Tirmidzi daripada Sayyidina Salman r.a. yang berkata: "Bahawasanya arwah kaum mu'minin di barzakh pada dunia ini bebas berpergian ke mana-mana yang dikehendaki antara langit dan bumi, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasad-jasad mereka (yakni pada hari kebangkitan nanti)."

Dan diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya daripada Sayyidina Malik bin Anas r.a. yang berkata:- "Telah sampai kepadaku bahawasanya roh-roh orang mu'min itu bebas berpergian ke mana-mana sahaja yang dikehendaki."

الله اعلم
Sumber: Bahrusshofa

/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Menarik penerangan Maulana Wan Tahir. Beliau menukilkan kenyataan Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab berkenaan hidupnya Nabi di alam kubur.

"Sesungguhnya Nabi hidup di dalam kuburnya. Dengan hayat yang tetap (dalam jasad), lebih daripada para syuhada. Baginda mendengar orang yang memberi salam kepadanya."

Imam Sakhawi pula berkata, "Mati syahid bagi Nabi adalah mati syahid yang paling sempurna."

Sayidina Umar pernah menegur seseorang yang bersuara kuat di dalam masjid Nabawi:

"Kamu tak tahukah Nabi ada di sini? Jangan kamu tinggikan suara kamu."

Maulana Rashid Ahmad Ganggohi pula berkata:

"Jangan meninggikan suara apabila duduk dekat dengan Nabi (masjid Nabi). Bahkan gunakanlah suara yang rendah. Sesiapa yang mengirim salam kepada Baginda maka hendaklah kamu menyampaikannya.

Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri pula berkata:

"Nabi hidup. Orang yang bersuara tinggi dekat dengan Nabi maka dia tiada adab. Selagi mana duduk dalam masjid Nabawi, berilah salam dengan suara rendah, Baginda akan mendengarnya."

Via- Khairy Tajudin Novelis

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KHILAF BUKAN BIDAAH

MOHD. SHAH CHE AHMAD
26 Mei 2016 4:00 PM

“KENAPA perlu membaca doa Qunut sedangkan Nabi Muhammad SAW tak buat? Itu perbuatan bidaah. Dan setiap yang bidaah itu adalah sesat.”

Dialog berikut adalah antara pertikaian yang sering kali didengari. Bukan itu sahaja, pelbagai amalan lain yang dilihat telah sebati dalam budaya Melayu sejak dari dahulu termasuk membaca surah Yasin dan tahlil pada malam Jumaat serta menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW turut dipertikai.

Tidak dinafikan ada benarnya, namun tindakan segelintir golongan yang mendakwa mengikut sepenuh amalan Rasulullah SAW itu, kadangkala dilihat bersifat keterlaluan dalam menonjolkan pendapat masing-masing sehingga tanpa sedar melabel mereka yang tidak mengikuti amalan mereka sebagai sesat.

Kesannya, umat Islam semakin keliru terhadap amalan dilakukan yang dipelajari sejak kecil kerana dikatakan bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW atau tidak sempurna dan berkemungkinan tidak sah di sisi Allah SWT.

Lebih membimbangkan perkara yang dikategorikan sebagai khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulama itu boleh menyebabkan berlakunya perbalahan sesama umat Islam sehingga menimbulkan perpecahan dan pelbagai kesan buruk lain.

Menegaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam perlu berfikiran terbuka terhadap perbezaan pendapat dalam mengamalkan ajaran Islam.

Beliau berkata, selagi perbezaan pendapat itu tidak membabitkan soal tauhid dan akidah kepada Allah SWT, maka ia dikategorikan sebagai khilaf dalam kalangan ulama.

“Umat Islam di negara ini secara rasminya beriman dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan aliran yang dibawakan oleh Imam Abu Hasan al-Syaari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi iaitu al-Asyairah dan al-Maturidiyyah. Manakala dalam pegangan fikah pula adalah mengikuti mazhab Imam Syafie.

“Dalam soal akidah jelas ditunjukkan kepada kita sumbernya iaitu hanya al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW dan tidak boleh dibahaskan lagi. Tetapi bagi kaedah fikah yang dikategorikan dalam bahagian pemikiran boleh diperdebat dan disepakati menerusi ijtihad ulama.

“Masalah-masalah yang sering diperdebat kini seperti zikir dan doa selepas solat, bacaan ‘sayidina’ dalam tahiyat dan sebagainya adalah bersifat khilaf semata-mata antara ulama. Tiada masalah untuk diamalkan kedua-duanya kerana ulama yang menetapkan kaedah itu mempunyai nas atau hujah tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama ketika merasmikan Seminar Fatwa Antarabangsa 2016 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), baru-baru ini.

Turut hadir, Penyandang Kursi Felo Utama Kajian Fatwa, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad), Sheikh Muhammad Awwamah; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Datuk Dr. Mustafa Mohd Hanefah; dan Pengarah Infad, Profesor Madya Dr. Irwan Mohd. Subri.

Seminar dua hari itu mengumpulkan sebanyak 96 kertas kerja pembentangan membabitkan isu dan kajian fatwa semasa yang disampaikan oleh penyelidik dari pelbagai institusi termasuk penceramah luar negara.

Bidaah yang sesat

Abdul Shukor berkata, bidaah yang dikategorikan sesat sebagaimana sabda Rasulullah SAW tersebut adalah penambahan atau pengurangan dibuat dalam perkara yang telah ditentukan oleh syarak terutama soal ibadat.

“Kita perlu memahami makna bidaah itu sendiri, bukan semua bidaah itu ditafsirkan sebagai sesat. Apa yang dimaksudkan dengan bidaatul dhalalah (sesat) adalah sebagai contoh menambah bilangan perintah solat lima waktu sehari semalam kepada enam kali.

“Walaupun dengan niat untuk meningkatkan iman atau menunjukkan ketaatan kepada Allah SWT, maka ia adalah haram dan sesat kerana merosakkan ibadat,” jelasnya.

Justeru tambahnya, semua pihak terutama golongan pakar agama perlu bijaksana dan berhikmah dalam menyampaikan pandangan terhadap perbezaan pendapat masing-masing terutama membabitkan ibadah.

“Lebih 1,000 tahun lalu sejak Islam bertapak di negara ini perkara ini tidak muncul, umat Islam tiad

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Mesej Ringkas CEO Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) kepada semua umat Islam Malaysia.

*Halangan Kepada Usaha Memperkasa Undang-Undang Islam di Malaysia*
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Rang Undang-Undang untuk *memperkasakan undang-undang Islam* di Malaysia (Akta 355) bakal dibentangkan di Parlimen mulai esok.

Malang sekali, terdapat tentangan dari pihak-pihak tertentu yang boleh menggagalkan usaha memperkasakan Undang-Undang Islam di Malaysia ini.

*Apa Yang Boleh Kita Buat?*
Saya dengan rendah hati ingin memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk bersama-sama kami warga kerja IKSIM dan Alumni peserta-peserta TRAPI & KPD IKSIM, untuk mendirikan solat hajat pada malam ini untuk doa berikut dan menjalankan perkara berikut:

1) Memohon supaya Allah mempermudahkan serta membuka laluan mudah bagi pembentangan Rang Undang2 ini.

2) Memohon Allah membukakan hati mana2 pihak berkuasa termasuk Ahli2 Parlimen Islam yang menentang, untuk kembali menyokong undang-undang ini di Parlimen.

3) Mohon supaya tuan-tuan dan puan-puan memanjangkan mesej ini kepada ketua-ketua bahagian, ADUN2 dan Ahli-Ahli Parlimen di kawasan Tuan2/Puan2.

4) Memviralkan seluas mungkin mesej ini supaya kita semua bersama2 bangkit berdiri menunaikan solat hajat pada malam ini untuk membantu usaha ini.

Semoga doa kita dimakbulkan Allah.

DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA!


Dato' Prof Mahamad Naser Bin Disa
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Renungan Kita Bersama.

Di era 70an berapa ramai ulamak di tanahair kita mengambil sikap berlembut dan tasammuh dengan Syiah. Kononnya atas nama perpaduan. Saya masih ingat PUM dahulu pernah menjemput ulamak2 Syiah ke Malaysia atas nama perpaduan ummah. Khomeni dijulang dan disanjung2. Syiah Imamiah diwar2 menghampiri Aswj dan pelbagai gambaran positif digembar gemburkan.

Maka ramailah ibu bapa yg menghantar anak mereka belajar di Iran. Sekarang merekalah penyebar Syiah paling tegar. Masalah besar ketika itu ialah ulamak kita tidak tegas dan takut menyatakan kebenaran.

Khomeni yg pernah meludah di maqam Abu Bakar RA dan Umar RA masih diberi muka. Ulamak yg sepatutnya tegas dilihat teragak2 dan play safe. Hari ini barulah ulamak nak bertegas setelah Syiah mula merebak.

Kini giliran Wahhabi pula diberi muka dan dibela oleh sesetengah ulamak kita. Mereka tidak terdedah dengan kesesatan wahhabi. Masih teragak2. Masih jahil diantara apakah Wahhabi yg ada sekarang beraqidah tafwidh, takwil atau tajsim. Kononnya demi perpaduan demi berbaik sangka atau mereka asyik dengan pelajar2 mereka sahaja. Atau mereka seperti kura2 dalam perahu...

Adalah malang bg negara ini bila ulamak tidak memahami waqie semasa. Soalnya, apakah penyakit buta Syiah di era 70an akan berulang kembali kepada Wahhabi di era tahun 2000 ini. Generasi akan datanglah akan menderita disembelih Wahhabi akibat generasi hari ini yg tidak tegas menangani bahaya Wahhabi. Nauzubillah...

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

SEMATANG MANA TAUHID KITA?

Ketika Umurku 6 Tahun, Aku Menyangka Allah Berada Di Langit.

Ketika Umurku 15 Tahun, Aku Menyangka Allah Berada Di Mana2.

Ketika Umurku 25 Tahun, Aku Menyangka Allah Berada Di Dalam Hati Manusia.

Ketika Umurku 33 Tahun, Aku Menyangka Allah Berada Di Atas Kursi & Arasy.

Aku Bingung.... Aku Mencari Guru Tauhid... Jawapannya Telah Menamatkan Pencarianku Bahawasanya Allah Di Manakah Allah Itu Sebenarnya...?

Jawabnya: Berhati2 Dengan Dalil Quran & Hadith Yang Menyatakan Allah Berada Di Atas Langit, Di Atas Kursi & Di Atas Arasy, Kerana Maksud Atas atau 'Ala- Dalam Bahasa Arabnya - على' itu Adalah Ayat Mutasyabihat.

Contoh : Kita Adalah Pekerja Biasa, Atas Kita Adalah Supervisor, Atas Supervisor Adalah Manager, Atas Manager Adalah CEO. Atas Kpd Atas على itu Menunjukkan Pangkatnya, Statusnya Kerana Mulia Dan Mendalam Ilmunya...

Kalau Allah Berada Di Atas Langit, Sedang Langit Itu Pula Berada Dalam KursiNya, KursiNya Pula Berada Dalam ArasyNya. Allah Berada Di Atas على ArasyNya Menunjukkan PangkatNya, KemuliaanNya, KekuasaanNya & IlmuNya Mengatasi Segala CiptaanNya...

Katanya Lagi : Adakah Anda Faham? Kewujudan Allah Itu Tidak Memerlukan Tempat. Allah Itu Wajib AdaNya Sebelum Tempat Itu Ada Lagi. Sebelum Arasy Diciptakan Lagi. Anda Kena Faham Balaghah Ayat على Tu...

Tak Boleh Tafsir Ayat على Tu Secara Zahir Macam Tu Aje... Sebab Tu Wajib Mencari Guru Tauhid Nak Belajar Ilmu Tauhid Ni. Setiap Ilmu Ada Ahlinya.

Allah Ada TANPA Bertempat Berarah Dan Berjisim.

SEMOGA TAUHID KITA BUKAN KEANAK2AN LAGI...

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya'ban
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.

Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

Soalan :

Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :

Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis Nabi ﷺ yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).

Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.

Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi ﷺ pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa(yang dilakukan oleh hambaNya)lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani)Kalb."

-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.

Seterusnya,

عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi ﷺ telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”

-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.

Seterusnya,

عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yan

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/sLcc2ELd_Zg

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KENDURI TAHLIL HARI KE-3,7,20,40 DAN 100 TIDAK SESAT

Imam Suyuti menyebutkan di dalam kitabnya al Hawi,2/178:

"Sesungguhnya Imam Thowus (seorang tabi'in) berkata:Seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7 hari.Maka mereka menggalakkan untuk mengadakan jamuan makan (sedekah) untuknya selama hari2 tersebut.Sahabat Nabi,Ubaid ibn Umair berkata;Seorang mukmin dan seorang munafiq sama2 akan mengalami ujian dalam kubur.Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari,sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi.

-Keterangannya;maksud mereka mengistihbabkan/menggalakkan dalam keterangan di atas adalah para sahabat di zaman Nabi Muhammad saw melaksankan perkara itu,Nabi sendiri tahu perkara itu dan mengakuinya,lihat Al Hawi li al-Fatawa as Suyuti,2/183

Di dalam kitab al-Hawi mukasurat 2/194 juga disebutkan:

"Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari,telah sampai kepadaku (iaitu Imam Suyuti),ia berterusan hingga sekarang di Makkah dan Madinah.Secara zahirnya,ia tidak ditinggalkan (dari melakukannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi diambil dari Ulama' Salaf sejak generasi pertama (iaitu sahabat)"

-Keterangannya;Amalan bertahlil selama 7 hari,tidak pernah ditinggalkan sejak zaman SAHABAT sehingga zaman IMAM SUYUTI

gambar scan kitab: 👇🏼
https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/830593430339133

@madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

“Ibnu Qudamah salat antara Maghrib dan Isya’ sebanyak 4 rakaat, dengan membaca surat Sajdah, Yasin Tabaraka dan ad-Dukhan. Beliau salat Tasbih setiap malam Jumat antara Maghrib dan Isya’ dan memanjangkannya. Di hari Jumat ia salat 2 rakaat dengan membaca al-Ikhlas 100 kali. ia salat sunah sehari semalam sebanyak 72 rakaat. ia memiliki banyak wiridan. Ia melakukan ziarah kubur setiap Jumat setelah Ashar” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/204)

10. Umair bin Hani’ (1000 sujud)

كان عمير بن هانئ يصلي كل يوم الف سجدة ويسبح مائة الف تسبيحة (تهذيب التهذيب 8 / 134)

“Umair bin Hani’ salat dalam sehari sebanyak 1000 sujud dan membaca tasbih sebanyak 100.000” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 8/134)

11. Murrah bin Syarahil (600 rakaat)

قلت: هو قول ابن حبان في الثقات زاد وكان يصلي كل يوم ستمائة ركعة وقال العجلي تابعي ثقة وكان يصلي في اليوم والليلة خمسمائة ركعة (تهذيب التهذيب 10 / 80)

“Ibnu Hibban menambahkan bahwa Marrah bin Syarahil salat dalam sehari 600 rakaat. al-Ajali berkata, ia tabii yang tsiqah, ia salat dalam sehari 500 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 10/80)

12. Abdul Ghani (300 rakaat)

وسمعت يوسف بن خليل بحلب يقول عن عبد الغني: كان ثقة، ثبتاً، ديناً مأموناً، حسن التصنيف، دائم الصيام، كثير الإيثار. كان يصلي كل يوم وليلة ثلاثمائة ركعة (ذيل طبقات الحنابلة 1 / 185)

“Abdul Ghani, ia terpercaya, kokoh, ahli agama yang dipercayai, banyak karangannya, selalu puasa, selalu mendahulukan ibadah. Ia salat dalam sehari semalam 300 rakaat” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/185)

13. Abu Ishaq asy-Syairazi (Tiap bab dalam kitab)

وقال أبو بكر بن الخاضبة سمعت بعض أصحاب أبي إسحاق ببغداد يقول كان الشيخ يصلي ركعتين عند فراغ كل فصل من المهذب (طبقات الشافعية الكبرى 4 / 217)

“Abu Bakar abin Khadhibah berkata: Saya mendengar dari sebagian santri Abu Ishaq di Baghdad bahwa Syaikh (Abu Ishaq) salat 2 rakaat setiap selesai menulis setiap Fasal dalam Muhadzab” (Thabaqat asy-Syafiiyat al-Kubra, as-Subki, 4/217)

14. Qadli Abu Yusuf (200 rakaat)

وقال ابن سماعة كان أبو يوسف يصلي بعد ما ولي القضاء في كل يوم مائتي ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 214)
“Ibnu Sama’ah berkata: Setelah Abu Yusuf menjadi Qadli, ia salat dalam sehari sebanyak 200 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 1/214)

15. Ali bin Abdillah (1000 rakaat)

وقال أبو سنان: كان على بن عبد الله يصلى كل يوم ألف ركعة (تهذيب الأسماء 1 / 492)

“Abu Sanan berkata: Ali bin Abdillah salat dalam sehari 1000 rakaat” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/492)

16. al-Hafidz ar-Raqqasyi (400 rakaat)

الرقاشي الإمام الثبت الحافظ أبو عبد الله محمد بن عبد الله بن محمد بن عبد الملك البصري: أبو حاتم وقال: ثقة رضا وقال العجلي: ثقة من عباد الله الصالحين وقال يعقوب السدوسي: ثقة ثبت قال العجلي: يقال: إنه كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي – 2 / 37)
“ar-Raqqasyi, terpercaya, ia salat dalam sehari semalam 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/73)

17. Abu Qilabah (400 rakaat)

وقال أحمد بن كامل القاضي: حكي أن أبا قلابة كان يصلي في اليوم والليلة أربعمائة ركعة (تذكرة الحفاظ للذهبي 2 / 120)
“Qadli Ahmad bin Kamil berkata: Diceritakan bahwa Abu Qilabah salat dalam sehari semalam sebanyak 400 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dzahabi, 2/120)

18. Cucu Abdullah bin Zubair (1000 rakaat)

مصعب بن ثابت بن عبد الله بن الزبير وكان مصعب يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة ويصوم الدهر (صفة الصفوة 2 / 197- والإصابة في تمييز الصحابة 2 / 326)

“Mush’ab bin Tsabit bin Abdillah bin Zubair, ia salat dala sehari semalam 1000 rakaat” (Shifat ash-Shafwah, Ibnu Jauzi, 2/197 dan al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/326)

19. Malik Bin Dinar (1000 rakaat)

وروى بن أبي الدنيا من طرق انه كان فرض على نفسه كل يوم ألف ركعة (الإصابة في تمييز الصحابة 5 / 77)
“Ibnu Abi Dunya meriwayatkan dari beberapa jalur bahwa Malik bin Dinar mewajibkan pada dirinya sendiri untuk salat 1000 rakaat dalam setiap hari” (al-Ishabah, al-Hafidz Ibnu Hajar, 5/77)

20. Bilal Bin Sa’d (1000 rakaat)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

بسم اللّه الرحمن الرحيم

القضاء للحامل والمرضع

Pensyari'atan Qadha' bagi wanita hamil dan wanita yang menyusu.

Suatu jawapan kepada SS Dr Maza berkenaan pensya'riatan Qadha bagi wanita yang hamil dan wanita yang menyusu sewaktu mengerjakan ibadah puasa ketika bulan ramadhan berikut perbahasan berkenaan permasalahan demikian :

مشروعية قضاء صوم رمضان للحامل والمرضع :

Pensyari'atan Qadha bagi wanita hamil dan wanita yang menyusu di bulan ramadhan :

الأدلة الشرعي/وجه الإستدلال :

١. قال تعالى: {أَيَّامًا مَّعْدُودٰتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ} [البقرة:184].

قال : إنّها في المرضع أو الحامل إذا خافتا على أنفسهما أو ولدهما تفطران ثم تقضيان.

علّقه البخاري في كتاب التفسير، باب قوله: {أيامًا معدودات فمن كان منكم مريضًا}. ونصّه في حاشية الدسوقي على الشرح الكبير (١/٥٣٥)، جواهر الإكليل (١/١٥٣)، القوانين الفقهية (٨٢).

1. Berdasarkan surah Al-baqarah ayat 184 berikut terjemahanya :

(yakni) beberapa hari tertentu. Maka barang siapa antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, yaitu memberi makan kepada orang miskin. Tetapi barang siapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Telah membuat ta'liq/nota kaki oleh Al-imam Bukhari sendiri berdasarkan ayat ke 184 surah Al-baqarah ini, bahkan dinukilkan juga dalam Hasyiyah Ad-dusuqiyy m/s (1/535), Jawahir Al-i'klil m/s (1/153), dan Qawanin Fiqhiyyah m/s (82) :

Sesungguhnya dimaksudkan dengan Al-maaridh itu termasuklah wanita yang hamil dan wanita yang menyusu kerna masyaqqah bagi mereka menyempurnakan ibadah puasa sebulan apabila mereka mengalami komplikasi sedangkan ibadah puasa ini terbina atas taisiir (mudah dilaksanakan), jika dibimbangi kemudharatan atas diri mereka atau kepada kandungan ataupun kedua-duanya sekali maka diwajibkan berbuka dan qadha' setelah sehat.

٢. عن أنس بن مالك - رجلٍ من بني عبد الله بن كعب -، قال: أغارت علينا خيل رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأتيتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدته يتغدّى، فقال: ((ادنُ فكل)). فقلتُ: إنّي صائم. فقال: ((ادن أحدثك عن الصوم - أو قال: الصيام -، إنّ الله تعالى وضع عن المسافر الصوم وشطر الصلاة، وعن الحامل أو المرضع الصوم - أو قال: الصيام -))...إلخ

رواه أبو داود (٢٤٠٨) في الصوم، باب اختيار الفطر. والترمذيّ (٧١٥) في الصوم، باب ما جاء في الرخصة للحبلى والمرضع. والنسائ (٤/١٨٠) في الصوم باب ما جاء في الرخصة للحامل والمرضع. وابن ماجه (٢/٦٤-٦٥)(١٣٦١). وفي مشكاة المصابح (١/٣٤٤).

2. Diriwayatkan oleh Abi Daud dalam sunannya pada hadis ke (2408), Al-imam Tirmizi pada hadis ke (715), An-nasaie' m/s (4/180), Ibnu Majah hadis ke (1361) m/s (2/64-65) dan dalam Misykatul Masaabih m/s (1/344) :

Daripada Sayyidina Anas Bin Malik radhiallahuAnhu telah datang seorang lelaki daripada Bani Ka'ab berkata ;

Telah datang kuda Rasulullah shallahuAlaihiwasallam kepada kami. Lalu aku mendatangi baginda rasulullah shallahuAlaihiwasallam, dan ternyata aku mendapati beliau sedang makan. Kemudian beliau bersabda, ”Mendekatlah dan makanlah”. Aku menjawab, ”Aku sedang puasa”. Beliau bersabda, ”Mendekatlah, akan Aku ceritakan kepadamu tentang puasa. Sesungguhnya Allah Taala memberikan keringanan (rukhsah) mengerjakan separuh daripada asal rakaat solat yang dapat diqasarkan bagi seorang musafir, dan memberikan keringanan (ruksah) berbuka puasa bagi wanita hamil dan menyusu”.

حكم المرضع والحامل إذا خافتا على أنفسهما أو خافتا على ولديهما :

١.قال جهور العلماء (الشافعية(١) والمالكية(٢) والحنابلة(٣)) علي أنّهما إن خافتا على نفسيهما قضتا فقط، وإن خافتا على ولديهما أطعمتا مع القضاء كل يوم مسكينًا.

(١).ما نصّه في شرح المهذب (١/١٧٨)، حلية العلماء (٣/١٤٧)، المجموع (٦/٢٦٧)، المحلي (٦/٢٦٢).

(٢). ما نصّه في المدوّنة الكبرى (١/٢١٠)، ومختصر الخليل.

(٣). ما نصّه في الفروع (٣/٢٦)، الإنصاف (٣/٢٩٢)،

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Tips untuk khatam al-Quran di bulan Ramadhan

UNTUK SATU KALI KHATAM :

1. Solat Subuh 4 halaman
2. Solat Zuhur 4 halaman
3. Solat 'Asar 4 halaman
4. Solat Maghrib 4 halaman
5. Solat 'Isya 4 halaman

UNTUK DUA KALI KHATAM :

1. Solat Subuh 8 halaman
2. Solat Zuhur 8 halaman
3. Solat 'Asar 8 halaman
4. Solat Maghrib 8 halaman
5. Solat 'Isya 8 halaman

UNTUK TIGA KALI KHATAM :

1. Solat Subuh 12 halaman
2. Solat Zuhur 12 halaman
3. Solat 'Asar 12 halaman
4. Solat Maghrib 12 halaman
5. Solat 'Isya 12 halaman

#Sebarkan kebaikan , Rasulullah solallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Barang siapa menunjukkan satu kebaikan, maka baginya pahala semisal orang yang mengikuti KEBAIKAN tersebut."
(HR. Muslim, no. 1893)

/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ewajipan ulama-ulama mazhabnya untuk menjelaskannya. Justeru apakah penjelasan munasabah bagi isu ini? (Ini kerana ia tidak termasuk dalam perbincangan qawl qadim dan qawl jadid dalam mazhab al-Syafi'i)

8. Ulama Syafii menjelaskan, bahawa maksudnya ialah jika ia membaca al-Quran tetapi tidak berdoa supaya disampaikan pahalanya kepada si mati, maka pahala tersebut tidak akan sampai. Namun jika ia berdoa mohon disampaikan, nescaya si-mati akan memperolehi manfaat daripada bacaan al-Quran tersebut. Ulama-ulama Syafi'i menyatakan, perlu berdoa selepas bacaan al-Quran tersebut agar disampaikan pahalanya kepada si-mati, kerana dengan doa yang dipohonkan itu akan sampai kepada si-mati secara ijmak ulama.

9. Dan inilah yang diamalkan oleh kebanyakan orang yang mengharuskan amalan tersebut, iaitu berdoa mohon disampaikan pahala amalan yang dilakukan kepada si-mati. Selain bacaan al-Quran, termasuk juga bacaan tahlil, zikir dan juga selawat. Ini berdasarkan hadith yang menyebut bahawa kalimah yang baik itu juga merupakan sedekah (الكلمة الطيبة صدقة). Dan sedekah juga sampai kepada si-mati secara ijmak ulama. Apa salahnya ulama-ulama Syafi'i mensistem dan mendetilkan pendapat Imam mereka hingga dicemuh kerana tidak mengikutinya? Mungkin cemuhan tersebut tidak lain hanya bermaksud untuk mencela ulama-ulama bermazhab yang tidak mahu menjadi 'anti-mazhab' seperti mereka..

10. Ada juga sesetengah orang yang 'bakhil' mempersoalkan, pahala kita sudah cukup banyakkah sehingga mahu menyedekahkannya kepada orang lain? Sebenarnya orang yang membaca al-Quran dengan segala penumpuan (tawajjuh), peluh keringat, waktu yang diluang, bertajwid, berlagu dan juga tadabbur kemudian menyedekahkan pahalanya kepada si-mati, tidak sama pahala yang disedekahkan itu dengan pahala yang dia sendiri perolehi. Misalnya jika dia memperolehi pahala 100% dari hasil usahanya, maka pahala yang disedekahkan kepada si-mati itu tidak mungkin menjadi 100% kerana tidak ada sebarang usaha langsung daripada si-mati. Maka si-mati hanya memperoleh manfaat daripada pahala bacaan tersebut sahaja, tidak termasuk ganjaran susah-payah dan ikhlas orang tadi. Mungkin kita boleh umpamakan misalnya kita memberi sedekah RM100 kepada satu orang miskin, maka orang tersebut memperolehi RM100 juga yang boleh dimanfaatkannya, tetapi tidak memperolehi pahala mencari rezeki halal, pahala sedekah, membantu orang dan pahala ikhlas yang telah kita perolehi.

11. Bukankah dengan sedekah itu (tidak kira sedekah pahala atau harta) akan menambahkan rezeki dan barakah kepada kita? Kita sudah sedia maklum kedudukan hati orang 'bakhil' yang enggan langsung membantu orang lain ini...

Sumber :

1. http://sawanih.blogspot.my/2009/07/sedekah-pahala-untuk-si-mati-polemik.html

2. http://sawanih.blogspot.my/2009/07/sedekah-pahala-untuk-si-mati-siri-2.html


-Ustaz Yus-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Mengapa Bertawassul ?

Wasilah (=perantara) artinya sesuatu yang menjadikan kita dekat kepada Allah SWT. Adapun tawassul sendiri berarti mendekatkan diri kepada Allah atau berdo`a kepada Allah dengan mempergunakan wasilah, atau mendekatkan diri dengan bantuan perantara. Pernyataan demikan dapat dilihat dalam surat Al-Maidah ayat 35, Allah berfirman :

يَااَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوااللهَ وَابْتَغُوْا إِلَيْهِ اْلوَسِيْلَةَ

“Wahai orang-orang yang beriman takutlah kamu kepada Allah, dan carilah jalan (wasilah/perantara)."

Ada beberapa macam wasilah. Orang-orang yang dekat dengan Allah bisa menjadi wasilah agar manusia juga semakin dekat kepada Allah SWT. Ibadah dan amal kebajikan juga dapat dijadikan wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Amar ma’ruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) juga termasuk wasilah yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Mengenai tawassul dengan sesama manusia, tidak ada larangan dalam ayat Al-Qur’an dan Hadits mengenai tawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah para Nabi, para Rasul, sahabat-sahabat Rasulullah SAW, para tabi`in, para shuhada dan para ulama shalihin.

Karena itu, berdo`a dengan memakai wasilah orang-orang yang dekat dengan Allah di atas tidak disalahkan, artinya telah disepakati kebolehannya. Bertawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah, senyatanya tetap memohon kepada Allah SWT karena Allah-lah tempat meminta dan harus diyakini bahwa sesungguhnya:

لاَمَانَعَ لمِاَ اَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِى لمِاَ مَنَعْتَ

Tidak ada yang bisa mencegah terhadap apa yang Engkau (Allah) berikan, dan tidak ada yang bisa memberi sesuatu apabila Engkau (Allah) mencegahnya.

Secara psikologis tawassul sangat membantu manusia dalam berdoa. Katakanlah bertawassul sama dengan meminta orang-orang yang dekat kepada Allah SWT itu agar mereka ikut memohon kepada Allah SWT atas apa yang kita minta.

Tidak ada unsur-unsur syirik dalam bertawassul, karena pada saat bertawassul dengan orang-orang yang dekat kepada Allah SWT seperti para Nabi, para Rasul dan para shalihin, pada hakekatnya kita tidak bertawassul dengan dzat mereka, tetapi bertawassul dengan amal perbuatan mereka yang shaleh.

Karenanya, tidak mungkin kita bertawassul dengan orang-orang yang ahli ma’siat, pendosa yang menjauhkan diri dari Allah, dan juga tidak bertawassul dengan pohon, batu, gunung dan lain-lain.

KH A Nuril Huda
Ketua PP Lembaga Dakwah Nahdlatul Ulama (LDNU)

/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

DALIL BERZIKIR KUAT SELEPAS SOLAT WAJIB

1. Sahabat Ibnu Abbas berkata:

ﺃﻥ ﺭﻓﻊ اﻟﺼﻮﺕ ﺑﺎﻟﺬﻛﺮ ﺣﻴﻦ ﻳﻨﺼﺮﻑ اﻟﻨﺎﺱ ﻣﻦ اﻟﻤﻜﺘﻮﺑﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻰ ﻋﻬﺪ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
Sesungguhnya mengeraskan suara dengan zikir setelah Sahabat selesai dari solat wajib telah ada sejak masa Nabi shalla Allahu alaihi wa sallama (HR al-Bukhari)

2. Sahabat Ibnu Zubair berkata:

ﻛﺎﻥ اﺑﻦ اﻟﺰﺑﻴﺮ، ﻳﻘﻮﻝ: ﻓﻲ ﺩﺑﺮ ﻛﻞ ﺻﻼﺓ ﺣﻴﻦ ﻳﺴﻠﻢ «ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ ﻭﺣﺪﻩ ﻻ ﺷﺮﻳﻚ ﻟﻪ، ﻟﻪ اﻟﻤﻠﻚ ﻭﻟﻪ اﻟﺤﻤﺪ ﻭﻫﻮ ﻋﻠﻰ ﻛﻞ ﺷﻲء ﻗﺪﻳﺮ، ﻻ ﺣﻮﻝ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﻟﻠﻪ، ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ، ﻭﻻ ﻧﻌﺒﺪ ﺇﻻ ﺇﻳﺎﻩ، ﻟﻪ اﻟﻨﻌﻤﺔ ﻭﻟﻪ اﻟﻔﻀﻞ، ﻭﻟﻪ اﻟﺜﻨﺎء اﻟﺤﺴﻦ، ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ اﻟﻠﻪ ﻣﺨﻠﺼﻴﻦ ﻟﻪ اﻟﺪﻳﻦ ﻭﻟﻮ ﻛﺮﻩ اﻟﻜﺎﻓﺮﻭﻥ» ﻭﻗﺎﻝ: «ﻛﺎﻥ ﺭﺳﻮﻝ اﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻳﻬﻠﻞ ﺑﻫﻦ ﺩﺑﺮ ﻛﻞ ﺻﻼﺓ»

[ ﺷ (ﻳﻬﻠﻞ ﺑﻫﻦ) ﺃﻱ ﻳﺮﻓﻊ ﺻﻮﺗﻪ ﺑﺘﻠﻚ اﻟﻜﻠﻤﺎﺕ]

Bahawa selesai tiap solat selepas salam membaca zikir ...... Ibnu Zubair berkata: "Rasulullah mengeraskan kalimat-kalimat zikir tersebut setelah selesai tiap solat (HR Muslim)

Rujukan : Ustaz Ma'ruf Khozin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Roh Orang Beriman

Dalam beberapa karangan para ulama kita, ada tercatat kisah berhubung tentang pergi dan datangnya arwah kaum mu'minin ke langit dunia untuk menziarahi kaum keluarga mereka yang masih hidup di alam dunia. Ada sesetengah pihak dengan mudah sahaja mengenepikan kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sedangkan hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui sebab persoalan ini merupakan urusanNya. Tidak tergambar pula yang para ulama kita seperti Sidi Abu Bakar Syatho ad-DimyathirahimahUllah dan Syaikh Sulaiman al-Bujairimi rahimahUllah, ahli-ahli fiqh yang terkemuka, hendak memenuhkan karya-karya mereka dengan pendustaan dan kebohongan. Contohnya Sidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi menulis berkenaan perkara ini dalam karya agungnya " I`aanatuth Thoolibiin" jilid 2 halaman 161, antara lain beliau menulis:-

"Juga telah warid: Bahawasanya roh-roh orang mukmin datang pada setiap malam ke langit dunia dan mereka berhenti di hadapan rumah-rumah mereka. Setiap seorang daripada mereka menyeru dengan suara sedih 1000 kali: “Wahai ahli keluargaku, wahai kaum kerabatku, wahai anakku, wahai orang yang mendiami rumah-rumah kami, berpakaian dengan pakaian kami, berbahagi harta kami, tidak adakah sesiapa antara kamu yang mengingati kami dan memikirkan keadaan kami yang berada dalam kejauhan, kami berada dalam tahanan yang panjang dan kawalan yang ketat? Kasihanilah kami, moga-moga Allah akan mengasihi kamu, dan janganlah kamu bakhil kepada kami sebelum kamu menjadi seperti kami. Wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya kelebihan yang ada pada tangan kamu sekarang, dahulunya ada pada tangan kami. Malangnya kami tidak menafkahkan sebahagian daripadanya untuk jalan Allah, maka perkiraan hisab serta penyesalan atas kami sedangkan manfaatnya bagi orang lain. Maka apabila tidak memperolehi sesuatu (yakni hadiah, sedekah, doa, istighfar dan sebagainya daripada orang hidup kepada mereka), pergilah roh-roh tersebut dengan kekecewaan dan hampa.” Dan telah warid juga bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. bersabda: “Tidaklah orang mati itu di dalam kuburnya melainkan seperti orang yang kelemasan memohon pertolongan. Dia menunggu datangnya doa-doa kepadanya daripada anaknya atau saudaranya atau temannya. Apabila diterimanya (doa-doa tersebut), maka ianya adalah sesuatu yang terlebih kasih baginya daripada dunia dan segala isinya (yakni menerima hadiah berupa doa adalah lebih disukai si mati daripada memperolehi dunia dan segala isinya)."

Datang dan perginya sebahagian roh-roh orang mukmin yang tertentu ke barang mana tempat dengan kehendak dan izin Allah adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi. Bulan Rejab yang bakal menjelang tiba, di mana kisah Isra` dan Mi'raj biasanya akan diperingati. Dalam kisah tersebut jelas dan nyata bahawa segala arwah anbiya` yang telah wafat sekian lama sebelum lahirnya Junjungan Nabi SAW telah berhimpun pada malam 27 Rejab tersebut di Masjidil Aqsha untuk sholat berimamkan Junjungan Nabi s.a.w. Bukankah Masjidil Aqsha itu wujudnya di alam nyata di dunia yang fana ini dan bukankah arwahnya para anbiya` tersebut berada di barzakh. Mungkin ada yang berkata bahawa ianya dikhususkan untuk arwahnya para nabi, itu satu kemungkinan, tetapi mungkin juga tidak. Mungkin juga ianya berlaku kepada arwah para nabi dan para pewaris mereka yang terdiri daripada kalangan khawasnya umat. Oleh itu, pendapat yang menyatakan bahawa setiap roh yang berada di barzakh tidak boleh kembali ke alam dunia adalah pendapat yang tidak tepat. Ya, tiada roh yang sudah berpindah ke alam barzakh boleh kembali ke dunia untuk menjalani kehidupan duniawi seperti sebelum kematiannya iaitu hidup kembali dengan roh dan jasad, tetapi apa pula yang menegahkan roh kalangan khawas daripada para anbiya` dan awliya` serta sholihin untuk kembali ke alam dunia dengan kehidupan barzakhiyyah, iaitu dengan roh semata-mata. Bukankah wujud nas-nas yang menyatakan keharusan (baca: boleh) bagi roh-roh tertentu untuk berpergian ke mana-mana sahaja. Bahkan banyaknya hadits dan atsar yang berbagai-bagai menceritakan tempat dan keberadaan roh-roh, sud

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

a masalah mengamalkan Islam malah kesatuan dalam Islam menyatukan banyak hal lain termasuk politik. Baru beberapa tahun kebelakangan ini mula heboh mengenai amalan-amalan yang dikatakan bidaah ini.

“Perkara ini mengakibatkan kekeliruan kepada orang awam. Cuba bayangkan jika dua-dua pihak tidak mahu mengalah, melabel orang ini bidaah, orang ini sesat, tidakkah menimbulkan pergaduhan?.

“Pakar agama dan mufti juga perlu turun padang, melihat sendiri situasi dan senario realiti masyarakat di negara tersebut sebelum menetapkan hukum. Tidak boleh hanya mengikut kitab semata-mata sehinggakan tidak mengindahkan soal darurat dan juga maqasid syariah (tujuan disyariatkan) kepada umat Islam,” katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/rencana/agama/khilaf-bukan-bidaah-1.334814#sthash.2pt4uKln.dpuf

/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/A75HeGdcUcs

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Menurut Ayob Khan, sejarah memperlihatkan ulama-ulama pondok silam seperti Sheikh Abdullah Fahim, Ahmad Tuan Hussein, Sheikh Harun Muhamad Al Samadi Al Kalantani jugalah yang menentang penyebaran fahaman pelampau seperti Syiah dan golongan yang suka membidaahkan amalan umat Islam di rantau ini. -

See more at: http://m.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-benar-institusi-pondok-kembangkan-fahaman-pelampau-ayob-1.333954#sthash.OSDn1XMP.dpuf

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://youtu.be/W4BH4cukSyk

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

g demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”

-Riwayat Ibnu Majah.

Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi ﷺ akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”

-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :

“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada(hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”

-Intaha-

Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :

“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.

Pertamanya :

Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.

Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.

Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.

Keduanya :

Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -intaha kalam

Kesimpulannya :

Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.

Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya ﷺ. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.

Wallahua'lam~

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Hadith Sahih Amalan-Amalan Malam Nisfu Sya’ban Yang Sahihkan Oleh Albani dan Para Ulama ASWJ


Diantara keutamaan Sya’ban adalah kerana di dalamnya ada malam Nishfu Sya’ban. Ramai di kalangan umat Islam yang di malam tersebut melakukan amalan tertentu, misalnya dzikir, membaca al-Quran dan sebagainya yang intinya adalah meminta ampunan kepada Allah.

Untuk topik kali ini ARG kongsikan kembali artikel lama yang membahaskan kelebihan malam nisfu sya'ban. Istimewanya artikel ini ia mengetengahkan dalil-dalil yang bukan sahaja disahihkan oleh ulama aswj, tetapi turut disahihkan oleh ulama wahhabi iaitu Albani. Semoga bermanfaat dan sebarkan.


http://www.aswj-rg.com/2015/05/hadith-sahih-amaliah-malam-nisfu-syaban-yang-diperakui-oleh-albani-dan-para-ulama.html

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.facebook.com/muftins/posts/638954472918776:0

MADAD YAA HUSAIN! APAKAH HUKUMNYA?

SOALAN: Saya minta izin tanya kt ustad tentang madad. Isunya ada video habib ali al jufri madad kpd Sayyiduna Hussein dan saya tak tahan ada pihak yg mensyiahkan Sayyiduna Hussein dan katakan habib ali al jufri sebagai sesat. Sekarang ni mak kwn saya yg berpegang madad kpd sayyiduna hussein ni sesat. Kalau ada sebarang penjelasan ilmiah yg bole saya berikan kpd kwn saya utk sampaikan kpd mak dia ustad.

JAWAPAN: Madad = pertolongan
Madad Yaa Husain = Minta pertolongan mu Wahai Husain

Apakah hukumnya mengucapkan yang sedemikian?

1) Haram dan syirik SEKIRANYA meni'tiqadkan bahawa Husain*(saya letakkan nama Husain sebagai contoh, bukan merujuk kepada Sayyidinaa Husain cucu RasuulilLaah S.A.W radhialLaahu 'anhu)(baik ketika hidup mahupun selepas kematian) boleh memberikan bantuan dengan kuasanya sendiri tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) Harus dan tidak syirik SEKIRANYA meni'tiqadkan Husain (baik ketika hidup atau selepas kematian) tidak mampu memberikan apa2 manfaat atau mudarat kecuali dengan izin Allah SWT.

Berbeza dengan fahaman Wahhabi boleh minta pertolongan daripada Husain ketika Husain masih hidup TETAPI haram lagi syirik sekiranya memohon pertolongan Husain selepas Husain meninggal dunia.

Pegangan sebegini hakikatnya boleh membawa kepada kesyirikan kerana menganggap yang hidup boleh memberikan manfaat dan mudarat sementara yang mati tidak, SEDANGKAN i'tiqad Ahlis Sunnah wal Jamaah adalah semua makhluk baik yang hidup mahupun yang mati tidak boleh memberikan sebarang manfaat atau mudarat KECUALI dengan izin Allah SWT. Pertolongan daripada makhluk diminta atas dasar usaha dan ikhtiar dan sebab musabbab semata-mata, bukan kerana makhluk boleh memberikan mudarat dan manfaat. Hakikatnya segala pertolongan adalah daripada Allah SWT. Yang dikatakan pertolongan makhluk hanya usaha ikhtiar dan sebab musabbab semata-mata dan ianya dibenarkan. Keterangan lengkap dengan dalil2 Al-Quran dan Al-Hadith ada diberikan antara lain di dalam kitab Mafaahim Yajibu an Tusohhah KEFAHAMAN2 YANG WAJIB DIPERBERTULKAN oleh Almarhum Sayyid Muhammad ibn Alawi Al-Maliki rahimahulLaah. Al-Quran dan Al-Hadith menceritakan kedua2 iaitu syariat (boleh isti'aanah minta tolong kepada asbaab) dan hakikat (pertolongan sebenar hakikatnya daripada Allah SWT). Sila rujuk kitab tersebut untuk keterangan yang jelas dan terpeinci.

Yang saya sebutkan di atas adalah berkaitan hukum hakam. Adapun berkaitan adakah wajar ia dilakukan? Secara peribadi (bukan tuntutan hukum yang pasti) saya nampak elok jangan dilakukan seruan madad ini terutamanya secara terbuka. Bukan semua perkara yang boleh dilakukan dari segi hukum asal wajar dilakukan secara praktikal. Kebimbangan saya berkaitan غلبة الجهالة kejahilan yang merata yang boleh membawa kepada salah satu daripada dua mudarat:

1) oleh kerana sekarang sudah kurang pengajian tauhid yang menerangkan tentang asas2 penting bahawa "yang baharu" (makhluk) "tidak memberi bekas" (tidak memberi sebarang kesan mudarat atau manfaat) hanya Allah SWT yang "memberi bekas" (memberi kesan mudarat atau manfaat), maka dibimbangi ada antara yang mengucapkan "madad Yaa fulaan" meni'tiqadkan bahawa si fulaan yang memberikan mudarat dan manfaat dan menunaikan hajat tanpa ada kena mengena dengan Allah SWT.

2) dibimbangi menjadi fitnah dan tohmahan daripada orang-orang yang jahil hakikat tauhid atau yang terpengaruh dengan pengajian tauhid 3 yang menghukum syirik perbuatan2 tawassul dan istighaathah sehingga mereka menuduh secara bathil saudara2 seagama mereka sebagai golongan musyrikin - wal 'iyaazu bilLaah -

وفقنا الله وإياكم لسلوك طريق الحق والرشاد

Penulis : Ustaz Engku Fadzil Bin Engku Ali

Link asal👇🏼 : https://m.facebook.com/engkuahmadfadzilTOP/photos/a.955297771206531.1073741827.952934824776159/964291406973834/?type=3

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

وقال الاوزاعي كان بلال بن سعد من العبادة على شئ لم يسمع باحد من الامة قوى عليه كان له في كل يوم وليلة الف ركعة (تهذيب التهذيب 1 / 441)

“Auzai berkata: dalam masalah ibadah tidak didengar 1 orang yang lebih kuat daripada Bilal bin Sa’d, ia salat 1000 rakaat setiap hari” (Tahdzib al-Asma’, an-Nawawi, 1/441)

Sumber : jomfaham.blogspot.my/2016/02/bidah-hasanah-yang-dilakukan-oleh-ahli.html?m=1

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

“Sungguh saya berdoa kepada Allah untuk Syafii dalam salat saya sejak 40 tahun. Doanya: Ya Allah ampuni saya, kedua orang tua saya dan Muhammad bin Idris asy-Sfafii” (Thabaqat al-Syafiiyah al-Kubra, as-Subki, 3/194 dan Manaqib asy-Syafii, al-Baihaqi, 2/254)

- قال عبد الله بن أحمد: كان أبي يصلي في كل يوم وليلة ثلاث مئة ركعة. فلما مرض من تلك الأسواط أضعفته، فكان يصلي في كل يوم وليلة مئة وخمسين ركعة، وقد كان قرب من الثمانين (مختصر تاريخ دمشق لابن رجب الحنبلي ج 1 / ص 399)

“Abdullah bin Ahmad berkata: Bapak saya (Ahmad bin Hanbal) melakukan salat dalam sehari semalam sebanyak 300 rakaat. Ketika beliau sakit liver, maka kondisinya melemah, beliau salat dalam sehari semalam sebanyak 150 rakaat, dan usianya mendekati 80 tahun” (Mukhtashar Tarikh Dimasyqa, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/399)

جعفر بن محمد بن معبد المؤدب قال: رأيت أحمد بن حنبل يصلي بعد الجمعة ست ركعات ويفصل في كل ركعتين (طبقات الحنابلة 1 / 123)

“Jakfar bin Muhammad bin Ma’bad berkata: Saya melihat Ahmad bin Hanbal salat 6 rakaat setelah Jumat, masing-masing 2 rakaat” (Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Abi Ya’la, 1/123)

4. Imam Basyar bin Mufadlal (400 rakaat)

بشر بن المفضل بن لاحق البصري الرقاشي أبو إسماعيل. قال أحمد: إليه المنتهى في التثبت بالبصرة وكان يصلى كل يوم أربعمائة ركعة ويصوم يوماً ويفطر يوماً وكان ثقة كثير الحديث مات سنة ست وثمانين ومائة (طبقات الحفاظ 1 / 24)

“Imam Ahmad berkata tentang Basyar bin Mufadzal al-Raqqasyi: Kepadanyalah puncak kesahihan di Bashrah. Ia salat setiap hari sebanyak 400 rakaat, ia puasa sehari dan berbuka sehari. Ia terpercaya dan memiliki banyak hadis, wafat 180 H” (Thabaqat al-Huffadz, al-Hafidz as-Suyuthi,1/24)

5. Cucu Sayidina Ali (1000 rakaat)

ذو الثفنات علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب زين العابدين سمي بذلك لأنه كان يصلى كل يوم ألف ركعة فصار في ركبتيه مثل ثفنات البعير (تهذيب الكمال - 35 / 41)

“Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, hiasan ahli ibadah, disebut demikian karena ia salat dalam sehari sebanyak 1000 rakaat, sehingga di lututnya terdapat benjolan seperti unta” (Tahdzib al-Asma’, al-Hafidz al-Mizzi, 35/41)

وقال مالك بلغني أنه (علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب) كان يصلي في اليوم والليلة ألف ركعة إلى أن مات (تذكرة الحفاظ للذهبي 1 / 60)

“Malik berkata: Telah sampai kepada saya bahwa Ali bin Husain salat dalam sehari semalam 1000 rakaat sampai wafat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/60)

6. Maimun bin Mahran (17000 rakaat)

ويروى ان ميمون بن مهران صلى في سبعة عشر يوما سبعة عشر الف ركعة (تذكرة الحفاظ 1 / 99)

“Diriwayatkan bahwa Maimun bin Mahran salat dalam 17 hari sebanyak 17000 rakaat” (Tadzkirah al-Huffadz, al-Hafidz adz-Dahabi, 1/99)

7. Basyar bin Manshur (500 rakaat)

قال ابن مهدى ما رأيت أحدا أخوف لله منه وكان يصلي كل يوم خمسمائة ركعة وكان ورده ثلث القرآن (تهذيب التهذيب 1 / 403)
“Ibnu Mahdi berkata: Saya tidak melihat seseorang yang paling takut kepada Allah selain Basyar bin Manshur. Ia salat dalam sehari 500 rakaat, wiridannya adalah 1/3 al-Quran” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 1/403)

8. al-Harits bin Yazid (600 rakaat)

الحارث بن يزيد قال احمد ثقة من الثقات وقال العجلي والنسائي ثقة وقال الليث كان يصلي كل يوم ستمائة ركعة (تهذيب التهذيب 2 / 142)
“Ahmad berkata: Terpercaya diantara orang-orang terpercaya. Laits berkata: al-Harits salat dalam sehari 600 rakaat” (Tahdzib at-Tahdzib, al-Hafidz Ibnu Hajar, 2/142)

9. Ibnu Qudamah (100 rakaat)

ولا يسمع ذكر صلاة إلا صلاها، ولا يسمع حديثاً إلا عمل به. وكان يصلَّي بالناس في نصف شعبان مائة ركعة، وهو شيخ كبير (ذيل طبقات الحنابلة ابن رجب 1 / 203)

“Ibnu Qudamah tidak mendengar tentang salat kecuali ia lakukan. Ia tidak mendengar 1 hadis kecuali ia amalkan. Ia salat bersama dengan orang lain di malam Nishfu Sya’ban 100 rakaat, padahal ia sudah tua” (Dzail Thabaqat al-Hanabilah, Ibnu Rajab al-Hanbali, 1/203)

وكان يصلِّي بين المغرب والعشاء أربع ركعات، يقرأ فيهن السَّجدة، ويس، وتبارك والدخان. ويصلَّي كل ليلة جمعة بين العشاءين صلاة التسبيح ويطيلها، ويصلَّي يوم الجمعة ركعتين بمائة " قل هو الله أحد " الإخلاص، وكان يصلي في كل يوم وليلة اثنتين وسبعين ركعة نافلة، وله أوراد كثيرة. وكارْ يزور القبور كل جمعة بعد العصر (ذيل طبقات الحنابلة - 1 / 204)

Читать полностью…
Подписаться на канал