penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

san tuan-tuan guru yang mengajarkan ilmu tauhid dan zikir terhadap pengenalan diri. Malah, itulah juga benteng menolak bala daripada Ilahi.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah bukanlah jemaah atau pertubuhan untuk menonjolkan mereka sebagai yang terbaik. Tetapi Ahlus Sunnah adalah mereka yang berani mempertahankan nama Allah SWT dan agama-Nya. Jangan kita menjadi paku-pakis terlompat di sana-sini sehingga hilang identiti diri. Pening dan keliru anak-anak Islam memikirkan orang yang mengatakan WAHHABI ini benar ketika berada di majlis kita untuk berucap dan merasmikan sesuatu majlis. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka ini juga memberi ruang dan bertepuk tampar sesama Pak Wahhabi ini. Adakah Ahlus Sunnah sudah terpesona dengan jawatan dan pangkat mereka?

Soalan yang perlu ditanya, bilakah masa PAK-PAK WAHHABI ada meminta maaf kepada Ahlus Sunnah? Sedangkan mereka tidak pernah minta maaf setelah menghina IMAM-IMAM kita. Di manakah keadilan untuk kita apabila WAHHABI disahkan sebagai ajaran murni, sedangkan kesalahan mereka amat ketara di media dan segala saluran mereka.

Kita boleh DUDUK dengan WAHHABI setelah mereka membuat pengakuan terbuka bahawa selama ini mereka tersilap berfatwa, lalu memohon maaf dengan ikhlas setelah melemparkan tuduhan dan fitnah kepada kita semua.

Saya adalah orang yang pertama yang akan bersalam dengan mereka dan berkata, "Jangan buat lagi, ya! Pening orang awam. Kami sudah ok di Malaysia dengan 1000 dalil."

Ahlus Sunnah tidak akan pernah berhutang dengan mereka melainkan orang-orang yang ada membina hubungan dan rangkaian dengan mereka. Guru sendiri difitnah, bermesra pula dengan tauke-tauke WAHHABI.

Ya Allah! Padamkan kesesatan dan kekeliruan di negara ini daripada tangan orang-orang yang keliru dan terhijab.

Kuatkanlah kesatuan para pejuang sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Sebagai penutup bicara, saya bawakan kisah taubat seorang ulama' Wahhabi.

Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Kazimi al-Hasani, seorang ulama' di Jami'ah al-Ghauthiyyah Daka, Bangladesh berkata sambil menangis:

"Mazhab Wahhabi adalah mazhab yang berbahaya dan meruntuhkan masyarakat Islam. Akidah yang melencong ini mendatangkan fitnah. Golongan Wahhabi menyatakan bahawa kami mengikut al-Quran dan Sunnah, tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka mengikut telunjuk syaitan".

Syeikh Muhammad Abdul Salam akhirnya bertaubat. Setelah beliau keluar daripada fahaman Wahhabi, beliau berkata:

"Aku adalah seorang Wahhabi, kemudian aku bertaubat".
(Manar al-Huda bil. 68 Rabiulakhir 1419H bersamaan Ogos 1998: 19.)

Mohon maaf atas segalanya...
Yang benar tetap benar...

Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab Al-Linggi
Jumaat 29 April 2016
11.03 pagi
Kota Damansara.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=Xd9ZkN_6LeU

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Beberapa pencerahan dari Sheikh Taha Hamadi (Tenaga pengajar ilmu fekah di Ribat Tarim)

Faedah pelbagai

1-Para ulama Ba'lawi tidak menggemari perbuatan menyibukkan diri menjawab kritikan lawan. Lebih mengambil sikap berdiam diri dan sabar.

2- Habib Salim ada menulis sebuah kitab sebagai menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh golongan tertentu terhadap amalan menziarahi Hud yang dilakukan saban tahun. Beliau telah ditegur oleh abangnya Habib Hasan "Kamu tidak perlu menjawab segala tuduhan itu. Memadai kamu percaya dan yakin atas apa yang kamu iktikadkan."

3- Amalan menziarahi Hud bukan hanya semata-mata ziarah tetapi ulama menjadikannya sebagai kesempatan untuk dakwah dan tazkirah. Berbetulan dengan kedatangan ramai masyarakat awam yang mungkin sukar dikumpulkan mereka sebanyak itu pada waktu yang lain.

4- Amalan menziarahi Hud juga sarat dengan majlis ilmu. Bahkan pada zaman sebelum ini ia menjadi waktu untuk para ulama mengadakan majlis ijazah kitab dan amalan. Shekh Taha berkata," Saya pernah merasai sekali pada waktu ziarah menghadiri majlis ijazah oleh lebih 35 orang ulama."

5- Para pengkritik amalan ini hanya melihat dari jauh lalu melemparkan tohmahan nista.

6- Amalan menziarahi kubur (makam Zanbal) adalah rutin pada hari Jumaat di Tarim. Amalan dilakukan seperti biasa memberi salam, membaca surah tertentu. Para ulama disana sangat menegah orang awam dari mengusap kubur. Walaupun mengikut qaul Imam Ramli ia adalah sunat.(penulis sendiri pernah menghadiri ziarah Zanbal)

7- Bendera-bendera yang dibawa semasa amalan ziarah Hud adalah sebagai tanda qabilah dan orang alim tertentu supaya mudah mereka dicari.

8- Paluan kompang hanya dilakukan sepanjang perjalana sebagai menghilangkan bosan.

9- Antara adat di Tarim pada bulan Safar ialah mengadakan majlis-majlis yang meriah seperti persembahan nasyid, pementasan kisah-kisah teladan. ia dilakukan pada bulan Safar untuk menghilangkan iktikad bahawa bulan Safar adalah bulan bala. Mereka menamakan bulan Safar sebagai Zafar . (bulan keberhasilan)

Lokasi sumber: Restoran Malik Ma Sri Petaling


-Tok Kenali Kitab Arab-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sa’d Ibn ‘Ubadah RA Bersedekah Untuk Ibunya Yang Telah Wafat Setelah Bertanya Tentang Manfaatnya kepada Rasulullah SAW

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

🌷 HUKUM MENGHIAS KUBUR DAN MENJIRUS DENGAN AIR MAWAR


Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)


☁ SOALAN :

Assalamualaikum ustaz..apa hukum menghias kuburan


⚡ JAWAPAN KAMI;

Menghias kuburan selain maqam Rasulullah sollallahu alaihi wa salam dengan kain sutera (harir) hukumnya adalah haram, dan dengan selain sutera hukumnya adalah makruh (Tarsyih al-Mustafidin).

Manakala menghias kubur dengan jambangan bunga yang dibeli dengan harga yang mahal, maka tidaklah digalakkan bahkan tidak lepas daripada sekurang-kurangnya dihukumkan makruh dan diberi pahala jika meninggalkannya, sepertimana juga menjirus kubur dengan air mawar. Maka hendaklah dihentikan perbuatan menghias-hias kubur secara berlebihan, membazir dan membuangkan harta. Adalah lebih baik jika wang yang digunakan untuk tujuan tersebut disedekahkan kepada fakir dan miskin atas nama si mati. Ketahuilah bahawa sampainya pahala sedekah harta kepada si mati telah disepakati oleh sekalian ulamak tanpa ada khilaf.

Wallahu a'lam.

OLEH: Ustaz اليسع


Hukum Menghias Kubur dan Menjirus Dengan Air Mawar

http://madrasahsunnionline.blogspot.com/2016/04/hukum-menghias-kubur-dan-menjirus.html

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Antara alasan orang tidak mahu wirid ialah tengok di Makkah tu Imam mana wirid ,
Memanglah di Makkah ada banyak ibadah lain boleh buat , dan ada ibadah yang tiada di Malaysia seperti TAWAF DAN UMRAH , justeru di sana imam tidak wirid boleh wirid masing masing.
TAPI LIHAT DI MALAYSIA IMAM BESAR MASJIDIL HARAM AS SHEIKH ABDUL RAHMAN SUDAIS PUN BERWIRID.

KAN INDAH LEPAS SOLAT KITA SAMA SAMA .
KENAPA JEMAAH SOLAT KITA BOLEH IKUT IMAM , LEPAS SOLAT TAK BOLEH?

Oleh Ustaz Nazirul Al-Juhury

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Nonci tu bukan ulamak, comfirmed. Sebab dia dah langgar batas2 garisan displin ilmu yang disepakati ulama.
Dia kalau ulamak, mesti debat formula atau kaedah2 syarak. Kalau dia nak batalkan keputusan ulamak yg bolehkan kenduri arwah, mesti batalkan kaedah2 ilmu yg digunakan oleh ulamak2 yg haruskan kenduri arwah dulu.

setakat buat argument2 cerita ada orang buat kenduri x pada arwah Nabi s.a.w atau arwah imam shafie..tidak boleh buat hujjah dan dalil.
Sebab kenduri arwah tu perkara ijtihadi , bukan perkara Qathi'e.

Itu nonchi tidak dapat bezakan antara ijtihad dan qathie.
Orang yg ilmunya, samar macam tu, tidak boleh buat pegangan.

Mun kalau sudah ada riwayat ceritanya pernah dibuat kenduri pada Nabi s.a.w, tentu tidak ada lagi ijtihad2...
Ulamak2 buat kajian... walaupun tidak jumpa riwayat dikenduri arwahkan pada Nabi s.a.w , tapi ada riwayat sahabt2 buat kenduri, tabiiin buat kenduri, riwayat Nabi makan dimajlis selepas pengkebumian sahabat baginda, sekalipun tidak dirasmikan atau berlaku berulang kali, tetapi memadai dibuat dalil menurut ilmu ushul fekah.
.....
Kalau nonci terer... cuba bantah uslub kaedah2 dalam ilmu ushul fekah itu.
Copy dari ustaz Hj Raof Tampin

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

n ke rumah untuk makan. Menurut syarah Sunan Abu Daud:
(داعى امراة)...وفى المشكاة، داعي امرأته بالاضافة الى الضمير. فال القاري: أي زوجة المتوفي
(Da'i Imra'ah)... dan di dalam kitab al-Misykat digunakan 'da'i imra'atihi' yang disandarkan kepada dhamir (iaitu 'nya'). Al-Qari berkata: iaitu ISTERI SI MATI.
(Rujuklah 'Aun Al-Ma'bud Syarh Sunan Abi Daud)
* Hal ini menunjukkan ahli keluarga si mati menjemput nabi s.a.w makan seperti yang telah disimpulkan oleh Syeikh Ibrahim Al-Halabi:
"Hadith ini menunjukkan atas bolehnya ahli keluarga mayat menyediakan makanan dan menjemput orang lain untuk makan. Jika makanan itu diberikan kepada fakir miskin adalah baik. Melainkan (iaitu tidak boleh berbuat demikian) jika salah seorang dari ahli waris ada yang masih kecil makan tidak boleh diambol dari harta ahli waris si mati"
(Rujuklah Al-Bariqah Al-Muhammadiyyah, j.3, ms.235 dan Al-Masail Al-Muntakhabah,ms.49)
* Hal ini berlaku pada zaman Nabi s.a.w.
= = = = = = = = = = = =

2. Siapa pula yang memimpin majlis tahlilan ketika Imam Syafie wafat?

Jawapannya:
Ia adalah seorang wali (penguasa) yang bernama Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam.

Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam adalah seseorang yang diwasiatkan oleh Imam Syafie, apabila beliau wafat agar dimandikan dan diurus oleh Muhammad bin as-Suri bin al-Hakam, dari kerja-kerja memandikan, memimpin solat jenazah, menguburkan, mendoakan serta mengadakan majlis tahlilan bersama jamaah yang lain yang hadir saat Imam Syafi’i wafat.

Imam Syafie wafat pada malam Jumaat pada waktu subuh pada hari terakhir bulan Rejab tahun 204 Hijriyyah atau tahun 809 Masihi pada usia 52 tahun.

Jenazah kemudian dibawa, sampai ke tanah anak-anak Ibnu Abdi al-Hakam, disanalah ia dikuburkan, yang kemudian terkenal dengan Turbah asy-Syafie sampai hari ini, dan disana pula dibangun sebuan masjid yang diberi nama Masjid asy-Syafie. Penduduk Mesir terus menerus menziarahi makam sang Imam sampai 40 hari 40 malam, setiap penziarah tak mudah dapat sampai ke makamnya kerana banyaknya penziarah. (Sila rujuk kitab tarikh atau Manaqib Imam Syafie)

》Persoalan mengenai pendirian Imam Syafie:
Imam Al-Hasan bin Muhammad Az-Za'farani berkata: "Saya pernah bertanya kepada Imam Syafie mengenai bacaan Al-Quran di kubur. Ternyata beliau itu (Imam Syafie) membolehkannya".

》Hal ini dikukuhkan lagi apabila Imam Syafie sendiri pernah menziarahi makam Imam Laith bin Sa'ad, kemudian beliau membaca Al-Quran.
وقد تواتر ان الشافعي زار الليث بن سعد واثنى خيرا وقرأ عنده ختمة وقال: ارجوا ان تدوم فكان الامر كذلك
"Dan telah mutawatir (masyhur) riwayat bahawa Imam Syafie telag menziarahi makam Imam Laith bin Sa'ad. Beliau memujinya dan membaca Al-Quran di sisi kuburnya dengan sekali khatam. Imam Syafie berkata: Aku mengharapkan agar ia (amalan membaca Al-Quran seperti di sisi makan Imam Laith) akan berterusan, maka begitulah seperti apa yang dikatakan (didoakan) oleh Imam Syafie"
(Rujuklah kitab az-Zakhirah Ath-Thaminah, ms.64)

》Bagaimana pula dengan perkataan Imam Syafie:
وأكره المأتم وهي جماعة وان لم يكن لهم بكاء فان ذلك يحدد الحزن ويكلف المؤنة
"Dan aku membenci ma'tam iaitu adanya perkumpulan walaupun tidaklah berlaku pada mereka perbuatan menangir kerana perbuatan itu akan mengembalikan kesedihan dan menambahkan bebanan." (Al-Umm, j.1, ms.318)
* Segelintir orang jahil bertopengkan 'ustaz' telah menyangka Majlis Ma'tam yang dibenci oleh Imam Syafie adalah sama dengan Majlis Tahlilan. Sedangkan "ma'tam ialah perkumpulan orang yang kebiasaannya akan bertambahlah kesedihan dalam perkumpulan mereka." (Rujuklah Al-Munjid, ms.2)
* Maka, illah larangan ma'tam ialah kerana ia termasuk dalam 'niyahah' iaitu meratap pemergian si mati. Hal ini dilarang dalam agama kerana Nabi s.a.w bersabda:
الميت يعذب ببكاء الحي عليه او ببكاء اهله عليه
"Mayat akan diazab kerana tangisan rantapan orang hidup ke atasnya atau tangisan rantapan keluarganya" (HR. Muslim)
* Konsep yang berbeza pada majlis tahlilan, kerana ia bukan majlis meratap dan bersedih. Melainkan sebagai suatu usaha keluarga si mati untuk mengirimkan pahala kepada si mati dengan pelbagai amalan keb

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Definisi Bid'ah oleh Imam Al-Ghazali

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#SHARE
#VIRAL
#SUFIYYIN
#MUHADDISIN

Allahuakbar !

Setelah menunggu hari demi hari akhirnya video ini berjaya juga d siapkan !

Tahniah kepada Ust Amir Zuhair dan team yg telah menjemput Maulana Sayyid Salman Husaini An Nadwi utk membahaskan tajuk yang sangat menarik dan penuh kontroversi !

Tajuk "Sufiyyin dan Muhaddisin" adalah satu perbahasan yg penuh kontroversi telah berjaya d kupas oleh Maulana Salman dengan fakta yang jarang didengari !

Dengan penterjemahan yang mumtaz dan cemerlang juga, segala isi yg d sampaikan oleh Maulana Salman dalam Bahasa Arab telah berjaya d terjemahkan oleh Maulana Abdullah Amir sehinggakan Maulana Salman begitu kagum dengan penterjemah lalu berkata kpd hadirin " Tidak pernah lagi saya bertemu penterjemah yg hebat selain beliau " ...

Hampir setiap patah perkataan d terjemahkan oleh Maulana Abdullah Amir dengan bahasa yg mudah d fahami dan penuh semangat !

Akhir majlis pula d sudahi dengan doa yg panjang d selangi dengan tangisan umat ! Wallahi, saya tidak pernah melihat Maulana Salman berdoa d selangi tangisan dlm majlis beliau selain malam itu ... Ajibbb !

Melalui pemerhatian kami, lebih kurang 900 penonton telah melihat majlis pd malam itu melalui siaran livestream ...

Kami juga mendapat khabar bahawa majlis pd malam itu juga d hadiri oleh asatizah² lain spt Dr Yusri, Dr Khafidz, Ust Farid Ravi, Maulana Aswadi dll ...

Insyallah kpd mereka yg terlepas perbahasan ini boleh menonton perbahasan ini melalui link berikut insyallah ,

Pakat-pakat menghayati majlis ilmu dengan menonton dan sebarkan

Kuliah Perdana : "SUFIYYIN & MUHADDISIN"

Penceramah :

Maulana Salman Husaini An Nadwi, Cucu Saudara Syekih Abul Hasan Ali An Nadwi, (Pensyarah Hadith, Darul Uloom Nadwatul Ulama)

Penterjemahan Bahasa Oleh :

Maulana Abdullah Amir

http://www.youtube.com/watch?v=Ur0CwDVgyQ4

Tempat : Surau Al-Istiqlal, Presint 14H, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tarikh : 06.04.2016

#kuliahwarrior

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=zwPTaiYFJ1o

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

DASAR/TERAS PEGANGAN MADRASAH SUNNI ONLINE MSO

1)  Dalam bidang AKIDAH, MSO berpegang dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ASWJ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan pegangan majoriti ulamak dan umat Islam sejak dahulu.

2)  Dalam bidang FIQH, MSO berpegang pada mazhab Syafi’i dengan merujuk kepada kitab-kitab muktabar mazhab supaya umat Islam tidak keliru dan selaras dalam sesuatu hukum. Di samping itu, MSO juga menerima pandangan mazhab-mazhab fiqh yang lain  seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali sebagai mazhab fiqh yang muktabar di sisi ASWJ.

3)  Dalam bidang TASAWWUF, MSO menerima semua aliran tasawwuf yang tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Antara ulamak tasawwuf yang menjadi rujukan MSO adalah Imam al-Junaid, Imam al-Qusyairi, Imam al-Ghazali dan seumpamanya.

4)  MSO menghormati semua ulamak Islam daripada semua aliran dan mazhab tanpa menghukum mana-mana ulamak sebagai kafir atau fasik.

5) Tentang hukum beramal dengan hadis dhaif, MSO berpegang dengan pendapat majoriti ulamak yang menjelaskan bahawa hadis dhaif boleh diamalkan dalam bab fadhail amal, targhib dan tarhib dengan syarat-syarat tertentu serta mengambil kira khilaf dalam kalangan ulamak terhadap status sesuatu hadis.

6)  Dalam persoalan bidaah, MSO mengikut pegangan majoriti ulamak bahawa bidaah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bidaah hasanah (yang baik) dan bidaah dhalalah (sesat).

UNIT SEBARAN MEDIA MSO
Madrasah Sunni Online MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Nur Muhammad Menurut Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002

Huraian Tajuk/Isu: 

Setelah dibincang ahli mesyuarat membuat kesimpulan dan cadangan bahawa :

Keputusan: 

i. Tidak semua fahaman dan pegangan kepada 'Nur Muhammad' itu sesat, kerana sebahagian ulama muktabar seperti Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Syaikh Ibrahim Al-Baijuri, Sayyidis-Syaikh Ja'far Al-Barzanji, Sulthanul Awliya' Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan ramai lagi, menerima konsep ini dengan penafsiran yang sewajarnya tanpa melampaui batas aqidah dan syariah Islam. Dalam penafsiran mereka 'Nur Muhammad' adalah seawal-awal makhluk ciptaan Allah s.w.t bersifat dengan sifat baharu (bukannya qadim) dan sekali-kali tidak mempunyai unsur-unsur ketuhanan

ii. Kesalahfahaman dan penyelewengan banyak berlaku kerana sebahagian kelompok telah tersalah atau dengan sengaja memberikan tafsiran yang salah kepada hadith-hadith yang menyebut bahawa 'Nur Muhammad' ini diciptakan daripada 'nur allah' atau denga tafsiran yang seolah-olah 'Nur Muhammad' itu adalah satu juzuk daripada zat Allah s.w.t, yang mana tafsiran ini adalah nyata bercanggah dengan aqidah Islam dan tidak ada seorang pun ulama mu'tabar yang berpegang dengan penafsiran sedemikian. Tafsiran sebeginilah yang sesat lagi menyesatkan dan semestinya dibendung

iii. Konsep 'Nur Muhammad' sebagaimana yang dipegang oleh sebahagian ulama mu'tabar, sewajarnya diletakkan dalam perkara khilafiyyah yang sepatutnya ditanggapi diterima dengan fikiran terbuka dan rasa tasmuh yang tinggi. Percaya atau tidak kepada hal yang demikian tidaklah merosakkan aqidah

iv. Oleh kerana tidak semua pegangan terhadap konsep 'Nur Muhammad' itu sesat, maka sewajarnya kita janganlah bermudah-mudah untuk menyesatkannya tanpa usul periksa terlebih dahulu. Menyesatkan konsep 'Nur Muhammad' secara keseluruhan akan mengakibatkan hukuman sesat kepada ramai ulama mu'tabar yang menjadi sandaran ummat
 
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Nombor Rujukan: KLFNS/3/6/2002

Negeri: Sarawak

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Kata Guru kami Syeikh Muhammad Husni Ginting hafidzohullah:

Ulama-ulama besar yang ditempah dan belajar berpuluh tahun sudah banyak yang meninggal dunia, kini banyak pula timbul ulama-ulama segera yang baru belajar kemarin jadi ulama, baru baca Waraqat sudah jadi ulama, baru baca Baiquniyyah sudah jadi Muhaddis, baru baca Al-Ajurumiyyah sudah dipanggil ulama, baru saja ikut talaqqi sudah dipanggil Syeikh, sehingga inilah benih-benih orang yang memberi fatwa kemudian menyesatkan orang lain. Masak nasi perlu waktu yang cukup, masak bubur perlu masa yang cukup, mahu jadi ulama juga mesti waktu yang cukup, berawal dari matan al-Ajurumiyyah hingga ke Hasyiah Sobban, dari matan Waraqat ke Syarah Jam`ul Jawami`, dari matan Abi Syuja` ke Hasyiah Syirwani, dan lain-lainnya, tapi kalau jadi ulama berpandukan buku-buku terjemahan Indonesia, maka sadarlah diri bahwa kita belum alim lagi, Rasul SAW bersabda:

رحم الله امرءا عرف قدره

Ertinya: Allah menyayangi orang yang mengetahui batas kemampuannya.

Kejar dan mengajilah dengan ulama -ulama yang puluhan tahun mengji, seperti di Kedah Syeikh Sholeh Sik, Syeikh Wan Izuddin dll, di Kelantan Syeikh Wan Umar, Syeikh Hamzah, Syeikh Muhammad Nur dan lain-lain hanya tinggal beberapa orang lagi tinggal dan hidup, raih keberkatan dari mereka, jangan nanti tuan-tuan guru sudah tiada baru kita hendak menyesal.

Di Malaysia sendiri belum ada pengganti Syeikh Abdullah Lubuk Tapah, Syeikh Hashim Pasir Tumbuh, Syeikh Abdul Hamid Darga, Syeikh Sulaiman Siram, Syeikh Musa Tumpat, Syeikh Abdul Aziz Fathoni, mereka telah mendahului kita, tetapi generasi kita belum lagi memilki pengganti mereka, Ya Allah benar sabda NabiMu tentang tanda hari qiamat banyaknya ulama yang wafat. ~

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Amalan Bulan Rajab yang terdpt di dlm Kitab Majmu' Musamma, karangan Syeikh Ahmad ibn Mohd Said Al-Linggi

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

WAHHABI MODEN

Sebenarnya banyak golongan yang berpangkat Dr, agamawan atau sesiapa pun yang ada penyakit Wahhabi ini tidak akan mengaku bahawa mereka mempunyai fahaman Wahhabi. Malah, mereka marah apabila diri mereka digelar sebagai WAHHABI.

Adakah Wahhabi ini ajaran sesat? Bukan saya yang berkata begitu. Tetapi para ulama' Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang berpendapat bahawa Wahhabi adalah satu fahaman yang sesat dari segi akidah, menyesatkan umat Islam dan tergelincir daripada fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani, Mufti Mazhab Syafie di Makkah al-Mukarramah di zamannya menyatakan di dalam kitabnya, al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah:

"Zahirnya Wahhabi merupakan bala yang didatangkan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Ia juga merupakan fitnah daripada sebesar-besar fitnah yang muncul dalam agama Islam yang mengganggu ketenteraman fikiran, menghangatkan orang-orang yang berakal dan mengelirukan orang-orang yang kurang berakal, lantaran diterjah oleh pemikiran dan ajaran mereka yang meragukan. Sedangkan mereka berselindung di sebalik label PENEGAK AGAMA".

Sesat jalan dan haluan tidak mengapa. Tetapi, jangan kita menjadi sesat dan keliru dalam pemikiran sehingga mengeluarkan satu hukum yang salah. Selepas itu, mengkafirkan dan mendatangkan dalil dengan alasan si pelaku masuk api neraka atau seorang yang sudah berdusta dalam agamanya.

Gempar seketika apabila seseorang yang ada jawatan dalam politik menjelaskan bahawa Wahhabi bukan ajaran sesat. Malah, dia bersungguh-sungguh mendatangkan beberapa enakmen dan pandangan daripada pihak tertentu untuk menyatakan Wahhabi tergolong dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Saya berpendirian bahawa sesiapa pun yang bergelar Muslim, tidak dibenarkan mengkafirkan dan membidaahkan sesuatu perkara jika ibadah atau amalan itu tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Kita juga bersetuju jika ibadah dan amalan itu dipandang baik. Malah, majoriti ulama' berpandangan bahawa ia tidak menjadi masalah dan boleh diamalkan.

Jadi, di manakah Wahhabi jika dikatakan sesat? Sesatnya mereka itu akibat tidak menemui sumber dalam pengeluaran hukum agama dan penjelasan ulama'. Maka selama itulah mereka sesat kerana tidak memahami dengan baik fiqh agama dan tidak menghormati pandangan ulama yang membenar dan memperakui jalan ibadah itu.

Seperkara lagi, bilakah WAHHABI dikatakan bersifat maksum dan tidak pernah bersalah? Mereka inilah punca berlakunya WABAK penyakit yang lebih teruk daripada penyakit kanser sehingga umat Islam berpecah-belah dan saling mencaci dan memaki sesama mereka. Adakah Wahhabi begitu maksum untuk dimuliakan dan diagung-agungkan?

Tidak ada ajaran yang lebih teruk daripada fahaman WAHHABI yang berani memaki dan menghina para ulama' terdahulu? Adakah Islam diajar menghina ulama' pewaris nabi? Adakah mereka ini layak untuk dikatakan tidak sesat dan melampaui batas dalam agama?

Apabila seseorang disyaki dan cenderung kepada penyakit ini, maka ia layak digelar sebagai WAHHABI MODEN. Gelaran ini terbuka untuk sesiapa yang ada ciri-ciri tidak menghormati pandangan ulama' walaupun anda seorang Mufti!

Jika benar kita adalah seorang yang adil dan wasatiyyah, kita tidak akan memberi ruang kepada anak-anak WAHHABI mendapat peluang, kedudukan dan jawatan di negara ini. Sedangkan merekalah sebenarnya siang dan malam melalui kuliah-kuliah mereka membawa perpecahan dan juga fitnah di negara ini. Bahkan mereka yang memulakan dahulu budaya bercakap bohong dan mendabik dada seolah-olah mereka sahaja yang betul dan pendapat ilmuwan lain semuanya salah.

Tangan-tangan Ahli Sunnah juga perlu diperhatikan. Jangan kita sesekali terpalit dan turut berjasa menaikkan WAHHABI di negara ini. Janganlah kita merencatkan perjuangan sejati para pejuang sejati Ahlus Sunnah Wal Jamaah di negara ini. Sekian lama kita memberi; janganlah lupa dan cepat lupa diri.

Ahlus Sunnah Wal Jamaah dahulu tidak pernah berhutang dengan pemerintah, orang-orang politik dan orang-orang yang ada kepentingan diri. Pondok dan madrasah terbina teguh dengan keikhla

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Faedah pelbagai dari Sheikh Taha Hammadi

1- Ada sesetengah orang menafikan kewujudan kubur Nabi Hud di Hadhramaut. Mereka mengatakan ianya di Jordan. Ulama kita menjawab," Kamu ziarahlah tempat yang kamu yakin. Kami ziarah disini."

2- Ulama hadhramaut setuju bahawa haram bergendang di Masjid.

3- Adapun bergendang di tempat lain hukumnya mubah. Disunatkan ketika walimah.

4-Pada zaman Ali Abdullah Saleh kerajaan memperuntukkan cuti tiga hari untuk ziarah Hud.

5-Para ulama disana amat menitik berat adat dan budaya yang diwarisi dari salafusaleh.

6-Seorang Alim dari keluarga al-Habsyi berkata," Saya telah meniliti satu persatu adat-adat tersebut dan saya dapati semuanya mempunyai hujah".

7-Antara adat Tarim sekiranya mahu melamar anak dara disana ,keluarganya tidak akan membenarkan si lelaki untuk menengok.(tawakal je) atau minta ahli keluarga yang perempuan untuk merisik.

8-Antara adat Tarim jenazah tidak akan dibawa kedalam masjid.


-Tok Kenali Kitab Arab-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Topik Jumaat @ Radio ikim.fm

9.15 pagi

Memahami Hadis Sahih, Dhaif dan Palsu.

Bersama :

Al-Fadhil Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KATA ULAMA TAFSIR TENTANG WAHHABI

Saya bawakan dibawah ini perkataan Ulama tafsir iaitu: Al-Allamah, Al-Syeikh Ahmad bin Muhammad As-Sowi Al-Misri Al-Khalwati Al-Maliki.

Ketika mentafsirkan surah Fatir ayat 6

Ayat ini turun kepada Nabi pada masalah kaum Khawarij iaitu satu puak yang mentahrif makna takwil Al-Quran & sunnah [dari makna Quran & Sunnah yg sebenar] dan mereka adalah kaum yang menghalalkan darah ummat islam[¹] dan menghalalkan harta ummat islam hasil dari PENTAHRIFAN [²] Al-Quran & Sunnah. Seperti yang dapat dilihatkan pada hari ini hasil pandangan-pandangan mereka. Mereka adalah satu FIRQAH di bumi Hijaz digelarkan [³] mereka itu AL-WAHHABIYYAH. Mereka menyangka mereka diatas sesuatu yg benar. [Seperti mana yang dislogankan hari ini dengan ikut Quran & Sunnah, sebenarnya Quran & Sunnah yang sudah di TAHRIF mengikut fahaman kelompok mereka]. Sesungguhnya jaga-jaga, mereka itu adalah penipu. Mereka telah dipermainkan oleh syaitan. Dan syaitan melupakan mereka dari Zikrullah [kerana itu mereka tidak suka berzikir banyak dan tidak suka apa-apa method yang boleh memberi bekas ketika berzikir]. Mereka itulah yang dikatakan Parti Ajaran Syaitan (hizbu Syaitan). Jaga-jagalah [ingatlah] bahawa Parti Ajaran Syaitan itu akan kerugian [masuk neraka].

[Tamat kenyataan TAFSIR SOWI]
___________________________________________

Nota kaki:
[¹] Apa maksud menghalalkan?
Ertinya ialah merek mengkafirkan MAJORITY UMMAT ISLAM. Sedangkan Nabi menjamin majority ummat islam tidak akan murtad. Hanya sedikit.

•Mereka telah mengkafirkan orang muslimin yg bertawassul sedangkan seluruh ummat islam bertawassul. Dan setiap khutbah jumaat di Malaysia kita bertawassul.
•Mereka mengkafirkan ummat islam yang menyambut Maulid Rasul.
•Mereka mengkafirkan pengamal bidah hasanah yg sudah sepakat ummat islam bahawa bidah hasanah itu tidak sesat.

[²] Pentahrifan. TAHRIF ertinya penyelewengan makna.
•Seperti telahpun ijmak Muhadditsin mengatakan hadis dhoif itu diterima. Tiba² mereka cuba mentahrif kaedahnya dengan dikatanya hadis dhoif tidak boleh dipakai. DLL.

[³] mengapa didalam tafsir ini beliau menggunakan perkataan "digelarkan" untuk puak Wahhabi? Ini adalah kerana mereka tidak menggelarkan diri mereka sebagai Wahabi. Sebaliknya mereka mengatakan mereka mengajak kepada Quran dan sunnah yg sebenarnya adalah penafsiran fahaman yang bermethodkan tafsiran pengasas wahabi itu sendir. Kerana itu mereka digelar dan dilebel wahabi oleh para ulama supaya orang² awan dapat mengenal dan berwaspada dari tipu daya mereka.

Maka seperti itulah pada hari ini mereka tidak sekali-kali menggelarkan diri mereka wahabi. Tetapi akal yang waras akan dapat membezakan.
________________________________

Maka kesesatan Wahhabi bukanlah perkara baru. Ia sudahpun di perangi oleh para ulama hadis dan tafsir dizamannya lagi.

Akal yang waras akan dapat menilai.
__________________________________

Perkataan didalam kurungan [..] adalah penjelasan dari saya sendiri

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Saya teringat kata2 Prof Emeritus Dato' Mahmood Zuhdi

"pengajian Islam lah bidang pengajian yang paling tidak berdisiplin pada zaman sekarang ni"

Orang hadith bebas menjawab bab feqah, orang feqah sibuk jawab bab akidah, orang hadith boleh bicara bab tasawwuf.

Bila nama saja Ustaz, semua bereh, semua bidang semua benda boleh dia sentuh dan bercakap.

Ini yang jadi masalah, sepatutnya, bicara bidang kepakaran masing2 jah dalam masyarakat. Ini buat masyarakat jadi kucar kacir.

Kita tengok bidang pengajian lain, ok jah semua. Takda pula pakar jantung nak rawat dan jadi doktor gigi.

Orang alim pun mereka tidak lari dari bermazhab. Masih menisbahkan diri kepada mazhab.

Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar contohnya, mereka karang kitab syarah hadith. Tapi masih bermazhab Syafie.

Tapi golongan kita harini, isytihar diri اللا مذھبیّۃ (istilah Syeikh Said Ramadhan Al Boutiy).

Kecelaruan berlaku, sebab takda metode takda disiplin. Main cedok2 ikut sedap (tasahhul) ikut hawa nafsu.

Sedangkan mazhab ni penting, sebab Imam2 dah susun betul2.

Us Syed Jeffri
Pelajar PhD Jabatan Fiqh & Usul Fiqh APIUM
Kuliah Tafaqquh Fiddin APIUM 2015/2016 (Memahami Asas Perbezaan Pandangan -Ikhtilaf- dalam Fiqh)
Selasa 19 April
5-6 petang

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ini contoh terbaik seorang Imam di mana Imam Besar Masjidil Haram Syaikh Abdurrahman As Sudais (bermazhab Hambali) mengimami Jamaah Indonesia (bermazhab Syafii ) beliau mengeraskan bacaan BASMALLAH pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua membaca secara Sir"(mazhab hambali - memperlahankan basmalah) bertujuan untuk menghormati majoriti mazhab yang di anuti makmumnya yang bermadzhab Syafie. Kemudiannya sunnah Nabi Shallallahu alaihi wassalam dihidupkan dengan membaca Surah Al-A'la pada rakaat pertama dan Al-Ghasiyah dalam rakaat kedua ketika memimpin solat Jumaat.Subhanallah.

Di bawah ini dipetik dari buku al-Faqir,"Sunnah-Sunnah Nabi Yang Dikuburkan Oleh Imam-Imam"....lihat Imam Besar ini menghidupkannya dengan berpakaian serba putih ketika solat Juma'at, membaca Surah-Surah yang sering dibaca oleh Nabi dan menghadapkan wajahnya selepas solat ke arah makmum.

Riwayat dari Nu’man bin Basyir :

كَانَ رَسُولُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ- يَقْرَأُ فِي الْعِيدَيْنِ وَفِي الْجُمُعَةِ بِـ: سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ لأَعْلَىهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

Adalah Rasulullah ﷺ membaca di dalam Solat dua Hari Raya dan Solat Juma’at (سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى) yakni Surah Al-‘Ala pada rakaat pertama dan (هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ) Surah Al-Ghasiyah dalam rakaat kedua –HR Imam Muslim.

Rasulullah ﷺ ketika selesai solat kemudian menghadapkan wajahnya kepada makmum:
عن سمرة رضي الله عنه قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا صلى صلاة أقبل علينا بوجهه – رواه البخاري
Dari Samurah RA berkata bahawa Rasulullah ﷺ apabila selesai solat, Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami.-HR. Bukhari

Oleh Ustaz Mohd Hanif

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

aikan.

》Begitu juga seperti larangan kenduri wahsyah yang diterangkan dalam kitab-kitab fiqh yang lain, larangan tersebut berserta dengan illah yang berbeza. Sebab itulah, urusan menentukan hukum diberikan kepada alim ulama bukannya kepada cikgu geografi.

》Bagaimana pula, dengan pendapat Imam Syafie mengenai mengirim pahala bacaan Al-Quran?
* Imam Nawawi telah menyatakan mengirim pahala doa dan sedekah adalah sampai dengan IJMAK ULAMA.
يصله ثواب الدعاء وثواب الصدقة بالاجماع
(Rujuklah Fatawa Imam Nawawi, ms.146)
* Ini bermakna, usaha keluarga mengirim pahala sedekah makanan dalam majlis tahlilan itu SAMPAI kepada si mati dengan ijmak ulama.

》Namun, yang menjadi khilaf ialah 0ahala bacaam Al-Quran. Menurut Imam Nawawi, ia sampai. Dan menurut Syeikhul Islam Zakaria Al-Anshari:
ان مشهور المذهب اي فى تلاوة القران محمول على ما اذا قرأ لا بحضرة الميت ولم ينو الثواب له او نواه ولم يدع
"Sesungguhnya pendapat masyhur dalam mazhab Syafie mengenai bacaan Al-Quran (yang pahalanya dikirimkan kepada si mati) adalah apabila dibaca tidak dilakukan ketika mayat berada dihadapan pembaca, dan jika tidak diniatkan hadiah pahala kepadanya atau diniatkan pahala bacaan kepadanya tetapi tidak membaca doa sesudah bacaan Al-Quran tersebut."
(Rujuklah Hukm Asy-Syar'iyyah Al-Islamiah fil Ma'tam Al-Arbain, ms.43)

* Maka, beginilah kesimpulan ulama bermazhab Syafie simpulkan setiap perbuatan, ijtihad dan wasiat Imam Syafie. Kerana mereka lebih memahami fiqh dalam mazhab berbanding cikgu geografi.

☆ Penulis kitab Al-Hawi iaitu Imam Suyuthi & penulis kitab Hukm Asy-Sya'iyyah Al-Islamiah fil Ma'tam Al-Arbain ialah Syeikh Hasanain Makhluf, kedua-duanya tinggal di Mesir. Mereka menyokong majlis tahlilan dengan pelbagai hujjah yang dinyatakan dalam kitab mereka tersebut.
SOALNYA, bilakah amalan hindu bertapak di Mesir?

Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

JAWAPAN kepada soalan Wahabi iaitu Cikgu Hairi Nonchi.

1) Adakah umat Islam mengadakan kenduri Arwah kepada Nabi Muhammad s.a.w?

Jawapannya:
Tiada seorang pun yang mengadakan kenduri arwah atau majlis tahlilan kepada Baginda s.a.w kerana Rasulullah s.a.w adalah MAKSUM dan telah dijamin Syurga.

》Majlis Tahlilan bertujuan untuk keluarga si mati sedekahkan makanan kepada keluarga jauh dan jiran tetangga yang mana sedekah itu diniatkan pahalanya kepada si mati. Dan hadirin berzikir, membaca Al-Quran, berdoa agar pahala disedekahkan kepada si mati.

عن عمرو بن عبسة قال اتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فقلت: يا رسول الله ما الاسلام؟ قال طيب الكلام واطعام الطعام
"Dari Amru bin Abasah berkata: Aku mendatangi Rasulullah s.a.w lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w, apakah Islam? Baginda s.a.w berkata: Perkataan yang baik dan menjamu makanan" (Hr. Ahmad)

》Jika ada yang mempertikaikan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, mari kita lihat hadis Muslim:

عن عبد الله بن عمرو ان رجلا سال رسول الله صلى الله عليه وسلم اي الاسلام خير؟ قال "تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف"
"Dari Abdullah bin Amru berkata, telah datang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shalallah alaihi wasallam, bagaimana Islam yang terbaik? Baginda s.a.w bersabda, yang menjamu makanan dan menyebarkan salam kepada yang kamu kenali atau kepada orang yang tidak kamu kenali" (Hr. Muslim, no.39)

》Mengenai persoalan sampai atau tidak kiriman pahala kepada si mati, ia telah dijawab bahawa pahala sampai kepada si mati oleh:
1) Imam Nawawi melalui kitab Fatawa Nawawi
2) Imam Ibnu Hajar Al-Haitami melalui kitab Al-Fatawa Al-Fiqhiah Al-Kubra, j.2, ms.30-31.
3) Ibnu Qayyim melalui kitab Al-Ruh, ms.143.
4) Ibnu Taimiyyah melalui kitab Hukm Al-Syar'iyyah Al-Islamiyyah fi Ma'tam Al-Arbain, ms.36
Dan lain-lain.

》Imam Suyuthi telah menyatakan boleh diadakan jamuan makan sebagai sedekah kepada si mati selama 7 hari atau 40 hari:

"Sesungguhnya At-Thowus berkata: Seorang yang mati akan beroleh ujian dari Allah dalam kuburnya selama 7 hari"
Untuk itu, sebaiknya mereka (yang masih hidup) mengadakan jamuan makan (sebagai sedekah) untuk si mati selama hari-hari tersebut."
Sahabat Ubaid bin Umair berkata: "Seorang mukmin dan munafiq sama-sama akan mengalami ujian dalam kubur. Bagi seorang mukmin akan beroleh ujian selama 7 hari, sedangkan seorang munafiq selama 40 hari di waktu pagi"
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 178)

》Selain itu, Imam Suyuthi telah bersaksi bahawa:

"Sesungguhnya sunatnya bersedekah memberi makan selama 7 hari telah sampai kepadaku, ia berterusan hingga sekarang di Mekkah dan Madinah. Secara zahirnya ia tidak ditinggalkan (daripada diamalkannya) dari masa sahabat sehingga sekarang dan mereka melakukannya sebagai tradisi diambil dari ulama Salaf sejak generasi pertama"
(Rujuklah kitab al-Hawi, Imam Suyuthi, j.2, ms. 194)

》Kelihatannya, persaksian Imam Syuthi yang hidup sepanjang tahun 849-911H ada benarnya juga kerana telah dinyatakan oleh Imam Ibnu Asakir:

"Beliau telah mendengar Al-Syeikh Al-Faqih Abu Al-Fath Nashrullah bin Muhammad bin Abd Al-Qawi Al-Masyisyi berkata: Telah wafat Al-Syeikh Nashr bin Ibrahim Al- Maqdisi pada hari Selasa 9 Muharram 490H di Damsyiq. Kami telah berhenti/berada di kuburnya selama 7 malam, membaca Al-Quran pada setiap malam 20 kali khatam.
(Rujuklah Tabyin Kazb Al-Muftari fi Ma Nusiba ila Al-Imam Abi Al-Hasan al-Asy'ari)
* Hal ini berlaku pada tahun 490H.

》Dan juga dibuktikan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani:
"Ahmad Ibn Muni' melaporkan di dalam Musnadnya daripada Al-Ahnaf Ibnu Qais berkata: Apabila Saidina Umar r.a telah ditikam (dibunuh) beliau telah memerintahkan Suhaib untuk mengerjakan sembahyang dengan orang ramai selama 3 hari dan beliau menyuruh agar disedikan makanan kepada orang ramai." Kata Amirul Mukminin Fil Hadis Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, Isnadnya adalah hasan.
(Rujuklah Al-Mathalib Al-Aliyyah, j.1, ms.199, hadis no. 709)
* Hal ini berlaku sekitar tahun 23H.

》Dan juga, terdapat hadith dalam Sunan Abu Daud yang menyatakan selepas mengebumian jenazah, Rasulullah menerima jemputa

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Wahai ikhwan,

Terlebih dahulu Al faqir memohon kemaafan kerana tulisan ini boleh menyebabkan kamu semua merasa tidak senang,dan mungkin ada marah atau tidak setuju dengan Al faqir.

Demi Allah Al faqir menyayangi ikhwan semua, beberapa kali Al faqir memikirkan utk menulisnya tapi untuk menyatakan apa yang ada pada isi hati ini.

Imam Al Ghazali ada menyatakan dalam kitabnya Ayyuhai Walad "Sekiranya kamu melihat kebenaran dengan ramainya pengikut bermakna kamu telah salah faham".

Fahamilah betul2 ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, rujuklah kpd org yg alim lagi jujur dalam ilmu,nescaya kamu akan dapati ianya perjalanan yg benar lagi lurus yg mengikuti ulama2 terdahulu yg berantaian sehingga sampai kepada Baginda Sollallahu alaihi wassallam.

Imam2 besar seperti Imam As Syafie dan seumpamanya ( semoga Allah merahmati mereka ) yg tidak ragu lagi keilmuannya,adalah antara imam2 Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah tidak wajar sama ada ulama atau ahli2 ilmu di zaman kita hari ini memandang rendah Imam As Syafie atau imam2 yg lain dengan mengatakan cukuplah dgn Al Quran dan Hadis tidak perlu kpd mazhab2 yg lain. Benarlah kata Imam Al Ghazali yg menyatakan hijab ilmu antara hijab yg besar untuk sampai ke Allah.Menolak tasawuf,mazhab2 imam2 besar merupakan masalah yg besar dan ini mengelirukan orang awam.

Walaupun mereka tokoh hebat dalam ilmu atau dakwah,ada seorang tokoh dakwah hebat dalam pidatonya berjaya menarik orang kepada agama Islam,tapi malangnya menolak tasawuf dan merendahkan kedudukan imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah.ketokohan mereka kita tetap kita hormati namun mempertikaikan tasawuf dan imam2 besar adalah sesuatu yg mengelirukan masyarakat umum.

Wahai ikhwan, kesianlah masyarakat kalau macam tu,marilah kita buka hati kita, berlapang dada untuk menerima kebenaran, caranya solat sunat taubah kemudian banyakkan berselawat dan mohonlah kepada Allah agar ditunjukkan kebenaran dan dihilangkan kekeliruan ini, nescaya Allah akan hilangkan kekeliruan ini.

Cukuplah jangan maki memaki,hina menghina pada orang yg tidak bersependapat dgn kita janganlah hilangkan adab ajaran agama kita yg mulia ini,Al faqir tidak bersetuju dgn tokoh dakwah ini tetapi Al faqir tidak mahu mencelanya kerana jasanya ada pada agama kita tapi jasa imam2 besar Ahli Sunnah Wal Jamaah lagi besar dari jasanya, adapun Al faqir tiada apa2 hanya insan faqir.

Wassalam,maafkan Al faqir atas tulisan ini jika tidak bersetuju terpulanglah.

🌹
Al-Fadhil Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah
(Penel Tanyalah Ustaz TV9)

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

Madrasah Sunni Online

Senarai Group Telegram MSO:

MSO-D1 Bicara Hadith: klik sini
MSO-D2 Bicara Tasawuf: klik sini
MSO-D3 Syarah Hadith: klik sini
MSO-D4 Kaunseling Perundangan Syariah: klik sini
MSO-D5 Muamalat & Ekonomi Islam: klik sini
MSO-D6 Kenali Ulama': klik sini
MSO-D7 Usrah solat Q&A Ibadah: klik sini
MSO-D8 Info Majlis Ilmu: klik sini
MSO-D9 Kenali Kitab: klik sini
MSO-D10 Perkongsian Amalan Berpahala & Fadhail Amal: klik sini
MSO-D11 Bicara Hikam: klik sini
MSO-D12 Nota Aqidah Tauhid ASWJ: klik sini
MSO-D13 Tasawuf Akhwat: klik sini
MSO-D18 Fiqh Akhawat: klik sini
MSO-D19 Nota Tasawwuf: klik sini
MSO-D20 Nota Q&A Hadith: klik sini
MSO-D21 Aqidah ASWJ: klik sini
MSO-D22 Nota Penjelasan Bid'ah: klik sini
MSO-D23 Bahasa Arab Asas: klik sini

📝 Untuk kemasukan ke group-group akhwat sila berhubung dengan admin 1 atau admin 2

🔶Segala nota disimpan dalam Blog MSO http://madrasahsunnionline.blogspot.my

🔷Sila follow facebook MSO klik sini

🌐 Unit Media MSO
Kemaskini 12 April 2016

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Antara sumber rujukan Ahmad Deedat ialah kitab 'Izhar el-Haq' karangan Maulana Rahmatullah el-Kiranawi yang merupakan hasil debat beliau yang menggemparkan dunia Kristian di India. Beliau membuat kajian tentang agama kristian melalui Bible berbahasa Inggeris. Beliau sendiri tidak pandai berbahasa Inggeris maka beliau meminta anaknya yang pandai berbahasa Inggeris supaya menterjemahkan fakta Bible yang beliau perlukan untuk debat. Buku ini beliau karang atas permintaan Sultan kerajaan Usmaniyyah pada waktu itu.

Beliau adalah pengasas Madrasah Syoulatiyyah pada tahun 1274 hijrah yang sangat masyhur di Mekah yang telah menghasilkan ribuan ulama.
Sehingga hari ini mudir madrasah ini adalah dari keturunan beliau.


-Tok Kenali Kitab Arab-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://twitter.com/AdlanAbdAziz/status/719415963393732608/photo/1

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

lam yang merupakan manusia. Bulan tabiat semulajadinya terdiri daripada batu-batu pejal dan dalam masa yang sama ia adalah cahaya dan mempunyai cahaya hissi. Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih mulia daripada bulan dan lebih mulia daripada seluruh makhluk ciptaan Allah subahanahu wa ta'ala. Kami memohon kepada ALlah subahanahu wa ta'ala agar menunjukkan kami jalan yang lurus, Ini adalah penerangan mengenai permasalan nur yang dinisbahkan kepada Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Kami akhiri dengan doa kami, segala puji bagi ALlah subahanahu wa ta'ala Tuhan sekalian alam.

Di antara hadith yang mensabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

كنت نورا بين يدي ربي

Ertinya : "Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan di dalam Ahkamnya, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn mahsyur dan di antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Selain itu, Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang disebut di dalam Tafsir al Tabari, ibn hatim dan al Qurtubi, Qatadah juga berpendapat sedemikian.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini. Begitu juga Ibnu Hibban dan al Hakim.

Sumber rujukan :

1. Mohammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan Jilid 8, Cet Pertama, 2009, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Nota Tauhid (Aqidah ASWJ) : MSO-D12
/channel/aqidah_Islam

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Risalah Amalan Bulan Rejab susunan Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll as Senariyy حفظه الله

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Petikan kitab Tabaqat al Hanabilah karangan al Qadhi Ya'la yang dipertikaikan

AQIDAH AL IMAM AL SYAFI’E DARI KACAMATA SYAFI’IYYAH

Al Faqir pernah menaik turun nukilan daripada kitab Fath al Bari karangan al Imam Ibn Hajar al ‘Asqallaniy berkaitan dengan pegangan Aqidah al Imam al Syafi’e RA. Beliau menyatakan bahawa al Imam al Syafi’e merupakan Ahl al Sunnah Wa al Jama’ah dengan method Ahl al Tafwidh iaitu menyerahkan maksud dan tafsiran ayat yang yang mutasyabihah kepada Allah Taala.

Namun, menurut riwayat al Qadhi Abu Ya’la, al Imam al Syafi’e adalah seorang yang bermazhab Salaf yang cenderung kepada fahaman Tajsim iaitu fahaman yang mendakwa Allah Taala memiliki tangan kiri dan kanan, bermuka, tidak bermata satu, berkaki dll. Hal ini dapat dilihat dalam kitab beliau iaitu Tobaqat al Hanabilah.

Fakta seperti ini menjadi polemik di dalam dunia keilmuan Islam, kerana yang jelasnya adalah al Imam al Syafi’e merupakan Ahl al Tafwidh sebagaimana yang dinaqalkan oleh ulama-ulama Mazhab al Syafi’e. Al Faqir merasakan sangat-sangat perlu jika diperkenalkan juga al Qadhi Abu Ya’la dari sudut pegangan Akidahnya agar kita dapat mengenali secara tuntas kecenderungan beliau yang memberi kesan terhadap nukilan-nukilan beliau dalam kitab Tobaqat al Hanabilah.

Menurut al Imam Muhammad Zahid al Kauthariy selaku pen’tahqiq’ kitab al Imam Abdul Rahman Abi al Hasan al Jauziy : Nama sebenar al Qadhi Abu Ya’la ialah Muhammad Bin al Hussein Bin Muhammad Bin Khalaf Bin al Farra’ al Hanbali. Beliau wafat pada tahun 458H. Abu Muhammad al Tamimiy ada menyebutkan tentang beliau bahawa : Abu Ya’la pernah mencemarkan nama pengikut Mazhab al Hanbali dengan keaiban yang tidak mungkin dapat dibersihkan dengan lautan air laut, hal ini sebagaimana yang dinaqalkan oleh Ibn al Athir dan juga Abu al Fidak, dan dalam kitab Tabaqat al Hanabilah karangannya, al Qadhi Abu Ya’la menisbahkan dirinya kepada pengikut Mazhab al Imam Ahmad Ibn Hanbal (hakikatnya) sangat jauh daripada fahaman Imam mazhab ini.

Ibn Badran pula menukilkan dengan komentar yang sangat pedas jika dibandingkan dengan komentar al Imam al Jauziy dalam kitab ‘Daf’u Syubhah al Tasybih” tentang perbuatan al Qadhi Abu Ya’la menthabitkan ‘had’ (batas tertentu bagi Allah Taala) berdasarkan kitab karangan al Qadhi Abu Ya’la, hal ini kerana terdapat pertentangan pendapatnya antara Tanzih dan Tasyhbih. Maka sebenarnya sudah diketahui umum bahawa, al Qadhi Abu Ya’la adalah bukannya al Hafiz Abu Ya’la Ahmad Bin Ali al Mausiliy pengarang kitab al Musnad, serta periwayat kitab-kitab Abu Yusof daripada Bisy Bin al Walid.

Petikan daripada nota kaki al Imam Muhammad Zahid al Kauthari dalam kitab : Daf'u Syubhah al Tasybih.

Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan
Pegawai Bahagian Runding Cara Akidah
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Читать полностью…
Подписаться на канал