penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Akidah Imam Muhajir Bukan Akidah Syiah: Jawapan Balas Buat Wahabi dan Syiah


Baru-baru ini di Malaysia terjadi satu fitnah di media sosial bahawa Imam Muhajir iaitu moyangnya para Habaib dari Yaman dikatakan sebagai Syiah oleh Wahabi, fitnah ini menjadi semakin marak apabila ada sekelompok kecil Syiah yang mengambil kesempatan membenarkan kenyataan tersebut untuk dijadikan batu loncatan mereka berdakyah.

Dalam Artikel ARG kali ini kami akan memperjelaskan secara ringkas sejarah Imam Muhajir dan di mana terjadi kesilapan dalam memahami ibarat-ibarat dalam kitab ulama dan beserta rasa sangka buruk mereka melontarkan fitnah yang keji ini.

Ditulis oleh Sahabat kami, Habib Haidar Shahab. Baca dan sebarkan.


http://www.aswj-rg.com/2016/04/akidah-imam-muhajir-bukan-akidah-syiah-jawapan-balas-buat-wahabi-dan-syiah.html

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=LuWPAQF3gOM

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

📌Bagi persoalan fekah dan ibadat boleh ikuti perbincangan di channel Usrah Solat (Q&A Ibadat) : MSO-D7 bersama ahli panel Ustz Hazri Al-Bindany, Ustz Alyasak, Ustz Abd Aziz Al-Qanuni, Ustaz Din Qassem, Ustaz Qamaruddin, Ustz Sabri, Ustz AbdrulRahman, Ustz Abdullah, Ustz Khair Firdaus & Ustz Aiyyuzi Al-Usimi. Sila klik link berikut;

/channel/usrah_solat_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

LANGIT KIBLAT DOA

Ada sesetengah sahabat kita betul-betul nak sabitkan bahawa Allah itu di langit. Sampai tahap mereka (terpaksa) berhujah dengan akal (sedangkan tak pernah belajar mantiq) dengan mengatakan bahawa: kitakan berdoa ke arah langit, itu tandanya Allah di langit.

Maka kita ahli sunnah pun jawablah, bahawa kita doa ke arah langit sebab langit tu kiblat doa, bukan kerana Allah itu di langit. Lalu mereka hentam kita habis-habisan kerana tak setuju dengan kenyataan itu.

Masalahnya, bukan kita yang memandai-mandai. Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang sebut langit itu kiblat doa, seperti mana ka'bah itu kiblat solat. Lihatlah Fathul Bari (Syarah Sahih Bukhari), Jilid 2, halaman 272 (Cetakan Maktabah Salafiyyah):

وأجازه الأكثرون لأن السماء قبلة الدعاء كما أن الكعبة قبلة الصلاة.

"Dan kebanyakan ulama' mengharuskannya (berdoa di luar solat dengan memandang ke langit) kerana LANGIT IALAH KIBLAT DOA seperti mana ka'bah merupakan kiblat solat"

Kami tak paksa.. cuma nak bagi tahu yang kami tak memadai-mandai.. Ini Ibnu Hajar yang cakap.. Bukan selalu kamu kata kena berlapang dada ke?


Us Abdul Rahman

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sheikh Junaid al-Baghdadi berkata:

Andaikan aku tahu, bahawa di ruang langit ini ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu kami ini (tasawwuf) nescaya aku akan berusaha mencarinya dan menemui orang yang memilikinya sehingga aku mendengar dari mereka tentang ilmu tersebut dan andaikan aku tahu bahawa ada waktu yang lebih mulia daripada waktu kami ini ketika berkumpul dengan para sahabat dan guru kami dan ketika kami menanyakan berbagai masalah dan mencari ilmu ini tentu aku akan bangkit mencarinya .

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Mendengar Qasidah Sufi dan Bertawajud (Penghayatan kepada qasidah-qasidah Sufi)

Imam Al-Khalfani bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal r.a.: “Apakah pendapat kamu tentang qasidah-qasidah (kesufian) iaitu lagu-lagu (sama’) yang didengari oleh kaum sufi lalu mereka bertawajjud (mendapat penghayatan) dengannya?” Imam Ahmad bertanya: “Contohnya?” Maka Imam Al-Khalfani berkata:

إذا ما قال لي ربي *** أما استحييت تعصيني‏

وتخفي الذين من غيري *** وبالعصيان تأتيني‏

Maksudnya:


“Jika Tuhanku berkata (firman) kepadaku,

Tidakkah dikau malu tika menderhakaiKu?

Sedang engkau sembunyikan (maksiat) dari mereka (manusia) selainKu,

Dan dengan kederhakaan itu yang engkau datang kepadaKu?”



Maka Imam Ahmad menutup pintu lalu mengulangi nasyid tersebut beberapa kali (dalam rumahnya bersendirian). [Tobaqat Al-Hanabilah: 3/132]

Imam As-Safarini Al-Hanbali meriwayatkan daripada Ibrahim Al-Qalanisi bahawasanya Imam Ahmad berkata tentang golongan sufi:


لا أعلم قوماً أفضل منهم.

Maksudnya: “Aku tidak dapati suatu golongan pun yang lebih baik daripada mereka”.

Lalu dikatakan kepadanya: “Tapi, mereka mendengar (qasidah-qasidah) dan saling tawajud (bergerak-gerak dalam menghayati qasidah)”.

Lalu Imam Ahmad berkata:

دعوهم يفرحوا مع الله ساعة

Maksudnya: “Biarkanlah mereka bergembira bersama Allah s.w.t. seketika itu (menghayati qasidah)”.

[Ghiza’ Al-Albab: 1/120]

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

BELAJAR HADIS DENGAN CARA YANG BETUL

Saya muatkan di sini beberapa catatan saya sepanjang berkuliah dengan Maulana Husain Abd Kadir di Masjid UKM tadi mengenai 'Hadis Mauduk'

1. Ulama berbeza pendapat mengenai kesahihah sesuatu hadis berdasarkan kaedah dan syarat yang mereka letakkan dalam menilai hadis. Ada muhadisin yang meletakkan syarat yang ketat seperti Imam Bukhari. Namun, tidak semua hadis sahih dimuatkan dalam Sahih Bukhari. Bahkan, Imam Bukhari memuatkan hadis dhaif dalam kitab lain seperti Adabul Mufrad.

2. Untuk memahami mengapa Imam Bukhari berbuat demikian, atau mengapa Imam Bukhari menyusun bab dalam Sahih-nya sedemikian, atau bagaimana Imam Bukhari mengeluarkan hukum daripada hadis, maka ia perlu kepada pemahaman yang sangat tajam.

Untuk memahami tarjamatul bab Imam Bukhari dalam menyusun Sahih-nya, Maulana Zakariya telah menggariskan 70 kaedah dalam kitab Kanzul Mutawari yang merupakan syarah kepada Sahih Bukhari.

3. Selagi mana sesuatu hadis itu tidak disepakati oleh ulama hadis sebagai mauduk, maka kita tidak boleh meletakkan hadis itu sebagai mauduk. Ini kerana, ada pentahqiq yang syadid seperti Ibnu al Jauzi, Ibnu Taimiah dan al-Albani. Sedangkan, ada muhadisin yang lebih muktabar dan muktadil seperti Ibnu Hajar al Asqalani yang lebih sederhana dalam menghukum hadis. Justeru, apabila berlaku perselisihan antara muhadisin, kita perlu tinggalkan pendapat yang syadid (keras) dan mengambil pendapat yang muktadil (sederhana).

4. Belajar ilmu hadis tidak terbatas setakat mengetahui sahih, dhaif atau mauduknya sesebuah hadis. Ia juga perlu kepada ilmu dirayah (pemahaman hadis) dan asrarul hadis (rahsia hadis). Setakat belajar status hadis, itu masih di peringkat kulit.

5. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa haram bertaklid pada mazhab. Namun, dalam bab penilaian hadis, mereka sangat bertaklid pada sesetengah ulama yang syadid.

Jika dalam bab ijtihad mereka kata tidak perlu ikut imam mazhab, kenapa dalam bab penilaian hadis yang lebih mudah berbanding berijtihad, mereka bertaklid?

[Ini cuma soalan untuk mereka yang melarang taklid pada mazhab. Sedangkan di sisi ulama ASWJ, kita perlu betaklid pada mazhab dalam bab ijtihad dan mengikut pendapat ulama yang muktadil dalam penilaian hadis]

Sebagai orang biasa, tidak perlu susah-susah nak tahqiq atau ijtihad sendiri sedangkan sunan sittah pun kita tidak khatam secara musyafahah bersama guru hadis. Jika diberi kitab Bukhari tanpa baris dan tanpa terjemahan, boleh kita baca?

6. Mengapa berlaku perbalahan tentang status hadis? Ia berlaku apabila kita hanya mengambil penilaian hadis daripada muhadisin yang syadid tanpa mengambil kira pendapat muhadisin yang muktadil. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah menyemak semua pendapat ulama hadis berkaitan hadis itu dan ambil pendapat yang sederhana, bukannya yang keras.

7. Mungkin kebanyakan hadis dhaif sebenarnya sahih. Mungkin juga kebanyakan hadis sahih sebenarnya dhaif. Ini kerana, ulama hadis berbeza-beza manhaj dalam menilai hadis, sanad dan perawi. Maka, amat perlu memahami manhaj imam hadis sebelum mengkritik kitabnya.

[Teringat pesanan Dr. Asmadi, orang yang tidak memahami manhaj atau method Maulana Zakariya dalam menyusun kitab Fadhail Amal akan mudah menuduh beliau meriwayatkan hadis palsu, padahal bukan hadis palsu sebaliknnya dhaif. Hakikatnya, Maulana Zakariyya menggunakan method Imam Tirmizi dalam menyusun kitabnya. Maka, orang yang mahu mengkritik kitab Fadhail Amal terlebih dahulu perlu memahami manhaj Imam Tirmizi]

8. Jika anda sudah selesa merujuk kitab Al Mauduk al Kubro Ibnu Jauzi atau kitab-kitab Syaikh al-Albani, maka anda juga dijemput mentelaah kitab Hadis Mauduk karya Allamah Ibnu Iraq. Ini kerana, kitab Ibnu Iraq itu telah diiktiraf oleh ulama sebagai kitab rujukan terbaik berkaitan hadis mauduk.

Wallahu'alam.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

angan tersebut telah dilakukan di dalam dewan besar pertubuhan yg bernama Ansar al-Sunnah di Abidin,
di tinkat 4 bawah tajuk "Jemaah Ansar Sunnah Muhammadiyyah di Mesir dan peranannya dalam memerangi pelampau" perbincangan ini telah dipimpin oleh lajnah perbincangan iaitu Doktor Abdul Abdullah Syakir, ketua umum pertubuhan ini.

Kajian tesis universiti itu telah disempurnakan dari jarak jauh dengan rangkaian internet 100 % beserta menjalankan ujian di salah satu markaz universiti di bawah kelolaan wakil universiti. Di sana terdapat satu perpustakaan online menghimpunkan jumlah yang besar daripada kitab-kitab elektronik tentang pentakfiran daripada wahhabi yang telah membuka pintu bagi pelajar- pelajar untuk belajar pentakfiran dan keganasan pada bila-bila masa di mana sahaja di mana-mana mereka berada dan pada bila-bila masa.

Jumlah markaz-markaz yang berkhidmat untuk universiti itu telah mencecah 9 markaz di seluruh dunia iaitu pada setiap kawasan di asia tenggara, timur tengah dan eropah Universiti Madinah Antarabangsa itu telah memulakan proses-proses asasnya untuk memulakan pengajaran universiti secara langsung dalam bidang-bidang ilmiah dan praktikal-praktikal baru merangkumi ilmu komputer, ilmu kewangan dan pengurusan pejabat, kejuruteraan pada tahun 2010 sebagai permulaan pengajian secara langsung dan kemasukan generasi yang pertama pada bulan September 2010. Pada tahun 2011 selesai graduan bagi generasi yang pertama daripada pelajar-pelajar universiti madinah antarabangsa daripada fakulti bahasa dan pengajian agama.

Kuliah pengajian agama telah menyediakan program-programnya yang khas dengan pengajian pada tahap ijazah sarjana muda dan master dibawah kursus-kursus universiti madinah antarabangsa dalam kajian ilmiah yang muktamad. Pihak universiti kononnya menyasarkan kursus ulum al-Quran dan sirah nabi, kefahaman, fiqh sunnah dan sebagainya yang diuruskan oleh dekan fakulti iaitu Doktor Majdi Farj sebagai guru pembimbing

Pihak universiti telah mengeluarkan majalah yang cuba untuk mengwarwarkan fahaman wahabi dengan memasukkan nama-nama yang khusus untuk menilai kajian perbahasan permulaan untuk majalah ilmiah. Kebanyakan mereka daripada orang-orang wahabi dan ikhwan yang mendakwa mereka mengikut salaf. Di antara nama-nama itu adalah Mansur al-Ghamidi, Ibrahim al-Khurasyi, Hassanain al-Barhamtusyi, Salwa Hamadah dan Solah Hamid.
Solah Hamis Mursi, Abdul Aziz al-Humaid, Syarif Abduh, Taghrid Anbar, Taghrid Imran, Muhsin Abdur Razzaq Rasywan, Latifah Ibrahim, Abdul Rahman Jik, Abdul Azim Badawi, Umar Abdul Aziz, Abu Saud al-Sakhrani, al-Khusyui' al-Khusyui, Marwan Syahin , Muhammad Nabil Ghonayim, Ahmad Yusof Sulaiman, Hilmi Abdul Rouf, Abdul Karim Soleh , Mahmud Mazru'ah.
dan telah terpapar di universiti nama-nama yang telah selesai pencalonannya daripada pihak wahabi iaitu Doktor Abdullaah Syakir al-Junaidi, beliau merupakan wakil pembantu universiti daripada hal ehwal pendidikan tinggi dan wahabi yang seterusnya bernama doktor Muhammad Yusra Ibrahim yang merupakan wakil pembantu universiti dalam bidang kajian tesis.

Oleh: mesir times 2016

مقال كتب في الجريدة المصرية "مصر تايمز" عن خطر جامعة المدينة العالمية في ماليزيا
http://www.mesrtimes.com/348581

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Syarah Tirmizi (Kisah Maulana Anwar Shah al-Kashmiri dan Maulana Abd Rahman al-Mubarakfuri)

1- Pelajar yang mempelajari kitab Tirmizi yang bermazhab Syafie khususnya di Malaysia biasanya menggunakan kitab 'Tuhfatul Ahwazi'

2-Walaupun pengarangnya adalah beraliran ahlee hadis (tidak bermazhab/ghair muqallid)

3- Ini kerana banyak tarjihnya yang sepadan dengan mazhab Syafie. Jadi pelajar boleh memperolehi dalil mazhab Syafie darinya.

4- Beliau banyak mengkritik ulasan Maulana Anwar Shah Kashmiri didalam syarhnya terhadap kitab Tarmizi bernama ' al-Arfu as-Syazi'

5- Maulana Yusuf Binori ada menulis kitab yang membalas balik kritikan pengarang Tuhfah. Nama kitab tersebut ialah "maa'rif as-sunan'

6- Antara contoh kritikan pengarang Tuhfah terhadap Maulana Anwar Shah ialah didalam "keharusan kencing berdiri"

7- Selepas membentangkan mazhab ulama dalam perkara ini dan menyatakan juga ada mazhab yang mengharuskan tanpa makruh kencing berdiri , Maulana menyatakan " Adapun pada zaman ini awlanya dihukum haram kencing berdiri kerana ia telah menjadi syiar orang kafir"

8- Pengarang tuhfah telah mengkritik kenyataan akhir diatas beliau berkata "

9. Maulana Anwar Shah berkata," Kemudian sesungguhnya perbuatan kencing berdiri (tanpa ada keuzuran) walaupun ada kelonggaran padanya dan larangan yang datang (dari Nabi adalah larangan ta'dib bukan larangan menghukum haram seperti yang disebut oleh Imam Tarmizi tetapi pada hari ini lebih awla dihukumkan haram kerana ia telah menjadi syiar orang bukan Islam dari kalangan kuffar dan penganut-penganut agama yang sesat. Berapa banyak masalah yang berubah dengan sebab perubahan zaman dan perubahan maslahat"

10- Maulana Abdul Rahman al-Mubarakfuri tidak bersetuju dengan pandangan diatas beliau berkata (selepas membawa perkataan Maulana Anwar diatas)
" Aku berkata, selepas bersetuju perbuatan kencing berdiri adalah rukhsah tidak ada sebab untuk melarangnya pada hari ini. Adapun amalan orang bukan Islam tidaklah ia boleh menyebabkan hukum haram"

11- Maulana Yusof Binori telah menjawab kritikan pengarang Tuhfah al-Ahwazi diatas,
" Aku berkata sepatutnya beliau (pengarang Tuhfah) tidak perlu masuk dalam urusan fekah hukum hakam . Penyair berkata
' Allah telah menciptakan untuk peperangan lelaki-lelaki dan untuk talam dan roti (Dia menciptakan juga) lelaki-lelaki'

12- Tempat ambilan fekah dan maslahat syariah dan kehendak-kehendak syarak adalah tugas fuqaha ummah yang mengkaji matlamat-matlamat syari'. Imam Abu Daud telah mengeluarkan hadis dalam kitab Sunan nya daripada Aisyah beliau berkata " Seandainya Rasulullah melihat apa yang wanita (pada zaman ini) mengada-adakan nya pasti Baginda akan melarang mereka dari datang ke masjid sepertimana kaum wanita Bani Israil dilarang".

13- Hadis larangan menyerupai orang kafir yang ia merupakan salah satu dari usul syariah adalah suatu yang diketahui umum. Bukakankan ibnu Taymiyah sendiri menghukum haram banyak perkara dengan alasan ia menyerupai orang bukan Islam"

Rujukan
Maa'rif as-Sunan, 106-107, jilid 1

- Maulana Lutfi @ Tok Kenali Kitab Arab-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu'ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat 'Ha Mim ad-Dukhan' dan 'Yasin', jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni."

Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :

"Sesiapa yang membaca 'Yasin' pada malam Jumaat dia diberi keampunan." - [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; "Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani."

Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-'Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.

Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.

Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam, antaranya :

Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa'id al-Khudri radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi shollallahu 'alaihi wa sallam, sabda Baginda :

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat." - [Al-Hakim berkata : "Hadith ini sahih." Ibnu Hajar berkata : "Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi."

Sa'id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa'id al-Khudri dengan lafaz :

"Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah."

Sa'id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma'dan katanya : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah."

Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, katanya : "Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat."

Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah. Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredhaan Allah 'Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a'lam.

Fastabiqul Khairat.

اللهم صل وسلم على البشير النذير السراج المنير سيدنا محمد حبيب رب العالمين

~ Hafiz Fandani/140414-998.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

MALAYSIA : FATWA MENGENAI FAHAM 'WAHABI'

Berikut adalah beberapa kumpulan fatwa, pandangan atau pendirian ulama-ulama yang berautoritas di Malaysia secara tersurat dan tersirat berkenaan kesesatan fahaman wahabi yang sedang menggelisahkan rakyat Malaysia dewasa ini.
Antaranya adalah:
1. Pandangan Mufti Kedah
2. Pandangan Mufti Pahang
3. Pandangan Mufti Negeri Sembilan
4. Pandangan Jabatan Mufti Perak
5. Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
6. Warta Kerajaan Negeri Johor
7. Majlis Fatwa Kebangsaan
8. Pandangan JAKIM
9. Pandangan Mufti Brunei

10. Pandangan Ahli Akademik

Menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikan maklumat/ Fatwa ini kepada teman² Ahlussunah agar lebih berhati² terhadap faham "WAHABI-SALAFY" ini dan dengan harapan supaya kita smua terselamatkan dr fitnah akhir zaman.

● Mufti Kedah

Mufti Kedah turut menyatakan bahaya faham wahabi dan menolak faham wahabi ini kerana banyak khilaf dari sudut aqidah fiqh.

● Mufti Pahang

Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan karena menyesatkan, juga baru-baru khutbah negeri pahang menekankan berkenaan masalah wahabi.

● Mufti Negeri Sembilan

Mufti negeri Sembilan juga menolak & menyimpang faham wahabi

● Mufti Perak

Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan larangan penyebaran faham wahabi karena menyimpang & menyesatkan

Baca di sini ═>http://mufti.perak.gov.my/perkhidmatan/e-book/372-fatwa-penegahan-menyebarkan-aliran-dan-dakyah-wahabiah.html

● Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, dan didalam buku tersebut mengkritik aliran salafi kerana sikap mereka yang ghuluw:

● Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor jelas memfawakankan bahwa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar selain itu sesat & menyesatkan.

● Majlis Fatwa Kebangsaan
Berikut sedikit petikan dari fatwa tersebut:
Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

Seterusnya silahkan baca disini:

http://www.e-fatwa.gov.my/blog/pandangan-mengenai-golongan-wahabi

● Pandangan JAKIM
Pandangan JAKIM dalam hal ini adalah jelas yaitu: "Wahabi- Salafy sesat menyesatkan

● Mufti Brunei
Mufti brunei ada menulis buku dan didalamnya jelas mengkritik penyimpangan faham wahabi

● Pandangan Giptis

Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz & Ilmuan Sunni menolak fahaman Wahabi:

● Prof Syed Naquib Al-Attas

Prof Syed Naquib telah menolak fahaman wahabi dan menjelaskan keburukannya dalam karyanya:

Seterusnya silakan baca disini pernyataan murid beliau:
http://www.rausyanfikir.com/2011/08/keseluruhan-penjelasan-ini-dipetik.html

● Lain- Lain
Terlalu banyak untuk diuraikan semuanya tetapi jelas dalam setiap seminar yang dianjurkan oleh muafakat Alim Ulama Malaysia dan Ahli Akdemik seperti Dr. Uthman Muhammady, Dr. Asmadi dan Dr. Fakhruddin Mukti dan banyak lagi ahli akademik telah berkumpul dan menolak fahaman wahabi.

http://muafakatmalaysia.com/2010/01/09/wacana-pemikiran-dan-pembinaan-ummah-1/

● Akhir Kata Kepada masyarakat awam diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti faham wahabi- salafy yang bisa merusakkan akidah dan persatuan ummat

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

samanya pula ialah kamu akan dapati Rahmat dan pahala-Ku bersamanya. Bandingannya ialah firman Allah subahanahu wa Ta'ala,

وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُ ۥ فَوَفَّٮٰهُ حِسَابَهُ ۥ‌ۗ

Dia [orang kafir] tetap mendapati Allah di sisinya lalu Allah menyempurnakan hitungan amalannya. (Surah al-Nur:39)

"Dia mendapati Allah subahanahu wa Ta'ala di sisinya" bererti mendapati perhitungan dan balasan Allah Subahanahu Wa Ta'ala ke atasnya. [Lihat al Bayhaqi : Kitab al Asma' wa al Sifat, h.350]

Sumber Rujukan : al Syeikh al Muhaddith Prof Dr al-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al-Hasani, "Dialah Allah", cet 2014, Pelima Media Sdn Bhd, Selangor.

http://telegram.me/aqidah_islam

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

am pada malam Isra' di sebuah tempat pasir merah bertompok. Baginda Musa 'alaihissalam sedang berdiri melaksanakan solat di dalam kuburnya."(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 315; Muslim, Sohih Muslim, vol 4, Hlmn 1845, al-Nasa'i al-Sunan al-Kubra, vol 1, hlm 419; Ibn Hibban, Sohih Ibn Hibban, vol 1, hlm 242,; Ibn Abi Syaibah, al-Musannaf Ibn Abi Syaibah, vol 7, hlm 335, dan Tobrani, al-Mu'jam al-Ausath, vol 8, hlm 13.)

Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam bersabda lagi yang bermaksud :

"Para nabi hidup di dalam kubur, mereka (melaksanakan) solat (beribadah)."(Hadith riwayat al-Dailami, Musnad al Firdaus, vol 1, hlm 119; Abu Ya'la, Musnad Abu Ya'la, vol 6, hlm 147; Ibn 'Adi, al-Kamil. vol 2, hlm 327; dan al-Haithami menyebutkan dalam al-Majma' al-Zawa'id vol 8, hlmn 211, beliau memberikan pandangan dengan perkataan "Dan para periwayat Abu Ya'la adalah orang-orang yang thiqah.)

Hadith ini menunjukkan para Nabi hidup dengan jasad dan roh mereka, kerana ada penyebutan tempat bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam mengatakan, "Di dalam kubur mereka". Seandainya kehidupan itu hanya dengan roh sahaja, tentu Baginda sollallahu alaihi wa sallam tidak menyebutkan tempat hidup mereka. Dengan demikian, mereka hidup di dalam kubur mereka dengan kehidupan yang hakiki seperti hidup mereka sebelum wafat, dan bukan kehidupan roh sahaja.

Sebagaimana jasad-jasad mereka yang mulia itu terpelihara, diharamkan bagi bumi untuk 'memakannya' (iaitu menghancurkan). Telah sohih dari Nabi sollallahu alaihi wa sallam bahawa Baginda sollallahu alaihi wa sallam bersabda yang bererti :

"Sesungguhnya Allah subahanahu wa ta'ala mengharamkan atas bumi untuk memakan (menghancurkan) jasad-jasad para Nabi."(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4 hlmn 8, Abu Daud, Sunan Abi Daud vol 1, hlmn 275, al-Nasaei, Sunan al-Nasaei vol 3, hlmn 91, Ibnu Majah, Sunan Ibn Majah, vol 1, hlmn 524, al-Darimi, Sunan al-Darimi, vol 1, hlmn 445 : Hakim al-Mustadrak, vol 1, hlmn 413, dan beliau berpandangan bahawa "Sohih, berdasarkan syarat-syarat al-Bukhari dan mereka berdua tidak mengeluarkannya." al-Baihaqi, al-Sunan al-Shugra, vol 1, hlmn 372, dan di dalam al-Sunan al-Kubra, vol 3, hlmn 428.)

Dengan demikian, Nabi sollallahu alaihi wa sallam itu hidup di dalam kuburnya dengan roh dan jasadnya. Dan jasadnya (Nabi sollallahu alaihi wa sallam) yang mulia terpelihara seperti saudara-saudaranya para Nabi yang lain.

Baginda sollallahu alaihi wa sallam sangat dekat dengan Allah subahanhu wa ta'ala beribadah di dalam kuburnya, dan berhubungan dengan umatnya, memohon keampunan untuk mereka, memberi syafaat kepada mereka di sisi Allah subahanahu wa ta'ala, menjawab salam mereka, dan masih banyak lagi hal selainnya.

Oleh itu, siapa yang mendustakan kehidupan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam di dalam kuburnya setelah perpindahannya, maka dia telah mendustakan hadith-hadith yang telah kami sebutkan. Barangsiapa yang mendustakan bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam sudah berpindah dari kehidupan kita, maka dia telah mendustakan keterangan-keterangan al-Quran yang telah kami kemukakan.

Sikap yang tepat adalah kita menetapkan bahawa perpindahan Nabi sollallahu alaihi wa sallam dari kehidupan dunia, ialah dengan menetapkan bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam itu hidup di dalam kuburnya, beribadah kepada Tuhannya, menjawab salam orang yang mengucapkan salam kepadanya, memberikan syafaat bagi umatnya, dan memohonkan keampunan untuk mereka. Sebagaimana apa yang telah disampaikan kepada kita oleh Nabi al-Sodiq al-Masduq, Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam dan kepada Allah subahanahu wa ta'ala Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.

Sumber :

Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah Khilafiah (al-Bayan al-Qawim li Tasybih Ba’dhi al-Mafahim), .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO

https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jz-AljPdJeorXU1wg

Channel :
/channel/PenjelasanBidaahASWJ
/channel/PenjelasanBidaahASWJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=HjWYXLjbNs0

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

🔊senarai link group dalam MSO ada di channel ini:
@madrasahsunnionline_MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Alhamdulilah. Malam tadi duduk dalam majlis Maulana Salman an Nadwi. Ini kali pertama saya mendengar beliau berceramah. MasyaAllah.

Tajuk yang diberi ialah berkenaan hubungan antara muhaddisin dan kesufian.

Maulana sebut satu persatu nama muhaddisin yang menyatakan bahawa mereka semua adalah ahli sufi. Termasuklah Ibnu Taimiah yang bertarikat Qadiri.

Sama ada disebut sebagai sufi, tasawuf, tarikat, tazkiah atau apa sahaja istilah, ianya merujuk pada sifat ehsan. Hal tersebut sudah pun diamalkan sejak zaman Nabi.

Maka, menjadi satu perkara yang janggal bagi mereka yang menolak kesufian atau tarikat.

Boleh dengar di youtube rakaman tadi.

The Connection Between the Sufis and Muhadditheen - العلاقة بين المحدثين و الصوفيين

6th April 2016:

Live streaming of Moulana Salman Husaini Nadwi's lecture in Kuala Lumpur, Malaysia at 12pm GMT.

Please tune in to listen by following the link below and share to others.

http://livestream.com/accounts/6646960/events/5124963


Via-Khairy Tajudin Novelis

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Mazhab ahlu sunah dalam perkara ahlul bayt ialah seperti susu yang keluar diantara najis dan darah

Najis = Nawasib yang begitu anti dengan ahlul bayt. Menidakkan kelebihan ahlul bayt. Menghasut kerajaan supaya membenci ahlul bayt

Darah = Syiah yang meletakkan kedudukan Imam dua belas lebih dari Nabi. Mencaci kebanyakan sahabat. Bahkan mengkafirkan mereka. Sebahagian Shiah mempertuhankan Sayyidina Ali

Susu murni= Menganggap menghormati ahlul bayt sebahagian tuntutan agama. Atas dasar mawaddah dan qurba. Mengakui kelebihan yang ada pada mereka. Menyanjungi sahabat tanpa berbelah bahagi. Mengakui bahawa tiada yang maksum melainkan Nabi. Menyayangi mereka seperti sayang kepada anak-anak guru kita. Yang tersasar dikalangan mereka ditegur dengan santun tanpa menghina asal keturunan mereka. Mempertahankan mereka dengan nyawa dan darah.


Tok Kenali Kitab Arab

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

| Ini Kisah Benar |

Kisah ini dari Ustaz saya. suatu hari, di dalam kelas, ada anak muridnya agak tidak beradab minta ustaz saya ulas perkara2 bidaah, seperti tahlil, sambut maulid dsb yang berlaku dalam masyarakat sekarang (nadanya menguji). Ustaz saya menjawab dengan senda gurau dan bersahaja.

Ustaz : Saya nak bagi teka teki Lughah (ilmu bahasa arab) sesi kelas hari ini:

Ustaz : Nabi Muhammad s.a.w Wulida (dilahirkan) fil madinah (في المدينة ), bil madinah (بالمدينة) atau ala madinah (على المدينة). manakah penggunaan hurf jar yang lebih tepat dalam kontekas ayat tersebut? Fi? Bi? atau ala Madinah?

Para pelajar terdiam fikir....dan pelbagai jawapan yang dilontarkan, ada yang jawab Fi, ada yang jawab Bi ada yang terdiam terus.

sehingga pelajar yang bertanya soalan bidaah tadi bangun dengan menjawab "Fil Madinah lebih tepat". beliau memberikan hujah2nya. boleh tahan hujah.

pelajar lain turut mencuba...
.
.
.
.

jawab ustaz, "semua jawapan adalah salah". jawab Fi salah, Bi salah dan jawab Ala pon salah.

para pelajar : ?????

Ustaz : kerana Nabi Muhammad s.a.w Wulida Fil Makkah (di lahirkan di Makkah) bukan madinah. pesan saya, tahu ilmu satu hal, matang suatu hal. apa jua yang kita dengar, baca...jangan gopoh dalam menghukum. berhati2 lah. kalian tak salah menjawab tetapi tidak teliti mendengar soalan. apatahlgi hal2 yang besar melibatkan hukum hakam?

terdiam semua pelajar. pelajar yang bertanya bidaah tadi pon tertunduk malu.

~angah~
Via Mohd Hanif Haji Ibrahim

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Aqidah al Imam al Syafiey berdasarkan kitab Fath al Bari.

Terdapat segelintir manusia menisbahkan kepada al Imam al Syafie dan kepada pengarang-pengarang kitab yang muktabar sesuatu yang mereka tidak pernah menyebut atau menulisnya.

Antaranya adalah, tulisan segelintir yang mengatakan al Imam al Syafie menyebutkan Allah Taala memiliki dua tangan berdasarkan kitab Fath al Bari. Disini saya bawakan teks asal beserta dengan terjemahannya sekali.

وَأخرج ابن أَبِي حَاتِمٍ فِي مَنَاقِبِ الشَّافِعِيِّ عَنْ يُونُسَ بْنِ عَبْدِ الْأَعْلَى سَمِعْتُ الشَّافِعِيَّ يَقُولُ لِلَّهِ أَسْمَاءٌ وَصِفَاتٌ لَا يَسَعُ أَحَدًا رَدُّهَا وَمَنْ خَالَفَ بَعْدَ ثُبُوتِ الْحُجَّةِ عَلَيْهِ فَقَدْ كَفَرَ وَأَمَّا قَبْلَ قِيَامِ الْحُجَّةِ فَإِنَّهُ يُعْذَرُ بِالْجَهْلِ لِأَنَّ عِلْمَ ذَلِكَ لَا يُدْرَكُ بِالْعَقْلِ وَلَا الرُّؤْيَةِ وَالْفِكْرِ فَنُثْبِتُ هَذِهِ الصِّفَاتِ وَنَنْفِي عَنْهُ التَّشْبِيهَ كَمَا نَفَى عَنْ نَفْسِهِ فَقَالَ لَيْسَ كمثله شَيْء وَأَسْنَدَ الْبَيْهَقِيُّ بِسَنَدٍ صَحِيحٍ عَنْ أَحْمَدَ بْنِ أَبِي الْحَوَارِيِّ عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ كُلُّ مَا وَصَفَ اللَّهُ بِهِ نَفْسَهُ فِي كِتَابِهِ فَتَفْسِيرُهُ تِلَاوَتُهُ وَالسُّكُوتُ عَنْهُ وَمِنْ طَرِيقِ أَبِي بَكْرٍ الضُّبَعِيِّ قَالَ مَذْهَبُ أَهْلِ السُّنَّةِ فِي قَوْله الرَّحْمَن على الْعَرْش اسْتَوَى قَالَ بِلَا كَيْفٍ وَالْآثَارُ فِيهِ عَنِ السَّلَفِ كَثِيرَةٌ وَهَذِهِ طَرِيقَةُ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ

Telah mengeluarkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Manaqib al Syafie, satu riwayat daripada Yunus Bin Abd al A’la, aku telah mendengar bahawa al Imam al Syafie berkata “ Allah Taala itu memiliki nama-nama dan sifat-sifat yang tidak diberi sebarang kelonggaran untuk seseorang itu menolaknya. Maka barang siapa yang menyalahi (menolak sifat dan nama Allah itu) setelah thabit hujjah ke atasnya (kebenaran nama-nama dan sifat-sifat Allah Taala) sesungguhnya dia telah menjadi kufur.

Dan adapun jika sebelum didirikan hujjah ke atasnya maka dikira satu keuzuran (jika menolak nama-nama dan sifat-sifat Allah Taala) dengan sebab kejahilannya itu, kerana pengetahuan berkenaan dengan perkara tersebut tidak boleh dicapai melalui akal, pemerhatian atupun fikiran seseorang. Kita hendaklah menthabitkan sifat-sifat ini, dan menafikan sebarang bentuk tasybih (penyama-rupaan Allah Taala dengan makhluk) sebagimana Allah Taala menafikan (penyama-rupaan tersebut) daripada diriNya. Maka firman Allah Taala: Dan tidak terdapat sesuatu pun yang seumpamaNya.

Dan al Imam al Baihaqi menyandarkan satu riwayat kepada sanad yang soheh, (iaitu) daripada Ahmad Bin Abi al Hawari, daripada al Imam Sufyan Bin ‘Uyainah berkata “Setiap apa yang Allah Taala sifatkan diriNya di dalam al Quran maka tafsirannya adalah sekadar membacanya sahaja, dan diam daripadanya (tidak mentafsirkannya)”. Dan berdasarkan jalan (periwayatan) Abi Bakar al Dhoba’iy berkata “Mazhab Ahl al Sunnah terhadap firman Allah Taala “ al Rahman ( Allah Taala) di atas ArasyNya beristiwa” ianya bermaksud: Istiwak dengan tanpa sebarang kaifiyat, sedangkan athar daripada salaf padanya (tidak menyebutkan kaifiyat ini) terlalu banyak, maka inilah jalan al Imam al Syafi’ey dan al Imam Ahmad Ibn Hanbal”.

Ibn Hajar, Muhammad Bin Ali. (1995M). Fath al Bari Bi Syarh Sahih al Bukhari. Dar al Fikr, Bairut. Jld 15 hlm 365. Kitab al Tauhid

Ustaz Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan
Pegawai Bahagian Runding Cara Akidah
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ibrahim bin Abdillah Al-Qalanasi meriwayatkan bahawasanya Imam Ahmad berkata tentang golongan sufi:


لا أعلم قوماً أفضل منهم

Maksudnya: “Aku tidak dapati suatu golongan pun yang lebih baik daripada mereka”.



Lalu dikatakan kepadanya:

“Tapi, mereka mendengar (qasidah-qasidah) dan saling tawajud (bergerak-gerak dalam menghayati qasidah)”.

Lalu Imam Ahmad berkata:


دعوهم يفرحوا مع الله ساعة

Maksudnya: “Biarkanlah mereka bergembira bersama Allah s.w.t. seketika itu (menghayati qasidah)”.

[Ghiza’ Al-Albab: 1/120, Matba’ah An-Najah tahun 1906]

Imam Ahmad .r.a menasihati anaknya Abdullah dengan berkata:


Wahai anakku, hendaklah kamu duduk dengan ahli tasawwuf, kerana mereka ibarat sumber ilmu dan mereka sentiasa mengingati Allah dalam hati mereka.

[Tanwir Al-Qulub: 405]

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Ucapan Almarhum Tn Hj Mansur tentang kekandanya Almarhum Tn Sh Hj Ahmad Mufti Pertama N. Sembilan:

"Almarhum semasa berada di kota Makkah, pernah dihukum oleh mahkamah syariah di masa itu kerana bertawassul kepada Rasulallah S.A.W. Beliau dihukum kerana semata-mata mengatakan "YA RASULALLAH".
Beliau dikatakan telah memberi hujjahnya di hadapan imam masjid haram di masa itu, yaitu:
1) Syeikh Al-Hamar - Imam bagi waktu maghrib dan isyak
2) Syeikh Hamid Abdul Bari - Imam bagi waktu subuh

Hasil dari perbicaraan itu, ia telah dihukum rotan 10 kali. Pukulan itu menyebabkan darah dan meninggalkan kesan di bahagian belakang badannya. Saya sendiri menyaksikan darah dari pukulan itu.(1)"

(1) Ini menunjukkan betapa kuatnya beliau mempertahankan salah satu dari asas dalam mana-mana tradisi terikat yang pernah lahir dalam Islam. Ini menunjukkan contoh yang baik yang mesti diikuti oleh pengikut Tariqat Al-Ahmadiah.

UCAPAN TUAN HAJI MANSUR BIN TUAN HAJI MOHD SAID
DARI HARI MEMPERINGATI ULAMA SILAM KELIMA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
15 hb Mac 1980 / 27 Rabiulakhir 1400H

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Some people began to grow their beards last month, learnt to read the Qu'ran last week and learnt how to pray two days ago, and then have the nerve to tell the Ummah that Imam Abu Hanifa, Malik, Shafi'i and Ahmad made mistakes.

-Shaykh Mohammed Aslam-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Artikel tentang bahaya Universiti Mediu di Malaysia daripada surat khabar di Mesir iaitu "Mesir Times".

Ini 👇🏻terjemahan Bahasa Melayu.

"UNIVERSITI MADINAH WAHABI .... PENTAKFIRAN DAN KEGANASAN DENGAN SYIAR / BERTOPENGKAN AKADEMI"

Link: http://www.mesrtimes.com/348581

Surat khabar: Mesir Times.

CEO: WLAID ARAFAT
Editor: HAZIM QUTOB
Penulis: Ahlam Ramadhan

MENGHANCURKAN (Azhar Universiti) DENGAN UNVERSITI LAIN... SUATU KAJIAN YANG TERPERINCI TENTANG TIPU DAYA SAUDI WAHABI TERHADAP UNIVERSITI AL-AZHAR AL-SYARIF.

Tarikh 22 APRIL 2016

UNIVERSITI MADINAH WAHABI .... PENTAKFIRAN DAN KEGANASAN DENGAN SYIAR ATAU BERTOPENGKAN AKADEMI.

Telah ditulis oleh : Ahlam Ramadhan.

Tidak cukup golongan wahabi saudi dengan mencarik al-Azhar dengan memasukan pengikutnya ke dalam kampus universiti al-Azhar al-Syarif, bahkan mereka telah bekerja keras siang dan malam untuk melenyapkan kubu Islam dan bentengnya yang kukuh itu demi untuk menghilangkan mazhab ahli sunnah dan menularkanya dengan agama wahabi yang mengkafirkan umat dan menghalalkan darahnya.

Sesungguhnya ia adalah satu rancangan yang berniat jahat iaitu apabila kerajaan saudi wahhabi membuka satu sarang yang jahat yang telah muncul daripadanya pendokong jemaah-jemaah ikhwani dan wahhabi dan semua orang yang menjadi pendokong untuk wahhabi di dalam arab saudi. Hal ini dilakukan demi untuk memudahkan mereka menyelinap masuk ke dalam Universiti al-Azhar bagi memperolehi tahap ilmiah yang dinisbahkan kepada universiti al-Azhar melalui universiti madinah antarabangsa (MEDIU) di Malaysia yang berpusat di Kaherah iaitu demikian itulah dengan sistem pengajian jarak jauh. Dengan cara ini ramai daripada kalangan ustaz-ustaz, imam-imam dan guru-guru belajar dengan al-Azhar untuk memperolehi sijil kedoktoran daripada al-Azhar kemudian muncullah tokoh-tokoh pemuka wahhabi dengan darjat ilmiah daripada al-Azhar al-Syarif iaitu dengan cara online universiti.

"Universiti al-Madina antarabangsa" telah sempurna pembinaannya dengan menggunakan wang sepenuhnya daripada arab saudi dan universiti ini telah dipimpin oleh beberapa tokoh keagamaan wahhabi di arab saudi dan beberapa keterangan yg kami perolehi telah membongkarkan bahawa ada orang-orang daripad wahabi dan terorist yang takfiri dan perisik yang telah mampu ambil sijil dari univirsiti ini untuk menyabuk khianat mereka kepada Mesir dan rakyatnya dengan mengunakan serban al Azhar.

Di antara tenaga pengajar di universiti itu adalah Doktor Badran al-Ayyari dan beliau daripada orang yang bersama-sama menyokong persatuan ikhwani wahabi,
dan Doktor Abdullaah Syakir. beliau merupakan ketua yang diketahui dengan "majlis ulamak syura yang menyokong jemaah ikhwan".
dan ketua bagi jemaah Ansar al-Sunnah berfahaman wahabi yang telah dibantu daripada aspek harta daripada arab saudi. Wakil universiti yang membantu urusan-urusan pengajian tinggi, dan Doktor Muhammad Yusra Ibrahim wakil pembantu universiti dan beliau merupakan calon pilihan raya yg lalu untuk mengisi kepimpinan dalam kementerian awqaf pada zaman ikhwan
dan Doktor Umar Abdul Aziz iaitu salah seorang yang telah dihukum dengan hukuman yang berat dalam isu-isu ikhwan, seterusnya Doktor Abdul Azhim al-Badawi.

Di antara tokoh yang telah memperolehi pangkat doktor daripada universiti berikut adalah seorang doktor gigi yang bernama Ahmad Hatiibah seorang rujukan bagi majlis pejabat gerakan "dakwah alwahabiyah" iaitu seorang wahabi daripada Iskandariyyah.
dan ramai lagi pemuka-pemuka daripada fahaman wahabi.

Pertubuhan yg dinamakan "Ansar al-Sunnah" berfahaman wahabi yang menyokong kerajaan saudi, telah menjalankan viva secara tertutup untuk memberi biasiswa kepada para penyelidik wahabi pengajian ilmiah bagi tahap master dan kedoktoran daripada universiti online ini. Dan juga melalui cabang-cabang universiti yang lain dengan menggunakan cara yang sama. Pertubuhan itu telah buat viva untuk tesis master dalam bidang akidah dan falsafah dan mazhab yang telah dilakukan pada hari sabtu yang lalu.

Untuk sesi perbincangan tesis calonnya bernama Ahmad Solah Abdul Kholiq Ridhuan. perbinc

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=n6jCSSWS_Go

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Fatwa al Imam Ibn al Hajar berkenaan "siapakah pelaku Bid'ah yang sebenar"

Termasuk dalam golongan Mujtahidin, Fuqahak Muta'akhirin dan Ulama Hadith adalah al Imam Ibn Hajar al Haitami al Makki pengarang al Fatawa al Hadithiyyah. Beliau adalah guru kepada pengarang kitab Fath al Mu'in, dan murid kepada Syeikh al Islam Zakariyya al Ansoriy. Antara fatwa berharga yang terdapat dalam kitab ini adalah:

Maka Imam Ibn Hajar telah menjawab dengan katanya, al Khatib telah meriwayatkan dalam kitab sejarah Baghdad, berdasarkan hadith yang soheh "seburuk-buruk perkara itu adalah perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, dan setiap bid'ah itu adalah sesat" Yang dimaksudkan dengan pelaku bid'ah (Ashab al Bida'iy) dalam hadith tersebut adalah mereka yang tidak sealiran dengan Ahl al Sunnah wa al Jama'ah. Maksud Ahl al Sunnah wa al Jama'ah disini adalah, orang yang menuruti al Syeikh Abi al Hassan al 'Asy'ari dan juga Abu Mansur al Maturidiy yang merupakan dua (imam) ikutan bagi Ahl al Sunnah.

Secara jelas hal ini bermaksud, pelaku Bid'ah adalah pendokong aliran yang lain daripada method yang dibawa oleh dua Imam Ahl al Sunnah iaitu al Imam Abu al Hassan al 'Asy'ari dan al Imam Abu Mansur al Maturidiy

Ustaz Dr. Muhammad Yusry Bin Mazlan
Pegawai Bahagian Runding Cara Akidah
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Catatan hujung

Hukum berkumpul membaca qasidah, syair pujian dan zikir yang beralun
Sheikh Ibnu Hajar al-Haitamie ditanya tentang amalan yang dilakukan oleh satu kelompok di negeri Yaman dan bukan Yaman. Mereka berkumpul dan melantunkan qasidah dan pujian bersama zikir yang beralun. Adakah ia adalah zikir ataupun tidak ? Adakah ia berbeza dengan syair dan lagu cinta? Adakah ada sesiapa dikalangan ulama yang melarangnya? Apakah sebab mereka melarangnya.

Jawaban:
1- Melantunkan syair, qasidah dan mendengarnya sekiranya terkandung didalamnya galakan melakukan kebaikan dan tegahan dari melakukan kemungkaran dan terdapat dorongan untuk meneladani para solihin dan anjuran untuk keluar dari menuhankan nafsu dan kehendaknya
maka hukum melantunkan dan mendengarnya adalah sunat.

2- Apa yang kami dapati dan dengar dari orang-orang Yaman dan selain mereka bahawa mereka tidak melantunkan syair dan qasidah didalam majlis mereka melainkan dari jenis yang telah kami sebutkan. Justeru pelantun dan pendengar akan mendapat pahala seandainya baik niat mereka dan tulus batin mereka.

3- Syair dan qasidah yang mengandungi pujian terhadap wanita, amrad,arak dan seumpamanya adalah haram dan wajib dijauhi.

4- Hukum syair qasidah,nasyid dan lagu mengikut isi kandungannya. Jika terkandung maksiat maka haram. Jika mengandungi kebaikan maka samaada mubah ataupun sunat.

5- Bergantung kepada niat yang pelantun dan pendengar. Ada yang mendengar syair buruk tetapi dijadikan untuk maksud baik dan ada yang mendengar syair baik tetapi dijadikan untuk perkara tidak baik.

6- Seboleh-bolehnya elakkan diri kalian dari celupar mengkritik ahli sufi. Letakkan sangkaan yang baik atas perbuatan mereka. Semoga dengan kecintaan kita kepada mereka Allah merahmati kita.

7- Saya banyak melihat mereka yang melampau mengkritik ahli sufi bersama dengan sifat taksub melampau telah di balai oleh Allah dengan tersungkur dari kedudukannya, dijauhkan dari rahmat Allah kemudian dia di hukum dengan kehinaan .

Al- Fatawa al-Hadisiyyah

Terjemahan adalah secara bebas

-Tok Kenali Kitab Arab-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Dalil Kuat Menunjukkan Keharusan Takwil Ayat Mutasyabihat

Oleh : al-Syeikh al-Muhaddith Prof Dr al-Sayyid Muhammad bin Alawi bin Abbas al-Maliki al-Hasani

Di sini kami bawakan satu hadith sahih sebagai satu hujah yang kuat terhadap keharusan takwil di samping dapat menjelaskan kesilapan yang diutaran secara pukul rata bahawa pendekatan takwil adalah batil. Sepatutnya ia memerlukan huraian yang menyeluruh di samping perlu dijelaskan juga bahawa terdapat beberapa nas yang jelas ditakwilkan oleh para ulama. Mereka mentafsirkan nas tersebut bukan lagi dengan maksud zahirnya.

Di samping itu, Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah menjelaskan perkara ini menerusi sabdanya :

وعنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله عز وجل يقول يوم القيامة يا ابن آدم مرضت فلم تعدني قال يا رب كيف أعودك وأنت رب العالمين قال أما علمت أن عبدي فلانا مرض فلم تعده أما علمت أنك لو عدته لوجدتني عنده يا ابن آدم استطعمتك فلم تطعمني قال يا رب كيف أطعمك وأنت رب العالمين قال أما علمت أنه استطعمك عبدي فلان فلم تطعمه أما علمت أنك لو أطعمته لوجدت ذلك عندي يا ابن آدم استسقيتك فلم تسقني قال يا رب كيف أسقيك وأنت رب العالمين قال استسقاك عبدي فلان فلم تسقه أما علمت أنك لو سقيته لوجدت ذلك عندي رواه مسلم

Terjemahan :

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman, wahai keturunan Adam, Aku Sakit kamu tidak menziarahiku. Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan, bagaimanakah aku boleh menziarahiMu sedangkan Engkau Tuhan sekalian alam ?
Maka Allah berfirman tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang sakit tetapi kamu tidak menziarahinya. Tidakkah kamu tahu apabila engkau menziarahinya nescaya engkau akan dapati-Ku bersamanya.
Seterusnya Allah berfirman lagi, wahai keturunan Adam, Aku minta minuman tetapi kamu tidak memberinya.
Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan bagaimanakah aku mampu memberi minuman kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan seru sekalian alam ?
Allah berfirman, tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang meminta air tetapi kamu tidak memberinya? TIdakkah kamu tahu, jika kamu memberinya, nescaya kamu akan dapati pemberianmu itu di sisi-Ku ?
Wahai Keturunan Adam, Aku minta makanan tetapi kamu tidak memberi.
Keturunan Adam menjawab, wahai Tuhan bagaimanakah aku mampu memberi makanan kepada-Mu sedangkan Engkau Tuhan seru sekalian alam ?
Allah berfirman, tidakkah kamu tahu ada hamba-Ku yang meminta makanan darimu tetapi kamu tidak memberinya ? Tidakkah kamu tahu, jika kamu memberinya, nescaya kamu akan dapati pemberianmu itu di sisi-Ku ?

Ini teks hadith yang datang menerusi riwayat al Asyyab. Menerusi riwayat Zayd bin al Hubab pula dengan maksud yang sama Rasulullah bersabda : فلو عدته لوجدت ذلك عند . Di akhir nukilan hadith ini ada disebut dan direkodkan oleh Imam Muslim di dalam kitab sahihnya menerusi riwayat Bahz bin Asad daripada Hammad. Disebut juga bahawa ia adalah firman Allah subahanahu wa ta'ala pada hari kiamat.

Imam al Baihaqi mengulas, pertanyaan hamba Allah mengenai lafaz-lafaz yang kabur maksudnya di dalam hadith di atas merupakan dalil bagi keharusan bertanya kepada yang lebih mengetahui jika lafaz-lafaz itu masih mempunyai ruang untuk difahami sehingga maksudnya menjadi jelas. Di samping itu, hadith di atas juga menunjukkan bahawa maksud sebenar bagi sesuatu lafaz terkadang bukan maksud dimanifestasikan oleh zahir lafaz.

Contohnya, Allah subahanahu wa Ta'ala menyebut bahawa Dia sakit, minta minuman dan makanan tetapi maksud sebenar bagi yang sakit, yang meminta minuman dan makanan adalah para walinya seperti firman Allah subahanahu wa Ta'ala

إِنَّمَا جَزَٲٓؤُاْ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ

Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan Rasul-Nya.. (Surah al Maidah:33)


إِنَّ ٱلَّذِينَ يُؤۡذُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ

Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya... (Surah al Azhab :57)


إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ

Jika kamu menolong Allah, Allah pasti menolong kamu... (Surah Muhammad :7)

Maksud memerangi, menyakiti dan menolong Allah subahanahu wa Ta'ala menerusi semua ayat di atas ialah memerangi, menyakiti dan menolong para wali Allah subahanahu wa Ta'ala. Manakala maksud hadith, kamu akan dapati-Ku ber

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Apakah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam Masih Hidup Di Dalam Kuburnya?

Soalan :

Apakah Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam masih hidup di dalam kuburnya? Sejauh manakah pengaruh kehidupan itu terhadap kita dalam kehidupan di dunia?

Jawapan :

Pertamanya, kita harus menjernihkan terlebih dahulu pelbagai istilah di dalam masalah ini, sebab sebahagian besar persoalan dapat diselesaikan hanya dengan membetulkan dan memperbaiki beberapa istilah.

Apabila yang dimaksudkan dengan kehidupan Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam di dalam kuburnya itu bahawa Baginda sollallahu alaihi wa sallam tidak berpindah dari kehidupan dunia ini dan Allah subahanahu wa ta'ala tidak mencabut nyawanya, maka itu salah dan batil berdasarkan keterangan tegas di dalam al Quran. Allah subahanahu wa ta'ala berfirman :

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seseorang manusia pun sebelum kamu (Nabi Muhammad sollallahu alaihi wa sallam); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?"(Surah al-Anbiya' : 34)

Jadi Nabi sollallahu alaihi wa sallam sudah berpindah daripada kehidupan di dunia ini. Akan tetapi, perpindahan Baginda sollallahu alaihi wa sallam tidak terputus hubungan dengan kita. Nabi sollallahu alaihi wa sallam berada dalam kehidupan lain iaitu kehidupan para Nabi-nabi. Itulah yang disebut dengan kehidupan setelah mati, atau kematian sebagaimana dinamakan oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam di dalam sabdanya :

"Hidupku mengandungi kebaikan bagi kalian, kalian melakukan sesuatu dan diberikan penjelasan bagi kalian (diturunkan wahyu) dan kematianku, mengandung kebaikan bagi kalian. Amal-amal kalian diperlihatkan kepadaku, apabila kebaikan yang aku lihat, akupun mengucapkan puji syukur kepada Allah subahanahu wa ta'ala. Dan apabila keburukan yang aku lihat, aku memohonkan ampunan kepada Allah subahanahu wa ta'ala untuk kalian."(Hadith riwayat al Bazzar 4-9 vol 5, hlmn 308. Al-Dailami, Musnad al-Firdaus vol 2 hlmn 137, Hariths dengan tambahan-tambahan al Haithami, Musnad Hariths vol 2 hlmn 884; dan al-Haithami mengemukakannya di dalam al-Majma' al-Zawaid vol 9, hlmn 23, dan mengiringinya dengan perkataan "Para tokoh periwayatnya adalah tokoh-tokoh periwayat sohih (hadith sohih).

Rasulullah bersabda lagi :

"Tidaklah seseorang mengucapkan salam kepadaku kecuali Allah subahanahu wa ta'ala mengembalikan nyawaku, sehingga aku membalas salamnya."(Hadith riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 2, hlmn 527; Abu Daud Sunan Abi Daud vol 2, hlmn 218, al-Tobrani, al-Mu'jam al-Awsat, vol 3, hlmn 262, al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, vol V hlmn 245, dan Syu'ab al-Iman, vol 2, hlmn 217, al-Dailami, Musnad al-Firdaus vol 4, hlmn 24, dan al Munziri, al-Targhib wa al-Tarhib, vol 2, hlmn 326, al-Haithami menyebutkannya di dalam al-Majma' al-Zawaid vol 10, hlmn 25, dan al-Hafiz Ibn Hajar, Fath al-Bari vol 6, hlmn 488, memberikan komentar terhadapnya, :"Para periwayatnya adalah tokoh-tokoh thiqah" dan dia juga menjawab berbagai persoalan yang berkenaan dengan sudut logik yang ditujukan kepadanya).

Hadith ini menunjukkan keterhubungan di antara nyawa dengan badan Baginda sollallahu alaihi wa sallam yang mulia selama-lamanya, sebab setiap waktu pasti ada sahaja orang yang mengucapkan salam kepada Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam.

Kehidupan Nabi sollallahu alaihi wa sallam setelah wafat tidak sama dengan kehidupan manusia lainnya. Sebab pada kehidupan setelah wafat pada manusia selain para Nabi, nyawa-nyawa tidak kembali kepada jasad mereka lagi. Kehidupan mereka adalah kehidupan yang tidak sempurna, dengan nyawa sahaja tanpa jasad. Walaupun kehidupan itu masih mempunyai hubungan dengan kehidupan dunia seperti menjawab salam dan perkara lainnya. Sebagaimana telah ditetapkan pada nabi berada dalam kehidupan yang lebih sempurna daripada kehidupan mereka sebelum wafat dan lebih sempurna daripada kehidupan makhluk lain setelah wafat.

Telah sohih bahawa Nabi beribadah kepada Tuhan di dalam kubur. Diriwayatkan daripada Saidina Anas radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda yang bererti :

"Aku melalui Nabi Musa 'alaihissal

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

TASAWWUF,TARIQAH & SUFI

http://madrasahsunnionline.blogspot.my/2015/10/tasawwuftariqah-sufi.html?m=1

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

jemput masuk group ni:

klik 👉🏼 https://telegram.me/joinchat/AdZk9TvHSgI_UfbWgb9kAQ

Читать полностью…
Подписаться на канал