penjelasanbidaahaswj | Неотсортированное

Telegram-канал penjelasanbidaahaswj - Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

1543

Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah Link senarai group/channel MSO yang lain : https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557

Подписаться на канал

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Alhamdulillah mufti Shabbir pun dh jawab pertanyaan saya mengenai hadīth

من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد

"Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di zaman kerosakan ummat baginya 100 pahala syahid"

Beliau mengambil kesimpulan daripada jawapan maulana yunus al-Joufuri (murid Maulana Zakariyyā al-Kandhalawi). Kata maulana Yunus al-Joufuri hadīth ini dhaif tapi masih boleh digunakan dalam Fadhilat A'mal.

Rujukan kitab al-Yawaqit al-Ghaliyah, Jilid 1, m/s 24-26

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

n beliau (Hasan bin Qutaibah) sebagai boleh dipercayai (thiqah) tetapi menambah: يخطيئ ويخالف
Imam Ibnu 'Adi berkata: للحسن بن قتيبة هذا أحاديث غرائب حسان, وأرجو أنه لا بأس به

Perkataan yang telah digunakan oleh kedua-dua ulama hadith ini adalah menunjukan kewibawaan Hasan bin Qutaibah ini.

Rujukan

Mizanul I’tidal, Jilid.1 m/s 473, Du’afa lil ‘Uqaili, Jilid 2 m/s.17, Al-Jarh Wat-Ta’dil libnu Abi Hatim, Jilid.3, m/s.33, Targhib, Jilid.4 m/s.569, Al-Matalibul ‘Aliyah, Jilid.4 m/s.295, Ihtaful busiri, Jilid.9, m/s 244, Tiqat-Ibnu Hibban, m/s.772 & Al-Kamil li Ibnu ‘Adi, Jilid.3 m/s.174)

Kenyataan ini jelas menggambarkan perbezaan pandangan para ulama hadith terhadap kewibawaan Hasan bin Qutaibah. Hanya dengan memetik pandangan ulama hadith yang mengkritik beliau (Hasan bin Qutaibah) untuk ditinggalkan riwayatnya adalah menyalahi adab dalam membuat kesimpulan terhadap penilaian hadith. Ianya termasuk dalam satu jenayah ilmiah.

Riwayat yang mempunyai seperti (Hasan bin Qutaibah) ini (di mana para ulama hadith berselisihan mengenai kewibawaan padanya) biasanya diklasifikasikan sebagai hasan (baik) oleh Imam al-Mundhiri dan lain-lain. (Lihat Muqadimah al-Targhib, jilid.1 m/s.37 dan Qawa'id fi 'Ulumil hadith, m/s 72-77)

Kesimpulan daripada perbahasan hadith ini

Walaupun wujudnya kepelbagaian pandangan para ulama hadith terhadap riwayat Hasan bin Qutaibah tetapi ianya hanya menjejaskan riwayat daripada Sayyidina Abdullah bin Abbas ini.

Walau bagaimanapun, Hadith ini juga disokong oleh riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah di mana di dalam riwayat beliau tidak melibatkan Hasan bin Qutaibah. Oleh kerana ada sesetengah kritikan terhadap riwayat Sayyidina Abdullah bin Abbas ini, namun ianya masih kuat kerana disokong oleh pelbagai riwayat lain seperti riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah. Di sebabkan inilah, para ulama hadith jelas menerima hadith ini. Antara mereka ialah Imam al-Mundhiri, Imam Ibnu Hajar dan Syaikh al-Fatani. Penerimaan mereka secara jelas sudah cukup untuk membuktikan penerimaan terhadap hadith ini.

- Maulana Tablighi Sunni-

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ،
Dr Arif Soleh ,
Pengarah Pusat Penyelidikan Fiqh Sains dan Teknologi , UTM .

Tarikh : 21 mac 2016 matahari berada di garisan khatulistiwa ( خط الاستواء ) setiap tahun… bagi Bandaraya Johor Bahru matahari berada di atas kepala warga Johor Bahru iaitu al-Istiwa' ( الإستواء ) ketika waktu zawal ( الزوال ) pada 25 mac 2016 di saat ini tiada bayang setiap benda yang berdiri di waktu zawal . Bagi semenanjung Malaysia hal ini akan berlaku dari tanggal 25 mac hingga 7 april 2016 .
Tarikh : 13 mac sehingga 17 mac di jangkakan suhu panas mendadak sehingga 40° C ketika waktu tengahari ....kemungkinan kesan gerhana matahari pada 9 mac lalu…
Perlu di fahami : 1 jam sebelum matahari berada di tengah langit iaitu zawal ( الزوال ) nilai haba matahari di kenali dengan istilah al-Maqil ( المقيل ) dan nilai haba matahari semakin meningkat setengah jam kemudian yang di sebut al-Qailulah ( القيلولة ) dan kemuncaknya di waktu zawal nilai haba matahari semakin meningkat iaitu al-Qailah ( القائلة ). Nilai cahaya matahari pada waktu zawal di sebut al-Zohirah ( الظهيرة ) . Sebaik sahaja matahari gelincir dari tengah langit nilai cahatanya di sebut al-Zohor ( الظهر ) iaitu masuk waktu zohor .
Persolannya adakah suhu panas mendadak ini berlaku sebelum tarikh Istiwa' di Semenanjung Malaysia atau ketika Istiwa' : 25 mac hingga 7 april atau ketika Istiwa' di khatulistiwa ( خط الاستواء )… perlu di kaji semula ( تجريبة ) .
Sejarah membuktikan pada tahun 2010 ( tahun berlaku gerhana matahari separa 15 jan 2010 : 29 Muharram 1431 H ) Negara mengalami suhu panas mendadak , negeri kedah paling hebat menghadapinya… Landasan keretapi di Gurun bengkok menyebabkan keretapi barang tergelincir… tak pasti sama ada suhu ketika itu mencecah 40°C…
Semoga Allah SWT melindungi Hamba-hambanya yang lemah ini ..
والله أعلم…
حاج حنفية بن عبد الرزاق
بهاگين فلك ، جابتن مفتي جوهر.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

SENARAI LINK ASWJ

BLOGGER ASWJ;
http://bahrusshofa.blogspot.my/
http://drasmadinet.blogspot.my/
http://pondoktampin.blogspot.my/
http://sawanih.blogspot.my/
http://al-fanshuri.blogspot.my/
http://jomfaham.blogspot.my/
http://rajamukhlis.blogspot.my/
http://nazrulnasir.blogspot.my/
http://akitiano.blogspot.my/
http://allangkati.blogspot.my/
http://tolibilmi.blogspot.my/

WEB ASWAJA MALAYSIA

Portal Rasmi Fatwa Malaysia
http://www.e-fatwa.gov.my/

Q & A Bersama Felo Penyelidik Fatwa (JAKIM)
http://www.e-fatwa.gov.my/sna/Semua

Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam
http://e-muamalat.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
http://www.muftins.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Johor
http://mufti.johor.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka
http://www.muftimelaka.gov.my/jmm/index.php/en/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Selangor
http://www.muftiselangor.gov.my/ms/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Perak
http://mufti.perak.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pahang
http://mufti.pahang.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang
http://mufti.penang.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu
http://mufti.terengganu.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak
http://www.muftinegeri.sarawak.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sabah
http://www.mufti.sabah.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
http://mufti.kelantan.gov.my/

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kedah
http://mufti.kedah.gov.my

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
http://www.muftiwp.gov.my/

al-Kafi li Al-Fatawi
http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=67&Itemid=392

Bayan Linnas
http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=334

Irsyad Fatwa
http://www.muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=478&Itemid=333

WEB ASWJ ANTARABANGSA
دار الإفتاء المصرية
http://www.dar-alifta.org/

Lembaga Fatwa Mesir (Bahasa Indonesia)
http://www.dar-alifta.org/default.aspx?LangID=5&Home=1

Dar Al-Ifta Al-Missriyyah (English)
http://eng.dar-alifta.org/foreign/default.aspx

Irsyad Hukum (Brunei)
http://www.pelitabrunei.gov.bn/template/irsyad-hukum

Dr. Ali Gomaa
http://draligomaa.com/

Syeikh Abdullah bin Bayyah
http://www.binbayyah.net/portal/

Habib Abu Bakr al-Masyhoor
http://www.alhabibabobakr.com/

Habib Omar
http://www.alhabibomar.com/

Rubath Tareem
http://rubat-tareem.net/

Dar al-Mustofa
http://www.daralmustafaedu.com/

Nahdlatul Ulamak Indonesia
http://www.nu.or.id/page.php

Bahtsul Masail NU
http://www.nu.or.id/a,public-m,dinamic-lang,id-ids,59-t,bahtsul+masail-.phpx

Salafy Tobat
https://salafytobat.wordpress.com/

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group
http://www.aswj-rg.com/

Situs Resmi Ustadz Muhammad Idrus Ramli
http://www.idrusramli.com/

Ruwaq Azhar
http://ruwaqazhar.com/

Suara al-Azhar
http://www.suaraalazhar.com/

Disediakan oleh; GROUP MSO

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

http://www.aswj-rg.com/2013/11/sedikit-teguran-kepada-rozaimi-ramle-yang-menegur-sedikit-mufti-kedah.html

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Perkongsian yang amat menarik di IKIM FM tadi bersama Ustaz Ellyeen Amineen hafizahullah.

Seorang Syeikh sedang membacakan Hadith, lalu ada seorang pemuda bertanya,"Syeikh, apakah Hadith yang dibaca itu sohih?" Orangramai melihat terasa kagum dengan keberanian pemuda itu bertanya, lalu dijawab oleh Syeikh yang membaca Hadith tersebut......"Hadith ini diriwayatkan oleh si fulan, daripada si fulan, daripada si fulan dan daripada si fulan....(semua perawi Hadith disebut oleh Syeikh tersebut), isnadnya sohih"......lalu pemuda tersebut berkata....."Sekarang barulah saya berpuas hati dengan jawapan tersebut". Kemudian Syeikh itu berkata,"Apakah kamu kenal dengan setiap perawi yang saya sebutkan tadi?....."mereka bukanlah perawi Hadith tetapi yang saya sebutkan kepada kamu tadi adalah nama-nama orang yang berniaga di pasar malam, lalu kamu katakan sudah berpuas hati dan mengatakan ianya sohih.."Jawapan Syeikh tersebut adalah untuk menguji sejauh mana pemuda itu mengenali Hadith dan ternyata pemuda itu bukanlah di kalangan yang mengetahui tentang Hadith.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

- Fara’id al-Qala’id fi Takhrij Ahadith Syarh al-‘Aqa’id oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H), yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab Syarh al-‘Aqa’id al-Nasafiyyah oleh al-'Allamah al-Taftazani.

10. Langkah yg sama boleh kita lakukan terhadap kitab2 yg disusun oleh alim ulama kita di Nusantara. Ini yg dinamakan situasi terkawal & lbh bersifat harmonis, terutama dlm menanggapi isu2 perselisihan faham. Merendah2kan kedudukan setengah mrk kononnya menyebarkan hadis2 palsu bukanlah perbuatan yg beradab & berakhlak terhadap alim ulama yg tlh byk menyumbang jasa & bakti terhadap penyebaran ilmu serta kelestarian Islam di Nusantara ini. Mudah2an kita semua mendapat rahmat & redha daripada Allah SWT serta meraih syafaat Nabi-Nya SAW.

Wallahu a'lam.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

PENYEMAKAN STATUS HADIS & PENGAWALAN HADIS PALSU


1. Kebanyakan hadis Nabi SAW tlh diriwayatkan scara bersambung sanad oleh para perawi Islam yg terdiri daripada pelbagai kedudukan, status & kredibiliti. Tahap keboleh percayaan terhadap perawi2 ini juga beragam daripada yg sangat dipercayai, dipercayai, sedikit dipercayai, diperselisihkan antara dipercayai & tidak dipercayai, kurang dipercayai sehingga kpd yg sangat tidak dipercayai. Berdasarkan tahap2 ini, hadis dikategorikan kepada hadis yg tidak palsu (berstatus sahih, hasan & daif) dan hadis yg palsu. Penyebaran & penggunaan hadis palsu sebenarnya sudah berlaku sejak dari dahulu. Maka, mnjadi tanggungjawab para ulama, terutama yg pakar dlm bidang hadis utk mmbendungnya dari berleluasa.

2. Istimewa bagi hadis daif, majoriti ulama menerima & mengharuskan pengamalannya dgn dhawabit (garis2 panduan) tertentu. Hanya sebahagian ahli hadis shj yg menolak hadis daif secara mutlaq & pandangan mereka tidak mewakili semua ahli hadis atau majoriti mrk. Terdapat hadis2 yg diperselisihkan statusnya antara daif (tidak palsu) & palsu. Hadis2 spt ini antara faktor berlakunya khilaf (perselisihan pandangan) di kalangan ulama mngenai sesuatu isu. Begitu juga hadis2 yg diperselisihkan statusnya antara sahih dan daif.

3. Kita sudah mengenal pasti hampir semua isu yg mnjadi pertikaian & perselisihan antara dua pihak bertentangan yang masyhur antara aliran jumhur ulama & aliran yg mendakwa manhaj salaf, khususnya berkaitan dalil2 hadis. Menurut kajian Syeikh Dr. Yusri Rusydi, terdapat sekitar 350 masalah yang menjadi perselisihan. Kesemuanya jika disenaraikan dr yg sekecil2 hingga yg sebesar2 tlh dibincangkan hujah2 & dalil2nya. Pd sesetengahnya mungkin mmg tiada hadis sahih yg wujud, kcuali dari sudut tuntutan asal shj spt berdoa @ berzikir cthnya. Justeru, perkara sebegini tidaklah wajar dilihat dari sudut hak & batil @ sunnah & bidaah kerana ia masih dalam lingkungan khilaf muktabar yang mempunyai dhawabit & qawa’id tertentu. Walaupun masing2 barangkali tidak dapat menerima hujah pihak lawan, namun sewajarnya setiap pihak perlu menjaga adab2 berikhtilaf.

4. Ada sebahagian yg berpandangan jangan terlalu bermudah2 utk mengamal semua hadis daif dlm fadha'il. Walhal hampir semua hadis daif dlm fadha'il yg kita amal disebut oleh ulama2 muktabar kita, teristimewa Imam al-Ghazali, Imam an-Nawawi, Imam as-Suyuti, Imam al-Haitami, Imam al-Haddad, Syeikh Daud al-Fatani dll. Jika maksud "jangan terlalu bermudah2 utk mengamal semua hadis daif" ialah menolak atau menapis semula anjuran ulama2 kita menurut ukuran dhawabit yg baru @ dhawabit ulama lain, sy brpendapat ia sesuatu yg kurang adil & tidak bradab. Yg sepatutnya, kita yg kena memahami dhawabit sebenar yg mrk guna pakai & menserasikan pengamalannya dgn dhawabit tsb. Cthnya: mrk mngatakan hadis daif dlm fadhail boleh digunapakai selamamana ia tidak palsu. Maka, harus kita menganggap ia tidak palsu menurut sisi pandang mrk (walaupun ada yg mentohmah mrk bukan pakar ilmu hadis). Inilah langkah yg wajar, kecuali jika kita yakin bhw ulama hadis brsepakat (tiada khilaf lagi) bhw hadis itu palsu, barulah kita sepakat meninggalkan hadis tsb.

5. Kita wajar meninggalkan polemik retorik yg mungkin tidak akan ke mana, spt ‘hadis sahih pun tak habis amal’, ‘amal hadis daif walhal yg sahih wujud’, ‘semua dah cukup dlm hadis sahih’, dsb. Mrk yg benar2 berkeahlian pasti melihat itu sekadar retorik semata2. Ini krn boleh jadi org yg mengatakan ‘hadis sahih pun tak habis amal’ itu ialah dirinya sendiri, maka mengapa perlu mengaibkan org lain yg dia sebenarnya tidak tahu pun bagaimana amalnya? Jika ada hadis sahih & daif dlm sesuatu perkara, tentunya hadis daif itu ditampung oleh hadis yg sahih, maka tiada isu ‘amal hadis daif walhal yg sahih wujud’. Dan memang benar ‘semua dah cukup dlm hadis sahih’ yg menjadi asas pembinaan akidah & hukum syarak, manakala hadis daif yg diterima dlm bab fadhail hakikatnya tidak pun membina sebarang akidah & hukum syarak yg baru.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Beberapa bulan lepas, saya ke kota Kinabalu Sabah untuk menghadiri satu mesyuarat penyelarasan Kursus Falak Qiblat peringkat Negeri Sabah . Rombongan kami tiba hampir jam 9.00 pagi. Kami difahamkan oleh pegawai Jabatan Mufti, bahawa SS Datuk Hj Ahmad Alawi bin Adnan, Mufti Sabah sedang berbincang dengan seorang SB tempatan berkenaan satu ceramah melibatkan Dr Asri Mufti Perlis. Kami rela menunggu sehingga selesai perbincangan mereka. Akhirnya, SS Datuk Mufti mengalu-alukan kedatangan kami. Kami bermesyuarat hampir dua jam bersama Unit Falak Syar’ie, Pejabat Mufti Sabah.

ANGIN DARI SABAH

AlHamdulillah, kami berjaya mencari kata sepakat untuk melaksanakan Kursus Falak Kiblat yang bakal di adakan bulan depan. Ini merupakan inisiatif kami bagi mengatasi kes lebih 100 buah masjid dan surau tersasar arah kiblatnya di negeri ini. Harapan kami, permasalahan (asas) umat Islam di sini dapat diselesaikan dengan jayanya. Namun diakhir perbincangan hal-hal lain, Datuk Mufti Sabah mengeluh sendirian berkenaan satu ceramah melibatkan Mufti Muda Perlis di Sabah. Tanpa memperkenalkan diri, saya cuba bertanya.. untuk memahami situasinya. Beliau mula membuka bicara dengan nada kesal kerana Yayasan Suria (sebuah NGO yg dianggotai majoriti Imigran Indon di Sabah) ingin menjemput SS Muftin Perlis untuk menyampaikan ceramah bertajuk ISLAM ITU MUDAH DAN MUNASABAH.

Justeru, apa masalahnya Datuk?..tanya saya ingin merancakkan sedikit perbualan dan berkongsi masalah. SS Datuk Mufti menjelaskan bahawa Dr Asri tidak wajar membawa fahaman Wahhabi-Liberalnya ke Sabah. Kehadirannya dikhuatiri memberi kesan : Membawa fahaman baru, Memecahbelah masyarakat Islam di sana serta Menganggu agenda pembangunan dan dakwah negeri Sabah.

Saya mengangguk setuju dan Datuk Pengarah saya juga begitu. Pada hemat saya, memang ada kewajarannya. Lebih-lebih lagi SS Datuk Mufti sendiri yang meluahkannya.

SIKAP SEORANG MUFTI :

Selanjutnya, SS Datuk Mufti Sabah menceritakan sedikit sebanyak tentang sikap Mufti Perlis khususnya dalam Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Katanya, Dr Asrimin juhala’ wa qillatil Adab. Contohnya, apabila berbahas sesuatu permasalahan Dr Asri tidak menggunakan disiplin ilmu yang benar dan jelas. Dr Asri juga tidak meraikan pandangan panel lain. Demikian pendapat dan ulasannya.

Beliau menceritakan lagi bahawa pernah satu ketika, Dr Asri bertikam lidah dengan Dr Hayyi Shukor berhubung masalah solat kanak-kanak dibelakang saf. Dr Asri dengan keras mengatakan bahawa amalan ini adalah tafsiran sempit agama. Bahkan menganggapnya sebagai amalan khurafat yang disandarkan kepada feqah. Beliau berhujah membawa beberapa potong hadis. Tetapi hujah Dr Asri kemudiannya disangkal oleh Dr Hayyi yang membawa pandangan Imam Nawawi bersumberkan pelbagai dalil. Khususnya dari Sunan Abu Daud dan menjadi amalan mazhab al-Shafi’iyy.

Namun Dr Asri tetap berkeras dengan pendapatnya dan cuba berhujah menggunakan qiyas. Dakwanya, kulup kanak2 itu sama dengan najis orang dewasa dalam perut. Benarkah begitu? Dato’ Soleh Hj Ahmad memberitahu saya bahawa kiasan Dr Asri tidak mencukupi syarat qiyas, kiasan beliau boleh disifatkan sebagai : qiyas ma’a al-Fariq.

Berasaskan senario di atas, Dato Mufti Sabah bertekad untuk membatalkan ceramahnya. Tetapi Mufti Perlis khabarnya berjaya juga dibawa masuk ke Sabah secara senyap dan menyampaikan ceramah dirumah individu tertentu secara tertutup. Dato’ Mufti Sabah jelas kecewa dengan sikap Mufti Perlis setelah mengetahui tindakannya itu. Beliau menyifatkan Mufti Perlis sebagai ‘budak tak tahu malu’. Masya Allah, bagi saya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi melibatkan seorang Mufti Sarjana. Jika tuan-tuan ragu, hubungi Pej Mufti Sabah, Tel: 088 – 218322 @ Faks : 088 – 263679 atau hubungi Us Jumat Abd Razak h/p : 019 – 536 7902

CERITA DARI MUFTI PENANG

Saya juga pernah diberitahu Syeikhuna Dato’ Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang bahawa apabila Dr Asri tidak mampu menyanggah hujah2 Dr Hayyi kelihatan wajah hensemnya merah padam. Bahkan Dr Asri seringkali keluar awal @ menarik diri dari mesyuarat JawatanKuasa Fatwa deng

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

KAEDAH TAUHID SIFAT 20 WAJIB DI BELA DAN PELAJARI..

Terdengar satu keluhan keresahan di dlm jiwa ahli ahli pengajian kitab kitab pondok akan sudah timbul fahaman yg mengelirukan dan di lontarkan kedalam masyarakat umum umat islam di internet..youtube..facebook..darihal perkataan perkataan sinis..perkataan dilihat persenda yg bole kelirukan umat akan jalanan ilmiah iktiqod iman sifat 20 yg amat mashyur sejak 1400M dahulu lagi sudah sampai kedlm iktiqod melayu islam di serantau malaysia indonesia thailand brunei singapura kemboja selatan filipina.

Inilah pegangan iktiqod org org tua tok nenek moyang kita dahulu..sekarang pengajian ini masih berdiri teguh di instituisi pondok pondok senusantara ini.
Antara persoalan bertujuan kikis sinis ..???

1 ) ilmiah sifat 20 tiada pada zaman nabi dan sahabat.

2) ilmiah sifat 20 adalah dari ilmu falsafah yunani greek

3) ilmiah sifat 20 tiada di dalam al quran dan hadis

4) mula mula tuhan wajib ada..mustahil tiada..pastu ada pula..payah nak dakwah kpd org kafir..pening kepala org kafir nak terima tauhid gini..payah..

5) Sifat tuhan 20 sahaja ker hok wajib ? Habis hok lain barangkali sunat jer..atau kata..dok kan sifat wajib hanya 20 jer..sikit sangat sifat 20..asmaul husna ada 99..

6? Adakah Imam syafei dan para sahabat tidak beriman ? sebab pada zaman imam syafei dan sahabat tiada ilmiah sifat 20 ?

Jawapan..no.

1) zaman rasulullah saw serta sahabat iktiqod tetap mengakui wujud Allah qidam baqo' tetapi bukan berbentuk susunan tetapi maksud kehendak iktiqod tetap sama ..yakni ilmiah sifat 20 bahas juga wujud Allah tiada permulaan tiada akhir tiada kesudahan sama juga di susun dari disiplin kefahaman jalanan iktiqod sifat 20..atas dalil al quran.

2) Jika di minta soal balik.. adakah ilmu falsafah yunani greek mengajar mentauhidkan Allah..? Kita pun tidak tahu..cuma ilmiah iktiqod jalanan sifat 20 ini ada bahaskan bab hukum akal pada awal awal perbahasan..bertujuan utk tahkik pada akal kita bahawa wujud Allah mesti wajib putus jazam Ada..yakni mustahil tiada pada..

contoh sekalian alam ini ada..ada yg menjadikan ..mustahil alam ini terjadi dengan sendirinya..yg mengadakan menjadikan menguruskan alam ini adalah Allah..juga utk hujah dakwah kpd org kafir..jika di datangkan dalil akal..yg logic..kerana jika bagi hujah al quran kpd org kafir tentu dia engkari al quran awal awal lagi..

dalil quran..berfikirlah kamu kejadian langit dan bumi ini...ini menunjukkan Allah menyuruh kita guna kan akal ..

3 ) ILmiah kaedah tauhid sifat 20 di susun oleh Imam Abu Hassan Al Asya'ari..sekitar 240H tarikh lahir beliau..

terdapat tafsir al quran surah al ma' idah ayat :54..dan hadis menyokong akan turunnya ayat diatas Nabi saw menunjukkan jari kearah sahabat nabi saw bernama Abu Musa al asya' ari sambil nabi bersabda ' HUM QAUMU HAA DZAA..

yg mafhumnya : ' mereka ialah kaum keturunan dari lelaki ini..'sambil Nabi saw mengisyaratkan tangannya kpd Abu Musa Al Asya' ari..( riwayat a hakim dlm kitab mustadrak dan al hafiz ibn asakir dlm kitab tabyin kadzibi al muftari )

Ada pun dalil quran bagi sifat wujud..dan sifat qidam dan sifat baqo " ialah QULHUWALLAA
HU AHAD ..

( ayat :1 surah al ikhlas ) dan HUWAL AWWALU WAL AKHIRU..

( ayat : 3 surah al hadid )
Begitulah seterusnya 20 sifat kesemuanya ada dalil al quran..
Kita wajib iktiqod bahawa kita beriman kepada Allah serta sifat Allah kesempurnaan sifat NYA tidak terhingga banyaknya...secara ijmal..yakni secara kasar..

secara borong...bersifat kamalat yakni kesempurnaan..justeru ulamak yg susun di ambil 13 atau 20 sifat perlu wajib di ketahui secara tafsili satu persatu terperinci..utk jalan mengenal Allah yg di sembah.

4) ulamak tauhid menyusun kaedah wajib..mustahil..harus bagi hukum akal..di datangkan hukum mustahil supaya tahkik jazam hok wajib.. bahawa contohnya..si Ali itu wajib lelaki..mustahil perempuan...kertas itu putih mustahil hitam..

5) ulamak tauhid menyusun iktiqod bahawa Kita wajib beriman kpd Allah dan sifat nya Allah bersifat kesempurnaan yg tidak terhingga banyak..

secara ijmal secara kasar..ulamak tauhid yg mujtahid mutl

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

🔊Group Aqidah ASWJ MSO-D21 oleh Ustaz Dr. Khairatul @khairatulakmar, Ustaz Rashidi, Ustaz Amin Daud dll

(1 group)
👉🏼 https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jwQMFN8393G4V0Hzg

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=uTNeb_FZJPA

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

💥 MELAFADZKAN NIAT SEBELUM SHALAT MENURUT WAHABI BID'AH DAN SESAT

🌾 Melafaldzkan niat sebelum melakukan shalat bukanlah suatu perkara yang bid'ah dan sesat, berikut penjelasan secara singkat mengingat sudah banyak tersebar penjelasan secara panjang lebar dan detail akan hal ini, jadi kami hanya sedikit mengutib agar lebih mudah untuk di baca dan di sebarkan, agar kita terhindar dari tipu daya Wahabi.

🍃 TEMPATNYA NIAT DI DALAM HATI

Al-Allamah Al-Imam An-Nawawi, dalam kitab Al-Majmu' (II/43) menjelaskan:
ﻓﺈﻥ ﻧﻮﻯ ﺑﻘﻠﺒﻪ ﺩﻭﻥ ﻟﺴﺎﻧﻪ ﺃﺟﺰﺃﻩ
“Apabila berniat dengan hati tanpa lisannya, maka hal tersebut sudah mencukupi”

Di dalam kitab Al-Wafi Syarah Arba'in An-Nawawi, Asy-Syekh Musthafa Al-Bugha & Asy-Syekh Muhyiddin Misthu, menjelaskan tentang Niat :
ﻭﻣﺤﻞ ﺍﻟﻨﻴﺔ ﺍﻟﻘﻠﺐ؛ ﻓﻼ ﻳﺸﺘﺮﻁ ﺍﻟﺘﻠﻔﻆ ﺑﻬﺎ؛ ﻭﻟﻜﻦ ﻳﺴﺘﺤﺐ ﻟﻴﺴﺎﻋﺪ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻋﻠﻰ ﺍﺳﺘﺤﻀﺎﺭﻫﺎ
"Dan tempatnya niat adalah di hati, maka tiada disyaratkan melafadzkannya, tetapi disunnahkan (melafadzkan niat) agar lisan dapat membantu hati dengan menghadirkannya"

🌹 PERBEDAAN NIAT DAN LAFADZ NIAT

Niat adalah amalan hati, niat shalat dilakukan bersamaan dengan takbiratul Ihram, merupakan bagian dari shalat (rukun shalat), adapun melafadzkan niat (mengucapkan niat) adalah amalan lisan (aktifitas lisan), yang hanya dilakukan sebelum takbiratul Ihram, artinya dilakukan sebelum masuk dalam bagian shalat dan bukan merupakan bagian dari rukun shalat. Niat shalat tidak sama dengan melafadzkan niat.

🌿 TUJUAN MELAFADZANKAN NIAT MENURUT PARA ULAMA

Tujuan dari melafadzkan niat adalah agar lisan dapat menghadirkan dan mengingatkan hati, yaitu membantu kekhusu'an hati dan menjauhkan dari was-was (gangguan hati)

Di dalam kitab Niyatuz Zain Syarh Qarratu 'Ain, Al-'Allamah Al-'Alim Al-Fadil Asy-Syekh An-Nawawi Ats-Tsaniy (Pemimpin Ulama Hijaz) mengatakan:
ﺃﻣﺎ ﺍﻟﺘﻠﻔﻆ ﺑﺎﻟﻤﻨﻮﻱ ﻓﺴﻨﺔ ﻟﻴﺴﺎﻋﺪ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺍﻟﻘﻠﺐ
"Adapun melafadzkan niat, maka hukumnya adalah sunnah agar lisan dapat membantu hati"

Al-'Allamah Al-Imam Muhammad Asy-Syarbiniy Al-Khatib, didalam kitab Al-Iqna' Fiy Alfaadh Abi Syuja', pada pembahasan "Arkanus shalah" :
ﻭﻳﻨﺪﺏ ﺍﻟﻨﻄﻖ ﺑﺎﻟﻤﻨﻮﻱ ﻗﺒﻴﻞ ﺍﻟﺘﻜﺒﻴﺮ ﻟﻴﺴﺎﻋﺪ ﺍﻟﻠﺴﺎﻥ ﺍﻟﻘﻠﺐ ﻭﻷﻧﻪ ﺃﺑﻌﺪ ﻋﻦ ﺍﻟﻮﺳﻮﺍﺱ
"Dan disunnahkan mengucapkan niat sebelum Takbiratul Ihram agar lisan dapat membantu hati, dan karena hal tersebut dapat lebih terhindar dari was-was "

🌴 MELAFADZKAN NIAT SEBAGAI PENGUAT NIAT

Berkata Ibnu Qudamah Al Maqdisiy Al Hambaliy di dalam kitab Al Mughniy :
ﺍﻟﻤﻐﻨﻲ - ‏( ﺝ 2 / ﺹ 319 )
ﻭَﺇِﻥْ ﻟَﻔَﻆَ ﺑِﻤَﺎ ﻧَﻮَﺍﻩُ ، ﻛَﺎﻥَ ﺗَﺄْﻛِﻴﺪًﺍ .
Apabila seseorang yang sholat melafadzkan apa yang diniatinya, maka hal tersebut menjadi Ta’kid (penguat) (Al Mughniy Juz 2 hal 319, Maktabah Syamilah).

📜 Demikian penjelasan singkat yang di kutib dari penjelasan para ulama, insyaallah bermanfaat.

والله أعلم....

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ipada melakukan zina. ( Lihat Tarikh Sultanah al-Uthmaniyyah). Suatu ketika didatangkan kepada Muhammad ibn Abdul Wahhab seorang tukang azan yang membaca selawat kepada nabi Salla Allahu Alayhi Wasalam setelah azan maka dia memerintahkan anak buahnya untuk membunuhnya. Lihat as-Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, Mufti Syafi`yyah terdahulu di Makkah al-Mukarramah dalam al-Futuhat al-Islamiyyah, cetakan di Mesir, jilid 2 halaman 68. Ketika mereka menjajah Makkah kemudian mereka mendengar penduduk Makkah membaca doa setelah azan dan selawat nabi seperti kebiasaan amalan mereka dengan suara yang nyaring, mereka mengatakan : "Sungguh ini adalah syirik yang besar." Lihat Fadhaih al-Wahhabiyyah karangan as-Syeikh Fathi al-Azhari, halaman 57.

32. Al-Wahhabiyyah mengatakan bahawa tabarruk dengan kubur adalah haram dan salah satu jenis kesyirikan. Lihat ibn Baz dan Uthaimin dalam Fatawa wa Azkar li Ithaf al-Akhyar, Cetakan Dar al-Arqam, halaman 10. Bererti, al-Wahabiyyah telah mengkafirkan sahabat Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam iaitu Abu Ayyub Al-Ansari. Al-Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada Daud ibn Abi Shalih mengatakan: "Suatu hari Marwan datang dan menemukan seseorang sedang meletakkan wajahnya di atas kubur, kemudian dia berkata: Tahukah kamu apa yang sedang kamu lakukan? Kemudian Abu Ayyub berpaling padanya dan berkata: Ya, aku datang kepada Rasulullah Salla Allahu Alayhi Wasalam dan aku tidak datang kepada batu, aku telah mendengar Rasulullah bersabda:

لا تبكوا على الدين إذا وليه أهله ولكن ابكوا عليه إذا وليه عير أهله

Mafhumnya: "Janganlah kamu menangisi agama ini jika dipegang oleh ahlinya (orang yang tahu agama), namun tangislah jika agama ini dipegang oleh orang yang bukan ahlinya". (HR. Imam Ahmad, jilid 5 halaman 422 dan Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, jilid 4 halaman 158 dan al-Ausath).

والله أعلم وأحكم

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

n mengikuti jejak takfir datuknya di dalam kitabnya Fathul Majid, halaman 353, Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh. Abd Rahman al-Syiekh turut menyesatkan dan mengkafirkan al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah sedangkan al-Hafiz Muhammad Murtadha al-Zabidi mengatakan (إذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية ). Maknanya : "Apabila disebut Ahlussunnah Wal Jamaah maka yang dimaksudkan oleh mereka adalah al-Asya`irah dan al-Maturidiyah".

13. Al-Wahhabiyah mengkafirkan mereka yang menyebut selawat syifa'. Menurut Ibn Baz : " Lafaz selawat ini adalah syirik". Rujuk kitab "Kaifa Ihtadaitu Ila Al-Tauhid", Karangan Muhd Jamil Zainu, halaman 83, 89, Cetakan Darul Fatah.

14. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Sayyidatuna Hawwa. Lihat Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, jilid 1, halaman 16.

15. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama-ulama sufi yang benar lagi soleh dan mengisytiharkan perang terhadap mereka seperti di dalam kitab " Majmu` Al-Mufid Min 'Akidah Tauhid", halaman 102, Cetakan Maktabah Darul Fikr, Riyadh. Nas kata-kata mereka ialah : "Perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi Yahudi, sesungguhnya sufi itu adalah ruh Yahudi". Kelompok al-Wahhabiyyah menuduh tharikat sufi dengan kesyirikan. Mereka menganggap bahawa thorikat sufi sebagai punca perpecahan umat Islam. Bahkan lebih dari itu, kerana sangat bencinya mereka terhadap kaum sufi sampai mereka mengatakan : "Wahai umat Islam, Islam kamu semua tidak akan bermanfaat kecuali jika kamu terang-terangan memerangi tarekat dan membanteraskannya". Lihat Ali Muhammad ibn Sinan, al-Majmu` al-Mufid, halaman 55. Dengan tuduhan syirik dan nifaq terhadap kaum sufi yang benar, bererti Wahabiyah telah mengkafirkan ratusan juta umat Islam dari timur hingga barat dari masa Abu Bakar al-Shiddiq kemudian masa para Imam mazhab empat dan ulama-ulama lainnya yang soleh seperti Imam Junaid al-Baghdadi, Imam Ahmad al-Rifa`i, Imam Abdul Qadir Jailani, Sultan ulama `Iz Ibn Abd as-Salam dan ulama-ulama lainnya sampai masa kita sekarang ini. Sesungguhnya dasar-dasar tasawwuf adalah al-Quran dan as-sunnah. Tasawwuf mengajarkan zuhud, wara`, taqwa, dan ibadah. Jalan kebaikan dan juga cara untuk menyebarkan kebaikan kepada umat islam. Imam Syafie mengatakan: 

(كن فقيها صوفيا لا واحدا إني وربي الكعبة لك ناصح ) 

Maknanya : " Jadilah kamu seorang ahli Feqah yang sufi bukan pengikut wahdah al-wujud. Sesungguhnya demi Tuhan kaabah, aku memberi nasihat kepadamu. Lihat Syafie dalam ad-Diwan, halaman 34.

16. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang mentafsirkan istiwa dengan makna istaula (menguasai) di dalam kitab mereka "Halaqaat Mamnu`ah", Tulisan Husam Al-`Aqod, Cetakan Darus Sahabah, Tonto.

17. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Umat Islam yang menyambut maulidurrasul dan yang mengamal amalan ini sejak 900 tahun yang lalu. Ibn Baaz berkata: " Perayaan maulidurrasul adalah menyerupai orang Yahudi ". Rujuk kitabnya " Tahzir minal Bida`ah", halaman 5, Cetakan Riyadh Saudi.

18. Al-Wahhabiyah mengkafirkan ulama yang bertawasul dengan para wali dan solihin. Menurut Abu Bakar Al-Jazaieri, di dalam kitab Aqidatul Mukmin pada halaman 144 : " Tawasul dengan kemuliaan mereka adalah syirik dan boleh mengeluarkan mereka daripada Islam dan pelakunya kekal dalam neraka". Mereka juga menamakan orang yang bertawassul sebagai quburiyyun (penyembah kubur) dan rosak Islamnya. Lihat al-Albani dalam al-Tawassul, Cetakan Zuhair Syawisy, Beirut,halaman 24, 74 dan 70. Sedangkan amalan tawassul adalah amalan baik lagi sunnah sebagaimana disebut di dalam hadis yang panjang oleh at-Tabarani di dalam kitab Mu`jam as-Shaghir halaman 201 dan Mu`jam al-Kabir jilid 9 halaman 17. At-Tabarani juga menghukumkan hadis tersebut sebagai sahih.

19. Al-Wahhabiyah membid`ahkan al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani yang merupakan amirul mukminin dalam bidang hadis dan al-Hafiz Nawawi salah seorang ulama besar dalam mazhab Syafie dari kalangan Ashab At-Tarjih dan menyatakan kedua-duanya bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam kitab mereka " Liqa' Al-Bab Al-Maftuh, Dar aL-Wathan,Riyadh, halaman

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Tiada keperluan mengajar orang awam melompat mazhab.

Penguasaan ilmu di dalam masyarakat masih lagi kurang termasuk perihal hukum hakam yang asas(basic). Dalam konteks mazhab Syafi'ie sendiri masyarakat masih lagi tergapai-gapai dan tidak menguasai sepenuhnya, apatah lagi nak diharapkan ilmu perbandingan 4 mazhab.

Oleh itu penceramah perlu peka dengan keperluan masyarakat terhadap sesuatu ilmu. Jangan terlalu bersemangat kononnya ingin membuka minda masyarakat dengan mengajar ilmu yang jauh dari kemampuan masyarakat dan keperluan mereka.

Saya teringat kata al-'Allamah al-Sheikh Dr. Saeed al-Kamali di dalam salah satu ceramahnya di Malaysia yang bermaksud, "Kita mengajar masyarakat kerana memberi ilmu kepada mereka atau nak tunjuk pandai?".

Wallahu A'lam

Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Kuliah Subuh, Masjid Jumhuriyyah PJ

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

JAWAPAN TERHADAP JENAYAH ILMIAH DR. ROZMIE PhD HADIS WAHHABI JORDAN TERHADAP HADIS MENGHIDUPKAN SUNNAH DAPAT PAHALA 100 SYAHID

#Persoalan Status hadith ini (rujuk juga gambar)

من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مائة شهيد

"Barangsiapa yang berpegang teguh dengan Sunnah aku dizaman kerosakan umat, baginya pahala 100 mati syahid ".

Hadith ini diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah. Riwayat ini boleh dijumpai di dalam Misykat al-Masabih. Imam Ibnu Hajar mengeluarkan hadith ini daripada Imam al-Baihaqi dalam Kitab al-Zuhud atas riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah. (Hidayatur Ruwat, hadith 174).

Imam Naji juga telah menyebut bahawa Imam al-Baihaqi memuatkan hadith ini di dalam Al-Madkhal yang menisbahkannya kepada Sayyidina Abu Hurairah dengan lafaz “ seratus pahala mati syahid”. (Ujatul Imla, m/s 40)

Imam al-Tabarani menyebut riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairah di dalam Al-Mu’jamul Awsat (5414) di mana ianya hanya menyebut dengan lafaz “satu pahala mati syahid”.

Imam al-Mundhiri menyebut dengan lafaz yang sama “ pahala seratus mati syahid” di dalam kitab beliau al-Targhib dan menisbahkannya kepada Sayyidina Abdullah bin Abbas.

Kemudian beliau merujukan juga kepada Imam al-Baihaqi. (Al-Targhib, Jilid 1, m/s 80 dan Kitab al-Zuhud lil Imam al-Baihaqi , hadith 112. Juga lihat al-Kamil lil Ibnu Adi, Jilid 3, m/s 173-174.

Status Hadith ini

Hadith ini telah dihukum sebagai Hasan (baik) oleh Imam Ibnu Hajar dan maqbul (diterima) disisi Imam al-Mundhiri.

Disebab inilah, Imam Ibnu Hajar telah berkecuali daripada mengkritik riwayat ini dalam kitab beliau "Hidayatur Ruwat". Imam Ibnu Hajar sendiri telah menyatakan bahawa beliau berdiam diri secara khusus dalam bab (الفصل الثاني) adalah menandakan penerimaan beliau. (Muqaddimah Hidayatur Ruwat, jilid.1 m/s. 58).

قال ابن حجر: فالتزمت في التخريج أن أبين حال كل حديث من الفصل الثاني، من كونه صحيحا أو ضعيفا أو منكرا أو موضوعًا، وما سكت عن بيانه فهو حسن.

Tambahan pula, Imam al-Mundhiri telah menyebutkan riwayat ini dengan cara yang menunjukkan penerimaan beliau. Iaitu beliau menggunakan istilah عن ('an) apabila berbuat sedemikian. Beliau telah menyatakan dalam Muqaddimah Al-Targhib bahawasanya mana-mana riwayat yang mana apabila beliau menggunakan istilah عن ('an) akan menjadi sahih (sahih), hasan (baik) atau menghampiri dengan keduanya. (Targhib, Jilid.1 m/s. 37)

Akhir sekali, Syaikh Muhammad Tahir Al-Fatani menyebutkan hadith yang sama dengan kelebihan yang sama (pahala seratus mati syahid) adalah kelebihan bagi menghidupkan semula sunnah dan telah menghukum riwayat ini sebagai hasan (baik) (Tadhkirat Al Mawdu'at, m/s.44)

Bantahan Mereka

Sesetengah orang telah mengkritik status riwayat Sayyidina 'Abdullah bin' Abbas ini kerana menurut mereka ada seorang perawi dalam sanad ini yang bernama Hasan bin Qutaibah. Kritikan mereka ini disokong oleh kritikan Imam al-Dhahabi yang telah menghukum beliau sebagai sangat lemah (هالك) (Al-Mizaan, Jilid.1 m/s.473).

Pada pandangan mereka, ini adalah satu isyarat bahawa riwayat ini sangat lemah.

Jawapan terhadap bantahan ini

Riwayat Hasan bin Qutaibah menjadi sangat lemah bukan mewakili pandangan majoriti ulama hadith.

Imam Al-Mundhiri (yang merupakan ulama hadith lebih awal daripada Imam al-Dhahabi) sebenarnya telah melihat Hasan bin Qutaibah di mana para ulama hadith mempunyai pandangan yang pelbagai terhadapnya. Oleh kerana itu, beliau mengatakan pandangan beliau di dalam "bab perawi yang berselisihan padanya" pada akhir kitabnya. (Targhib, jilid.4 m/s.569)

Hukum Ulama Hadith terhadap Hasan bin Qutaibah)

Imam al-Daraqutni berkata : متروك الحديث
Imam al-Azdi berkata : واهي الحديث
Imam al-Dhahabi berkata : هالك

Ketiga-tiga tokoh hadith di atas menyatakan riwayat Hasan bin Qutaibah ini sangat dhoif.

Imam Abu Hatim al-Razi berkata: ليس بقوي الحديث، ضعيف الحديث
Imam al-‘Uqaili berkata: كثير الوهمI
Imam al-Mundhiri, Imam Ibnu Hajar and Imam al-Busiri telah menghukum sebagai : ضعيف

Kelima-lima tokoh hadith di atas telah menghukum riwayat Hasan bin Qutaibah ini adalah dhoif ringan.
Imam Ibnu Hibban telah mengisytiharka

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Fatwa - Merayakan Maulid Nabi Muhammad Saw. dan Para Ahlul Bait
http://www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=140&LangID=5&MuftiType=

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

الشيخ الدكتور الشريف حاتم العوني يبين مدى الخطأ الذي وقع فيه الشيخ محمد عبد الوهاب و أولاده و أحفاده و من تبعه من الجماعة المسماة "السلفية" ... و من أراد تحميل الحلقة كاملة و هي عبارة عن نقد للتكفير و أثبات أن مرجعية داعش و جميع الحركات السلفية الجهادية .هو مقولات و اجتهادات الشيخ محمد عبز الوهاب .... مع الدكتور الشريف حاتم العوني و الذي كان من قبل عضو في مجلس الشورى السعودي و هو شيخ عالم فاضل و متمكن في علمه و الله أعلم ....


http://m.youtube.com/watch?v=FPG0inv45-8

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Sikap Maulana Zakariyya terhadap ahlee hadis(salafi/ghair muqallid)

"Saya tidak pernah menyimpan permusuhan secara peribadi terhadap ahlee hadis(salafi) selagi mana mereka tidak bersikap biadab terhadap ulama-ulama besar. Saya melihat dan berpandangan syariat adalah semata-mata perkataan Allah dan Rasulnya. Namun untuk mengamalkannya,mengambil istinbat darinya dan menilai riwayat-riwayat dari sudut jarh dan ta'dilnya maka menurut tahkik dan kajian saya yang tidak seberapa ini, pandangan para imam mujtahid adalah lebih utama. Bahkan pandangan mereka lebih tinggi dan utama dari pandangan ulama-ulama dari kalangan muhaddisin. Ia adalah kerana para imam mujtahid adalah guru atau guru kepada guru Imam Bukhari dan Imam Muslim. Nisbah zaman mereka lebih hampir dengan zaman nubuwwah. Disebabkan itulah dalam masalah menerima dan menolak apa-apa riwayat kedudukan mereka lebih tinggi dari kita bahkan dari ulama-ulama hadis. Alasannya ialah Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan guru Imam Bukhari yang paling masyhur adalah anak murid kepada Imam Syafie . dan Imam Syafie pula adalah anak murid Imam Mailk yang paling masyhur. Imam Syafie berkata" Kerana aku membaca kitab Imam Muhammad lah yang menyebabkan aku menjadi faqeh". Imam Muhammad pula adalah anak murid Imam Abu Hanifah yang paling masyhur.
Bilangan hadis sulasi (bilangan perawi antara Bukhari dan Nabi tiga orang sahaja) didalam kitab Bukhari ialah 22 hadis dan 20 darinya asalah riwayat dari murid Imam Abu Hanifah atau murid kepada muridnya.

Perumpamaan kita harini adalah seperti seekor monyet yang bawa satu tempayan kunyit kemudian mulalah dia memekik dan mencanangkan bahawa dia juga adalah seorang penjual rempah ratus.

App Beti Maulana Zakariyya.


Via-Tok Kenali Kitab Arab

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Jom Tonton Sekarang!!!

SahabatKuliahOnLivestream
^Bertemu Kerana Ilmu ^

8hb March 2016
Selasa 8pm

FORUM PERDANA
MEMBONGKAR KEBATHILAN FAHAMAN WAHABI

Di Masjid AlMardhiyah
Tm Melawati

Moderator; Ustaz Mohd Hanif
Panel 1; Ustaz Zamihan
Al-Ghari
Panel 2; PU Faiz

http://livestream.com/accounts/7020755/events/4942944

Selepas sebulan Convert ke ▶ https://www.youtube.com/channel/UCV2079cBRWBGyxnKYAXDIhw

Jangan lupa !! Subscribe Channel YOUTUBE Sahabat Kuliah

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

6. Tidak dinafikan penyebaran hadis palsu yg berleluasa & tidak terkawal akan menyumbang kepada masalah2 ummah & mengugat ketulenan Islam. Namun, sekiranya ia dpt diawasi & dlm keadaan trkawal tidaklah begitu membimbangkan. Mengenal pasti hadis yg dikatakan palsu mmg perlu supaya kita dpt mengesahkan sama ada ia mmg benar2 disepakati palsu oleh semua ulama @ ada khilaf mngenainya. Adalah lbh baik sekiranya kita mmberi fokus kpd hadis yg disepakati palsu oleh semua ulama shj berbanding hadis yg ada khilaf mngenainya antara palsu & tidak palsu. Ini lbh bermanfaat bagi pihak yg bertanggungjawab drp terlibat dgn pertikaian yg tak berkesudahan ttg soal palsu & tidak palsu.

7. Bagi mengesahkannya ia mmg benar2 disepakati palsu oleh para ulama, perlu kpd kepakaran org yg ahli & mahir ttg selok belok hadis. Bukan itu shj, malah ia mesti mengetahui metode2 yg diguna pakai oleh para alim ulama, kecenderungan pemikiran mrk, mazhab2 muktabar mrk, mendalami tempat2 yg disepakati oleh mrk serta tempat2 yg menjadi perselisihan mrk, dsb. Biarlah pihak yg bertanggungjawab itu mnjadi tempat kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti mrk & bukannya menjadi bahan sendaan atau pemangkin kpd kekeliruan & kecelaruan yg berpanjangan.

8. Sewajarnya ahli2 panel yg bertanggungjawab itu adalah org yg mmg benar2 melalui disiplin pengajian hadis secara tradisi alim ulama hadis itu sendiri, mngkhatamkan byk kitab2 hadis, mnadahnya dr kulit ke kulit, menulis & memiliki sanad2 sehingga ke Rasulullah SAW, masih mmpraktiskan kaedah talaqqi serta adab2 muhaddithin, dsb. Kepakarannya tidak mesti memiliki PhD semata2, krn ada yg memiliki PhD ttp tidak pernah melalui tradisi pengajian sptmn alim ulama hadis & kadang2 tidak memahami perbezaan metode2 mrk. PhD hanyalah sedikit kepakaran dlm skop kajian tertentu yg amat kecil & bukan segala2nya.

9. Perlu dketahui, banyak kitab2 ulama yg bukan bidang hadis didapati ada hadis yg dikatakan palsu di dalamnya, namun ia menjadi rujukan penting dlm bidang tertentu. Namun, apakah kita perlu mengharamkan atau melarang kitab2 tsb? Ini tentunya tindakan yg kurang bijak & bukan cara yg ditunjukkan oleh para alim ulama. Sebaliknya, ulama2 hadis tlh melakukan takhrij hadis terhadap kitab2 berkenaan. Lihat misalnya;
i. Dalam bidang fiqh muncul kitab takhrij seperti:
- Nasb al-Rayah fi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh al-Hafiz al-Zayla‘i yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab al-Hidayah oleh al-'Allamah al-Mirghinani,
- al-Talkhis al-Habir fi Takhrij Ahadith al-Rafi‘i al-Kabir oleh al-Hafiz Ibn Hajar yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab al-Syarh al-Kabir oleh Imam al-Rafi‘i.
ii. Dalam bidang tafsir pula muncul kitab takhrij seperti:
- al-Fath al-Samawi bi Takhrij Ahadith al-Baydawi oleh al-'Allamah al-Munawi yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab Tafsir al-Baydawi,
- al-Kaf al-Syaf fi Takhrij Ahadith al-Kasysyaf oleh al-Hafiz Ibn Hajar (m. 852H) yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab tafsir al-Zamakhsyari berjudul al-Kasysyaf.
iii. Dalam bidang tasawuf muncul kitab takhrij seperti:
- al-Mughni ‘an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar oleh al-‘Iraqi yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din oleh Imam al-Ghazali (m. 505H).
- Takhrij Ahadith ‘Awarif al-Ma‘arif oleh al-Hafiz Qasim ibn Qutlubugha (m. 879H) yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab ‘Awarif al-Ma‘arif oleh Imam al-Suhrawardi.
iv. Dalam bidang sirah pula muncul kitab takhrij seperti:
- Takhrij Ahadith al-Syifa oleh al-Hafiz Qasim ibn Qutlubugha (m. 879H) yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab al-Syifa oleh al-Qadi ‘Iyad (m. 544H).
- Manahil al-Safa fi Takhrij Ahadith al-Syifa oleh al-Hafiz al-Suyuti (m. 911H) yang juga mentakhrijkan hadith-hadith kitab al-Syifa oleh al-Qadi ‘Iyad.
v. Dalam bidang akidah dan ilmu kalam pula muncul kitab takhrij seperti:
- Takhrij Ahadith Syarh al-Mawaqif oleh al-Hafiz al-Suyuti (m. 911H) yang mentakhrijkan hadith-hadith kitab Syarh al-Mawaqif oleh al-Syarif al-Jurjani.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

an selamba jika sesuatu perbincangan itu tidak ‘berkenan’ dihatinya. Saya terfikir sendirian. : Inikah sikap seorang Mufti Sarjana?. Untuk ulasan yang panjang lebar bersama SS Dato’ Hassan, hubungi : 04 – 2632975 atau faks : 04 – 2632 985.

KISAH BENAR DARI PAHANG

Ada seorang sahabat memberitahu ana bahawa SS Dato’ Abd Rahman bin Hj Othman, Mufti Pahang juga tidak berkenan untuk menerima kunjungan Dr Asri ke sana. Buktinya, dalam 2-3 bulan yang lepas, Dr Asri dijadualkan bakal menyampaikan ceramah akidah di sebuah surau, Kg Sungai Ular, Kuantan, Pahang. Tetapi ceramah itu dibatalkan serta-merta atas arahan SS Dato’ Mufti Pahang. Alasannya, pandangan yang dilontarkan Dr Asri dikatakan banyak menghuru-hara fahaman, pegangan dan amalan umat Islam di sana.

Justeru, mereka menyimpulkan adalah lebih baik Dr Asri tidak dibenarkan memasuki Pahang. Di samping itu, pihak pejabat Mufti juga membayangkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan fahaman ekstrem Wahhabi dan memecahbelahkan umat Islam bakal dikategorikan sebagai pengancam keselamatan negara. Dan boleh diklasifikasikan dalam kesalahan ISA. Pejabat Mufti Pahang juga telah menjelaskan identiti Wahhabi dalam siri khutbah yang dikeluarkan mereka baru-baru ini. Maklumat lanjut : sila hubungi Pejabat Mufti Pahang : 09 – 4224890 atau fax ; 04 – 4224887

KHABAR DARI JOHOR

Saya diberitahu secara peribadi oleh SS YB Mufti Johor, Dato Noh Gadut bahawa Dr Asri dilarang menyampaikan fahamannya yang pelik di Johor. Mana-mana pihak yang melanggar arahan itu akan ditangkap dan didakwa di bawah Enakmen Kesalahan Syariah, Seksyen 12, Mengajar Tanpa Tauliah. Malah Kerajaan Negeri Johor merupakan negeri yang paling aktif membasmi fahaman ekstrem Wahhabi hingga ke akar umbi.

Ketegasan Jabatan Mufti johor terbukti apabila mereka bertindak menangkap seorang Pendakwah Tegar Wahhabi Mujassim Msia, Us Rasul Dahri di sebuah rumah, Kampung Melayu Majidee 3 hari sebelum tarikh pilihanraya. Akibatnya, Us Rasul dikenakan ikat jamin sebanyak RM 2000 atas caj mengajar ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tanpa tauliah. Syabas dan tahniah buat SS YB Dato’ Noh. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pej Mufti Negeri Johor : 07 – 228 2915 @ Faks : 07 – 2230 925

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

ak menggariskan sekurang kurang mengenal Allah akan 13 atau 20 sifat utk kaedah mengenal akan Allah yg layak di sembah..secara tafsili satu persatu terperinci..

kita org jawi..berapa ramai yg lahir pandai berbahasa arab..? kita baca quran tapi tidak faham terjemahan berbahasa arab..justeru itu bermula lah sebelum kurun ke 3..lahir imam abu hassan al Asya' arie...dan imam Abu Mansor al maturidi.

ijtihad menyusun kaedah macam mana utk menghasilkan pegangan iktiqod iman yg wajib di ketahui ..di ambil dari al quran dan hadis..begitu juga dalam bab feqah lahir 4 imam mazhab..imam hanafi..maliki..syafei..hanbali menyusun kaedah kaedah feqah ibadat solat puasa zakat haji...

Sebab diri kita tidak mampu utk mengkaji mengambil hukum dari keseluruhan maksud maksud ayat al quran dan hadis nabi yg berjuta juta hadis..justeru itu ulamsk mujtahid mutlak menolong kita di buat kitab di susun ikut kaedah spt..kitab tauhid..kitab feqah..kitab tasawwuf aliran hujjatul islam imam al ghazali r.a.

6) Ingat tauhid iman pada dada Bilal ibn rabah sewaktu di siksa.keluar lafaz..Ahad.. Hu Ahad..ini tahkik hasil tarbiyyah secara lidah dan hati nabi saw secara langsung ke telinga dan hati sahabat..serta sahabat melihat nabi saw dgn mata lendir...kini sudah lebih seribu tahun..pelbagai aliran iktiqod sudah timbul seperti qodariyyah..jabariyyah..muktazilah..mujassimah..musyabbihah..liberal..sekular..komunis..jadi..pada zaman..akhir 300H ancaman iktiqod muncul..

lahirlah pembela iktiqod aliran imam Abu Hassan al Asyaari dan Maturidi muncul dan semua imam terkemudian seperti imam an nawawi..imam al ghzali..serta ulamak ikutan pewaris nabi ke suluruh dunia mashyur dgn aliran iktiqod tauhid al asyariah dan maturidiah sampai ke nusantara melalui pendakwah ahlul bait dari Hydramaut Yaman..

Haram dan berdosa jika kita sengaja memperlekeh sinis dgn bertujuan supaya menjauhkan umat islam agar mentertawakan atau memberi kekeliruan akan iktiqod tauhid ilmiah sifat 20 kepada masyarakat sekarang yg semakin jauh dgn talaqqi kitab kitab ..

Ilmiah tauhid iktiqod adalah tunjang asas tapak Agama..jika tiada Iman..atau batal atau tiada iktiqod..maka tiada lah di terima oleh Allah akan sekalian ibadat solat puasa zakat haji kita..namun kita TIDAK menafikan jika ada kaedah kaedah lain untuk menghasil iktiqod akidah.

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

PERBUALAN SEORANG SUAMI DENGAN ISTERINYA BERKENAAN BIDA'AH.

Pada Rabu malam
Khamis, si suami dan isterinya sedang duduk berehat di ruang tamu rumah.....

Isteri: "Bang....esok hari Khamis, malam Juma'at kan?" tanya si isteri.

Suami: "Yalah...habis tu kenapa?" jawab si suami.

Isteri: "Malam esok abang duduk di rumah ajalah ya, tiap-tiap malam abang ke surau tambahan esok malam Juma'at dok buat perkara Bida'ah, baca Yasin...sesat tu Bang...masuk Neraka nanti...."

Suami: "Eh..Eh..awak ni, pandai2 aja..., mana ada sesat, kan baca Quran tu, Allah pun suruh kita baca Quran...."

Isteri: "Saya tahulah Bang, Allah suruh baca Quran..tapi Nabi tak pernahpun baca Yasin pada malam Juma'at..., itu bukannya sunnah..., kalau Nabi tak buat, itu Bida'ah namanya, sesat tu, masuk api Neraka..."

Suami: "Laa... awak ni...tak kisahlah Nabi buat ke tidak kerana dasarnya dalam Quran Allah suruh baca Quran, itu bukan Bida'ah tapi sunat.., betul tak?"

Isterinya terus memberontak dan merajuk kerana kecewa si suami telah sesat disebabkan membaca Yasin pada malam Juma'at..., akhirnya si suami terpaksa tidur di luar sendirian...

Keesokan paginya mereka tidak bertegur sapa dan si suami terus pergi ke pejabat untuk berkerja, sementara si isterinya sudah hilang ke rumah jirannya...
Pada jam 6:30 petang, si suami balik ke rumah terus memanggil isterinya, lalu isterinya datang dalan keadaan nak tak nak sahaja.

Suami: "Yang...abang rasa selama ni abang dah sesatlah...."

Isteri: "Hahhhh...sedarpun awak sekarang ni, baik awak bertaubat...tapi kenapa tiba-tiba aja awak dapat hidayah?"

Suami: "Tadi di pejabat abang ada dengar ceramah agama. Ustaz tu kata POLIGAMI tu sunnah Nabi, Nabi buat, itu sebab abang rasa menyesal kahwin sorang aja...Bida'ah tu kahwin sorang sebab tak ikut Nabi..., abang tak nak masuk Neraka dan heret sayang sekali masuk dalam Neraka disebabkan kesesatan yang abang lakukan, kahwin sorang aja...jadi ini ada borang untuk poligami, sayang tandatanganlah ya untuk abang kahwin satu lagi..."

Isteri: "Apa ni bang!!! apa abang cakap ni??? takkan kahwin sorang sesat, dalam Quran kata boleh kahwin 1 dan 2 atau 3 atau 4 jika mampu....abang jangan mengada-ngada nak kahwin sorang lagi...."

Suami: "Memanglah dalam Quran secara umumnya kahwin 1 ada asasnya...., tapi Nabi tak buat, jadi Bida'ah tu, nanti sesat masuk Neraka..."

Isterinya tediam lalu berkata......
Isteri: "Takkanlah Islam sesempit itu bang, mana ada macam tu...."

Suami: "Itulah awak..pandai2 hukum bida'ah bila Nabi tak buat, entah mana awak belajar, siapa yang awak ikut..., sedangkan selagi ada dalil yang umum yang boleh diqiaskan dengan amalan jangan pandai-pandai tuduh bida'ah walaupun Nabi tak buat, ini pandai-pandai aja hukum saya sesat masuk neraka, dah tu....saya nak siap ke surau buat bida'ah baca Yasin, awak nak ikut tak? Borang nipun saya taip sendiri di pejabat tadi, nak tengok sejauh mana awak ni faham apa itu Bida'ah.., cepat siap pergi surau.."

Isteri: "Yalah Bang...saya minta maaf, sekarang baru saya faham apa itu Bida'ah, nanti saya siap ikut abang....malam ni malam Juma'at kita tidur sama ya Bang....."

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

#PengumumanMSO

🔊Group Bicara Hadith MSO-D1 oleh Ustaz Khafidz Soroni, Ustaz Muslim, Maulana Hasnul, Ustaz Zulhasni Mat Resat dll

(1 group) 👉🏼 https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jwLX1W8UsLjRsMBHw

(1 channel) 👉🏼 /channel/bicara_hadithMSO

📝 tuan/puan pilih mana selesa samada group atau channel 😊

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

https://www.youtube.com/watch?v=-5SVE_kn9r0

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Salam ,
Yb Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Johor : Laporan Ringkas Fenomena Gerhana Matahari di Negeri Johor :

Kejadian Gerhana Matahari pada 9 mac 2016 , hari Rabu jam 8.23 pagi iaitu detik kemuncak gerhana dengan kadar 90% .
Gerhana matahari yang akan berlangsung ini adalah ulangan 21 tahun yang lalu . 29 Jamadilawal 1416 hijrah hari selasa bersamaan 24 oktb 1995 masihi jam 12.30 tengahari iaitu waktu al-Zohirah ( الظهيرة ) juga di sebut al-Qailulah ( القيلولة ) dengan kadar gerhana 70 % , manakala bulan yang menghalangi cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik ' simpul atas ' ( العقدة الصاعدة ) .
Sekali lagi Gerhana matahari berulang pada tanggal yang sama iaitu 29 Jamadilawal 1437 hijrah hari Rabu bersamaan 9 mac 2016 masihi jam 8.23 pagi iaitu waktu Dhoha ( الضحى ) dengan kadar gerhana 90% , manakala kedudukan bulan yang menghalangi cahaya matahari berada pada kedudukan titik ' simpul bawah ' ( العقدة النازلة ) .
Mafhum firman Allah SWT : ayat 8 Surah Kaf ( سورة ق ) fenomena Alam sebagai bukti kekuasaan Allah SWT mengandungi 2 nilai : 1- Tabsirah ( تبصرة ) - tuntutan mengambil perhatian dan 2- Zikra ( ذكرى ) - tuntutan mengambil peringatan .
Ambil Perhatian ( تبصرة ) : gerhana matahari 1416 H / 1995 M menyaksikan slps gerhana negeri johor di uji dengan kemarau yang mengheret kpd wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan .
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini pula memberi limpahan hujan yang seragam utk kesuburan negeri johor.
Ambil Peringatan ( ذكرى ) : Janganlah hendaknya sejarah berulang kembali iaitu kemarau dan wabak penyakit…

ALLAH peliharan sultan dan rakyat jelata Negeri Johor…

Sekian , laporan ringkas dari saya ,
Hj Hanafiah bin Abdul Razak
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,
Bahagian Falak ,
Jabatan Mufti Johor .

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

42.

20. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan umat Islam yang beristighasah dengan para anbiya'. Ibn Baaz berkata: "Istighasah dengan nabi-nabi adalah syirik". Rujuk kitabnya " 'akidah Sohihah Wa Ma Yudhodiduha", halaman 22, Cetakan Darul Watan Riyadh. Tuduhan syirik juga disebut oleh al-Albani di dalam kitabnya at-Tawassul pada halaman 25. Di dalam Fatawa, cetakan dar al-Arqam, jilid 1 halaman 3, ibn Baz dan ibn `Uthaimin mengatakan : "orang yang beristighathah adalah musyrik dengan syirik yang besar dapat mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, pelakunya tidak sah menjadi wali dan tidak sah bermakmum di belakangnya". Padahal telah ada hadis sohih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa Nabi Salla Allah Alayhi Wa Sallam bersabda: 

تدنو الشمس يوم القيامة حتى يبلغ العرق نصف الأذن, فبينما هم كذالك استغاثوا بآدم ثم بموسى ثم بمحمد

Mafhumnya : "Pada hari kiamat kelak, matahari mendekati sehingga keringat seseorang sampai pada tengah-tengah telinganya, dan ketika mereka dalam keadaan seperti itu mereka beristighatsah dengan Adam kemudian dengan Musa kemudian dengan Muhammad".

21. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan sesiapa yang mengucapkan "good morning" and "good night", dan mengatakan ucapan ini salah kerana mengikut jejak Yahudi di dalam kitab mereka "Akhtho' Sayyi'ah", Karangan Muhammad Zainu, halaman 67.

22. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Islam di Hijaz dan Yaman. Menurut Ibn Baaz: " Telah tersebar dikalangan penduduk di sana (Hijaz dan Yaman) mereka yang menyembah selain dariapada Allah menyembah pokok, batu-batu dan kubur." 

23. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan penduduk Syam, dan mendakwa penduduk syam menyembah Ibn 'Arabi. Rujuk taaliq Ibn Bazz pada kitaq "Fathu Majid", halaman 217, Cetakan Darul Aulaanah.

24. Al-Wahhabiyyah menuduh dan mengkafirkan penduduk Islam di Mesir. Mereka mengatakan bahawa penduduk Islam Mesir mengagungkan Tuhan iaitu wali Ahmad Badawi. Rujuk taaliq Ibn Baz pada kitab "Fathul Majid" halaman 206, Cetakan Aula Nahi.

25. Al-Wahabiyyyah mengkafirkan penduduk Dubai, Abu Dhabi dan menamakan mereka dengan anjing-anjing neraka Jahannam. Lihat Abdul Aziz ibn Abdullah al-Syeikh, Ahlus Sunnah an-Nabawiyyah `ala Takfir al-Mu`aththilah al-Jahmiyyah, Riyadh, cetakan pertama, halaman 51, 101, 102 dan 124.

26. Al-Wahhabiyah mengkafirkan Talimsani, sebagaimana keterangan Abdul Latif Abdul Rahman dalam Kitab al-Musamma. Lihat Kitab Fatawa A`immah al-Najdiyyah, Jilid 3, halaman 328.

27. Al-Wahhabiyah menuduh al-Hafiz al-Hakim seorang ahli hadis pengarang kitab al-Mustadrak adalah orang yang akidahnya rosak. Lihat Ahmad ibn Hajar al-Buthami, Tahzir al-Jinan wa al-Arkan `an Dun al-Syirk wa al-Kufran. Cetakan ke 3, halaman 64.

28. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Jamaah al-Dakwah wa al-Tabligh dan para masyaikh mereka seperti Syeikh Khalid al-Naqsyabandi dan Syeikh Muhammad Ilyas dan Syeikh Zakaria dan Syeikh Muhammad In`am al-Hasan - semoga Allah merahmati mereka- di dalam kitab al-Qaulu al-Baligh Fi Tahzir Min Jamaah al-Dakwah wa at-Tabligh.

29. Al-Wahhabiyyah mengkafirkan Imam Hassan al-Banna. Lihatlah majalah Al-Majallah edisi 830 Desember 1996.

30. Al- Wahhabiyyah mencela empat mazhab yang telah disepakati oleh umat Islam mereka mengatakan bahawa para pengikut mazhab telah memecah belahkan umat dan taqlid pada salah satu mazhab juga adalah inti kesyirikan. Orang yang mengikuti satu mazhab saja dalam satu masalah, maka dia adalah seorang yang fanatik buta, dan orang yang taklid buta telah keluar dari agama kerana dia mengikuti hawa nafsunya dan dia menjadi sebahagian daripada hizb al-syaithan (golongan syaitan) dan hamba kepada hawa nafsu sehingga hilang cahaya keimanan dalam hatinya. Lihat Muhammad Sulthan al-Ma`shumi, Hal al-Muslim Mulzamun Bit-Tiba`I Mazhabin Mu`ayyanin, halaman 38 dan 76. Perkara yang sama juga disebut oleh Muhammad Shiddiq Hasan al-Qanuji dalam kitab ad-Din al-Khalish, Dar Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.

31. Wahabiyah menghalalkan darah orang yang membaca selawat kepada Nabi Muhammad Salla Allahu Alayhi Wasalam dengan suara yang keras setelah azan dan mereka menganggapnya dosanya lebih besar dar

Читать полностью…

Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22

Analisis Pengkafiran al Wahhabiyyah terhadap Ahlus Sunnah Wal Jamaah

  بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله;

Golongan ahlu al-ifrath ialah golongan mengambil langkah pengkafiran secara membabi buta tanpa berdasarkan kaedah syarak dan tanpa dalil atau bukti yang sah, bahkan pengkafiran tersebut berpaksikan sangkaan semata-mata, khayalan dan kebatilan. Golongan melampau ini adalah golongan al-Khawarij dahulu dan moden, Mujassimah, al-Wahhabiyyah, Quthubiyah dan sewaktu dengannya. Prinsip mereka ialah mengkafirkan mereka yang tidak sebulu dengan mereka sehinggakan pengkafiran tersebut berlaku di antara mereka sesama sendiri.

Pemikiran yang ganjil ini telah banyak menumpahkan darah umat Islam termasuklah dibunuhnya wanita, kanak-kanak sebagaimana yang berlaku di Mesir, Syiria dan Algeria juga sama apa yang berlaku al-Iraq, Somalia, Yaman, Saudi Arabia, Afghanistan dan Pakistan.

Golongan ini menggunakan takfir sebagai muqaddimah atau pendahuluan sebelum melakukan pengeboman kerana mereka percaya bahawa cara tersebut cara yang paling pendek dan mudah untuk sampai kepada pemerintahan dengan menyalahgunakan nama agama.

Salah satu kelompok yang mengamalkan konsep takfir adalah al-Wahhabiyyah. Antara keterangan dan hujah pengkafiran yang dilakukan oleh golongan al-Wahhabiyah adalah sebagaimana berikut :

1. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan Imam Fakhruddin Al-Razi, pengarang kitab tafsir yang masyhur, Tafsir al-Kabir. Lihat Al-Durar 10/72, 273. Dia telah mendakwa Imam Al-Razi telah menulis sebuah risalah membenarkan umat Islam menyembah bintang-bintang, rujuk Al-Durar 10/355, dakwaan sebegini disandarkan kepada Ibn Taymiyah Al-Harrani al-Mujassim di dalam kitab "Iqtidha` as-Sirat Al-Mustaqim". Tetapi apabila ulama merujuk kepada dakwaan tersebut ianya tidak terdapat sebagaimana yang disebut oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab.

2. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Najd, lihat Al-Durar, halaman 10-15. 

3. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama Mazhab Hanbali dan selainnya yang sezaman dengannya. Lihat Al-Durar, halaman 10-13.

4. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan Ahmad Ibn Abd Karim (seorang alim Mazhab Hanbali). Lihat Al-Durar, halaman 10,64.

5. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan orang badawi. Lihat Al-Durar (113,114,118,117,dan 119). Beliau mengatakan bahawa mereka (orang badawi) lebih kafir daripada Yahudi Dan Nasara. 

6. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan penduduk Makkah. Lihat Al-Durar 10/86 dan 9/291. Dia mendakwa kedua tanah haram Makkah Dan Madinah adalah negara kufur. Lihat Al-Durar 10/7. 

7. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan ibn Arabi sebagaimana dalam kenyataannya di dalam kitab Al-Durar 10/25 : "Dia (Ibn 'Arabi) lebih kufur daripada Firaun. Sesiapa yang tidak mengkafirkannya, maka dia adalah seorang yang kafir. Bahkan, kafir juga orang yang merasa ragu dengan kekufurannya". 

8. Menuduh dan mengkafirkan kebanyakan penduduk Syam (Lubnan, Jordan, Syiria dan Palestin) dengan mendakwa mereka menyembah Ibn Arabi. Lihat Al-Durar 2/45.

9. Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan ilmu fiqh yang diistinbatkan oleh imam-imam mazhab adalah usaha yang kufur, lihat Al-Durar 2/59.

10. Muhammad bin Abdul Wahhab mengkafirkan ulama kalam (ulama usuluddin). Dia mendakwa bahawa ulama telah bersepakat mengkafirkan ulama kalam. Lihat Al-Durar 1/35.

11. Muhammad Bin Abdul Wahhab mengkafirkan semua guru-gurunya, di dalam kitab risalah untuk penduduk Riyadh, Tarikh Najd, tulisan Husain Bin Ghannam, halaman 137-138. Muhammad Bin Abdul Wahhab berkata di dalam risalah tersebut : " Tidak ada seorang pun dari kalangan guru-guruku yang mengetahui makna La ilaha illa Allah".

12. Al-Wahhbiyah mengkafirkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah iaitu al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah. Soleh bin Fauzan berkata: " Pengikut Al-Asyai'rah dan Al-Maturidiyah tidak layak digelar sebagai ahli sunnah wal jamaaah". Rujuk kitab Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, halaman 32, Terbitan Riasah Ammah Lil Ifta' di Riyadh (Najd). Juga cucu Muhammad Bin Abdul Wahhab, Abd Rahman al-Syiekh tidak ketinggala

Читать полностью…
Подписаться на канал