😮💨 Anak mudah melenting? 😮💨
Anak akan jadi mudah melenting & mudah marah-marah bila :
👉 Bila kita selalu aktifkan Fight State anak kita
Contohnya macam mana?
🗣️ Kita selalu sakat dia
🗣️ Kita selalu peranjatkan dia
🗣️ Kita suka tengok dia menangis
🗣️ Kita rasa comel bila berjaya buat dia marah
Jadi hati-hati ya. Jangan selalu sangat sakat anak. Kita takut Fight State anak jadi terlampau aktif dan susah nak diredam
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Anak jerit bila bergaduh dengan adik-beradik? 😡
Kadang anak jadi terjerit & terpekik bila bergaduh bila dia :
❌ Tak tahu tanda² dia sedang marah
❌ Tak tahu cara nak regulate emosi dalam diri
Sebab tu kalau boleh ajar anak kita :
🌿 Kenal tanda² emosi marah tu nak datang
🌿 Buat deep breathing
🌿 Tahu reward bila dia berjaya tahan emosi marah
🌿 Jadikan berjaya tahan marah sebagai suatu achievement pada diri anak
Susah nak ajar semua ni satu persatu pada anak.
Sebab tu semua ni saya dah compile dan masukkan dalam buku digital
Ali & Sang Marah 📚
Nanti bagi je anak baca. insyaAllah dalam masa sehari je anak dah faham 🫰
#comingSoon
#notaparentingTaufiqRazif
😍 Nak ubah perangai anak? 😍
Antara cara termudah & berkesan untuk ubah perangai buruk anak adalah :
👉 Bacakan pada anak kita Bedtime Story
📚 Malapkan lampu
📚 Anak bersiap untuk tidur
📚 Suhu bilik kena selesa
📚 Pilih cerita yang ada pengajaran & mesej untuk tanam perangai dan sikap baik pada anak kita
p/s : Isteri saya biasanya bacakan kisah Sirah Sahabat & Kisah Para Nabi pada anak anak sebelum tidur. Memang banyak sungguh kesan pada anak anak. Cubalah sendiri 😉
#notaparentingTaufiqRazif
🤔 Anak perempuan perlu ayahnya tak? 🤔
Anak perempuan pula perlu sangat RASA 6 hal ini daripada ayahnya :
💗 Rasa difahami
💗 Rasa didengari
💗 Rasa dicintai
💗 Rasa dilindungi
💗 Rasa diakui
💗 Rasa dibimbing
Anak perempuan ni banyak bermain dengan emosi & kasih sayang
Boleh tegas tetapi perlu dibuat dengan sangat berhikmah 🫰
#notaparentingTaufiqRazif
🥲 Anak hilang Father Figure? 🥲
Kadang orang ingat bila bercerai hidup ni maka hilanglah Father Figure seorang anak
Salah tu‼️
Ex-husband masih boleh jadi Father Figure pada anaknya
Yang sedihnya bila 'cerai mati' bila kematian pasangan 🥲
Tapi jangan risau, ini 5 orang yang boleh jadi Father Figure buat anak anak :
1. Pakcik-pakciknya
2. Atuknya
3. Bapa tiri
4. Gurunya
5. Kaum kerabatnya
Nabi Muhammad SAW juga mengalami kematian ibu & ayah dan menjadi yatim piatu di awal usia 😭
Atuk & pakciknya lah yang menjadi Father Figure baginda.
Jadi jangan sedih sedih ya ibu ibu yang kematian pasangan. insyaAllah semuanya akan baik baik sahaja ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🙅 Rasa bersalah pada anak? 🙅
Kalau nak perkembangan otak & minda anak hebat kena buang 3 jenis RASA BERSALAH ini :
1. RASA BERSALAH kalau anak bosan hingga kita..
⛔ sogok anak dengan TV
⛔ bagi anak main hp je
⛔ bagi anak tengok tiktok & youtube short
2. RASA BERSALAH tak bagi semua yang anak nak hingga kita..
⛔ Bagi semua dia nak
⛔ Tunduk pada anak
⛔ Jadi permissive parents
3. RASA BERSALAH bila tak protect anak setiap masa hingga kita..
⛔ Kurung anak dalam rumah
⛔ Tak bagi dia melasak
⛔ Nak dia depan mata kita je 24 jam sehari semalam
Dah tahu ni terus kurangkan rasa bersalah tu ya. Boleh tak ni mak mak semua?
#notaparentingTaufiqRazif
🏋️ Boleh ke asah leadership pada anak degil? 🏋️
Sebelum ni saya dah bagitahu kan anak yang "degil" ni ada potensi yang tersendiri sebenarnya
Ada 5 cara mudah untuk asah leadership pada anak degil :
1. Bagi dia project
2. Bagi dia ruang & peluang
3. Yakin dia boleh 💪
4. Ajar dia untuk bekerjasama dalam kumpulan
5. Bagi dia authority sikit untuk organize sesuatu contohnya event camping keluarga ke
Nampak dah kan apa nak buat?
Sebab tu kita kena belajar pandang potensi anak melebihi kita pandang kelemahan mereka 😊
😡 Anak asyik merenggus marah? 😡
Bila anak asyik marah-marah, mungkin dah sampai masanya untuk mak ayah semua :
👉 Kurangkan gaya parenting Authoritarian
Contoh Authoritarian :
😤 Banyak sangat arahan
😤 Banyak sangat rules
😤 Banyak sangat NO
😤 Banyak sangat suruhan
Kadang anak kita perlukan sedikit kebebasan & tempat untuk mengadu masalah tanpa dibentak dan dimarah marah 🥰
Belajar sesuatu tak? 👋
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Lesunya! 🥵
Kadang kelesuan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :
👉 Diri kita yang tak tahu apa PURPOSE sebenar kita buat kerja rumah & urus anak
Bila tak tahu Purpose, kita akan mudah rasa :
🥵 annoyed
🥵 tak dihargai
🥵 sia-sia je semuanya
Carilah purpose yang betul insyaAllah perlahan-lahan kita akan enjoy dengan rutin seharian hidup kita ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak tak disiplin? 🥵
Anak memang akan susah nak disiplin & kacau bilau rutin hidupnya :
👉 Bila tak ada HOUSE RULES dalam rumah
🙅 Jangan biarkan rumah tak ada peraturan langsung 🙅
Apa element nak kena ada dalam House Rules?
R - respect
R - responsibility
S - Safety
Saya bagi contoh Respect :
💥 ketuk pintu sebelum masuk
Contoh untuk responsibility :
💥 Cuci pinggan sendiri setiap kali lepas makan
Contoh untuk safety :
💥 Jangan bergurau ketika sedang handle air panas
Dah nampak kan betapa pentingnya House Rules ni untuk keluarga kan? 👌
#notaparentingTaufiqRazif
🙋 Ramai nak BAIKI BONDING dengan anak kan? 🙋
Kalau serius nak baiki bonding dengan anak mulai hari ni :
👉 Kena belajar untuk buat Reflective Listening bila bersembang dengan anak
Mudah je caranya :
👂Dengar dengan fokus
👂 Jangan banyak menyampuk bila anak bercakap
👂Ulang balik perkataan yang anak guna ketika meluah/bersembang
Contoh :
Anak : Saya sedih ni Mama
Mama : Adik sedih ya? cuba cerita kat Mama apa yang terjadi
Nampak tak si ibu ni ulang balik perkataan SEDIH yang anaknya luahkan? 🥰
Ni lah salah satu element penting dalam Reflective Listening 👂
Senang kan nak buat? 🥰
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak remaja selalu memberontak? 🥵
Anak remaja terutama umur 13-18 tahun paling perlukan AYAH nya
Di umur ini dia paling perlukan :
👉 Connected Father
Apa ciri connected father?
🙆♂️ Selalu bercerita dgn anak
🙆♂️ Selalu bersukan bersama
🙆♂️ Tak terlampau sibuk
🙆♂️ Kurangkan tengok handphone bila bersembang dengan anak
Ketahuilah wahai ayah. Anakmu sangat perlukanmu melebihi keperluanmu kepadanya
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Risau sangat anak nak masuk alam remaja? 🥵
Risau tu boleh tapi jangan sampai jadi ANXIETY 🙅
Kita kena tahu satu prinsip penting dalam parenting iaitu..
👉 Doa kita sebagai ibu & bapa lebih hebat daripada mana mana teknik & formula parenting
Ni satu doa yang kita boleh amalkan untuk minta Allah jaga anak remaja kita :
Untuk remaja lelaki
اللَّهُمّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Untuk remaja perempuan
اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهَا وَطَهِّرْ قَلْبَهَا وَحَصِّنْ فَرْجَهَ
Maksud kedua doa di atas adalah :
🤲 Ya Allah ampunkan dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya 🤲
Dah tahu ni terus amal tiap kali lepas solat, boleh? Kalau boleh bagi 👍 sikit
#notaparentingTaufiqRazif
🤫 Nak anak hebat dalam pelajaran tak? 🤫
Sini saya nak kongsi sikit petua untuk anak jadi hebat dalam pelajaran dia
💥 baiki rutin tidur anak (sleep-hygiene)
💥 baiki corak makan anak
💥 baiki jenis makanan anak
💥 baiki mindset anak
💥 baiki target & goalsetting anak
💥 baiki environment anak
💥 baiki emosi anak dengan didik dia :
✅ kawal rasa marah dia
✅ kawal rasa malas dia
✅ kawal impulsivity dia
Dah tahu terus buat ya 👌
#notaparentingTaufiqRazif
🥹 Nak anak jadi Qurratu A'yun? 🥹
Mak mak semua selalu kan baca doa ni dalam solat? 👇
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa)
Anak yang jadi penyejuk mata ni adalah anak yang apabila kita tengok dia :
🌿 rasa tenang je jiwa
🌿 hilang rasa marah kita
🌿 rasa lega sangat dalam dada
Sebab tu nak kena ajar dia urus emosi marah dia.
Ya Allah. Jadikan anak anak kami anak yang pandai mengurus emosi dan cerdas EQ nya 🤲
#notaparentingTaufiqRazif
🤾 Nak otak anak berkembang lebih baik bila bersama kita? 🤾
Mak mak kena tahu
Otak anak kecil ni sensitif dengan 2 benda :
1. Suasana hati
2. Suasana rumah
Sebab tu mak mak kena sediakan buat anak anak :
👉 Low-conflict Home
Rumah yang low-conflict adalah rumah yang :
🏡 Harmoni
🏡 Tenang
🏡 Kurang jerit-jerit
🏡 Kurang tengkingan
🏡 Kurang pergaduhan
🏡 Kurang marah-marah
Faham tak mudah bila suasana tegang dah jadi 'family culture' tapi insyaAllah semuanya boleh diubah sedikit demi sedikit asalkan terus belajar dan praktikkan🫰
#notaparentingTaufiqRazif
😤 Anak lelaki baran? 😤
Anak lelaki ni tinggi hormon testosterone
Kalau tak dididik dengan baik, sifat marah yang biasa boleh bertukar menjadi BARAN & AGRESIF
Sebab tu dari awal usia lagi kena didik anak kita :
🔥 Cara bertenang
🔥 Cara kenal tanda² marah nak datang
🔥 Cara nak regulate emosi marah
Saya ada tulis buku cerita digital bertajuk Ali & Sang Marah untuk anak kita.
Jadi tinggal nak bagi anak kita baca je cerita tu supaya anak dapat semua ilmu yang saya sebut di atas.
Cuba bagi ❤️ sikit kalau rasa nak bagi anak baca buku cerita digital tu
#notaparentingTaufiqRazif
😤 Susahnya nak ubah anak? 😤
Tak ramai mak ayah tahu ada 1 tool yang paling hebat untuk :
i. Didik anak
ii. Ubah anak
Apakah tool itu? 🤔
Tool itu adalah Storytelling! Yup, bercerita!
Nak anak jadi lebih bersabar? Kena bercerita‼️
Nak anak jadi kurang marah-marah? Kena bercerita‼️
Anak yang dididik dengan cerita ni :
🏃 Senang ingat & faham
🏃 Senang masuk ke hatinya
🏃 Senang berubah
Jadi jom didik anak kita dengan banyakkan bercerita pada dia lagi lagi bedtime stories. Boleh?
Kalau boleh bagi ❤️ sikit
#notaparentingTaufiqRazif
😎 Anak lelaki perlu ayahnya tak? 😎
Anak lelaki perlu sangat RASA 5 hal ini tentang ayahnya :
✊ RASA dilindungi
✊ RASA disayangi
✊ RASA diperhati
✊ RASA berfungsi
✊ RASA disanjungi
Anak lelaki lain sikit dengan anak perempuan.
Anak lelaki memang kadang boleh kita keras & tegas sikit berbanding anak perempuan
Nanti kita belajar bab anak perempuan pula okay? 🫰
#notaparentingTaufiqRazif
🤬Anak makin biadap?🤬
Banyak dah kes anak jadi biadap & tak dapat kawal emosi sebab dia..
👉 Dia kehilangan Father Figure dalam hidup dia
Father figure ni kadang wujud tapi tak berfungsi bila :
❌ Tak bimbing anak
❌ Terlampau sibuk
❌ Tak tegur anak
❌ Tak bersembang
❌ Terlampau bengis
❌ Terlalu lepas tangan pada si ibu
Kepada para ayah & bapa semua, ketahuilah..anakmu perlukan dirimu
Lebih daripada yang kau tahu 🫰
Nota kaki : Forward pada pasangan masing-masing ya
#notaparentingTaufiqRazif
🤬 Anak taknak dengar CAKAP? 🤬
Kadang mak mak ni jadi geram sebab dah berpuluh kali CAKAP tapi anak tak gerak-gerak
Bila dah cakap banyak kali, ibu yang penyayang pun kadang jadi naik hantu 🧟
Bila dah jadi hijau kita juga yang sedih nanti kan? Menyesal pula marah marah anak 😢
Cuba sesekali tukar cara CAKAP kita kepada ayat MINTA ✅
Cuba kurangkan guna ayat PERINTAH ❌
Contoh :
PERINTAH : "Along, cepat pergi mandi sana!" Tengok dah pukul berapa ni
MINTA : "Along, tolong mandi boleh? Mama nak cepat ni
Banyak lagi mak mak boleh belajar ilmu BERCAKAP dengan anak ni dalam buku CAKAP yang ditulis oleh Puan Zuraida Shahime
Boleh dapatkan di sini. Cepat sebelum naik harga👇
https://whitecoat.onpay.my/order/form/CKP01/152
#notaparentingTaufiqRazif
🤩 Ajar anak DEGIL kita jadi PEMIMPIN? 🤩
Setiap anak ada kualiti & potensi terpendam yang tersendiri
Anak degil ni kadangkala bukan degil sebab nak melawan tapi 'degil' sebab :
👊 Ada cara fikir berbeza
👊 Ada kemahuan yg kuat
👊 Ada semangat yang tinggi
Kita boleh tengok yang biasa jadi pemimpin tak kisahlah pemimpin organisasi ke, tempat kerja ke atau pemimpin pada rakyat biasanya dia ada sifat DEGIL
Nanti lepasni kita belajar cara nak asah leadership pada anak 'degil'
on? Kalau on bagi ❤️ sikit
#notaparentingTaufiqRazif
🙋 Nak anak yang cerdas tak? 🙋
Rugi yang tak baca ilmu saya kongsi harini
Antara rahsia nak anak cerdas ni adalah :
👉 Selalu buat MENTAL STIMULATION pada anak anak
Ni 5 rutin yang kita boleh buat sebagai Mental Stimulation untuk anak kita :
1️⃣ Bedtime story dengan anak sambil bertanya soalan
2️⃣ Selalu main teka-teki dengan anak
3️⃣ Belikan boardgame untuk anak main dengan adik beradiknya
4️⃣ Tampal poster fakta menarik & kisah sirah di bilik tidur anak-anak
5️⃣ Selalu buat eksperimen & DIY dengan anak. Boleh tonton video Youtube "Berani Buat" dengan anak untuk suburkan minat anak
Dan banyak lagi sebenarnya. Cukup praktikkan 5 ni dulu ye ✋
Dan jangan terkejut anak kita jadi luarbiasa cerdas bila kita selalu amalkan Mental Stimulation ini pada diorang
#notaparentingTaufiqRazif
😩 Serabutnya jiwa 😩
Kadang keserabutan dalam diri kita boleh juga muncul daripada :
🚩 Physical space yang serabut & bersepah
Physical space ni termasuklah :
⏩ Bilik tidur
⏩ Tempat solat
⏩ Dapur
⏩ Ruang tamu
⏩ Bilik air
Apa yang DI LUAR boleh bagi kesan pada apa yang DI DALAM
😩 Anak baran? 😣
Salah satu tanda anak yang TAK BAHAGIA adalah dia mudah melenting & susah kawal emosi bila dengan adik-beradiknya
5 tanda anak kita ada masalah BARAN :
1. Tangannya cepat memukul
2. Tak boleh diajak bergurau
3. Sangat mudah melenting
4. Selalu terjerit-jerit
5. Selalu bergaduh dengan adik-beradiknya
Anak yang TAK BAHAGIA ni 'reptilian brain' dia lebih aktif. Itulah kenapa dia susah kawal emosi & jadi baran walau dengan adik beradik sendiri 😢
Bahagiakanlah anak kita kita kerana itu kekuatan mereka untuk bahagiakan adik-beradiknya pula
🤷 Tak tahu nak bagi anak ada Self-confidence yang tinggi? 🤷
Ramai orang amalkan Self-Affirmation untuk bagi tinggi Self-confidence contoh:
😰 I'm strong
😰 I'm great
😰 I'm the best
Saya tak berapa gemar sangat Self-Affirmation ni
Saya lagi suka kita bina Competence pada anak kita
"Competence breeds Confidence"
Untuk naikkan Competence anak buat 2 perkara ni :
i. Bagi dia masuk banyak pertandingan
ii. Ajar dia banyak kemahiran
Jangan pelik tiba-tiba anak kita jadi lebih Confident lepas buat 2 benda ni 💪
#notaparentingTaufiqRazif
🤷 Anak asyik moody & bermasam muka? 🤷
Ada satu teknik yang kita boleh buat untuk stabilkan mood & emosi anak sepanjang hari iaitu :
👉 Morning Hugs
✅ Peluk anak waktu dia bangun pagi
✅ Peluk anak sebelum dia berangkat ke sekolah
Pelukan yang penuh dengan "Oxytocin effect" ini akan bagi anak kita rasa kelegaan & rasa selamat sepanjang hari
Dah tahu terus apply pada anak kita ya ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak remaja MUDAH ROSAK? 🥵
Anak remaja mudah rosak bila kita tak nasihat dia jauhi 6 kerosakan & maksiat TERSEMBUNYI ini :
1. Main game penuh karakter seksi
2. Bertepuk bertampar dengan lawan jenis
3. Berkapel & bermesra di alam chatting
4. Beri gambar seksi dan tak tutup aurat pada lawan jenis
5. Chatting & berwhatsapp yang menaikkan syahwat (sexting)
6. Bergurau double-meaning & lucah dengan kawan
Saya faham sangat susah nak sampaikan nasihat gini pada anak kan? Segan pun ada 😅
Sebab tu saya nak minta mak ayah semua daftarkan anak ke seminar online Anak Hebat Jauhi Maksiat oleh penceramah seksualiti terkenal, Tuan Akhi Fairuz.
Biar beliau yang sampaikan pada anak anak kita
Daftar di sini 👇
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-cs2024/67
Daftar segera ya sebelum ditutup. Dah daftar bagi ❤️ tau
#notaparentingTaufiqRazif
Eh dah weekend‼️
Ni lah masa terbaik nak baiki balik bonding kita dengan anak selepas seminggu kita kesibukan
Ni 7 idea kita boleh buat untuk baiki bonding dengan anak :
1. Spend masa 15 minit untuk fokus 💯 % pada setiap anak
2. Ajak anak tolong kita masak sama sama
3. Ajak anak shopping bersama harini
4. Naik skuter letrik sambil pusing taman dengan anak
5. Cuci kereta dengan anak sama sama harini
6. Buat DIY project atau eksperimen dengan anak harini
7. Bacakan buku pada anak sambil suruh anak lakonkan apa yang kita baca
Yang penting ambil masa untuk bergelak ketawa & senyum gembira bersama anak harini.
On ke tak on ni? Kalau ON bagi ❤️ sikit
#notaparentingTaufiqRazif
Eh! Ada kelas online yang best lah untuk mak mak semua. Kat bawah ni infonya 👇
"Ibu ayah selalu tak keletihan sebab anak-anak sukar nak dengar cakap? Nak tahu apa sebenarnya tips untuk mereka mudah mendengar kata?"
"Rupanya, ramai daripada kita pernah alami situasi ini. Arahan diberi, tetapi anak-anak buat-buat tak dengar. Keletihan semakin hari semakin bertambah, dan kesabaran semakin menipis."
Dengan Borak-borak Iman, ibu ayah boleh membina komunikasi yang betul & seronok dengan anak-anak hanya dalam 15 minit sehari. InshaAllah.
📍Kelas bersiri ini menggabungkan kajian al-Quran oleh pengkaji yang berkredibiliti serta panduan kekeluargaan daripada pakar yang dipercayai. InshaAllah.
🙏🏼Jangan tunggu lagi! Dapatkan harga early bird sekarang!
Oh, satu lagi. Ingat tau, gabungan panel-panel hebat ini hanya untuk kali ini sahaja. Menyesal nanti jika abaikan peluang ini.
📍Klik sekarang untuk sertai!
https://program.akademisinergi.com/order/form/bbicmfaq/daftarsini