😎 Nak anak pandai? 😎
Mengikut teori Pyramid of Learning, nak anak pandai ni kena setel dulu :
- perkembangan sensory system
- perkembangan sensory motor
- perkembangan sensory perceptual
- dan lepas itu akan terjadinya perkembangan yang baik pada Cognitive & Intellectual anak
Ilmu inilah yang biasanya dipakai oleh Occupational Therapist di luar sana 🤓
Apa asas kepada perkembangan ni semua sebenarnya?
Jawapannya, kasih sayang dan ilmu pengetahuan. Ada ilmu pun tak jadi juga tanpa ubati trauma lama yang jadi "blockage" pada kasih sayang kita
Ada kasih sayang semata pun tak boleh juga tanpa ilmu yang kita laburkan untuk anak anak kita.
Belajar sesuatu berharga tak harini? 👋
#notaparentingTaufiqRazif
🙋 Pesanan Untuk Suami 🙋
Wahai suami yang dihormati,
Sungguh anak-anak ini sangat perlukanmu. Mereka perlukan :
• Perhatianmu
• Kepedulianmu
• Nasihatmu
• Kasih sayangmu
• Kesempatan bergurau senda
• Masa untuk bersantai bersama
• Kata-kata yang memberikan motivasi & semangat dalam diri
Ya, mungkin tanpa penglibatanmu wahai ayah mereka tetap akan membesar, mendewasa dan menua juga akhirnya
Tetapi sungguh membesar tanpa merasai kehadiranmu itu sungguh menyakitkan bagi mereka dan kehadiranmu adalah kebahagiaan terbesar buat mereka
Ya Allah. Mudahkanlah urusan semua yang bergelar suami. Balaslah segala kebaikannya kepada kami dengan syurga tertinggiMu Ya Allah 🤲
#notaparentingTaufiqRazif
😎 Anak remaja perlu ayah? 😎
Anak remaja terutama umur 13-18 tahun paling perlukan AYAH nya
Di umur ini dia paling perlukan :
👉 Connected Father
Apa ciri connected father?
🙆♂️ Selalu bercerita dgn anak
🙆♂️ Selalu bersukan bersama
🙆♂️ Tak terlampau sibuk
🙆♂️ Kurangkan tengok handphone bila bersembang dengan anak
Ketahuilah wahai ayah. Anakmu sangat perlukanmu melebihi keperluanmu kepadanya
🙋♀️ Nak jadi ibu yang lebih baik setiap hari? 🙋♀️
Sesekali kena berlatih untuk lunakkan kata-kata & dialog kita dengan anak ketika sedang disiplinkan mereka
Antaranya adalah 👉 Highlight kebaikan anak dulu sebelum tegur dia
Contoh :
"Kenapa bilik bersepah macam reban ni?" ❌
"Mama tengok Along dah pandai cuci pinggan. Boleh tak kali ni kemaskan bilik pula?" ✅
Ingat, dalam diri anak kita ada jiwa dan juga hati.
Makin kita lunakkan teguran kita, makin lunak hati dan jiwa anak-anak untuk mendengar nasihat dan teguran kita ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🫤 Rasa diri LOSER? 🫤
Kadang mak mak ni rasa dirinya LOSER sebab :
👉 Stuck & terperangkap di takuk yang lama
Sebab tu walaupun surirumah sepenuh masa sekalipun tetap kena buat Daily-Self Improvement contohnya :
🌿 Baca buku setiap pagi
🌿 Tambah hafalan Al-Quran
🌿 Mengaji agama secara online
🌿 Menulis & buat konten baik² di medsos
dan banyak lagi. Yang penting kena tetap GROW & IMPROVE setiap hari. Deal? 🤝
#notaparentingTaufiqRazif
Mak mak semua yang nak Qurban last minute ni saya sarankan Qurban di sini :
5 Sebab utama kenapa saya sarankan berQurban di Qurban Barakah :
✅ Setiap lembu di Myanmar ditimbang. Ini paling eksklusif. Lembu mestilah berat, besar, dan sihat
✅ Peserta akan menerima gambar sembelihan sebelum, semasa, dan selepas penyembelihan
✅ Penerima daging Qurban anda adalah mereka yg benar-benar layak
✅ Pengiktirafan dari Mufti Sabah dan Majlis Agama Islam tempatan
✅ Berpeluang menang cabutan bertuah Pakej Umrah
( saya doakan mak mak di sini terpilih dapat tunai Umrah 🤲 )
Klik sini untuk berQurban sebelum ditutup 👇
https://qurbanbarakah.com/a17
https://qurbanbarakah.com/a17
https://qurbanbarakah.com/a17
#notaparentingTaufiqRazif
🤬 Asyik nak marah² je? 🤬
Bila kita asyik nak marah² je walaupun anak buat salah kecil, yang perlu kita baiki adalah DIRI KITA
🙅 bukannya baiki ANAK KITA
Mungkin dah sampai masanya untuk kita lalui 'healing journey' dengan diri kita sendiri
Ya Allah. Tunjukkan pada kami akar masalah pada diri kami dan rawat & angkatlah ia daripada diri kami 🤲
" Menyedari kesalahan diri adalah permulaan untuk perjalanan Self-Discovery & perkenalan dengan diri sendiri. Sungguh, ia adalah hadiah terindah daripada Tuhanmu, jika kamu memahami "Nota kaki : Esok pukul 9 pagi kita belajar perkara yang lebih tentang apa itu Self Discovery ya ❤️
🫨 Asyik nak bebel anak je? 🫨
Bebel bukan tak boleh tapi jaga bebelan kita daripada :
🙅 ada kata² merendahkan
🙅 ada kata² melabel
🙅 ada kata² makian
🙅 ada kata² membandingkan
🙅 ada kata² kritik keterlaluan
Sebab apa tak boleh? Sebab bebelan kita :
👉 akan jadi Inner Voice anak
Kalau selalu kritik dia, akan ada suara hati yang mengkritik diri dia sendiri sampai DEWASA 🤬
Kalau selalu rendahkan diri dia, akan ada suara hati yang mengatakan diri dia tak berguna sampai BILA-BILA 😭
"Percakapan & perbualan yang indah dengan anak akan menjadi suara hati yang menenangkan & mententeramkam diri anak buat selamanya"
Ya Allah..
Jadikan anak-anakku
- Cerdas emosinya
- tangkas fizikalnya
- cemerlang akademiknya
- baik budi pekertinya
- terpelihara akhlaknya
- sopan santu dengan orang tua
- terjaga maruahnya
Makbulkan doaku ini
wahai Dzat yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang 🤲
🤬 Jerit-jerit pun tak jalan? 🤬
Ya, bila kita selalu guna nada yang tinggi, menengking dan menjerit maka akan ada masanya anak akan mengalami :
👉 Emotional Numbing
Waktu tu anak jadi tak kisah dah kita jerit ke marah ke tengking ke. Kadang dia jadi susah nak rasa apa apa emosi dah 🥲
Untuk bagi anak yang begini dengar arahan, boleh cuba buat 3 perkara ni :
1. Pergi ke depan wajahnya
2. Pegang bahu atau belakangnya
3. Cakap elok elok guna nada suara yang sangat rendah
insyaAllah dia akan ikut arahan kita. Cubalah sendiri nanti 🫰
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Alamak! Selama ni kita amal Fear-based Parenting ke? 😰
Kita kadang tak sedar, rupanya selama ni kita amal fear-based Parenting kalau kita :
👺 Nak anak sempurna je
👺 Banyak sangat arahan
👺 Banyak sangat pantang
👺 Banyak sangat larangan
👺 Wajib 'behave' setiap masa
👺 Kena ikut 100% cakap kita
👺 Selalu sangat guna perkataan neraka, derhaka, tak redha, sampai hati, rotan dan cepat sikit
Anak yang membesar dalam fear-based Parenting ni biasanya lebih kasar, mudah kena anxiety, moody, pendiam dan boleh jadi depression
Tapi kalau mak ayah dah mula sedar dan cuba berubah insyaAllah jangan risau. Masih belum terlambat okay 👌
#notaparentingTaufiqRazif
👨🔬 Nak rahsia anak berjaya? 👩🔬
Salah satu rahsia anak hebat dan berjaya adalah bila kita :
👉 Jadikan BUKU sebagai Family Culture
❌ Beli buku sekolah semata
❌ Beli buku cikgu suruh beli je
✅ Buat tabung untuk beli buku
✅ Ada mini library dalam rumah
✅ Pergi pesta buku sekeluarga setiap tahun
Dah tahu ni terus buat boleh? Cuma anak-anak yang masih ketagih hp tu kalau boleh kurangkan ketagihan dia ya
Sebab anak yang ketagih hp ni memang susah nak fokus baca buku. Dia akan jadi cepat bosan dan cepat mengantuk
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Takut anak terjebak benda yang tak elok? 😰
Sebab tu dalam parenting ni juga ada istilah yang namanya Perkenalkan Jahiliyah pada anak
Kadang kita TERLAMPAU lindungi sangat anak daripada DUNIA sehingga kita SEMBUNYIKAN semuanya daripada pengetahuan anak kita
Nak taknak kita kena bagitahu anak kita :
☠️ Tak semua orang itu baik
☠️ Hasad & dengki itu nyata
☠️ Masyarakat "hypersexual" itu ada
☠️ Pergaulan bebas itu nyata
☠️ Tak semua agamawan itu mencerminkan Islam yang sebenar
☠️ Kawan yang nampak baik itu kadang yang merosakkan kita
Dan banyak lagi. Ya, kena cerita pada anak! Tak boleh sorokkan secara berlebihan 🙅
Ya Allah lindungi keluarga dan anak anak kami semua. Hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami minta pertolongan 🤲
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak remaja selalu memberontak? 🥵
Anak remaja terutama umur 13-18 tahun paling perlukan AYAH nya
Di umur ini dia paling perlukan :
👉 Connected Father
Apa ciri connected father?
🙆♂️ Selalu bercerita dgn anak
🙆♂️ Selalu bersukan bersama
🙆♂️ Tak terlampau sibuk
🙆♂️ Kurangkan tengok handphone bila bersembang dengan anak
Ketahuilah wahai ayah. Anakmu sangat perlukanmu melebihi keperluanmu kepadanya
👽 Macam tak kenal dah anak sendiri? 👽
Makin anak meningkat remaja, makin berubah perangai dan sikapnya
Sebab itulah fasa dia mencari IDENTITI DIRI 👣
Tapi JANGAN berlamaan kita biarkan mereka "hanyut" sendirian 🙅🙅🙅
Gunakan teknik PACE & LEAD :
1. Sesekali ambil tahu trend terkini dalam dunia anak kita
2. Bersembanglah juga perkara yang disembangkan oleh anak² remaja bersama anak kita
3. Setelah itu perlahan-lahan kita selitkan nasihat & bimbingan juga
#notaparentingTaufiqRazif
Pemberitahuan
Eh lupa nak bagitahu. Mak mak yang nak cepat pandai edit dan design Canva (dalam masa 2 jam) boleh baca di sini ya 👇
https://templatemudah.com/order/form/KCB2P/96
#EmpowerIbuIbu
🤷♀️ Nak didik apa pada anak perempuan? 🤷♀️
Antara perkara paling penting kena didik pada anak perempuan adalah :
👉 Didik Self-reliance anak perempuan
Self-reliance : Kemampuan anak untuk berdikari & tak berharap pada orang lain kecuali hanya kepada Penciptanya
4 cara didik self-reliance anak perempuan :
i. Bagi tugasan pada dia
ii. Minta anak jaga adik-adiknya
iii. Latih anak buat keputusan sendiri dalam hidupnya
iv. Ajar anak untuk berdoa setiap kali dia nak sesuatu
#notaparentingTaufiqRazif
🤬 Anak kurang empati? 🤬
Antara tanda anak kurang empati :
💥 Agak kasar
💥 Tak fikir pasal orang lain
💥 Susah nak faham bila cakap berlapik
💥 Kurang sensitif dengan perasaan dan emosi orang lain
Tapi jangan risau, empati ni boleh diasah dan diajarkan ❤️
Mungkin dah sampai masa untuk kita : Teach empathy through experience
🌷 Panggil nama manja dia
🌷 Buat baik pada dia
🌷 Kurangkan marah² dia
🌷 Fahami emosi dia
🌷 Guna nada penuh kasih syg
🌷 Tegur anak penuh kelembutan
Belajar sesuatu berharga tak hari Jumaat ni?
#notaparentingTaufiqRazif
🥲 Penatnya Jadi Ibu? 🥲
Mungkin dah sampai masa mak mak semua untuk :
👉 Embrace the chaos
Ya, parenting ni memang akan penuh dengan unpredictable moods, meltdowns and messy schedules dan bermacam lagi
Mungkin dah tiba masanya untuk mak mak semua :
🌹 Let go of perfectionism
🌹 Enjoy the present moments
🌹 Accept the imperfections
Kadang tak perlu sempurna untuk merasa bahagia..
Kadang yang diperlukan adalah rasa menerima & rasa redha sahaja. Ketika sudah mendapat "rasa" itu..
..jangan pelik tiba-tiba sahaja semuanya bertukar ceria & bahagia 🌷
#notaparentingTaufiqRazif
Selamat Hari Raya Aidiladha semua!
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ عيد مبارك
Saya doakan Allah berikan mak ayah semua keluarga yang bahagia, anak yang soleh solehah & berkumpul di syurga semuanya suatu hari nanti.
aamiin aamiin 🤲
Nota kaki : Ehem, bagi la ❤️ sikit tanda dah baca ucapan & doa ni
#notaparentingTaufiqRazif
🤷 Self-Discovery? Apa tu? 🤷
Self-discovery adalah sebuah perjalanan ke dalam diri (journeying inward)untuk mengenal diri dengan lebih mendalam.
• Siapakah diriku?
• Apa tujuan hidupku?
• Ke mana destinasi aku?
• Apa pegangan aku?
• Apa tugas & perananku?
• Apa kehendak & kemahuanku?
• Apa hobi & minatku?
• Apa kekuatan & kelemahanku?
Rugilah mereka yang tak melalui Self-Discovery ini kerana biasanya mereka akan menyesalinya bila di hujung usianya nanti 😭
Lagi lagi ketika semua anak anak dah besar dan kita pun dah berusia lanjut‼️
Pernah tak terfikir masalah & keserabutan yang dirasakan sekarang hanyalah "Push Factor" daripada Pencipta untuk kita mula mengenal diri kita dan akhirnya mengenal Dia?
Hmm..Sama samalah kita renung sejenak bersama sama 🌷
#notaparentingTaufiqRazif
😩 Anak tak hormat? 😩
Kadang anak boleh jadi kurang adab & tak hormat pada ibunya sendiri sebab dia belajar dengan :
👉 Watching & Observing
Cara si anak melayan si ibu bergantung juga kepada :
🌿 layanan ayah pada ibunya
🌿 layanan adik beradik si ibu
🌿 layanan anak sulung pada si ibu
" Wahai suami. Jagalah martabat si ibu di depan anak anaknya. Jangan tengking si ibu di depan anak anaknya. Jangan pula merendah-rendahkannya "
🥱 Tak ada idea nak bawa anak berjalan ke mana? 🥱
Kalau boleh bawalah anak ke tempat yang cukup elemen alamnya :
🌞 Ada sinar matahari
🌊 Ada bunyi air atau ombak
🌴 Ada pemandangan hijau
🪨 Ada tanah dan rerumputan
🌬️ Ada angin sepoi-sepoi bahasa
Anak zaman sekarang ni paling mudah kena Nature Deficit Disorder (resah,gelisah,moody) sebab jauh daripada alam, selalu berkurung dalam rumah dan hanya main game je
#notaparentingTaufiqRazif
😮💨 Asyik merengek je? 😮💨
Antara perangai anak yang buat mak mak naik angin ni adalah perangai MERENGEK yang tak jelas
Mak mak naik angin sebab :
- tak faham apa anak nak
- tak tahu sebab apa
- banyak kerja lagi nak buat
Itulah kenapa kena ajar anak untuk :
👉 Communicates their needs
Ajar anak vocabulary & cara nak bagitahu jika :
🗣️ lapar
🗣️ haus
🗣️ sakit badan
🗣️ panas
🗣️ rasa nak demam
🗣️ marah
🗣️ sedih
dan lain-lain. Belajar sesuatu berharga tak harini? ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🤓 Nak tajamkan otak anak? 🤓
Sebenarnya ada cara untuk bagi otak anak hebat & jadi lebih tajam TANPA KELUAR KOS 😎
Nak tahu tak apa?
Caranya adalah dengan buat aktiviti Mental Stimulation dengan anak.
Contoh aktiviti Mental Stimulation :
🏆 Minta hafal 10 Hadis pendek
🏆 Main teka teki dalam kereta
🏆 Main rubic cube sama sama
🏆 Buat kuiz pada anak anak
🏆 Bertanding siapa congak sifir paling laju
Dan banyakkk lagi aktiviti lain sebenarnya.
Jadi sebenarnya tak susah pun nak latih otak anak jadi hebat ni jika tahu caranya 🤫
#notaparentingTaufiqRazif
😒 Anak selalu merungut? 😒
Anak ni bila kita tak ajar dia untuk bersyukur dia akan mudah :
⛔ Merungut
⛔ Banding-bandingkan
⛔ Nak lebih lagi
⛔ Selalu rasa tak cukup
⛔ Tak pandai hargai penat lelah orang lain
Sebab tu lah saya sendiri jadikan rutin anak anak untuk sebut 3 perkataan ni :
i. "Terima kasih Allah"
ii. "Terima kasih Ummi"
iii. "Terima kasih Abi"
Dan saya pun akan selalu sebut perkataan terima kasih ni pada anak anak bila dia dah tolong saya buat sesuatu
Jom mulai harini jadikan perkataan ni sebagai Family Culture kita semua boleh? 😉👌
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Aduh anak buat hal? 😰
Selagi kita rasa LAPAR, selagi itulah kita akan cari MAKANAN.
Begitulah seorang anak, selagi dia :
🙅 Tak rasa didengari
🙅 Tak rasa diakui
🙅 Tak rasa dipeduli
🙅 Tak rasa disayangi
Selagi dia tak rasa ni semua maka dia akan "protes" diam-diam dengan buat bermacam hal dan perangai
Jadi bila anak buat hal & perangai cuba tengok yang mana satu yang dia terkurang atau tak terisi
insyaAllah bila berjaya diisi kekurangan itu, semua perangai dia akan hilang dan kembali normal seperti sediakala ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
😟 Risau anak perempuan? 😟
Ya, ni lah zaman yang mana ramai anak perempuan tercari-cari External Validation daripada 'public'
Apa tanda-tandanya?
🤳 Suka bermekap berlebihan
🤳 Ketagih dipuji, diberi likes
🤳 Berlebihan selfie
🤳 Berlebihan tayang kecantikan di media sosial
Anak perempuan akan tercari-cari External Validation bila dia low self-esteem.
Sebab tu di awal umur lagi kita kena bagi kata-kata pujian ini :
🦋 Puji kecantikan dia
🦋 Puji usaha dia
🦋 Puji potensi dia
🦋 Puji kesabaran dia
Pujian yang bagus & sederhana boleh membawa kebaikan dan mengubat luka emosi anak
😭 Rasa jauh je dengan anak? 😭
Yang buat rasa jauh tu kebanyakannya disebabkan oleh "lack of connection"
Nak taknak kena cari cara macam mana nak "connect" dengan anak kita 🤔
Kadang "connection" tu boleh jadi dalam bentuk :
🦋 Bersembang dengan anak
🦋 Berdating dengan anak
🦋 Masak-masak dengan anak
🦋 Borak tentang kawan² anak
🦋 Main game dengan anak
🦋 Solat berjemaah dengan anak
Agak agak dah ada idea dah nak buat apa dengan anak harini? Kalau ada bagilah ❤️ sikit
#notaparentingTaufiqRazif
✌️Nak asah Sense of Responsibility anak? ✌️
Ini 10 rutin untuk buatkan anak jadi makin bertanggungjawab :
1. Solat awal waktu
2. Letak baju kotor dlm bakul
3. Kemas katil sendiri
4. Bersihkan bilik air sendiri
5. Ikuti Jadual Tugasan Rumah
6. Siapkan adik ke sekolah
7. Siram pokok awal pagi
8. Bersihkan halaman rumah
9. Cuci pinggan lepas makan
10.Bagi makan binatang peliharaan
Yang penting adalah...
❌ Jangan paksa-paksa anak
❌ Jangan bagi tugas yang tak sesuai dengan kemampuan dan umur anak
✅ Selitkan dengan pujian, ganjaran, galakan & pelukan bila anak buat tugasan-tugasan rumah yang ditetapkan
#notaparentingTaufiqRazif