Doakan misi saya nak selamatkan 1 JUTA anak-anak daripada melekat & ketagih dengan hp dan gajet tercapai boleh? 🤲
Ya, ni semua set Ganti Gajet yang dah terjual haritu. Sekarang ni ready stock cuma sikit sangat je lagi.
Yang dapatkan set ready stock hari ini akan dapat :
💰 Peluang menang cabutan bertuah duit raya RM200, RM100 dan RM50
💰 Soft Copy Bonding Paper Toys bernilai RM59
💰 Formula Rahsia Ibu Sihat & Bahagia by Dr Nabilah bernilai RM50
💰 Kupon diskaun RM20 untuk pembelian seterusnya
Total Bonus Anda = RM129 + Cabutan bertuah 😱
Siapa cepat dia dapat ya. Dah habis saya delete post ni 🥶
Dapatkan segera di sini 👇:
Gantigajet.com
Gantigajet.com
Gantigajet.com
😭 Selalu sibuk tak? 😭
Kalau anda jenis mak ayah yang sibuk sampai kadang tu tercicir untuk jaga dan didik anak betul-betul, sekurang-kurangnya :
⚠️ Elakkan daripada amalkan Guilt-Ridden Parenting Style ⚠️
Apa tu❓
Guilt Ridden Parenting Style ni adalah kita nak didik anak tapi dalam hati tu sebenarnya cuba cover balik rasa bersalah kita pada anak
Tanda-tanda Guilt Ridden Parenting Style :
❌ Suka beli mainan banyak
❌ Terlampau manjakan anak
❌ Tak kisah anak buat apa pun
❌ Beli je semua anak minta
❌ Tabur duit pada anak
p/s : So kalau pasangan ada buat macam ni, tolong ingatkan dia ya sebab efek pada anak nanti kalau berlebihan
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Anak nampak pendiam? 😭
Kadangkala anak jadi pendiam sebab dia TRAUMA untuk bersuara ( afraid to express their feelings )
So benda paling penting kita kena buat adalah :
👉 Create safe space untuk anak
Ni 3 cara untuk create safe space untuk anak :
1. Bagi anak habis luah dulu
2. Jangan kritik perasaan anak
3. Jangan marah bila anak luah apa dia rasa
" Anak yang mampu meluahkan akan mampu untuk memproses emosi negatif di dalam diri "
#notaparentingTaufiqRazif
🏃♂️ Nak kenal anak dengan lebih mendalam? 🏃♀️
Cara mudah nak kenal anak kita dengan lebih mendalam adalah :
👉 Kena jadi Observant Parent
Apa Observant Parent selalu buat bila dengan anak?
🤔 Perhati perangai anak
🤔 Perhati karakter anak
🤔 Perhati perubahan anak
🤔 Perhati perkembangan anak
🤔 Perhati minat dan bakat anak
Dan banyak lagi. Paling penting Observant Parents ni biasanya perasan benda benda yang kecil dan detail tentang anaknya
p/s : Anak kadang suka bila mak ayah perasan tentang perubahan dirinya. Cuma jangan melampau sangat tunjuk pada anak remaja, nanti anak rimas 😅
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Risau anak mudah sangat terpengaruh? 😰
Sebab tu di awal usia lagi kita kena :
👉 Didik Self-Identity anak
Self identity ni ada banyak komponen sebenarnya
🌷Personal values
🌷Gender identity
🌷Cultural identity
🌷Social identity
Tapi kalau nak mudah faham Self Identity tu kita didik anak sampai dia jadi susah nak terpengaruh dengan benda luar
Dan self identity terbaik untuk didik anak adalah Muslim Identity
p/s : Nanti esok insyaAllah saya kongsi lagi tentang Muslim Identity ok. Stay tuned 😉
#notaparentingTaufiqRazif
Salah satu rancangan kegemaran anak saya adalah Number Blocks ni
Rupanya ramai mak ayah terkejut tengok anak anak tiba jadi pandai Matematik bila tengok cerita ni
Sekarang ni cerita ni dah masuk ke Durioo+, sebuah platform yang bertapis dan selamat untuk anak anak kita
Boleh cuba 3 bulan dulu kalau nak try. Dan sempena Ramadan, pihak Durioo+ nak bagi FREE 2 bulan langganan
Nanti tengok detail dan langgan di sini ya 👇
https://durioopluspro.onpay.my/order/form/dp01-0109/SilaKlikSini
😰Anak kedua suka buat hal?😰
Kebanyakan anak kedua suka buat perangai sebagai tanda protes kerana :
🥵 Merasa dipinggirkan
🥵 Merasa tak dipedulikan
🥵 Merasa dibandingkan
🥵 Merasa diperkecilkan
🥵 Merasa kerdil dibandingkan abang/kakak sulung
Ini semua adalah antara 'root problem' terbesar kenapa anak kedua suka buat perangai yang kadangkala melarat hingga umur dewasa‼️
Untuk selesaikan isu perangai anak kedua memang kena cari apakah 'root problem' yang dialami & dirasakan oleh anak kedua barulah insyaAllah senang nak diselesaikan masalahnya 🥰
#notaparentingTaufiqRazif
🕋 Nak anak soleh? 🕋
Kalau nak anak soleh solehah kena la selalu ajar & didik mereka tentang Pencipta mereka
Sini saya bagi formula mudah untuk mak mak semua bina skrip untuk ajar anak anak tentang Pencipta mereka
Puji + ALLAH
Contoh :
💓 "Wah. Bersih habis meja ni Along kemaskan. Allah suka sangat orang yang pembersih"
💓 "Terima kasih Angah tolong ibu cuci pinggan. Allah mesti bagi pahala yang banyak pada anak anak yang suka berbakti pada ibubapanya"
Senang kan? Cuma cantumkan pujian pada anak + kaitkan dengan Allah terus
Memang mula-mula agak kekok nak sebut semua ni. Saya dulu pun macam tu 😅
Tapi paksa je diri tu sebut lama-lama nanti boleh nampak perubahan pada diri dan anak anak insyaAllah 👌
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Anak asyik merajuk? 🥵
Sebenarnya mak mak ni ada satu teknik yang boleh :
💓 Ikat hati anak-anak
💓 Bina memori terdalam anak
💓 Isi tangki emosi anak
Apa teknik tu?
Tekniknya adalah : Mom's Cooking
Mak mak tak sedar sebenarnya memasak untuk anak-anak ni buatkan hati anak anak jadi mudah taat dan create deep memories yang akan diingati anak sampai bila-bila
Sebab tu bila seorang ibu meninggal, yang anak-anak paling rindukan biasanya adalah masakan ibunya. Aduh sebak la pulak 😢
p/s : Mak mak biasanya tak perasan benda ni sampailah terpaksa berjauhan dengan anak suatu hari nanti
#notaparentingTaufiqRazif
🤲 Nak jadi keluarga BAHAGIA & HEBAT di bulan Ramadhan tak? 🤲
Sempena nak masuk Ramadhan ni cuba buat 7 perkara ni dalam keluarga masing masing :
1. BAIKI balik rutin harian
2. BAIKI balik ibadah harian
3. BAIKI balik priority hidup
4. BAIKI balik kesabaran kita
5. BAIKI hubungan dgn Pencipta
6. BAIKI hubungan dgn anak
7. BAIKI hubungan dgn pasangan
InsyaAllah bila improve je 7 perkara ni dalam hidup mak ayah semua walaupun cuma 1%, memang hidup sekeluarga akan jadi lebih indah, lebih bahagia dan lebih bermakna 💓
p/s : Cubalah sendiri nanti 😘
#notaparentingTaufiqRazif
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♀️ Siapa sini nak jadi ibu yang hebat pada anak anaknya? 🙋♀️
Ok saya share sini salah satu rahsia untuk jadi ibu yang hebat :
👉 Latih diri untuk jadi Reflective Mother
3 cara nak jadi Reflective Mother :
1. Kenal emosi sendiri
2. Mampu pantau emotional state diri sendiri
3. Memahami dan mampu respon dengan baik bila anaknya beremosi
p/s : Tapi saya faham je bila seorang ibu dalam keadaan Stress dan Burnout memang buat apa pun serba tak kena 😢
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Anak perempuan nak baligh? 😱
Anak perempuan biasanya capai umur akil baligh ketika berumur 9-12 tahun
Ni 5 perkara kena ajar anak perempuan sebelum umur akil baligh :
1. Ceritakan apa itu akil baligh
2. Ceritakan tentang darah haid
3. Ajar tentang cara handle dan cuci darah haid
4. Ajar tentang apa yang wajib atas dia bila dah baligh
5. Ajar dia tentang perubahan yang bakal berlaku pada badan dia bila dah masuk umur baligh
Nampak mudah tapi sebenarnya perlukan kemahiran juga nak cerita benda ni semua
Sebab tu saya sangat sarankan mak ayah semua belajar tentang ilmu pendidikan seksualiti supaya boleh ajar dan didik anak di zaman yang sangat mencabar ini
Saya recommend belajar daripada pakar penceramah pendidikan seksualiti, Tuan Akhi Fairuz dengan klik sini 👇
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-ps01/67
#notaparentingTaufiqRazif
💃 Nak layan anak kita dengan lebih baik? 💃
2 perkara paling penting WAJIB BUAT bila nak baiki cara kita layan anak adalah :
i. Belajar kurangkan STRESS
ii. Belajar kurangkan BURNOUT
Sebab apa? Sebab stress dan burnout ni buatkan seorang ibu :
😭 Jadi cepat serabut
😭 Jadi mudah marah marah
😭 Jadi mudah naik tangan
😭 Jadi rasa nak putus asa
😭 Jadi rasa tak dihargai
😭 Jadi lesu sepanjang masa
😭 Sampai ada yang jadi muncul fikiran nak bunuh diri
Dan bermacam lagi 🥵
p/s : Saya nak sangat bantu mak mak semua sebab tu InsyaAllah saya dalam proses siapkan 50 Formula Mudah untuk kurangkan Burnout & Stress Ibu. Doakan boleh siap secepatnya 🤲
"Ya Allah. Angkatlah segala bebanan stress dan burnout para ibu dalam Keluarga Besar Telegram ini Ya Allah. Amin"
#notaparentingTaufiqRazif
Ayah, jadilah Nurturing Father‼️
Antara ciri Nurturing Father :
🙋♂️ Sangat ambil berat hal anak
🙋♂️ Suka bantu isteri jaga anak
🙋♂️ Jaga anak bila sakit
🙋♂️ Suka involve dengan pendidikan anak
Anak anak suka sangat Nurturing Father sebab :
✔️ Rasa disayangi
✔️ Rasa dicintai
✔️ Rasa diperhati
✔️ Rasa ada orang ambil berat
p/s : It's ok kalau si bapa masih agak kaku untuk involve dalam hal anak anak asalkan dia dah cuba sedaya upaya dia. Biasalah cara kita dibesarkan berbeza 💪
#notaparentingTaufiqRazif
Ayah, jangan jadi Absent Father pada anak‼️
Apa je ciri Absent Father ni?
🤷♂️ Terlampau sibuk
🤷♂️ Self-centered
🤷♂️ Pentingkan diri
🤷♂️ Kurang empati
🤷♂️ Tak bertanggungjawab
Banyak kesan buruk Absent Father ni buat anak-anak antaranya :
❎ Anak ada masalah disiplin
❎ Anak jadi memberontak
❎ Anak senang depressed
❎ Anak ada masalah mental health
p/s : Apa pun saya percaya ayah ayah dalam ni jenis ayah yang mithali dan bertanggungjawab semuanya
p/s : Susah nak cari ayah yang suka belajar ilmu parenting ni. Tahniah pada para ayah yang ada dalam Keluarga Besar Telegram kita ni 👏
#notaparentingTaufiqRazif
🤧 Anak asyik terperap? 🤧
Zaman sekarang ni ramai sebenarnya anak ada masalah terperap di rumah sebab :
📌 Banyak main game
📌 Kejiranan tak ok
📌 Tak kenal jiran
📌 Tak selamat
📌 Dan lain-lain
Kesannya adalah anak jadi terlampau Introvert, tak ada skill berkomunikasi dan lemah EQ dia
Sebab tu kita kena :
👉 Encourage Community Involvements pada anak
Iaitu dengan cara :
👥 Selalu ajak anak ke surau
👥 Ajak anak gotong royong
👥 Ajak anak ziarah menziarahi
👥 Ajak anak edar makanan pada jiran
' Kejayaan anak bukan terletak pada IQ dan akademik semata tapi juga bergantung pada cara dia bergaul dan bersosial dengan orang di sekelilingnya '
#notaparentingTaufiqRazif
🤧 Nak tenangkan anak? 🤧
Di awal usia anak kita biasanya ada masalah self-control :
💥 Terlalu excited
💥 Terlalu sensitif
💥 Terlalu agresif
💥 Terlalu memaksa
💥 Terlalu menuntut
Jadi nak taknak kita kena belajar tenangkan mereka dengan :
👉 Gunakan teknik Co-Regulation
Teknik ni adalah kita didik anak kita untuk tenangkan diri dia dengan kita tenangkan diri kita dulu
Kita ajar anak kita cara untuk hadapi semua emosi tu. Dia akan perhatikan kita dan dia akan belajar daripada kita
"Ketenangan hati ibubapa adalah ubat mujarab untuk tenangkan jiwa dan hati anak anaknya"
#notaparentingTaufiqRazif
🧠 Nak jaga otak anak? 🧠
Kalau mak ayah semua serius nak jaga & lindungi otak anak kena jauhi 7 perkara ni :
1. Neglect
2. Malnutrition
3. Toxic stress
4. Sleep deprivation
5. Exposure to Toxin
6. Physical Abuse
7. Excessive Screentime
Antara 7 perkara ni yang mana kita masih biarkan terjadi pada anak-anak kita? Kesian otak depa 😢
p/s : InsyaAllah kalau ada masa nanti saya explain satu persatu ya. Doakan saya tak lupa 😅
#notaparentingTaufiqRazif
🌿 Nak didik anak ada Muslim Identity yang kuat? 🌿
Anak yang ada Muslim Identity yang kuat jadi susah dipengaruhi unsur tak elok walaupun dia berjauhan daripada ibubapa tau
Ni 5 cara nak bentuk Muslim Identity yang kuat dalam diri anak 😉
Didik anak untuk :
1. Bangga dengan agama Islam
2. Tak malu pakai pakaian bertema Muslim/Muslimah
3. Tahu Purpose of Life
4. Cerita tentang sejarah Nabi
5. Cerita siapa diri dia yang sebenarnya
Nampak macam biasa kan tapi anak yang ada sense of Muslim Identity ni berbeza dengan anak yang lemah self-identity nya
Anak yang lemah jadi mudah terikut, lost dan tercari cari siapakan diri dia yang sebenarnya 😭
#notaparentingTaufiqRazif
🙆♀️ Nak anak suka kita? 🙆♂️
Bila anak suka kita dia akan banyak :
🌿 Berbual dengan kita
🌿 Bersembang dengan kita
🌿 Meluah pada kita
🌿 Kongsi perasaan dia
Nak anak suka buat semua benda ni mudah je. Caranya adalah :
👉 Pay Attention to Child's Interest
Contohnya :
🤹♂️ Kita suka apa anak kita suka
🤹♂️ Tahu makanan favourite dia
🤹♂️ Kenal kawan baik anak kita
🤹♂️ Ambil tahu hobi setiap anak
🤹♂️ Tahu nama watak kartun kegemaran dia
p/s : Belajar sesuatu yang bernilai harini? 🌷
#notaparentingTaufiqRazif
😩 Rasa diri tak berguna? 😩
Ok, sesekali mak mak semua kena MINTA TOLONG suami untuk buat 2 benda ini :
1. Validate mom's emotions
- dengarkan luahan
- respon dengan baik
- jangan cantas apa kita luah
2. Recognising good effort
- minta sesekali suami puji
- minta sesekali suami perasan perubahan baik pada diri
🗣️ "Tapi doktor, segan la nak cakap kat suami benda gini"
👨⚕️"Sometimes, kita kena cakap je terus terang apa kita nak. Sebab lelaki ni jenis susah nak faham benda berlapik dan indirect ni"
👨⚕️"Percayalah, banyak masalah boleh timbul bila kita tak baiki komunikasi kita dengan suami"
p/s : Belajar sesuatu harini? ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🤔 Anak mengadu bosan? 🤔
Nak tahu tak apa ubat terbaik untuk kebosanan anak?
Solusi terbaik adalah :
👉 Don't solve the boredom‼️
Ya, kadang tanpa sedar kita selalu nak selesaikan masalah anak padahal ada perkara-perkara yang kita tak perlu selesaikan pun sebab itu yang terbaik untuk anak kita 👌
Salah satu contoh adalah KEBOSANAN. Rasa bosan ini sangat bagus untuk TRIGGER CREATIVITY dalam diri anak
1. Mula mula anak rasa bosan
2. Mula mula mmg dia tak tahan
3. Tiba-tiba otaknya 'menyala'
4. Otak anak akan mula cari solusi kreatif untuk hilangkan kebosanannya
"Boredom is precursor to Creativity"
p/s : Belajar sesuatu yang mahal harini? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
🌷 Nak bahagiakan anak sulung? 🌷
Anak sulung ni special sangat dalam hati seorang ibu ♥️
Dialah anak, dialah teman, dialah kawan, dialah pendengar, dialah penyerap tekanan dan dialah segalanya bagi seorang ibu
Ada kajian menunjukkan bahawa Deep Talk ni boleh tingkatkan happiness level anak anak
Deep Talk ni buatkan anak terutamanya anak sulung rasa difahami, didengari dan dicintai
Cara nak Deep Talk dengan anak sulung :
🗣️ Bertenang dulu
🗣️ Jangan gopoh
🗣️ Bercakap dari hati ke hati
🗣️ Jangan tanya soalan surface sangat
🗣️ Banyakkan tanya soalan dari hati ke hati contohnya :
" Hmm. Kak Long bahagia tak dengan Mama? "
" Apa Kak Long paling nak sangat dalam dunia ni? Cuba Kak Long cerita kat Ummi"
"Abang Long suka Mama jadi Mama yang macam mana? Cuba Abang Long kongsi kat Mama"
p/s : Deep Talk ni nampak je simple tapi buatkan anak sulung kita rasa sangat dihargai dan dia akan rasa sangat bahagia dalam hatinya 💓
#notaparentingTaufiqRazif
🙅♂️ Nak elak anak terjebak masalah sosial? 🙅♀️
Antara fasa kritikal seorang anak adalah ketika nak masuk fasa remaja, fasa remaja dan fasa awal remaja
Cuma bila masih di awal usia, kena mula buat 4 benda ni dah sebenarnya untuk elak anak ada masalah sosial :
i. Ajar anak tentang Ikhtilat
ii. Pastikan anak solat 5 waktu
iii. Ayah kena usaha jadi Involved Father
iv. Jaga mata anak daripada melihat benda yang boleh trigger nafsu syahwat dia
Jadi tolong sangat hati-hati dengan TV & handphone yang anak kita tengok tiap hari tu
Lagi-lagi kalau anak suka tengok handphone bersendirian dalam bilik! Itu redflag paling besar! 🚨
p/s : Saya sarankan mak ayah semua subscribe Durioo+ je di rumah supaya senang takyah pantau sangat sebab bertapis dan patuh syariah
klik sini untuk subscribe : https://durioopluspro.onpay.my/order/form/dp01-0109/SilaKlikSini
#notaparentingTaufiqRazif
🏃♂️ Nak anak berdisiplin tak? 🏃♂️
Anak yang disiplin ni lebih mudah berjaya dalam hidupnya kelak
Ni 3 cara untuk jadikan anak kita ada Self-Discipline :
i. Buatkan jadual harian anak
ii. Puji bila anak berjaya ikut jadual tersebut
iii. Bagi juga sedikit kebebasan & leisure untuk anak agar dia tak tertekan
Anak yang ada Self-Discipline ni dia boleh push diri dia walau apa juga keadaan emosi dia 💪
Dan anak yang tinggi disiplin ni biasanya yang akan lebih berjaya kelak dalam hidup dia
p/s : Rutin paling hebat yang kita boleh didik anak adalah didik anak solat tepat pada waktunya 🤗
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♂️ Nak anak pandai survive? 🙋♂️
Kita tak tahu juga berapa lama kita boleh berada di sisi anak kita kan
Sebab tu kita kena cepat cepat ajar anak untuk survive walaupun tanpa kita di sisi
Jadi apa nak buat?
Paling penting adalah kena ajar anak Empowerment
Empowerment adalah kita didik dia untuk :
✅ Buat keputusan sendiri
✅ Berdikari
✅ Berani buat tindakan
Anak yang Empowered adalah anak yang mampu berdikari, mampu buat keputusan dan mampu buat tindakan yang baik untuk diri dan adik beradik dia
Masa ni lah baru kita rasa lega sangat sebab tahu dia boleh survive walaupun tanpa kita di sisi
#notaparentingTaufiqRazif
🤫 Nak rahsia anak bijak? 🤫
Salah satu cara paling efektif untuk anak jadi bijak tanpa perlu usaha yang banyak adalah :
👉 Jadikan kereta sebagai tempat belajar & sekolah anak
🚙 Kurangkan muzik
🚙 Kurangkan pasang radio
🚙 Download & Pasang Al Quran
🚙 Bukakan dokumentari
🚙 Buka ceramah agama
🚙 Pasang video YouTube yang ilmiah seperti Ajar, Number Blocks dan sebagainya
Yang paling best, anak akan hafal dan belajar tanpa dia sedar.
Bayangkan berjam-jam kita travel balik kampung tu penuh terisi dengan ilmu
Dan kita sekeluarga dan anak anak jadi orang yang makin berilmu bila dah sampai kampung. Semuanya effortlessly
Amazing kan? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
👋 Nak elak anak keras hati? 👋
Kalau taknak anak keras hati kena belajar buat 3 perkara ni dengan anak anak :
1. Kurangkan suara nada tinggi
2. Kurangkan bagi hiburan
3. Kurangkan guna 'labelling words' ketika marah anak contohnya :
"awak ni pemalas la"
"adik ni nakal la"
"angah ni penakut sungguh"
Anak yang keras hati akan mudah memberontak dan kurang mendengar teguran
Anak yang lembut hatinya pula akan mudah taat dan senang menerima nasihat
#notaparentingTaufiqRazif
Ayah, jangan jadi Passive Father pada anak ‼️
Apa ciri-ciri Passive Father ni?
🙆♂️ Dia ada tapi macam tak ada
🙆♂️ Suka kunci diri dalam bilik
🙆♂️ Tak kisah anak buat apa pun
🙆♂️ Anak dianggap pengganggu
🙆♂️ Tak suka jaga anak
🙆♂️ Tak ambil tahu langsung ilmu parenting
Banyak kesan buruk Passive Father ni antaranya :
⛔ Isteri stress dan tertekan
⛔ Anak jadi jauh hati
⛔ Anak buat hal sendiri je
⛔ Anak boleh ada masalah pada perangai dan disiplinnya
p/s : Sebab tu saya nak sangat mak mak semua jemput ayah masuk ke Keluarga Besar Telegram kita ni
p/s : Kadang para bapa ni baca je perkongsian dalam telegram kita ni tapi mereka tak bagitahu 😘
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Bahaya tak pesan 5 perkara ni bila anak balik kampung 🥵
1. NO sentuh private parts orang
2. NO percaya semua orang
3. NO bagi orang sentuh sentuh
4. NO main kahwin betul-betul
5. NO mandi bogel walau dengan sepupu
Ni semua adalah sejenis pendidikan seksualiti yang kita WAJIB ajar pada anak anak.
Saya recommend sangat mak mak semua belajar ilmu ni dengan lebih mendalam daripada Pakar Ilmu Seksualiti untuk kebaikan anak anak dan keluarga
Di bawah adalah link untuk dapatkan ebook Pendidikan Seksualiti daripada Akhi Fairuz yang pakar dalam pendidikan seksualiti kanak kanak :
Klik sini 👇
https://akhifairuz.onpay.my/order/form/botp-ps01/67
p/s : Dapatkan segera sebab akan ditutup bila bila masa
#notaparentingTaufiqRazif