😭 Anak selalu buat mak mak stress dan serabut ? 😭
Rasa serabut & tertekan susah terjadi bila kita ada ketenangan & kebahagiaan yang kuat dalam diri.
Sebab itulah untuk dapat ketenangan & kebahagiaan diri kita kena :
👉 Jaga 'state of mind' diri kita
Bagaimana nak jaga state of mind diri kita?
🌷 Tahu limit diri
🌷 Belajar ilmu self care
🌷 Belajar ilmu parenting
🌷 Tahu Love Language sendiri
🌷 Belajar kawal emosi diri
🌷 Belajar cara kurangkan stress dan tekanan dalam diri
🌷 Dan banyak lagi
InsyaAllah ibu yang bahagia & tenang akan pandai membahagiakan dan menenangkan diri dan keluarganya 💓
#notaparentingTaufiqRazif
👶 Anak tak matang? 👶
Ada satu perkara je kita kena buat bila kita rasa anak kita ni tak matang & tak boleh fikir macam kita fikir, iaitu kita kena :
👉 Banyakkan bersabar
Kenapa?
Kalau ikut kajian, otak berfikir anak di bahagian Prefrontal Cortex otak hanya akan berkembang sepenuhnya ketika umur anak kita mencapai usia 25 tahun!
Sebab itulah kalau kita nak tenang dalam mendidik anak, kita kena :
🚸 Enjoy the process
🚸 Jangan nak lihat perubahan yang terlalu cepat pada diri anak
p/s : Nampak macam biasa ilmu ni tapi inilah mindset ibu ibu yang berjaya dalam mendidik anak anak mereka. Belajar sesuatu?
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Nak kurangkan pengaruh kawan-kawan pada anak? 😰
Antara cara nak buatkan anak kurang terpengaruh dengan kawan-kawannya adalah :
👉 Kuatkan ikatan hati kita dengan anak kita dengan rutin Daily Bonding
Contoh Daily Bonding kita boleh buat dengan anak :
🦋 Buat sarapan sama sama
🦋 Solat sama sama
🦋 Kemas bilik sama sama
🦋 Main mainan sama sama
🦋 Pergi kedai sama sama
Dan bermacam lagi rutin & aktiviti asalkan ianya membuatkan hati anak kita terikat dengan hati kita 🥰
Belajar sesuatu yang penting hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Emosi anak sakit? 😭
Emosi dan jiwa anak jadi sakit & tak stabil bila :
👉 Kita lakukan 'dismissing & supressing' pada emosi anak kita
Contohnya :
🚫 Kita jeling anak bila dia merengek
🚫 Kita hukum anak bila dia beremosi
🚫 Kita tengking anak bila dia menangis
Sebaiknya ibubapa kena :
🌿 Ajar anak handle emosi dia
🌿 Ajar anak cerita apa dia rasa
🌿 Ajar anak luah perasaan dia
🌿 Ajar anak cara untuk tenangkan diri sendiri ( coping mechanism )
Belajar sesuatu hari ni?
InsyaAllah masih belum terlambat untuk kita ubah diri kita untuk jadi ibubapa yang terbaik untuk anak anak kita ✌️
#notaparentingTaufiqRazif
🗣️ Anak remaja boleh memberontak? Apa nak buat? 🗣️
2 perkara terpenting kena buat bila anak nak masuk usia remaja adalah :
🌿 Kurangkan Micromanage & kurangkan Control anak sikit iaitu semua benda kita nak masuk campur dalam urusan hidup dia
🌿 Banyakkan mentoring & coaching anak kita dengan jadi sahabat dan teman baik dia
Ilmu ni nampak je remeh dan simple tapi sangat boleh elakkan anak memberontak diam diam di belakang kita, insyaAllah
Anak remaja kalau memberontak, sangat bahaya! Lebih bahaya daripada anak kecil yang memberontak! 😱
Jadi, mak ayah semua dah tahu apa nak buat bila anak dah mula masuk usia remaja?
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Anak remaja tiba-tiba jauhkan diri? 😱
Anak yang nak masuk usia remaja memang akan ada fasa 'pulling away' yang tersendiri
Pada fasa tersebut mereka akan jadi :
🦋 Lebih pendiam
🦋 Suka masuk bilik
🦋 Suka menyendiri
🦋 Banyak berfikir
Pada fasa tersebut anak kita sedang :
🏃 Mencari identiti sendiri
🏃 Membentuk dirinya sendiri
🏃 Dalam proses memahami diri
Fasa remaja adalah fasa yang mana seorang anak kecil sedang dalam proses menjadi 'functioning adult'
Jadi selagi ianya tak membahayakan diri & agama mereka, kita kena bagi sedikit privasi dan juga ruang untuk anak remaja kita
Boleh mak mak semua? Belajar sesuatu hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
🔴 Nak anak buat perkara yang kita suruh? 🔴
3 langkah supaya anak kita buat perkara yang kita suruh anak buat :
🥇 Do it first
- kita dulu yang buat
- kita demonstrate pada anak
🥈 Show excitement & enthusiasm
- tunjuk betapa kita enjoy perkara tersebut
- tunjuk betapa kita teruja nak buat perkara tersebut bersama anak anak kita
🥉 Praise & celebrate them
- puji usaha anak kita tunjukkan
- raikan usaha anak kita samada dengan pujian, hadiah mahupun penghargaan
Mudah kan? Langkah ini boleh diguna untuk banyak perkara tau. Nanti cubalah sendiri 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😞 Anak cuba jauhkan diri? 😓
Antara perkara yang buatkan anak jadi jauh hati dan cuba jauhkan diri adalah :
👉 Constant criticism
Kritikan yang melampau dan berterusan boleh efek kesihatan jiwa dan emosi anak.
Kalau suka bebel anak sekalipun setidaknya kena seimbangkannya dengan :
🌷 Tambah pujian
🌷 Tambah galakan
🌷 Tambah pelukan & ciuman
🌷 Tambah sebut kebaikan dia
" Anak yang kuat ikatan hatinya dengan ibubapa akan lebih mudah mendengar kata walaupun di belakang kita "
Belajar sesuatu tak? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😓 Anak berdendam? 😓
Antara perkara yang boleh buat anak berdendam dengan ibubapanya adalah :
👉 Humiliation ( dihina, dimalukan & direndah rendahkan untuk menghancurkan harga diri/Self Worth anak )
Contohnya :
❎ direndahkan di depan adiknya
❎ buka aib anak di media sosial
❎ marah anak depan kawannya
❎ tengking anak di khalayak ramai
❎ dan banyak lagi
Bukan apa, kadang kita tak perasan kita terbuat perkara ini pada anak kita sendiri
Jadi dah tahu ni boleh la berhati-hati kan? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Anak kurang ajar? 😡
Antara cara termudah nak elak anak jadi kurang ajar ada 2 :
1. Treat them with respect
✔️ layan & asuh anak dengan hormat
✔️ kita sendiri kena ajar diri kita untuk minta izin, minta maaf, minta tolong baik baik dengan anak kita
2. Don't use harsh discipline
✔️ cari cara terbaik untuk disiplinkan anak
✔️ jangan terlalu kasar & keras dengan anak walaupun untuk disiplinkan dia
✔️ anak yang terlalu ditekan akhirnya akan memberontak dengan mengeluarkan sifat kurang ajarnya
Di sebalik anak yang baik budi pekerti di belakangnya insyaAllah ada ibu ayah yang hebat cara didikan & asuhannya seperti anda semua 😍
Belajar sesuatu tak?
#notaparentingTaufiqRazif
😵 Rasa serabut sangat jaga anak anak? 😨
Jangan begitu ya mak mak semua. Cuba periksa dulu :
👉 Ada tak mak mak semua amalkan Zikir harian yang mak mak semua jadikan amalan tetap yang konsisten setiap hari?
Benda ni nampak simple tetapi zikir harian ni boleh penuhkan kembali Spiritual Resources dalam diri yang semakin hilang dihimpit kesibukan harian
Mungkin mak mak semua boleh cuba :
🤲 Baca ma'thurat awal pagi
🤲 Zikir Fatimah sebelum tidur
🤲 Sayyidul Istighfar selepas subuh
Dan lain lain lagi zikir harian yang boleh diamalkan. Belajar sesuatu? 😉
Ajak mak ayah yang lain juga untuk belajar ilmu parenting di sini dengan bagi mereka link ini 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
#notaparentingTaufiqRazif
😉 Nak anak jadi rajin? 😘
Buat 3 perkara mudah ini sahaja :
1. Kena sensitif dengan usaha yang anak kita buat & nampak kebaikan dia walaupun ianya kelihatan teramat kecil
2. Terima pertolongan anak kita walaupun ianya tak perfect & menyepahkan ( tengok pada niat suci anak kita, bukan hasilnya )
3. Jangan patahkan motivasi dalaman ( intrinsic motivation) anak kita untuk menolong kita dengan perkecilkan hasilnya & perlekeh usahanya
Mulai harini cuba buat 3 perkara di atas dan rasainya sendiri kesannya ya 😉
p/s : Selamat bersahur & berpuasa kepada mak ayah semua
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Tanda kita ibu yang kesunyian? 😭
Antara tanda kita ibu yang sedang menghadapi masalah loneliness tanpa sedar adalah :
▪️ Banyak beli perkara tak perlu
▪️ Rasa tak disukai & difahami
▪️ Rasa diri tak berharga
▪️ Suka menyendiri dalam bilik
▪️ Suka tutup rasa sunyi dengan sibukkan diri dengan hp & TV
Loneliness ataupun rasa sunyi yang teruk boleh efek kesihatan fizikal & mental seorang ibu
Mungkin dah sampai masanya seorang ibu itu :
💗 Join circle yang positif
💗 Bina networking sendiri
💗 Sertai majlis ilmu online mahupun offline
InsyaAllah ibu yang bebas daripada kesunyian akan jadi ibu yang ceria, gembira & bahagia untuk anak anaknya 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😭Anak remaja selalu suka tidur lambat?😭
👉 Cuba tengok dan pantau jam tidur mereka
⛔ Jangan sampai mereka selalu tidur lambat dan kurang tidur
Kenapa?
Mengikut kajian anak remaja yang kurang tidur ini akan :
😱 Dalam setahun, consume 4.5 pound lebih banyak gula daripada anak remaja yang cukup tidur
😱 Berisiko efek kesihatan mental dia
😱 Berisiko naik berat badan dan kena penyakit cadiometabolic
Jadi, tolong pantau anak remaja kita ya. Jangan kerana gajet & game sampai efek waktu tidur mereka 🙅♀️
#notaparentingTaufiqRazif
👶 Cara mudah ubah anak? 👶
Antara cara termudah untuk ubah anak kita adalah :
👉 Ubah jenis rancangan , filem, kartun, buku & media yang anak kita lihat setiap hari
Kenapa? 😱
Kerana itu semua mengandungi Inspiration & Motivation bagi anak anak kita tanpa kita sedari
Ianya juga akan mempengaruhi perangai & adab anak kita tanpa disedari
Semakin cepat kita ubah, semakin cepat kita dapat selamatkan anak kita daripada kesan buruknya
#notaparentingTaufiqRazif
Ikut kajian ibu yang terpaksa keluar bekerja ni lebih stress sebenarnya..
😫 Stress hadap boss
😫 Stress hadap kawan toksik
😫 Stress tekanan tempat kerja
😫 Stress fikir anak anak
Dan bermacam lagi
Tapi ibu surirumahtangga pun stress juga sebenarnya
😫 Stress hadap anak
😫 Stress kewangan keluarga
😫 Stress digosip keluarga
😫 Stress hadap keserabutan kerja yang tak pernah habis
Dan macam macam lagi sebenarnya.
Carilah cara dan formula untuk kurangkan stress sebab stress yang lama boleh 'makan' badan dan mental kita
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Nak disiplinkan anak? 😱
Ada 3 jenis gaya disiplinkan anak iaitu :
1. Aggressive discipline
2. Permissive discipline
3. Assertive discipline
Antara ketiga-tiga cara tersebut, yang paling terbaik adalah Assertive
5 cara untuk disiplinkan anak gaya Assertive adalah :
i. Banyakkan mendengar
ii. Disiplin dengan hormat
iii. Bagi anak pilihan
iv. Tunjuk contoh yang baik
v. Arahan & peraturan kena jelas
Belajar sesuatu yang penting tentang ilmu disiplin anak hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Bahaya anak tidur dengan lampu terbuka? 😱
Otak anak yang tidur dengan lampu terbuka akan susah untuk masuk fasa Deep Sleep & terganggu kualiti tidurnya
Dan anak berisiko kena :
🔥 Depression
🔥 Penyakit kronik
🔥 Mood tak stabil
🔥 Masalah metabolism dan lain lain
Jika anak nak juga tidur dengan lampu terbuka macam mana?
🌿 Tutup selepas anak tidur
🌿 Beli lampu yang ada timer
🌿 Malapkan lampu semalapnya
🌿 Sesekali temankan anak tidur dengan lampu tertutup
Belajar sesuatu yang penting untuk masa depan anak harini?
#notaparentingTaufiqRazif
🥵 Taknak anak stress? 🥵
Ada satu cara yang berkesan supaya anak kita tak stress bila berada di rumah iaitu :
👉 Kita sebagai ibubapa, kena urus & kurangkan stress diri kita sendiri dulu
Kenapa?
Kerana anak kita ada satu mekanisma yang dipanggil Emphatic Stress
Emphatic stress ni adalah anak anak akan jadi stress & meningkat hormon stress cortisol dalam badan dia hanya dengan melihat kita stress!
So just be happy, deal? Barulah anak kita pun ikut bahagia dan ceria ☺️
#notaparentingTaufiqRazif
🤒 Anak selalu moody? 🤕
Anak yang berumur 6-8 tahun boleh jadi moody bila dia melalui fasa Adrenarche
Apa itu Adrenarche?
Ianya adalah fasa tubuh anak kita sedang mempersiapkan diri untuk akil baliqh
Masa tu anak jadi sangat moody!
😵 Mudah merajuk
😵 Mudah tersinggung
😵 Mudah marah
Apa mak ayah kena buat?
🤗 Sabar sekejap
🤗 Banyak bertenang
🤗 Bagi anak ruang
🤗 Banyakkan mendengar
🤗 Ajar anak bagitahu apa dia rasa
Best kan tahu ilmu mahal macam ni? Kalau tak tahu ilmu ni, mesti kita jadi mudah terasa hati dengan perangai moody anak kita kan? 😭
#notaparentingTaufiqRazif
😡Anak mudah terpengaruh dengan kawan?😡
Sebenarnya ketika anak sudah masuk fasa punya ramai kawan, 2 jenis bonding ini akan saling bertarung :
1. Bonding kita dengan anak
2. Bonding anak dengan kawan-kawannya
Jika bonding anak dengan kawan-kawannya lebih kuat, itulah nanti yang membuatkan anak kita jadi senang terpengaruh! 😱
Tolong segera baiki bonding kita dengan anak kita & tolong kawal emosi kita sebelum terlambat
Belajar sesuatu yang berharga hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
🦐 Nak anak makan makanan sihat tanpa dipaksa? 🦀
Ada 2 cara termudah untuk bagi anak makan makanan yang sihat tanpa perlu dipaksa :
1. Jadikan kawasan dapur sebagai 'junk food-free zone'
2. Pastikan peti ais hanya dipenuhi oleh real food sahaja
Ingat, keinginan anak untuk makan makanan tidak sihat juga ditentukan oleh persekitaran sekelilingnya 👀
Belajar sesuatu yang berharga hari ini?
#notaparentingTaufiqRazif
🥳 Makanan Tinggi Probiotik bagus untuk anak? 🥳
4 jenis makanan yang tinggi Probiotik untuk IQ & usus anak adalah :
1. Budu
2. Yogurt asli tanpa perisa
3. Tempe
4. Cencalok
Priobiotik ini adalah microorganisma hidup yang memberikan manfaat kesihatan bila diambil dalam jumlah yang mencukupi
Bahasa mudahnya probiotik adalah 'kuman baik'
Antara manfaat probiotik adalah :
🌷 Mengurangkan cirit birit anak
🌷 Bantu penyerapan usus anak
🌷 Kuatkan sistem imun anak
🌷 Tambah bilangan bakteria baik dalam usus anak
" Nak bagi anak sihat tak perlu dengan makanan mewah pun. Cukup dengan makanan yang murah asalkan tahu khasiat & manfaatnya "
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Rasa diri gagal? 😭
It's ok sebenarnya untuk kadangkala rasa gagal didik anak asalkan :
⛔ Jangan sampai melayan perasaan tersebut hingga jadi tenggelam dalam emosi putus asa
Ada cara untuk mak ayah semua rasa kembali bersemangat didik anak & hilangkan perasaan bersalah tersebut antaranya dengan cara :
🌿 Terus cepat cepat usaha baiki keadaan tanpa bertangguh tangguh
🌿 Cepat cepat cari kelas, kursus, bahan bacaan dan guru dalam mendidik anak anak
🌿 Maafkan diri sendiri dan mohon ampun banyak banyak padaNya 🤲
🌿 Bagitahu diri bahawa segala kegagalan sebelum ini adalah ujian hidup semata dan semuanya masih tak terlambat selagi badan dikandung nyawa
Jangan sekadar baca tetapi praktis terus dalam kehidupan nyata anda tau 🌷
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Anak jadi pendiam & suka pendam perasaan? 😰
Bila anak jadi :
🤷♂️ pendiam
🤷♂️ pendam perasaan
🤷♂️ hanya mengadu pada orang lain
Antara penyebab anak jadi macam ini adalah bila mak ayah lakukan :
👉 Trivializing
Trivialising ni adalah bila mak ayah suka cakap anak tersebut suka drama & anggap semua aduan anak adalah rekaan semata mata
Ini juga adalah sejenis penderaan mental ( mental abuse ) yang boleh jejaskan mental anak
Belajar sesuatu? Nampak biasa kan tapi efeknya besar pada anak kita
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Seksa anak tanpa sedar? 😱
Antara perbuatan yang menyeksa mental anak tanpa kita sedar adalah :
👉 Withholding
🚫 Tak tunjuk sebarang emosi pada anak
🚫 Tahan diri daripada tunjuk perasaan belas kasih & cinta
🚫 Tak kongsi langsung perasaan dengan anak kita
Nampak macam biasa kan perkara ni tapi mak ayah semua tahu tak ini semua adalah sejenis penderaan mental ( mental abuse ) pada anak kita 😰
Belajar sesuatu?
#notaparentingTaufiqRazif
😮 Tanda kita ibu yang Perfectionist?
Antara tanda kita ibu yang Perfectionist adalah :
👤 Standard terlalu tinggi
👤 Nak anak yang sempurna
👤 Hanya tunjuk kasih sayang pada anak bila anak capai target yang diberikan
👤 Tak boleh anak gagal langsung
Mungkin dah sampai masanya untuk seorang ibu itu :
💗 Berdamai dgn Imperfections
💗 Hargai usaha, bukan hasilnya
💗 Puji usaha anak
💗 Anggap kegagalan anak adalah proses penting untuk berjaya
InsyaAllah ibu yang kurang Perfectionism nya akan lebih gembira dan kurang tekanan dalam hidupnya ☺️
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♀️ Nak anak cerdas EQ? 🙋♂️
Anak yang cerdas emosinya dipanggil juga sebagai anak yang tinggi EQ.
Salah satu cara berkesan untuk tingkatkan EQ anak adalah :
👉 Biasakan anak kita fahami & urus perangai adik adiknya
☘️ Fahami karakter adik adiknya
☘️ Fahami emosi adik adiknya
☘️ Fahami isi hati adik adiknya
InsyaAllah ini semua akan mengasah dan melatih EQ anak kita. Ingat, EQ ini sangat penting untuk masa depan anak anak kita!
" IQ gets you hired but EQ get you promoted "
#notaparentingTaufiqRazif
💔Anak berubah bila remaja?💔
Makin anak kita remaja, makin dia nak 2 benda ini 👇
1. Privacy
- dia nak bersendiri
- dia nak ada ruangan sendiri
- dia nak kita hormat privacy dia
2. Authority
- dia nak buat pilihan sendiri
- tak suka dipaksa sangat
- nak mak ayah bersahabat dengan dia
Ya, makin anak kita meningkat usia makin kita kena belajar tentang ilmu parenting untuk handle mereka
" Zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar buat seorang anak di akhir zaman ini "
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Anak mudah merajuk? 😩
Bila anak mula jadi Oversensitive & banyak melenting boleh jadi kemungkinan dia sedang sunyi & tangki emosinya sedang kering
Salah satu cara untuk atasinya adalah dengan :
👉 Banyakkan libatkan diri kita dalam daily routine anak kita
Contohnya :
➡️ Main bersama
➡️ Makan bersama
➡️ Masak bersama
➡️ Bersukan bersama
➡️ Bergelak ketawa bersama
➡️ Baca buku bersama
➡️ Mengaji bersama
InsyaAllah dengan banyakkan involvement kita dalam rutin harian anak kita membuatkan tangki emosi anak perlahan-lahan terisi dengan sendirinya 😉
InsyaAllah anak yang terisi tangki emosinya akan mampu menyayangi diri sendiri dan orang di sekelilingnya dengan sepenuh hati 💓
#notaparentingTaufiqRazif