😡 Anak jadi liar? 😡
Antara penyebab anak jadi liar dan susah dikawal adalah apabila kita :
👉 Amalkan pendekatan Permissive dalam mendidik anak
Permissive adalah apabila kita terlalu ikut kemahuan anak, takut pada anak & tak ada langsung usaha untuk disiplinkan anak
Contohnya :
🤫 Terlalu ikut cakap anak
🤫 Terlalu ikut kemahuan anak
🤫 Tak berani disiplinkan anak
🤫 Tak ada rules dalam rumah
🤫 Tak tegur bila anak biadap
It's ok kalau kita sayang sangat anak kita tetapi ketahuilah mereka juga perlu belajar bahawa hidup di dunia ada peraturan & tak semua benda yang dia nak dia akan dapatkan 😉
Belajar sesuatu tak?
#notaparentingTaufiqRazif
😡Anak mudah sakit hati?😡
Antara penyebab anak mudah sakit hati apabila kita :
👉 Amalkan pendekatan Authoritarian dalam mendidik anak
Authoritarian adalah menggunakan cara Mengawal & Menguasai ( control & dominance ) pada anak anak
Contohnya :
🚫 Suka memaksa
🚫 Nak anak ikut cakap kita 💯%
🚫 Tak bagi anak buat pilihan
🚫 Tak pernah ambil tahu keinginan dan suara hati anak
It's ok terkadang kita jadi agak Authoritarian asalkan kita tahu limit & batas yang terbaik untuk anak anak kita 😉
#sederhanaItuTerbaik
#notaparentingTaufiqRazif
#halaldisebarkan
😭Keluarga serabut & kacau?😭
Ada banyak penyebab keluarga jadi serabut & kacau bilau tapi yang paling tersering adalah :
👉 Kita punya kesihatan kewangan ( financial health) tak stabil dan bermasalah
Memang keadaan kewangan boleh efek relationship dan hubungan kekeluargaan kita
💢 Jadi mudah serabut
💢 Jadi mudah bergaduh
💢 Jadi mudah melenting
💢 Jadi nak marah selalu
💢 Jadi terlalu sensitif
Itulah kenapa perlunya kita :
✅ Urus kewangan
✅ Urus komitmen
✅ Cari cara tambah income
Saya doakan anda semua yang diuji dengan masalah kewangan & ekonomi keluarga diberi kelapangan dan jalan keluar. Amin 🤲
p/s : Doakan impian saya untuk bantu 10,000 ibubapa capai ekonomi keluarga yang baik dan stabil tercapai ya 🥰
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Penat jadi surirumah? 😭
Tak kiralah surirumah sepenuh masa atau tidak, kena tahu ilmu ini 👇
▶️ Ilmu Delegate kerja
Kena belajar serahkan & percayakan kerja kerja rumah ( delegate ) :
👉 Pada suami
👉 Pada anak anak
👉 Pada ahli keluarga yg lain
Kena tahu bahawa seorang ibu :
⚠️ Ada limit tenaga
⚠️ Tak boleh buat semua benda
⚠️ Perlukan masa untuk diri sendiri juga
Delegate kerja rumah ni nampak susah tapi ada caranya, insyaAllah.
Belajar sesuatu? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
👦 Nak anak berjaya dalam banyak perkara dalam hidupnya? 👧
Perkara pertama yang kita sebagai ibubapa kena buat adalah :
👉 Banyakkan Encouraging Words dalam perbualan sehari hari dengan anak
Contoh Encouraging Words :
💪 InsyaAllah awak boleh!
👏 Tahniah adik!
🤚 Go go go! Adik boleh!
🤲 Mama selalu doakan awak berjaya tau
Perkataan ini semua nampak biasa tapi insyaAllah akan menjentik motivasi dalaman anak untuk jadi lebih berjaya & hebat dalam hidupnya
Best kan dapat ilmu mahal ni? 😉🌷
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♀️ Ada kesan ke kalau kita selalu tekan & marah anak? 🙋♂️
Ya, pengalaman anak kita yang selalu ditekan, dimarahi, disakiti, diabaikan dan dicuaikan dinamakan sebagai Adverse Childhood Experience ( ACE )
Ikut kajian, ACE ni boleh efek bukan sahaja psikologi dan jiwa anak tetapi boleh efek juga kesihatan tubuh badan anak kita bila dia dah dewasa kelak
Anak yang mengalami Adverse Childhood Experience ini cenderung untuk kena banyak penyakit ketika dewasa antaranya :
⚠️ Depression
⚠️ Stroke
⚠️ Anxiety
⚠️ Dan bermacam lagi penyakit
Sebab itulah kita kena belajar untuk :
✔️ Kawal marah
✔️ Kawal emosi
✔️ Tenangkan diri
✔️ Bahagiakan diri
✔️ Bahagiakan anak
It's ok jika belum sempurna, yang penting kita baiki diri setiap hari tanpa henti ☺️
#notaparentingTaufiqRazif
😘Nak anak hebat baca Al-Quran?😘
Perkara pertama paling kita kena buat sebelum dia pandai baca Al-Quran adalah :
👉 Bagi dia jatuh cinta dulu dengan Al-Quran
Biarlah anak belum pandai baca Al-Quran pun tetapi asuh hati dia untuk cinta dulu dengan Al-Quran dengan :
❤️ Cerita kisah dalam Al-Quran
❤️ Bagi dia pegang Al-Quran
❤️ Bagi dia tengok warna warni yang ada dalam helaian Al-Quran
❤️ Selalu baca dengan suara yang lunak & pegang Al- Quran di depan anak kita
InsyaAllah anak yang jatuh cinta dengan Al-Quran bukan sahaja akan cuba mencari cara untuk membacanya tetapi mereka akan cuba cari jalan juga untuk memahami isi kandungannya
Inilah motivasi dalaman ( Intrinsic Motivation ) yanh anak kita perlukan untuk jadikan anak kita hebat membaca Al-Quran tanpa perlu dipaksa 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😘 Nak anak ada self esteem & self confidence yang baik? 😘
Salah satu cara termudah untuk naikkan self esteem & self confidence anak adalah :
👉 Display/tayang/gantung/susun hasil seni & kerja kreatif mereka
Contohnya :
- Frame & gantung lukisan anak
- susun artwork anak di meja
- upload hasil seni anak di media sosial kita
InsyaAllah ianya akan membuatkan harga diri & rasa percaya diri mereka meningkat dengan sangat hebat.
Cubalah sendiri 😉
#notaparentingTaufiqRazif
🌿 Nak anak yang kuat semangat & kental hatinya? 🌿
Mudah sahaja. Cuba fokus untuk 👇
👉 Didik anak untuk ada sifat Self-Resilience
Anak yang self-resilient :
🌿 Tak banyak complaint
🌿 Tak mudah putus asa
🌿 Suka usaha tanpa henti
Antara cara nak didik Resilience pada diri anak :
👉 Kurangkan screen-time gajet
👉 Puji usaha anak
👉 Cerita kisah kebangkitan kita
👉 Biasakan anak buat kerja rumah
'Resilience ini mengikut kajian adalah antara penyumbang paling utama dalam kejayaan seorang anak dalam hidupnya'
#halaldisebarkan
Link ke Telegram Nota Parenting 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
😞 Masih stress jaga anak? 😔
👉 Cuba periksa diri kita adakah kita ni suka Micromanage anak kita
Apa itu Micromanage anak?
🚫 Terlalu perfectionist
🚫 Terlalu ikut SOP sendiri
🚫 Terlalu high expectation
🚫 Semua benda kita nak kawal
🚫 Semua benda kita nak anak ikut kita terutamanya perkara perkara yang kecil & remeh
Urus sifat Micromanage anak kita ini, insyaAllah stress kita akan berkurangan 😊
#notaparentingTaufiqRazif
😓 Mudah stress jaga anak? 😓
Ada kajian yang dibuat menunjukkan ibubapa yang tidak cukup tidur akan membuatkan keesokan harinya jadi hari yang stress
Tidur yang tidak cukup buatkan ibubapa jadi :
😵 Susah kawal emosi
😵 Jadi bad mood
😵 Jadi lebih reactive
😵 Jadi lebih serabut
Solusi :
👉 Curi curi tidur
👉 Buat power nap / Qailullah
👉 Ajar anak tidur awal
👉 Belajar ilmu urus masa
👉 Cari cara baiki kualiti tidur
"Everything you do, you'll do better with a good night sleep"
Link ke Telegram Nota Parenting 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
😰 Anak mudah stress & suka terpengaruh dengan kawan? 😰
Anak remaja mudah untuk mengalami sindrom Fear of Missing Out
Fear of missing out adalah ketakutan & tekanan dalam diri anak kita bila tertinggal trend semasa
Contohnya dia taknak tertinggal trend kawan kawan yang suka :
- pakai iPhone
- pakai pakaian berjenama
- mekap dengan gaya tertentu
- bercakap guna slang tertentu
- ada girlfriend / boyfriend
- dan banyak lagi
Anak kita tak sedar semua ni sebenarnya bagi tekanan pada diri dia kecuali kita :
🌷 Dengar luahan dia
🌷 Ajar anak konsep Syukur
🌷 Ajar anak konsep Qanaah
🌷 Jadi mentor & coach dia
🌷 Bercerita tentang apa yang dia alami itu adalah cuma Fear of Missing Out sahaja
Best kan bila dapat ilmu mahal macam ni?
Nampak simple tapi kesannya sangat besar bila kita tahu ilmu ini untuk didik dan asuh anak kita 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Risau anak nak masuk umur remaja? 😰
Ada 2 jenis cabaran besar anak yang nak masuk umur remaja yang kita WAJIB tahu
Pertama : Fear of Missing Out
Kedua : Peer Pressure
Kedua perkara ni kalau anak kita tak mampu hadapi dengan baik maka dia boleh bertukar perangai secara tiba tiba! 😰
InsyaAllah esok atau lusa saya ajarkan dengan lebih mendalam ya.
Yang penting jangan lupa buka Telegram kita ni setiap hari tau kalau taknak terlepas ilmu untuk didik anak anak kita semua 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😰 Anak suka tidur lewat? 😰
Anak yang suka tidur lewat dipanggil anak Short Sleepers
Mengikut kajian anak yang Short Sleepers ini :
👶 Susah kawal diri
👶 Selalu nak makan manis
👶 Mudah jadi gemuk & obese
Ini kerana kualiti dan kuantiti tidur anak akan mempengaruhi pola makan anak kita sekaligus akan bagi kesan pada kesihatan mereka juga
Jadi, mulai harini kita pastikan anak kita tidur awal boleh? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
#halaldisebarkan
👩 Nak nasihat anak perempuan? 👩
Nasihat kita pada anak perempuan akan lebih mudah masuk ke hatinya bila :
👉 Kita lakukan active listening dulu iaitu bila anak kita bercakap, kita kena 👇
- letak gadget dulu
- tumpu perhatian
- pandang anak mata
- jangan komen dulu
- jangan judge melulu
- buat anggukan kecil
InsyaAllah bila kita lakukan active listening, anak akan rasa lebih connected dengan kita.
Bila anak rasa 'connect', lebih mudah untuk kita correct
mereka 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😭Tengking anak yang menangis? 😭
Bila anak tak diberikan kesempatan langsung untuk 'express emotion' dia sama sekali, akan terjadi yang namanya :
👉 Emosi terpendam ( Repressed emotions)
Anak yang ada repressed emotions ini akan cuba express emosi dia dengan cara yang tak sihat contohnya :
🔥 Pukul adik
🔥 Merajuk keterlaluan
🔥 Buat masalah disiplin
🔥 Buli kawan
🔥 Jadi pendiam
Dan bermacam lagi cara yang tak sihat jadi jom baiki cara kita urus emosi anak kita ya 😊
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Anak jadi rosak? 😱
Anak akan jadi mudah rosak bila kita :
❌ Bagi SEMUA yang anak minta tanpa henti ( anak cenderung membesar jadi spoiled adult )
Sebaiknya kita ajar anak kita untuk :
✅ Tahu bezakan wants & needs
✅ Ajar anak tahan diri ( Handle & manage their own desires )
InsyaAllah anak yang kita ajar untuk menahan diri ini akan menjadi anak yang bersyukur & hebat self-control nya
Belajar sesuatu? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😱 Anak berubah tiba tiba? 😱
Ada banyak penyebab anak boleh berubah tiba-tiba cuma yang paling berpengaruh adalah :
👉 Circle anak kita
Siapa circle anak kita?
🌿 Kawan online
🌿 Kawan sekolah
🌿 Jiran tetangga
🌿 Adik beradiknya
🌿 Ibubapanya
🌿 Dan lain-lain
Siapa sahaja yang anak kita paling banyak menghabiskan bersamanya adalah circle anak kita
Ingat, circle is contagious. Circle itu sifatnya mudah menjangkiti. Jika baik circle anak kita maka insyaAllah baik jugalah dia. Begitulah juga jika sebaliknya🌷
Belajar sesuatu?
#notaparentingTaufiqRazif
😍 Nak anak bahagia dengan kita? 😍
Salah satu cara untuk bahagiakan anak kita adalah dengan :
👉 Amalkan Parental Consistency contohnya :
🎉 Mood kita tak cepat berubah
🎉 Cakap serupa bikin
🎉 Kita sendiri ikut SOP yang kita tetapkan dalam rumah
Consistency ni menyebabkan anak merasa Safe & Secure
Rasa safe & secure inilah membuatkan anak lebih tenang & bahagia bila bersama kita 🌷
Belajar sesuatu?
#notaparentingTaufiqRazif
😔 Tertengking & terpukul anak tanpa sedar? 😔
Ketika itu mungkin kita sedang dikuasai oleh Amygdala kita di bahagian otak.
Keadaan itu dipanggil sebagai Amygdala Hijack 😱
Amygdala Hijack ini boleh kita kurangkan dengan teknik :
👉 Angry later iaitu kita :
🌷 Tunda amarah kita
🌷 Masuk bilik sekejap
🌷 Ambil wudhuk dulu
🌷 Tunggu beberapa minit
🌷 Jangan hukum anak semasa marah
Cubalah dan rasakan sendiri kesannya pada diri & hubungan kita dengan anak kita 👧👦
#notaparentingTaufiqRazif
😢 Anak lelaki pendiam & kurang keyakinan diri? 😢
Anak lelaki perlukan 1 perkara yang paling utama untuk jadi lebih yakin diri pada dirinya sendiri iaitu :
👉 Trust ataupun rasa percaya ibubapanya pada dirinya
Sebab itu ibubapa terutamanya seorang ayah perlu selalu bagitahu anak lelakinya perkataan ini 👇
"Ayah percaya awak boleh buat"
"Walaupun seluruh dunia tak percayakan awak sekalipun, ayah tetap akan percaya yang awak boleh lakukannya"
✅ Dan ada masanya kita kena bagi anak buat sesuatu walaupun ianya selalu GAGAL & TAK SEMPURNA kerana di situ ada kunci keyakinan diri anak kita
Cubalah & rasakan sendiri kesannya 😊
#notaparentingTaufiqRazif
🙋♂️ Nak otak anak berkembang baik? 🙋♀️
Selain daripada genetik, perkara yang boleh efek perkembangan otak anak adalah :
~ Nutrisi/zat yang cukup ketika dalam kandungan
~ Pendedahan anak pada toxins & infections
~ Pengalaman positif mahupun negatif anak ketika di dalam kandungan & kelahiran mereka
Sebab itu untuk otak anak berkembang baik kita kena fokus bukan sahaja pada makanan dan fizikal semata tetapi juga pada emosi, perasaan & fikiran anak kita 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😭 Anak jadi pemalas? 😰
Antara sebab tersembunyi kenapa anak perlahan-lahan jadi pemalas & susah untuk bantu ibubapa adalah kerana :
👉 Kita banyak tolak permintaan mereka untuk menolong kita ketika mereka masih kecil
Anak kecil memang sudah tersedia dalam diri mereka naluri untuk membantu ibubapanya sendiri ( instinct to help their parents )
Cuma, tanpa sedar kita tolak naluri mereka tersebut sebab :
🙅♀️ Kita taknak susahkan anak
🙅♀️ Kita rasa kita boleh buat
🙅♀️ Kita nak anak main je
🙅♀️ Kita takut anak penat
🙅♀️ Kita taknak mereka sepahkan
🙅♀️ Mereka tak ikut standard kita
Ini semua perlahan-lahan akan 'bunuh' naluri mereka untuk membantu kita tanpa kita sedar
Jadi mulai hari ini, kita kena belajar untuk 'terima pertolongan' daripada anak kita ya walaupun ianya nampak kecil dan tak seberapa 😉
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Anak suka melawan? 😡
Cuba periksa cara kita bagi arahan pada anak.
👉 Ada tak kita cuba masuk campur dalam urusan personal preference anak? Contohnya 👇
🚫 Anak suka pakai baju warna biru, kita minta anak kita pakai baju warna putih sebab bagi kita warna putih lebih lawa daripada biru
🚫 Anak suka main lego tapi kita minta anak berhenti lego walaupun dia sedang ralit bermain dan paksa anak kita main bola sebab kita minat bola
Bila bertembung dua kemahuan ( kemahuan kita dan anak ) maka di situ banyak 'sakit hati' akan berlaku.
Kita kena tahu :
🌿 Anak bukan untuk dimiliki
🌿 Anak untuk dididik & diasuh
🌿 Anak ada perasaan sendiri
🌿 Anak ada hobi & kesukaan sendiri
InsyaAllah bila kita boleh berdamai dengan perkara ini, banyak hal boleh selesai insyaAllah ❤️
#notaparentingTaufiqRazif
🤓 Nak anak jadi pandai? 🤓
Antara cara termudah untuk anak kita jadi pandai adalah :
👉 Belai & jaga sifat ingin tahu anak kita ( curiosity )
Anak kita memang berada di dalam 'genius state' mereka selama mana sifat ingin tahu ini tebal dalam diri mereka
Sebab itu kita :
🚫 Jangan paksa sangat anak
🚫 Paksa anak diam
🚫 Jangan marah melampau bila anak bertanya
Sebaiknya kita :
✏️ Syukuri sifat curiosity anak
✏️ Bersabar bila anak bertanya
✏️ Galakkan anak berfikir
✏️ Galakkan anak mencari jawapannya sendiri
" If you can light the spark of curiosity in a child, they will learn without any further assistance "
Link ke Telegram Nota Parenting 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
🙋♀️ Siapa Nak jadi mak ayah yang hebat? 🙋♂️
Perkara paling pertama dia kena buat adalah tukar Victim Paradigm dia kepada Take Charge Paradigm
Contoh Victim Paradigm :
Bila nampak anak buat silap terus je ibubapa tadi :
😔 Label anak malas
😔 Label anak degil
😔 Label anak slow learner
😔 Salahkan orang luar
😔 Salahkan anak 100%
Tapi Take Charge Paradigm ni, bila nampak je anak buat silap terus :
🌿 Cari akar masalah
🌿 Makin rapatkan bonding
🌿 Banyakkan mendengar
🌿 Makin gali ilmu parenting
🌿 Terus baiki diri sendiri
Anak yang mempunyai ibubapa Take Charge Paradigm ni biasanya jadi lebih hebat, lebih pandai dan lebih soleh insyaAllah 😉
p/s : Link ke Telegram Nota Parenting Taufiq Razif 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
😅 Anak stress sejak bersekolah & sejak nak masuk umur remaja? 😅
Ada kemungkinan anak kita sedang berhadapan dengan tekanan daripada rakan sebaya ( Peer Pressure )
Peer Pressure ada 2 jenis, negatif & positif
Contoh Peer pressure positif :
- anak tengok kawan rajin
- anak tengok kawan disiplin
- anak tengok kawan semua pandai mengaji
Contoh Peer pressure negatif :
- semua kawan main tiktok
- semua kawan pakai seksi
- semua kawan suka meniru
- semua kawan buli junior
Itulah kenapa penting sangat untuk mak ayah :
👉 Cari tahu peer pressure anak
👉 Eratkan kembali bonding
👉 Bersahabat dengan anak
👉 Educate & berbincang dengan anak tentang Peer Pressure
Sebarkan ilmu ini pada pasangan kita juga ya
p/s : Link untuk ke Telegram Nota Parenting 👉 t.me/NotaTaufiqRazif
#notaparentingTaufiqRazif
👦 Nak anak ada Self-confidence yang tinggi? 👦
Buat 1 perkara yang mudah ini sahaja :
👉 Puji usaha anak kita (Praise their efforts)
Pada usia 6-11 tahun, anak masih dalam fasa mencari bakat & kemampuan diri.
Pada umur itulah mereka perlukan :
1. Kata kata galakan
2. Kata kata pujian
3. Kata kata keyakinan
Percayalah, dalam diri anak kita ada bakat & kemampuan yang sangat hebat. Mereka cuma perlukan kita untuk mempercayai mereka.
Trust the process, itu kuncinya. Belajar sesuatu? 😉
#notaparentingTaufiqRazif
👦 Nak nasihat anak lelaki? 👦
Nasihat pada anak lelaki akan lebih mudah masuk ke hatinya bila :
👉 Kita lakukan active coaching & mentoring pada anak lelaki kita dengan kita 👇
- spend masa bersama
- tak terlalu menyuruh
- banyakkan berbincang dulu
- sesekali tanya pendapat anak
- sesekali percayakan anak
- tunjuk akhlak baik depan anak
Anak lelaki sifatnya dia akan mencari mentor untuk dicontohi maka jadilah mentor & coach pada anak anak kita sendiri sebelum mereka meningkat remaja
#notaparentingTaufiqRazif
😡 Terlalu serabut & nak mengamuk? 😡
Ada masanya kita jadi :
- nak marah
- nak naik suara
- mimik muka mencuka
- tak boleh dengar tangisan anak
Sebab ketika itu kita Emotionally Unavailable!
Mungkin sesekali kita kena belajar Time Out diri sendiri
- masuk bilik sekejap
- ambil masa menyendiri
- minta pasangan jaga anak sebentar
It's ok kadang kadang untuk kita ambil masa untuk diri sendiri kerana itulah cara kita menyayangi anak anak dengan cara menyayangi diri kita sendiri
🌷
#notaparentingTaufiqRazif