Channel (MSO-D19) merupakan kumpulan nota dr kitab & group2 tasawwuf termasuk juga info dan sebaran maklumat berkenaan ilmu tasawwuf dan tarekat. Untuk lebih memahami perlu berguru dgn guru mursyid.
kereta reverse tinggalkan garah rumah 100 meter macam tu, dia batuk sambil tangan kanannya mahu memegang bahu saya seolah-olah berkata “tolong ada malaikat sedang mengambil nyawa aku” saya sempat menoleh ke arahnya.
kemudian saya terdengar satu bunyi sakaratul maut yang mengerikan matanya melihat ke atas, bunyi nafas yang menakutkan, kelihatan urat-urat merah di mata putihnya.
Waktu ini saya terus sahaja memegang kakinya, ye kakinya mula sejuk, saya sebut 2 kalimah syahadah sambil memandu. Saya capai telefon, call ibu saya “Mummy, Mummy, daddy ni nazak mummy, daddy ni nazak” ibu saya menangis minta saya cepat bawa ke hospital.
Setibanya saya di jalan meru setia alam, jalan jem, sata bunyikan hon kereta, sambil memasang hazel light, seoranv lelaki india, bukak tingkap dia cakap “lu apahal bro”, saya sebut “bapak aku nazak, please help me, escort me”. Brother india tu pun juga bantu, dan setiba saya di tol 60 sen Shapadu, saya melihat ke arah arwah melihat urat keningnya bergerak-gerak, tetapi dia sudah tidak bernafas lagi.
Setibanya di hospital emegency, Dr kata tak boleh selamatkan lagi.
Alhamdulillaah arwah di mandikan sahabat-sahabat saya di solatkan sahabat-sahabat seperguruan saya, malah Habib Sheikh Dr Omar Kalash guru kami sempat membaca talkin di kuburnya.
Kisah ini sangat terkesan dalam hidup saya, sehingga saya mengidap sakit anxiety, depression dan macam-macam lagi, buat rawatan di hospital uitm sg buloh.
Sebab malam tadi kami tidur bersama di ruang tamu, saya nampak dia macam tak ceria mungkin sakit yang di alaminya. Tetapi siapa sangka malam ini dia berada di dalam lubang kubur gelap gelita,
Paling sedih kami pindah tanpa dia, barang-barang berkotak-kotak pindah tanpa pemiliknya ikut bersama, Motor GS BMW kesayangnya yang deruman enginenya kalau kami dengar kami pasti mengimbau kembali seakan dia masih hidup, kami terpaksa pulangkan ke Chia Motor kawannya. kerana motor masih berhutang.
Rumah dia impikan, bertungkus lumus dia usahakan untuk dia duduk di dalamnya tak sempat dia diami, sebaliknya kubur yang dia duduki.
pengajarannya kita ni hidup sibuk dengan harta dunia nak ke mana sebenarnya????
sepatutnya kita bina kubur kita, kita ambil bekalan untuk turun ke dalam lubang kubur, itu lebih mustahak!!!
Bekalan mati itu patut kita utamakan berbanding kelazatan dunia yang sementara ini.
Al Fatehah (di baca) untuk Zulkifli Mohd Noor (Tuan Zul) Penolong Ketua Keselamatan UiTM 1957 -2017.
Fb: Al-Asyari Raja Asyairoh Wal Maturidiyyah
'Curi' tanah kubur, denda RM5,000, jel 3 tahun menanti - Kosmo Digital https://share.google/yKLRfRvEIxQNt1uGA
Читать полностью…Jangan menghukum orang lebih dari salahnya
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-
Cocombees
@nota_tasawwuf
Al Khattab: Sejarah pembukuan Al-Quran
https://persatuan-pmms.blogspot.com/2009/10/sejarah-pembukuan-al-quran.html?m=1
Cerapan Hilal Ramadan: 10 Hari Lagi!
Cerapan Hilal dilaksanakan dalam penentuan awal puasa Ramadan 1446H. Ianya dilaksanakan di 29 lokasi cerapan rasmi yang telah diperkenan Majlis Raja-Raja.
Jawatankuasa Rukyah Negeri yang diketuai oleh Mufti Negeri diberi amanah mengadakan cerapan tersebut. Keputusan berkenaan tarikh permulaan ibadah puasa umat Islam bagi tahun 1446H akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada Rukyah dan Hisab berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah.
Sumber: Jakim
@nota_tasawwuf
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 (Kalendar JAKIM Malaysia)
TARIKH MALAM NISFU SYAABAN & DOA – Bulan Rejab kian berlalu pergi, kini tibalah bulan Sya’aban 2025 bersamaan 1446 H.
Bulan Sya’aban adalah salah satu bulan yang mempunyai kelebihan dan keistimewaannya kerana hampirnya ia dengan bulan Ramadan yang jelas mendapat kemuliaan daripada Allah SWT.
Malah pada pertengahan Bulan Sya’aban yang dipanggil Nisfu Sya’aban adalah antara malam yang dinantikan oleh umat Islam berikutan terdapat dalam hadis (hadith) riwayat mengenai pengampunan daripada Allah SWT yang dikaitkan dengan malam Nisfu Sya’aban.
Berikut dikongsikan antara hadis yang sahih berkenaan malam Nisfu Sya’ban ini, kelebihannya, serta doa-doa yang boleh diamalkan.
Kelebihan Malam Nisfu Sya’ban
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
يَطَّلِعُ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ فِيْ لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيْعِ خَلْقِه إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ
Maksudnya: “Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Sahih Ibn Hibban, no. Hadith 5665]
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025
Awal Syaaban (1 Syaaban) = 31 Januari Februari 2025 (Jumaat) * Insha Allah kita akan menyambut kedatangan 1 Syaaban setelah masuk waktu Maghrib, 30 Januari 2025 ini (Khamis).
15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 14 Februari 2025 (Jumaat) *Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya’ban akan disambut pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), selepas masuk waktu Maghrib.
Doa Bulan Syaaban
Jom kita sama-sama memperbanyakkan doa-doa ini ketika di bulan Rejab dan Syaaban, semoga Allah swt kurniakan buat kita kekuatan dan kembalikan semula penghayatan kita untuk lebih giat beribadah nanti di bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi, in Shaa Allah.
Doa-doanya ialah:
DOA 1
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah kami dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.”
DOA 2
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan Ramadhan itu).”
Mintalah juga pada Allah swt agar kita diberi kesihatan yang baik dan berterusan, agar dapat beribadah pada Allah swt pada setiap masa, khususnya pada bulan Ramadhan nanti dalam keadaan sempurna dan diterima Allah swt.
NISFU SYA’BAN TERMASUK 5 MALAM MUSTAJAB DOA – IMAM AS-SYAFI’E RA
قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.
Imam asy-Syafie berkata : “Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu sya’ban.”
Diriwayatkan dalam:
Imam asy-Syafie, Al-Umm, Jilid 1/254, Dar El Fikr, 2009,
Imam al-Baihaq, Sunnah al-Kubra, 3/319, no: 6518.
Syu’bul Iman, 3/341, no: 3711.
Semoga kita semua diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Bulan Ramadan pada tahun ini, Insya Allah.
Hukum Puasa pada Hari Nisfu Syaaban dan Selepasnya
Sunat puasa dalam bulan Syaaban secara amnya
Dibolehkan puasa sunat pada hari Nisfu Syaaban (15 Syaaban)
Dibolehkan puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang biasa puasa sunat sebelum itu.
Haram puasa sunat pada 16-30 Syaaban bagi orang yang tidak biasa puasa sunat sebelum itu.
Dibolehkan puasa wajib seperti qadha, nazar dan seumpamanya pada 16 hingga 30 Syaaban.
(Sumber Rujuk Google https://ecentral.my/cuti-umum-2025/malam-nisfu-syaaban/)
Yg berminat blh contact Saudara Ammar 0133836015 sblm 20dec 2023
Читать полностью…إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Semoga Allah tempatkan Syeikh Hisham Kabbani bersama dengan para kekasihNya.
Al-Fatihah.
Assalamualaikum wbt💓
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Majlis "Selawat Hour" Tvsufi.com pada malam ini Khamis 24 Oktober 2024.
Luangkan masa kita dalam majlis ilmu untuk mendapat rahmat daripada Allah SWT .
Boleh tekan di pautan di bawah untuk ikuti bersama
Masa : 9.00- 9.30 Malam
Platform : Zoom
https://us06web.zoom.us/j/86219992142?pwd=j2wVaOPFxNtIwa1tcq3dXdOXOynpi5.1
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
Ayuh kita hadir bersama🌹
#SelawatmembawaRahmat
#WorldMawlidCelebration2024
#WMC2024
#GemaSelawat
#HouseOfLight
@nota_tasawwuf
Narsisistik : Penyelesaian Pendidikan Awal Kanak-Kanak Mengikut Manhaj Al-Quran.
1. Narsisistik merupakan gangguan personaliti di mana seseorang individu merasakan bahawa dirinya sangat penting dan mesti diutamakan dalam segala hal.
2. Antara ciri narsisistik, adalah merasa dirinya lebih betul, lebih baik, lebih penting dari orang lain. Sentiasa menuntut haknya ditunaikan. Namun sering mengabaikan hak orang lain. Jika dia melakukan kesalahan maka dia mendakwa dirinya adalah mangsa.
3. Antara puncanya, dia langsung tidak pernah dipuji atau merasakan dirinya telah melakukan sesuatu yang membanggakan semasa kecil. Emosinya tidak pernah dipupuk dengan baik semasa kecil. Menyebabkan dia dahagakan pujian semasa dewasa.
4. Boleh juga berlaku bagi yang terlebih dipuji dan dimanjakan semasa kecilnya. Seolah dia langsung tidak pernah salah. Jika jatuh dari basikal, orang disekelilingnya akan memarahi basikal itu. Jika ditegur guru, ibu bapanya akan menyerang guru tersebut. Segala kehendaknya adalah keputusan yang wajib dipenuhi.
5. Oleh itu, al-Quran telah menyediakan modul pendidikan awal bagi kanak-kanak. Ianya adalah membina spiritual intelligence, intellectual intelligence dan emotional intelligence.
6. Pesanan pertama Luqman Al-Hakim kepada anaknya adalah berkaitan pembinaan spiritual intelligence:-
{ وَإِذۡ قَالَ لُقۡمَٰنُ لِٱبۡنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يَٰبُنَيَّ لَا تُشۡرِكۡ بِٱللَّهِۖ إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ }
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
7. Spiritual intelligence ini kemudiannya dibina lagi oleh Luqman dalam nasihatnya yang kedua iaitu :-
{ يَٰبُنَيَّ إِنَّهَآ إِن تَكُ مِثۡقَالَ حَبَّةٖ مِّنۡ خَرۡدَلٖ فَتَكُن فِي صَخۡرَةٍ أَوۡ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَوۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَأۡتِ بِهَا ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَطِيفٌ خَبِيرٞ
"Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
8. Kemudian, Luqman Al-Hakim membina pula intellectual intelligence. Beliau menerangkan perkara yang paling utama yang perlu dilakukan oleh anaknya bukanlah periksa no. 1 atau pandai bermain piano, atau pandai berenang.
9. Nasihat ketiga Luqman dalam ayat ke 17 adalah :-
{ يَٰبُنَيَّ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ وَأۡمُرۡ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَٱنۡهَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَآ أَصَابَكَۖ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنۡ عَزۡمِ ٱلۡأُمُورِ }
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
10. Setelah itu, Luqman Al-Hakim membina pula emotional intelligence melalui nasihatnya yang keempat dalam ayat 18 dan 19 iaitu :-
{ وَلَا تُصَعِّرۡ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمۡشِ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَحًاۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخۡتَالٖ فَخُورٖ }
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
{ وَٱقۡصِدۡ فِي مَشۡيِكَ وَٱغۡضُضۡ مِن صَوۡتِكَۚ إِنَّ أَنكَرَ ٱلۡأَصۡوَٰتِ لَصَوۡتُ ٱلۡحَمِيرِ }
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
Serahkan Kepada Allah
-Ustaz Nik Bakri Nik Mat, Darulhasani
@nota_tasawwuf
JANGAN DENGAR CAKAP ORANG! BACA NI!
Apabila Giliran suami/isteri nak cium....dia mencium dahi isterinya/suaminya...air mata mengalir kepipi jenazah....di peluk isteri/suami agak lama...Kalu secara fitrah nya akan mengalir air matanya terkena kain kafan jenazah...
Seorang makcik bersuara:
"Angkat suami dia tu...jgn peluk lama2 arwah isteri awk tu...jgn sampai air mata ni menitik kene jenazah...kesian dia..berat dia nak pergi...."...maka si suami di papah oleh anak lelakinya keluar rumah....
Ini lah khilaf yg sering berlaku dlm masyarakat melayu islam kita...sebenarnya biarkan sahaja contohnya jika si suami ingin mencium dan memeluk isterinya lama buat kali terakhir...kalau pun dia menangis dan air matanya terkena kain kafan xmengapa...
tiada hadis atau nas yg mengatakan xboleh...disaat itulah si suami mungkin sedang berbisik memaafkan dan menghalalkan segala makanminum kpd isterinya....
Begitu juga sebaliknya yang berlaku pada isteri yang mencium jenazah suaminya...
Malah tidak akan batal wuduk si mati oleh kerana sebab dicium oleh suami atau isteri nya. Yg batal wuduk hanya lah orang yg hidup.
Ingat...yg tak boleh itu jika kamu meratap atau meraung dihadapan jenazah atau sewaktu kematian nya..dilarang keras oleh Rasulullah saw..wallahualam
Kekhilafan yang ramai lakukan dan masih berlaku hingga hari ini..😢
Perkongsian Basyirol Abu Bakar
Cara nak dapat pahala satu juta
Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ
Maksudnya: Sesiapa yang masuk ke dalam pasar lalu dia membaca :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكُ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maka Allah menetapkan satu juta kebaikan buatnya dan menghapuskan satu juta kejahatannya serta mengangkat kedudukannya sebanyak satu juta darjat.
Riwayat Al-Tirmizi (3428)
Berborak dengan pakcik saya, yang merupakan seorang Tan Seri.
Dia cerita pada saya, sahabatnya dan isterinya keduanya orang kaya, Billionaires, ada share dengan sebuah syarikat penerbangan, Ada syarikat besar-besar.
Setelah Vx covid, kesihatannya menurun, dan paling sedih dia dan isteri stroke. Kedua-duanya terlantar duduk di tingkat bawah, berhampiran bilik pembantu rumahnya. Walaupun rumah agamnya besar, tetapi sekarang dia duduk di tingkat bawah. Tidak mampu naik ke atas bilik masternya lagi.
Jutaan RM di belanjakan untuk buat rawatan, sehingga ke luar negara, pergi ke hospital-hospital terkemuka dunia, tetapi tetap tidak mampu memulihkan kesihatannya.
Katanya pada pakcik saya “Rumah besar, duit banyak sekalipun kalau dah sakit tidak mampu berbuat apa lagi”.
Teringat pula saya kes Michale Schumacher, pemandu F1 yang menjadi icon dunia pemotoran Simbolik bagi jentera ferarri satu ketika dahulu, Antara ahli sukan terkaya di dunia, memiliki aset berbillion Dolar US.
Selepas insiden dia terjatuh bermain ski di pergunungan Alps France pada 29 Disember 2013, beliau lumpuh separuh badan, sehingga menurut isterinya terpaksa jual aset-aset termasuk kapal mewahnya bagi menanggung kos rawatan. Dah pelbagai cara mereka melakukannya namun tidak mampu kembalikan semula kesihatannya seperti dahulu.
Begitulah Dunia, sihat tidak akan kekal, harta tidak akan kekal, Kita cari penat-penat tetapi tak kekal.
arwah ayah saya dulu, masih saya ingat, Dia mahu bina rumah impian untuk dia pencen, semasa proses mahu bina rumah, saya kerap keluar bersamanya mencari bahan-bahan buat rumah, batu, tiles, rumput, pokok-pokok, kitchen cabinet, lampu-lampu hiasan dan banyak lagi, setiap hari ada je saya kena bawak dia ke merata tempat.
Kadang ke puchong, ke sg buloh, ke klang, cari barang-barang, Bila rumah sedang naik proses pembinaan setiap hari datang pantau, kalau tak cukup barang kami akan keluar mencari, begitulah rutin hari-hari, rasanya setahun ada kut sibuk dengan rumah baru.
Rumah dah siap, barang nak pindah dah packing masuk dalam kotak, rumah kuaters uitm yang arwah duduk kami dah kosongkan, perabot baru akan sampai masuk dalam rumah baru.
arwah pada pagi 31 March, beli ampaian untuk rumah baru, sempat singgah minum di sebuah restoran di shah alam, sempat selfie dengan rakannya.
Pada tengah hari dia sampai di rumah baru, sedang pasang ampaian dia sesak nafas, dia biarkan ampaian yang tidak sempat di pasang, Dia kunci pintu dan duduk dalam kereta, call semua kawan-kawannya tidak terjawab, dia call saya, saya pun tak jawab sebab sedang mandi untuk solat jumaat. Dia call mak saya barulah terjawab.
“Abang rasa sesak nafas, boleh suruh irwan ambil abang” this is last word dia cakap dengan mak saya. Mak saya ketuk pintu bilik air, ketika itu kami di rumah adik saya seksyen 20 Shah Alam. “Daddy minta kamu ambil dia, dia sesak nafas”.
Pada kami iru hanyalah sakit biasa, sebab arwah memang selalu hypo, sebab dia pesakit kencing manis yang tahap insulin. kadang bila dia kena, dia akan park mana-mana dan saya akan datang ambil.
kemudian saya pun terus sahaja turun dan start kereta menuju ke rumah barunya di meru daripada shah alam.
Jumaatkan jem sana sini, dalam perjalanan arwah call, tanya “kat mana”?. Saya jawab ada di depan Jusco Bukit Raja. selang beberapa minit call lagi saya jawab ada di trafic light batu belah. begitulah….
Sampai di rumah mak, saya lihat rumah terkunci rapi, kereta ada bawah garaj, dalam hati “eh mana daddy”
saya park sebelah keretanya, saya lihat dia ada dalam kereta berada di tempat duduk sebelah pemandu, sedang baringkan kerusinya dan bajunya dia bukak, sebab mungkin kepanasan.
Bila saya masuk kereta tenpat memandu, saya tutup pintu dan start kereta, Dia masa itu seperti sedang termenung ke arah jendela sebelahnya, kemudian dia sebut satu perkataan “ Dada Daddy sakit wan” saya kata pada dia “Sabar ye daddy kita ke hospital”
Tidur di Muzdalifah - tiada istana, tiada bangunan mewah, tiada keluarga, tiada selimut mahal. 😮🤔😭
Satu malam di mana yang kaya dan miskin berdiri sama rata.
Hanya beralaskan tanah, berlantaikan bumi, dan bertemankan langit ..itulah rahmat dari Allah. Maha Suci Allah atas kasih sayang-Nya kepada para hamba. Lengan mula lenguh, badan terasa kebas.
Tidur yang tiada bandingan… hanya bagi mereka yang benar-benar memahami erti penyerahan diri.
Keletihan yang teramat, lalu lena yang sungguh dalam.
Seolah-olah berada di Padang Mahsyar dengan tubuh-tubuh putih terbaring, menggigil seluruh jasad dek dahsyatnya suasana.
Segalanya penuh hikmah. Subhanallah.
Kredit : A Ayofe
@nota_tasawwuf
Jadual Ijtimak ASWJ 2025 Anjuran Pusat Islam UKM
@notatasawwuf
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dari Allah Swt kita datang, kepada Allah Swt jualah kita pasti akan kembali
𝑌𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎, 𝑟𝑎ℎ𝑚𝑎𝑡𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎, 𝑚𝑎𝑎𝑓𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖𝑎, 𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑙𝑎ℎ𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑚𝑢𝑙𝑖𝑎𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑚𝑎𝑡𝑖𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎, 𝑙𝑎𝑝𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑢𝑏𝑢𝑟𝑛𝑦𝑎, 𝑗𝑎𝑑𝑖𝑘𝑎𝑛𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑡𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑠𝑎𝑏𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑎ℎ𝑙𝑖 𝑘𝑒𝑙𝑢𝑎𝑟𝑔𝑎𝑛𝑦𝑎.
.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia” Takziah buat keluarga arwah.
Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Aamiin³ 🤲🏻
Jangan Normalisasikan Maksiat
=====
1. Bagi yang belum berkahwin, janganlah pula kita menormalisasikan perkara yang dilarang oleh Allah. Bertepuk tampar sesama pasangan yang belum mempunyai sebarang hubungan yang sah adalah dicegah dalam Islam.
2. Rasulullah memberikan amaran yang keras kepada pasangan yang bercinta namun mereka seronok berpegangan tangan. Sabda Rasulullah:
لَأَنْ يُطْعَنَ فِي رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِخْيَطٍ مِنْ حَدِيدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمَسَّ امْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ
“Andai sekiranya kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum besi itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal buat dirinya.” (HR al-Tabrani)
3. Apatah lagi sekiranya yang melakukan itu merupakan seorang yang dikenali ramai, namun dia menunjukkan contoh yang bercanggah dengan perintah Allah. Sekiranya perbuatan melakukan maksiat ini diikuti oleh anak muda yang lain, maka dia akan menanggung dosa orang yang mengikuti perbuatannya itu. Sabda Rasulullah:
وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا ، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
“Dan barangsiapa yang melakukan perbuatan jahat dalam Islam, lalu diikuti oleh orang yang lain, maka akan ditulis baginya dosa bagi orang yang melakukan perbuatan tadi, tidak berkurang sedikit pun dari dosa tersebut.” (HR Muslim)
4. Bagi orang awam pula, janganlah menunjukkan sokongan terhadap perbuatan yang bertentangan dengan syarak. Jangan pula kita berkongsi dan turut menyebarkan kerosakan ini. Malah kerosakan yang disenyapkan ini mengundang azab Allah. Sabda Rasulullah:
ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ
“Tidak ada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya namun mereka tidak mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
@nota_tasawwuf
Just Sabr when people hates you.❤️
Sabr is more than patience. Sabr is the way that you deal with hardship while waiting for it to pass. It is also accepting your situation as the will of Allah. Sabr is the strength of your soul. It teaches you not to be break when you’ve been bent.❤️
Sabr is burning my heart but I believe the result will beautiful..In Shaa’Allah.❤️
Via: Be a strong Muslim
@nota_tasawwuf
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ💕
NIAT & TEKAD PUASA SUNAT HARI PUTIH, GANJARANNYA UMPAMA PUASA SETAHUN
Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.
Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Diriwayatkan Imam al-Bukhari RA melalui Aisyah RA :
كانَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ يَصُومُ حتَّى نَقُولَ: لا يُفْطِرُ، ويُفْطِرُ حتَّى نَقُولَ: لا يَصُومُ، فَما رَأَيْتُ
رَسولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إلَّا رَمَضَانَ، وما رَأَيْتُهُ أكْثَرَ صِيَامًا منه في شَعْبَانَ
Maksudnya : ”Rasulullah SAW senantiasa berpuasa sehingga kami berkata beliau tidak berbuka, dan beliau senantiasa berbuka sehingga kami berkata beliau tidak berpuasa. Maka aku tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa satu bulan penuh kecuali Ramadan, dan aku tidak melihat puasa beliau yang lebih banyak dibandingkan puasa bulan Sya’ban.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
• NIAT PUASA HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
• NIAT PUASA SUNAT SYAABAN :
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ شَعْبَان سُنَّة اللَه تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa sunat pada bulan Syaaban kerana Allah Ta’ala
🔶 InsyaAllah, berikut merupakan tarikh puasa hari putih & juga Syaaban :
🔹RABU 13 SYAABAN 1446H , 12 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat Hari Putih
2. Puasa Sunat Syaaban
🔹KHAMIS 14 SYAABAN, 13 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat Hari putih
2. Puasa Sunat Syaaban
3. Puasa Sunat Hari Khamis
🔹JUMAAT 15 SYAABAN, 14 FEBRUARI 2025
1. Puasa Sunat hari Putih
2. Puasa Sunat Syaaban
InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 12-14 Februari 2025 bersamaan 13-15 Syaaban 1446H (Rabu, Khamis & Jumaat) ini.
Semoga bermanfaat buat semua.
15 Syaaban (Nisfu Syaaban) = 14 Februari 2025 (Jumaat). Ini bermaksud, tarikh malam Nisfu Sya'ban akan disambut pada malam 13 Februari 2025 (Khamis), selepas masuk waktu Maghrib.
Tarikh Malam Nisfu Syaaban 2025 (Kalendar JAKIM Malaysia)
ZIARAH UZBEKISTAN
*4TH INTERNATIONAL NAQSYBSNDI FESTIVAL 2025 UZBEKISTAN*
3 HINGGA 9 FEB 2025
( 4 - 10 SHAABAN 1446)
***. Tarikh tutup penyertaan 20 Dec 2024
*TASKENT●TERMEZ● KITAB● SAMARKAND● BUKHORO●TASKENT*
Bersama
*Sheikh Aleey Athohiri*
*Sheikh Alaiddin Attori al Khaliddi*
Ust Abd Somad Batubara
*Kiyai Muhibbul Tibbri*
*Maulana Hussein Abd Kadir*
*Maulana Wan Mohd Aswadi Mujaddidi*
*Harga*
*Tiket Kul Taskent Kul*
*7 hari 6 mlm*
*Di Uzbekistan*
*USD1790.00*
Ikut rate semasa lbh kurang rm 8000
Ziarah Maqam Masyaikh Naqsybandi
1. Skh Abd Khaliq Gujdawani q.s
2. Sheikh Arif Riwuri q.s
3. Sheikh Mahmud Anjir Faqnawi q.s
4. Sheikh Ali Ramitani q.s
5. Sheikh Bobo Samasi q.s
6. Sheikh Sy Amir Kulal q.s
7. Al Imam Mohammad Bahauddin q.s
8. Sheikh Alauddin Attar q.s
9. Sheikh Ubaidullah Ahrar q.s
10. Sheikh Zahid q s
11. Sheikh Darwish q.s
12. Sheikh Muhammad Amkanaki q.s
Imam
1. Al Imam Bukhari
2. Al Imam Hakim Termizi
3. Al Imam Isa Termizi
4. Al Imam Maturidi
5. Sy Qassim ibnu Sy Abbas r.a
Dan lain lain tempat menarik termasuk Chingam Mountain. Cuaca 1% hingga -10c
7 HARI 6 MLM
*Harga* .
HARGA USD1790 .00
TERMASUK PENERBANGAN KUALA LUMPUR TASKENT KUALA LUMPUR DAN DI UZBEKISTAN.
SEMUA PERJALANAN TERMASUK PENERANGAN TASKENT KE TERMEZ, TIKET KERETA LAJU DAN COACH. PENGINAPAN HOTEL 3 ATAU 4 BINTANG,
3 KALI MAKAN DAN SEMUA TIKET MASUK TEMPAT .
Gurupandu. Dalam bahasa indonesia .
Semua perserta mesti setuju ikut program PANITA semasa di Uzbekistan. .
Aktiviti.
Pengunungan Chimgan (1 hingga -10%c) sepetang alami cuaca bersalji
•ceramah dan ijazah Hadith di •Komplex imam Hadith
•ceramah Tauhid di komplex imam Maturidi.
•Zikir Murzqabah di semua 12 Maqam masyaikh
•Tahlil Akhbar di Maqam Sh Bahauddin.
•ceramah Akhbar di masjid Sheikh Bahauddin( ust Abd Somad)
•Solat jemaah bersama warga Uzbekistan
•Beli belah di pasar bersejarah dan nikmati buah buahan
•Mir kolon dan Mir Arabi. Madsrassah tertua
Lain lain tempat menarik.
Senarai Masyaikh / Khalifah yg insha Allah akan hadir.
Indonesia
1. Sheikh Ala iddin Athory indonesia N Khalidi
2. Sheikh Abd Somad N Khalidi
3. Sheikh Muhibbul Thibri. N Khalidi
Malaysia
1. Sheikh Aleey N Khalidi, Mujaddidi
2. Maulana Hussein
3. Maulana Wan Aswadi N Mujaddidi
4. Sheikh Nasir Othman N Khalidi
5. Sheikh Zahari N Khalidi
6. Sh Abd Kareem.N. Mujaddidi
Australia
1. Sheikh Bahrin Omar N. Mujaddidi
11. Jelas sekali, Luqman Al-Hakim memberi perhatian terhadap pembinaan nilai integriti dalam diri anaknya. Nilai integriti tersebut tidak disandarkan pada manusia sebaliknya diikat dengan Allah SWT. Luqman Al-Hakim juga memberi perhatian untuk membina karektor positif. Bukan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia, tetapi kerana karektor negatif dibenci oleh Allah SWT.
12. Allah SWT merakamkan perbualan Luqman Al-Hakim dengan anaknya dalam Al-Quran bukanlah sekadar menyampaikan cerita silam. Sebaliknya ianya adalah petunjuk serta panduan berkaitan proses pendidikan awal kanak-kanak yang wajib kita ikuti.
Sumber: Razak Rawi
@nota_tasawwuf
Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ
Maksudnya: Amat rugilah seseorang itu apabila disebutkan namaku tetapi dia tidak berselawat ke atasku.
Riwayat Ahmad (7451) dan al-Tirmizi (3545)
tvsufi.com
@nota_tasawwuf
Apakah RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024?
<<<<< >>>>>
Kemaslahatan Utama:
Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan 2024 meletakkan syarat-syarat berikut bagi menjawat jawatan Mufti Wilayah dan Timbalan Mufti Wilayah:
1 - Seorang warganegara Malaysia.
2 - Seorang Ahli Sunah Waljamaah.
3 - Mempunyai kepakaran dalam Hukum Syarak.
Kemudian ia menjelaskan makna "Ahli Sunah Waljamaah" seperti berikut:
"Bagi maksud seksyen ini, "Ahli Sunah Waljamaah" ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan Al-Quran dan Sunah:
(a) berkenaan dengan akidah, yang mengikuti pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;
(b) berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa; dan
(c) berkenaan dengan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali
RUU Mufti Wilayah Persekutuan ini adalah penting untuk:
1. Menambaik baik, memajukan, dan membangun pentadbiran Islam agar lebih seragam, lengkap dan sistematik di Wilayah Persekutuan.
2. Memperkasakan undang-undang pentadbiran Islam di Wilayah Persekutuan.
3. Menjadi rujukan utama bagi institusi kerajaan dan pentafsiran undang-undang di Wilayah Persekutuan.
4. Mengukuhkan amalan Islam yang telah sekian lama diwarisi dan diamalkan di Wilayah Persekutuan.
5. Memelihara perpaduan umat Islam serta mengelakkan perpecahan dan pertelingkahan khususnya di Wilayah Persekutuan.
6. Mengekang elemen radikalisme, ekstremisme, liberalisme, dan sebarang ajaran menyeleweng yang boleh merosakkan pentafsiran Islam di Wilayah Persekutuan.
<<<<< >>>>>
Semoga kefahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah terus subur di bumi Malaysia ini, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Para ulama', mufti, pemimpin, ahli politik, dan masyarakat awam umat Islam amat wajar menyokong RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 ini agar kita dapat memastikan kestabilan dan keharmonian agama Islam yang berdiri di atas landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia terus terpelihara.
PENUNTUT ILMU
Sumber asal (Ustaz Wadi Annuar dengan sedikit olahan oleh Dr Abdullaah Jalil): https://www.facebook.com/share/p/yGNNdMgFV3mcUK3R/
Dikongsikan: @nota_tasawwuf
LARANGAN MEMINTA SEDEKAH TANPA SEBARANG
KEPERLUAN YANG DARURAT
Amalan mengemis dan meminta sedekah tanpa keperluan dan darurat adalah haram dan dilarang di dalam Islam. Namun, sekiranya terdapat keperluan yang mendesak maka ianya adalah dibolehkan.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Tidak halal menerima sedekah bagi orang kaya dan orang yang sihat tubuh badannya (untuk bekerja).”
Riwayat al-Nasaei (2597) Ibn Majah (1839) dan Abu Daud (1634)
Sumber: JAKIM
@nota_tasawwuf
Nabi ﷺ ajarkan para sahabat untuk lakukan solat sunat istikharah dalam setiap urusan mereka.
Tetapi orang kita solat istikharah hanya dilakukan bila nak cari jodoh dan pekerjaan.
Jom sama-sama ubah benda ni, kami sertakan di bawah kaifiyat dan doa solat sunat istikharah.
#ustazwadiannuar #uwakongsi #dakwah
@nota_tasawwuf