nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Apa yang ada di dalam beg beras ini?

Rayyan. Ya Rayyan, budak G berumur 10 tahun yang ada di dalam beg ini.

Beratnya 20kg, tetapi hanya 3kg daripada sisa tubuhnya yang hancur dibom berjaya dikutip untuk dikebumikan.

Setiap kali memasak nasi, membuka kampit beras, ingatlah Rayyan.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, kali ini bantuan yang diagihkan adalah dalam bentuk buah-buahan kepada rakyat Gaza di sekitar Khan Yunis, Selatan Gaza pada 9 Ogos 2024 lalu.

Setiap keluarga telah menerima satu bakul yang berisi pelbagai jenis buah-buahan. Antara buah yang diagihkan adalah anggur, epal, mangga, pic, kurma dan pelbagai lagi.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kerana sentiasa menjadi HERO buat mereka di sana. Teruskan menyokong dan membantu mereka dengan menyumbang ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau salurkan ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan

#Heroes4Hope
#CGMKongsi

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Banyak juga cerita baru saya kongsikan di sini 👇

UNWRAPPED CINTA GAZA GADAI NYAWA NADIR AL NURI BERSAMA AWAL ASHAARI DAN DATUK NANA (EPISOD 2)

https://youtu.be/b7wS0LbFfjM?si=I8eSIV48HucN4YtJ

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kemaskini setakat hari ini

- Sejak 7 Oktober, pasukan Israel telah membunuh 1.8% daripada populasi Gaza, dengan 75% mangsa berumur di bawah 30 tahun, menurut Biro Statistik Pusat Palestin.

- Hamas menyeru Amerika Syarikat, Qatar, dan Mesir untuk menyerahkan pelan pelaksanaan cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Presiden AS Joe Biden, bukannya mengadakan lebih banyak rundingan atau membincangkan cadangan baru untuk Gaza.

- Lebih 75,000 penduduk Palestin di selatan Gaza terpaksa melarikan diri dalam beberapa hari terakhir, dan sekurang-kurangnya 39,790 orang telah terbunuh dengan 92,002 cedera dalam peperangan Israel terhadap Gaza.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://vt.tiktok.com/ZS2dkxLa6/

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Al-Qassam Berbai'ah Kepada Pemimpin Mujahid Yahya Al-Sinwar Sebagai Ketua Gerakan

Briged Izzuddin Al-Qassam telah berterusan menghadapi tentera Zionis yang menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung Gaza selama 308 hari berturut-turut. Pertempuran ini telah mengakibatkan kematian ratusan pegawai dan tentera musuh serta mencederakan puluhan ribu yang lain. Selain itu, ratusan kenderaan musuh telah berjaya dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yahya Sinwar dalam mesej pertama kepada pengantara Mesir untuk persetujuan berlakunya gencatan senjata di Gaza,

1. Israel meninggalkan KESELURUHAN Semenanjung Gaza tanpa kompromi
2. Pelepasan tawanan perang Palestin dari penjara Israel termasuk tawanan berprofil tinggi
3. Menolak kerajaan selain Hamas untuk kekal di Gaza selepas gencatan senjata, termasuklah penolakan Palestinian Authority (Fatah)
4. Penolakan kemasukan kuasa pelbagai negara (multi-national force) ke Gaza atas alasan menjaga keamanan atau alasan lain selepas gencatan senjata.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Perkongsian saya sekejap tadi di Astro Awani. Menanti dengan penuh debaran masa depan G di bawah kepimpinan baru.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Meremang bulu roma bila dengar Yahya Sinw@r dilantik menggantikan Ismail Hnyyeh.

Semasa ditanya program Analisa TV Al-Hijrah dua hari lepas, siapa yang akan menggantikan Hanyyeh, saya menyebutkan bahawa ia bergantung kepada strategi pembawaan Hms selepas ini. Kalau Hms mahu 'ride the wave' perubahan politik antarabangsa dan sokongan yang semakin meningkat kepada P, mereka akan melantik diplomat iaitu Khaled Mesha'al.

Kalau mereka mahu memberikan kuasa dan fokus kepada G, mereka akan melantik Khalil Al-Hayyh. Saya menyebutkan yang saya cenderung kepada Khalil kerana 1. Khalil anak G yang berdepan 1001 ujian di G bersama penduduknya dan mereka mahukan orang dari dalam, 2. Sentimen Khalil dekat kepada rakyat kerana mempunyai anak yang syahid dan anak-anak lain terkenal berada bersama barisan mujahidin, 3. Khalil mengetuai negosiasi gencatan senjata saat ini.

Rupanya Hms mengambil tindakan lebih agresif dan genius. Kenapa Yahya calon paling layak saat ini dan apa mesej Hms dengan pelantikan beliau?

1. Hms sudah puas bertalik-tali dan berdiplomasi, keputusan-keputusan mendatang akan lebih keras dan tegas, hitam atau putih.

2. Yahya orang paling sesuai berdepan dengan Netanyahu, mereka sama keras kepala dan susah bertolak-ansur. Kalau Hanyyeh terkenal dengan 'kami tidak akan mengiktiraf Isr@el, Sinwar terkenal dengan perkataan 'khawah rughma anfih خاوة رغم عنفه' iaitu 'lantak kau nak ke tak nak, aku akan buat juga'.

3. Perang di Gaza adalah perang pembebasan dan bukan perang ke arah langkah pembebasan. Catur digerakkan untuk sampai ke tahap 'checkmate'.

4. Kuasa dikembalikan kepada G kerana selayaknya mereka menentukan masa depan gerakan pada masa ini. Yahya lebih dikenali sebagai mujahid dan bukan orang politik, justeru kuasa sayap bersenjata disatukan dengan kuasa politik. Yahya antara pengasas briged Al-Qass@m dengan nama Al-Majd di awalnya.

5. Komunikasi di antara pimpinan sayap bersenjata dan sayap politik ternyata tidak putus walaupun Yahya tidak pernah dilihat sejak 7 Oktober.

6. Berapa lama Yahya boleh bertahan di dalam terowong, mengetuai perang? Untuk konteks, Yahya telah dipenjara selama 23 tahun oleh penjajah, 4 tahun daripadanya beliau duduk di dalam 'solitary confinement' seorang diri dan hanya bercakap dengan semut, bermakna setakat memerintah dari dalam terowong ibarat syurga untuk beliau!

Kalian telah memenggal kepala 'Abu Bakar' yang lemah-lembut untuk digantikan dengan 'Umar Al-Khattab' yang bengis dan kasar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kesyahidan Ismail Haniyeh pada 31 Julai yang lalu telah menjadi satu detik yang tidak dijangka dan menjadi polemik perbincangan dalam kalangan penganalisis politik, ahli akademik dan masyarakat dunia. Ramai melihat kejadian ini bakal mencetuskan perang serantau yang membawa kepada Perang Dunia Ketiga.

Ada yang melihat bahawa ini adalah penamat kepada perang Taufan Al-Aqsa yang sedang berlaku di bumi Palestin. Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa ini adalah permulaan kepada pengakhiran.

Insya-Allah perbincangan malam ini akan dikupas oleh Tuan Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia bersama Dr Azmi Hassan selaku geostratgis dan Felo Kanan Akademi Nusantara NASR.

Antara topik perbincangan pada malam ini adalah:
1. Tindak balas Iran terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh
2. Penerus kepada kepimpinan Hamas pasca kesyahidan Ismail Haniyeh
3. Masa depan Palestin pasca perang Taufan Al-Aqsa

Siaran langsung Analisis, jam 10 malam ini hanya di TV Al-Hijrah.

#CGMKongsi
#Heroes4Hope
#TVAlHijrah

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Anakanda kepada As-Syahid Ismail Hanyyh, Muaz berkongsi gambar ini semalam di medsos.

Dia menulis, gambar ini diambil apabila ayah pulang dari satu negosiasi damai dalam salah satu serangan ke atas G. Kerana terlalu kepenatan, dia terbaring dan terlelap di sofa tanpa sempat menukar pakaian.

Aku mengambil gambar ini kerana aku tahu satu hari dia akan meninggalkan kita semua di dunia.

Rehat untuk pejuang, hanya di akhirat. Sedangkan dunia, adalah ladang bercucuk tanam bagi menuai hasilnya kelak.

Al-fatihah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hati ini masih tak boleh 'move on'.

Teruskan berkongsi, jangan cepat letih dan jangan rasa berpuas hati. Tanggungjawab kita sangat besar untuk terus bersolidariti.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.facebook.com/share/r/29kZkKrtePbeR9Fu/?mibextid=11tuMg

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Aku tidak mati. Aku hanya pergi bertemu Ilahi untuk mendamba bantuanNya.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Siapakah yang kalian nampak di sebelah kiri as-syahid Syeikh Ahmad Yasin?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Saya sebut kepada Qamar, Qamar, buat gaya orang tengah fikir.

Klik, klik saya snap dua keping gambar, kemudian tanya semula, Qamar tengah fikir apa?

'Saya fikir nak makan apa.'

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kalian pernah dengar tak kisah Perang Yamamah, yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan mengorbankan ratusan para syuhada'?

Kalian tahu tak peristiwa hampir sama berlaku di Gaza beberapa hari lepas?

Baca dan follow di laman baru saya Nadir Al-Nuri, tolong like dan share seluasnya, kita nak dapatkan semula 180k followers dan buktikan kepada facebook yang mereka tak boleh membenam perjuangan Palestin!

Baca dan follow di 👇 https://www.facebook.com/share/p/8FN94FH8mR6V8W9G/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

“Kita dan musuh berada dalam 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶. Siapa yang menang dalam pertempuran generasi dia akan menang dalam pertempuran masa hadapan.”

Al-Syahid Ismail Haniyeh

Kredit: Dunia Palestin

#IsraelBacul #TaufanalAqsa

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Jom bantu saya memeriahkan TikTok baru ini, Soal Jawab Palestin. Siapa ada soalan untuk ditanya berkenaan Palestin, jom jadi orang pertama yang komen dan tanya! 💪

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah, pada hari Jumaat, 04 Safar 1446H, bersamaan 09 Ogos 2024M, melalui saluran Telegramnya telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas yang menyatakan bahawa Briged Al-Qassam memberikan bai'ah kepada pemimpin mujahid Yahya Al-Sinwar dan mengumumkan kesediaan penuh mereka untuk melaksanakan segala arahan beliau.

Abu Ubaidah menambah dalam kenyataannya: "

Briged Al-Qassam melihat pemilihan beliau sebagai Ketua Gerakan menggantikan pemimpin kami, mujahid syahid Ismail Haniyeh, sebagai bukti kepada keaktifan, kesepaduan, dan kekuatan gerakan ini dengan izin Allah."


Media tentera Al-Qassam turut mengeluarkan satu kenyataan tentera mengenai kejayaan mujahid mereka yang berjaya menyerang sebuah bangunan yang dihuni oleh 9 tentera Zionis di kawasan Tel Sultan, barat Bandar Rafah, selatan Gaza, dengan dua peluru berpandu "TBG", yang menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan anggota musuh. Serangan itu juga menyebabkan helikopter musuh terpaksa membuat pendaratan untuk operasi evakuasi.

Dalam perkembangan berkaitan, Al-Qassam telah menyiarkan satu rakaman video yang memaparkan operasi serangan bersepadu oleh para mujahid mereka pada 26 Julai 2024. Briged tersebut menjelaskan bahawa mujahid mereka telah memasang bahan letupan pada Disember 2023 dan menunggu musuh selama lebih 8 bulan di kawasan serangan berhampiran Masjid Al-Bara’ bin Azib, selatan Bandar Gaza.

Briged Al-Qassam juga telah mengumumkan kesyahidan komandan medan mereka, Samer Mahmoud Al-Haj "Abu Mahmoud", yang syahid dalam Pertempuran Taufan Al-Aqsa, pada petang Jumaat 04 Safar 1446H bersamaan 09 Ogos 2024M, akibat serangan udara oleh tentera Zionis di Bandar Saida, selatan Lubnan.

Pertempuran Taufan Al-Aqsa telah bermula pada pagi Sabtu, 7 Oktober 2023, dengan serangan serentak oleh para mujahid terhadap penempatan dan tapak tentera Zionis di sekitar Gaza melalui darat, laut, dan udara, yang mengakibatkan kematian dan penawanan ratusan tentera dan penduduk Zionis.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Boleh kongsikan, facebook saya dah diban dan diancam disable oleh facebook dan menunggu keputusan appeal 😌

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Semoga Allah mengganjari kalian semua, saudaraku di Malaysia."

Demikianlah doa-doa yang menitir di bibir mereka buat kalian yang tidak pernah putus memberi sumbangan untuk mereka di Gaza.

Alhamdulillah pada 6 Ogos 2024 (Selasa), kami berjaya mengagihkan sumbangan iaitu seekor ayam dan satu kilogram beras bagi setiap keluarga di sekitar kawasan Khan Yunis. Seramai 500 keluarga yang menerima bantuan ini hasil daripada sumbangan kalian semua.

Terima kasih rakyat Malaysia yang berjiwa pemurah! Semoga setiap nilai yang kita sumbangkan mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah SWT. Jom kita bantu lebih ramai mereka di sana.

Layari https://emergency4gaza.com/kecemasan segera untuk menyumbang atau akaun rasmi Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan

#CGMKongsi #Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-proposes-four-key-measures-oic-meeting-address-palestinian-issues-482585

Kalian boleh baca 4 cadangan di sini 👆

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Last call untuk preorder Batch ke-2 tshirt desain Kuffiyeh kita. Yang belum dapatkan, hari ni peluang terakhir!

Selain baju ada juga topi peta Palestin dan produk baru, Tote Bag Kuffiyeh untuk dihadiahkan kepada anak, isteri dan ibu dibawa ke masjid!

Pssst tote bag tu saya pun pakai, bukan untuk muslimat je tau.

Klik 2lenpalestin.com sebelum jam 12 tengah malam!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom, kami sekeluarga akan hadir malam ini inshaAllah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Plastik kita yang bertulis Wisma Malaysia, Hadiah daripada Rakyat Malaysia ini kita cetak untuk isi dengan daging korban untuk diagihkan di G pada tahun-tahun sebelum ni.

Kelmarin ia digunakan untuk isi sisa daging wartawan Ismail Al-Ghoul yang dibunuh penjajah 😭 Tengok di video akhir.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👆Sedikit ucapan saya dalam majlis takziah yang diadakan malam semalam untuk Syeikh Ismail Haniyyeh bersama masyarakat Palestin di Malaysia. Terima kasih Astro AWANI atas rakaman dan perkongsian.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Kongsikan di medsos masing-masing. #IsraelBacul

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Siapakah as-syahid Ismail Haniyyeh?

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

PENJAJAH BODOH YANG TAK MAHU BELAJAR

Saya meneliti satu kajian yang menarik berkaitan cara menghapuskan Hms di G yang menyebutkan bahawa kaedah genosid dilakukan Isrl pada saat ini jauh tersasar.

Pengkaji Audrey Kurth Cronin menjalankan kajian ke atas 457 organisasi ‘pengganas’ untuk melihat bagaimana ia berakhir. Dia menulis bahawa terdapat enam cara organisasi ini menamatkan atau ditamatkan riwayatnya, antaranya ialah bila misi organisasi tercapai seperti Irgun dan Haganah yang diasakan penjajah sendiri sebelum 1948 sebagai salah satu cara mendapatkan sokongan menguasai P. Irgun berhenti beroperasi setelah kemenangan 1948, Haganah berhenti dan diubah menjadi IDF.

Selain itu kaedah yang agak berkesan ialah pembantaian melalui ketenteraan seperti yang dibuat ke atas ISIS. Tetapi kaedah yang hendak dikupas ialah kaedah yang digunakan sejak dahulu sehingga kini ke atas Hms disebut sebagai kaedah ‘chopping off the snakes head’ iaitu membunuh pimpinan utama organisasi. Pengkaji menyebutkan bahawa kaedah ini akan berpotensi tinggi gagal apabila digunakan untuk menghapuskan organisasi yang besar dan berstruktur selain mempunyai sistem perkaderan yang kemas.

Hms menepati ciri-ciri ini.

Setiap masjid di G menjadi tempat perkaderan penggerak baru sejak usia kecil, dibangunkan lalu berbaiah dengan panji dan asas yang sama, diserap dan dilatih dalam tangga kepimpinan yang teratur malah diajar bahawa perjuangan lebih utama daripada individu.

Isrl cukup tahu perkara ini kerana mereka telah ‘memenggal kepala pimpinan’ sejak sekian lama - Ahmad Yassin, Abdul Aziz Ar-Rantisi, Ibrahim Maqadimah, Nizar Rayyan, Ahmad Ja’bari dan ratusan yang lain – tanpa membuahkan hasil. Malah terbukti kehilangan seorang pemimpin tangkas digantikan dengan pimpinan baru yang lebih teguh dan dinamik; Ismail Hanyyh sendiri adalah orang kanan Syeikh Ahmad Yassin sejak usia mudanya.

Kerana penjajah ternyata bodoh maka saya kongsikan dapatan kajian sama, cara paling berkesan memusnahkan Hms di G adalah dengan membuktikan kepada rakyatnya bahawa ada alternatif yang lebih baik kepada Hms itu sendiri. Sekiranya Hms ditolak, pembangunan pesat boleh dicapai, keamanan boleh digapai, masa depan kalian dan anak-anak akan dibelai.

Ia terbukti berjaya apabila pungutan suara membuktikan bahawa sebelum 7 Oktober sokongan kepada Hms agak rendah kerana anak muda khususnya mencari alternatif. Ia terbukti apabila penduduk P 1948 di dalam Isrl itu sendiri redha untuk terus berada di bawah penjajahan.

Tetapi penjajah yang mengaku negaranya hebat sebagai pusat kajian itu ini dan penghasil teknologi situ sini ternyata tidak belajar bahawa mensasarkan kepala pimpinan Hms mengangkat darjat dan mencetus semangat sehingga rakyat seluruhnya turut sanggup dikorbankan untuk diangkat bersama-sama!

Читать полностью…
Подписаться на канал