PENJAJAH BODOH YANG TAK MAHU BELAJAR
Saya meneliti satu kajian yang menarik berkaitan cara menghapuskan Hms di G yang menyebutkan bahawa kaedah genosid dilakukan Isrl pada saat ini jauh tersasar.
Pengkaji Audrey Kurth Cronin menjalankan kajian ke atas 457 organisasi ‘pengganas’ untuk melihat bagaimana ia berakhir. Dia menulis bahawa terdapat enam cara organisasi ini menamatkan atau ditamatkan riwayatnya, antaranya ialah bila misi organisasi tercapai seperti Irgun dan Haganah yang diasakan penjajah sendiri sebelum 1948 sebagai salah satu cara mendapatkan sokongan menguasai P. Irgun berhenti beroperasi setelah kemenangan 1948, Haganah berhenti dan diubah menjadi IDF.
Selain itu kaedah yang agak berkesan ialah pembantaian melalui ketenteraan seperti yang dibuat ke atas ISIS. Tetapi kaedah yang hendak dikupas ialah kaedah yang digunakan sejak dahulu sehingga kini ke atas Hms disebut sebagai kaedah ‘chopping off the snakes head’ iaitu membunuh pimpinan utama organisasi. Pengkaji menyebutkan bahawa kaedah ini akan berpotensi tinggi gagal apabila digunakan untuk menghapuskan organisasi yang besar dan berstruktur selain mempunyai sistem perkaderan yang kemas.
Hms menepati ciri-ciri ini.
Setiap masjid di G menjadi tempat perkaderan penggerak baru sejak usia kecil, dibangunkan lalu berbaiah dengan panji dan asas yang sama, diserap dan dilatih dalam tangga kepimpinan yang teratur malah diajar bahawa perjuangan lebih utama daripada individu.
Isrl cukup tahu perkara ini kerana mereka telah ‘memenggal kepala pimpinan’ sejak sekian lama - Ahmad Yassin, Abdul Aziz Ar-Rantisi, Ibrahim Maqadimah, Nizar Rayyan, Ahmad Ja’bari dan ratusan yang lain – tanpa membuahkan hasil. Malah terbukti kehilangan seorang pemimpin tangkas digantikan dengan pimpinan baru yang lebih teguh dan dinamik; Ismail Hanyyh sendiri adalah orang kanan Syeikh Ahmad Yassin sejak usia mudanya.
Kerana penjajah ternyata bodoh maka saya kongsikan dapatan kajian sama, cara paling berkesan memusnahkan Hms di G adalah dengan membuktikan kepada rakyatnya bahawa ada alternatif yang lebih baik kepada Hms itu sendiri. Sekiranya Hms ditolak, pembangunan pesat boleh dicapai, keamanan boleh digapai, masa depan kalian dan anak-anak akan dibelai.
Ia terbukti berjaya apabila pungutan suara membuktikan bahawa sebelum 7 Oktober sokongan kepada Hms agak rendah kerana anak muda khususnya mencari alternatif. Ia terbukti apabila penduduk P 1948 di dalam Isrl itu sendiri redha untuk terus berada di bawah penjajahan.
Tetapi penjajah yang mengaku negaranya hebat sebagai pusat kajian itu ini dan penghasil teknologi situ sini ternyata tidak belajar bahawa mensasarkan kepala pimpinan Hms mengangkat darjat dan mencetus semangat sehingga rakyat seluruhnya turut sanggup dikorbankan untuk diangkat bersama-sama!
Jika kita merasa sudah banyak melihat kesusahan dalam hidup, sudah banyak berkorban, fikirkan semula sambil memandang kepada mereka yang lebih menderita.
Anak G ini, di usia muda terpaksa 'membawa' kaki ayahnya yang cedera setelah diarahkan sekali lagi meninggalkan kawasan rumah mereka oleh penjajah.
Allahul musta'an, semoga Allah meringankan bebanmu.
Bersama Tuan Nadir Al-Nuri, kita diberi peluang untuk belajar banyak perkara di dalam dunia kemanusiaan terutama advokasi yang dilaksanakannya berkaitan Gaza, Palestin.
• "Dunia, Kami Datang!" | 11 Ogos 2024
• Advokasi, Jalan Menawan Dunia! | 15 Ogos 2024
TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor
Yuran pendaftaran?
RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.
☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal
Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.
Daftar sini: https://bit.ly/tovearlybird
Tak dapat nak sertai secara seminggu? Jangan risau, kami faham komitmen anda!
Penyertaan slot: RM20/pax
Penyertaan pakej harian: RM50/pax
Daftar slot: https://bit.ly/slottov
Daftar pakej harian: https://bit.ly/pakejtov
Sebarang maklumat lanjut, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!
#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Infografik: Sudah tidak ada tempat selamat di Gaza
Sumber: Al Jazeera
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Memberi itu hadiah yang paling indah kan? Melihat senyuman, penghargaan orang lain dan paling penting, redha Tuhan.
Tetapi nak menjadi pemberi yang berterusan, perlukan cetusan. Jom saya kongsikan sedikit kisah 2,3 tahun pertama saya di G dalam penulisan dari sedalam hati.
Pek 'bundle' untuk buku pertama dan kedua hanya tinggal sekitar 100 naskhah. Kalau terlepas tak tahu bila akan dicetak semula. Jom klik bersama di ezy.la/bukucgm cepat!
HAMAS, Fatah Menandatangani Deklarasi Beijing untuk Masa Depan Gaza
Fraksi Palestin - HAMAS dan Fatah - telah menandatangani perjanjian perpaduan nasional untuk menubuhkan kerajaan bersama sebagai usaha mengekalkan kuasa Palestin ke atas Gaza setelah serangan Israel di Gaza berakhir kelak.
Perjanjian itu dimuktamadkan pada Selasa di Beijing, China selepas tiga hari rundingan intensif. Menurut Menteri Luar Negeri China, Wang Yi, perjanjian ini menjadi asas kepada perdamaian dan perpaduan untuk semua fraksi yang terlibat.
Selain HAMAS dan Fatah, 12 fraksi Palestin yang lain turut terlibat di dalam perjanjian tersebut.
Untuk bacaan lanjut, klik https://www.cgm.com.my/latest-news/hamas-fatah-menandatangani-deklarasi-beijing-untuk-masa-depan-gaza
Tolong tinggalkan cadangan sepatah di sini boleh 👇
https://www.facebook.com/share/p/XxRNX9YHKJe5fgGs/?mibextid=oFDknk
إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara : sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir), ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang selalu mendoakannya. (HR Muslim No. 1631)
Jom mulakan hari ini dengan mensasarkan sekurangnya satu amal berterusan di atas. Selamat berjuang!Читать полностью…
KAMI PERLUKAN BANTUAN PARA WANITA!
Nak harapkan lelaki faham pasal tudung memang sampai kiamat tak selesai. Sebab tu kami nak minta pendapat expert berkaitan tudung, kalian para wanita anggun di luar sana.
Survey ni akan ambil masa 3 minit je, siap dapat kupon pembelian mafla/bendera di CGM Shop lagi.
Sila klik link https://cintagaza.my/cgmshopsurvey untuk melengkapkan survey.
Jawapan survey ini akan dijadikan bahan rujukan untuk design tudung jualan CGM Shop akan datang.
Thank you sis! 💚🌹
Sabar dan Syukur.
Dua senjata paling besar umat Islam, dua sifat paling hebat seperti disebut para ulama'.
Dengan sabar akan terbuka pintu bahagia kerana redha dengan ujian dan bencana. Dengan syukur akan kekal nikmat selamanya, kerana syukur membuahkan barakah dan rezeki bertambah.
Indahnya Sabar dan Syukur.
Dulu saya selalu sebut, Gaza ni mustahil jadi macam Somalia, ia bumi berkat yang Allah jaga. Hari ini saya terpaksa menelan butir kata.
Gaza masih kekal berkat tapi umat yang tempang dan cacat, tak mampu melakukan apa-apa menghentikan kezaliman sang penjajah terlaknat.
Tinggal dua jam untuk preorder Baju Kuffiyeh Palestin gais. Klik 2lenpalestin.com cepat 💪
Читать полностью…Saya agak baru dalam dunia online shopping. Tapi alhamdulillah saya boleh lagi kawal nafsu bila menjelajah dunia tak bersempadan itu 😆
Cuma sesekali bila rasa kerja banyak, tahap tekanan tinggi, saya belek juga 'apps' yang ada untuk hadiahkan kepada diri apa-apa. Bukan beli benda mahal pun, kadang-kadang benda kecil boleh belek dan letak atas meja, kadang-kadang hiasan yang unik boleh letak di rak. Tapi paling saya minat bila beli t-shirt yang ada mesej, contoh t-shirt yang ada tulis 'Rad Dad' dan 'It's Monday' atau I'm Awesome.
Hadiah untuk diri ni keseronokan dia bila dia datang pada waktu tak menentu dan ditakdirkan kita tengah letih atau down, tiba-tiba, eh ada parcel sampailah! Buka, belek, teka barangnya macam mana dan bila buka dan teruja, wow, gelombang seronok tu boleh memulihkan rasa dan meningkatkan motivasi bekerja semula.
Cuma itulah, tak senang nak jumpa hadiah yang bermakna dan bila dipesan pun rasa berbaloi dengan harga, sehinggalah muncul produk ini, Ya Allah, kain microfiber diamond, cetakan desain Kuffiyeh, syariah compliance panjangnya, mengingatkan pula kita dan semua yang terpukau dengan perjuangan di P sana. Alhamdulillah, setelah ia muncul, tiada lagi keperluan mencari yang kedua.
Belilah sehelai untuk reward diri, atau beli untuk si suami atau isteri yang berpenat-lelah memastikan mahligai bahagia sentiasa indah dan bererti. Belilah tshirt desain Kuffiyeh di sini -> 2lenpalestin.com, hari ini adalah hari terakhir preorder 😁🫡
Bila perlukan inspirasi, pandanglah kepada penduduk G!
Berapa agak-agak syarikat Volkswagen perlu bayar kepada lelaki ini sebagai iklan komersial yang kereta buatan mereka kalis roket penjajah?
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas yang syahid hari ini ketika mengimamkan solat.
Hari ini, Allah mengangkat darjatnya dengan gelaran syahid, membenarkan ayat yang dibacanya ini.
﴿وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ﴾
[ آل عمران: 169]
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." [Al Imran: 169]
Kredit video: Quds News Network
#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Dah boring sangatlah tu tunggu Baba kena cucuk sini-sana, depa keluarkan kotak pensil warna yang dah koyak, lukis sikit, tambah butang on off lepas tu duk berselfie.
Oklah juga menghiburkan orang sekeliling yang tak sihat. Maaf saya edit padam kepala je orang belakang Haura' tu, kaki dia tertinggal.
https://www.facebook.com/share/p/389he23sCYiX5R8Y/?mibextid=oFDknk
Bumi Gaza 3 tahun lalu. Tak terbayang kan Gaza pernah seindah ini 😔
Terima kasih rakyat Malaysia 🇲🇾 Ini adalah sumbangan kalian semua. Alhamdulillah!
Agihan sumbangan dalam video ini dilaksanakan di sekitar kawasan Deir al-Balah, Tengah G pada 18 Julai yang lalu. Makanan yang diagihkan adalah pasta dan sebanyak 2,000 orang penduduk di kawasan tersebut telah menerima bantuan ini.
Tahniah kerana sentiasa menjadi HERO buat mereka di sana.
Apa yang kalian rasa bila melihat gambar ini?
Entahlah, kalau saya, saya nampak yang saya tak layak untuk katakan saya penat. Saya belum boleh lagi berehat. Saya perlu bangkit lebih hebat, untuk umat.
Ya Allah berikan saya dan sahabat-sahabat pembaca semua kekuatan, tolong aminkan.
Musa Abu Marzouq: Perjanjian Beijing Detik Bersejarah, Kami Berdoa Agar Dapat Melaksanakannya
Ketua Pejabat Hubungan Antarabangsa dalam Gerakan HAMAS, Dr. Musa Abu Marzouq menegaskan bahawa Taufan Al-Aqsa telah mengubah banyak perkara di peringkat negara, serantau mahupun antarabangsa. Ia turut memberikan kesan yang jelas dalam memperjuangkan hak kami.
Dalam majlis menandatangani Deklarasi Beijing pada hari Selasa, Dr. Musa Abu Marzouq berkata, “Ini adalah detik bersejarah dan kami berdoa agar dapat melaksanakan apa yang telah ditandatangani dan tidak menjadi seperti perjanjian sebelum ini. Kami berada di detik bersejarah atas usaha perjuangan rakyat kami dan kami sampaikan penghormatan kepada mereka.”
Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin berjaya menggagalkan rancangan untuk melumpuhkan perjuangan, walaupun dengan segala kesakitan. Mereka juga menggagalkan rancangan pengusiran rakyat Palestin oleh rejim Israel. Rakyat tetap teguh di tanah mereka. Beliau juga menambah, “Kami akan terus berazam untuk membebaskan tanah kami dan membawa pulang rakyat kami.”
Beliau berkata lagi, “Palestin dan isunya kini berada di mahkamah antarabangsa, hasil daripada perjuangan dan pengorbanan rakyat kami. Kami bergerak di setiap peringkat untuk melindungi rakyat dengan menghentikan serangan ke atas mereka. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan pembunuhan beramai-ramai dan serangan.”
Dr. Musa Abu Marzouq turut mengucapkan terima kasih kepada usaha China dan semua yang berdiri bersama mereka dengan pengorbanan iaitu dari Hezbollah, Yaman, Iraq, Iran, Qatar, Turki, dan Mesir.
Sumber: Telegram HAMAS
Kenapa kita perlu kerja kuat? Kenapa kita kena sasarkan diri dan anak-anak untuk jadi hebat?
Sebab kita punya tanggungjawab besar untuk umat!
Umat yang terzalimi.
Umat yang tersakiti.
Umat yang meronta tanpa kita mampu melakukan apa-apa.
Bangkit! Rancang! Buat! Semoga Allah memberi berkat.
BANTUAN MAKANAN PANAS | 6-10 Julai 2024
📍LOKASI AGIHAN:
UTARA GAZA
Jabalia, Tal al-Za'ter, Utara Gaza (6-8 Julai)
Sekolah Masqat, Jabalia, Utara Gaza (9-10 Julai)
Alhamdulillah kami baru menerima bahan media bagi agihan bantuan makanan panas di lokasi sekitar utara Gaza. Agihan makanan panas ini telah diagihkan untuk 2,000 orang penerima setiap hari.
Menu makanan panas yang disediakan dan berjaya diagihkan setiap hari adalah nasi dan Lentils.
CGM sentiasa membuka peluang kepada kalian untuk terus menjadi HERO buat mereka di sana. Teruskan sokongan dan dokongan anda dengan menyumbang ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan
#Heroes4Hope
Siapa kenal Ustaz di sebelah saya ni? Kejap, beliau dah tamat present Viva PhDnya jadi beliau ada gelaran Dr Ustaz sebenarnya.
Walaupun baru sempat bercerita sekejap dengan UstazLah dah ternganga dibuatnya. Saya memang cepat terpesona dengan orang yang selalu push dirinya untuk terbang tinggi. UstazLah push tak diri dan teamnya?
Beliau konsisten membuat live SETIAP HARI pada jam 7.45am di TikTok selama lebih 400 hari, tanpa gagal. Teamnya kongsikan tadi, SEKALI SAHAJA dalam 400 hari tersebut dia diganti oleh orang lain.
Yang mengikuti live setiap pagi, daripada sekitar 35 orang setahun setengah yang lepas, kini mencecah 14 RIBU ORANG secara tetap! Followers beliau juga telah mencecah lebih 800k orang.
Banyak lagi yang nak dikongsikan tetapi lagi best kalau ada followers tegar saya yang boleh dijemput bersama untuk berjumpa dengan beliau terus kan? Ada yang nak join?
Tahniah atas usaha dakwah UstazLah, semoga beliau dan team terus istiqamah dan semoga kami dapat mengambil sedikit semangat dan kesungguhan beliau!
Hari ni Ibrahim turns two.
Dalam usia 2 tahun Ibrahim dah lalui 2 peperangan, melihat puluhan syuhada' dan berdepan banyak insiden nyawa di hujung tanduk.
Semoga engkau terus diuji anakku, kerana tanpa ujian engkau tak akan mampu menjadi insan harapan ummah, tak akan mudah menjadi hamba kesayangan Allah.
Kerana zaman ini zaman Islam yang bermula dalam keadaan dagang (ganjil), telah kembali ganjil dan akan beruntunglah orang-orang yang ganjil, yang terus memilih untuk berjuang dan berbakti, ameen.
بدأ الإسلام غريباً وسيعود غريباً كما بدأ فطوبى للغرباء
Kanak-kanak di Gaza mengutip sisa makanan daripada kawasan yang dipenuhi sampah sarap untuk terus hidup dalam sekatan Israel.
Sumber: Anadolu Agency
MashaAllah Masjid Putra Putrajaya masih baca doa qunut nazilah hingga sekarang. Masjid korang masih baca ke?
Читать полностью…Kementerian Kesihatan di Gaza, 13 Julai 2024
Hari ke-281 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza
▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 4 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 61 penduduk syahid manakala 129 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.
*Terkini | Angka pembunuhan beramai-ramai rejim Israel terhadap rakyat di kawasan Mawasi, wilayah Khan Yunis pagi ini adalah lebih daripada 71 syahid dan 289 cedera termasuk kes kritikal yang masih dirawat pasukan perubatan sehingga kini.*
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.
▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 38,443 syuhada dan 88,481 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
Longgokan mayat dibawa ke hospital di Khan Yunus yang tak mampu lagi menampung jumlah syuhada' yang ramai.
Читать полностью…