Semalam saya jumpa seorang pakcik di sebuah pasaraya memakai baju desain Kuffiyeh yang saya keluarkan.
Dua tiga kali saya buat-buat lalu di depannya tapi pakcik tu buat dek je. Kali keempat, baru isterinya tegur dan tanya, kamu ni Nadir yang duduk di G tu kan?
Seronok juga masa tu sebab cita-cita kami, nak orang kenal Kuffiyeh sebagai identiti P, bukan nak suruh kenal saya yang buat baju tu.
Terima kasih semua yang support baju corak Kuffiyeh ni. Ada 3 hari saja lagi berbaki untuk preorder di 2lenpalestin.com.
Saya kongsi info sikit di poster ya, ramai yang belum tahu kan kenapa kita pilih Kuffiyeh sebagai identiti 💪
Ada perasaan yang berbelah-bahagi apabila team di G memberikan gambar ini semalam.
Wajah budak yang senyum keriangan mendapat makanan yang sedap walaupun untuk satu hari. Roller-blade di kakinya yang menunjukkan dia tidak putus asa dengan hidup malah masih mampu mencari keseronokan.
Kemudian pakaian lusuh penyampai makanan dengan selipar yang diselaputi debu-debu bandarnya yang telah musnah. Saya pasti dia juga lapar, dia juga di puncak keletihan tetapi dia masih mampu mengorak langkah memastikan bantuan terus disampaikan.
Ini semua juga usaha kita semua, sumbangan kalian yang berpanjangan dan tak putus, saudara-saudara kita di Bandar G punya tempat berpaut untuk terus gagah di sebalik musnah, kuat di sebalik kezaliman yang terlaknat.
Di hari Jumaat ini, saya uacapkan kepada kalian semua, dari sedalam hati saya mewakili mereka semua, TERIMA KASIH.
Rasa seronok nak kongsi dengan kalian makna Kuffiyeh yang menjadi trademark setiap desain kita di 2lenpalestin.com.
Betullah Kuffiyeh ni macam bendera tak rasmi Palestin. Kalian boleh klik link tu untuk buat preorder baju ni dan bersolidariti bersama!
3 tahun lepas di bumi G.
Nampak tak apa yang saya maksudkan bila saya kata penduduk G bukan hanya cintakan perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka juga menghargai kehidupan.
Tengok saja restoran ini, cantik hiasannya, indah suasananya. Dan ia pemandangan yang boleh dilihat di mana-mana, restoran yang moden, kedai kopi hispter.
Tapi itu semua kenangan. Kini G hanya tinggal timbunan batu-bata dan tanda kemusnahan 🥲
Penat bekerja ke tu teman-teman?
Tahukah kalian bahawa di dunia ini, ada satu kerja saja yang pekerjanya tak dibayar gaji, risikonya mati, tetapi masih beribu mendaftar untuk bertugas dan berbakti?
Kerja ini hanya ada di G, disebutkan oleh Abu Ubai d.ah dalam ucapannya kelmarin.
Kata beliau, dalam tempoh perang ini, ribuan mujahdin baru telah direkrut untuk bertugas dan ribuan yang lain terpaksa menunggu di dalam 'waiting list' untuk diserap ke dalam Briged.
Dahsyat ke dahsyat?
Terima kasih keluarga di sini, berkumpul bersama, berhibur dan kemudian menonton berita, bercerita dan mencipta kenangan untuk hari tua.
Sementara keluarga di sana, khabar mereka kami terima, berpindah lagi buat kali entah ke berapa, destinasi akhir belum ada, walau pasti di hujungnya syurga.
Kalian yang baik-baik, doakan kedua-dua keluarga kami agar terus dilimpahi barakah, keamanan dan keselamatan. Dan kami pula inshaAllah, akan mendoakan kalian.
Kalau dulu orang segan nak bawa identiti terpaling ni.
Tapi tahun baru hijrah ini, di waktu saudara-saudara kita di sana masih dibedil dan keupayaan untuk kita buat apa-apa terhad, membawa imej P dalam identiti setiap hari macam jadi satu kemestian.
Kalau tak boleh nak sumbang setiap hari, tak boleh nak demo setiap hari, sekurangnya bila keluar rumah, ke pejabat dan menggayakan jenama ini, orang akan teringat semula kepada mereka di sana.
Sebab tu saya keluar ke mana pun sebolehnya akan kenakan baju ini juga. Sebab itu juga kami cuba variasikan produk supaya ada sesuatu untuk semua. Korang tengoklah sendiri laman di web tu, saya letakkan di komen. Bukan baju saja yang ada.
Azam saya tahun ini untuk menjadi Terpaling P. Cuba korang tengok dalam gambar, siapa mata tajam boleh nampak, selain baju dan topi apa lagi yang P?
Tanda seorang 'maulana' ialah bila dapat mengajak isteri ke tempat kerja walaupun pada hari cuti.
Tetapi syarat paling utama isteri kena 'maulah' 😆
Terima kasih chenta kerana sudi datang teman bekerja pada hari ini. Abaikan tangga, kerusi dll sebab ofis belum siap sepenuhnya 😶🌫️
Kelebihan preorder masa launching day gais. Sanggupkah kalian jadi yang ketinggalan 😃
Читать полностью…Terima kasih warga Kelantan sekali lagi menjemput ambe untuk bercerita tentang saudara-saudara kita dalam Sambutan Hari Anak Muda Kelantan.
Yang saya potong riben dalam gambar last tu paling win, pengalaman kali pertama. Siapa boleh teka apa aktivitinya, bagi ❤️ sikit.
Masa Ustaz Mohammad Yaakub Yusra bagi sesi sharing dalam program Business Sustainability Solutions Ibu Hanim baru ni, ada satu benda yang disebut yang paling saya ingat.
'Humble', ialah ringkasan kepada Hamballah iaitu Hamba kepada Allah. Saya rasa ustaz goreng sendiri je tapi bila difikirkan betul juga.
Orang yang benar-benar humble ialah orang yang menyedari bahawa ada kuasa yang lebih besar yang berhak memberikannya arahan dan larangan, Pencipta untuk dia tunduk dan sembah lalu menjadikannya tidak riya' dan merasa diri megah.
Powerful kan.
Salam Jumaat semua, banyakkan berdoa dan berselawat. Oh ustaz yang kat tengah tu interframe saja. Boleh taqa tu Ustaz Firdaus Firabib?
Belum sampai satu bulan SEMUA ahli keluarganya mati syahid. Tapi dia..masih tenang bercerita.
Rahsia kekuatan mereka, hanya Allah yang tahu. Tetapi sedikit darinya, kami cuba kupas dan selami juga. Moga Allah lindungi mereka, katakan ameen.
Ada yang bertanya, Nadir, kenapa kau masih berniaga tatkala G sedang sengsara?
Saya menjawab, saya berniaga bukan untuk kaya. Saya berniaga kerana tugas saya penuh bahaya, kalau saya terkorban semoga ada sedikit simpanan untuk yang masih bernyawa.
Saya menjawab, saya berniaga kerana di G sana saya masih punya keluarga, yang sedang dibedil dan dibom, berhajat kepada sedikit biaya dan belanja.
Saya berniaga walau dengan hati yang berat, kerana memikirkan anak-anak yang sudah terlalu penat 6,7 bulan hidup di dalam azab siksa, datang ke sini mahu dibelai dan dimanja lalu meneruskan hidup yang hancur-sehancurnya.
Hari ini adalah hari terakhir untuk kalian mendapatkan ebook 'Healing Cara G' di mana kami bercerita tentang kisah-kisah genosid dengan harga seikhlas rasa. Selepas ini ia akan dijual dengan harga tetap sebelum dicetak pula. Jangan lepaskan peluang akhir ini, dapatkan di ezy.la/healingcaragaza ya!
Terima kasih kepada kalian yang menyokong saya. Kami sangat menghargainya.
Jeritan mereka masih kedengaran hingga kini walau dah lebih 277 hari berlalu. Tanpa bantuan dan sumbangan kalian, luka dan kecederaan kanak-kanak yang dibom pasti tak dapat dirawat.
Setiap sumbangan dapat menyediakan ubat-ubatan dan alat perubatan untuk selamatkan nyawa mereka. Jangan biarkan mereka mati tanpa bantuan. Hulurkan tangan anda dan bantu mereka untuk terus hidup.
Mari bantu mereka! Klik https://emergency4gaza.com/kecemasan atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: kecemasan.
'Anak saya telah syahid, tetapi apabila melihat kereta-kereta kebal yang telah diletupkan, hati saya sejuk dan seronok.'
Begitu luahan seorang wanita menggambarkan perasaan penduduk apabila tentera penjajah keluar meninggalkan kawasan Shijaiyyah.
Alhamdulillah!
Smart juga Abu Ubaidah pakai Kuffiyeh kan. Jadilah seperti Abu Ubaidah.
Jom julang Kuffiyeh -> 2lenpalestin.com
Kalian yang belum tengok pilihan desain Baju Kuffiyeh Palestin boleh terus ke 2lenpalestin.com.
Di sana juga ada pilihan lain seperti beg jute untuk muslimat dan topi cap untuk muslimin.
Penat 3 hari melayan keluarga, esok nak sambung bekerja. Malam ni reward diri dulu belikan hadiah untuk diri sendiri, isteri dan suami ❤️❤️
Saya masuk bilik terlompat tengok baju long sleeve Panji 2.0 saya bergerak-gerak.
Rupanya Haura' tengah try pakai 😂
Haura' kata, ingat Baba je ke famous, saya pun famous juga tau, pergi mana-mana je orang panggil Haura', gambar, gambar. Saya pun boleh jual baju juga!
Haha. Macam-macamlah anak ni. Nanti Baba buatkan baju edisi Haura' pula tapi kali ni bagi orang support tshirt yang Baba jual dulu. Beratus dah orang beli setakat ni sebab baju Baba ni bukan untuk orang famous tapi untuk orang yang nak tunjuk mereka masih bersama P dalam bulan ke-9 genosid.
Kalian dapatkan di sini melalui preorder ya,
-> 2lenpalestin.com
-> 2lenpalestin.com
-> 2lenpalestin.com
Selamat Tahun Baru Hijrah semua!
Cepat, yang ditunggu sudah tiba, preorder sudah dibuka, ayuh tahun ini buktikan bersama kitalah yang TerPaaaaaling Paaaa les teeeen! Link di komen 👇
Support saya, tolong kongsikan boleh?
-> 2lenpalestin.com
-> 2lenpalestin.com
-> 2lenpalestin.com
Komen kat sini boleh tak gais? 👇
https://www.facebook.com/share/p/1Gybf3gQu4oZHjF4/?mibextid=oFDknk
Yang ditunggu-tunggu!
Desain baru ni seakan Panji tetapi digilap menjadi lebih gemerlap, Panji 2.0. Ni saya panggil versi Terpaling Panji.
Nak minta kalian komen satu je di post di fb, 'cantik' atau 'bolehlah'. Janji, saya ok saja nak terima komen kalian 😃 Satu hari lagi gais, ada untungnya tau yang preorder masa launching day nanti!
Ikuti siaran langsung perkongsian khas oleh Ustaz Muhammad Uzair bersempena Awal Muharram di laman media sosial MyAqsa Defenders:
FB MyAqsa Defenders
https://www.facebook.com/share/v/jCbjjpTr5g3aGC1v/?mibextid=CTbP7E
Di tengah penderitaan dan serba kekurangan dihadapi, ada tangan-tangan orang yang baik tidak pernah berhenti memberi pertolongan buat mereka di sana.
Seramai 500 bayi menerima manfaat. Setiap daripada mereka menerima 1 tin susu formula & 1 pek lampin pakai buang.
Manfaat diagihkan di kawasan Jabalia & Beit Lahia, Utara Gaza pada 2 Julai 2024 lepas. Semua projek bantuan kecemasan masih dapat dilaksanakan kerana sokongan dan doa kalian. Teruskan sokongan anda.
Terima kasih Malaysia! Setiap sumbangan kalian membawa senyuman dan kelegaan buat mereka yang memerlukan.
Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/kecemasan atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan
Rahsianya kami cuba cungkil di sini. Tinggal sekitar 10 hari saja lagi untuk kalian mendapatkannya dengan harga seikhlas rasa sambil membantu kami sekeluarga bangkit semula, ebook Healing Cara Gaza -> ezy.la/healingcaragaza
Читать полностью…Saya pernah bermimpi berjalan di pasar-pasar lama Al-Quds kemudian berjumpa dengan lelaki tua yang menunjukkan arah untuk ke Kubah Emas yang juga dikenali sebagai 'Dome of The Rock', sebahagian Masjid Al-Aqsa.
Allah. Masa tu berdebar-debar nak tengok depan mata tetapi tak sempat sampai ke sana, saya terjaga. Belum ada rezeki untuk melihatnya walau di alam mimpi.
'Feeling' berjalan ke arah Kubah Emas hanya dapat dirasai di monumen di G ini, itu pun dah cukup teruja, macam lagak Saladin ketika membebaskannya. Nak rasa dekat dengan P ni memang kena sentiasa mengelilingi diri dengan barang-barang P, gambarnya, hiasannya.
Tak sabar nak tunggu 6hb Julai ni supaya peluang itu dapat kami berikan kepada kalian semasa kita lancarkan bukan saja tshirt Kuffiyeh dengan corak baru, tetapi juga koleksi merchandise yang lain.
Yiiiih team 2len tak bagi kongsi lagi desain terbaru tapi boleh intai-intai dah di bawah tu. Korang teringin tak nak sampai ke sana?