nadiralnuri | Неотсортированное

Telegram-канал nadiralnuri - Nadir Al-Nuri

241417

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza.

Подписаться на канал

Nadir Al-Nuri

Esok ayuh kita perbaharui semangat kita untuk Palestin. Sejuk dah semangat kita kan, berita dah jarang kongsi, sumbangan tak kerap, demonstrasi pun dah tak dibuat.

Jadi esok ni pembakar semangat kita untuk terus bersama saudara kita yang masih dibunuh! Ayuh esok kita bertakbir dan bersorak, bersama ummah!

Allahuakbar!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Masa untuk kami membina semula masa depan. Yang belum mendapatkannya jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah!

Asbab bantuan dan sokongan daripada kalian, kita telah berjaya mengutip sumbangan untuk kempen #Ramadan4Gaza sebanyak RM10,786,444.91 melebihi sasaran RM10 juta.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada para penyumbang dan rakan kerjasama yang tidak putus-putus menyumbang dan bantu kongsikan poster QR code #Ramadan4Gaza

Terima kasih sekali lagi rakyat Malaysia! Terima kasih sudi berkongsi kasih dan sayang untuk rakyat Palestin ❤️ Kalianlah #Heroes4Hope penduduk Gaza!

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Kedua.

Isi penting:
🛑 Serangan kita terhadap musuh akan berterusan dengan pertolongan Allah dan kita akan mengambil langkah yang progresif dengan taktik-taktik yang pelbagai dan bersesuaian selagi mana berterusannya pencerobohan musuh atau wujudnya mereka di setiap inci tanah kami.

🛑 Salah satu pendustaan kerajaan musuh yang telah berlanjutan sejak beberapa minggu lalu adalah perkaitan yang mereka gelar sebagai kemenangan dalam perang ini dengan ‘pembersihan’ Rafah lalu cuba mengaburi dunia bahawa mereka telah berjaya menghapuskan majoriti mujahidin al-Qassam di Gaza lalu berbaki hanya mujahidin di Rafah.

Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia

#CGMKongsi

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Bayangkan kalau kita berada di sini, pada saat ini. Roket meledak di depan mata. Kalau tak mati meletup mungkin mati terkejut.

Kawasan yang dibom ini, kawasan At-Tuffah di Bandar G adalah kawasan tempat saya tinggal selama dua tahun pertama berada di sana.

201 hari genosid ke atas G. 201 hari.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-199.

▪️ Rejim Israel melancarkan 6 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 54 syahid manakala 104 mangsa yang cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 34,151 syuhada dan 77,084 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

Sumber: Kementerian Kesihatan di Gaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Masa untuk kami membina semula masa depan. Yang belum mendapatkannya jom dapatkan ebook terbaru saya menceritakan apa yang sedang berlaku di genosid Gaza dan pengajaran daripada kesabaran penduduk. Dapatkan ebook 'Healing' Cara Gaza dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza 🤲🙏

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terkini!

Pertahanan Awam di Gaza:

"Setakat ini kami telah menemui 283 jenazah syuhada' dari kubur besar yang digali oleh tentera Israel di halaman Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis."

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Jom ikuti perkembangan terbaru di G. Kenapa Iran bertindak? Adakah akan ada serangan ke atas Rafah? Dengarkan.

https://www.facebook.com/share/v/ixyqgBBTfPULbiXL/?mibextid=oFDknk

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Yang dilambung ke langit itu Ibrahim.

Berbanding Haura' dan Qamar, Ibrahim ini yang paling banyak di'kentalkan' sebelum dan setelah dilahirkan pada tahun 2022 di G. Ketika dilahirkan, dia menghabiskan 3 minggu di NICU kerana beberapa komplikasi.

Hari-hari terakhirnya di NICU, Ibrahim berdepan pula perang tiga hari di Gaza sehingga setiap kali pulang dari melawat mangsa dan rumah yang dibom penjajah menyampaikan bantuan dan amanah kalian pada tahun 2022 itu, saya menyinggah melawat anak bertuah ini, takut kalau masalah elektrik yang dihadapi hospital memberi kesan kepada alat bantuan pernafasannya.

Tamat perang, kami membawa Ibrahim pulang ke rumah, dia diziarahi datuknya, Dr Arafat Al-Minawi, ayah mertua saya sebelum datuknya meninggal dunia keesokan hari.

Satu malam ketika Ibrahim baru berusia beberapa bulan, tiba-tiba dia sesak nafas. Tercungap-cungap sebelum langsung berhenti. Kami membuat rawatan kecemasan lalu berkejar ke hospital untuk menyelamatkannya. Dalam perjalanan, saya memandang lama wajah isteri. Mata kami bertentang dan kami seolah bercakap sesama sendiri, apa saja yang berlaku terhadap Ibrahim, kami sudah redha.

Ibrahim yang sedang saya kelek telah berhenti bergerak, terkulai dan mula kebiruan. Isteri saya lantas meminta supaya beliau yang memegang Ibrahim, kalau berlaku apa-apa biarlah ia berlaku di pangkuannya.

Tiba di hospital, kami berlari ke wad kecemasan, doktor memasangkan alat bantuan pernafasan dan alhamdulillah, setelah dirawat hampir tiga jam takdir Allah, Ibrahim kembali bernafas seperti biasa.

Ini baru sebahagian apa yang kami lalui bersama Ibrahim tetapi kami dapat merasakan yang anak ini bukan biasa-biasa, anak ini laluan kami masuk ke syurga, inshaAllah.

Tak sangka, tahun 2023 pula Ibrahim di usia setahun setengah terpaksa melalui genosid sepanjang enam bulan, sebelum kesihatannya juga membuatkan kami mengambil keputusan evakuasi. Pohon doa kalian agar dia menjadi pejuang sejati.

Oh, yang melambungnya itu Naeem, antara orang paling gembira apabila adiknya berjaya diselamatkan daripada maut. Alhamdulillah.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

👉 Ebook yang saya dan anakanda Naeem tulis tentang pengalaman² keluarga kami dalam genosid G, dengan harga seikhlas rasa di https://ezy.la/healingcaragaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Media Israel Yedioth Ahronoth:

"Jordan memintas berpuluh-puluh dron Iran menuju ke Israel semalam dalam tindakan kerjasama yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan Israel."

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

KENYATAAN AKHBAR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Kami gerakan HAMAS menganggap operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh Republik Islam Iran terhadap entiti Zionis sebagai hak semula jadi dan tindak balas yang wajar terhadap jenayah pihak rejim yang menyasarkan konsulat Iran di Damsyik. Serangan tersebut telah meragut nyawa sejumlah pemimpin pengawal revolusi di sana.

Kami menegaskan hak semula jadi negara dan rakyat di rantau ini untuk mempertahankan diri mereka dalam menghadapi serangan Zionis. Kami menyeru negara Arab dan Islam, rakyat yang merdeka serta pasukan pejuang di rantau ini untuk meneruskan sokongan mereka terhadap Taufan al-Aqsa, hak pembebasan rakyat Palestin dan penubuhan negara Palestin dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kota.

Gerakan Pejuang Islam HAMAS

Ahad: 5 Syawal 1445H
Bersamaan: 14 April 2024

Sumber: Laman web rasmi HAMAS

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Sehingga saat ini anak-anak saya masih melompat apabila terdengar bunyi mercun.

Bila dengar bunyi bunga api meluncur mereka akan menunduk dan tercari-cari dari mana arahnya.

Di G, bila dengar bunyi roket meluncur, kalau datang dari bumi G maknanya roket mujahidin, mereka akan bersorak dan bertakbir. Kalau bunyi roket dilepaskan kemudian diiringi bunyi letupan dan bumi bergegar, maknanya ia datang dari pesawat musuh, lantas mereka akan mengucap dua kalimah syahadah dan mengucap innalillah.

Semoga sedikit mainan dan sambutan raya yang kita laksanakan di sana hasil sumbangan kalian mengukir senyuman di wajah mereka.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Adakah saya punya perancangan membawa keluar anak-anak sejak awal tercetusnya peperangan?

Tidak pun.

Saya sebutkan kepada keluarga di sana, bila sampai masanya, paling penting bila hati saya tenang mereka tetap akan keluar juga.

Apabila keluarga mula berpindah dari rumah ke rumah, sekitar 5,6 kali di Bandar G sendiri kemudian ke Khan Yunus berjalan kaki seterusnya ke Rafah pula, kami masih bertahan.

Apabila rumah mertua dibom dan tinggal debu berterbangan, kami masih bertahan.

Apabila mendapat berita rumah keluarga sebelah ayah Naeem dibom dan dua orang makciknya beserta suami serta semua anak syahid, kami masih bertahan.

Apabila tempat berlindung 60 orang ahli keluarga sebelah isteri pula dibom dan beberapa orang syahid sementara yang lain dipotong kaki, cacat tangan dan lain-lain kecederaan, kami masih bertahan.

Apabila berada di Khan Yunus dan makanan terpaksa dicatu, setiap hari diberikan separuh roti hanya untuk memastikan ada tenaga bersisa untuk bangkit esoknya, kami masih bertahan.

Tetapi apabila anak bongsu saya mula mengalami komplikasi pernafasan, terpaksa dikejarkan beberapa kali ke hospital di tengah malam di bawah bedilan roket dan meriam, kami mula berfikir bahawa mungkin sudah cukup enam bulan kami bertahan.

Lebih-lebih lagi apabila Rafah diancam untuk dilanggar oleh musuh durjana melalui jalan darat tanpa belas kasihan, kami menyebutkan mungkin Allah aturkan jihad kami bukan dengan adanya nyawa kami yang perlu dikorbankan.

Saya terus menghubungi beberapa ulama' di P dan di Malaysia bertanyakan pandangan mereka tentang hukum keluar daripada bumi perjuangan pada saat ini dan jawapan mereka seragam, melegakan.

InshaAllah tak ada masalah untuk wanita dan kanak-kanak keluar selagi ada niat untuk kembali ke sana apabila keadaan membenarkan. Kami beristikharah dan bertawakal, perjuangan tak akan berakhir tetapi akan diteruskan walau tak berada di medan peperangan.

Justeru langkah memulakan misi bermula, roda-roda yang telah lama diatur digerakkan dan alhamdulillah 1001 tangan membantu menjayakan. Semuanya dengan kuasa Allah dan dengan izinNya.

Keluar G tak bermakna perjuangan terhenti tetapi silat di medan baru akan bermula inshaAllah. Yang pasti, nikmat keluarga berada dalam keadaan selamat di sisi, ialah nikmat yang saya harapkan untuk semua.

Bayangkan, saya membawa anak-anak membeli keperluan, mereka bersorak melihat telur dan coklat kerana selama enam bulan, telur dan coklat menjadi idaman.

Adakah kami sudah melakukan yang terbaik, secukupnya? Itu biarlah Allah yang menentukan.

Doakan mereka di sana dan doakan kami juga.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Dalam terus mengembangkan ruang kelestarian dana untuk pembangunan sosioekonomi Palestin, CGM telah bertandang ke pejabat urusan Wakaf Pulau Pinang untuk mengeratkan hubungan dan mengukuhkan kerjasama strategik. Perbincangan kita untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Palestin melalui projek Wakaf seperti Central Kitchen, bangunan komersil dan pertanian untuk manfaat rakyat tempatan dan diaspora Palestin.

Kita juga berpeluang bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid yang juga meraikan hasrat kami bagi membangunkan peluang ekonomi dengan teras yang berlandaskan Maqasid Syariah.

Moga kerjasama ini akan memberi manfaat kepada Ummah kerana itu bukan lagi menjadi kerja, tetapi menjadi tanggungjawab kepada kita bersama.

#Heroes4Hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Hari ni berehat sekejap melayan dua orang 'hantu air' Haura' dan Qamar berenang.

Tiba-tiba Qamar ternampak asap berkepul-kepul dari kejauhan. "Baba, baba!" Dia memanggil dengan cemas. "Is rael serang kita kat sebelah sana tu!" Dia memerhatikan asap kemudian ternampak pula kubah hijau masjid berdekatan. "Haura', Haura', tengok tu, Masjid Al-Aqsa!"

Saya senyap saja tak tahu apa nak respon, tetapi dalam hati perasaan bercampur-baur. Apalah yang telah dilalui anak ini selama enam bulan sehingga dia begitu cepat melihat semua benda sebagai bahaya.

Tetapi terselit juga rasa bangga, alhamdulillah, dalam selesa, hatinya masih teringat pada pengorbanan, dalam seronok, mindanya tak lupa bahawa pada dirinya, ada tanggungjawab besar yang masih perlu dilunaskan.

Semoga engkau tak hanyut dengan dunia anakku, kerana batang tubuhmu, separuh Pales t.n.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Untuk makluman tuan/puan, tentera rejim Zionis telah mengebom atau menghancurkan sekurang-kurangnya 11 universiti atau kolej yang berada di Gaza. Antaranya,

- Islamic University of Gaza
- Al Azhar University
- Al-Quds Open University
- University College of Applied Sciences
- University of Palestine
- Al-Israa University
- University of Gaza
- Al-Aqsa University
- Palestine Technical College
- Palestine College of Nursing
- College of Applied Sciences

Pusat pengajian adalah antara medan atau platform yang dapat melahirkan anak-anak Gaza yang bijak pandai untuk mereka berbakti semula membebaskan tanah air mereka. Jika tiada pusat pengajian, bagaimanakah anak-anak Gaza ini akan melawan propaganda Zionis di mata dunia?

Ayuh menyumbang untuk membina semula universiti di Gaza! InsyaAllah asbab sumbangan kalian kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang berani dan bijak pandai!

Layari https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Baiki Universiti.    
    
#Heroes4Hope   
#Emergency4Gaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Tahukah anda, ketiadaan matawang rasmi di Palestin menyebabkan negara barakah itu bergantung kepada matawang Israel, tidak lain tidak bukan – shekel.

Berbeza dengan negara-negara lain yang turut tidak mempunyai matawang sendiri seperti Scotland, Timor Leste dan Zimbabwe; Palestin terpaksa meneruskan kelangsungan ekonominya menggunakan matawang shekel, dinar Jordan dan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas ketumbangan pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Palestin pada era Perang Dunia Pertama (WWI).

Artikel penuh: https://www.cgm.com.my/blog/hilangnya-matawang-palestin-dijajah-shekel

#CGMKongsi

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terjemahan video ucapan Abu Ubaidah, sempena Perang Taufan al-Aqsa Hari ke-200 | Bahagian Pertama.

Isi penting:
🛑 Musuh penjenayah ini terus cuba memulihkan imejnya yang telah musnah. Sebaliknya mereka hanya berjaya mencapai lebih banyak keaiban dan kehinaan.

🛑 200 hari telah berlalu, rejim Nazi biadab masih berada di bumi Gaza tanpa matlamat, tanpa ufuk, dan tanpa gambaran sebuah kemenangan dan tanpa pembebasan tawanannya.

Terjemahan: Penterjemah Cinta Gaza Malaysia

#CGMKongsi

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

🆕 BERITA MINGGUAN PALESTIN

Dengarkan rangkuman kemaskini mingguan di Palestin melalui Spotify rasmi Cinta Gaza Malaysia.

Berita penting minggu ini: Dua buah tapak perkuburan terbesar di Gaza telah ditemui & AS menentang Palestin sebagai ahli tetap PBB.

☘️ https://shorturl.at/mzKPW

Jangan lupa follow kami tau! ✌🏻

#podcastCGM
#BeritaTerkiniCGM
#weareCGM
#heroes4hope

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

"Rupa-rupanya Baba memang sayang saya kan."

Terkejut bila isteri bercerita yang Haura' sebut begitu kepadanya. Isteri saya tanya balik, kenapa Haura' cakap macam tu? Haura' jawab, sebab Baba belikan saya 'slime' ni, tak payah minta pun.

Allah. Entah apa yang bermain dalam kepala budak 5 tahun ni sampai terdetik dia bercakap macam tu kepada Mamanya. Macam bersalah pula dalam tempoh 6 bulan mereka duduk dalam genosid, banyak benda yang mereka idamkan yang saya tak dapat tunaikan.

Setiap kali call, Baba, hantar coklat. Baba hantar telur. Baba hantar buah-buahan. Nak cari kat mana anak oi? Nak hantar macam mana?

Sebab tu masa Haura' dah di pangkuan dan dia sebut, saya nak dua benda je Baba, nak beli mainan banyak-banyak dan nak beli semua buah yang saya suka, memang saya tunaikan saja tanpa berkira.

Alhamdulillah, rezeki pun murah apabila ramainya pembaca budiman yang membeli ebook untuk kami bangkit semula. Semoga seluruh anak G mendapat nikmat yang sama, ameen. Terima kasih kalian semua.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

18 April 2024 :

33,970 syuhada', 76,770 mangsa yang cedera, 2 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Untuk makluman tuan/puan, tentera rejim Zionis telah mengebom atau menghancurkan sekurang-kurangnya 11 universiti atau kolej yang berada di Gaza. Antaranya,

- Islamic University of Gaza
- Al Azhar University
- Al-Quds Open University
- University College of Applied Sciences
- University of Palestine
- Al-Israa University
- University of Gaza
- Al-Aqsa University
- Palestine Technical College
- Palestine College of Nursing
- College of Applied Sciences

Pusat pengajian adalah antara medan atau platform yang dapat melahirkan anak-anak Gaza yang bijak pandai untuk mereka berbakti semula membebaskan tanah air mereka. Jika tiada pusat pengajian, bagaimanakah anak-anak Gaza ini akan melawan propaganda Zionis di mata dunia?

Ayuh menyumbang untuk membina semula universiti di Gaza! InsyaAllah asbab sumbangan kalian kita akan dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi yang berani dan bijak pandai!

Layari https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Baiki Universiti.    
    
#Heroes4Hope   
#Emergency4Gaza

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Terima kasih Dr Ummuhani Abu Hassan atas coretan bermakna ini. Doakan kami 🤲

https://www.facebook.com/share/p/XbvBpdWEn1Khs2RH/?mibextid=xfxF2i

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

183 Hari Yang Panjang :

Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi G. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.

Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari. Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid! Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam.

Hasbunallah Wani'mal Wakeel

Dengan segala ujian, Allah pasti bersama kita kerana Dialah selayaknya wakil susah senang hambanya..

Kisah bermula saat G sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri. Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin.

Dalam ramainya orang, sempat saya maklumkan keluarga terkandas di Rafah. Beliau hanya sempat membelek kiriman kami, memberikan respon ringkas 'saya akan bantu' dan terus menaiki kenderaannya memecut ke majlis seterusnya.

Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja. Namun dalam surat saya, ada saya akhiri ayat dengan 'Kepada Allah jualah kami berserah'. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada Allah.

Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik PMX, Tn Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini. Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di G.

Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie.

Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan..

Saya sudah biasa melalui perang di G, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan. Tetapi misi ini saya katakan 'Misi Gila' kerana bukan mudah untuk dikeluarkan keluarga saya saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan. Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.

Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan.

Tetapi watak utama dalam 'Misi Gila' ini adalah Perdana Menteri kita, Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri!

Suka beliau atau tidak, dalam soal P umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti.

Tindakan PMX menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan kita, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hms dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa.

Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.

Untuk PMX, PMO, (Dr) Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini samada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Semoga Allah sahaja membalas jasa kalian semua, ameen.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Mereka cuba untuk pulang ke rumah di utara G dari selatan setelah di sana, tidak ada lagi kehidupan untuk mereka.

Tetapi cubaan mereka berdepan dengan tembakan dan bedilan roket yang menyebabkan mereka terpaksa menapak semula untuk kembali ke khemah-khemah mereka di selatan, putus asa dan hampa.

Mereka, adik-adik perempuan dan ibu-ibu kita. Hanya Allah saja mampu membantu mereka. Saya kongsikan video-video yang lain di telegram t.me/nadiralnuri.

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

14 April 2024

🔺Iran melancarkan kira-kira 200 buah dron dan peluru berpandu ke arah wilayah haram Israel dalam sebuah operasi yang dikenali sebagai ‘True Promise’ pada jam 4 pagi tadi mengikut waktu Malaysia.

🔺Difahamkan serangan tersebut adalah serangan balas selepas Israel bertindak menyerang pejabat konsulat Iran di Syria pada dua minggu lalu, menyebabkan kematian 7 anggota IRGC, termasuk dua orang pegawai tertinggi; Komander Mohammad Reza Zahedi dan timbalannya, Mohammad Hadi Hajriajimi.

🔺Menteri Pertahanan Iran, Mohammad Reza Ashtiani telah memberi amaran kepada mana-mana negara yang membuka laluan udara untuk membenarkan serangan Israel ke atas Iran.

🔺Pasukan Houthi dari Yaman turut melepaskan beberapa buah dron ke arah Israel selepas melakukan koordinasi dengan Iran. Menurut laporan, dron Houthi akan tiba di Israel serentak dengan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan Iran.

🔺Pada masa yang sama, Jordan telah mengumumkan penutupan ruang udara susulan gangguan terhadap sistem GPS. Beberapa buah negara jirannya seperti Jordan, Iraq, Kuwait, Syria dan Lubnan turut berdepan dengan gangguan yang sama. Wilayah haram Israel turut bertindak menutup ruang udara bermula jam 6.30 pagi tadi.

🔺Mesir memantau dekat situasi terkini dan akan bertindak berdasarkan keperluan berkaitan dengan ruang udaranya. Manakala Syria sudah mula mengeluarkan sistem pertahanan darat ke udara, Pantsir buatan Rusia sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat serangan daripada tentera Israel.

🔺Pasukan ketenteraan Israel mengeluarkan amaran kepada seluruh penduduk Bukit Golan, Nevatim, Dimona dan Eilat untuk berlindung di kawasan yang selamat sehingga ke masa yang dimaklumkan kelak.

🔺Sekitar jam 6 pagi tadi (waktu Malaysia), beberapa pintasan aktif kelihatan di langit Tel Aviv terhadap serangan yang semakin menghampiri wilayah haram Israel. Kira-kira 100 dron telah dipintas di luar wilayah haram Israel dengan bantuan daripada AS dan United Kingdom (UK).

🔺Pasukan pertahanan udara Jordan melaporkan telah menembak kira-kira 200 buah dron Iran yang menuju ke arah Israel. Keadaan akan menjadi lebih genting untuk Jordan kerana Iran awal-awal lagi sudah memberi amaran kepada negara itu sekiranya bertindak menyebelahi Israel.

🔺Hanya sedikit sahaja peluru berpandu yang jatuh ke kawasan haram Israel dan menyebabkan kerosakan kecil di tapak ketenteraan tanpa sebarang kecederaan atau kematian.

🔺Setakat pagi ini, Kanada dan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengutuk keras terhadap Iran yang menyerang Israel. Manakala Arab Saudi menggesa serangan dari semua pihak yang terlibat dihentikan dengan segera untuk mengelakkan perang yang lebih besar.

🔺Sementara itu, Hamas telah menghantar draf gencatan senjata kepada pihak pengantara: Mesir dan Qatar. Di dalam draf tersebut, Hamas menuntut beberapa perkara antaranya, gencatan senjata kekal dan jaminan pertukaran tawanan bagi kedua-dua belah pihak.

Sumber: Al Jazeera, Reuters
Disediakan Oleh: Eksekutif Penyelidik dan Advokasi Cinta Gaza Malaysia

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Ebook 'Healing' Cara G dah mula diemel kepada semua pembeli. Ia menceritakan serba-serbi pengalaman yang kami nukilkan di atas. Kalian boleh dapatkan di sini, harga seikhlas rasa, sambil support kami untuk bangkit semula.

https://ezy.la/healingcaragaza

Terima kasih semua ❤️

Читать полностью…

Nadir Al-Nuri

Selalu pengalaman di G ni macam filem Black Hawk Down atau Behind Enemy Lines.

Kali ni lain sikit, macam filem Extraction pun ada. InshaAllah satu hari nanti semua ini akan diceritakan sama ada dalam bentuk buku atau filem.

Ramai watak dalam filem kali ini tetapi ada 'man behind the scenes' yang perlu kami letak di dalam 'spotlight'. Bukan beliau seorang malah 'immediate circle' di sekeliling beliau juga memainkan peranan besar bagi menjayakan 'misi gila' ini.

Malam ini saya akan ceritakan bagaimana ia bermula..

Читать полностью…
Подписаться на канал